Modul Pengajaran Matematik Mengintegrasikan ICT

18
MODUL PENGAJARAN BERINTEGRASIKAN ICT MATEMATIK TAHUN 2 NORAZLIN BINTI MOHD RUSDIN UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS PENERANGAN TENTANG PENGINTEGRASIAN ICT DALAM MODUL INI Modul di dibina berteraskan CAI (Computer Assissted Instruction) atau Pengajaran Berbantukan Komputer. Dalam modul ini, komputer digunakan sebagai alat untuk memudahkan dan menambahbaik pengajaran. Modul ini memuatkan tutorial, latih tubi dan latihan serta penyelesaian masalah yang berfungsi menilai pemahaman dan penguasaan murid terhadap Konsep Asas Darab. Modul ini boleh digunakan sebagai teknik pembelajaran kendiri secara atas talian di mana bahan-bahan pembelajaran di masukkan dan diorganisasi mengikut turutan aktiviti pembelajaran menggunakan platform blendspace. Video membina ayat matematik darab yang membimbing murid membina ayat matematik darab berdasarkan kumpulan gambar objek langkah demi langkah. Ia membolehkan murid memahami konsep darab dengan mendalam iaitu maksud yang ada pada setiap nombor dalam ayat matematik darab. Modul ini menyediakan pembelajaran bersifat interaktif di mana ia memerlukan penglibatan aktif daripada murid untuk mencapai hasil pembelajaran yang telah ditetapkan berdasarkan standard kandungan dan standard pembelajaran Bahagian Perkembangan Kurikulum. Murid membina sendiri konsep darab mereka menggunakan grid atau dot dan garis nombor menggunakan perisian yang dikeluarkan oleh taw.org.uk Murid berpeluang membina garis nombor ayat matematik darab bagi seberapa banyak fakta asas darab yang murid inginkan. Modul ini mempunyai ciri-ciri CAI kerana ia menggunakan kombinasi teks, grafik, bunyi dan video yang meningkatkan proses pembelajaran melalui persembahan yang lebih mudah diikuti, difahami dan menarik tumpuan murid. Modul ini juga diperkayakan dengan fungsi seperti di bawah

Transcript of Modul Pengajaran Matematik Mengintegrasikan ICT

Page 1: Modul Pengajaran Matematik Mengintegrasikan ICT

MODUL PENGAJARAN BERINTEGRASIKAN ICT

MATEMATIK TAHUN 2

NORAZLIN BINTI MOHD RUSDIN

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

PENERANGAN TENTANG PENGINTEGRASIAN ICT DALAM MODUL INI

Modul di dibina berteraskan CAI (Computer Assissted Instruction) atau Pengajaran

Berbantukan Komputer. Dalam modul ini, komputer digunakan sebagai alat untuk

memudahkan dan menambahbaik pengajaran. Modul ini memuatkan tutorial, latih tubi dan

latihan serta penyelesaian masalah yang berfungsi menilai pemahaman dan penguasaan

murid terhadap Konsep Asas Darab.

Modul ini boleh digunakan sebagai teknik pembelajaran kendiri secara atas talian di mana

bahan-bahan pembelajaran di masukkan dan diorganisasi mengikut turutan aktiviti

pembelajaran menggunakan platform blendspace. Video membina ayat matematik darab

yang membimbing murid membina ayat matematik darab berdasarkan kumpulan gambar

objek langkah demi langkah. Ia membolehkan murid memahami konsep darab dengan

mendalam iaitu maksud yang ada pada setiap nombor dalam ayat matematik darab.

Modul ini menyediakan pembelajaran bersifat interaktif di mana ia memerlukan penglibatan

aktif daripada murid untuk mencapai hasil pembelajaran yang telah ditetapkan berdasarkan

standard kandungan dan standard pembelajaran Bahagian Perkembangan Kurikulum. Murid

membina sendiri konsep darab mereka menggunakan grid atau dot dan garis nombor

menggunakan perisian yang dikeluarkan oleh taw.org.uk Murid berpeluang membina garis

nombor ayat matematik darab bagi seberapa banyak fakta asas darab yang murid inginkan.

