Modul Usrah Aqidah

4
KULIAH DASAR 2 : KONSEP IBADAH DALAM ISLAM ( 1 JAM 45 MINIT ) AKTIVITI 1 : kisah Mus’ab bin Umair Masa : 45 minit Obejektif 1. Memahami kisah Mus’ab bin Umair 2. Membandingkan Aqidah dan Ibadah Mus’aib dengan keimanan umat Islam sekarang 3. Memberi kafahaman tentang banyaknya unsure idealisme barat sekarang yang mengancam aqidah umat islam PERLAKSANAAN 1. Pilih salah seorang daripada ahli kumpulan untuk membacakan cerita tantang Mus’aib bin Umair ( lampiran 1) . Kemudian peserta tersebut di kehendaki menceritakan dengan penuh perasaan kepada semua ahli kumpulan tanpa melihat kertas 2. Ajukan beberapa persoalan berikut untuk membangkitkan perbincangan ; Apakah perasaan saudara apabila mendengar cerita ini bandingkan keimanan Mus’aib bin Umair dengan keimanan umat Islam sekarang mengapa cerita sejarah pejuang Islam terdahulu penting kepada kita Mengapakah kita perlu mempertahankan Aqidah kita daripada mensyirikkan ALLAh swt 3. Fasi perlu memberi kafahaman kepada peserta bahawa terdapat begitu banyak idealisme barat yang mensyirikkan ALLAH swt di negara kita sekarang Contihnya : Sekularisme , Nasionalisme , Pragmatisme, Sosialisme dan lain –lain . Lampiran MUS’AIB BIN UMAIR

Transcript of Modul Usrah Aqidah

Page 1: Modul Usrah Aqidah

KULIAH DASAR 2 : KONSEP IBADAH DALAM ISLAM ( 1 JAM 45 MINIT )

AKTIVITI 1 : kisah Mus’ab bin UmairMasa : 45 minit

Obejektif 1. Memahami kisah Mus’ab bin Umair 2. Membandingkan Aqidah dan Ibadah Mus’aib dengan keimanan umat

Islam sekarang 3. Memberi kafahaman tentang banyaknya unsure idealisme barat

sekarang yang mengancam aqidah umat islam

PERLAKSANAAN 1. Pilih salah seorang daripada ahli kumpulan untuk membacakan cerita

tantang Mus’aib bin Umair ( lampiran 1) . Kemudian peserta tersebut di kehendaki menceritakan dengan penuh perasaan kepada semua ahli kumpulan tanpa melihat kertas

2. Ajukan beberapa persoalan berikut untuk membangkitkan perbincangan ;

Apakah perasaan saudara apabila mendengar cerita ini bandingkan keimanan Mus’aib bin Umair dengan keimanan

umat Islam sekarang mengapa cerita sejarah pejuang Islam terdahulu penting kepada

kita Mengapakah kita perlu mempertahankan Aqidah kita daripada

mensyirikkan ALLAh swt

3. Fasi perlu memberi kafahaman kepada peserta bahawa terdapat begitu banyak idealisme barat yang mensyirikkan ALLAH swt di negara kita sekarang Contihnya : Sekularisme , Nasionalisme , Pragmatisme, Sosialisme dan lain –lain .

Lampiran

MUS’AIB BIN UMAIR

Sabda Rasulullah saw “ Tidak pernah aku melihat di kalangan pemuda pemudi Makkah yang mempunyai jambul yang lebih anggun , barang perhiasan yang lebih halus dan limpahan kenikmatan dunia yang melimpah ruah sebagaiman yang di miliki oelh Mus’aib bin Umair ”

Page 2: Modul Usrah Aqidah

Siapakah sebenarnya Mus’ab bin Umair ? Beliau adalah seorang pemuda yang terkenal dan bergaya di kalangan penduduk kota Makkah . Mempunyai nasab keturunan yang tinggi iaitu daripada keturunan Bani Abdu – Dar . Ibu bapanya tergolong daripada golongan bangsawan dan hartawan terbilang di kalangan masyarakat Jahiliyyah .mereka sangat mengasihi Mus’ab bin Umair dan memanjakannya sebagai menatang minyak yang penuh.

Ketika Nabi memulakan dakwah nya di kota Makkah , golongan yang mengikutnya adalah amat kecil sekali .Tidak cukup dengan itu sahaja, bahkan mereka akan di seksa dan di azab dengan teruk dan pedih sekali .Tetapi Mus’ab seorang pemuda yang cerdas dan masih sempurna fitrahnya , akhirnya memilih untuk memelukislam sekalipun menyedari ujian berat yang bakal menimpa dirinya. Ibnu saad , seorang sejarawan agung Islam menulis, “ sesungguhnya Mus’ab apabila mengetahui perkhabaran rasulullah yang menyebarkan dakwah di rumah Al - Arqam , beliau pergi menemui baginda rasul lalu membenarkan dakwahnya dan seterusnya memelukagama Islam .Dia menyembunyikan keislamannya daripada kaumnya , khususnya daripada ibunya Khannas binti Malik . dia selalu berulang alik berjumpa dengan rasulullah SAW secara penuh rahsia ”

Pendek kata , Mus’ab adalah di antara kumpulan yang terdahulu memeluk Islam iaitu di antara 3 tahun dakwah rasulullah yang di jalankan secara rahsia . Bahkan beliau adalah antara sahabat yang berhujrah ke KOTA HABSYAH .

