moral kssr

7
Pilih SATU Nilai dan dengan merujuk kepada tafsiran band dalam jadual di atas, jelaskan bagaimana anda dapat menentukan sama ada murid telah mencapai sesuatu band. Nilai yang dipilih ialah “KEADILAN”. Pelbagai kaedah boleh diguna pakai bagi menentukan sama ada murid telah mencapai sesuatu band atau tidak. Antara bentuk pentaksiran yang boleh digunakan ialah lembaran kerja, pemerhatian, kuiz, senarai semak, laporan tugasan, tugasan rumah dan ujian. Bagi memudahkan kefahaman tentang kaedah pentaksiran dan penentuan band yang selayaknya murid tersebut dapat, contoh dan penjelasan akan diberi mengikut tafsiran band yang telah ditetapkan. Untuk band 1 iaitu murid tahu perkara asas, atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi respons terhadap perkara yang asas. Merujuk kepada dokumen standard pendidikan moral, tahap penguasaan band 1 memerlukan murid menyatakan cara bersikap adil kepada jiran. Jadi apa yang boleh dilakukan guru ialah menyediakan satu lembaran kerja dan meminta murid menyenaraikan cara-cara bersikap adil kepada jiran. Murid yang dapat menepati skor-skor tertentu akan dikira melepasi tahap penguasaan sekali gus melayakkan murid untuk mendapat band 1 bagi tajuk keadilan. Band 2 di dalam tajuk keadilan ini pula memerlukan murid menceritakan kepentingan bersikap adil terhadap jiran. Di sini, guru boleh mengambil aktiviti dialog, berlakon, mencipta simulasi berkaitan tajuk. Sekiranya murid dapat menceritakan

description

esei bahagian b moral

Transcript of moral kssr

Page 1: moral kssr

Pilih SATU Nilai dan dengan merujuk kepada tafsiran band dalam jadual di atas, jelaskan bagaimana anda dapat menentukan sama ada murid telah mencapai sesuatu band.

Nilai yang dipilih ialah “KEADILAN”. Pelbagai kaedah boleh diguna pakai bagi

menentukan sama ada murid telah mencapai sesuatu band atau tidak. Antara bentuk

pentaksiran yang boleh digunakan ialah lembaran kerja, pemerhatian, kuiz, senarai semak,

laporan tugasan, tugasan rumah dan ujian.

Bagi memudahkan kefahaman tentang kaedah pentaksiran dan penentuan band

yang selayaknya murid tersebut dapat, contoh dan penjelasan akan diberi mengikut tafsiran

band yang telah ditetapkan.

Untuk band 1 iaitu murid tahu perkara asas, atau boleh melakukan kemahiran asas

atau memberi respons terhadap perkara yang asas. Merujuk kepada dokumen standard

pendidikan moral, tahap penguasaan band 1 memerlukan murid menyatakan cara bersikap

adil kepada jiran. Jadi apa yang boleh dilakukan guru ialah menyediakan satu lembaran kerja

dan meminta murid menyenaraikan cara-cara bersikap adil kepada jiran. Murid yang dapat

menepati skor-skor tertentu akan dikira melepasi tahap penguasaan sekali gus melayakkan

murid untuk mendapat band 1 bagi tajuk keadilan.

Band 2 di dalam tajuk keadilan ini pula memerlukan murid menceritakan

kepentingan bersikap adil terhadap jiran. Di sini, guru boleh mengambil aktiviti dialog,

berlakon, mencipta simulasi berkaitan tajuk. Sekiranya murid dapat menceritakan semula,

ataupun berkomunikasi tentang kepentingan bersikap adil terhadap jiran, guru boleh

memberi band 2 kepada murid tersebut.

