Mohammad Naqib Hamdan1* dan Mohd Anuar …...5 sekali. Manakala, ‘mengubah ciptaan Allah SWT’...

17
1 DAGING KULTUR: ISU ETIKA DAN PANDANGAN ISLAM Mohammad Naqib Hamdan 1 * dan Mohd Anuar Ramli 2 Akademi Tamadun Islam, Universiti Teknologi Malaysia, 81310 Johor Bahru, Johor. Emel: [email protected] Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 50603 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Emel: [email protected] * Penulis Penghubung Abstrak Daging kultur merupakan hasil dan kaedah terbaharu dalam bidang teknologi pemprosesan makanan. Ia dihasilkan melalui pembiakan sel tunjang yang diekstrak dari daging atau sel embrio seterusnya di dalam makmal atau bioreaktor. Namun begitu, kaedah ini telah menimbulkan beberapa isu etika seperti konsep ini mengubah ciptaan tuhan ( playing God) atau bertentangan dengan sifat kesemulajadian (playing nature), nama yang akan digunakan, kebersihan, keselamatan dan kesihatan, hak manusia ke atas haiwan untuk melakukan ujikaji, daging kultur manusia (victimless canibalism) dan kewujudan daging kultur sebagai alternatif (tambahan pilihan) atau pengganti daging. Justeru, kajian ini akan membincangkan isu etika yang timbul menurut perspektif Islam sama ada melalui huraian fiqh atau penilaian maqasid syariah. Hasil kajian menunjukkan terdapat beberapa isu etika yang ditimbulkan tidak menimbulkan polemik dalam kalangan masyarakat Islam. Kata Kunci: daging kultur, etika daging kultur, playing God, maqasid syariah Pengenalan Daging merupakan sumber protein utama dalam diet yang seimbang. Ia membekalkan protein, vitamin, mineral dan lemak yang diperlukan untuk kesihatan serta pertumbuhan fizikal manusia. Selain itu, daging juga mengandungi asid amino untuk membina dan mengekalkan tisu badan. Sejarah menunjukkan bahawa manusia sudah mula memakan daging sejak zaman primitif lagi. Manusia terawal yang wujud adalah masyarakat Paleolitik yang direkodkan telah hidup sejak lebih 2.5 juta tahun yang lalu. Terdapat bukti menunjukkan bahawa masyarakat Paleolitik telah memakan daging sebagai salah satu dari diet makanan mereka. Penemuan fosil mereka menunjukkan bahawa mereka menggunakan batu-batu yang tajam untuk memotong daging sebelum ia dimakan 1 . 1 Gunter Heinz Peter Hautzinger, Meat Processing Technology: For Small to Medium Scale Producers, 1st edn (Bangkok: FAO Asia Pacific, 2007); ‘Meat’, The World Book Encyclopedia (World Book, 2001), p.

Transcript of Mohammad Naqib Hamdan1* dan Mohd Anuar …...5 sekali. Manakala, ‘mengubah ciptaan Allah SWT’...

1

DAGING KULTUR: ISU ETIKA DAN PANDANGAN ISLAM

Mohammad Naqib Hamdan1* dan Mohd Anuar Ramli2

Akademi Tamadun Islam, Universiti Teknologi Malaysia, 81310 Johor Bahru, Johor. Emel: [email protected]

Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 50603 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Emel: [email protected]

* Penulis Penghubung

Abstrak

Daging kultur merupakan hasil dan kaedah terbaharu dalam bidang teknologi pemprosesan makanan. Ia dihasilkan melalui pembiakan sel tunjang yang diekstrak dari daging atau sel embrio seterusnya di dalam makmal atau bioreaktor. Namun begitu, kaedah ini telah menimbulkan beberapa isu etika seperti konsep ini mengubah ciptaan tuhan (playing God) atau bertentangan dengan sifat kesemulajadian (playing nature), nama yang akan digunakan, kebersihan, keselamatan dan kesihatan, hak manusia ke atas haiwan untuk melakukan ujikaji, daging kultur manusia (victimless canibalism) dan kewujudan daging kultur sebagai alternatif (tambahan pilihan) atau pengganti daging. Justeru, kajian ini akan membincangkan isu etika yang timbul menurut perspektif Islam sama ada melalui huraian fiqh atau penilaian maqasid syariah. Hasil kajian menunjukkan terdapat beberapa isu etika yang ditimbulkan tidak menimbulkan polemik dalam kalangan masyarakat Islam.

Kata Kunci: daging kultur, etika daging kultur, playing God, maqasid syariah

Pengenalan

Daging merupakan sumber protein utama dalam diet yang seimbang. Ia membekalkan protein, vitamin, mineral dan lemak yang diperlukan untuk kesihatan serta pertumbuhan fizikal manusia. Selain itu, daging juga mengandungi asid amino untuk membina dan mengekalkan tisu badan. Sejarah menunjukkan bahawa manusia sudah mula memakan daging sejak zaman primitif lagi. Manusia terawal yang wujud adalah masyarakat Paleolitik yang direkodkan telah hidup sejak lebih 2.5 juta tahun yang lalu. Terdapat bukti menunjukkan bahawa masyarakat Paleolitik telah memakan daging sebagai salah satu dari diet makanan mereka. Penemuan fosil mereka menunjukkan bahawa mereka menggunakan batu-batu yang tajam untuk memotong daging sebelum ia dimakan 1.

1 Gunter Heinz Peter Hautzinger, Meat Processing Technology: For Small to Medium Scale Producers, 1st edn (Bangkok: FAO Asia Pacific, 2007); ‘Meat’, The World Book Encyclopedia (World Book, 2001), p.

2

Menerusi kaedah konvensional, manusia perlu menternak haiwan seperti lembu, kambing, ayam, unta dan sebagainya untuk mendapatkan daging haiwan tersebut. Namun, berdasarkan kaedah terbaharu yang telah diperkenalkan oleh para saintis, manusia boleh menghasilkan daging tanpa perlu menternak haiwan, sebaliknya daging boleh dihasilkan melalui kaedah pengkulturan. Kaedah ini bermula dengan mendapatkan sel tunjang, sama ada dari daging haiwan (sel tunjang dewasa) atau embrio (sel embrio). Sel tunjang ini kemudian diletakkan di dalam bekas petri atau bioreaktor jika ia mahu dikomesialkan. Sel tunjang akan dikenakan cas tertentu supaya boleh membiak menjadi sel otot. Bekas dan bioreaktor tersebut mestilah mengandungi unsur yang boleh membantu pembiakan sel tunjang kepada sel otot. Seterusnya, sel otot ini akan terus membiak sehingga membentuk daging 2.

Kaedah baharu yang diperkenalkan ini telah mencetuskan perdebatan dalam kalangan masyarakat Eropah. Menurut mereka, kaedah ini menimbulkan beberapa isu etika yang perlu ditangani secara berhemah dan akademik sebelum ia dipasarkan kepada pengguna. Antara isu etika yang ditimbulkan adalah konsep pengkulturan daging ini mengubah ciptaan tuhan (playing God) atau bertentangan dengan sifat kesemulajadian (playing nature) bagi pihak yang tidak percaya dengan tuhan, nama produk daging yang akan digunakan kerana daging tersebut tidak melalui proses pembiakan konvensional dan mempunyai perkaitan dengan defini daging, kebersihan, keselamatan dan kesihatan, hak manusia ke atas haiwan untuk melakukan ujikaji (domination over non-human being), memakan daging kultur manusia tanpa membunuh manusia (victimless canibalism), dan kewujudan daging kultur sebagai alternatif (tambahan pilihan) atau pengganti daging.

