Modul2

30
MODUL 2 : Bahan 2D, 3D dan Fotografi SINOPSIS Modul ini akan memberi input berkaitan dengan media bahan 2D, 3D dan fotografi. Ketiga media ini merupakan media yang sedia wujud dalam persekitaran pendidikan. Bahan 2D dan 3D merupakan media yang agak tradisional, walau bagaimana pun ia masih releven dalam dunia pendidikan, untuk itu modul ini akan cuba memberi penjelasan jenis-jenis media 2D dan 3D, dan juga cara-cara penghasilannya. Teknik penghasilan berserta dengan ciri-ciri pedagogi akan memberi nilai terhadap media tersebut, di mana ia boleh memberi impak kepada proses P&P. Media fotografi, walaupun agak baru tetapi ia merupakan media yang boleh mempersonakan pemerhati, justru itu ia boleh memberi impak yang besar kepada pembelajaran pelajar. Modul akan cuba membantu pelajar untuk menguasi aspek teknikal kamera, kemahiran dan teknik menangkap (shot) gambar yang baik supaya ia boleh digunakan dengan berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. HASIL PEMBELAJARAN Menggunakan pengetahuan tentang bahan 2D/3D serta peralatan kamera, komposisi serta kemahiran teknik penggambaran untuk menghasilkan bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan berkesan.

Transcript of Modul2

Page 1: Modul2

MODUL 2 : Bahan 2D, 3D dan Fotografi

SINOPSIS

Modul ini akan memberi input berkaitan dengan media bahan 2D, 3D dan fotografi.

Ketiga media ini merupakan media yang sedia wujud dalam persekitaran pendidikan.

Bahan 2D dan 3D merupakan media yang agak tradisional, walau bagaimana pun ia

masih releven dalam dunia pendidikan, untuk itu modul ini akan cuba memberi

penjelasan jenis-jenis media 2D dan 3D, dan juga cara-cara penghasilannya. Teknik

penghasilan berserta dengan ciri-ciri pedagogi akan memberi nilai terhadap media

tersebut, di mana ia boleh memberi impak kepada proses P&P.

Media fotografi, walaupun agak baru tetapi ia merupakan media yang boleh

mempersonakan pemerhati, justru itu ia boleh memberi impak yang besar kepada

pembelajaran pelajar. Modul akan cuba membantu pelajar untuk menguasi aspek

teknikal kamera, kemahiran dan teknik menangkap (shot) gambar yang baik supaya

ia boleh digunakan dengan berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

HASIL PEMBELAJARAN

Menggunakan pengetahuan tentang bahan 2D/3D serta peralatan kamera, komposisi

serta kemahiran teknik penggambaran untuk menghasilkan bahan pengajaran dan

pembelajaran yang sesuai dan berkesan.

Page 2: Modul2

Pengenalan: Bahan 2D dan 3D

Penggunaan bahan 2D dan 3D sebagai kaedah alternatif dalam pengajaran dan pembelajaran dapat membantu merangsang pembelajaran pantas pelajar menggunakan pelbagai deria dalam pembelajaran mereka.

Isi Kandungan Utama:

Bahan 2D

Bahan Dua Dimensi (2D) adalah bahan-bahan visual yang dilukis atau dicetak atau

digambarfotokan di atas sekeping kertas atau permukaan rata.mempunyai dua

dimensi iaitu lebar dan panjang . Berbentuk leper dan tidak mempunyai kedalaman.

Terdapat tiga jenis bentuk 2D:

Bentuk Geometri

Bentuk Abstrak

Bentuk Gambaran

.Contoh :

Carta, gambar foto, graf, Lukisan, kad imbasan, peta , poster, bahan

bercetak,

CARTA

Jenis-jenis carta

CARTA ORGANISASI

Carta organisasi menunjukkan hubungan atau rantaian struktur pentadbiran ataupun pemerintahan di dalam satu organisasi kumpulan dan sebagainya.

Carta Organisasi Carta jadual

Page 3: Modul2

CARTA JADUAL

Carta jadual menunjukkan keterangan berdata atau bernilai yang memberi penerangan mengenai masa dan waktu suatu perkara atau peristiwa yang berlaku.

CARTA URUTAN

Carta urutan juga dikenali sebagai sebagai carta alir. Carta urutan menerangkan tentang aliran sesuatu proses atau tindakan. Ia dihasilkan secara mendatar bagi menunjukkan perkembangandan untuk mudah difahami setiap langkah=langkah satu persatu.

Carta Urutan Carta masa Carta Klsifikasi

CARTA MASA

Carta masa menggambarkan hubungan masa dan peristiwa. Carta masa berguna untuk meringkaskan masa satu siri perstiwa yang telah berlaku.

CARTA KLASIFIKASI

Carta klasifikasi digunakan untuk mengkelaskan atau menunjukkan kategori bahan-bahan tertentu, peristiwa, spesis dan taksonomi haiwan atau tumbuh-tumbuhan mengikut sifat, kumpulan dan sebagainya.

GAMBAR FOTO

Gambar foto dihasilkan melalui rakaman dengan kamera. Gambar foto boleh dihasilkan dalam bentuk hitam putih atau berwarna. pelbagai jenis gambar boleh dihasilkan seperti pemandangan, benda, rupa bentuk manusia,buah-buahan, tumbuh-tumbuhan dan gambar abstrak.