Modul ini mempunyai ciri-ciri CAI kerana ia menggunakan kombinasi teks, grafik, bunyi dan

video yang meningkatkan proses pembelajaran melalui persembahan yang lebih mudah

diikuti, difahami dan menarik tumpuan murid. Modul ini juga diperkayakan dengan fungsi

seperti di bawah

Page 2: Modul Pengajaran Matematik Mengintegrasikan ICT

1. Latihan dan Latih Tubi

Latihan dan latih tubi menyediakan peluang kepada murid untuk mengulangi latihan

bagi sesuatu kemahiran yang telah dipelajari bagi tujuan pengayaab, pengukuhan dan

masteri. Latihan dalam bentuk kuiz online adalah lebih menarik kerana ia dilengkapi

dengan bunyi yang mengujakan minat murid, peneguhan positif dalam bentukk imej

yang menceriakan, respon terhadap jawapan yang tidak tepat. Murid tidak akan jemu

untuk membuat ulangan kerana susuan soalan dan jawapan yang berubah-ubah

setiap kali memasuki kuiz tersebut pada masa yang berbeza.

2. Tutorial

Aktiviti tutorial dimuatkan dalam modul ini di mana terdapatnya persembahan

maklumat (video membina ayat matematik darab) dan ia dikembangkan kepada

bentuk-bentuk tugasan yang lain iaitu membina ayat matematik darab menggunakan

garis nombor, menjawab kuiz membina ayat matematik daran berdasarkan gambar

kumpulan objek, membina ayat matematik darab berdasarkan garis nombor pada

padlet, tugasan menyelesaikan masalah pada padlet dan diikuti dengan pelbagai

‘games’ yang dapat mengukuhkan konsep darab dalam minda murid.

3. Permainan

Permainan dalam modul ini terdiri daripada permainan berbentuk kuiz yang dibina

sendiri dan juga permainan yang diambil daripada laman-laman web ‘educational

mathematics games’ dari luar negara. Dalam permainan berbentuk kuiz ini, murid

boleh bersaing dengan rakan-rakan sekelas dan lebih utama ialah murid ber’lawan’

dengan masa. Masa yang ditetapkan untuk menjawab menjadi cabaran utama bagi

murid. Biasanya, murid akan mengulangi permainan untuk mendapatkan skor yang

lebih baik. Hal ini dapat meningkatkan penguasaan murid terhadap apa yang

dipelajari. Bagi permainan dari luar pula, murid juga dicabar oleh masa, rakan (pemain

lain) mahupun komputer. Ia sesuai untuk aktiviti tambahan terutamanya di luar waktu

pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.

Mod Strategi ICT

Mod strategi ICT bagi modul ini ialah tutorial. Mod tutorial mempunyai ciri-ciri berikut.

Page 3: Modul Pengajaran Matematik Mengintegrasikan ICT

Mod Tutorial Mod Tutorial lazimnya digunakan untuk memindahkan maklumat dari

sesuatu sumber kepada pelajar. Maklumat disampaikan secara multimedia diikuti oleh

tugasan dalam pelbagai bentuk.

Mod ini sangat sesuai digunakan untuk membina dan memperkukuhkan

kemahirankemahiran asas.

Strategi Pengajaran

Modul ini dibina berteraskan kaedah induktif.

Murid mengumpul dan menafsir maklumat, kemudian membuat generalisasi.

Murid membuat generalisasi umum daripada contoh-contoh khusus.

