ms1 37 e - jupem.gov.my · PDF fileorang termasuk pegawai-pegawai NRE, ... seterusnya diikuti...

36
Berita Ukur BIL:37 2004 ISSN 0128-0414 Suara Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia Y.B. Menteri Rasmi Persidangan Pengarah-Pengarah Ukur P ERSIDANGAN Pengarah-Pengarah Ukur, JUPEM telah berlangsung pada 13 hingga 14 September 2004 bertempat di Kuching, Sarawak. Persidangan ini merupakan platfom penting di mana segala aspek pengurusan kerja serta idea-idea baru yang dicetuskan oleh ahli-ahli persidangan dibincang dan dikaji dengan terperinci untuk dijadikan garis panduan ke arah memastikan kelancaran dan keberkesanan dalam melaksanakan aktiviti harian dan projek-projek pembangunan yang telah dirancang di jabatan. Persidangan selama dua hari ini telah dirasmikan oleh Y.B. Dato’ Sri Haji Adenan bin Haji Satem, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE), pada 13 Fakta Sejarah Jabatan Ukur berpindah ke bangunan baru di Jalan Gurney, Kuala Lumpur yang telah dibuka secara rasminya oleh Yang Amat Berhormat Tun Abdul Razak Al-Haj Bin Dato Hussain, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pembangunan Luar Bandar, masa itu pada 25hb.September 1962 September 2004, bertempat di Kuching Sarawak. Kehadiran beliau bagi menyempurnakan upacara perasmian persidangan kali ini, mencerminkan keprihatinan dan komitmen beliau dalam memastikan pelaksanaan aktiviti-aktiviti jabatan dan agensi-agensi di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) supaya berjalan lancar dan berjaya serta dapat mencapai objektif yang telah ditetapkan. Seramai 300 orang termasuk pegawai-pegawai NRE, Pegawai Pengurusan Tertinggi JUPEM, Pengarah-pengarah Ukur Negeri JUPEM, Ketua-ketua Seksyen JUPEM dan warga JUPEM serta kakitangan agensi-agensi kerajaan sekitar Sarawak, hadir bagi menyerikan lagi majlis ini. Y.Bhg. Dato’ Hamid bin Ali, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia, telah mempengerusikan persidangan ini. Taklimat dari Jabatan Pencegah Rasuah (BPR) Sarawak bertajuk ‘Pelan Integriti Nasional’, telah membuka tirai persidangan dan seterusnya diikuti dengan pembentangan kertas kerja yang lain. Kertas kerja pertama telah dibentangkan oleh Tn. Hj. Muhamed Kamil bin Mat Daud, Pengarah Ukur Bahagian Kadaster bertajuk ‘e-Kadaster’ manakala Pengarah Ukur Negeri Perak, En. Mohamed Azhari bin Mohamed Zainudin, membentangkan kertas kerja kedua bertajuk Implikasi Penggunaan “Digital End Product (DEP)” Dalam Penyediaan Pelan Akui Oleh JUPEM Negeri. Sebanyak 12 kertas kerja yang bersambung di ms 3

Transcript of ms1 37 e - jupem.gov.my · PDF fileorang termasuk pegawai-pegawai NRE, ... seterusnya diikuti...

Page 1: ms1 37 e - jupem.gov.my · PDF fileorang termasuk pegawai-pegawai NRE, ... seterusnya diikuti dengan pembentangan kertas kerja ... program lama dan matang,

Berita UkurBIL:37 2004 ISSN 0128-0414

Suara Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia

Y.B. Menteri RasmiPersidangan Pengarah-Pengarah Ukur

PERSIDANGAN Pengarah-Pengarah Ukur,JUPEM telah berlangsung pada 13 hingga 14September 2004 bertempat di Kuching,

Sarawak. Persidangan ini merupakan platfom pentingdi mana segala aspek pengurusan kerja serta idea-ideabaru yang dicetuskan oleh ahli-ahli persidangandibincang dan dikaji dengan terperinci untukdijadikan garis panduan ke arah memastikankelancaran dan keberkesanan dalam melaksanakanaktiviti harian dan projek-projek pembangunan yangtelah dirancang di jabatan.

Persidangan selama dua hari ini telah dirasmikan olehY.B. Dato’ Sri Haji Adenan bin Haji Satem, MenteriSumber Asli dan Alam Sekitar (NRE), pada 13

Fakta SejarahJabatan Ukur berpindah ke bangunan baru di Jalan Gurney,

Kuala Lumpur yang telah dibuka secara rasminya oleh Yang AmatBerhormat Tun Abdul Razak Al-Haj Bin Dato Hussain, Timbalan

Perdana Menteri merangkap Menteri Pembangunan Luar Bandar,masa itu pada 25hb.September 1962

September 2004, bertempat di Kuching Sarawak.Kehadiran beliau bagi menyempurnakan upacaraperasmian persidangan kali ini, mencerminkankeprihatinan dan komitmen beliau dalam memastikanpelaksanaan aktiviti-aktiviti jabatan dan agensi-agensidi bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar(NRE) supaya berjalan lancar dan berjaya serta dapatmencapai objektif yang telah ditetapkan. Seramai 300orang termasuk pegawai-pegawai NRE, PegawaiPengurusan Tertinggi JUPEM, Pengarah-pengarahUkur Negeri JUPEM, Ketua-ketua Seksyen JUPEMdan warga JUPEM serta kakitangan agensi-agensikerajaan sekitar Sarawak, hadir bagi menyerikan lagimajlis ini.

Y.Bhg. Dato’ Hamid bin Ali, Ketua Pengarah Ukurdan Pemetaan Malaysia, telah mempengerusikanpersidangan ini. Taklimat dari Jabatan PencegahRasuah (BPR) Sarawak bertajuk ‘Pelan IntegritiNasional’, telah membuka tirai persidangan danseterusnya diikuti dengan pembentangan kertas kerjayang lain.

