MPU 1152 PENGAJIAN MALAYSIApengajianmalaysiakk.weebly.com/uploads/5/6/4/4/56445639/topik_1... ·...

22
MPU 1152 PENGAJIAN MALAYSIA Topik 1 KEMASYRAKATAN MALAYSIA (Minggu 1)

Transcript of MPU 1152 PENGAJIAN MALAYSIApengajianmalaysiakk.weebly.com/uploads/5/6/4/4/56445639/topik_1... ·...

Page 1: MPU 1152 PENGAJIAN MALAYSIApengajianmalaysiakk.weebly.com/uploads/5/6/4/4/56445639/topik_1... · MPU 1152 PENGAJIAN MALAYSIA Di akhir kursus ini, para pelajar akan dapat:- 1. Menyatakan

MPU 1152 PENGAJIAN MALAYSIA

Topik 1 KEMASYRAKATAN MALAYSIA

(Minggu 1)

Page 2: MPU 1152 PENGAJIAN MALAYSIApengajianmalaysiakk.weebly.com/uploads/5/6/4/4/56445639/topik_1... · MPU 1152 PENGAJIAN MALAYSIA Di akhir kursus ini, para pelajar akan dapat:- 1. Menyatakan

MPU 1152 PENGAJIAN MALAYSIA

Di akhir kursus ini, para pelajar akan dapat:- 1.  Menyatakan dengan jelas fakta-fakta sejarah Malaysia tentang

kemasyarakatan, pembentukan negara, institusi pemerintahan, pembangunan sosio-ekonomi dan dasar-dasar Malaysia.

2.  Menerangkan dengan betul fakta-fakta sejarah Malaysia tentang kemasyarakatan, pembentukan negara, institusi pemerintahan, pembangunan sosio-ekonomi dan dasar-dasar Malaysia.

3.  Menghuraikan dengan tepat fakta-fakta sejarah Malaysia tentang kemasyarakatan, pembentukan negara, institusi pemerintahan, pembangunan sosio-ekonomi dan dasar-dasar Malaysia.

4.  Merumuskan dengan betul fakta-fakta sejarah Malaysia tentang kemasyarakatan, pembentukan negara, institusi pemerintahan, pembangunan sosio-ekonomi dan dasar-dasar Malaysia.

Page 3: MPU 1152 PENGAJIAN MALAYSIApengajianmalaysiakk.weebly.com/uploads/5/6/4/4/56445639/topik_1... · MPU 1152 PENGAJIAN MALAYSIA Di akhir kursus ini, para pelajar akan dapat:- 1. Menyatakan

MPU 1152 PENGAJIAN MALAYSIA

KOMPONEN PENILAIAN   TOPIK 1  

TOPIK 2  

TOPIK 3  

TOPIK 4  

TOPIK 5   MARKAH  

PENILAIAN BERTERUSAN

(PB)  

KUIZ   5%     5%    

70%  

UJIAN     10%       10%  

TUGASAN     10%      

PROJEK     20%    

PEMBENTANGAN   10%          

PENILAIAN AKHIR (PA)   TEORI   30%   30%  

Page 4: MPU 1152 PENGAJIAN MALAYSIApengajianmalaysiakk.weebly.com/uploads/5/6/4/4/56445639/topik_1... · MPU 1152 PENGAJIAN MALAYSIA Di akhir kursus ini, para pelajar akan dapat:- 1. Menyatakan

1.1 MENYATAKAN SISTEM SOSIAL MASYARAKAT MELAYU TRADISIONAL

Masyarakat Melayu Di Tanah Melayu Sebelum Campur Tangan British Pendahuluan •  Masyarakat Melayu tradisional terbahagi

kepada dua:- golongan pemerintah dan golongan diperintah.

•  Golongan pemerintah terdiri daripada raja/sultan, keluarga dan kerabat diraja, pembesar, pentadbir serta ulama istana.

•  Golongan diperintah ialah orang merdeheka dan hamba.

