Modul PKP 3173

download Modul PKP 3173

of 44

description

pemulihan

Transcript of Modul PKP 3173

Rangka Isi Pelajaran

(PKP 3117 SENI BAHASA DAN SASTERA DALAM PENDIDIKAN PEMULIHAN )

TAJUK 2JENIS PROSA TRADISIONAL

SINOPSIS

Bahagian ini mengandungi kosep, ciri, jenis dan gaya bahasa Prosa Tradisional khususnya lipur lara. Secara umumnya, topik ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut:

2.1 Konsep2.2 Ciri-ciri2.3Gaya BahasaHASIL PEMBELAJARAN i. Membuat rumusan tentang konsep cerita lipur lara.

ii. Menghuraikan aspek-aspek ciri-ciri, jenis-jenis dan gaya bahasa cerita lipur lara.2.0 Cerita Lipur Lara2.1 Konsep

Cerita lipur lara merupakan cerita yang paling popular dalam kalangan masyarakat Melayu lama, dikenali juga sebagai roman rakyat (folk romances) atau fairy-tales, folktales atau merchen. Cerita ini biasanya mengisahkan raja-raja dan putera-puteri raja. Wataknya cantik, gagah serta kuat dan biasanya mengandungi unsur pengembaraan dan bersifat penghibur hati ( Mohd Taib Osman, 1974).

Menurut Ismail Hamid (1987), Lipur bermaksud hibur dan lara bermaksud duka atau kesedihan hati. Penglipur Lara bermaksud penghibur hati yang duka atau penghibur hati yang sedih.

Cerita lipur lara disampaikan secara lisan melibatkan gaya penyampaian, lagu dan alat-alat muzik mudah. Pencerita atau penyampai dikenali sebagai Tok Selampit, Awang Batil atau Awang Belangga. Gelaran ini bersempena nama-nama alat muzik yang digunakan semasa mempersembahkan cerita.

Antara cerita-cerita lipur Lara yang popular ialah Hikayat Malam Deman, Hikayat Malim Dewa, Hikayat Raja Budiman, Hikayat Raja Donan, Hikayat Anggun Cik Tunggal, Hikayat Seri Rama, Hikayat Awang Sulung Merah Muda, Hikayat Raja Muda, Hikayat Raja Ambong, Cerita-cerita Gembang, Awang Gembang, Raja Dewa dan Selampit, Raja Mahadong Bongsu, Awang Lutong dan Hikayat Terung Pipit.2.2 Ciri-ciri

1. Diwarisi dan menjadi pusaka yang tinggi nilainya sejak zaman-berzaman.2. Bertemakan percintaan wira dengan wirawati.3. Ceritanya berpusatkan puetra atau puteri raja4. Ceritanya terbahagi kepada tiga bahagian, awal, tengah dan akhir5. Kaya dengan unsur-unsur alam super natural dan kuasa sakti6. Berlakunya pengembaraan yang bertolak dari mimpi atau niat.7. Terdapatnya watak manusia dan bukan manusia (jin) 8. Kemenangan sentiasa dipihak putera atau puteri raja9. Menjadi milik bersama kerana nama penulis atau pengarang tidak dinyatakan.10. Banyak menggunakan bahasa istana11. Mengandungi unsur mitos dan legenda.12. Banyak menggunakan penanda wacana pada awal ayat. Contohnya maka, sebermula, al-kisah, arakian dan sebagainya. 13. Mengisahkan tentang pengembaraan anak-anak raja yang penuh dengan kehebatan dan keperkasaan14. Kebiasaannya cerita akan berakhir dengan kegembiraan dan kemenangan kepada wira atau wirawati.2.4 Gaya Bahasa

Cerita penglipur lara disampaikan secara lisan, oleh itu unsur-unsur irama seperti rentak, tekanan dan turun naik nada suara adalah penting. Antara gaya bahasa yang sering digunakan ialah:

1. Penggunaan Puisi

Puisi kerap digunakan dalam cerita-cerita lipur lara, antaranya ialah :

a. Rangkap ulang (runs)

Rangkap-rangkap yang teratur dan menarik, diucapkan secara berulang-ulang pada bahagian-bahagian tertentu. Berfungsi sebagai sebagai penegasan dan pewarnaan peristiwa-peristiwa atau keadaan. Kebiasaannya digunakan untuk menggambarkan kecantikan seseorang anak raja, kehebatan, mengisahkan perjalanan, perayaan diraja dan kejadian-kejadian luar biasa yang lain.

Dalam Hiakayat Raja Donan, digambarkan sambutan rakyat terhadap perayaan diraja sempena perkahwinan wira dan wirawati.

Yang capik datang bertongkat

Yang buta meraba-raba

Yang tua leka bertanya

Yang kecil terambil lintang

Yang jarak bertolak-tolakan

Yang pendek tinjau-meninjau

Yang kurap mengekor angin

(Hikayat Raja Donan)

b. Pantun

Contoh pantun yang digunakan dalam cerita Poteri Bongsu berpantun meratapi dirinya ketika tidak dipedulikan oleh suaminya, Malim Deman.

Ada kain songket permata

Tenun Puteri Galoh Kencana

Ada lain buangkan beta

Kerana beta dagang yang hina

2. Penggunaan bahasa pertuturan seharian dalam cerita-cerita prosa tradisional, dan biasanya dipengaruhi oleh dialek tempat cerita berkenaan dituturkan. Sebagai contoh bangat,diamat-amati, terkosel-kosel dan sebagainya.

3. Penggunaan bahasa istana terutama apabila penceritaan tentang raja-raja. Contohnya gering, bertitah, beta, mangkat dan sebagainya.

4. Bahasa perbandingan

Kebiasaannya digunakan untuk menerangkan sifat-sifat istimewa wira dan wirawati, mereka dibandingkan secara langsung dengan objek-objek alam. Misalnya, untuk menggambarkan kecantikan puteri-puteri raja biasanya dikatakan pipi pauh dilayang, rambut mayang mengurai, bibir delima merkah, kuku bagai kikir taji dan sebagainya.

5. Penggunaan Kata pangkal ayat, biasanya digunakan sebagai penanda wacana penceritaan. Contohnya maka, arakian, alkisah, syahadan dan sebagainya.

6. Penggunaan ayat-ayat yang panjang dan berbelit-belit sesuai dengan pengucapannya secara lisan. Terdapat juga unsur pengulangan kata yang banyak dan ketara.Aktiviti 1:

Sila buat nota ringkas tentang konsep penglipur lara dan ciri-cirinya dalam bentuk lembaran grafik.

SHAPE \* MERGEFORMAT

Aktiviti 21. Secara individu anda dikehendaki melayari internet untuk mendapat bahan tentang gaya bahasa yang terdapat dalam cerita-cerita lipur lara.