Sejarah Ringkas

Dua sekawan, Winston Churchill dan Fredick Edwin Smith pernah membuat ramalan pada awal tahun 1930an bahawa manusia pada masa hadapan akan mampu menghasilkan daging secara terasing dari badan haiwan. Winston dipercayai mendapat idea ini dari Alexis Carrel yang merupakan seorang saintis dan juga kawan beliau. Alexis telah berjaya mencipta sejarah dengan memastikan sel jantung ayam (embryonic chicken heart) hidup secara ex vivo untuk satu tempoh yang lama 3. Pada

346; National Geogrphic, Visual History of the World, 1st edn (Washington DC: National Geogrphic Society, 2005); P. S. Ungar and M. Sponheimer, ‘The Diets of Early Hominins’, Science, 334.6053 (2011), 190–93 <https://doi.org/10.1126/science.1207701>. 2 Mohammad Naqib Hamdan and Mohd Anuar Ramli, Daging Kultur: Konsep, Sejarah Dan Hukum Islam, 1st edn (Kuala Lumpur: Penerbit IKIM, 2019). 3 Winston Churchill, Thoughts and Adventures (London: Thornton Butterworth, 1932); Winston Churchill, ‘Fifty Years Hence’, Popular Mechanics, March (1932); Alexis Carrel and Charles A. Lindbergh, ‘The Culture of Whole Organs’, Science, 1935 <https://doi.org/10.1126/science.81.2112.621>.

3

tahun 1943 pula, seorang penulis novel bergenre sains fiksyen telah menggambarkan penggunaan daging kultur di sebuah restoran dalam novelnya bertajuk Ravage 4.

Ini ini seolah-olah tenggelam disebabkan teknologi pada tahun 1940an sehingga 1990an masih tidak mampu mengkulturkan sel atau tisu. Namun, selepas penemuan sel stem otot oleh Rudnicki dan ia diketahui mampu membeza (differentiate) menjadi sel otot, barulah impian ini kembali bernafas 5.

Pada tahun 1999, Willem van Eelen yang berasal dari Belanda menjadi saintis pertama yang telah memohon dan mendapat paten bernama “Industrial Production of Meat Using Cell Culture Methods” pada peringkat antarabangsa bagi konsep pemprosesan daging menggunakan teknik pengkulturan daging. Beliau terdorong melakukan kajian mengenai konsep pengkulturan daging kerana pernah mengalami kebuluran ketika menjadi tahanan perang tentera Jepun pada Perang Dunia Ke-2 6. Seterusnya, sekumpulan saintis telah melakukan kajian pengkulturan isi ikan emas dengan pembiayaan dari National Aeronautics and Space Administration (NASA) pada tahun 2002 sebagai suatu alternatif makanan bagi perjalanan angkasa 7. Pada 5 Ogos 2013 pula, Mark Post telah melakar sejarah dengan memperkenalkan burger daging kultur pertama dalam sebuah rancangan televisyen. Daging tersebut telah diuji oleh dua panel dan mereka berpendapat rasa dan tekstur hampir menyamai daging burger sebenar 8.

Pada tahun 2018, Singapura telah melaburkan sebanyak USD535 juta (RM2.24 bilion) untuk penyelidikan terapi sel, teknologi digital dan makanan masa hadapan. Daripada jumlah tersebut, sebanyak USD106 juta (RM444 juta) diperuntukkan bagi pertanian bandar, pengkulturan daging dan penghasilan microbial protin. Singapura turut berhasrat menghasilkan 30% makanan sendiri pada tahun 2030 dan kaedah pengkulturan daging merupakan salah satu dari cara terbaik 9. Justeru, ini juga merupakan peluang kepada Malaysia untuk turut sama terlibat dalam penyelidikan daging kultur halal, seterusnya menjadi pelopor dalam penyelidikan ini.

4 Zuhaib Fayaz Bhat, Sunil Kumar, and Hina Fayaz, ‘In Vitro Meat Production: Challenges and Benefits over Conventional Meat Production’, Journal of Integrative Agriculture, 2015 <https://doi.org/10.1016/S2095-3119(14)60887-X>. 5 Patrick Seale and Michael A. Rudnicki, ‘A New Look at the Origin, Function, and “stem-Cell” Status of Muscle Satellite Cells’, Developmental Biology, 2000 <https://doi.org/10.1006/dbio.1999.9565>. 6 W.F. Van Eelen and W.J. Van Kooten, ‘Industrial Production of Meat from in Vitro Cell Cultures’, European Pattent Office, 1999. 7 Natalie Rubio and others, ‘Cell-Based Fish: A Novel Approach to Seafood Production and an Opportunity for Cellular Agriculture’, Frontiers in Sustainable Food Systems, 3 (2019) <https://doi.org/10.3389/fsufs.2019.00043>. 8 Mark J Post, ‘Cultured Beef: Medical Technology to Produce Food’, Journal of the Science of Food and Agriculture, 94.6 (2014), 1039–41 <https://doi.org/10.1002/jsfa.6474>; Mark J. Post, ‘An Alternative Animal Protein Source: Cultured Beef’, Annals of the New York Academy of Sciences, 2014 <https://doi.org/10.1111/nyas.12569>; M. J. Post, ‘Proteins in Cultured Beef’, in Proteins in Food Processing: Second Edition, 2017 <https://doi.org/10.1016/B978-0-08-100722-8.00012-7>. 9 Catherine Lamb, ‘Singapore to Invest $535 Million in R&D, Including Cultured Meat and Robots’, The Spoon, 2019 <https://thespoon.tech/singapore-to-invest-535-million-in-rd-including-cultured-meat-and-robots/> [accessed 4 November 2019].

4

Isu Etika dan Pandangan Islam

Isu Mengubah Ciptaan (Playing God/ Playing Nature)

Terdapat sebahagian pihak cuba mengharamkan daging kultur dengan alasan ia bertentangan dengan sunnatullah (violation of natural law). Terdapat juga beberapa pihak yang melakukan soal selidik dan mendapati kewujudan pengguna yang beragama, sama ada muslim, kristian, yahudi dan hindu menolak memakan daging kultur dengan alas an playing God 10.

Menurut Hossain, “the production of meat in the laboratory is tantamount to evading the primordial nature (fitrah) endowed by the Allah SWT toward the animal… the nature of an animal is to supply benefits like meat and milk for human survival in a natural manner. Thus, anything that goes beyond the natural process will be termed as alteration of Allah’s creation (some muslim scholars used term playing god for better understanding). It refers to any act against the human nature and nature of the thing, and adopt any means and methods disregarding original objective of nature” 11. Malah, kajian mengenai pengkulturan daging dianggap sebagai kajian yang tiada manfaat 12.

