Modul Ulangkaji 6 Geografi Alam sekitar Fizikal Tingkatan...

download Modul Ulangkaji 6 Geografi Alam sekitar Fizikal Tingkatan ...warnawarnialwani.blogspot.com/2010/10/modul-ulangkaji-6...2 a) Huraikan gangguan-gangguan terhadap sistem atmosfera 1.

If you can't read please download the document

Transcript of Modul Ulangkaji 6 Geografi Alam sekitar Fizikal Tingkatan...

Modul Ulangkaji 6 Geografi Alam sekitar Fizikal Tingkatan Enam | Warni Warni Alwani

main | sidebar

Warni Warni Alwani

Pages

Home

Blogger templates

Archive

2012(1)

October(1)

2011(4)

June(1)

April(1)

February(2)

2010(3)

October(3)Modul Ulangkaji 6 Geografi Alam sekitar Fizikal Ti...Sistem integumentari(kulit)Sistem Integumentari

Blogroll

Saya nak Jadi anak yang soleh

Nak ada blog yang cantik..hehe

saya nak berjaya dunia dan akhirat

Anything that messing your mind about my blog?? Go click [x] button on your browser... bubye hater! hehehe:p

Tuesday, October 12, 2010

Modul Ulangkaji 6 Geografi Alam sekitar Fizikal Tingkatan Enam

Posted byNorziea Jiaat3:28 AM

Isi Kandungan

BAB 3: SISTEM ATMOSFERA

SKEMA JAWAPAN : MODUL 6 SISTEM ATMOSFERA BAB 3: SISTEM ATMOSFERA

1 a) Apakah yang dimaksudkan dengan bahang bumi dan bahang matahari

1.Bahang bumi =Haba bumi yang diterima drp cahaya matahari. Cahayamatahari akan memanaskan permukaan bumi. Permukaan bumi yangdipanaskan akan mengeluarkan bahangan yeng dipanggil bahang bumi yangakan dipantulkan ke atmosfera

2.Bahang matahari =merupakan sinaran matahari yang mengeluarkanbahangnya dan dipindahkan melalui gelombang pendek elektromagnet ataupancaran insolusi untuk sampai ke permukaan bumi

[6 m]

b) Jelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi taburan suhu secara mendatar yangtidak seragam di permukaan bumi

1. Bentuk muka bumi- ketinggian,laut, tasik2. Litupan permukaan bumi- tumbuhan, bangunan, awan, salji3. kandungan tanah dan warna tanah yang berbeza-beza menghasilkan pemanasan yang berbeza-beza-suhu berbeza-beza4. Nilai albedo permukaan bumi yang berbeza-beza5. kandungan lembapan tanah yang berbeza-beza6. jangkamasa dan sudut pancaran matahari yang berbeza mengikut garis lintang7. Aspek cerun yang menghadap matahari dengan cerun yang terlindung8. Angin angin sejuk seperti angin Mistral merendahkan suhu, angin panas seperti Angin Cinuk dan Fohn meningkatkan suhu9. Arus lautan- pergerakan arus lautan panas dapat menaikkan suhu dan arus sejuk menurunkan suhu [10 m]

c) Huraikan bagaimana perbezaan taburan suhu secara mendatar mempengaruhi edaran umum atmosfera?

1. memahami konsep edaran umum atmosfera- satu proses untuk seimbangkanbahangan di permukaan bumi dimana kawasan panas(Khatulistiwa) yangbertekanan udara rendah(mengembang) lalu naik serta dipindahkan secaramendatar ke lapisan atas ke kutub yang sejuk. Kekosongan udara yang naik diKhatulistiwa akan diisi oleh udara sejuk dari kutub

2. Ketidakseimbangan bahangan bersih yang diterima di antara garis lintang dunia menyebabkan perbezaan taburan suhu

3. Perbezaan suhu menyebabkan perbezaan kecerunan tekanan

4. perbezaan tekanan udara menyebabkan kewujudan sel tekanan

5. Kewujudan kecerunan tekanan antara sel menyebabkan pergerakan udara

[8 m]

2 a) Huraikan gangguan-gangguan terhadap sistem atmosfera

1. letusan gunung berapi- pelbagai jenis gas dikeluarkan semasa letusan seperti karbon dioksida, hidrogen, sulfida, klorin, flurin yang mengandungi 65-95% wap air(stim) yang sangat panas. Sulfur dioksida terlarut dalam wap air menjadi asid sulfurik lemah yang membunuh tumbuhan di kawsaan sekitarnya. Hujan yang turun menjadi berasid dan tanih menjadi tidak sesuai untuk kegiatan pertanian lagi

2. Aktiviti manusia berlaku pencemaran, pembakaran bahan api, penebangan hutan dsbnya

3. Bahan-bahan pencemar ini akan menjadi penebat kepada gelombang pendek (cahaya matahari)dari angkasa masuk ke atmosfera bumi dan juga menebat gelombang panjang (Bahang bumi) daripada keluar ke angkasa

b) Putaran bumi menyebabkan pembentukan angin timuran dan angin baratan dunia. Bagaimanakah angin-angin ini mengubah keadaan cuaca sesuatu kawasan?

