Modul3 mengurus bahan_pengajaran_pdf

18
MODUL 3 MENYEDIA DAN MENGURUSKAN BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 1 MENYEDIA DAN MENGURUSKAN BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Selepas menamatkan bab ini, anda seharusnya boleh: Menyediakan bahan pembelajaran dalam bentuk halaman teks dan laman web Menyediakan pautan kepada bahan pembelajaran dalam bentuk fail atau laman web Menyedia ruang direktori terbuka untuk capaian pengguna Menguruskan bahan pembelajaran dalam sistem dengan lebih sistematik dan tersusun Pengenalan Bahan pembelajaran atau sumber maklumat sama ada dalam bentuk dokumen, silabus kursus, fail PowerPoint, fail PDF, fail laman web dan sebagainya merupakan antara sumber yang boleh disediakan untuk rujukan pengguna. sistem menyediakan pelbagai kemudahan yang membolehkan bahan pembelajaran ini dimasukkan ke dalam sistem dan seterusnya dicapai oleh pengguna. Bab ini akan menerangkan kepada anda kaedah-kaedah yang boleh digunakan untuk tujuan tersebut. Selain itu, bab ini juga akan menerangkan beberapa panduan bagaimana untuk menguruskan bahan pembelajaran atau maklumat yang dimasukkan agar lebih sistematik dan mudah dicapai oleh pengguna. Sepintas lalu : Menyediakan dan Menguruskan Bahan Bahan pembelajaran boleh disedia atau dimasukkan ke dalam sistem menggunakan Add a resource. Bagi tujuan tersebut, anda perlu berada dalam mod penyuntingan terlebih dahulu. Ini boleh dilakukan dengan mengaktifkan arahan Turn editing on seperti mana yang telah dibincangkan dalam bab sebelum ini. Seperti yang dapat diperhatikan, Add a resource menyediakan 5 pilihan atau kemudahan yang membolehkan bahan disedia atau dimasukkan ke dalam kursus kendalian anda. Setiap satunya mempunyai peranan tersendiri dan ianya akan dijelaskan lebih lanjut dalam latihan kerja seterusnya. 2 pilihan yang pertama iaitu Compose a text page dan Compose a web page merupakan pilihan yang membolehkan anda menyediakan bahan menerusi sistem. Arahan Link to a file or web site pula membolehkan anda membuat pautan ke fail bahan yang disediakan seperti fail PDF, Word, PowerPoint, Flash, Zip, laman web dan sebagainya. Arahan Display a directory pula membolehkan

Transcript of Modul3 mengurus bahan_pengajaran_pdf

Page 1: Modul3 mengurus bahan_pengajaran_pdf

MODUL 3

MENYEDIA DAN MENGURUSKAN BAHAN PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN

1

MENYEDIA DAN MENGURUSKAN BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Selepas menamatkan bab ini, anda seharusnya boleh:

• Menyediakan bahan pembelajaran dalam bentuk halaman teks dan laman web

• Menyediakan pautan kepada bahan pembelajaran dalam bentuk fail atau laman web

• Menyedia ruang direktori terbuka untuk capaian pengguna

• Menguruskan bahan pembelajaran dalam sistem dengan lebih sistematik dan tersusun

Pengenalan

Bahan pembelajaran atau sumber maklumat sama ada dalam bentuk dokumen, silabus kursus, fail

PowerPoint, fail PDF, fail laman web dan sebagainya merupakan antara sumber yang boleh

disediakan untuk rujukan pengguna. sistem menyediakan pelbagai kemudahan yang membolehkan

bahan pembelajaran ini dimasukkan ke dalam sistem dan seterusnya dicapai oleh pengguna. Bab ini

akan menerangkan kepada anda kaedah-kaedah yang boleh digunakan untuk tujuan tersebut. Selain

itu, bab ini juga akan menerangkan beberapa panduan bagaimana untuk menguruskan bahan

pembelajaran atau maklumat yang dimasukkan agar lebih sistematik dan mudah dicapai oleh

pengguna.

Sepintas lalu : Menyediakan dan Menguruskan Bahan

Bahan pembelajaran boleh disedia atau dimasukkan ke dalam sistem menggunakan Add a resource.

Bagi tujuan tersebut, anda perlu berada dalam mod penyuntingan terlebih dahulu. Ini boleh

dilakukan dengan mengaktifkan arahan Turn editing on seperti mana yang telah dibincangkan dalam

bab sebelum ini.