TAJUK 4Jenis Prosa Tradisional

SINOPSIS

Bahagian ini mengandungi kosep, ciri, jenis dan gaya bahasa Prosa Tradisional khususnya mitos dan legenda. Secara umumnya, topik ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut:

4.1 Konsep4.2 Ciri-ciri4.3 Jenis-jenis4.4 Gaya BahasaHASIL PEMBELAJARAN

i. Membuat rumusan tentang konsep cerita mitos dan legenda.

ii. Menghuraikan aspek-aspek ciri-ciri, jenis-jenis dan gaya bahasa cerita mitos dan legenda.4.1MITOS4.1.1Konsep

Menurut Taib Osman, cerita mitos biasanya menceritakan tentang kisah dewa-dewa dan tuhan. Sementara C. Hooykaas dalam bukunya Penyedar Sastera menyatakan cerita ini bersifat keagamaan dan mengandungi unsur-unsur ajaib iaitu merupakan kepercayaan asal usul sesuatu bangsa atau keturunan.

Menurut William R. Bascom, mitos ialah prosa rakyat yang dianggap oleh kolektifnya sebagai benar-benar terjadi dan suci (keramat). Tokohnya terdiri daripada golongan para dewa atau makhluk setengah dewa. Peristiwa yang berlaku pula terjadi di alam yang bukan kita kenali sekarang walaupun kisah yang berlaku adalah asal terjadinya alam semesta, dunia atau manusia pertama. Mitos juga mengandungi cerita asal bermulanya kehidupan dan kematian, bentuk khas binatang, bentuk topografi, gejala alam, kisah petualang para dewa, percintaan mereka, hubungan kekerabatan mereka, kisah perang dan sebagainya.4.1.2Ciri-ciri

Ciri-ciri cerita mitos ialah:1. Cerita, kejadian dan perkara yang berkaitan dengannya dipercayai benar-benar terjadi oleh masyarakat pendukungnya.

2. Peristiwa yang berlaku walaupun aneh dan kadang-kadang aneh dan sukar dimengertikan, tetapi sungguh bererti dan sangat penting kepada masyarakat khalayaknya.

3. Dari segi strukturnya, mitos biasanya merupakan cerita yang sederhana yang terdiri daripada beberapa motif dan plotnya mudah.

4. Cara penuturannya disertai dengan upacara yang tertentu dan hanya boleh dituturkan oleh orang yang tertentu sahaja.

5. Masyarakat khalayak cerita mitos menganggap cerita-cerita yang terkandung di dalamnya sebagai suci dan keramat.

6. Latar belakang masa yang terdapat dalam cerita mitos ialah berlaku pada zaman lampau (distant past). 7. Tokoh-tokoh yang terdapat dalam cerita mitos biasanya berkaitan dengan makhluk penting dalam pengertian budaya dan masyarakat khalayak termasuk tuhan-tuhan, dewa-dewi, atau makhluk lainnya seperti penunggu, jembalang dan sebagainya.

8. Cerita mitos merupakan lambang kepada masyarakat khalayak kerana ketahanannya bergantung kepada kekuatan, kepercayaan dan penerimaan masyarakat khalayaknya.4.1.3Jenis-jenis

Cerita mitos terbahagi kepada empat jenis.1. Cerita Mitos RasmiCeriat ini ialah mengenai tuhan yang merupakan suatu sandaran kepercayaan. Dasar kepercayaan ini dijadikan mitos apabila dimasukkan ke dalam sesebuah cerita. Contohnya dalam Hikayat Raja Khandak. Dalam hikayat ini, tuhan meurunkan malaikat membantu Nabi Muhammad saw bagi menentang tentera kafir di bawah pimpinan Raja Khandak. Tujuan memasukkan watak-watak tuhan, Nabi Adam, Nabi Muhammad itu adalah untuk menarik perhatian dan meyakinkan masyarakat terhadap hikayat tersebut. 2. Cerita Mitos Popular

Selalunya mengisahkan tentang tokoh dewa, separuh dewa atau separuh tuhan yang dimasukkan ke dalam sesebuah cerita. Misalnya Ikan Nun dikatakan sebagai binatang yang telah menyelamatkan Nabi Nuh. Dalam Hikayat Si Miskin, ikan ini dikatakan telah menyelamatkan Marakarmah yang dicampakkan ke dalam laut.

3. Cerita Mitos Politik

Mengisahkan sesorang tokoh kebangsaan yang dianggap sebagai manusia agung kerana mempunyai hubungan dengan manusia-manusia isimewa atau dengan tuhan. Tokoh-tokoh ini kemudiannya mendapat tempat istimewa dalam sesebuah negara atau kerajaan. Contohnya, dalam Hikayat Raja-Raja Pasai, dikatakan Merah Silu memeluk agama Islam terus daripada Nabi Muhammad yang menemui baginda di dalam mimpi.4. Cerita Mitos Asal-usul

Lazimnya, mengisahkan tentang sesuatu kejadian luar biasa yang mana dari situ timbulnya kepercayaan hendak mendirikan dan menamakan sesuatu tempat. Contohnya, nama Melaka diambil sempena dengan kejadian pelanduk yang menendang anjing buruan raja dan kebetulan tempat raja berteduh di bawah pokok bernama Melaka.4.1.4Gaya Bahasa

1. Penggunaan Puisi

Puisi kerap digunakan dalam cerita-cerita mitos, antaranya ialah :

a. Rangkap ulang (runs)

Rangkap-rangkap yang teratur dan menarik, diucapkan secara berulang-ulang pada bahagian-bahagian tertentu. Berfungsi sebagai sebagai penegasan dan pewarnaan peristiwa-peristiwa atau keadaan.

b. Pantun, mentera, gurindam digunakan di dalam penceritaan membolehkan cerita yang diperdengarkan atau diceritakan lebih menarik.

2. Penggunaan bahasa pertuturan seharian dalam cerita-cerita prosa tradisional, dan biasanya dipengaruhi oleh dialek tempat cerita berkenaan dituturkan. Sebagai contoh bangat,diamat-amati, terkosel-kosel dan sebagainya.

3. Penggunaan bahasa istana terutama apabila penceritaan tentang raja-raja. Contohnya gering, bertitah, beta, mangkat dan sebagainya.

4. Bahasa perbandingan

Kebiasaannya digunakan untuk menerangkan sifat-sifat istimewa wira dan wirawati, mereka dibandingkan secara langsung dengan objek-objek alam. Misalnya, untuk menggambarkan kecantikan puteri-puteri raja biasanya dikatakan pipi pauh dilayang, rambut mayang mengurai, bibir delima merkah, kuku bagai kikir taji dan sebagainya.

5. Penggunaan Kata pangkal ayat, biasanya digunakan sebagai penanda wacana penceritaan. Contohnya maka, arakian, alkisah, syahadan dan sebagainya.