Page 4: Modul2

Burung Mawar

GRAF

LUKISAN

Lukisan merupakan lakaran idea manusia yang disampaikan dalam bentuk komunikasi visual. Terdapat pelbagai jenis permukaan yang rata yang boleh dijadikan lukisan di atasnya. Antaranya ialah kain, kanvas, papan, batu, kaca dan sebagainya. Lukisan perlu bertema sesuai, tepat, jelas dan memberi makna kepada murid supaya objektif isi pengajaran yang hendak disampaikan tercapai.

Lukisan di atas kain Lukisan di atas papan

Page 5: Modul2

PETA

Bersama rakan anda bincangkan bagaimana peta boleh digunakan dalam

pengajaran Bahasa Melayu?

POSTER

Poster merupakan satu lukisan yang menggabungkan penggunaan ilustrasi dan muka taip yang dipersembahkan sebagai satu alat komunikasi visual. Mesej-mesej yang hendak disampaikan melalui poster hendaklah mudah dibaca, jelas, ringkas dan tepat.

Poster Anti Dadah poster Penderaan

KAD IMBASAN

Kad imbasan boleh dibahagikan kepada dua iaitu kad imbasan bergambar dan kad imbasan tulisan.

Page 6: Modul2

Kad imbasan

Bahan 3D

Terdapat dua jenis bentuk 3D iaitu:

1. Bentuk 3D sebenar

2. Bentuk 3D tiruan

Antara jenis bahan 3D adalah seperti berikut: BONEKA

Jenis-jenis boneka:

BONEKA SARUNG TANGAN

Sarung tangan boleh digubah menjadi badan dan anggota boneka. Boneka jenis ini memerlukan jari dimasukkan ke dalam sarung tangan itu dan gerakkan untuk anggota boneka.

Boneka Sarung Tangan Boneka tali

BONEKA TALI

Boneka Bertali atau ‘marionette’ diperbuat daripada bahan-bahan keras seperti papier mache, plaster-of-Paris atau kayu. Tali-tali halus disambungkan kepada bahagian-bahagian boneka yang boleh bergerak. Semasa digunakan, tali-tali itu ditarik-tarik untuk membuat anggota-anggota boneka tersebut bergerak.

BONEKA LIDI

Boneka ini diperbuat daripada bahan yang keras atau tebal. Kemudian lidi panjang diletakkan pada badan boneka termasuk pada anggota-anggota yang bakal

Page 7: Modul2

digerakkan semasa menggunakannya, boneka dijulang pada lidi utama dan lidi-lidi yang lainnya digoyangkan untuk menggerakkan anggota badan boneka tersebut.

Boneka wayang kulit

BONEKA WAYANG KULIT

Rupa bentuk Boneka dilukis di atas kertas tebal, diwarnakan dan bentuknya di potong keluar. Lidi-lidi halus diletakkan pada tempat-tempat pada badan boneka itu. Semasa memainkan boneka ini, ia ditempatkan di bahagian belakang satu skrin putih. Lampu dinyalakan dan bayang-bayang boneka tersebut akan kelihatan di atas skrin. Lidi digoyang-goyangkan untuk menggerakkan anggota boneka. Satu lagi cara persembahan wayang kulit ialah dengan menggunakan OHP sebagai sumber cahaya dan imej boneka akan terpapar di atas skrin.

MODEL

Model adalah binaan rupa bentuk bahan atau benda asal yang mungkin diperbuat daripada bahan keras seperti tanah liat, plastisin dan getah. Beberapa pecahan jenis model:

(a) Model Berskala

Model berskala ialah model bahan yang diperbuat dalam saiz yang sama besar dengan benda asal ataupun dalam saiz yang lebih kecil dengan berpandukan kepada skala pembesaran atau tertentu. Setiap bahagian yang dibuat menyerupai benda yang asal. Contohnya keretapi dan kapal terbang.

(b) Model Olok-olok

Model olok-olok merupakan model yang diubahsuai daripada rupa bentuk benda yang sebenarnya, untuk menunjukan pergerakan atau perjalanan kerja pada benda asal itu. Biasanya model olok-olok ini dibuat lebih besar keadaan asal tanpa menghiraukan skala pembesaran tertentu tetapi masih dapat menunjukkan keadaan asal yang sebenarnya. Contoh: model enjin keretapi dan neraca

(c) Model Keratan Rentas

Model besar yang menunjukkan keratan rentas pada satu bahagian tertentu pada satu benda, untuk memperlihatkan rupa bentuk bahagian dalam benda tersebut.

Page 8: Modul2

Keratan rselalunya digunakan dengan lebih meluas dalam matapelajaran Sains, Contoh keratan rentas daun atau kulit manusia

Contoh:

.MODEL BERSKALA Model Olok-olok Model keratan rentas

RELIA

Relia adalah bahan-bahan yang sebenarnya dan ia boleh dibahagikan kepada beberapa jenis seperti berikut:

(a) Relia Asli

Ini merupakan bahan hidup yang sebenarnya, dan masih hidup seperti cacing tanah, belalang dan sebagainya, ataupun bahan sebenarnya yang kaku (bukan hidup) seperti mesin, jentera dan lain-lain.

(b) Relia Awet

Bahan-bahan hidup yang telah diawet dan disimpan di dalam bendalir kimia.

