MOHD ZAIDI BIN MOHD NAZAR - fp.utm.my · Dengan nama Allah yang Maha Pengasih ... bengkel dan...

25
KEPUASAN PELAJAR TAHUN 5 SARJANA MUDA TEKNOLOGI SERTA PENDIDIKAN (AWAM, ELEKTRIK, JENTERA, & KEMAHIRAN HIDUP) TERHADAP KEMUDAHAN PEMBELAJARAN DI FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA MOHD ZAIDI BIN MOHD NAZAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Transcript of MOHD ZAIDI BIN MOHD NAZAR - fp.utm.my · Dengan nama Allah yang Maha Pengasih ... bengkel dan...

Page 1: MOHD ZAIDI BIN MOHD NAZAR - fp.utm.my · Dengan nama Allah yang Maha Pengasih ... bengkel dan makmal komputer berada pada tahap ... display (LCD), overhead projector (OHP), penghawa

KEPUASAN PELAJAR TAHUN 5 SARJANA MUDA TEKNOLOGI SERTA

PENDIDIKAN (AWAM, ELEKTRIK, JENTERA, & KEMAHIRAN HIDUP)

TERHADAP KEMUDAHAN PEMBELAJARAN DI FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MOHD ZAIDI BIN MOHD NAZAR

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: MOHD ZAIDI BIN MOHD NAZAR - fp.utm.my · Dengan nama Allah yang Maha Pengasih ... bengkel dan makmal komputer berada pada tahap ... display (LCD), overhead projector (OHP), penghawa
Page 3: MOHD ZAIDI BIN MOHD NAZAR - fp.utm.my · Dengan nama Allah yang Maha Pengasih ... bengkel dan makmal komputer berada pada tahap ... display (LCD), overhead projector (OHP), penghawa
Page 4: MOHD ZAIDI BIN MOHD NAZAR - fp.utm.my · Dengan nama Allah yang Maha Pengasih ... bengkel dan makmal komputer berada pada tahap ... display (LCD), overhead projector (OHP), penghawa

KEPUASAN PELAJAR TAHUN 5 SARJANA MUDA TEKNOLOGI SERTA

PENDIDIKAN (AWAM, ELEKTRIK, JENTERA, & KEMAHIRAN HIDUP)

TERHADAP KEMUDAHAN PEMBELAJARAN DI FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MOHD ZAIDI B MOHD NAZAR

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana

Muda Teknologi Serta Pendidikan

( Kejuruteraan Mekanikal )

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

April, 2006

Page 5: MOHD ZAIDI BIN MOHD NAZAR - fp.utm.my · Dengan nama Allah yang Maha Pengasih ... bengkel dan makmal komputer berada pada tahap ... display (LCD), overhead projector (OHP), penghawa
Page 6: MOHD ZAIDI BIN MOHD NAZAR - fp.utm.my · Dengan nama Allah yang Maha Pengasih ... bengkel dan makmal komputer berada pada tahap ... display (LCD), overhead projector (OHP), penghawa

iii

DEDIKASI

Ku tujukan ucapan ringkas penuh bermakna ini khas buat...

Teristimewa....

Untuk ayah dan mak yang paling kusayangi...

Mohd Nazar b Ismail & Zainidar bt Abd Rahman

Terima kasih di atas segala curahan kasih sayang dan didikanmu

sehingga ku mampu menjejak kaki hingga ke puncak ini...

Segala jasa dan pengorbananmu tidak tergambar dengan kata-kata

Tidak pernah kulupa malah akan kukenang hingga akhir hayat ini,

Hanya Allah sahaja yang mampu membalas segala penat lelahmu selama ini

Ku hadiahkan ijazah penuh bermakna ini sebagai tanda penghargaanku buat mu, mak dan ayah...

Tidak lupa juga buat kakak & adik-adikku yang dihormati

Terima kasih atas segala dorongan dan sokongan selama ini,

Kalianlah pembakar semangat untuk ku terus menuntut ilmu

Tidak ketinggalan, ucapan ini ditujukan khas buat..