Kertas kerja pertama telah dibentangkan oleh Tn. Hj.Muhamed Kamil bin Mat Daud, Pengarah UkurBahagian Kadaster bertajuk ‘e-Kadaster’ manakalaPengarah Ukur Negeri Perak, En. Mohamed Azharibin Mohamed Zainudin, membentangkan kertaskerja kedua bertajuk Implikasi Penggunaan “DigitalEnd Product (DEP)” Dalam Penyediaan Pelan AkuiOleh JUPEM Negeri. Sebanyak 12 kertas kerja yang

bersambung di ms 3

Page 2: ms1 37 e - jupem.gov.my · PDF fileorang termasuk pegawai-pegawai NRE, ... seterusnya diikuti dengan pembentangan kertas kerja ... program lama dan matang,

Sidang PengarangSidang Pengarang

Penaung

Dato’ Hamid Ali,

DIMP, KMN, PMC, PJC

Penasihat

Dr. Abdul Kadir Taib SDK, KMN

Pengerusi

Ahamad Zakaria

Ketua Pengarang

Amran Abu Rashid

Pengarang

Abdul Hamid Che Amat

Mohamad Rosli Mursidi

K. Sivaganam

Ketua Rekabentuk/Pencetak

Muhammat Puzi Ahmat, KSD

Makluman

Semua pendapat dan buah fikiran dalam

Berita Ukur ini tidak semestinya pendapat

rasmi Pentabiran Jabatan. Sidang

Pengarang Berita Ukur mengalu-alukan

sumbangan dari pembaca.

Segala bahan-bahan hendaklah

dikemukakan melalui Ketua Jabatan dan

dialamatkan kepada:

Pengerusi

Penerbitan Berita Ukur

Tingkat 4,

Bangunan Ukur

Jalan Semarak

50578 Kuala Lumpur

Tel: 03-26170800

Fax: 603-26170990

Berusahalah mencari rezeki dan keperluan hidup pada waktu pagi lagi, makasesungguhnya waktu pagi memberi berkat dan kejayaan - Riwayat Al-Bukhari

Renungan

RencanaPengarang

PERANAN pemimpin adalah untuk memastikan semuasubsistem dalam sesebuah organisasi berjalan dengan lancarsupaya tercapai objektifnya. Dengan demikian pemimpin-

pemimpin harus menjalankan tugas atau peranan sebagai pengeluar,pelaksana, inovator dan intergrator. Bagi membolehkan pemimpinmenjalankan peranan-peranan ini dengan berkesan pemimpinhendaklah mempunyai beberapa kemahiran antaranya kemahiranteknik, kemahiran bekerja dengan manusia, kemahiran konseptualdan kemahiran komunikasi.

Kemahiran interaksi yang ditunjukkan semasa pengurus berusahauntuk mencapai objektif adalah bergantung kepada tahap perubahanyang diperlukan untuk melaksanakan sesuatu strategi. Pengurusmungkin perlu mempengaruhi mereka di dalam dan di luarorganisasi. Bonoma mengatakan,“pengurus yang dapatmenunjukkan keupayaan untuk memahami perasaan orang lain danmempunyai kemahiran bermuzakarah merupakan pelaksana yangbaik”. Kemahiran pengagihan adalah keupayaan pengurus untukmenjadualkan tugas dan belanjawan terhadap masa, wang dansumber lain dengan cekap. Pengurus yang berkebolehan akanmenghalang dari terlalu banyak sumber yang diagihkan ke dalamprogram lama dan matang, sebaliknya mengagihkan ke projek yangberpotensi tetapi memerlukan banyak peruntukan.

Kemahiran pengendalian merupakan kecekapan penggunaanmaklumat untuk membetulkan masalah yang wujud dalam prosespelaksanaan. Pelaksanaan yang baik mempunyai sistem maklum balasyang cekap untuk menganalisis kejayaan sepanjang pelaksanaanstrategi dan menghadapi masalah yang timbul. Kemahiranmengorganisasi merupakan keupayaan mewujudkan sesuatuorganisasi tidak formal atau rangkai kerja untuk memadankan setiapmasalah yang berlaku. Pelaksanaan yang baik mengenali semua orangdi setiap bahagian organisasi dan membantu sebarang masalah yangberlaku sedaya yang termampu. Pelaksanaan yang berjaya akanmenggunakan organisasi tidak formal untuk memudahkanpelaksanaan yang baik. Oleh itu, suatu pelaksanaan memerlukanpengurus yang mempunyai pelbagai kemahiran untuk menghadapisegala tugas yang terpaksa dilalui. Sepanjang pelaksanaan, pengurusmestilah menilai berapa tepat strategi itu dapat dilaksanakan danadakah ia mencapai objektif organisasi.

2

Page 3: ms1 37 e - jupem.gov.my · PDF fileorang termasuk pegawai-pegawai NRE, ... seterusnya diikuti dengan pembentangan kertas kerja ... program lama dan matang,

meliputi pelbagai topik telah dibentangkan dipersidangan ini oleh Pengarah-Pengarah Ukur Negeridan Ketua-Ketua Seksyen JUPEM. Pembentangankertas kerja ini memberi peluang kepada pihakpengurusan JUPEM melihat hasil daripadapelaksanaan projek pembangunan yang lalu, sebarangkelemahan atau ‘short-coming’ yang dikenalpastiakan dijadikan panduan dalam membuat perancanganyang lebih teliti bagi memastikan kelancaran dankejayaan dalam melaksanakan projek pembangunandalam Rancangan Malaysia ke-9.

Cadangan-cadangan yang diutarakan melaluipembentangan kertas kerja dalam persidangan iniakan membolehkan JUPEM meneruskankomitmennya ke arah mencapai objektif bagimenyediakan perkhidmatan yang berdaya saing danberkualiti kepada kerajaan amnya dan pelanggankhususnya.

Sementara itu pada 14 September 2004, telahdiadakan Mesyuarat Panel Perundingan JUPEMBilangan 2/2004 yang telah dipengerusikan olehTimbalan Ketua Pengarah Ukur dan PemetaanMalaysia, Dr. Abdul Kadir bin Taib. Mesyuaratberlangsung antara Lembaga Juruukur TanahSemenanjung Malaysia (LJT), Persekutuan JuruukurTanah Bertauliah (PEJUTA) dan Jabatan Ukur danPemetaan Malaysia (JUPEM) bagi membincangkanisu-isu dan perkembangan semasa dalam disiplin ukurdan pemetaan.

Antara isu-isu semasa yang dibincangkan dalammesyuarat panel adalah seperti berikut :

i. Lembaga Juruukur Tanah Berlesen (LJT) :

- Penyelesaian Tunggakan Kerja-Kerja UkurJuruukur Tanah Berlesen.

- Keperluan Peruntukan Undang-UndangMengenai Deposit Bayaran Ukur

bagi Ukuran Hakmilik Strata.

sambungan dari ms.1

ii. Persekutuan Juruukur Tanah Bertauliah(PEJUTA) :

- Title Surveys Field & Office ProcessingRefresher Course for LLS Staf.

iii. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) :

- Implikasi terhadap cadangan pindaan Seksyen80(3), KTN 1965 yang telah dibentangkandalam Mesyuarat Tanah Negara (MTN) ke-60 pada 19 Ogos 2004.

