Motif Purba dalam Penghas^an Produk Batik - UPSI

17
25 Motif Purba dalam Penghas^an Produk Batik Achmad Sopandi Hasan Abstrak Kertas kerja ini akan membentangkan hasil kajian yang dijalankan untuk meneliti secara khusus tentang sejauh mana sumbangan dan peranan motif purba dalam penghasilan produk batik kontemporari. Kajian ini dibuat untuk menyingkap sama ada motif lukisan gua yang dihasilkan oleh masyarakat silam di negeri Perak dapat dipindah alih dalam penghasilan produk batik masa kini. Khazanah budaya silam ini perlu dipelihara supaya tidak pupus ditelan zaman dan dapat ditelaah oleh segenap lapisan generasi. Sehubungan dengan itu, kertas kerja ini akan membincangkan penggunaan semula reka corak yang terdapat d dinding gua purba dapat di transformasi ke konteks masa kini .untuk membolehkan penghasilan produk batik. Motif purba yang pelbagai menyimpan^eribu makna dan boleh dijadikan sumber ilham dan pembuka minda para karyawan seni masa kini. Kertas kerja ini juga turut membincangkan rahsia di sebalik motif purba dan kemahiran yang menjadi amalan masyarakat pada zaman dahulu. Warisan ini mampu berperanan sebagai gedung pengetahuan yang boleh ditimba oleh semua, perlu diketengahkan bukan sahaja kepada masyarakat tempatan, bahkan ke peringkat antarabangsa. Di samping itu, dapatan kajian dapat dimanfaatkan dalam pengeluaran industri batik di Malaysia. Pengenalan Latar Belakang Kerencaman budaya khususnya berkaitan lukisan-lukisan gua yang digarap oleh masyarakat silam di Malaysia, merupakan satu khazanah unik yang sangat bernilai kepada negara. Khazanah budaya silam ini perlu dipelihara supaya tidak pupus ditelan zaman dan dapat ditelaah oleh segenap lapisan generasi. Ini merujuk kepada lukisan-lukisan gua di tapak-tapak prasejarah di Malaysia yang

Transcript of Motif Purba dalam Penghas^an Produk Batik - UPSI

Page 1: Motif Purba dalam Penghas^an Produk Batik - UPSI

25Motif Purba dalam Penghas^an Produk Batik

Achm ad Sopandi Hasan

Abstrak

Kertas kerja ini akan membentangkan hasil kajian yang dijalankan untuk meneliti secara khusus tentang sejauh mana sumbangan dan peranan motif purba dalam penghasilan produk batik kontemporari. Kajian ini dibuat untuk menyingkap sama ada motif lukisan gua yang dihasilkan oleh masyarakat silam di negeri Perak dapat dipindah alih dalam penghasilan produk batik masa kini. Khazanah budaya silam ini perlu dipelihara supaya tidak pupus ditelan zaman dan dapat ditelaah oleh segenap lapisan generasi.

Sehubungan dengan itu, kertas kerja ini akan membincangkan penggunaan semula reka corak yang terdapat d dinding gua purba dapat di transformasi ke konteks masa kini .untuk membolehkan penghasilan produk batik. Motif purba yang pelbagai menyimpan^eribu makna dan boleh dijadikan sumber ilham dan pembuka minda para karyawan seni masa kini. Kertas kerja ini juga turut membincangkan rahsia di sebalik motif purba dan kemahiran yang menjadi amalan masyarakat pada zaman dahulu. Warisan ini mampu berperanan sebagai gedung pengetahuan yang boleh ditimba oleh semua, perlu diketengahkan bukan sahaja kepada masyarakat tempatan, bahkan ke peringkat antarabangsa. Di samping itu, dapatan kajian dapat dimanfaatkan dalam pengeluaran industri batik di Malaysia.

Pengenalan

Latar Belakang

Kerencaman budaya khususnya berkaitan lukisan-lukisan gua yang digarap oleh masyarakat silam di Malaysia, merupakan satu khazanah unik yang sangat bernilai kepada negara. Khazanah budaya silam ini perlu dipelihara supaya tidak pupus ditelan zaman dan dapat ditelaah oleh segenap lapisan generasi. Ini merujuk kepada lukisan-lukisan gua di tapak-tapak prasejarah di Malaysia yang

Page 2: Motif Purba dalam Penghas^an Produk Batik - UPSI

M otif Purba dalam Penghasilan Produk B a tik / 405

menyimpan seribu makna dan boleh dijadikan, sumber inspirasi dan pembuka minda para karyawan seni masa kini. Melalui penyingkapan rahsia di sebalik contengan dan lakaran serta kemahiran mewarna yang menjadi amalan masyarakat purba pada zaman dahulu, warisan ini mampu berperanan sebagai gedung pengetahuan yang boleh ditimba oleh semua. Oleh yang demikian, lukisan gua di Malaysia ini perlu diketengahkan bukan sahaja kepada masyarakat di negara ini, bahkan ke peringkat antarabangsa.

Seni adalah cerminan budaya sesuatu masyarakat. Keperluan manusia untuk mengungkapkan perasaan keindahan tampaknya berlaku secara universal dan berlangsung sejak lama dalam bentuk visual, manusia yang pada zaman prasejarah di gua Dayak dan gua Badak, telah meninggalkan jejak-jejak karya seni berupa lukisan binatang buruan ketika itu, sebagai penyertaan estetika yang diwarisi secara turun temurun daripada satu generasi ke generasi Evan (1927)" Hamid Isa (1987).

Lukisan gua merupakan ekspresi yang melambangkan kehidupan masyarakat pada saat itu. Lukisan gua merupakan salah satu bentuk ekspresi seni visual yang tergolong tertua dibandingkan dengan karya seni-seni visual yang lain. Tacon (2000) merekodkan, penciptaan lukisan gua adalah selari dengan sejarah perkembangan kebudayaan manusia. Bagi kita sekarang ini, penemuan sebuah lukisan gua akan menyumbang terhadap pemahaman dan pengetahuan tentang manusia dan kebudayaan masyarakat prasejarah. Menurut Zuraina Majid (2003), selain daripada penemuan-penemuan artifak, lukisan gua juga merupakan sumber informasi tentang sejarah silam. Penjelasan di atas menunjukkan bahawa penggunaan motif itu dalam tradisi masyarakat purba wujud dipelbagai tempat di Malaysia. Matlamat dan tingkah laku manusia prasejarah yang kreatif dapat dilahirkan menerusi aktiviti seni. Oleh hal yang demikan kesan daripada pelbagai imej yang dilukiskan di dinding gua kekal hingga ke hari ini.