Teman-teman...Nor Faizah bt A Rahman, terima kasih kerana sudi mendengar luahan dan

kerisauan serta banyak membantuku sepanjang menyiapkan tesis ini,

Moga impian kita dimakbulkan Allah, insyaAllah...

juga teman seperjuangan

5 tahun kita di sini.. moga kita bersua lagi suatu hari nanti

Akan ku abadikan kenangan kita bersama di bumi UTM ini

Sebagai memori indah dalam kamus hidupku

Page 7: MOHD ZAIDI BIN MOHD NAZAR - fp.utm.my · Dengan nama Allah yang Maha Pengasih ... bengkel dan makmal komputer berada pada tahap ... display (LCD), overhead projector (OHP), penghawa

iv

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, selawat dan

salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. dan ahli keluarga Baginda, para

sahabat serta sekalian mujahidin yang berjuang menegakkan kalimah Allah di muka

bumi ini. Bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurniaNya dapat saya menyiapkan

laporan Projek Sarjana Muda ini.

Sekalung penghargaan yang tidak terhingga dinukilkan buat Cik Sarimah binti

Ismail, selaku penyelia Projek Sarjana Muda yang banyak membantu menghulurkan

kerjasama, bimbingan serta dorongan yang sepenuhnya untuk menyempurnakan laporan

projek ini. Turut dihargai kepada semua para responden yang terlibat yang banyak

membantu dalam menyiapkan projek ini.

Gugusan mawaddah terindah dirangkaikan buat kedua ibu bapa saya yang sentiasa

memberi semangat dan galakan serta menjadi sumber inspirasi kepada saya untuk

meneruskan perjuangan dalam menuntut ilmu. Juga buat teman-teman yang terlalu

banyak memberi dorongan dan menyumbang budi.

Akhir kalam, jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam

menjayakan projek ini sama ada secara langsung atau tidak langsung di atas segala

kerjasama yang diberikan. Semoga segala sumbangan dan dorongan kalian akan

diberkati Allah.

Wassalam.

Page 8: MOHD ZAIDI BIN MOHD NAZAR - fp.utm.my · Dengan nama Allah yang Maha Pengasih ... bengkel dan makmal komputer berada pada tahap ... display (LCD), overhead projector (OHP), penghawa

v

ABSTRAK

Kajian yang dijalankan ini bertujuan mengkaji kepuasan pelajar terhadap kemudahan

pembelajaran yang terdapat di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

Seramai 114 orang pelajar tahun lima Sarjana Muda Teknologi Pendidikan

(Kejuruteraan Jentera, Kejuruteraan Elektrik, Kejuruteraan Awam, dan Kemahiran

Hidup) telah dipilih sebagai responden. Dalam kajian ini penyelidik telah menggunakan

borang soal selidik sebagai instrumen kajian, manakala dapatan kajian pula dianalisis

dengan menggunakan perisian Statistical Package of the social Science (SPSS) versi

11.5. Nilai alpha kebelohpercayaan bagi kajian rintis ialah α = 0.8547. Analisis data

dibuat mengikut kaedah statistik deskriptif iaitu dalam bentuk frekuensi, peratusan dan

min dan seterusnya dipersembahkan dalam bentuk jadual. Hasil dapatan kajian

menunjukkan bahawa kepuasan pelajar terhadap kemudahan bilik kuliah, pusat sumber,

bengkel dan makmal komputer berada pada tahap sederhana. Di akhir kajian, penyelidik

telah mengemukakan beberapa cadangan kepada pihak-pihak yang terlibat

Page 9: MOHD ZAIDI BIN MOHD NAZAR - fp.utm.my · Dengan nama Allah yang Maha Pengasih ... bengkel dan makmal komputer berada pada tahap ... display (LCD), overhead projector (OHP), penghawa

vi

ABSTRACT

The purpose of this research is to survey student satisfaction of learning facilities at

