Modul Psv31073

download Modul Psv31073

of 59

description

RUJUKAN

Transcript of Modul Psv31073

Rangka Isi Pelajaran

(PSV 3107 Pedagogi Pendidikan Seni Visual)

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU

(PPG)

PSV 3073 Pedagogi Pendidikan Seni Visual

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.

Falsafah Pendidikan GuruGuru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif, dan berdisiplin.

Cetakan Dis. 2010Kementerian Pelajaran MalaysiaHak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Rektor Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Falsafah Pendidikan Guru

Kata-Alu-aluan Rektor 4Panduan Pelajar 5 - 6Pengenalan 7Agihan Tajuk (Modul) 8Tajuk Pembelajaran

Tajuk 1 Pendekatan Dalam Pembelajaran dan

Pengajaran Pendidikan Seni Visual. 9 - 361.0 Sinopsis

1.1 Hasil Pembelajaran

1.2 Kerangka Tajuk Tajuk 2 Strategi Pendekatan Dalam Pembelajaran

dan Pengajaran Pendidikan Seni Visual. 37 - 47 2.0 Sinopsis

2.1 Hasil Pembelajaran

2.2 Kerangka Tajuk Tajuk 3 Kaedah dan Teknik Pendekatan Dalam

Pembelajaran dan Pengajaran Pendidikan Seni Visual. 48 - 563.0 Sinopsis

3.1 Hasil Pembelajaran3.2 Kerangka Tajuk Bibliografi 57

Panel Penggubal 58

Modul ini disediakan untuk membantu anda menguruskan pembelajaran anda agar anda boleh belajar dengan lebih berkesan. Anda mungkin kembali semula untuk belajar secara formal selepas beberapa tahun meninggalkannya. Anda juga mungkin tidak biasa dengan mod pembelajaran arah kendiri ini. Modul ini memberi peluang kepada anda untuk menguruskan corak pembelajaran, sumber-sumber pembelajaran, dan masa anda.

Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentang pembelajaran anda. Anda perlu memahami corak dan gaya pembelajaran anda. Adalah lebih berkesan jika anda menentukan sasaran pembelajaran kendiri dan aras pencapaian anda. Dengan cara begini anda akan dapat melalui kursus ini dengan mudah. Memohon bantuan apabila diperlukan hendaklah dipertimbangkan sebagai peluang baru untuk pembelajaran dan ia bukannya tanda kelemahan diri.

Modul ini ditulis dalam susunan tajuk. Jangka masa untuk melalui sesuatu tajuk bergantung kepada gaya pembelajaran dan sasaran pembelajaran kendiri anda. Latihan-latihan disediakan dalam setiap tajuk untuk membantu anda mengingat semula apa yang anda telah pelajari atau membuatkan anda memikirkan tentang apa yang anda telah baca. Ada di antara latihan ini mempunyai cadangan jawapan. Bagi latihan-latihan yang tiada mempunyai cadangan jawapan adalah lebih membantu jika anda berbincang dengan orang lain seperti rakan anda atau menyediakan sesuatu nota untuk dibincangkan semasa sesi tutorial.

Modul ini akan menggantikan satu kredit bersamaan dengan lima belas jam interaksi bersemuka dalam bilik kuliah. Tiada kuliah atau tutorial diadakan untuk tajuk-tajuk dalam modul ini. Walau bagaimanapun, anda boleh berbincang dengan pensyarah, tutor atau rakan anda melalui email jika terdapat masalah berhubung dengan modul ini.

Anda akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian anda agar pada sekali imbas anda akan tahu apa yang harus dibuat. Lampiran A menerangkan kepada anda makna-makna ikon tersebut.

Anda juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus. Tarikh dan masa peperiksaan akan diberitahu apabila anda mendaftar. Peperiksaan bertulis ini akan dilaksanakan di tempat yang akan dikenal pasti.

Tip untuk membantu anda melalui kursus ini.1. Cari sudut pembelajaran yang sunyi agar anda boleh meletakkan buku dan diri anda untuk belajar. Buat perkara yang sama apabila anda pergi ke perpustakaan.

2. Peruntukkan satu masa setiap hari untuk memulakan dan mengakhiri pembelajaran anda. Patuhi waktu yang diperuntukkan itu. Setelah membaca modul ini teruskan membaca buku-buku dan bahan-bahan rujukan lain yang dicadangkan.

3. Luangkan sebanyak masa yang mungkin untuk tugasan tanpa mengira sasaran pembelajaran anda.

4. Semak dan ulangkaji pembacaan anda. Ambil masa untuk memahami pembacaan anda.

5. Rujuk sumber-sumber lain daripada apa yang telah diberikan kepada anda. Teliti maklumat yang diterima.

6. Mulakan dengan sistem fail agar anda tahu di mana anda menyimpan bahan-bahan yang bermakna.

7. Cari kawan yang boleh membantu pembelanjaran anda.

Pengenalan

Memberikan penerangan ringkas dan padat mengenai kursus ini serta tajuk-tajuk dipilih untuk dimodulkan. Perkara-perkara yang perlu ditulis merangkumi aspek yang berikut:

1. Penerangan ringkas kursus berkenaan;

2. Tajuk-tajuk dipilih dalam modul;

3. Keperluan kursus ( Nature of Subject) berkenaan;

4. Bahan sokongan atau kemudahan yang dapat membantu pembelajaran kendiri modul itu;

5. Maklumat tentang aktivit atau latihan dalam modul ini.

(sila rujuk contoh 07 Pengenalan yang disertakan) Maklumat Agihan Topik-topik Dalam Kursus Proforma Yang Dimodulkan Dan Yang Memerlukan Interaksi BersemukaKod & Nama Kursus: PSV 3107 Pedagogi Pendidikan Seni Visual

AGIHAN TAJUK

Kandungan modul ini akan menggantikan satu kredit bersamaan dengan 15 / 30 jam interaksi bersemuka. Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuk-tajuk untuk interaksi bersemuka atau pembelajaran melalui modul.

(Agihan Tajuk Interaksi Bersemuka dan Modul Mengikut Kursus Proforma )

Bil.Tajuk/TopikInteraksi

Bersemuka

(jam)Modul

(jam)Jum.

Jam

1Pendekatan dalam P&P Pendidikan Seni Visual3 jam

2Strategi Pendekatan dalam P&P Pendidikan Seni Visual6 jam

3Kaedah & Teknik Pendekatan dalam P&P Pendidikan Seni Visual6 jam

JUMLAH15 jam

TAJUK 1Pendekatan Dalam Pembelajaran & Pengajaran Pendidikan Seni Visual

Tajuk ini meliputi beberapa topik yang meliputi beberapa pendekatan seperti :-i. Pendekatan Proses dan Produk

ii. DBAE Dicipline Base Art Educationiii. Pendekatan Pembelajaran Chapmaniv. Menyediakan RPH HASIL PEMBELAJARANBerupaya Membanding Beza dalam pelbagai pendekatan Pembelajaran & Pengajaran. Mampu menghurai:-

i. Konsep DBAE iaitu :-

Empat Asas Displin ; Produk Seni, Sejarah Seni, Kritikan Seni dan

Estetika.

ii. Pendekatan Chapman ; Pemerhatian, Penerokaan, Penghasilan dan Aprisiasi. Kerangka Tajuk-tajuk

KANDUNGAN ISIPendekatan Dalam P&P Pendidikan Seni Visual

1. Proses dan Produk1.1 MENGGAMBAR

1.1.1 Definisi Menggambar

Menggambar adalah satu repesentasi visual sesuatu objek atau imej yang dihasilkan di atas permukaan rata, mengandungi komposisi artistik yang dihasilkan melalui aplikasi warna serta menggambarkan gambaran mental yang jelas. Seterusnya, ilustrasi yang digunakan untuk menerangkan dengan lebih jelas tentang sesuatu objek. Penggunaan huruf diterangkan dalam bentuk grafik sementara representasi visual yang dihasilkan dalam bentuk dua dimensi dan akhirnya gambar sebagai satu artifak yang menunjukkan satu kecenderungan terhadap sesuatu imej atau objek.1.1.2 Kegiatan Menggambar

Terdapat berbagai-bagai jenis kegiatan atau teknik menggambar. Antaranya adalah seperti berikut :-

KegiatanMaksud

1. Lukisan

Merujuk Kamus Oxford, ' The art of representing by line, delineation without colour or with a single colour yang bermaksud lukisan ialah garisan yang membentuk imej dengan menggunakan media kering.

