MOHD AMRI BIN ABDULLAH -...
Transcript of MOHD AMRI BIN ABDULLAH -...
Bahagian Hub Halal, JAKIM
2
2
Taklimat ini diadakan bertujuan untuk
menyelaras pelaksanaan Akta Perihal Dagangan
2011 kepada JAIN/MAIN, agensi kerajaan, NGO
dan Industri.
PENDAHULUAN
Bahagian Hub Halal, JAKIM
7
APD 2011: PERUNTUKAN YANG BERHUBUNGAN
DENGAN PENSIJILAN HALAL
PERINTAH PERIHAL DAGANGAN (TAKRIF HALAL) 2011 di bawah Seksyen 28;
PERINTAH PERIHAL DAGANGAN (PERAKUAN DAN PENANDAAN HALAL) 2011
di bawah Seksyen 29
Bahagian Hub Halal, JAKIM 8
SEKSYEN 28 APD 2011
Seksyen 28 bertujuan untuk membuat peruntukan mengenai kuasa Menteri untuk mentakrifkan apa-apa ungkapan dan bagi menghendaki maklumat diberikan, dan lain-lain. Menteri diberi kuasa untuk memberikan erti apa-apa ungkapan yang digunakan bagi barang-barang atau perkhidmatan sebagai mempunyai erti yang tertentu. Melalui perintah, Menteri boleh menetapkan erti berkenaan sama ada kepada ungkapan apabila digunakan dalam perjalanan perdagangan atau perniagaan atau apabila digunakan dalam hal keadaan yang dinyatakan dalam perintah itu.
Bahagian Hub Halal, JAKIM 9
Seksyen 28 turut memperuntukkan bahawa Menteri boleh menetapkan kesalahan bagi mana-mana orang yang memperdayakan atau mengelirukan orang awam bahawa barangan yang ditawarkan menepati takrifan yang dibuat oleh Menteri di bawah seksyen ini.
Ia bertujuan, antara lain, untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana orang yang memperdayakan orang ramai bahawa makanan yang ditawarkan adalah halal.
Bahagian Hub Halal, JAKIM
10
Melalui penguatkuasaan seksyen ini, ia akan dapat mengelakkan pengguna daripada dikelirukan atau diperdayakan oleh ungkapan tertentu yang jelas bercanggah dengan barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan khususnya yang berkaitan dengan barangan dan perkhidmatan halal.
Maka berdasarkan seksyen ini, YB Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah mengeluarkan PERINTAH PERIHAL DAGANGAN (TAKRIF HALAL) 2011.
Bahagian Hub Halal, JAKIM 11
SEKSYEN 29 APD 2011
•Seksyen 29 menetapkan bahawa Menteri boleh melalui perintah, mengenakan kehendak untuk menjamin bahawa barang-barang itu diperakukan, ditandakan atau disertai dengan apa-apa maklumat dan mengawal selia atau melarang pembekalan barang-barang yang berkaitan dengan kehendak itu yang meliputi bentuk dan cara yang dalamnya maklumat atau arahan itu akan diberikan.
Bahagian Hub Halal, JAKIM
12
Berdasarkan seksyen ini, YB Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) boleh menamakan mana-mana pihak berkuasa berwibawa untuk membuat perakuan dan pengecapan ke atas sesuatu barangan termasuk yang berkaitan dengan pensijilan halal.
•Di bawah peruntukan seksyen ini, YB Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah mengeluarkan PERINTAH PERIHAL DAGANGAN (PERAKUAN DAN PENANDAAN HALAL) 2011.
Bahagian Hub Halal, JAKIM 13
• ertinya undang-undang Islam dalam Mazhab Syafii, atau undang-undang Islam dalam mana-mana satu daripada Mazhab lain sama ada Hanafi, Maliki dan Hambali yang telah dipersetujui oleh Yang Di-Pertuan Agong untuk dikuatkuasakan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak atau oleh Raja bagi mana-mana Negeri untuk dikuatkuasakan di Negeri masing-masing.
Tafsiran “Hukum Syarak”
PERINTAH PERIHAL DAGANGAN (TAKRIF HALAL) 2011
Di bawah Seksyen 28 APD 2011
Bahagian Hub Halal, JAKIM 14
• termasuklah tiap-tiap barang yang dikilangkan, dijual atau digambarkan untuk digunakan sebagai makanan atau minuman bagi kegunaan manusia atau yang memasuki ke dalam atau digunakan di dalam komposisi, penyediaan, pengawetan, mana-mana makanan atau minuman bagi kegunaan manusia dan termasuklah konfeksi, bahan kunyahan dan apa-apa bahan bagi makanan, minuman, konfeksi atau bahan kunyahan itu;
Tafsiran “makanan”
Bahagian Hub Halal, JAKIM 15
• termasuklah pengangkutan, penyimpanan dan pemprosesan bahan mentah, penyajian dan peruncitan makanan atau barang-barang tersebut.