Faculty of Education, Universiti Teknologi Malaysia. 114 of fifth year students from

Bachelor’s Degree of Educations Technology (Mechanical Engineering, Electrical

Engineering, Civil Engineering and Kemahiran Hidup) was chosen as respondent. A set

of questionnaire was used as research instrument and research findy was analyzed

descriptively using software computer program of Statistical Package of the social

Science (SPSS) version 11.5. Alpha value for pilot study was α = 0.8547. Data analysis

is presented in the form frequency, percentage, and mean. Findings of this study showed

that students satisfaction for facilities of classroom, learning center, workshop and

computer lab is at the medium level. Researcher also has proposed a few suggestions in

the end of this research.

Page 10: MOHD ZAIDI BIN MOHD NAZAR - fp.utm.my · Dengan nama Allah yang Maha Pengasih ... bengkel dan makmal komputer berada pada tahap ... display (LCD), overhead projector (OHP), penghawa

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xii

SENARAI SINGKATAN xiii

SENARAI LAMPIRAN xiv

BAB I PENGENALAN 1

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar belakang Masalah 2

1.3 Pernyataan Masalah 6

1.4 Objektif Kajian 7

1.5 Persoalan Kajian 7

1.6 Kepentingan Kajian 8

Page 11: MOHD ZAIDI BIN MOHD NAZAR - fp.utm.my · Dengan nama Allah yang Maha Pengasih ... bengkel dan makmal komputer berada pada tahap ... display (LCD), overhead projector (OHP), penghawa

viii 1.7 Batasan Kajian 9

1.8 Definisi/ Istilah 9

1.9 Kesimpulan 12

BAB II SOROTAN PENULIS

2.1 Pendahuluan 13

2.2 Teori Kepuasan Pelanggan 14

2.2.1 Teori Isian 14

2.2.2 Teori Keperluan Hierarki Maslow 14

2.2.3 Teori Persamaan 15

2.2.4 Teori Ketidaksesuaian 16

2.2.5 Teori Jangkaan 16

2.2.6 Model Kepuasan Pelanggan 16

2.3 Elemen-elemen Kepuasan Pelanggan 17

2.3.1 Kemudahan Pembelajaran 19

2.3.2 Kemudahan Bilik Kuliah 21

2.3.3 Kemudahan Bengkel 23

2.3.4 Kemudahan Pusat Sumber 25

2.3.5 Kemudahan Perkhidmatan Komputer 27

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pendahuluan 30

3.2 Rekabentuk Kajian 31

3.3 Tempat Kajian 31

Page 12: MOHD ZAIDI BIN MOHD NAZAR - fp.utm.my · Dengan nama Allah yang Maha Pengasih ... bengkel dan makmal komputer berada pada tahap ... display (LCD), overhead projector (OHP), penghawa

ix 3.4 Prosedur Kajian 32

3.5 Populasi dan Sampel Kajian 33

3.6 Instrumen Kajian 34

3.7 Kajian Rintis 36

3.8 Pengumpulan Data 37

3.9 Analisis Data 38

3.10 Kesimpulan 40

BAB IV ANALISIS DATA

4.1 Pendahuluan 41

4.2 Analisis Data Bahagian A 42

4.2.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 42

4.2.2 Taburan Responden Mengikut Kursus 42

4.2.3 Taburan Responden Mengikut Bangsa 43

4.2.4 Taburan Responden Mengikut Umur 44

4.2.5 Taburan Responden Mengikut Kelulusan 44

Akademik

4.3 Analisis Bahagian B 45

4.3.1 Persoalan Kajian 1 45

4.3.2 Persoalan Kajian 2 48

4.3.3 Persoalan Kajian 3 52

4.3.4 Persoalan Kajian 4 56

4.4 Analisis Keseluruhan 59

Page 13: MOHD ZAIDI BIN MOHD NAZAR - fp.utm.my · Dengan nama Allah yang Maha Pengasih ... bengkel dan makmal komputer berada pada tahap ... display (LCD), overhead projector (OHP), penghawa

xBAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 60

5.2 Perbincangan 61

5.2.1 Kepuasan Pelajar Terhadap Kemudahan 62

Bilik Kuliah

5.2.2 Kepuasan Pelajar Terhadap Kemudahan 64

Bengkel

5.2.3 Kepuasan Pelajar Terhadap Kemudahan 66

Pusat Sumber

5.2.4 Kepuasan Pelajar Terhadap Kemudahan 68

Perkhidmatan Komputer

5.3 Rumusan 70

5.4 Cadangan 72

5.4.1 Cadangan Kajian 72

5.4.1.1 Bilik Kuliah 72

5.4.1.2 Bengkel 72

5.4..1.3 Pusat Sumber 73

5.4.1.4 Perkhidmatan Komputer 73

5.4.2 Cadangan Kajian Lanjutan 73

BIBLIOGRAFI 75

LAMPIRAN A - B

Page 14: MOHD ZAIDI BIN MOHD NAZAR - fp.utm.my · Dengan nama Allah yang Maha Pengasih ... bengkel dan makmal komputer berada pada tahap ... display (LCD), overhead projector (OHP), penghawa

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

2.1 Jenis Ruang Di Dalam Bengkel 24

3.1 Jumlah Pelajar Tahun Lima Mengikut Kursus 33

3.2 Taburan Item Soal Selidik 35

3.3 Taburan Skor Skala 5 Peringkat 36

3.4 Pengkelasan Pemeringkatan 38

3.5 Klasifikasi Statistik Mengikut Persoalan Kajian 39

3.6 Tahap Penilaian Berdasarkan Min 39

4.1 Taburan Peratusan Responden Mengikut Jantina 42

4.2 Taburan Peratusan Responden Mengikut Kursus 42

4.3 Taburan Peratusan Responden Mengikut Bangsa 43

4.4 Taburan Peratusan Responden Mengikut Umur 44

4.5 Taburan Peratusan Responden Mengikut Kelulusan 44

Akademik

4.6 Analisis Kepuasan Pelajar Terhadap Kemudahan 46

Bilik Kuliah

4.7 Analisis Kepuasan Pelajar Terhadap Kemudahan 49

Bengkel

4.8 Analisis Kepuasan Pelajar Terhadap Kemudahan 53

Pusat Sumber

4.9 Analisis Kepuasan Pelajar Terhadap Kemudahan 57

Perkhidmatan Komputer

4.10 Taburan Min Keseluruhan 59

5.1 Tahap Penilaian Berdasarkan Min 61

5.2 Taburan Min Keseluruhan 70

Page 15: MOHD ZAIDI BIN MOHD NAZAR - fp.utm.my · Dengan nama Allah yang Maha Pengasih ... bengkel dan makmal komputer berada pada tahap ... display (LCD), overhead projector (OHP), penghawa

xii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

2.1 Teori Keperluaan Hierarki Maslow 15

2.2 Elemen Kepuasan Pelangan 18

2.3 Elemen Kepuasan Pelengan Terhadap 19

Barangan / Perkhidmatan

3.1 Carta Alir Prosedur Kajian 32

Page 16: MOHD ZAIDI BIN MOHD NAZAR - fp.utm.my · Dengan nama Allah yang Maha Pengasih ... bengkel dan makmal komputer berada pada tahap ... display (LCD), overhead projector (OHP), penghawa

xiii

SENARAI SINGKATAN

IPT - Institusi Pengajian Tinggi

LCD - Liquid Crystal Display

OHP - Overhead Projector

SPA - Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan Kejuruteraan Awam

SPE - Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan Kejuruteraan Elektrik