Seperti yang dapat diperhatikan, Add a resource menyediakan 5 pilihan atau kemudahan

yang membolehkan bahan disedia atau dimasukkan ke dalam kursus kendalian anda. Setiap satunya

mempunyai peranan tersendiri dan ianya akan dijelaskan lebih lanjut dalam latihan kerja seterusnya.

2 pilihan yang pertama iaitu Compose a text page dan Compose a web page merupakan

pilihan yang membolehkan anda menyediakan bahan menerusi sistem. Arahan Link to a file or web

site pula membolehkan anda membuat pautan ke fail bahan yang disediakan seperti fail PDF, Word,

PowerPoint, Flash, Zip, laman web dan sebagainya. Arahan Display a directory pula membolehkan

Page 2: Modul3 mengurus bahan_pengajaran_pdf

MODUL 3

MENYEDIA DAN MENGURUSKAN BAHAN PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN

2

satu direktori terbuka disediakan dalam sistem. Anda seterusnya boleh memasukkan apa juga bahan

ke dalam direktori tersebut untuk capaian pengguna.

Menyediakan Maklumat Awal

Maklumat awal bagi aktiviti kuliah pada setiap minggu perlu disediakan terlebih dahulu sebelum

penyediaan sumber bahan yang dilaksanakan. Penyediaan maklumat awal ini perlu untuk memberi

ide awalan kepada pengguna apakah topik atau aktiviti yang akan dibincangkan pada setiap minggu.

Ikuti langkah kerja yang berikut bagi mencuba membina maklumat awalan bagi kursus anda.

1. Sebelum bermula, klik butang Turn editing on.

2. Seterusnya pilih minggu yang ingin dimasukkan maklumat awalan yang dikehendaki dan klik

ikon bagi membuka tetingkap Summary.

Ikon Summary

3. Taipkan ringkasan mengenai topik dan aktiviti kursus yang akan dilaksanakan pada minggu

tersebut.

Kotak Summary

4. Setelah selesai, klik butang Save changes untuk menyimpan maklumat tersebut.

Page 3: Modul3 mengurus bahan_pengajaran_pdf

MODUL 3

MENYEDIA DAN MENGURUSKAN BAHAN PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN

3

Hasil Summary yang telah dimasukkan

5. Anda boleh mengulangi setiap langkah di atas bagi memasukkan maklumat awalan ke dalam

minggu-minggu yang lain.

Menyediakan Bahan Berbentuk Halaman Teks

Teks merupakan elemen utama dalam persembahan sesuatu maklumat. Halaman yang

mengandungi teks boleh terus disediakan dalam kursus kendalian anda menerusi kemudahan yang

disediakan oleh sistem. Ikuti latihan kerja seterusnya bagi melihat bagaimana helaian teks boleh

disediakan.

1. Seperti biasa, klik Turn editing on untuk membolehkan proses penyuntingan mula

dilaksanakan.

2. Pada bahagian atau minggu yang diperlukan, pilih menu Add a resource dan seterusnya pilih

arahan Compose a text page.

Compose a text page

3. Skrin Compose a text page akan dipaparkan. Terdapat 3 medan masukan teks yang

disediakan iaitu Name, Summary dan Full Text.

4. Pada medan Name, masukkan nama halaman teks yang ingin disediakan. Nama yang

dimasukkan ini akan bertindak sebagai pautan yang akan diaktifkan oleh pengguna untuk

mencapai maklumat yang disediakan. Ia sewajarnya menggambarkan isi yang disediakan

dalam halaman teks yang disediakan.

Page 4: Modul3 mengurus bahan_pengajaran_pdf

MODUL 3

MENYEDIA DAN MENGURUSKAN BAHAN PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN

4

5. Pada medan Summary, taipkan secara ringkas apa yang akan disediakan dalam halaman teks

yang akan dihasilkan. Ia bertindak secara ringkasan kepada isi kandungan yang akan

disediakan. Anda boleh mengabaikan medan ini sekiranya tidak diperlukan.

6. Seterusnya pada medan Full text, taipkan teks atau isi kandungan yang ingin disampaikan

kepada pengguna. Anda juga boleh copy and paste teks yang diperlukan daripada aplikasi

lain (seperti MS Word).