Lukisan juga merupakan pengetahuan awal yang dibuat untuk meluahkan perasaan yang berbentuk imej dengan menggunakan media kering. Lukisan adalah karya seni atau pun hasil seni yang dihasilkan atas sesuatu permukaan.

Lukisan ialah garisan yang membentuk imej dengan menggunakan titik, garisan dan ton, pada sesuatu permukaan. Melalui proses ini pelukis dapat menyampaikan mesej berbentuk visual (gambar) tanpa menggunakan bahasa. Melalui lukisan pelukis dapat melahirkan perasaan

Lukisan dihasilkan dengan menggunakan alatan seperti pensel, pensel warna, pen, magic pen, maker pen, kryon, soft pastel, charcoal, berus dan dakwat serta pen teknikal.

Rumusan Lukisan merupakan hasil kerja seni yang dibuat dengan menggunakan media kering di atas sesuatu permukaan bagi meluahkan perasaan yang berbentuk imej.

2. Catan

Proses melukis dengan menggunakan bahan pewarna yang disapu ke atas sesuatu permukaan. Alat dan media yang digunakan seperti cat atau pewarna (warna air, cat minyak, fresko, arkrilik, tempera), kertas atau kanvas, air, minyak linsid , turpentin, plat pembancuh warna dan sebagainya.

Catan juga sebagai latihan mengaplikasikan pigmen dari satu media ke atas permukaan seperti kertas,kanvas dan dinding,juga satu hasil kerja estetik dicipta dengan mengaplikasikan warna basah ke atas permukaan 2D

Melalui catan, pelukis dapat meluahkan perasaan,membuat komen sosial, merakam peristiwa dan cerita. Catan dapat merakamkan gambar visual sebenar.

Rumusan Catan merupakan hasil kerja seni yang menyapu warna atau cat di atas sesuatu permukaan. Catan yang menggunakan pelbagai warna dapat memberi gambaran pemikiran, perasaan pelukis atau merakamkan gambar sebenar.

3. Kolaj

Cara menghasilkan karya dengan menggunakan tampalan dari gubahan bahan-bahan seperti berbagai jenis kertas,bahan buatan manusia dan bahan alam semulajadi ke atas permukaan seperti kertas ,plastik atau papan secara bebas dan boleh bertindih.

Bermaksud juga satu komposisi artistik daripada imej atau gambar yang berlainan, latarbelakang yang berlainan dan daripada berbagai warna dan corak. Teknik tampal menampal dalam melukis dan membuat gambar serta membuat rekaan.

Rumusan Kolaj yang bermaksud potong, koyak, gunting, gam dan tampal merupakan satu teknik tampal menampal dalam melukis dan membuat gambar.

4. Montaj

Menampal dan melekatkan gambar-gambar pada suatu permukaan untuk menimbulkan mesej pengajaran, kecintaan, kecuaian, peperangan, alam sekitar dan sebagainya.

Montaj juga bermaksud satu hasil seni mengandungi sebahagian daripada imej yang ada yang disusun supaya bercantum , bertindih, diubahsuai untuk menghasilkan satu imej. Kini montaj diaplikasikan dalam sesuatu rancangan terutamanya di bahagian pengenalan sebelum sesuatu program dijalankan. Dihasilkan menguna kan slaid-slaid dalam Microsoft Powerpoint. Rumusan Montaj merupakan satu hasil seni di mana gambar-gambar yang terdapat di majalah, foto, cetakan, digunting dan ditampal di atas suatu permukaan dengan menggunakan gam. Hasil tampalan ini akan dapat menghasilkan imej yang difahami.

5. Cetakan

Menghasil karya dengan mencetak, menggunakan sifat timbul dan tenggelam pada sesuatu blok atau skrin. Cetakan merupakan kesan daripada gubahan yang dihasilkan oleh pelukis pada permukaan plat atau blok, di mana permukaan blok diukir atau diguris. Ia merupakan satu proses menekan, blok, huruf atau gambar di atas kertas, kain atau bahan-bahan lain.

Cetakan juga satu proses terapan blok,plat atau skrin ke atas sesuatu permukaan. Keistimewaannya dapat menghasilkan beberapa keping hasilan yang disebut edisi.

Rumusan Cetakan adalah satu proses hasil kerja seni yang memindahkan dakwat dengan menggunakan alat seperti plat atau blok yang telah diukir ke atas suatu permukaan.

6. Gosokan

Gosokan bermakna pemindahan reka bentuk atau corak dari sesuatu permukaan ke permukaan lain dengan cara menggosokkan pensel di atas permukaan yang hendak dipindahkan. Gosokan juga dianggap satu eksplorasi permukaan supaya dapat mengmbangkan pemahamanan dalam penggunaan jalinan dan ton.

Rumusan Gosokan adalah satu proses hasil kerja seni untuk merekodkan corak permukaan yang berjalinan dengan menggunakan proses menggosok. Hasil cetakan dibuat dengan menggosokkan kertas menggunakan dakwat, pensel, kapur, arang ke atas satu permukaan

yang mempunyai jalinan.

7. Resis

Suatu kaedah melukis cat air dengan menyapu cat ke permukaan yang telah disapukan lilin di bahagian-bahagian yang tidak hendak dicat atau diwarnakan. Teknik ini menyebabkan kertas yang diliputi lilin bertindak sebagai alat untuk membuat garisan atau lakaran di atas kertas dan diwarnakan di permukaannya.

Rumusan Resis merupakan teknik menghasilkan lukisan atau reka corak dengan menggunakan bahan-bahan yang tidak bercampur antara satu sama lain seperti cat air dan cat minyak, cat air, lilin dan sebagainya. Teknik ini menyebabkan permukaan kertas yang diliputi lilin tidak akan menyerap warna dan dalam keadaan warna asal.

8. Percikan

Corak-corak tompok dan titik pada lukisan cat.

Mengikut buku Glosari Seni Lukis percikan membawa maksud corak-corak tompok dan titik pada lukisan cat.

Rumusan Percikan merupakan satu teknik corakan warna yang dihasilkan dengan tepukan atau jentikan menggunakan berus lukisan yang mengandungi warna ke atas permukaan yang rata.

9. Mozek

Satu reka bentuk atau gambar yang dibuat daripada serpihan kaca, kayu, marmar atau pecahan tembikar. Karya yang dihasilkan secara menyusun dan menambah bahan-bahan seperti kertas, plastik,kepingan jubin dan lain-lain ke atas sesuatu permukaan secara tersusun,bersebelahan dan tidak bertindih. Rumusan Satu teknik susunan yang bersebelahan. Contohnya susunan jubin di lantai rumah.

Projek 1Jenis Mozek

: Mozek dari kertas

Tema

: Haiwan / Figura

Alat dan Bahan: gunting, kertas berwarna dari berbagai sumber, gam

simen, pin rambut atau pencungkil gigi untuk mengangkat cebisan kertas, pensel, kertas latar

Cara-cara:1. Buat satu lakaran pensil tentang tema atau tajuk yang hendak dibuat di atas

permukaan kertas.2. Potong kertas warna dalam rupa bentuk yang sama. Potongan kertas yang

berlainan warna perlu diasingkan supaya senang diperolehi dan boleh

menjimatkan masa semasa proses menampal dijalankan.

VITI 10.1

3. Letak gam atau pelekat pada cebisan kertas dan di atas permukaan kertas

yang mempunyai lakaran. Lekat potongan kertas berwarna tersebut pada

kawasan lakaran tersebut. Tinggalkan ruang di antara cebisan-cebisan kertas supaya tindihan tidak berlaku. Potongan kertas boleh diangkat dengan menggunakan pin rambut atau pencungkil gigi yang diletak sedikit gam.4. Teruskan kerja-kerja menghasilkan mozek sehingga habis.