- Implikasi terhadap penubuhan Flying Squaddi JKPTG bagi menyelesaikan urusan tanahdi PTD dan PTG.

- Keperluan penghantaran ‘digital data’sepenuhnya oleh JUBL mengikut spesifikasi.

Di akhir program persidangan semua ahli dibawamelawat ke Jabatan Tanah dan Survei Sarawak danKampung Kebudayaan Sarawak (Culture Village),bagi menenangkan fikiran sambil menimbapengalaman baru di bumi Sarawak.

3

Page 4: ms1 37 e - jupem.gov.my · PDF fileorang termasuk pegawai-pegawai NRE, ... seterusnya diikuti dengan pembentangan kertas kerja ... program lama dan matang,

Mesyuarat Pengurusan Bil.2 / 2004 &Taklimat Perancangan Strategik JUPEM 2004

PIHAK pengurusan JUPEM sentiasa berusahamengekalkan kualiti perkhidmatan di jabatan.Bagi memastikan prestasi kerja jabatan

meningkat dan pelaksanaan mengikut perancangan,Mesyuarat Pengurusan JUPEM Bil. 2/2004 telahdiadakan pada 5 Julai 2004, di Hotel Royal Adelphi,Seremban, Negeri Sembilan. Y.Bhg. Dato’ HamidAli, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysiatelah mempengerusikan mesyuarat bagimembincangkan perkara-perkara berbangkit danmaklum balas serta tindakan susulan yang telahdiambil dari mesyuarat yang lepas.

Mesyuarat yang dihadiri semua pegawai-pegawaiPengurusan Tertinggi, Pengarah-Pengarah UkurNegeri dan Ketua-Ketua Seksyen JUPEM juga telahmembincangkan Laporan Prestasi Setengah Tahun2004 dan Sasaran Kerja Tahunan (SKT). Ianya adalahperlu bagi mengekal serta meningkatkan prestasi sertamengambil tindakan susulan dan perhatian yangsewajarnya ke atas segala kelemahan yang dikesan.

Pembentangan laporan-laporan prestasi aktiviti-aktiviti utama di JUPEM dikemukakan oleh EncikAhmad Fauzi bin Nordin, Pengarah Ukur Bahagian(Pemetaan) dengan Laporan Bahagian Pemetaan,manakala Tuan Haji Muhamed Kamil bin Mat Daud,

4

Page 5: ms1 37 e - jupem.gov.my · PDF fileorang termasuk pegawai-pegawai NRE, ... seterusnya diikuti dengan pembentangan kertas kerja ... program lama dan matang,

5

Pengarah Ukur Bahagian (Kadaster),membentangkan Laporan Bahagian Kadaster.Selanjutnya perancangan strategik ke arah pencapaianmatlamat tahunan turut dibentangkan padamesyuarat ini.

Bagi merangka perancangan dan pembangunanJUPEM, Pengarah-pengarah Ukur Bahagian danKetua-ketua Seksyen turut membentangkancadangan projek-projek di bawah RMK-9, bertujuanbagi membincangkan keperluan dan perancanganprojek-projek pembangunan jabatan.

Page 6: ms1 37 e - jupem.gov.my · PDF fileorang termasuk pegawai-pegawai NRE, ... seterusnya diikuti dengan pembentangan kertas kerja ... program lama dan matang,

Taklimat JUPEMAktiviti Pemetaan Dan Geodetik Di Sabah Dan Sarawak

SEJAJAR dengan perkembanganserta kemajuan sistem, aplikasi,produk dan informasi terkini,

JUPEM telah mengadakan MajlisTaklimat Aktiviti Pemetaan danGeodetik pada 20 Disember 2004,bertempat di Sutera Harbour Resort,Kota Kinabalu, Sabah. Majlisperasmian disempurnakan oleh Y.Bhg.Dato’ Hamid Ali, Ketua PengarahUkur dan Pemetaan Malaysia. Taklimatseterusnya diadakan pada 22 Disember2004, bertempat di Hotel Hilton,Kuching, Sarawak.

Antara tujuan majlis taklimat ini diadakan ialah untukmemperkenalkan produk-produk yang dihasilkanoleh JUPEM melalui perkhidmatan pemetaan,aplikasi ukur, geodetik dan saintifik. Bagi pengguna-pengguna di Sabah dan Sarawak, informasi, sistempemetaan dan geodetik dapat dimaklumkan melaluiprogram-program taklimat seumpama ini.

Seramai lebih 300 orang peserta dari warga JUPEM,agensi-agensi kerajaan dan swasta di sekitar Sabah danSarawak, hadir dalam majlis taklimat ini. Penceramah-

penceramah jemputan terdiri daripada pegawai kananJUPEM dan pensyarah dari Universiti TeknologiMalaysia (UTM). Skop taklimat-taklimat yangdiberikan berkaitan dengan Real Time KinematicSystem (RTKNet), Malaysia Active GPS System(MASS), Geoid Model, Jaringan Ukur Aras, JaringanGPS, Geocentric Datum of Malaysia (GDM2000) danPemetaan Topografi.

Ruang pameran JUPEM bersempena dengan majlisini juga diadakan bagi memberi penerangan danmaklumat-maklumat terkini serta peluang kepadapengunjung-pengunjung yang terdiri daripadapelbagai lapisan masyarakat dan profesion, untukberinteraksi dengan pegawai-pegawai JUPEM melaluiposter-poster dan alat-alat ukur seperti total stationdan teleskop, bagi mengenali secara umum aktiviti-aktiviti pemetaan dan ukur yang merupakan bidangtugas utama JUPEM. Minat masyarakat terhadapbidang ukur tanah dapat dipupuk melalui program-program pameran jabatan ini, secara tidak langsungdapat membantu menarik minat masyarakat untukmenceburi bidang ini, yang mencabar dan memukau,demi untuk pembangunan negara.

6

Page 7: ms1 37 e - jupem.gov.my · PDF fileorang termasuk pegawai-pegawai NRE, ... seterusnya diikuti dengan pembentangan kertas kerja ... program lama dan matang,

Mesyuarat PengurusanJUPEM Bil.3 / 2004

PERANAN pihak pengurusan adalah untukmenyampaikan matlamat dan dasar bagimelicinkan urusan pelaksanaan program

tahunan yang dirancang bagi mencapai matlamat yangdisasarkan dan kejayaan sesebuah organisasi.

