MODUL ProPA 3 (JULAI) 2018 SK trial SC SARAWAK...SAINS 018/1 KERTAS 1 JULAI 1 jam Satu jam JANGAN...

20
SULIT [Lihat halaman sebelah] 018/1 © 2018 Hak Cipta JK ProPA Daerah Kapit SULIT Nama Pelajar : ………………………………………………. Tahun : ………………… JK ProPA DAERAH KAPIT PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KAPIT MODUL ProPA 3 (JULAI) 2018 SAINS 018/1 KERTAS 1 JULAI 1 jam Satu jam JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU Kertas soalan ini mengandungi 20 halaman bercetak 1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. 2. Jawab semua soalan. 3. Setiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan kamu pada kertas jawapan objektif yang disediakan. 4. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian hitamkan jawapan yang baharu. 5. Serahkan kertas jawapan objektif kepada pengawas peperiksaan pada akhir peperiksaan. Kertas Soalan ini digubal bersama oleh; 1. LIANA ANAK ANDING [SK NANGA METAH] 2. HAINA DINOL [SK NANGA BALANG] 3. MUHAMAD HISHAM BIN HUSIN [SK NANGA ENTULOH] 4. NORIZMA HARLIANA BINTI JUHAR [SK NANGA TIAU]

Transcript of MODUL ProPA 3 (JULAI) 2018 SK trial SC SARAWAK...SAINS 018/1 KERTAS 1 JULAI 1 jam Satu jam JANGAN...

  • SULIT

    [Lihat halaman sebelah]

    018/1 © 2018 Hak Cipta JK ProPA Daerah Kapit SULIT

    Nama Pelajar : ………………………………………………. Tahun : …………………

    JK ProPA DAERAH KAPIT PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KAPIT

    MODUL ProPA 3 (JULAI) 2018 SAINS 018/1 KERTAS 1

    JULAI 1 jam Satu jam

    JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

    Kertas soalan ini mengandungi 20 halaman bercetak

    1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan.

    2. Jawab semua soalan.

    3. Setiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap soalan,

    pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan kamu pada kertas jawapan objektif yang

    disediakan.

    4. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian

    hitamkan jawapan yang baharu.

    5. Serahkan kertas jawapan objektif kepada pengawas peperiksaan pada akhir peperiksaan.

    Kertas Soalan ini digubal bersama oleh; 1. LIANA ANAK ANDING [SK NANGA METAH] 2. HAINA DINOL [SK NANGA BALANG] 3. MUHAMAD HISHAM BIN HUSIN [SK NANGA ENTULOH]

    4. NORIZMA HARLIANA BINTI JUHAR [SK NANGA TIAU]

  • 2

    018/1 © 2017 Hak Cipta JK ProPA Daerah Kapit (ProPA 4_Ogos 1) SULIT

    1 Rajah 1 di bawah menunjukkan gigi haiwan.

    Rajah 1

    Antara berikut, haiwan manakah yang mempunyai struktur gigi seperti di atas?

    A Arnab

    B Orang utan

    C Singa

    D Kucing

    2 Berikut merupakan kesan daripada penyalahgunaan dadah kepada manusia

    KECUALI ...

    A Kerosakan otak

    B Halusinasi

    C Tindakan luar kawalan

    D Gerak balas badan bertambah

    3 Perhatikan Jadual 1 di bawah.

    Peparu Spirakel

    Burung Lipas

    Badak sumbu Belalang

    X Y

    Jadual 1 Apakah X dan Y?

    X Y

    A Harimau Lintah

    B Katak Berudu

    C Kala jengking Labah-labah

    D Ikan lumba-lumba Beluncas

  • 3

    018/1 © 2018 Hak Cipta JK ProPA Daerah Kapit _JULAI

    4 Antara berikut, yang manakah maksud siratan makanan yang betul?

    A Siratan makanan bermaksud hubungan makanan antara spesies.

    B Siratan makanan ialah gabungan antara beberapa rantai makanan.

    C Siratan makanan ialah jadual pemakanan haiwan dalam suatu habitat.

