Modul Pkp3103

80
PKP 3103 PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN TAJUK 1 TEORI DAN MODEL PENGURUSAN KELAS KHAS 1.0 SINOPSIS Unit ini membincangkan tentang Teori dan Model Pengurusan Kelas Khas iaitu meliputi tajuk Terori pengurusan kelas, Model pengurusan kelas dan Pengurusan pembelajaran murid pemulihan khas. 1.1 HASIL PEMBELAJARAN Setelah mengikuti unit ini, anda akan dapat : 1. Menghuraikan teori pengurusan kelas khas. 2. Menganalisis Model pengurusan kelas pendidikan pemulihan. 3. Mensintesis maklumat daripada pelbagai sumber untuk memperoleh pemahaman yang koheren tentang teori dan amalan. 4 Menggunakan pertimbangan sendiri yang berasas untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. 5 Membuat refleksi dan menilai amalan pembelajaran serta menjanakan idea baru untuk penambahbaikan yang berterusan. 1.2 KERANGKA TAJUK-TAJUK 2011 1

description

dvvrvrr

Transcript of Modul Pkp3103

Page 1: Modul Pkp3103

PKP 3103 PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN

TAJUK 1 TEORI DAN MODEL PENGURUSAN KELAS KHAS

1.0 SINOPSIS

Unit ini membincangkan tentang Teori dan Model Pengurusan Kelas Khas iaitu

meliputi tajuk Terori pengurusan kelas, Model pengurusan kelas dan Pengurusan

pembelajaran murid pemulihan khas.

1.1 HASIL PEMBELAJARAN

Setelah mengikuti unit ini, anda akan dapat :

1. Menghuraikan teori pengurusan kelas khas.

2. Menganalisis Model pengurusan kelas pendidikan pemulihan.

3. Mensintesis maklumat daripada pelbagai sumber untuk memperoleh

pemahaman yang koheren tentang teori dan amalan.

4 Menggunakan pertimbangan sendiri yang berasas untuk menyelesaikan

masalah dan membuat keputusan.

5 Membuat refleksi dan menilai amalan pembelajaran serta menjanakan idea

baru untuk penambahbaikan yang berterusan.

1.2 KERANGKA TAJUK-TAJUK

2011 1

Page 2: Modul Pkp3103

PKP 3103 PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN

1.3 TEORI PENGURUSAN KELAS

Pengenalan

Pengurusan kelas ialah suatu aspek yang penting dalam melaksanakan sesuatu pengajaran.

Pengurusan kelas yang berkesan akan mewujudkan suasana yang kondusif untuk

melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Ia melibatkan amalan rutin bilik

darjah yang lancar, disiplin terkawal, penggunaan sumber p&p yang berkesan dan

hubungan harmoni serta mesra antara murid dan guru dalam kelas.

Memberi arahan merupakan satu kaedah yang dapat membantu guru dalam mengurus

kelas yang membolehkan peningkatan pencapaian akademik pelajar. Pengurusan kelas juga dapat

memupuk dan memelihara tingkah laku pelajar yang diingini dalam proses pengajaran dan

pembelajaran.

Levin dan Nolan (2004) :menyatakan bahawa kedua-dua arahan dan pengurusan

merupakan proses yang mempunyai tujuan di mana tindakan serta sikap guru itu bertindak adalah

untuk memudahkan guru mengurus kelas dalam pengajarandan pembelajaran

Cegelka dan Berdine (1995) :Penyusunan fizikal bilik darjah boleh mempengaruhi tingkahlaku

dan pembelajaran murid.

Kounin (1970) :Seseorang guru itu perlu tahu cara menyusun tempat duduk pelajar dan

peralatan bilik darjah, mengurus pergerakan pelaja r di dalam kelas, dan mengawal disiplin pelajar

didalam kelas supaya pengajaran dapat berjalan dengan lancar. Pengurusan kelas menunjukkan

terdapatnya perubahan tumpuan daripada menekankan strategi disiplin kepada strategi pengurusan

bilik darjah secara proaktif atau preventif

Pengurusan yang cekap boleh memberikan kesan yang baik kepada proses

pengajaran dan pembelajaran. Untuk mengurus sesuatu organisasi seseorang

pengurus harus memahami konsep pengurusan dan beberapa teori yang berkaitan.

2011 2

Page 3: Modul Pkp3103

PKP 3103 PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN

Pengurusan merupakan satu proses merancang, mengelola, memimpin, mengawal

ahli yang dipimpin untuk sesuatu ojektif

Dari sudut bilik darjah, pengurusan adalah satu proses sosial yang berkaitan

dengan mengenal pasti, menyelenggara, merangsang, mengawal aktiviti murid

supaya memenuhi objektif yang dirancang

Teori ialah satu konsep berbentuk andaian dan generalisasi yang

menerangkan secara sistematik sesuatu tingkah laku tertentu Terdapat berbagai teori

pengurusan yang boleh digunakan untuk menguruskan sesebuah bilik darjah

berdasarkan teori pengurusan. antaranya:

Teori hubungan manusia

Teori sistem sosial

Teori tingkah laku manusia – Kurt Lewin

Teori tingkah laku – Abraham Maslow

Teori X dan Y – Douglas mcGregor

Teori Z – William G. Ouchi (1981)

Berpandukan teori di atas kita dapat mengetahui bahawa pengurusan kelas boleh mempengaruhi

pembelajaran murid. Pengurusan bilik darjah yang efektif akan dapat mengurangkan masa guru yang

terbuang kerana menguruskan tingkah laku murid bermasalah dan dapat menumpukan terhadap

pembelajaran murid secara aktif. Kekerapan kejadian masalah tingkah laku murid di kelas adalah

menggambarkan kegagalan guru mengurus kelas. Guru perlu menstrukturkan ruang fizikal bilik

darjah supaya dapat minimumkan masa murid tidak menumpukan perhatian terhadap pembelajaran. .

Teori Hubungan Manusia

Teori ini diperkenalkan oleh Elton Mayo pakar psikologi dan Friz J.

Roethlisberger ahli sosiologi tahun 50an.Teori ini digunakan untuk mengurangkan

2011 3

Page 4: Modul Pkp3103

PKP 3103 PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN

kebosanan pekerja dalam bidang industri. Pelbagai cara telah digunakan oleh pihak

pengurusan untuk mengurangkan kebosanan pekerja yang boleh menjejaskan

produktiviti. Tindakan yang diambil oleh pihak pengurusan antaranya ialah

- menukarkan waktu bekerja

- menjarakkan masa rehat

- membaiki kaedah bekerja

- wujud suasana kerja yang baik / kondusif

- memberi kebajikan kepada pekerja supaya bermotivasi

- memberi layanan yang baik kepada pekerja

Teori Pengurusan Hubungan Manusia ini yakin bahawa pekerja akan bekerja kuat

sekiranya teori ini diamalkan oleh pihak pengurusan sumber manusia secara telus

dan adil.

Teori Sistem Sosial

Teori ini dipelopori oleh Jacob Getzels dan Edgar Guba. Mengikut teori ini

sistem sosial seperti sekolah dan bilik darjah mengandungi dua dimensi iaitu

- institusi / normatif

Dimensi ini cuba mencapai matlamat sesebuah institusi (sekolah atau

bilik darjah). Semua sistem yang diujudkan adalah bertujuan mencapai

misi dan visi organisasi

- peribadi / idiografik

Dimensi ini lebih kepada memenuhi keperluan peribadi / personaliti seseorang

pemimpin atau pengurus organisasi

2011 4

Page 5: Modul Pkp3103

PKP 3103 PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN

Pendapat Getzels terhadap teori ini adalah menjelaskan

- keadaan dan bentuk hubungan antara ahli dalam institusi perlu difahami

oleh pentadbir dan pekerja

- tingkah laku ahli dalam organisasi dikawal secara normative atau

idografik

- konflik akan timbul jika individu tidak dapat menyesuaikan kehendak

antara matlamat individu dengan matlamat institusi

- setiap individu mempunyai cara dan gaya tersendiri

- kedua-dua dimensi penting

- pentadbir perlu memahami dan sentiasa bekerja sama dengan pelbagai

unit dalam sistem sosial

Teori Tingkah Laku – Kurt Lewin

Mengikut teori ini Lewin menjelaskan bahawa tingkah laku manusia dipengaruhi

dan dicorakkan oleh personaliti individu/kumpulan, norma dan budaya setempat ,

pertalian interpersonal dalam kumpulan kecil disamping kedudukan seseorang di

dalam kumpulan . Oleh itu tingkah laku manusia dalam sesebuah organisasi adalah

dipengaruhi oleh persekitaran

Teori Tingkah Laku – Abraham Maslow

Mengikut teori tingkah laku Maslow kehendak/kemahuan manusia tersusun secara

hierarki, jika keperluan asas telah dicapai individu akan cuba menguasai keperluan

yang lebih tinggi. Biasanya manusia tidak pernah merasa puas dengan apa yang

mereka ada/dapat

2011 5

Page 6: Modul Pkp3103

PKP 3103 PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN

Keperluan Tahap Petunjuk Fisiologi & Psikologi

Self-actualization 5 Perkembangan diri yang tertinggi dan menjadi

individu sempurna

Keperluan aras

asas

4

3

Kebanggan diri / kehormatan / pengiktirafan

Keperluan sosial / kasih sayang

Keperluan aras

bawah

2

1

Keselamatan / kerja terjamin / melindungi

ancaman bahaya / dilayan dengan baik

Fisiologi: makan, minum, rehat, udara bersih

dan tidur

Rajah 1 : Keperluan manusia mengikut hieraki Maslow

Implikasi teori ini:

