Modul RBT 3103

130
RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN TAJUK 1 Pemasaran : Rancangan Pemasaran 1.0 SINOPSIS Modul ini memberi pendedahan kepada pelajar memahami tentang kepentingan mengurus usaha pemasaran. Ia mengambil kira bagaimana untuk membentuk satu rancangan pemasaran. Termasuk juga memberi pendedahan kepada pelajar tentang mengenalpasti masalah di dalam melaksanakan rancangan dan program pemasaran. Modul ini juga menghuraikan elemen dalam proses pelaksanaan pemasaran dan pengorganisasian dan cara mengawal aktiviti jabatan organisasi. 1.1 Hasil Pembelajaran 1. Mengetahui definisi pemasaran 2. Mengenali pasaran sasaran. 3. Menentukan trend dan saiz pasaran 4. Menerangkan unsur-unsur persaingan 5. Mempelajari cara membuat ramalan jualan 6. Membincangkan strategi pemasaran dan belanjawan pemasaran. 7. Menjelaskan masalah-masalah dalam melaksanakan rancangan dan program pemasaran 1.2 Kerangka Konsep Tajuk 2 1.3 Pengenalan Aspek penting dalam perniagaan ialah pemasaran ia memastikan barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan sampai kepada pengguna dapat memenuhi keperluan dan kehendak mereka. Kita mungkin sering didedahkan dengan perkataan pemasaran samada melalui media mahupun orang-orang perseorangan yang terlibat dengan dunia perniagaan. Pemasaran merupakan satu proses sosial dan pengurusan di mana individu atau kumpulan PEMASARAN Pasaran Sasaran Trend & Saiz Pasaran Persaingan Syer Pasaran Ramalan Jualan Strategi Pemasaran Belanjawan Pemasaran Masalah Pemasaran 1

description

PEMASARAN

Transcript of Modul RBT 3103

Page 1: Modul RBT 3103

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

1.0 SINOPSIS Modul ini memberi pendedahan kepada pelajar memahami tentang kepentingan mengurus usaha pemasaran. Ia mengambil kira bagaimana untuk membentuk satu rancangan pemasaran. Termasuk juga memberi pendedahan kepada pelajar tentang mengenalpasti masalah di dalam melaksanakan rancangan dan program pemasaran. Modul ini juga menghuraikan elemen dalam proses pelaksanaan pemasaran dan pengorganisasian dan cara mengawal aktiviti jabatan organisasi.

1.1 Hasil Pembelajaran1. Mengetahui definisi pemasaran 2. Mengenali pasaran sasaran.3. Menentukan trend dan saiz pasaran4. Menerangkan unsur-unsur persaingan5. Mempelajari cara membuat ramalan jualan6. Membincangkan strategi pemasaran dan belanjawan pemasaran.7. Menjelaskan masalah-masalah dalam melaksanakan rancangan dan program

pemasaran

1.2 Kerangka Konsep Tajuk 2

1.3 Pengenalan

Aspek penting dalam perniagaan ialah pemasaran ia memastikan barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan sampai kepada pengguna dapat memenuhi keperluan dan kehendak mereka. Kita mungkin sering didedahkan dengan perkataan pemasaran samada melalui media mahupun orang-orang perseorangan yang terlibat dengan dunia perniagaan. Pemasaran merupakan satu proses sosial dan pengurusan di mana individu atau kumpulan memenuhi keperluan dan kehendak mereka melalui penghasilan dan penukaran produk atau nilai di kalangan mereka.

DefinisiPemasaran:

PEMASARAN

Pasaran Sasaran

Trend & Saiz Pasaran

Persaingan

Syer Pasaran

Ramalan Jualan

Strategi Pemasaran

Belanjawan Pemasaran

Masalah Pemasaran

1

TAJUK 1 Pemasaran : Rancangan Pemasaran

Page 2: Modul RBT 3103

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

Persatuan Pemasaran Amerika (AAM): Satu proses perancangan dan pelaksanaan ke atas harga, promosi dan pengedaran terhadap barangan atau perkhidmatan supaya proses pertukaran dapat dilakukan yang mana akan memenuhi kepuasan individu dan mencapai objektif organisasi.

Kotler (1991): Pemasaran ialah satu proses sosial ataupun pengurusan dimana individu ataupun kumpulan memperolehi apa yang dikehendaki dan diperlukan samada dengan menciptakannya sendiri ataupun melalui pertukaran produk atau nilai dengan atau pihak yang lain. 

Pemasaran bukan hanya berkisar tentang jualan, tetapi ia juga melibatkan urusan-urusan sebelum jualan seperti kajian, pembangunan produk, kualiti produk, perletakan harga, pengagihan produk, pembungkusan, urusan selepas jualan dan sebagainya. Pemasaran bermaksud satu proses perancangan dan pelaksanaan pernyataan konsep sesuatu produk, perletakan harga dan lain-lain. Pemasaran berfungsi untuk memenuhi keperluan dan kehendak pengguna.Usaha pemasaran yang dibentuk perlu diuruskan dengan baik agar berjaya dalam mencapai objektif pemasaran.

Pemasaran memainkan peranan dalam membantu memperkenalkan sesuatu produk kepada pengguna. Ia merangkumi bidang seperti berikut:-

i. Konsep pemasaranii. Strategi pemasaran iii. Teknik pemasaraniv. Peranan agensi

Pemasaran mempunyai objektif untuk menyediakan barang dan perkhidmatan yang diperlukan oleh pengguna bagi memenuhi keperluan dan kehendak mereka. Ia juga meliputi objektif untuk mencari keuntungan yang maksimum

Konsep pemasaran adalah ia merupakan satu cara mengenal pasti dan memenuhi kehendak dan keperluan yang disasarkan. Pemasaran dapat memberi nilai kualiti dan kepuasan kepada pengguna dalam jangka panjang.

1.4 Pasaran Sasaran dan Sasaran Pasaran

1.4.1 Pasaran SasaranPasaran sasar ialah sekumpulan pengguna yang menjadi sasaran perniagaan dalam menjalankan usaha-usaha pemasarannya bagi menjual produk atau perkhidmatan perniagaan.Pelbagai indikator digunakan di dalam memilihpasaran sasar iaitu jantina, demografi, pekerjaan,usia, taraf sosial, agama, bangsa dan sebagainya.Campuran pasaran dirancang untuk memastikanpasaran sasar mendapat maklumat penuh produk

TARGET

JUAL

AGIHAN

PROMOSISTRATEGIHARGA

KELEBIHANPRODUK

Strategi pemasaran yang akan digunakan untukmemasarkan produk

2

Page 3: Modul RBT 3103

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

Usahawan khususnya perlu terlebihdahulu mengenal pasti siapakah sasaran pasaran yang akan menggunakan produk ataupun perkhidmatan yang ditawarkan oleh usahawan. Sasaran pasaran boleh ditafsirkan sebagai pengguna ataupun pelanggan.

Usahawan perlu menerangkan dengan jelas profil pelanggan yang ingin disasarkan dari segi:-

1. Demografi• Umur• Jantina• Pendapatan• Pekerjaan• Taraf pendidikan• Bilangan ahli keluarga

2. Psiko grafik• Keinginan• Cita rasa• Ego• Status atau perkhidmatan yang dijual oleh perniagaan.

1.4.2 Sasaran Pasaran

Sasaran pasaran pula merujuk kepada strategi untuk menembusi pasaran-pasaran kecil yang homogenus yang telah dikenalpasti dalam segmentasi pasaran.

1. Mengenal pasti kumpulan pengguna yang mempunyai keperluan dan kehendak yang serupa,

2. Mengenal pasti kumpulan pengguna yang mempunyai minat terhadap produk yang serupa

3. Mengenal pasti pasaran yang ingin ditumpu perhatian oleh syarikat yang mengeluarkan sesuatu produk

Strategi sasaran berasaskan:1. Pemasaran tidak dibezakan2. Pemasaran dibezakan3. Pemasaran tertumpu4. Pemasaran mikro

Kepentingan Pemasaran1. Dapat memasarkan produk dan perkhidmatan dengan lebih efisyen.2. Menghadapi persaingan yang sedikit jika pesaing tidak memfokuskan

kepada segmen tertentu sahaja.3. Firma yang memilih satu jenis pasaran dan pasaran sasaran biasanya

mendapat lebih banyak peluang untuk  menjadi pakar dalam industri tersebut

1.5 Trend & Saiz Pasaran

Trend dan Saiz Pasaran merujuk kepada jumlah pembeli yang berpotensi dalam satu–satu kawasan dagangan yang disasarkan oleh usahawan

1.5.1 Trend Pasaran

Usahawan yang terlibat perlu membuat penyelidikan terhadap pasaran yang ingin dimasukinya. Ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti aliran perkembangan semasa industri yang ingin diceburi. Perlu dinyatakan sama ada industri tersebut

3

Page 4: Modul RBT 3103

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

sedang berkembang, menurun atau dalam keadaan yang stabil. Berikan statistik jika ada bagi menyokong kenyataan yang dibuat. Penyelidikan secara berterusan di dalam mengenal pasti perubahan terhadap keinginan dan cita rasa pengguna juga perlu dijalankan untuk mengetahui perubahan cita rasa semasa dan perubahan cita rasa di masa akan datang. Ini dapat membantu dalam meramalkan jualan.1.5.2 Saiz Pasaran

Saiz pasaran ialah jumlah keluasan pasaran atau lebih tepat lagi, jumlah potensi pasaran untuk satu-satu kawasan dan dalam jangka masa setahun. Dalam mengira saiz pasaran, beberapa faktor perlu diambil kira di antaranya ialah :-

o Tidak mengambil kira/mengira pembahagian mengikut pesaing di dalam pasaran yang luas.o Saiz pasaran perlu dinyatakan di dalam bentuk unit atau Ringgit Malaysia (RM).

Jadual 1: Contoh pengiraan bagi menentukan saiz pasaran

1.6 Persaingan

Di dalam melaksanakan pemasaran bilangan pesaing yang menjalankan perniagaan di tempat yang sama akan memberi kesan menjejaskan jualan. Oleh itu usahawan perlu kenal pasti kekuatan dan kelemahan setiap pesaing. Dalam usaha mengenal pasti kekuatan dan kelemahan pesaing, Usahawan perlu menerangkan keadaan sebenar yangberlaku di pasaran. Di samping itu usahawan perlu mengenal pasti siapa pesaing yang menawarkan baranganataupun perkhidmatan yang serupa mahupun barangan pengganti kepada kumpulan pelanggan yang sama. Seandainya terdapat pengeluar-pengeluar lain yang telah dan akan mengeluarkan barang-barang yang serupa, nyatakan keupayaan pengeluaran masing-masing, kualitikeluaran pesaing, harga jualan pesaing serta kekuatan dan kelemahan pesaing

4

Page 5: Modul RBT 3103

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

1.7 Syer PasaranSyer pasaran merujuk kepada jumlah peratus (%) jualan yang bakal diperoleh usahawan daripada potensi pasaran dengan mengambil kira jumlah perniagaan yang bersaingSyer pasaran merupakan satu anggaran yang perlu dibuat oleh organisasi di dalam mengenal pasti bahagian (syer) pasaran yang boleh dikuasai oleh perniagaan di dalam sesuatu pasaran yang ingin diceburi. Di dalam mengenal pasti syer pasaran sesuatu organisasi perlu mengambil kira beberapa aspek penting. Di antaranya, mengambil kira keseluruhan saiz pasaran dan syer pasaran bagi setiap pesaing yang terdapat di dalam industri yang sama. Syer pasaran biasanya dinyatakan di dalam bentuk peratusan(%). Di dalam mengenal pasti syer pasaran, kaedah yang selalu dikaitkan ialah konsep ‘sharing of cake’, di mana pasaran itu sendiri dianggap sebagai sekeping kek yang perlu dipecah-pecahkan mengikut pasaran yang berlainan. Setiap perniagaan mempunyai pasarannya tersendiri. Perniagaan yang mempunyai bahagian yang besar dikenali sebagai pemimpin pasaran atau ‘market leader’.

Jadual 2: Mengenal pasti syer pasaran

1.8 Ramalan Jualan

5

Page 6: Modul RBT 3103

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

Semasa pelaksanaan pemasaran anggaran jualan perniagaan dalam tempoh tertentu perlu disediakan.Pegawai pemasaran yang terlibat perlu menyediakan pengunjuran jualan bulanan untuk tahun pertama dan anggaran jualan untuk tahun kedua dan ketiga.

Di dalam menyediakan ramalan jualan pegawai perlu mengkaji beberapa faktor penting iaitu:-

Kesedaran pelanggan tentang barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan

Mengambil kira musim perayaan, cuti sekolah, perubahan cuaca Mengenal pasti jenis perniagaan atau projek yang ingin dijalankan

sama ada dalam sektor perniagaan atau industri, penternakan ataupun perladangan.

Formula di dalam menentukan ramalan jualan:-• Tentukan saiz pasaran• Kenal pasti siapa pesaing• Menganggarkan syer pasaran• Meramal jualan

Pengunjuran jualan bulanan perlu disediakan untuk tahun pertama dan anggaran jualan tahun kedua dan ketiga juga perlu disediakan (Lampiran 1).

6

Page 7: Modul RBT 3103

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

1.9 Strategi Pemasaran

Strategi pemasaran ialah segala usaha yang dilaksanakan untuk mendapatkan pelanggan bagi barang yang dikeluarkan. Ia perlu dibentuk sebelum sesuatu keluaran siap diproses untuk dipasarkan. Strategi pasaran terdiri daripada sasaran pasaran dan campuran pasaran. Sasaran pasaran merujuk kepada bakal pelanggan bagi sesuatu keluaran. Campuran pemasaran merangkumi empat komponen penting

7

Page 8: Modul RBT 3103

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

yang menentukan kejayaan sesuatu perniagaan iaitu produk, harga, tempat dan promosi.

Untuk mencapai strategi pemasaransyarikat perlu membuat analisis tentang peluang pertumbuhan produksyarikat perniagaan pada masa akan datang.

a)Produk• Produk merupakan elemen utama dalam campuran pemasaran. Produk adalah

apa sahaja yang ditawarkan oleh usahawan kepada sasaran pasaran ataupun pengguna. Pengguna selalunya bukan setakat mahukan produk, mereka mencari beberapa manfaat yang dapat memenuhi keperluan dan kehendak mereka. Mewujudkan nilai bermaksud usahawan memahami apa yang diperlukan dan dikehendaki oleh pengguna dan menawarkan nilai tersebut kepada pengguna, oleh itu tawaran produk usahawan mestilah merangkumi produk utama ditambah lain-lain manfaat yang boleh menarik dan memujuk pengguna untuk membeli.

• Di samping itu, usahawan perlu memastikan kualiti, reka bentuk, prestasi barangan yang ditawarkan benar-benar mencapai piawaian yang telah ditetapkan.

• Dari segi pembungkusan usahawan perlu memastikan cara pembungkusan yang digunakan memenuhi ciri-ciri keselamatan, sesuai dan menarik. Pengguna masa kini sudah mula mencari produk ataupun keluaran yang mempunyai bungkusan dan pelabelan yang menarik. Ini adalah kerana terlalu banyak barangan yang terdapat di pasaran yang menawarkan fungsiyang sama. Oleh yang demikian usahawan perlu bijak di dalam menarik minat pelanggan dengan memastikan pembungkusan selari menepati ciri-ciri asas dapat menunjukkan perbezaan dengan ketara dengan produk pesaing

b)Promosi• Promosi ialah strategi berkomunikasi antara pengguna dan pemasar atau peniaga.

Ianya melibatkan proses komunikasi dua hala daripada peniaga kepada pengguna dan daripada pengguna kepada peniaga. Tujuan komunikasi ialah supaya pemasar boleh menyampaikan mesej kepada pengguna dan mengetahui maklum balas pengguna terhadap tawaran usahawan.

• Strategi promosi merangkumi strategi pengiklanan, promosi jualan, jualan perorangan, perhubungan awam dan publisiti dan pemasaran langsung. Objektif utama promosi ialah memberitahu, mengingatkan dan memujuk pengguna dan/atau pengguna berpotensi

Di dalam strategi promosi pemasar perlu:• Menetapkan objektif (AIDA)• Konsep AIDA selalu ditekankan semasa objektif sesuatu strategi promosi dirangka.

Konsep AIDA boleh ditakrifkan sebagai:-• A (Attention) – Usahawan perlu memikirkan sesuatu yang boleh menarik

perhatian pengguna mahupun sasaran pengguna melihat atau memperhatikan aktiviti promosi yang dijalankan oleh usahawan. Sebagai contoh, ini boleh dilaksanakan dengan memilih iklan percetakan yang berwarna, menggunakan watak kartun sekiranya usahawan ingin menarik minat kanak-kanak dan sebagainya.

• I (Interest) – usahawan perlu pandai menarik minat pelanggan denganmemberikan diskaun ataupun pendorong yang negatif menarik pelanggan melihat kepada iklan mahupun promosi yang dijalankan.

8

Page 9: Modul RBT 3103

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

• D (Desire) – Faktor ini sering dikaitkan dengan faktor dalaman iaitu sejauh mana usahawan dapat menanamkan rasa keinginan pengguna untuk mencuba ataupun untuk membeli produk yang kita tawarkan.

• A (Action) – langkah yang terakhir sekiranya pengguna akan terus membeli produk tersebut sekiranya mereka berminat dan berkeinginan memilikinya.

• Menentukan sasaran pengguna• Mereka bentuk mesej yang ingin disampaikan• Memilih media yang hendak dijadikan saluran penyampaian mesej• Menyediakan kos promosi• Penilaian terhadap aktiviti promosi yang dijalankan

c) Harga• Harga adalah didefinisikan sebagai nilai yang harus dibayar oleh

pengguna/pembeli kepada peniaga sebagai pulangan kepada barangan yang ditawarkan oleh perniagaan.

• Beberapa faktor perlu dipertimbangkan di dalam menetapkan harga barangan yang ditawarkan oleh usahawan. Di antaranya ialah:-

• Jumlah harga kos sebenar produk yangditawarkan• Menilai harga jual yang ditawarkan oleh pesaing• Menilai struktur diskaun yang akan diperkenalkan• Menilai tanggapan pengguna sasaran terhadap nilai produk kita dengan pesaing.

d)Tempat Pengedaran• Tempat atau saluran pengedaran adalah merupakanelemen pemasaran untuk

memastikan produk sampai kepada pengguna.• Aspek yang penting dalam strategi tempat ialah pengguna mendapat akses

kepada produk atau perkhidmatan yang ditawarkan. Produk yang ditawarkan perlu berada di tempat yang sesuai dengan kualiti dan kuantiti yang penggunamahukan.

• Pengedaran boleh dilakukan secara langsungatau tidak langsung.Pengedaran langsung ialah pengedaran di mana pemasar berhubung terus dengan pengguna atau terus dari pengeluar kepada pengguna. Manakala pengedaran tidak langsung melibatkan pemborong, peruncit dan orang tengah yang lain.

• Faktor-faktor penting di dalam pemilihan saluran pengedaran ialah seperti:o Saiz pasarano Ciri-ciri produk dan perkhidmatan yang ditawarkano Strategi pemilihan orang tengaho Saluran pengedaran yang digunakan oleh pesaingo Keupayaan usahawan di dalam merancang saluran pengedaran tersebut.

1.10Belanjawan Pemasaran

Belanjawan ialah anggaran pendapatan yang diperolehi dan perbelanjaan yang akan dibuat untuk suatu tempoh masa tertentu dimasa akan datang. Tujuannya ialah untuk mendapatkan keseimbangan antara pendapatan dan perbelanjaan.Penyediaan belanjawan pemasaran adalah berbeza-beza mengikut keperluan pemasaranperniagaan. Satu belanjawan komprehensif yang mengandungi satu siri belanjawan yang meliputi setiap aktiviti operasi sesebuah organisasi untuk sesuatu tempoh perlu dibuat bagi memastikan keseimbangan pendapatan perniagaan terkawal.

1.10.1 Tujuan belanjawan

9

Page 10: Modul RBT 3103

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

• Membolehkan perniagaan / individu membuat perbandingan antara pendapatan dan perbelanjaan wang yang sebenar dengan anggaran yang dibuat.

• Menjadi panduan kepada pihak tertentu untuk menilai permohonan pembiayaan syarikat / individu.

• Memberi maklumat tunai di bank , amaun perlu dibayar kepada pembekal, amaun belum terima pelanggan.

• Mengawal perancangan dan belanjawan.• Mengesan perbelanjaan.• Meramal Pendapatan.• Mengesan sumber kewangan dan kestabilan kewangan.• Mengesan kebolehan dan keupayaan perniagaan membayar hutang.

1.10.2 Asas pengurusan belanjawan• Menetapkan matlamat kewangan.• Menganalisa sumber-sumber yang dimiliki.• Meramalkan pendapatan yang diperolehi.• Mencatat perbelanjaan yang dibuat.• Membezakan keperluan dan kehendak.• Merekod aktiviti kewangan harian.• Menilai kewangan secara berkala.• Memantau / mengawal kewangan secara berkala.• Memberi maklumbalas untuk penambahbaikan.

Berikut merupakan belanjawan Belanja Jualan dan Pentadbiran.Ia adalah garis panduan perbelanjaan untuk aktiviti bukan perkilangan.

contoh :Syarikat Sentiasa Untung Sdn. Bhd. Belanjawan Belanja Jualan dan PentadbiranUntuk Tahun Berakhir 31 Dis 2005

1 (RM) 2 (RM) 3 (RM) 4 (RM) Tahun

Belanja Berubah:Komisen jualanAngkutan keluar

9,0003,000

10,5003,500

12,0004,000

13,5004,500

45,00015,000

Jum Belanja Berubah

12,000 14,000 16,000 18,000 60,000

Belanja Tetap:IklanGaji(jualan)Gaji(pejabat)SusutnilaiCukai harta benda

5,00015,0007,5001,0001,500

5,00015,0007,5001,0001,500

5,00015,0007,5001,0001,500

5,00015,0007,5001,0001,500

20,00060,00030,0004,0006,000

Jum Belanja Tetap 30,000 30,000 30,000 30,000 120,000

Jum BelanjaJualan & Pentadbiran

42,000 44,000 46,000 48,000 180,000

1.11 Masalah Pemasaran

10

Page 11: Modul RBT 3103

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

Cabaran-cabaran pemasaran masa kini akan melihat bahawa pemasaran itu membawa maksud yang begitu luas. Aktiviti pemasaran masa kini beroperasi dalam persekitaran global yang dinamik, ia memerlukan pengurus-pengurus pemasaran yang berfikiran waras tentang strategi dan amalan pemasaran mereka. Keadaan ini telah menyebabkan pengurus-pengurus pemasaran mengubahsuai strategi pemasaran mereka.

Di antara cabaran-cabaran pemasaran dalam abad ke dua puluh satu adalah nilai dan orientasi pelanggan yang sering berubah, ekonomi yang lembab, kemerosotan persekitaran, peningkatan dalam persaingan global, masalah-masalah ekonomi, politik dan sosial, inilah yang dinamakan dunia tanpa sempadan.

Walau bagaimanapun masalah-masalah tersebut telah mewujudkan peluang pemasaran. Kini kita dapat menyaksikan terdapat beberapa aliran dan kuasa utama yang mengubah dan mencabar strategi pemasaran seperti pertumbuhan pemasaran bukan untung, peningkatan teknologi maklumat, penglobalisasian yang pesat, ekonomi dunia yang berubah dan seruan-seruan ke arah sikap beretika dan bertanggung jawab terhadap masyarakat.

1.11.1 Pertumbuhan Pemasaran Organisasi Bukan Untung.

Kebelakangan ini organisasai bukan untung seperti bahagian pendidikan, perubatan, pos dan ketenteraan telah mula menggunakan strategi pemasaran untuk beroperasi. Sebagai contoh, Pos Malaysia telah membentuk rancangan pemasaran inovatif dengan menjual setem kenangan sempena pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-12. Penglibatan organisasi bukan untung mengaplikasikan strategi pemasaran telah memberikan cabaran–cabaran baru yang menarik kepada pengurus-pengurus pemasaran.

1.11.2 Penglobalisasian

Kesan daripada kemajuan yang pesat di dalam bidang telekomunikasi dan teknologi maklumat, budaya dan jarak sesuatu tempat dapat dihubungkan dengan lebih mudah dan cepat. Ini telah membolehkan syarikat meluaskan liputan pasaran geografi, pembelian dan pengeluaran mereka. Hasilnya, persekitaran pemasaran menjadi lebih kompleks untuk kedua-dua syarikat dan pengguna.

Kini, syarikat-syarikat bukan sahaja cuba menjual produk tempatan mereka kepada pasaran antarabangsa tetapi membeli lebih komponen dan bekalan dari luar negara. Contohnya melalui operasi Segitiga Emas: Malaysia-Indonesia-Thailand (IMT-GT), ia telah memberikan peluang kepada para peniaga untuk bergerak dengan lebih bebas di negara-negara berkenaan. Situasi begini dapat menggalakkan syarikat untuk merebut peluang bagi membuka pasaran yang lebih luas dan bukan hanya tertumpu kepada pasaran tempatan sahaja.

Banyak syarikat telah membentuk rangkaian strategik dengan syarikat-syarikat asing dan juga pesaing, yang bertindak sebagai pembekal atau rakan pemasaran. Ini membolehkan rangkaian global terbaik dapat dibentuk.

1.11.3 LedakanTeknologi Maklumat.

Kemajuan di dalam bidang teknologi maklumat dan telekomunikasi telah memberi kesan ke atas cara syarikat memberi nilai kepada pelanggan-pelanggan mereka. Ledakan teknologi maklumat membolehkan pengurus-pengurus pemasaran

11

Page 12: Modul RBT 3103

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

mempelajari dan menjejaki pelanggan, mencipta dan merekabentuk produk dan perkhidmatan yang dapat memenuhi keperluan pelanggan, mengagih produk dengan lebih cekap dan efektif serta berkomunikasi dengan pelanggan sama ada dalam kumpulan yang besar atau orang perseorangan. Contohnya, dengan menggunakan komputer yang berkeupayaan tinggi, pemasar boleh mewujudkan pangkalan data yang terperinci untuk mensasar tawaran-tawaran kepada pelanggan-pelanggan mereka.

Internet

Internet ialah satu rangkaian global jaringan komputer yang besar dengan tiada pengurusan atau milikan berpusat. Ia dicipta pada akhir 1960-an oleh Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat. Pada asalnya ia berfungsi untuk menghubungkan makmal-makmal kerajaan, kontraktor dan ketenteraan. Internet telah menghubungkan pengguna komputer ke seluruh dunia. Sesiapa sahaja yang mempunyai komputer peribadi , modem dan perisian yang betul boleh meninjau internet untuk mendapatkan atau berkongsi maklumat mengenai sebarang subjek serta berinteraksi dengan pengguna-pengguna lain. Kini, internet telah berkembang dengan pembangunan World Wide Web yang mesra pengguna. World Wide Web telah membolehkan syarikat menghubungkan jutaan pelanggan baru dengan kos yang hanya suku daripada kos pengiklanan menggunakan media cetak dan televisyen.

1.11.4 Perkembangan Ekonomi Dunia

Ekonomi dunia yang meleset telah mengakibatkan kesukaran kepada pengguna dan pemasar. Di seluruh dunia, keperluan manusia semakin bertambah, tetapi dalam banyak perkara , individu kekurangan wang untuk membayar barangan keperluan. Ekonomi negara maju banyak mempengaruhi ekonomi negara-negara yang sedang membangun.

Situasi ekonomi semasa telah mewujudkan masalah dan peluang kepada pemasar. Sesetengah syarikat menghadapi permintaan yang berkurangan dan menghadapi masalah untuk mengembangkan syarikat mereka.

1.11.5 Permintaan Terhadap Tanggungjawab Sosial dan Etika

Pada masa sekarang pihak pemasar perlu bertanggung jawab terhadap kesan tindakan mereka ke atas sosial dan persekitaran. Etika korporat telah menjadi isu yang hangat diperkatakan di dalam dunia perniagaan. Masalah-masalah seperti penghapusan hutan, kehangatan ruang atmosfera , pencemaran udara dan air serta ancaman-ancaman lain perlu diselesaikan dengan cara yang lebih berkesan. Di samping mereka memperolehi keuntungan daripada aktiviti-aktiviti pemasaran dan pengeluaran mereka, tanggungjawab sosial kepada masyarakat perlu diutamakan.