    D Siratan makanan bermaksud pengeluar dan pengguna.

    5 Rajah 2 menunjukkan sebuah keluarga bahagia.

    Rajah 2

    Berikut merupakan ciri-ciri persamaan yang diwarisi oleh anak-anak KECUALI

    A Jenis rambut

    B Paras muka

    C Panjang rambut

    D Warna kulit

  • 4

    018/1 © 2018 Hak Cipta JK ProPA Daerah Kapit _JULAI

    6 Jadual 2 menunjukkan jisim empat barang yang dibeli oleh Geisha.

    Barang Jisim

    P 3.5 kg

    Q 2 500 g

    R 950 g

    S 40 mg

    Jadual 2

    Antara urutan berikut, yang manakah manakah betul daripada yang paling berat

    kepada yang ringan?

    A P, S, R, Q

    B P, Q, R, S

    C S, R, Q, P

    D R, Q, S, P

    7 Rajah 3 menunjukkan buah kelapa dihanyutkan oleh air laut.

    Rajah 3

    Apakah yang boleh ditafsirkan daripada kejadian di atas?

    A Menggalakkan persaingan

    B Memastikan kemandirian spesies tumbuhan tersebut

    C Meningkatkan kualiti spesies tumbuhan tersebut

    D Memberikan perlindungan kepada biji benih

  • 5

    018/1 © 2018 Hak Cipta JK ProPA Daerah Kapit _JULAI

    8 Rajah 4 menunjukkan satu daripada tiga prinsip cahaya.

    Rajah 4

    Antara berikut, kejadian manakah yang berkaitan dengan prinsip cahaya di atas ?

    A Penciptaan kaleidoskop

    B Pancaran cahaya daripada rumah api

    C Pembentukan bayang-bayang di atas skrin

    D Pembentukan spektrum cahaya

    9 Puan Kartika membuat anggaran ukuran apabila membuat baju pelanggannya.

    Antara berikut merupakan kepentingan unit piawai KECUALI...

    A Ukuran lebih tepat dan selaras

    B Memudahkan kerja-kerja pengukuran

    C Mengukur secara terus untuk rujukan kendiri

    D Lebih mudah untuk membuat perbandingan

  • 6

    018/1 © 2018 Hak Cipta JK ProPA Daerah Kapit _JULAI

    10 Rajah 5 di bawah menunjukkan sumber tenaga elektrik.

    Rajah 5

    Antara berikut, yang manakah mewakili P dan Q?

    P Q

    A Gas asli Air

    B Akumulator Solar

    C Biojisim Petroleum

    D Tenaga nuklear Arang batu

    11 Didapati magnet pada penutup peti sejuk di rumah Jacky sudah tidak kuat.

    Apakah kesan terhadap situasi tersebut?

    A Proses peleburan ais menjadi lebih lambat.

    B Susu yang disimpan di dalam peti sejuk menjadi rosak.

    C Daging dalam peti sejuk itu menjadi lebih beku.

    D Air dalam peti sejuk mendidih.

    Sumber Tenaga Elektrik

    Angin Sel kering P Dinamo Q

  • 7

    018/1 © 2018 Hak Cipta JK ProPA Daerah Kapit _JULAI

    12 Rajah 6 menunjukkan bacaan termometer.

    Rajah 6

    Berapakah suhu air itu?

    A 81 °C

    B 85 °C

    C 86 °C

    D 78 °C

    13 Antara yang berikut, yang manakah merupakan cara untuk menjimatkan tenaga?

    A Membasuh pakaian dengan lebih kerap dengan muatan yang sedikit.

    B Membiarkan kipas terpasang apabila keluar rumah.

    C Menggunakan pengangkutan awam dan berkongsi kereta dengan lebih

    kerap

    D Menambahkan bilangan kereta persendirian.

    14 Rajah 7 menunjukkan satu penyiasatan.

    Rajah 7

    Apakah langkah yang boleh dilakukan untuk menambahkan saiz bayang-bayang itu?

    A Menambahkan jarak antara objek dengan skrin

    B Menambahkan jarak antara sumber cahaya dengan objek.

