MOTIVASI PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN · PDF fileInstrumen yang digunakan ... menyemai dan...

21
MOTIVASI PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN KOMPUTER DALAM PEMBELAJARAN FIZIK LOH LI E UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Transcript of MOTIVASI PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN · PDF fileInstrumen yang digunakan ... menyemai dan...

Page 1: MOTIVASI PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN · PDF fileInstrumen yang digunakan ... menyemai dan memupuk minat pelajar terhadap pembelajaran. 1.2 Latar Belakang Masalah ... pendidikan dilangsungkan

MOTIVASI PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN KOMPUTER DALAM

PEMBELAJARAN FIZIK

LOH LI E

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: MOTIVASI PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN · PDF fileInstrumen yang digunakan ... menyemai dan memupuk minat pelajar terhadap pembelajaran. 1.2 Latar Belakang Masalah ... pendidikan dilangsungkan
Page 3: MOTIVASI PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN · PDF fileInstrumen yang digunakan ... menyemai dan memupuk minat pelajar terhadap pembelajaran. 1.2 Latar Belakang Masalah ... pendidikan dilangsungkan

i

MOTIVASI PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN KOMPUTER DALAM

PEMBELAJARAN FIZIK

LOH LI E

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan

ijazah Sarjana Muda Sains Dan Komputer

Serta Pendidikan (Fizik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MAC, 2006

Page 4: MOTIVASI PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN · PDF fileInstrumen yang digunakan ... menyemai dan memupuk minat pelajar terhadap pembelajaran. 1.2 Latar Belakang Masalah ... pendidikan dilangsungkan
Page 5: MOTIVASI PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN · PDF fileInstrumen yang digunakan ... menyemai dan memupuk minat pelajar terhadap pembelajaran. 1.2 Latar Belakang Masalah ... pendidikan dilangsungkan
Page 6: MOTIVASI PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN · PDF fileInstrumen yang digunakan ... menyemai dan memupuk minat pelajar terhadap pembelajaran. 1.2 Latar Belakang Masalah ... pendidikan dilangsungkan

iv

Untuk ayah, ibu dan sesisi keluarga tersayang

Page 7: MOTIVASI PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN · PDF fileInstrumen yang digunakan ... menyemai dan memupuk minat pelajar terhadap pembelajaran. 1.2 Latar Belakang Masalah ... pendidikan dilangsungkan

v

PENGHARGAAN

Penulis ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada penyelia projek sarjana

muda, Dr. Abdul Rahim Bin Hamdan di atas segala bimbingan dan perihatian yang

diberikan sepanjang tempoh kajian ini dan teguran membina yang tidak ternilai

sehingga kajian ini dapat disempurnakan mengikut masa yang ditetapkan.

Saya juga merakamkan penghargaan kepada pelajar–pelajar sekolah yang

terlibat dalam kajian ini dan telah memberi kerjasama yang sepenuhnya di sepanjang

sesi kajian ini.

Akhir sekali, saya ingin menyampaikan penghargaan khas kepada setiap ahli

keluarga dan rakan saya yang telah memberi galakan sehingga kajian ini dapat menjadi

satu kenyataan. Penghargaan juga ditujukan kepada semua yang terlibat sama ada

secara langsung atau tidak langsung membantu menjayakan projek penyelidikan ini.

Page 8: MOTIVASI PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN · PDF fileInstrumen yang digunakan ... menyemai dan memupuk minat pelajar terhadap pembelajaran. 1.2 Latar Belakang Masalah ... pendidikan dilangsungkan

vi

ABSTRAK

Pembelajaran Fizik menggunakan komputer telah dilaksanakan di kebanyakan

sekolah pada masa kini. Penyelidik telah menjalankan satu kajian mengenai motivasi

pelajar terhadap penggunaan komputer dalam pebelajaran Fizik. Tahap motivasi

intrinsik dan tahap motivasi ekstrinsik terhadap penggunaan komputer dalam

pembelajaran Fizik dan hubungan antara tahap motivasi intrinsik dan motivasi

ekstrinsik dengan pencapaian mereka dikaji. Seramai 100 orang pelajar lelaki

Tingkatan empat di Sekolah Tinggi di Batu Pahat telah terlibat dalam kajian ini.

Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk soal selidik manakala

data yang diperolehi telah dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif iaitu

peratus dan min serta analisis inferensi melihat hubungan (korelasi). Nilai

kebolehpercayaan bagi kajian ini adalah 9231.=α . Hasil kajian menunjukkan min

keseluruhan bagi tahap motivasi intrinsik pelajar yang menggunakan komputer dalam

pembelajaran Fizik mempunyai nilai yang sederhana iaitu 3.44 manakala min bagi

tahap motivasi ekstrinsik pelajar yang menggunakan komputer dalam pembelajaran

Fizik juga mempunyai tahap yang sederhana iaitu 3.13. Ini menunjukkan motivasi

intrinsik dan motivasi ekstrinsik wujud pada pelajar terhadap penggunaan komputer

dalam pembelajaran Fizik. Daripada hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat

hubungan yang signifikan di antara tahap motivasi intrinsik pelajar yang menggunakan

komputer dalam pembelajaran Fizik secara keseluruhan dengan pencapaian mereka

dan juga terdapat hubungan yang signifikan di antara tahap motivasi ekstrinsik pelajar

yang menggunakan komputer dalam pembelajaran Fizik secara keseluruhan dengan

pencapaian mereka.

Page 9: MOTIVASI PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN · PDF fileInstrumen yang digunakan ... menyemai dan memupuk minat pelajar terhadap pembelajaran. 1.2 Latar Belakang Masalah ... pendidikan dilangsungkan

vii

ABSTRACT

Learning physics using computer had been carry out in most of the school

nowadays. Researcher did a research on student motivation using computer in

learning physics. The stage of intrinsic motivation and extrinsic motivation of

student using computer in learning physics is studied. The studies also look at the

correlation of intrinsic motivation and extrinsic motivation versus their academic result.

An hundred form 4 students from High School in Batu Pahat were involved in this

study. A set of questionnaire was used in the study. The data were analytic using

descriptive statistic (percentage and min) and inferences statistics. The reliability

coefficient for this study is 9231.=α . The result shows that the entirety stage of

intrinsic motivation student using computer in learning physics is abstemious at 3.44,

while the average stage of extrinsic motivation student using computer in learning

physics is also abstemious at 3.13. It shows that intrinsic motivation and extrinsic

motivation exist at student using computer in learning physics. The result also

showed that there have significant entirety stages of intrinsic motivation and extrinsic

motivation student using computer in learning physics versus their academic result.

Page 10: MOTIVASI PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN · PDF fileInstrumen yang digunakan ... menyemai dan memupuk minat pelajar terhadap pembelajaran. 1.2 Latar Belakang Masalah ... pendidikan dilangsungkan

viii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iv

PENGHARGAAN v

ABSTRAK vi

ABSTRACT vii

KANDUNGAN viii

SENARAI JADUAL xii SENARAI LAMPIRAN xiii BAB I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Penyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 6

1.5 Persoalan Kajian 6

1.6 Hipotesis 7

1.7 Kepentingan Kajian 7

1.8 Batasan Kajian 8

1.9 Definisi Istilah 9

1.9.1 Motivasi 9

Page 11: MOTIVASI PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN · PDF fileInstrumen yang digunakan ... menyemai dan memupuk minat pelajar terhadap pembelajaran. 1.2 Latar Belakang Masalah ... pendidikan dilangsungkan

ix

1.9.1.1 Motivasi Intrinsik 10

1.9.1.2 Motivasi Ekstrinsik 10

1.9.2 Penggunaan Komputer 10

1.9.3 Pelajar 11

1.9.4 Pencapaian Pelajar 11

1.9.5 Tahap 11

1.10 Penutup 12 BAB II SOROTAN KAJIAN 2.1 Pengenalan 13

2.2 Motivasi Intrinsik Dan Motivasi Ekstrinsik

Pelajar Terhadap Pembelajaran 13

2.2.1 Motivasi Intrinsik Pelajar Terhadap

Pembelajaran 14

2.2.2 Motivasi Ekstrinsik Pelajar Terhadap

Pembelajaran 15

2.3 Motivasi Penggunaan Komputer Dalam

Pembelajaran 17

2.4 Penggunaan Komputer Dalam

Pembelajaran Fizik 19

2.5 Penggunaan Teknologi Dalam Pengajaran

dan Pembelajaran Fizik 20

2.6 Fizik Dan Kepentingannya 21

2.7 Penutup 23 BAB III METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan 24

Page 12: MOTIVASI PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN · PDF fileInstrumen yang digunakan ... menyemai dan memupuk minat pelajar terhadap pembelajaran. 1.2 Latar Belakang Masalah ... pendidikan dilangsungkan