Sehubungan dengan itu, JUPEM telah mengadakanMesyuarat Pengurusan pada 13 & 14 Disember2004, bertempat di Bilik Persidangan, BangunanCAMS, Ibu Pejabat, Kuala Lumpur. Mesyuarat initelah dihadiri oleh Pegawai Pengurusan Tertinggi,semua Pengarah Ukur Negeri dan Ketua-ketuaSeksyen, bagi membincang dan merangkaperancangan untuk melicinkan perjalananpengurusan aktiviti JUPEM secara keseluruhan selainmeneliti perkara-perkara berbangkit di mesyuaratyang lalu.

Dalam ucapan aluan, Ketua Pengarah Ukur danPemetaan Malaysia, Y.Bhg. Dato’ Hamid Ali telahmenyentuh pelbagai perkara yang akan dilaksanakanpada hujung tahun 2004 dan awal tahun 2005 diantaranya pertukaran pegawai dan kakitangan yang

melibatkan pelbagai gred. Tindakan sedang diambiluntuk mengisi kekosongan jawatan secara hakiki yangdigredkan di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM)oleh mereka yang layak dengan keutamaan kepadamereka yang lulus PTK dan juga melalui pemangkuanBukan Dengan Tujuan Kenaikan Pangkat (BTNP).

Beliau juga menyentuh berkenaan Pelan IntegritiNasional (PIN) yang telah dilancarkan oleh Y.A.BPerdana Menteri pada April 2004 dengan sasaranantaranya, mengurangkan gejala rasuah danpenyelewengan serta meningkatkan kecekapan sistempenyampaian kepada orang awam.

Selain itu, turut merangkumi mesyuaratpembentangan Laporan Pencapaian Prestasi 2004dan Perancangan Strategi ke arah pencapaian SasaranKerja Tahunan (SKT) 2004, bagi aktiviti pemetaandan kadaster. Mesyuarat juga membincangkan hal-hal kewangan khususnya di bawah projek-projek yangdilaksanakan.

7

Page 8: ms1 37 e - jupem.gov.my · PDF fileorang termasuk pegawai-pegawai NRE, ... seterusnya diikuti dengan pembentangan kertas kerja ... program lama dan matang,

19 Pegawai JUPEM TerimaAnugerah Perkhidmatan Cemerlang

Seramai 19 orang kakitangan JUPEM yangterdiri daripada Kumpulan Pengurusan danProfesional telah diraikan sebagai Penerima

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagitahun 2003 di bawah anjuran Kementerian SumberAsli dan Alam Sekitar (NRE). Kumpulan inimerupakan kumpulan terakhir yang menerima APCdi bawah anjuran NRE memandangkan pihakkementerian telah menyerahkan hak penganjuranmajlis APC untuk Kumpulan Pengurusan danProfesional JUPEM bagi tahun 2004 dan tahunberikutnya kepada Jabatan ini.

Majlis Penyampaian APC bagi tahun 2003,disempurnakan oleh Timbalan Menteri Sumber Aslidan Alam Sekitar, Y.B. Dato’ S. Sothinathan pada 15September 2004, bertempat di Hotel Crown Prin-cess, Kuala Lumpur. Anugerah PerkhidmatanCemerlang (APC) yang diadakan adalah untukmemberi pengiktirafan dan penghargaan kepadawarga JUPEM yang telah menunjukkan prestasicemerlang dalam melaksanakan kerja dantanggungjawab sepanjang tahun 2003.

Berikut senarai 19 pegawai-pegawai JUPEM,penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlangtahun 2003 :-

i. En. Wan Zainuddin bin Wan Yusoff, J54 Seksyen Penawanan Data

ii. Tn. Hj. Ali bin Ahmad, J54 JUPEM Negeri Sembilan

iii. Tn. Hj. Abd Rahman bin Mohd. Don, J48 JUPEM Melaka

iv. Dr. Azhari bin Mohamed, J48 Seksyen Geodesi

v. En. Ramli bin Nor, J48 Seksyen Perancangan, Penyelidikan &

Pembangunan

vi. En. Ng Eng Guan, J48 Seksyen Penyelarasan & Dasar Kadaster

vii. Tn. Hj. Samsudin bin Ahmad, J48 JUPEM Terengganu

viii. En. Mohd. Zaki bin Mohd. Ghazali, J48 Seksyen Penawanan Data

ix. En. Hamdan bin Abd. Aziz, J48 Seksyen Perkhidmatan Pemetaan

x. En. Azmi bin Abu Bakar, J41 Seksyen Perundangan Kadaster

xi. En. Hisham bin Husain, J41 Seksyen Perancangan Gunatenaga

xii. En. Mohd. Ayub bin Yaakub, J41 JUPEM Perak

xiii. En. Rahim bin Sidek, J41 JUPEM Johor

8

Page 9: ms1 37 e - jupem.gov.my · PDF fileorang termasuk pegawai-pegawai NRE, ... seterusnya diikuti dengan pembentangan kertas kerja ... program lama dan matang,

xiv. En. Hashim bin Awang, J41 JUPEM Pahang

xv. En. Abu Bakar bin Madin, J41 Seksyen Topografi Semenanjung

xvi. En. Mohd Soffian bin Abu Talib, J41 Seksyen Penawanan Data

xvii. En. Nazri bin Othman, J41 Seksyen Perancangan, Penyelidikan & Pembangunan

xviii. En. Mu’ammar bin Mustapha, J41JUPEM Kedah

xix. En. Hasimi bin Hashim, J41Seksyen Pangkalan Data

Kakitangan-kakitangan dari agensi-agensi di bawahKementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE)turut menerima anugerah masing-masing dalammajlis anjuran kementerian ini.

Penuntut UTM Melawat JUPEM

ROMBONGAN 32 orang penuntut UniversitiTeknologi Malaysia (UTM) dalam KursusSarjana Pentadbiran dan Pembangunan

Tanah yang diketuai Y.Bhg. Datuk Prof. Dr. NikMohd. Zain bin Nik Yusof, sebagai PensyarahPengiring telah mengadakan lawatan sambil belajarke JUPEM pada 11 September 2004.