Projek 1Jenis Catan

: Catan Cat AirTema

: Haiwan / Figura

Alat dan Bahan: gunting, kertas berwarna dari berbagai sumber, gam

simen, pin rambut atau pencungkil gigi untuk mengangkat cebisan kertas, pensel, kertas latar

Cara-cara:

1.2 MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

1.2.1 Corak ialah susunan motif sama ada secara teratur, terancang atau secara bebas. Oleh itu corak terdiri daripada corak terancang dan corak tidak terancang. Corak juga boleh terbentuk daripada bukan motif secara bebas atau corak tidak terancang. Motif ialah sama ada rupa atau bentuk asas dalam satu-satu rekaan atau gubahan. Ia terdiri daripada motif flora, fauna, geometrikal dan organik. Corak Tradisi ialah corak yang mempunyai motifnya tersendiri dan mempunyai nama-nama tertentu yang berunsur tradisi.

Corak Tradisi ialah corak yang mempunyai motifnya tersendiri dan

mempunyai nama-nama tertentu yang berunsur tradisi.

1.2.2 PENGHASILAN CORAKTerdapat dua cara untuk mendapatkan corak iaitu:

(i) Corak Terancang dibuat menggunakan motif yang disusun dengan teratur dan dalam susunan tertentu. Motif ini menghasil kan corak yang mempunyai pelbagai jenis susunan, termasuk penggunaan garisan grid dalam penghasilan corak. Contoh corak terancang

INCLUDEPICTURE "http://t3.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcRy5-nrI_tx-C52INciWelYrn-kSdFaZuiBrX9hVSvjQN0s2z4&t=1&usg=__pLKL25OwMfyPU7rotfMZwx-m-Vk=" \* MERGEFORMATINET (i) Corak Tidak Terancang atau bebas - Corak Tidak Terancang dihasilkan secara bebas tanpa mempunyai motif tertentu. Ia boleh dihasilkan dengan cara seperti merenjis, meniup, mengayak, menggolek dan sebagainya. Contoh corak tidak terancang

1.2.3 JENIS-JENIS SUSUNAN DALAM CORAK

DAN REKAANBerikut adalah jenis-jenis susunan dalam corak dan rekaan:

(a) Susunan Ulang Sekata - Motif yang diulang secara berurutan dalam baris dan lajur yang sama bagi menghasilkan corak yang menarik. Susunan corak ini selalunya menggunakan garisan grid sebagai panduan.

(b) Susunan Berselang Seli - Motif yang disusun secara berselang seli di antara motif yang lain atau diantara ruangan yang kosong. Penggunaan garisan grid dapat membantu menghasilkan corak yang menarik dan teratur.

(c) Susunan Batu-bata - Motif disusun secara berurutan pada baris atau lajur yang sama. Motif seterusnya disusun di antara pertemuan dua motif yang sebelumnya

(d) Susunan Bertimbal - Motif ini diwujudkan secara cerminan. Motif akan kelihatan dalam posisi yang bertentangan.

AKTIVITI 1.4

(e) Susunan Bertindih - Motif yang sama disusun secara bertindih atau bertindan antara satu sama lain sehingga membentuk corak yang menarik.(f) Susunan Beralun - Motif yang dihasilkan kelihatan berombak dalam bentuk garisan yang sekata atau tidak. Motif yang digunakan boleh terdiri daripada motif yang sama atau berbeza.(g) Susunan Berpusat - Motif susunan berpusat, berpunca daripada satu titik tengah yang dikembangkan. Motif ini boleh dihasilkan dalam bentuk bulatan, segiempat, hexagon, oktagon dan sebagainya.

1.2.4.1 Teknik Mozek - Mozek ialah susunan bahan yang ditampal di atas satu permukaan kertas secara sebelah menyebelah dan tidak bertindih tindih. Susunan bahan yang ditampal perlu mengikut corak yang dirancang.

1.2.4.2 Jenis mozek

1. Mozek kertas

2. Mozek manik

3. Mozek labuci

4. Mozek bijirin

5. Mozek lidi

6. Mozek syiling

7. Mozek kertas creep

1.2.4.3 Alatan dan Bahan

1. Gunting

2. Kertas creep pelbagai warna

3. Gam

1.2.4.4 Langkah-langkah aktiviti

1.3 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

1.3.1 PENGERTIAN AKTIVITIBidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi pelajar terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan. Berpandukan aspek tersebut pelajar dapat memahami dengan lebih jelas bila mereka membentuk dan membina sesuatu model. Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan juga mendedahkan pelajar dengan penggunaan pelbagai bahan, alat dan teknik penghasilan. Ini memberi peluang kepada murid berinteraksi secara kreatif dengan alat dan bahan, semasa menjalankan proses penghasilan seni.

Bidang kegiatan dan membentuk dan membuat binaan tiga dimensi merangkumi 9 aktiviti seperti berikut:Arca timbulArca stabailBoneka

Arca asemblajModelTopeng

Arca mobailDioramaOrigami

1.3.2 ALAT, BAHAN DAN TEKNIK PENGHASILAN(a) Arca timbulBahan/Alat

Teknik Penghasilan dan Peralatan

yang Berkaitan

Contoh

Kepingan

kayu, plaster

of Paris, batu,

kayu, plastik,

kertas lumat,

papier-mache

dan tanah liat.

Pahat, penukul,

alat pengukir,

pengikis, kikir

pari, kertas

pasir dan lain-

lain.

Bentuk tiga dimensi tersembul

keluar dari permukaan dua dimensi

yang rata atau dipahat keluar yang

akhirnya menonjolkan objek

ke permukaan.

Ia boleh di buat secara:

Acuan

Tampalan

asemblaj

binaan

Still Life With Musical

Instruments oleh Jacques Lipchitz (18911973)

(b) Arca Assemblaj

Bahan/Alat

Teknik Penghasilan dan Peralatan

yang Berkaitan

Contoh

Kayu, logam,

batu, simen,

bongkah-

bongkah,

spare-part

kenderaan,

bahan

kutipan,

besi dan

sebagainya.

Bahagian atau komponen yang

berlainan yang dicantum dan

menjadi satu kesatuan objek dan

menjadi satu konsep bermakna.

Teknik hasilan:

Kimpalan

Binaan

cantuman skru/ paku, gam

Bicycle Wheel oleh Marcel

Duchamp (18871968), Perancis.

(c) Arca Mobail

Bahan/Alat

Teknik Penghasilan dan Peralatan

yang Berkaitan

Contoh

Besi, dawai,

kertas,

tali-temali,

kepingan

logam dan

kadbod.

Bahagian-bahagian dicantum untuk membentuk satu kesatuan. Digantung untuk menjadikan objek bergerak, berputar atau

berombak.

Teknik yang digunakan:

Kimpalan

Gam

Skru

ikatanHorizontal Spines oleh

Alexander Calder, 1942

(d) Model / Arca Luakan

Bahan/Alat

Teknik Penghasilan dan Peralatan

yang Berkaitan

Contoh

Kertas tebal,

loyang,

gangsa,

plywood,

zink, akar

kayu,

papan dan

sebagainya

Bentuk yang digubah untuk

tujuan membuat sesuatu objek

konkrit. Contohnya model

buah-buahan.

Teknik yang digunakan:

Gam

Kimpalan

Skru

acuan

Womans head oleh Pablo

Picasso, 1909

1.4 MENGENAL KRAF TRADISIONAL

1.4.1 Kraf Tradisional boleh didefnisikan sebagai perusahaan atau kerja-kerja berunsurkan seni yang melibatkan kemahiran kerja-kerja tangan serta memerlukan daya cipta dan kreatif masyarakat yang diwarisi turun temurun mengikut kaum masing-masing.

1.4.2 Kraf tradisional terdiri daripada 8 jenis, iaitu:Jenis KrafContoh Kraf

Alat Domestik

merupakan peralatan yang dicipta dan digunakan untuk memberi kemudahan dan digunakan sebagai peralatan harian kepada masyarakat tradisional pada ketika itu. Teknik-teknik untuk menghasilkan alat domestik di atas ialah teknik luakan, teknik asemble dan teknik ukir.

Alat Permainan - disini bermaksud alat permainan tradisi yang kebiasaannyadimainkan untuk mengisi masa lapang selepas kerja-kerja menuai padi.