1.kejadian fros angin timuran kutub Utara menyebabkan fos di kawasan prairie Kanada tiba lebih awal musim bunga. Ini menyebabkan tanaman gandum rosak. Hal ini juga berlaku di kawasan penanaman anggur di Perancis

2.Hujan lebat Pada musim angin monsun timur laut/angin timuran utara membawa hujan lebat ke kawasan Pantai Timur Semenanjung Malaysia, Angin timuran selatan ke Bangladesh dan india, badai selari di pantai timur Johor

3.banjir dan kemarau Angin timuran selatan myebabkan keadaan kemarau diEquador dan hujan lebat di asia Tenggara. fenomena La Nina dan EL Nino

4.Ribut taufan dan tornado taufan di kawasan lautan tropika dan tornado dilembangan Missisippi

5.laut bergelora - pertemuan angin timuran utara dan angin timuran selatan menyebabkan gelombang besar di Filipina dan hurikan di Amerika Tengah

c) jelaskan bagaimanakah manusia menghadapi perubahan cuaca ini

1. Projek sistem pengairan dan telaga2. Program sistem perparitan dan sungai3. membuat kerja sampingan alternatif4. penyelidikan benih hadapi ancaman fros5. projek pembenihan awan6. stesen ramalan cuaca

3 a) Huraikan secara ringkas tentang albedo

-Albedo adalah pembalikan atau pantulan sebahagian daripada bahangan matahariyang sampai oleh sebarang satah permukaan ke atmosfera. Kadar albedoberbeza-beza mengikut ciri permukaan dan sudut pancaran matahari

b) jelaskan sebab-sebab wujudnya perbezaan suhu antara kawasan bandar dengan kawasan luar bandar

1. keadaan fizikal bandar terdiri daripada konkrit dan bitumin2. kurangnya litupan tumbuhan di bandar berbanding luar bandar3. pembakaran bahan api fosil(kenderaan, kediaman, kilang)4. Kadar sejatan yang rendah di bandar kerana air larian yang banyak dan pesat5. Pencemaran udara banyak berlaku di bandar yang bertindak sebagai blanket6. Bilangan manusia yang lebih ramai-pembebasan haba kalori7. Alat hawa dingin yang banyak8. Angin permukaan di bandar yang halajunya lebih rendah

4 a) Apakah yang dimaksudkan dengan imbangan bahangan

Imbangan bahangan ialah kadar/jumlah bahangan yang diterima/masuk adalah sama atau seimbang dengan kadar/ jumlah bahangan yang dikeluarkan oleh bumi. Bahangan matahari masuk ke sistem bumi melalui gelombang pendek pada waktu siang manakala bahangan bumi dibebaskan ke angkasa pada waktu malam dalam bentuk gelombang panjang

b) Huraikan proses-proses yang menyebabkan berlakunya kehilangan sebahagian daripada jumlah bahangan matahari di atmosfera.

1.Proses penyerapan :Kehilangan sebahagian jumlah bahangan apabiladiserap oleh atmosfera seperti gas-gas oksigen, karbon dioksida dan ozon,partikel/habuk, wap air, awan, hablur ais

2.Proses penyerakan:Kehilangan sebahagian jumlah bahangan keranabahangan diserakkan ke pelbagai arah apabila bertemu dengan partikelseperti habuk, molekul gas dan manik air. Langit berwarna biru keranaproses serakan terhadap gelombang sinaran suria yang berukuran 0.45mikron oleh molekul udara yang terampai. Langit kekuningan apabilaserakan oleh partikulat di udara spt habuk, debu dan jerebu.

3.Proses pembalikan/pantulan:Kehilangan sebahagian jumlah bahangan apabila berlaku pembalikan atau pantulan oleh awan terutamanya. [10 m]

c) Jelaskan kesan peningkatan suhu terhadap alam sekitar

a. kesan terhadap alam sekitar fizikal

Penggurunan- apabila suhu meningkat proses luluhawa fizikal akan meningkat, struktur tanah menjadi peroi dan longgar dan ini akan meningkatkan hakisan layangan angin.Di kawasan gurun kombinasi antara luluhawa fizikal dan hakisan layangan angin membolehkan kawasan pinggiran gurun membesar.Contohnya di Gurun Sahel.

