Mohd Amar Izzat

2
MOHD AMAR IZZAT B.MOHD RAZALI PELAJAR 3PPISMP MATEMATIK, INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK, BANDAR TUN RAZAK, JALAN YAACOB LATIF 56000 KUALA LUMPUR. PUAN SABARIAH BINTI ISMAIL KETUA UNIT DISIPLIN, INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK, BANDAR TUN RAZAK, JALAN YAACOB LATIF, 56000 KUALA LUMPUR. 27 JULAI 2012 Puan, SURAT TUNJUK SEBAB TIDAK MENGHADIRI SENAMROBIK SERENTAK 1 MURID 1 SUKAN 1 MALAYSIA. Merujuk kepada surat pihak tuan yang bertarikh 16 Julai 2012, yang bernombor rujukan LAM-Pt_03-04a Di sini saya ingin mengemukakan sebab-sebab mengapa saya tidak menghadiri Senamrobik Serentak 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia. 2. Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf atas kelewatan membalas surat dari pihak puan berhubung dengan ketidakhadiran saya. Ini adalah kerana saya baru menerima surat tersebut pada 27 Julai 2012 sedangkan surat tersebut bertarikh 16 Julai 2012. Walaubagaimanapun, saya memahami kekangan yang dihadapi oleh pihak puan. 3. Pada 9 Julai saya dan 2 orang rakan saya pergi makan di sebuah gerai di Bandar Pemaisuri. Kami mengalami sakit perut pada keesokan harinya yang menyebabkan kami gagal hadir awal ke aktiviti senamrobik tersebut. Kami sampai di padang pukul 8 pagi. Saya dan 2 lagi rakan saya tidak sempat untuk tandatangan kehadiran pada pagi tersebut.

description

sakitau

Transcript of Mohd Amar Izzat

Page 1: Mohd Amar Izzat

MOHD AMAR IZZAT B.MOHD RAZALIPELAJAR 3PPISMP MATEMATIK,INSTITUT PENDIDIKAN GURU,KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK,BANDAR TUN RAZAK,JALAN YAACOB LATIF56000 KUALA LUMPUR.

PUAN SABARIAH BINTI ISMAILKETUA UNIT DISIPLIN,INSTITUT PENDIDIKAN GURU,KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK,BANDAR TUN RAZAK,JALAN YAACOB LATIF,56000 KUALA LUMPUR. 27 JULAI 2012

Puan,SURAT TUNJUK SEBAB TIDAK MENGHADIRI SENAMROBIK SERENTAK 1 MURID 1 SUKAN 1 MALAYSIA.

Merujuk kepada surat pihak tuan yang bertarikh 16 Julai 2012, yang bernombor rujukan LAM-Pt_03-04aDi sini saya ingin mengemukakan sebab-sebab mengapa saya tidak menghadiri Senamrobik Serentak 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia.

2. Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf atas kelewatan membalas surat dari pihak puan berhubung dengan ketidakhadiran saya. Ini adalah kerana saya baru menerima surat tersebut pada 27 Julai 2012 sedangkan surat tersebut bertarikh 16 Julai 2012. Walaubagaimanapun, saya memahami kekangan yang dihadapi oleh pihak puan. 3. Pada 9 Julai saya dan 2 orang rakan saya pergi makan di sebuah gerai di Bandar Pemaisuri. Kami mengalami sakit perut pada keesokan harinya yang menyebabkan kami gagal hadir awal ke aktiviti senamrobik tersebut. Kami sampai di padang pukul 8 pagi. Saya dan 2 lagi rakan saya tidak sempat untuk tandatangan kehadiran pada pagi tersebut.

4. Saya amat menyesal diatas apa yang berlaku. Saya ingin memohon maaf dari pihak puan atas apa yang berlaku. Saya berjanji akan lebih berdisiplin pada masa akan datang dan perkara seperti ini tidak akan berlaku lagi. Saya berharap agar pihak puan dapat menimbangkan alasan saya dan rakan-rakan saya.

Sekian terima kasih

Yang benar,

____________(MOHD AMAR IZZAT B. MOHD RAZALI)PELAJAR 3PPISMP MATEMATIK