(c) Spesimen

http://3.bp.blogspot.com/-4G35yuYfvWA/Ttj47xiR4pI/AAAAAAAAAME/fVaYs2ZcPjs/s1600/relia+awet2.jpg

Ini merupakan sampel atau contoh hidupan yang dapat mewakili kumpulan hidup-hidupan tertentu yang mempunyai sifat-sifat atau ciri-ciri yang lazimnya terdapat pada kumpulan hidup tersebut. Biasanya didapati sebagai bentuk bahan awetan. Contohnya Kutu Daun dan udang. Selain itu, bahan-bahan hidup seperti daun boleh digunakan sebagai spesimen untuk menunjukan sifat-sifat am suatu kumpulan tumbuhan.

Contoh,

Page 9: Modul2

Realia asli Realia awet Spesimen katak

DIORAMA

Diorama adalah satu persembahan pameran model-model yang disusun rapi supaya dapat menggambarkan keadaan atau rupa bentuk satu situasi pemandangan asal. Kebanyakan diorama dapat dilihat di dalam muzium yang mempamerkan pemandangan-pemandangan atau keadaan semasa zaman silam. Guru boleh menggunakan diorama untuk pengajaran tertentu di dalam bilik darjah seperti matapelajaran Kajian Tempatan, Sains dan sebagainya. Diorama boleh dihasilkan dengan mudah, Murid boleh digalakkan membuat projek dengan menggunakan bahan-bahan seperti tanah liat, plastisin, kepingan polisterin dan bahan-bahan buangan lain.

MOBAIL

Mobail bermaksud bergerak. Mobail biasanya digantung tinggi dan mempunyai maklumat seperti keratan gambar atau tulisan dengan menggunakan tali. Keratan yang digantung perlu mempunyai maklumat pada kedua-dua belah muka. Selain itu, kedudukannya juga perlu seimbang dengan menyusun keratan gambar dan tulisan dari bawah ke atas dengan jarak yang sesuai supaya tidak berlanggar antara satu sama lain.

Diorama Mobail

TOPENG

Topeng boleh diperbuat daripada kertas atau dengan menggunakan papier mach. Topeng amat sesuai untuk situasi main peranan atau lakonan dalam mata pelajaran Bahasa atau Pendidikan Moral.

Page 10: Modul2

topeng

AKUARIUM

Akuarium ialah tempat untuk memelihara hidupan dalam air sementara Terrarium pula ialah tempat untuk memelihara hidupan kecil atas tanah. Akuarium boleh disediakan dengan menggunakan bekas-bekas kaca ataupun balang-balang plastik. Ikan tropika boleh dipelihara di dalam akuarium tersebut.

Akuarium

Penggunaan pelbagai bahan yang baik dan bermutu seperti bahan 2D dan 3D

membolehkan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar,

menarik, berkesan dan berkualiti .

Page 11: Modul2

Kamera obscura

SEJARAH PERKEMBANGAN FOTOGRAFI

Istilah fotografi atau "Photography" diambil daripada perkataan Greek. Perkataan photos ("light") bermaksud cahaya dan graphein ("to draw") bermaksud melukis.Perkataan ini mula diguna pertama kalinya oleh seorang saintis bernama Sir John F.W. Herschel pada tahun 1839. Ianya adalah kaedah merekod imej melalui tindakan cahaya, atau radiasi yang tertentu pada sesuatu bahan yang sensitif kepada cahaya atau radiasi tersebut.

Sir John F.W. Herschel

Kamera Lubang Jarum

Alhazen (Ibn Al-Haytham), seorang yang berpengaruh dalam bidang optik di zaman pertengahan, mencipta kamera lubang jarum yang pertama (juga dikenali sebagai kamera obscura) dan berjaya memberi penjelasan bagaimana imej yang dihasilkan berada dalam kedudukan terbalik.

Ibn Al-Haytham menggunakan kanta untuk memfokus cahaya ke dalam kotak gelap. Imej yang difokuskan menjelma pada permukaan kertas di dalam kotak tersebut.

Alhazen (Ibn Al-Haytham) dan kamera obscura

Page 12: Modul2

‘heliographs’ oleh Joseph Nicephore Niepce

Gambar Foto Pertama

Pada 1827, Joseph Nicephore Niepce, seorang pencipta dari Perancis telah menghasilkan gambar foto yang pertama dengan menggunakan kamera obscura untuk mengumpulkan cahaya ke atas kepingan logam yang dilapisi bahan yang sensitif kepada cahaya dikenali sebagai bitumen. Sebelum Niepce, kamera obscura hanya digunakan untuk tujuan melihat dan melukis, tetapi bukan untuk membuat gambar foto. Teknik ‘heliographs’ atau cetakan matahari yang dihasilkan oleh Joseph Nicephore Niepce ini memerlukan pendedahan kepada cahaya selama 8 jam untuk imej terhasil tetapi kemudiannya imej tersebut akan beransur-ansur hilang. Teknik ini merupakan prototaip kepada fotografi moden.

Kemudian, Niepce bergandingan dengan Louis Daguerre untuk mencipta kaedah

baru yang dinamakan “daguerreotype”. Ianya melibatkan penggunaan tembaga peralatan “daguerreotype” oleh Louis Jacques Mande Daguerre

yang dilapisi perak. Bahagian perak disapukan lapisan iodin menjadikannya lapisan yang sensitif kepada cahaya. Kemudian, kepingan ini diletakkan di dalam kamera obscura dan didedahkan kepada cahaya selama beberapa minit. Akhirnya kepingan ini diletakkan ke dalam larutan silver chloride. Proses ini menghasilkan imej yang kekal lebih lama.