Peningkatan aras laut/air akibat pencairan ais meningkatkan paras laut dan meningkatkan kadar hakisan ombak di pinggir pantai

Kemusnahan sistem ekologi tumbuhan, hidupan laut/plankton dan polip karang

Menganggu keseimbangan hidrologi kadar sejatan yang tinggi dan cepat akan menyebabkan fenomena kemarau, paras air sungai menyusut, paras air tanah menurun dan tanih kehilangan kelembapan dengan ketara

Mengganggu kelembapan atmosfera seterusnya mewujudkan udara kering. Peningkatan suhu sekitar lazimnya menyebabkan cuaca enjadi penas. Di bandar fenomena pulau haba berlau.

Pulau haba terutama di bandar-bandar besar

b. Kesan terhadap alam sekitar manusia

Ketidakselesaan/dehidrasi atau kehilangan air dari badan secara berlebihan menyebabkan badan cepat letih dan tidak bermaya

Penyakit- suhu meningkat menyebabkan penyebaran penyakit misalnya taun dan denggi

Menjejaskan kegiatan pertanian- mengurangkan bekalan makanan kerana produktiviti pertanian khususnya padi sawah akan terjejas [10 m]

5 a) Terangkan jenis-jenis daya yang menentukan kelajuan dan arah angin

i. daya kecerunan tekanan- menggerakkan angin daripada kawasan tekanan tinggi ke kawasan tekanan rendah

ii. daya Coriolis putaran bumi membias angin ke kanan di Hemisfera Utara dan terbias ke kiri di Hemisfera Selatan dan semakin meningkat ke laut

iii. Daya geseran- mempengaruhi angin apabila ia bergerak ke atas sesuatu permukaan.Kesan daya geseran adalah berbeza-beza mengikut keadaan permukaan bumi. Permukaan yang kasar spt bergunung ganang, kawasan bandar raya dan kawasan berhutan tebal menyebabkan tiupan angin menjadi lemah kerana daya geseran tinggi berbanding kawasan lapang seperti kawasan padang serta kawasan lautan.

b) Jelaskan pengaruh angin monsun musim panas kepada kegiatan ekonomi di Asia Tenggara (angin monsun musim panas merujuk kepada angin monsun barat daya)

i. Pertanian luar musim di Dataran Kelantan lebih kering membolehkan tembakau di tanam di sawah dan alur tanah beris. Di Pantai Barat Semenanjung Malaysia-tanaman padi dijalankan

ii. Pelancongan pelancongan musim panas lebih giat dipantai timur kerana keadaan laut yang tenang, memudahkan aktiviti skuba, snokerling, berkayak dll

iii. Perikanan lebih banyak tangkapan pada musim panas berbanding semasa tiupan angin monsun timur laut

iv. Pembalakan penebangan hutan pada musim panas kerana tiada gangguan cuaca hujan

v. Industri kecil dan sederhana batik, keropok, ikan kering dapat dijalankan dengan baik. Cuaca panas membolehkan barangan yang dihasilkan boleh dikeringkan dengan cepat.[10 m]

c) Bagaimanakah sistem angin monsun mempengaruhi aktiviti penduduk di rantau asia??

Terdapat 2 sistem angin monsun di rantau asia iaitu Angin monsun barat daya(mei-sept) dan angin Monsun Timur Laut (Nov-mac) yang akana mempengaruhi kegiatan penduduk

a. Kegiatan pertanian:Angin monsun membawa intensiti hujan yang berbeza mengikut musim misalnya di kawasan pantai timur semenanjung Msia dan Selatan Thai hujan lebat pada musim monsun timur laut menyebabkan kawasan ini banjir. Kesannya tanaman seperti padi sawah dan tembakau musnah, kegiatan menoreh getah tidak dapat dijalankan. Sebaliknya di kawasan pantai barat semenanjung Msia mengalami hujan lebat pada musim mnsun barat daya menyebabkan kegiatan pertanian tergendala.

b. Kegiatan perikanan:Di kawasan pantai timur semenanjung kegiatan perikanan dijalankan semasa tiupan angin monsun barat daya manakala pada musim monsun timur laut tiupan angin kencang, ombak besar menyukarkan kegiatan perikanan. Musim ini dikenali sebagai musim tengkujuh. Aktiviti nelayan pada musim ini lebih tertumpu kepada membaiki pukat, bot yang rosak sementara menunggu musim tengkujuh berakhir.

c. Kegiatan pelancongan:Pada musim monsun timur laut kegiatan pelancongan kurang aktif di kawasan pulau dan pantai kerana ombak besar dan laut bergelora. Pada masa ini kawasan Kelantan, terengganumengalami banjir menyukarkan pelancong ke sesuatu tempat kerana sistem pengnagkutan terputus.

