morfo grup
-
Upload
ct-awer-yusoh -
Category
Documents
-
view
228 -
download
2
description
Transcript of morfo grup
KONSEP KATA GANTI NAMA
Menurut buku Tatabahasa Asas (2014) oleh Ahmad Khair Mohd Nor, Raminah Hj.
Sabran, Nawi Ismail dan Ton Ibrahim kata ganti nama ialah kata yang dapat menggantikan
sesuatu kata nama, sama ada nama khas atau kata nama am. Dengan kata lain, kata ganti nama
merujuk kepada sesuatu nama yang dimaksudkan atau yang ditunjukkannya.
Manakala menurut buku Nahu Melayu Mutakhir edisi kelima (2009) oleh Asmah Haji
Omar pula menyatakan yang kata ganti nama adalah kata yang berdiri di tempat kata nama.
Dengan demikian kata ganti nama boleh berfungsi pada subjek dan objek ayat. Kata ganti nama
pada amnya memasuki sistem tertutup.
Berdasarkan buku Tatabahasa Dewan edisi baharu (1997) oleh Nik Safiah Karim, Farid
M. Onn, Hashim Hj. Musa dan Abdul Hamid Mahmood pula, kata ganti nama ialah perkataan
yang menjadi pengganti kata nama khas dan kata nama am.
Oleh hal yang demikian, berdasarkan ketiga-tiga definisi dari buku tersebut, apa yang
dapat difahami yang kata ganti nama ialah pengganti untuk seseorang dalam menerangkan
sesuatu. Kata ganti nama ini terdiri dari golongan kata nama.
CIRI-CIRI KATA NAMA
Berdasarkan buku Tatabahasa Asas ada menyatakan beberapa kriteria untuk mengenali kata
nama.
(1) Setiap kata nama dapat diikuti oleh kata tunjuk itu atau ini. Kata tunjuk itu menjadi kata
penentu dalam binaan frasa nama kerana kata itu hadir pada akhir binaan frasa nama.
Contohnya: wang itu / ini.
Segala rancangan itu / ini.
(2) Kata nama dapat didahului kata bilangan, dengan atau tanpa penjodoh bilangan.
Contohnya: empat buah rumah.
Ketiga-tiga orang pelajar.
Kata penjodoh bilangan atau kata bilangan tidak dapat digunakan dengan kata kerja atau
kata adjektif. Oleh itu, binaan seperti dua buah makan, tiga buah tidur dan tiga buah
kuning tidak diterima dalam Bahasa Melayu.
(3) Kata nama dapat diikuti oleh kata adjektif, sama ada secara langsung ataupun dengan
kata hubung yang. Contohnya: ibu tua itu.
Ibu yang tua itu.
(4) Kata nama boleh didahului oleh kata sendi nama. contohnya :
Normah ke Melaka.
Orang itu berdiri di samping saya.
(5) Setiap kata nama dapat berfungsi sebagai subjek, predikat, pelengkap, dan objek dalam
ayat. Contohnya:
Bahaya ada di mana-mana. (subjek)
Tindakannya itu bahaya. (predikat)
Situasi bertambah bahaya. (pelengkap)
Jangan mencari bahaya. (objek)
KESIMPULAN
Berdasarkan perbandingan dan dapatan yang diperoleh, apa yang dapat disimpulkan ialah
kata ganti nama ini terbahagi kepada tiga golongan. Pembahagian ketiga-tiga golongan ini
seperti yang dinyatakan dalam buku-buku yang telah digunakan. Tiga golongan tersebut ialah
kata ganti nam tunjuk, kata ganti nama diri, dan kata ganti nama tak tentu. Seterusnya dalam
subgolongan yang dibahagi tersebut, kata ganti nama tunjuk terbahagi kepada tiga jenis lagi iaitu
kata ganti nama umum, kata ganti nama tempat dan kata ganti nama hal. Tambahan lagi, bagi
kata ganti nama diri pula terbahagi kepada kata ganti nama tanya dan kata ganti nama orang.
Kata ganti nama orang mempunyai tiga jenis iaitu kata ganti nama pertama, kata ganti nama
kedua, dan kata ganti nama ketiga.
RUJUKAN
Ahmad Khair Mohd Nor, Raminah Hj. Sabran, Nawi Ismail & Ton Ibrahim. Tatabahasa Asas.
2014. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn Bhd.
Nik Safiah Karim. Farid M.Onn, Hashim Hj. Musa & Abdul Hamid Mahmood. Tatabahasa
Dewan edisi baharu. 1997. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Asmah Haji Omar. Nahu Melayu Mutakhir edisi kelima. 2009. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa
dan Pustaka.