Tafsiran band 3 mengehendaki murid boleh menggunakan pengetahuan untuk

melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu situasi. Untuk menilai aspek ini di bawah tajuk

keadilan, guru perlu memastikan murid boleh menunjuk cara bersikap adil terhadap jiran

dalam sesuatu situasi dengan bimbingan. Antara bentuk pentaksiran yang boleh digunakan

ialah kad arahan dan mencipta situasi. Guru mencipta satu situasi atau masalah yang

memerlukan murid menunjukkan cara mengatasi masalah tersebut dengan menunjukkan

Page 2: moral kssr

nilai mengikut tema yang ditetapkan. Jika murid tersebut boleh dan dapat menunjukkan

cara, murid tersebut layak untuk memperoleh band 3 dalam tajuk tersebut.

Band 4 pula memerlukan murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab,

iaitu mengikut prosedur atau secara sistematik. Di bawah tafsiran band 4 ini, murid

dikehendaki untuk mendemonstrasikan cara bersikap adil terhadap jiran dalam pelbagai

situasi. Seakan sama dengan tafsiran band 3, namun begitu pada band 4 ni, murid

dikehendaki melakukan demonstrasi tanpa bimbingan guru. Guru memberi arahan ataupun

situasi tertentu, murid berfikir dan membuat demonstrasi perlakuan yang sesuai dengan

situasi tersebut di hadapan kelas. Murid yang berjaya melakukan demonstrasi ini dan tepat

dengan situasi yang diberi, murid tersebut layak untuk memperoleh band 4.

Untuk menentukan sama ada murid tersebut telah mencapai band 5 pula, murid

melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baharu, dengan mengikut prosedur atau

secara sistematik, serta tekal dan bersikap positif. Dalam topik keadilan, band 5 diperoleh

murid mengamalkan cara bersikap adil terhadap jiran dalam kehidupan seharian.

Bagaimanakah kaedah pentaksiran yang sesuai untuk memastikan murid mengamalkan cara

bersikap adil terhadap jiran dalam kehidupan seharian mereka?. Pada pendapat saya, guru

boleh menyediakan satu senarai semak ataupun soal selidik dan perlu dibawa pulang ke

rumah. Soal selidik tersebut hendaklah dilengkapkan oleh jiran dan ditandatangani oleh

jiran yang telah melengkapkan soal selidik tersebut. Bagi mengelakkan ketirisan berlaku,

murid dikehendaki menyertakan dokumentasi bergambar bersama jiran mereka semasa

mengisi soal selidik tersebut. Sekiranya skor pada soal selidik itu berjaya mencapai standard

yang telah ditetapkan guru, maka guru boleh memberi band 5 kepada murid tersebut.

Namun begitu, untuk memberi band 5 kepada murid, murid perlulah mencapai band 4

terlebih dahulu.

Akhir sekali, band 6 ataupun band yang tertinggi dalam pentaksiran, murid berupaya

menggunakan pengetahuan dan kemahiran sedia ada untuk digunakan pada situasi baru

secara sistematik, bersikap positif, kreatif dan inovatif serta boleh dicontohi. Bagi mencapai

band 6, pelbagai cara pentaksiran yang perlu dijalankan guru. Murid mengamalkan cara

bersikap adil terhadap jiran dalam kehidupan seharian dan boleh dicontohi. Sekiranya band

5 memerlukan murid mengamalkan sikap adil sesama jiran, band 6 pula mengehendaki

amalan murid tersebut boleh dicontohi oleh sesiapa sahaja. Justeru itu, satu penilaian

Page 3: moral kssr

secara keseluruhan perlu dijalankan. Selain instrumen soal selidik, guru boleh menggunakan

instrumen temu bual antara ahli keluarga, masyarakat setempat, guru dan jiran terdekat

murid. Sekiranya, hasil temu bual menepati standard penskoran guru bagi melayakkan

murid mendapat band 6, maka murid tersebut akan mencapai band 6 dalam nilai keadilan.

Berikan contoh-contoh tingkah laku realistik yang anda dapat perhatikan dan adil

bagi murid yang diberikan band tertentu.

Tingkah laku realisitik yang dapat diperhatikan dan adil bagi murid dalam standard

kandungan 8.1 – Mengamalkan keadilan kepada jiran dapat dihuraikan melalui jadual di

bawah.