4 [email protected]

Page 5: MPU 1152 PENGAJIAN MALAYSIApengajianmalaysiakk.weebly.com/uploads/5/6/4/4/56445639/topik_1... · MPU 1152 PENGAJIAN MALAYSIA Di akhir kursus ini, para pelajar akan dapat:- 1. Menyatakan

Golongan Pemerintah 1. Raja/Sultan/Yang Dipertuan Besar •  Pemerintah tertinggi dalam pentadbiran negeri. •  Mempunyai kuasa dan wibawa dalam menjalankan

pemerintahan dan pentadbiran negeri. •  Mentadbir negeri dengan bantuan kaum kerabat

dan para pembesar. •  Menyatupadukan rakyat, memelihara keamanan

dan memajukan negeri. •  Berkuasa mutlak terhadap rakyat jelata •  Melaksanakan kuasa kerajaan pusat. Konsep

daulat dan derhaka memperkukuhkan kuasa raja •  Menjalinkan hubungan luar. •  Mempunyasi keistimewaan tertentu; warna kuning

hanya untuk raja, payung putih untuk sultan, payung kuning untuk kerabat, menggunakan bahasa dalam, cop mohor diraja, alat kebesaran seperti kendi. 5 [email protected]

Page 6: MPU 1152 PENGAJIAN MALAYSIApengajianmalaysiakk.weebly.com/uploads/5/6/4/4/56445639/topik_1... · MPU 1152 PENGAJIAN MALAYSIA Di akhir kursus ini, para pelajar akan dapat:- 1. Menyatakan

Golongan Pemerintah 2. Keluarga Dan Kerabat Diraja •  Kedudukan kedua selepas raja ialah anak raja

dan kerabat diraja. •  Anak raja tidak semestinya seorang putera

raja yang memerintah. •  Mempunyai gelaran raja, tengku dan wan. •  Jawatan raja muda diberi kepada putera

sulung/tertua/adinda sultan jika tiada putera. •  Putera sultan ada yang dilantik menjadi

pembesar daerah atau pemerintah jajahan takluk

•  Mempunyai keistimewaan sama seperti raja, tetapi tidak melebihi keistimewaan raja.

•  Menggunakan bahasa dalam dan payung kuning.

6 [email protected]

Page 7: MPU 1152 PENGAJIAN MALAYSIApengajianmalaysiakk.weebly.com/uploads/5/6/4/4/56445639/topik_1... · MPU 1152 PENGAJIAN MALAYSIA Di akhir kursus ini, para pelajar akan dapat:- 1. Menyatakan

Golongan Pemerintah 3. Golongan Bangsawan •  Terdiri daripada golongan pembesar dan

kaum kerabat •  Sangat berpengaruh dalam kalangan

pemerintah dan pentadbir. •  Membantu sultan dalam pentadbiran dan

pemerintahan. •  Menjadi penasihat/pembesar di daerah-

daerah tertentu.

7 [email protected]

Page 8: MPU 1152 PENGAJIAN MALAYSIApengajianmalaysiakk.weebly.com/uploads/5/6/4/4/56445639/topik_1... · MPU 1152 PENGAJIAN MALAYSIA Di akhir kursus ini, para pelajar akan dapat:- 1. Menyatakan

Golongan Pemerintah 4. Pembesar Daerah •  Terdiri daripada rakyat biasa yang dinaikkan taraf

dan dilantik melalui surat tauliah oleh sultan yang bercop mohor.

•  Memegang jawatan seumur hidup dan mesti menunjukkan taat setia kepada pemerintah.

•  Berkuasa penuh dalam kawasan pegangannya. •  Berkedudukan penting dalam sistem pemerintahan

kerajaan dan menjadi perantara sultan dengan rakyat.

•  Menjaga keamanan dan memungut cukai di kawasan pemakanannya serta bebas menjalankan kegiatan ekonomi.

•  Menjatuhkan hukuman dan denda dalam kes-kes jenayah di daerah mereka.

•  Membekalkan tenaga buruh kepada sultan dalam sistem kerah dan serah. Contoh Membina istana.

8 [email protected]

Page 9: MPU 1152 PENGAJIAN MALAYSIApengajianmalaysiakk.weebly.com/uploads/5/6/4/4/56445639/topik_1... · MPU 1152 PENGAJIAN MALAYSIA Di akhir kursus ini, para pelajar akan dapat:- 1. Menyatakan

•  Golongan Ulama Dan Pendeta 1. Golongan Ulama •  Berketurunan Arab Melayu dan merupakan

cendekiawan dalam bidang agama. •  Berkedudukan istimewa dan sangat

berpengaruh dalam susun lapis masyarakat Melayu tradisional. Contoh jawatan mufti, kadi

•  Penasihat sultan dalam hal ehwal agama/hukum syarak.

