Modul Sesi Ice Breaking

2
MODUL SESI ICE-BREAKING (PECAH BENDUNGAN) Rasional Setiap peserta kursus kebanyakannya tidak mengenali antara satu sama lain. Perasaan malu, gugup dan tidak yakin masih menebal dikalangan peserta yang masih saling tidak kenal mengenali. Selepas menjalani aktiviti suaikenal ini diharapkan peserta akan dapat : 1. Mengenali antara satu sama lain sekurang-kurangnya nama . 2. Menghilangkan rasa malu, gugup, takut dan bersedia melakukan aktiviti yang diarahkan oleh fasilitator. 3. Menjalinkan rasa kemesraan di kalangan peserta kursus. 4. Menjalinkan ukhuwwah sesama peserta ICE-BREAKING (Kumpulan besar) Tajuk : Kita Serupa Masa : 15 minit Objektif : 1. Mewujudkan kemesraan di kalangan peserta. 2. Menghilangkan rasa malu, gugup dan gementar. 3. Menjalinkan persahabatan yang lebih erat. 4. Supaya peserta bersedia untuk melakukan aktiviti seterusnya. Prosedur : 1. Fasilitator meminta peserta berkumpul dalam kumpulan mengikut ciri-ciri yang disebutkan oleh fasilitator. - baju serupa - tudung serupa - sama tinggi - sama bilangan adik beradik

description

Inisiatif game

Transcript of Modul Sesi Ice Breaking

MODUL SESI ICE-BREAKING (PECAH BENDUNGAN)

MODUL SESI ICE-BREAKING (PECAH BENDUNGAN)

Rasional

Setiap peserta kursus kebanyakannya tidak mengenali antara satu sama lain. Perasaan malu, gugup dan tidak yakin masih menebal dikalangan peserta yang masih saling tidak kenal mengenali.

Selepas menjalani aktiviti suaikenal ini diharapkan peserta akan dapat :

1. Mengenali antara satu sama lain sekurang-kurangnya nama .

2. Menghilangkan rasa malu, gugup, takut dan bersedia melakukan aktiviti yang diarahkan oleh fasilitator.

3. Menjalinkan rasa kemesraan di kalangan peserta kursus.

4. Menjalinkan ukhuwwah sesama peserta

ICE-BREAKING (Kumpulan besar)

Tajuk : Kita Serupa

Masa : 15 minit

Objektif :

1. Mewujudkan kemesraan di kalangan peserta.

2. Menghilangkan rasa malu, gugup dan gementar.

3. Menjalinkan persahabatan yang lebih erat.

4. Supaya peserta bersedia untuk melakukan aktiviti seterusnya. Prosedur :

1. Fasilitator meminta peserta berkumpul dalam kumpulan mengikut ciri-ciri yang disebutkan oleh fasilitator.

- baju serupa

- tudung serupa

- sama tinggi

- sama bilangan adik beradik

- sama negeri kelahiran dan lain-lain.

2. Peserta dikehendaki berkumpul mengikut ciri-ciri seperti yang disebutkan.

3. Peserta dikehendaki berkenalan dengan peserta yang berada di kiri dan kanan mereka.

Falsafah :

1. Setiap individu mempunyai persamaan dan perbezaan

2. Setiap individu mempunyai persamaan dan perbezaan dengan individu lain

3. Walaupun berbeza, individu itu mampu membentuk rasa ukhuwah diantara mereka

4. Setiap individu perlu menanam sikap ikhlas, kasih & saling hormat menghormati