6. Penggunaan ayat-ayat yang panjang dan berbelit-belit sesuai dengan pengucapannya secara lisan. Terdapat juga unsur pengulangan kata yang banyak dan ketara.4.2LEGENDA

4.2.1 Konsep

Perkataan legenda berasal daripada bahasa Latin, Legendrus yang bermaksud sebuah cerita lama yang tidak dapat dipastikan kebenarannya tetapi popular dan digunapakai dari satu generasi ke satu generasi sejak zaman dahulu lagi.

Menurut James Dananddjaja, legenda adalah prosa rakyat yang dianggap oleh yang empunya cerita sebagai suatu kejadian yang sungguh-sungguh pernah terjadi.

Robert A Georges dalam American Folk Legend, menyatakan legenda aialah sejenis komunikasi lisan yang mengandungi cerita yang pernah terjadi pada masa lampau atau masa terdekat yang dipercayai benar oleh penutur atau pendengarnya.4.2.2 Ciri-ciri

Ciri-ciri cerita legenda ialah:1. Merupakan peristiwa atau perkara yang memang pernah terjadi dalam masyarakat pendukunnya. Misalnya pembentukan Gunung Jerai di Kedah yang dikaitkan dengan tiga watak putera dan puteri raja yang berkelahi yang kemudiannya ditegur oleh Sang Kelembai.

2. Tokoh ialah manusia biasa yang berdarah daging yang memang benar-benar wujud dalam sejarah bangsa tersebut.

3. Wataknya terdiri daripada manusia biasa yang mempunyai sifat dan ciri-ciri yang istimewa seperti mempunyai ilmu kebatinan, kegagahan yang luar biasa dan sebagainya, yang biasanya diingati secara berpanjangan oleh masyarakat kolektifnya.

4. Tokoh-tokoh yang wujud dalam cerita menjadi idola dalam masyarakat pendukungnya.5. Cerita legenda sangat jelas unsur tempatannya kerana mengandungi nilai sejarah tempatan.

6. Latar masa yang berkaitan dengan cerita tersebut tidak semestinya masa lampau tetapi ada hubungkait antara masa silam dengan masa kini.4.2.3 Jenis-jenis

Terbahagi kepada dua jenis :1. Legenda TempatanLegenda tempatan merupakan tokoh-tokoh legenda yang diambil dari sejarah tempatan atau direka sendiri oleh orang Melayu apada masa dahulu. Legenda tempatan boleh dibahagikan kepada:

a. Legenda Setempat

b. Legenda Kebangsaan

c. Legenda Islam2. Legenda dari luar

Cerita-cerita mengenai tokoh yang sangat popular di dunia meresap masuk ke dalam cerita legenda Melayu. Contohnya Iskandar Zulkarnain, Amir Hamzah, Muhammad Ali Hanafiah dan lain-lain.4.2.4 Gaya Bahasa

1. Penggunaan Puisi

Puisi kerap digunakan dalam cerita-cerita legenda, antaranya ialah :

a. Rangkap ulang (runs)

Rangkap-rangkap yang teratur dan menarik, diucapkan secara berulang-ulang pada bahagian-bahagian tertentu. Berfungsi sebagai sebagai penegasan dan pewarnaan peristiwa-peristiwa atau keadaan.

b. Pantun, mentera, gurindam digunakan di dalam penceritaan membolehkan cerita yang diperdengarkan atau diceritakan lebih menarik.

2. Penggunaan bahasa pertuturan seharian dalam cerita-cerita prosa tradisional, dan biasanya dipengaruhi oleh dialek tempat cerita berkenaan dituturkan. Sebagai contoh bangat,diamat-amati, terkosel-kosel dan sebagainya.

3. Penggunaan bahasa istana terutama apabila penceritaan tentang raja-raja. Contohnya gering, bertitah, beta, mangkat dan sebagainya.

4. Bahasa perbandingan

Kebiasaannya digunakan untuk menerangkan sifat-sifat istimewa wira dan wirawati, mereka dibandingkan secara langsung dengan objek-objek alam. Misalnya, untuk menggambarkan kecantikan puteri-puteri raja biasanya dikatakan pipi pauh dilayang, rambut mayang mengurai, bibir delima merkah, kuku bagai kikir taji dan sebagainya.

5. Penggunaan Kata pangkal ayat, biasanya digunakan sebagai penanda wacana penceritaan. Contohnya maka, arakian, alkisah, syahadan dan sebagainya.

6. Penggunaan ayat-ayat yang panjang dan berbelit-belit sesuai dengan pengucapannya secara lisan. Terdapat juga unsur pengulangan kata yang banyak dan ketara.Aktiviti 1:

Buat banding beza antara cerita mitos dengan cerita legenda.

TAJUK 5Jenis Prosa Moden

SINOPSIS

Bahagian ini mengandungi kosep, ciri, jenis dan gaya bahasa Prosa Moden. Secara umumnya, topik ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut:

5.1 Konsep5.2 Ciri-ciri5.3 Jenis-jenis5.4 Gaya BahasaHASIL PEMBELAJARAN i. Membuat rumusan tentang konsep Prosa Moden.

ii. Menghuraikan aspek-aspek ciri-ciri, jenis-jenis dan gaya bahasa Prosa moden.Novel

Konsep

Novel merupakan karangan berbentuk fiksyen, dikategorikan sebagai prosa naratif mengandungi cerita panjang yang ditulis dalam bentuk prosa. Perkataan novel berasal daripada bahasa Itali 'novella', daripada bahasa Perancis 'nouvelle' yang bermaksud 'sepotong berita'.Ciri-ciri

1.Novel lebih panjang dan kompleks daripada cerpen sekurang-kurangnya 40 000 patah perkataan.

2. Menceritakan tentang watak dan perwatakan dalam kehidupan.

3. Novel tidak terikat oleh sebarang bentuk atau format.

4.Ceritanya mempunyai kaitan erat dengan masyarakat dan dapat dikatakan sebagai satu dokumentasi sosial.

5. Terdiri daripada tiga elemen utama iaitu plot, perwatakan, latar dan gaya.

6. Novel yang baik dikatakan mengandungi unsur penceritaan, sudut pandangan dan dialog.Jenis-jenis

Jenis-jenis novel dibahagikan kepada beberapa jenis;

1. Novel saduran

Mengambil kisah daripada negara lain contohnya Hikayat Setia Asyik kepada Masyuknya atau kemudiannya dikenali sebagai Hikayat Faridah Hanum oleh Syed Syeikh Al-Hadi yang menyadurkan novel daripada Mesir.2. Novel Melayu Asli

Menggunakan latar dan watak bangsa Melayu. Ahmad Rashid Talu merupakan seorang novelis yang pertama menghasilkan nivel jenis ini. Beliau digelar Bapa Novel Melayu Asli. Antara novel yang dihasilkan oleh Ahmad Rashid Talu ialah Kawan Benar (1927), Ialah Salamah? (1928), dan 12 Kali Sengsara (1929). Kesemua novel yang dihasilkan oleh beliau mengemukakan persoalan moral dan agama.