7. Anda juga boleh menetapkan format teks yang akan dipaparkan menerusi pilihan Formatting

yang disediakan di bahagian bawah medan Full Text. Maklumat lanjut mengenai setiap

pilihan yang disediakan boleh diperolehi dengan memilih butang bantuan yang

disediakan.

Format teks

8. Anda juga menetapkan sama ada halaman teks yang disediakan akan dipaparkan dalam

tetingkap (Window) yang sama atau tetingkap yang baru. Ini boleh diperolehi menerusi

pilihan Window. Sebelum memilih arahan New window, klik butang Show Advanced untuk

memaparkan pilihan arahan yang lebih lengkap.

Page 5: Modul3 mengurus bahan_pengajaran_pdf

MODUL 3

MENYEDIA DAN MENGURUSKAN BAHAN PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN

5

Pilihan window

9. Dalam contoh ini, pilihan tetingkap baru atau New window akan digunakan. Anda seterusnya

boleh memilih penetapan tetingkap baru mengikut keperluan masing-masing. Bagi

menyembunyikan kembali paparan pilihan arahan di bawah ruangan Window, klik butang

Hide Advanced.

Show Advanced

10. Dalam beberapa keadaan yang memerlukan, adalah digalakkan bahan pembelajaran yang

disediakan dipaparkan menggunakan tetingkap baru agar ianya lebih selesa dilayari oleh

pengguna.

11. Apabila berpuas hati dengan pilihan yang dilakukan, klik butang Save and return to course.

12. Hasilnya, pada satu pautan ke halaman teks dengan nama yang telah ditetapkan akan

dipaparkan seperti yang berikut:

Page 6: Modul3 mengurus bahan_pengajaran_pdf

MODUL 3

MENYEDIA DAN MENGURUSKAN BAHAN PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN

6

13. Apabila pautan tersebut diaktifkan oleh pengguna, satu tetingkap baru yang mengandungi

teks yang telah dimasukkan akan dipaparkan seperti berikut:

Memasukkan Pelbagai Bentuk Dokumen

Selain daripada menyediakan bahan dalam bentuk halaman teks seperti mana yang telah dijelaskakn

dalam aktiviti kerja sebelum ini, sistem ini juga menyediakan kemudahan yang membolehkan anda

membuat pautan kepada fail mahupun laman web sedia ada. Ikuti latihan kerja seterusnya untuk

melihat bagaimana ianya boleh dilaksanakan.

Memasukkan Fail untuk Capaian Pengguna

Nota kuliah atau bahan pembelajaran boleh disediakan dalam pelbagai format. Fail Word, Power

Point, Flash, PDF merupakan antara contoh format fail yang sering digunakan. Bagi menyebarkannya

menerusi sistem, ianya perlu dimuat naik (upload) ke dalam sistem terlebih dahulu. Ikuti langkah

kerja yang berikutnya bagi memasukkan sesuatu fail untuk capaian pengguna.

1. Pada bahagian minggu yang diperlukan, aktifkan pilihan menu Add a resource dan

seterusnya pilih arahan Link to a file or web site.

Page 7: Modul3 mengurus bahan_pengajaran_pdf

MODUL 3

MENYEDIA DAN MENGURUSKAN BAHAN PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN

7

2. Skrin Link to a File or web site akan dipaparkan. Terdapat 3 medan masukan maklumat yang

disediakan iaitu Name, Summary dan Location.

3. Seperti biasa masukkan maklumat yang diperlukan pada medan Name dan juga Summary.

4. Pada medan Location, biarkan ianya tidak berisi. Seterusnya klik butang Choose or upload a

file.

5. Tetingkap seperti yang berikut akan dipaparkan. Ianya menunjukkan senarai fail yang ada

dalam kursus tersebut dan ianya sedia untuk digunakan. Buat masa ini, tiada sebarang fail

yang ada.

Page 8: Modul3 mengurus bahan_pengajaran_pdf

MODUL 3

MENYEDIA DAN MENGURUSKAN BAHAN PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN

8

Anda boleh membuat direktori atau folder sekiranya perlu bagi menguruskan fail-fail yang

akan dimasukkan. Ini akan dibincangkan lebih lanjut dalam latihan kerja yang seterusnya.

6. Klik butang Upload a file untuk memulakan proses memasukkan fail atau bahan ke dalam

sistem.