Alat Pertahanan Diri - dipanggil senjata. Senjata adalah alat keperluan manusia di zaman purba. Senjata digunakan untuk memburu dan juga

untuk mempertahankan diri.

Batik - merupakan sejenis kraf yang dihasilkan melalui proses menerap lilin

dan mewarnakan kain.

Seni Tekat - termasuk dalam jenis tekstil yang dihasilkan dengan cara

menyulam benang ke atas kain dasar jenis baldu.

Tembikar - adalah hasil barangan kraf yang diperbuat daripada tanah liat,

dibentuk dan dibakar.

Seni Anyaman - merupakan satu proses menjalin helaian daun pandan, mengkuang, bilah buluh, rotan, lidi, bertam, paku-pakis ribu-ribu atau bahan-bahan lain dengan menggunakan cara dan peraturan tertentu melalui teknik selang-seli helaian antara satu sama lain.

Seni Ukiran Kayu - merupakan sejenis kraf tangan Melayu tradisional yang digunakan untuk menghiasi rumah kediaman yang menjadi kebanggaan masyarakat pada zaman dahulu. Ukiran kayu tradisional dianggap sebagai hasil kreativiti orang Melayu dalam bentuk tampak dan mendapat tempat yang istimewa di kalangan masyarakat di negara ini.

1.4.3 Alat dan Bahan

Mari kita teliti alat dan bahan untuk menghasilkan seni tekat.

AlatBahan

Pemidang kayu berkaki dan cuban. Benang emas, benang putih, kain dasar baldu, kertas tebal, gam dan rotan saga.

1.4.4 Proses Menyulam

Proses

Penerangan

Prosespenciptaan

Dimulakan dengan menyiapkan pemidang dengan meregang kain putih, kemudian diikuti dengan menyediakan mempulur atau isi tekat dari kertas atau rotan sega. Setelah persiapan ini selesai barulah proses menyulam atau penciptaan tekat dimulakan.

Persiapan

pemidang

Penggunaan pemidang berkaki atau tidak, dimulakan dengan meregangkan kain putih di atasnya. Bahagian pinggir atau tepi kain putih yang berukuran panjang persegi dimasukkan batang pinang yang telah dihaluskan. Cara ini dilakukan untuk membuat telinga kain. Melalui bahagian ini, kain putih diikatkan ke bingkai pemidang. Dengan cara ini kain menjadi tegang. Di atas kain putih ini kain baldu sebagai dasar dilekatkan dengan menyambat kasar.

Membentuk

mempulur

Mempulur atau tempulur ialah isi tekat untuk motif dan ragam hias. Bentuk motif dilukis di atas beberapa helai kertas yang telah dilekat tindih (enam hingga lapan helai). Kemudian bentuk motif dipotong dan diasingkan dari kepingan kertas. Potongan-potongan mempulur inilah yang dilekat kan di atas kain dasar tekat sebelum proses menyulam benang emas dimulakan.

Menyulam

Benang emas dari cuban merentasi bahagian batang mempulur dari titik A ke titik B. Di titik A benang emas akan ditindih dan diikat jahit oleh benang putih melalui jarum yang sedang matanya.

Jarum yang sederhana matanya disesuaikan dengan lebar batang mempulur.

Layari Internet

1.5 Dicipline Based Art Education (DBAE) atau Asas Disiplin Pendidikan Seni

DBAE adalah pendekatan kepada perkembangan Pendidikan Seni yang bermula pada awal 1980an oleh Getty Center For Art Education.(yang kemudian nya dikenali sebagai Getty Education Institute). Ianya merupakan sebahagian daripada J.Paul Getty Trust sebuah yayasan swasta yang mendedikasikan kepada sumbangan Seni Visual dan Kemanusian. DBAE bukan lah teori yang asli tetapi lebih merupakan kerangka konsep yang menggabungkan elemen-elemen daripada teori-teori pendidikan yang lain.(seperti VTS;Visual Thinking Strategies).

DBAE meliputi 4 Asas Displin Seni :-

i. Produk Seni

Pelajar mempelajari kemahiran bagi menghasilkan keaslian hasil karya secara tersendiri.ii. Sejarah Seni

Pelajar mempelajari kejayaan penghasilan karya dimasa lampau dan semasa bagi memotivasikan diri, contoh nya gaya serta teknik, atau pun perbincangan tentang perhubungan dengan kebudayaan, politik, kemasyarakatan, agama, ekonomi mahu pun mana-mana pergerakkan. iii. Kritikan Seni

Pelajar akan menyatakan, membuat intrepritasi, menilai, membuat penilaian atau pun mengadili kualiti, sesuatu senireka bentuk hanya semata-mata bagi membincangkan sebab-sebab penghasilan, membuat aprisiasi mahu pun memahami peranan sesuatu karya itu pada masyarakat.iv. Estetika

Pelajar akan menimbangkan akan keasliaan, maksud serta impak dan nilai sesuatu hasil karya yang menjana formula yang mencerminkan pendapat yang ilmiah serta penghakiman terhadap karya seni itu. Disamping mengkaji karya serta membuat penilaian sesuatu hasil karya itu.

Pada awalnya DBAE diperkembangan untuk hasil seni sahaja tetapi secara beransur-ansur menjadi terarah kepada mengkaji pelbagai bidang termasuk, tarian, drama dan muzik. Ianya juga digunakan dalam kepelbagaian bidang pendidikan, seperti pengkajian tinggi, pembelajaran sepanjang hayat, muzium seni tetapi lebih digunakan dalam kelas Pendidikan Seni Visual.

Seperti kedua-dua Visual Thinking Strategies dan New Muzeum Model, DBAE merupakan satu asas latihan inkuiri (inquiry based training), dimana fokus nya kepada pelajar dengan minat, pertimbangan, pentaakulan serta kemahiran pemikiran kritikal mereka. Inkuiri secara terbuka, perbincangan kumpulan serta penyelesaian masalah memainkan peranan yang penting didalam kurikulum dan bilik darjah dimana guru dilihat sebagai pemudah-cara didalam proses ini. DBAE berbeza dari kedua-dua model ini (VTS dan NMM) kerana mempunyai matlamat pendidikan yang luas dan lebih berstruktur serta kurikulum nya yang lebih terarah.

3. Pendekatan Chapman

Chapman (1986) telah menggunakan empat aspek utama yang seumpama ini dalam pelajaran seni iaitu:

(i) Pemerhatian

(ii) Penerokaan

(iii) Penghasilan (pembuatan)

(iv) Apresiasi dan perlanjutan

Kita dapat lihat bahawa aspek (b) dan (c) di atas boleh dibandingkan dengan aspek (ii)dan (iii) dalam model Chapman. Manakala aspek (iv) dalam model Chapman boleh dibandingkan dengan aspek (c) dan di atas.

i. Pemerhatian yang aktifAspek ini melibatkan sensitiviti deria. Semasa menyediakan aktiviti, perhatian perlu diberi kepada perkara berikut: pengetahuan sedia ada murid;

benda yang konkrit;

minat, kecenderongan dan latar belakang murid;

bahan, bunyi, pergerakan, dan aksi; dan

mencetus idea dan imaginasi.

(a) Interaksi yang kritis dan kreatif dengan bahan

Aspek ini melibatkan penerokaan dan penghasilan atau pembuatan. Aktiviti penerokaan dijalankan sebelum aktiviti penghasilan. Semasa menyediakan aktiviti,anda perlu beri perhatian kepada perkara berikut:

ii. Penerokaan

aktiviti kecil mudah ringkas;

cuba mencuba, suaikenal dengan bahan;

penemuan oleh murid sendiri, uji menguji;

mencari altenatif, variasi dan kemungkinan lain;

bebas daripada jawapan tetap, murid senang dan ingin mencuba;

aktif melibatkan pelbagai kecerdasan; dan

menggunakan kemahiran berfikir dan pengurusan grafik.