3. Novel berunsur Islam

Persoalan novel berunsur Islam dan moral semakin mendominasi Kesusasteraan Melayu Moden pada tahun 1960-an dan 1970-an. Pengarang mengajak khalayak mendalami dan mempraktikkan ajaran agama Islam. Oleh yang demikian, muncullah Al-Syiqaq I karya Shahnon Ahmad, Arbain karya Sabda S, Di Sebalik Sebuah Kubah karya Harun Haji Salleh, Seorang Guru Tua karya Abdul Rahman Harun, Mengejar Kedamaian karya Manap Abdul Malik, Mereka Yang Tertewas karya Hasanudin Mat Isa dan pada tahun 1990-an, Imam karya Abdullah Hussein.

4. Novel remaja

Khalayak bagi novel ini ialah golongan remaja. Utusan Melayu-Public Bank telah menganjurkan sayembara penulisan novel remaja pada tahun 1997. Oleh itu, lahirlah novel-novel seperti Julia karya Abu Hassan Morad dan Ekspedisi karya Mohd Ghazali Tocheh. Terdapat juga novel-novel yang lain seperti Terminal Tiga karya Othman Puteh, Meniti Kaca karya Raja Sabarudin Abdullah dan Panas Salju karya Talib Selamat.

5. Novel kanak-kanak

Banyak penulis yang terlibat dalam penulisan novel kanak-kanak. Antaranya Siti Aishah Ali telah menulis novel-novel Penerbangan QR 13, Budi, Lelaki Berkaki Kayu. Ghazali Ngah Azia menulis novel Misteri Azrul dan Adi Alhadi menulis novel Pulau Impian dan Hantu Pulau Kambing dan sebagainya.

Novel kanak-kanak turut diperluas dengan menterjemah karya-karya Enid Blyton dan siri Harry Potter karya J.K. Rowling ke dalam bahasa Melayu.

6. Novel popular

Golongan muda merupakan sasaran bagi novel jenis ini yang menggemari bacaan ringan. Antara pengarangnya adalah seperti Shamsiah Mohd Nor, Akhdiat Akasah dan Sri Diah.

7. Novel konvensional

Kesemua novel yang disebutkan di atas mematuhi kovensi penulisan novel. Sehubungan itu, boleh dikategorikan ke dalam novel konvensional.

8. Novel sejarah

Novel sejarah bermaksud menceritakan tentang ketokohan seseorang tokoh sejarah atau peristiwa sesuatu sejarah. Antara contoh novel ini adalah seperti Panglima Awang, Anak Panglima Awang, Tun Mandak, Wan Derus dan Sultan Mahmud Melaka karya Harun Aminurrashid. Pengarang mutakhir yang menulis novel sejarah ialah Zaharah Nawawi yang menulis novel Panglima Sulong.

9. Novel absurd / Novel tak konvensional

Terdapat beberapa orang novelis yang menghasilkan novel beraliran anti-realisme. Rahman Yusof menulis novel absurd yang berjudul Warna-warna. Novel Sampah karya Shahnon Ahmad merupakan sebuah lagi novel absurd. Novel absurd juga tergolong dalam kategori novel tidak konvensional.

Gaya bahasa

Contoh gaya bahasa yang terdapat dalam Novel Kembara Amira.

SimileNafasnya naik turun kerana bagai mengejar kelajuan Itai melangkah.

PersonifikasiKetika itu jugalah seorang lelaki menerkam lalu menikam bertalu-talu ke arah dada haiwan itu menyebabkan haiwan itu meraung dan dia akan tersedar dari tidurnya.

HiperbolaAku minta maaf kerana apa yang telah berlaku kerana ketika itu aku bukan manusia. Aku masih dipengaruhi oleh roh beruang yang menguasai kulit itu

SinkopeOi... kau tak teringin benda ni? Amira bersuara dengan kuat untuk menarik perhatian Jacinta

InversiKita hanya perlu berjalan mungkin satu atau dua jam dan di sana kamu nanti semua boleh lihat sendiri apa yang saya maksudkan.

Kata GandaJidin menyelak daun-daun hijau dan pertama yang dia lihat adalah mata biru Samantha.

PeribahasaAkhirnya ikan akan pulang ke lubuk jua walaupun kita cuba menghalang takdir.

Cerpen

Konsep

Cerpen atau cerita pendek dapat didefinisikan sebagai kisah rekaan yang ringkas, panjangnya antara 500 hingga 15,000 patah kata. Cerpen mempunyai kesatuan yang dicapai, terutamanya melalui plot di samping banyak mempunyai unsur lain seperti tema, latar, watak, gaya dan sebagainya. Cerpen berbeza dengan novel, terutamanya dari segi cerita yang berpusat pada sesuatu watak yang menggambarkan satu siri aksi atau peristiwa yang terbatas. Cerpen mengemukakan cerita dalam latar tempat yang terhad, jangka waktu yang pendek dan pertalian ceritanya tidaklah kompleks.

Genre ini bermula pada tahun 1925. Antara penulis cerpen yang terawal ialah Harun Muhamad Amin, Mahmud Ahmar, Yusof Arshad. Cerpen tersebut diterbitkan dalam majalah Guru. Akhbar-akhbar yang turut menyiarkan cerpen ialah Utusan Zaman, Warta Ahad dan Warta Jenaka. Tokoh-tokoh penulis cerpen antaranya; Abd Rahim kajai, Ishak Hj. Mohamad. Cerpen yang ditulis pada zaman sebelum Perang Dunia lebih berbentuk;

- didaktik, bertujuan untuk mengajar

- tidak mementingkan struktur penulisan

- lebih terpengaruh dengan bentuk sastera lisan dan tradisi

bercerita

- lebih banyak menggunakan istilah cerita.

Cerpen yang ditulis pada zaman selepas Perang Dunia mengalami sedikit perubahan. Antara penulis cerpen pada ini ialah Keris Mas, Ahmad Boestamam, Abdul Samad Ismail. Cerpen-cerpen yang dihasilkan pada zaman ini dan seterusnya mempunyai tema yang pelbagai seperti

- romantis dengan semangat perjuangan untuk mencapai

kemerdekaan Percintaan

Ketidakadilan masyarakat

Kepincangan dan keburukan masyarakat

Percintaan dan kahwin campur

Sindiran tajam (sinis)

Pembangunan

Pemikiran falsafah

Politik

jenaka

Ciri-ciri

Menurut pendapat Sumarjo dan Saini (1997 : 36) sebagai berikut.Ceritanya pendek ;

Bersifat rekaan (fiction) ;

Bersifat naratif ; dan

Memiliki kesan tunggal.