SPJ - Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan Kejuruteraan

Mekanikal

SPH - Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan Kemahiran Hidup

SPM - Sijil Pelajaran Malaysia

STPM - Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia

SPSS - Statistical Package For The Social Science

UMBC - University of Maryland Baltimore County

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

Page 17: MOHD ZAIDI BIN MOHD NAZAR - fp.utm.my · Dengan nama Allah yang Maha Pengasih ... bengkel dan makmal komputer berada pada tahap ... display (LCD), overhead projector (OHP), penghawa

xiv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Set Soal Selidik 79

B Surat Pengesahan Soal Selidik 83

Page 18: MOHD ZAIDI BIN MOHD NAZAR - fp.utm.my · Dengan nama Allah yang Maha Pengasih ... bengkel dan makmal komputer berada pada tahap ... display (LCD), overhead projector (OHP), penghawa

BAB I

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Malaysia merupakan sebuah negara perindustrian yang memerlukan pelbagai

peringkat kemahiran tenaga manusia untuk diserapkan ke dalam sektor industri bagi

memperkembangkan ekonomi negara. Untuk menghasilkan sumber tenaga manusia

yang berketrampilan, berpengetahuan dan berkemahiran, pendidikan berasaskan

teknologi serta teknikal merupakan pemangkin utama untuk memenuhi keperluan untuk

membentuk usaha ke arah membangunkan tenaga kerja yang berkebolehan dalam

bidang pembuatan.

Berbagai-bagai pusat institusi pengajian tinggi awam dan swasta telah

dibangunkan untuk membantu mencapai wawasan negara. Universiti Teknologi

Malaysia (UTM) merupakan sebuah institusi pendidikan tinggi yang

dipertanggungjawabkan untuk mengeluarkan graduan di bidang sains dan teknologi

bertepatan dengan visi UTM yang ingin menjadi pusat kecemerlangan akademik dan

teknologi bertaraf dunia menerusi kreativiti di samping menyediakan tenaga

Page 19: MOHD ZAIDI BIN MOHD NAZAR - fp.utm.my · Dengan nama Allah yang Maha Pengasih ... bengkel dan makmal komputer berada pada tahap ... display (LCD), overhead projector (OHP), penghawa

2

professional di dalam bidang teknologi kepada perkembangan ekonomi negara (Pejabat

Hal Ehwal Pelajar, 2001).

Atas dasar wawasan 2020 inilah, maka pelbagai usaha telah dan akan

dilaksanakan oleh UTM dalam memenuhi kehendak negara untuk menyediakan tenaga

profesional di dalam bidang sains dan teknologi. Salah satunya adalah dengan

menyediakan kemudahan asas yang mencukupi dan pelbagai untuk kegunaan pelajar.

Bertepatan juga dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan untuk pendidikan tinggi yang

antaranya ialah dengan menambah kemudahan fizikal setiap universiti dan kemudahan

tempat kepada pelajar asing dalam program ijazah pertama dan lanjutan bagi memberi

keselesaan kepada pelajar untuk menjalani kehidupan di sepanjang pengajian mereka

(Kementerian Pendidikan Malaysia, 1999)

Kemudahan yang disediakan adalah untuk membantu para pelajar menjalani

aktiviti akademik dan bukan akademik di universiti dengan selesa. Ini termasuklah

kemudahan perpustakaan, kolej kediaman pelajar, masjid, kafetaria, pengangkutan,

klinik, sukan, riadah, dewan, kedai koperasi, bank dan kemudahan-kemudahan lain.

Selain itu, kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan juga akan dapat mencapai

matlamat pembangunan potensi pelajar di samping memupuk semangat bekerjasama di

kalangan pelajar pelbagai kaum ke arah kehidupan yang harmonis di dalam kampus.

Kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan perlulah digunakan sebaik-baik

mungkin oleh pelajar-pelajar kerana UTM telah berusaha untuk mewujudkan sebuah

tempat yang kondusif untuk belajar menuntut ilmu.