1.11.6 Lanskap Pemasaran Baru

Syarikat-syarikat domestik telah sedar bahawa mereka tidak boleh mengabaikan pasaran dan pesaingan global. Firma-firma berjaya dalam industri matang sedar bahawa mereka perlu mengambilkira pasaran dan teknologi yang muncul dengan pendekatan pengurusan terkini. Syarikat-syarikat dari berbagai sektor semakin menyedari bahawa mereka perlu menekankan kepada aspek keperluan pelanggan dan persekitaran. Mereka akan gagal di dalam perniagaan sekiranya tidak memahami pasaran yang kian berubah. Contohnya, pembinaan KLIA ekspres telah

12

Page 13: Modul RBT 3103

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

menyediakan kemudahan pengangkutan yang pantas dari KL Sentral ke KLIA iaitu dalam masa 28 minit.

Di akhir unit ini seharusnya anda telah memahami apa yang dimaksudkan dengan pemasaran, mengetahui elemen-elemen di dalamnya, mempelajari berkenaan dengan perkembangan konsep pemasaran serta dapat menerangkan apakah cabaran-cabaran pemasaran pada masa kini. Diharapkan unit ini dapat membantu anda memahami unit-unit yang seterusnya. Semoga berjaya.

Anda telah menghampiri kejayaan. Sila cuba semua soalan dalam penilaian kendiri ini dan semak jawapan anda pada maklumbalas yang disediakan. Jika ada masalah yang timbul, sila berbincang dengan pensyarah anda. Selamat mencuba , semoga berjaya.

2.0 Sipnosis

Tajuk ini memberi pendedahan tentang kewangan di Malaysia yang merangkumi sistem kewangan, sistem perbankan, pasaran kewangan, instrumen tabungan dan kewangan syarikat.

2.1 Hasil Pembelajaran

Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat:

2.1.1 Menerangkan sistem kewangan Malayasia dengan ringkas.

2.1.2 Menyenaraikan sistem perbankan dan jenis-jenisnya

2.1.3 Menghuraikan komponen-komponen dalam pasaran kewangan

2.1.4 Mengenal pasti instrumen tabungan dan pelaburan.

2.2 Kerangka Tajuk 2

Pasaran Kewangan

SistemKewangan

Kewangan Syarikat

Sistem Perbankan

13

TAJUK 2 Persekitaran Kewangan Di Malaysia

Page 14: Modul RBT 3103

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

2.3 Sistem Kewangan

Perkembangan pesat dalam ekonomi, perdagangan dan pembangunan perusahaan-perusahaan di negara ini melahirkan pelbagai bentuk institusi kewangan. Institusi kewangan wujud untuk memenuhi peranan asasnya sebagai pengantara kewangan antara unit lebihan (surplus) dengan unit kurangan (defisit).

Bank Negara Malaysia membentuk persekitaran kewangan negara yang boleh dilihat daripada dua perspektif iaitu :-

Rajah 2.1 : Struktur Sistem Kewangan Malaysia

Peranan Sistem Kewangan

Sistem kewangan seluruh dunia termasuk di negara kita mendukung suatu fungsi asas ekonomi yang utama iaitu sebagai saluran pemindahan dana daripada unit lebihan kepada unit kurangan.

Proses pemindahan dana dalam ekonomi berlaku menerusi dua keadaan seperti dalam rajah 2.2

Pasaran Kewangan

Pasaran Kewangan Sistem Perbankan

Struktur Sistem Kewangan Malaysia

PEMINDAHAN SECARA TIDAK LANGSUNG

PEMINDAHAN SECARA LANGSUNG

UNIT KURANGAN

Isi rumah, Firma, Swasta dan Kerajaan

UNITLEBIHAN

Isi rumah, Firma, Swasta dan Kerajaan

14

Page 15: Modul RBT 3103

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

Rajah 2.2 : Proses Pemindahan Dana

Pemindahan danasecara langsung berlaku terus antara unit lebihan kepada unit kurangan. Dalam kaedah ini, pihak yang memerlukan dana mencari pihak yang mempunyai lebihan dana untuk dipinjamkan. Sebagai jaminan suatu instrumen atau sekuriti dikeluarkan oleh pihak peminjam yang membolehkan pemberi pinjaman menikmati faedah atau membuat tuntutan atas aset syarikat peminjam dimasa hadapan.

Pemindahan dana secara tidak langsung menerusi pengantara kewangan bermaksud, pihak yang mempunyai lebihan dana menyimpan wang mereka kedalam akaun simpanan yang dikeluarkan oleh pengantara kewangan. Pengantara kewangan akan menjadi pihak yang akan mengagihkan dana kepada pihak yang memerlukan dalam bentuk pinjaman.

2.4 Sistem Perbankan

Sistem perbankan memainkan peranan penting dalam menggerakkan ekonomi negara. Bermula dengan Bank Negara Malaysia yang berperanan sebagai pengeluar mata wang tunggal dan bank-bank perdagangan yang menjadi pengambil deposit terbesar dalam negara ini. Sistem perbankan berkembang maju menjadi lebih produktif bagi menguruskan kewangan yang lebih kompleks dan moden.

Sistem perbankan dikelaskan kepada dua bahagian seperti berikut dalam rajah 2.3.

Pengantara Kewangan Bukan Bank

Institusi Perbankan

Sistem Perbankan

15

Page 16: Modul RBT 3103

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

Rajah 2.3 : Sistem Perbankan

Institusi perbankan adalah kumpulan institusi yang mana tanggungan utamanya diterima adalah wang. Ianya terdiri daripada Bank Negara Malaysia, bank perdagangan, bank saudagar, bank Islam, bank luar pesisir, syarikat kewangan dan bank asing. Kesemua institusi perbankan dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia.

Pengantara kewangan bukan bank terdiri daripada institusi tabungan, syarikat insurans, syarikat saham amanah, syarikat pemajakan, syarikat kredit kewangan, dan syarikat modal usaha niaga dan lain-lain. Pengantara kewangan bukan bank diselia oleh pelbagai agensi dan jabatan kerajaan. Hanya syarikat insurans sahaja yang di kawal oleh Bank Negara Malaysia.

Pengkelasan sistem kewangan merangkumi sistem perbankan dan pasaran kewangan dirumuskan dalam rajah 2.4

Pasaran Derivatif

Pasaran Modal

Pasaran Wang & Pertukaran asing

Pengantara kewangan bukan bank1. Kumpulan wang

amanah dan pencen2. Syarikat insurans3. Institusi pembiayaan

pembangunan4. Institusi tabungan

Bank Simpanan NasionalPertubuhan koperasi

5. Lain-lainSaham amanahLembaga Tabung HajiInstitusi kredit perumahanSyarikat pemajakanSyarikat pemfaktoranSyarikat modal usahaniaga

Institusi Perbankan1. Bank Negara Malaysia

2. Institusi BankBank perdaganganBank saudagarBank IslamBank luar pesisirSyarikat kewangan

3. Lain-lainSyarikat diskaunBank asing

Sistem Perbankan Pasaran Kewangan

Sistem Kewangan

16

Page 17: Modul RBT 3103

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

Rajah 2.4 : Sistem Kewangan : Sistem Perbankan dan Pasaran Kewangan

Pasaran Kewangan wujud akibat perkembangan dan kepelbagaian dalam sistem kewangan negara. Perkembangan ekonomi dan perusahaan-perusahaan penting dalam ekonomi meningkatkan keperluan atas pasaran kewangan yang mantap supaya dana dapat dialirkan daripada unit lebihan kepada unit kurangan dengan lebih cekap dan murah.

2.5 Pasaran Kewangan

Pasaran Wang dan Pertukaran Asing

Tempat dimana urusniaga jangka pendek berlaku Tidak mempunyai premis(tempat) yang tetap seperti pasaran ekuiti (Bursa Saham) Peserta dihubungi melalui telefon dan internet untuk membuat pesanan

Dalam pasaran wang, instrumen yang didagangkan ialah instrumen kewangan dan deposit

Pasaran wang menggunakan kadar faedah Pasaran pertukaran asing menggunakan kadar pertukaran mata wang asing

Operasi pasaran wang dan pertukaran asing berlaku antara pihak yang mempunyai lebihan dana jangka pendek dengan pihak yang mengalami kekurangan dana jangka pendek

Pihak yang mempunyai lebihan memasuki pasaran bagi memperoleh hasil faedah yang lebih tinggi

Pasaran ini juga terlibat dengan urus niaga pembelian dan penjualan surat-surat hutang jangka pendek supaya dibeli oleh unit-unti lebihan

Instrumen hutang yang diniagakan meliputi bil perbendaharaan, bil pertukaran, penerimaan jurubank, nota janji, sijil deposit boleh niaga, sijil pelaburan kerajaan, bon Cagamas, dan Bil Bank Negara Malaysia

Urus niaga kesemua instrumen berlaku dalam dua peringkatPertama: Pasaran dana antara syarikat diskaun, broker pasaran wang dan

pengantara-pengantara kewangan lainContoh: Syarikat besar seperti Telekom, Tenaga Nasional BHd yang mempunyaidana lebihan akan menyimpan dalam instrumen-instrumen pasaran wang bagi mendapatkan pulangan daripada lebihan dana tersebut.

Kedua: Melibatkan urus niaga dana jangka pendek antara bank dan juga institusi kewangan sesama sendiri. Urus niaga adalah dalam bentuk urus niaga wang semalaman, tujuh hari dan sebagainya

Pasaran Modal

Pasaran modal merujuk kepada pasaran formal yang memperdagangkan aset-aset kewangan jangka panjang seperti bon kerajaan atau swasta dan saham korporat

Mempunyai struktur organisasi dan premis yang formal dikenali sebagai Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL)

17

Page 18: Modul RBT 3103

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

Dari segi operasi, ia bertindak menemukan pembeli dan penjual sekuriti pada sesuatu masa dengan diurus oleh broker pasaran modal

Terdapat dua peringkat urus niaga iaitu : Peringkat Prima dan Sekunder. Urus niaga Prima melibatkan urus niaga sekuriti-sekuriti yang baru pertama kali diterbitkan

Dua bentuk terbitan saham bagi pasaran prima iaitu ; terbitan awam permulaan(IPO) dan terbitan bermusim (seasonal issue)

Pasaran sekunder melibatkan urus niaga jual-beli sekuriti yang sudah disenaraikan di bursa saham

Pasaran Derivatif

Pasaran opsyen dan niaga hadapan kewangan diwujudkan pada awal 90an. Ia bertujuan untuk menarik pelabur-pelabur asing dengan skop yang lebih luas dan tidak tertumpu kepada BSKL sahaja.

Pada tahun 1995, Bursa Opsyen dan Kewangan Hadapan Kuala Lumpur (KLOFFE) mula diperkenalkan. Pada masa yang sama, Kontrak Niaga Hadapan kadar tawaran 3 bulan antara bank Kuala Lumpur (KLIBOR) didagngkan di Bursa Kewangan Malaysia (MME)

Pada tahun 1996, Bursa Kewangan Malaysia ditukar kepada Bursa Komoditi dan Kewangan Malaysia (COMMEX)

Pada tahun 1995, Rumah Penjelasan Derivatif diwujudkan. Pada tahun 2002, semua bursa-bursa ini disatukan menjadi Bursa Derivatif Malaysia

(MDEX)

2.6 Instrumen Tabungan Dan Pelaburan

Institusi perbankan dan bukan perbankan menawarkan kepada penyimpan pelbagai jenis produk tabungan kewangan yang terdiri daripada akaun semasa, akaun tabungan, akaun deposit tetap dan sebagainya. Dengan memahami semua instrumen yang terlibat, kita dapat melihat bagaimana proses pemindahan dana dapat berjalan lancar bagi menjana pertumbuhan ekonomi.

Instrumen-instrumen tabungan dan pelaburan yang terlibat adalah seperti berikut :-

Akaun Semasa Akaun Deposit Tetap Sijil Deposit Boleh Niaga Perjanjian Beli Balik (Repo) Saham Biasa Bon

Cari maklumat tentang ciri-ciri instrumen-instrumen di atas

2.7 Kewangan Syarikat

Pengurusan kewangan adalah satu bidang yang berkaitan dengan bidang perakaunan. Ahli-ahli kewangan dan pengurus kewangan menggunakan maklumat daripada jabatan perakaunan bagi membuat keputusan-keputusan kewangan pada setiap masa. Rekod-rekod perakaunan dijadikan sebagai alat utama bagi mengukur prestasi serta kedudukan semasa syarikat berbanding pesaing-pesaing lain dalam pasaran.

Maklumat kewangan sesebuah syarikat menunjukkan hal operasi dan kos yang dilibatkan dalam sesuatu jangka masa. Maklumat tersebut berbentuk kewangan (monetary terms) dan boleh

18

Page 19: Modul RBT 3103

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

digunakan oleh pihak dalaman dan luaran. Laporan kewangan didokumenkan dalam bentuk penyata kewangan yang merangkumi tempoh 6 hingga 12 bulan.

2.4.1 Pengguna Maklumat Kewangan

Sesebuah syarikat wujud dalam persekitaran yang melibatkan pelbagai pihak. Pihak-pihak yang terlibat boleh dikategorikan kepada pihak dalaman syarikat dan pihak luaran.

Rajah 2.5 : Pengguna Maklumat Kewangan

4.0 SINOPSIS

Modul ini memberi pendedahan kepada pelajar tentangkaedah merancang dan menggunakan kemahiran dalam peramalan pendapatan, kewangan berkaitan proforma penyata pendapatan, lembaran imbangan dan belanjawan tunai.

4.1 Hasil Pembelajaran

Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat:

1. Menghuraikan maksud dan peranan pengurusan kewangan bagi sebuah perniagaan.

2. Menjelaskan kepentingan penyata kewangan dalam sesebuah perniagaan.3. Menerangkan komponen-komponen utama penyata kewangan sesebuah

perniagaan.4. Mempelajari cara penyediaan belanjawan tunai.

4.2 Kerangka Tajuk 4

LUARAN

DALAMAN

PENGGUNA MAKLUMAT KEWANGAN

PEKERJA

PENGURUSAN

KERAJAAN

PEMIUTANG

PELABUR

19

TAJUK 4 Perancangan dan Ramalan Kewangan

Page 20: Modul RBT 3103

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

4.3 Pengenalan

Penyata kewangan merupakan dokumen rasmi sesebuah perniagaan yang melaporkan secara berkala tentang kedudukan kewangan pada hujung sesuatu tempoh kewangan. Tiga komponen utama dalam penyata kewangan yang perlu difahami adalah penyata pendapatan, lembaran imbangan dan belanjawan tunai.

4.1 Maksud Pengurusan Kewangan

Pengurusan kewangan merujuk kepada aktiviti merancang, menyusun, mengarah dan mengawal segala aspek dalam perniagaan yang mempunyai nilai kekayaan atau nilai wang, untuk mencapai matlamat yang disasarkan.

4.2 Kepentingan Pengurusan Kewangan

1. Memastikan hasil kewangan bukan sahaja dapat menampung segala perbelanjaan malah memperoleh keuntungan

2. Memastikan sumber kewangan yang terhad diagihkan daan dibelanjakan dalam aktiviti perniagaan yang boleh menjanakan keuntungan dan meningkatkan produktiviti.

3. Memastikan organisasi mempunyai aliran wang yang mencukupi untuk menjalankan operasi perniagaan agar operasi perniagaan tidaak tergendala.

4. Memastikan organisasi tidak dibebani hutang yang banyak dan memastikan hutang dapat dibayar balik dalam tempoh yang ditetapkan.

PENGURUSAN KEWANGAN

PENYATA PENDAPATAN LEMBARAN IMBANGAN BELANJAWAN TUNAI

PENYATA KEWANGAN

20

Page 21: Modul RBT 3103

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

4.3 Peranan Pengurus Kewangan

Rajah 4.1 : Peranan pengurus kewangan

4.4 Peranan Pengurusan Kewangan

Rajah 4.2 : Peranan pengurusan kewangan

4.5 Penyata Kewangan

Penyata kewangan merupakan dokumen rasmi sesebuah perniagaan yang melaporkan secara berkala tentang kedudukan kewangan pada hujung sesuatu tempoh kewangan.

PERANAN PENGURUS KEWANGAN

Membuat analisis dan

perancangan kewangan

Mengurus struktur aset Mengurus

sumber dana secara berkesan

Mengawal dan menyelaras

Menjaga kecairan dan

keberuntungan syarikat

PERANAN PENGURUSAN KEWANGAN

Merancang hal-hal yang berkaitan dengan

kewangan organisasi

Mengagihkan sumber kewangan

Mengawal penggunaan sumber kewangan

21

Page 22: Modul RBT 3103

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

Rajah 4.3 : Komponen utama penyata kewangan

4.5.1 Pihak Yang Berkepentingan Terhadap Penyata Kewangan

PENYATA KEWANGAN

Penyata pendapatan

menunjukkan hasil dan belanja, untung dan rugi

Lembaran imbangan

menunjukkan aset, liabiliti, ekuiti pemilik pada satu

tarikh tertentu

Belanjawan tunai

menganggarkan penerimaan tunai dan pembayaran tunai bagi

tempoh tertentu

22

Page 23: Modul RBT 3103

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

Jadual 4.1 : Kegunaan penyata kewangan kepada pihak yang berkepentingan

4.6 Proforma Penyata Pendapatan

1. Penyata pendapatan juga dikenali sebagai penyata untung rugi.2. Penyata pendapatan merupakan penyata yang mengukur prestasi perniagaan bagi

suatu tempoh kewangan.

KEGUNAAN PENYATA KEWANGANPENGGUNA

Memastikan modal dilaburkan dengan cekapMenilai prestasi pihak pengurusan dalam mengurus perniagaanMelihat keberuntungan perniagaan

Pemilik / pemegang saham

Mengetahui pencapaian perniagaan kerana kedudukan kewangan mempengaruhi harga saham syarikat berkenaanMengekalkan pegangan saham syarikat yang berprestasi baikBakal pelabur ingin mengetahui prestasi perniagaan sebelum membuat keputusan untuk melabur

Pelabur / bakal pelabur

Membuat keputusan perniagaan yang tepatMengawal dan mengambil tindakan untuk membetulkan kelemahan dan kesilapanMembuat perancangan masa depan sama ada jangka pendek atau jangka panjang

Pihak pengurusan

Menilai kemampuan membayar balik sebelum memberi atau memperbaharui kemudahan kredit

Pemiutang, bank, pembekal / vendor

Suruhanjaya Syarikat Malaysia mewajibkan syarikat perniagaan menyerahkan penyata kewangan kepadanya pada setiap tahunLembaga Hasil Dalam Negeri menggunakan penyata kewangan syarikat sebagai asas pengiraan cukaiJabatan Statistik menggunakan penyata kewangan untuk mengumpulkan data untuk kegunan awam

Agensi kerajaan

Menjadi asas kepada tuntutan untuk mendapatkan bonus, kenaikan gaji dan sebagainya

Kesatuan sekerja, pekerja

23

Page 24: Modul RBT 3103

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

3. Penyata pendapatan disediakan untuk melaporkan untung rugi sesebuah perniagaan.4. Penyata pendapatan menunjukkan hasil, belanja dan untung bersih atau rugi bersih

sesebuah perniagaan.5. Penyata pendapatan merupakan gabungan akaun perdagangan dan akaun untung

rugi.6. Akaun perdagangan disediakan untuk mengesan sama ada perniagaan memperoleh

untung kasar atau mengalami rugi kasar.7. Akaun untung rugi disediakan untuk mengesan sama ada perniagaan memperoleh

untung bersih atau mengalami rugi bersih.8. Untung atau rugi sesebuah perniagaan diperoleh melalui perbandingan antara hasil

perniagaan dengan belanja perniagaan dalam suatu tempoh tertentu.9. Jadual 4.2 menunjukkan contoh penyata pendapatan Syarikat Teraju Perintis Sdn.

Bhd bagi tahun berakhir 31 Disember 2012.

SYARIKAT TERAJU PERINTISPenyata PendapatanBagi Tahun Berakhir 31 Disember 2012

2011 2012(RM) (RM)

Jualan 30 120 28 680Tolak : Kos barang dijual 20 400 20 000

Untung kasar 9 720 8 680

Belanja operasi:Belanja am dan pentadbiran 2 000 2 000Belanja pemasaran 1 200 1 200Belanja pelbagai 800 800Belanja susut nilai 200 200

Jumlah belanja operasi 4 200 4 200

Pendapatan sebelum faedah dan cukai 5 520 4 480Tolak : Belanja faedah 520 480

Pendapatan sebelum cukai 5 000 4 000Tolak : Cukai 1 500 1 200

Untung bersih 3 500 2 800

Jadual 4.2 : Penyata pendapatan Syarikat Teraju Perintis Sdn. Bhd bagi tahun berakhir 31 Disember 2012

4.7 Proforma Lembaran Imbangan

1. Lembaran imbangan turut dikenali sebagai kunci kira-kira.

24

Page 25: Modul RBT 3103

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

2. Lembaran imbangan menunjukkan kedudukan kewangan sesebuah perniagaan pada satu tarikh tertentu.

3. Lembaran imbangan menyenaraikan aset, liabiliti dan ekuiti pemilik sesebuah perniagaan.

4. Lembaran imbangan memberikan gambaran kasar tentang pelaburan sesebuah perniagaan ke atas aset-aset serta sumber kewangan yang digunakan bagi membiayai aset-aset tersebut.

5. Jadual 4.3 menunjukkan contoh kunci kira-kira Syarikat Teraju Perintis Sdn. Bhd bagi pada 31 Disember 2011 dan 2012.

SYARIKAT TERAJU PERINTISKunci Kira-kirapada 31 Disember 2012

2012 2011(RM) (RM)

ASET

Aset SemasaTunai 1 640 1 840Penghutang 5 900 4 800Inventori 5 300 4 000

Jumlah aset semasa 12 840 10 640

Aset bukan semasa:Aset bukan semasa 21 000 19 600Tolak : susut nilai terkumpul 6 740 6 540

Jumlah aset bukan semasa 14 260 13 060

Jumlah Aset 27 100 23 700

LIABILITI DAN EKUITI PEMILIK (RM) (RM)

Liabiliti Semasa:Pemiutang 2 000 1 600Pinjaman jangka pendek 2 000 1 800Belanja terakru 2 500 1 900

Jumlah liabiliti semasa 6 500 5 300

Hutang jangka panjang 7 600 6 600

Jumlah liabiliti 14 100 11 900

Ekuiti pemilik:Saham biasa 2 000 2 000Premium saham 5 800 5 800Pendapatan tertahan 5 200 4 000

Jumlah ekuiti pemilik 13 000 11 800

Jumlah Liabiliti dan Ekuiti 27 100 23 700

25

Page 26: Modul RBT 3103

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

Jadual 4.3: Kunci kira-kira Syarikat Teraju Perintis Sdn. Bhd bagi pada 31 Disember 2011 dan 2012.

4.8 Proforma Belanjawan Tunai

1. Setiap perniagaan perlu mengendalikan wang perniagaan secara cekap untuk memastikan tunai yang cekap.

2. Untuk tujuan itu, peniaga perlu membuat perancangan kewangan dengan menyediakan belanjawan tunai.

3. Belanjawan Tunai merupakan penyata yang menganggarkan penerimaan tunai dan pembayaran tunai serta kedudukan tunai bagi beberapa tempoh yang telah ditetapkan.

4. Belanjawan Tunai boleh disediakan bagi sebulan, suku tahun, setengah tahun, setahun dan sebagainya.

5. Belanjawan Tunai menunjukkan jumlah wang yang diperlukan oleh perniagaan untuk beroperasi.

4.8.1 Kepentingan Belanjawan Tunai

1. Membantu perniagaan merancang pembiayaan dan perbelanjaan.2. Menjadi panduan untuk institusi kewangan mempertimbangkan permohonan

pinjaman.3. Mengawal aliran tunai perniagaan supaya mempunyai wang yang cukup untuk

membuat pembayaran.4. Mengukur keupayaan tunai untuk membuat pembayaran.

4.8.2 Penyediaan Belanjawan Tunai

1. Belanjawan tunai disediakan dalam format berlajur2. Setiap lajur menunjukkan anggaran penerimaan dan pembayaran tunai bagi suatu

bulan atau minggu.3. Antara butiran anggaran penerimaan tunai adalah:

a. Modal tambahan dalam bentuk tunai.b. Pinjaman bankc. Bayaran oleh penghutangd. Jualan tunaie. Faedah atas simpananf. Dividen atas pelaburang. Jualan tunai aset bukan semasa

4. Antara butiran anggaran pembayaran tunai adalah:a. Ambilan tunaib. Belian tunaic. Bayaran kepada pemiutangd. Bayaran balik pinjamane. Gaji dan upahf. Sewag. Kadar bayaran (elektrik dan air)h. Insurans

5. Jadual 4.4 menunjukkan contoh format belanjawan tunai.

26

Page 27: Modul RBT 3103

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

Butir Bulan 1 Bulan 2 Bulan 3

Baki awal A E

Penerimaan tunai

Jumlah penerimaan B

Pembayaran tunai

Jumlah pembayaran C

Lebihan (kurangan) D

Baki akhir A E F

Jadual 4.4 : Contoh format belanjawan tunai

Langkah Penyediaan Belanjawan Tunai Adalah Seperti Berikut:

a. Bermula dengan baki awal tunai (seperti A dalam Jadual 4.4).b. Masukkan semua anggaran penerimaan tunai dan jumlahkan (seperti B dalam

Jadual 4.4).c. Masukkan semua anggaran pembayaran tunai dan jumlahkan (seperti C dalam

Jadual 4.4)d. Dapatkan lebihan atau kurangan tunai pada suatu bulan (seperti D dalam Jadual

4.4)e. Baki akhir bulan diperoleh (seperti E, iaitu A + D dalam Jadual 4.4)f. Baki akhir bulan berkenaan menjadi baki awal bulan yang berikutnya (seperti E

dalam Jadual 4.4)

27

Page 28: Modul RBT 3103

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

Contoh Penyediaan Belanjawan Tunai

Kedai Buku Wawasan mula beroperasi pada 1 Januari 2012 dengan modal tunai di bank RM 25 000. Maklumat perancangan perniagaannya bagi 3 bulan berakhir 31 Mac 2012 adalah seperti berikut:

i) Anggaran jualan tunai:

RMJanuari 10 500Februari 14 000Mac 18 000

 ii) Anggaran belian tunai:

RMJanuari 6 000Februari 8 000Mac 7 500

 iii)   Pada bulan Februari perniagaan akan membeli lengkapan kedai bernilai       RM 2 500.iv)   Perniagaan menerima komisen jualan buku sebanyak RM 1 200 pada bulan Mac.v)    Sewa kedai untuk 6 bulan pertama berjumlah RM 2 400 akan dibayar pada awal bulan

Januari.vi)   Belanja bulanan yang tidak berubah: 

RMKadar bayaran 150Gaji 450Belanja am 100

 vii)  Pada awal bulan Februari perniagaan memperoleh pinjaman bank sebanyak

RM 8 000. Pinjama dibayar balik mulai bulan Mac dengan ansuran RM 400 sebulan. Sediakan Belanjawan Tunai bagi 3 bulan berakhir 31 Mac 2012.

28

Page 29: Modul RBT 3103

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

Penyelesaian:

Butir Januari Februari Mac

Baki awal RM-

RM26400

RM37200

Penerimaan tunaiModal masuk Jualan tunai Pinjaman bank Komisen

25 00010 500--

-14 0008 000-

-18 000-1 200

Jumlah Penerimaan 35 500 22 000 19 200

Pembayaran tunai Belian tunai Kadar bayaran Gaji Belanja am Sewa kedai Lengkapan kedai Ansuran bank

6 0001504501002 400--

8 000150450100-2 500-

7 500150450100--400

Jumlah Pembayaran 9 100 11 200 8 600

Lebihan (kurangan) 26 400 10 800 10 600

Baki akhir 26 400 37 200 47 800

29

TAJUK 5 Matematik Kewangan

Page 30: Modul RBT 3103

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

5.0 Sinopsis

Tajuk ini membincangkan tentang kefahaman konsep kewangan yang merangkumi nilai masa wang, konsep faedah dan dividen, nilai masa depan, nilai masa kini dan anuiti. Ia juga menekankan mengaplikasikan pengetahuan kepada pelaburan wang.

5.1 Hasil Pembelajaran

Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat:

5.1.1 Mengkaji, merancang, menyelesai dan merumuskan aspek dalam matematik kewangan. Nilai masa wang, kadar faedah, nilai masa depan, nilai masa kini dan anuiti

5.1.2 Mengira dan menganalisis nilai masa depan, nilai masa kini dan anuiti

5.2 Kerangka Tajuk-Tajuk Modul Ini

5.3 Nilai Masa Wang

Pengurus perlu membuat keputusan yang melibatkan nilai wang pada masa akan datang (future) dan juga nilai wang pada masa kini (present). Ini disebabkan nilai wang berubah mengikut masa.