x

3.2 Rekabentuk Kajian 24

3.3 Persampelan 26

3.4 Instrumen Kajian 26

3.4.1 Bahagian A 27

3.4.2 Bahagian B 27

3.5 Kajian Rintis 28

3.6 Prosedur Kajian 28

3.7 Kaedah Penganalisaan Data 29

3.8 Penutup 30

BAB IV ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 31

4.2 Bahagian A - Analisis Deskriptif 32

4.3 Bahagian B - Analisis Tahap motivasi

Intrinsik dan Tahap Motivasi Ekstrinsik 35

4.4 Analisis Inferensi Melihat Hubungan (korelasi) 50

4.4.1 Hubungan Di Antara Tahap Motivasi

Intrinsik Pelajar Yang Menggunakan

Komputer Dalam Pembelajaran Fizik

Dengan Pencapaian 50

4.4.2 Hubungan Di Antara Tahap Motivasi

Ekstrinsik Pelajar Yang Menggunakan

Komputer Dalam Pembelajaran Fizik

Dengan Pencapaian 51

4.5 Penutup 52

Page 13: MOTIVASI PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN · PDF fileInstrumen yang digunakan ... menyemai dan memupuk minat pelajar terhadap pembelajaran. 1.2 Latar Belakang Masalah ... pendidikan dilangsungkan

xi

BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 53

5.2 Rumusan Dapatan Kajian 54

5.3 Perbincangan 55

5.3.1 Tahap Motivasi Intrinsik Pelajar yang

Menggunakan Komputer Dalam

Pembelajaran Fizik 55

5.3.2 Tahap Motivasi Ekstrinsik Pelajar yang

Menggunakan Komputer Dalam

Pembelajaran Fizik 57

5.3.3 Hubungan Tahap Motivasi Intrinsik dan

Tahap Motivasi Ekstrinsik Dengan

Pencapaian 58

5.4 Cadangan Kajian 59

5.4.1 Tahap Motivasi Intrinsik Pelajar yang

Menggunakan Komputer Dalam

Pembelajaran Fizik 59

5.4.2 Tahap Motivasi Ekstrinsik Pelajar yang

Menggunakan Komputer Dalam

Pembelajaran Fizik 60

5.4.3 Hubungan Tahap Motivasi Intrinsik dan

Tahap Motivasi Ekstrinsik Dengan

Pencapaian 61

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 62

5.6 Penutup 64 RUJUKAN 65 LAMPIRAN 71

Page 14: MOTIVASI PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN · PDF fileInstrumen yang digunakan ... menyemai dan memupuk minat pelajar terhadap pembelajaran. 1.2 Latar Belakang Masalah ... pendidikan dilangsungkan

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 3.1 Klasifikasi Kekuatan Korelasi 25

3.2 Pengelasan Skala Likert Lima Peringkat dan Tiga Peringkat 27

4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 32

4.2 Taburan Responden Mengikut Umur 32

4.3 Taburan Responden Mengikut Bangsa 33

4.4 Taburan Responden Mengikut Dari Mana Mendapat

Pengetahuan Penggunaan Komputer 33

4.5 Taburan Responden Mengikut Markah Fizik Ujian

Mini 2 34

4.6 Taburan Responden Mengikut Tahap, Peratus dan Min bagi Motivasi Intrinsik (Matlamat) Pelajar yang Menggunakan Komputer Dalam Pembelajaran Fizik 36

4.7 Taburan Responden Mengikut Tahap, Peratus dan Min bagi Motivasi Intrinsik (Minat) Pelajar yang

Menggunakan Komputer Dalam Pembelajaran Fizik 38

4.8 Taburan Responden Mengikut Tahap, Peratus dan

Min bagi Motivasi Intrinsik (Usaha) Pelajar yang

Menggunakan Komputer Dalam Pembelajaran Fizik 40

4.9 Taburan Responden Mengikut Tahap, Peratus dan Min

bagi Motivasi Ektrinsik (Keluarga) Pelajar yang

Menggunakan Komputer Dalam Pembelajaran Fizik 43

Page 15: MOTIVASI PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN · PDF fileInstrumen yang digunakan ... menyemai dan memupuk minat pelajar terhadap pembelajaran. 1.2 Latar Belakang Masalah ... pendidikan dilangsungkan