Turut hadir dalam sesi taklimat yang diadakan di BilikPersidangan CAMS ialah Timbalan Ketua PengarahUkur dan Pemetaan Malaysia, Y.Bhg. Dr. Abdul Kadirbin Taib dan beberapa orang pegawai kanan JUPEM.Taklimat berkenaan ukur kadaster telah disampaikanoleh En. Jasni bin Abd. Rahman, Penolong PengarahJabatan Ukur dan Pemetaan Wilayah PersekutuanKuala Lumpur/Putrajaya, manakala taklimatberkenaan pemetaan disampaikan oleh En. WanZainuddin bin Wan Yusoff, Pengarah Ukur SeksyenPenawanan Data, Ibu Pejabat, JUPEM KualaLumpur.

Perkembangan pemodenan di JUPEM telah menarikminat Y.Bhg. Datuk Prof. Dr. Nik Mohd Zain binNik Yusof untuk memberi pendedahan kepadapenuntut-penuntut di bawah didikan beliau sekarang,supaya mereka mendapat pendedahan awal berkenaanaktiviti-aktiviti ukur dan pemetaan di JUPEMsebelum mereka berkhidmat kepada masyarakatmelalui sektor awam atau swasta apabila mereka tamatpengajian kelak. Kunjungan beliau ke Jabatan ini amatbermakna dan satu penghormatan kerana JUPEMadalah sebuah agensi di bawah kementerian yangpernah beliau terajui suatu masa dahulu.

9

Page 10: ms1 37 e - jupem.gov.my · PDF fileorang termasuk pegawai-pegawai NRE, ... seterusnya diikuti dengan pembentangan kertas kerja ... program lama dan matang,

Bengkel Audit Dalaman JUPEMMS ISO 9001:2000

MANUAL Kualiti disediakan berdasarkankeperluan MS ISO 9001: 2000. DokumenMS ISO 9001: 2000 disediakan bagi

tujuan memastikan Pengurusan dan Penerbitan PetaTopografi serta Pengurusan dan Perkhidmatan UkurKadaster untuk Penyediaan Pelan Akui/DokumenHakmilik kepada pelanggan JUPEM menepati SistemPengurusan Kualiti selaras dengan keperluan MS ISO9001: 2000.

JUPEM dengan kerjasama Institut Tadbiran AwamNegara (INTAN) telah mengadakan Bengkel AuditDalaman bagi sistem pengurusan kualiti (SPK) MS

ISO 9001:2000, pada 29 hingga 31 Disember 2004bertempat di Bangunan CAMS, Jalan Semarak, KualaLumpur. Program ini diadakan bertujuan untukmenjelaskan konsep, falsafah, ciri-ciri dan perananJuruaudit Dalaman serta hubungkaitnya dalam ISO9000. Peserta yang hadir bagi bengkel ini akandilantik sebagai Juruaudit Dalaman untuk mengauditSPK MS ISO 9001:2000 JUPEM. Seramai 30 orangpegawai yang akan dilantik sebagai JuruauditDalaman di JUPEM telah mengikuti program ini.

Bengkel Audit Dalaman MS ISO 9001 : 2000 yangdikendalikan oleh pihak Institut Tadbiran AwamNegara (INTAN), khusus untuk JUPEM,mempunyai objektif seperti berikut :

• Memahami konsep, falsafah dan perananAudit Dalaman dan hubungkaitnya dalamISO 9000.

• Memahami dengan jelas mengenai ciri-ciridan peranan Juruaudit Dalaman.

• Memahami kaedah-kaedah untukmenjalankan Audit Dalaman.

• Memperolehi pengalaman praktikal bagimenjalankan Audit Dalaman; dan

• Mengamalkan sikap positif dan tatalakusebagai Juruaudit Dalaman yang profesional.

Usaha untuk memastikan Juruaudit DalamanJUPEM memahami konsep, falsafah dan perananAudit Dalaman dan hubungkaitnya dalam ISO 9000dan objektif yang lain, maka pihak pengurusanmenganjurkan bengkel ini supaya peserta-pesertawarga JUPEM mempunyai pengetahuan dankemahiran dalam menjalankan tugas dengan cekapdan berkesan.

10

Page 11: ms1 37 e - jupem.gov.my · PDF fileorang termasuk pegawai-pegawai NRE, ... seterusnya diikuti dengan pembentangan kertas kerja ... program lama dan matang,

PUSPANITAAnjur Majlis Ceramah Agama

C ERAMAH agama yang bertajuk“Ramadan Mengukuhkan IkatanKekeluargaan” anjuran PUSPANITA

Cawangan Ibu Pejabat NRE telah diadakan di DewanUkur JUPEM, Kuala Lumpur pada 30 Oktober2004.Ceramah disampaikan oleh penceramahjemputan iaitu Y.Bhg. Pn. Zawiyah Bt. Hassan, KetuaPengarah Bahagian Pentadbiran Undang-UndangSyariah, Jabatan Agama Islam Wilayah PersekutuanKuala Lumpur (JAWI).

Program ini terbuka kepada semua warga agensi dibawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar(NRE) serta semua muslimin dan muslimah.Kehadiran amat mengalakkan terutamanya dari wargaJUPEM. Ceramah berlangsung selama dua jam,bermula dari pukul 10.00 pagi dan berakhir tepatpukul 12.00 tengah hari. Para hadirin dibericenderahati semasa pendaftaran sumbangan daripadapihak penganjur iaitu PUSPANITA.

Y.Bhg. Pn. Zawiyah Bt. Hassan dalam ceramah beliau,fokus kepada isu kecemerlangan keluarga dankaitannya dengan kecemerlangan negara, beliaumemetik kata-kata Ibnu Rushd, bahawa antara ciri-ciri negara yang cemerlang ialah kurang pembinaankemudahan hospital dan penjara kerana kebanyakanrakyatnya sihat dan kurang belaku jenayah.

Bersempena kehadiran bulan Ramadan yang penuhdengan keberkatan ini, beliau menyeru kepada semuapihak termasuk diri beliau sendiri agar mengambilkesempatan mengukuhkan lagi ikatan kekeluargaandengan mengamalkan amalan seperti berikut bagimeningkatkan kebahagian hidup berkeluarga:-

- Berbuka puasa secara berjemaah- Bersahur secara berjemaah- Amalkan sifat memaafkan ketika sebelum

tidur

Manakala untuk melahirkan keluarga yang cemerlangsetiap individu perlu berpegang kepada lima prinsipsebagai pedoman hidup mereka iaitu :-

- “Rumahku Syurga Ku”- “Rumahku Ibadah Ku”- “Rumahku Ujian bagi Ku”- “Rumahku Jihad Ku”- “Rumahku Amanah Ku”

Beliau juga mengulas petikan sebuah hadis, daripadaAbi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu

Hurairah berkata: Rassullah S.A.W. telah bersabda :“ Setiap amalan anak Adam baginya melainkan puasamaka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Danpuasa adalah perisai, maka apabila seseorang beradapada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikansuara. Sekiranya dia dihina atau diserang maka diaberkata : “Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhanyang mana diri Nabi Muhammad di tanganNya makaperubahan bau mulut orang berpuasa lebih harumdi sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturidan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang manadia bergembira dengan keduanya, apabila berbukadia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabilabertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya.”Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai’e,Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi.