Biasanya, mereka akan merujuk kepada Surah al-Nisa’, chapter 4, verse 119 mengenai konsep alteration of God’s creation. Saya telah menulis mengenai konsep ini dengan merujuk kepada huraian oleh para mufassirin klasik terhadap ayat ini 13. Antara sarjana muslim yang dirujuk adalah al-Tabari (d.922), al-Jassas (d.980), al-Zamakhshari (d.1143), Ibn al-‘Arabi (d.1148), Ibn ‘Atiyyah (d.1151), al-Razi (d.1209), al-Qurtubi (d.1272), Abu Hayyan al-Andalusi (d.1344), Ibn Kathir (d.1372), al-Shawkani (d.1834), Muhammad ‘Abduh (d.1905) and Rashid Rida (d.1934). Secara ringkas, ‘mengubah ciptaan Allah SWT’ dalam perkara akidah dan ibadah adalah dilarang sama

10 Wim Verbeke and others, ‘“Would You Eat Cultured Meat?”: Consumers’ Reactions and Attitude Formation in Belgium, Portugal and the United Kingdom’, Meat Science, 102 (2015), 49–58 <https://doi.org/10.1016/j.meatsci.2014.11.013>; Christopher Bryant and Julie Barnett, ‘Consumer Acceptance of Cultured Meat: A Systematic Review’, Meat Science, 143 (2018), 8–17 <https://doi.org/10.1016/j.meatsci.2018.04.008>; Jean-François Hocquette, ‘Is in Vitro Meat the Solution for the Future?’, Meat Science, 120 (2016), 167–76 <https://doi.org/10.1016/j.meatsci.2016.04.036>; Maria Cecilia Mancini and Federico Antonioli, ‘Exploring Consumers’ Attitude towards Cultured Meat in Italy’, Meat Science, 150 (2019), 101–10 <https://doi.org/10.1016/j.meatsci.2018.12.014>. 11 Mohammad Shahadat Hossain, ‘CONSUMPTION OF STEM CELL MEAT: AN ISLAMIC PERSPECTIVE’, IIUM Law Journal, 22.1 (2019), 233–57. 12 Joanna Sugden Aditi Malhotra, ‘In India, Lab-Grown Beef Still Taboo’, The Wall Street Journal, 2013 <https://blogs.wsj.com/indiarealtime/2013/08/06/lab-grown-beef-still-taboo/>. 13 Mohammad Hamdan Naqib and Mohd Anuar Ramli, ‘Konsep Mengubah Ciptaan Allah SWT : Analisis Hukum Pengkulturan Daging’, Jurnal Pengurusan Dan Penyelidikan Fatwa, 5.1 (2015), 81–106 <https://www.researchgate.net/publication/286013104_Konsep_Mengubah_Ciptaan_Allah_SWT_Analisis_Hukum_Pengkulturan_Daging> [accessed 18 April 2016].

5

sekali. Manakala, ‘mengubah ciptaan Allah SWT’ dalam perkara fizikal melibatkan manusia atau haiwan bergantung kepada tujuan dan hasil dari sesuatu perbuatan 14

Jadi, berbalik kepada persoalan daging kultur, walaupun ia termasuk dalam konsep alteration of God’s creation, namun ia berada dalam kategori ‘mengubah ciptaan Allah SWT’ yang dibenarkan kerana mempunyai tujuan dan hasil yang baik dan memberi manfaat kepada manusia secara umum. Justeru, ia tidak termasuk dalam kategori ‘mengubah ciptaan Allah SWT’ yang dilarang.

Kebajikan Haiwan (Animal Welfare)

Salah satu dari tujuan daging kultur dicipta adalah untuk memenuhi hasrat aktivis haiwan yang memperjuangkan kebajikan haiwan. Menurut para aktivis haiwan, penternakan haiwan di ladang sangat tidak menjaga kebajikan haiwan, sama ada dari aspek kebersihan, sembelihan dan sebagainya 15. Sebagai contoh, terdapat sebahagian aktivis haiwan yang tidak mahu memakan sebarang jenis daging dan mengamalkan diet pemakanan secara vegetarian kerana tidak mahu menyakiti dan menyeksa haiwan. Menurut mereka, perbuatan menyembelih haiwan adalah tindakan yang menyeksa haiwan. Mereka turut menentang penggunaan haiwan dalam ujian makmal seperti penggunaan tikus, hatta penggunaan sel sekali pun. Namun begitu, penciptaan daging kultur tetap tidak akan terlepas dari unsur mengambil sel dari haiwan dan melakukan ujikaji terhadap haiwan atau sel. Selain itu, medium yang digunakan oleh saintis pada hari ini ujikaji daging kultur akan menggunakan serum haiwan yang turut diambil berat oleh para aktivis haiwan 16. Justeru, pihak saintis atau syarikat pemprosesan daging kultur perlu mencari solusi terbaik untuk mengatasi perkara ini.

Dalam satu sesi forum di 5th International Scientific Conference on Cultured Meat anjuran Maastricht University, seorang saintis telah memohon respon daripada Ann De

14 Mahmud ’Umar Al-Zamakhshari, Tafsir Al-Kashshaf ’an Haqa’iq Al-Tanzil Wa ’Uyun Al-Aqawil Fi Wujuh Al-Ta’wil, ed. by Khalil Ma’mun, 3th edn (Beirut: Dar al-Ma’rifah, 2009); Muhammad Ahmad Abu Bakr Al-Qurtubi, Al-Jami‘ Li Ahkam Al-Qur’An, ed. by Abdullah bin ‘Abd al-Muhsin Al-Turki (Beirut: Muassasah al-Risalah, 2006); Muhammad ’Abdullah Ibn al-’Arabi, Ahkam Al-Qur’an, ed. by Ali Muhammad Al-Bijawi, 2nd edn (Kaherah: Matba’ah ’Isa al-Babi al-Halabi, 1976); Abd al-Haq Ghalib Atiyyah, Al-Muharrar Al-Wajiz Fi Tafsir Al-Kitab Al-’Aziz, ed. by Abd al-Salam Abd Al-Shafi, 1st edn (Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, 2001); Fakhr al-Din Muhammad ibn ’Umar Al-Razi, Mafatih Al-Ghayb, 1st edn (Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, 2000), XXVII; Muhammad Jarir Yazid Al-Tabari, Jami‘ Al-Bayan ‘an Ta’Wil Ayi Al-Qur’An, ed. by Mahmud Muhammad Shakir and Ahmad Muhammad Shakir (Beirut: Muassasah al-Risalah, 2000); Muhammad Yusuf al-Shahir Abu Hayyan, Tafsir Al-Bahr Al-Muhit, ed. by Adil Ahmad Abdul Mawjud (Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, 1993); Isma‘il Umar Ibn Kathir, Tafsir Al-Qur’an Al-‘Azim, ed. by Sami bin Muhammad Al-Salamah (Riyad: Dar Tibah, 1999); Muhammad Ali Al-Shawkani, Fath Al-Qadir Al-Jami’ Bayn Fannai Al-Riwayah Wa Al-Dirayah Min ’Ilm Al-Tafsir, ed. by Sa’id Muhammad Al-Lahham, 1st edn (Beirut: Dar al-Fikr, 1992); Muhammad Abduh, ‘Fi Tafsir Al-Qur’an’, in Al-A’mal Al-Kamilah Li Al-Imam Al-Sheikh Muhammad Abduh, ed. by Muhammad ’Imarah, 1st edn (Cairo: Dar al-Shuruq, 1993); Muhammad Rashid Rida, Tafsir Al-Manar, 1st edn (Cairo: Matba’ah al-Manar, 1910). 15 Mark J Post, ‘Cultured Meat from Stem Cells: Challenges and Prospects.’, Meat Science, 92.3 (2012), 297–301 <https://doi.org/10.1016/j.meatsci.2012.04.008>. 16 Stellan Welin, ‘Introducing the New Meat. Problems and Prospects’, Etikk i Praksis, 2013 <https://doi.org/10.5324/eip.v7i1.1788>.

6

Greef yang merupakan salah seorang aktivis haiwan dari Belgium, kerana sehingga kini, hampir kebanyakan kajian melibatkan daging kultur akan melibatkan ujikaji terhadap sel haiwan. Beliau menjawab bahawa itu adalah tugas saintis untuk mencari penyelesaian terbaik, bukan tugas aktivis seperti beliau.

