Mohd Noor-Pend. Moral. Sem 7(Rekod Anekdot)

download Mohd Noor-Pend. Moral. Sem 7(Rekod Anekdot)

of 16

Transcript of Mohd Noor-Pend. Moral. Sem 7(Rekod Anekdot)

  • ANEKDOTDefinisi Anekdot:Anekdot adalah sebuah cerita singkat dan lucu atau menarik tentang kejadian atau orang sebenarnya. Anekdot selalu disajikan berdasarkan pada kejadian nyata melibatkan orang-orang yang sebenarnya. Namun seiring waktu, modifikasi pada saat penceritaan kembali dapat mengubah sebuah anekdot tertentu menjadi sebuah fiksi, sesuatu yang diceritakan kembali.

  • REKOD ANEKDOTDefinisi:Bermaksud satu catatan ringkas mengenai satu peristiwa atau tingkah laku murid yang dianggap penting, unik untuk direkodkan. Satu bentuk laporan yang mengandungi catatan tepat dan terperinci mengenai seseorang murid yang sedang dalam pemerhatian guru pembimbing

  • Rekod Anekdot Rekod Anekdot juga didefinisikan sebagai penulisan yang ringkas, tepat dan padat mengenai peristiwa dan perubahan yang signifikan yang berlaku pada seseorang murid. Guru boleh menerangkan peristiwa tingkah laku atau insiden dengan perkataan atau gambar. Oleh itu, guru perlu sediakan buku kecil atau helaian kertas yang diletakkan di tempat yang mudah dicapai

  • Menurut Pusat Pembangunan Kurikulum (2008) rekod anekdot ialah satu catatan ringkas mengenai sesuatu peristiwa atau tingkah laku murid yang dianggap penting, unik dan signifikan untuk direkod. Rekod anekdot ditulis secara objektif untuk menerangkan apa yang berlaku, bila dan di mana sesuatu peristiwa itu berlaku. Catatan ringkas ini adalah tepat berkenaan peristiwa yang berlaku dalam satu jangka masa yang singkat pada bila-bila masa dan dapat membantu guru memahami murid berkenaan dengan lebih jelas.

  • Tujuan Rekod anekdot dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaranTujuan rekod anekdot dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah untuk mengetahui tahap pembangunan literasi kanak-kanak.Merekod aktiviti mencatat hasil pentaksiran dan maklumat berkaitan secara sistematik. Maklumat yang direkod ialah tahap penguasaan, perkembangan, kemajuan, potensi, sikap dan nilai-nilai yang murid pamerkan.

  • Tujuan Lain Rekod Anekdot Juga Untuk Membantu Guru Untuk :

    Mengesan keberkesanan pengajaranMemberi maklum balas yang sesuai dan tepat kepada muridMengesan pertumbuhan murid bersesuaian dengan peringkat umurMerancang tindakan susulan untuk tujuan pemulihan dan pengayaan

  • Mengenal pasti tahap pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dikuasai muridMerancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran mengikut keperluan perkembangan dan pertumbuhan muridMengenalpasti kelebihan dan kekurangan murid dalam pembelajaran dari semasa ke semasaMengenalpasti kelebihan dan kekurangan murid dalam pembelajaran dari semasa ke semasa

  • Panduan Menulis Rekod

    Membuat pemerhatian terhadap peristiwa yang berlaku.Membuat catatan dalam buku nota sebaik sahaja selepas peristiwa berlaku bagi memastikan peristiwa yang akan direkodkan tidak tercicir.Menulis apa yang dilihat secara objektifMengenal pasti peristiwa itu penting dan signifikan kepada aspekperkembangan murid.

  • Pastikan peristiwa dicatat mengikut urutan. Merekod hasil pemerhatian sebaik sahaja selesai pemerhatian dibuat.Mencatat tingkah laku dan apa yang dikatakan oleh murid.Masukkan respon orang lain sekiranya ada kaitan dengan tingkah laku murid yang diperhatikan.