Page 13: Modul2

BAHAGIAN-BAHAGIAN ASAS DAN FUNGSI KAMERA

Pada asasnya konsep sebuah kamera adalah sama sahaja, sama ada yang murah mahupun yang mahal. Secara umumnya, bahagian asas kamera, adalah seperti yang dapat dilihat di bawah. kedudukannya bergantung kepada jenis dan jenama kamera.

Dengan terciptanya kamera digital, terdapat bahagian pada kamera yang ditambah sesuai dengan fungsinya. Bagaimanapun, kedudukannya bergantung kepada jenis dan jenama kamera. Antara contoh bahagian tambahan ini adalah seperti berikut :

lensa

Page 14: Modul2

FUNGSI BAHAGIAN-BAHAGIAN ASAS KAMERA

Kamera Pandang (View)

Refleks Lensa Berkembar (TLR)

Mempunyai dua lensa, satu untuk pandangan manakala satu lagi untuk

merakam.

alat mekanikal TLR tidak rumit berbanding dengan SLR.Ini juga

menyebabkan :- 1.alat mekanikal kamera tidak mudah

rosak secara perbandingan. 2. Lebih murah pada kualiti optikal

yang sama dengan SLR. Masalah kesalahan ‘parallax’.

Tidak banyak lensa tukar-ganti dan tiada langsung lensa zoom.

Antara kamera yang terawal

Masih lagi digunakan sekarang

Kini dalam bentuk digital

Kualiti imej sangat tinggi

Bidang arkitek, teknikal, industri Cahaya dari subjek masuk terus melalui lensa utama dan dilihat menerusi skrin

fokus di belakang kamera Sebelum imej diambil skrin ditukar

ganti dengan pemegang filem Tidak banyak lensa tukar-ganti dan

tiada lensa zoom.

digital

Refleks Lensa Tunggal (SLR)

Mempunyai lensa yang sama untuk pandangan dan untuk merakam

dengan bantuan cermin dan pentaprisma.

Apa yang dilihat melalui tingkap penilik pandang adalah apa yang akan

dirakam. Memerlukan penjagaan yang rapi.

Lebih mahal berbanding dengan jenis kamera lain kerana lebih kompleks. terdapat pelbagai jenis lensa tugar-

ganti yang boleh digunakan

JENIS KAMERA

Page 15: Modul2

Kamera Fokus Tetap

Kamera Pencari Jarak Padu

Diberi nama sempena lensa yang digunakan telah ditetapkan fokusnya

dan tidak boleh diubah-ubah.

Memfokus dilakukan dengan mengubah jarak antara kamera dengan

objek

Kini dalam bentuk digital

lebih murah kerana tidak perlu menggunakan mekanisme lensa yang

bergerak

sesuai untuk kamera web, kamera keselamatan, kamera telefon mudah alih kamera trafik dan lain-lain.

Pencari jarak automatik dan alat fokus disediakan pada kamera untuk mencari

jarak dari objek ke filem cahaya akan dipancar ke objek dan

dipantul semula dari objek ke kamera dengan menggunakan alat sensitif

cahaya untuk mendapatkan jarak tepat lebih senyap kerana tiada cermin

bergerak seperti SLR masalah kesalahan parallax wujud

kerana wujud dua lensa berbeza untuk melihat dan merakam

terdapat dalam bentuk digital

Pencari Jarak

Kamera Segera

Jenis kamera yang menghasilkan cetakan imej yang diambil sebaik

sahaja rakaman dibuat tanpa pemprosesan makmal

Digunakan apabila terdapat keperluan untuk cetakan imej segera seperti foto untuk kad identiti, pasport, ultrasound

dan lain-lain. Digunakan juga oleh polis dan bomba kerana sifat filemnya yang tidak boleh

diubahsuai Asalnya menggunakan filem jenis

gulung, kemudiannya memakai filem dalam pek.

Page 16: Modul2

Pengatup (shutter)

Apertur (aperture)

Saiz bukaan lensa untuk membenarkan kemasukan cahaya ke dalam kamera.

Kawalan Apertur terdiri daripada nombor-nombor yang dikenali sebagai F-stops.Contoh :- F-22 F-16 F-11 F-8 F-5.6 F-4 F-2.8

Semakin kecil nombor F-stop bermakna semakin besar bukaan dedahan apertur dan sebaliknya.

Lebih besar indeks kelajuan maka lebih singkat masa dedahan kepada cahaya dibenarkan dan sebaliknya.

Penggambaran di tepi pantai atau di bawah cahaya matahari terik memerlukan saiz aperture yang kecil f-16 atau f-22. Ini bermakna, untuk menahan cahaya yang berlebihan daripada masuk ke dalam kamera, kita mengecilkan saiz aperturnya.

Apabila keadaan cahaya yang kurang atau di dalam Bilik yang agak gelap, besarkan saiz apertur f-2.8 Atau f-2 untuk membolehkan lebih banyak cahaya memasuki lensa.