Pada sudut pandang Islam pula, Allah SWT telah memberikan kebenaran kepada manusia secara umum untuk menggunakan haiwan dan tumbuhan demi kelangsungan kehidupan (al-Hajj, 22:36-37). Namun begitu, keharusan ini bukanlah bersifat mutlak, sebaliknya perlu diikat dengan ayat lain yang melarang manusia dari melakukan kerosakan di muka bumi. Firman Allah SWT:

د س ف ل و اه ح ل ص إ د ع ب ض ر ال واف

Terjemahan: Dan janganlah kamu melakukan kerosakan di atas muka bumi selepas ia dibaiki (al-A’raf, 7: 56).

Kebajikan Penternak dan Isu Monopoli

Selain perbincangan mengenai kebajikan haiwan, satu aspek yang ditimbulkan oleh pihak penternak adalah isu kebajikan penternak serta kebarangkalian mewujudkan monopoli oleh beberapa syarikat pemprosesan daging. Hal ini kerana, teknlogi pemprosesan daging melalui pengkulturan tidak memerlukan kepakaran penternak, sebaliknya syarikat boleh menghasilkan daging melalui bioreaktor yang mampu menampung keperluan daging.

Hak ke atas Haiwan? (Human Domination over non-human being)

Barat sangat menjaga kebajikan haiwan sehingga mereka tidak mahu menyembelih haiwan seterusnya mereka mengamalkan diet vageterian. Bagi masyarakat Islam pula, Allah SWT telah memberikan kebenaran kepada manusia untuk menyembelih dan memakan daging haiwan ternakan firman-Nya:

ه ا ك ل م ه اص ا و ال ب د ع ع ن ا اا ال م ا ر ع ال ك الن ه ن الن ك واا ا ا ع ا اال او ا و ال ا ع ك ا ه او ع ا ب ه ا م ن ا و ع ب ت ل ع نم رك و اا ال م ل [36]م ك و ل

ام مل ال اؤ ا او ل لم ري ا ال د ل ه او ل الن ل ري ا ال ه ن ل ب ا ك واالن ل م رك ا ال م ل ل ا ا ني اا د س [37]و ب اك ال ا ح

Terjemahan: Dan Kami jadikan unta sebahagian dari syiar (agama) Allah untuk kamu, pada menyembelih unta tersebut ada kebaikan bagi kamu. Oleh itu, sebutlah nama Allah (semasa menyembelihnya) ketika ia berdiri di atas tiga kakinya. Maka, apabila ia tumbang (serta putus nyawanya), makanlah sebahagian daripadanya dan berilah (bahagian yang lain) kepada orang yang tidak meminta dan yang meminta. Demikianlah, Kami permudahkan untuk kamu supaya kamu bersyukur [36] Daging dan darah

7

binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah amal yang ikhlas berdasarkan taqwa kamu. Demikianlah Dia kurniakan binatang tersebut untuk kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjuk-Nya. Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang yang berusaha supaya baik amalnya [37] (al-Hajj, 22:36-37).

Ayat ini menunjukkan bahawa Allah SWT mengarahkan muslim supaya menyembelih haiwan. Ia juga adalah kurniaan dari Allah SWT kepada manusia. Menurut Christian Vido 17, ayat ini seolah-olah satu kebenaran kepada muslim untuk mendominasi haiwan dan muslim perlu meninggalkan sembelihan dan memakan haiwan ternakan apabila daging kultur berada di pasaran. Hujah beliau adalah, tujuan suruhan menyembelih haiwan adalah untuk mendapatkan daging namun ia sudah mampu dicapai melalui pengkulturan daging. Seterusnya, beliau melakukan analogi berdasarkan situasi berikut:

Jika A menerima hadiah dari B, maka B boleh menggunakan hadiah tersebut dengan cara yang lebih signifikan dan bermoral walaupun ia mungkin berbeza dengan tujuan asal pemberian hadiah tersebut. Justeru, muslim juga perlu meninggalkan sembelihan haiwan yang menyakiti mereka dengan menukar kepada memakan daging kultur. Tambah beliau, tuhan telah mengurniakan akal kepada manusia untuk berfikir secara rasional. Maka, menukar diet pemakanan seperti ini masih menepati kehendak tuhan.

Sebagai muslim, sumber rujukan utama adalah al-Qur’an dan hadis. Terdapat beberapa jenis suruhan dan larangan Allah SWT; (i) perkara yang tidak diketahui oleh sesiapa melainkan-Nya, (ii) perkara yang diketahui oleh Nabi SAW, (iii) perkara yang difahami oleh para ulama’, (iv) perkara yang difahami oleh orang Arab, dan (v) perkara yang difahami oleh masyarakat muslim secara keseluruhan 18.

Antara hikmah sembelihan adalah ia mampu menjadikan daging lebih bersih, segar dan sihat kerana ia dapat mengeluarkan darah keluar berbanding kaedah lain seperti stunning 19. Namun begitu, berdasarkan teknologi pengkulturan, daging boleh dihasilkan tanpa darah menyebabkan tiada perbezaan antara daging kultur yang diambil dari sumber yang disembelih atau tidak disembelih. Justeru, hikmah

17 (2018) 18 Yusuf Al-Qaradawi, Kaifa Nata’amal Ma’a Al-Sunnah Al-Nabawiyyah (Bagaimana Kita Berinteraksi Dengan Al-Sunnah), 2nd edn (Kaherah: Dar al-Shuruq, 2002); Yusuf Al-Qaradawi, Kaifa Nata’amal Ma’a Al-Qur’an Al-’Azim (Bagaimana Kita Berinteraksi Dengan Al-Qur’an), 3rd edn (Kaherah: Dar al-Shuruq, 2000). 19 Al-Qurtubi; K. Nakyinsige and others, ‘Stunning and Animal Welfare from Islamic and Scientific Perspectives’, Meat Science, 2013 <https://doi.org/10.1016/j.meatsci.2013.04.006>; Mustafa M. Farouk, ‘Advances in the Industrial Production of Halal and Kosher Red Meat’, Meat Science, 2013 <https://doi.org/10.1016/j.meatsci.2013.04.028>; Temple Grandin and Joe M Regenstein, ‘Religious Slaughter and Animal Welfare : A Discussion for Meat Scientists .’, Meat Focus International, 1994; M. Haluk Anil and others, ‘Comparison of Halal Slaughter with Captive Bolt Stunning and Neck Cutting in Cattle: Exsanguination and Quality Parameters’, Animal Welfare, 2006.

8

sembelihan daging yang merupakan ijtihad ulama’ dan pandangan saintis mungkin tidak terpakai pada daging kultur. Maka, tujuan sebenar sembelihan adalah aspek kerohanian dan taqwa seperti yang disebutkan di dalam ayat tersebut. Perkara ini juga selari dengan suruhan mendirikan solat yang lebih fokus kepada aspek kerohanian dan spiritual walaupun terdapat kajian sains yang mengaitkan antara solat dan sains. Bahagian ini dinamakan sebagai perkara ta‘abbudi yang perlu dilakukan tanpa mempersoalkannya.

Isu Alam Sekitar

Menurut kajian, penternakan haiwan secara konvensional memberikan kesan buruk kepada alam sekitar melibatkan pencemaran tanah, air dan udara. Terdapat kajian yang dijalankan oleh Hanna menganggarkan bahawa pemprosesan daging kultur melalui bioreaktor mampu mengurangkan pencemaran air, udara dan tanah sehingga lebih dari 70-95% 20. Namun begitu, satu perkara yang perlu diambil perhatian adalah kajian yang menyeluruh supaya tiada pencemaran lain yang timbul disebalik mengurangkan pencemaran sedia ada. Perkara ini pernah berlaku ketika penciptaan kereta elektrik yang dikatakan mampu mengurangkan pelepasan karbon dioksida kerana tidak melibatkan pembakaran bahan api seperti petrol dan diesal. Namun, terdapat kajian di beberapa negara bahawa penghasilan bateri litium untuk kegunaan kereta elektrik ini sebenarnya masih menghasilkan gas karbon dioksida pada skala agak besar 21. Perkara yang sama turut berlaku kepada penciptaan beg plastik yang dicipta dengan tujuan menyelamatkan pokok dari ditebang untuk dijadikan beg kertas yang hanya boleh bertahan untuk beberapa kali penggunaan. Sten Gustaf Thulin mencipta beg plastik yang lebih tahan lama demi menyelamatkan pokok dari ditebang 22. Sebaliknya, ia menjadi masalah terbesar dunia pada hari ini dengan penciptaan beg plastik sekali guna (single use plastic bag) yang mengambil masa yang lebih lama untuk diuraikan. Justeru, satu kajian holistik perlu dijalankan sebelum ia dipasarkan kelak.