(b) penghasilan / membuat penggunaan alat bahan dan teknik; tatacara, langkah dan proses membuat;

amalan tertib kerja;

keselamatan semasa bekerja; dan

penyampaian kandungan subjek, idea, halbenda dengan bentuk hasil.

iii. Apresiasi

Aspek ini melibatkan penyataan dan unsur afektif, terdapat dua jenis utama aktiviti Apresiasi. Aktiviti yang dirancang khas untuk projek apresiasi dan aktiviti mudah yang dirancang di akhir setiap pelajaran. Semasa menyediakan aktiviti mudah, perhatian perlu diberi kepada perkara berikut:

aspek bahasa yang berkaitan dengan istilah seni seperti sifat garisan, jalinan, warna, ton, rupabentuk dan bentuk aspek bahasa yang berkaitan dengan kandungan dan hal benda;

aspek bahasa yang berkaitan dengan manipulasi, alat bahan dan teknik;

penghargaan hasil kerja dan menghormati pembuat karya;

perasaan, penghargaan dan refleksi diri; dan

penyerapan pengetahuan dan penerapan nilai yang berkaitan dengan kandungan. PROSES APRESIASI SENITerdapat berbagai cadangan oleh beberapa pakar Pendidikan Seni mengenai proses apresiasi. Feldman (1967) dan Smith (1967) mencadangkan aktiviti-aktiviti aprisiasi seni, berasaskan kepada proses persepsi dan intelektual melalui empat tahap:

Jenis TahapPenerangan

Menggambarkan (description) Mengamati hasil seni dan menggambarkan sifat-sifat tampak seperti warna, garisan, bentuk, rupa, jalinan dan elemen-elemen gubahan iaitu prinsip dan struktur.

Menganalisa (analysis) Menganalisa perhubungan sifat-sifat tampak seperti unsur-unsur seni, prinsip dan struktur.

Menganalisa kualiti ekspresif seperti mood dan suasana

Menghuraikan stail sesuatu karya.

Tafsiran (interpretation) Mencari makna-makna yang terdapat pada sifat-sifat tampak seperti subjek, simbol, unsur-unsur seni, prinsip, struktur corak dan bahan.

Mencari metafora-metafora (ibarat /kiasan) dan analogi-analogi

(persamaan) untuk menjelaskan makna tersebut.

Penilaian (evaluation) Membuat penilaian berdasarkan kepada kriteria yang bersesuaian seperti keaslian, gubahan, teknik dan fungsi.

Menilai hasil seni berdasarkan kepada pengertiannya (significance) dari segi individu, sosial, keagamaan dan kepercayaan, sejarah serta kesenian nya.

Mengumpul Maklumat Apakah pengetahuan seni yang diperlukan?

TAJUK 2Strategi Pendekatan Dalam Pembelajaran & Pengajaran Pendidikan Seni Visual

Tajuk ini meliputi beberapa topik yang meliputi beberapa pendekatan seperti :-Pendekatan dalam Pembelajaran dan Pengajaran Pendidikan Seni Visual

i. Pendekatan Pendidikan Seni Visual KBSRStrategi Pendekatan dalam Pembelajaran dan Pengajaran Pendidikan Seni Visual

i. Mengenal Konsep Pendekatan Konstruktivisme Kemahiran Berfikir Pembelajaran Masteriii. Aplikasi Strategi ke dalam 4 Bidang Pendidikan Seni Visual Melukis dan Menggambar Mencorak Membentuk dan Membina Membuat Kraf Tradisional HASIL PEMBELAJARAN Menjelaskan dan menghuraikan pelbagai pendekatan dan strategi dalam menyediakan rancangan pengajaran dan pembelajaran PSV Mengaplikasikan nilai-nilai murni dalam strategi pengajaran dan pembelajaran Menghuraikan konsep strategi pengajaan dan pembelajaran PSV]

Kerangka Tajuk

KANDUNGAN ISI2.1 Pendekatan Dalam P&P Pendidikan Seni Visual

Pendekatan Pendidikan Seni Visual KBSR

Pelbagai strategi P&P PSV KBSR boleh dilaksana untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Perancangan pengajaran dan pembelajaran yang kreatif dan bersistematik dapat menentukan keberkesanan pembelajaran ke tahap yang optima.

Dalam merancang pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, perlu cekap memilih strategi yang bersesuaian dengan suasana pembelajaran. Oleh itu, guru haruslah mempunyai pengetahuan tentang pelbagai pendekatan bagi merancang strategi pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan kondusif bagi mencapai objektif yanghendak dicapai. Dalam Pendidikan Seni Visual sekolah rendah, seorang guru patut lebih menegaskan kegiatan dalam proses penghasilan karya seni dengan melibatkan aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan. Dalam proses ini, guru boleh menyentuh mengenai perasaan estetik dan daya kreativiti individu melalui penajaman daya intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid. Dengan ini, murid dapat mengamalkan pertimbangan seni visual, meningkatkan lagi kepekaan, menjadi pengkarya yang rasional dan mampu mengendalikan kehidupan dengan membawa bersama nilai yang disebutkan.

Kurikulum Pendidikan Seni Visual sekolah rendah merangkumi empat bidang iaitu:

(a) menggambar;

(b) membuat rekaan dan corak;

(c) membentuk dan membuat binaan; dan

(d) kraf tradisional.Guru boleh melatih murid untuk melihat sesuatu dengan perspektif yang lebih luas sama ada daripada aspek estetik mahupun aspek gunaan. Melalui kefahaman aspek di atas, murid dapat menerap penghayatan warisan seni visual dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian, terutamanya dalam meningkatkan nilai hidup. Murid akan didedahkan dengan ilmu seni visual yang berkaitan dengan bidang tertentu dan menerapkan budaya menghargai serta mengaplikasi ilmu yang diperolehi bersama.

2.2 MATLAMAT PENDIDIKAN SENI VISUAL

Matlamat Pendidikan Seni Visual sekolah rendah adalah untuk membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya, mempunyai nilai-nilai estetik yang tinggi, imaginatif, kritis, kreatif, inovatif dan inventif. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaaan.

2.3 OBJEKTIF PENDIDIKAN SENI VISUAL

Selepas melalui Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah, murid seharusnya dapat:

menunjukkan penghargaan terhadap keindahan alam ciptaan Tuhan;

memupuk budaya penyelidikan dalam proses penghasilan karya seni visual;

meningkatkan pengetahuan, daya kreativiti, inovasi, disiplin serta kemahiran dalam

bidang seni visual yang dapat diamalkan dalam kehidupan dan kerjaya;

menggunakan pelbagai kemahiran, media, teknik dan teknologi untuk mereka cipta

barangan kraf dan produk seni visual yang berkualiti;

membuat diskripsi, analisis, interpretasi dan penilaian terhadap karya seni visual;

menunjukkan nilai tambah dalam disiplin sains, teknologi dan mata pelajaran lain;

menunjukkan penghargaan terhadap sumbangan dan pengaruh tokoh-tokoh seni

visual dalam konteks perkembangan sejarah seni visual di Malaysia dan antarabangsa;

menjadikan bidang seni visual sebagai prospek kerjaya

menunjukkan kesedaran dan penghargaan terhadap suasana seni dalam persekitaran dan kaitan dengan keselesaan hidup

menunjukkan semangat bina jati diri ke arah pembentukan negara bangsa.Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan

nilai, idea dan kandungan dikaitkan selanjutnya dengan perkara lain di dalam kegiatan;

nilai, idea dan kandungan dikaitkan selanjutnya dengan perkara lain di luar

kegiatan dalam kehidupan seharian;

tindakan susulan;

mencintai alam kehidupan;

nilai patriotisme dan nilai murni lain;

kemahiran perlakuan, pengetahuan budaya dan perkembangan persepsi yang

terkandung dalam 4 aspek dalam organisasi kandungan tersebut dihuraikan

secara lebih terperinci dalam Huraian Sukatan Pelajaran; dan

Kritikan seni: huraian, analisis, interpretasi, dan penilaian.Seorang guru itu seharusnya telah mengenal dan memahami secara mendalam isi kandungan sukatan pelajaran KBSR Pendidikan Seni visual bagi tujuan persediaan menyusun atur perancangan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah.