    C Mengurangkan jarak antara skrin dengan objek

    D Menambahkan jarak antara skrin dengan sumber cahaya.

  • 8

    018/1 © 2018 Hak Cipta JK ProPA Daerah Kapit _JULAI

    15 Rajah 8 menunjukkan seekor kucing di tepi sebuah kolam kecil. Mengapakah imej

    kucing dapat dilihat di permukaan air kolam?

    Rajah 8

    A Cahaya dibiaskan

    B Cahaya dipantulkan

    C Cahaya dipesongkan

    D Cahaya bergerak lurus

    16 Rajah 9 menunjukkan satu gambar rajah litar elektrik.

    Rajah 9

    Antara mentol berikut, yang manakah akan menyebabkan satu mentol sahaja

    menyala apabila ia rosak?

    A T

    B U

    C V

    D W

  • 9

    018/1 © 2018 Hak Cipta JK ProPA Daerah Kapit _JULAI

    17 Antara situasi berikut, yang manakah menyebabkan kadar penyejatan menjadi

    rendah?

    A Hari yang panas

    B Hari yang berangin

    C Luas permukaan yang terdedah lebih besar

    D Luas permukaan yang terdedah lebih kecil

    18 Jadual 3 di bawah menunjukkan keputusan bagi suatu penyiasatan ke atas bahan

    P, Q dan R.

    Bahan Kesan ke atas kertas litmus

    P Menukarkan kertas litmus biru kepada merah

    Q Menukarkan kertas litmus merah kepada biru

    R Tidak mengubah warna kertas litmus

    Jadual 3

    Apakah P, Q dan R?

    P Q R

    A Jus oren Peria Air garam

    B Minyak masak Sabun Nanas

    C Asam jawa Air mineral Badam

    D Ubat gigi Syampu Air gula

  • 10

    018/1 © 2018 Hak Cipta JK ProPA Daerah Kapit _JULAI

    19 Rajah 10 menunjukkan keadaan kabel elektrik dalam satu masa tertentu.

    Rajah 10

    Apakah aplikasi lain yang menggunakan prinsip yang sama dengan aplikasi di atas?

    A Pemasangan jubin rumah dengan meminimumkan jarak antara jubin

    B Merkuri dalam termometer yang meningkat apabila suhu sejuk dan menurun

    apabila suhu panas

    C Menyediakan ruang antara batu-bata dalam proses pembinaan rumah

    D Menyediakan ruang antara landasan supaya landasan tidak bengkok pada

    cuaca sejuk

    20 Jawak mendapati bajunya masih basah selepas menggantungnya selama satu hari

    di dalam asrama. Apakah yang perlu Jawak lakukan supaya bajunya dapat

    dikeringkan dengan cepat?

    A Letakkan bajunya di dalam almari

    B Gantung bajunya di dalam bilik gelap

    C Gantung bajunya di bawah katil

    D Letakkan bajunya di hadapan kipas yang berpusing

  • 11

    018/1 © 2018 Hak Cipta JK ProPA Daerah Kapit _JULAI

    21 Rajah 11 menunjukkan antibiotik yang dihasilkan daripada mikroorganisma X.

    Rajah 11

    Apakah mikroorganisma X?

    A Bakteria

    B Protozoa

    C Virus

    D Alga

    22 Jenat meletakkan tiga bahan berbeza ke dalam bekas yang mengandungi 500 ml air.

    Selepas satu 30 saat, bahan tersebut dikeluarkan dan isipadu air yang tinggal

    disukat. Jadual 4 menunjukkan keputusan penyiasatan yang diperolehi.

    Jenis Bahan Isipadu awal air (ml) Isipadu air yang tinggal (ml)

    Bahan K 500 300

    Bahan L 500 150

    Bahan M 500 500

    Jadual 4

    Berdasarkan keputusan penyiasatan, pilih pernyataan yang betul.

