Modul Tambah
-
Upload
abu-mukhlas -
Category
Documents
-
view
60 -
download
2
description
Transcript of Modul Tambah
KANDUNGAN MODUL
1.0 JAWATANKUASA PELAKSANA
1. MOHD FAIZAL BIN ISMAIL – PEGAWAI FASILINUS PPD KERIAN
2. AHMAD RIDZUAN BIN MADIAN - PEGAWAI FASILINUS PPD PERAK
TENGAH
3. AHMAD NAZAMUDIN BIN ABI MADIAN – PEGAWAI FASILINUS PPD HILIR
PERAK
4. MOHD NORHAFFIZ BIN NOOR AINI - PEGAWAI FASILINUS PPD HILIR
PERAK
5. NORHISSHAM BINTI MOHD SOOM – PEGAWAI FASILINUS PPD KINTA
UTARA
6. MARLINDA BINTI KHALID – PEGAWAI FASILINUS PPD KUALA KANGSAR
7. NORLELAWATI BINTI DESA – PEGAWAI FASILINUS PPD LARUT MATANG
& SELAMA
8. NORAZMILA BINTI ALI – PEGAWAI FASILINUS PPD MANJUNG
2.0 PENGENALAN
Kemahiran asas mengira adalah sebagai pelengkap untuk Kemahiran 3M (membaca,menulis
dan mengira). Boleh dikatakan keseluruhan mereka ini paling tinggi penguasaannya hanya
kemahiran asas operasi tambah dan tolak sahaja. Apabila diperkenalkan kemahiran tambah
dan tolak, mereka mengalami masalah untuk menyelesaikannya.
Dalam konteks kanak-kanak lemah daya kognitifnya, ternyata mereka ketinggalan dari
rakan-rakan sedarjahnya terutamanya dalam menyelesaikan operasi tambah dan tolak. Namun
begitu, kita sebagai pendidik perlu mengambil daya usaha bagi membantu mereka. Pelbagai
kaedah perlu kita terokai untuk membantu permasalahan ini agar dapat dirungkaikan.
Diharapkan kaedah ini dapat membantu mereka menyelesaikan operasi asas tambah dan tolak
lebih cepat.
3.0 LATAR BELAKANG
Berdasarkan peratus murid tidak dapat menguasai asas operasi tambah dan tolak. Selain
daripada itu mereka juga tidak faham prosedur menyusun nombor-nombor operasi secara
lazim. Gagal menguasai tambah dan tolak menyebabkan murid tidak dapat menguasai darab
dan menghafal sifir.
Perkara asas yang perlu diterapkan dalam menguasai tambah dan tolak ialah murid dapat
membilang dan mengenal nombor.
4.0 OBJEKTIF
Guru-guru dapat menyampaikan pelbagai kaedah yang boleh membantu murid-murid lemah
dalam menyelesaikan operasi tambah dan tolak dengan lebih cepat dan menyakinkan.
5.0 SASARAN
Guru-guru mata pelajaran Matematik sekolah rendah Negeri Perak.
TAMBAH
1. KAEDAH MENGGUNAKAN GAMBAR RAJAH
2. KAEDAH MENAMBAH SECARA TERUS
3. KAEDAH JUMLAH SEPARA
4. KAEDAH LATTICE / KE SISI
5. KAEDAH PADANAN SEPULUH
TOLAK
1. KAEDAH LAZIM
2. KAEDAH SEPULUH TAMBAH 1
3. KAEDAH MENGGENAP SEPULUH
4. KAEDAH KURANG 1
5. KAEDAH MENUKAR NOMBOR