KISAH MUS’AB BIN UMAIR DENGAN IBUNYA

Apabila hal keislamannya di ketahui oleh ibunya, maka berderailah segala harapan dan impian terhadap Mus’ab . Amat besra pulalah perasaan marah dan geramnya , lalu di kurungnya Mus’ab di dalam rumah serta di tarik balik segala kemudahan dan kemewahan yang di nikmati olehnya sebelum ini. tetapi Mus’ab tetap tgeuh di atas agama Islam . Apabila ibunya berputus asa dengan menggunakan cara kekerasan seperti itu, dia mula menggunakan ikatan pertalian darah antara ibu dan anak sebagai cara untuk mendesak.ibunya bersumpah tidak akan memakan apa –apa makanan selagi mana Mus’ab tidak mahu meninggalkan islam .

Apabila melihat kesungguhan ibunya yang luar biasa itu, di aberkata “ kalaulah ibu mempunyai seratus nyawa , lalu dicabut nyawa itu satu demi satu , begitu pun tetaplah saya tidaka akan meninggalkan Agama Islam ” . Ya kalau ibu mempunyai seratus nyawa , dan nyawa itu di cabut dengan kekerasan dan dalam keadaan yang cukup terseksa, hati saya yang lembut ini terpaksa juga berkeras untuk tetap di atas keimanan . Anak yang mana

Page 3: Modul Usrah Aqidah

sanggup melihat penderitaan ibunya yang sebegitu dahsyat tetapi itulah yag diajarkan oleh islam kekal teguh bersama dengan keimanan dalam masa yang sama menghormati keua ibu bape sekali pun berlainan aqidah . Ini semua dengan tidak melupakan tuntutan berdakwah kepada mereka secara berhikmah .

MUS’AB DI MEDAN PERANG

Perang Uhud menyaksikan pasukan muslimun melanggar arahan Rasulullah sehinggalah barisan serang musuh dapat menembusi barisan pertahanan orang – orang Islam . bahkan mereka p berupaya untuk sampai kepada Rasulullah SAW .maka ramnailah tentera – tentera islam yang bermati matian mempertahankan Rasulullah jiwa raga mereka , menggunakan pedang , tombak dan tubuh badan mereka memperthankan Rasulullah daropada serangan pedang , tombak dan panahan musuh yang datang dari segenap pelusuk.

Mus’ab di beri tugasan untuk memegang bendera tentera Islam .Selain daripada bermati –matian mempertahankan rasulullah , Ia terpaksa juga sedaya – upaya memastikan benderta tentera Islam tetap tegak menjulang langit sehinggalah datang seorang Musyrik lalu ,memeganga tangan kanannya yang memegang bendera .Lalu bendera ini di pegang pula dengan tangan kirinya sehinggalah tangan kirinya yang di penggal . lalu dia memegang bendera itu dengan ke dua belah tangannya yang masih tinggal .Sehinggalah kepada rebahnya Mus’ab sebagai seorang syahid apabila is terus di serang bertubi –tubi .bendera itu di ambil oleh tentera Islam yang lain pula sebelum ia sempat gugur.

KISAH SELEPAS PERANG

Selepas perang , di kumplkan semua mayat – mayat syuhada’ .Datanglah adiknya Hamzah penhulu sekalian Syuhada’ pada hari Kiamat dengan membawa sedikit kain kafan ., untuk mengkafankan Hamzah .Tiba – tiba dia melihat di tepi abangnya , ada satulagi jenazah yang tidak mempunyai kain kafan untuk di kafankan , lalu di indi siapakah di kalangan dua orang pahlawan yang besar ini akan mendapat bahagian kain kafan yang lebih besar . maka di kafankan Hamzah dengan kain yang cukup untuk saiz badannya .Adapun Mus’ab bahagian kafannya , apabila di tarik menutup , maka nampaklah kepalanya dan jika di tarik menutup kepalanya , maka nampaklah kakinya.rasulullah pun memerintahlan agar di tutup dengan Akhzar.

KESIMPULAN

Page 4: Modul Usrah Aqidah

Sabda Rasulullah SAW “ Lihatlah orang ini : Mus’ab Orang Allah telah terangi hatinya dengan Nur rabbaniyyahnya.Aku telah melihat kemanjaan yang telah di eberikan oelh kedua ibu – bapanya dalam urusan makan dan minumnya ,Aku, suatu ketika dahulu melihatnya memakai barang perhiasan yang hanya dapat di beli dengan dua ratus dirham .Lalu kecintaan kepada Allah dan Rasulnya telah membawanya kepada apa yang kamu perhatikan di hadapan mata kepalamu sekarang ”