    A Bahan M menyerap air dengan lebih baik berbanding bahan L dan K

    B Bahan K menyerap air dengan lebih baik berbanding bahan L

    C Bahan L menyerap air dengan paling baik

    D Bahan M menyerap air dengan paling baik

  • 12

    018/1 © 2018 Hak Cipta JK ProPA Daerah Kapit _JULAI

    23 Rajah 12 menunjukkan seekor anak rusa yang terpisah daripada ibu dan

    kumpulannya di sebuah hutan.

    Rajah 12

    Ramalkan apa yang akan berlaku pada anak rusa jika situasi tersebut berterusan.

    A Anak rusa mendapat perlindungan rusa lain

    B Anak rusa mencari kumpulan sendiri

    C Anak rusa bergerak mencari makanan

    D Anak rusa diserang pemangsa

    24 Rajah 13 menunjukkan dua jenis bahan buangan.

    Rajah 13

    Apakah cara terbaik untuk menguruskan bahan buangan di atas?

    A Dibakar

    B Ditanam dalam tanah

    C Dikitar semula menjadi barangan baru

    D Diguna semula untuk dijadikan perhiasan

  • 13

    018/1 © 2018 Hak Cipta JK ProPA Daerah Kapit _JULAI

    25 Rajah 14 menunjukkan susunan radas bagi suatu penyiasatan tentang pengaratan.

    Rajah 14

    Nyatakan keadaan paku di dalam tabung uji A dan tabung uji B selepas sebulan.

    Tabung Uji A Tabung Uji B

    A Berkarat Tidak berkarat

    B Tidak berkarat Berkarat

    C Berkarat Berkarat

    D Tidak berkarat Tidak berkarat

    26 Rajah 15 menunjukkan sebuah objek dengan sifat bahan X.

    Rajah 15

    Antara situasi berikut, yang manakah menunjukkan fungsi yang sama seperti

    bahan X?

    A Doris menggunakan kuali logam untuk memasak

    B Beatrice menggunakan pelapik kain untuk memegang cerek yang panas

    C Gegelung logam digunakan dalam cerek elektrik untuk memanaskan air

    D Andreas menggunakan bikar kaca semasa mendidihkan air

    Bahan X

  • 14

    018/1 © 2018 Hak Cipta JK ProPA Daerah Kapit _JULAI

    27 Rajah 16 menunjukkan pokok langsuyar menumpang di dahan pokok lain yang

    tinggi.

    Rajah 16

    Apakah jenis interaksi yang ditunjukkan dalam Rajah 16?

    A Komensalisme B Parasitisme

    C Mutualisme D Persaingan

    28 Pokok kaktus tidak memerlukan takungan air yang banyak untuk bertumbuh. Antara

    berikut, jenis tanah yang manakah sesuai untuk penanaman pokok kaktus

    berdasarkan kebolehan tanah mengalirkan air?

    A tanah pasir B tanah kebun

    C tanah liat D tanah lumpur

    29 Pernyataan berikut menunjukkan beberapa situasi yang melibatkan daya.

    P : Sekumpulan kanak-kanak bermain layang-layang

    Q : Fiona menyorong basikal

    R : Billy dan rakan-rakan bermain upih pinang

    S : Adison memukul tin sehingga kemek

    Pilih pengelasan yang benar mengikut jenis daya yang terlibat.

    Daya tarikan Daya tolakan

    A P dan Q R dan S

    B P dan R Q dan S

    C Q dan S P dan R

    D R dan S P dan Q

  • 15

    018/1 © 2018 Hak Cipta JK ProPA Daerah Kapit _JULAI

    30 Sebuah kereta bergerak dari bandar K ke bandar M sejauh 200 km. Rajah 17

    menunjukkan masa bertolak dan masa tiba sebuah kereta P dari bandar K ke

    bandar M.

    Rajah 17

    Hitungkan kelajuan kereta tersebut.

    A 60 km/jam

    B 80 km/jam

    C 90 km/jam

    D 180 km/jam

    31 Rajah 18 menunjukkan tiga jenis makanan.

    Rajah 18

    Apakah kaedah yang sesuai untuk mengawet makanan-makanan itu?