Isu Nama ‘Daging Kultur’ (Cultured Meat)

Para saintis telah menggunakan pelbagai istilah untuk menggambarkan daging kultur. Antara istilah yang digunakan adalah cultured meat 23, cultured beef 24, lab-meat 25,

20 Hanna L Tuomisto and M Joost Teixeira de Mattos, ‘Environmental Impacts of Cultured Meat Production.’, Environmental Science & Technology, 45.14 (2011), 6117–23 <https://doi.org/10.1021/es200130u>; Hanna L. Tuomisto, Marianne J. Ellis, and Palle Haastrup, ‘Environmental Impacts of Cultured Meat: Alternative Production Scenarios’, 14044.October (2014). 21 Mats Zackrisson, Lars Avellán, and Jessica Orlenius, ‘Life Cycle Assessment of Lithium-Ion Batteries for Plug-in Hybrid Electric Vehicles – Critical Issues’, Journal of Cleaner Production, 18.15 (2010), 1519–29 <https://doi.org/10.1016/j.jclepro.2010.06.004>; Yuhan Liang and others, ‘Life Cycle Assessment of Lithium-Ion Batteries for Greenhouse Gas Emissions’, Resources, Conservation and Recycling, 117 (2017), 285–93 <https://doi.org/10.1016/j.resconrec.2016.08.028>. 22 Sten Gustaf Thulin, ‘Bag with Handle of Weldable Plastic Material’ (United States, 1965) <https://patentimages.storage.googleapis.com/65/4e/51/7c591981d4943a/US3180557.pdf>. 23 Tuomisto and de Mattos. 24 Mark J Post, ‘Cultured Beef: Medical Technology to Produce Food’.

9

lab-grown meat 26, artificial meat 27 dan in-vitro meat 28. Dalam Bahasa Arab pula, setakat ini masih tiada sebarang istilah baharu digunakan atau diperkenalkan oleh para ulama. Namun, jika istilah-istilah Bahasa Inggeris tersebut diterjemah secara literal, ia boleh menjadi al-lahm al-istina‘iy iaitu daripada perkataan artificial meat, al-lahm al-ma‘mali iaitu daripada perkataan lab-grown meat, atau al-lahm al-anabib iaitu daripada perkataan in-vitro meat 29. Kepelbagaian nama ini menunjukkan bahawa para saintis masih belum sepakat terhadap nama yang paling sesuai bagi menggambarkan daging kultur ini. Bagi artikel ini, penulis menggunakan istilah ‘daging kultur’ bagi memudahkan kefahaman para pembaca.

Terdapat pelbagai kajian menunjukkan kepentingan nama dalam sesuatu urusan dan perniagaan. Sebagai contoh, nama seseorang boleh memberi kesan kepada proses memilih calon untuk temuduga di sesetengah syarikat dan pemilihan calon untuk ahli politik 30. Perkara yang sama turut berlaku kepada makanan, sama ada pada nama makanan yang dihidangkan 31, isi kandungan pada label dan label organik pada bungkusan 32.

Justeru, perkara nama ‘daging kultur’ ini menerima kritikan dari sebahagian pihak yang tidak mengiktirafnya sebagai daging. Alasannya adalah, daging mestilah terdiri dari gabungan daging, lemak, darah, tulang dan lain-lain sedangkan ‘daging kultur’

25 Jeffrey Bartholet, ‘Inside the Meat Lab’, Scientific American, 2011 <https://doi.org/10.1038/scientificamerican0611-64>. 26 ‘Lab-Grown Meat’, in Encyclopedia of Food and Agricultural Ethics, 2019 <https://doi.org/10.1007/978-94-024-1179-9_301661>; Carlo Alvaro, ‘Lab-Grown Meat and Veganism: A Virtue-Oriented Perspective’, Journal of Agricultural and Environmental Ethics, 2019 <https://doi.org/10.1007/s10806-019-09759-2>. 27 Sarah P F Bonny and others, ‘What Is Artificial Meat and What Does It Mean for the Future of the Meat Industry?’, Journal of Integrative Agriculture, 14.2 (2015), 255–63 <https://doi.org/10.1016/S2095-3119(14)60888-1>. 28 I. Datar and M. Betti, ‘Possibilities for an in Vitro Meat Production System’, Innovative Food Science & Emerging Technologies, 11.1 (2010), 13–22 <https://doi.org/10.1016/j.ifset.2009.10.007>; Jean François Hocquette, ‘Is in Vitro Meat the Solution for the Future?’, Meat Science, 2016 <https://doi.org/10.1016/j.meatsci.2016.04.036>. 29 Hamdan and Ramli. 30 Marianne Bertrand and Sendhil Mullainathan, ‘Are Emily and Greg More Employable Than Lakisha and Jamal? A Field Experiment on Labor Market Discrimination’, American Economic Review, 94.4 (2004), 991–1013 <https://doi.org/10.1257/0002828042002561>; Simon M. Laham, Peter Koval, and Adam L. Alter, ‘The Name-Pronunciation Effect: Why People like Mr. Smith More than Mr. Colquhoun’, Journal of Experimental Social Psychology, 48.3 (2012), 752–56 <https://doi.org/10.1016/j.jesp.2011.12.002>. 31 R Bell and R Paniesin, ‘The Influence of Sauce, Spice, and Name on the Perceived Ethnic Origin of Selected Culture-Specific Foods’, in Product Testing with Consumers for Research Guidance: Special Consumer Groups, Second Volume, ed. by A. Gelinas L. Wu, 1st edn (West Conshohocken: ASTM International, 1992), pp. 22–36 <https://doi.org/10.1520/STP15874S>; Jonas R. Kunst and Sigrid M. Hohle, ‘Meat Eaters by Dissociation: How We Present, Prepare and Talk about Meat Increases Willingness to Eat Meat by Reducing Empathy and Disgust’, Appetite, 105 (2016), 758–74 <https://doi.org/10.1016/j.appet.2016.07.009>. 32 Jonathon P. Schuldt and Mary Hannahan, ‘When Good Deeds Leave a Bad Taste. Negative Inferences from Ethical Food Claims’, Appetite, 62 (2013), 76–83 <https://doi.org/10.1016/j.appet.2012.11.004>.

10

hanya terdiri dari sel otot semata-mata 33. Justeru, mereka lebih cenderung menamakan daging ini sebagai daging palsu (fake meat) dan tidak melabelkannya sebagai ‘daging’.

Selain perdebatan mengenai nama ‘daging kultur’, mereka turut berbincang mengenai isu label yang sesuai digunakan pada daging ini. Adakah ia dikategorikan sebagai daging organik atau wujud kategori lain selepas ini. Hal ini sangat penting kerana ia akan memberi kesan yang sangat besar kepada persepsi pengguna. Sebagai contoh, terdapat ikan yang dikenali sebagai ‘Patagonian toothfish’ menyebabkan pengguna merasa geli untuk membeli ikan ini disebabkan nama yang kurang menarik. Selepas nama ikan ini ditukar (rebrand) kepada ‘Chilean sea bass’, terdapat peningkatan pada pembelian ikan ini 34.