Contoh sekiranya pelaburan berjumlah RM100,000 dalam suatu projek dilakukan dengan dijanjikan pulangan RM25,000 setahun selama tujuh tahun. Pengurus perlu mengetahui jumlah wang yang terkumpul pada penghujung tahun ketujuh. Nilai tersebut adalah nilai masa hadapan. Selepas itu amuan tersebut perlu ditolak dengan kos pelaburan asal supaya mengetahui tahap keuntungan atau kerugian dijangka bagi projek berkenaan. Oleh yang demikian, konsep dan aplikasi nilai masa wang memainkan peranan penting dalam membuat keputusan dalam perakaunan, kewangan dan pelaburan.

Nilai masa wang dapat menyelesaikan perkara-perkara yang tidak diketahui seperti kadar faedah, bayaran berkala, bilangan tempoh masa, nilai sekarang (present value) dan nilai masa depan (future value).

Nilai Masa Depan

Kadar Faedah dan

Dividen

Anuiti

Nilai Masa Kini

Nilai Masa Wang

Matematk Kewangan

30

Page 31: Modul RBT 3103

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

5.4 Konsep Kadar Faedah dan DividenPara pengurus perlu berupaya menentukan kadar faedah atau kadar pulangan efektif masa kini yang tepat supaya dapat digunakan sebagai asas pendiskaunan aliran tunai masa hadapan.

Konsep kadar faedah dan dividen adalah dua elemen penting yang perlu difahami sebelum konsep nilai masa wang dapat dijelaskan. Kedua-dua elemen adalah suatu bentuk pulangan ke atas pelaburan dan wang simpanan yang dibuat oleh firma dan orang awam. Walau bagaimanapun, sekiranya firma kita yang meminjam atau menjual saham kepada orang lain maka eleman tersebut akan dikelasifikasikan sebagai kos kepada firma.Begitu juga dengan dividen bergantung kepada keadaan ia juga boleh menjadi pendapatan atau kos bagi firma atau individu.

Pulangan ke atas pelaburan atau wang simpanan

Kos Tambahan atas pinjaman

5.5 Konsep Nilai Masa Depan (Future value/FV)

Nilai masa depan wang tidak akan sama dengan nilai masa kini akibat inflasi. Pampasan kepada kesan inflasi dibayar kepada pelabur dalam bentuk kadar faedah tertentu.

Contoh sekiranya sesaorang melabur sebanyak RM10 dengan kadar faedah 15% setahun, maka pada penghjung tahun beliau akan menerima bayaran balik berjumlah RM11.50 (Pokok = RM10.00 ; Faedah = RM1.50)

Nilai masa depan (FV) adalah nilai wang masa kini (PV) yang dikompaunkan pada satu kadar faedah ( i) dalam sesuatu tempoh masa tertentu ( n )

Ali melabur RM100 dengan kadar 6% setahun. Beliau melabur selama 3 tahun

BANKFIRMA /

ORANG AWAM

Pulangan

Simpanan / Pelaburan

Kos Tambahan

BANKFIRMA /

ORANG AWAM

Pinjaman

31

Page 32: Modul RBT 3103

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

Pengiraan :-

Kaedah Pertama : Mengguna rumus (formula)

FV = PV (1 +i)n

FV = 100 (1 + 6%)3

FV = 100 (1 +0.06)3

FV = 100 (1.1910)FV = 119.10

Kaedah Kedua : Mengguna Faktor Jadual Nilai Masa Depan (Dalam bentuk Jadual)

FV = PV (FVIF i,n) = PV (FVIF 6,3) = 100 (1.1910) = 119.10

Ada kalanya pihak bank akan memberi pembayaran faedah lebih daripada sekali setahun.Keadaan ini dikenali sebagai pembayaran kadar kompaun bukan tahunan.

Ali melabur RM100 selama 3 tahun. Pihak bank memberikan kadar faedah 6% setahun, dengan pembayaran faedah dibuat 2 kali setahun.Kirakan jumlah wang pelaburan terkumpul pada penghujung tahun ketiga

Pengiraan :-Kaedah Pertama : Mengguna rumus (formula)

FV = PV (1 + i/m)nm

= 100 (1 + 6/2)3x2

= 100 (1 + 3%)6

= 100 (1 + 0.03)6

= 100 (1.1941) = 119.41

Kaedah Kedua : Mengguna Faktor Jadual Nilai Masa Depan (Dalam bentuk Jadual)

FV = PV (FVIF i/m,nm) = PV (FVIF 6/2,3x2) = PV (FVIF 3, 6) = 100 (1.1941) = 119.41

Semakin tinggi kekerapan tempoh pengkompaunan, semakin besar nilai masa depan yang akan diperolehi bagi sejumlah simpanan yang sama. Ini disebabkan proses pengkompaunan berlaku berkali-kali ke atas bayaran faedah yang diterima, dengan syarat kesemua faedah yang diterima dilabur semula.

5.6 Konsep Nilai Masa Kini (Present value/PV)

Dimana i = 0.06 (Kadar faedah)n = 3 tahun (Tempoh)

Nilai 1.1910 diperolehi drp jadual. Lihat lajur masa (3) dan baris kadar faedah (6).

Nilai 1.1941 diperolehi drp jadual masa depan. Lihat lajur tempoh (6) dan baris kadar faedah (3).

32

Page 33: Modul RBT 3103

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

Nila masa kini adalah nilai sekarang yang perlu digunakan dalam sesuatu pelaburan. Sekiranya diketahui nilai masa depan wang terkumpul serta kadar faedah dan tempoh, maka nilai masa kini boleh dikirakan.

Anda berpeluang memperolehi RM30,000, empat tahun dari sekarang. Anda perolehi kadar faedah 12 peratus terhadap pelaburan anda. Berapakah wang pelaburan yang perlu anda sediakan pada masa kini?

Pengiraan :-

Kaedah Pertama : Mengguna rumus (formula)

FV = PV (1 + i)n

PV = 19 065.78

Kaedah Kedua : Mengguna Faktor Jadual Nilai Masa Kini (Dalam bentuk Jadual)

PV = FV (PVIF i,n) = 30 000 (PVIF 12, 4) = 30 000 (0.6355) = 19065

Bagaimana keadaannya sekiranya faedah dibayar empat kali setahun dengan nilai masa depan wang adalah RM30,000 dalam masa empat tahun dengan kadar faedah 12 peratus.

Pengiraan : Mengguna Faktor Jadual Nilai Masa Kini (Dalam bentuk Jadual)

PV = FV (PVIF i/m,nm) = 30 000 (FVIF 12/4, 4x4) = 30 000 (FVIF 3, 16) = 30 000 (0.6232) = 18 696

Semakin tinggi kekerapan pembayaran faedah berlaku, maka semakin rendah nilai masa kini yang diperolehi bagi sejumlah aliran tunai yang masuk

5.7 Aliran Tunai Anuiti

Konsep anuiti merujuk kepada suatu siri pembayaran atau penerimaan tunai secara berkala dalam jumlah dan jeda masa yang sama.Contoh anuiti adalah bayaran sewa bangunan, cukai tanah dan cukai pintu.

Anuiti dibahagikan kepada dua (2) jenis seperti dalam rajah di bawah.

Dimana i = 0.12 (Kadar faedah)n = 4 tahun (Tempoh)

Nilai 0.6355 diperolehi drp jadual masa kini. Lihat lajur masa (4) dan baris kadar faedah (12).

PV = FV(1 + i)n

PV = 30 000(1 + 0.12)4

PV = 30 000(1.5735)

Dimana i = 12 (Kadar faedah)n = 4 tahun (Tempoh)m = 4 kali (Kekerapan)

ANUITI33

Page 34: Modul RBT 3103

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

Anuiti Biasa Anuiti MatangAnuiti yang berlaku di penghujung tempoh

Anuiti yang berlaku di awal tempoh

Pembayaran atau penerimaan tunai yang berlaku pada setiap akhir tempoh

Bayaran sewa bulan yang dibayar sebelum menduduki premis.

Contoh : Cukai pintu Contoh : Sewa bangunan

5.8 Konsep Nilai Masa Depan Anuiti (FVA)

Konsep nilai masa depan anuiti digunakan bagi mendapatkan nilai wang masa depan apabila sesuatu amaun pelaburan atau simpanan yang sama dilakukan secara berulang-ulang dalam tempoh tertentu. Peningkatan amaun terkumpul berlaku akibat pengkompaunan pada satu kadar pulangan tertentu.

Sebuah syarikat pengurusan dana saham amanah membuat pelaburan dalam bil perbendaharaan Malaysia dengan amaun sebanyak RM100,000 setiap tahun selama lima tahun. Berapakah amaun terkumpul di akhir tempoh tersebut sekiranya faedah dibayar adalah 6 % setahun.

Pengiraan : Mengguna Faktor Jadual Nilai Masa Depan Anuiti (FVIFA dalam bentuk Jadual)

FVA = PMT (FVIFA i,n) = PMT (FVIF 6,5) = 100 000 (5.6371) = RM563,710.00

Bagi konsep nilai masa depan anuiti matang, kita boleh mengambil contoh dimana seorang pengusaha dikehendaki membayar sewa kedainya pada setiap awal bulan kepada pemilik bangunan. Amaun bayaran sewa adalah RM500 sebulan selama 12 bulan. Sekiranya kadar kompaun ditetapkan pada kadar 8% setahun, berapakah nilai masa depan bagi anuiti matang.

FVA = PMT (FVIFA i,n) (1 + i) = 500 (FVIF 8,1)(1 + 0.08) = 500 (18.977) (1.08) = 100 000 (5.6371) = RM 10,247.58

5.9 Konsep Nilai Masa Kini Anuiti (PVA)

Nilai 5.6371 diperolehi drp jadual masa depan anuiti. Lihat lajur masa (5) dan baris kadar faedah (6).

34

Page 35: Modul RBT 3103

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

Proses pendiskaunan alir tunai anuiti bertujuan menentukan nilai wang pada masa kini. Ianya penting dalam mendapatkan kos pelaburan asal atau modal asas yang dikeluarkan ketika pelaburan dibuat.

Sebuah syarikat berpeluang melabur RM20,000 hari ini dan akan menerima hasil tahunan sebanyak RM4,000 selama 6 tahun. Tentukan sama ada projek ini menguntungkan syarikat sekiranya kadar diskaun adalah 12% setahun.

PVA = PMT (PVIFA i,n) = 4 000 (PVIF 12, 6) = 4 000 (4.1114) = RM16,445.60

Berdasarkan jawapan di atas, kita dapati bahawa projek ini tidak menguntungkan kerana nilai masa kini anuiti adalah RM16,445.60 sedangkan pelaburan asal yang dibuat adalah RM20,000.

Nilai masa kini anuiti bagi anuiti matang. Firma XYZ mendapat bayaran sewa sebanyak RM8,000 setiap awal tahun selama 5 tahun. Peratusan pulangan yang diperolehi daripada pelaburan hartanah tersebut adalah 10% setahun. Nilai kini anuiti matang boleh dikira seperti berikut :-

PVA = PMT (PVIFA i,n) (1 + i) = 8 000 (PVIFA 10, 5) (1 + 0.10)

= 8 000 (3.7908) (1.10) = RM 33,359.04

Nilai 4.1114 diperolehi drp jadual masa kini anuiti. Lihat lajur masa (6) dan baris kadar faedah (12).

35

Page 36: Modul RBT 3103

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

6.0 Sinopsis

Tajuk ini memperkenalkan kepada konsep perdagangan elektronik daripada pelbagai perspektif. Ia juga membincangkan tentang peranan teknologi dalam integrasi perniagaan

6.1 Hasil Pembelajaran

Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat:6.1.1 Menerangkan konsep perdagangan elektronik daripada pelbagai perspektif6.1.2 Membincangkan bagaimana teknologi dan automosi memngubah dunia korporat6.1.3 Mengaplikasi e-dagang antara organisasi

6.2 Kerangka Tajuk-Tajuk Modul Ini

6.3 Pengenalan e-perdagangan

Perdagangan elektronik mempunyai pelbagai tafsiran bergantung kepada siapa anda tanya.

Daripada perspektif ahli ekonomi (economist), perdagangan elektronik dapat membantu pembeli dan penjual mengurangkan kos sementara meningkatkan mutu barangan dan mempercepatkan

Pihak pengurusan pula, perdagangan elektronik adalah penggunaan teknologi ke arah otomasi urusniaga perniagaan dan perjalanan kerja

Pemasaran pula, perdagangan elektronik merupakan alat baru untuk menyediakan maklumat kepada sasaran pasaran melalui pengiklanan, promosi dan publisiti

Perspektif teknologi pula, perdagangan elektronik adalah cara untuk menyampaikan maklumat, produk, perkhidmatan dan pembayaran melalui jaringan komputer

sTeknologi & Masyarakat

sPeruncitan

sIntegrasi Perniagaan

PengenalanPerdagangan

Elektronik

36

TAJUK 6 Pengenalan Perdagangan Elektronik

Page 37: Modul RBT 3103

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

6.4 Integrasi Perniagaan (Enterprise Integration)

Perisian komputer yang hanya khusus untuk sesuatu jabatan sahaja sudah tidak mencukupi kerana perluberhubung dengan pelbagai jabatan dalam sesuatu perniagaan. Untuk mengurus dengan lebih cekap dan berkesan satu kelas perisian intergrasi perniagaan dibangunkan.

Sistem ini mengandungi tiga bahagian

1Pengkalan data teknologi ( technnology database)Satu pengkalan data (repository) perkongsian yang mengandungi maklumat terperinci dan spesifikasi semua bahan (materials), produk dan peralatan

2 Sistem Perancangan (Planning system)Pengaturan pengeluaran untuk tempoh tertentu yang mengandungi jadual kerja kakitangan (personnel) dan keperluan bahan mentah

3 Pengukuran Prestasi (Performance measurement)Membandingkan prestasi sebenar dengan yang dirancang

Sistem ini melangkaui batasan satu organisasi sahaja. Ia dapat menyepadukan kontraktor, pembekal dan pelanggan. Mematuhi standard akan mengurangkan ketidakpastian dan memastikan ketepatan jangkaan /unjuran. Ketelusan maklumat dan komunikasi yang kerap menghasilkan kerjasama yang berkesan. Secara keseluruhan dengan adanya jaringan yang berkesan perniaagan juga akan berkembang maju

6.5 Peruncitan

Adakah imej secara maya (virtual images) dapat menyelesaikan perkara-perkara berikut :-rasa deria mengangkat sesuatu produk ; merasa sesuatu bahan dan teksturnya serta kekuatannya ;mencubanya seperti pakaian ; atau duduk di atas sofa atau tilam sebelum buat keputusan membeli

Peruncit menghadapi cabaran-cabaran di atas dalam penggunaan internet untuk menjual produk mereka.Dalam dunia nyata, urusniaga di atas berlaku disebabkan wujudnya peraturan, adat-adat dan amalan-amalan yang membentuk kepercayaan. Satu cabaran asas adalah untuk mengguna prinsip-prinsip asas daripadadunia nyata ke dalam dunia maya,untuk membentuk satu proses yang selari.

Selain daripada isu-isu prosedur meningkatkan keyakinan pengguna terhadap imej digital dan memudahkan proses memulangkan barangan yang rosak atau tidak diperlukan, peruncitan secara maya mesti juga menyelesaikan masalah keselamatan data dan kerahsiaan pengguna (consumer privacy).

Masalah keselamatan dalam internet mempunyai pelbagai bentuk. Virus dalam fail, lampiran email yang merbahaya (malicious email attachment), pentadbir sistem yang cuai dan pelbagai lagi isu keselamatan.Masalah ini mesti diterima dan diselesaikan supaya pengguna yakin dan percaya dengan sistem rangkaian komputer. Mengguna perisian anti-virus, tidak membuka email yang tidak dipercayai sumbernya, dan membuat pertimbangan yang wajar terhadap pembayaran mengguna web adalah langkah-langkah keselamatan yang boleh diambil oleh pengguna.

Lain-lain masalah diselesaikan secara sistematik, contohnhya sistem penyampaian digital. Pelanggan memulakan pembelian dengan memuat turunkan agen penyampaian syarikat ( company's agent delivery).Agen mengarah pelanggan mengisi maklumat peribadi dan kad kredit. Seterusnya agen akan mengesahkanurusniaga, memuat turun dan memasang (install) perisian yang dibeli kepada sistem pengguna. Urusniaga menjadi selamat sebab agen penyampaian mengguna saluran komunikasi sendiri dengan pelayan (server). Urusniaga yang

37

Page 38: Modul RBT 3103

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

diurus oleh agen adalah tepat sebab dapat membandingkan fail-fail yang dipasang dengan yang disimpan dalam pelayan. Maka ia dapat menjamin penyampaian elektronik bagi setiap pembelian perisian, serta memudahkan pengguna dengan tidak payah memuat turun dan memasang sendiri perisian tersebut.

Pengguna memerlukan tahap kepercayaan yang tinggi terhadap integriti dan keselamatan sesuatu sistem, sebelum mengemukakan maklumat/data peribadi ke dalam web. Maklumat peribadi yang diguna dalam internet atau disimpan dalam pengkalan data adalah dikawal melalui kod rahsia (encryption).

6.6 Teknologi dan Masyarakat

Masyarakat memerlukan keyakinan bahawa dunia maya ciptaan teknologi dapat menguatkuasakan perundangan dan standard moral yang tinggi demi keselamatan pengguna. Ini mesti dilaksanakan mengguna juga teknologi

Ada lima cara mencipta nilai daripada maklumat :- 1mengumpulkannya (gather it)

2 mengorganisasikannya (organise it)3 memilihnya (select it)

4mensintesiskannya (synthesize it)5mengagihkannya (distribute it)

Maklumat peribadi boleh diperolehi secara sukarela atau automatik dalam web. Peniaga membuat profil-profil pengguna untuk membantu menjayakan matlamat perniagaan. Pelawat diminta memberikan maklumat peribadi secara sukarela melalui tawaran insentif seperti perkhidmatan percuma apabila menjadi ahli. Pelayan web (web servers) menjejak corak lawatan dan pendedahan kepada pengiklanan secara terperinci tentang profil pengguna.

Data peribadi yang dikumpul akan dijual kepada pihak tertentu. Sejak ianya dicipta Internet mempunyai tradisi untuk menukar maklumat (information barter) dimana maklumat ( spt. Reka bentuk, penyelesaian,dokumentasi). Maklumat merupakan komoditi yang didagangkan dan juga sebagai medium pertukaran.Perkara yang merisaukan pengguna adalah maklumat peribadi yang didagangkan, tidak ada pengawalan dari segi ketepatan, integritii dan penggunaannya.

Dalam dunia perdagangan berasaskan pengetahuan digital, persepsi kita terhadap kekayaan (wealth) perlu diubah. Kesan web dirasai di semua sektor dalam masyarakat. Teknologi dan automasi dapat meningkatkanproduktiviti. Ia juga membuka peluang-peluang baru manakala yang lama akan pupus/hilang. Kerajaan akan mengenalpasti bagaimana kekayaan dibentuk serta dimana ia berlaku, mereka akan mencari cara baru untuk engenakan cukai dan mengagihkan kekayaan baru ini. Kekayaan baru ini adalah hasil ciptaan rangkaian global digital.

38

Page 39: Modul RBT 3103

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

7.0 Sinopsis

Tajuk ini membincangkan tiga sub-topik iaitu persekitaran teknologi, persekitaran organisasi dan ekonomi, dan persekitaran pengguna

7.1 Hasil Pembelajaran

Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat:7.1.1 Mengintegrasi dan menilai persekitaran e-dagang; teknologi, organisasi dan

ekonomi dan pengguna7.1.2 Mendefinisikan dan memberi contoh perlakuan-perlakuan oportunistik7.1.3 Menerangkan empat fasa urusniaga ekonomik dari perspektif pembeli dan

penjual

7.2 Kerangka Tajuk-Tajuk Modul Ini

7.3 Persekitaran Teknologi

Pada masa lampau kemajuan dalam bidang telekomunikasi dan pengkomputeran berlaku secara berasingan. Pada masa kini, kedua-dua bidang ini saling bergantung antara satu sama lain dalam rangkaian komputer. Semua teknologi maklumat menjadi sebahagian daripada sistem komunikasi yang menghubung perniagaan, individu dan agensi kerajaan.Kini kebanyakan bentuk maklumat boleh disimpan dan diproses secara elektronik. Maklumat yang amat banyak dengan implikasi ekonomik dan kerahsiaan boleh dilihat melalui rangkaian komputer. Maklumat ini juga perlu disimpan dan dijaga(protect) mengikut tempoh masa yang berbeza-beza. Contoh pelbagai tempoh masa adalah seperti berikut :

Pengguna

sEkonomi dan

Organisasi

sTeknologi

PersekitaranPerdagangan

Elektronik

39

TAJUK 7 Persekitaran Teknologi, Ekonomi dan Organisasi Dan Pengguna

Page 40: Modul RBT 3103

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

Pemindahan dana elektronik berjumlah berjuta dan berbillion, dimana keselamatan jangka pendek diperlukan dalam tempoh masa yang singkat

Perancangan strategik sesebuah syarikat dimana ia perlu disimpan dan kerahsiaan dijaga untuk beberapa tahun

Kunci-kunci untuk tandatangan digital yang ada implikasi perundangan mesti disimpan dandijaga supaya tidak berlaku salahguna semasa ianya masih sah.

Hakmilik resipe sesuatu produk atau rumus tertentu yang perlu disimpan dan dijaga selagi ianya berguna, kadang-kadang sehingga berpuluh tahun

Maklumat peribadi sesaorng individu ( keadaan perubatan, penilaian prestasi pekerjaan)perlu disimpan dan dijaga sepanjang hayat individu tersebut

Rumusannya adalah dalam perdagangan elektronik :-

Keperluan untuk mengurus maklumat dengan berhati-hati (management of information)

Pilihan yang mesti dibuat tentang teknologi rangkaian (network technology)

Quality of service "the collective effect of service performance which determine the degree of satisfactionof a user of the service"

Infrastruktur dan Prestasi RangkaianPerkara penting tentang rangkaian komunikasi (communication networks)

1. Kenal pasti secara unik2. Ada Sistem Kumpulan (Contoh: Kod negara, negeri dan nombor sebenar)3. Direktori yang merekod nombor untuk individu4. Telefon peribadi boleh berhubung dengan sistem swis pengantaraan (intermediate

switching sys)5. Perhubungan boleh sementara atau kekal (Telefon awam / rumah)

Rangkaian Kawasan Luas (Wide Area Network)WAN adalah rangkaian pelanggan dengan pelayan (client/server). Dimana satu komputer berperanan sebagai pelanggan dan satu lagi sebagai pelayan. Pelayan (server) meawarkan perkhidmatan kepada pelanggan-pelanggannya. Perkhidmatan yang ditawarkan adalah data yang disimpan, pemerosesan atau akses kepada peranti lain seperti pencetak.

Pelayan dengan pelanggan berhubung mengguna mesej melalui hubungan fizikal. Internet menggunakan sistem telefon untuk berhubung.

Rangkaian lain seperti VAN menggunakan sistem lain iaitu sistem pendawaian khas, komunikasi satelit, atau kombinasi beberapa kaedah.

Bandwidth (Kelebaran Jalur) Adalah keupayaan saluran komunkasi dan ianya diukur berdasarkan jumlah maklumat yang dapat dipindahkan dalam masa tertentu (bits per second)

40

Page 41: Modul RBT 3103

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

Pertukaran maklumat antara pelayan dengan pelanggan mempunyai pelbagai saiz ada yang kecil dan ada yang besar. Bagaimana maklumat ini di pindahkan (transported) daripada sumber ke destinasinya bergantung kepada:

infrastrukut rangkaian (network infrastructure)intermediate switching points interconnections between service provider

Kewujudan internet memisahkan perkhidmatan perkhidmatan daripada kemudahan Sebagai satu rangkain umum dan terbuka internet dapat menyediakan saluran komunikasi yang mudahantara rangkaian. Ia memberikan sedikit jaminan QoS.

Tiga ciri utama yang membezakan internet dengan jenis WAN yang lain adalah :-

Connectionless Tiada perhubungan yang berterusan antara pelayan dengan pelangganMaklumat dipecahkan kepada kumpulan kecil dikenali sebagai packets. Mesej ini mengandungi alamat perjalanan (routing address) Rangkaian lain berorientasikan hubungan iaitu ia akan berhubung sehingga anda tamatkan perhubungan

StatelessSetiap mesej berdiri sendiri.Kedua-duanya iaitu pelanggan dan pelayan memasukan maklumat dalam rangkaian dan tunggu tindakabalas. Mereka tidak ada cara untuk mengetahui sama ada mesej sampai atau tidak.Tindakan mengawasi siri mesej yang menjadi perbualan bukan tanggungjawab internet.Internet hanya mengawal dan mengawasi siri paket-paket yang membentuk satu mesej dan menyusun semula apabila semua bahagian tiba

Best-EffortSistem tidak memberi jaminan bahawa mesej akan disampaikan-ia akan membuat yang terbaikSekiranya pelanggan / pelayan tidak dapat dihubungi, paket akan dibuang

Istilah global untuk rangkaian yang connectionless, stateless dan best-effort adalah unreliable (tidak boleh dipercayai). Jenis WAN lain adalah lebih baik seperti VPN (Virtual Private Network) menyediakan teknologi perjalanan yang kompleks untuk memastikan hubungan yang baik dan stabil

Rangkaian VAN (Value Added Network) pula mempunyai keyakinan dan pengalaman untuk memastikan bahawa maklumat akan sampai ke destinasi mengikut jadual dan selamat (intact). Syarikat yang mengharapkan perkhidmatan berkualiti risau bahawa internet tidak dapat memberi jaminan yang diharapkan

Mission Critical NetworkSyarikat akan memilih rangkaian yang mampu memberikan perkhidmatan yang memberi jaminan bahawa maklumat akan sampai ke destinasi, tepat pada waktu dan selamat. Selain itu rangkaian juga boleh mengawal dan memberi keutamaan kepada maklumat penting yang perlu disampaikan dahulu.

Rangkaian menjadi lebuhraya elektronik untuk mengangkut maklumat pergi dan balik di antara organisasi

41

Page 42: Modul RBT 3103

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

dengan pihak yang berkepentingan seperti penjual, pembeli, pembekal dan rakan kongsi. Pertukaran maklumat merangkumi pesanan, pertanyaan, pembayaran, perkhidmatan dan sokongan, reka bentuk, pelan-pelan dan lain-lain maklumat.

Perkhidmatan rangkaian kritikal juga merangkumi menyediakan akses kepada maklumat gudang untuk sokongan pemasaran pada masa sebenar (real time) ; sokongan kepada wakil perkhidmatan pelanggan ; membekalkan maklumat video kepada kepada pedagang kewangan untuk membaiki keputusan pelaburan ; dan berkongsi gambar/imej perubatan untuk kolaborasi dalam diagnosisyang kompleks

Dalam keadaan tertentu prestasi rangkaian akan menentukan kejayaan atau kegagalan syarikat. Prestasirangkaian mempengaruhi operasi sesuatu syarikat. Pertalian antara pihak yang berkepentingan (stakeholders) akan menjadi lebih baik melalui hubungan(connection) yang berprestasi baik dan sebaliknya akan tergugat dengan prestasi yang kurang baik

Pergantungan kepada rangkaian semakin meningkat untuk menjalankan perniagaan. Kita perlu memastikan keutamaan dalam aliran trafik rangkaian. Ini memerlukan keupayaan untuk menentukan kelas-kelas trafik dan pengguna serta teknologi untuk mengenakan keutamaan dan peraturan dalam trafik maklumat. Adalah diandaikan bahawa semua trafik mesti disampaikan kepada destinasinya, dalam keadaan sesak trafik kritikal perlu diutamakan berbanding dengan trafik lain

Rangkaian yang dapat memberikan jaminan mutu perkhidmatan (Quality of Service) mempunyai mekanisme untuk membuat peraturan dan keputusan aliran trafik rangkaian.