1. individu dan orgnisasi berkembang, keperluan manusia juga berubah /

berkembang

2. pentadbir perlu jelas tentang peringkat keperluan individu terutama

keperluan peringkat asas /rendah spt keselamatan, peraturan,

ketepatan bekerja, diskriminasi, suasana bekerja dan ganjaran

3. setiap individu mempunyai keperluan yang berbeza

4. keperluan penghargaan perlu difikirkan oleh pentadbir

Teori X dan teori Y – Douglas McGregor

Mengikut teori ini McGragor dapat mengkelaskan bahawa kumpulan manusia

terbahagi kepada dua kelompok seperti rajah 2 di bawah

2011 6

Page 7: Modul Pkp3103

PKP 3103 PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN

Teori X Teori Y

- manusia benci kerja dan perlu

dikawal

- cita-cita rendah

- manusia dilahirkan jahat

- kekerasan boleh gerakkan individu

- mementingkan individu

- naluri menggerakan manusia

- kerja mendatangkan keburukan

- kawalan daripada orang lain

- manusia suka bekerja dan tidak

payah dikawal

- cita-cita tinggi, bekerja satu ibadah

dan menyeronokan

- dilahirkan baik/mulia

- tidak perlu kekerasan untuk

memotivasikan mereka

- mementingkan kumpulan

- kerja membawa kebaikan /

ibadah dan keseronokan

- pengarahan sendiri/kendiri

(tiada unsur paksaan)

Rajah 2 : Teori X dan Y McGragor

McGregor menganggap teori X sebagai teori tradisional dan kebanyakkan

tingkah laku manusia malas dan perlu diberi perhatian

Teori McGregor tidak boleh diterjemahkan sepenuhnya dalam pentadbiran

pendidikan kerana semua guru rajin dan bertanggungjawab

Berdasarkan kelompok manusia ini pihak pengurusan harus dapat

mengenalpasti kelompok-kelompok manusia tersebut supaya pengeluaran menjadi

produktif, begitu juga dengan pengurusan kelas guru harus dapat mengesan mana

2011 7

Page 8: Modul Pkp3103

PKP 3103 PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN

kumpulan murid yang menjadi kumpulan X dan Y supaya sesuatu tindakan dapat

diambil.

Teori Z – William G. Ouchi (1981)

Berdasarkan keadaan masyarakat dan budaya orang Jepun

Peningkatkan kecekapan dalam pengurusan berdasarkan kerjasama antara

pekerja

Ciri teori Z

- Mementingkan kerjasama antara pekerja, majikan dan subordinat

- Mengutamakan hubungan kekeluargaan dalam sesebuah organisasi.

- Ujud semangat berpasukan dan hubungan yang rapat antara pekerja dan

majikan diutamakan

- Pekerja ada sifat amanah, disiplin yang kuat, rasa tanggungjawab, saling

mempercayai dan mempunyai moral yang tinggi

- Utamakan semangat berpasukan

- Taat dan patuh kepada pihak pengurusan atasan

- Pentingkan perancangan jangka panjang dalam perkembangan kaki tangan

- Pekerja dapat kepuasan, produktiviti meningkat

- Setiap pekerja terlibat dalam proses perubahan dan penilaian sesuatu

pencapaian

- Keputusan bersama dalam penyelesaian sesuatu permasalahan

- Organisasi sebagai suatu keseluruhan budaya

Pelbagai teori pengurusan boleh digunakan dan disesuaikan untuk mengurus kelas.

2011 8

Page 9: Modul Pkp3103

PKP 3103 PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN

1.5 MODEL PENGURUSAN KELAS

Kelas yang diurus dengan berkesan akan memberi kesan yang baik kepada

proses pengajaran dan pembelajaran

Bilik darjah yang mengandungi murid daripada pelbagai latar belakang , dan

kebolehan memerlukan satu gaya pengurusan yang cekap dan berkesan

Ada tiga model yang boleh digunakan untuk mengurus sesebuah kelas

pendidikan pemulihan

i) Horse-shoe

ii) Stesen

iii) Kiosk

Model Horse-shoe

Biasanya murid disusun dalam barisan berbentuk ladam kuda

Jika terdapat lebih dari dua barisan murid akan disusun secara berselang

supaya murid dapat belajar dengan selesa

Pastikan penglihatan setiap murid yang duduk di belakang tidak terhalang oleh

murid yang duduk di baris hadapan

Jarak murid dari peti televisyen / papan tulis / guru bersesuaian dan

memudahkan pembelajaran murid

Sebaiknya model ini digunakan untuk bilangan murid yang tidak terlalu ramai

dan satu barisan ladam kuda sahaja terbentuk

Kelebihan Model

Murid mudah fokus pengajaran guru, kerana dapat melihat guru, bbm yang guru

gunakan dan tulisan guru di papan kapur

Guru boleh memberi perhatian kepada semua murid semasa memberi arahan atau

tunjuk cara

2011 9

Page 10: Modul Pkp3103

PKP 3103 PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN

Komunikasi pelbagai hala dapat dijalankan dengan berkesan

Model Stesyen

Dilaksanakan untuk kelas yang ramai murid dan tahap kebolehan berbeza

Mengatasi masalah kekurangan alat untuk mendapatkan kemahiran yang sama

Murid berpeluang belajar sendiri secara aktif melalui pembelajaran kendiri dan

sambil bermain

Bilik darjah disusun mengikut stesyen tertentu berdasarkan kemahiran atau

aktiviti

Pembelajaran lebih berpusatkan kpd murid dan bahan

Kelebihan Model

Pembelajaran pelbagai kemahiran dijalankan serentak – memenuhi keperluan

pelbagaian kecerdasan murid

Masalah kekurangan alat dapat diatasi tanpa mengurangkan peluang setiap

murid belajar

Disiplin kendiri murid dapat dibentuk

Model Kiosk

Seakan sama kaedah stesyen tetapi ia agak kekal di satu-satu sudut

pembelajaran dalam bilik darjah

Kiosk dibina berdasarkan kepada kepelbagaian kebolehan murid dan murid perlu

belajar mengikut minat dan kebolehan yang berbeza

2011 10

Page 11: Modul Pkp3103

PKP 3103 PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN

1.6 PENGURUSAN PEMBELAJARAN MURID PEMULIHAN KHAS

Konsep Pengurusan Pembelajaran

Pembelajaran bermaksud pemerolehan tingkah laku baru secara kekal melalui

pengalaman dan latihan

Pembelajaran boleh berlaku secara terancang dan tidak terancang

Pembelajaran terancang memerlukan satu bentuk pengurusan yang cekap

supaya pengajaran berkesan dan memberikan impak yang nyata kepada murid

Bentuk pengurusan murid

Secara kelas

Berpasangan

Individu

Berkumpulan

Kendiri

Kesimpulan

Pengurusan kelas pemulihan boleh dilaksanakan dengan menggunakan model

tertentu yang bersesuaian mengikut kesesuaian saiz kelas Manakala pengurusan

pembelajaran dikendalikan mengikut aktiviti tertentu dan berubah dari semasa ke

semasa.

2011 11

Page 12: Modul Pkp3103

PKP 3103 PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN

2. PENGURUSAN TINGKAH LAKU MURID PEMULIHAN

2.0 SINOPSIS

Topik ini memberi penekanan terhadap teori dan model pengurusan tingkah laku

murid, jenis-jenis tingkah laku dan punca salah laku, teknik-teknik pengurusan

tingkah laku dan pelaksanaan program pengurusan tingkah laku.

2.1 HASIL PEMBELAJARAN

Setelah mengikuti unit ini, anda akan dapat :

1. Mensintesis maklumat daripada pelbagai sumber untuk memperoleh

pemahaman yang koheren tentang teori dan amalan.

2. Menggunakan pertimbangan sendiri yang berasas untuk menyelesaikan

masalah dan membuat keputusan.

3. Menghuraikan teori pengurusan tingkah laku murid-murid pendidikan

pemulihan.

4. Mengaitkan teori pengurusan tingkah laku dengan model-model pengurusan

tingkah laku.

5. Menterjemah teknik pengurusan tingkah laku kepada aktiviti pembelajaran

yang bermakna.

6. Berupaya mengaplikasikan pelbagai kaedah untuk menilai kemahiran

pelaksanaan pengurusan tingkah laku murid pemulihan.

7. membuat refleksi dan menilai amalan pembelajaran serta menjanakan idea

baru untuk penambahbaikan yang berterusan.

2011 12

Page 13: Modul Pkp3103

PKP 3103 PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN

2.2 TEORI / MODEL PENGURUSAN TINGKAH LAKU

Definisi Dan Konsep Pengurusan Tingakah Laku

Pengurusan tingkah laku bermaksud satu rancangan untuk memodifikasikan

tingkah laku bermasalah ke satu matlamat yang telah ditetapkan dengan teknik-teknik

atau kaedah-kaedah yang sesuai.

Model Psikodinamik

Berasaskan kepada teori Freud (1949) dan Erickson (1963) Pendekatan yang

berfokus pada proses kejiwaan dan masalah dalaman individu iaitu berkaitan dengan

personality seseorang. Menurut model ini, punca gangguan tingkah laku disebabkan

oleh:

- Masalah dalaman individu

- Faktor persekitaran yang mengganggu kehidupan intrapsikik seseorang

Antara strategi pengurusan gangguan tingkah laku di bawah model ini ialah:

1. Model Psikopendidikan

2. Teknik Kaunseling

3. Seni Ekspresif: permainan bebas, main peranan, tarian kreatif, muzik, terapi

seni

4. Teknik Pengurusan Tingkah Laku:

Model Psikopendidikan menjadi syarat asas kepada teknik-teknik yang lain. Ia

merangkumi pelbagai pendekatan psikologi dan pendidikan untuk membantu kanak-

kanak yang menghadapi gangguan tingkah laku. Antara prinsip yang ditekankan

dalam model ini ialah:

- Pemikiran dan tindakan adalah dua proses yang saling berkaitan

2011 13

Page 14: Modul Pkp3103

PKP 3103 PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN

- Seseorang perlulah menerima dan memahami masalah yang dihadapi oleh

kanak-kanak

- Beri perhatian dan fokus pada masalaah yang dihadapi serta layan kanak-

kanak dengan adil dan kasih saying

- Guru perlu menjaga penampilan dan tingkah laku kerana ia mempengaruhi

kanak-kanak.