2. Golongan Pendeta : •  Pakar dalam bidang kesenian, kebudayaan,

kesusasteraan, adat istiadat dan salasilah raja.

•  Menjadi pakar rujuk kepada sultan dan golongan di istana.

•  Merupakan penulis dan perawi diraja.

9 [email protected]

Page 10: MPU 1152 PENGAJIAN MALAYSIApengajianmalaysiakk.weebly.com/uploads/5/6/4/4/56445639/topik_1... · MPU 1152 PENGAJIAN MALAYSIA Di akhir kursus ini, para pelajar akan dapat:- 1. Menyatakan

Golongan Diperintah •  Terdiri daripada rakyat biasa dan orang

asing yang bebas/merdeheka. 1. Rakyat Biasa •  Petani, nelayan, dagang dan tukang. •  Tidak mempunyai kuasa politik dan

jawatan dal;am pentadbiran. •  Mengamalkan tradisi gotong-royong. •  Tiga golongan rakyat biasa iaitu pedagang

dan peniaga kecil-kecilan, buruh dan pekerja biasa serta petani dan tukang mahir.

•  Bebas menjalankan kegiatan ekonomi- pertanian, perikanan, perlombongan dan perdagangan.

10 [email protected]

Page 11: MPU 1152 PENGAJIAN MALAYSIApengajianmalaysiakk.weebly.com/uploads/5/6/4/4/56445639/topik_1... · MPU 1152 PENGAJIAN MALAYSIA Di akhir kursus ini, para pelajar akan dapat:- 1. Menyatakan

2. Rakyat Asing •  Penduduk bukan Melayu yang

datang ke Tanah Melayu untuk tujuan tertentu dan tinggal sementara sahaja.

•  Terlibat dalam pelbagai kegiatan sosial seperti tentera upahan kerajaan.

•  Menjalankan kegiatan ekonomi seperti pelombong dan peniaga runcit.

•  Tidak wajib mematuhi dan mengamalkan tradisi kebudayaan tempatan.

11 [email protected]

Page 12: MPU 1152 PENGAJIAN MALAYSIApengajianmalaysiakk.weebly.com/uploads/5/6/4/4/56445639/topik_1... · MPU 1152 PENGAJIAN MALAYSIA Di akhir kursus ini, para pelajar akan dapat:- 1. Menyatakan

3. Golongan Hamba •  Menyediakan tenaga manusia untuk

aktiviti masyarakat seperti gotong-royong.

•  Menyumbang tenaga untuk menambah harta tuannya.

•  Melambangkan ketinggian taraf sosial pemiliknya.

12 [email protected]

Page 13: MPU 1152 PENGAJIAN MALAYSIApengajianmalaysiakk.weebly.com/uploads/5/6/4/4/56445639/topik_1... · MPU 1152 PENGAJIAN MALAYSIA Di akhir kursus ini, para pelajar akan dapat:- 1. Menyatakan

Terdapat Tiga Jenis Hamba Hamba Raja : •  Merupakan hamba yang tertinggi daripada hamba

lain •  Terdiri daripada bekas tawanan perang/banduaan Hamba Berhutang : •  Menjadi hamba dalam tempoh yang ditetapkan

sehingga berjaya melangsaikan hutang dan akhirnya bebas menjadi rakyat biasa

Hamba Biasa : •  Menjadi hamba seumur hidup. •  Terdapat tiga jenis hamba biasa – hamba abdi,

hamba dengan dan biduanda.

13 [email protected]

Page 14: MPU 1152 PENGAJIAN MALAYSIApengajianmalaysiakk.weebly.com/uploads/5/6/4/4/56445639/topik_1... · MPU 1152 PENGAJIAN MALAYSIA Di akhir kursus ini, para pelajar akan dapat:- 1. Menyatakan

Kesimpulan •  Adanya hierarki dalam masyarakat

Melayu tradisional adalah untuk membezakan kedudukan golongan pemerintah dan golongan yang diperintah untuk membezakan kedudukan dan penghormatan.