    X Y Z

    A Pempasteuran Pendinginan Pengeringan

    B Pemasinan Pengetinan Penjerukan

    C Pendinginan Penyalaian Penjerukan

    D Pelilinan Penjerukkan Pempasteuran

    Bandar K

    Bertolak: 2.30 petang

    Bandar M

    Tiba: 5.00 petang

  • 16

    018/1 © 2018 Hak Cipta JK ProPA Daerah Kapit _JULAI

    32 Rajah 19 menunjukkan sejenis makanan.

    Rajah 19

    Apakah kepentingan teknologi pengawetan bagi makanan itu?

    A Makanan lebih sedap

    B Makanan menjadi lebih berharga

    C Boleh dinikmati sepanjang tahun

    D Makanan menjadi lebih banyak khasiat

    33 Antara yang berikut alat yang manakah boleh digunakan untuk mengatasi had

    keupayaan pendengaran manusia?

    A

    B

    C

    D

  • 17

    018/1 © 2018 Hak Cipta JK ProPA Daerah Kapit _JULAI

    34 Rajah 20 menunjukkan empat peringkat perkembangan teknologi dalam

    pengangkutan udara.

    Rajah 20

    Antara berikut, urutan yang manakah menunjukkan urutan yang betul bermula

    daripada yang paling maju hingga ke paling mundur ?

    A W, Y, X, Z

    B X, Z, Y, W

    C Z, X, Y, W

    D W, Y, Z, X

    35 Rajah 21 menunjukkan sesuatu model dibina menggunakan kadbod.

    Rajah 21

    Apakah yang boleh dilakukan untuk menambahkan kestabilan model ini?

    A Gantikan kadbod dengan surat khabar.

    B Kurangkan beban di bahagian atas model itu.

    C Kurangkan ketinggian model itu.

    D Kurangkan luas tapak model itu.

  • 18

    018/1 © 2018 Hak Cipta JK ProPA Daerah Kapit _JULAI

    36 “Kita sentiasa menghadap permukaan Bulan yang sama sahaja sepanjang tahun.”

    Antara berikut, yang manakah berkaitan dengan pernyataan di atas?

    A Jarak Bulan dari Bumi adalah sama dengan jarak Bumi dari Matahari

    B Masa peredaran Bulan dan juga masa putaran Bulan adalah sama iaitu 28 hari

    C Bayang-bayang Bumi lebih besar daripada bayang-bayang Bulan

    D Bulan berputar dalam tempoh yang sama dengan peredaran Bumi

    mengelilingi Matahari

    37 Rajah 22 menunjukkan sebuah jambatan.

    Rajah 22

    Mengapakah jambatan itu dalam bentuk melengkung?

    A Supaya struktur jambatan lebih kukuh.

    B Supaya struktur jambatan lebih stabil.

    C Supaya struktur jambatan lebih menarik.

    D Supaya kos membuat jambatan lebih murah.

  • 19

    018/1 © 2018 Hak Cipta JK ProPA Daerah Kapit _JULAI

    38 Rajah 23 menunjukkan empat jenis pengangkutan air.

    Rajah 23

    Semua kaedah pengangkutan di atas mempunyai kebaikan iaitu dapat

    mengoptimumkan penggunaan sumber-sumber tenaga yang tidak boleh

    diperbaharui KECUALI kaedah pengangkutan

    A X

    B W

    C Z

    D Y

    39 Yang manakah mewakili saiz relatif Bulan dan Matahari?

    A 1: 40

    B 10: 400

    C 2: 800

    D 20: 80

  • 20

    018/1 © 2018 Hak Cipta JK ProPA Daerah Kapit _JULAI

    40 Rajah 24 menunjukkan sejenis mesin ringkas.

    Rajah 24

    Apakah kegunaan mesin ringkas itu?

    A Mengubah arah dan kelajuan mesin

    B Menyatukan dan mengetatkan dua keping objek yang bergabung.

    C Memotong, memisahkan atau menggerakkan objek.

    D Menggerakkan objek ke aras yang lebih tinggi.

    KERTAS SOALAN TAMAT