Mohon khemah
-
Upload
ahmad-hafizan -
Category
Documents
-
view
2.750 -
download
7
Transcript of Mohon khemah
SEKOLAH KEBANGSAAN BAKAP31000 BATU GAJAHPERAK DARUL RIDZUANTel. Sek : 605-3668792 Fax. Sek: 605-3668792
Email : [email protected] Kod Sek. ABA 2038
“1 MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”
Ruj. Tuan : Ruj. Kami : aba2038/skn26/2011/(112) Tarikh : 16hb FEB. 2011
13hb. R'AWAL 1432H
Tuan/puan,
MEMOHON PEMINJAMAN KHEMAH BAGI MENJAYAKAN KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN KE 26
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
2. Berikut adalah butiran program tersebut :Tarikh : 26hb Februari 2011 (Sabtu)Masa : 8.00am – 1.00 pmTempat : Padang Sekolah Kebangsaan Bakap.
3. Sehubungan itu, kami ingin memohon peminjaman sejumlah 4 buah khemah dari pihak tuan/puan bagi tujuan tersebut. Kami juga berharap agar pemasangan khemah tersebut dapat dilakukan pada 24hb. Februari 2011 (Khamis) bermula jam 9.00 pagi bagi kelancaran pengurusan.
4. Segala jasa baik pihak tuan/puan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
Saya yang menjalankan tugas,
……………………………(En. Zahari B. Che Ros) Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Bakap Batu Gajah, Perak..
SK. –Fail
Kepada,
Pengarah,Pusat Pemulihan Akhlak,31000 Batu Gajah,Perak Darul Ridzuan.