Pengamalan budaya yang pelbagai oleh masyarakat purba di Malaysia adalah suatu khazanah negara yang tidak ternilai. Pengamalan tersebut ditampilkan melalui keunikan dan kehalusan motif yang terdapat pada lukisan gua yang jelas mencerminkan kewujudan budaya serta ketinggian tahap pemikiran masyarakat zaman silam. Era globalisasi bukan hanya akan menyatukan persekitaran ekonomi dunia, bahkan sehingga merangkumi budaya dan cara hidup manusia, warisan budaya silam tersebut wajar dipelihara supaya tidak pupus ditelan zaman (Wairah Maizuki, 2003).

Sekian lama, motif batik yang didedahkan dalam pengeluaran batik di negara ini diperkenalkan secara konvensional, ia menggunakan motif-motif yang sedia ada di Malaysia (motif yang berasal dari Jawa, Indonesia). Justeru itu dengan penerokaan motif asli pribumi Malaysia yang telah sekian lama wujud di dinding- dinding gua prasejarah di negeri Perak. Motif asal masyarakat purba belum pemah dijadikan motif batik di Malaysia. Motif-motif ini juga berfungsi menyedarkan tentang sesuatu yang benar-benar bercirikan Malaysia. Pembinaan

Page 3: Motif Purba dalam Penghas^an Produk Batik - UPSI

406 / Menanggapi Keberkesanan dan Perubahan

motif yang dihasilkan manusia prasejarah ini, betapa pentingnya memahami warisan budaya. la juga membenarkan pengeluar batik dan mahasiswa menerokai sesuatu bidang kraf tradisi, mempelajari dan memahami tamadun masa silam.

Penyelidikan ini memaparkan pelbagai reka corak motif yang terdapat dalam lukisan gua yang dihasilkan oleh masyarakat purba di Malaysia. Selain daripada paparan visual berupa gambar, huraian analisis turut diberi bagi menerangkan maksud dokumentasi yang dilakukan. Walaupun kajian-kajian mengenai lukisan gua telah banyak dilakukan, tetap dokumentasi yang diperolehi semasa menjalankan kerja-kerja penyelidikan ini masih perlu diketengahkan dan dikongsi bersama masyarakat sebagai teras bagi mengenali dan menghayati masyarakat zaman silam di Malaysia.

Dapatan kajian ini dapat menyumbang untuk menjadi bahan rujukan dan memberi manfaat yang besar kepada pencinta seni sama ada di dalam mahupun d luar negara. Matlamat utama penyelidikan ini adalah untuk mengumpul dokumentasi berhubung motif lukisan gua yang terdapat di gua Badak, Lenggong, Perak. Adalah menjadi harapan saya agar dapatan kajian ini dapat dimanfaatkan dan memenuhi keinginan masyarakat untuk mengenali dan menghayati dengan lebih mendalam khazanah warisan budaya purba yang boleh dipindah alih dalam penghasilan produk batik masa kini. Usaha transformasi ini bertujuan membantu meningkatkan keluaran negara dengan mengoptimumkan penggunaan sumber warisan budaya lampau. Bersama-samalah kita mendaulatkan khazanah budaya bangsa.

Pernyataan Masalah

Penggunaan motif “ash” adalah berkait rapat dengan kehidupan seharian masyarakat. Perkara ini telah wujud sejak berabad-abad yang lalu dipercayai wujud dari zaman batu lagi. Bukti awal penggunaan motif geometri, fauna, flora dan pelbagai reka corak untuk lukisan dinding gua yang dihasilkan oleh manusia pada suatu ketika masa dahulu. Pada masa lalu motif adalah suatu perkara penting sebagai simbol kehidupan budaya. Daripada penemuan ini dapat ditafsirkan bahawa manusia prasejarah percaya kepada simbol-simbol yang terdapat pada motif dan ada erti disebaliknya.

Kenyataan ini diperkukuhkan oleh Hassim Musa (1996: 15-17), yang menyatakan seni pada diri manusia ialah cetusan perasaan, pemikiran, ungkapan dan perbuatan yang menggambarkan keindahan. Alam semula jadi telah mencabar pengetahuan, ilmu dan kemahiran mereka untuk melahirkan motif- motif mengikut rentak hidup mereka. Kemuncak pengungkapan bagi insan ialah penyataan tentang keharmonian dan keseimbangan antara diri manusia dengan alam semesta. Usaha transformasi motif yang diamalkan pada zaman dahulu bertujuan membantu meningkatkan keluaran negara dalam penghasilan produk batik, sebagai usaha mengekalkan khazanah warisan budaya purba dalam konteks

Page 4: Motif Purba dalam Penghas^an Produk Batik - UPSI

M otif Purba dalam Penghasilan Produk Batik / 407

masa kini. Menurut Sarah Arney (1987), batik merupakan sejenis kraf tradisional berasaskan kain. Kraf ini terkenal kerana >a mempunyai hubungan dengan kegunaan harian masyarakat Melayu.

Batik, menurut Kanins Dewan Edisi Ketiga bermaksud kain yang bercorak (dilukis atau diterap lilin dan dicelup). Perkataan batik dipercaya berasal daripada Bahasa Indonesia yang bermaksud pakaian yang mempunyai titik-titik kecil. Perkataan ‘tik’ bermaksud ‘titik’ yang asalnya daripada bunyi berdetik atau ‘tik-tik’'. Ada juga yang mengatakan batik berasal daripada Bahasa Jawa iaitu Tritik’ yang merujuk kepada proses menghasilkan batik. Kini batik semakin digemari oleh kaum lain di Malaysia, malah ia juga mula mendapat tempat di kalangan pelancong asing.

Tujuan Kajian

L Membangkitkan semula pengetahuan dan kemahiran warisan purba tentang penggunaan motif asli pribumi Perak.

2. Membangunkan motif purba untuk penghasilan reka corak batik di Malaysia.

3. Memperkenalkan motif-motif purba sebagai satu alternatif kepada penghasilan motif-motif kontemporari dalam batik masa kini.

4. Mengkaji sama ada motif purba dapat dijadikan motif alternatif dalam pengeluaran produk batik masa kini.

Persoalan Kajian

1. Apakah motif purba boleh dipindah ali hi dalam penghasilan produk batik kontemporari?

2. Apakah motif purba bersesuaian dan mengikut cita rasa masa kini?3. Apakah motif purba boleh diterus guna pakai dalam kehidupan masa

kini?4. Apakah penggunaan semula motif purba boleh di transformasi dalam

produk batik sehingga terciptanya penemuan motif baru dalam produk batik?

Kepentingan Kajian

Kajian ini perlu dilakukan untuk memahami secara mendalam terhadap penggunaan semula motif-motif purba dalam penghasilan produk batik. Kajian ini cuba meneliti khazanah warisan budaya yang tidak dapat dipisahkan dalam kehidupan manusia dahulu, kini dan masa hadapan.

