MOTIVASI DAN KEPUASAN PELANCONG DI TANJUNG · PDF filemotivasi dan kepuasan pelancong di...

1
MOTIVASI DAN KEPUASAN PELANCONG DI TANJUNG SIMPANG MENGAYAU NAMA: STEPHENIE AISAH ANAK EGAN PENYELIA: DR. HAMIMAH TALIB PROGRAM: TAMAN ALAM SEMULAJADI DAN REKREASI ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk mengkaji motivasi dan kepuasan pelancong yang datang berkunjung ke Tanjung Simpang Mengayau. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti latar belakang responden, faktor-faktor motivasi dan tahap kepuasan pengunjung. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah borang soal selidik. Seramai seratus orang responden yang telah berjaya menjawab borang soal selidik. Data ini telah dianalisis dengan menggunakan analisis statistik deskriptif dan analisis faktor. Analisis faktor dengan kaedah putaran varimax telah digunakan untuk mendapatkan maklumat dari pengunjung berdasarkan tingkah laku mereka yang menggambarkan motif mereka untuk berkunjung ke Tanjung Simpang Mengayau. Hasil kajian menunjukkan skor min faktor motivasi yang paling tinggi adalah faktor “menghargai sumber semulajadi” dan untuk tahap kepuasan pula adalah dari segi “tempat yang menarik”, “suasana pantai yang menarik” dan “tempat meletak kereta yang mencukupi”. Secara kesimpulannya, kajian berkaitan motivasi dan kepuasan pelancong ini amat penting untuk mengetahui faktor-faktor yang mendorong pelancong untuk berkunjung ke destinasi tersebut serta untuk mengkaji tahap kepuasan pelancong terhadap kawasan tersebut.

Transcript of MOTIVASI DAN KEPUASAN PELANCONG DI TANJUNG · PDF filemotivasi dan kepuasan pelancong di...

Page 1: MOTIVASI DAN KEPUASAN PELANCONG DI TANJUNG · PDF filemotivasi dan kepuasan pelancong di tanjung simpang mengayau nama: stephenie aisah anak egan penyelia: dr. hamimah talib program:

MOTIVASI DAN KEPUASAN PELANCONG DI TANJUNG SIMPANG MENGAYAU

NAMA: STEPHENIE AISAH ANAK EGAN

PENYELIA: DR. HAMIMAH TALIB

PROGRAM: TAMAN ALAM SEMULAJADI DAN REKREASI

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji motivasi dan kepuasan pelancong yang datang berkunjung ke Tanjung Simpang Mengayau. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti latar belakang responden, faktor-faktor motivasi dan tahap kepuasan pengunjung. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah borang soal selidik. Seramai seratus orang responden yang telah berjaya menjawab borang soal selidik. Data ini telah dianalisis dengan menggunakan analisis statistik deskriptif dan analisis faktor. Analisis faktor dengan kaedah putaran varimax telah digunakan untuk mendapatkan maklumat dari pengunjung berdasarkan tingkah laku mereka yang menggambarkan motif mereka untuk berkunjung ke Tanjung Simpang Mengayau. Hasil kajian menunjukkan skor min faktor motivasi yang paling tinggi adalah faktor “menghargai sumber semulajadi” dan untuk tahap kepuasan pula adalah dari segi “tempat yang menarik”, “suasana pantai yang menarik” dan “tempat meletak kereta yang mencukupi”. Secara kesimpulannya, kajian berkaitan motivasi dan kepuasan pelancong ini amat penting untuk mengetahui faktor-faktor yang mendorong pelancong untuk berkunjung ke destinasi tersebut serta untuk mengkaji tahap kepuasan pelancong terhadap kawasan tersebut.