Pengurusan dan Pemilihan Rangkaian (Network Management and Network Choice)Syarikat perlu mendapat jaminan bahawa data mereka sentiasa selamat. Berikut adalah kategori maklumat :-

Data Awam (Public Data)Data jenis ini tiada sekatan keselamatan dan boleh digunakan oleh sesiapa sahaja.Data ini perlu dijaga (protect) daripada diubahsuai oleh pihak yang tidak diberikan kuasa

Data Hak Cipta (Copyright Data)Data jenis ini telah didaftarkan sebagai hakcipta sesaorang atau pihak tertentu tetapi bukan rahsia.Pemilik membenarkan ianya digunakan tetapi dibayar apabila digunakan. Untuk mendapatkanhasil yang maksmum, keselamatan mesti ketat / rapi

Data Sulit (Confidential Data)Data ini kandungannya adalah rahsia, tetapi kewujudannya tidak. Contoh data adalah nombor akaun bank dan fail peribadi

Data Rahsia (Secret Data)Kewujudan data ini adalah rahsia dan mesti sentiasa dirahsiakan. Adalah penting mengawal akses kepada maklumat ini. Ia perlu dipantau dan merekod (log) semua akses dan percubaan untuk mengakses data rahsia

Rangkaian yang selamat mempunyai mekanisme untuk mengawal akses kepada data. Produk enkripsi yang canggih dan firewalls digunakan untuk memastikan kerahsiaan dan keselamatan urusniaga internet

Lain-lan syarikat pula bergabung untuk menyediakan VAN yang selamat. Contoh ANX bagi industri automotif menyediakan satu rangkaian untuk e-dagang dan pemindahan data bagi

42

Page 43: Modul RBT 3103

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

semua rakan perniagaan. Pemimpin industri memutuskan struktur pengurusan dan peraturan perniagaan bagi memastikan rangkaian memenuhi keperluan-keperluan prestasi, kebolehpercayaan dan keselamatan.

Perancangan Luar Jangkaan (Contingency Planning) Business Impact Analysis dilaksanakan untuk mengenalpasti fungsi-fungsi penting perniagaan.Langkah-langkahnya adalah seperti berikut:-

Kenal pasti aktiviti-aktiviti penting perniagaan serta pemilik aktiviti. Aktiviti-aktiviti perniagaan adalah proses-proses dan fungsi-fungsi utama pengeluaran yang menentukan perkhidmatan diberikan kepada pelanggan.Pemlik adalah orang yang bertanggungjawab terhadap operasi harian.

Kenal pasti sistem-sistem dan maklumat yang kritikal

Menganggarkan satu tempoh masa henti yang munasabah

Kenal pasti risiko-risiko, menentukan magnitud mereka dan mengenal pasti perlindungan.

7.4 Persekitaran Ekonomi dan Organisasi

Kitaran pengeluaran (production cycle) melibatkan pemerolehan bahan mentah atau komponen untuk menghasilkan produk yang diterima oleh pelanggan. Setiap langkah dalam kitaran pengeluaranmenambahkan nilai kepada bahan asal. Menghuraikan pilihan yang dibuat oleh sesuatu syarikat untuk membeli komponenatau perkhidmatan daripada pasaran terbuka, atau membuat secara dalaman, adalah persoalan-persoalan untuk bidang ekonomik dan sosiologi organisasi.

Sebagai contoh, kita ambil sebuah syarikat yang membuat dan menjual majalah.Langkah-langkah dalam kitaran pengeluaran adalah :-

Laporan Reporting Kertas PaperMenulis Writing Cetakan Printing Menyunting Editing Perkhidmatan

langgananSubscription services

Fotografi Photography Pelabelan surat Mailing labelTipografi Typography Agihan fizikal Physical

distributionReka bentuk Layout

Syarikat perlu membuat keputusan sama ada hendak menghasilkan setiap barangan atau perkhidmatan secara sendirian atau membelinya daripada pembekal tertentu. Kebanyakkan syarikat majalah tidak mempunyai kilang kertas dan kilang percetakan sendiri. Mereka mengupah penyunting (editor) dan pekerja lain. Syarikat akan mengarah pasukan pemberita (reporters) untuk menulis cerita atau menulis semula cerita daripada syarikat berita atau mengupah daripada pemberita sambilan. Gambar pula boleh datang daripada jurugambar sendiri atau dibeli daripada syarikat lain (stock house).

Faktor-faktor sosial seperti nepotism, protectionism dan affirmative action akan mempengaruhi sama adauntuk membuat sendiri atau membeli daripada pihak luar. Dua faktor penting yang mempengaruhi keputusan "buat-atau-beli" adalah :

43

Page 44: Modul RBT 3103

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

pengaruh perlakuan oportunistik syarikat-syarikat lain kos urusniaga (transaction costs)

Penjual akan berkelakuan oportunistik (iaitu meminta harga yang lebih tinggi daripada sepatutnya) apabila pembeli bergantung kepada mereka dan tidak mudah memperolehi apa yang diperlukan di tempat lain.

Firma akan dipengaruhi oleh oportunisma dalam keadaan-keadaan berikut :-Pengkhususan lokasi (site specificity)Produk contohnya bahan mentah hanya ada pada lokasi tertentu sahaja

Pengkhususan aset fizikal (Physical asset specificity)Produk tidak boleh digunakan untuk tujuan lain, maka ia hanya berguna untuk satu pelanggan sahaja

Pengkhususan aset manusia (Human asset specificity)Kemahiran-kemahiran tertentu diperlukan untuk mengguna atau menghasilkan sesuatu produk

Pengkhususan Masa (Time Specificity)Produk boleh digunakan pada masa tertentu sahaja (contoh: bahan mudah rosak/busuk)

Produk yang kompleks (Product complexity)Maklumat tentang produk adalah kompleks.Pelanggan menghadapi masalah untuk menjelaskan apa yang dikehendaki dan terpaksa mencari pelbagai alternatif untuk mendapatkan pembekal terbaik.

7.4.1 Pasaran dan Hierarki ( Markets and Hierarchies)

Pasaran bertujuan untuk memudahkan urusniaga antara pelbagai pembeli dengan pelbagai pembekal.Manakala hieraki pula adalah perhubungan jangka panjang antara pembekal dengan pelanggan, diuruskan oleh pihak pengurusan bukannya kuasa pasaran.

Kriteria Pasaran HierakiSifat Bebas Bergantung

Skop Satu urusniaga

Satu siri urusniaga

Komunikasi Perundingan Rutin Darjah keluwesan Tinggi Rendah

Tahap Perhubungan Rendah Pertengahan -

Tinggi

Pasaran HierarkiPasaran bertujuan untuk memudahkan urusniaga di antara pelbagai pembeli dengan pelbagai pembekal

Hierarki adalah perhubungan jangka panjang di antara pembeli dengan pembekal, diuruskan oleh pengurusan dan bukannya pengaruh pasaran.

Mekanisma pasaran adalah dimana pembeli membeli daripada pembekal

Mekanisma hierarki, pembeli tidak memilih daripada pelbagai pembekal

44

Page 45: Modul RBT 3103

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

yang dapat memberikan tawaran yang terbaik.(harga, kuantiti, standard kualiti, jadual penyampaian)

yang berpotensi. Firma membeli barangan/perkhidmatan daripada pembekal yang telah ditetapkan. Firma membuat urusniaga berterusan. Perhubungan ditentukan oleh perjanjian

Keadaan pasaran dimana pelanggan boleh memilih kombinasi terbaik dari segi harga, kualiti dan lain-lain kriteria yg dikehendaki. Persaingan antara pembekal menghasilkan pelbagai pilihan, maka pembeli tidak terikat dengan sifat oportunistik pembekal.

Hierarki terbentuk akibat kos urusniaga yang tinggi. Pembekalan mesti di sediakan dan/atau pembekal tidak begitu kompetitif untuk menghalang oportunisme. Mengekalkan perhubungan jangka panjang dan stabil antara pembeli dengan pembekal akan mengurangkan kos urusniaga

7.4.2 Pasaran ElektronikDalam pasaran pembeli mencari penjual. Mengguna rangkaian elektronik akan mengurangkan kos mencari barangan dan perkhidmatan. Proses ini dikenali sebagai "the electronic brokerage effect".Dalam pasaran elektronik wujud perkhidmatan yang menghubungkan antara pembeli dengan pembekal melalui sumber maklumat berkongsi (shared information resource). Sumber ini menyediakan alat untuk mencari data. Ia membantu pembeli untuk mencari tawaran daripada pelbagai pembekal dengan cepat,mudah dan murah.

Kemudahan rangkaian seperti perkhidmatan direktori memudahkan untuk mengenalpasti bilangan yang menjelaskan tentang sesuatu buku. Firma membentuk perhubungan pasaran dengan rakan niaga apabila mengguna rangkaian untuk mengurangkan kos. Teknologi memudahkan syarikat untuk mencari pelbagai pilihan. Mereka menggunakan rangkaian untuk membentuk satu kumpulan pembekal yang besar. Ini mengakibatkan pembeli tidak perlu setia kepada mana-mana pembekal kerana pilihan yang banyak untuk berurusniaga.

7.4.3 Hierarki Elektronik Firma menggunakan rangkaian untuk mengurangkan kos integrasi membentuk perhubungan hierarki jangka panjang dengan rakan perniagaan. Perhubungan hierarki menggunakan sistem maklumat dan rangkaian tele-komunikasi untuk integrasi antara pembeli dengan pembekal.

Pelbagai cara mengintegrasi hubungan antara pembekal dan pembeli dalam perhubungan hierarki adalah seperti berikut :

Electronic Data Interchange

Sistem ini menghubungkan terminal jualan pembeli dengansistem penyampaian pembekal supaya tidak berlaku kekurangan stok pembeli

Just In Time InventoryManagement System

Sistem ini membentuk perhubungan dengan pembekal dan pelanggan untuk memberi dan menerima pesanan melalui dokumen pesanan pembelian, invois dan maklumat perkapalan dengan cekap dan berkesan.

7.4.4 Urusniaga Perdagangan (Commercial Transaction)

Model Empat Fasa untuk urusniaga perdagangan adalah berikut :-

45

Page 46: Modul RBT 3103

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

Penerokaan Sebelum Membeli Prepurchase DiscoveryPemilihan dan Keputusan Membeli Selection and CommitmentProses Pembelian Purchase ConsummationInteraksi Selepas Pembelian Post Purchase Interaction

Penerokaan Sebelum Membeli Persediaan Sebelum Membeli adalah penting untuk pasaran dan hierarki. Keperluan pelanggan ditentukan dari segi produk, masa dan kehendak ; pembekal yang dapat memenuhi keperluan ini dicari. Maklumat tentang produk dan syarat serta terma urusniaga dicari, tetapi tiada komitmen diminta atau diberi.

Pada peringkat ini proses pengumpulan maklumat dan penilaian dijalankan. Pelanggan tidak bergantung kepada pembekal sahaja. Mereka akan meminta pendapat daripada mereka yang pernah membeli produk.

Proses membuat keputusan akan menjadi panjang apabila produk adalah rumit atau maklumat tentang produk susah untuk ditafsirkan.

Pemilihan dan Keputusan Membeli Pemilihan tentang pembekal dan keputusan untuk membeli memerlukan perundingan tentang terma dan keperluan yang tidak diketahui semasa proses pencarian. Pembekal ingin menjual dan mengadakan beberapa urusniaga atau menjual stok yang berlebihan. Manakala pembeli pula meletakan keutamaan pada syarat penyampaian dan kualliti.

Proses Pembelian Proses Pembelian melibatkan pihak-pihak lain selain daripada pembeli dan penjual. Produk (barangan atauperkhidmatan) perlu diagihkan kepada pembeli/penjual yang melibatkan pengangkutan diuruskan oleh pihak lain. Proses pembayaran juga melibatkan pihak ketiga dari segi pengurusan pembayaran dan pengesahan instrumen pembayaran.

Akhir sekali pembeli dan penjual mesti bersetuju tentang syarat-syarat urusniaga yang sudah dipersetujui.Kuantiti, kualiti dan masa penyerahan sudah dipenuhi atau gantirugi diminta. Penjual mahu menggalakkan pembeli membeli barangannya lagi. Ini memerlukan perhubungan pemasaran untuk mewujudkan kesetiaan jenama.

Interaksi Selepas Pembelian Interaksi melibatkan perkhidmatan pelanggan dan sokongan untuk mengurus aduan pelanggan, pemulangan barangan dan kecacatan barangan.

7.4.5 Aliran Kerja (Work flow)Mengguna teknologi dalam perdagangan memerlukan strukur yang jelas dan tetap. Komputer dan rangkaianmesti diselaraskan serta tugas-tugas dibahagikan antara pembeli, penjual dan pemberi perkhidmatan sokongan. Perspektif ekonomi dan pasaran adalah abstrak, maka perspektif dan pengurusan teknologi mesti konkrit (jelas dan tetap)

Dalam teori sistem pengurusan pengkalan data (Database Management System) memberikan definisikhusus tentang urusniaga. Definisi ini yang membuatkan mesin teler automatik( ATM) dapat berfungsi dengan cekap dan berkesan serta dapat bekerja dengan sistem-sistem lain dalam sesuatu bank.

Definisi ini menyatakan sesuatu urusniaga mesti mempunyai prosedur berikut:- Mempunyai proses permulaan dan tamat yang berstruktur dan jelas

Mengikut proses yang ditetapkan (Satu siri langkah-langkah)

Peringkat akhir adalah berjaya atau gagal

46

Page 47: Modul RBT 3103

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

Boleh silap dengan pelbagai cara, tetapi betul/berjaya dengan hanya satu cara sahaja

Ubah data dalam pengkalan data sekiranya berjaya, dan tidak berubah data sekiranya gagal/silap

7.5 Pengguna

Industri-industri besar mengguna pengkomputeran untuk memajukan aspek-aspek • kualiti • perkhidmatan • inovasi • kepantasan

Perniagaan melabur dalam teknologi maklumat dan perdagangan elektronik untuk meningkatkan produktiviti mengurangkan kos, dan memajukan perkhidmatan pelanggan

Pengguna suka membeli atas talian (online) kerana dapat mencari pelbagai produk berbanding kedai tradisional. Mutu perkhidmatan pelanggan juga dapat ditingkatkan. Pengguna yang sibuk dapat menjimatkan masa dan rasa lebih mudah kerana penjual dapat memenuhi keperluan individu. Pengguna boleh peroleh pelbagai maklumat apabila membuat keputusan pembelian. Maklumat yang baik (better information) dan pilihan yang pelbagai (greater selection) serta kos operasi yang rendah membantu perniagaan internet untuk menurunkan harga atau membaiki kualiti

7.5.1 Perkhidmatan Pelanggan

Jurujual hanya mampu menjaga akaun pelanggan yang mampu mereka berjumpa dan menghubungi melalui telefon. Apabila jumlah pelanggan (akaun) meningkat maka bilangan jurujual juga meningkat. Malah syarikat jualan langsung juga perlu meningkatkan pekerja apabila pesanan melalui telefon meningkat.

Bagi syarikat yang menggunakan komputer (web-based), ia boleh menambah pelanggan baru dengan kos yang rendah atau tanpa kos langsung. Ini kerana urusan jualan dilakukan dalam komputer (server), bukannya kedai secara fizikal atau jurujual. Pencapaian syarikat hanya dibatasi keupayaan komputer untuk melayan pertanyaan dan pesanan pelanggan.

Internet juga boleh membuatkan syarikat jualan tradisional, jualan mengguna katalog dan pengiklanan menjadi lebih cekap.

Pesanan secara automatik melalui komputer membolehkan jurujual untuk memberi tumpuan terhadap pembinaan dan mengekalkan perhubungan dengan pelanggan. Tanpa komputer, jurujual terpaksa menghabiskan masa mengisi borang-borang pesanan pelanggan.

Katalog elektronik dapat memberikan lebih banyak maklumat dan pilihan berbanding dengan katalog kertas.

Jualan langsung atas talian (online) dapat memendekan masa pembelian semula yang memudahkan untuk menambah barangan untuk dijual

Dengan mengguna internet (perniagaan atas talian) sesebuah syarikat dapat mencipta pasaran baru menguntungkan pada peringkat tempatan dan global.

47

Page 48: Modul RBT 3103

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

7.5.2 Kepelbagaian (Variety)Pembeli /pengguna memperoleh menafaat yang amat baik daripada internet dari segi pilihan produk dan perkhidmatan berbanding dengan saluran tradisional. Sama ada di rumah atau pejabat, penggunaboleh akses beribu laman web untuk mendapat maklumat tentang berita, peristiwa, produk, penyelidikandan boleh membeli hampir apa sahaja.

Pemilihan tidak terhad kepada produk dan perkhidmatan yang boleh disampaikan secara digital, malah laman web juga menjual alat elektronik, perkebunan, bekalan pejabat dan lain-lain produk fizikal. Ia juga menyediakan pilihan yang pelbagai berbanding jualan secara tradisional.

Contoh, satu kedai buku yang besar menyediakan 150,000 pelbagai buku, manakala kedai maya boleh menyediakan 2.5 juta tajuk merangkumi buku yang diterbitkan dan juga buku yang tidak diterbitkan.Selain kedai buku biasa, kedai buku khas menyediakan buku-buku tentang antik, buku dalam bahasa asing, edisi luar biasa, dan buku-buku lain yang mungkin memerlukan panggilan telefon dan terpaksamelakukan perjalanan untuk mendapatkannya. Sebaliknya mengguna internet, pembaca hanya perlutaipkan kata kunci untuk mengenalpasti laman yang sesuai, lawat laman terpilih dan cari inventori, buat pemilihan dan lakukan proses pembelian. Buku akan sampai kepada anda dalam beberapa hari.

7.5.3 Pilihan Berdasarkan Maklumat (informed Choice)Antara Kelebihan terbaik pasaran terbuka elektronik adalah kesediaan boleh dapat maklumat dan pembentangan maklumat. Pembelian yang memerlukan kajian latarbelakang yang mendalam atauperbandingan antara pilihan yang pelbagai menjadi mudah apabila kompleksiti diturunkan dan kesediaan maklumat meningkat.

Membeli sebuah kereta adalah satu contoh yang memerlukan banyak dan pelbagai maklumat untuk memenuhi keperluan dan kehendak pembeli. Antara maklumat yang perlu dipertimbang-kan adalah :-

Pembuat kereta Pembiayaan kewangan Model Polisi insuran Aksesori Harga (perundingan) Prestasi

Melalui internet semua maklumat yaang diperlukan untuk membeli sebuah kereta boleh di-perolehi. Rangkaian(web) memberikan peluang kepada pengguna dengan pelbagai maklumat tentang harga dan pilihan yang boleh dibuat. Keputusan yang akan dibuat lebih tepat berdasarkan maklumat yang diperolehi.

Rangkaian memberikan pengetahuan (maklumat) yang banyak dan terperinci tentang pilihan-pilihan serta harga yang wujud. Pengguna boleh membuat keputusan daripada pilihan yang termaklum (informed choice) sebelum membeli sesuatu produk.

48

Page 49: Modul RBT 3103

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

8.0 Sinopsis

Tajuk ini membincangkan topik-topik tentang kos pembelian, pengurusan inventori, kitaran masa, asimilasi teknologi dan penyesuaian teknologi

8.1 Hasil Pembelajaran

Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat:8.1.1 Menerangkan bagaimana kos pembelian, pengurusan inventori dan kitaran masa

mempengaruhi harga sesuatu produk dan bagaimana integrasi membantu8.1.2 Menerangkan empat fasa dalam proses mengguna teknologi baru dan tiga

halangan yang menghalang proses tersebut8.1.3 Menerangkan perbezaan antara rangkaian terbukan dengan rangkaian nilai

tambah (VAN) serta bagaimana rangkaian membantu perniagaan

8.2 Kerangka Tajuk Ini

8.3 Pengenalan

Asimilasi Teknologi

Kitaran Masa

Pengurusan

Inventori

Kos Pembelian

Penyesuaian

Teknologi

Aplikasa Antara

Organisasi

49

TAJUK 8 Aplikasi Antara Organisasi

Page 50: Modul RBT 3103

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

Persaingan antara industri adalah sistem komputer yang canggih. Contoh sistem komputer yang digunakan oleh industri tertentu adalah seperti di jadual berikut:-

Industri Sistem KomputerSyarikat penerbangan,Hotel dan Kereta Sewa

Sistem tempahan berkomputerComputerised reservation system

Industri pemborongan hospital Pesanan secara automatik dan sistem pengagihanAutomated order entry and distribution system

Pasaran kewangan Perdagangan berkomputer dan sistem pembayaranComputerised trading and settlement system

Pengeluaran Reka bentuk berbantukan komputer dan Pertukaran data elektronikComputer aided design & Electronic data interchange

E-dagang berkembang dengan pantas. Syarikat pelbagai saiz berkomunikasi antara satu sama lain secara elektronik. Perhubungan dilakukan mengguna internet awam dan juga rangkaian swasta seperti rangkaian nilai tambah (Value added network). Ditunjukkan secara grafik seperti di bawah:-

Teknologi Maklumat dan Komunikasi membantu organisasi menyusun semula struktur organisasi. Penyusunan semula ini bertujuan untuk mengatasi masalah dari segi jarak dan masa. Kecekapan dari segi koordinasi dan kawlan dapat ditingkatkan.

SwastaRangkaian Nilai Tambah

Awaminternet

Rangkaian

Komunikasi

E-Dagang

TMK bantu penstrukturan semula perhubungan antara organisasi Meningkatkan koordinasi dan kawalan

Guna TMK

Syarikat

50

Page 51: Modul RBT 3103

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

Dalam e-dagang, perhubungan perniagaan-perniagaan melibatkan penggunaan komputer dan rangkaian. Komputer dan rangkaian menghubungkan antara pembekal dengan pelanggan. Perhubungan ini melibatkan bahagian-bahagian tertentu dalam sesuatu organisasi dengan bahagian lain serta organisasi luar seperti ditunjukkan dalam jadual di bawah:-

Bahagian Dalam Organisasi Bahagian Dalaman Atau Organisasi LuarOperasi pembelian PembekalPerancang logistik dalam sesuatu syarikat

Syarikat pengangkutan yang menyimpan dan menghantar produk mereka

Bahagian jualan dengan Pemborong atau peruncti yang menjual produk mereka

Bahagian perkhidmatan pelanggan Bahagian penyelenggaraanSyarikat Pelanggan

Dalam semua perhubungan ini, tiga perkara penting diambil berat iaitu :- Kos Pembelian (Purchasing cost) Pengurusan Inventori (Inventory management) Kitaran masa (Cycle time)

Tiga perkara diatas memberi kesan terhadap kos overhed. Sekiranya kos overhed dapat dikurangkan, ia mengakibatkan

Penggunaan modal yang lebih cekap Pengurangan cukai Produktiviti meningkat

8.4 Kos Pembelian

Membeli barang atau perkhidmatan bagi syarikat yang besar adalah satu proses yang kompleks. Ia adalah proses yang kompleks kerana melibatkan pelbagai langkah (multi step process)Langkah-langkah pembelian adalah seperti berikut :-

TMK bantu penstrukturan semula perhubungan antara organisasi Meningkatkan koordinasi dan kawalan

Pertukaran Maklumat

Pembekal

Lukisan yang terperinci serta maklumat mengikut spesifikasipelanggan. Maklumat adalah rahsia jika ia melibatkanproses pengeluaran atau reka bentuk produk

Cari pembekal yang dapat memenuhi keperluan dari segi kuantiti, penyampaian, kualiti dan harga

51

Page 52: Modul RBT 3103

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

Syarikat menurunkan kos pembelian melalui :- membaiki pembelian dengan mendapat diskaun melalui pembelian berkuantiti (volume

discounts) integrasi yangl ebih baik dengan pembekal utama dalam proses pengeluaran

Pemprosesan pesanan yang cekap akan mengurangkan masa dan usaha terlibat dalam memastikan bahawa perkara-perkara berikut antara pembeli dan pembekal adalah tepat dan padan :-Pesanan Pembelian, Pesanan Perubahan, Notis Penghantaran / Penyampaian dan Invois-invois8.5 Pengurusan Inventori

Menyimpan inventori bermakna kos operasi meningkat dan keuntungan berkurangan. Selain kos produk ada kos-kos lain yang terlibat iaitu :

Kos penyimpanan (storage cost) Kos insurans (insurance cost)

52

Page 53: Modul RBT 3103

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

Menyimpan inventori berlebihan boleh berlaku dalam keadaanikeadaan berikut :-

Jika produk yang disimpan adalah khusus untuk model atau stail tertentu, inventori yang berlebihan terpaksa dihapus kira bila model ditamatkan atau stail sudah berubah

Syarikat menyimpan bahan mentah untuk memastikan proses pengeluaran berjalan lancar. Masalah ketidakcekapan dari segi :-

jadual pengeluaran lambat dibuat (diproses) pesanan kepada pembekal juga lambat diproses

mengakibatkan syarikat terpaksa menyimpan inventori lebihan kerana kelewatan dan kesilapan. Selain berlaku lebihan stok, syarikat juga tidak mampu untuk bertindakbalas dengan perubahan permintaan

Ada syarikat menyimpan produk siap untuk dihantar kepada pelanggan. Menyimpan inventori berlebihan tidak bermakna syarikat dapat meningkatkan perkhidmatan pelanggan. Contohnya kasut saiz 10 tidak bermakna bagi pelanggan yang memerlukan kasut saiz 8. Apabila pelanggan memerlukan reka bentuk dan warna tertentu sesuatu produk, tetapi syarikat tidak dapat memenuhinya kerana belum sampai. Sudah pasti pelanggan tersebut akan pergi mencarinya daripada pesaing.

Rumusan Mengurus inventori dengan cekap akan menghasilkan :-

penurunun kos operasi syarikat, dan perkhidmatan pelanggan yang lebih baik

Meningkatkan pusingan ganti inventori di gudang atau kedai dengan menjual atau menggunanya untuk pengeluaran akan mengurangkan kos-kos yang berkaitan dengan insuran, urusan menyusun dan menyimpan

8.6 Pusingan Masa

Pusingan masa adalah jumlah masa yang diperlukan untuk membina sesuatu produk siap yang boleh dijual kepada pelanggan.

Ada kos-kos tetap yang tidak berubah dengan jumlah pengeluaran, seperti :- susut nilai peralatan kos utiliti kos bangunan masa (upah) pengurus dan penyelia

Keadaan 1 : Model / Stail

Keadaan 3 : Produk Siap

Keadaan 2 : Pengeluaran

53

Page 54: Modul RBT 3103

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

Koordinasi yang cekap dan berkesan antara pembeli dan pembekal akan mengurangkan pusingan masa.Contohnya jika purata masa untuk menghasilkan sesuatu produk dapat dikurangkan daripada 8 jam kepada 6 jam. Kos tetap seunit dapat dikurangkan kerana jumlah masa dipendekkan.

Kesan ini amat jelas dalam kawalan mutu (quality control). Komponen yang bermutu tinggi mengurangkan kadar kecacatan (defect rates), kurangkan masa untuk diuji yang secara keseluruhan memendekkan masa bagi proses pengeluaran menghasilkan produk untuk dipasarkan.

Kebaikan mengurangkan pusingan masa adalah seperti berikut :- komponen sudah diperakukan (certified) sebelum digunakan Pengeluaran yang cekap mengurangkan pelaburan yang perlu dibuat untuk

mesin baru Produk cacat dapat dikurangkan bermakna lebih produk boleh dipasarkan

daripada

8.7 Asimilasi Teknologi

Pada awal tahun tujuh puluhan, syarikat mula melakukan kerja automasi untuk kerja-kerja yang berulang-ulang. Penyelidik mendapati bahawa teknologi maklumat bermula secara kecil-kecilan tetapi berkembang dengan pesat sehingga menjadi satu perkara asas dalam syarikat

Penyelidik mendefinisikan empat fasa dalam proses teknologi baru digunakan dalam sesuatu organisasi. Selain fasa untuk menerima dan mengguna teknologi baru, ada tiga halangan yang mungkin menghalang penggunaan teknologi baru.

4 Fasa dan 3 halangan yang menyokongan dan menghalang penggunaan teknologi baru

Permulaan Projek Teknologi Baru (Initiation of a new technology project)

Peringkat dimana keputusan dibuat untuk memulakan pelaburan dalam teknologi baru. Faedah dan kos teknologi belum dikenal pasti. Skop projek terhad untuk menguji dan dilakukan melalui projek rintis. Apabila projek berkembang pengendali lebih berpengalaman dan latihan di

Fasa 1 : Mengenal pasti dan melabur dalam Teknologi (Technology Identification and Investment)

MenghalangMenyokong

Hanya Mementingkan Kecekapan Sahaja(Too Efficiency Dominated)

Tumpuan yang Sempit dan Kurang Sesuai(Narrowly focused, Inappropriate Fit)

Hilang Minat dan Kos Bertambah(Loss Interest, Cost Overruns)

Transformasi Teknologi Yang Menyeluruh(WidespreadTechnology Transfer) Investment)

Rasionalisasi dan Kawalan Pengurusan(Rationalisation & Management Control)

Penyesuaian Dan Pembelajaran Teknologi (Technological Learning and Adaptation)

Mengenal pasti dan Melabur Dalam Teknologi (Technology Identification and Investment)

54

Page 55: Modul RBT 3103

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

mulakan kepada kumpulan kecil dahulu. Ini bertujuuan untuk menguji kesesuaian teknologi dengan keperluan organisasi.