Page 5: Motif Purba dalam Penghas^an Produk Batik - UPSI

408 / Menanggapi Keberkesanan dan Perubahan

Skop Kajian

Kajian ini dibataskan kepada motif lukisan gua yang terdapat di kawasan Lenggong, Perak (salah satu kawasan yang penting dalam prasejarah di Malaysia). Motif-motif telah dihasilkan oleh masyarakat pada zaman silam yang dipercayai pemah singgah dan mendiami kawasan-kawasan berkenaan. Boleh dikatakan bahawa motif dalam lukisan-lukisan yang dijumpai ini berkait rapat dengan kehidupan masyarakat prasejarah dan orang asli. Lukisan-lukisan ini bertindak sebagai media komunikasi serta memaparkan aktiviti-aktiviti kehidupan harian mereka. Masyarakat pemburu (Homo Sapiens) merupakan masyarakat yang kreatif dan inovatif. Mereka mewariskan khazanah warisan yang unik seperti lukisan gua yang diamalkan oleh mereka dan memberikan gambaran tentang keistimewaan kesenian yang dihasilkan dan betapa pentingnya fungsi lakaran sebagai alat komunikasi berupa imej visual pada ketika itu.

Tinjauan Bacaan

Motif Lukisan Gua Serta Peranannya dalam Kehidupan Masyarakat Purba

Khazanah warisan budaya Malaysia sememangnya terkenal dengan keindahan yang mengagumkan, antaranya banjaran batu kapur dan bukit-bukau yang dipenuhi dengan lubang-lubang gua semulajadi, Selain itu banyak menyimpan khazanah warisan prasejarah dan budaya masa silam yang mengandungi nilai- nilai budaya, keunggulan cita rasa seni masyarakat purba yang mendiami kawasan gua ini terjelma melalui perjalanan budaya yang panjang dan pelbagai rentak, iaitu kaya daya ciptaan dan keindahan. Perjalanan budaya ribuan tahun itu, telah melahirkan pelbagai jenis artifak yang beragam dengan reka corak motif yang berkaitan dengan kepercayaan dan adat istiadat tempatan. Keindahan gua batu kapur ini diserikan lagi dengan kehadiran lukisan gua, malah dilengkapi juga dengan penemuan pelbagai artifak arkeologi (Zuraina Majid, 2003).

Secara umumnya, karya lukisan gua memang menggarap pengalaman- pengalaman masyarakat prasejarah dalam mencipta karya seni dan ini adalah bukti kewujudan dan kemahiran masyarakat purba di Malaysia memanfaatkan sumber alam semulajadi dalam menghasilkan karya seni visual. Lukisan-lukisan gua yang dihasilkan ini menggambarkan aktiviti kehidupan seharian masyarakat purba seperti memburu dan sebagainya. Imej-imej yang biasa ditemui antara lain terdiri daripada imej figura, bintang, geometri dan imej-imei abstrak yang dilakarkan pada permukaan dinding gua batu kapur. Gua-gua ini lazimnya merupakan tempat kediaman mereka ketika itu. Mereka percaya lukisan-lukisan tersebut mempunyai kuasa ghaib untuk menolong dan memberi semangat kepada mereka ketika pergi berburu. Semangat ini mempunyai hubung kait dengan kehidupan mereka lalu di gam bark an dalam bentuk seni visual simbolik

Page 6: Motif Purba dalam Penghas^an Produk Batik - UPSI

M otif Purba da!am Penghasilan Produk Batik / 409

yang membawa maksud tersendiri. Mereka menggunakan seni visual ini untuk merakam dan melahirkan hasrat, idea, gambaran perasaan, membuat penilaian dan memberi pandangan terhadap pelbagai pengalaman hidup yang mereka lalui.

Keindahan dan kehalusan yang terdapat pada lukisan gua jelas memperlihatkan kewujudan unsur-unsur budaya dan intelektualisme masyarakat masa silam. Kewujudannya merupakan satu sumbangan besar terhadap khazanah seni lukis tanah air. Lukisan gua mempunyai mutunya yang tersendiri baik dari segi penggunaan bahan, teknik lukisan imej mahupun gaya. Ini jelas memperlihatkan keistimewaan teknik lukisan gua yang bukan sekadar terletak pada kesenian dan kehalusan muka bentuknya malah turut mempunyai falsafah yang tersendiri

Bentuk asas geometri lukisan gua yang ditemui di Malaysia secara keseluruhannya meliputi bentuk bulatan, titik, bujur, separuh bulat, gulungan, garisan berpusat, garisan melengkung, pucuk rebung, segi empat dan bulan s’abit yang telah digunakan untuk mengubahsuai bentuk tiga dimensi menjadi dua dimensi. Penggunaan bentuk-bentuk ini membolehkan mereka menghasilkan imej-imej lukisan yang seimbang contohnya profil figura dalam “anthropomorphs” yang jelas menampakkan keseimbangan bahagian kaki dalam bentuk simetri,

Salah satu bentuk ekspresi kebudayaan manusia adalah penggunaan reka corak motif. Motif lukisan gua telah pun digunakan sejak zaman dahulu lagi. Reka corak motif nampaknya mempunyai peranan yang penting dalam aktiviti hidupan harian masyarakat purba ketika suatu masa dahulu. Kesenian merupakan pengwujudan daripada ungkapan perasaan manusia. Manusia sebagai pencipta seni mewujudkan perasaannya melalui pelbagai imej motif dan simbol yang dilukiskan di dinding gua. Menurut Siti Zainon (1985), bagi suku-suku primitif, sesuatu kejadian digambarkan dengan bentuk-bentuk simbolik. Mereka sering beranggapan bahawa ia dapat mewujudkan bentuk-bentuk sesuatu kejadian yang digambarkan. Masyarakat purba menjadikan kehidupan harian, alam persekitaran. budaya, ritual sebagai sumber inspirasi dalam bentuk produk seni visual yang unik mengikut keperluan spiritual masyarakat ketika itu.

Motif lukisan gua purba mengandungi nilai-nilai budaya yang tinggi, khususnya dari segi teknik, estetik, aspek-aspek simbolisme dan falsafah yang mendasarinya. Keunggulan cita rasa seni masyarakat purba yang mendiami kawasan Lenggong terjelma melalui perjalanan budaya yang amat panjang, kaya daya ciptaan dan keindahan. Perjalanan budaya purba yang ratusan tahun itu,., telah melahirkan pelbagai jenis motif yang beragam reka corak, bahan, mutu dan fungsinya. Selain daripada itu terdapat juga beberapa faktor pendukung seperti ritual, kepercayaan dan adat istiadat, pada awalnya motif, corak memaparkan pelbagai pengalaman kehidupan harian alam persekitaran, suasana perburuan dan berbagai-bagai rentak kehidupan.