•  Dapat menentukan tugas dan tanggungjawab masing-masing.

•  Namun begitu, susun lapis ini mengalami perubahan selepas kedatangan campur tangan British.

14 [email protected]

Page 15: MPU 1152 PENGAJIAN MALAYSIApengajianmalaysiakk.weebly.com/uploads/5/6/4/4/56445639/topik_1... · MPU 1152 PENGAJIAN MALAYSIA Di akhir kursus ini, para pelajar akan dapat:- 1. Menyatakan

1.2 MENERANGKAN KEWUJUDAN DAN PERKEMBANGAN MASYARAKAT MAJMUK

1.2.1 Masyarakat Melayu Selepas Kedatangan Islam Pendahuluan •  Kedatangan Islam bermula abad ke-17 di alam

Melayu. •  Abad ke- 13 hingga 16 pengaruh keseluruhan

alam Melayu dan mengurangkan pengaruh agama Hindu dan Buddha.

•  Menjadi anutan majoriti penduduk. •  Penyebaran Islam bermula dengan pemelukan

Islam oleh golongan istana dan diikuti oleh rakyat jelata.

Page 16: MPU 1152 PENGAJIAN MALAYSIApengajianmalaysiakk.weebly.com/uploads/5/6/4/4/56445639/topik_1... · MPU 1152 PENGAJIAN MALAYSIA Di akhir kursus ini, para pelajar akan dapat:- 1. Menyatakan

Perubahan Kepercayaan : •  Animisme kepada Islam. •  Membawa konsep tauhid dengan menafikan kewujudan

banyak Tuhan. •  Keimanan dan konsep keesaan Tuhan. •  Ibadat yang luas menanam fahaman secara akidah dan

rasional – mengubah berfikir secara tahyul dan fantasi. •  Amalan yang bertentangan dengan Islam terhapus atau

diubahsuai walaupun masih mengekalkan sedikit ciri asal seperti upacara perkahwinan, pertabalan dan lain-lain.

•  Mengubah pandangan masyarakat terhadap tokoh-tokoh agama Hindu, ahli sihir, bomoh dan dukun diganti dengan tokoh-tokoh Islam.

16 [email protected]

Page 17: MPU 1152 PENGAJIAN MALAYSIApengajianmalaysiakk.weebly.com/uploads/5/6/4/4/56445639/topik_1... · MPU 1152 PENGAJIAN MALAYSIA Di akhir kursus ini, para pelajar akan dapat:- 1. Menyatakan

Perundangan dan Peraturan •  Hukum Kanun Melaka pada abad ke-14 – memasukkan

unsur-unsur perundangan Islam. Contoh: berkaitan minum arak, berzina, membunuh, memfitnah, murtad, riba dan lain-lain.

•  Undang-Undang Pahang mengisytiharkan Pahang sebagai Dar al-Islam dan 42 Fasal merupakan terjemahan sepenuhnya dari undang-undang Fiqah Mazhab Shafie.

Pentadbiran •  Memperkenalkan sistem kesultanan yang berbeza

dengan beraja ala Hindu-Buddha. •  Konsep Dewaraja dihapuskan dan digantikan dengan

sultan sebagai pemegang amanah Allah di muka Bumi. •  Alim ulama’ sebagai penasihat sultan.

17 [email protected]

Page 18: MPU 1152 PENGAJIAN MALAYSIApengajianmalaysiakk.weebly.com/uploads/5/6/4/4/56445639/topik_1... · MPU 1152 PENGAJIAN MALAYSIA Di akhir kursus ini, para pelajar akan dapat:- 1. Menyatakan

Pendidikan •  Sistem pendidikan yang lebih teratur/sistematik. •  Terbuka kepada semua golongan masyarakat. •  Diajar oleh alim ulama yang disanjung dan dihormati. •  Antara pengajarannya – al-Quran, Feqah, sejarah dan

lain-lain. •  Menyentuh perkara berkaitan dengan rukun Islam

seperti solat, zakat, puasa dan haji. •  Pendakwah mengubahsuai tradisi supaya sejajar

dengan Islam. •  Muncul institusi pondok/madrasah, masjid dan surau

sebagai tempat mengajar. •  Pendidikan secara formal dan lebih sistematik selepas

tahun 1900 dan kemasukan kurikulum baru seperti Bahasa Arab, Ilmu Sains dan Ilmu Hisab.