Secara sekuennya, empat bidang yang terdiri daripada menggambar, membuat rekaan dan corak, membina dan membuat binaan serta mengenal kraf tradisional perlu diatur susunan perancangannya sehingga tamatnya satu tahun pengajaran dapat diagih secarasaksama dan seimbang. Bagi setiap topik pengajaran, pilih strategi yang sesuai dalam pengajaran pembelajaran dan beberapa strategi mungkin akan diapilkasikan dalam satu topik selagi mana keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dapat dilakukan.2 Strategi Pendekatan P&P Pendidikan Seni Visual

3.1 Mengenal Konsep

Konstruktivisme

Konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa murid membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Dalam proses ini, murid akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru. Mereka membentuk peraturan melalui refleksi tentang interaksi mereka dengan objek dan idea.Pembelajaran secara Konstruktivisme menggalakkan pelajar mencipta penyelesaian mereka sendiri bertolak daripada teori pembelajaran behaviorisme kepada kognitivisme dan seterusnya konstruktivisme. Pembelajaran ini menggalakkan pelajar mencari idea, buat kajian, yakin diri dan dapat berinteraksi dan proses inkuiri akan terhasil.

Kemahiran Berfikir Kemahiran berfikir merupakan proses menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu serta dapat menyelesaikan masalah. Kemahiran berfikir dibahagikan kepada dua iaitu kemahiran berfikir secara kritis dan kemahiran berfikir secara kreatif. Kemahiran berfikir secara kritis adalah kebolehan untuk menilai kemunasabahan sesuatu idea dan bersifat evaluatif. Manakala kemahiran berfikir secara kreatif kebolehan kita mencerna dan menghasilkan idea asli yang bersifat generatif.

Kemahiran berfikir dapat dirumuskan sebagai satu proses menggunakan minda sama ada untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, membuat pertimbangan dan keputusan atau menyelesaikan masalah.

2.3 Contoh Aplikasi Strategi ke dalam Pendidikan Seni Visual

2.3.1 Bidang Kegiatan, Jenis Kegiatan dan Isi Kandungan Bidang

Bidang-bidang kegiatan Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah adalah seperti berikut: Menggambar

Membuat Corak dan Rekaan

Membentuk dan Membuat Binaan

Mengenal Kraf Tradisional

Setiap bidang itu mengandungi jenis aktiviti dan kandungan bidangnya. Setiap jenis aktiviti melibatkan pelbagai alat, bahan dan teknik. 2.3.2

Mata pelajaran

:Pendidikan Seni Visual

Tahun

:6

Bil. Pelajar

:40 orangBidang Kegiatan

:Membentuk dan Membuat Binaan

Tajuk

:Burung Merak

Isi kandungan

:Bentuk Haiwan

Kemahiran :Menghasilkan burung merak dengan menggunakan teknik mengunting, menganyam, membentuk

Objektif murid dapat:Pada akhir pengajaran dan pembelajaran,:

1. Memahami dan mempelajari teknik menggunting, menganyam dan membentuk dalam menghasilkan burung merak dengan cawan kertas.

2. Menggunakan kreativiti dalam menghias burung merak dengan baik.

Alat/Bahan

:Cawan kertas, gunting

Persediaan Guru/Murid:Persediaan guru:Alatan

Burung merak dengan cawan kertas yang telah siap, Cawan kertas, Gunting, LaptopRujukan

Internet, Buku lukisan tahun 6

Persediaan Murid:

Cawan kertas, Gunting, Pensil Warna, Reben, Bunga plastik

KBKK :Mengembangkan daya kreativiti pelajar dalam menghias burung merak dengan cawan kertas.

Penerapan Nilai: menghargai bahan terbuang Strategi

:Demonstrasi

LangkahIsi KandunganAktiviti p&pBBM/Catatan

Set InduksiTayangan Power PointGuru menayang gambar- gambar burung merak sambil menekankan aspek bentuk haiwan tersebut.- Kaedah kelas- BBM - rupa sebenar burung merak

2. laptop / LCD

Perkembangan:

Langkah 1

Langkah 2

Pengenalan:

Mengenalkan bentuk burung merak;

Kepala, badan

ekor

Mengenal bahan-bahan yang akan digunakan:

1. cawan kertas

2. gunting

Mengenal teknik-teknik yang akan digunakan:

1. menggunting

2. menganyam

3. membentuk

4. mengepilkan bahagian depan untuk menjadikan kepala burung merak5. meninggalkan bahagian belakang untuk menjadikan ekor burung tersebut.Guru membincangkan bentuk-bentuk penting burung merak bersama muird-muird.

Guru mengenalkan bahan-bahan yang akan digunakan dalam menghasilkan burung tersebut.

Guru memperkenalkan teknik-teknik yang akan digunakan untuk membuat burung merak cawan kertas.

Guru menunjukkan cara proses pengahasilan burung merak cawan kertas

menanda bahagian penting untuk menggunting menggunting bahagian yang perlu digunting Menganyanyam bahagian tengah untuk menghasilkan badan burung merak

Kaedah sumbang saran secara individuKaedah Demonstrasi

- guru menunjukkan cara mengunting, menganyam dan membentuk burung merak satu persatu

KBKKBBM:

-Contoh burung merak

-contoh bekas telur dengan menggunakan burung merak cawan kertas

- burung merak cawan kertas yang telah siap-bahan-bahan yang diperlukan

-teknik-teknik yang akan digunakan

Langkah 3/

Kemuncak

Aktiviti Membentu oleh Pelajar

- Pelajar menghasilkan burung merak cawan kertas dengan bimbingan guru

- Pelajar menghias burung merak dengan kreativiti masing-masing

Apresiasi/ Rumusan/ Penutup Rumusan dan kesimpulan dengan hasil/ produkRumusan hasil produk

-Murid mempamerkan produk yang dihasilkan

Kaedah individu-(hasilan murid)

TAJUK 3Kaedah dan Teknik Pendekatan Dalam Pembelajaran & Pengajaran Pendidikan Seni Visual

Tajuk ini meliputi beberapa topik yang meliputi beberapa pendekatan seperti :-Kaedah serta Teknik :-

i. Pendekatan Individu dan kumpulamii. Kaedah simulasi, sumbangsaran, projek, akses kendiri dan lawataniii. Teknik soal jawab dan teknik memberi arahaniv. Teknik tunjukcara, teknik tindakbalas, teknik bercerita, kawalan kelas, menggunakan sumber bahan P&Pv. Teknik penerangan menggunakan contoh ilustrasi dan sumber P&Pvi. Teknik penutupStrategi dalam pengajaran dan pembelajaran PSV

i. Mengenal Konsep

Kajian Masa Depan

Kepelbagaian kecerdasan

Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Pembelajaran Kontekstual

ii. Menghasilkan Bahan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran

Menyediakan Bahan Bantu Mengajar

Menghasil dan Memilih sumber

Merujuk sumber internet dan bahan cetak HASIL PEMBELAJARAN

Membanding beza pendekatan,kaedah dan teknik dalam

dan pembelajaran PSV.

Menggunakan pendekatan, kaedah dan teknik pada mana-mana bidang kegiatan.

Menghuraikan konsep pelbagai strategi dalam pengajaran dan pembelajaran PSV.

Menghubungkaitkan pengetahuan strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam menghasilkan sumber pembelajaran.

Kerangka Tajuk-tajuk

KANDUNGAN ISI

3.1 Kaedah serta Teknik

3.1.1 KaedahPada umum nya, kaedah ialah cara atau peraturan digunakan untuk melaksanakan sesuatu. Berlainan dengan pendekatan, kaedah merujuk kepada satu siri tindakan guru yang sistematik dengan tujuan mencapai objektif pelajaran spesifik dalam jangka masa yang pendek. Dengan perkataan lain, kaedah mengajar ialah cara mendekati sesuatu objektif pelajaran dengan langkah-langkah penyampaian yang tersusun.Menurut Edward M.Anthony (1963), kaedah merujuk kepada satu ikhtiar keseluruhan yang dikehendaki dalam satu set prosedur yang tersusun, berlandaskan kepada sesuatu pendekatan yang di pilih. Huraian ini bermakna kaedah-kaedah yang dipilih untuyk proses pengajaran dan pembelajaran harus berdasarkan kepada suatu pendekatan yang berkaitan dengan model, prinsip atau teori pembelajaran. Misalnya, didalam pendekatan daripada spesifik kepada umum, iaitu pendekatan induktif, guru boleh menggunakan kaedah inkuiri-penemuan yang mengandungi lima prosedur yang tersusun seperti berikut:-

1. Prosedur Pertama:Mengenal pasti masalah

2. Prosedur Kedua:Merancang penyelesaian

3. Prosedur Ketiga:Mengumpul matlumat

4. Prosedur keempat:Membuat tafsiran

5. Prosedur Kelima:Membuat kesimpulan

Didalam sesuatu pendekatan pula, terdapat beberapa kaedah mengajar yang boleh digunakan. Oleh itu, selain kaedah inkuiri penemuan, guru juga boleh menggunakan kaedah Socrates, iaitu; Kaedah Induktif, Kaedah Penyiasatan, Kaedah Kerja Praktis, Kaedah Dapatan dan sebagainya dalam pendekatan daripada spesifik kepada umum.3.1.2 TeknikMenurut Edward M.Anthony (1963), teknik mengajar merujuk kepada satu muslihat, atau strategi, atau satu kemahiran yang digunakan oleh guru dengan tujuan untuk mencapai objektif pelajaran secara optimum.