Gambar yang saiz aperturnya kecil (f/16) jelas dan tajam dari depan ke belakang.Saiz apertur seperti ini sesuai untuk penggambaran pemandangan

Untuk gambar jenis potret, saiz apertur yang besar diperlukan untuk mengkaburkan latar belakang. Ini dinamakan kedalaman medan (depth of field) . Semakin luas bukaan apertur, semakin banyak kedalaman medan akan dapat diperhatikan.

sebuah tingkap yang menutup permukaan filem daripada terkena cahaya

Tingkap pengatup akan hanya dibuka untuk jangka masa dedahan tertentu yang sesuai

kelajuan pengatup ditunjukkan dengan angka-angka B, 1, 2, 4, 6, 15, 30, 60, 125, 250, 500, 1000 dll

kelajuan pengatup 1/125 misalnya membawa maksud pengatup terbuka dan tertutup semula selama 1/125 saat Lebih besar indeks kelajuan maka lebih singkat masa dedahan kepada cahaya dibenarkan dan sebaliknya.

tingkap pengatup

tuil kelajuan pengatup

Page 17: Modul2

Lensa Kamera

Lensa kamera adalah sebuah kanta optik atau gabungan kanta yang digunakan

bersama-sama dengan badan kamera dan mekanisme untuk menghasilkan imej

objek sama ada pada filem fotografi atau media lain yang mampu menyimpan imej

dengan bahan kimia atau elektronik.

Lensa boleh secara kekal tetap kepada kamera, atau ia boleh ditukar dengan kanta

panjang yang berbeza bukaan, fokus, dan sifat-sifat lain.

Kanta majmuk yang terdiri daripada beberapa unsur-unsur kanta optik diperlukan

untuk membetulkan (sebanyak mungkin) banyak masalah optik yang timbul.

Lensa Biasa/Normal:

Kanta yang memperlihatkan medan pandangan yang biasanya kelihatan

"semula jadi" di bawah syarat-syarat tontonan biasa. Untuk kamera yang

menggunakan filem 35mm, lensa 50mm dianggap sebagai lensa normal.

Lensa boleh diklasifikasikan sebagai:

Lensa sudut lebar:

sudut pandangan yang lebih luas daripada 60 °

dan jarak fokus lebih pendek daripada biasa.

berguna untuk menangkap landskap yang luas,

mengambil gambar kumpulan dalam ruang

yang sempit, gambar seni bina dan banyak lagi.

Kamera digital atau filem 35mm SLR, lensa

sudut lebar umumnya dianggap apa-apa lensa

dengan panjang fokus 35mm atau kurang.

lensa 15mm

lensa 35mm

lensa 18mm

lensa 24mm

lensa normal 50mm

Page 18: Modul2

Lensa Zoom Lensa zoom ialah lensa yang mengandungi gabungan beberapa jenis kanta pada satu unit sama. Gabungannya terdiri daripada lensa sudut luas ke normal ataupun normal ke sudut jauh. Lensa zoom berguna pada subjek-subjek yang berubah dengan cepat situasinya dan jurugambar tiada masa untuk menukarkan kameranya dengan kanta-kanta yang berlainan. Contohnya :-

Gambar menunjukkan perbezaan medan pandangan bagi pelbagai jenis lensa sudut lebar dan

normal.

Lensa fokus Panjang:

apa-apa kanta dengan panjang fokus lebih panjang daripada ukuran pepenjuru filem atau sensor.

400 mm

600 mm

300 mm

200 mm

180 mm

85 mm Mungkin penggunaan yang paling biasa bagi kanta telefoto adalah

untuk membawa subjek yang kecil dan jauh menjadi dekat. Ini

membolehkan kita melihat subjek-subjek yang sukar dilihat dalam

kehidupan sebenar, misalnya hidupan liar.

Walaupun jika anda mampu untuk berada hampir

dengan subjek, ini boleh memberi kesan kepada

penggambaran kerana berada dekat mungkin mengubah

tingkah laku subjek. Seseorang itu biasanya bertindak

berbeza apabila mereka sedar bahawa ada yang sedang

mengambil gambar mereka. Lensa telefoto

membolehkan rakaman gambar dilakukan dari jauh

tanpa disedari dan subjek kelihatan bersahaja

kanta telefoto juga akan membolehkan anda

mengasingkan subjek daripada persekitarannya

lantas menarik fokus mata kepadanya.

28 mm - 50 mm sudut luas ke normal

50mm–100mm

normal ke sederhana

35mm–300mm

sudut luas ke jauh

650mm–1300mm telefoto ke super telefoto

70mm–200mm

normal ke jauh

Page 19: Modul2

1. ASA Rendah Filem yang memerlukan banyak cahaya untuk menghasilkan imej. Contoh :- ASA 25, 32 & 50. Saiz apertur perlu dibuka luas dan kelajuan pengatup akan menjadi lebih lama. Sesuai digunakan untuk panggambaran waktu cuaca terang, penggambaran pemandangan ataupun landskap kerana faktor bintik yang rendah

2. ASA Sederhana Filemnya memerlukan cahaya yang sederhana untuk membuat imej : Contoh :- ASA 64, 80, 100, 125 & 160. Penggunaannya merangkumi kebanyakkan situasi penggambaran dalam pelbagai keadaan cuaca ataupun cahaya.

3. ASA Pantas Filemnya memerlukan cahaya yang sedikit untuk menghasilkan imej . Contoh : ASA 200, 400, 800, 1000, 1600 & 3200. Contohnya situasi seperti di dalam rumah yang kurang cahaya serta penggambaran aksi sukan.

Jenis-jenis Filem

Filem merupakan satu jalur nipis yang fleksibel diperbuat daripada bahan plastik atau lain-lain yang mengandungi celluloid dilapisi bahan kimia emulsi yang sensitif terhadap perubahan cahaya.

SIFAT-SIFAT FILEM

Sensitif Kepada Cahaya : Sesetengah filem hanya sensitif kepada beberapa warna tertentu sahaja.