d. kegiatan ekonomi lain:perkhidmatan pengangkutan khususnya air dan darat akan tergendala akibat musim banjir pada masa tiupan konsun timur laut. Darjah ketersampaian menjadi rendah dan mengganggu aktiviti perniagaan seperti perniagaan borong dan runcit. Selain itu musim kering yang dialami oleh kawasan pantai timur semasa tiupan angin monsun barat daya menggalakkan aktiviti pengeringan batik, memperoses garam di pattani Thailand, menggalakkan Iks spt industri ikan kering, kraf tangan dll oleh penduduk tepi pantai.[7 m]

6 a) Apakah yang dimaksudkan dengan bajet haba

Bajet haba ialah jumlah haba yang diterima oleh permukaan bumi melalui pelbagai proses daripada bahangan matahari (gelombang pendek) adalah sama seimbangan dengan jumlah haba yang dikeluarkan semula melalui bahangan bumi(gelombang panjang)

b) Dengan bantuan gambarajah, huraikan bagaimana bajet haba terjadi

i. Bahangan matahari yang masuk ke atmosfera bumi akan sampai ke permukaan bumi melalui pelbagai proses iaitu:

Secara terus ke permukaan bumi Melalui atmosfera- diserap, dibalikkan, diserak dan dipantulkan

ii. Bahangan yang dibebaskan oleh permukaan bumi akan melalui pelbagai proses iaitu:

Secara terus keluar ke angkasa lepas Diserap oleh atmosfera seperti dibalikkan, diserakkan dan dipantulkan terutama pada waktu malam [10 markah]

c) Jelaskan fenomena yang menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan bajet haba

i. Litupan awan: litupan awan akan menyebabkan bajet haba tidak seimbang

ii. Penipisan lapisan ozon- bahang UV matahari lebih banyak masuk ke atmosfera

iii. Gas rumah hijau menyerap dan menyimpan haba di atmosfera. Lut sinar terhadap gelombang pendek dan legap terhadap gelombang panjang

iv. Jerebu- mengurangkan penerimaan bahangan

v. keadaan permukaan bumi yang berlainan- albedo permukaan [10 markah]

7 a) Terangkan konsep pulau haba

Fenomena Pulau haba ialah keadaan iklim di kawasan tengah-tengah bandar yangmempunyai suhu atau haba yang lebih tinggi dari kawasan sekitarnya. Keadaaniklim yang terbentuk adalah berbeza dari kawasan sekitar dari segi jumlah hujan,suhu harian, keamatan cahaya matahari, kelajuan angin dan kelembapanudaranya.

[5 m]

b) Suhu kawasan bandar lebih tinggi berbanding kawasan sekitarnya. Jelaskan mengapa berlaku keadaan sedemikian

1. kawasan pusat bandar mempunyai suhu yang lebih tinggi berbanding kawasan sekitarnya kerana

a. Morfologi pusat bandar yang padat dengan bangunan, bahan binaan yang terdiri drp bahan batu bata, simen, logam dapat menyerap dan menyimpan haba

b. Industri perkilangan, ekzos kenderaan mengeluarkan ga karbon dioksida,karbon monoksida yang bertindak sebagai penebat haba menyebabkansuhu tinggi

c. Haba daripada penduduk yang ramai dan penggunaan alat pendingin udara meningkatkan suhu bandar

2.Kelembapan udara di kawasan bandar lebih rendah/kering daripada kawasan sekitarnya kerana

a. Sebarang haba drp pembakaran akan cepat meresap ke udara dan tidak menggalakkan kelembapan/pembentukan wap air

b. kadar turapan permukaan yang tinggi mempercepatkan laroian air ke sistem saliran dan keluar drp bandar- sejatan kurang berlaku/terhad

c. Turapan permukaan tidak membenarkan air tersimpan oleh lapisan tanih untuk disejat sebagai wap air. Udara menjadi kering

d. Kurang tumbuhan kurang sejat peluhan untuk menyumbang kepada wap air

3.kerpasan /hujan di bandar lebih banyak daripada di kawasan pinggirnya kerana

a. banyak bahan pencemar yang bertindak sebagai nukleus higroskopik yang menarik wap air dan mengumpulkannya sebagai awan

b. Tiupan angin secara turbulen(naik dan berpusar ke atas) menghasilkan perolakan udara ke atas dan menggalakkan proses pemelowapan

c) Huraikan pengaruh iklim mikro bandar terhadap alam sekitar fizikal

i. Udara berdebu/tercemar menutup permukaan liang stoma daun dan mengganggu proses fotosintesis . Ini akan membantutkan pertumbuhan pokok

ii. Suhu yang tinggi meningkatkan kadar sejatan dan merendahkan kelembapan bandingan

iii. Bahan pencemar menghasilkan banyak nukleus higroskopik dan meningkatkan kekerapan hujan iv. Kandungan asid dalam air hujan bertambah mengakibatkan gangguan terhadap ekosistem, badan air dan tanih [12 m]

