Morfologi_pembentukan kata

16
BAB 3 – PENGAPLIKASIAN MORFOLOGI BAHASA MELAYU 3.0 Pengenalan Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolong kata. Struktur kata bermaksud susunan bunyi ujaran atau Morfem Perkataan 1. Konsep Bebas Terikat 2. Bentuk Kata Tunggal Terbitan Majmuk Ganda 3. Proses Pembentukan Kata Pengimbuhan Pemajmukan Penggandaaan 4. Golongan Kata Kata Nama Kata Kerja Kata Adjektif Kata Tugas Akar Dasar

Transcript of Morfologi_pembentukan kata

Page 1: Morfologi_pembentukan kata

BAB 3 – PENGAPLIKASIAN MORFOLOGI BAHASA MELAYU

3.0 Pengenalan

Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolong kata. Struktur kata bermaksud susunan bunyi ujaran atau

Morfem Perkataan

1. Konsep

Bebas Terikat

2. Bentuk Kata

Tunggal Terbitan Majmuk Ganda

3. Proses Pembentukan Kata

Pengimbuhan Pemajmukan Penggandaaan

4. Golongan Kata

Kata Nama Kata Kerja Kata Adjektif Kata Tugas

Akar Dasar

Page 2: Morfologi_pembentukan kata

lambang (tulisan) yang menjadi unit tatabahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa sama ada bentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Penggolongan kata pula ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan latar fungsi dengan anggota lain dalam golongan yang sama.

3.1 Akronim

Akronim ialah kata singkatan yang terbentuk dengan menggabungkan huruf awal, suku kata atau gabungan kombinasi awal dan suku kata daripada satu rangkai kata.Ditulis serta dilafazkan sebagai satu kesatuan yang wajar. Akronim tergolong ke dalam kata tunggal, seperti dalam contoh-contoh di bawah:

LUTH MARA ABIM Tabikacerpen purata Bernama Pernas

Intan

3.2 Imbuhan

Imbuhan ialah bentuk morfem yang tidak boleh hadir secara bersendirian dalam ayat. Ia harus diimbuhkan pada bentuk yang lain, iaitu dengan kata dasar. Imbuhan dapat dibahagikan kepada empat jenis, iaitu:

3.2.1 Awalan

Hadir sebelum kata dasar.

1. Menunjukkan perbuatan bagi diri sendiri

2. Menunjukkan perbuatan bagi ayat pasif

3. Menunjukkan mempunyai

- Shita berjalan di tepi tasik untuk melapangkan fikirannya

- Soalan Ani belum berjawab

- Setiap pelajar berhasrat untuk melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat Ph.D.

Page 3: Morfologi_pembentukan kata

4. Menunjukkan mengeluarkan

5. Menunjukkan bilangan yang sedia ada

- Pokok rambutan itu telah berputik

- Mereka berdua berkelah di pantai Cherating

3.2.2 Akhiran

Hadir sesudah kata dasar.

1. Hasil perbuatan

2. Besar

3. Alat / perkakas

4. Keadaan / rupa sesuatu

5. Tempat

6. Tempoh / waktu

- Pukulan Razif telah menumpaskan lawannya

- Angin itu bertiup dari daratan ke lautan

- Acuan agar-agar itu terlalu kecil

- Perompak itu dalam lingkungan umur 20-an

- Sebuah empangan baru akan dibina di kawasan itu

- Majalah mingguan itu sangat laris dijual

3.2.3 Imbuhan Sisipan

Hadir di celah kata dasar.

-el- -er- -em-1. telapak2. telunjuk3. gelanggang

kerupingserulinggerigi

kemuninggemuruh

kemuncup

Page 4: Morfologi_pembentukan kata

3.2.4 Imbuhan Apitan

Hadir secara mengapit kata dasar secara serentak.

Maksud Contoh1. Kena oleh perbuatan asalnya

2. Menamai zat perbuatan

3. Tempat perbuatan

4. Hasil perbuatan

5. Alat

- Pelantikan Zahir sebagai ketua pengarah syarikat itu telah mendapat sokongan ramai.

- Pertandingan Menulis Cerpen itu medapat sambutan hangat daripada para remaja.

- Banyak bot yang berlabuh di pelabuhan itu.

- Ayah tidak berpuas hati dengan penjelasan adik.

