MODUL Reka Bentuk Dan Teknologi RBT3118_bab9

download MODUL Reka Bentuk Dan Teknologi RBT3118_bab9

of 11

Transcript of MODUL Reka Bentuk Dan Teknologi RBT3118_bab9

  • 8/12/2019 MODUL Reka Bentuk Dan Teknologi RBT3118_bab9

    1/11

    RBT3118 Rekabentuk dan Teknolgi Topik 9 184

    Reka Bentuk danTeknologi

    Kod Kursus : RBT 3118

    Topik 9

    REKA CIPTA

    PROSES

    MEREKA CIPTA

    - Mengenalpastimasalah

    - Pemilihan idea

    - Perekaan Projek

    - Pemilihan RekaBentuk

    - PerancanganPembinaan Projek

    - Pembinaan,

    Pengujian, danPengubahan Projek

    - Pendokumentasian

  • 8/12/2019 MODUL Reka Bentuk Dan Teknologi RBT3118_bab9

    2/11

    RBT3118 Rekabentuk dan Teknolgi Topik 9 185

    9.Reka Bentuk dan Teknologi (RBT 3118) 3 ( 2 + 1 )

    Rajah 1

    Pengenalan

    Reka cipta bermaksud penghasilan sesuatu barangan atau produk baru atau pengubahsuaianproduk bagi memenuhi kehendak pengguna. Tujuan reka cipta ialah melahirkan insan yangkreatif, imaginatif, produktif, inovatif, dan inventif serta mempu mereka cipta, meminati danmenceburi bidang keusahwanan, berdaya saing dan berwibawa.

    Bidang reka cipta ialah :

    Grafik pengiklanan, pembangkusan, dan penerbitan bahan-bahan bercetak

    Perindustrian rekaan perabot, perkakas rumah dan kenderaan

    Tekstil reka corak seperti pembatilan, tenunan, dan anyaman

    Fesyen reka bentuk pakaian dan aksesori

    Seramik berkaitan dengan kerja reka bentuk seramik

    Barangan logam halus reka bentuk barang kemas dan ukiran

    Elektronik pembinaan robot, automasi dan mekatronik

    Proses reka cipta adalah seperti berikut:

    (a) pengenalpastian masalah

    (b) Pemilihan idea

    (c) Perekaan projek

    (d) Pemilihan rerka bentuk

  • 8/12/2019 MODUL Reka Bentuk Dan Teknologi RBT3118_bab9

    3/11

  • 8/12/2019 MODUL Reka Bentuk Dan Teknologi RBT3118_bab9

    4/11

    RBT3118 Rekabentuk dan Teknolgi Topik 9 187

    Pengalaman sendiri membuat kajian dan perbandingan produk di pasaran bagimendapatkan maklumat lanjut tentang reka bentuk , kemasan, dan bahan yangdigunakan untuk menghasilkan produk tersebut.

    Pemerhatian

    Memerhati penggunaan sesuatu alatan bagi mendapatkan maklumat, membaiki produk,atau mencari penggunaan lain untuk produk tersebut.

    Rajah 2

    Lawatan ke tempat-tempat yang tertentu seperti kilang dan tempat penyelidikan

    Bacaan dan penyelidikan - menjalankan kajian tentang paten di Pejabat PendaftaranPaten, Bahagian Harta Intelek, Kemneterian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal EhwalPengguna.

    Soal selidik memperoleh maklumat yang penting daripada pihak-pihak tertentumengenai kehendak, citarasa, keperluan, masalah, fungsi dan bahan yang sesuai untukmenghasilkan produk.

    Melayari internet menggunakan internet sebagai sumber untuk mendapatkanmaklumat yang berkaitan.

    Bimbingan guru menanyai guru untuk mendapatkan maklumat, idea, dan khidmatnasihat.

  • 8/12/2019 MODUL Reka Bentuk Dan Teknologi RBT3118_bab9

    5/11

    RBT3118 Rekabentuk dan Teknolgi Topik 9 188

    9.3. Menganalisis Maklumat

    Setelah mendapat maklumat daripada pelbagai sumber, masalah perlu dianalisis untuk mencaripenyelesaian dan mengenal pasti kriteria keperluan mereka cipta. Justeru itu, keputusan perludibuat mengenai aspek-aspek berikut:

    Kaedah penyelesaian dalam teknik pembuatan dan penggunaan bahan

    Kriteria keperluan mereka cipta perlu dikenal pasti

    Analisis maklumat yang berkaitan dengan masalah seperti teknik pembuatan,bahan,persamaan dan perbezaan dalam fungsi produk dengan produk yang sedia ada.

    Keputusan harus dibuat dengan mengambil kira beberapa perkara berikut:

    Bahan yang mudah didapati, bahan terpakai dan dapat dikitar semula

    Faktor kos dan pemasaran seperti kos bahan, kos upah dan kos overhed yang lain.