8 a) Apakah yang dimaksudkan dengan gas rumah hijau

gas rumah hijau-( kumpulan gas yang menghalang dan memerangkap haba bumidari terbebas keluar ke atmosfera bumi )=3m (seperti gas karbon dioksida,CFC,metana, ozon dan wap air) sekurang-kurangnya 2 gas (2m)

[5 m]

b) Bagaimanakah pertambahan gas rumah hijau boleh menyebabkan pemanasan global

1. kegiatan perindustrian2. Kegiatan pembakaran hutan secara semulajadi/kegiatan manusia3. pembakaran bahan api fosil4. Aktiviti gunung berapi5. Pembalakan secara meluas6. kegiatan pertanian- padi(metana)7. ternakan- najis(metana)8. pembakaran secara terbuka di tapak pelupusan9. Sisa domestik [10 m]

c) Huraikan cara-cara yang dapat dilakukan untuk mengurangkan akibat rumah hijau.

1. penghutanan semula2. mengurangkan pembakaran bahan api fosil3. menggunakan sumber tenaga mesra alam4. perundangan dan peraturan/garis panduan5. mencegah pembakaran terbuka6. persefahaman antara negara7. pendidikan formal atau tidak formal8. kempen [10 m]

9 a) Berikan huraian ringkas tentang El Nino [5 m]

Satu fenomena luarbiasa yang melibatkan perubahan arus permukaan dan tiupan angin di Lautan Pasifik yang menyebabkan perubahan cuaca dunia Proses kejadian

1. Tumpuan pancaran matahari di lautan Pasifik /tropika menyebabkan pemanasan permukaan lautan yang luar biasa2. Arus permukaan bergerak ke barat3. Arus permukaan lautan pasifik bertukar arah ke timur4. Ia menyebabkan perubahan tekanan udara dan perubahan tiupan angin

b) Bagaimanakah El Nino boleh mempengaruhi keadaan jerebu di negara-negara Asia Tenggara?

1. keadaan kering dan tiada hujan, kemarau berpanjangan2. kebakaran hutan secara semulajadi akibat kemarau

[10 m]

c) Berikan cadangan untuk mengatasi masalah jerebu terutamanya di bandar-bandar perindustrian negara ini

1. penguatkuasaan undang-undang pembakaran terbuka, perkilangan dan kenderaan bermotor2. Kempen/pendidikan formal dan tidak formal3. kawalan makenikal(penapis asap, penapis ekzos, cerobong asap)4. Penanaman pokok(hutan bandar)5. meningkatkan kelembapan udara(banyakkan fauntain/pancutan air)6. hujan tiruan-pembenihan awan7. kurangkan penggunaan bahan api fosil

[10 m]

10 a) Terangkan ciri-ciri pembentukan hujan salji

Salji ialah hablur-hablur ais halus yang terbentuk secara langsung dari wap air dalam udara Salji terbentuk apabila keadaan takat beku sampai ke paras 300m dari permukaan bumi dan suhu udara yang kurang 4 C. Kumpulan hablur ais seni ini tidak sempat cair kerana suhu yang berdekatan permukaan bumi adalah dibawah takat beku. Hablur ais yang terbentuk dibawah suhu 0C , saljinya lebih halus dan ringan. Jika suhu lebih 0C , salji yang terbentuk adalah lembap dan berat.[6 m]

b) Huraikan pelbagai fenomena yang berkaitan dengan salji di ruang atmosfera dan di kawasan cerun pergunungan

1. Fenomena Hujan beku:kerpasan yang terdiri daripada campuran hujan dan salji yang berlaku apabila udara dekat permukaan bumi ialah 1.5 C.Jika suhu di awan antara -12 C hingga 15 C, salji akan dihasilkan.Sebaliknya jika suhu dekat permukaan bumi lebih 1.5 C akibatkan kerpasan dalam bentuk air.

2. Salji berkilat (thunder-snow):berlaku pada awal musim dingin, angin sejuk melalui kawasan air panas di tasik-tasik besar di Amerika Utara. Bahagian bawah angin sejuk ini dipanaskan lalu wap air diserap ke dalam bahagian dasar angin sejuk yang panas. Udara panas dan lembap naik ke atas membentuk awan dan titisan air seni awan akan ditukarkan kepada salji kerana keadaan yang amat sejuk. Semasa salji turun, kilat juga memancar

3. Runtuhan salji: 4. Ribut salji: [9 m]

c) Jelaskan kesan-kesan ribut salji terhadap kehidupan manusia dan alam sekitar [10 m]

11 a) Huraikan sebab-sebab terjadinya penipisan lapisan ozon

Sebab-sebab semulajadi

1. Tompok matahari:

Edaran solar pada paras maksimum menyebabkan banyak kejadian tompok matahari yang meninggikan intensiti cahaya bertambah. Ini menggalakkan banyak ozon dibentuk. Edaran solar pada paras minimum menyebabkan kurang tompok matahari lalu intensisti cahaya dikurangkan. Jadi proses pembentukan ozon dikurangkan. Oleh itu lapisan ozon menjadi nipis.