Fasa ini adalah peringkat mencuba (experimental) maka halangan mudah berlaku kerana pelbagai sebab. Antara sebab adalah :-

Teknologi tidak sesuai dengan organisasi Kegagalan pembekal / vendor Penglibatan pekerja (pengguna teknologi) yang rendah Kos melebihi dari yang sepatutnya (cost overruns) Perubahan strategik organisasi

Perancangan dalam fasa ini terbahagi kepada mengenal pasti teknologi (technology identification) dan sumber manusia. Masalah teknikal teknologi mesti diselesaikan supaya ia memberi faedah kepada organisasi. Manakala sumber manusia pula mesti diberi latihan khas supaya dapat mengguna teknologi baru.

Apabila organisasi memperolehi pengalaman mengguna teknologi baru, minat akan berkembang. Penggunaan teknologi yang sesuai dengan keperluan organisasi juga akan berkembang menandakan perkembangan penggunaan teknologi baru akan masuk ke dalam fasa dua.

Apabila teknologi baru terbukti boleh berfungsi dalam organisasi, proses beralih kepada proses pembelajaran bagaimana mengguna teknologi tersebut. Pada peringkat ini lebih ramai pengguna terlibat dengan teknologi baru. Usaha untuk mencari faedah dan kebaikan teknologi serta bagaimana untuk mengaplikasinya ke bahagian-bahagian lain dalam organisasi.

Kelembapan akan berlaku sekiranya pendekatan dalam peringkat adalah terlalu konservatif. Kejayaan bergantung kepada komunikasi yang berkesan dan kesanggupan mencari kesesuaian penggunaan teknologi kepada pekerja organisasi.

Peringkat ini bermula dengan pembangunan kawalan yang tepat untuk membimbing reka bentuk dan pelaksanaan. Peranan pengguna dan pekerja sokongan menjadi lebih jelas dan kadar inovasi dan pengubahsuain menjadi perlahan. Perancangan pada peringkat ini tertumpu kepada kecekapan iaitu kecekapan kos. Ia merangkumi melengkapkan dan membaiki aplikasi, mmeningkatkan tahap kecekapan pekerja dan menstruktur semula untuk mengguna teknologi baru dengan lebih cekap.

Halangan berlaku kerana terlalu tertumpu kepada kecekapan bukannya keberkesanan teknologi baru tersebut. Terlalu banyak tertumpu kepada skala ekonomi boleh mematikan projek. Satu lagi sebab gagalnya disebabkan ia dianggap sebagai tahap akhir pelaksanaan jadi projek akan berada pada tahap penggunaan yang terhad.

Peringkat dimana teknologi digunakan secara meluas dalam organisasi. Selalunya ini berlaku dimana satu jabatan dalam syarikat menyebarluaskan teknologi ke seluruh organisasi. Perancangan pada peringkat ini tertumpu kepada operasi. Persoalan dimana teknologi ini boleh digunakan dan berapakah kos untuk melaksanakannya. Menjangkakann tempoh penggunaan teknologi baru ini adalan penting dan kritikal. Ini disebabkan sesetengah teknologi tidak sampai

Fasa 2 : Penyesuaian Dan Pembelajaran Teknologi (Technological Learning and Adaptation)

Fasa 3 : Rasionalisasi dan Kawalan Pengurusan(Rationalisation & Management Control)

Fasa 4 : Transformasi Teknologi Yang Menyeluruh(WidespreadTechnology Transfer)((Rationalisation & Management Control)

55

Page 56: Modul RBT 3103

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

ke peringkat 4 ini, kerana ia akan diganti dengan pantas oleh teknologi baru peringkat 3 daripada bahagian lain dalam organisasi.

Peringkat 1 dan 2 bersifat inovasi, peringkat 3 dan 4 dikenali dengan kawalan (control). Dalam fasa inovasi pihak pengurusan mesti menyediakan sumber-sumber untuk mendapat hasil yang belum pasti (uncertain). Manakala untuk peringkat kawalan pula, kewangan dan sistem pengurusan prestasi diperlukan untuk menjayakan teknologi baru.

Objektif pembelajaran

56

TAJUK 10 Penilaian dan Pemesanan

Page 57: Modul RBT 3103

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

Dapat menerangkan bagaimana perkhidmatan internet dapat membaiki perkhidmatan pelanggan dan proses penilaian produk

Dapat menerangkan bagaiman pengumpulan data pengguna individu boleh digunakan untuk meningkatkan perkhidmatan pelanggan

Pengenalan

Topik ini merangkumi bagaimana pengguna membuat penilaian dan keputusan untuk membeli sesuatu produk daripada internet. Perhubungan antara pengguna dengan laman akan mempengaruhi kesetiaan pengguna dengan laman serta produk yang disediakan. Kepercayaan dan kepuasan pengguna akan menghasilkan lawatan dan urus niaga yang berulangkali dengan laman yang akan menghasilkan kesetiaan pelangan terhadap jenama.

Dua kriteria digunakan oleh pengguna untuk membuat penilaian dan keputusan terhadap sesuatu produk iaitu :

10.3Pengurusan Perhubungan (Relationship Management)

Pembentangan dan reka bentuk sesuatu katalog produk dalam rangkaian tidak mencukupi untuk memastikan kejayaan sesuatu syarikat. Suatu perhubungan berdasarkan kepercayaan perlu diwujudkan antara pelanggan dengan peniaga. Kepercayaan ini akan memberikan kredibiliti kepada maklumat yang dipamerkan.

Berdasarkan ini wujud satu fenomena iaitu kesetiaan kepada jenama (brand). Jenama akan mengenalpasti mutu perhubungan dan juga produk. Kesetiaan pelanggan (customer loyalty) iaitu kesetiaan kepada jenama dikaitkan dengan mutu produk dan penyampaian maklumat.

Syarikat yang berniat untuk mewujudkan satu kumpulan pelanggan yang setia mesti mencari cara-cara bagaimana untuk memberikan perkhidmatan secara peribadi dalam rangkaian.

10.4Social Interaction

Faktor Manusia

Faktor Produk

Kriteria Membuat Keputusan

Faktor Harga, Kesesuaian, Boleh didapati atau tidak

Faktor Reputasi syarikat, perkhidmatan pelanggan dan kepercayaan

Penyampaian Maklumat

Mutu Produk

Kesetiaan Pelanggan

Urus PelangganBukan Jualan

Pelanggan Yang Setia

Matlamat akhir adalah untuk menukarkan produk kepada perkhidmatan jangka panjang

Menyediakan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan pelanggan

57

Page 58: Modul RBT 3103

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

Pelanggan menjangkakan perkhidmatan daripada internet adalah lebih responsif berbanding dengan kedai fizikal. Ini disebabkan tiada perhubungan secara langsung dengan pekerja syarikat dan tindakbalas pantas rangkaian. Oleh sebab itu, interaksi sosial memainkan peranan yang besar untuk memudahkan maklumbalas pelanggan – pembekal dan menyokong penyelidikan pemasaran. Akibatnya wujud laman yang memberi peluang untuk pelanggan dan pembekal membincangkan dan memberi maklumbalas tentang sesuatu produk.

Dua teknologi internet yang digunakan untuk interaksi sosial adalah:-

Syarikat boleh menggunakan teknologi untuk memberi perkhidmatan yang pantas dan cekap kepada pengguna.

10.3Collecting Customer Profiles

Syarikat telah lama mengumpul dan menyimpan maklumat tentang pelanggan dan produk. Maklumat ini disimpan dalam pengkalan data yang boleh diakses oleh pekerja yang dibenarkan.

Dengan adanya maklumat tentang profail pelanggan,, ianya boleh digunakan oleh syarikat untuk memberi perkhidmatan-perkhidmatan berikut:-

Kelebihan chatroom ialah kespontanan komunikasi dan peserta yang pelbagai

Pengguna taip mesej yang diposkan ke bilik chat dan sesiapa yang berhubung boleh memberi respon

Chat ialah satu perkhidmatan yang membenarkan komunikasi spontan

Jawapan atau komen kepada pos membentuk satu perbincangan yang berkait(threaded)

Pengguna pos mesej melalui mel elektronik kepada kotak mel terkumpul. Sesiapa sahaja boleh tambah

Usenet adalah sistem papan buletin terkumpul (Collective bulletin board)

ChatNewsgroup

Teknologi Untuk Interaksi Sosial

Dapat membantu pelanggan dengan pantas dan cekap sebab tahu maklumat produk yang telah

Wakil Sokongan Teknikal Atas Talian

Dapat membantu pelanggan yang ingin mencari maklumat tentang produk yang telah dibeli atau tentang akaunnya

Wakil Perkhidmatan Pelanggan

58

Page 59: Modul RBT 3103

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

Isu yang paling penting tentang pengumpulan maklumat pelanggan ialah keselamatan dan kerahsiaan maklumat individu. Pengguna risau dimana syarikat boleh mengguna dan menjual maklumat pelanggan tanpa had dan kawalan.

Penggunan ingin tahu Siapa yang mengumpul maklumat Maklumat yang dikumpulkan diguna untuk apa Cara/Kaedah bagaimana menghadkan pendedahan maklumat peribadi

Untuk menyelesaikan masalah ini, World Wide Web Consortium telah membina teknologi baru dikenali sebagai Platform for Privacy Preferences atau P3. Teknologi akan menghalang laman yang dasar maklumatnya tidak selari dengan kehendak atau citarasa pengguna. Satu lagi cara ialah untuk meletakkan tanda kepercayaan (trust marks) pada laman-laman yang mempunyai dasar maklumat yang baik.

10.4Automated Order Entry

Pembelian secara automatik melibatkan pelanggan dan pembekal. Dalam internet

10.5The Three–Tier Client/Server System At Work

10.6Delivering Customized Products

10.7Making Order Entry Work

10.8Order Forms

Dapat membantu pelanggan dengan pantas dan cekap sebab tahu maklumat produk yang telah

Wakil Sokongan Teknikal Atas Talian

59

Page 60: Modul RBT 3103

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

PENGENALAN

Sistem perundangan Malaysia mempunyai beberapa peruntukan .yang berperanan dalam mengatasi dan mencegah jenayah-jenayah yang berakaitan dengan e-dagang atau jenayah siber. Beberapa akta dan sekyen diperuntukkan bagi melindungi perkara ini seperti Akta Jenayah Komputer , Akta Perlindungan Data Personel, Akta Aktiviti Elektonik dan Akta Transaksi Elektorik.

AKTAJENAYAH KOMPUTER

Jenayah yang biasanya berlaku adalah seperti penipuan mesin ATM, memalsukan mesin ATM, dan sistem perbankan kewangan.

Berbeza dengan jenayah siber iaitu skim cepat kaya, pornografi, judi siber dan sebagainya.

Seksyen 3 , Akta Jenayah Komputer 1997, Adalah berkenaan capaian tanpa kuasa.  Sesuatu kesalahan dikatakan berlaku apabila seseorang menyebabkan sesebuah komputer melaksanakan apa-apa fungsi dengan niat untuk mendapat capaian kepada mana-mana atur cara atau data yang disimpan dalam mana-mana komputer. capaian yang diniatkan itu adalah tanpa kuasa dan beliau mengetahui tidak mempunyai kuasa sedemikian.

Oleh kerana itu, kesalahan di bawah peruntukan ini adalah seperti yang berikut:1. Mengubah atau memadamkan atur cara atau data.2. Menyalin atau mengalihkannya ke mana-mana bahan antara  storan selain tempat ia

disimpan atau ke tempat lain dalam bahantara storan di mana ia disimpan.3. Menggunakannya atau menyebabkan ia dioutput daripada komputer di mana ia disimpan

sama da dengan mengakibatkan ia dipaparkan atau mengikut apa-apa cara lain.  HUKUMANBagi kesalahan yang disabitkan di bawah pertuduhan seksyen ini, hukumannya adala boleh didenda tidak melebihi RM50000 atau penjara tidak lebih 5 tahun atau kedua-duanya sekali. 

Seksyen 4 , Akta Jenayah Komputer 1997,

1. Seseorang adalah melakukan statu kesalahan di bawah seksyen ini jika dia melakukan satu kesalahan yang disebut dalam seksyen 3 Akta Jenayah Komputer 1997 dengan niat:

- untuk melakukan suatu kesalahan yang melibatkan fraud atau kecurangan atau yang menyebabkan kecederaan sebagaimana yang ditakridkan dalam Kanun Keseksaan; atau

- untuk memudahkan berlakunya suatu kesalahan itu sama ada olehnya sendiri atau orang lain.

2. Bagi maksud seksyen ini, adalah tidak material sama ada kesalahan yang seksyen ini terpakai dilakukan pada masa yang sama apabila capaian tanpa kuasa itu didapati atau pada bila-bila masa hadapan. 

3. Dalam mensabitkan kesalahan di bawah seksyen 4 ini, seksyen 3 hendaklah dibuktikan terlebih dahulu. kesalahan yang dinyatakan ini termasuklah kesalahan fraud dan kecurangan atau yang menyebabkan kecederaan seperti yang ditakrifkan dalam Kanun Keseksaan.

4. Bagi kesalahan di bawah seksyen ini, dendanya tidak melebihi Rm 150000 atau penjara tidak lebih daripada 10 tahun atau kedua-duanya sekali. 

60

TAJUK 12 Perundangan e-Dagang Di Malaysia

Page 61: Modul RBT 3103

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

SEKSYEN 5 akan terpakai. 1. Seseorang adalah melakukan suatu kesalahan jika dia melakukan apa-apa perbuatan

yang dia tahu akan menyebabkan pengubahsuaian tanpa kuasa atau kandungan mana-mana komputer. 

2. Bagi maksud sekyen ini, adalah tidak material bahawa perbuatan berkenaan tidak ditujukan kepada:

(i) Mana-mana atur cara atau data yang tertentu. (ii) Apa-apa bentuk atur cara atau data.

(iii) Suatu atur cara atau data yang disimpan dalam mana-mana komputer yang tertentu. 

3. Bagi maksud seksyen ini, adalah tidak material sama ada suatu pengubahsuaian tanpa kuasa berlaku, atau yang dikehendaki berlaku, kekal atau hanya sementara. 

4. Pengubahsuaian kandungan komputer dijelaskan dalam seksyen 2(7) dan (8) Akta Jenayah Komputer 1997. Dalam perkara ini, pengubahsuaian tanpa kuasa terhadap disket 3 1/2 yang masih berada di dalam sesebuah komputer terjumlah kepada kesalahan di bawah peruntukan ini. Penyebaran virus menerusi komputer juga merupakan suatu kesalahan di bawah seksyen ini. 

HUKUMAN1. Bagi kesalahan ini, penalti yang dIkenakan ialah denda tidak melebihi RM 10000 atau

penjara tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya sekali. Bagi kesalahan dengan niat untuk menyebabkan kecederaan

2. Sebagaimana takrifan Kanun Keseksaan, denda tidak melebihi RM 150000 atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali. 

RANG UNDANG-UNDANG PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2009

Rang Undang-Undang Perlindungan Data Peribadi antara lain bertujuan mengawal selia pemprosesan data peribadi individu yang terlibat dalam transaksi komersial oleh pengguna data untuk mengadakan perlindungan kepada data peribadi individu itu, dan dengan itu melindungi kepentingan individu berkenaan.

Akta ini bukan bertujuan membayar pampasan kepada mana-mana pihak yang terkilan dengan tindakan mana-mana syarikat yang menggunakan data peribadi mereka tanpa kebenaran. Pihak-pihak yang terkilan boleh ambil tindakan sivil terhadap mereka yang salah menggunakan data peribadi jika ia dikategori sebagai transaksi komersil

Menurut rang undang-undang itu seseorang pengguna data yang melanggar peruntukan Seksyen 5(1) telah melakukan satu kesalahan dan berdepan hukuman maksimum penjara dua tahun, denda RM200,000 atau kedua-dua sekali.

AKTA AKTIVITI KERAJAAN ELEKTRONIK ATAU ELECTRONIC GOVERNMENT ACTIVITY ACT (EGAA) 2007 AKTA AKTIVITI KERAJAAN ELEKTRONIK ATAUEGAA adalah suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pengiktirafan undang-undang mesej elektronik dalam urusan antara Kerajaan dengan orang awam, penggunaan mesej elektronik untuk memenuhi kehendak undang-undang dan untuk membolehkan dan memudahkan urusan melalui penggunaan cara elektronik dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengannya.Bila EGAA berkuatkuasa?EGAA telah berkuatkuasa pada 1 Januari 2008Tujuan EGAA diwujudkanEGAA diwujudkan bagi membolehkan Kementerian/Agensi Kerajaan melaksanakan sesuatu aktiviti di dalam sesuatu Akta secara elektronik.Pemakaian EGAAEGAA hanya terpakai bagi Undang-undang Persekutuan yang ditetapkan mengikut seksyen 6 di dalam EGAA tersebut.

61

Page 62: Modul RBT 3103

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

Peranan Jabatan/Agensi di dalam melaksanakan EGAA Jabatan/Agensi yang ingin melaksanakan EGAA perlulah mengenal pasti aktiviti-akitiviti

yang hendak dilaksanakan secara elektronik dan mendapat nasihat daripada Penasihat Udang-Undang Kementerian/Agensi dan MAMPU.

Jabatan/Agensi hendaklah menyediakan aplikasi secara elektronik dan memastikan keberkesanan aplikasi tersebut seperti yang ditetapkan di dalam Arahan Teknologi Maklumat sebelum EGAA dikuatkuasakan.

AKTA TRANSAKSI ELEKTRONIK Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menyatakan belum

ada satu akta khusus bagi melindungi kepentingan hak-hak pengguna yang menjalankan urusan perniagaan melalui e-dagang.

Akta Perlindungan Pengguna (APP) 1999 akan dipinda untuk memberi perlindungan kepada pengguna yang menjalankan urusan secara elektronik, kata: Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

KEBERKESANAN e-Dagang DI MALAYSIA

Bidang penerbangan : Air Asia,Malaysia Airline Penerbitan akhbar atas talian: Utusan Malaysia,Berita Harian,Sinar Harian Bidang Peruncitan: pasaraya maya ‘e-mall’ Pelancongan:Promosi perhotelan,inap desa Pendidikan:Score A

KEBOLEHPERCAYAAN e-Dagang

Pencerobohan dalam transaksi semakin berleluasa. Peniaga-peniaga bimbang, maklumt-maklumat sulit terutamanya dalam B2B akan

diceroboh oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Kegagalan mempertimbangkan keadaan pesaing Sesebuah syarikat kadangkala mempunyai kebolehan untuk melibatkan diri dalam sistem

edagang. Tetapi, kekurangan maklumat mengenainya boleh menyebabkan ianya tidak dapat bersaing dengan pesaing lain.

Kesukaran bagi pelanggan untuk melakukan pembelian sekiranya tiada ilmu dalam teknologi maklumat

Kesukaran bagi pengguna sekiranya pengguna tidak mempunyai ilmu dalam bidang teknologi maklumat. Selain itu, pengguna tersebut harus mengetahui alamat elektronik perniagaan tersebut secara spesifik dan ini menyukarkan pengguna.

Kegagalan memahami kehendak pengguna - iaitu apa yang hendak dibeli dan bagaimana hendak membeli. Namun, masalah ini dapat diatasi sekiranya peniaga menjalankan kajian pemasaran seperti kaedah tradisional.

Kelembapan internet (heavy internet traffic)

TOKOH USAHAWAN INTERNET Dato Seri Tony Fernandes (CEO Air Asia dan Tune Company) Christopher Chan (CEO The Media Shoppe Bhd) Irfan Khairi (Pengasas Idea Bubble)

62

Page 63: Modul RBT 3103

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

13.0Sinopsis

Tajuk ini membincangkan undang-undang perniagaan. Ia bermula dengan jenis dan sumber undang-undang. Seterusnya perbincangan berfokus kepada lima undang-undang iaitu undang-undang kontrak, undang-undang jualan barang, undang-undangsewa beli, undang-undang alam sekitar dan undang-undang hak cipta

Undang-undang Perniagaan Jenis dan sumber undang-undang Undang-undang kontrak Undang-undang jualan barang Undang-undang sewa beli Undang-undang alam sekitar Undang-undang hak cipta

Rujukan

Akta Kontrak 1950 ( Akta 136) & Akta Kontrak Kerajaan 1949 ( Akta 120 ),( 2002)Akta Paten 1983 ( Akta 291) ,(2006) Akta Sewa Beli 1967 ( Akta 212 ) & Peraturan-peraturan. (2003)Undang-undang Siber Malaysia.

Aktiviti Kumpulan:Bincangkan kepentingan setiap undang-undang perniagaan dalam menjaga keluhuran etika dan perniagaan di Malaysia.JENIS DAN SUMBER UNDANG-UNDANG

Takrif: Undang-undang ditakrifkan sebagai satu set peraturan sah yang dikuatlkuasakan oleh pihak berkuasa ke atas rakyat

Matlamat Undang-undang

1. Untuk menegakkan keadilan

2. Mempertahankan hak asasi manusia

3. Mengatur sistem pemerintahan negara

4. Mengatur sistem sosial masyarakat

5. Mewujudkan keamanan dan keharmonian

PEMBAHAGIAN UNDANG-UNDANGDari sudut skop penglibatan pihak-pihak yang bertikaian

Dibahagikan kepada

A. Undang-undang awam (Public Law)1. Undang-undang perlembagaan

2. Undang-undang Pentadbiran

3. Undang-undang Jenayah

B. Undang-undang Persendirian (Private Law)1. Undang-undang Kontrak

2. Tort

63

TAJUK 13 Undang-undang Perniagaan

Page 64: Modul RBT 3103

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

3. Amanah

4. Tanah

5. Syarikat

6. Keluarga

7. Perkongsian

8. Agensi

Dari sudut prosedur dan kaedah penyelesaian.Dibahagikan kepada Undang-undang Sivil

Melibatkan hak dan tanggungan dua atau beberapa pihak yang bertelingkah yang tidak melibatkan kesalahan jenayah. Ia melibatkan tuntutan hak oleh satu pihak (Planintif) dan penafian oleh pihak yang satu lagi (Defenden)

Undang-Undang Jenayah Undang-undang yang boleh melibatkan kesalahan –kesalahan yang boleh dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa. Kesalahan itu melibatkan diri, hartabenda, keselamatan negara dan keharmonian awam. Pihak yang terbabait ialah Pendakwaraya lawan tertuduh.

SUMBER UINDANG-UNDANG

Sumber merujuk kepada sumber undang-undang, iaitu kaedah-kaedah undang-undang yang mengumpulkan undang-undang.

1. Perlembagaan Persekutuan

2. Perlembagaan Negeri

3. Undang-undang persekutuan yang dibuat oleh Parlimen

4. Undang-undang negeri yang dibuat oleh Dewan Undangan Negeri

5. Undang-undang Subsuidiari Persekutuan dan Negeri

6. Keputusan Kehakiman dari Mahkamah-mahkamah atasan

7. Undang-undang Islam (yang digunakan untuk umat Islam sahaja)

64

Page 65: Modul RBT 3103

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

PENGENALAN KEPADA UNDANG-UNDANG KONTRAK

TAKRIF KONTRAK

Seksyen 2 (h) Akta Kontrak 1950 mentafsirkan kontrak sebagai satu perjanjian yang boleh dikuatkuasa oleh undang-undang

Seksyen 2 (g) Sesuatu perjanjian yang tidak boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang adalah batal

Seksyen 10 (1) Semua perjanjian adalah kontrak jika dibuat atas kerelaan bebas pihak-pihak yang layak membuat kontrak, untuk sesuatu balasan yang sah dan dengan sesuatu tujuan yang sah, dan tidak ditetapkan dengan nyata di bawah peruntukan akta ini bahawa ianya batal.

ELEMEN-ELEMAN KONTRAK

1. PERJANJIAN (TAWARAN DAN PENERIMAN)

2. BALASAN

3. NIAT

4. KEUPAYAAN

5. KETENTUAN

6. KERELAAN BEBAS

7. TUJUAN YANG SAH

65

Page 66: Modul RBT 3103

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

PERJANJIAN (TAWARAN DAN PENERIMAAN)

Ia bermula apabila satu pihak memberi cadangan dan satu pihak lagi menerima cadangan itu. Elemen cadangan dan penerimaan adalah penting untuk mewujudkan persetujuan yang akan membentuk satu perjanjian diantara kedua-dua pihak.

Merupakan keperluan utama sesuatu kontrak. Dua pihak diperlukan bagi membuat perjanjian; satu pihak sebagai pembuat tawaran atau pembuat janji dan satu pihak lagi sebagai penerima tawaran atau penerima janji. Kewujudan satu pihak sahaja tidak memadai

TAWARAN

1. Seksyen 2 (a) menerangkan bahawa tawaran terbentuk apabila seseorang menyatakan kepada seseorang yang lain akan kesediaanya untuk melakukan atau tidak melakukan sesuatu dengan harapan untuk mendapat persetujuan pihak yang satu lagi untuk melakukan atau tidak melakukan sesuatu pula.

2. Sesuatu tawaran mestilah dikomunikasikan kepada pihak yang satu lagi. Tawaran boleh ditujukan kepada seseorang secara lisan, bertulis, atau perlakuan. Ia boleh ditujukan kepada seseorang yang tertentu atu khusus atau keoada sekelompok atau sekumpulan orang atau seluruh dunia. Sekiranya tawaran ditujukan kepada orang tertentu atau sesuatu kumpulan tertentu maka orang itu atau individu atau kumpulan yang tertentu itu sahaja boleh menerimanya. Penerima tawaran boleh tampil untuk menerimanya dengan mengkomunikasikan penerimaanya atau cukup dengan melakukan atau memenuhi syarat –syarat tawaran sahaja

Contoh: Azizi telah kehilangan jam tangannya dan mengiklankan di facebook bahawqa sesiapa yang menjumpai dan memulangkan dompet itu akan dihadikahkan RM 200. Oleh itu tawaran Azizi terbuka kepada dunia luas dan sesiapa sahaja yang terbaca iklan itu berhak menerimanya.

3. Satu tawaran itu mestilah jelas, lengkap dan muktamad. Tawaran yang kabur dan tergantung maksudnya tidak akan menjadikan tawaran tersebut sebagai mengikat si penerima di sisi undang-undang

4. Sesuatu tawaran perlu dibezakan daripada pelawaan untuk membuat tawaran. Suatu tawaran apabila diterima akan mewujudkan perjanjian tetapi pelawaan untuk membuat tawaran apabila diterima hanya mewujudkan tawaran. Contohpelawaan tawaran adalah

i. Pamiran barang-barang bersama-sama harga di kedai bukanlah merupakan tawaran tetapi hanya pelawaan kepada pelanggan kepada pengguna untuk membuat tawaran untuk membeli.

ii. Jualan lelong dimana pelelong hanya mempelawa orang ramai membuat tawaran kepadanya untuk bersetuju membeli barang-barang yang dilelongnya dan kuasa penerima terletak kepada pelelong sendiri untuk menerima mana-mana tawaran yang dingininya.

iii. Jualan melalui katalog atau risalah merupakan pelawan tawaran bukannya tawaran. Peneriman terletak kepada penjual. Penjual boleh menolak untuk menjual barang tersebut

iv. Iklan/ Prospektus syarikat dan tender yang dikeluarkan dalam akhbar juga merupakan pelawaan untuk membuat tawaran.

PENERIMAAN

1. Suatu peneriman mesti dibuat ketika tawaran masih dibuka. Penerimaan itu mestilah secara mutlak dan menyeluruh -Seksyen 7 (a)

Contoh: Jika A membuat tawaran kepada B yang berbunyi “saya ingin menjual komputer ini kepada awak dengan harga RM 300. Adakah awak setuju?” B mestilah menyahut “saya setuju untuk membelinya dengan harga tersebut.

66

Page 67: Modul RBT 3103

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

2. Seksyen 2 b memperuntukn bahawa peneriman berlaku apabila penerima tawaran menyatakan persetujuannya. Penerimaan persetujuan boleh berlaku melalui pernyataan persetujuan samada secara lisan, bertulis atau melalui perlakuan. Peneriman mestilah dilakukan menerusi komunikasi atau secara positif. Penerimaan mental sahaja tidak mencukupi. Sesuatu penerimaan dianggap telah dikomunikasikan apabila hah penerimaan itu sampai kepada pengetahuan penawar. Kontrak terbentuk pada masa dan tempat penerimaan itu diterima dan diketahui oleh penawar.