Page 7: Motif Purba dalam Penghas^an Produk Batik - UPSI

410 / Menanggapi Keberkesanan dan Perubahan

Motif purba digunakan sebagai bahasa komunikasi oleh masyarakat purba, pada zaman itu tulisan belum dikenal lagi. Sebelum penciptaan huruf-huruf abjad, jauh sebelum ada tulisan, lukisan gua membolehkan komunikasi berlaku, cara hidup kebudayaan kebendaan, kepercayaan, kefahaman estetika dan juga identiti komunitinya. (Layton, 1992; Mulvaney dan Kamminga, 1999; Adi Taha, 1990).

Kekayaan motif purba patut kita syukuri, kerana ia merupakan warisan budaya yang tinggi nilai estetikanya. Lukisan yang terdapat di dalam gua dan permukaan dinding batu kapur yang terdedah merupakan gambaran-gambaran kehidupan para sejarah. Komunikasi secara visual dikatakan bermula dengan lakaran manusia purba di gua yang dikenali sebagai piktograf. Perubahan berlaku sehingga dikenali sebagai ideograf di mana simbol-simbol yang digunakan mewakili idea seseorang ataupun sesuatu kumpulan (Solihin Osman, 1998:3).

Pada zaman itu, manusia menghasilkan karya lukisan yang berimejkan figura, binatang, geometri dan abstrak yang dilakarkan pada permukaan dinding gua batu kapur yang menjadi tempat kediaman mereka ketika itu. Mereka percaya lukisan itu mempunyai kuasa ghaib untuk menolong dan memberi semangat kepada mereka ketika memburu binatang. Semangat ini mempunyai hubungan dengan kehidupan mereka. Sebagai contoh imej-imej lukisan gua itu mempunyai maksud simbolik dan makna disebaliknya yang dinyatakan menerusi aktiviti seni visual. Imej-imej tersebut boleh menggambarkan tingkah laku manusia dan kesedaran mereka terhadap kepekaan alam sekitar. Manusia purba menggunakan seni visual untuk melahirkan hasrat, idea, nilai dan pandangan mengenai pelbagai pengalaman hidup yang dilaluinya. Keindahan dan kehalusan yang terdapat pada lukisan gua Jelas memaparkan tamadun dan budaya serta ketinggian aras pemikiran masyarakat masa silam.

Jika dilihat pada masa kini kesan lukisan gua mengikut teknik penghasilannya adalah seperti goresan [stencil, hand-print, foot-print, leaf-print, lakaran (rock- paint)], contengan arang kayu (charcoal), dan torehan (petroglyphs). Disebabkan perjalanan budaya yang panjang agak sukar menemukan secara tepat titik awal bermulanya budaya purba ini.

Tekniknya jelas sekali dipengaruhi oleh pengetahuan, kemahiran dan pengalaman hidup harian mereka. Hasil dari amalan harian inilah, maka terciptanya motif lukisan gua yang indah, unik serta kaya dengan kesenian. Justeru, kelahiran seni lukis gua merupakan satu sumbangan besar terhadap khazanah seni lukis dan kraf tanah air (Redza Piyadasa, 2000).

Lukisan gua merupakan pemberi maklumat tentang ketinggian pemikiran masyarakat silam sehingga dapat menghasilkan gambaran kehidupan yang diadaptasikan dalam bentuk karya seni yang menggunakan sumber alam sebagai bahantara yang mudah diperolehi di persekitaran gua yang mereka diami, secara kekal ataupun hanya sebagai tempat persinggahan ketika berburu. Motif yang dihasilkan menggambarkan aktiviti memburu ketika itu mereka melukis bentuk figura, tumbuhan dan juga binatang seperti rusa, kuda, dan binatang buruan lainnya.

Page 8: Motif Purba dalam Penghas^an Produk Batik - UPSI

M otif Purba dalam Penghasilan Produk B a tik /411

Seni adalah cerminan budaya sesuatu masyarakat, keperluan manusia untuk mengungkapkan perasaan keindahan tampaknya berlaku secara universal dan berlangsung sejak lama dalam bentuk visual, manusia yang hidup kira-kira60.000 - 10.000 tahun dahulu, di gua Lascaux di Perancis Selatan; Altamira di Sepanyol; dan gua di Moroko, telah meninggalkan jejak-jejak karya seni berupa lukisan bison, dan binatang buruan ketika itu, sebagai penyataan estetika yang diwarisi secara turun temurun dari satu generasi ke generasi (lihat Rohidi, 2000). Lukisan gua merupakan ekspresi yang melambangkan kehidupan masyarakat pada saat itu. Lukisan gua merupakan salah satu bentuk ekspresi seni visual yang tergolong tertua dibandingkan dengan karya seni-seni visual yang lain. Tacon (2000) merekodkan, penciptaan lukisan gua adalah selari dengan sejarah perkembangan kebudayaan manusia. Bagi kita, sekarang ini, penemuan sebuah lukisan gua boleh menyumbang terhadap pemahaman dan pengetahuan tentang manusia dan kebudayaan masyarakat prasejarah. Menurut Ipoi Datan (1993), bahawa selain daripada penemuan-penemuan artifak, lukisan gua juga merupakan sumber informasi tentang sejarah silam. Lukisan gua tahan lama, tahan cuaca dan ia menyumbangkan pada idea dan bentuk-bentuk imej.

Masyarakat purba menggunakan motif yang berpunca daripada alam semula jadi sebagai satu-satunya sumber ilham. Oleh hal yang demikian, kesan daripada pelbagai imej dan motif yang dilukiskan pada dinding gua kekal hingga ke hari ini. Motif fauna, flora dan geometri telah digunakan dengan baiknya pada masa dahulu. Apabila diteliti lebih mendalam, kebanyakan motif pada masa dahulu sebagaimana hasil kerja yang dapat dilihat pada lakaran di dinding gua yang merupakan aktiviti kreatif masyarakat pemburu ketika itu, sememangnya menunjukkan kearifan mereka dalam menggunakan motif semulajadi. Menurut Syed Ahmad Jamal (1999),[bahawa manusia dari zaman purba kagum dengan gunung sebagai bentuk bumi yang tinggi mengatasi tanah rendah yang biasa didiami hinggakan dianggap sebagai tempat kediaman dewata.

Alam semulajadi merupakan sumber inspirasi dan sumber keperluan dalam kehidupan seharian oleh masyarakat pada suatu masa dahulu. Oleh itu, hubungan masyarakat purba dengan alam begitu akrab dan segala-galanya merujuk kepada alam. Bagi mereka alam adalah punca segala-galanya. Misalnya motif-motif geometri, figura manusia dan binatang buruan terdapat pada beberapa lukisan gua di Malaysia.