Diantara teknik-teknik mengajar yang biasa digunakan oleh guru ialah ; Teknik bercerita, bersyarah, perbincangan, demonstrasi, latih tubi dan hafalan, penyoalan, sosiodrama, main peranan, simulasi, penyelesaian masalah, pemudahcara, sumbangsaran, permainan dan sebagai nya.

Tujuan menggunakan variasi teknik mengajar dalam situasi pengajaran ialah untuk menarik perhatian pelajar, mengekalkan perhatian serta membangkitkan minat serta rasa ingin tahu seterusnya bagi mencapai objektif pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran pada hari itu. Oleh itu, teknik mengajar yang dipilh haruslah berdasarkan kepada peringkat umur, kecerdasan, kebolehan dan minat pelajar. Contoh nya, mengikut kajian Piaget, dalam perkembangan kognitif kanak-kanak yang berumur 6 hingga 11 tahun, teknik mengajar yang sesuai digunakan untuk menyampaikan konsep ialah bercerita dan permainan dengan menggunakan pelbagai bahan konkrit.Berikut adalah contoh antara teknik yan g sesuai dengan aras kemahiran objektif pelajaran :-

Aras KemahiranTeknik Mengajar

PengetahuanLatih Tubi

KefahamanSyarahan

AplikasiTunjukcara (Demonstrasi)

AnalisisPenyoalan

SintesisPerbincangan

PenilaianSumbangsaran

Jadual 2.1 Perhubungan Aras Kemahiran Objektif Pengajaran

dengan Teknik Mengajar3.2 Mengenal Konsep:-3.2.1 Kajian Masa DepanKajian Masa Depan dapat menyedarkan dan merangsang minda berfikir apa yang akan berlaku berdasarkan ramalan, imaginasi dan kreativiti yang didasarkan kepada sejarah. Untuk mencapainya pelajar diajar berfikir untuk meramal yang didasarkan kepada nilai positif. Pengajaran berasaskan Kajian Masa Depan merupakan satu cara untuk memperolehi gambaran tentang masa depan dengan mengkaji sejarah atau apa yang telah berlaku dan sedang berlaku. Seterusnya membuat pertimbangan tentang apa yang akan berlaku.

3.2.2 Teori Kecerdasan PelbagaiTeori Kecerdasan Pelbagai telah diperkenalkan oleh Howard Gardner (1983). Dalam kajiannya Howard Gardner mendapati seven ways of knowing, perceiving and understanding life. Beliau telah membuat kajian terhadap pelbagai masyarakat termasuk kanak-kanak biasa dan istimewa, juga kelompok penduduk yang mempunyai kriteria yang istimewa.Teori Kecerdasan Pelbagai berperanan sebagai penjana kecerdasan serta mendefinisi konsep kecerdasan yang relevan dalam pendidikan hari ini. Ianya dirumuskan sebagai: kebolehan menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kehidupan sebenar;

kebolehan menjana masalah baru untuk diselesaikan; dan

kebolehan membuat sesuatu atau menawarkan perkhidmatan yang bernilai dalam lingkungan sesuatu budaya.3.2.3 Pembelajaran MasteriPembelajaran Masteri adalah pendekatan dan pembelajaran yang berfokus kepada penguasaan pelajar; iaitu memastikan pelajar faham apa yang diajar dahulu sebelum berpindah ke unit yang baru. Sekiranya pelajar belum faham, aktiviti pemulihan diperlukan. Pelajar yang sudah memahaminya, diteruskan dengan aktiviti pengayaan. Hasil pembelajaran perlu ditentukan, aktiviti pengajaran perlu menarik, keupayaan pelajar dinilai semasa aktiviti pembelajaran.

Pembelajaran Masteri boleh dirumuskan sebagai suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan semua pelajar menguasai hasil pembelajaran yang dihasratkan dalam suatu unit pembelajaran sebelum berpindah ke unit pembelajaran seterusnya. Pendekatan ini memerlukan peruntukan masa yang mencukupi dan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti.

3.2.4 Teknologi Komunikasi dan Maklumat atau ICTTeknologi Komunikasi dan Maklumat atau ICT mestilah dilihat sebagai satu alat tambahan kepada Pengajaran dan Pembelajaran atau Teknologi Pengajaran yang berkesan berbantukan penggunaan ICT.Penggunaan ICT dalam seni mampu menghasilkan kerja seni yang diberi nilai tambah, bermutu dalam komunikasi visual dan bukan dilihat sebagai alat untuk menggantikan penggunaan media.

Dalam Pendidikan Seni Visual, ICT merujuk kepada kemampuan teknologi itu sendiri. Ia berfungsi sebagai satu alat kemahiran yang memberi sokongan kepada pelajar, guru, panitia serta organisasi sekolah bagi menyempurnakan tugas serta kewajipan yang ada kaitan dengan pengajaran dan pembelajaran serta salah satu kaedah melaksanakan kegiatan Seni Visual yang terancang dan menarik.

3.2.5 Pembelajaran Secara KontekstualIa menyediakan pembelajaran secara konkrik yang melibatkan aktiviti hands on danmind on. Kajian Masa Depan dapat menyedarkan dan merangsang minda berfikir apa yang akan berlaku berdasarkan ramalan, imaginasi dan kreativiti yang didasarkan kepada sejarah.

Mengikut teori Pembelajaran Kontekstual, pembelajaran hanya akan berlaku apabila pelajar dapat memproses maklumat atau pengetahuan baru dengan cara yang bermakna kepada mereka. Minda seseorang akan cuba mencari makna dalam konteks dengan membuat hubungkait yang bermakna dan relevan dengan persekitarannya. Teori Pembelajaran Kontekstual menumpukan kepada kepelbagaian aspek persekitaran pembelajaran sama ada di bilik darjah, makmal, tempat kerja atau kehidupan. Teori ini menggalakkan pendidikan memilik atau mewujudkan persekitaran pembelajaran yang merangkumi pelbagai pengalaman sama ada dalam konteks sosial, budaya, fizikal atau psikologi untuk mendapatkan hasil pembelajaran yang dihasratkan.

3.3 Menghasilkan Bahan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran3.3.1 Pada asasnya sumber pengajaran dan pembelajaran terdiri daripada 3 kategori utama; Bahan rujukan seperti sukatan pelajaran, buku panduan mengajar dan buku sumber Bahan pengajaran seperti alat bant mengajar untuk digunakan oleh guru semasa mengajar

Bahan pembelajaran seperti buku teks dan alatan yang digunakan oleh murid untuk menjalankan aktiviti pembelajaran

Bahan pembelajaran berbentuk digital

3.3.2 Kepentingan bahan pengajaran dan pembelajaran; Membantu guru menyampaikan pelajarannya dengan tepat

Merangsang minat murid supaya menumpukan perhatian kepada pelajaran

Memudahkan guru menyampaikan pelajarannya

Dapat menjimatkan masa pengajaran kerana guru tidak perlu lagi menulis maklumat-maklumat tersebut di papan tulis

Membolehkan murid menghubungkaitan antara benda konkrit dengan fakta yang abstrak

Membantu mengukuhkan ingatan murid

Membantu murid menjalankan aktiviti pengayaan atau pemulihan

Memantu murid menyelesaikan masalah secara sendiri dengan menggunakan alat bant mengajar

3.3.3 Kriteria Dalam Pemilihan Sumber

ABM haruslah bersesuaian dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Isi kandunga haruslah tepat dan berkait rapat dengan topik yang akan diajar. ABM haruslah mengandungi idea-idea dan rekabentuk yang asli dan tersendiri.