Seksyen 4 (1) Komunikasi cadangan adalah lengkap apabila cadangan itu sampai kepada pengetahuan pihak, iaitu kepada siapa cadangan itu dibuatSeksyen 4 (2( Komunikasi penerimaan adalah lengkap(a) terhadap pencadang, apabila komunikasi penerimaan itu telah dimasukkan dalam perjalanan pengiriman kepadanya, supaya berada diluar kuasa penerima(b) Terhadap penerima, apabila komunikasi penerimaan itu telah sampai kepada pengetahuan pencadang.

3. Penerimaan juga hendaklah dibuat dalam jangkawaktu yang munasabah. Ini bermaksud satu tawaran tidak akan terbuka untuk selama-lamanya.

Contoh: A bersetuju untuk menjual buah rambutan yang sedang masak dikebunnya kepada B. Lima bulan selepas itu baru B membuat penerimaan. Penerimaan oleh B tidak dibuat dalam tempoh yang munasabah

Jika pembuat tawaran menghendakki penerimaan dibuat dalam tempoh masa tertentu, penerimaan hendaklah dibuat dalam tempoh tertentu tersebut. Jika melepasi tempoh tersebut, secara automatik tawaran tadi adalah batal atas keluputan waktu

4. Penerima tawaran wajib untuk membuat penerimaan menurut cara munasabah yang dikehendaki oleh pembuat tawaran jika pembuat tawaran telah menyatakan cara penerimaan yang dikehendakkinya.

Contoh : A bersetuju menjual Komputernya kepada B dengan syarat B datang pada waktu siang beserta wang tunai. B mesti datang pada waktu siang.

BALASAN

Balasan adalah harga, nilai atau perbuatan yang diberikan oleh satu pihak untuk membalas janji atau perbuatan pihak yang lain. Satu perjanjian tanpa balasan adalah batal tetapi balasan tidak perlu cukup tetapi perlu memadai seperti yang dipersetujui dalam perjanjian

1. Seksyen 2 (d) Akta Kontrak 1950 mendefinisikan balasan sebagai satu perbuatan atau penahanan diri. Penerima janji atau siapa sahaja yang telah membuat atau telah menahan dari membuat sesuatu menurut kehendak pembuat janji, maka perbuatan atau penahanan diri atau janji itu adalah disebut balasan untuk janji itu

Contoh : A menawarkan RM 100 kepada sesiapa yang menjumpai dan memulangkan angsanya. B menjumpai angsa tersebut dan memulangkannya kepada A

A telah membuat janji. B telah membuat sesuatu menurut kehendak pembuat janji.

2. Balasan tidak perlu memadai tetapi mencukupi. Balasan yang diberikan oleh penerima janji tidak semestinya berharga dan mempunyai nilai yang berpadanan dengan sesuatu yang diberi oleh pembuat janji.

67

Page 68: Modul RBT 3103

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

Kes: Phang Swee Kim lwn Beh I Hock (1964) MLJ 383

Responden bersetuju memindahkan milik tanah kepada perayu dengan harga RM 500 walaupun tanah itu bernilai lebih dari jumlah itu. Responden kemudian tidak mahu menjualnya dengan memberikan hujah bahawa janji itu tidak boleh dikuatkuasakan kerana RM 500 tidak memadai berbanding dengan nilai tanah tersebut. Mahkamah Persekutuan memutuskan perjanjian itu sah walaupun balasannya tidak berpadan.

3. Balasan tidak boleh menyalahi undang-undangMahkamah tidak akan membenarkan tindakan kerana pecah kontrak yang balasannya bertentangan dengan peraturan undang-undang atau tidak bermoralContoh i. Kontrak untuk mengupah A membunuh Bii. Kontrak untuk menipu JHDNiii.Kontrak A membayar kepada B seorang perempuan simpanan untuk perkhidmatan yang diberikannyaiv. Kontrak untuk memberi adik perempuan untuk melupuskan hutang

NIAT UNTUK MENGADAKAN HUBUNGAN YANG MENGIKATPihak-pihak kepada sesuatu perjanjian mestilah mempunyai niat untuk memasuki

kontrak dan mewujudkan hubungan di sisi undang-undang serta terikat dengan terma-terma kontrak tersebut

1. Niat merupakan satu yang ada pada hati berbeza dengan perlakuan atau perbuatan.2. Dalam membuat penentuan samada wujud niat atau tidak mahkamah akan melihat perjanjian yang dimasuki oleh pihak-pihak tersebut samada ia melibatkan(a) Perjanjian-perjanjian domestik, keluarga dan sosial

Merujuk kepada perjanjian yang dimasukki oleh pihak-pihak yang mempunyai tali kekeluargaan. Contonhya antara suami dengan isteri. Perjanjian sebegini selalunya tidak diniatkan oleh kedua-dua pihak untuk mengikat diri masing-masing disisi undang-undang

Contoh; Suami berjanjia menghadiahkan Banglo kepada isteri. Perjanjian ini tidak diniatkan untuk mengikat disisi undang-undang dipihak isteri, jika suami gagal mengotakan janjinya isteri tiada niat untuk mendakwa suaminya dimahkamah

(b) Perjanjian-perjanjian perniagaanPerjanjian yang dimasuki dalam pengurusan perniagaan dimana terdapat niat bahawa perjanjian tersebut akan mengikat disii undang-undang. Contohnya perjanjian perkongsian, perjanjian sewa beli, perjanjian peruimahan dan lain-lain

KEUPAYAAN UNTUK BERKONTRAKPihak-pihak kepada sesuatu kontrak mesti lah mempunyai keupayaan untuk berkontrak

yakni mereka bukanlah daripada golongan orang tidak sempurna akal, kanak-kanak dan seumpamanya.

Seksyen 11 Akta Kontrak menyatakan bahwa seseorang yang lawak membuat kontrak mestilah dewasa, berakal sempurna dan tidak hilang kelayakan berkontrak

1. DewasaPengecualian dewasa- bawah 18 tahun boleh memasukki kontrak

68

Page 69: Modul RBT 3103

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

a. Kontrak untuk keperluan hidup. Sekiranya seseorang kanak-kanak membeli sesuatu barang keperluan, orang yang membekalkan barang tersebut berhak dibayar ganti daripada harta kanak-kanak tersebut (jika ada)

b. Kontrak biasiswa. Kanak yang menandatangani kontrak nmana-mana perjanjian biasiswa, perjanjian tersebut sah. Pindaan 1976 menyatakan bahawa hanya kontrakbiasiswa dengan kerajaan sahaja yang sah.

c. Kontrak Insuran. Dibawah akta insuran 1966 kanak-kanak melebihi 10 tahun boleh memasukki kontrak insuran tetapi kurang dari 16 tahun mesti meminta kebenaran ibubapa

2. Berakal sempurnaHendaklah seorang yang berakal waras dan memahami syarat dan terma-terma

3. Tidak hilang kelayakan berkontrak.Mestilah tidak ada mana-mana undang-undang yang melarangnya berkontrak

KETENTUANKontrak mestilah mempunyai syarat dan terma yang jelas dan tidak samar-samar atau

tidak tentu maknanya. Dalam setengah-setengah kes suatu peraturan yang tertentu mesti diikuti bagi mewujudkan kontrak yang sah. Contohnya, kontrak mesti dibuat secara bertulis dan didaftarkan. Hal ini biasanya melibatkan kes jual beli tanah menurut Kanun Tanah Negara dan perjanjian sewa beli di bawah peruntukan Akta Sewa Beli 1967

1. Adalah penting bagi sesuatu kontrak mempunyai terma dan syarat yang jelas, nyata, terang dan tertentu kepada siapa ia di tujukan. Seksyen 30 Akta Kontrak 1950 mengatakan bahawa perjanjian-perjanjian yang mana maknanya tidak tentu atau tidak boleh ditentukan adalah batal

Contoh; A bersetuju menjual 100 lori minyak kepada B .Tiada apa-apa ketentuan yang boleh menunjukkan jenis minyak. Perjanjian ini adalah batal kerana tetidaktentuan.

2. Selalunya ketidaktentuan sesuatu kontrak itu berlaku dalam dua keaadaan iaitu bahasa yang digunakan adalah kabur dan kegagalan untuk mencapai persetujuan terhadap perkara-perkara pokok atau syarat utama perjanjian.

KERELAAN BEBAS Pihak yang memasuki kontrek mestilah tidak dipaksa untuk merlakukannya.

Kerelaan dikatakan wujud apabila dua orang atau lebih bersetuju berkenaan dengan sesuatu perkara yang sama dalam pengertian yang sama menurut seksyen 13 Akta Kontrak 1950.

Seksyen 14 menperuntukan bahawa sesuatu kerelaan itu mesti dibuktikan dibuat secara bebas. Ia tidak dikatakan diberi secara bebas jika disebabkan oleh keaadaan yang berikut:

i. Paksaan :- sebagaimana ditakrifkan oleh seksyen 15 Akta Kontrak:- Paksaan adalah melakukan atau mengancam untuk melakukan keseksaan kepada sesiapa.

ii. Pengaruh tidak wajar:- Jika pertalian antara kedua-dua puhak adalah dalam keadaan yang satu pihak berada dalam kedudukan boleh menguasai kemahuan pihak yang satu lagi dan menggunakan kedudukan itu untuk memperoleh faedah tidak saksama terhadap pihak yang satu lagi itu.

iii. Fraud :- Rujuk seksyen 17 Akta Kontrak

iv. Salahnyataan:- Rujuk Seksyen 18 Akta Kontrak

v. Khilaf: Rujuk seksyen 21, 22, 23, akta kontrak

69

Page 70: Modul RBT 3103

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

TUJUAN YANG SAH Kontrak yang sah juga perlu ada tujuan atau objek yang sah serta tidak menyalahi

undang-undang untuk boleh dikuatkuasakan.

Sesuatu kontrak adalah sah dan boleh dikuatkuasakan jika mempunyai semua unsur di atas. Ketiadaan unsur-unsur yang diperlukan di atas akan menyebabkan kontrak menjadi batal, boleh batal, atau tidak boleh dikuatkuasakan.

Kontrak batal bermakna tidak pernah wujud suatu kontrak antara pihak-pihak yang berkenaan. Apabila kedua-dua pihak kepada perjanjian adalah khilaf berkenaan dengan sesuatu perkara fakta yang mustahak dengan perjanjian itu maka kontrak adalah batal. Perjanjian-perjanjian yang balasan atau tujuannya adalah dilarang oleh undang-undang, atau mahkamah menganggapnya tidak bermoral atau bertentangan dengan muslihat awam adalah tidak sah dan batal menurut peruntukan seksyen 24 Akta kontrak.

Perjanjian-perjanjian juga adalah batal jika melibatkan perjanjian yang;

i.Menghalang perkahwinan secara keseluruhan. – Seksyen 27. Contoh Santhi membuat perjanjian dengan ayahnya untuk tidak berkahwin selama-lamanya dengan balasan RM 200.000. Perjanjian ini walaupun dibuat dengan kerelaan bebas Shanti, perjanjian tersebut adalah batal kerana menghalang kewujudan institusi perkahwinan secara total.ii.Menghalang perdagangan-Seksyen 28. Sebarang perjanjian yang menghalang seseorang daripada menjalankan profesion atau apa-apa perniagaan yang sah secara keseluruhan adalah batal.iii.Menghalang tindakan undang-undang- Seksyen 29. Jika terdapat sebarang perjanjian yang menghalang satu-satu pihak daripada menguatkuasakan haknya secara mutlak di bawah atau berkenaan dengan mana-mana kontrak atau menghadkan masa yang beliau boleh menguatkuasakan haknya maka perjanjian tersebut adalah batal.iv. Ketidaktentuan- seksyen 30. Sesuatu perjanjian yang dimasuki yang maknanya tidak ditentukan atau tidak boleh ditentukan adalah batal.v. Khilaf berkenaan dengan fakta- seksyen 21. Apabila kedua-dua pihak dalam satu perjanjian adalah khilaf berkenaan dengan perkara fakta yang mustahak untuk perjanjian itu maka perjanjian adalah batal.

Kontrak boleh batal

Kontrak yang dimasukki akibat paksaan, pengaruh tak wajar, penipuan, salahnyataan, termasuk dalam kategori kontrak boloeh batal.

Kontrak boleh batal bereti kontrak itu berkuatkuasa dalam segala hal secara sah kecuali dan sehingga pihak yang satu lagi mengambil tindakan pengenepian atau membatalkannya.

Perjanjian tidak boleh dikuatkuasa. Merupakan satu kontrak yang sah tetapi tidak boleh dikuatkuasakan dimahkamah kerana kegagalan pihak-pihak tertentu mematuhi prosedur undang-undang yang berkaitan dengannya. Contohnya penjualan tanah rezab Melayu kepada pembeli bukan Melayu, perjanjian sewa beli dibuat tanpa bertulis, perjanjian berkenaan penjualan tanah yang tidak ditandatangani secara bertulis mengikut Kanun Tanah Negara merupakan perjanjian yang tidak boleh dikuatkuasakan

70

Page 71: Modul RBT 3103

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

PELEPASAN KONTRAK

Sesuatu kewajipan di bawah kontrak dianggap dilepaskan apabila pihak-pihak berkenaan dianggap tidak lagi dikehendakki melaksanakan kewajipan tersebutSesuatu kontrak boleh dilepaskan dengan

1. Persetujuan semua pihak yang berkontrak

2. Pelaksanaan syarat-syarat kontrak

3.Kemungkiran kontrak:- Seksyen 40 menyatakan jika salah satu puhak enggan melaksanakan kintrak yang dipersetujui pihak yang ssatu lagi boleh menamatkan kontrak tersebut. Pihak yang terkilan diberi dua pilihan samada memilih untuk menamatkan kontrak dan pada masa yang sama menuntut gantirugi atau meneruskan kontrak tetapi masih menuntut gantirugi setakat pecah kontrak sahaja

4. Dengan kekecewaan kontrak:- Satu kontrak yang pada mulanya boleh dilaksanakan dioanggap dikecewakan jika berlaku keadaan yang menjadikannya mustahil untuk dilaksanakan. Antara keadaan tersebut adalah perkara penting dalam kontrak musnah seperti berlaku kematian tau ketidakupayaan pihak dalam kontrak, apabila terdapat perubahan keadaan penting yang memberi kesan besar kepada kontrak seperti bencana alam, taufan, peperangan dan sebagainya.

REMEDI-REMEDI AKIBAT KEMUNGKIRAN KONTRAK

Remedi merupakan hak yang boleh dituntut oleh satu pihak terhadap pihak yang lain yang telah melakukan kemungkiran atau pech kontrak. Pihak yang mengalami kerugian berhak kepada salah satu atau lebih relif yang berikut:

1. GANTI RUGIi. Ganti Rugi Substantial- Ia akan meletakan pihak yang menanggung kerugian pada tempat yang sepatutnya ia berada sekiranya tidak berlaku kemungkiran tersebut. ii. Ganti rugi norminal- Diberikan sebagai sagu hati apabila plantif telah membuktikan berlakunya kemungkirqan kontrak tetapi tidak berlaku sebarang kerugianiii. Ganti rugi dendaan – Apabila jumlah pampasan yang diberikan adalah jauh lebih besar daripadda nilai yang ditanggung oleh plantif. Ganti rugi ini seperti kes kemungkiran janji untuk mengahwini seseorang.

2. PELAKSANAAN SPESIFIK

Pelaksanaan spesifik meripakan dekri mahkamah mengarahkan supaya pihak dalam kontrak melaksanakan secara spesifik terma-terma kontrak

3. INJUNKSI

Injunksi ialah satu remedi dalam bentuk arahan mahkamah yang ditujukan kepada orang tertentu untuk menghalangnya daripada melakukan sesuatu atau menyuruh menerus melakukan sesuatu. Injunksi dalam bentuk menyuruh dinamakan injunksi mandatori dan injunksi menghalang sesuatu dinamakan injunksi prohibitori.

71

Page 72: Modul RBT 3103

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

4. QUANTUM MERIT

Quantum merit bermaksud tuntutan ganti rugi untuk satu jumlah yang munasabah bagi bayaran atas perkhidmatan atau pekerjaan yang dilakukan tetapi nilainya tidak ditentukan Ialah satu pampasan berbentuk bayaran yang boleh dituntut oleh pihak yang dimungkiri di dalam kontrak terhadap apa yang telah dilakukannya sebelum kontrak itu dimungkiri. Dalam kebanyakan kes pihak yang memungkiri selalunya telah mendapat faedah daripada pihak yang memungkirinya itu.

UNDANG-UNDANG JUALAN BARANG

AKTA JUALAN BARANG 1957Takrif barang:

Barang ertinya setiap jenis harta alih selain dari tuntutan dan wang dan termasuk stok dan saham, tanaman, rumput dan barang yang bercantum kepada tanah atau menjadi sebahagiannya yang dipersetujui akan dipisahkan sebelum dijual atau dipisahkan dibawah kontrak jualan (sek 2)

Tanah tidak termasuk dalam takrif barang kerana tanah adalah harta tak alih. Mengikut seksyen 5 Kanun Tanah Negara 1965, apa sahaja yang bercantum dengan tanah (seperti rumah dan kilang) atau menjadi sebahagian daripada tanah (seperti jentera yang diletakan dilantai kilang, pokok dan buah-buahan serta tumbuhan seperti padi) adalah dianggap sebagai tanah jua.

Daripdad seksyen 2, amatlah jelas bahawa semua jenis harta alih termasuk stok san saham merupakan barang. Manakala tanaman, rumput, dan apa-apa yang bercantum pada tanah tidak dianggap sebagai barang kecuali penjual bersetuju memisahkan atau telah memisahkannya daripada tanah pada masa kontrak jualan dibuat. Wang juga tida merupakan barang kerana wang merupakan satu perantara yang membentuk satu kontrak jualan barang. Hanya wang antik atau logam yang bukan merupakan harga jualan barang-barang boleh dinamakan sebagai barang.

JENIS-JENIS BARANG

Menurut seksyen 6 Akta Jualan Barang, sesuatu barang yang menjadi hal perkara kontrak boleh merupakan barang sedia ada atau barang masa hadapan. Barang sedia ada adalah barang yang telah dimilikki atau disimpan oleh penjual. Ia mungkin “barang tertentu” (barang yang telah dikenalpasti dan dipersetujui semasa kontrak dibuat) atau barang yang belum ditentukan (barang yang belum dikenalpasti, belum dipastikan kuantitinya, harganya belum dilihat dan dipersetujui oleh kontrak). Barang-barang masa hadapan iaitu barang-barang yang akan dikilangkan atau dihasikan atau diterima oleh penjual setelah kontrak jualan dibentuk

Seksyen 6(1) menerangkan bahawa barang-barang yang menjadi perkara kontrak boleh merupakan samada barang sedia wujud, dimiliki oleh penjual atau barang masa hadapan

• Takrif kontrak jualan barang

“satu kontrak dimana penjual memindahkan atau bersetuju memindahkan hak milik barang kepada pembeli dengan suatu harga…” sek. 4(1)

Harga bermaksud balasan wang

72

Page 73: Modul RBT 3103

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

Pembentukan kontrak

• Kontrak jualan wujud apabila satu pihak membuat tawaran untuk membeli atau menjual barang dengan harga tertentu dan pihak lain menerima tawaran tersebut.

Erti tawaran

• Tawaran adalah satu janji, pengakuan atau cadangan yang dibuat oleh seorang yang dipanggil pembuat tawaran (offeror) kepada penerima tawaran (offeree) dengan niat bahawa ia akan mengwujudkan satu hubungan yang erkuatkuasa disisi undang-undang apabila janji, pengakuan atau cadangan diterima oleh pihak lain.

Erti peneriman

• Sesuatu penerimaan handaklah mutlak dan tidak bersyarat sek. 7 (a)

• Sekiranya penerimaan itu bersyarat, jika niat pihak –pihak berkenaan menunjukkan bahawa pembentukan kontrak itu menghendaki sesuatu perkara dilaksanakan, maka perjanjian demikian adalah perjanjian bersyarat dan selagi syarat berkenaan elun terlaksana perjanjian yang sah dan mengikat disisi undang-undang belum lagi wujud.

Membatalkan tawaran

• Suatu cadangan boleh dibatalkan pada bila-bila masa sebelum komunikasi penerimanya lengkap terhadap pencadang, tetapi tidak selepasnya. sek 5(1)

Contoh

• A mencadangkan melalui surat yang dihantar melalui pos untuk menjual rumahnya kepada B. B menerima cadangan itu secara surat melalui pos. A boleh membatalkan cadangannya bila-bila masa sebelum atau pada saat B mengirim surat penerimaannya melalui pos, tetapi tidak selepas itu

Pembatalan cadangan. Sek 6

Satu cadangan adalah dibatalkan:

a. Dengan mengkomunikasikan notis pembatalan oleh pencadang kepada pihak yang lain itu

b. Dengan luputnya waktu yang telah ditetapkan dalam cadangan itu mengenai penerimaannya, atau, jika waktu tidak ditentukan, dengan luputnya waktu yang munasabah, tanpa komunikasi peneriman

c. c. Atas kegagalan penerima untuk memenuhi syarat terdahulu mengenai penerimaan

d. d. Atas kematian atau kekacauan mental pencadang, jika fakta kematian atau kekacauan mental itu diketahui oleh penerima sebelum penerimaan

SYARAT-SYARAT KONTRAK JUALAN BARANG

Secara amnya syarat kontrak jualan barang terbahagi dua iaitu syarat nyata dan syarat tersirat. Sesuatu syarat dikatakan nyata jika disebut secara nyata dalam perjanjian. Syarat tersirat pula ialah perkara-perkara yang tidak disebut secara nyata dalam perjanjian tetapi disiratkan oleh kedua-dua pihak sebagai wujud dalam perjanjian mereka. Menurut undang-undang jualan barang, syarat merupakan satu stipulasi (perkara utama) utama kontrak. Seksyen 12 (2) mentakrifkan syarat sebagai satu stipulasi yang penting atau perlu bagi maksud kontrak yang mana jika berlaku pelanggaran syarat, kontrak tersebut boleh ditamatkan.Waranti pula ialah satu stipulasi sampingan kepada tujuan utama kontrak di mana jika berlaku pelanggaran waranti, ia hanya memberi hak kepada pihak yang tidak bersalah untuk menuntut gantirugi tetapi tidak boleh menamatkan kontrak-kontrak tersebut. Seksyen 12 (3)

Pelanggaran syarat merupakan pelanggaran perkara pokok kontrak yang menyebabkan kontrak itu tidak boleh diteruskan lagi. Pihak yang menanggung kerugian mempunyai hak untuk menamatkan kontrak dan seterusnya memberi hak kepadanya untuk menuntut ganti rugi. Pelanggaran waaranti merujuk kepada pelanggaran perkara sampingan yang masih tidak

73

Page 74: Modul RBT 3103

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

menjejaskan perkara pokok kontrak. Oleh itu remedinya hanya menuntut gantirugi sahaja tetapi tidak menamatkan kontrak.

SYARAT TERSIRAT DALAM KONTRAK JUALAN BARANG-BARANG

1. Syarat tersirat mengenai hak milikSek. 14 memperuntukan bahawa terdapat satu syarat dipihak penjual bahawa penjual mestilah mempunyai hak milik yang sah terhadap barang yang hendak dijual atau yang hendak dipindahkan kepada pembeli.

2. Syarat tersirat mengenai jualan mengikut diskripsiSeksyen 15 menyatakan syarat tersirat wujud dalam jualan berasaskan deskripsi yang diberi oleh penjual. Ini termasuk jualan melalui katalog, iklan atau jualan langsung di mana pembeli tidak berpeluang memeriksa barang tersebut dan hanya bergantung kepada deskripsi yang diberi oleh penjual. Wujud pelanggaran syarat tersirat jika barang tersebut hanya berpadanan dengan sampel tetapi tidak berpadanan dengan deskripsi3. Syarat tersirat mengenai mutu atau sesuai bagi maksud.

Seksyen 16 (1) menyatakan bahawa penjual tidak berkewajipan untuk memastikan bahawa barang yang dijualnya mestilah berkualiti atau dapat memenuhi sesuatu tujuan. Ini berdasarkan klepada prinsip ‘caveat emptor yang bermaksud pembeli perlu memeriksa dan berhati-hati terhadap barang yang dibeli. Walau bagaimanapun terdapat dua pengecualian kepada prinsip caveat emptor di mana syarat tersirat mengenai mutu dan kesesuaian Pengecualaian pertama Seksyen 16 (1) (a)Seseorang pembeli boleh mendakwa bahawa terdapat syarat tersirat sesuatu barang mestilah sesuai dengan maksudnya jika:(i) Pembeli secara nyata dan tersirat memberitahu penjual tujuan/ maksud tertentu beliau mengehendaki barang tersebut(ii) Pembeli menunjukkan ia bergantung pada pertimbangan dan kemahiran penjual(iii) Barang yang dikehendaki ialah jenis yang biassa dibekalkan oleh penjual

Pengecualian kedua Seksyen 16 (1) (b)

Seseorang pembeli boleh mendakwa bahawa sesuatu barang itu mestilah mempunyai kualiti boleh dagang jika barang dibeli berasaskan jualan melalui diskripsi dan penjual sememangnya menjual barang tersebut. Jika syarat itu dipenuhi, wujud syarat tersirat dipihak penjual bahawa barang yang dijualnya mestilah mempunyai kualiti boleh dagang.Kualiti dagangan bermaksud sesuatu barang itu haruslah memiliki kualiti atau kebaikan yang sesuai untuk didagangkan dimana tidak terdapat kecacatan yang menjadikannya tidak sesuai untuk di jual. Walau bagaimanapun, jika pembeli telah memeriksa barang yang ingin dibelinya dan daripada pemeriksaan yang munasabah akan ketara kecatatannya tetapi pembeli gagal mengesan kecacatan akibat kecuaiannya sendiri, maka pembeli tidak boleh mendakwa barang tersebut tidak mempunyai kualiti boleh dagang.

4. Syarat tersirat jualan melalui sampel (Seksyen 17) Sesuatu jualan dikatakan sebagai jualan mengikut sampel jika pembeli telahpun diberikan sampel daripada penjual dan pembeli kemudian membuat pembelian berdasarkan sampel yang diberi oleh penjual. Satu kontrakpula dikatakan mengikut sampel jika terma kontrak (samada secara tersurat atau tersirat) bermaksud sedemikian.Syarat tersirat wujud dalam jualan melalui sampel di mana:a. Keseluruhan barang itu hendaklah berpadanan dengan sampel tentang mutub. Pembeli di beri peluang yang berpatutan untuk membandingkan keseluruhan baraang dengan sampel sebelum membuat penerimaanDaripada pemeriksaan munasabah, tiada kecacatan yang boleh menjadikannya tidak bermutu dagangan.Jika barang dihantar serah kepada pembeli sepadan dengan sampel tetapi tidak bermutu dagangan, pembeli boleh memilih untuk;

74

Page 75: Modul RBT 3103

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

a. Menerima keseluruhan barang dan menuntut gantirugib. Menolak kesemuanya dan menuntut gantirugi

WARANTGI TERSIRAT KONTRAK JUALAN BARANG1. Waranti tersirat mengenai barang boleh dinikmati dengan aman sentosa (seksyen 14 (b)Di bawah kontrak jualan barang terdapat waranti tersirat bahawa pembeli berhak untuk menikmati barang yang telah dibelinya dengan aman damai tanpa gangguan daripada pihak-pihak lain. Sekiranya peruntukan ini dilanggar, pembeli hanya boleh menuntut ganti rugi sahaja dan tidak boleh menamatkan kontrak

2. Waranti tersirat barang bebas daripada gadaian atau bebanan pihak ketiga yang tidak diketahui oleh pembeli Seksyen 14 (c)

Seseorang penjual yang ingin menjual dan memindahkan barang-barangnya kepada pembeli ia seharusnya memastikan bahawa barang-barang tersebut tidak mempunyai sekatan yang menyebabkannya dituntut oleh pihak ke tiga.

UNDANG-UNDANG SEWA BELI

Sewa beli bermaksud memberi sewaan kepada pengguna serta memberi opsyen kepadanya untuk membeli barang yang disewa itu pada akhir tempoh sewaan a setelah semua bayaran ansuran dijelaskan. Selagi ansuran belum dijelaskan sepenuhnya hak milik barang itu adalah tetap dengan pemilik barang tersebut. Seksyen 2 Akta Sewa Beli 1967 mentakrifkan perjanjian sewa beli sebagai: “ Termasuk penyewaan barang dengan opsyen untuk membeli san perjanjian untuk pembelian barang melalui ansuran tetapi tidak termasuk mana-mana perjanjian di mana harta diddalam barang-barang yang terkandung berpindah milik sebelum penyerahan barang-barang dan orang yang menyewa atau membeli barang merupakan orang yang terikat di dalam tred atau perniagaan menjual barang yang sama jenis seperti barang-barang yang terkandung dalam perjanjian”

Kerosakan atau kemusnahan barang yang disewabelikan bukanlah menjadi sebab terhentinya liabiliti penyewa untuk menjelaskan bayaran yang kena dibayar di bawah perjanjian. Ini bermaksud penyewa masih terikat untuk meneruskan pembayaran sepenuhnya tanpa mengambil kira berlakunya kerosakan atau kemusnahan terhadap barangan.