Dalam modul ini, murid disasarkan berupaya membuat kesimpulan-kesimpulan berikut:

1. Daripada pendaraban kumpulan-kumpulan objek, murid membuat kesimpulan

bahawa

x =

Bilangan

kumpulan

Bilangan objek

dalam setiap

kumpulan

Jumlah objek

2. Daripada garis-garis nombor yang dibina (contoh-contoh khusus), murid membuat

kesimpulan bahawa

x =

Bilangan anak

panah

Skala garis

nombor

Nombor anak

panah terakhir

KELEBIHAN MODUL INI

Page 4: Modul Pengajaran Matematik Mengintegrasikan ICT

Multimedia adalah teknologi maklumat terkini yang membenarkan integrasi dan manipulasi

video, audio, teks, grafik dan animasi ( Baharuddin & Mohd, 1995 ). Multimedia berasaskan

komputer boleh menjadikan proses pendidikan suatu pengalaman yang menyeronokkan dan

menarik di samping membantu pelajar memahami sesuatu konsep dengan cepat dan mudah

( Brown & Bush, 1992; Toh & Ng, 1994; Rio & Kasiran, 1994; Baharuddin & Mohd, 1995 ).

Penggunaan multimedia mempunyai peranan penting dalam pendidikan matematik. Modul

yang berteraskan multimedia ini mempunyai kelebihan seperti berikut:

1. Memberi peluang kepada pelajar untuk belajar sendiri berdasarkan kemampuan

masing-masing. Murid yang lemah boleh membuat ulangan pada mana-mana

bahagian yang dilihat sukar bagi mereka untuk dikuasai. Contohnya, murid lemah

boleh memperbanyakkan aktiviti membina garis nombor bagi pelbagai pasangan

nombor pendaraban sehingga dia betul-betul menguasainya.

2. Memudah dan mempercepatkan kefahaman sesuatu konsep matematik. Bahan bantu

mengajar yang dibina dengan platform multimedia adalah lebih berkesan kerana isi

pelajaran yang hendak diajar dipersembahkan dengan ciri-ciri imej, teks, bunyi dan

video yang lebih menarik, teratur dan sesuai dengan keperluan pembelajaran murid.

3. Menjadikan aktiviti pembelajaran menarik dan menyeronokkan. Aktiviti pembelajaran

lebih menyeronokkan kerana ia melibatkan kessemua deria murid malah bersifat

mind-on dan hands-on. Murid terlibat secara aktif dalam pembelajaran mereka tanpa

dikongkong oleh sifat autokratik guru. Guru lebih berfungsi sebagai fasilitator/pemudah

cara yang akan membantu murid apabila perlu.

4. Membekalkan lebih banyak maklumat dan pengetahuan kepada pelajar. Sebagai

contoh yang boleh diambil daripada modul ini ialah penggunaan perisian ‘Multiplication

Facts’ daripada taw.org.uk bukan sahaja membina ayat matematik daripada garis

nombor, malah pada masa yang sama murid boleh menguasai penambahan berulang,

pendaraban menggunakan gambar dan dua pendaraban yang mempunyai hasil

darab yang sama apabila nombor-nombor yang didarabkan bertukat kedudukan dalam

ayat matematik. Ia adalah seperti dalam rajah di bawah.

Page 5: Modul Pengajaran Matematik Mengintegrasikan ICT

5. Membantu pelajar mengulangi sesuatu isi pelajaran berulang kali Proses ulangan

yang boleh dilakukan memberi faedah dalam meningkatkan kefahaman murid pada

tahap optimum.

Page 6: Modul Pengajaran Matematik Mengintegrasikan ICT

Rancangan Pengajaran Harian

BIDANG Nombor dan Operasi

TAJUK Darab

STANDARD

PEMBELAJARAN 4.1 Menulis ayat matematik bagi operasi darab

STANDARD

KANDUNGAN

iv) Menulis ayat matematik darab berbantukan:

b) gambar

c) garis nombor

sama banyak

OBJEKTIF

PEMBELAJARAN

Pada akhir pembelajaran, murid berupaya:

i. membina dan menulis menulis darab berdasarkan

gambar dengan betul

ii. membina dan menulis ayat matematik darab

berdasarkan garis nombor dengan betul

iii. melengkap ayat matematik dengan hasil darab yang

betul

AKTIVITI P&P

1. Fasa Persediaan

i. Video Didi and Friends “Semut Berkawad”

ii. Permainan fairyfog2s_v2 (penambahan berulang)