Tinjauan M otif Lukisan Gua Badak

Gua Badak merupakan sebuah Batu Lindungan (Rock-Shelter) dan merupakan kem singgahan bagi masyarakat perxbuml pada ketika itu. Gua Badak terletak di antara Kg. Gelok dan Sumpitan, iaitu kira-kira 10 km dari Bandar Lenggong. Hampir semua gua batu kapur di Lenggong dianggap penting sama ada dijadikan tempat tinggal atau persinggahan masyarakat prasejarah sehingga masyarakat asli

Page 9: Motif Purba dalam Penghas^an Produk Batik - UPSI

412 / Menanggapi Keberkesanan dan Perubahan

Negrito. Imej yang dilukiskan menggambarkan cetusan rasa dan perasaan si pelukis terhadap persekitaran alam serta daripada pengalaman yang dialaminya. Mereka mengambarkan figura-figura manusia, haiwan dan bentuk tikar dengan reka corak geometrik dan abstrak yang dipercayai dihasilkan oleh masyarakat Negrito daripada suku kaum Lanoh yang pernah mendiami kawasan gua tersebut.

Menurut Hamid Isa (1983), lakaran arang di Gua Badak dibuat masyarakat orang asli kaum Negrito dan kaum Lanoh pada zaman pemerintahan British. Pendapat bahawa lukisan ini dihasilkan oleh masyarakat kaum Lanoh yang mendiami atau singgah di gua ini turut disokong oleh Sanim Ahmad (1996). Mereka melukis menggunakan teknik lakaran arang kayu untuk melahirkan pelbagai imej tersendiri seperti figura-figura, haiwan dan bentuk tikar yang bermotif geometrik dan abstrak.

Teknik lakaran arang kayu sebagai media lukisan untuk melahirkan pelbagai imej yang tersendiri. Imej yang terdapat di Gua Badak memaparkan upacara ritual dan upacara kepercayaan seperti pemujaan dan semangat perbuman di kalangan masyarakat orang asli. la berkait rapat dengan kehidupan harian mereka. Bermula pada tahun 1927, I. H-N Evans, seorang kurator Muzium-muzium Negeri Tanah Melayu telah membuat kajian awal mengenai lukisan gua tersebut. Kajian menunjukkan gambaran awal kepada kita bahawa reka bentuk ini terdapat pada masyarakat asli. Ini bererti masyarakat dahulu telah mempunyai kebudayaan yang mencorakkan hidup mereka, walaupun pada masa itu mereka merupakan manusia yang tidak lagi mempunyai keupayaan menulis. Ini menunjukan mereka telah mempunyai kepandaian menggunakan kemahiran melukis pada dinding gua.

Kaedah melukis yang digunakan dalam lukisan tersebut, iaitu lukisan monokromatik berwarna hitam yang menggunakan bahan arang kayu serta beberapa bentuk imej yang dibuat dengan teknik goresan langsung yang menggunakan alat tajam pada permukaan dinding gua. Lukisan-lukisan gua di Malaysia telah dihasilkan oleh masyarakat pada zaman silam yang dipercayai pernah singgah dan mendiami kawasan gua berkenaan. Lukisan-lukisan yang dijumpai ini boleh dikatakan berkait rapat dengan kehidupan masyarakat prasejarah dan orang asli. la berfungsi sebagai media komunikasi dan paparan aktiviti-aktiviti kehidupan harian mereka.

Simbol dan imej-imej pada lukisan gua ini memberi tafsiran di luar jangkauan kita. la dapat memperkayakan pemahaman kita berhubung seni lukisan dan bertindak sebagai bahan catatan masa lampau. Di Malaysia, dunia seni lukisan gua telah berusia sekitar 3000 tahun. Walaupun telah berusia sedemikian lama, ia masih kekal untuk diwariskan kepada kita pada hari ini, Lukisan gua prasejarah ini dianggap sebagai salah satu fenomena yang mengagumkan dalam sejarah perkembangan seni visual di Malaysia dan berperanan sebagai rekod purba yang memberi kita gambaran terhadap zaman ia dihasilkan.

Imej yang terdapat di Gua Badak memaparkan upacara dan kepercayaan seperti pemujaan dan semangat perbuman dalam kalangan masyarakat orang asli.

Page 10: Motif Purba dalam Penghas^an Produk Batik - UPSI

M otif Purba dalam Penghasilan Produk Batik / 413

la menggambarkan cetusan perasaan pelukis terhadap persekitaran alam serta pengalamannya. Kajian pada masa kini merekodkan senarai lukisan seperti berikut. Antara imej yang terdapat ialah ayam hutan, tikar, lelaki menunggang kuda, lelaki membawa kelapa, lelaki menunggang basikal, biawak yang kelihatan seperti kuda, kereta, pokok rhu, lelaki membawa kelapa diikuti oleh beruknya, pokok dan buah kelapa, manusia dengan gajah, sumpitan dan anak panah. Di samping itu, terdapat juga imej pondok yang berbumbung atap, pokok palma, beruk memanjat pokok, manusia yang menunggang kuda, serangga, beruk yang merupakan makanan kegemaran masyarakat Negrito dan pesta pemburuan iaitu dua daripadanya menggunakan sumpitan dengan busur manakala salah seorang daripadanya menggalas bakul di belakang.

Terdapat sekurang-kurangnya, empat peringkat lukisan di gua seluas 14 meter. Pada bahagian kiri, terdapat pelbagai motif geometri seperti pucuk rebung dalam sebidang tikar, motif gendang yang dihiasi dengan corak titik, imej kawasan pertanian dan pelbagai imej lain yang menceritakan kehidupan mereka ketika itu. Di bahagian tengah, terdapat imej askar sedang berkawat dan orang asli menari manakala di bahagian dinding bawah telah terhakis dan tidak dapat dikesan lagi.

Visual di bawah menunjukkan pelbagai motif yang ditemui pada dinding Gua Badak, Lenggong seperti pokok kelapa, beruk sedang memanjat pokok kelapa, rumah, haiwan, kenderaan dan orang memanah. Malah, terdapat juga motif kontemporari yang menggambarkan kehidupan moden di kawasan itu.

Metodologi Kajian

Kajian dijalankan dengan menggunakan kaedah penyelidikan kualitatif. Penyelidikan lapangan dan analisis deskriptif, iaitu berusaha menggambarkan bagaimana bentuk-bentuk reka corak motif merupakan ekspresi seni visual masyarakat purba yang terdapat pada lukisan gua. Reka corak motif yang terdapat pada lukisan gua adalah berhubung kait dengan pemikiran dan pengetahuan mereka dalam konteks kebudayaan purba. Penyelidikan ini menggunakan kaedah kualitatif deskriptif, penyelidik mengamati dan menganalisa dengan teliti penggunaan motif dalam masyarakat purba di beberapa tapak gua prasejarah. Pendekatan Hermeneutik sebagai teori pemahaman dalam kaitannya dengan interpretasi kebudayaan sebagai teks. Intrepretasi digunakan untuk membezakan sesuatu makna yang tersembunyi dalam erti yang tampak.