Kepantasan Filem : Filem pantas boleh digunakan walaupun pada waktu kurang cahaya. Filem rendah sebaliknya memerlukan lebih banyak cahaya. Kepantasan diukur dengan skala International Standards Organization (ISO) yang terdiri daripada American Standards Association (ASA) dan DIN (Deutsches Institut für Normung - German Institute for

Standardization) di Eropah. Faktor Bintik Filem : Semua filem mempunyai faktor bintik. Bintik-bintik ini amat halus dan boleh dilihat menerusi kanta pembesar. Semakin pantas filem itu, semakin besarlah faktor bintiknya. Bintik pada filem jelas kelihatan jika pendedahan dibuat dalam cahaya yang kurang ataupun dicetak besar.

Kadar Latitud : Keupayaan filem menerima pendedahan sama ada kurang atau lebih. Filem yang pantas mempunyai kadar latitud yang lebih daripada filem berkelajuan rendah.

Jenis Kelajuan Filem

Page 20: Modul2

A – Kelajuan filem sehingga ISO 64

B – Filem ISO 100

C – Filem ISO 200

D – Filem ISO 400

E – Filem ISO 800 hingga ISO 1600

Paling sesuai

Boleh digunakan

Tidak digalakkan

Pengunaan filem yang sesuai mengikut situasi atau subjek

Page 21: Modul2

1.Filem Cetak/ Filem Negatif boleh digunakan untuk

daylight atau cahaya buatan. Filem cetak boleh

menghasilkan gambar yang boleh diterima walaupun

terdapat sedikit kesalahan dedahan. pembetulan boleh

dibuat semasa memproses dan mencetak. Salinan boleh

dibuat seberapa banyak tanpa menjatuhkan kualiti

gambarnya.

2.Filem Slaid/ Filem Lutsinar/ Filem Positif/ Filem

“Reversal” memerlukan ketepatan dedahan dan

mempunyai imbangan kepada daylight atau cahaya tiruan.

Salinan filem slaid boleh dibuat tetapi kualiti gambarnya

akan jatuh

3.Filem Lith/ Filem Garisan menghasilkan imej hitam

putih sahaja.Filem ini adalah filem kontras tinggi dan

hanya sesuai untuk foto lukisan garisan dan gambarajah

4.Filem Infra Red boleh diperolehi dalam format kaset.

Filem ini khas untuk fotografi udara, perbicaraan

mahkamah (forensik), perubatan dan arkeologi atau

kajipurba

Jenis filem adalah seperti berikut:

Page 22: Modul2

Penggunaan filem untuk menghasilkan imej kini telah bertukar dengan terciptanya fotografi

digital yang menggunakan pelbagai pengesan cahaya secara elektronik untuk menangkap imej

yang tertumpu oleh lensa, bertentangan dengan pendedahan pada filem yang sensitif kepada

cahaya. Imej yang ditangkap kemudiannya ditukar kepada bentuk digital dan disimpan sebagai fail

komputer yang sedia untuk pemprosesan dan dipapar secara digital, penerbitan secara digital

atau percetakan.

Sehingga kemunculan teknologi sedemikian, gambar-gambar telah dibuat dengan mendedahkan

filem fotografi yang sensitif cahaya, dan digunakan pemprosesan kimia fotografi untuk

membangunkan dan menstabilkan imej. Sebaliknya, gambar-gambar digital boleh dipaparkan,

dicetak, disimpan, dimanipulasi, dihantar, dan diarkibkan menggunakan teknik digital dan

komputer, tanpa pemprosesan kimia.

Fotografi Digital

Kaedah Mengesan Kepekaan Cahaya (Sensor)

Sensor imej membaca kekuatan cahaya, dan peranti ingatan digital (flash memori) menyimpan

maklumat imej digital sebagai ruang warna RGB atau sebagai data mentah.

Dua jenis sensor utama adalah CCD (Charged Coupled Device)dan CMOS (Complimentary

Metal-Oxide Semiconductor).

CCD (Charged Coupled Device)

Merupakan sensor imej yang paling banyak digunakan pada kamera digital. Ianya memberikan

kualiti imej yang tinggi. Satu kelemahan sensor imej CCD adalah ianya menggunakan kuasa

yang banyak kerana kehadiran litar yang besar di dalam sensor. CCD menggunakan kira-kira

10-100 kali kuasa berbanding CMOS. CCD juga lebih mahal dibandingkan dengan CMOS.

Cahaya yang memasuki lensa kamera akan jatuh pada cip CCD yang bertindak balas terhadap

keamatan cahaya yang berbeza dan menukarkannya daripada analog kepada bentuk digital.

Sensor ini memberikan nilai binari untuk warna cahaya dan dihantar kepada komputer di

mana mereka disusun dalam format imej dan disimpan sebagai fail. Kebanyakan kamera

seperti SLR mengandungi sehingga tiga sensor CCD, sensor ini menganalisis RGB yang berbeza

warna dan menggabungkannya untuk membentuk imej digital akhir.

CMOS (Complimentary Metal-Oxide Semiconductor)

Lebih banyak digunakan pada kamera jenis ‘point and shoot’. Penggunaannya kurang dalam

kamera SLR. Kualiti imej CMOS tidak sebaik CCD. Itulah sebabnya kamera SLR yang baik selalunya

menggunakan CCD berbanding CMOS. Walaubagaimanapun, CMOS menggunakan kuasa yang

sangat kurang dan tahan lama. CMOS murah berbanding CCD. Ini menyebabkan kamera dengan

sensor CMOS berharga lebih murah.