- Barang-barang perhiasan di keadai itu sangat cantik.

3.2.5 Imbuhan Pinjaman

Imbuhan Maksud Contohmaha- teragung maharajatata- suatu susunan tatacarapra- sebelum praperakaunanswa- sendiri swatenagatuna- tiada tunakaryaeka- satu ekafungsidwi- dua dwibahasatri- tiga tribulanpanca lima pancasila-man pelaku lelaki seniman-wati pelaku wanita peragawati-nita tidak pranitabi- mencirikan sifat biadab

Page 5: Morfologi_pembentukan kata

i--wi

yang terkandung dalam kata dasar

abadisejarawi

-iah sifat alamiah-in-at

kata nama lelaki dan perempuan

mukmininmuslimathadirat

pro- setuju probaratanti- tanda melawan antisosialpoli- banyak poliklinikauto- secara bersendirian automatiksub- sebahagian subsistemsupra melebihi suprasegmen-isme ajaran komunisme-ik kajian linguistik-si proses / keadaan klasifikasi-al keadaan kritikal-is ahli cerpenis

3.3 Kata Majmuk

Proses pemajmukan ialah proses yang merangkaikan dua kata atau lebih, dan bentuk baru yang terhasil akan membawa makna yang tertentu. Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit. Bentuk kata majmuk tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain. Contoh kata majmuk adalah seperti berikut:

3.2.1 Kata Majmuk Rangkai Kata Bebas

Contohnya: alat tulis nasi minyak kerusi malas

3.2.2 Kata Majmuk Istilah Khusus

Contohnya: batu kapur carta pai kanta tangan

Page 6: Morfologi_pembentukan kata

3.2.3 Kata Majmuk Maksud Kiasan

Contohnya: kaki ayam duit kopi berat tangan

Terdapat juga sebilangan bentauk kata majmuk yang disebut sebagai kata majmuk mantap iaitu dieja secara serangkai, seperti dalam contoh berikut:

antarabangsa apabila padahal olahraga warganegara

3.4 Kata Ganda

Proses penggandaaan dalam bahas Melayu ialah proses yang menggandakan kata dasar. Dalam proses demikian, kata dasar boleh mengalami penggandaan penuh atau separa. Kata dasar juga boleh digandakan secara berentak, iaitu berdasarkan bunyi tertentu. Tiga jenis penggandaan dalam bahasa Melayu adalah seperti yang berikut:

3.3.1 Penggandaan Penuh

Contohnya: pulau-pulau buku-buku cantik-cantik

3.3.2 Penggandaan Separa

Contohnya: jejari sesisir lelangit

3.3.3 Penggandaan Berentak

Contohnya: sayur-mayur lauk-pauk gunung-ganang

3.5 Golongan Kata Nama

Kata nama ialah perkataan yang menyatakan nama bagi sesuatu seperti orang, benda, binatang, tempat, konsep, dan sebagainya. Kata nama dapat diikuti dengan frasa yang atau yang sangat. Penanda bagi kata nama ialah

Page 7: Morfologi_pembentukan kata

setiap kata nama dapat didahului oleh kata bilangan, penjodoh bilangan dan kata penentu ini / itu.

3.5.1 Jenis Kata Nama

Terdapat tiga jenis kata nama dalam bahasa Melayu:a) Kata nama am: adik, sayur, sekolah, lorong, keindahanb) Kata nama khas: Asraf, Jibrail, Malaysiac) Kata ganti nama: saya, awak, dia

Kata nama dapat berfungsi sebagai:a) Subjek ayat: Amir tiba.b) Pelengkap kata kerja: Abang menjadi guru.c) Objek langsung kata kerja: Bapa menulis surat.d) Objek tak langsung: Abang membacakan ibu surat itu.e) Objek kata depan: Surat daripada Kamal.f) Kata nama juga dapat berada pada kedudukan kepunyaan: Itu beg

Aishah.