Kecemerlangan dalam sesebuah rumahtangga amatpenting kerana ia permulaan bagi melahirkan sebuahnegara yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang.Usaha mengadakan ceramah ini sering mendapatsokongan pihak pengurusan, sebagai motivasi wargaJUPEM, menjalankan tugas dengan lebih amanahdan bertanggungjawab serta menghargai nilaikekeluargaan, komuniti, kecergasan mental dan fizikalyang akan meningkatkan pencapaian kecemerlangandiri dan organisasi.

11

Page 12: ms1 37 e - jupem.gov.my · PDF fileorang termasuk pegawai-pegawai NRE, ... seterusnya diikuti dengan pembentangan kertas kerja ... program lama dan matang,

Pameran AstronomiSempena Seminar Falak Syarie di Pahang

DALAM bidang astronomi JUPEM terlibatsecara langsung dalam menyedia danmembekal maklumat seperti penyediaan

Takwim Islam , jadual waktu sembahyang, penentuananak bulan Syawal dan Ramadan, arah kiblat, jadualcerapan dan ramalan air pasang surut dan pelbagaimaklumat yang berkaitan dengannya. JUPEM jugamerupakan salah satu anggota Ahli JawatankuasaTeknikal Kalendar Islam. Ahli-ahli Jawatankuasa inidilantik setiap dua tahun sekali secara perseorangan.Ianya terdiri daripada pegawai yang beragama islamdari agensi-agensi yang terlibat secara langsung dibidang ini.

Kemajuan astronomi dapat menyumbang kepadaperkembangan kegemilangan tamadun Islam.Sehubungan dengan ini, pada 29 Disember 2004,

bertempat di Hotel Seri Malaysia, Kuantan Pahangberlangsungnya Seminar Falak Syarie peringkat negeriPahang. Perasmian telah disempurnakan oleh Y.B.Dato’ Tan Aminuddin bin Hj. Ishak, TimbalanMenteri Besar Pahang. Dalam ucapan perasmianbeliau menyeru semua umat Islam agar menghayatibidang Ilmu Falak Syarie untuk menyumbang kepadaperkembangan kegemilangan tamadun Islam. Beliaujuga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan danterima kasih atas usaha Jabatan Mufti Negeri Pahang,Jawatankuasa Seminar Falak Syarie peringkat negeriPahang 2004 dan penglibatan agensi kerajaan, berjayamengadakan majlis seminar ini bagi melahirkanmukmin yang berilmu. Beliau juga mencadangkanpenganjuran seminar seumpama ini di masa akandatang melibatkan penuntut-penuntut InstitutPengajian Awam selain kakitangan awam kerana iabanyak memberi manfaat kepada masyarakat.

Jemputan untuk membentangkan kertas kerjabertajuk “Kaedah Penentuan Aidiladha Dari SudutSyariah” oleh pegawai kanan JUPEM, Dr. Azhari binMohamad di seminar ini memberi peluang kepadaJUPEM memberi sumbangan lebih aktif dalambidang astronomi.

Seramai 200 orang telah dijemput untuk menghadiriseminar ini, terdiri daripada kakitangan awam danorang ramai dari seluruh negeri Pahang serta beberapaorang dari negeri lain. Pegawai JUPEM Pahang turuthadir dalam upacara perasmian seminar ini. Pihakpenganjur juga mengucapkan penghargaan kepadaKetua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia di ataskesudian mengadakan pameran sempena seminar ini.Dalam program lawatan di ruang pameran JUPEMtetamu-tetamu kehormat dan peserta-peserta seminar

telah diberi penerangan peranan JUPEM dalamaktiviti-aktiviti astronomi melalui poster-posterJUPEM dan peralatan ukur dan pemetaan sepertiteleskop dan alat ukur total station.

Ilmu Falak Syarie atau Astronomi telah diiktiraf olehmasyarakat sains dunia sebagai ratu sains (the queenof sciences). Ilmu ini berkait dengan pengkajian bagimengetahui kedudukan, peredaran, pergerakan danfenomena jasad-jasad samawi seperti bintang-bintang,matahari, planet-planet, bulan dan sebagainya untuktujuan-tujuan tertentu. Sejarah Islam jugamenunjukkan bahawa kemajuan astronomi telahmenyumbangkan kepada perkembangankegemilangan tamadun Islam.

12

Page 13: ms1 37 e - jupem.gov.my · PDF fileorang termasuk pegawai-pegawai NRE, ... seterusnya diikuti dengan pembentangan kertas kerja ... program lama dan matang,

Produk Baru JUPEMe-Map Perlis

Pelancaran Peta Elektronik (e-Map) negeriPerlis dalam bentuk CD-ROM, adalah usahaberterusan JUPEM ke arah membudayakan

masyarakat bagi penggunaan peta dalam menjalanikehidupan seharian mereka. Pelancarandisempurnakan Y.B. Tuan Hj. Che Sulaiman binShapie, Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis,sempena Ekspo ICT 2004 peringkat negeri Perlispada 1 Oktober 2004, bertempat di Kompleks DewanUndangan Negeri Perlis.

Pengeluaran produk peta dalam bentuk cakera padatCD-ROM ini adalah selaras dengan perkembanganICT masa kini, bagi menggantikan penggunaan petadalam bentuk kertas, bertujuan untuk mempromosipelancongan melawat negeri Perlis sempena dengan“Tahun Melawat Perlis 2004”.

