MPU 3031 : kertas kerja pertandingan bola tampar

6
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PULAU PINANG KERTAS KERJA ------------------------------------------------------------------------------------ PERTANDINGAN BOLA TAMPAR ------------------------------------------------------------------------------------ TARIKH: 21 MAC 2016 MASA: 5.00 PETANG 7.00 PETANG TEMPAT: GELANGGANG BOLA TAMPAR, IPGKPP ANJURAN: PELAJAR GURU IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) T1BNK AMBILAN JUN 2015

Transcript of MPU 3031 : kertas kerja pertandingan bola tampar

Page 1: MPU 3031 : kertas kerja pertandingan bola tampar

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PULAU

PINANG

KERTAS KERJA

------------------------------------------------------------------------------------

PERTANDINGAN BOLA TAMPAR

------------------------------------------------------------------------------------

TARIKH:

21 MAC 2016

MASA:

5.00 PETANG – 7.00 PETANG

TEMPAT:

GELANGGANG BOLA TAMPAR, IPGKPP

ANJURAN:

PELAJAR GURU IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN

(PISMP) T1BNK AMBILAN JUN 2015

Page 2: MPU 3031 : kertas kerja pertandingan bola tampar

1.0 TAJUK

Pertandingan Bola Tampar antara Pelajar Guru IPG Kampus Pulau Pinang.

2.0 PENDAHULUAN

Pengelolaan dan pengurusan pertandingan bola tampar merupakan satu tugasan

subjek Pengurusan Kokurikulum MPU 3031 yang diberikan oleh pensyarah kami, En.

Anpalakan a/l Vadiappan. Pertandingan bola tampar antara kelas PPISMP dan Tahun

1 dapat menguji kemahiran permainan bola tampar serta memupuk semangat

kesukanan dalam jiwa pelajar guru. Pertandingan bola tampar ini bukan sahaja dapat

memupuk semangat kesukanan malah dapat mengeratkan hubungan antara pelajar

guru. Dengan ini, kemahiran asas akan menjadi lebih berkesan dan bakat para pelajar

guru dapat dicungkil. Tambahan pula, pelajar guru dapat mengetahui dan mengajar

cara dan teknik bermain bola tampar yang betul kepada murid-murid pada masa

depan.

3.0 RASIONAL

Pengurusan dan pengelolaan pertandingan bola tampar ini diadakan untuk memenuhi

tugasan yang diberi kepada pelajar guru PISMP Tahun 1 dalam subjek MPU 3031

(Pengurusan Kokurikulum). Melalui tugasan ini, pelajar guru dapat menimba

pengetahuan dan pengalaman dalam mengurus, mengendali, mentadbir dan

melibatkan diri dalam sesuatu kejohanan atau pertandingan dengan cemerlang. Selain

itu, tugasan ini dapat memupuk semangat kesukanan serta mengeratkan hubungan

silaturahim antara pelajar guru dan mencungkil bakat yang terpendam dalam kalangan

pelajar guru.

4.0 OBJEKTIF

Pengelolaan pertandingan bola tampar ini diharapkan dapat mencapai objektif berikut:

4.1 Menjelaskan serta berkebolehan menyampaikan idea dengan terang,

berkesan dan dengan penuh yakin berkaitan konsep, matlamat, strategi

pelaksanaan dan pengurusan aktiviti-aktivtiti kokurikulum di sekolah di

samping kebolehan merangsang peluang-peluang menjana pendapatan.

4.2 Mengaplikasi kemahiran mencari dan mengurus maklumat yang relevan

dari pelbagai untuk merancang, mengurus dan melaksana berdasarkan

integrasi TKM serta berkebolehan mencari idea dan penyelesaian

Page 3: MPU 3031 : kertas kerja pertandingan bola tampar

alternatif mengambil peranan silih berganti antara ketua kumpulan dan

ahli kumpulan dalam kokurikulum semasa pengelolaan aktiviti dan

pelaksanaan projek.

4.3 Mempamerkan nilai dan etika profesionalisme semasa pengelolaan dan

pelaksanaan serta mampu memimpin projek aktiviti kokurikulum.

4.4 Bertujuan agar pelajar mendapat pengetahuan, menguasai kemahiran

serta memperkembangkan ilmu dalam Pengurusan Kokurikulum.

Mempamerkan pemikiran kritis dalam penyelesaian masalah,

bekerjasama sebagai satu pasukan serta mengamalkan etika dalam

pengruusan.