3.5.2 Kata Ganti Nama

Kata ganti nama ialah perkataan yang digunakan bagi menggantikan nama benda atau orang yang tidak disebutkan secara khusus. Kata ganti nama dan subgolongannya dapat digambarkan seperti dalam rajah yang berikut:

Ganti Nama

Ganti Nama Tunjuk

Ganti Nama Diri

Ganti Nama Diri Tanya

Ganti Nama Diri Orang

Page 8: Morfologi_pembentukan kata

a) Kata ganti nama tunjuk

Kata ganti nama tunjuk terdiri daripada perkataan ini dan itu, bagi merujuk perkara-perkara atau benda-benda yang dekat dan jauh.

b) Kata ganti nama diri tanya

Kata ganti nama diri tanya digunakan bagi merujuk benda atau orang dalam bentuk pertanyaan, dan biasanya menggunakan perkataan apa, siapa, dan mana.

c) Kata ganti nama diri orang

Kata ganti nama diri orang digunakan bagi menggantikan nama orang dan terbahagi kepada ganti nama diri orang pertama, ganti nama diri orang kedua, dan ganti nama diri orang ketiga, seperti yang berikut:

Kata ganti diri orang pertama

Kata ganti diri orang kedua

Kata ganti diri orang ketiga

sayaakubetakamikita

saudaraawakkamu

engkauanda

diabeliaumereka

iabaginda

3.6 Golongan Kata Kerja

Kata kerja ialah perkataan yang digunakan untuk menunjukkan perbuatan atau keadaan melakukan sesuatu.

3.6.1 Jenis Kata Kerja

Terdapat dua jenis kata kerja:a) Kata kerja transitifb) Kata kerja tak transitif

Page 9: Morfologi_pembentukan kata

Setiap kata kerja dapat disertai oleh kata bantu (sudah, telah, belum) atau diperluas dengan perkataan dengan (berjalan dengan cepat, menendang dengan kuat).

3.6.2 Kata Kerja Transitif

Kata kerja transitif ialah kata kerja yang diikuti objek. Kata kerja transitif tidak boleh berdiri sendiri tanpa objek. Kata kerja transitif seperti menendang bola, menelefon kawan, memukul anjing, dan memakan nasi. Penggunaan kata kerja transitif dapat diperlihat seperti dalam contoh ayat:

Subjek Kata Kerja Transitif Objek1. Ammar2. Ibu3. Penjaja4. Bapa

membacamenanakmenjualmembasuh

buku setiap paginasiikankereta semalam

Oleh sebab itu, setiap ayat yang mempunyai kata kerja transitif perlu mempunyai objek untuk menerangkan dengan lengkap tentang perbuatan yang dilakukan.

3.6.3 Kata Kerja Tak Transitif

Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang sempurna maknanya dan dapat berdiri sendiri dalam ayat dengan tidak memerlukan objek. Kata kerja tak transitif seperti menangis, berenang, berdering, dan mendarat. Kesemua contoh kata kerja tersebut tidak perlu diikuti objek kerana maknnya sudah sempurna. Contoh:1. Jam loceng itu berdering (pagi tadi).2. Gadis itu menangis (kerana bapanya meninggal dunia).3. Air sungai itu mengalir (deras).4. Pesawat itu mendarat (di landasan).

Page 10: Morfologi_pembentukan kata

3.6.4 Kata Kerja Tak Tarnsitif Tak Berpelengkap

Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap ialah kata kaerja yang tidak memerlukan objek atau penyambut sesudahnya, dan boleh berdiri sendiri sebagai frasa predikat seperti contoh berikut:

Kata kerja tak transitif tak berpelengkapKata kerja tak transitif tanpa pelengkap.Contohnya:

1. Semua orang sudah datang.2. Dia suka menyanyi.3. Emak sedang berdoa.

Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap yang diikuti unsur keterangan. Contohnya:

1. Semua orang sudah datang ke majlis itu.2. Budak itu menyanyi pada malam hari.3. Dia suka bergurau dengan adik kecilnya.4. Emak sedang berdoa dengan khusyuknya.

Kata kerja tak transitif berpelengkap pula mesti diikuti oleh pelengkap untuk menyempurnakan maksud ayat. Pelengkap hadir selepas kata kerjat tak transitif, seperti dalam contoh-contoh berikut:

3.6.5 Kata Kerja Tak Transitif

Kata kerja tak transitifa) Kata nama sebagai pelengkap. Contohnya:

1. Dia menjadi guru bahasa Melayu.2. Saya ada wang.3. Rumahnya bertiangkan batang menanti.

a) Kata adjektif sebagai pelengkap. Contohnya:1. Buah-buahan itu menjadi busuk.2. Kesihatan Ahmad bertambah baik.3. Peserta itu tidur lena.