7. Klik butang Browse untuk mencari fail yang diperlukan daripada sistem komputer masing-

masing.

8. Apabila menemui fail yang diperlukan, pilih fail tersebut dan klik butang Open. Seterusnya

klik butang Upload this file.

9. Apabila selesai proses muat naik fail, ianya akan dipaparkan seperti berikut. Aktifkan kotak di

sebelah kiri fail yang diperlukan dan pilih arahan Choose.

10. Fail yang terpilih akan dipaparkan di bahagian Location seperti berikut:

Page 9: Modul3 mengurus bahan_pengajaran_pdf

MODUL 3

MENYEDIA DAN MENGURUSKAN BAHAN PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN

9

11. Sekiranya perlu, anda juga boleh menentukan kaedah bagaimana nota atau bahan yang

dimasukkan akan dipaparkan menerusi pilihan Window seperti yang telah dijelaskan

sebelum ini.

Dalam banyak keadaan, nota kuliah atau bahan yang disediakan sesuai dipaparkan menerusi

tetingkap atau skrin yang baru (New window) agar ianya lebih mudah dan selesa untuk

dibaca.

12. Seterusnya, apabila berpuas hati dengan pilihan yang dilakukan, klik butang Save and return

to course.

13. Hasilnya, satu pautan ke fail yang dipilih dengan nama yang telah ditetapkan akan

dipaparkan seperti mana berikut:

14. Apabila pautan tersebut diaktifkan oleh pengguna, satu tetingkap baru mengandungi fail

yang muat naik akan dipaparkan.

Menyediakan Pautan ke Laman Web

Selain daripada pautan ke bahan pembelajaran dalam bentuk fail yang dimuat naik ke dalam sistem,

anda juga boleh menyediakan pautan kepada sumber rujukan lain seperti laman web d internet.

Caranya hampir sama dengan menyediakan pautan untuk bahan pembelajaran dalam bentuk fail.

Ikuti langkah kerja yang berikutnya.

1. Seperti biasa, guna arahan Add a resource dan seterusnya pilih arahan Link to a File or web

site.

Page 10: Modul3 mengurus bahan_pengajaran_pdf

MODUL 3

MENYEDIA DAN MENGURUSKAN BAHAN PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN

10

2. Apabila skrin Link to a File or web site dipaparkan, masukkan maklumat yang diperlukan

pada medan Name dan juga Summary.

3. Di medan Location, taipkan nama alamat atau URL laman web yang ingin dicapai.

Laman web ini merupakan ensiklopedia atau direktori digital yang mengandungi maklumat

berkaitan dengan teknologi. Ianya sesuai untuk dijadikan rujukan bagi kursus dalam latihan

ini.

4. Sekiranya perlu, anda juga boleh menentukan kaedah bagaimana laman web yang dicapai

akan dipaparkan menerusi pilihan Window seperti yang telah dijelaskan sebelum ini. Dalam

banyak keadaan, laman web untuk capaian pengguna sesuai dipaparkan menerusi tetingkap

atau skrin yang baru agar ianya lebih mudah dan selesa dibaca.

5. Seterusnya, apabila berpuas hati dengan pilihan yang dilakukan, klik butang Save and return

to course.

6. Hasilnya satu pautan ke laman web dengan nama yang telah ditetapkan akan dipaparkan

seperti berikut:

Page 11: Modul3 mengurus bahan_pengajaran_pdf

MODUL 3

MENYEDIA DAN MENGURUSKAN BAHAN PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN

11

7. Apabila pautan tersebut diaktifkan oleh pengguna, satu tetingkap baru mengandungi laman

web yang telah ditetapkan akan dipaparkan seperti yang berikutnya.

Page 12: Modul3 mengurus bahan_pengajaran_pdf

MODUL 3

MENYEDIA DAN MENGURUSKAN BAHAN PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN

12

Menyediakan Sumber dalam bentuk Direktori Terbuka

Direktori terbuka merupakan kemudahan sumber yang disediakan oleh sistem bagi memudahkan

proses memuat turun nota yang melibatkan lebih daripada satu fail. Menerusi kemudahan ini, satu

direktori yang mengandungi beberapa fail nota perlu dihasilkan terlebih dahulu. Ikuti langkah kerja

yang berikut bagi menyediakan sumber dalam bentuk direktori terbuka.