5.0 TARIKH, MASA DAN TEMPAT PELAKSANAAN

Butiran aktiviti adalah seperti berikut:

Tarikh : 21 Mac 2016

Hari : Isnin

Masa : 5.00 – 7.00 petang

Tempat Pelaksanaan : Gelanggang Bola Tampar IPG Kampus Pulau Pinang.

6.0 KUMPULAN SASARAN

Semua pelajar PISMP Tahun 1 dan PPISMP.

Page 4: MPU 3031 : kertas kerja pertandingan bola tampar

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL. PERKARA KUANTITI JUMLAH

1. Stor IPG

Hamper

Cenderahati

Air mineral

Johan RM30.00 x 1

Naib Johan RM20.00 x 1

RM3.00 x 6 orang pengadil

Satu kotak

RM30.00

RM20.00

RM18.00

JUMLAH PERBELANJAAN

KESELURUHAN RM68

8.0 SUMBER KEWANGAN

8.1 Yuran pertandingan yang dikutip daripada setiap peserta iaitu RM3 seorang.

8.2 Permohonan stok (hamper,cenderahati, air mineral) dari Pejabat Stor IPG

Kampus Pulau Pinang.

9.0 ALATAN

Alatan:

ALATAN BILANGAN

Bola Tampar 3 biji

Papan Mata 1 buah

Peti Keselamatan Cemas 1 buah

Wisel 2 biji

Semua alatan akan dipinjam dari stor dari stor sukan IPG Kampus Pulau Pinang.

Page 5: MPU 3031 : kertas kerja pertandingan bola tampar

10.0 JAWATANKUASA PERTANDINGAN

Jawatankuasa Induk

Penaung : Tuan Haji Khalid Bin Ahmad

(Pengarah IPG Kampus Pulau Pinang)

Pengerusi : Puan Hajah Suriah Binti Abd Manap

Setiausaha : Encik Nordin Bin Sadali

Penasihat : Encik Anpalakan A/L Vadiappan

Jawatankuasa Pelaksana

Pengerusi : Maria Mariana Binti Geriem

Naib Pengerusi : Harry Jade Victor

Setiausaha : Sandra Suria Krishnamoorthi

Bendahari : Lee Sing Kiat

AJK Pengadil : Hey Lin Khang

AJK Peralatan dan Tempat : Muhamad Ilham bin Amri

AJK Keselamatan dan Kebersihan : Aisswarya a/p Siva Subramaniam

AJK Fotografi : Dasinta a/p Seladorai

AJK Hadiah : Rosfinie Suking

11.0 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

(RUJUK LAMPIRAN 10)

12.0 HAKIM & PENGADIL PERTANDINGAN

a) Hey Lin Khang (PISMP SEJ)

b) Dayang Aqilah Fatini bt Abdul Aziz (PISMP MU)

c) Lee Wen Wei (PPISMP MATH)

d) Henry Lau Bi Xian (PPISMP BM)

Page 6: MPU 3031 : kertas kerja pertandingan bola tampar

13.0 TENTATIF PROGRAM PERLAWANAN KALAH MATI

Masa Aktiviti

5.00 – 5.20 petang Pendaftaran

5.20 – 6.10 petang Permulaan Perlawanan Kalah Mati

6.10 – 6.35 petang Perlawanan Akhir Bola Tampar

6.35 – 6.45 petang Ucapan pengerusi pengelola pertandingan

6.45 – 7.00 petang Penyampaian hadiah dan cenderahati

7.00 petang Bersurai

14.0 CARTA PERTANDINGAN

(RUJUK LAMPIRAN 7)

15.0 BORANG PENYERTAAN

(RUJUK LAMPIRAN 5)

16.0 BORANG PERTANDINGAN

(RUJUK LAMPIRAN 6)

17.0 PENUTUP

Dengan mengadakan Pertandingan Bola Tampar ini, diharapkan dapat membantu

meningkatkan pengetahuan dan pengalaman para pelajar guru PIMSP Tahun 1

Bimbingan dan Kaunseling tentang pengurusan dan pengelolaan sesuatu

pertandingan. Selain itu, pertandingan ini banyak membawa manfaat selaras dengan

objektif pertandingan ini iaitu mengeratkan perhubungan sesama pelajar guru yang

berlainan kaum di samping memberi peluang kepada mereka menonjolkan bakat-

bakat yang ada pada diri mereka. Pengalaman dan pengetahuan yang diperolehi

daripada pengelolaan dan pengurusan bola tampar ini dapat diaplikasikan dalam

kehidupan seharian terutamanya dalam profesion keguruan. Diharapkan semua pihak

dapat memberi kerjasama bagi menjayakan pertandingan bola tampar ini.