2. Pertukaran arah angin:

Ozon banyak dihasilkan di Khatulistiwa tetapi ditiup angin ke latitud yang lebih tinggi spt di Kutub.

3. Letusan gunung berapi:

Letusan gunung berapi mengeluarkan aerosol sulfat yan g ditiup angin ke kawasan Antartika oleh sistem angin dunia. Aerosol sulfat bertindak menyerakkan cahaya matahari dan mengurangkan intensiti cahaya. Ini mengurangkan peghasilan ozon. Aerosol sulfat juga menyebabkan atom klorin bebas dan menyerang dan memusnahkan ozon.

4. Suhu yang sangat sejuk:

Pembentukan hablur ais oleh awan stratosfera Antartika pada suhu negatif 80 C. Hidrogen klorida dan klorin nitrat berada bersama-sama awan sejuk ini yang akan bertindakbalas dengan ozon.

Sebab-sebab kegiatan manusia

1. Kegiatan industri dan CFC:

Industri membuat foam kusyen, bantal, tilam, Industri membuat pelarut untuk membersihkan alatan komputer, industri aerosol, penyembur cat, racun serangga, Industri servis peti sejuk menggunakan gas CFC yang akan bertindakbalas dengan ozon

2. Penerbangan kapal terbang supersonik:

Kapalterbang ini terbang tinggi di lapisan stratosfera mengeluarkan gas nitrogen oksida yang mempercepatkan penipisan lapisan ozon oleh atom klorin CFC.

3. Kegiatan pertanian:

Baja nitrogen mengeluarkan nitrus dioksida yang mempercepatkan penipisan lapisan ozon

4. Pembersihan hutan:

Pembersihan hutan mengurangkan imbangan gas terutama oksigen. Pengurangan oksigen akan mengurangkan bekalan atom oksigen untuk pembentukan ozon.

b) Huraikan kesan-kesan penipisan lapisan ozon terhadap alam sekitar. Kesan terhadap alam sekitar

1. kenaikan suhu dunia2. Kenaikan aras lautan3. ribut taufan lebih kencang4. banjir besar kerap berlaku

Kesan terhadap alam sekitar manusia

1. penyakit barah kulit2. gangguan sistem pengimunan badan manusia3. kecacatan bayi dalam kandungan4. sistem pelalian haiwan berubah5. katarak mata6. mengurangkan penghasilan pengeluaran pertanian

c) Jelaskan langkah-langkah mengatasi masalah penipisan lapisan ozon.

1. mencari alternatif untuk CFC2. kawalan peringkat antarabangsa3. kawalan peringkat nasional4. kawalan peringkat pengguna/konsumer5. kempen kesedaran.

11 a) Tekanan udara ialah daya yang dikenakan oleh jisim udara ke atas satu titik di atas permukaan bumi, diukur dalam unit milibar (mb)

b) Kaitan antara perubahan tekanan udara dengan proses pembentukan edaran am atmosfera

a. Tekanan udara berbeza mengikut garis lintang Tekanan udara bertambah mengikut garis lintang Mewujudkan perbezaan kecerunan tekanan Menghasilkan perubahan tekanan udara tinggi dan tekanan udara rendah yang berselang seli mengikut garis lintang (5 di Hemisfera utara, 5 di Hemisfera Selatan dan 1 di Khatulistiwa)

b. Tekanan berbeza menghasilkan pergerakan angin Menghasilkan pergerakan angin menegak dan mendatar (pertemuan dan lencongan) Menghasilkan pergerakan angin dari kawasan tekanan tinggi ke kawasan tekanan rendah di atmosfera dan di permukaan bumi c. Edaran am atmosfera Pergerakan ini akan membentuk kitaran udara di kawasan tropika dan sub tropika Proses ini akan membentuk edaran am atmosfera yang mewujudkan angin timuran dan angin baratan

c) Kesan siklon Kemusnahan harta benda Kehilangan nyawa, kecacatan Kehilangan mata pencarian- nelayan, pertanian Kesan psikologi/trauma Wabak penyakit- taun Kemusnahan infrastruktur