Tafsiran “perkhidmatan yang
berkaitan dengan makanan atau barang-
barang”
Bahagian Hub Halal, JAKIM 21
(1) Mana-mana orang yang membekalkan atau
menawarkan untuk membekalkan apa-apa makanan
dengan membuat apa-apa representasi atau
perbuatan yang boleh memperdayakan atau
mengelirukan mana-mana orang bahawa makanan itu
adalah halal atau boleh dimakan oleh orang Islam
adalah melakukan suatu kesalahan.
Kesalahan Bagi Perlakuan
Memperdayakan Atau Mengelirukan
Bahagian Hub Halal, JAKIM
22
(2) Bagi maksud subperenggan (1) “representasi atau perbuatan” termasuklah penggunaan ayat-ayat suci Al-Quran atau apa-apa perkara atau objek yang berhubung dengan agama Islam sama ada di premis di mana makanan itu dijual atau di bekas di mana makanan itu dibekalkan;
(3) Jika mana-mana orang dituduh dengan suatu kesalahan di bawah subperenggan (1), beban untuk membuktikan bahawa makanan yang dibekalkan atau ditawar untuk dibekalkan adalah halal mengikut kehendak perenggan 3 hendaklah terletak pada orang yang dipertuduh itu.
Bahagian Hub Halal, JAKIM
jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan:
1. didenda tidak melebihi lima juta
ringgit Malaysia dan
2. bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya tidak melebihi sepuluh
juta ringgit Malaysia;
23
PENALTI
Bahagian Hub Halal, JAKIM 24
jika orang itu bukan suatu pertubuhan perbadanan,
1. didenda tidak melebihi satu juta
ringgit Malaysia atau dipenjarakan selama
tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya
dan
2. bagi kesalahan yang kedua atau yang berikutnya didenda tidak
melebihi lima juta ringgit atau
dipenjarakan selama tempoh tidak
melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
Bahagian Hub Halal, JAKIM 25
PERINTAH PERIHAL DAGANGAN (PERAKUAN DAN PENANDAAN HALAL) 2011
DI BAWAH SEKSYEN 29 APD 2011
• Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Majlis Agama Islam Negeri masing-masing hendaklah menjadi pihak berkuasa berwibawa untuk memperaku bahawa mana-mana makanan, barang-barang atau perkhidmatan yang berhubung dengan makanan atau barang-barang itu adalah halal mengikut Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011 [P.U. (A) 430/2011].
PIHAK BERKUASA
BERWIBAWA
Bahagian Hub Halal, JAKIM
26
PERAKUAN
PERIHAL
HALAL
(1) Semua makanan dan barang-
barang tidak boleh diperihalkan
sebagai halal atau diperihalkan dengan
cara lain untuk menunjukkan makanan
atau barang-barang itu boleh dimakan
atau digunakan oleh orang Islam
melainkan jika—
(a) diperakui sebagai halal oleh
pihak berkuasa berwibawa; dan
(b) ditandakan dengan logo (halal)
sebagimana yang dinyatakan dalam
Jadual Pertama
Bahagian Hub Halal, JAKIM 29
(2) Perkhidmatan yang berhubung dengan
makanan atau barang-barang tidak boleh
diperihalkan sebagai halal atau diperihalkan
dengan cara lain untuk menunjukkan
perkhidmatan itu boleh digunakan oleh orang
Islam melainkan jika ia diperakukan halal oleh
pihak berkuasa berwibawa.
Bahagian Hub Halal, JAKIM
30
PERAKUAN
PERIHAL
HALAL BAGI
MAKANAN DAN
BARANG-
BARANG
IMPORT
(1) Semua makanan dan barang-
barang import yang dipasarkan di
Malaysia tidak boleh diperihalkan
sebagai halal melainkan jika
makanan dan barang-barang import
itu mematuhi kehendak perenggan 4
atau diperakukan sebagai halal oleh
badan pensijilan halal luar negara
yang diiktiraf oleh JAKIM
sebagaimana yang dinyatakan dalam
Jadual Kedua.