Teknik kaunseling boleh diguna untuk membantu guru mengawal dan

mengubah tingkah laku bermasalah melalui perbincangan secara peribadai yang

produktif. Teknik ini perlu dilaksanakan secara konsisten oleh pihak yang terlatih dan

berpengalaman. Antara teknik yang boleh dilaksanakan ialah:

- Life-space Interview

- Reality Theraphy

Teknik Expressive Media menggalakkan kanak-kanak meluahkan masalah

atau emosi melalui aktiviti kreatif yang dilaksanakan. Dijalankan dalam satu setting

yang terkawal dengan member kelebihan kepada domain afektif serta pembelajaran

secara kognitif dan psikomotor. Antara teknik-teknik yang boleh digunakan:

- Permainan Bebas

- Permainan Puppet

- Main Peranan

- Pergerakan dan Tarian Kreatif

- Penulisan Perkataan

- Terapi Seni

- Muzik

- Fotografi dan rakaman video

2011 14

Page 15: Modul Pkp3103

PKP 3103 PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN

Pendekatan pengaruh tingkah laku dikatakan amat berkesan untuk mengubah

tingkah laku secara serta merta. Dilaksanakan di dalam dan di luar bilik darjah pada

bila-bila masa sahaja.

Antara Teknik yang boleh diguna ialah:

- Planned Ignoring

- Tension Reduction Through Humor

- Interest Boosting

- Hurdle Helping

- Program Restructing

- Support from routine

- Direct appeal,

- Removal of Seductive Objects,

- Antiseptic Boucing

- Physical Restraint

Model Persekitaran

Kesan persekitaran ke atas tingkah laku individu. Pendekatan yang diambil

dengan menggunakan persekitaran sebagai langkah intervensi. Menurut model ini,

punca gangguan tingkah laku ialah perubahan persekitaran yang dilakukan oleh

manusia. Antara teknik yang boleh diguna ialah:

- Intervensi berpusatkan kanak-kanak

- Intervensi berpusatkan persekitaran

- Intervensi berpusatkan kanak-kanak dan persekitaran

2011 15

Page 16: Modul Pkp3103

PKP 3103 PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN

- Intervensi berpusatkan perantaraan antara kanak-kanak dan persekitaran

Model Biofizikal

Menekankan kepada perkaitan tingkah laku dengan faktor organik individu

seperti keadaan fizikal, penyakit yang dialami, alahan dan ketidakupayaan berfungsi

anggota badan (kecacatan). Model ini percaya bahawa gangguan tingkah laku

berpunca dari faktor biokimia/neurologikal yang menyebabkan fungsi otak yang tidak

normal, faktor persekitaran dan baka.

Kanak-kanak yang bermasalah tingkah laku akan menunjukkan ciri-ciri seperti:

Kurang keupayaan belajar pada kadar yang sejajar dengan perkembangan

intelektual, sensori-motor dan fizikal

Kurang keupayaan mengurus/mengekalkan hubungan sosial yang sesuai.

Kurang keupayaan bertindak sesuai dengan keadaan sekitar, dan

menunjukkan tingkah laku melampau : hyperaktif, impulsive, kemurungan dll

Pendekatan yang diambil melalui kaedah perubatan dengan bantuan pakar

perubatan. Berfokuskan kepada langkah pencegahan awal iaitu dalam tempoh

sebelum dan selepas kelahiran bayi. Antara teknik –teknik yang boleh digunakan

ialah:

- Kaunseling genetic

- Penjagaan sebelum kelahiran (semasa mengandung)

- Penjagaan selepas kelahiran

- Ujian perubatan

- Pemakanan dan diet

- Terapi Mega Vitamin

2011 16

Page 17: Modul Pkp3103

PKP 3103 PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN

- Perubatan

Dalam mengurus tingkah laku model biofizikal, guru pendidikan pemulihan

memainkan peranan seperti berikut:

1. Mengenal pastikan aspek kelas dan ekologikal yang positif untuk menyokong

tingkah laku.

2. Mecatatkan faktor yang menyebabkan masalah tingkah laku.

3. Menyediakan prasarana instruksi yang sesuai untuk pengurusan tingkah laku.

4. Menekankan peraturan dan rutin kelas, pengulangan dan turutan tugasan

pembelajaran, mengurangkan ransangan persekitaran yang kurang sesuai.

Model Tingkah Laku

Menurut model ini, tingkah laku adalah hasil daripada interaksi antara individu

dengan persekitaran, ia boleh diperhatikan dan diukur. Model ini bertujuan mengubah

tingkah laku yang negatif kepadaa yang positif yang boleh diaplikasikan dalam bilik

darjah untuk menyelesaikan masalah disiplin. Kaedah Model Tingkah Laku

merupakan pengubahsuaian tingkah laku dengan menggunakan langkah-langkah

pengurusan tingkah laku yang sistematik berdasarkan prinsip psikologi, ia

menfokuskan kepada perubahan faktor persekitaran untuk mewujud tingkah laku yang

diingini.

Berasaskan 3 elemen – ABC

Antecedent ------ Behavior -------Consequence

Antecedent: keadaan yang menyebabkan sesuatu tingkah laku berlaku

Behavior:tingkah laku akibat dari ransangan antecedent

Consequence: keadaan yang berubah akibat dari berlakunya tingkah laku

2011 17

Page 18: Modul Pkp3103

PKP 3103 PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN

Contoh:

Antecedent Behavior Consequence

Namakan sejenis

pengangkutan

keretapi bagus!

http://www.specialconnections.ku.edu/cgi-bin/cgiwrap/specconn/

index.php

2011 18

Page 19: Modul Pkp3103

PKP 3103 PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN

2.3 JENIS-JENIS TINGKAH LAKU BERMASALAH

Secara umumnya, tingkah laku bermasalah dapat dikategorikan kepada

tingkah laku bermasalah positif dan tingkah laku bermasalah negatif. Strategi

pengurusan tingkah laku yang dipilih hendaklah sesuai dengan mengambil kira faktor-

faktor murid tersebut seperti fizikal, emosi, mental, tahap keterukan, dan juga faktor

pengaruh persekitaran, dan jangka masa pelaksanaan yang tertentu.

Jenis-jenis Tingkah Laku Bermasalah

Tingkah Laku Bermasalah

Tingkah Laku Bermasalah Negatif Tingkah Laku Bermasalah Positif

Bergantung

disruptif

distruktif

Ingin tahu

proaktif

Pintar cerdas

Cepatbelajar

2011 19

Page 20: Modul Pkp3103

PKP 3103 PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN

Tingkah Laku Bermasalah Negatif

Tingkah Laku Bermasalah

Tingkah Laku ygmenghalang

Tingkah Laku ygmengganggu

Tingkah Lakuantisosial

Bergantung -TL ygmembahayakan diri

Disruptif – TL ygmembahayakan org lain

Distruktif – TL ygmembahayakan diri, sekolah

dan masyarakat

•Kebimbangan

•Pergantunganberlebihan

•Pengunduran diri

•Pengasingan diri

•Hiperaktif

•Kelakuan nakal

•Bising

•Bergerak sesuka hati

•Ketawa kuat

•Agresif secara lisan / fizikal

•Permusuhan nyata

•Vandalisme

•Kumpulan liar

•Geng

Tingkah laku bermasalah positif

Tingkah laku bermasalah positif bermaksud tingkah laku positif yang

ditunjukkan oleh kanak-kanak tetapi tingkah laku itu akan menjadi bermasalah

sekiranya dilakukan secara berlebihan atau tanpa kawalan dan boleh menimbulkan

masalah kepadanya. Misalnya, sifat ingin tahu yang berlebihan kepada seorang

kanak-kanak boleh menyebabkannya bertindak keterlaluan sehingga menyusahkan

dirinya dan orang lain.

Tingkah laku bermasalah negatif

2011 20

Page 21: Modul Pkp3103

PKP 3103 PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN

Tingkah laku bermasalah negatif adalah jelas iaitu tingkah laku yang

menimbulkan masalah kepada dirinya dan juga orang lain. Terdapat tiga jenis tingkah

laku bermasalah negatig:

1. Bergantung

Murid-murid mempunyai masalah untuk berdikari, bimbang, menarik diri

daripada aktiviti-aktiviti. Terdapat dua jenis tingkah laku bergantung, iaitu:

a. Pengundur diri

Suka menjauhkan diri daripada orang lain yang kurang disenangi. Tingkah

laku ini juga dijadikan sebagai mekanisme helah bela diri untuk mengelakkan diri

daripada berkomunikasi dengan orang lain. Kanak-kanak yang bermasalah tingkah

laku pengundur diri selalu menarik diri daripad asituasi yang kurang selamat.

Akibatnya kanak-kanak akan menjadi: tidak yakin diri, tidak dapat menyelesaikan

masalah-masalah dll. Contoh: ponteng sekolah, tidak mahu menjawab soalan, tidak

melibatkan diri dalam permainan / ko-kurikulum

b. Kebimbangan

Perasaan kurang senang atau takut akibat anggapan bahawa sesuatu yang

tidak diingini akan berlaku. Keadaan ini akibat daripada pengalaman emosi yang

tidak menggembirakan yang dialami oleh seseorang .

2. Distruptif

Menjejaskan kelicinan proses p&p. Perlakuan sentiasa mengganggu perjalanan

pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Tingkah laku ini juga berlaku di luar kelas

dan juga di rumah. Contoh : Tingkah laku agesif adalah seperti suka memulakan

pergaduhan, suka bergaduh, suka memaki hamun, dan sebagainya.

2011 21

Page 22: Modul Pkp3103

PKP 3103 PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN

3. Disruktif

Menunjukkan kelakuan fizikal & lisan yang membahayakan diri sendiri, orang

lain, sekolah, sosial. Contoh : merosakkan benda seperti kerusi meja, barangan

kawan sekelas, mengoyak poster atau notis di papan kenyataan dan sebagainya.