12 a) Kerpasan adalah lembapan yang terpeluwap dan jatuh ke permukaan bumi dalam pelbagai bentuk cecair(hujan) dan pepejal (salji/hujan batu) dengan intensiti/keamatan yang berbeza

b) Hujan perolakan Udara panas menjalankan proses sejatan di permukaan bumi Wap air dibawa naik ke atas lalu mengalami proses pengembangan dan penyejukan Mencapai titik pemeluwapan dan ditukar kepada bentuk cecair dan turun sebagai kerpasan Hujan perenggan Pertemuan mendatar arus udara yang wujud di kawasan tekanan udara rendah Udara panas naik ke atas Udara sejuk yang tumpat turun ke bawah Hujan bukit Kenaikan udara akibat cerun banjaran gunung yang selari dengan pantai Udara lembap dipaksa naik akibat tiupan angin dari arah laut ke arah kawasan gunung/tanah tinggi Udara lembap dipaksa naik ke kawasan terdapat halangan seperti banjaran gunung Mencapai titik pemeluwapan dan ditukar kepada bentuk cecair dan turun sebagai hujan bukit Hujan batu Panas yang ekstrim dan perolakan kencang Bekalan air lampau sejuk Arus ribut Arus menurun

c) Pertanian terjejasPerhutanan pembalakan terjejasPerlombongan terjejasPerikanan terjejas- akuakulturPengangkutan terjejas- jalan rosakIndustri/IKS terjejasPelancongan terjejas

13 a) Apakah yang dimaksudkan dengan atmosfera

Atmosfera ialah lapisan nipis yang tidak sama tebal mengikut garis lintang terdiri daripada pelbagai gas yang melekat kepada bumi kerana daya tarikan graviti dan bergerak bersama-sama pergerkan bumi mengelilingi matahari[5 m]

b) Huraikan peranan atmosfera dalam mengawal suhu permukaan bumi

1. penebat

atmosfera bertindak sebagai penebat kepada bahangan membenarkan kemasukan bahangan gelombang pendek waktu siang tetapi menghalang bahangan bergelombang panjang/terestrial bebas ke angkasa- menstabilkan suhu permukaan sehingga tidak begitu panas pada waktu siang dan tidak terlalu sejuk pada waktu malam/ tindakan lapisan stratosfera atau lapisan ozon.

2. Penapis

menapis bahangan ultra ungu/ ultra lembayung yang membahayakan kepada semua bentuk kehidupan di bumi dan meningkatkan suhu permukaan

3. Pemantul

memantul, menyebar, menyerap dan menyerakkan bahangan yang sampai di bahagian atas atmosfera- mengurangkan kadar pemanasan permukaan bumi

4. Pengatur suhu/ bahangan

- bertindak sebagai pengatur haba bumi dengan mewujudkan edaran umum atmosfera- kawasan tropika (Khatulistiwa yang berlebihan haba) tidak ekstrem panas dan kawasan sederhana sejuk dan sejuk dunia(kawasan kurang haba) tidak ekstrem sejuk

5. Penyebaran semula/serap dahulu/penyerapan

[10 m]

c) Jelaskan bagaimana atmosfera tercemar oleh tindakan manusia [10 m}

1. pembakaran terbuka secara besar-besaran seperti yang berlaku di Sumatera dan Kepulauan Borneo (Kalimantan)2. Aktiviti perindustrian/ perkilangan yang membebaskan gas-gas rumah hijau3. aktiviti harian seperti penggunaan alat pendingin udara4. melakukan penebangan hutan untuk pembangunan sehingga meningkatkan gas karbon dioksida di atmosfera5. penggunaan bahan bakar seperti bahan api fosil, kenderaan dan perindustrian6. pertanian- penggunaan racun serangga7. peperangan8. kuari9. pembinaan

14 a) Apakah yang dimaksudkan dengan pemanasan global

Peningkatan suhu global bumi daripada aras normal disebabkan oleh faktor semulajadi dan aktiviti manusia [5 m]

b) Huraikan kesan pemanasan global terhadap sistem geomorfologi

1. luluhawa pemanasan mempercepat luluhawa fizikal/insolusi/penggurunan

2. hakisan- peningkatan aras laut menyebabkan peningkatan tindakan ombak perubahan garis pinggir pantai, meningkatkan kadar hakisan dan meningkatkan kadar pemendapan

3. pemendapan peningkatan aras laut menyebabkan gangguan kepada aliran sungai

4. pergerakan jisim tanah jadi peroi

5. pengangkutan pencairan salji menambah isipadu air sungai dan menambah isi beban. [10 m]

c) Jelaskan bagaimana kesan pemanasan global mempengaruhi aktiviti manusia di kawasan tropika lembap

1. Pelancongan terjejas- pantai tenggelam2. perikanan terjejas( perikanan meningkat)3. pertanian/penternakan terjejas- mati kerana panas air laut masin4. pembalakan pokok mati/tenggelam(bakau)5. industri peningkatan industri pengeringan6. domestik aktiviti harian terjejas