Poespoprodjo, (1991:117), menyatakan bahawa “henneneutik” adalah bagi mengesan teks atau dunia teks atau realiti yang dibahasakan oleh teks dan bukan jiwa pencipta. Pendapat itu disokong pula oleh HB Soetopo (1996: 29), bahawa henneneutik menghala pada pentafsiran ekspresi yang penuh makna dan dibuat dengan sengaja oleh manusia. Membuat tafsiran yang dilakukan oleh individu atau sekumpulan manusia terhadap sesebuah karya yang merupakan produk

Page 11: Motif Purba dalam Penghas^an Produk Batik - UPSI

414 /M enanggapi Keberkesanan dan Perubahan

visual hasil ciptaan seseorang. Dalam analisis henneneutik, pengkaji mentafsirkan sesebuah karya dengan andaian karya tersebut dicipta semula sebagai makna baru, hal ini sesuai dengan teori kebudayaan yang digunakan dalam kajian ini

Analisis data menggunakan kaedah kualitatif yang digunakan bagi memperolehi data dan maklumat telah diperolehi melalui data primer dan sekunder. Data sekunder digunakan bagi menjelaskan konsep kajian seperti erti motif, ciri-ciri motif dan erti disebalik makna motif purba yang terdapat pada lukisan gua.

Manakala data primer diperolehi melalui kaedah kajian lapangan, pemerhatian di tapak kajian dan temu bual dengan penduduk tempatan. Kajian lapangan akan dilakukan ke atas motif gua yang terdapat di gua Badak yang merupakan tapak prasejarah di kawasan Lenggong, Perak. Melalui kajian lapangan dan dokumentasi berupa tekapan dan dokumentasi gambar, penyelidik dapat mengenai pasti motif. Melalui kaedah pemerhatian pula, penyelidik dapat memperolehi maklumat tentang kedudukan motif purba yang terdapat pada dinding gua, siling gua ataupun di bahagian lainnya. Kaedah kajian ini akan dijelaskan terperinci seperti berikut:

Pengumpulan Data Primer

Data primer ialah data asal yang dikutip oleh pengkaji melalui kaedah pemerhatian di tapak kajian, kaedah temu bual dan dokumen, dan gua Dayak telah dipilih berkaitan kajian ini. Kaedah temu bual ini telah dilakukan kepada penduduk tempatan yang berhampiran dengan tapak kajian yang terdiri daripada masyarakat yang mengetahui asal usul dan sedikit sebanyak mengetahui tentang aktiviti orang asli yang dipercayai menghasilkan motif yang dilakarkan pada dinding gua tersebut.

Temu Bual

Kaedah temu bual pula dilakukan dengan masyarakat yang tinggal berhampiran dengan gua terutama yang telah berumur 70 tahun ke atas. Penduduk-penduduk ini ditemu bual bagi memperolehi maklumat berkaitan dengan asal-usul motif yang terdapat di dalam gua, pembuat motif gua dan sejarah. Temu bual mendalam (Indepth Interview) kaedah temu bual ini terbuka, tidak berstruktur ketat, tidak dalam suasana formal, serta boleh dijalankan berulang dengan informan yang sama. Menurut Cohen & Manion (1989) bahawa temu bual adalah salah satu kaedah pengumpulan data yang paling biasa digunakan dalam penyelidikan sosial. Temu bual merupakan kaedah tertua dalam mendapatkan maklumat penyelidikan (Moleong, 1990; M ohd Majid Konting,1994). Soalan yang diberikan untuk tujuan mengumpul maklumat mengenai motif yang terdapat di dinding gua. Selain itu juga untuk mendapatkan mitos atau lagenda yang ada

Page 12: Motif Purba dalam Penghas^an Produk Batik - UPSI

M otif Purba dalam Penghasilan Produk Batik / 415

kaitannya dengan lukisan gua. Bagi maklumat arkeologi ketika kerja-kerja cari gali dijalankan, maklumat diperolehi melalui kakitangan Muzium Arkeologi Lenggong, Perak, Muzium Negeri dan juga Pusat Penyelidikan Arkeologi Universiti Sains Malaysia.

Pemerhatian dan Dokumentasi Lapangan

Kaedah pemerhatian dan catatan lapangan digunakan bagi mendapatkan data tentang motif-motif yang terdapat di tapak kajian. Selain pemerhatian secara terus, rakaman video dan gambar foto perlu dibuat sebagai bukti sokongan yang sah. Gambar-gambar yang dirakam dapat menggambarkan keadaan sebenar dan tempat kajian dibuat, bagi menguatkan lagi kesahan data. Motif-motif yang terdapat di tapak kajian akan dirakamkan dengan menggunakan kamera digital dan SLR, teknik penggambaran dari pelbagai sudut dengan maksud untuk mengurangkan distorsi sesuai dengan motif yang sebenarnya. Selain itu juga lakaran motif dibuat mengikut skala sebenar bagi memudahkan kerja-kerja analisis data. Pemerhatian dilakukan menggunakan alat laser untuk mengenai pasti jenis motif. Menurut Mary Leakey (1951), pendokumentasian lukisan di gua Ngarai Olduvai-Tanzania, disediakan secara manual iaitu dengan meniru dan melukis kembali ke atas keseluruhan lakaran yang ada di dinding gua.

Dalam kajian ini selain kertas tekap, plastik tipis lut sinar juga digunakan untuk menekap lakaran motif di setiap tapak kajian. Dalam konteks penyelidikan ini kaedah tekapan yang digunakan oleh Brodrick, (1948, di gua Lascaux)- Perancis Selatan), Heekeren, (1950, di gua Leang-Leang-Maros Sulawesi Selatan, Indonesia). Ini kerana kamera digital merupakan alat terbaru yang membolehkan pengguna menyimpan imej dalam komputer dengan mudah dan cepat. Kaedah ini merupakan kaedah dokumentasi yang canggih. Ia digunakan bagi pemodenan kaedah manual, lebih mudah, tepat, cepat dan dapat terus dianalisis melalui bantuan komputer (la p to p ) di tapak kajian. Gambar-gambar berskala pula hendaklah diambil semasa kerja-kerja pendokumentasian dijalankan, hendaklah disediakan dalam bentuk foto hitam /putih, foto warna, slides dan juga pita video (Lihat Mountford, 1960; Paiman, 1993). Posisi kamera juga harus 90 darjah dan selari dengan dinding gua. Penggunaan filter ‘C o lor C o rrec tio n ’ yang dapat membantu dalam dokumentasi gambar warna merah, hitam dan putih.