Punca salah laku

Tingkah laku yang ditunjukkan oleh kanak-kanak berpunca daripada faktor-faktor

tertentu. Guru perlu memahami faktor-faktor yang menjadi punca masalah tingkah

laku muridnya supaya menjadi panduan dalam merangka program pengurusan

tingkah laku bagi murid tersebut. Roger Stancliffe (tidak bertarikh) telah

menyenaraikan 9 faktor yang dikaitkan dengan masalah tingkah laku kanak-kanak.

i. persekitaran

ii. tekanan psikologikal

iii. ketakutan dan fobia

iv. peneguhan yang kurang sesuai

v. kemahiran komunikasi dan sosial yang terhad

vi. kesukaran tugasan

vii. aktiviti dan tahap rangsangan

viii. kesihatan dan perubatan

ix. jangkaan tingkah laku

Faktor persekitaran

Sesetengah kanak-kanak sangat sensitif terhadap persekitaran seperti bunyi

bising, sejuk, panas, dan lain-lain. Perubahan tingkah laku akan ditunjukkan

2011 22

Page 23: Modul Pkp3103

PKP 3103 PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN

terutamanya bagi kanak-kanak yang mengalami kecacatan teruk, autisme, dan lain-

lain.

Tekanan psikologi

Individu yang mengalami masalah tingkah laku obsesif dan tingkah laku yang

sudah menjadi tabiatnya akan berasa senang dengan tingkah laku tersebut. Mereka

akan berasa tertekan apabila kebiasaan tingkah laku itu diganggu atau dihalang.

Ketakutan dan fobia

Fobia adalah ketakutan yang keterlaluan terhadap sesuatu. Fobia termasuk

juga takut terhadap sesuatu yang berbahaya seperti ular atau ketinggian yang

melebihi tahap bahaya sebenar perkara tersebut. Ketakutan ini boleh menyebabkan

bahaya kepada individu tersebut seperti berlari melintas jalan raya kerana takutkan

anjing.

Peneguhan yang kurang sesuai

Tingkah laku bermasalah ada kalanya dikukuhkan secara tidak sengaja.

Tindak balas semula jadi kita secara serta merta terhadap tingkah laku tertentu ada

kalanya menjadikan tingkah laku itu lebih teruk. Sebagai contoh, seorang kanak-

kanak yang enggan makan ubat akan dipujuk serta dijanjikan dengan beberapa

ganjaran oleh ibu dan bapanya. Oleh itu, kanak-kanak itu akan sengaja enggan

makan ubat kerana mahukan perhatian daripada ibu bapanya.

Kemahiran komunikasi dan sosial yang terhad

2011 23

Page 24: Modul Pkp3103

PKP 3103 PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN

Terdapat bukti yang jelas menunjukkan bahawa kadar tingkah laku

bermasalah yang tinggi di kalangan kanak-kanak yang kurang berkomunikasi

berbanding kanak-kanak yang boleh berkomunikasi dengan baik.

Kesukaran tugasan

Kesukaran tugasan boleh menyebabkan kanak-kanak melakukan kesilapan

dan mengalami kegagalan. Keadaan kekecewaan ini berkait rapat dengan masalah

tingkah laku yang mereka tunjukkan.

Aktiviti dan tahap rangsangan

Kekurangan aktiviti yang membina akan menyebabkan berlakunya masalah

tingkah laku. Sebagai contoh, guru bukan hanya setakat memberi mainan atau buku

kepada muridnya tetapi perlu mengajar murid tersebut kemahiran yang perlu untuk

melakukan aktiviti tersebut.

Kesihatan dan perubatan

Kesakitan atau keadaan tertekan yang berkaitan dengan keadaan kesihatan

tertentu boleh menyebabkan rasa kurang selesa dan boleh menyebabkannya

berkelakuan kurang sesuai.

Jangkaan tingkah laku

Ada kalanya ibu bapa atau guru menjadi letih dengan tingkah laku kanak-

kanak-kanak dan membiarkannya berkelakuan sedemikian dengan anggapan

bahawa tingkah laku itu akan hilang dengan sendirinya. Jangkaan terhadap tingkah

laku kanak-kanak tersebut adalah rendah daripada yang sepatutnya. Sebenarnya

2011 24

Page 25: Modul Pkp3103

PKP 3103 PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN

mereka ini terperangkap dengan anggapan bahawa itulah sifat kanak-kanak tersebut

dan tidak boleh diubah lagi (the way he/she is).

2.4 TEKNIK-TEKNIK PENGURUSAN TINGKAH LAKU

Teknik-teknik Pengurusan Tingkah Laku

A. Menambahkah/ mengekalkan tingkah laku

B. Mengurangkan/ menghapuskan tingkah laku

C. Membentuktingkah laku baru

1. Peneguhan positif

2. Peneguhannegatif

3. Kontrak4. Ekonomi token

1. Penghapusan (extinction)2. Time-out3. Kejemuan4. Hukuman5. Overcorrection6. Response cost7. Disensitisasi

1. Pembentukan(shaping)

2. Modeling3. Rantaian

(chaining)

A. Peningkatan/pengekalan tingkah laku positif

1. Peneguhan Positif

Proses ganjaran bagi tingkah laku yang sesuai untuk meningkatkan

kemungkinan tingkah laku tersebut berterusan dan berulang.

Dalam mengguna teknik tersebut, perkara-perkara yang perlu diberi perhatian

seperti berikut:

1. Peneguhan hanya diberikan kepada tingkah laku yang dirancang untuk diubah.

2. Peneguhan diberi sebaik sahaja tingkah laku yang diingini ditunjukkan.

2011 25

Page 26: Modul Pkp3103

PKP 3103 PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN

3. Pada peringkat awal, peneguhan perlu diberi setiap kali tingkah laku

ditunjukkan.

4. Apabila tingkah laku yang dikehendaki mencapai tahap maksimum peneguh

diberi secara intermiten (guna jadual peneguhan).

5. Peneguh sosial diberi serentak bersama peneguh tangible & edible.

6. Peneguh seharusnya sesuai dengan pencapaian kanak-kanak.

7. Peneguh seharusnya menjadi satu perkara istimewah kapada kanak-kanak.

8. Kanak-kanak perlu menganggap peneguh itu sebagai ganjaran, jika tidak ia

tidak akan mendatangkan kesan.

9. Tidak semua peneguh boleh diterima oleh semua kanak-kanak.

10.Elakkan memberi peneguh berbentuk barangan setiap masa ada perubahan

tingkah laku.

11.Sediakan pelbagai peneguh untuk mengelakkan rasa bosan dan juga untuk

memenuhi pilihan yang sentiasa berubah.

2011 26

Page 27: Modul Pkp3103

PKP 3103 PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN

Berbandingan Jadual Peneguhan

Peneguhanberkala tetap/ Fixed interval

Gajaran diberisetiap jangkamasa yang tetap

Kuiz mingguan Tingkah laku/ respon hilangdengan cepat

Peneguhannisbah tetap/Fixed ratio

Peneguhannisbah berubah/Variable ratio

Peneguhanberkala berubah/Variable interval

Gajaran diberiselepas bilanganrespon yang tetap

Kerja dibayarmengikut kadar

Tingkah laku/ respon hilangdengansederhana cepat

JadualBentukganjaran

Gajaran diberisetiap masaberubah –ubah

Pop kuiz Tingkah laku/ respon hilangdengan berlahan

Ganjaran diberiselepas beberapabilangangerakbalas

Permainan teka-teki

Tingkah laku/ respon hilangdengan sangatberlahan

Contoh ganjaran Kesan tingkahlaku/respon

Peneguh: Sesuatu objek / situasi yang dapat meneguhkan / mengekalkan tindakbalas/ kelakuan pada masa akan datang.

Terdapat 3 jenis peneguh iaitu;

i. Primer : ganjaran berasaskan keperluan biologikal. Mudah hilang

peberkesanaannya.

Contoh: makanan, minuman, suasanan yang selesa dll.

ii. Sekunder/Secondary : permainan, aktiviti yang diminati, perhatian, token,

wang, senyuman, pujian dll

Mengenal Pasti Peneguh

Tidak semua peneguh boleh diterima oleh semua kanak-kanak.

Sediakan pelbagai peneguh untuk mengelakkan rasa bosan dan juga untuk

memenuhi pilihan yang sentiasa berubah.

2011 27

Page 28: Modul Pkp3103

PKP 3103 PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN

Lihat kesan terhadap peneguh sedia ada dan gabungkan dengan peneguh

yang lain.

Elakkan memberi peneguh berbentuk barangan setiap masa ada

perubahan tingkah laku.

Semasa memilih peneguh, elakkan:

Pelbagaikan peneguh / guna peneguh yang berlainan untuk setiap tingkah

laku sasaran.

Awas terhadap jumlah peneguh yang diberikan / beri secukupnya.

Elakkan memberi peneguh edible atau beri seminima yang boleh.

Menghapuskan peneguh:

Peneguh berbentuk sosial & barangan diberi secara berselang-seli pada

jadual yang ditetapkan (peneguh barangan diperlukan dalam situasi tertentu

sahaja).

Peneguh sosial diberi pada jadual yang ditetapkan manakala peneguh

barangan diberikan menurut situasi & akhirnya ditiadakan.

Peneguh sosial diberi pd jadual yang berbeza dan akhirnya dihapuskan

apabila program tamat.

2. Peneguhan Negatif

Stimuli yang dipindahkan atau dihapuskan dengan tujuan menguatkan tingkah

laku positif supaya ia dapat diteruskan.

2011 28

Page 29: Modul Pkp3103

PKP 3103 PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN

a. Melari/Escape: menhentikan stimuli yang wujud.

Contoh 1: Guru menghalau murid yang membuat bising dari kelas dapat

menambahkan peluang murid-murid lain belajar tanpa gangguan.

Contoh2. Guru marah murid kerana tidak menyiapkan kerja rumah, untuk

menghentikan kemarahan guru, murid cepat menyiapkan kerja rumah.

b. Mengelak/Avoidance: berlaku apabila mengelakkan respon daripada

menghentikan stimuli.( anzaman boleh dielakkan jika muird menunjukkan kelakuan

yang diingini.)

Contoh: Murid mengikut arahan guru untuk mengelakkan dimarahi guru.

Contoh 2: Sekumpulan murid-murid sedang tekun menyiapkan tugasan yang

diberikan apabila diberitahu oleh gurunya bahawa mereka tidak perlu menyiapkan

tugasan di rumah sekiranya mereka dapat menyiapkan tugasan pada tempoh yg

ditetapkan.