Page 20: MOHD ZAIDI BIN MOHD NAZAR - fp.utm.my · Dengan nama Allah yang Maha Pengasih ... bengkel dan makmal komputer berada pada tahap ... display (LCD), overhead projector (OHP), penghawa

3

1.2 Latar belakang masalah

Fakulti pendidikan adalah salah satu fakulti di UTM yang melahirkan pendidik

yang serba boleh terutamanya di bidang sains dan teknologi. Selain daripada khidmat

tenaga pengajar, kemudahan-kemudahan yang lengkap dan mencukupi seperti bilik

kuliah, bengkel, dan pusat sumber merupakan kemudahan yang terdapat di Fakulti

Pendidikan untuk kegunaan pelajar di mana ianya memainkan peranan penting dalam

mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif, berkesan dan selesa.

Bilik kuliah merupakan salah satu kemudahan yang terdapat di Fakulti

Pendidikan dan di fakulti-fakulti lain. Penempatan bilik kuliah untuk pelajar Fakulti

Pendidikan adalah di bangunan C13, C14, C15, dan C22. Penggunaan bilik kuliah yang

dilengkapi dengan berbagai-bagai peralatan atau medium pengajaran untuk proses

pengajaran dan pembelajaran adalah sangat penting. Kebiasaannya kelengkapan yang

terdapat di bilik kuliah adalah seperti kerusi, tempat menulis, papan putih, liquid crystal

display (LCD), overhead projector (OHP), penghawa dingin, lampu dan komputer

disediakan untuk kegunaan p & p. Kemudahan yang lengkap dan selesa akan

mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif dan dapat menjana pemikiran pelajar

yang lebih kreatif dan inovatif.

Pada awal permulaan setiap semester, penetapan bilik kuliah bagi sesuatu

subjek akan dilakukan oleh pihak fakulti. Masalah yang sering berlaku pada awal

semester ini ialah jumlah pelajar yang mengikuti subjek tersebut melebihi kapasiti yang

boleh ditampung oleh sesebuah bilik kuliah yang ditetapkan. Oleh itu, pensyarah

terpaksa menggunakan alternatif lain dengan mencari bilik kuliah yang lebih besar dan

sesuai untuk memulakan sesi pembelajaran. Masalah lain pula ialah peralatan yang

disediakan di bilik kuliah seperti penyaman udara, komputer, LCD dan OHP tidak dapat

berfungsi dengan baik dan tidak mecukupi. Setiap bilik kuliah sepatutnya mempunyai

sebuah komputer, LCD, OHP dan penyaman udara untuk kegunaan pensyarah dan

Page 21: MOHD ZAIDI BIN MOHD NAZAR - fp.utm.my · Dengan nama Allah yang Maha Pengasih ... bengkel dan makmal komputer berada pada tahap ... display (LCD), overhead projector (OHP), penghawa

4

pelajar semasa proses p & p. Tanpa peralatan ini boleh menyebabkan proses p & p

terganggu.

Bagi subjek-subjek amali kebiasaannya ia dijalankan di bengkel supaya pelajar

dapat melakukan kerja-kerja amali di samping dapat mengenali dan mengasah

kemahiran mereka dalam penggunaan alat-alat bengkel. Bengkel-bengkel yang terdapat

di Jabatan Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan ialah bengkel

fabrikasi logam, bengkel pemesinan logam, bengkel kerja kayu dan bata, bengkel

penyejuk dan penyaman udara, bengkel elektrik, bengkel elektronik dan bengkel

teknologi plastik. Bengkel-bengkel tersebut ditempatkan di bangunan N30. Manakala

bengkel automatif pula di tempatkan di bangunan N26. Bangunan-bangunan bengkel ini

terletak agak jauh lebih kurang 500 meter dari Fakulti Pendidikan. Setiap bengkel

menempatkan seorang pembantu bengkel untuk menyelenggarakan dan menguruskan

bengkel.

Bengkel-bengkel perlu dilengkapi dengan pelbagai jenis peralatan dan mesin

untuk kegunaan pelajar. Peralatan dan mesin yang terdapat di bengkel rata-rata

mempunyai nilai harga yang tinggi contohnya seperti mesin pengimbang tayar, mesin

larik dan mesin kisar. Disebabkan harga yang terlampau mahal, hanya beberapa buah

sahaja mesin dapat di beli untuk ditempatkan di dalam bengkel. Seperti di bengkel

automotif, hanya terdapat sebuah sahaja mesin pengimbang tayar yang telah disediakan.