Pendapat lain mengenai ciri-ciri cerita pendek di kemukakan pula oleh Lubis dalam Tarigan (1985 : 177) sebagai berikut.

Cerita Pendek harus mengandung interprestasi pengarang tentang konsepsinya mengenai kehidupan, baik secara langsung maupun tidak langsung.

Dalam sebuah cerita pendek sebuah insiden yang terutama menguasai jalan cerita.

Cerita pendek harus mempunyai seorang yang menjadi pelaku atau tokoh utama.

Cerita pendek harus satu efek atau kesan yang menarik.

Menurut Morris dalam Tarigan (1985 : 177), ciri-ciri cerita pendek adalah sebagai berikut.

Ciri-ciri utama cerita pendek adalah singkat, padu, dan intensif (brevity, unity, and intensity).

Unsur-unsur cerita pendek adalah adegan, toko, dan gerak (scena, character, and action).

Bahasa cerita pendek harus tajam, sugestif, dan menarik perhatian (incicive, suggestive, and alert).

Jenis-jenis

1. Cerpen konvensional

Aliran penulisan karya yang digunakan ialah realisme. Cerpen pertama berjudul 'Kecelakaan Pemalas' karya Nor bin Ibrahim. Selain itu, cerpen 'Cerpan Kemajuan Dunia' karya Ismail Sulaiman dan 'Cubaan Kasih' oleh Jentayu. Cerpen yang tersiar dalam Pengasuh dan Panduan Guru selepas itu menggunakan latar negara-negara Barat dan Timur Tengah. Cerpen dalam cerpen Penyuluh berlatarkan China dan Indonesia. Manakala dalam Majalah Guru berlatarkan negara Eropah.

2. Cerpen absurd

Antara contoh cerpen absurd ialah 'Gap-gup-gup' oleh Othman Puteh 'Fakurdafakia' oleh Mana Sikana dan kumpulan cerpen Parasit oleh Anwar Ridhwan. Kesemua cerpen absurd memanfaatkan aliran absurdisme.

3. Cerpen panjang

4. Cerpen berunsur Islam

5. Cerpen berdasarkan karya tradisional

Ketiga-tiga cerpen di atas disenaraikan sebagai konvensional dan beraliran realisme.

6. Cerpen kanak-kanak

Penulis terkenal dalam cerpen jenis ini ialah Ali Majod (Dalam Diri), Azizi Hj Abdullah (Paku Payung dan Limau Mandarin), dan Rejab F.I (Hadiah Hari Guru). Semua cerpen di atas disenaraikan sebagai konvensional dan beraliran realisme.

Gaya bahasa

1. Pemilihan kata

Bagi menghasilkan penulisan yang baik, pemilihan kosa kata yang tepat amat penting. Kesilapan menggunakan sesuatu perkataan menyebabkan pemahaman pembaca tersasar jauh daripada apa yang difikirkan oleh penulis. Contonya perkataan lihat, tengok, intai, tinjau, tilik semuanya menggambar apa yang dilihat oleh mata tetapi setiap perkataan memberi maksud yang berbeza.

2. Pembinaan ayat yang mantap

Ayat yang baik lahir dari struktur yang betul. Dalam tatabahasa bahasa Melayu ada empat pola ayat yang mendominasikan pengolahan ayat. Struktur itu ialah FN + FN, FN + FS, FN + FA dan FN + FK.

Dalam penulisan karya sastera, penggunaan kata diperindahkan dengan menggunakan bahasa puitis. Lihat bentuk gaya bahasa puitis dalam ayat di bawah.

(i) Air sungai menyenak ke tebing. Hujan semalaman menjadikan sungai sebak. Arus deras menunda sampah sarap yang tesangkut pada tunggul-tunggul berceranggah di tepi tebing. (Dharmala N.S Cerpen Rakit)

Air sungai menyenak personifikasi

Hujan semalaman menjadikan sungai sebak Hiperbola

Arus deras menunda sampah - hiperbola

(ii) Sago berasa kepedihan hatinya perlahan-lahan surut. Dia teringat pada mimpi-mimpi yang memberi harapan lain saban malam sejak dua bulan terakhir ini. (Baharuddin Kahar, Cerpen Sempena Ganja Iras)

mimpi-mimpi yang memberi harapan lain - personifikasi

kepedihan hatinya perlahan-lahan surut - imejan

3. Dialog yang mantap

Dialog dalam cepen mempunyai fungsi yang besar menghidupkan penceritaan.

(i) memperkenalkan watak

Dialog memberi kesan kepada pembaca apabila dialog itu sendiri memperkenalkan watak-watak dalam penceritaan. Sebagai contoh , lihat dialog di bawah.

" Siapa dia? "

" Namanya Pipah. Tetapi dipanggil Pip saja. Dia sekampung dengan saya. Tapi sudah lama tinggal di KK."" Dia kerja apa? "

" Setiausaha sebuah firma yang besar di sana. Saya tidak tahu nama firma itu," kata Baitah.

(Cerpen Sebuah Pekan Bernama Semporna karya Abdullah Hussein. Antologi SPBS, DBP hal. 128 - 129)

(ii) Dialog tanpa penjelasan

Dialog yang kemas tidak memerlukan keterangan suasana. Memadai pembaca membaca dialog. Pembaca sudah tahu siapa yang berkata dan kepada siapa dia berkata. Lihat pula dialog dari cerpen Susanne dan Penyair yang pulang karya Zakaria Ali (Dewan Sastera; Ogos 1973: 1)

" Jebat, aku punyai sesuatu nak aku katakan padamu."

" Apa? "

" Tentang Leonard Weekend ini meyakinkan aku bahawa ia tetap cinta padaku."

" Dan kau memulangkan kembali cintanya? "

" Entahlah. Aku sayang padanya'" bisik sussane.

" Tapi aku tak percaya aku cinta padanya sepertiia mencintai aku."

(iii) Dialog dengan penjelasan

Namun begitu, ada baiknya juga jika dialog itu diberi keterangan supaya pembaca benar-benar dapat memahami apa yang diceritakan oleh pengarang. Saya mengambil contoh seperti dialog berikut.

" Aku akan megusulkan undi tidak percaya terhadap pucuk pimpinan parti," ujar Lavasqui secara tebuka sehari selepas berita itu tersiar di akhbar.

" Kau memerlukan dua pertiga majoriti ahli jawatankuasa pusat, Lavasqui," komen Dave.

" Aku telah mengira kau sebagai penyokongku yang pertama,"

Dave menyepi. Dia cuma merenung tepat ke muka sahabatnya.

(iv) Menukar dialog kepada cakap pindah

Terdapat juga penulis yang menukar dialog kepada cakap pindah. Contohnya Anwar Ridhwan dalam karyanya berjudul Di Negeri Belalang menulis begini.