Apabila cahaya memasuki lensa kamera yang menggunakan sensor CMOS, proton yang terdapat

Page 23: Modul2

TEKNIK PENGGAMBARAN

Teknik jarak dekat

Teknik jarak sederhana

Ditakrifkan sebagai penggambaran jarak dekat di mana nisbah pengimejan 1:10 - 1:1, iaitu dari saiz 1/10 daripada saiz sebenar kepada saiz sebenar.

Teknik jarak yang lebih dekat dipanggil fotografi makro di mana nisbah pengimejan 1:1 - 10:1 - iaitu dari saiz sebenar sehingga sepuluh kali saiz sebenar.

Teknik jarak yang lebih dekat dari makro adalah Fotografi mikro di mana nisbah saiz sebenar adalah lebih besar iaitu lebih besar daripada 10x saiz sebenar.

Biasanya, juragambar akan menggunakan lensa normal atau lensa sudut lebar untuk jarak sederhana. Saiz apertur yang kecil dipilih untuk memberi imej yang tajam keseluruhannya manakala kelajuan pengatup disesuaikan mengikut apertur.

Page 24: Modul2

Foto aksi atau sukan menggunakan teknik panning ‘Panning’ dalam fotografi adalah kaedah mengambil subjek bergerak, seperti aksi

atau fotografi sukan, di mana sasaran anda sedang bergerak sepanjang masa

pendedahan.

‘Panning’ biasanya memerlukan anda menggunakan kelajuan pengatup yang

perlahan dan kamera digerakkan di sepanjang paksi subjek anda sepanjang masa

pendedahan supaya anda mendapat imej yang tajam sedangkan latar belakang imej

menjadi kabur.

Untuk teknik ‘panning’ yang sempurna, kunci utama adalah memastikan kamera dan

subjek anda berada pada kedudukan selari sepanjang pendedahan cahaya berlaku.

Kamera dan subjek perlu bergerak bersama-sama pada masa yang sama, dalam

arah yang sama. Anda juga perlu mempunyai kanta yang panjang, dan pastikan anda

mengisi subjek anda dalam bingkai.

Panjang sebenar pendedahan yang diperlukan akan bergantung kepada kelajuan di

mana subjek bergerak, panjang fokus kanta dan jarak daripada subjek dan latar

belakang.

Sebuah kereta F1 sedang memecut mungkin

membolehkan jurugambar mencapai latar belakang

yang kabur pada 1/250,

manakala kelajuan pengatup mungkin

perlu di perlahankan sehingga 1/40 untuk

mencapai jumlah yang sama kabur untuk

gambar seseorang sedang berlari.

Page 25: Modul2

Teknik Pembekuan

KOMPOSISI

Peraturan Pertiga

Teknik ini memerlukan anda meletakkan kelajuan

bukaan pengatup yang perlahan. Anda mungkin perlu

mencuba beberapa kelajuan untuk mendapatkan kesan

pembekuan yang terbaik dan sesuai dengan citarasa

anda. Penggunaan tripod adalah perlu untuk mengelak

getaran. Bukaan apertur disesuaikan dengan kelajuan

pengatup yang dikehendaki.

Teknik ini juga boleh digunakan untuk

mendapatkan kesan gerakan pantas. Untuk

itu, ia memerlukan anda meletakkan kelajuan

bukaan pengatup yang tinggi. Anda mungkin

perlu mencuba beberapa kelajuan untuk

mendapatkan kesan pembekuan yang terbaik

dan sesuai dengan citarasa anda.

Bayangkan bahawa imej anda dibahagikan kepada 9 segmen yang sama oleh 2

garisan menegak dan 2 mendatar. Kedaulatan undang-pertiga mengatakan

bahawa anda harus meletakkan elemen yang paling penting dalam senario anda

di sepanjang garisan ini, atau di tempat di mana mereka bersilang.

Page 26: Modul2

Imbangan Elemen

Garisan

Simetri dan Corak

Meletakkan subjek utama anda di

penjuru, tidak ditengah menurut

peraturan pertiga, mencipta gambar

yang lebih menarik, tetapi ia boleh

meninggalkan ruang kosong di

dalam gambar yang boleh

membuat ia berasa kosong. Anda

perlu mengimbangi "berat" subjek

anda dengan termasuk objek lain

yang mempunyai kepentingan yang

kurang untuk mengisi ruang.

Apabila kita melihat gambar, mata kita

secara semula jadi akan bergerak mengikuti

sepanjang garisan. Dengan berfikir tentang

bagaimana anda meletakkan baris dalam

komposisi anda, anda boleh memberi fokus

cara kita melihat imej, menarik kita ke

dalam gambar, ke arah subjek, atau dalam

perjalanan "melalui" tempat kejadian.

Terdapat banyak jenis garis - lurus,

pepenjuru, lengkok, bengkang-bengkok dll

jejarian - dan masing-masing boleh

digunakan untuk meningkatkan komposisi

gambar kita.

Kita dikelilingi oleh simetri dan corak,

kedua-dua alam semulajadi dan buatan

manusia. Ianya boleh menjadikan komposisi

yang menarik, terutamanya dalam situasi di

mana mereka tidak dijangka. Satu lagi cara

yang baik untuk menggunakan mereka

adalah untuk memecahkan simetri atau

corak dalam beberapa cara,

memperkenalkan ketegangan dan menjadi

tumpuan ke tempat kejadian.