PEMBENTUKAN PERJANJIAN SEWA BELI

Dalam Akta Sewa Beli 1967 barang yang dikategorikan dibawah Jadual Satu iaitu semua jenis barang pengguna dan kenderaan-kenderaan bermotor sahaja yang akan dikuatkuasakan oleh akta ini.

Perkara-perkara yang perlu semasa pembentukan perjanjian sewa beli

1. Seksyen 4A (1) – Semua perjanjian sewa beli hendaklah dibuat secara bertulis2. Seksyen 4 B (1)- semua perjanjian sewa beli mestilah ditanda tangani oleh atau bagi

semua pihak yang terlibat dalam perjanjian tersebut. Hanya perjanjian yang telah siap diisi sahaja yang dibenarkan ditandatangani

3. Seksyen 4 C (a) – Kandungan perjanjian mestilah mengandungi perkara-perkara berikut;i. Tarikh bermulanya sewaanii. Bilangan ansuran yang dipersetujuiiii. amaun setiap ansuraniv. Tempat dan masa bayaranv. Perihal barang-barangvi. Alamat dimana barang berada

75

Page 76: Modul RBT 3103

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

4. Seksyen 4 D memperuntukan perjanjian sewa beli yang berasingan untuk setiap barang yang disewabelikan

5. Seksyen 5 (1) menyatakan bahawa satu salinan perjanjian sewa beli yang telah ditandatangani hendaklah diserahkan kepada penyewa dan penjamin-penjaminya dalam masa 14 hari selepas perjanjian ditandatangani.

WARANTI DAN SYARAT-SYARAT TERSIRAT PERJANJIAN SEWA BELI

1. Waranti bahawa penyewa berhak mendapat dan menikmati milikan barang dengan aman. Milikan aman bermaksud tidak ada gangguan daripada penjual atau individu lain.

2. Waranti bahawa barang adalah bebas daripada apa-apa gadaian atau bebanan bagi pihak ke tiga pada masa harta itu patut dilepaskan

3. Syarat bagi pihakpemilik bahaa pemilik mempunyai hak untuk menjual barang kepada penyewa pada masa harta itu patut dilepaskan kepada penyewa

4. Syarat tersirat mengenai kualiti boleh dagang kecuali;i. Dimana penyewa sendiri telah memeriksa barang atau contohnya berhubung

dengan kecacatan dan kecacatan tersebut dapat dilihat daripada pemeriksaan biasa

ii. Dimana barang tersebut merupakan barang terpakai dan pemilik telah memberitahu semua syarat dan waranti berkenaan kelayakan dan kesesuaian barang terpakai tersebut dan penyewa telah menerimanya secara bertulis pengtahuan mengenai keterangan tersebut

5. Syarat tersirat sesuai bagi maksud. Mengikut seksyen 7 (3) apabila penyewa secara nyata atau implikasi memberitahu pemilik tujuan tertentu sesuatu barang diperlukan, maka wujud syarat tersirat bahawa barang tersebut hendaklah sesuai dan munasabah bagi tujuan tersebut, kecuali telah ada dalam perjanjian bahawa barang itu merupakan barang terpakai dan penyewa mengakui ketidaklayakan dan ketidaksesuaiannya

HAK DAN TANGGUNGAN PENYEWA

1. Mendapat maklumat lanjut dan dokumen mengenai jumlah pembayaran yang telah dibuat, jumlah bayaran tertangguh, dan jumlah yang diperoleh daripada faedah atau hutang yang tertangguh. Setelah menerima permohonan ini pemilik mestilah menyerahkannya kepada penyewa dalam masa 14 hari selepas permohonan dibuat.

2. Hak untuk menyerah hak dan kepentingan penyewa kepada pihak lain dengan kebnaran pemilik. Seseorang penyewa didalam perjanjian sewa beli berhak untuk menyerahkan haknya kepada orang lain dengan izin pemilik. Tetapi jika pemilik enggan memberi kebenaran tanpa sebab munasabah, penyewa boleh berbuat demikian tanpa persetujuannya.

3. Hak untuk melaksanakan opsyen untuk mendapat/ membeli barang lebih awal daripada tempoh yang telah dipersetujui (penyelesaian awal). Penyewa juga mempunyai hak untuk menamatkan perjanjian sewa beli dengan menjelaskan segala bayaran dan kos yang telah dipersetujui di bawah perjanjian swa beli mereka.

4. Hak untuk memindahkan barang ke tempat lain dengan izin mahkamah.5. Hak untuk menamatkan perjanjian jika penyewa tidak mampu atau tidak mahu

meneruskan bayaran. Penyewa berhak menamatkan perjanjian dengan memperkenalkan pihak ketiga kepada pemilik yang akan meneruskan perjanjian tersebut mengikut syarat-syarat yang dikehendaki pemilik.

76

Page 77: Modul RBT 3103

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

PENGAMBILAN SEMULA MILIKAN BARANG OLEH PEMILIK

Sebelum pengembilan semula barang boleh diteruskan tiga syarat mesti dipenuhi

1. Berlaku dua ingkar berterusan atau2. Satu ingkar bayaran akhir dan3. Tempoh notis di dalam Jadual 4 berakhir

Jika berlaku keadaan 1 atau 2 di atas, pemilik dikehendaki terlebih dahulu menyerahkan notis bertulis dalam jadual 4, iaitu notis tentang niat pemilik untuk mengambil semula milikan barang selepas berakhirnya tempoh 21 hari selepas serahan notis. Walau bagaimanapun, jika penyewa telah meninggal dunia, pemilik hanya boleh mengambil semula milikan barang jika berlaku empat ingkar berterusan. Notis dalam jadual 4, tidak perlu diberi jika terdapat alasan yang munasabah bahawa barang yang disewabelikan itu akan dipindahkan atau disembunyikan oleh penyewa.

KEWAJIPAN PEMILIK SELEPAS PENGAMBILAN SEMULA BARANG

Dalam masa 21 hari selepas pemilik mengambil milikan barang, pemilik hendaklah menyerahkan notis bertulis di dalam jadual 5 kepada penyewa dan penjamin-penjaminnya yang mengatakan bahawa barang telah diambil semula milikan, tetapi penyewa boleh mendapatkannya semula daripada pemilik jika penyewa menyelesaikan bayaran tertangguh dan bakinya dalam masa 21 hari dari tarikh serahan notis. Walau bagaimanapun pemilik tidak boleh tanpa kebenaran bertulis daripada penyewa, menjual atau melupuskan barang sehingga tempoh 21 hari yang terdapat dalam Jadual 5 berakhir

HAK-HAK PENYEWA SELEPAS PENGAMBILAN SEMULA MILIKAN BARANG

1. Penyewa boleh di dalam tempoh 21 hari setelah penyerahan notis Jadual 5, memberi notis bertulis kepada pemilik menghendaki barang itu dikembalikan semula kepadanya jika didalam tempoh 21 hari itu penyewa menjelaskan semua jumlah yang ia kena bayar dan memulihkan segala pecah perjanjian serta menjelaskan semua kos berkaitan pengambilan semula milikan barang.

2. Penyewa boleh sebagai alternatif meminta pemilik menjual barang itu kepada orang yang diperkenalkan kepadanya yang bersedia membelinya secara tunai pada harga yang ditetapkan oleh pemilik mengikut anggaran penilaian pemilik terhadap barang itu.

3. Penyewa boleh mendapatkan kembali daripada pemilik apa-apa amaun, jika apabila dicampurkan nilai bayaran (semasa pengambilan semua milikan dibuat) dengan jumlah yang telah dibayar oleh penyewa menunjukkan bahawa jumlahnya melebihi amaun yang perlu dibayar oleh penyewa mengikut perjanjian yang dibuat

77

Page 78: Modul RBT 3103

DEFINISI

1. INOVASI2. KEHARMONIAN MASYARAKAT3. DAYA SAING4. PENGALAMAN5. PELUANG KERJA6. SUMBANGAN EKONOMI

MASALAH PERNIAGAAN KECIL

1. KEUSAHAWANAN2. PERNIAGAAN KECIL3. USAHAWAN BERSEPADU

1. KURANG MODAL2. PERALATAN3. JARINGAN PERNIAGAAN4. AKAUN5. PASARAN6. TENAGA KERJA7. BAHAN MENTAH8. KEPAKARAN TEKNIKAL9. PENGURUSAN AM

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

SINOPSIS Modul ini memberi penekanan kepada konsep keusahawanan, keusahawanan dan

perniagaan kecil (pk), usahawan bersepadu sumbangan pk faedah dan masalah pk

Hasil Pembelajaran

1. Menghuraikan konsep keusahawanan, keusahawanan bersepadu dan perniagaan

kecil.

2. Menjelaskan sumbangan perniagaan kecil.

3. Menerangkan kepentingan perniagaan kecil.

4. Membincangkan masalah dan kekangan perniagaan kecil.

KERANGKA KONSEP KEUSAHAWANAN DAN PERNIAGAAN KECIL

1.0 Pengenalan

KEU

SAH

AW

AN

AN

DA

N

PER

NIA

GA

AN

KEC

IL

SUMBANGAN PERNIAGAAN

KECIL

78

TAJUK 14 Keusahawanan dan Perniagaan Kecil

Page 79: Modul RBT 3103

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

Definisi usahawanPerkataan usahawan berasal dari perkataan enterprendre dalam bahasa Perancis,

bermaksud between-taker iaitu seseorang yang sanggup mencuba sesuatu.

Menurut Richard Cantillon (1725),usahawan adalah seorang yang sanggup

memikul tugas.

Bagi Adam Smith(1776) dalam bukunya Wealth of Nations, mengangap usahawan

sebagai individu yang membentuk organisasi bagi tujuan komersial.

Jean Baptise Say (1803), usahawan dianggap sebagai individu yang memerlukan

wang

Joseph Schumpeter (1934) melihat usahawan sebagai individu yang

memperkenalkan sesuatu yang baru dan membangunkan teknologi yang belum

pernah dicuba.

Definisi keusahawananBerbagai definisi diberikan berkaitan keusahawanan.

Knight(1921), melihat keusahawanan sebagai penghasilan keuntungan kesan

daripada kesanggupan mengambil risiko.

Schumpeter (1934), keusahawanan mereka yang menjalankan kombinasi baru

seperti produk, sumber, kaedah, pasaran dan organisasi baru.

Cole (1959), usahawan sebagai aktiviti yang bertujuan bagi memulakan dan

membangunkan perniagaan yang berorientasikan keuntungan.

Albert Shapero(1975) dikira sebagai satu perjanjian yang mengambil kira gelagat

seperti berinisiatif, mengorganisasikan mekanisme ekonomi sosial bagi menukar

sumber dan situasi kepada tindakan praktikal dan penerimaan risiko kegagalan.

Perniagaan Kecil Sederhana (PKS)

Mengikut Bank Dunia, PKS adalah firma yang mempunyai pekerja sepenuh masa di

antara 5 hingga 199 orang (United Nations, 1978)

Mengikut Majlis Eropah seperti yang dilaporkan oleh Mulhern (1995), PKS sebagai

firma yang mempunyai bilangan pekerja kurang 500 orang.

Mengikut Majlis Koordinasi bagi Pembangunan Industri Kecil di Bahagian Perniagaan

Kecil Kementerian Perdagangan dan Industri, mendefinisikan pks sebagai perniagaan

yang mempunyai aset tetap berjumlah kurang daripada RM 250 000.

Mengikut Perbadanan Jaminan Kredit Malaysia Bhd (CGC), PKS sebagai sebuah

perniagaan yang memiliki aset bersih kurang dari RM 500 000.

Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana, mengelaskan Perniagaan

kecil sebagai perniagaan yang mempunyai modal berbayar kurang RM 500 000 dan

79

Page 80: Modul RBT 3103

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

jumlah pekerja tidak lebih 50 orang. Perniagaan Sederhana, pula sebagai perniagaan

yang mempunyai modal berbayar di antara RM 500 000 – RM 2.5 juta, dan jumlah

pekerja 51-75 orang.

Definisi oleh Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan:

Industri Mikro Kecil Sederhana

Pembuatan

Perkhidmatan

berkaitan pertanian

Jualan kurang RM

250 000 dengan 5

pekerja

Jualan RM 250

000-RM 10 juta

dengan pekerja 5-

50

Jualan RM 10-RM

25 juta dengan

pekerja 51-150

orang

Perkhidmatan, asas

pertanian, maklumat,

komunikasi dan

teknologi

Jualan kurang RM

250 000 dengan 5

pekerja

Jualan Rm 200

000- RM 1 juta

dengan pekerja 5-

19 orang

Jualan antara RM 1

juta-5juta dengan

pekerja 20-50

orang.

Jenis Perniagaan Kecil dan Sederhana

Kajian oleh Majlis Sosial dan Ekonomi Asia Pasifik di PBB (1992) mengenalpasti tiga

jenis PKS. PKS Moden, PKS Tradisional dan PKS Berasaskan Pertanian. Memberi

tumpuan kepada aktiviti berasaskan kemahiran dan pengetahuan dan lebih berupaya

menyesuaikan dengan sekitaran perniagaan terkini.

PKS Moden berkaitan dengan pks yang mempunyai hubungkait atau menjadi

subkontraktor dengan firma-firma besar. Terlibat dalam industri logam, makanan, cat

barangan plastik dan kayu

PKS Tradisional, berkisar kepada bengkel, pertukangan dan artisan. Teknologi yang

digunakan adalah rendah, pasaran berfokus kepada pasaran yang fragmen serta

berintensif buruh.

PKS Berasaskan Pertanian bertumpu di kawasan separuh bandar dan menggunakan

input seperti bahan mentah pertanian.

Konsep Usahawan BersepaduMerupakan gabungan tiga elemen utama iaitu sikap atau nilai diri yang positif,

pengetahuan atau ilmu perniagaan dan kemahiran keusahawanan bagi memastikan

kejayaan perniagaan (Abu Bakar, 1991, Mohd. Salleh, Abu Bakar, Abd. Isa, Aini Hayati,

Hanissah & Salniza, 1997)

80

Page 81: Modul RBT 3103

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

1. Bincangkan apakah ciri-ciri positif usahawan berdasarkan tokoh usahawan yang

anda kenalpasti?

2. Kenalpastikan bidang ilmu pengurusan yang berkaitan dengan perniagaan?

3. Kemahiran diri usahawan menjadi perkara asas bagi setiap usahawan.

Bincangkan?

Keusahawanan dan PKS

Perbincangan tentang usahawan dan peniaga banyak dibincangkan. Megginson et al.

(1997) memberikan perincian berikut. Peniaga adalah seorang yang melibatkan diri

dalam pembelian atau pemprosesan barangan dan penjualan barangan atau

perkhidmatan. Tujuan utamanya adalah untuk mendapatkan keuntungan. Namun

pertumbuhan perniagaan mereka agak perlahan. Manakala nusahawan pula

menunjukkan ciri-ciri keusahawanan yang lebih jelas atau menonjol (Mohd. Salleh, Abu

Bakar, Shahrol & Azhari,2002)

Konsep keusahawanan dan perniagaan kecil (Megginson et al., 1990) agak jelas.

Perniagaan kecil merupakan sebarang perniagaan yang dimiliki dan operasinya adalah

secara bebas, tidak dominan dalam bidang perniagaan yang diceburi, dan tidak banyak

mengamalkan amalan baru dan inovatif. Pemilik adalah pengurus syarikat dan terlibat

secara langsung dengan aktiviti syarikat. Pemilik tidak bercadang membesarkan

perniagaan, pendekatan perniagaan kurang agresif. Menguruskan perniagaan secara

biasa. Gemar kepada saiz yang kecil dan operasinya di kawasan setempat.

Sementara itu konsep keusahawanan pula merujuk kepada perniagaan usahawan

yang bermatlamat keuntungan dan pertumbuhan. Mereka mungkin memulakan

perniagaan secara kecil-kecilan. Usahawan mencirikan perniagaan mereka dengan

amalan dan strategi inovatif. Mementingkan pertumbuhan yang cepat dan pulangan

yang tinggi. Usahawan biasanya memulakan dan menguruskan perniagaan dengan

matlamat yang menyeluruh, keuntungan dan pertumbuhan.

Jelasnya perniagaan kecil boleh menjadi perniagaan berorientasikan usahawan jika

mereka merubah kepada ciri keusahawanan.

81

Page 82: Modul RBT 3103

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

Sumbangan PKS

Menggalakkan inovasi dan penciptaan teknologi

Mewujud dan mengekalkan keharmonian masyarakat

Membantu mengekal daya saing syarikat besar

Menyediakan pengalaman kepada pekerja

Penyediaan peluang pekerjaan kepada masyarakat

Memberi sumbangan kepada ekonomi negara

Kepentingan Memiliki Perniagaan SendiriGanjaran kewangan atau menjana pendapatan

Kebebasan dan dapat mencorak masa depan

Kepuasan cara hidup

Berupaya menggunakan kebolehan dan keupayaan

Memberi sumbangan kepada masyarakat

Masalah dan Kekangan PKSMasalah kurang modal

Kekurangan pekerja mahir

Kesukaran untuk mendapatkan bahan mentah

Kekurangan infrastruktur

Kekurangan kepakaran pengurusan serta teknikal

Kekurangan pengetahuan pemasaran

Penggunaan teknologi baru secara terhad

Menurut (Abu Bakar, Siti Nabiha & Rusmala, 1998) antara masalah yang dihadapi oleh

PKS di Malaysia:

Kekurangan modal

Mesin dan peralatan

Jaringan perniagaan

Masalah simpan kira

Pasaran

Tenaga kerja

Bahan mentah

Kepakaran teknikal

Pengurusan am

82

Page 83: Modul RBT 3103

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

SINOPSIS Modul ini mendedahkan tentang sumber keusahawanan, persekitaran perniagaan, unsur

persekitaran luaran dan dalaman perniagaan, perniagaan sebagai satu sistem terbuka, konsep

jaringan usahawan, jenis jaringan, ciri-ciri hubungan perniagaan, faedah jaringan usahawan dan

mengurus jaringan usahawan.

HASIL PEMBELAJARAN

1. Menyenaraikan sumber keusahawanan.

2. Menerangkan persekitaran luaran dan dalaman perniagaan

3 Menghuraikan konsep jaringan usahawan

4. Membincangkan dimensi jaringan usahawan

KERANGKA KONSEP

15.1 Sumber keusahawanan Terdapat beberapa jenis sumber:

Usahawan merupakan sumber utama perniagaan. Untuk menjadi usahawan

PERSEKITARAN DAN JARINGAN

SUMBER KEUSAHAWANAN

JARINGAN USAHAWAN

PERSEKITARAN PERNIAGAAN

83

TAJUK 15 PERSEKITARAN DAN JARINGAN

Page 84: Modul RBT 3103

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

seseorang perlu mempunyai kekuatan diri dan kompeten. Usahawan dikatakan sumber

utama kepada perniagaan kerana memiliki dan menyumbangkan sikap, tenaga, idea,

kemahiran, pengetahuan dan pengalaman dalam menjayakan aktiviti perniagaan.

Sumber kewangan merupakan sumber yang perlu disediakan oleh usahawan bagi

memulakan perniagaan dan bagi tujuan pembesaran perniagaan serta bagi membiayai

operasi perniagaan.Usahawan mungkin juga memerlukan bantuan modal dari institusi

kewangan.

Sumber fizikal seperti bangunan, peralatan, mesin dan bahan mentah bagi membantu

aktiviti perniagaan. Bagi memperolehi sumber ini usahawan perlu berinteraksi dengan

pelbagai pihak. Usahawan menggunakan teknologi moden dalam proses pengeluaran bagi

menukar input kepada produk akhir.

Sumber manusia atau pekerja bagi membantu usahawan melaksanakan aktiviti

perniagaan.

Sumber reputasi (Dollinger, 1995) merupakan persepsi pihak persekitaran seperti

pelanggan, pembekal, bank dsb terhadapa syarikat atau perniagaan usahawan. Usahawan

harus membina imej syarikat yang baik agar pelanggan lebih setia.

Sumber organisasi pula merujuk kepada struktur organisasi. Sistem dalam

organisasi (sistem ganjaran, penilaian, motivasi, pampasan dll), corak pengurusan, gaya

kepimpinan dsb.

Secara keseluruhannya semua sumber tersebut perlu diuruskan dengan cekap

oleh usahawan abagi memberi sumbangan dan pulangan yang baik kepada perniagaan.

15.2 Persekitaran PerniagaanDua bentuk persekitaran; iaitu persekitaran luaran dan persekitaran dalaman.

Persekitaran Luaran, ia merujuk kepada semua unsur di luar organisasi yang

relevan kepada operasi sesebuah perniagaan (Robbin & Coulter 1995).

Persekitaran luaran, terbahagi kepada sekitaran luaran khusus (mikro) dan

sekitaran luaran umum (makro)

Persekitaran luaran khusus dikenali juga sebagai persekitaran tugas atau mikro.

Persekitaran tugas ini secara langsung mempengaruhi aktiviti keusahawanan atau

perniagaan dari luar organisasi perniagaan. Ini kerana, golongan tersebut berada diluar

organisasi dan usahawan agak sukar mempengaruhi aktiviti dan prestasi perniagaan. Antara

kumpulan sekitaran tersebut adalah; pelanggan, pembekal, pihak kerajaan, institusi

kewangan, pesaing dan pertubuhan bukan kerajaan.

Persekitaran luaran umum (makro), secara tidak langsung mempengaruhi

organisasi perniagaan. Ini melibatkan faktor sosial, ekonomi, politik dan teknologi. Cuba anda

terangkan lebih lanjut berkaitan dengan setiap satu faktor tersebut?

84

Page 85: Modul RBT 3103

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

15.3 Perniagaan Sebagai Suatu Sistem

Proses perniagaan merupakan siri kerja mengikut bidang yang perlu dilaksanakan

untuk menghasilkan barangan atau perkhidmatan. Pelbagai fungsi perniagaan diperlukan

untuk menukarkan input kepada output atau produk akhir. Fungsi tersebut meliputi

mendapatkan modal, bahan mentah, mesin, proses pengeluaran barangan, pembungkusan,

penstoran penjualan dsb. Dalam proses pengeluaran, bahan mentah akan mengalami

perubahan bentuk dan nilainya akan bertambah apabila ia menjadi produk akhir. Produk

akhir akan dijual kepada pelanggan. Proses ini melibatkanninterksi antara usahawan dengan

unsur persekitaran dalaman dan luaran organisasi.

Input atau sumber asas perniagaan merupakan faktor pengeluaran yang akan

digunakan oleh kilang untuk mengeluarkan barangan. Proses pengeluaran memerlukan

bahan mentah, mesin, wang, manusia dan peralatan lain. Pengusaha pula akan berinteraksi

dengan persekitarannya.

Dengan teknologi, input akan diproses.Aktiviti dalam proses pengeluaran akan

diagihkan untuk dilaksanakan oleh pekerja. Output yang terhasil daripada proses

pengeluaran akan dijual kepada pelanggan bagi mendapatkan keuntungan. Keuntungan

akan dimasukkan semula kedalam syarikat bagi membayar gaji dsb.

Semua aktiviti tersebut melengkapkan satu pusingan sistem perniagaan.

15.4 Konsep Jaringan UsahawanJaringan usahawan ditakrifkan sebagai semua hubungan yang wujud dan

dikekalkan oleh seseorang usahawan dengan masyarakat disekelilingnya. Hubungan ini

adalah untuk faedah bersama.

Jenis jaringan usahawan.Jaringan PeribadiMerujuk kepada jaringan tidak formal yang melibatkan hubungan personal secara

langsung dan bersemuka antara usahawan dengan pihak tertentu. Ini termasuklah ibu bapa,

rakan, keluarga, guru, ahli persatuan dsb. Aktiviti perniagaan tidak menjadi asas kepada

jaringan peribadi. Hubungan peribadi ini menjadi ikatan yang kuat (Granovettor, 1973).

Jaringan peribadi ini dapat membantu usahawan dari aspek modal, sokongan moral, khidmat

nasihat dan maklumat perniagaan (Cooper, Folta & Woo, 1991; Abu Bakar, 1965, 1995)

Jaringan AwamJaringan awam merujuk kepada sumber awam (Cooper, Folta & Woo, 1991) di

85

Page 86: Modul RBT 3103

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

mana usahawan dapat menggunakan sumber ini untuk meningkatkan pengetahuan,

mendapatkan maklumat serta sebagai kontek kepada jaringan perniagaan. Sumber awam

meliputi majalah, buku, radio, televisyen, vedio, internet dan bahan lain. Sumber awam juga

melibatkan program latihan, seminar dan bengkel yang ahlinya adalah usahawan.

Jaringan Perniagaan

Jaringan perniagaan (Larson, 1992; Baker, 1994; Holmlund & Tornroos, 1997) atau

jaringan formal (Dollinger, 1995) atau extended network, (Aldrich, 1989) hubungan yang

berasaskan aktiviti perniagaan. Pihak yang terlibat dengan usahawan dalam jaringan ini ialah

seperti pelanggan, pembekal, bank, akauntan, pihak kerajaan, persatuan perniagaan, badan

profesional dsb. Empat ciri asas hubungan dalam jaringan perniagaan, iaitu kepentingan

bersama, sifat jangka masa panjang, tabii proses dan kontek kebergantungan.

a) Sifat kepentingan bersama, merujuk kepada keperluan kerjasama antara usahawan

dengan pihak persekitaran. Terdapat lima sifat berkaitan dengan kepentingan bersama.

Pertama, darjah kepentingan bersama. Jaringan hubungan usahawan mungkin berdasarkan

kepentingan ekonomi, teknikal, perancangan, sosial dan ikatan perundangan. Misalnya

hubungan usahawan dengan institusi kewangan.

Kedua, hubungan semetrik, di mana hubungan usahawan dengan pihak tertentu adalah

seimbang. Tidak boleh ada pihak yang mendominasi hubungan kerana ini akan

menyebabkan berlaku keadaan disadvantage’

Ketiga, berkaitan dengan struktur kuasa yang saling bergantungan. Misalnya hubungan

usahawan dengan pembeli adalah saling memerlukan atau hubungan usahawan dengan

pembekal dsb.

Keempat, merujuk kepada pergantungan sumber. Usahawan dan pihak tertentu mempunyai

sumber yang boleh ditukar dan berguna antara satu dengan lain. Misalnya, usahawan

mempunyai wang dan pembekal mempunyai bahan mentah.

b) Sifat jangka masa panjang. Ia melibatkan ciri penerusan di mana usahawan

memerlukan hubungan berterusan dengan pihak tertentu bagi memajukan perniagaannya.

Ini seterusnya mewujudkan kekuatan hubungan yang berkaitan dengan hubungan

perniagaan antara usahawan dengan pihak tertentu bertambah kukuh dan saling percaya.

Hubungan selanjutnya melibatkan hubungan yang menyeluruh ’multipleksiti’. Ia melibatkan

hubungan bukan saja antara usahawan dengan ahli jaringan tetapi merangkumi kepada

hubungan sosial, kekeluargaan, mentor dsb.

c) Proses Tabii. Ia melibatkan hubungan antara usahawan dengan pihak tertentu

86

Page 87: Modul RBT 3103

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

berdasarkan intisari tertentu misalnya hubungan untuk memperolehi bahan mentah,

melibatkan wang dan bahan mentah membawalah kepada hubungan yang dinamik yang

melibatkan potensi kepada kegunaan pemerolehan sumber dsb.

d) Kontek kebergantungan. Ia melibatkan percampuran hubungan peribadi, sosial

dan perniagaan bagi satu jangka masa tertentu. Hubungan ini akhirnya mewujudkan satu

rangkaian njaringan usahawan yang luas.

15.5 Dimensi Jaringan

Jaringan usahawan merupakan suatu hubungan yang dinamik dan

berubah mengikut masa tertentu. Perubahan hubungan boleh juga berlaku sekiranya

terjadi insiden yang tidak diduga.Perubahan hubungan antara usahawan dengan

jaringan boleh dilihat daripada beberapa dimensi (Abu Bakar, 1995).

Pertukaran

Kandunganatau intisari hubungan akan berubah mengikut masa antara

usahawan dengan ahli jaringannya, seperti pembekal, pelanggan dan institusi

kewangan. Diperingkat awal hubungan antara usahawan dengan pembekal adalah

hubungan yang ringkas.

