MOTIVASI DALAM PERKERJAAN

9

description

FR

Transcript of MOTIVASI DALAM PERKERJAAN

MOTIVASI DALAM PERKERJAAN

MOTIVASI DALAM PERKERJAAN

KENAPA PERLUNYA MOTIVASI & IMPLIKASI TERHADAPNYA

DEFINISIMOTIVASI

~Merujuk kepada rangsangan dalaman (proses psikologi) yang mengarahkan kelakuan manusia untuk mencapai matlamat.

~Merupakan dorongan yang menggerakkan serta mengarahkan seseorang untuk melakukan sesuatu berdasarkan apa yang dikehendakinya, bagi mencapai matlamat.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MOTIVASI

Faktor yang biasanya mendorong seseorang untuk melakukan sesuatu adalah:-

1. MinatSeseorang akan berasa terdorong untuk melakukan sesuatu kegiatan jika kegiatan tersebut bersesuaian dengan minatnya.

2. Sikap PositifSeseorang yang mempunyai sifat positif akan menyertai kegiatan tersebut secara mendalam dan berusaha sebaik mungkin untuk menyelesaikan masalah yang timbul.

KENAPA PEKERJA MEMERLUKAN MOTIVASI??????

Motivasi adalah proses proses psikologi dalam diri seseorang dansangat dipengaruhi oleh faktor-faktor yang berikut:

1.Faktor Luaran

~Lingkungan kerja~Pemimpin dan kepimpinannya~Tuntutan perkembangan organisasi atau tugas~Dorongan atau bimbingan pengurus atasan

2.Faktor Dalaman~Sifat semula jadi individu~Tahap pendidikan~Pengalaman masa lampau~Keinginan atau harapan masa depan

~Dikenali juga sebagai faktor-faktor kesihatan

~Berhubung pengalaman kerja yang akan menghalang daripada berlakunya ketidakpuasan kerja sekiranya faktor-faktor tersebut wujud dalam organisasi

~Walau bagaimanapun faktor-faktor ini tidak dapat memotivasikan pekerja atau memberi kepuasan kepada mereka

~Faktor penjagaan terdiri daripada kualiti penyeliaan, polisi syarikat, gaji, keadaan fizikal tempat kerja, hubungan antara pekerja keselamatan di tempat kerja

~Faktor penjagaan jika diberi perhatian akan mengurangkan ketidakpuasan hati dan jika tidak diberi perhatian, akan meningkatkan ketidakpuasan hati

Contoh Faktor Penjagaan

~Dasar dan Pentadbiran~Organisasi~Penyeliaan~Gaji~Kehidupan Peribadi~Keselamatan Pekerja~Hubungan Interpersonal~Status~Keadaan Tempat Kerja

FAKTOR-FAKTOR MOTIVASI ATAU DORONGAN

~Faktor-faktor berkaitan dengan pekerjaan yang dapat memberi kepuasan dan seterusnya dapat memotivasikan pekerja

~Ketiadaan faktor-faktor ini akan menyebabkan timbulnya rasa ketidakpuasan kerja

Antara faktor-faktor motivasi adalah:

~Pencapaian~Pengiktirafan~Kenaikan Pangkat~Pekerjaan itu sendiri~Peluang untuk berkembang~Tanggungjawab

KEPENTINGAN MOTIVASI

Kepentingan Motivasi Terhadap Pekerja..

(1)Individu akan sentiasa berminat untuk mengejar kejayaan~Menurut Artkinson 1965 apabila individu mula menghadapi situasi mengejar sesuatu perkara terdapat dua jenis motivasi yang bertentangan akan timbul. Iaitu motivasi mengejar kejayaan dan motivasi mengelak kejayaan. Motivasi boleh dianggap sebagai pengerak kepada individu dalam pengurusan untuk membangkitkan minat dan semangat dalam urusan

(2)Wujudnya penumpuan dan perhatian~ Individu tersebut akan lebih member i sepenuh perhatian terhadap apa yang dilakukan bukan kerana terpaksa. Mereka yang bermotivasi akan melakukan dengan penuh semangat tanpa disuruh atau diarahkan oleh majikan.

(3)Mewujudkan penilaian yang sihat dan positif dalam kalangan individu~Motivasi menjadi asas kepada tenaga pengerak individu untuk bekerja dan mencipta suasana persaingan yang positif di tempat kerja.

(4)Membina keyakinan diri~Kebolehan individu mengatasi masalah dalam hidup. Apabila seseorang itu yakin dengan diri sendiri mereka akan lebih berusaha danpeluang kejayaan untuk mereka akan lebih terbuka.

(5)Pemangkin keberaniaan~ Apabila kita betul-betul inaginkan sesuatu, ketakutan dan kemalasan akan menjadi perkara kedua. Oleh itu apabila mencapai matlamat menjadi perkara utama keberanian, kerajinan dan ketekunan akan timbul.

IMPLIKASI MOTIVASI

Terhadap Individu~Meningkatkan kualiti kerja~Dapat mencapai matlamat yang diimpikan~Dapat meningkatkan taraf hidup

Terhadap Keluarga~Melahirkan rasa lebih bertanggungjawab terhadap keluarga~Memperkukuhkan institusi kekeluargaan

Terhadap Masyarakat dan Negara~Melahirkan ramai tenaga kerja mahir bagi mencapai wawasan 2020~Dapat menarik ramai pelabur asing untuk melabur dalam negara.~Melahirkan pekerja yang mempunyai tahap disiplin yang tinggi dan mempunyai komitmen yang tinggi terhadap kerja yang dilakukan.

disediakan oleh Roseleda bt Rusli (206388)

KESIMPULAN

Motivasi amat penting dalam diri individu yang ingin berjaya sama ada dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.