Teknik ini boleh menyakiti atau menghindari seseorang kerana tingkah laku

operannya kurang sesuai, seperti mengejek kesilapan individu di hadapan orang lain

tidak akan mengubah sikap individu itu tetapi menambah kebarangkalian berlakunya

tingkah laku operan itu lagi.

3. Kontrak perjanjian (contigency contracting)

Persetujuan di antara dua pihak atau lebih (guru dan murid) secara lisan atau

bertulis. Murid dipertanggungjawabkan terhadap perkara atau aktiviti yang dipilih.

Kontrak akan berjaya jika murid faham akan tingkah laku yang hendak diubah dan

murid faham akan kesan yang akan berlaku.

2011 29

Page 30: Modul Pkp3103

PKP 3103 PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN

Kebaikan kontrak:

Kontrak mudah diaplikasikan dalam persekitaran biasa tanpa menghadkan

penglibatan murid daalm aktiviti pengajaran & pembelajaran.

Fokus utama guru ialah memberi peneguhan positif tingkah laku yang

sesuai yang dipersetujui dalam kontrak.

Kontrak boleh diubahsuai / ditulis semula untuk memenuhi keperluan

semasa.

Kontrak boleh dilaksanakan terhadap individu, sekumpulan / seluruh kelas.

Akibat darrpada mematuhi / melanggar perjanjian, difahami dengan jelas

oleh murid dan guru.

4. Ekonomi token

Satu sistem membahagikan beberapa peneguhan simbolik yang akan

ditukarkan kepada peneguh sebenar yang diidamkan. Ia merupakan suatu sistem

merit ditentukan berdasarkan kriteria respons terhadap tingkah laku yang diingini.

Dalam program ekonomi token, murid-murid akan berusaha untuk mendapat skor

merit, skor merit (token) ini dikumpulkan dan boleh ditukarkan seterusnya dengan

pelbagai peneguh yang diidamkan.

Untuk membentuk program token ekonomi yang berkesan, guru pendidikan

pemulihan perlu mengambil kira beberapa perkara:

a. Token: seharusnya terdiri daripada benda yang dapat dibilang dan

dinampak.

b. Token: perlu menarik, diminati murid, mudah disimpan, sukar ditiru.

c. Murid perlu jelas dengan peraturan-peraturan untuk memdapat token.

Tingkah laku yang akan menyebabkan token ditarik balik juga perlu

diterangkan dengan jelas.

d. Sistem untuk menebuskan token perlu jelas: termasuk jumlah token dan

2011 30

Page 31: Modul Pkp3103

PKP 3103 PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN

tempoh tebusan.

e. Sistem mencatat perlu lengkap dan jelas:catatan perlu dibuat terhadap

setiap tingkah laku sasaran, perubahan tingkah laku, perkembangan dan

keberkesanan program dan ganjaran yang diberikan.

Langkah-langkah pelaksanaan program ekonomi token :

1. Pilih tingkah laku sasaran : senaraikan tingkah laku sasaran ( tempoh masa/

secara beringkat)

2. Tegaskan tingkah laku yang telah dipilih dan nyatakan kepada murid.

3. Menentukan peraturan-peraturan :

tingkah laku yang mendapat token dan ganjaran.

tingkah laku yang ditarik balik token /ganjaran dll.

4. Tentukan peneguhan untuk penukaran token.

5. Tentukan dan pamerkan menu untuk penukaran token: menu tersebut

seharusnya:

menyatakan nilai token,

tidak perlu panjang,

perlu dinilai dan ditukar dari semasa ke semasa.

6. Adakan sistem penukaran token yang mudah tetapi berkesan.

B. Mengurangkan/melupuskan tingkah laku negatif

1. Penghapusan/extinction

Teknik ini agak sukar untuk dilaksanakan kerana tingkah laku yang tidak

bersesuaian itu sukar untuk diabaikan tanpa ditegur. Cara ini hanya sesuai bagi

2011 31

Page 32: Modul Pkp3103

PKP 3103 PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN

tingkahlaku yang tidak membahayakan diri individu dan orang lain( Shea & Walker,

1995).

Panduan untuk melaksanakan teknik ini:

a. Apabila tingkahlaku ditunjukkan, guru perlu bertindak pasif tanpa

menunjukkan apa-apa tanda yang guru nampak tingkahlaku tersebut.

b. Teruskan aktiviti dengan apa sahaja aktiviti yang sedang dilakukan.

c. Jika tingkahlaku berterusan, tinggalkan tempat tersebut.

Namun begitu, sebagai guru kita perlu pandai mengawal keadaan dan

memastikan tindakan yang kita ambil tidak mendatangkan kesan negatif kepada murid

dan juga guru.

2. Pengasingan/time-out/ suspension

Merupakan teknik di mana guru akan meletakkan murid yang menimbulkan

masalah displin di kerusi yang berasingan atau di sudut khas(Ee Ah Meng,1997).

Pengasingan dilakukan adalah untuk menenangkan keadaan kelas juga lebih kepada

untuk menenangkan murid tersebut agar dapat menenangkan fikiran, teknik ini

diguna apabila seorang kanak-kanak berlakuan yang merbahayakan diri atau rakan-

rakan lain.

Jangka masa time-out adalah bergantung kepada setiap kanak-kanak,

misalnya untuk kanak-kanak yang hiperaktif, masa kurang 5 minit sudah bersesuaian,

manakala untuk kanak-kanak normal, mungkin ambil masa yang lebih panjang.

Menurut Walker dan Shea (1986), jangka masa berkesan yang digunakan untuk ‘time

out’ haruslah di antara empat atau lima minit tetapi tidak melebihi sepuluh minit.

Keberkesanannya akan hilang sekiranya pelajar dikenakan tindakan yang terlalu

2011 32

Page 33: Modul Pkp3103

PKP 3103 PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN

singkat atau terlalu lama. Guru digalakkan untuk menggunakan jam loceng untuk

memastikan had masa pengasingan tidak dilanggar.

Tempat yang sesuai dijadikan sebagai tempat time-out termasuk bilik

kecil/tempat yang sunyi dan sudut-sudut yang jauh dari rakan-rakan lain. Setelah

selesai hukuman tersebut dilaksanakan, kanak-kanak tersebut haruslah diterangkan

tentang kesalahan yang telah dilakukan dan kenapa dia dikenakan hukuman. guru

pendidikan pemulihan perlu membuat catatan setiap kali time-out digunakan.

3. Kejemuan/Satiation kejelakan (satiation)

Membiarkan murid melakukan tingkah laku itu hingga dia jemu melakukannya

dan berhenti sendiri. Bukan semua situasi boleh menggunakan teknik ini. Teknik ini

sesuai diguna dalam keadaan yang boleh ditolerasi buat seketika kerana pelajar tidak

dipaksa untuk berhenti atau menahan daripada melakukan tingkah laku tersebut.

Sebaliknya dia digalakkan untuk meneruskannya sehingga pelajar itu sendiri merasa

penat dan terus berhenti.

4. Hukuman/dendaan

Tujuan teknik ini diguna ialah untuk menghentikan tingkah laku yang tidak

diingini. ia merupakan satu intervesi tingkahlaku yang negatif walaupun hasilnya

mungkin positif. Intervesi ini berkesan apabila hak yang hilang secara natural akibat

daripada tingakahlaku yang tidak sesuai( Shea& Walker, 1995).

Untuk menjalankan teknik ini beberapa panduan boleh diikuti:-

a. Pastikan pelajar faham kaitan antara tingkahlaku dan kehilangan hak.

b. Pastikan pelajar faham tingkah laku yang didenda akibat daripada

tingkah laku yang ditunjukkan.

2011 33

Page 34: Modul Pkp3103

PKP 3103 PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN

c. Aplikasikan tekhik kehilangan hak dengan adil kepada semua pelajar.

d. Jangan mengugut pelajar.

e. Jangan pertikaikan undang-undang dan dendaan apabila hukuman telah

dijalankan.

f. Guru jangan melibatkan emosi semasa menjalankan hukuman.

g. Guru perlu sentiasa tegas.

h. Beri peneguhan kepada tingkah laku yang sesuai.

5. Overcorrection/ pembetulan

Pembetulan ditekankan setiap kali murid berlaku kesalahan sehingga tingkah

laku tersebut tidak berulang lagi.

6. Response cost

Murid akan ditanggungjawabkan terhadap kelakuan sendiri, ganjaran akan

ditarik balik sekiranya murid tidak mematuhi peraturan.

7. Disensitisasi

Mengurangkan tingkah laku secara perlahan-lahan sehingga tingkah laku

tersebut lupus.

Contoh: guru membantu murid menjalankan terapi dan bertindak secara beransur-

ansur untuk menghilangkan rasa gugup atau takut yang berlebihan takut bercakap di

depan kelas, fobia dll.

2011 34

Page 35: Modul Pkp3103

PKP 3103 PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN

C. Membentuk tingkah laku baru

1. Pembentukan (shaping)

Pemberian pengukuhan kepada perlakuan-perlakuan yang dilakukan oleh

murid yang menjurus kepada pembentukan perlakuan yang dikehendaki. Ia

merupakan satu sistem pengukuhan yg sistematik, segera dan berturutan hampir

kepada tingkah laku sasaran sehinggalah benar-benar tingkah laku sasaran dikuasai.

Langkah-langkah:

a. Pilih tingkah laku sasaran.

b. Perolehi data asas / ‘baseline data’.

c. Pilih pengukuhan yang sesuai / berpotensi.

d. Kukuhkan secara berturutan bilamana tingkah laku sasaran ditunjukkan.

e. Kukuhkan tingkah laku baru setiap kali ia berlaku / wujud.

f. Pengukuhan tingkah laku dilakukan pada jadual yang bervariasi.

2. Prompting

Digunakan untuk mendapatkan rangsangan tertentu yang dipilih sebagai tanda

atau klu kepada murid untuk melaksanakan tingkah laku yang dikehendaki secara

lisan, gerak badan (gesture) dan fizikal.