Dia ditanya apa tujuannya datang ke kota mati itu. Dia memberi jawapan bahawa dia tanpa tujuan sebenarnya dan tidak mengharapkan penemuan yang luar biasa. Dia sudah terbiasa untuk menemui kekosongan dalam hidupnya. Itu, katanya sama seperti mendulang emas di kali yang memang tidak mempunyai emas.

( Novelet Di Negeri Belalang, Marwilis Publisher, 1989: 59 60)

4. Pelukisan

Untuk memberi gambaran yang tepat, pengarang perlu menulis secara terperinci tentang sesuatu perkara. Perincian penulisannya itu menyebabkan pembaca benar-benar berpuas hati . Inilah pelukisan bahasa dalam sesebuah karya sastera.

Dalam novel terjemahan berjudul Perjuangan Sia-sia karya John Steinbeck (DBP, 1981) bahasa pelukisan ini digarap dengan baik.

Akhirnya malam menjelang. Di luar lampu-lampu jalan telah menyala dan lampu neon pada papan tanda restoran berkelip-kelip memancar sinar merah menyala ke udara. Lampu neon di papan tanda itu melontarkan sinar merah redup ke bilik Jim Nolan. Telah dua jam dia duduk di kerusi goyang kecil yang keras di bilik itu dengan melunjurkan kedua-dua kakinya ke lantai dan menepuk-nepuknya untuk menghilangkan rasa kebas itu menjalar naik dan turun hingga ke buku lalinya, kemudian dia berdiri lalu menyalakan lampu yang tidak bertudung dan kelihatanlah sebuah katil putih besar dengan cadarnya berwarna putih seperti kapur sebuah almari kayu oak berwarna keemasan dan permaidani merah bersih yang terhampar yang warnanya telah bertukar menjadi kecoklatan dengan tepinya yang meleding (hal. 1).Perhatikan gambaran di dalam bilik itu dengan perabot yang sama sekali tidak diceritakan oleh pengarang. Hanya sesudah lampu dipasang, baharu dapat dilihat dengan jelas keadaan bilik yang dihuni oleh Jim Nolan.Drama/ Teater

Konsep

Drama dapat diertikan sebagai suatu kisah yang diceritakan dalam bentuk lakonan oleh para pelakon yang memegang peranan sebagai watak-watak dalam kisah tersebut. Aksi dan dialog penting dalam drama, baik sebagai isi mahupun sebagai cara persembahan. Drama cuba menggambarkan satu aspek kehidupan manusia dengan mengemukakan konflik melalui aksi dan dialog para watak.

Lazimnya, skrip atau naskhah lakon drama memang dirancang untuk dipentaskan. Sesuatu drama dinikmati oleh penonton secara langsung dan tanpa henti pula. Itulah sebabnya sesuatu karya untuk drama tidak boleh terlalu panjang dan harus mempunyai tarikan yang kuat untuk memikat perhatian penonton.

Ciri-ciri

Mesti ada konfliksMesti ada aksiHarus dilakonkan Tempoh masa kurang daripada 3 jamTiada ulangan dalam satu masaMesti ada konfliksMesti ada aksiHarus dilakonkan Tempoh masa kurang daripada 3 jamTiada ulangan dalam satu masaMesti ada konfliksMesti ada aksiHarus dilakonkan Tempoh masa kurang daripada 3 jamTiada ulangan dalam satu masa

Ciri-ciri drama adalah seperti berikut;

1. Mesti ada konfliks

2. Mesti ada aksi

3. Harus dilakonkan

4. Tempoh masa kurang tiga jam

5. Tiada ulangan dalam satu masa

Jenis-jenis1. Tragedi

Mengandungi cerita tentang kemalangan dan kesedihan.

2. Komedi

Mengutarakan kisah hidup sehari-hari dengan pelbagai peristiwa lucu yang boleh menyebabkan penonton ketawa.

3. Tragi-Komedi

Mengandungi unsur-unsur kesedihan dan lucu.

4. Opera

Mengemukakan cerita yang digabungkan dengan muzik.

5. Pantomin

Lakonan yang dipersembahkan melalui gerak badan dan memek muka yang berlebihan untuk menyatakan aksi dan perasaan watak.

6. Bangsawan

Para pelakon membentuk dan mengubah sendiri dialog-dialog yang ingin disampaikan.

Gaya bahasa1.Stail dialog mirip dengan perbualan sehari-hari - sesuai untuk menghidupkan suasana realistik2.Pemilihan perkataan lebih tepat, lancar di samping mudah difahami dan jelas3. Penggunaan unsur gaya bahasa singkof- untuk menimbulkan kesan realistik. Contohnya perkataan kamu/mu, hendak/nak, tidak/dak.4. Pemilihan kata-kata dibuat dengan berhati-hati, misalnya bahasa Inggeris digunakan untuk menggambarkan kehidupan moden.5. Meninggalkan gaya bahasa tradisi drama puitis, biasanya menggunakan gaya bahasa prosa dan seboleh-bolehnya meniru gaya orang bercakap.6. Watak-watak bercakap/berdialog dalam bahasa kolakial/bahasa sehari-hari.1. Sila jelaskan konsep novel, cerpen dan drama.

2. Nyatakan perbezaan antara novel, cerpen dan drama.

3. Baca sebuah cerpen dan analisis gaya bahasa yang terkandung di dalamnya.

TAJUK 10Syair

SINOPSIS

Bahagian ini mengandungi bentuk, fungsi, ciri bahasa dan gaya bahasa syair. Secara umumnya, topik ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut:

10.1 Bentuk/ciri-ciri10.2 Fungsi10.3 Gaya BahasaHASIL PEMBELAJARAN i. Membuat huraian tentang bentuk dan fungsi syair..

ii. Menghuraikan aspek-aspek ciri-ciri dan gaya bahasa syair.