18 [email protected]

Page 19: MPU 1152 PENGAJIAN MALAYSIApengajianmalaysiakk.weebly.com/uploads/5/6/4/4/56445639/topik_1... · MPU 1152 PENGAJIAN MALAYSIA Di akhir kursus ini, para pelajar akan dapat:- 1. Menyatakan

Bahasa dan Kesusasteraan •  Banyak hasilkan karya dari luar diterjemahkan. •  Menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan taraf lingua-

franca. •  Tulisan jawi sebagai tulisan rasmi. •  Kemasukan istilah Arab dan Parsi. Contohnya: alim, ulama’,

musyawwarah dan lain-lain. Kesenian Islam •  Ukiran di dinding masjid, bentuk kubah, tempat berwudhuk, mihrab,

menara azan, mimbar, batu nisan dan lain-lain. •  Rumah-rumah persendirian – bentuk relung, ukiran daun dan

bunga-bungaan. Kesimpulan •  Penerimaan Islam telah mengubah sistem kehidupan masyarakat

Melayu dari semua aspek dan berjaya membawa kemunculan Tanah Melayu sebagai pusat ilmu dan penyebaran Islam. 19 [email protected]

Page 20: MPU 1152 PENGAJIAN MALAYSIApengajianmalaysiakk.weebly.com/uploads/5/6/4/4/56445639/topik_1... · MPU 1152 PENGAJIAN MALAYSIA Di akhir kursus ini, para pelajar akan dapat:- 1. Menyatakan

1.2.2 Penghijrahan Kaum Cina 1.2.3 Penghijrahan Kaum India

•  Kemasukan kaum Cina dan India beramai-ramai ke Tanah Melayu sejak pertengahan dan penghujung abad ke 19 telah membentuk masyarakat majmuk

•  Bilangan penduduk Tanah Melayu berkembang dengan pesat dengan kehadiran kaum Cina dan India di samping orang Melayu yang sedia ada

•  Wujudnya pola penempatan yang ketara di mana orang Melayu tinggal di kawasan kampung dan pinggir bandar, orang Cina di kawasan bandar dan perlombongan serta orang India di kawasan lading.

•  Pada dasarnya, hubungan ketiga-tiga kaum ini tidak erat dan terpisah bersesuaian dengan matlamat dasar “pecah dan perintah”yang diamalkan oleh kerajaan British

•  Imigrasi kaum Cina dan India juga telah membentuk sistem pendidikan vernakular iaitu sistem pendidikan mengikut kaum

20 [email protected]

Page 21: MPU 1152 PENGAJIAN MALAYSIApengajianmalaysiakk.weebly.com/uploads/5/6/4/4/56445639/topik_1... · MPU 1152 PENGAJIAN MALAYSIA Di akhir kursus ini, para pelajar akan dapat:- 1. Menyatakan

PENILAIAN TOPIK 1 1.  Kuiz (5%) – Soalan Objektif 2.  Pembentangan (10%) – Penilaian Individu mengikut

rubrik yang disediakan dalam Jadual Spesifikasi Ujian.

21 [email protected]

Page 22: MPU 1152 PENGAJIAN MALAYSIApengajianmalaysiakk.weebly.com/uploads/5/6/4/4/56445639/topik_1... · MPU 1152 PENGAJIAN MALAYSIA Di akhir kursus ini, para pelajar akan dapat:- 1. Menyatakan

CONTOH LATIHAN PEMBENTANGAN Perkembangan sosio-ekonomi membawa kepada perubahan struktur masyarakat di Tanah Melayu. a. Huraikan bagaimanakah masyarakat majmuk wujud di Tanah Melayu b.  Apakah pengetahuan dan iktibar / pembelajaran yang

anda perolehi daripada peristiwa kewujudan masyarakat majmuk di Tanah Melayu?

c.  Terangkan apakah harapan Negara daripada peristiwa sejarah ini (kewujudan masyarakat majmuk) di tanah air kita dan bagaimanakah anda sebagai seorang individu memainkan peranan dalam memenuhi harapan Negara itu?

22 [email protected]