3. Modeling

Berasaskan teori pembelajaran sosial Bandura, iaitu menggunakan watak-

watak (murid,guru ) yang disukai dan dihormati untuk diteladani oleh murid supaya

menghasilkan tingkah laku yang diingini. Prosedurnya seperti berikut:

2011 35

Page 36: Modul Pkp3103

PKP 3103 PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN

a. Attention

b. Retention

c. Reproduce

Untuk menjalankan teknik ini beberapa panduan boleh diikuti:

a. Kanak-kanak perlu bersedia dari segi kognitif.

b. Perlu memilih model yang sesuai, diterima oleh kanak-kanak.

c. Model – sebaik-baiknya sebaya dengan kanak-kanak.

Latihan

a. Daripada pengalaman anda sendiri, pilih beberapa tingkah

laku yang dirasakan sesuai ditangani dengan teknik kontrak.

Berikan sebab mengapa teknik ini baik digunakan bagi

respon tersebut.

b. Berikan pendapat anda tentang kebaikan dan keburukan

teknik dendaan.

TAJUK 3 PERANAN PENTADBIR DALAM PROGRAM

2011 36

Page 37: Modul Pkp3103

PKP 3103 PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN

PENDIDIKAN PEMULIHAN

3.0 SINOPSIS

Unit ini membincangkan tentang Peranan Pentadbir Dalam Program Pendidikan

Pemulihan yang melibatkan Jabatan Pelajaran Khas Kementerian Pelajaran Malaysia,

Jabatan Pelajaran Negeri, Pegawai Pelajaran Daerah dan Pentadbir Sekolah; struktur

organisasi program iaitu Penyelaras, Guru dan badan kebajikan ibu bapa-guru; iklim

sekolah iaitu jenis populasi murid, ciri dan saiz organisasi, dan sumber tenaga.

3.1 HASIL PEMBELAJARAN

Setelah mengikuti unit ini, anda akan dapat :

1. Mengamalkan nilai-nilai murni melalui tingkah laku yang dapat dijadikan

sebagai contoh yang baik (3.3)

2. Pihak yang berkepentingan bertanggungjawab terhadap pelajar dari aspek

keselamatan, bimbingan dan kebajikan dengan tidak mengira bangsa dan

agama (4.3)

3. mengamalkan pengetahuan dan kemahiran yang dikuasai dalam kehidupan

seharian(7.4)

3.2 KERANGKA TAJUK-TAJUK

PENGENALAN

2011 37

Page 38: Modul Pkp3103

PKP 3103 PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN

Pendidikan pemulihan adalah suatu usaha untuk memenuhi kehendak mereka

yang menghadapi masalah pembelajaran iaitu kegagalan belajar yang tidak dapat

ditentukan, faktornya termasuklah persekitaran dan pengalaman hidup masing-

masing. Program Pendidikan Pemulihan mengutamakan perinsip "menyelesaikan

masalah seawal mungkin" supaya tidak menjadi kronik dan berterusan hingga ke

tahap 2 sekolah rendah dan ke peringkat sekolah menengah. Sekiranya mereka tidak

diberi pemulihan, mereka mungkin gagal memperoleh pendidikan yang perlu dan

potensi mereka akan terbenam. Mereka diberi keutamaan dan penumpuan yang

lebih untuk mencapai 0-0 dalam menangani masalah 3M.

"Pengajaran yang bercorak individu yang direka untuk memenuhi keperluan-

keperluan pendidikan yang berkaitan dengan murid-murid kurang upaya. PK

2011 38

Page 39: Modul Pkp3103

PKP 3103 PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN

menyediakan peluang-peluang pembelajaran yang tidak dapat disediakan dalam

kurikulum yang baku atau biasa."

(Culcutta,R.A., Tompkins J.R.Fundamentals of Speacial Education, 1999)

Adalah menjadi tugas para pentadbir pada semua peringkat untuk memastikan

objektif program pendidikan pemulihan dapat dicapai. Setelah mengikuti program ini

dalam masa yang ditentukan murid boleh :

i. Menguasai kemahiran asas 3 M

ii. Meneruskan pembelajaran dikelas biasa

iii. Menambah sikap keyakinan diri dan sikap positif terhadap pembelajaran

iv. Memberi peluang mereka berinteraksi dengan masyarakat untuk

meluahkan perasaan mereka.

3.3 Peranan Pentadbir Dalam Program Pendidikan Pemulihan

Struktur dan organisasi pentadbiran pendidikan di Malaysia dibentuk

berdasarkan kepada sistem politik dan pentadbiran negara. Sistem pendidikan di

Malaysia merupakan sistem pendidikan berpusat. Struktur organisasi Kementerian Pelajaran

Malaysia adalah sangat besar, namun secara ringkas terbahagi kepada lima peringkat iaitu;

i. Eksekutif

ii. Pengurusan

iii. Penyeliaan

iv. Teknikal

v. Pelaksana

2011 39

Page 40: Modul Pkp3103

PKP 3103 PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN

Kelima-lima peringkat di atas boleh dikategorikan kepada empat bahagian/struktur

pentadbiran, iaitu: Peringkat Persekutuan, Peringkat Negeri, Peringkat Daerah dan

Peringkat Sekolah.

Rajah 1 berikut menunjukkan secara jelas Hierarki Struktur Organisasi Kementerian

Pelajaran Malaysia.

Kementerian Pelajaran terdiri daripada dua puluh bahagian. Dua belas

bahagian professional dan lapan bahagian pentadbiran. Tiap-tiap bahagian

professional diketuai oleh seorang pengarah sementara bahagian pendaftaran

Sekolah dan Guru di ketuai oleh Timbalan pendaftar Besar dan bahagian Nazir

diketuai oleh seorang ketua Nazir persekutuan. Tiap-tiap bahagian pentadbiran pula

diketuai oleh seorang setiausaha kecuali bahagian pentadbiran diketuai oleh seorang

ketua penolong setiausaha.

2011 40

Page 41: Modul Pkp3103

PKP 3103 PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN

Telah dikenal pasti pihak yang bertanggung jawab dalam mengurus tadbir Program

Pendidikan Pemulihan pada setiap peringkat ialah:

i. Jabatan Pelajaran Khas – Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)

ii. Jabatan Pendidikan Negeri

iii. Pejabat Pendidikan Daerah

iv. Pentadbir Sekolah

3.3.1 Bahagian Pendidikan Khas – KPM

Bahagian Pendidikan Khas (BPK) adalah satu cabang dalam program pendidikan di

KPM. Bahagian ini diketuai oleh seorang Pengarah dan dibantu oleh tiga orang

Timbalan Pengarah serta seorang Ketua Penolong Pengarah. BPK membawa visi

iaitu pendidikan berkualiti menjana kecerlangan murid berkeperluan khas selaras

dengan sistem pendidikan kebangsaan. Misi BPK pula ialah untuk membangunkan

modal insan berkeperluan khas yang cemerlang berasaskan sistem pendidikan

yang berkualiti, memberi penekanan kepada perkembangan potensi diri, membina

keupayaan berdaya saing, memupuk pengamalan penerapan nilai murni dan

melebarkan perkongsian pintar dengan pelbagai pihak.

Tunjang utama (Core Business) Pendidikan Khas (PK) adalah untuk membolehkan

setiap murid berkeperluan khas memperolehi pendidikan yang berkualiti selaras

dengan matlamat Plan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP).

Pembangunan Modal Insan: Murid Berkeperluan Khas

Modal insan adalah aset Negara yang perlu dibangunkan. Sehubungan itu telah

termaktub perundangan berkaitan PK. Langkah-langkah membuat pengesanan dan

intevensi awal murid berkeperluan khas dilakukan pada peringkat sekolah rendah.

KPM telah merangka kurikulum pendidikan khas mengikut tahap kefungsian murid

2011 41

Page 42: Modul Pkp3103

PKP 3103 PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN

khas yang dan mengenal pasti kemahiran-kemahiran murid khas yang perlu

dibangunkan.

Perundangan Berkaitan Pendidikan Khas

Pihak kerajaan Malaysia sangat mengambil berat akan kebajikan golongan yang

perlukan pemulihan ini, justru itu beberapa akta berkenaannya telah di mantapkan.

Antaranya :

Akta pendidikan 1996 – peraturan pendidikan (PK) 1997 tentang program

pendidikan khas dan kurikulum

Akta pendidikan (pindaan) 2002 – pendidikan rendah adalah ditetapkan

menjadi pendidikan wajib

Akta OKU 2008 – perkara 28: akses kepada pendidikan – orang kurang upaya

tidak boleh dikecualikan daripada sistem pendidikan umum atas asas

ketidakupayaan (mengikuti pendidikan prasekolah, rendah, menengah dan

tinggi ; termasuk latihan vokesional dan pembelajaran sepanjang hayat

Convention on the rights of the child, UNESCO (1989)

Jomtein world conference on education for all, UNESCO 1990

Objektif Pendidikan Khas

i. menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan khas untuk m/m

berkeperluan khas

ii. menyediakan pendidikan yang sesuai dan relevan kepada setiap murid

berkeperluan khas

iii. menyediakan peluang untuk mengembangkan bakat dan potensi murid

bekeperluan khas

iv. menyediakan bahan p&p yang mencukupi dan terkini

v. memastikan tenaga pengajar yang mencukupi dan terlatih dalam bidang

pendidikan khas

2011 42

Page 43: Modul Pkp3103

PKP 3103 PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN

Fungsi Pendidikan Khas

i. Memastikan semua dasar, program dan aktiviti yang dipert/j dilaksanakan

bertepatan serta selaras dengan dasar dan FPK

ii. Merancang, menyelaras, memandu dan menilai program dan aktiviti yang

berkaitan dengan kecemerlangan program akademik, kokurikulum dan

peningkatan sahsiah murid PK

iii. Merancang, mengurus dan mengawal sumber dengan sempurna bagi

memastikan pengurusan PK berkualiti dan bertaraf dunia

iv. Merancang peningkatan inovasi dan kreativiti dalam pelaksanaan program dan

aktiviti PK

v. Merancang dan mengurus persediaan pengoperasian institusi baharu di

bawah Bahagian PK

vi. Menjadikan BPK sebagai penanda aras program PK dalam dan luar negara

vii. Merancang dan mewujudkan kolaborasi yang mantap dan berkualiti dengan

pelbagai agensi luar di dalam pelaksanaan program dan aktiviti PK

Aspek-aspek Kurikulum Pendidikan Khas

Kurikulum Pendidikan Khas adalah:

i. Kurikulum kebangsaan biasa / diubah suai

ii. Kurikulum berasaskan kemahiran

iii. Kurikulum berfungsi (termasuk kemahiran diri)

Garis Panduan  Pelaksanaan Program Pemulihan Khas

Memantapkan usaha membantu kira -kira 100,000 murid sekolah rendah

dikenal pasti belum menguasaikemahiran asas membaca, menulis dan

mengira(3M).