Isu Keselamatan dan Kesihatan

Antara isu utama yang dibangkitkan ketika penciptaan teknologi pengkulturan daging adalah aspek keselamatan dan kesihatan, sama ada ia selamat kepada manusia dan alam sekitar atau sebaliknya. Walaupun para saintis yang terlibat dengan eksperimen ini mengatakan ia adalah salah satu dari kaedah terbaik untuk menghasilkan daging merah yang sihat dan bebas dari unsur yang boleh menyebabkan kanser dan kegemukan. Ini kerana, melalui kaedah pengkulturan daging, saintis boleh menghasilkan daging semata-mata tanpa darah dan lemak. Malah, mereka boleh menambah unsur lain seperti vitamin dan omega bagi meningkatkan nilai kesihatan bagi daging kultur. Namun begitu, terdapat juga kebimbangan berlaku pencemaran atau percampuran antara sel haiwan yang halal dengan sel haiwan yang tidak halal. Justeru, perkara ini perlu dikawal selia dengan ketat dan memerlupkan pihak berkuasa merangka satu undang-undang berkaitan perkara ini 35.

Daging Kultur Manusia

Penciptaan teknologi pemprosesan daging melalui kaedah pengkulturan turut menimbulkan isu kebenaran memakan daging manusia yang dihasilkan melalui kaedah ini. Daging kultur ini boleh dihasilkan sama ada melalui sel otot dari manusia lain yang berperanan sebagai penderma atau pemakan akan menggunakan daging sendiri untuk dikulturkan. Perkara ini dibangkitkan kerana larangan memakan daging manusia di kebanyakan negara sebelum ini dibuat kerana ia akan melibatkan manusia lain

33 Cor van der Weele and others, ‘Meat Alternatives: An Integrative Comparison’, Trends in Food Science & Technology, 88 (2019), 505–12 <https://doi.org/10.1016/j.tifs.2019.04.018>. 34 Sam Sommers, ‘What’s in a Name? What Your Name Says about You (and How It Says It).’, Pshycology Today, 2012 <https://www.psychologytoday.com/intl/blog/science-small-talk/201207/whats-in-name> [accessed 4 November 2019]. 35 Marloes L.P. Langelaan and others, ‘Meet the New Meat: Tissue Engineered Skeletal Muscle’, Trends in Food Science & Technology, 21.2 (2010), 59–66 <https://doi.org/10.1016/j.tifs.2009.11.001>; Mark J Post, ‘Cultured Beef: Medical Technology to Produce Food’; Mark J Post, ‘Cultured Meat from Stem Cells: Challenges and Prospects.’; Mohammad Naqib Hamdan and others, ‘Cultured Meat in Islamic Perspective’, Journal of Religion and Health, 57.6 (2018), 2193–2206 <https://doi.org/10.1007/s10943-017-0403-3>; Mark J. Post, ‘An Alternative Animal Protein Source: Cultured Beef’.

11

terkorban, namun teknologi pemprosesan daging baharu ini mampu menghasilkan daging kultur manusia tanpa melibatkan sebarang manusia dikorban. Istilah yang digunakan adalah victimless canibalism 36. Justeru, idea pengkulturan daging manusia ini perlu dikawal dan dihalang supaya ia tidak direalisasikan dan dijual di pasaran pengguna. Tindakan memakan daging manusia sama ada melalui daging sebenar atau pengkulturan daging adalah perkara yang bertentangan dengan etika 37 dan hukum Islam. Firman Allah SWT:

ا م ك ا ا ه ل ل ي أ ح د ب ع ضا ي ب ب ع ض م و لت سس او لي غ ب

Terjemahan: Dan janganlah kamu mengumpat sebahagian daripada kamu. Adakah kamu suka memakan daging saudara kamu yang telah meninggal dunia? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya (al-Hujurat, 49:12).

Menurut Ibn ‘Abbas RA, Allah SWT membuat perbandingan antara perbuatan mengumpat dengan memakan daging manusia kerana kedua-duanya adalah haram dilakukan dan menjijikkan. Pandangan beliau turut disuarakan Qatadah 38. Malah, larangan memakan daging manusia turut bertentangan dengan fitrah manusia dan termasuk dalam perkara yang diketahui oleh semua muslim (al-ma‘lum min al-din bi al-darurah).

Penutup

Daging kultur merupakan salah satu penemuan terbaharu dalam dunia teknologi makanan yang diambil dari teknologi perubatan 39. Selain dari kebaikan yang mungkin timbul dari teknologi ini, ia turut menimbulkan beberapa isu etika yang perlu dijawab dan dimurnikan oleh para saintis. Bagi masyarakat muslim pula, isu halal turut perlu dibincangkan seperti sumber sel tunjang yang digunakan mestilah dari sumber yang telah disembelih dari haiwan yang boleh dimakan, penggunaan medium kultur halal yang berasal dari tumbuhan seperti alga dan cendawan, kerisauan berlaku pencemaran dan percampuran antara sel haiwan yang halal dimakan dengan sel haiwan yang haram dimakan serta pengkulturan daging dari hidupan laut yang kurang menimbulkan isu halal kerana berasal dari sumber yang jelas. Akhir sekali, negara Islam dan saintis muslim perlu mengambil peluang ini dengan melakukan kajian

36 Tasmin Dilworth and Andrew McGregor, ‘Moral Steaks? Ethical Discourses of In Vitro Meat in Academia and Australia’, Journal of Agricultural and Environmental Ethics, 2014 <https://doi.org/10.1007/s10806-014-9522-y>; Josh Milburn, ‘Chewing Over In Vitro Meat: Animal Ethics, Cannibalism and Social Progress’, Res Publica, 2016 <https://doi.org/10.1007/s11158-016-9331-4>. 37 G. Owen Schaefer and Julian Savulescu, ‘The Ethics of Producing in Vitro Meat’, Journal of Applied Philosophy, 2014 <https://doi.org/10.1111/japp.12056>; Mrunalini K. Gaydhane and others, ‘Cultured Meat: State of the Art and Future’, Biomanufacturing Reviews, 2018 <https://doi.org/10.1007/s40898-018-0005-1>. 38 Al-Qurtubi. 39 Mark J Post, ‘Cultured Beef: Medical Technology to Produce Food’.

12

mengenai kaedah menghasilkan daging kultur yang halal serta pihak berkuasa seperti JAKIM boleh mencadangkan satu konsep daging kultur halal.