ABM boleh membantu guru dalam pengajaran dan boleh digunakan oleh murid guru dapat menyampaikan konsep dengan mudah, tepat dan cepat dan murid pula dapat mempelajari konsep dengan tepat, penuh minat dan lebih kekal dalam ingatan. Rekabentuk ABM hendaklah menarik dan berkesan

ABM harus disediakan dengan perbelanjaan yang rendah, dalam saiz dan berat yang sesuai supaya mudah dibawa, diguna dan disimpan. Sumber harus mengandungi nilai-nilai murni yang tinggi

BIBLIOGRAFIBates,K.Jane.(2000). Becoming art teacher. Towson University :

WardsworthThomson Learning.

Feden, P.D. & Vogel, R.M.(2003). Methods of teaching. NY: McGraw-Hill

Joyce,B.& Weil,M.( 1994). Models of teaching(5th ed.). New Delhi : Prentice HallHerberholz, Donald & Herberholz, Barbara.(2002). Artwork for elementary school teachers : Developing artistic and perceptual awareness, New Jersey : McGraw-Hill.

Jacobson, et.al.(1993). Methods for teaching. New York: MacMillan Pub.

Koster,J.B.,(2001). Bringing art into the elementary classroom,USA : Wadsworth Thomson Learning.

Penny,S.Ford,R.et.al.(2002). Teaching arts in the primary school .UK: Learning Matters Ltd.

Chapman, Laura H. (1978). Approaches to art in education. New York : Harcourt Brace Jovanovich Inc.

Montgomery , Chandler.(1968). Art for teachers or children. Ohio : Charles E. Merill Pub. Co.

Doolan, Helen, Rhonda Curtis. (1987). Classroom art. New Zealand : The Jacaranda Press.

Wood, Annette.(1981). Teaching art & crafts in elementary school. New Jersey : Prentice Hall Inc. PANEL PENULIS MODULPROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAHNAMAKELAYAKAN

(NAMA)

(JAWATAN)

(EMEL)

(KELULUSAN)

PHD/SARJANA/SARJANA MUDA/DIPLOMA/SIJIL

(PENGALAMAN KERJA)

(NAMA)

(JAWATAN)

(EMEL)

(KELULUSAN)

PHD/SARJANA/SARJANA MUDA/DIPLOMA/SIJIL

(PENGALAMAN KERJA)

Pendekatan Chapman - Pemerhatian, Penerokaan,

- Penghasilan,

Apresiasi

Pendekatan DBAE

(Discipline- based Art Education)

Pendekatan Proses dan Produk

Pendekatan Dalam P&P Pendidikan Seni Visual

Langkah 2:

Mengolah idea dengan memberi kan penekanan pada bentuk figura, khemah dan persekitaran secara lebih tepat dan terperinci

PROJEK 2

Menghasilkan Bahan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran

- Menyediakan Bahan Bantu Mengajar

- Menghasil dan Memilih sumber

- Merujuk sumber internet dan bahan cetak

Menyediakan Rancangan Pembelajaran Harian

(RPH)

Tips: Cara memotong kertas berwarna ada berbagai-bagai. Di antaranya ialah dengan cara carikan, koyakan, potongan bebas, potongan tiga segi, potongan empat segi, menebuk dengan menggunakan penebuk kertas, potongan dengan pembaris dan sebagainya. Warna pada kertas perlu dipilih dengan betul dan sesuai dengan tema/tajuk/objek yang hendak dihasilkan.

Kaedah serta Teknik

Pendekatan Individu dan kumpulan

Kaedah : simulasi, sumbangsaran, projek, akses kendiri dan lawatan

Teknik : soal jawab dan teknik memberiarahan,tunjukcara,tindakbalas,berceritakawalan kelas, menggunakan sumber bahan P&P,penerangan menggunakan contoh ilustrasi dan sumber P&P dan

teknik penutup

EMBED Unknown

Aplikasi Strategi ke dalam 4 Bidang Pendidikan Seni Visual

Melukis dan Menggambar

Mencorak

Membentuk dan Membina

Membuat Kraf Tradisional

PROJEK 1

Strategi Pendekatan dalam Pembelajaran dan Pengajaran Pendidikan Seni Visual

Mengenal Konsep

Pendekatan Konstruktivisme

Kemahiran Berfikir

Pembelajaran Masteri

Pendekatan dalam Pembelajaran dan Pengajaran Pendidikan Seni Visual

Pendekatan Pendidikan Seni Visual KBSR.l

Mengenal Konsep:-

- Kajian Masa Depan

- Kepelbagaian kecerdasan

- Teknologi Maklumat dan Komunikasi

- Pembelajaran Kontekstual

Langkah 1:

Melakar struktur asas figura dan khemah dengan pensel.

Langkah 3:

Menghasilkan lukisan penuh.

Langkah 4: Menggunakan cat air untuk menggambarkan bentuk figura, khemah , dan persekitaran supaya lebih menarik serta memberikan penekanan pada kesan cahaya, bayang dan kepelbagaian warna.

LATIHAN

Hasilkan sebuah catan dengan menggunakan teknik-teknik yang

anda ketahui.

Buat satu penilaian dan kritikan dari hasil karya anda dengan

memberi penekanan terhadap teknik mewarna dan asas senireka.

Motif fauna bagi batik

Motif flora bagi batik

Motif geometrikal

Corak pucuk rebung

CORAK TIDAK TERANCANG

Gurisan

Pualaman

Titisan

Resapan

Lipatan dan celupan

CORAK TERANCANG

Kolaj

Mozek

Capan

Stensil

Resis

Membuat Nota

Melalui maklumat yang dibekalkan di atas, buat satu dokumentasi yang mengandungi contoh-contoh dan penerangan dari segi jenis motif dan juga susunan.

Gunting kertas creep dalam bentuk segi empat tepat dengan saiz 3 cm.

Alatan dan bahan

Lukis garisan grid susunan corak yang dipilih batu-bata.

Gentel kertas creep untuk membuat

bola bola kecil.

Tampal bola bola kertas creep secara sebelah menyebelah mengikut motif dan warna yang sesuai

Lukis lakaran motif pada susunan corak

Hasil corak

LATIHAN

Seni Ukiran banyak di terapkan di dalam seni bina masyarakat Melayu.

Huraikan dan jelaskan LIMA (5) bahagian di mana ukiran diterapkan di dalam seni bina masyarakat Melayu.

HYPERLINK "http://malaysiana.pnm.my/03/0314wau.htm" http://malaysiana.pnm.my/03/0314wau.htm

dan buat satu dokumentasi mengenai kraf dimensi baru.

Contoh Aplikasi Strategi ke dalam Pendidikan Seni Visual

Membentuk dan Membina

Layari Internet

Layari internet dan buatkan perbandingan dari segi teknik, alatan dan bahan dalam penghasilan antara 2 jenis arca selain yang dinyatakan di atas.

(a) Pengetahuan asas senireka dan prinsip-prinsip seni.

(b) Pengetahuan mengenai jenis seni, teknik, proses, alat dan bahan.

(c) Sejarah seni.

(d) Stail sesuatu zaman , budaya, aliran, kumpulan atau individu.

(e) Maklumat mengenai pelukis dan pandai tukang.

Latihan

Berdasarkan maklumat di atas, hasilkan satu RPH dalam salah satu bidang PSV dan hasilkan bahan sumber yang sesuai untuk sesi pengajaran dan pembelajaran

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

ARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3,

BLOK 2200, PERSIARAN APEC,

CYBER 6, 63000 CYBERJAYA

Berkuat kuasa pada Disember 2010

IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN KEPUJIANKEPUJIAN

KANDUNGAN

MUKA SURAT

PANDUAN PELAJAR

3