2011 43

Page 44: Modul Pkp3103

PKP 3103 PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN

Memastikan semua murid sekolah rendah yangtidak mempunyai masalah

kesihatan menguasai kemahiran3M akhir Tahap Satu iaitu selepas

tamatpersekolahan Tahun Tiga.

Menekankan kepentingan penubuhan Jawatankuasa Pemulihan Khas peringkat

jabatan pelajaran negeri( JPN ), pejabat pelajaran daerah (PPD) dan

sekolahbagi memantau perkembangan pelaksanaannya.

Bertujuan menyelaras pelaksanaan Program Pemulihan Khas di seluruh

Negara.

Peranan Jabatan Pendidikan Khas KPM

i. Memberi kelulusan untuk membuka kelas pendidikan khas

ii. Menjalankan latihan untuk guru pendidikan khas

iii. Menyediakan kewangan untuk pengurusan program pendidikan khas

Program-program Pendidikan Khas

i. Sekolah-sekolah khas untuk murid-murid

a. bermasalah penglihatan (buta langsung dan rabun)

b. bermasalah pendengaran (pekak teruk dan separa pekak)

c. bermasalah pembelajaran (autisme, down sindrom, -serebral palsi,

hiperaktif, disleksia,dan terencat akal ( 28 SKPK, 2SMPK ,& 2

SMPKV)

ii. Program Integrasi Pendidikan Khas (bermasalah penglihatan dan masalah

pendengaran atau bermasalah pembelajaran ( 1509 program di 1430 buah

sekolah)

iii. Program KIA 2 M – penyelaras

iv. Program pemulihan khas (tahun 2 & 3)

v. Program Pendidikan Murid Orang Asli/ Penan dan Kelas Orang Asli Dewasa

( 93, tahun 2008 dan 103 tahun 2009) – KEDAP (program one off) ; contoh

Paloh Inai,Phg

2011 44

Page 45: Modul Pkp3103

PKP 3103 PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN

vi. Program Sekolah Model khas Komprehensif RMK 9 diingkatkan (Prasekolah –

Tingkatan 3 (1+1 buah)

vii. Program Banduan Muda dan Juvana ( 6 sekolah integreti dan 2 sekolah Henry

Gurney)

viii. Program Transisi ke Kerjaya ( 6 buah rintis (2007), 16 buah peluasan (2008)

dan 2 buah program bagi setiap negeri (dalam perancangan 2009 )

ix. Program Rintis Pendidikan Khas pelbagai kecacatan, down sindrom dan

disleksia (multiple-disabilities and preventive developmental disorder)

x. Program Rintis Murid Pintar Cerdas dan Berbakat PCB

xi. Pusat Perkhidmatan Pendidikan khas (3PK) – 14 buah

xii. Program Outreach Pendidikan Khas

xiii. Program NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca) khas untuk murid berkeperluan

khas

Latihan

2011 45

3.1 a. Jelaskan matlamat pendidikan pemulihan di Malaysia.

b. Senaraikan lima objektif pendidikan pemulihan.

Page 46: Modul Pkp3103

PKP 3103 PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN

Siapakah Pelanggan BPK

i. Pelanggan Dalaman

ii. semua warga BPK

iii. Pelanggan Luaran

a. semua bahagian di bawah KPM, semua JPN, PPD, PPDK, sekolah-

sekolah (Pkn. Khas, Program Pkn. Khas Integrasi dan Inklusif)

b. Antara Kementerian (Kem. Kesihatan Malaysia, Kem. Pembangunan

Wanita, Kem. Pengajian Tinggi, Kem. Sumber Manusia)

c. Antara Jabatan – BPG/IPGM , Jab Hal Ehwal Orang Asli, Jab. Penjara,

Bank Simpanan Nasional

iv. NGO – Badan Bukan Kerajaan

Semua NGO yang berkaitan dengan masalah penglihatan, pendengaran

dan masalah pembelajaran, contoh:

a. Persatuan Autisme

b. Down Sindrom

c. Disleksia

d. ADHD/ADD – tumpuan perhatian singkat

e. Terencat Akal

v. Pihak swasta (TNB)

vi. Pihak ibu bapa

vii. Pelajar PK

viii. Pengetua, Guru Besar dan guru-guru

ix. Pembantu Pengurusan Murid (PPM), (akademik dan asrama)

2011 46

3.2Apakah sumbangan yang telah dilakukan oleh pihak swasta dalam program pendidikan pemulihan di negara ini?

Page 47: Modul Pkp3103

PKP 3103 PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN

3.3.2 Jabatan Pelajaran Negeri

Peranan JPN dalam melaksanakan program Pendidikan Pemulihan ialah:

i. melantik guru pendidikan pemuihan

ii. memantau pelaksaan program

iii. memastikan pihak sekolah menghantar data pada masa yang

ditetapkan dan dikemukakan kepada JPK

3.3.3 Pejabat Pelajaran Daerah

Peranan PPD dalam melaksanakan program Pendidikan Pemulihan ialah:

i. Mengedarkan surat siaran tentang program pemulihan di sekolah2

(SK,SJKC, dan SJKT)

ii. memantau pelaksanaan program pemulihan

iii. memastikan semua guru besar memahami prosedur pelaksanaan

program pendidikan pemulihan

iv. mengedarkan soalan ujian pelepasan ke semua sekolah rendah

v. memastikan ujian dijalankan mengikut tarikh yang ditetapkan

vi. mengumpul dari piak sekolah dan menganalisa data ujian

vii. menghantar data ke JPN

3.3.4. Pentadbir / Pengurus Sekolah

Peranan Pentadbir sekolah dalam melaksanakan program Pendidikan

Pemulihan ialah:

i. memastikan menerima guru pemulihan khas yang terlatih

ii. memastikan program dijalankan memenuhi keperluan yang diperlukan

dan mengikut buku panduan pelaksanaan yang ditetapkan

iii. menerima soalan penapisan dari PPD

IV. memastikan ujian penapisan dijalankan mengikut masa yang ditetapkan

V. mewujudkan j/k pemulihan khas pkt sekolah

2011 47

Page 48: Modul Pkp3103

PKP 3103 PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN

VI. memastikan j/k kurikulum sekolah merancang program kecemerlangan

untuk murid pemulihan

VII. menyediakan prasarana bilik darjah yang cukup

VIII. memasikan semua peralatan / bahan yang dibekalkan untuk kelas

pemulihan berada di kelas pemulihan

IX. menyalurkan kewangan

Pengurus sekolah perlu memastikan program pendidikan pemulihan

dilaksanakan mengikut panduan yang ditetapkan

2011 48

Page 49: Modul Pkp3103

PKP 3103 PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN

Latihan

1. Bahagian Pendidikan Khas memainkan peranan besar dalam pelaksanaan

Program Pendidikan Pemulihan di sekolah rendah.

i. Dapatkan Carta Organisasi Bahagian Pendidikan Khas (BPK), Kementerian

Pelajaran Malaysia.

ii. Senaraikan peranan mereka dalam Pendidikan Pemulihan:

- BPK

- Jabatan Pelajaran Negeri (JPN)

- Pejabat Pelajaran Daerah (PPD)

Dapatkan maklumat berkaitan daripada Laman Web

2011 49

Page 50: Modul Pkp3103

PKP 3103 PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN

3.5.5 Peranan Guru BM / KIA 2 M

i. menjalankan p&p merentas kurikulum bersama guru PJ, Muzik, dan

P.Seni.

ii. menjalankan ujian penapisan dan ujian pelepasan KIA2M

iii. menyemak kertas ujian

iv. menganalisis keputusan ujian

v. menghantar data ke PPD

vi. menyimpan set soalan sebagai akta rahsia rasmi kerajaan

Guru pemulihan perlu kreatif menyediakan bilik darjah yang kondusif

bagi menarik dan mengekalkan minat murid untuk belajar.

2011 50

TUTORIAL

Page 51: Modul Pkp3103

PKP 3103 PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN

a) Beri pengertian Pendidikan Pemulihan dalam perkataan anda sendiri. Banding

dan bezakan Pendidikan Pemulihan dan Pendidikan Khas.

b) Bahaskan ”Pengalaman pendidikan pemulihan adalah penting untuk kanak-

kanak”.

Dunia pendidikan sekarang lebih fokus kepada murid-murid yang istimewa ini. Tidak

kira mereka berada dalam kelas pemulihan khas atau pendidikan khas. Pelbagai

program, cara dan kaedah yang dijalankan untuk membantu murid-murid menguasai

kemahiran 3M. Peranan semua peringkat sangat penting bagi memastikan program

yang dirancang berjaya mencapai objektif yang ditetapkan.

"Special School’ means a school providing special education

treatment for pupils under a disability"

RUJUKAN :

2011 51

RUMUSAN

Page 52: Modul Pkp3103

PKP 3103 PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN

http://www.scribd.com/doc/1787895/Pengurusan-Program-Pemulihan-Khas-pind-

2006-06

Buku Panduan Pelaksanaan Program Pemulihan Khas ( Masalah Penguasaan 3M )

file:///C:/Users/user/Documents/Peranan-Pentadbir-Dalam-Program-Pemulihan-

Khas.htm

http://kasih-skjap.blogspot.com/2008/10/pemulihan-khas-kelas-kasih.html

http://kasih-skjap.blogspot.com/2008/10/carta-organisasi.html

Morrison G.S ( 2001 ), Early Childhood Education Today ( 8th Edition ), New Jersey :

Merill Printice Hall.

Brewer, J.A ( 1992 ) Introduction to Early Childhood Education Preschool Through

Primary Grade , Boston : Ally and Bacon.