    Kegunaan produk kepada orang ramai

    Saiz dan bentuk yang sesuai

    Selamat

    Ergonomik iaitu reka bentuk mengikut kesesuaian anatomi manusia

    Aspek-aspek perbandingan yang dibuat boleh terdiri daripada:

    Kelebihan

    Kekurangan

    Saiz

    Kapasiti

    Pilihan warna

    Bahan

    Ciri istimewa

  • 8/12/2019 MODUL Reka Bentuk Dan Teknologi RBT3118_bab9

    6/11

    RBT3118 Rekabentuk dan Teknolgi Topik 9 189

    9.4. Pemilihan Idea

    Setelah kenal pasti masalah, kita perlu mencari idea untuk menyelesaikan masalah ersebutmelalui penghasilan produk baru atau pengubahsuaian barangan yang sedia ada. Pemilihanidea memerlukan daya imaginasi yang tinggi, kreatif dan inovatif. Cetusan idea terdiri daripadabeberapa cara seperti berikut:

    Pembacaan dan penyelidikan

    Secara kebetulan

    Pengalaman

    Pemikiran lateral

    Galakan daripada pihak tertentu

    Bakat semulajadi

    Soal selidik

    Pemerhatian dan pengalaman

    Adanya keperluan

    Semua idea di atas perlu diterima dan dianalisis. Pemilihan idea terbaik dibuat denganmengambil kira faktor-faktor berikut:

    Keupayaan sendiri mengambil kira kemudahan dan masa yang ada serta bersesuiandengan kemampuan dan keupayaan anda

    Pengetahuan dan kemahiran untuk membuat produk yang dipilih

    Bahan dan komponen yang mudah didapati dan sesuai

    Kaedah pembuatan yang mudah didapati dan bersuaian serta dapat disiapkan

  • 8/12/2019 MODUL Reka Bentuk Dan Teknologi RBT3118_bab9

    7/11

    RBT3118 Rekabentuk dan Teknolgi Topik 9 190

    Kepentingan produk iaitu produk yang dapat menyelesaikan masalah atau memenuhikeperluan anda.

    Mesra alam produk yang selamat dan tidak mencemarkan alam.

    9.5. Perekaan Projek

    Penghasilan projek yang terbaik seharus mengikut langkah-langkah berikut:

    Sediakan lakaran selengkapnya

    Lukiskan lakaran yang telah diterima

    Adakan sesi mengkritik lukisan kerja

    Hasil lukisan kerja yang diterima akan dijadikan panduan membuat model

    Sesi perbincangan tentangan butiran dan maklumat yang dihasilkan adalah tepat dansesuai.

    Lukisan kerja dapat dilukiskan secara

    Lukisan ortogarik

    Lukisan terurai

    Lukisan isometrik

    Lukiksan oblik

    Lukisan perspektif

    Model adalah produk yang dihasilkan sebagai objek rujukan. Model serupa dengan produksebenar tetapi tidak berfungsi. Saiz model dapat dibuat dalam ukuran sebenar, ukuran skalakecil dan ukuran skala besar. Model boleh dibuat daripada bahan seperti polisterena, kayu.kadbod, plaster of paris, logam dan lain-lain bahan yang sesuai.

  • 8/12/2019 MODUL Reka Bentuk Dan Teknologi RBT3118_bab9

    8/11

    RBT3118 Rekabentuk dan Teknolgi Topik 9 191

    9.6. Pemilihan Reka Bentuk

    Pemilihan reka bentuk produk perlu berdasarkan ciri-ciri berikut:

    Bekerkesanan sesuatu projek berfungsi

    Peralatan untuk membuat membuat projek perlu mencupui dan mudah didapati

    Bahan binaan seharuslah mudah didapati dan tahan lama

    Peruntukan masa juga harus mencukupi

    Kos haruslah tidak terlalu tinggi atau membebankan

    Perlu ada kemahiran menggunakan alat-alat untuk menghasilkan projek yang berkaitan

    Faktor-faktor reka bentuk yang perlu diberikan perhatian adalah seperti berikut:

    Fungsi yang menepati tujuan produk dibuat

    Rupa bentuk yang dapat menarik perhatian

    Kesesuaian bahan

    Kaedah pembinaan yang mudah

    Ketahanan produk

    Kos produk reka bentuk termasuk kos bahan, kos pembinaan, kos overhed dan parasuntung yang dikehendaki

    Kemasan produk yang sesuai

    Keselamatan produk tidak berbahaya kepada pengguna dan tidak mencemarkan alamsekitar

    Nilai komersial produk ialah potensi produk untuk dipasarkan.

  • 8/12/2019 MODUL Reka Bentuk Dan Teknologi RBT3118_bab9

    9/11

    RBT3118 Rekabentuk dan Teknolgi Topik 9 192

    9.7. Perancangan Pembinaan Objek

    Perancangan awal reka bentuk produk merangkumi aspek-aspek seperti berikut:

    Bahan dan kesesuaian

    Memilih alatan

    Membuat jadual kerja dan

    Mengira kos pengeluaran

    9.8. Pembinaan, Pengujian dan Pengubahsuaian projek

    1. Prototaip ialah produk tunggal yang berfungsi dan dibuat daripada bahan dan saizsebenar.

    2. Proses kerja yang perlu dibuat untuk menghasilkan prototaip harus mengikut langkah-langkah yang berikut:

  • 8/12/2019 MODUL Reka Bentuk Dan Teknologi RBT3118_bab9

    10/11

    RBT3118 Rekabentuk dan Teknolgi Topik 9 193

    Proses Reka Cipta

    Mengukur, Menanda

    Dan Memotong

    Membina Dan Mencantum Bahagian Projek

    Memeriksa Dan Menguji Sambungan Dan Pemasangan

    Menguji Dan Menilai Projek

    Kemasan

    Jadual 1

  • 8/12/2019 MODUL Reka Bentuk Dan Teknologi RBT3118_bab9

    11/11