xiii

4.10 Taburan Responden Mengikut Tahap, Peratus dan Min

bagi Motivasi Ektrinsik (Guru) Pelajar yang

Menggunakan Komputer Dalam Pembelajaran Fizik 45

4.11 Taburan Responden Mengikut Tahap, Peratus dan Min

bagi Motivasi Ektrinsik (Rakan Sebaya) Pelajar yang

Menggunakan Komputer Dalam Pembelajaran Fizik 47

4.12 Hubungan Di Antara Tahap Motivasi Intrinsik Pelajar

Yang Menggunakan Komputer Dalam Pembelajaran

Fizik Dengan Pencapaian 50

4.13 Hubungan Di Antara Tahap Motivasi Ekstrinsik Pelajar

Yang Menggunakan Komputer Dalam Pembelajaran

Fizik Dengan Pencapaian 51

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT A Borang soal selidik 71

B Surat kebenaran dari bahagian perancangan dan

penyelidikan Kementerian Pendidikan Malaysia 77

C Surat kebenaran dari Jabatan Pendidikan Negeri

Johor 79

D Koefisien kebolehpercayaan keseluruhan kajian rintis 80

Page 16: MOTIVASI PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN · PDF fileInstrumen yang digunakan ... menyemai dan memupuk minat pelajar terhadap pembelajaran. 1.2 Latar Belakang Masalah ... pendidikan dilangsungkan

BAB I

PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan

Pada masa kini, negara sedang menuju ke status sebuah negara maju pada

tahun 2020 yang akan datang. Keperluan sumber manusia dalam bidang sains dan

teknologi merupakan teras yang paling utama dalam pembangunan negara. Oleh itu,

pendidikan adalah salah satu cabang yang terpenting bagi menyalurkan ilmu

pengetahuan kepada sumber tenaga mahir dan separuh mahir yang terlatih. Dengan

itu, keperluan dalam bidang sains dan teknologi amat dititikberatkan di Malaysia untuk

mencapai Wawasan 2020. Penguasaan kepada kemajuan sains dan teknologi memerlukan asas sains yang

kukuh iaitu sejak dari awal peringkat sekolah rendah, menengah hingga ke peringkat

lebih tinggi. Penekanan terhadap mata pelajaran sains telah diberi perhatian

semenjak penggubalan dasar pendidikan negara dan ia terus berkembang sehingga

mewujudkan kurikulum baru yang terkini iaitu Kurikulum Bersepadu Sekolah

Menengah (KBSM).

Page 17: MOTIVASI PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN · PDF fileInstrumen yang digunakan ... menyemai dan memupuk minat pelajar terhadap pembelajaran. 1.2 Latar Belakang Masalah ... pendidikan dilangsungkan

2

Dengan itu, proses pengajaran mata pelajaran sains amat dititikberatkan oleh

kerajaan dalam usaha untuk melahirkan masyarakat yang bersifat sainstifik serta

progresif, berdaya cipta dan berpandangan jauh ke masa hadapan. Dengan itu,

beberapa pendekatan yang baru untuk pengajaran sains telah diperkenalkan, tidak

terkecuali juga dengan mata pelajaran Fizik. Salah satu pendekatan baru ialah

pengajaran dengan perisian multimedia. Tidak dapat dinafikan bahawa teknologi

maklumat kini sudah diterima sebagai sebahagian daripada pendidikan. Semua

sekolah di Malaysia kini sudah dilengkapkan dengan kemudahan multimedia. Semua

guru yang mengajar mata pelajaran sains dan matematik telah dibekalkan dengan

sebuah “laptop”. Ini menunjukkan betapa berusahanya kerajaan dalam mengubah

pendekatan pengajaran sains dan matematik di negara kita. Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) adalah satu pendekatan yang

menggunakan komputer untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Secara

ringkasnya, komputer sebagai satu pendekatan yang digunakan untuk menyampaikan

isi pelajaran supaya pembelajaran dapat menjadi lebih mudah, menarik dan berkesan

serta berinteraksi dengan komputer mengikut kehendak dan keupayaan sendiri. Fizik merupakan salah satu subjek sains yang penting dalam pembangunan

negara kerana subjek Fizik adalah asas kepada bidang kejuruteraan. Walaupun Fizik

adalah subjek yang penting, tetapi minat pelajar terhadapnya adalah semakin

berkurang. Ini adalah kerana dalam subjek Fizik bukan semua ideanya boleh

dinampak dengan jelas, tetapi adanya yang khayal. Jika guru mengajar hanya

berbantukan buku teks dan latihan, pelajar tidak dapat mengimaginasikan bentuk yang

sebenarnya, sebagai contoh pergerakan zarah-zarah dalam pepejal dan sebaginya.