Page 7: Modul Pengajaran Matematik Mengintegrasikan ICT

2. Fasa Imaginasi

i. Video Matematik Tahun 2: Darab (youtube)

ii. Kuiz Quizziz

3. Fasa Perkembangan

i. Perisian interaktif taw.org.uk

ii. Latihan di padlet

4. Fasa Tindakan

i. Penyelesaian masalah (komik StoryThat)

ii. Latihan di padlet

5. Fasa Penilaian

i. Kuiz Kahoot!

ii. Online Games

ELEMEN TMK

i. Blendspace sebagai domain/templat di mana semua

elemen/ perisian ICT yang digunakan

diorganisasikan untuk penggunaan yang sistematik

dan terancang

https://www.tes.com/lessons/d6OjPIQ-

NPr3Pw/darab-tahun-2-membina-ayat-matematik-

darab

ii. Pengenalan Tajuk, Standard Kandungan dan

Standard Pembelajaran (Prezi)

iii. Video Semut Berkawad Didi & Friends (youtube)

iv. Matematik Tahun 2: Darab (youtube)

v. Kuiz Bina Ayat Matematik Darab Berdasarkan

Gambar Kumpulan Objek (Quizziz)

vi. Fakta Asas Darab Menggunakan Garis Nombor

(website www.taw.org.uk/lic/itp/)

vii. Latihan menulis ayat matematik darab berasaskan

garis nombor (Padlet)

viii. Penyelesaian Masalah Berdasarkan Dialog Komik

(Padlet)

Aktiviti Tambahan/Pengayaan

ix. Latihan (Kuiz) Darab Berdasarkan Ayat Matematik

(Kahoot!)

x. Pumpkin Multiples (online games di website

http://www.mathplayground.com/multiples.html)

Page 8: Modul Pengajaran Matematik Mengintegrasikan ICT

xi. Puzzle Pic Multiplications (online games di website

http://www.mathplayground.com)

NILAI MURNI Kerjasama, Berdisiplin, Teliti, Yakin

STRATEGI

PENGAJARAN

Kaedah Induktif, Berpusat Murid, Berpusatkan Bahan Bantu

(Media ICT)

ELEMEN MERENTAS

KURIKULUM

Menjana idea, menghububgkaitkan idea, menjalankan

proses menyelesaikan masalah, mempraktikkan proses

kreatif

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

( Bahan-bahan modul ini yang lengkap dan telah disusun mengikut langkah

pengajaran boleh diakses di pautan https://www.tes.com/lessons/d6OjPIQ-

NPr3Pw/darab-tahun-2-membina-ayat-matematik-darab )

1. Pengenalan Tajuk, Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran (Prezi) di

pautan https://prezi.com/embed/x8d_2cke_9o7/

i. Prezi ditayangkan. Murid diterangkan dengan standard kandungan dan

standard pembelajaran yang perlu dicapai dalam sesi pengajaran dan

pembelajaran ini.

2. Video Semut Berkawad Didi & Friends (youtube) di pautan

https://youtu.be/0MHa0MiAf18

i. Murid menyanyikan lagu berpandukan video.

ii. Murid memberi pandangan tentang bilangan kumpulan semut semasa

berkawad.

iii. Murid dibimbing mengaitkan kumpulan sama banyak dengan konsep darab.

3. Tambah berulang dua-dua melalui permainan atas talian fairyfog2s_v2 di

website http://www.ictgames.com/fairyfog2s_v2.html

Page 9: Modul Pengajaran Matematik Mengintegrasikan ICT

i. Murid menambah berulang dua-dua untuk melengkapkan nombor yang hilang

pada bunga-bunga tulip. Nombor yang hilang ada pada salah seekor

kumbang yang sedang terbang. Murid klik pada kumbang tersebut.

ii. Murid dibimbing mengaitkan penambahan berulang sebagai asas kepada

konsep darab.