Oleh sebab itu, mesin-mesin ini terpaksa dikongsi dengan jumlah pelajar yang ramai

yang rata-ratanya melebihi 15 orang bagi satu-satu masa. Ini akan menyebabkan proses

menjalankan kerja amali mengambil masa yang lama untuk disiapkan oleh pelajar.

Malahan pelajar juga tidak dapat meningkatkan kemahiran mereka dalam mengendali

dan menggunakan peralatan mesin.

Pihak Fakuti Pendidikan juga turut menyediakan pusat sumber bagi kegunaan

pensyarah dan pelajar untuk mendapatkan sumber ilmiah dan rujukan. Pusat sumber

yang disediakan adalah di bawah pengendalian Jabatan Multimedia Pendidikan, Fakulti

Page 22: MOHD ZAIDI BIN MOHD NAZAR - fp.utm.my · Dengan nama Allah yang Maha Pengasih ... bengkel dan makmal komputer berada pada tahap ... display (LCD), overhead projector (OHP), penghawa

5

Pendidikan. Suasana di dalam pusat sumber nampak ceria dan menarik, ini selaras

dengan petikan dari Portal Pendidikan Utusan Bestari yang menyatakan pusat sumber

perlu diurus secara berkualiti dan sistematik kerana ia memainkan peranan penting

dalam menyediakan gerbang kepada keilmuan, pemikiran dan budaya (Azmy Mohamed,

2005).

Pusat sumber Fakulti Pendidikan mempunyai peraturan yang perlu dipatuhi oleh

setiap pelajar yang mahu menggunakan perkhidmatannya. Salah satu daripadanya ialah

semua jenis beg dan fail tidak boleh dibawa masuk kecuali barang berharga dan buku

catatan. Oleh sebab itu, untuk masuk ke pusat sumber pelajar-pelajar tidak dibenarkan

membawa masuk beg atau fail. Ini telah termaktub di dalam peraturan pusat sumber

yang mana semua jenis beg dan fail tidak boleh dibawa masuk kecuali barang berharga

dan buku catatan (Pejabat Pentadbiran FP, 2006). Ia bertujuan untuk mengelakan

daripada berlakunya kehilangan tesis atau bahan-bahan rujukan yang lain. Oleh sebab

itu, pihak fakulti telah menyediakan beberapa buah meja untuk dijadikan sebagai tempat

untuk menyimpan beg dan fail yang dibawa oleh pelajar. Tempat penyimpanan ini akan

berada dalam keadaan tidak terurus apabila terdapat banyak beg atau fail yang

diletakkan di tempat tersebut. Malahan barang-barang yang ditinggalkan oleh pelajar di

tempat tersebut berisiko untuk hilang berikutan tiada tempat penyimpanan yang

bersistematik dan bersesuaian seperti rak penyimpanan yang berkunci.

Pihak Fakulti Pendidikan juga turut menyediakan kemudahan perkhidmatan

komputer untuk kegunaan pelajar dan pensyarah. Perkhidmatan komputer yang

disediakan untuk memudahkan pelajar membuat tugasan dan melayari internet. Namun

begitu, terdapat banyak komputer yang disediakan tidak dapat berfungsi dengan baik,

malahan perkhidmatan internet yang disediakan juga kurang memuaskan dan kerap

mengalami masalah.