Oleh itu, komputer memainkan peranan yang penting dalam merealisasikan benda

yang khayal kepada benar dalam bentuk animasi dan simulasi.

Page 18: MOTIVASI PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN · PDF fileInstrumen yang digunakan ... menyemai dan memupuk minat pelajar terhadap pembelajaran. 1.2 Latar Belakang Masalah ... pendidikan dilangsungkan

3

Perkembangan teknologi dalam bidang komputer masa kini terus meledak

dengan pesatnya. Perkembangan inilah yang mencetuskan pemikiran untuk

menerapkan teknologi bidang komputer dalam sistem pendidikan hari ini. Aspek

teknologi telah digabungkan dalam kurikulum sekolah sebagai satu daya ke arah

menyemai dan memupuk minat pelajar terhadap pembelajaran. 1.2 Latar Belakang Masalah Perkembangan sains dan teknologi yang semakin pesat turut mempengaruhi

sistem pendidikan di sesebuah negara. Teknologi berkembang melalui

peralatan-peralatan ciptaan ahli teknologi dengan penemuan idea-idea melalui

kajian-kajian sains. Jika dilihat dari segi sejarah perkembangan pendidikan, pada awalnya

pendidikan dilangsungkan secara lisan sahaja dan tanpa ada apa-apa perantaraan

peralatan. Kemudian dengan perkembangan teknologi maklumat telah

mengintergrasikan bidang pendidikan secara berperingkat-peringkat terutamanya

dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Contohnya, mula daripada papan batu

yang merupakan bahan teknologi pada masa itu dan seterusnya papan tulis ( papan

hitam ) serta kapur. Dari hari ke hari, teknologi maklumat berkembang lagi dengan

mempunyai alat pandang dengar seperti pita rakaman, filem, slaid, OHP dan

sebagainya. Menurut R. J. Field (1995), kebanyakan pelajar menganggap Fizik merupakan

satu mata pelajaran yang sukar, sangat kompleks, rumit dan sukar difahami. Ini

menyebabkan semakin ramai pelajar tidak minat terhadap Fizik yang diajar di sekolah

secara tradisional iaitu baca dan hafal.

Page 19: MOTIVASI PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN · PDF fileInstrumen yang digunakan ... menyemai dan memupuk minat pelajar terhadap pembelajaran. 1.2 Latar Belakang Masalah ... pendidikan dilangsungkan

4

Menurut huraian sukatan pelajaran Fizik dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah

Menengah (KBSM) Kementerian Pendidikan Malaysia (2003), penggunaan teknologi

dalam pengajaran dan pembelajaran sains adalah salah satu strategi pengajaran dan

pembelajaran di Malaysia. Simulasi dan animasi berkomputer merupakan satu

kaedah untuk mengajar konsep sains yang mujarad dan sukar. Teknologi maklumat

berpotensi menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan dan berkesan. Penggunaan

komputer amat membantu dalam meningkatkan minat murid belajar sains dan

meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran sains. Motivasi adalah kecenderungan dari hati naruri dalam diri yang mempengaruhi

dan mengerakkan tingkah laku seseorang (Lee, 1998). Ia merupakan kuasa dari

dalam diri individu yang mendorongnya melakukan sesuatu bagi mencapai kehendak

atau matlamat diri. Terdapat dua jenis motivasi iaitu motivasi dalaman atau intrinsik

dan motivasi luaran atau ektrinsik. Menurut Semiawan (1986), motivasi dalaman

ialah suatu keinginan bertindak yang terjadi tanpa dipengaruhi oleh faktor-faktor dari

persekitaran manakala motivasi luaran pula ialah tingkah laku terjadi kerana

dipengaruhi oleh rangsangan dari luar. Mark Lepper (1985) menunjukkan bahawa

motivasi adalah berkesan dengan penggunaan komputer sebagai bahan bantu mengajar

dalam bilik darjah. Menurut teori kesusasteraan motivasi intrinsik, penggunaan

komputer dalam pembelajaran adalah salah satu cara yang boleh meningkatkan minat

pelajar dalam pembelajaran. Bagi mengenalpasti hubungan motivasi pelajar menggunaan komputer dalam

pembelajaran Fizik dengan pencapaian pelajar, motivasi intrinsik dan motivasi

ekstrinsik pelajar terhadap penggunaan komputer dalam pembelajaran Fizik dikaji.