Rujukan

Abduh, Muhammad, ‘Fi Tafsir Al-Qur’an’, in Al-A’mal Al-Kamilah Li Al-Imam Al-Sheikh Muhammad Abduh, ed. by Muhammad ’Imarah, 1st edn (Cairo: Dar al-Shuruq, 1993)

Abu Hayyan, Muhammad Yusuf al-Shahir, Tafsir Al-Bahr Al-Muhit, ed. by Adil Ahmad Abdul Mawjud (Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, 1993)

Al-Qaradawi, Yusuf, Kaifa Nata’amal Ma’a Al-Qur’an Al-’Azim (Bagaimana Kita Berinteraksi Dengan Al-Qur’an), 3rd edn (Kaherah: Dar al-Shuruq, 2000)

———, Kaifa Nata’amal Ma’a Al-Sunnah Al-Nabawiyyah (Bagaimana Kita Berinteraksi Dengan Al-Sunnah), 2nd edn (Kaherah: Dar al-Shuruq, 2002)

Al-Qurtubi, Muhammad Ahmad Abu Bakr, Al-Jami‘ Li Ahkam Al-Qur’An, ed. by Abdullah bin ‘Abd al-Muhsin Al-Turki (Beirut: Muassasah al-Risalah, 2006)

Al-Razi, Fakhr al-Din Muhammad ibn ’Umar, Mafatih Al-Ghayb, 1st edn (Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, 2000), XXVII

Al-Shawkani, Muhammad Ali, Fath Al-Qadir Al-Jami’ Bayn Fannai Al-Riwayah Wa Al-Dirayah Min ’Ilm Al-Tafsir, ed. by Sa’id Muhammad Al-Lahham, 1st edn (Beirut: Dar al-Fikr, 1992)

Al-Tabari, Muhammad Jarir Yazid, Jami‘ Al-Bayan ‘an Ta’Wil Ayi Al-Qur’An, ed. by Mahmud Muhammad Shakir and Ahmad Muhammad Shakir (Beirut: Muassasah al-Risalah, 2000)

Al-Zamakhshari, Mahmud ’Umar, Tafsir Al-Kashshaf ’an Haqa’iq Al-Tanzil Wa ’Uyun Al-Aqawil Fi Wujuh Al-Ta’wil, ed. by Khalil Ma’mun, 3th edn (Beirut: Dar al-Ma’rifah, 2009)

Alvaro, Carlo, ‘Lab-Grown Meat and Veganism: A Virtue-Oriented Perspective’, Journal of Agricultural and Environmental Ethics, 2019 <https://doi.org/10.1007/s10806-019-09759-2>

Anil, M. Haluk, T. Yesildere, H. Aksu, E. Matur, J. L. McKinstry, H. R. Weaver, and others, ‘Comparison of Halal Slaughter with Captive Bolt Stunning and Neck Cutting in Cattle: Exsanguination and Quality Parameters’, Animal Welfare, 2006

Atiyyah, Abd al-Haq Ghalib, Al-Muharrar Al-Wajiz Fi Tafsir Al-Kitab Al-’Aziz, ed. by Abd al-Salam Abd Al-Shafi, 1st edn (Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, 2001)

13

Bartholet, Jeffrey, ‘Inside the Meat Lab’, Scientific American, 2011 <https://doi.org/10.1038/scientificamerican0611-64>

Bell, R, and R Paniesin, ‘The Influence of Sauce, Spice, and Name on the Perceived Ethnic Origin of Selected Culture-Specific Foods’, in Product Testing with Consumers for Research Guidance: Special Consumer Groups, Second Volume, ed. by A. Gelinas L. Wu, 1st edn (West Conshohocken: ASTM International, 1992), pp. 22–36 <https://doi.org/10.1520/STP15874S>

Bertrand, Marianne, and Sendhil Mullainathan, ‘Are Emily and Greg More Employable Than Lakisha and Jamal? A Field Experiment on Labor Market Discrimination’, American Economic Review, 94.4 (2004), 991–1013 <https://doi.org/10.1257/0002828042002561>

Bhat, Zuhaib Fayaz, Sunil Kumar, and Hina Fayaz, ‘In Vitro Meat Production: Challenges and Benefits over Conventional Meat Production’, Journal of Integrative Agriculture, 2015 <https://doi.org/10.1016/S2095-3119(14)60887-X>

Bonny, Sarah P F, Graham E Gardner, David W Pethick, and Jean-François Hocquette, ‘What Is Artificial Meat and What Does It Mean for the Future of the Meat Industry?’, Journal of Integrative Agriculture, 14.2 (2015), 255–63 <https://doi.org/10.1016/S2095-3119(14)60888-1>

Bryant, Christopher, and Julie Barnett, ‘Consumer Acceptance of Cultured Meat: A Systematic Review’, Meat Science, 143 (2018), 8–17 <https://doi.org/10.1016/j.meatsci.2018.04.008>

Carrel, Alexis, and Charles A. Lindbergh, ‘The Culture of Whole Organs’, Science, 1935 <https://doi.org/10.1126/science.81.2112.621>

Churchill, Winston, ‘Fifty Years Hence’, Popular Mechanics, March (1932)

———, Thoughts and Adventures (London: Thornton Butterworth, 1932)

Datar, I., and M. Betti, ‘Possibilities for an in Vitro Meat Production System’, Innovative Food Science & Emerging Technologies, 11.1 (2010), 13–22 <https://doi.org/10.1016/j.ifset.2009.10.007>

Dilworth, Tasmin, and Andrew McGregor, ‘Moral Steaks? Ethical Discourses of In Vitro Meat in Academia and Australia’, Journal of Agricultural and Environmental Ethics, 2014 <https://doi.org/10.1007/s10806-014-9522-y>

Van Eelen, W.F., and W.J. Van Kooten, ‘Industrial Production of Meat from in Vitro Cell Cultures’, European Pattent Office, 1999

Farouk, Mustafa M., ‘Advances in the Industrial Production of Halal and Kosher Red Meat’, Meat Science, 2013 <https://doi.org/10.1016/j.meatsci.2013.04.028>

14

Gaydhane, Mrunalini K., Urbashi Mahanta, Chandra S. Sharma, Mudrika Khandelwal, and Seeram Ramakrishna, ‘Cultured Meat: State of the Art and Future’, Biomanufacturing Reviews, 2018 <https://doi.org/10.1007/s40898-018-0005-1>

Geogrphic, National, Visual History of the World, 1st edn (Washington DC: National Geogrphic Society, 2005)

Grandin, Temple, and Joe M Regenstein, ‘Religious Slaughter and Animal Welfare : A Discussion for Meat Scientists .’, Meat Focus International, 1994

Hamdan, Mohammad Naqib, Mark J. Post, Mohd Anuar Ramli, and Amin Rukaini Mustafa, ‘Cultured Meat in Islamic Perspective’, Journal of Religion and Health, 57.6 (2018), 2193–2206 <https://doi.org/10.1007/s10943-017-0403-3>

Hamdan, Mohammad Naqib, and Mohd Anuar Ramli, Daging Kultur: Konsep, Sejarah Dan Hukum Islam, 1st edn (Kuala Lumpur: Penerbit IKIM, 2019)

Hautzinger, Gunter Heinz Peter, Meat Processing Technology: For Small to Medium Scale Producers, 1st edn (Bangkok: FAO Asia Pacific, 2007)

Hocquette, Jean-François, ‘Is in Vitro Meat the Solution for the Future?’, Meat Science, 120 (2016), 167–76 <https://doi.org/10.1016/j.meatsci.2016.04.036>

Hocquette, Jean François, ‘Is in Vitro Meat the Solution for the Future?’, Meat Science, 2016 <https://doi.org/10.1016/j.meatsci.2016.04.036>

Hossain, Mohammad Shahadat, ‘CONSUMPTION OF STEM CELL MEAT: AN ISLAMIC PERSPECTIVE’, IIUM Law Journal, 22.1 (2019), 233–57

Ibn al-’Arabi, Muhammad ’Abdullah, Ahkam Al-Qur’an, ed. by Ali Muhammad Al-Bijawi, 2nd edn (Kaherah: Matba’ah ’Isa al-Babi al-Halabi, 1976)

Ibn Kathir, Isma‘il Umar, Tafsir Al-Qur’an Al-‘Azim, ed. by Sami bin Muhammad Al-Salamah (Riyad: Dar Tibah, 1999)

Kunst, Jonas R., and Sigrid M. Hohle, ‘Meat Eaters by Dissociation: How We Present, Prepare and Talk about Meat Increases Willingness to Eat Meat by Reducing Empathy and Disgust’, Appetite, 105 (2016), 758–74 <https://doi.org/10.1016/j.appet.2016.07.009>