BAND TAHAP PENGUASAAN TINGKAH LAKU

1Murid menyatakan cara

bersikap adil kepada jiran

1. Murid menyenaraikan 5 cara bersikap

adil kepada jiran.

2. Murid menulis 5 tingkah laku yang

menunjukkan sikap adil kepada jiran.

3. Murid menjawab 5 soalan kefahaman

berdasarkan tajuk

2

Murid menceritakan kepentingan bersikap adil

terhadap jiran

1. Secara berpasangan, murid boleh

menyatakan secara lisan kepentingan

bersikap adil.

2. Murid membentangkan hasil kerja

kumpulan berkaitan kepentingan

bersikap adil terhadap jiran.

3. Murid menceritakan kepada kelas

tentang kesan bersikap adil kepada

jiran

3 Murid menunjuk cara bersikap adil terhadap jiran

dalam sesuatu situasi dengan bimbingan.

1. Guru menunjukkan satu video

mengenai pembuangan sampah di

antara rumah kamu dan rumah jiran,

cipta satu lakonan bagi menyelesaikan

perkara tersebut. Lakonkan

Page 4: moral kssr

penyelesaian tersebut di hadapan

kelas.

4

Murid mendemonstrasikan cara bersikap adil terhadap jiran dalam pelbagai situasi.

1. Guru memberi gambar berkenaan

pokok buah mangga yang tumbuh

di hadapan rumah. Murid

mendemonstrasikan bagaimana

buah tersebut dibahagikan sama

ada sekiranya buah yang gugur

dijadikan hak miliknya mahupun

dibahagikan sama rata sesama

jiran.

5

Murid mengamalkan cara bersikap adil terhadap jiran dalam kehidupan seharian.

1. Murid sentiasa bersikap adil sesama

jiran.

2. Murid tidak mementingkan diri

apabila jiran mengalami kesusahan.

3. Sentiasa mengambil berat tentang

jiran.

6

Murid mengamalkan cara bersikap adil terhadap jiran dalam kehidupan seharian

dan boleh dicontohi.

1. Murid berlaku adil sesama jiran dan

anak-anak setempat mencontohi

perilaku murid tersebut. Sebagai

contoh, murid tersebut memotong

rumput yang tumbuh di hadapan

rumahnya berserta rumah jirannya.

Penduduk setempat yang melihat

amalan tersebut mencontohi amalan

tersebut dengan melakukan perkara

itu juga.

Page 5: moral kssr

Bagaimana anda dapat mengelak memberi Band yang tidak adil, kerana Band yang

diberikan adalah berat implikasinya terhadap harga seorang manusia.

Di dalam PBS, autonomi telah diberikan kepada guru untuk melaksanakan

pentaksiran berdasarkan kesediaan murid. PBS membantu guru dan murid mengenal pasti

kekuatan dan kelemahan murid semasa pengajaran dan pembelajaran berjalan.

Sehubungan dengan itu guru bolehlah menyesuaikan aktiviti pengayaan atau pemulihan

mengikut keperluan murid.

Wajar diingat bahawa PBS tidak membandingkan murid dengan murid lain.

Sebaliknya kejayaan murid diukur bersandarkan Standard yang harus dicapai di sesuatu

tahap pembelajaran. Bagi mengelakkan ketidakadilan berlaku, guru seharusnya menetapkan

satu skor standard yang telah ditetapkan di dalam mesyuarat panitia ataupun yang telah

dipersetujui bersama oleh para guru setelah meneliti kesesuaian murid di sekolah tersebut.

Skor tersebut haruslah dipatuhi oleh guru setelah pentaksiran berlaku.

Adalah diharapkan dengan cara ini tekanan ke atas murid dan guru dapat

dikurangkan kerana murid tidak dibandingkan dengan kumpulan yang lebih cerdas atau

terpaksa menunggu rakan lain yang belum menguasai sepenuhnya sesuatu kemahiran yang

diajar untuk maju.