a) Frasa sendi nama sebagai pelengkap. Contohnya:

Page 11: Morfologi_pembentukan kata

1. Adik berjalan-jalan di tepi pantai.2. Burung itu hinggap di dahan pokok.3. Pelajar itu melawat ke Putrajaya.

3.7 Golongan Kata Adjektif

Kata adjektif, juga dikenali sebagai kata sifat, ialah perkataan yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif. Frasa adjektif boleh terdiri daripada satu atau beberapa perkataan yang mengandungi kata adjektif dan unsur lain seperti kata bantu atau kata penguat. Ayat yang mempunyai kata adjektif adalah seperti contoh yang berikut:

Ahmad sangat pandai bermain muzik.Pemuda itu baik sungguh.Buah cempedak itu enak sekali.

3.7.1 Jenis-jenis Kata Adjektif

Kata adjektif tidak mempunyai subgolongan yang ketara, tetapi berdasar kriteria makna, kata adjektif dapat dibahagikan sekurang-kurangnya sembilan (9) kriteria, seperti berikut:

1. Kata adjektif sifat / keadaan

Kata adjektif sifat / keadaan ialah perkataan yang digunakan bagi menerangkan sifat atau keadaan sebagai unsur keterangan kepada kata nama, seperti contoh berikut:

Contoh perkataan: kuat pintar nakalkeras lemah sihatbijak cergas jahat

Contoh ayat: 1. Budak nakal selalu kena marah.2. Dia lemah dalam matematik.3. Kubu pertahanan pemberontak itu amat kuat.4. Anak Pak Kamar bijak sekali.5. Peserta itu berdiri dengan cergas.

Page 12: Morfologi_pembentukan kata

2. Kata adjektif warna Kata adjektif warna sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan yang memberi pengertian warna, seperti contoh berikut:

Contoh perkataan: jingga perang hitamputih biru kelabu

Contoh ayat: 1. Adik suka pakai baju hijau. 2. Pakaian pelajar sekolah berwarna putih. 3. Baju kesukaan saya berwarna kuning. 4. Kereta merah itu kepunyaan abang. 5. Dia memiliki mata berwarna biru.

3. Kata adjektif ukuran

Kata adjektif ukuran sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan yang memberi pengertian ukuran, seperti contoh yang berikut:

Contoh perkataan: tebal gemuk panjangnipis kurus pendektinggi rendah kecil

Contoh ayat: 1. Buku tebal itu sudah saya baca.2. Anaknya masih kecil lagi.3. Badannya semakin kurus.4. Kertas nipis itu tidak boleh digunakan lagi.5. Pokok itu semakin hari semakin tinggi.

4. Kata adjektif bentuk

Kata adjektif bentuk sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan yang memberi maksud rupa bentuk, seperti contoh berikut:

Contoh perkataan: lurus bulat bujurbengkok leper bundarlonjong buncit tajam

Contoh ayat: 1. Jalan lurus mudah dilalui. 2. Bentuk buah kelapa itu lonjong. 3. Mukanya bujur sirih. 4. Pinggan leper itu untuk pinggan makan. 5. Matanya tajam memandang ke hadapan.

Page 13: Morfologi_pembentukan kata

5. Kata adjektif waktu

Kata adjektif waktu sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan yang memberi pengertian konsep masa, seperti contoh yang berikut:

Contoh perkataan: kerap awal seringjarang lewat silambaharu dahulu lampau

Contoh ayat: 1. Kedatangannya lewat hari ini.2. Dia berada di kampus sehari suntuk.3. Kenangan silam sukar dilupakan.4. Nenek masih menyimpan barang-barang lama.5. Cikgu menasihatkan kami supaya datang awal.

6. Kata adjektif jarak

Kata adjektif jarak sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan yang memberi makna konsep ruang seperti contoh yang berikut:

Contoh perkataan: nyaris dekathampir jauh

Contoh ayat: 1. Rumahnya tidak jauh dari Pejabat Pos.2. Universiti itu dekat dengan lebuhraya.3. Dia berdiri hampir dengan kereta saya.