‘Lab-Grown Meat’, in Encyclopedia of Food and Agricultural Ethics, 2019 <https://doi.org/10.1007/978-94-024-1179-9_301661>

Laham, Simon M., Peter Koval, and Adam L. Alter, ‘The Name-Pronunciation Effect: Why People like Mr. Smith More than Mr. Colquhoun’, Journal of Experimental Social Psychology, 48.3 (2012), 752–56 <https://doi.org/10.1016/j.jesp.2011.12.002>

15

Lamb, Catherine, ‘Singapore to Invest $535 Million in R&D, Including Cultured Meat and Robots’, The Spoon, 2019 <https://thespoon.tech/singapore-to-invest-535-million-in-rd-including-cultured-meat-and-robots/> [accessed 4 November 2019]

Langelaan, Marloes L.P., Kristel J.M. Boonen, Roderick B. Polak, Frank P.T. Baaijens, Mark J. Post, and Daisy W.J. van der Schaft, ‘Meet the New Meat: Tissue Engineered Skeletal Muscle’, Trends in Food Science & Technology, 21.2 (2010), 59–66 <https://doi.org/10.1016/j.tifs.2009.11.001>

Liang, Yuhan, Jing Su, Beidou Xi, Yajuan Yu, Danfeng Ji, Yuanyuan Sun, and others, ‘Life Cycle Assessment of Lithium-Ion Batteries for Greenhouse Gas Emissions’, Resources, Conservation and Recycling, 117 (2017), 285–93 <https://doi.org/10.1016/j.resconrec.2016.08.028>

Malhotra, Joanna Sugden Aditi, ‘In India, Lab-Grown Beef Still Taboo’, The Wall Street Journal, 2013 <https://blogs.wsj.com/indiarealtime/2013/08/06/lab-grown-beef-still-taboo/>

Mancini, Maria Cecilia, and Federico Antonioli, ‘Exploring Consumers’ Attitude towards Cultured Meat in Italy’, Meat Science, 150 (2019), 101–10 <https://doi.org/10.1016/j.meatsci.2018.12.014>

‘Meat’, The World Book Encyclopedia (World Book, 2001), p. 346

Milburn, Josh, ‘Chewing Over In Vitro Meat: Animal Ethics, Cannibalism and Social Progress’, Res Publica, 2016 <https://doi.org/10.1007/s11158-016-9331-4>

Nakyinsige, K., Y. B. Che Man, Zeiad A. Aghwan, I. Zulkifli, Y. M. Goh, F. Abu Bakar, and others, ‘Stunning and Animal Welfare from Islamic and Scientific Perspectives’, Meat Science, 2013 <https://doi.org/10.1016/j.meatsci.2013.04.006>

Naqib, Mohammad Hamdan, and Mohd Anuar Ramli, ‘Konsep Mengubah Ciptaan Allah SWT : Analisis Hukum Pengkulturan Daging’, Jurnal Pengurusan Dan Penyelidikan Fatwa, 5.1 (2015), 81–106 <https://www.researchgate.net/publication/286013104_Konsep_Mengubah_Ciptaan_Allah_SWT_Analisis_Hukum_Pengkulturan_Daging> [accessed 18 April 2016]

Post, M. J., ‘Proteins in Cultured Beef’, in Proteins in Food Processing: Second Edition, 2017 <https://doi.org/10.1016/B978-0-08-100722-8.00012-7>

Post, Mark J., ‘An Alternative Animal Protein Source: Cultured Beef’, Annals of the New York Academy of Sciences, 2014 <https://doi.org/10.1111/nyas.12569>

Post, Mark J, ‘Cultured Beef: Medical Technology to Produce Food’, Journal of the Science of Food and Agriculture, 94.6 (2014), 1039–41 <https://doi.org/10.1002/jsfa.6474>

16

———, ‘Cultured Meat from Stem Cells: Challenges and Prospects.’, Meat Science, 92.3 (2012), 297–301 <https://doi.org/10.1016/j.meatsci.2012.04.008>

Rida, Muhammad Rashid, Tafsir Al-Manar, 1st edn (Cairo: Matba’ah al-Manar, 1910)

Rubio, Natalie, Isha Datar, David Stachura, David Kaplan, and Kate Krueger, ‘Cell-Based Fish: A Novel Approach to Seafood Production and an Opportunity for Cellular Agriculture’, Frontiers in Sustainable Food Systems, 3 (2019) <https://doi.org/10.3389/fsufs.2019.00043>

Schaefer, G. Owen, and Julian Savulescu, ‘The Ethics of Producing in Vitro Meat’, Journal of Applied Philosophy, 2014 <https://doi.org/10.1111/japp.12056>

Schuldt, Jonathon P., and Mary Hannahan, ‘When Good Deeds Leave a Bad Taste. Negative Inferences from Ethical Food Claims’, Appetite, 62 (2013), 76–83 <https://doi.org/10.1016/j.appet.2012.11.004>

Seale, Patrick, and Michael A. Rudnicki, ‘A New Look at the Origin, Function, and “stem-Cell” Status of Muscle Satellite Cells’, Developmental Biology, 2000 <https://doi.org/10.1006/dbio.1999.9565>

Sommers, Sam, ‘What’s in a Name? What Your Name Says about You (and How It Says It).’, Pshycology Today, 2012 <https://www.psychologytoday.com/intl/blog/science-small-talk/201207/whats-in-name> [accessed 4 November 2019]

Thulin, Sten Gustaf, ‘Bag with Handle of Weldable Plastic Material’ (United States, 1965) <https://patentimages.storage.googleapis.com/65/4e/51/7c591981d4943a/US3180557.pdf>

Tuomisto, Hanna L., Marianne J. Ellis, and Palle Haastrup, ‘Environmental Impacts of Cultured Meat: Alternative Production Scenarios’, 14044.October (2014)

Tuomisto, Hanna L, and M Joost Teixeira de Mattos, ‘Environmental Impacts of Cultured Meat Production.’, Environmental Science & Technology, 45.14 (2011), 6117–23 <https://doi.org/10.1021/es200130u>

Ungar, P. S., and M. Sponheimer, ‘The Diets of Early Hominins’, Science, 334.6053 (2011), 190–93 <https://doi.org/10.1126/science.1207701>

Verbeke, Wim, Afrodita Marcu, Pieter Rutsaert, Rui Gaspar, Beate Seibt, Dave Fletcher, and others, ‘“Would You Eat Cultured Meat?”: Consumers’ Reactions and Attitude Formation in Belgium, Portugal and the United Kingdom’, Meat Science, 102 (2015), 49–58 <https://doi.org/10.1016/j.meatsci.2014.11.013>

Vido, Christian, ‘An Ethical Argument for In Vitro Meat’ (Universiti Windsor, 2018)

17

van der Weele, Cor, Peter Feindt, Atze Jan van der Goot, Barbara van Mierlo, and Martinus van Boekel, ‘Meat Alternatives: An Integrative Comparison’, Trends in Food Science & Technology, 88 (2019), 505–12 <https://doi.org/10.1016/j.tifs.2019.04.018>

Welin, Stellan, ‘Introducing the New Meat. Problems and Prospects’, Etikk i Praksis, 2013 <https://doi.org/10.5324/eip.v7i1.1788>

Zackrisson, Mats, Lars Avellán, and Jessica Orlenius, ‘Life Cycle Assessment of Lithium-Ion Batteries for Plug-in Hybrid Electric Vehicles – Critical Issues’, Journal of Cleaner Production, 18.15 (2010), 1519–29 <https://doi.org/10.1016/j.jclepro.2010.06.004>