Syair merupakan karya kreatif lisan genre puisi tradisonal, Istilah syair berasal daripada perkataan Arab shir (puisi/sajak) dan shair (penulis puisi/penyajak). Dipercayai diperkenal oleh Hamzah Fansuri pada abad ke-16 (1580-1630) untuk mengajar agama Islam.10.1 Bentuk/ciri-cirii. Terdiri daripada 4 baris serangkap (tetapi sesetengah syair boleh juga dihasilkan dalam 2 atau 3 rangkap). ii. Syair tidak mempunyai pembayang maksud (berbeza dengan pantun.iii. Setiap baris dalam syair mempunyai makna yang berkaitan dengan baris-baris terdahulu. iv. Skima rima hujung a,a:a,a(serima) ; tidak dipentingkan rima tengah.v. Wujud hentian sebentar (pause) di pertengahan baris dan jeda (caesura) di hujung baris - pertukaran lenggok suara dan melodi.vi. Isi bercorak cerita atau huraian panjang mengenai subjek.vii. Bahasanya padat dan puitis.viii. Syair ialah cerita lengkap (ada watak, urutan peristiwa, teknik dan penyusunan plot seperti cereka/ ada subjek dan huraian tentang subjek berkenaan secara berurutan)10.2 Fungsi

i. Berceritaii. Hiburan

iii. Amanat/pengajaran

iv. Nasihat/panduan moral

v. Ilmu

vi. Keagamaan/rasul/nabi/Allah

vii. Panduan/bimbingan

viii. Sejarah

ix. Kemasyarakatan

x. Percintaan/rasa hati

xi. Pengetahuan

xii. Ketokohan

xiii. Semangat patriotik

xiv. Kiasan/alogari/perbandingan

xv. Kisah kemasyarakatan/kebudayaan

xvi. Peristiwa peperangan

xvii. Gambaran kosmopolitan

10.3 Gaya Bahasa

a. DiksiBermaksud pemilihan dan penyusunan kata-kata oleh pengarang dalam karyanya. Harus memperlihatkan kesesuaian kata yang dipilih dengan tema dan persoalan, latar, watak, dan mesej

b. PersonifikasiDikenal juga sebagai perorangan atau penginsanan. Membawa maksud tindakan pengarang memberikan sifat manusia, sama ada dari segi perasaan, perwatakan, atau tindak-tanduk kepada benda-benda mati, binatang, idea, atau hal-hal yang abstrak.

c. SimileMerupakan perbandingan yang menggunakan kata konkrit (boleh dihitung) dengan kata abstrak (tidak boleh dihitung)

Contoh: Hati dan jantung bagai serbuk,

Laksana kayu dimakan bubuk.

Syair ikan Terubuk (hlm 105).

d. MetaforaMerupakan perbandingan secara terus atau langsung tanpa menggunakan kata-kata seperti, bak, umpama, ibarat, dan sebagainya.e. AsonansiMerupakan pengulangan bunyi vokal yang sama dalam baris-baris syair.

Contohnya: pengulangan vokal a dalam Syair Nasihat Kepada Perempuan.

Memandang suamimu seperti rusaf. Aliterasi - Bermaksud pengulangan bunyi konsonan yang sama dalam baris gurindam g. PengulanganBerlaku pada kata, ungkapan, baris, atau rangkap yang diulang dalam syair.

anafora - pengulangan kata pada awal baris secara berurutan.

epifora - pengulangan kata pada akhir baris. repitisi - pengulangan kata dalam baris yang sama.

h. Singkof iaitu satu perkataan telah disingkatkan.

Contohnya : Setahun padi tak jadi.

Iaitu penyingkatan perkataan tidak menjadi tak.

I. Paradoks iaitu pertentangan isi ataau kenyataan.

Contohnya : Orang berlaki cerai ungkai,

Orang bercerai pulang balik.

j. Perlambangan

Merupakan kata-kata yang digunakan untuk menerangkan sesuatu benda, keadaan, atau peristiwa yang membawa maksud yang lain atau maknanya lebih mendalam

contohnya: senja melambangkan usia tua, pagi melambangkan

usia

k. Hiperbola iaitu perbandingan yang melampau.

Contoh : Sebulan dagang mengalas,

Jejak ditikam mati juga.

SHAPE \* MERGEFORMAT

Aktiviti 11. Secara individu anda dikehendaki melayari internet untuk mendapat bahan tentang syair.2. Selain itu, anda juga dikehendaki melagukan syair dengan nada dan intonasi yang betul.

TAJUK 11GURINDAM

SINOPSIS

Bahagian ini mengandungi bentuk, ciri-ciri, fungsi, dan gaya bahasa gurindam. Secara umumnya, topik ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut:

10.1 Bentuk/ ciri-ciri10.2 Fungsi10.3 Gaya BahasaHASIL PEMBELAJARAN i. Membuat huraian tentang bentuk dan ciri-ciri gurindam.ii. Menghuraikan aspek-aspek fungsi dan gaya bahasa gurindam.Gurindam

Gurindam ialah sejenis puisi tradisional Melayu yang diperkenalkan oleh Raja Ali Haji melalui "Gurindam Dua Belas" yang dikarang pada tahun 1846. Terdapat dua jenis gurindam berdasarkan bentuknya iaitu yang terikat dan yang tidak terikat. Bentuk yang terikat terdiri daripada dua baris serangkap mengandungi tiga hingga empat patah perkataan. 11.1Bentuk dan ciri-ciri11.2Fungsi

11.3Gaya Bahasa11.1 Bentuk dan ciri-ciri1. Lazimnya gurindan terdiri daripada dua baris serangkap namun terdapat juga gurindam yang mempunyai empat atau lebih baris dalam satu rangkp.

2. Empat hingga enam patah perkataan/ 8- 12 suku kata sebaris

3. Jumlah rangkap dalam seuntai gurindan tidak ditentukan

4. Skima rima hujung bercorak serima iaitu a;a

5. Ada kalanya wujud unsur asonansi dan aliterasi pada perkataan dalam baris

6. Rangkapnya terbahagi kepada unit syarat dan induk kalimat (baris pertama) dan jawab atau anak kalimat (baris kedua).

7. Umumnya mengandungi pernyataan yang serius terutama untuk memberi pengajaran atau menyatakan perasaan cinta.

11.2Fungsi

1. Menyampaikan pendidikan kepada manusia agar menjadi manusia berilmu, bermoral, berakhlak dan berguna kepada agama, bangsa dan negara.2. Amanat/pengajaran

3. Nasihat/panduan moral

4. Ilmu Pengetahuan5. Keagamaan/rasul/nabi/Allah

6. Panduan/bimbingan

11.3 Gaya Bahasa

a. DiksiBermaksud pemilihan dan penyusunan kata-kata oleh pengarang dalam karyanya. Harus memperlihatkan kesesuaian kata yang dipilih dengan tema dan persoalan, latar, watak, dan mesej

b. PersonifikasiDikenal juga sebagai perorangan atau penginsanan. Membawa maksud tindakan pengarang memberikan sifat manusia, sama ada dari segi perasaan, perwatakan, atau tindak-tanduk kepada benda-benda mati, binatang, idea, atau hal-hal yang abstrak.

c. SimileMerupakan perbandingan yang menggunakan kata konkrit (boleh dihitung) dengan kata abstrak (tidak boleh dihitung)

d. MetaforaMerupakan perbandingan secara terus atau langsung tanpa menggunakan kata-kata seperti, bak, umpama, ibarat, dan sebagainya.e. AsonansiMerupakan pengulangan bunyi vokal yang sama dalam baris-baris gurindam

Contohnya: pengulangan vokal a dalam baris Fasal ketujuh Gurindam 12 Apabila banyak berkata-kata,