  • Contoh 1Nama Murid : Fatin Nadia bt. Abdul Umur : 6 Tahun Tarikh : 20 Februari 2010 Masa : 10.00 pagi Nama Guru : Puan Puziah Ano bt Muhamad Item : Kebolehan membaca

    CatatanUlasanSelepas mengikuti sesi bacaan bersama guru kelas, Fatin menarik tangan Ani, Munah dan Siti ke Pusat Bahasa untuk mencari buku. Fatin memilih buku bergambar sama dengan buku yang dibaca oleh gurunya .Fatin ajak kawan-kawanya dengar cerita yang dia baca. Fatin pun membuka buku lalu membaca dengan gaya seperti Cikgu Rusnani. Ani, Munah dan Siti mendengar dengan penuh minat. Fatin tanya kawannya sedap tak cerita yang dibaca. Hei, Fatin kau dah boleh baca? Tanya Siti. Cikgu Rusnani memuji sambil bertepuk tangan. Fatin senyum.Fatin tidak berminat terhadap buku tetapi selepas sesi bacaandengan guru,Fatin sudah mula berminat dengan buku.Fatin cuba membaca walaupun masih belum mengenalsemua huruf.CadanganFatin perlu dirangsang melalui pujian untuk membolehkannya membaca dengan baik.

  • Contoh 2Nama : Munzir ShamsudinKelas : Prasekolah SayangTarikh: 26 Mac 2010Nama Guru : Puan Ummu Izzah bt. BohariPeristiwa yang diperhatikan: Munzir mengambil lego Ali. Ali menengking dan memukulnya.Cadangan: Penerapan nilai murni semasa pengajaran dan pembelajaran perlu diberi penekanan

  • Contoh 3Nama Murid : Zarina Umur : 6 Tahun Tarikh : 18 Julai 2010 Masa : 8.30 pagi Nama Guru : Puan Hon Item : Kemahiran Sosial

    CatatanUlasanZarina bermain pasir bersama kawan-kawan lain di tempat main pasir. Aiman merampas penyedok pasir yang sedang digunakan oleh Zarina. Zarina berkata dengan suara kuat: Ini saya punya! Zarina terus ambil balik penyodok pasir daripada Aiman. Aiman nampak terkejut tetapi biar sahaja.Zarina pendiam, kebiasaannya dia tidak melawan walaupun diganggu oleh rakannya. Zarina cuma akan menanggis bersendiri jika barangnya diambil oleh kawannya. Ini merupakan kali pertama dia memperjuangkan hak dirinya. Peristiwa ini merupakan satu permulaan yang baik, dia telah mula bertindak untuk melindungi hak dirinya.

  • CARTA PROSES MENJALANKAN ANEKDOT

  • Kebaikan rekod anekdotPemerhati tidak memerlukan sebarang latihan bagi membuat rekod anekdot ini.Pemerhatian ini terbuka(tiada penutup). Pemerhati mencatatkan apa sahaja yang beliau dapat saksikan dan tidak terhad kepada sejenis tingkah laku ataupun catatan.Pemerhati boleh mencatat apa sahaja kejadian yang tidak diduga tidak kira di mana ia berlaku kerana pemerhati hanya perlu mencatatkanya kemudian.Pemerhati hanya perlu mencatat tingkah laku yang perlukan sahaja dan melupakan perkara atau tingkah laku lain.

  • Keburukan Rekod AnekdotRekod ini tidak memberi gambaran yang lengkap kerana ia hanya merekodkan kejadian yang diperlukan oleh pemerhati sahajaKetetapan rekod ini sangat bergantung pada ingatan pemerhati kerana rekod ini dibuat selepas kejadian itu berlaku. Selalunya catatan atau rekod adalah kurang mendalam.Kejadian mungkin berlaku di luar konteks dan ini menyebabkan interpretasi kurang tepat ataupun digunakan secara berat sebelah.Sukar dikodkan atau dianalisis dan tidak sesuai digunakan dalam kajian saintifik.

  • KesimpulanRekod Anekdot merupakan satu catatan ringkas mengenai sesuatu peristiwa atau tingkah laku murid yang dianggap penting, unik dan signifikan secara positif atau negatif untuk direkod. Rekod Anekdot ini dilakukan terhadap murid secara individu, walaupun peristiwa berlaku dalam kumpulan. Tiada had masa ditentukan untuk catatan rekod ini. Catatan hendaklah ditulis secara objektif apa sebenarnya yang berlaku.