7. Kata adjektif cara

Kata adjektif cara sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan yang memberi pengertian keadaan kelakuan atau ragam, seperti contoh yang berikut:

Contoh perkataan: pantas deras ligatlambat gopoh perlahanlaju cermat cepat

Contoh ayat: 1. Kereta itu dipandu dengan laju.2. Siapa cepat dia dapat.3. Gasing itu berpusing ligat.4. Arus sungai itu sangat deras.5. Dia cermat apabila berbelanja.

Page 14: Morfologi_pembentukan kata

8. Kata adjektif perasaan

Kata adjektif perasaan ialah perkataan yang digunakan sebagai unsur keterangan kepada kata nama yang memberi pengertian atau konsep perasaan, seperti contoh yang berikut:

Contoh perkataan: kasih takut malusayang hendak geramcinta rindu marah

Contoh ayat: 1. Dia masih marah kepada saya.2. Nenek itu terlalu kasih akan cucunya.3. Mereka amat rindu akan kampung halaman.4. Kanak-kanak itu takut akan kucing.5. Pemuda itu masih malu untuk bersuara.

9. Kata adjektif pancaindera

Kata adjektif pancaindera sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan yang membawa konsep sentuh, dengar, pandang, bau, dan rasa seperti contoh yang berikut:

♣ Indera sentuhContoh perkataan: lembik kasar licin

halus kesat kerasContoh ayat: 1. Lantai itu licin kerana baru dicuci.

2. Kulit mukanya sangat halus.3. Kain yang kesat itu ialah kain lap.4. Buku itu berkulit keras.5. Dawai kasar itu untuk dibuat ampaian.

♣ Indera dengarContoh perkataan: nyaring lembut mersik

merdu garau serakContoh ayat: 1. Suaranya merdu bagai buluh perindu.

2. Teriakannya nyaring sungguh.3. Kebanyakan lelaki bersuara garau.4. Saya suka mendengar suaranya yang lembut.5. Alunan musik itu mersik.

♣ Indera pandangContoh perkataan: comel hodoh molek

cantik buruk segakContoh ayat: 1. Pemuda segak itu guru saya.

Page 15: Morfologi_pembentukan kata

2. Kakaknya suka berpakaian cantik.3. Rumah buruk itu tidak berpenghuni.4. Dia ingin mengahwini pemuda tampan.5. Pakaian pengantin itu molek sungguh.

♣ Indera bauContoh perkataan: wangi hanyir harum

busuk hancing tengikContoh ayat: 1. Bunga ros itu harum baunya.

2. Bangkai ikan itu menyebabkan bau hanyir.3. Nasi tengik itu tidak boleh dimakan.4. Setiap hari dia memakai minyak wangi.5. Bau busuk itu datangnya dari lori sampah.

♣ Indera rasaContoh perkataan: manis kelat masam

masin payau lazatContoh ayat: 1. Setiap hari kita minum air tawar.

2. Semua orang suka makanan lazat.3. Buah limau masam rasanya.4. Saya tidak suka minum ubat pahit.5. Kuih tradisional itu terlalu manis.

3.8 Golongan Kata Tugas

Golongan kata yang bersifat pelbagai jenis (keterangan) yakni terkandung dalamnya golongan-golongan kecil yang berbeza tetapi mempunyai satu sifat yang sama iaitu tidak boleh menjadi unsur inti bagi frasa nama, frasa kerja, dan frasa adjektif.

Kata tugas masuk ke dalam ayat, klausa atau frasa untuk mendukung maksud sesuatu tugas sintaksis tertentu. Fungsi kata tugas dalam ayat adalah sebagai pemeri, penerang, penentu, penghubung, pembenar, penguat, penegas, dan beberapa tugas yang lain.

Berikut disenaraikan kelompok katatugas dengan contoh-contoh kata yang berfungsi bagi mendukung sesuatu tugas dalam sintaksis tertentu.

kata hubung : dan, atau, tetapikata seru : wah,amboi, cikata tanya : apa, berapa, siapakata perintah : sila, tolong, harap

Page 16: Morfologi_pembentukan kata

kata pangkal ayat : hatta, maka, syahadankata bantu : akan, sudah, pernahkata penguat : sangat, amat, palingkata penegas : juga, lah, tah, kah, punkata nafi : tidak, bukankata pemeri : ialah, adalahkata sendi nama : di, dari, dalam, daripadakata pembenar : ya, betul, benarkata bilangan : dua, segala, banyakkata arah : atas, bawah, tepi