Page 20: MOTIVASI PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN · PDF fileInstrumen yang digunakan ... menyemai dan memupuk minat pelajar terhadap pembelajaran. 1.2 Latar Belakang Masalah ... pendidikan dilangsungkan

5

1.3 Penyataan Masalah Walaupun mempelajari Fizik membolehkan pelajar-pelajar mendapat

persediaan untuk menceburkan diri dalam berbagai-bagai bidang latihan dan kerjaya

yang berorientasikan sains dan teknologi, akan tetapi didapati semakin ramai pelajar

tidak bermotivasi untuk mempelajarinya. Ini adalah kerana konsep Fizik selalunya

tidak selari dengan pengetahuan intuisi (Champagne, Gunstone, & Klopfer, 1985;

Nussbaum & Novick, 1982; Maria & MacGinitie, 1981; McCloskey, 1983; Osborne &

Freyberg, 1985). Semasa satu konsep yang baru timbul bertentangan dengan

pengetahuan awal dan penetahuan awal ditolak, pelajar akan berasa susah untuk

mempercayai, sebagai contoh graviti menarik objek ke permukaan bumi dengan

pecutan yang sama, walaupun jisim objek berlainan. Pelajar merasa konsep Fizik

susah dipelajari kerana mereka mengetahui bahawa objek yang berjisim besar

mempunyai daya yang lebih kuat dan mempunyai daya graviti yang lebih tinggi

berbanding dengan objek yang ringan. Oleh itu, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyediakan peralatan

komputer yang lengkap dengan perisian dalam bentuk CD-ROM sebagi bahan bantu

mengajar untuk proses pengajaran dan pembelajaran supaya dapat meningkatkan

motivasi pelajar terhadap pembelajaran. Berdasarkan kepada latar belakang masalah yang dibincangkan, kajian ini

akan menumpukan kepada beberapa penyataan mengenai motivasi intrinsik dan

motivasi ekstrinsik pelajar terhadap penggunaan komputer dalam pembelajaran Fizik.

Page 21: MOTIVASI PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN · PDF fileInstrumen yang digunakan ... menyemai dan memupuk minat pelajar terhadap pembelajaran. 1.2 Latar Belakang Masalah ... pendidikan dilangsungkan

6

1.4 Objektif Kajian Kajian ini bertujuan mengenai motivasi pelajar terhadap penggunaan komputer

dalam pembelajaran Fizik di Sekolah Tinggi, Batu Pahat, Johor. Objektif kajian ini

merangkumi beberapa perkara berikut seperti:

1. Mengenalpasti tahap motivasi intrinsik pelajar terhadap penggunaan komputer

dalam pembelajaran Fizik.

2. Mengenalpasti tahap motivasi ekstrinsik pelajar terhadap penggunaan komputer

dalam pembelajaran Fizik.

3. Mengenalpasti hubungan di antara tahap motivasi intrinsik pelajar yang

menggunakan komputer dalam pembelajaran Fizik dengan pencapaian mereka.

4. Mengenalpasti hubungan di antara tahap motivasi ekstrinsik pelajar yang

menggunakan komputer dalam pembelajaran Fizik dengan pencapaian mereka.

1.5 Persoalan Kajian

1. Apakah tahap motivasi intrinsik pelajar dalam pembelajaran Fizik

menggunakan komputer?

2. Apakah tahap motivasi ekstrinsik pelajar dalam pembelajaran Fizik

menggunakan komputer?

3. Adakah terdapat hubungan di antara tahap motivasi intrinsik pelajar yang

menggunakan komputer dalam pembelajaran Fizik dengan pencapaian

mereka?

4. Adakah terdapat hubungan di antara tahap motivasi ekstrinsik pelajar yang

menggunakan komputer dalam pembelajaran Fizik dengan pencapaian mereka?