Page 27: Modul2

Sudut Pandangan

Latarbelakang

Kedalaman (depth)

Bingkai

Sebelum mengambil gambar,

fikirkan sudut yang sesuai di mana

gambar akan diambil.sudut

pandangan memberikan kesan

yang banyak kepada komposisi

dan memberi kesan kepada mesej

yang hendak disampaikan. Cuba

sudut pandangan dari atas, paras

lantai dan sebagainya.

Mata kita peka kepada elemen-

elemen yang berbeza di dalam

sesuatu senario. Patikan tidak ada

objek latarbelakang yang

mengganggu fokus mata kepada

objek utama. Satu cara yang baik

adalah dengan mengaburkan

latarbelakang manakala objek utama

dijadikan jelas.

Perasaan kedalaman boleh diwujudkan dengan

menyertakan objek-objek di hadapan, tengah atau

belakang. Teknik lain adalah dengan melakukan

pertindihan objek-objek di dalam imej. Mata kita

dapat mengenal lapisan-lapisan ini dan secara

mental akan mengasingkannya lantas mencipta

imej dengan lebih kedalaman.

Dunia ini penuh dengan objek yang membuat

bingkai semulajadi yang sempurna, seperti

pokok-pokok, lengkungan dan lubang. Dengan

meletakkan ini di sekitar pinggir komposisi

anda membantu untuk mengasingkan subjek

utama dari dunia luar. Hasilnya adalah imej

yang lebih fokus yang menarik mata anda

secara semulajadi ke titik utama kepentingan.

Page 28: Modul2

FOTOGRAFI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

• Menarik minat pelajar terhadap pelajaran mereka

• Meningkatkan kefahaman pelajar terhadap konsep yang hendak

disampaikan guru

• Merangsang pemikiran pelajar seterusnya mendorong

penerokaan dan perkembangan minda pelajar

• Membantu guru dalam menerapkan nilai dan kesedaran dalaman

kepada pelajar

FIKIR-FIKIR

Sejauh manakah fotografi penting dalam proses pengajaran

dan pembelajaran anda di sekolah?

AKTIVITI [aktiviti ini perlu dilaksanakan]

Berdasarkan satu sub-topik di dalam matapelajaran anda, rancangkan satu proses

pengajaran dan pembelajaran yang akan melibatkan penggunaan beberapa media

fotografi. Dalam pada itu rancangkan (anda boleh cuba mengaplikasikan model

ADDIE) proses penghasilan media fotografi tersebut supaya ia boleh memberi impak

yang baik dalam proses P&P anda.

Laksanakan perancangan yang telah dibuat dalam bilik darjah.

Dokumen perancangan P&P anda yang melibatkan media fotografi. Hasilkan media

fotografi sama ada dalam bentuk cetakan atau digital. Muat naik kedua-dua hasilan

ini di LMS.

Page 29: Modul2

110110110

AKTIVITI REFLEKSI [aktiviti ini perlu dilaksanakan]

Berdasarkan aktiviti di atas, jelaskan bagaimana penghasilan beberapa fotografi

dalam konteks teknikal dan juga teknik yang digunakan.

Dalam proses mengambil (shot) gambar, apakah aspek-aspek teknikal dan teknik

yang dirasakan sesuai digunakan untuk menghasilkan foto-foto untuk tujuan P&P.

Beri penjelasan anda.

Adakah foto yang anda gunakan dalam proses P&P itu, dapat member impak

terhadap pelajar anda untuk memahami topik yang diajar dan bagaimana?

Dokumenkan perkara-perkara di atas, kemudian muat naik ke dalam LMS.

TUTORIAL [aktiviti ini perlu dilaksanakan]

Dengan menggunakan dua foto yang telah anda hasilkan, buat penilaian dari segi

ciri-ciri pengambaran dan komposisi, kemudian kaitkan dengan aspek pedagogikal.

Seterusnya banding bezakan kedua-dua foto tersebut. Buat kesimpulan dari

perbandingan tersebut.

Buat sedikit pemerhatian atau selidikan di pusat sumber sekolah anda, apakah media

bahan 2D dan 3D yang ada. Adakah media-media ini kerap digunakan atau

sebaliknya (tidak) oleh guru-guru sekolah anda. Cuba dapatkan sebab-sebab

mengapa ia digunakan atau tidak oleh rakan-rakan guru.

Dokumenkan persoalan di atas dan muat naik ke LMS, cetak dokumen tersebut dan

bawa berdama foto semasa sesi tutorial.

Page 30: Modul2

111111111

Rujukan:

1. Chin Yoon Poh (2009). Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran untuk

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Shah Alam: Kumpulan Budiman Sdn

Bhd

2. Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, Wan

Kamaruddin Wan Hasan (2009). Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran.

Shah Alam: Penerbit Oxford Fajar

3. Razali Nor (1994). Teknologi Pendidikan 1: Media Bukan Unjuran. Shah Alam:

Kumpulan Budiman Sdn Bhd

4. Heinich, Molenda, Russell & Smaldino (1996). Projected Visuals. In Instructional

Media and Technologies for Learning. Englewood Cliffs: Prentice Hall (pp 137-

131)

5. Romiszowski, A.j. (1988). Projected visuals. In The Selection and Use of

Instructional Media. London: Kogan Page (pp.137-158).

6. Telg, R. (2000). Effective Computer-Generated Visuals for Presentations

7. Newby, T., Stepich, D., Lehman, J & Russell, J. (2000). Instructional Technology

for Teaching and Learning: Designing Instruction, Integrating Computers and

Using Media. Prentice-Hall, Inc