Bahagian Hub Halal, JAKIM
31
(2) Pengimport atau pengeluar mana-mana
makanan dan barang-barang yang diperakukan
sebagai halal oleh badan pensijilan halal luar
negara yang diiktiraf oleh JAKIM sebagaimana
yang dirujuk dalam perenggan (1) hendaklah
menandakan pada makanan dan barang-barang
itu, nama badan pensijilan tersebut.
Bahagian Hub Halal, JAKIM
32
PENANDAAN
KE ATAS
MAKANAN DAN
BARANG-
BARANG
Semua makanan dan barang-barang yang
hendak ditandakan mengikut perenggan 4
dan 5 hendaklah ditandakan dengan
menampalkan atau melampirkan logo yang
dinyatakan dalam Jadual Pertama pada
atau dengan apa-apa cara lain
mengecapkannya di atas atau
menyatukannya dengan—
(a) makanan atau barang-barang itu;
atau
(b) apa-apa benda yang di dalamnya,
di atasnya atau dengannya makanan
atau barang-barang itu dibekalkan.
Bahagian Hub Halal, JAKIM
33
• (1) Mana - mana orang yang membekalkan atau menawarkan untuk membekalkan apa - apa makanan, barang - barang atau perkhidmatan yang berhubung dengan makanan atau barang-barang itu boleh memohon kepada Ketua Pengarah JAKIM atau Majlis Agama Islam bagi Negeri-Negeri masing-masing bagi mendapatkan perakuan halal.
PERMOHONAN PERAKUAN
DAN FI
Bahagian Hub Halal, JAKIM 34
(2) Mana-mana permohonan bagi perakuan halal
itu hendaklah mematuhi standard, prosedur dan
pekeliling yang dikuatkuasakan oleh Ketua
Pengarah JAKIM atau Majlis Agama Islam bagi
Negeri-Negeri masing-masing.
(3) Fi yang kena dibayar bagi permohonan
perakuan halal adalah sebagaimana yang
dinyatakan dalam Peraturan-Peraturan Perihal
Dagangan (Fi Perakuan dan Penandaan Halal)
2011 [P.U. (A) 432/2011].
Bahagian Hub Halal, JAKIM
35
KESALAHAN
Mana-mana orang yang —
(a) Memperaku bahawa mana-mana makanan,
barang-barang atau perkhidmatan yang berhubung
dengan makanan atau barang-barang itu adalah
halal; atau
(b) Membekalkan atau menawarkan untuk
membekalkan apa-apa makanan, barang-barang
atau perkhidmatan yang berhubung dengan
makanan atau barang-barang itu,
bertentangan dengan Perintah ini, melakukan suatu
kesalahan, dan apabila disabitkan —
Bahagian Hub Halal, JAKIM
jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan:
1. didenda tidak melebihi dua ratus
lima puluh ribu ringgit Malaysia,
dan
2. bagi kesalahan kedua
dan yang berikutnya lima ratus ribu ringgit
Malaysia;
36
PENALTI
Bahagian Hub Halal, JAKIM
jika orang itu bukan suatu pertubuhan perbadanan:
1. didenda tidak melebihi satu ratus ribu
ringgit Malaysia atau dipenjarakan selama
tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-
duanya,
dan
2. bagi kesalahan kedua atau yang
berikutnya, penalti maksimum tidak
melebihi dua ratus lima puluh ribu
ringgit Malaysia atau dipenjarakan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
37
Bahagian Hub Halal, JAKIM
PERALIHAN
• Semua makanan dan barang-barang yang berada di pasaran sebelum Perintah ini berkuat kuasa yang hendak diperihalkan sebagai halal hendaklah mematuhi perenggan 4 atau 5, dalam tempoh satu tahun dari permulaan kuat kuasa Perintah ini.
38
Bahagian Hub Halal, JAKIM
39
PERATURAN-PERATURAN PERIHAL DAGANGAN (FI PERAKUAN DAN PENANDAAN HALAL) 2011
Di Bawah Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011
• Fi yang kena bayar bagi permohonan perakuan halal di bawah Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 [P.U. (A) 431/2011] adalah sebagaimana dinyatakan dalam Jadual.
PERMOHONAN PERAKUAN
DAN FI
Bahagian Hub Halal, JAKIM
APD 2011 berkuatkuasa pada 1 November 2011
Kedua-dua Perintah di atas berkuasa pada
1 Januari 2012
40
KUATKUASA
Tempoh peralihan untuk produk yang mempunyai pembungkusan dan label
adalah 1 tahun.
Tiada tempoh peralihan untuk orang yang memperaku dan premis makanan/restoran, bagaimanapun
untuk premis/restoran:
Januari hingga Mac Pendidikan
April hingga Jun Amaran
Julai hingga Disember Tindakan