Di situlah jalan masuk dusta

f. AliterasiBermaksud pengulangan bunyi konsonan yang sama dalam baris gurindam

Contohnya: pengulangan konsonan m dalam baris Memacu menghimpun kekuatan g. PengulanganBerlaku pada kata, ungkapan, baris, atau rangkap yang diulang dalam sajak.

anafora - pengulangan kata pada awal baris secara berurutan. Contohnya: Fasal Ketujuh Gurindan Dua Belasepifora - pengulangan kata pada akhir baris. repitisi - pengulangan kata dalam baris yang sama.h. Perlambangan

Merupakan kata-kata yang digunakan untuk menerangkan sesuatu benda, keadaan, atau peristiwa yang membawa maksud yang lain atau maknanya lebih mendalam

contohnya: senja melambangkan usia tua, pagi melambangkan usiaAktiviti 1: Berdasarkan gurindam dan seloka yang anda kaji, senaraikan unsur-unsur bahasa yang digunakan di dalamnya.

TAJUK 11 SELOKA

SINOPSIS

Bahagian ini mengandungi bentuk, ciri-ciri, fungsi, dan gaya bahasa seloka. Secara umumnya, topik ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut:

10.1 Bentuk/ ciri-ciri10.2 Fungsi10.3 Gaya BahasaHASIL PEMBELAJARAN i. Membuat huraian tentang bentuk dan ciri-ciri seloka.ii. Menghuraikan aspek-aspek fungsi dan gaya bahasa seloka.SELOKA

Istilah seloka berasal daripada perkataan Sanskrit shloka. Dalam bahasa Melayu seloka bererti berseloroh, berjenaka atau menyindir. Seloka merupakan puisi yang paling tua dalam Kesusateraan Melayu yang dipercayai datang ke alam Melayu bersama-sama perkembangan agama Hindu di Asia Tenggara. Teks Mahabarata dan Ramayana merupakan buku terawal yang tertulis dalam bentuk seloka.

Sebagai puisi tradisional karangan berrangkap atau bahasa berirama seloka lebih merupakan pepatah, bidalan atau perumpamaan yang mengandungi unsur jenaka, gurau senda, olokan, ejekan dan sindiran. Walaipun seloka merupakan puisi yang bercorak senda gurau namun isinya mengandugi sindiran yang menjadi pengajaran dan teladan kepada pembaca.10.1 Bentuk/ ciri-ciri

Seloka mempunyai beberapa ciri seperti berikut :

1. Seloka mempuyai 2 bentuk iaitu : terikat dan bebas.

Contoh seloka bentuk bebas.

Aduhai malang Pak Kaduk

Ayamnya menang kampung tergadai

Ada nasi dicurahkan

Awak pulang kebuluran

Mudik menongkah surut

Hilir menongkah pasang

Ada isteri dibunuh

Nyaris mati oleh tak makan

Masa belayar kematian angin

Sauh dilabuh bayu berpupuk

Ada rumah bertandang duduk

Aduhai, malang Pak Kadok. (Anak Laut, hlm 9)

Contoh seloka berbentuk terikat (pantun/syair)

Buah pinang buah belimbing

Ketiga dengan sibuah mangga

Sungguh senang berbini sumbing

Walau marah ketawa juga (Warisan Puisi Melayu, hlm 67)

2. Karangan berangkap yang menggunakan pertentangan bunyi rima hujung.

3. Terbahagi kepada unit pembayang (induk kalimat) dan unit maksud (anak kalimat).

4. Perkataan sindiran atau ejekan disampaikan dalam bentuk berangkap.

5. Mengandungi unsur jenaka atau gurau senda.

6. Digunakan untuk menyindir sambil mengajar.10.2 Fungsi

1. Pengajaran

2. Hiburan

3. Kisah Kemasyarakatan

4. Kiasan/alogari/perbandingan

5. kebudayaan masyarakat.

10.3 Gaya Bahasaa. DiksiBermaksud pemilihan dan penyusunan kata-kata oleh pengarang dalam karyanya. Harus memperlihatkan kesesuaian kata yang dipilih dengan tema dan persoalan, latar, watak, dan mesej

b. PersonifikasiDikenal juga sebagai perorangan atau penginsanan. Membawa maksud tindakan pengarang memberikan sifat manusia, sama ada dari segi perasaan, perwatakan, atau tindak-tanduk kepada benda-benda mati, binatang, idea, atau hal-hal yang abstrak.

c. SimileMerupakan perbandingan yang menggunakan kata konkrit (boleh dihitung) dengan kata abstrak (tidak boleh dihitung)

d. MetaforaMerupakan perbandingan secara terus atau langsung tanpa menggunakan kata-kata seperti, bak, umpama, ibarat, dan sebagainya.e. AsonansiMerupakan pengulangan bunyi vokal yang sama dalam baris-baris seloka.Contohnya: pengulangan vokal u dalam Seloka Pak Kadok.

Sauh dilabuh bayu berpupuk.

f. AliterasiBermaksud pengulangan bunyi konsonan yang sama dalam baris seloka.g. PengulanganBerlaku pada kata, ungkapan, baris, atau rangkap yang diulang dalam sajak.

anafora - pengulangan kata pada awal baris secara berurutan. epifora - pengulangan kata pada akhir baris. repitisi - pengulangan kata dalam baris yang sama.

h. Perlambangan

Merupakan kata-kata yang digunakan untuk menerangkan sesuatu benda, keadaan, atau peristiwa yang membawa maksud yang lain atau maknanya lebih mendalam

contohnya: senja melambangkan usia tua, pagi melambangkan usia

Aktiviti 2: Buat banding beza antara gurindam dan seloka dari segi konsep dan ciri-ciri.

BACAAN TAMBAHAN

Rujukan AsasHarun Mat Piah. (2004) Puisi melayu tradisional, nasihat dan pengajaran. :Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Harun Mat Piah et.al. (2006) Kesusasteraan melayu tradisional . Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

Hashim Awang, Othman Putih. (1985) Mendekati Kesusasteraan Melayu: Petaling Jaya: Fajar Bakti.

Ismail Yusoff.(2008) Kesusateraan Melayu Lama dan Baru: Sintok: Universiti Utara Malaysia.

Rujukan TambahanChe Zainon Omar et al. (2004) modul pengajaran dan pembelajaran komsas tingkatan 4 dan 5. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Dharmawijaya.(1987). Tanggapan dan kaedah pengajaran puisi. Petaling jawa:International Book service.

Dharmawijaya.(1987). Intisari Kesusateraan Melayu Moden: Petaling Jaya: Fajar Bakti.

Nik Naemah Bt. Ibrahim. (2006). Sejarah dan kritikan sastera. Shah Alam: SNP Panpac (M) Sdn. Bhd.

1