4. Matematik Tahun 2: Darab (youtube) di pautan https://youtu.be/nH0C8UXlPV4

i. Murid menonton video menunjukkan langkah demi langkah membina/menulis

ayat matematik darab

ii. Murid diminta membuat kesimpulan daripada video tentang langkah-langkah

membina/menulis ayat matematik darab.

Kesimpulannya:

Ayat matematik darab terdiri daripada

Bilangan kumpulan

objek x

Bilangan objek

dalam satu/setiap

kumpulan

= Jumlah kesemua

objek

5. Kuiz Bina Ayat Matematik Darab Berdasarkan Gambar Kumpulan Objek

(Quizziz) di pautan http://quizizz.com/admin/quiz/57248ed6ad9b3f0d1833d9d1

i. Murid masuk kuiz di Quizziz berdasarkan link yang dimasukkan oleh guru di

blendspace.

ii. Murid meneliti gambar kumpulan objek. Murid memilih (klik) jawapan yang

sepadan dengan gambar kumpulan objek tadi.

6. Fakta Asas Darab Menggunakan Garis Nombor di website www.taw.org.uk/lic/itp/

i. Murid diedarkan satu lembaran kerja yang memuatkan fakta-fakta asas darab

yang murid perlu selesaikan.

ii. Murid menyelesaikan tugasan yang diberi dengan menggunakan perisian

Multiplication Facts 0.8 di website yang dinyatakan.

Page 10: Modul Pengajaran Matematik Mengintegrasikan ICT

Bilangan anak panah x Skala garis nombor = Nombor anak panah

terakhir

7. Latihan menulis ayat matematik darab berasaskan garis nombor (Padlet) di

pautan http://padlet.com/norazlinrusdin/1hibeez0okhl

i. Murid meneliti 6 garis nombor pendaraban pada wall padlet.

ii. Murid menaip jawapan masing-masing.

iii. Jawapan murid dibandingkan dan disemak setelah semua murid selesai

menjawab.

8. Penyelesaian Masalah Berdasarkan Dialog Komik (Padlet) di pautan

http://padlet.com/norazlinrusdin/b5wfiwh7hrh3

i. Murid meneliti komik serta membaca dan memahami dialog.

ii. Murid dibimbing memahami maklumat pendaraban dalam komik melalui soal

jawab secara lisan.

iii. Murid menaip ayat matematik darab yang merupakan penyelesaian bagi

masalah yang diberikan.

iv. Jawapan-jawapan pada ‘wall’ padlet dibandingkan dan dirumuskan.

Aktiviti Tambahan/Pengayaan

Latihan-latihan ini disediakan sebagai latihan lanjutan untuk mengukuhkan lagi

penguasaan pembelajaran murid terhadap konsep darab.

9. Latihan (Kuiz) Darab Berdasarkan Ayat Matematik (Kahoot!) di pautan

https://play.kahoot.it/#/k/61b4d825-dbf7-4653-802f-0046686ab1a1

i. Murid masuk Kahoot! melalui link yang disediakan di blendspace.

ii. Murid membuka web Kahoot.it dan memasukkan nombor pin yang diberikan.

iii. Murid memulakan kuiz. Murid memilih(klik) bentuk yang mewakili jawapan

bagi melengkapkan ayat matematik darab yang dberi.

10. Pumpkin Multiples (online games di website

http://www.mathplayground.com/multiples.html)

Page 11: Modul Pengajaran Matematik Mengintegrasikan ICT

i. Murid masuk ke permainan ini melalui link yang disediakan pada blendspace.

ii. Murid bermain bagi sifir 2, 4, 5 dan 10.

iii. Murid digalakkan bermain bagi sifir-sifir yang lain juga.

11. Puzzle Pic Multiplications (online games di website

http://www.mathplayground.com)

i. Murid masuk ke permainan ini melalui link yang disediakan pada blendspace.

ii. Murid bermain bagi sifir 2, 4, 5 dan 10.

iii. Murid digalakkan bermain bagi sifir-sifir yang lain juga.