[10 m]

15 a) Apakah yang dimaksudkan dengan konsep perubahan iklim

Perubahan iklim merujuk kepada peningkatan atau penurunan unsur-unsurcuaca dan iklim bumi disebabkan faktor fizikal dan aktiviti manusia. [5 m]

b) Jelaskan faktor yang mempengaruhi perubahan iklim dunia Jawapan [10 m

[5 m]

TOP

10comments:

StrawBerry_cHochsaid...

tentang piramid tenaga ada x.. :)

June 7, 2012 at 7:15 PM

DiLasaid...

detail yg menarik..boleh tumpang tny kat mane nk cari pasal facts on malaysia?

June 11, 2012 at 10:24 PM

Harusaid...

Thx,detail yg baik & best nak ulang kaji..hehe

June 25, 2012 at 7:11 AM

princess Mayakosaid...

so goood..thanxxx

June 27, 2012 at 7:26 AM

Shah Rullezsaid...

dlm Islam ckp, jgn kedekut ilmu. ni copy pom xleh, xkurg pown ilmu kau lau kau bg org laen copy. bukan main aku nk cpy tpi xleh ciap bg bueekkk ag, apa guna upload lam blog an, bek simpan bungkus ngn kaen kuning,, Bile2 jgn upload lar syg, sia2 aku berminat ngn nota kau nih, Penceramah yg dah pakar pun tak kedekut ilmu or nota nk bg kat sekolah laen. Pahala dpat, ilmu kte pun bertambah and lbih diberkati. Thts ckgu aku y ckp, Jgn kedekut ilmu.

March 6, 2014 at 8:28 AM

seraHASMIRULgfsaid...

Assalamualaikum .. cm mn nak ingat subjek yang kita bljr dgn cpt terutama skali subjek geografi . klau ada tips , tolong share yer kak #^_^#

October 30, 2015 at 7:48 AM

canalius wellcysaid...

nice

November 25, 2016 at 9:20 AM

Unknownsaid...

Tlng bntu ttg Bandingkan kesan el nino dan la nina k atas pmukaan fzikal dn mnsia d kwsn asia tnggra

January 17, 2017 at 3:40 AM

laman geografi smkpendangsaid...

thx a lot

February 19, 2017 at 5:57 PM

Kings mansaid...

Salin la bodo ...jgn jadi pemalas..biar kat dia la blog dia dia nak buat apa pun...dia dah tlong bagi nota pun dah kira baik..tak reti bersyukur...cikgu kau x ajar ka jgn copy hasil kerja org...bodoh....kau ngan cikgu kau sama ja bodoh

March 5, 2017 at 6:53 AM

Post a Comment

Assalamualaikum.. hello!!!sila komen! sila komen! sila komen! hehehe

Newer Post

Older Post

Home

Subscribe to:Post Comments (Atom)

Blogger news

Taylor Swift - Love Story

Untuk kawan2 saya

Doa Perpisahan

Pertemuan Kita Di Suatu HariMenitiskan Ukhwah Yang SejatiBersyukurku Ke Hadrat IlahiDi Atas Jalinan Yang Suci

Namun Kini Perpisahan Yang TerjadiDugaan Yang Menimpa DiriBersabarlah Di Atas SuratanKu Tetap Pergi Jua

Kan Ku Utuskan Salam IngatankuDalam Doa Kudusku Sepanjang WaktuYa Allah Bantulah Hamba Mu

Mencari Hidayah Daripada MuDalam Mendidikkan KesabarankuYa Allah Tabahkan Hati Hamba MuDi Atas Perpisahan Ini

"Teman Betapa Pilunya Hati Menghadapi Perpisahan Ini.Pahit Manis Perjuangan Telah Kita Rasa Bersama. SemogaAllah Meredhai Persahabatan Dan Perpisahan Ini. TeruskanPerjuangan"

Kan Ku Utuskan Salam IngatankuDalam Doa Kudusku Sepanjang WaktuYa Allah Bantulah HambaMu

Senyuman Yang Tersirat Di BibirmuMenjadi Ingatan Setiap WaktuTanda Kemesraan Bersimpul PaduKenangku Di Dalam Doamu

Semoga Tuhan Berkatimu

Powered by Blogger.

Followers

About Me

Norziea Jia

i love me..i am who i am..i do what makes me happy..i live for me..not you..you not may agree with me..but i'm not seeking your apporovel..i'm happy with all that i'am...!!! I Need Allah In My Life

View my complete profile

Template by:

About

widgets

Designed by SkinCorner Free Blogger Templates | Sponsored by Papercraft for Kids | Power Point Templates