Untuk merekodkan aktiviti penyelidikan lapangan di beberapa tapak prasejarah, pengkaji menggunakan topografi, berskala 1:50.000 dan 1:25.000. Bagi membuat pemetaan gua pula, pengkaji mengikut kaedah British C ave R esearch A sso c ia tio n di setiap tapak kajian. Manakala untuk memastikan kedudukan koordinat tapak kajian, ‘G lo b a l P osition System ’ G arm in's G P S 12 XL P erso n a l N a v ig a to r digunakan. Motif purba yang dijumpai ini dikaji secara lebih mendalam melalui kajian di makmal komputer untuk mengenai pasti motif.

Page 13: Motif Purba dalam Penghas^an Produk Batik - UPSI

416 / Menanggapi Keberkesanan dan Perubahan

Penyelidikan Perpustakaan

Data sekunder, iaitu data yang diambil daripada punca lain pula, diperolehi melalui buku-buku dan laporan yang berkaitan, jurnal, rujukan akhbar dan CD- ROM serta data dari internet yang berkaitan dengan kajian. Sumber sekunder meliputi maklumat yang diberikan oleh seseorang yang tidak memerhatikan sesuatu peristiwa, objek dan keadaan secara langsung seperti ensiklopedia, surat khabar, terbitan berkala dan rujukan-rujukan lain (lihat Deobold, 1979).

Dapatan Kajian

Motif yang dipilih untuk projek ini adalah reka corak motif pada dinding gua di Gua Badak, Lenggong Perak. Motif ini dipilih kerana ingin mengetengahkan lukisan-lukisan hasil tangan masyarakat dahulu. Dahulu, sewaktu kehidupan masyarakat di purba di Malaysia masih primitif, tiada sebarang kemudahan alat tulis, mereka melakar dan melukis dengan menggunakan pelbagai media di merata-rata tempat. Lakaran atau lukisan yang dihasilkan mempunyai maksud dan tujuan tertentu, seperti mengisi masa lapang, upacara ritual, dokumentasi, arahan dan sebagainya.

Terdapat pelbagai imej yang terpapar. Daripada kajian yang dijalankan keseluruhan imej ini dibahagikan kepada lima bahagian utama iaitu Galeri A sehingga Galeri E. Secara keseluruhan tafsiran yang didapati daripada lukisan atau lakaran yang terdapat di Gua Badak adalah seperti yang berikut:

Galeri Al. Berukuran, Lebar: 168cm, Tinggi: 104cm

a. Seorang lelaki mengalas pokok diikuti seekor beruk.b. Manusia memegang panah dan busur.c. Lima buah kereta.d. Tiga buah basikal.e. Enam ekor beruk sedang memanjat pokok kelapa.

Galeri A2. Berukuran, Lebar: 120cm, Tinggi: 75cm

a. Lakaran abstrak.

Galeri Bl, Berukuran, Lebar : 20cm. Tinggi : 54cm

a. Askar berkawat di dalam dua barisan, enam dan empat orang.b. Seekor mengkarung besar.c. Beberapa orang sedang menari.d. Orang sedang menunggang basikal.e. Objek seperti kereta sorong.

Page 14: Motif Purba dalam Penghas^an Produk Batik - UPSI

M otif Purba dalam Penghasilan Produk Batik / 417

Galeri B2, Berukuran, Lebar: 190cm, Tinggi: 137cm

a. Empat orang pemburu sedang menyumpit kera.b. Tiga ekor cicak.c. Tikar dengan motif titik dan pucuk rebung.d. Motif abstrak matahari bercahaya.

Galeri C. Berukuran, Lebar: 25cm, Tinggi: 30cm

a. Gambar orang dan masa di dalam hutan.

Galeri D. Berukuran, Lebar: 130cm, Tinggi: 60cm

a. Dua orang sedang mengusung.b. Beberapa orang sedang melakukan latihan atau senaman.

Galeri E. Berukuran, Lebar: 45cm, Tinggi: 52cm

Keseluruhan lakaran mempunyai persamaan dengan motif dan reka corak kain batik.

a. Bentuk-bentuk geometri.b. Elemen titik-titik dalam reka yang dihasilkan.c. Lukisan lalang dalam pelbagai komposisi.d. Manusia sedang sujud.e. Reka corak bermotifkan rebung.f. Reka corak seakan-akan petak sawah.g. Pokok palma yang kecil.

Transformasi M otif Plyba Dalam Produk Batik

Terdapat pelbagai motif di dinding gua yang boleh dijadikan motif batik. Menurut Sulaiman Ghani (2001), perkembangan teknologi di dalam penghasilan tekstil semakin hebat maka wajarlah tekstil tradisional ini juga mengorak langkah, mencari satu nafas baru dari aspek teknik, bahan, warna, ragam bias dan fungsi. Perkembangan taraf hidup di alaf baru ini, sepatutnya tidak melalaikan kita daripada memelihara warisan budaya tradisi bangsa.

Batik merupakan salah satu daripada warisan tekstil tradisional, kehebatan dan keunikan batik apabila dipelihara, dipertingkat dan diperkeinbangkan ke arah yang serasi dengan cita rasa masa kini, pastinya warisan budaya purba dan rentak budaya sezaman akan seiring dan sejalan, bagi memastikan kesinambungan yang bersesuaian dengan corak hidup dan cita rasa masa kini. Daripada kajian mutu batik yang telah dijalankan pada tahun 2003 di makmal uji mutu batik di PKKM

Page 15: Motif Purba dalam Penghas^an Produk Batik - UPSI

418 / Menanggapi Keberkesanan dan Perubahan

Cawangan Kelantan, kesan utama ujian mutu batik menunjukkan pencapaian yang memenuhi cita rasa kontemporari. Bolehlah disimpulkan bahawa motif purba dapat ditransformasikan dalam penghasilan dan pengeluaran produk batik yang bermutu tinggi mengikut piawaian antara bangsa. Namun begitu, transformasi motif purba bukan bererti melupa atau meninggalkan keindahan masa lalu malahan memperkayakan dan mempertingkat nilai estetika batik itu sendiri andainya bijak dalam merancang dan mempadupadankan serta menggabungjalinkan elerncn- elemen rekaan serta meragamgayakan motif batik. Idea-idea segar yang begitu movatif serta kombinasi motif dan teknik yang kreatif melalui pengalaman reka bentuk yang berasaskan elcmen-elemen warisan budaya purba yang tinggi nilai estetikanya sebagai pernyataan ekspresi gaya hidup kontemporari.

Proses Penghasilan dan Pengeluaran Batik

Proses penghasilan kain batik (batik tulis) dan seterusnya produk melalui beberapa langkah dan menggunakan peralatan dan teknik-teknik tertentu.

L Kain putih dibersihkan (dibuang kanji) dengan cara merebusnya dengan campuran tawas atau direndam beberapa jam seterusnya dijemur sehingga kering.