Peta Elektronik negeri Perlis merupakan produkkeluaran JUPEM yang menarik, di mana penggunadapat pengendalian yang interaktif dan persembahanmaklumat spatial yang lebih menarik dan berkesandengan penggunaan ciri-ciri multimedia sepertikunjungan maya ke suatu destinasi. Nod panoramayang dimasukkan, antara lain melibatkan tempat-tempat seperti :

- Gua Kelas- Taman Ular dan Reptilia- Taman Herba- Taman Negeri

- Padang Besar- Medan Ikan Bakar Kuala Perlis- Pasar Mingguan Wang Kelian- Taman Budaya- Taman Bunga Kertas- Ladang Mempelam- Hutan Lipur Bukit Ayer- Tasik Melati- Tasik Timah Tasoh

e-Map Perlis adalah peta elektronik multimedia yangmemaparkan visualisasi maklumat geografi secarainteraktif dan dinamik dari pelbagai perspektif, produkmultimedia ini berbentuk geoinformasi melaluilapisan-lapisan :

- Pengangkutan- Binaan- Hidrografi- Sempadan- Pentadbiran- Nod Panorama

Tambahan nilai lapisan pengguna dan video klip,meliputi Kangar, Arau dan Padang Besar, terdapatdalam produk multimedia peta elektronik negeriPerlis ini. Jabatan ini terus berusaha mengeluarkanproduk-produk peta elektronik semua negeri di Ma-laysia bagi melahirkan masyarakat yangberpengetahuan dan bermaklumat di negara kita.

13

Page 14: ms1 37 e - jupem.gov.my · PDF fileorang termasuk pegawai-pegawai NRE, ... seterusnya diikuti dengan pembentangan kertas kerja ... program lama dan matang,

Kediaman RasmiPengarah Ukur dan Pemetaan Perlis

JUPEM merakamkan penghargaan dan terimakasih kepada Kerajaan Negeri Perlis ataspenyediaan kemudahan kediaman rasmi

Pengarah Ukur JUPEM Negeri Perlis. Penyediaan

kediaman tersebut dapat mengeratkan hubungankerjasama antara JUPEM dengan Kerajaan NegeriPerlis dalam memberi kemudahan tempat tinggalkepada kakitangan awam.

Mesyuarat Agung PertamaKoperasi JUPEM Perlis Berhad

KOPERASI Jabatan Ukur dan Pemetaan PerlisBerhad telah mengadakan Mesyuarat AgungPertama pada 12 Julai 2004, bertempat di

Bangunan Persekutuan Kangar. Koperasi ini telahdidaftarkan pada 2 Jun 2004 di bawah Akta Koperasi1993.

Majlis perasmian Mesyuarat Agung yangdisempurnakan oleh Ahli Majlis Mesyuarat KerajaanNegeri Perlis (Tanah dan Perhutanan), Y.B. Tuan HajiAzam bin Rashid, dihadiri oleh beberapa orangpegawai Ibu Pejabat JUPEM Kuala Lumpur.Penubuhan koperasi ini adalah bermatlamatkankepada unsur kebajikan iaitu dengan memberipeluang kepada warga JUPEM Perlis untuk:

- Menabung.- Meningkatkan kepentingan ekonomi dan

pendapatan dalam masa jangka panjang.- Peluang perniagaan terutama bakal pesara.- Memasarkan produk yang dikeluarkan oleh

anggota koperasi dan- Menceburi bidang pengurusan koperasi.

14

Beliau berharap koperasi ini akan terus aktif bergerakdan menjadi contoh kepada koperasi-koperasi laindalam menjaga kebajikan anggota-anggotanya selarasdengan objektif penubuhan koperasi. Bagi koperasiKOJUPEM di Perlis, wakil AJK Negeri Perlis diwakilioleh Encik Mohd. Asri bin Awang sebagai PengerusiKawasan dan Tuan Haji Rosli bin Abdullah pulasebagai Setiausaha Kawasan.

Page 15: ms1 37 e - jupem.gov.my · PDF fileorang termasuk pegawai-pegawai NRE, ... seterusnya diikuti dengan pembentangan kertas kerja ... program lama dan matang,

JUPEM Tuan RumahHari “Q” NRE

“ PEKERJA BERILMU” tema sambutan HariKualiti peringkat Kementerian Sumber Asli danAlam Sekitar (NRE) pada tahun ini. JUPEM

terpilih sebagai tuan rumah sambutan Hari Kualiti(Hari “Q”) peringkat NRE.Y.B. Dato’ Sri Hj. Adenan bin Hj. Satem merasmikansambutan Hari “Q” 2004 pada 12 Oktober 2004bertempat di Dewan Ukur Ibu Pejabat JUPEM, JalanSemarak Kuala Lumpur. Semua agensi-agensi dibawah NRE terlibat secara langsung dengan sambutanini.

Berbagai program dirancang dan dilaksanakan bagisambutan tahun ini, antaranya Pertandingan LamanWeb NRE dan Pertandingan KMK antara agensi-agensi NRE. Pemenang-pemenang menerima hadiahyang disampaikan oleh Y.B. Dato’ Sri Hj. Adenanbin Hj. Satem. Pertandingan yang diadakan dapatmendorong semua agensi-agensi di bawah NRE,bersaing bagi meningkatkan produk yang berkualitidan kreativiti serta mendapatkan maklumbalasmengenai masalah-masalah yang dihadapi dalammelaksanakan KMK di Jabatan-jabatan bawah NRE.

JUPEM bersama-sama agensi lain di bawah NREmengadakan pameran di perkarangan Ibu PejabatJUPEM, Kuala Lumpur. Pengunjung-pengunjung diruang pameran JUPEM diberi penerangan berkenaanaktiviti-aktiviti pengukuran hakmilik, pemodenanpemetaan dan aktiviti-aktiviti astronomi JUPEM.

15

Page 16: ms1 37 e - jupem.gov.my · PDF fileorang termasuk pegawai-pegawai NRE, ... seterusnya diikuti dengan pembentangan kertas kerja ... program lama dan matang,

Hari “Q”JUPEM WPKL / Putrajaya

BAGI mengekalkan kualiti perkhidmatanawam, warga JUPEM Wilayah PersekutuanKuala Lumpur/Putrajaya, menyambut Hari

“Q” pada 27 November 2004, bertempat di DewanUkur, Ibu Pejabat JUPEM, Jalan Semarak KualaLumpur. Sambutan ini merupakan program tahunanJabatan.

Dalam ucapan aluan oleh Pengarah Ukur danPemetaan WP Kuala Lumpur/Putrajaya, Encik Hasanbin Jamil telah menyentuh berkenaan kepentinganbagi menghasilkan kerja yang berkualiti dan disiplinterpuji yang perlu dijadikan budaya kerja oleh setiapkakitangan di JUPEM WP Kuala Lumpur khasnya.Oleh itu, semua kakitangan perlu mematuhi IkrarPerkhidmatan Awam yang sering dilaung-laungkansebagai penjawat awam seperti berikut :-

IKRAR PERKHIDMATAN AWAM

Kami yang telah dilantik berkhidmat denganKerajaan Malaysia membuat ikrar di sini bahawa

selagi kami berkhidmat dengan Kerajaan Malaysiakami patuh dan mengamalkan teras-teras

perkhidmatan semasa menjalankan tugas-tugas.Ke arah ini kami berazam.