12. Lembaran Kerja dalam bentuk flipbook boleh dilihat dan dimuat turun di

http://online.fliphtml5.com/pfho/edrw/#p=1

Page 12: Modul Pengajaran Matematik Mengintegrasikan ICT

Darab Tahun 2: Membina ayat matematik darab

DARAB TAHUN 2: MEMBINA AYAT MATEMATIK DARAB by Norazlin

Mohd Rusdin on Prezi

Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran

https://prezi.com/x8d_2cke_9o7/darab-tahun-2-membina-ayat-matematik-darab/?utm_campaign=share&utm_medium=copy

Lagu Kanak Kanak | Semut Berkawad | Didi & Friends

Page 13: Modul Pengajaran Matematik Mengintegrasikan ICT

https://www.youtube.com/watch?v=0MHa0MiAf18

\

fairyfog2s_v2

Bilang Dua-dua Asas kepada sifir 2.

http://www.ictgames.com/fairyfog2s_v2.html

Matematik Tahun 2: Darab

Langkah demi Langkah Bina Ayat Matematik Darab

https://www.youtube.com/watch?v=nH0C8UXlPV4

Quizizz: Question Set

Page 14: Modul Pengajaran Matematik Mengintegrasikan ICT

Pilih ayat matematik darab yang betul berdasarkan kumpulan gambar objek.

http://quizizz.com/admin/quiz/57248ed6ad9b3f0d1833d9d1

www.taw.org.uk

http://www.taw.org.uk/lic/itp/

Darab

http://padlet.com/norazlinrusdin/1hibeez0okhl

Darab Tahun 2 by: norazlinmohdrusdin

Page 15: Modul Pengajaran Matematik Mengintegrasikan ICT

Komik Soalan Situasi Harian.

https://www.storyboardthat.com/portal/storyboards/norazlinmohdrusdin/classroom-public/darab-tahun-2

Darab: Bina ayat matematik darab

Bina ayat matematik darab berdasarkan Komik Soalan Situasi Harian (Langkah 7).

http://padlet.com/norazlinrusdin/b5wfiwh7hrh3

Kahoot! | Play this quiz now!

Kuiz Fakta Asas Darab

https://play.kahoot.it/#/k/61b4d825-dbf7-4653-802f-0046686ab1a1

Math Game - Pumpkin Multiples

Page 16: Modul Pengajaran Matematik Mengintegrasikan ICT

Main untuk sifir 2, 4, 5 dan 10.

http://www.mathplayground.com/multiples.html

Puzzle Pics Multiplication

Main untuk sifir 2, 4, 5 dan 10.

online.fliphtml5.com

Lembaran Kerja Pendaraban Kumpulan Objek dan Garis Nombor. http://online.fliphtml5.com/pfho/edrw/#p=1

<iframe frameborder='0' width='240' height='210' title='Lembaran kerja garis nombor dan

kumpulan objek' src='http://online.fliphtml5.com/pfho/edrw/#p=1' type='text/html'

allowfullscreen='true' scrolling='no' marginwidth='0' marginheight='0'></iframe>

Page 17: Modul Pengajaran Matematik Mengintegrasikan ICT

html5.com

Komik Penyelesaian Masalah

http://online.fliphtml5.com/kfso/ssgi/#p=1

online.fliphtml5.com

Sifir 0 hingga 12

http://online.fliphtml5.com/kfso/gntf/#p=1

Matematik Bukan Sekadar Kira-kira... Ia Juga "Logical Thinking and

Reasoning": Teknik Menguasai Sifir Darab

Teknik Menguasai Sifir

http://norazlinrusdin.blogspot.my/2016/05/teknik-menguasai-sifir-darab.html

Page 18: Modul Pengajaran Matematik Mengintegrasikan ICT

Kelebihan dan Kekurangan Software yang Digunakan by Norazlin Mohd

Rusdin on Prezi

11 Perisian Telah Digunakan

https://prezi.com/qnz6u6l6uhis/kelebihan-dan-kekurangan-039software039-yang-digunakan/?utm_campaign=share&utm_medium=copy