2. Kain direntangkan dan dilukiskan reka corak m otif purba yang dikehendaki dengan menggunakan pensil.

3. Kain tersebut diregangkan dengan menggunakan pemidang besi.4. Campuran l i l in dimasak (dipanaskan sehingga cair).5. Proses mencanting dimulakan. Cairan l i l in dicedok dengan canting,

seterusnya corak dilukis menggunakan canting beipandukan corak yang telah dilukis menggunakan pensil. Proses ini dilakukan sehingga memenuhi keseluruhan kain.

6 . Cairan warna disapukan pada kain berdasarkan corak yang dikehendaki dengan menggunakan berus.

7. Seterusnya kain direndam 10 minit dalam cairan air kapur, bagi mematikan agar warna produk batik tidak luntur.

8. Seterusnya, kain dibersihkan dan untuk menanggalkan lilin digunakan minyak petrol sehingga kesemua lilin tanggal.

9. Akhir sekali kain dibersihkan dan dijemur sehingga kering dan bunga kantan digunakan untuk mewangikan kain.

Cadangan dan Kesimpulan

Kesimpulannya, daripada dapatan kajian ini didapati bahawa masyarakat purba memiliki sistem nilai dan jati diri yang berkait rapat dengan sistem nilai yang dimiliki persekitaran alam, keperluan hidup harian masyarakat berorientasikan penggunaan sumber alam semulajadi dan kekayaan masa silam. Kajian ini cuba

Page 16: Motif Purba dalam Penghas^an Produk Batik - UPSI

M otif Purba dalam Penghasilan Produk Batik / 419

meneroka dan memindahalihkan reka corak motif lukisan gua purba ke dalam produk batik. Selain itu juga bertujuan mengkaji sumber-sumber ilham bagi menghasilkan reka corak motif batik berasaskan sumber khazanah budaya masa silam dalam konteks kehidupan moden masa kini. Sesungguhnya kajian ini merupakan kajian awal untuk terus menerokai keberkesanan penggunaan semula reka corak motif purba dalam pengeluaran produk batik.

Dalam proses menyediakan dan mengeluarkan produk batik yang berasaskan motif purba Malaysia, penyelidikan berhubung khazanah warisan purba perlu dilaksanakan. Penyelidikan tersebut bertujuan untuk menambah reka corak motif, agar produk batik yang terhasil adalah beridentiti Malaysia dan bermutu tinggi dan berdaya saing dalam menghadapi cabaran era globalisasi dalam industri batik. Bagi memenuhi hasrat ini, satu penyelidikan telah dilaksanakan bagi mengkaji dan mengenai pasti penggunaan motif purba dalam penghasilan produk batik di Studio Batik Universiti Pendidikan Sultan Idris. Dalam penyelidikan ini, motif purba telah direka bentuk dan digunakan sebagai reka corak motif baru dalam pelbagai produk batik. Pemilihan motif dan reka corak berasaskan motif lukisan gua purba sebagai sumber ilham dalam penghasilan produk batik adalah berdasarkan dapatan dan hasil penyelidikan mendapati produk yang menepati cita rasa masa kini. Dengan adanya aplikasi dan transformasi motif purba ini memberi ruang untuk industri batik dapat menyesuaikan atau memenuhi citarasa dunia kontemporari. Keunikan, keindahan dan kehalusan motif purba dapat dipindahalihkan melalui inovasi reka bentuk bersesuaian dengan tuntutan cita rasa masyarakat hari ini. Hasil kajian ini dapat membantu pengusaha batik dan mahasiswa yang melibatkan pengeluaran dan penghasilan produk batik. Saya mengharapkan melalui seminar ini, kita dapat berkongsi maklumat, bertukar-tukar fikiran dan input dengan pakar-pakar dalam bidang berkaitan mengenai penggunaan motif purba. Keberadaan reka corak motif sebagai bahan untuk kepelbagaian keperluan hidup harian masyarakat hari ini.

Rujukan

Achmad Sopandi., 2003. Lukisan Gua di Malaysia. Balai Seni Lukis Negara Kuala Lumpur.

Laporan Penyelidikan Motif Purba Dalam Penghasilan Produk Batik, 2003. UPSI, Tanjong Malim, Perak (tiada terbitan).

Adi Haji Taha, 1993. Recent archeological discoveries in Peninsular Malaysia, Journal of The Malaysian Branch, Royal Asiatic Society.

Abdul Halim Nasir, 1977. Sejarah Perak. Siri Pertama, Zaman Pra Sejarah hingga Zaman Kedatangan Pengaruh Orang Luar. Kuala Lumpur: Jabatan Muzium.

Belwood. P., 1985. Prehistory o f the Indo-Malaysian archipelago. Sydney. Academemic Press.

Page 17: Motif Purba dalam Penghas^an Produk Batik - UPSI

420 / Menanggapi Keberkesanan dan Perubahan

David Fontana, 1997. The Secret Language o f Symbols. London-Judi Piatus. Dewan Bahasa dan Pustaka. (1964) Tanah Melayu dari Segi Sejarah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Dean, Jenny, 1994. The Craft o f Natural ayeing. Glowing colours from the plant word. Search Press limited- Wellwod, North Road Tumbridg Wells, Kent TN 2 3DR.

Hamid Isa, 1987. Laporan Penemucm Kembali Gua Badak. (tiada terbitan).

Howell, F. Clarck, 1997. Manusia Purba. Tiara Pustaka. Jakarta Hygeia. (1991).

Kosasih, 1986. “Studi Komparatif tentang lukisan-lukisan gua prasejarah di kawasan Asia Tenggara (Indonesia, Thailand, dan Filipino)”, Pertemuan Ilmiah Arkeologi IV Pusat Penelitian Arkeolgi Nasional: 379-96.

Raja Fauziah, 2001. Seni Alam dan Kenegaraan. Kuala Lumpur. Balai Seni Lukis Negara.

Redza Piyadasa, 2000. Rupa Malaysia. Balai Seni Lukis Negara. Kuala Lumpur

Rohendi Rohidi, 2000. Kesenian Dalam Pendekatan Kebudayaan, STSI Press. Banduag.

Tabrani, Prunadi, 2000. The Massage from Acient Wall, Penerbit ITB, Bandung, Indonesia.

Siti Zainon Ismail, 1986. Rekabentuk kraftangan Melayu Tradisi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Siti Zainon Ismail, 1997. The Traditional Malay handicraft and Design. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Getaran, jalur dan warna, 1985. Petaling Jaya Penerbit Fajar Bakti.

Percikan Seni, 1989. Dewan Budaya dan Pustaka.

Reka Bentuk Kraftangan Melayu Tradisi, 1986. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sulaiman Othman. (Eds.), 1997. The Craft of Malaysia. Singapura: Tien Wah Press.

Wairah Marzuki, 2001. Seni, Alam dan Kenegaraan. Balai Seni Lukis Negara. Kuala Lumpur.

Zuraina Majid, 2003. Arkeologi di Malaysia. Universiti Sains Malaysia, Minden, Pulau Pinang.