1. Pastikan butang Turn Editing On diaktifkan terlebih dahulu.

2. Klik pada pilihan arahan Files.

3. Bina satu direktori yang sesuai bagi meletakkan semua fail yang ingin dipaparkan nanti

dengan memilih butang Make a folder.

4. Seterusnya taipkan nama direktori yang sesuai ke dalam ruangan yang disediakan dan klik

butang Create.

Page 13: Modul3 mengurus bahan_pengajaran_pdf

MODUL 3

MENYEDIA DAN MENGURUSKAN BAHAN PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN

13

5. Setelah selesai, direktori yang terhasil kelihatan seperti berikut:

6. Seterusnya, klik pada direktori Kajian_Kes untuk membukanya. Gunakan butang Upload a

file untuk menghantar semua fail yang diperlukan ke dalam direktori tersebut.

7. Dalam contoh ini, 3 fail akan dimasukkan sebagai rujukan pelajar untuk menyiapkan tugasan

yang diberikan. Anda terpaksa memasukkan setiap fail satu persatu dalam proses ini.

8. Apabila selesai, kembali ke halaman utama kursus dengan memilih pautan nama kursus

tersebut pada menu navigasi.

9. Seterusnya, gunakan Add a resource dan seterusnya pilih arahan Display a directory.

Page 14: Modul3 mengurus bahan_pengajaran_pdf

MODUL 3

MENYEDIA DAN MENGURUSKAN BAHAN PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN

14

10. Apabila skrin Display a directory dipaparkan, masukkan maklumat yang diperlukan pada

medan Name dan juga Summary.

11. Seterusnya, pilih direktori yang ingin dibuka untuk capaian pelajar di dalam ruangan Main

Files directory.

12. Setelah selesai, klik Save and return to course. Hasil berikut akan terpapar.

13. Apabila pengguna memilih direktori Kajian Kes, fail yang terdapat dalam direktori tersebut

akan dipaparkan seperti berikut:

Page 15: Modul3 mengurus bahan_pengajaran_pdf

MODUL 3

MENYEDIA DAN MENGURUSKAN BAHAN PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN

15

14. Menerusi paparan tersebut, pengguna boleh membuka atau memuat turun fail tersebut jika

perlu.

Proses Menyunting dan Mengemaskini Bahan

Setelah beberapa sumber bahan dimasukkan ke dalam sistem, berkemungkinan proses menyunting

dan mengemaskini bahan perlu dilaksanakan. Proses menyunting dan mengemaskini bahan di dalam

sistem boleh dilaksanakan menggunakan beberapa ikon yang disediakan di setiap bahagian kanan

setiap sumber bahan atau elemen. Ikon yang digunakan adalah seperti berikut:

Menetapkan kedudukan Elemen pada Skrin

Ada masanya apabila bahan pembelajaran atau aktiviti kerja pelajar telah selesai dimasukkan, anda

mungkin bercadang untuk menukar kedudukan atau aturan. Untuk melaksanakan proses tersebut,

anda perlu menggunakan ikon .

1. Pastikan butang Turn editing on telah diaktifkan.

2. Seterusnya, klik tanpa lepas pada ikon di sebelah kanan mana-mana sumber bahan

pembelajaran yang telah dibina sebelum ini dan heret sumber tersebut ke lokasi lain yang

dirasakan sesuai.

3. Seharusnya, sumber bahan pembelajaran tersebut akan bertukar lokasi yang dikehendaki.

Menyunting atau Mengemaskini Bahan

Selain memindahkan lokasi sumber bahan pembelajaran ke lokasi yang baru, sistem ini juga

membenarkan pengguna menyunting atau mengemaskini bahan tersebut sekiranya perlu.

Page 16: Modul3 mengurus bahan_pengajaran_pdf

MODUL 3

MENYEDIA DAN MENGURUSKAN BAHAN PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN

16

1. Untuk memulakan proses penyuntingan bahan atau maklumat yang telah dimasukkan,

klik ikon Edit Summary yang telah disediakan pada elemen yang ingin disunting.

Sebagai contoh, klik pada ikon yang berada di bawah maklumat awalan yang berikut:

2. Skrin yang berkaitan dengan ringkasan minggu akan dipaparkan.

3. Seterusnya, ubahsuai ringkasan di ruangan Summary dan klik butang Save and return to

course. Anda akan dapat melihat paparan yang telah diubahsuai.