Hubungan Pertukaran Wajib dan sukarela

Hubungan usahawan dengan pembekal dianggap wajib apabila usahawan

mendapat bahan mentah dan menjual barang kepada pembeli. Suatu hubungan

sukarela menjadi wajib apabila ada keperluan bantuan kewangan timbul antara

usahawan dengan pihak bank.

Hubungan lemah dan kuat

Peringkat permulaan hubungan usahawan dengan ahli jaringan agak

lemah tetapi hubungan ini menjadi satu hubungan yang kuat apabila masing-masing

saling memerlukan dan saling memerlukan.

Ringkas dan Multipleksiti

Kepelbagaian kandungan akan meningkat dalam proses pembinaan

hubungan. ngan mudah kepada hubungan yang lebih komplek., berubah dari satu

dimensi kepada pelbagai dimensi.

Kepercayaan

Diperingkat awal hubungan adalah diperingkat ada keraguan, sehinggalah

setelah sekian lama hubungan itu barulah wujud kesefahaman dan kepercayaan.

Saiz Jaringan

Diperingkat awal jaringan usahawan adalah terlalu kecil, sehinggalah

apabila perniagaan ini telah berjaya, maka saiz jaringan bertambah selaras dengan

87

Page 88: Modul RBT 3103

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

perkembangan perniagaan. Usahawan perlu mewujudkan hubungan dengan

pelanggan, pembekal, bank, kerajaan dsb

15.6 Faedah JaringanIni melibatkan sokongan kewangan, sumber maklumat, peluang pasaran,

idea perniagaan, promosi, maklumat pasaran, maklumat pembekal, sokongan moral

dan motivasi, sumber pengetahuan dan kemahiran, nasihat perniagaan,

perantara/kontek (Johannisson, 1987; Abu Bakar, 1995; Mohd. Salleh et al., 1997)

15.7 Mengurus Jaringan UsahawanEmpat langkah mengurus jaringan menurut (Abu Bakar, 1995) pertama

merancang (plan), mewujudkan(form), hubungan (develop) dan mengekalkan (maintain)

Merancang : menyenarai ahli jaringan, cara menghubungi, simpan maklumat ahli

Mewujudkan hubungan: latihan, seminar ekspo, mesyuarat, perjumpaan di pejabat

Hubungan dipupuk dengan baik: kekerapan berinteraksi

Mengekalkan: elakkan sesuatu yang buruk atau negatif dari berlaku.

88

Page 89: Modul RBT 3103

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

SINOPSIS Modul ini memberi pendedahan kepada pelajar memahami tentang penerapan unsur pedagogi

dalam pengajaran perniagaan dan keusahawanan. Ia bertujuan untuk membantu guru dalam

mempelbagaikan teknik dan kaedah pengajaran yang berkesan sesuai dengan keperluan

semasa.

Hasil Pembelajaran8. Mengetahui definisi pembelajaran kontekstual dalam perniagaan dan keusahawanan

9. Mengaplikasikan pembelajaran konstruktivisme dalam perniagaan dan keusahawanan

10. Menerangkan pengajaran reflektif

11. Mengetahui definisi pembelajaran masteri l

12. Meaplikasikan kaedah pembelajaran penyelesian masalah

13. Mengaplikasikan kaedah pembelajaran berbentuk lawatan dan kerja luar.

Kerangka Konsep Tajuk 16

PENERAPAN UNSUR PEDAGOGI

Pembelajaran Kontekstual

Pembelajaran Konstruktivisme

pengajaran reflektif

pengajaran Masteri Learning

Penyelesaian masalah

Lawatan & kerja luar

89

TAJUK 16 PENERAPAN UNSUR PEDAGOGI

Page 90: Modul RBT 3103

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

16.1 PengenalanGuru seharusnya perlu bijak memilih strategi, kaedah dan teknik dalam pedagogi pendidikan.Pedagogi yang sesuai menggunakan pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran supaya pembelajaran menjadi lebih bermakna kepada murid-murid.Guru menggunakan pengajaran kerana terdapat aras perbezaan yang agak ketara dalam diri murid

16.2 Pembelajaran KontekstualMenurut Kolb (1976) dan Mc Carthy (1980), pelajar mempunyai empat stail (kuadaran) pembelajaran yang utama iaitu feeling, watching, thingking dan doing. Kebanyakan individu mempunyai keupayaan untuk menggunakan kesemua cara pembelajaran ini, tetapi Kebiasaannya seseorang itu menunjukkan satu cara yang domain untuk dirinya. Namun dalam sistem pendidikan tradisional lebih sesuai untuk pelajar kuadrantmelaksanakan (doing).

Objektif Pembelajaran Kontekstual1. Untuk menyediakan pelajar menghadapi pekerjaan selepas persekolahan

menengah dan kehidupan dewasa nanti.2. Untuk menarik lebih ramai pelajar dalam kerjaya kesihatan, perniagaan,

komputer, media, teknologi maklumat, elektronik dan kejuruteraan.

Konsep pembelajaran kontekstual1. Menurut teori pembelajaran kontekstual, pembelajaran hanya berlaku

apabila pelajar memproses maklumat atau ilmu pengetahuan baru dengan cara tertentu sehingga ia membawa maksud atau bermakna kepada mereka dalam kerangka rujukan mereka sendiri.

2. Ia mengandaikan minda akan mencari maksud dalam konteks dengan cara semulajadi iaitu berkait dengan persekitaran semasa seseorang itu.

3. Membina persekitaran pembelajaran melalui proses pengalaman, penemuan, pengukuhan dan menghubungkait

4. Pembelajaran melibatkan pelajar berfikir dan hands on5. Ahli pendidik lain menggunakan istilah experiental learning, real-world

education, active learning dan learner-centred instruction

Pembelajaran kontekstual memenuhi keperluan pelajar dalam semua stail pembelajaran. Berikut adalah lima mod pembelajaran kontekstual yang menyokong stail pembelajaran yang pelbagai;

90

Page 91: Modul RBT 3103

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

Ciri-Ciri Pembelajaran Kontekstual

1. MENGHUBUNGKAIT (Relating)- menghubungkaitkan pengajaran dalam konteks pengalaman hidup dan menghubungkaitkan pengetahuan baru dan pra-pengetahuan pelajar dan bidang pekerjaan

2. MENGALAMI (experiencing)- memberi pendedahan, penemuan dan penciptaan kepada pelajar. Pelajar aktif membuat ujikaji dan menemui sendiri idea dan fakta.

3. MENGAPLIKASI (applicating)- pelajar menggunakan maklumat yang ada untuk menyelesaikan masalah.aplikasi aktiviti dalam kelas dengan akitiviti di luar sama ada dalam kehidupan atau pekerjaan pada masa akan datang.

4. BEKERJASAMA (cooperating)- pembelajaran dalam konteks perkongsian dan berkomunikasi antara satu sama lain bagi mewujudkan sikap kerjasama. Individu akan dapat mengenalpasti minat dan keperluan pembelajaran yang unik, perbezaan individu dan pelajar memahami aspirasi kumpulan

5. MEMINDAHKAN (transfering)- pelajar menemui pengetahuan baru memalui penerokaan, pengujian dan mencari jawapan. Pelajar lebih mudah membuka peluang sedia ada mereka melalui pelbagai situasi pembelajaran

Pembelajaran secara hands-on; merujuk kepada pembelajaran secara aktif

91

Page 92: Modul RBT 3103

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

(active learning) selain dari aktiviti pensil dan kertas. Aktiviti hands-on mungkin melibatkan peralatan, penggunaan bahan, aktiviti penyenggaraan mesin dan sebagainya.Pendekatan berasaskan projek; Ini melibatkan aktiviti yang memerlukan beberapa langkah tertentu serta jangka masa yang lebih panjang dan kerjasama kumpulan. Pelajar perlu membuat perancangan aktiviti, membuat penyelidikan, menyelesaikan masalah, mengumpul serta menganalisa maklumat.Perkaitan kontekstual; Kaitan di antara konsep akademik dengan konteks di mana digunakan terutama dalam alam pekerjaan.Aplikasi; Pelajar mengaplikasi sesuatu konsep seperti menjalankan ujian kualiti air, mereka bentuk dan sebagainya. Krieteria atau format persembahan yang digunakan mestilah sama seperti seperti yang digunakan industri.

7 PRINSIP KELAS PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL

1. Prinsip berobjektif: Guru membantu pelajar memahami tujuan mempelajari sesuatu tajuk; bukan sahaja apa yang mereka harus belajar tetapi mengapa tajuk itu harus dipelajari

92

Page 93: Modul RBT 3103

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

2. Prinsip membina: Pengetahuan baru dihubungkan kepada pra-pengetahuan pelajar supaya pembelajaran baru dibina di atas pengalaman lama pelajar

3. Prinsip aplikasi: Pengetahuan baru dihubungkan secara spesifik kepada aplikasinya dalam peranan pelajar sekarang dan masa depan sebagai rakyat, pengguna, pekerja, ahli keluarga, ahli masyarakat yang berguna

4. Prinsip penyelesaian masalah: Pelajar digalak menjadikan pembelajaran aktif dengan menggunakan pengetahuan baru untuk menyelesaikan masalah

5. Prinsip berpasukan: pelajar membina semangat berpasukan dan kerjasama apabila bekerja bersama untuk menyelesaikan masalah

6. Prinsip penemuan: pelajar sentiasa digalakkan untuk “cubalah”. Mereka dibimbing ke arah menemui pengetahuan baru dan bukan menerimanya secara pasif. Guru membantu pelajar meneroka, menguji dan mencari jawapan

7. Prinsip hubungan: guru membantu pelajar melihat hubungan antara isi kandungan pelajaran dan konteks, pengetahuan dan aplikasi satu bidang dengan bidang yang lain.

STRATEGI PENGAJARAN1. Objektif- menerangkan bahawa pada akhir pengajaran, pelajar

seharusnya boleh mencapai objektif yang ditetapkan2. Langkah pembelajaran- memerlukan proses pengajaran mengikut

langkah yang telah digariskan iaitu membaca teks, ambil bahagian dalam perbincangan kelas dan membuat latihan

3. Idea utama- Pelajar didedahkan dengan proses berkaitan dengan isi pelajaran

4. Teks- isi pelajaran yang dijelaskan secara keseluruhanLANGKAH PEMBELAJARAN

93

Page 94: Modul RBT 3103

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

KEPENTINGANNYA1. Berasaskan maksud kontekstual, mampu membawa pelajar ke matlamat

pembelajaran isi dan konsep yang berkenaan atau releven bagi mereka dan juga memberi makna dalam kehidupan seharian mereka.

2. Memudahkan mereka mengaitkannya dengan suasana dan juga dalam menempuh kehidupan masyarakat di mana tempat mereka menjalani kehidupan dan bekerja.

3. Menggalakkan pendidik memilih dan/atau membina persekitaran pembelajaran yang menggabungkan seberapa banyak bentuk pengalaman yang boleh termasuk aspek sosial, fizikal, psikologikal ke arah mencapai hasil pembelajaran yang diingini

4. Membantu guru mengaitkan bahan5. subjek yang dipelajari dengan situasi dunia sebenar dan memotivasikan

pelajar untuk membuat perkaitan antara pengetahuan dengan aplikasinya dalam kehidupan harian mereka sebagai ahli keluarga, warga masyarakat san pekerja.

6. Mencetuskan impak yang mendalam kepada pengalaman dan perkembangan diri pelajar

16.3 Pembelajaran Konstruktivisme16.3.1 Definisi

1. Konstruktivisme bermaksud pembinaan pengetahuan.

Induksi set

Mempelajari kemahiran

Mempraktikkan kemahiran

Renungan kembali

94

Page 95: Modul RBT 3103

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

2. Individu sentiasa membina pengetahuan sendiri berasaskan premis pengetahuan/pengalaman sedia ada kepada pengetahua/pengalaman baru.

16.3.2 Konsep Konstruktivisme1. Teori pembelajaran yang melihat sebagai pembina

pengetahuan, bukannya sebagai penerima pengetahuan.2. Pelajar membina pengetahuan tentang topik yang dipelajari

dengan cara mengaitkannya dengan pengetahuan atau pengalaman sedia ada masing-masing, bukannya menerima bulat-bulat pengetahuan yang disampaikan.

16.3.3 Corak Pemikiran1. Konstruktivisme peribadi: Memproses kognitif dan ingatan.2. Konstruktivisme sosial:kumpulan yang membina proses kognitif

dan ingatan.

16.3.4 Konstruktivisme dalam KHSR1. Penglibatan murid secara aktif melalui pengalaman praktikal

dan mencari penerangan mengenainya. Pelajar menggunakan pengalaman sedia ada untuk mencipta pengalaman dan pengetahuan baru.

16.3.5 Ciri-Ciri Pembelajaran SecaraKonstruktivisme1. Menggalakkan murid bertanya dan berdialog dengan murid dan

guru2. Memberi peluang kepada murid untuk membina pengetahuan

baru dengan memahaminya melalui penglibatan murid dengan situasi dunia yang sebenar

3. Menyokong pembelajaran secara koperatif4. Menganggap pembelajaran sebagai satu proses yang sama

penting dengan hasil pembelajaran5. Menggalakkan proses inkuiri murid melalui kajian dan

eksperimen

16.3.6 Aplikasi Konstruktivisme(5 fasa Needham)

95

Page 96: Modul RBT 3103

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

Bil

Fasa Tujuan Kaedah

1 Orientasi Menimbulkan minat

1.Amali2.Penyelesaian masalah3.Tunjuk cara4.Tayangan video5.Keratan akhbar

2 Pencetus Idea Sedar idea dulu 1.Amali2.Pebincangan3.Peta Konsep3.Laporan

3 Penstrukturan semulai.Penjelasanii.Pendedahaniii.Pembinaan ideaiv.Penilaian

Mewujudkan kesedaran tentang idea alternative yang berbentuk sainstifik

1.Input guru2.Perbincangan3.Amali4.Laporan5.Kerja Projek6.Eksperimen7.Tunjuk cra

4 Penggunaan Idea

Pengukuhan idea kepada situasi baru

Penulisan sendiri kerja projek

5 Renungan Kembali

Mendapat buat refleksi tentang idea asal mereka

1.Penulisan kendiri 2.Perbincangan 3.Catatan

16.3.7 Implikasi Daripada Pendekatan Konstruktivisme1. Pengajaran dan pembelajaran akan berpusatkan murid2. Pengetahuan yang dipunyai oleh murid adalah hasil daripada

aktiviti yang dilakukan oleh murid3. Guru berperanan sebagai fasilitator, pemudah cara dan

perancang, sedagkan pelajar memainkan peranan utama dalam aktiviti pembelajaran

4. Guru akan mengenal pasti pengetahuan sedia ada murid.

96

Page 97: Modul RBT 3103

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

5. Model Pembelajaran yang sesuai digunakan ialah pembelajaran secara koperatif dan kolaboratif.

6. Pengalaman dan kesediaan pelajar adalah faktor penting yang mempengaruhi proses pembentukan ilmu.

16.3.8 Kelebihan Pembelajaran Secara Konstruktivisme1. Lebih berfikir2. Lebih faham3. Lebih seronok 4. Lebih yakin5. Lebih ingat6. Lebih kemahiran sosial

16.4 .0 Pengajaran ReflektifMenurut For Boud, Keogh dan Walker (1985) refleksi adalah aktiviti di mana seseorang itu mengimbau kembali pengalaman lampau, memikirkan tentang pengalaman itu, meneroka semula dan menilai kembali. Tiga aspek utama yang menjadi fokus terhadap tindakan ini ialah; 1. Mengimbau pengalaman 2. Menghadirkan perasaan 3. Menilai pengalaman

.16.4.1  Empat ciri Pengajaran Reflektif

1. Mengutamakan tujuan dan kesan serta kerberkesanan teknikal 2. Memberikan cadangan-cadangan baru dalam penggubalan kurikulum baru 3. Guru  akan dapat memainkan peranan yang aktif dalam proses pengajaran

dan pembelajaran 4. Sikap minda keterbukaan, tanggungjawab dan kesungguhan hati

16.4.2 Ciri-Ciri Guru Reflektif 1.  Keterbukaan Minda  2. Tanggung Jawab  3. Kesungguhan 4. Seorang guru yang terbuka mindanya sering bersedia untuk membuat

refleksi dan mencabar andaian-andaian, prasangka, ideologi tersendiri dan juga orang lain. 

97

Page 98: Modul RBT 3103

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

5. Guru membuat rancangan mengajar dan terus bersedia6. Guru perlu memantau, memerhati dan mengumpul data berkaitan

dengan hasrat, tindakan dan perasaan pelajar.7. Guru perlu merancang, membuat persediaan, bertindak, mengumpul

data, menganalisis data serta menilai data8. Guru yang reflektif merupakan seorang yang sering menyoal  mengenai

tujuan-tujuannya, memantau amalan dan hasilan, mempertimbangkan kesan jangka pendek dan jangka panjang terhadap setiap kanak-kanak

 

16.5 Pengajaran Masteri Learning• Merupakan suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang

memastikan semua murid menguasai hasil pembelajaran yang dihasratkan dalam suatu unit pembelajaran sebelum berpindah ke unit pembelajaran seterusnya.

• Pendekatan ini memerlukan peruntukan masa yang mencukupi dan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti.

• Pendekatan pembelajaran yang memfokuskan kejayaan pelajar menguasai sesuatu perkara yang diajar.

• Semua pelajar perlu dipastikan menguasai hasil pembelajaran dalam satu unit sebelum berpindah ke unit pembelajaran seterusnya. 

• Pembelajaran Masteri memerlukan  masa yang mencukup proses P&P yang berkualiti

• guru menyedari bahawa :• pelajar mempunyai kebolehan dan keperluan yang berbeza• pelajar perlukan pendekatan yang sesuai• pelajar perlu pengetahuan , kemahiran dan sikap yang di ajarkan

• Prinsip asas Pembelajaran Masteri ialah pelajar normal boleh menguasi apa yang diajar oleh guru

• Proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih berkesan jika pelajar dipecahkan kepada kumpulan yang kecil

• Pelajar memerlukan masa yang menguasai pengetuahuan dan kemahiran

• Arahan P&P bagi setiap kumpulan dan proses mestilah jelas•  Ciri-ciri Pembelajaran masteri  Hasil pembelajaran mestilah ditentukan• Hasil pembelajaran mestilah berurutan mengikut hiraki atau dari unit

ke unit• Aktiviti P&P mestilah menarik, menyeronokkan dan berkesan

98

Page 99: Modul RBT 3103

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

Kemahiran guru dalam pembelajaran masteri:1. Mendiagnosis murid untuk mengetahui tahap pencapaian murid.2. Mengetahui perbezaan antara murid.3. Menggunakan pelbagai kaedah pengajaran.4. Menjalankan penilaian sumatif untuk mengesan hasil pembelajaran.5. Merancang serta melaksanakan aktiviti pemulihan dan pengayaan

yang sesuai.

Kelemahan1. Mengambil masa yang lama, perlu menunggu murid-murid menguasai

sesuatu tajuk.2. Mungkin menyebabkan sukatan pelajaran tidak dapat dihabiskan.3. sesuai untuk tahap murid yang lebih pandai.

16.6 Penyelesaian MasalahPembelajaran Berasaskan Masalah atau dikenali sebagai ”Problem Based

Learning” dan singkatan yang sering digunakan adalah PBL.PBL lebih sinonim penggunaannyamemandangkan para akademik telah maklum ia merujukpada Pembelajaran Berasaskan Masalahatau ”Problem Based Learning”.

Dalam Perkembangan Pembelajaran terkini berasaskan kumpulan pelajar dalam menyelesaikan sesuatu topik melalui kaedah pembelajaran sering dirujuk kepada keberkesanan konsep pembelajaran yang digunakan.Perkembangan Pembelajaran Berasaskan Masalah atau “Problem Based Learning” dikembangkan penggunaanya kerana ia lebih efektif dalam penyelesianpemasalahan berkaitan pembelajaran teori & Pengiraan.

Pembelajaran berasaskan masalah adalah merupakan satu pendekatan pembelajaran yang digunakan bersandarkan kepada penyelesaian masalah yang akan diberikan oleh guru kepada pelajar. Permasalahan yang akan diberi kepada pelajar akan dirangka dan dirancang terlebih dahulu agar setiap strategi yang diambil oleh pelajar untuk menyelesaikan masalah tersebut akan dapat meliputi keseluruhan kurikulum yang ada. Pembelajaran berasaskan masalah adalah disokong oleh konsep pembelajaran secara kendiri bagi memudahkan para pensyarah dan pelajar melalui proses pembelajaran yang lebih berkesan dan efaktif. Pembelajaran berasaskan masalah adalah merangkumi cabaran kepada keadaan penyelesaian masalah sebenar berkaitan topik yang dibincangkan, melibatkan peggunaan akal dan fikiran yang kritikal dan sepenuhnya, kemahiran

99

Page 100: Modul RBT 3103

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

meyelesaikan pemasalahan yang berkaitan, memenuhi keperluan dan disiplin kerja atau tugasan, pembelajaran yang kendiri, gerak kerja berpasukan dan menguasai kemahiran komunikasi, serta bertanggungjawab dan gigih dalam menyelesaikan sebarang masalah yang berkaitan.

Pembelajaran berasaskan masalah merupakan alternatif yang lebih menarik berbanding pembelajaran tradisional. Guru akan memberikan masalah dan bukan kuliah atau latihan. Disebabkan murid tidak diberikan isi kandungan, pembelajaran akan menjadi aktif apabila meneroka dan menemui maklumat yang yang diperlukan untuk menyelesaikan masalah. Guru akan bertindak selaku fasilitator dan bukan sumber penyelesaian masalah.  

Pembelajaran berasaskan masalah membolehkan murid berpeluang untuk:1. Menyemak dan mencuba apa yang diketahui2. Menemui apa yang ingin dipelajari3. Membina kemahiran sosial untuk memperolehi pencapaian yang lebih

baik dalam pasukan.4. Meningkatkan kemahiran berkomunikasi5. Menyatakan dan mempertahankan keadaan menggunakan bukti dan

hujah yang mantap6. Menjadi lebih fleksibel semasa memproses maklumat dan menunaikan

tanggungjawab7. Mengamalkan kemahiran yang diperlukan selepas tempoh persekolahan

tamat

Proses Penyelesaian Masalah

100

Page 101: Modul RBT 3103

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

Langkah-langkah penyelesaian masalah

· Bentangkan masalah. Sebagai guru, anda perkenalkan masalah atau senario kepada murid. Masalah atau senario berkenaan berfungsi sebagai titik permulaan untuk memperolehi ilmu pengetahuan dan pendorong pembelajaran. Berikan masa secukupnya untuk proses memahami masalah. Anda mungkin perlu memberikan latar belakang isu, menjelaskan terminologi dan menjawab beberapa soalan asas tentang masalah daripada murid.

Murid seharusnya mempunyai pengetahuan terbatas (pengetahuan sedia ada) untuk menyelesaikan masalah. Untuk menyelesaikan masalah, murid perlu pengetahuan yang lebih mendalam mengenai sesuatu isu.

Selepas masalah atau senario diperkenalkan, murid akan bertanyakan beberapa soalan asas: Apa yang saya perlu tahu? Apakah sumber yang boleh diakses dan di mana?

101

Page 102: Modul RBT 3103

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

·        Senaraikan apa yang telah diketahui. Semasa menjawab soalan-soalan asas, murid akan menyenaraikan apa yang telah mereka ketahui. Dengan cara ini masalah akan dapat didefinisikan dengan jelas sebelum pernyataan masalah boleh ditulis.

·       Senaraikan apa yang diperlukan. Dengan lengkapnya penulisan pernyataan masalah, maka murid perlu meneroka maklumat berkaitan untuk melengkapkan data yang masih kurang atau diperlukan. Satu senarai baru di bawah tajuk “Apa yang perlu kami ketahui?” mula disediakan. Soalan yang dibina dan jawapan yang akan diperolehi akan membantu murid menuju ke arah yang membolehkan mereka menyelesaikan masalah.

Soalan-soalan dan jawapan ini akan menjadi garis panduan untuk mengumpulkan maklumat dan data yang diperlukan (oleh individu atau pasukan pembelajaran koperatif). Analisis data akan dilaksanakan secara serentak dalam proses ini. Setelah beberapa pusingan pengumpulan maklumat dan data dilakukan di samping analisisnya dilakuan, maka segala kemungkinan jalan penyelesaian masalah akan dirumuskan. Jalan penyelesaian yang praktikal dan berpotensi berpandukan maklumat dan data yang telah dikumpulkan akan dipilih.

Semasa menggunakan maklumat, murid perlu berhati-hati ketika membuat penilaian agar maklumat yang penting dan terkini tidak diabaikan, di samping mula menolak maklumat lama yang tidak tepat atau telah tidak lagi relevan akan dibuang.

·       Senaraikan kemungkinan-kemungkinan langkah tindakan, cadangan, jalan penyelesaian atau hipotesis. Di bawah tajuk “Apa yang kami perlu lakukan”, murid akan menyenaraikan semua tindakan yang akan diambil dan dilaksanakan (contohnya, berkolaborasi dengan pakar), dan membina serta menguji hipotesis. Murid mesti membina penyelesaian kepada masalah dan menyusun maklumat dengan cara yang baru.

Untuk membantu murid dalam proses penyusunan maklumat dan data, mereka boleh menggunakan buku log masalah untuk mematuhi dan merekodkan senarai

102

Page 103: Modul RBT 3103

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

perkara yang perlu dilakukan, garis masa, pemerhatian, soalan-soalan berbangkit, senarai sumber dan sebagainya. Log masalah menggambarkan kesemua inkuiri murid, soalan baru yang timbul serta pemikiran mereka tentang masalah. Log masalah ini juga akan membantu guru mengikuti perkembangan murid ke arah penyelesaian masalah. Dengan bantuan guru sebagai pembimbing dan pemudahcara, murid akan terus terlibat dalam perbincangan mengenai apa yang telah mereka temui, apa yang mereka tahu dan mahu tahu.

·        Membentang dan menyokong jalan penyelesaian. Sebagai sebahagian daripada penutup, lazimnya guru akan meminta murid membentangkan dapatan dan cadangan mereka. Laporan pembentangan perlu meliputi pernyataan masalah, soalan-soalan, data yang dikumpulkan, analisis data, sokongan kepada jalan penyelesaian atau cadangan-cadangan. Segala pengalaman yang dialui akan menjadi sangat berharga apabila dikongsikan bersama rakan, di samping penilaian dapat dibuat untuk membolehkan proses refleksi dijalankan

16.7 Lawatan Dan Kerja Luar

Satu kaedah pengajaran yang dan pembelajaranyang boleh memberikan kesempatan kepada murid untuk memerhati dan membuat pertimbangan tentang sesuatu perkara atau keadaansecara langsung di luar bilik darjah.Ia juga dapat menimbulkan kesedaran, keinsafan,dan perasaan tanggungjawab supaya nilai moralyang dikehendaki dapat disampaikandenganberkesan. Untuk melaksanakan lawatan, garis panduan pelaksanaan lawatan perlu diikuti. berikut adalah garis panduan yang sesuai untuk diikuti ketika lawatan.Sebelum Lawatan

Memilih tempat yang sesuai dengan nilai yanghendak ditekankan. Menyediakan panduan tentang perkara yang perludiberi perhatian. Menerangkan perkara-perkara yang perludicatatkan. Mendapatkan kebenaran daripada ibubapa.

Semasa Lawatan Memberi keterangan kepada murid. Sentiasa memandu dan mengawal murid.

Selepas Lawatan Mengumpulkan gambar mengenai pusat lawatanuntuk dipamerkan.

103

Page 104: Modul RBT 3103

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

Bersama dengan murid membuat rumusanmengenai nilai-nilai moral yang dapat dipelajari.

Kebaikan Kaedah Lawatan:1. meningkatkan pemahaman sesuatu konsep kerana pengalaman secara

langsung2. menggalakkan penggunaan pelbagai deria dan ini membawa kesan

kepada pembelajaran3. memberi peluang kepada pelajar untuk memerhati perkaitan antara

bahan maujud dan proses-proses yang berlaku4. menggalakkan pelajar untuk mengaitkan pengalaman diluar bilik darjah

dengan pembelajaran kandungan  disekolah5. menggalakkan pembelajaran eksperential dan lebih menyeronokkan

kerana perbincangan bermakna berlaku dalam proses mengumpul maklumat.

6. memberi peluang pelajar mengalami situasi sebenar dan ini akan mengekalkan ingatan pelajar terhadap perkara-perkarayang diajar

104