2011 52

Page 53: Modul Pkp3103

PKP 3103 PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN

4.0 SINOPSIS

Tajuk ini akan menghuraikan dan membincangkan mengenai bidang tugas guru

pendidikan pemulihan, peranan guru pendidikan pemulihan dan jadual waktu

guru pendidikan pemulihan.

4.1 HASIL PEMBELAJARAN

Setelah mengikuti unit ini, anda akan dapat :

1. Pihak yang berkepentingan bertanggungjawab terhadap pelajar dari aspek

keselamatan, bimbingan dan kebajikan dengan tidak mengira bangsa dan

agama.

2. Pihak yang berkepentingan mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang

erat dengan ibu bapa/penjaga dan masyarakat.

3. Berusaha berkomunikasi dengan berkesan untuk meyakinkan pelbagai pihak

supaya terlibat dalam membuat keputusan.

4. Mengamalkan berkomunikasi dengan pelbagai cara secara efekfif.

5. Mengamalkan muhasabah diri, menerima kelemahan diri dan sanggup berubah.

6. Mengenal pasti kewangan, tenaga manusia, bahan dan peralatan serta

pengurusan untuk melaksanakan sesuatu projek dengan berkesan.

7. Mengamalkan ajaran agama sebagai panduan hidup guru pendidikan

pemulihan.

8. Mengenal pasti peluang dan risiko untuk melaksanakan tanggungjawab baharu.

9. Mengamalkan kebolehan bekerja secara berpasukan.

10.Mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan dalam kehidupan seharian.

4.2 BIDANG TUGAS GURU PENDIDIKAN PEMULIHAN

2011 53

TAJUK 4 PERANAN GURU-GURU PEMULIHAN KHAS

Page 54: Modul Pkp3103

PKP 3103 PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN

i. Merancang dan melaksanakan program pemulihan khas mengikut prosedur

yang telah ditetapkan.

ii. Menjalankan kerja-kerja pemulihan khusus untuk murid murid lemah yang

terpilih dari Tahun 2 hingga Tahun 6. Keutamaan hendaklah diberi kepada

murid-murid Tahun 1 hingga 3.

ii. Membantu guru-guru mata pelajaran dalam hal:

- Mengenalpasti murid-murid lemah yang memerlukan pengajaran pemulihan

sama ada di kelas biasa atau kelas khas.

- Merancang dan menyediakan aktiviti-aktiviti serta bahan-bahan pemulihan.

- Mengatur jadual waktu untuk pengajaran pemulihan khas.

iii. Mengajar sebagai guru pembimbing untuk membantu guru mata pelajaran

asas sekiranya keadaan memerlukan.

vi. Berjumpa dan berbincang dengan guru , ibubapa, doktor, pegawai kebajikan

dan pihak-pihak lain yang boleh membantu untuk mendapatkan maklumat

lanjut tentang tingkah laku, kesihatan dan keterangan lain mengenai latar

belakang murid.

v . Melaksanakan penilaian dan merekodkannya secara berterusan untuk

mengetahui prestasi murid-murid yang mengikuti kelas pemulihan. Isi-isi

rekod hendaklah mengandungi:

- Laporan prestasi murid.

- Latar belakang murid.

2011 54

Page 55: Modul Pkp3103

PKP 3103 PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN

- Laporan kesihatan murid.

- Hasil-hasil temubual dan rujukan

vii. Menyediakan fail diri bagi setiap murid pemulihan.

Fail diri murid mengandungi:

- Borang Pencalonan.

- Borang Latar belakang Murid Pemulihan.

- Borang Pengumpulan Maklumat.

- Ujian Saringan dan Diagnostik

- Lembaran Kerja

- Hasil Penilaian yang telah dijalankan.

- Catatan-catatan lain yang berkaitan dengan murid.

iiix. Membentuk jawatankuasa Program Pemulihan Khas serta menjadi ahli

Jawatankuasa Kurikulum Sekolah.

iix. Mengadakan bengkel di peringkat sekolah atau daerah di mana keadaan

memerlukan.

xii. Tugas-tugas yang berkaitan dengan kebajkan murid-murid pemulihan di

sekolah.

Tugas-tugas lain:

- Membuat runding cara dengan ibu bapa / penjaga murid.

- Membuat penyediaan bahan - bahan pengajaran.

- Mengemaskinikan rekod – rekod.

2011 55

Page 56: Modul Pkp3103

PKP 3103 PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN

- Bimbingan dan Kaunseling kepada murid.

- Runding cara dengan guru kelas / mata pelajaran tentang perkembangan

murid kelas biasa.

- Runding cara dengan Guru Besar untuk meningkatkan mutu pencapaian

murid.

- Mengemaskinikan sudut – sudut pameran pembelajaran.

- Sentiasa memikirkan bagaimana untuk mempertingkatkan mutu pengajaran

dan pembelajaran di kelas pemulihan.

- Pengurusan dokumen-dokumen penting:

Takwim, Jadual Waktu, Agihan Tugas

Surat-menyurat

Minit-minit Mesyuarat

Laporan aktiviti

Rekod Kewangan

Buku Stok

- Pengurusan Sumber:

Menetapkan keperluan program

Memperoleh dan agihan sumber kewangan

Memperoleh dan agihan sumber-sumber lain

2011 56

Page 57: Modul Pkp3103

PKP 3103 PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN

4.3 JADUAL WAKTU GURU PENDIDIKAN PEMULIHAN

a) Jadual Waktu

i) Agihan Waktu Mengajar:

i) Agihan Waktu Mengajar

Tahun

Mata pelajaran Jumlah

Bahasa Melayu Matematik

2 8 kali x 30 minit=240 7 kali x 30

minit=210

450 minit

3 8 kali x 30 minit=240 7 kali x 30

minit=210

450 minit

Jumlah 480 minit 420 minit 900 minit

ii) Waktu Persediaan :

Waktu Panduan Dan Persediaan (4 x 30 minit =120 minit)

hendaklah dimasukkan dalam jadual waktu dan dinyatakan aktivitinya dalam

Buku Rekod Mengajar. Aktiviti-aktiviti yang boleh dilaksanakan dalam Waktu

Panduan dan Persediaan adalah seperti berikut :

a. Membuat rundingan dengan ibu bapa atau penjaga murid.

b. Membuat persediaan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran.

c. Mengemas kini rekod-rekod

d. Runding cara dengan guru kelas atau guru mata pelajaran tentang

perkembangan murid di kelas biasa.

f. Perbincangan dengan guru besar untuk meningkatkan pencapaian

murid.

g. Mengemas kini sudut-sudut pameran pembelajaran.

2011 57

Page 58: Modul Pkp3103

PKP 3103 PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN

iii) Faktor penting dalam pengurusan jadual waktu:

a) Tentukan masa yang diperlukan mengikut keperluan kelas

berpandukan jadual waktu induk sekolah.

b) Selaraskan dengan mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Matematik.

c) Catatkan waktu panduan dan persediaan

d) Jadual waktu mestilah dipamerkan di Ruang Pengurusan dalam bilik

darjah.

e) Jika perlu, dapatkan kerjasama daripada Jawatankuasa Pembentukan

Jadual Waktu Sekolah.

4.4 PERANAN GURU PEMULIHAN

i. Sebagai Penilai ( An Assessment Role )

- Menyedia dan menjalankan ujian saringan untuk mengenal pasti murid-murid

yang memerlukan pemulihan khas.

- Menjalankan Ujian Diagnostik untuk mengenal pasti masalah pembelajaran

yang khusus yang dihadapi oleh murid-murid.

- Menjalankan penilaian berterusan dan merekodkannya dengan rapi dan

tersusun.

- Cara melaksana penilaian : Formal/Tak formal

- Tujuan mengadakan penilaian mesti jelas

- Bersikap jujur semasa menilai

2011 58

Page 59: Modul Pkp3103

PKP 3103 PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN

- Menilai semua dokumen awal – KIA2M sebelum pengesahan penempatan

- Ujian Pencapaian setiap 3 bulan – mengesahkan tahap penguasaan kemahiran

ii. Preskriptif ( Presciptive Role )

- Merancang dan menyelia serta melaksanakan program individu bagi kanak-

kanak yang mempunyai masalah pembelajaran yang tertentu.

- Mengadakan bengkel atau demonstrasi pengajaran pemulihan di mana

keadaan memerlukan.

iii. Peranan Pengajaran (A Teaching Therapeutik)

- Mengajar dan membantu murid-murid yang lambat dan menghadapi masalah

kemahiran asas 3M.

- Mengajar bersama-sama dengan guru mata pelajaran sebagai “ team

teaching ” / “ guru pendamping ” sekiranya perlu.

iv. Peranan Khidmat Bantu ( A Supportive Role )

- Membantu guru-guru merancang dan penambahbaikkan aktiviti-aktiviti dan

bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran.

- Membimbing guru-guru melaksanakan teknik dan kaedah mengajar murid-

murid yang menghadapi masalah 3M.

2011 59

Page 60: Modul Pkp3103

PKP 3103 PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN

v. Peranan Perhubungan ( A Liaison Role )

- Berbincang dengan ibu bapa atau penjaga murid untuk mendapatkan

maklumat murid.

- Memberi cadangan kepada ibu bapa untuk membantu pembelajaran anak-

anak mereka.

4.5 CIRI-CIRI GURU PENDIDIKAN PEMULIHAN YANG BAIK

- Sabar - Bertanggungjawab - Bersikap positif - Rajin - Pengurusan masa - Ikhlas - Passionate - Kolaboratif

4.6 Hubungan Interpersonal

- Pengurusan sekolah - Rakan sekerja - Ibu bapa / waris - Pelajar

2011 60

Page 61: Modul Pkp3103

PKP 3103 PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN

Latihan:

a. Dengan bantuan pengurusan grafik, tunjukkan peranan-peranan

seorang guru pendidikan pemulihan khas.

b. Bincangkan secara kumpulan kecil bagaimana guru pemulihan

boleh menjalinkan hubungan interpersonal dengan:

- Pengurusan sekolah

- Rakan sekerja

- Ibu bapa / waris

- Pelajar

Layari laman web untuk mendapatkan maklumat tambahan

2011 61

Page 62: Modul Pkp3103

PKP 3103 PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN

2011 62