4. Sekiranya anda ingin melaksanakan proses pengubahsuaian ke atas sumber bahan

pembelajaran yang telah dimasukkan, klik pada ikon Update yang berada di sebelah

kanannya seperti berikut:

5. Buat pindaan yang sesuai jika perlu dan klik butang Save and return to course setelah

selesai.

Memadam Bahan

Selain daripada proses pengubahsuaian, anda juga boleh memadam sebarang elemen yang telah

dimasukkan ke dalam sistem menerusi ikon Delete . Ikuti langkah kerja yang berikut bagi

mempelajari cara untuk memadamkan elemen tersebut.

1. Pastikan butang Turn Editing On telah diaktifkan.

2. Klik pada ikon Delete .

3. Sebuah kotak dialog akan terpapar untuk bertanyakan kepastian sama ada anda ingin

memadamkan item tersebut. Klik butang OK sekiranya anda benar-benar pasti untuk

memadamkannya.

Page 17: Modul3 mengurus bahan_pengajaran_pdf

MODUL 3

MENYEDIA DAN MENGURUSKAN BAHAN PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN

17

4. Perlu diingat, proses memadamkan sumber bahan pembelajaran hanya akan memadam

nama dan pautannya sahaja. Fail yang telah dipadam umumnya masih kekal di dalam

direktori anda.

5. Anda juga perlu mengambil perhatian bahawa memadamkan sumber bahan

pembelajaran tidak boleh diperolehi kembali menerusi arahan Undo dan Redo.

Memapar atau Menyembunyikan Bahan

Sesuatu sumber bahan pembelajaran yang dibina boleh disembunyikan daripada dipaparkan jika

perlu menerusi ikon Show/Hide yang diwakili oleh imej mata .

Pastikan butang Turn Editing On telah diaktifkan.

1. Seterusnya, klik pada ikon Show/Hide yang diwakili oleh ikon yang berada di sebelah

kanan elemen yang ingin disembunyikan.

2. Setelah mengklik ikon tersebut, sumber bahan tersebut akan kabur dan imej mata

kelihatan tertutup menunjukkan ianya telah disembunyikan daripada paparan

pengguna.

3. Untuk memaparkan kembali sumber bahan yang telah disembunyikan, klik kembali pada

imej mata yang tertutup tersebut.

4. Perlulah diingat, proses menyembuyikan elemen hanya boleh dilaksanakan pada sumber

bahan pembelajaran sahaja. Ianya tidak boleh dilaksanakan pada ringkasan dan

maklumat awalan. Perlulah diingat juga, proses ini hanya menyembunyikan sumber

bahan pembelajaran dari paparan pengguna sahaja.

5. Proses penyembunyian sumber bahan pembelajaran ini banyak membantu pelaksanaan

SmartUMS dan menjadikan proses penyediaan bahan pembelajaran untuk semester

berikutnya lebih mudah dan efektif.

Page 18: Modul3 mengurus bahan_pengajaran_pdf

MODUL 3

MENYEDIA DAN MENGURUSKAN BAHAN PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN

18

Sebagai contoh, penyediaan sumber bahan pembelajaran boleh dilaksanakan secara

keseluruhan bagi semua minggu kuliah dan pensyarah hanya perlu memaparkan sumber

bahan yang dikehendaki sahaja. Sumber bahan pembelajaran yang tidak dikehendaki

boleh disembunyikan buat sementara.

Sumber bahan pembelajaran yang telah dipaparkan sebelum ini untuk pengguna juga

boleh disembunyikan untuk sementara bagi menggalakkan pengguna yang tidak aktif

menjadi lebih peka terhadap proses pembelajaran menggunakan sistem ini.

Penutup

Bab ini telah pun membincangkan proses kerja asas yang perlu difahami dan seterusnya dikuasai

dalam mengendalikan bahan pembelajaran atau sumber maklumat bagi sesuatu kursus. Kemahiran

yang diperolehi amat diperlukan bagi anda yang ingin menjadikan sistem ini sebagai saluran

perkongsian maklumat. Bab yang seterusnya akan menunjukkan pula bagaimana sistem ini boleh

digunakan bagi membentuk aktiviti pembelajaran agar proses pengajaran dan pembelajaran menjadi

satu proses yang lebih ceria, efektif dan bermakna.