Kemudahan sangat penting untuk membantu pelajar dan pensyarah dalam proses

p & p. Kesempurnaan dan kelengkapan kemudahan yang disediakan boleh

Page 23: MOHD ZAIDI BIN MOHD NAZAR - fp.utm.my · Dengan nama Allah yang Maha Pengasih ... bengkel dan makmal komputer berada pada tahap ... display (LCD), overhead projector (OHP), penghawa

6

meningkatkan kepuasan pelajar terhadap kemudahan yang disediakan Kegembiraan dan

keseronokan akan dapat melahirkan kepuasan bekerja yang tinggi serta melahirkan

tingkah laku yang positif kepada organisasi. Sebaliknya apabila seseorang itu bekerja

tanpa kegembiraan dan keseronokan ianya akan menyebabkan rasa ketidak puashatian

meningkat, mereka sentiasa tertekan dan merasa kecewa kepada tugas yang diberikan

(Shahrul Kamaruddin, 1998 ). Sama juga dengan belajar, seseorang akan berasa puas

sekiranya dapat belajar dalam keadaan suasana yang menyeronokkan dan tidak tertekan

di samping dapat meningkatkan prestasi dalam pembelajaran.

1.3 Pernyataan masalah

Berdasarkan latarbelakang masalah yang telah dihuraikan oleh penyelidik,

menunjukkan bahawa terdapat kelebihan dan kekurangan yang wujud di sebalik

kemudahan yang disediakan di Fakulti Pendidikan. Kemudahan yang terdapat di

universiti sebenarnya memberikan impak yang besar dalam menentukan kejayaan

seseorang pelajar. Tanpa kemudahan yang lengkap akan menyebabkan pelajar

mengalami kesukaran dalam mendapatkan dan meningkatkan pengetahuan serta

kemahiran mereka.

Pihak universiti khususnya Fakulti Pendidikan cuba menjalankan dan melakukan

pelbagai usaha untuk meningkatkan lagi kualiti prasarana dan kemudahan yang telah

sedia ada. Usaha tersebut antaranya termasuklah penambahbaikan dan membaik pulih

beberapa aspek yang berkaitan dengan kemudahan yang disediakan seperti aspek

kebersihan, kelengkapan, pengudaraan, pencahayaan, keselesaan, keluasan, susunatur

dan masa penggunaan.

. Melihat kepada senario ini, penyelidik telah terdorong melakukan kajian untuk

mengenal pasti kepuasan pelajar di Fakulti Pendidikan terhadap kemudahan seperti bilik

Page 24: MOHD ZAIDI BIN MOHD NAZAR - fp.utm.my · Dengan nama Allah yang Maha Pengasih ... bengkel dan makmal komputer berada pada tahap ... display (LCD), overhead projector (OHP), penghawa

7

kuliah, bengkel, pusat sumber dan perkhidmatan komputer yang telah disediakan oleh

pihak pengurusan Fakulti Pendidikan, UTM.

1.4 Objektif kajian

Terdapat empat objektif utama yang digariskan bagi kajian ini iaitu untuk

mengenal pasti :

i. Kepuasan pelajar terhadap kemudahan bilik kuliah.

ii. Kepuasan pelajar terhadap kemudahan bengkel.

iii. Kepuasan pelajar terhadap kemudahan pusat sumber.

iv. Kepuasan pelajar terhadap kemudahan perkhidmatan komputer.

1.5 Persoalan kajian

Persoalan kajian ini ingin menilai kemudahan pembelajaran yang disediakan di

Fakulti Pendidikan UTM iaitu sejauhmana ia dapat memberi kepuasan kepada para

pelajar. Daripada objektif kajian ini, beberapa jawapan daripada persoalan berikut diberi

perhatian:

i. Sejauhmanakah kepuasan pelajar terhadap kemudahan bilik kuliah? ii. Sejauhmanakah kepuasan pelajar terhadap kemudahan di bengkel?

Page 25: MOHD ZAIDI BIN MOHD NAZAR - fp.utm.my · Dengan nama Allah yang Maha Pengasih ... bengkel dan makmal komputer berada pada tahap ... display (LCD), overhead projector (OHP), penghawa

i. Sejauhmanakah kepuasan pelajar terhadap kemudahan pusat sumber? ii. Sejauhmanakah kepuasan pelajar terhadap kemudahan perkhidmatan komputer?