MENINGGIKAN MUTU PERKHIDMATAN

BERUSAHA MENGIKIS SIKAPMEMENTINGKAN DIRI SENDIRI

BEKERJA DENGAN PENUHTANGGUNGJAWAB

BERKHIDMAT DENGAN PENUH MUHIBAHDAN KEMESRAAN

BEKERJA KE ARAH MEMAJUKANPEMIKIRAN RAKYAT DAN PEMBANGUNAN

NEGARA

BERKERJASAMA DALAMMEMBENTERASKAN KELEMAHAN DAN

MUSUH NEGARA

BERPEGANG TEGUH KEPADA AJARANAGAMA

Beberapa program telah diatur sempena dengansambutan pada tahun ini, antaranya ceramah olehPuan Razinah bt. Sohor, Pegawai Kaunseling,

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Tujuanceramah ini diadakan bagi memberi kesedaran dansemangat baru kepada kakitangan JUPEM WP KualaLumpur dalam menghadapi tugas harian mereka.

Selain dari itu penyampaian hadiah-hadiah kepadakakitangan bagi kategori Pekerja Terpilih, PasukanKerjaluar Terbaik dan Pertandingan CawanganTerbaik serta jamuan sempena sambutan Aidil Fitriturut diadakan.

16

Page 17: ms1 37 e - jupem.gov.my · PDF fileorang termasuk pegawai-pegawai NRE, ... seterusnya diikuti dengan pembentangan kertas kerja ... program lama dan matang,

Kursus PTK J48 2004 (TK4)

BAGI memenuhi keperluan Sistem SaraanMalaysia yang berteraskan kompetensi dalampengurusan sumber manusia, kursus

Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) bagi gred J48tahun 2004 (TK 4) telah diadakan pada 6 hingga 24September 2004 bertempat di Tingkat 2, BangunanUkur Ibu Pejabat JUPEM, Kuala Lumpur.

Melalui kursus ini, pegawai dinilai dari aspekpengetahuan, kemahiran, tatakelakuan dan nilai-nilaiperibadi serta kebolehan pegawai-pegawai mensintesisisu dan masalah. Di samping itu, kursus ini jugamenilai keupayaan pegawai dalam memberibimbingan kepada pegawai bawahannya.

17

Page 18: ms1 37 e - jupem.gov.my · PDF fileorang termasuk pegawai-pegawai NRE, ... seterusnya diikuti dengan pembentangan kertas kerja ... program lama dan matang,

Modul kursus yang disediakan berkaitan denganpengurusan organisasi, kewangan, pembangunansumber dan manusia, kemahiran berkomunikasi,pemikiran strategik, pengurusan perubahan,pengurusan konflik, kemahiran perundingan,astronomi/falak syarie, GPS, pendigitan stereo /ortofoto dan pangkalan data fotogrametri, peraturanukur dan akta JUBL, pengenalan pemetaan berdigit,akta hakmilik strata, sistem ukur kadaster (SPDK,SPID, SAPD, PDUK, DLL.), Tatacara UkuranKadaster, semakan dan penyediaan dokumen, ukuranpenghabisan dan pangkalan data topografi,pengimbasan pengukuran titik kawal bumi danpenyegitigaan udara, struktur pangkalan data/generalisasi dan peningkatan kartografi, pengukurangraviti, pasang surut dan ukur aras dan prosespercetakan (proses pra dan pasca cetak).

Peserta-peserta juga dikehendaki membuatpersembahan berkumpulan dan mengambil ujianpeperiksaan, panel-panel yang dilantik akan menilaikebolehan dan pengetahuan mereka. Dengan initahap kepimpinan, kemahiran, pengetahuan untukmentadbir dan mengurus dapat ditingkatkan lagisesuai dengan gred jawatan yang mereka sandangsekarang.

Program lawatan juga diadakan untuk memberipengalaman dan pendedahan kepada mereka untukmengurus dan mentadbir organisasi. Antara tempatyang mereka lawati ialah Lembaga Tabung Haji,Samsung SDI (M) Bhd., Jabatan Kimia Malaysia,Perbadanan Produktiviti Negara (NPC) dan SubangJaya Medical Centre, Selangor.

18

Page 19: ms1 37 e - jupem.gov.my · PDF fileorang termasuk pegawai-pegawai NRE, ... seterusnya diikuti dengan pembentangan kertas kerja ... program lama dan matang,

Bagi menjayakan program ini, JUPEM mendapatkerjasama daripada Kementerian Kewangan,Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), UniversitiTeknologi MARA (UiTM), Universiti TeknologiMalaysia (UTM), GEO Power System (M) Sdn. Bhd.KG Corporation Sdn. Bhd.,Samsung SDI (M) Sdn.Bhd.,Subang Jaya Medical Centre, PerbadananProduktiviti Negara (NPC), Jabatan Pengairan danSaliran Malaysia, Jabatan Kimia Malaysia danLembaga Tabung Haji. Setinggi-tinggi penghargaandan terima kasih daripada JUPEM kepada merekadalam menjayakan program ini.

19

Page 20: ms1 37 e - jupem.gov.my · PDF fileorang termasuk pegawai-pegawai NRE, ... seterusnya diikuti dengan pembentangan kertas kerja ... program lama dan matang,

Model Pelaksanaan AmalanUkur Kadaster BerkoordinatSemenanjung Malaysia

olehAzmi Abu BakarSeksyen Perundangan KadasterABSTRAK

AMALAN sistem kadaster SemenanjungMalaysia adalah berdasarkan kepada SistemTorrens untuk menyokong proses

pendaftaran hakmilik tanah. Sistem ini menekankansetiap hakmilik tanah hendaklah ditentukan garisansempadan dan keluasan tanah melalui prosespengukuran. Namun begitu, selaras dengan eraperkembangan teknologi maklumat (IT) sepertiSistem Maklumat Geografi (GIS), teknologi ukurtermoden seperti total station dan GPS, didapatiamalan ukur untuk sistem kadaster masa kini gagalmenyokong sepenuhnya terhadap perkembangantersebut. Bagi memanfaatkan perkembanganteknologi yang sangat pesat, maka negara inimengorak langkah ke arah melaksanakan SistemKadaster Berkoordinat atau Coordinated CadastralSystem (CCS). Pada konsep CCS, nilai koordinat(utara, timur) ditetapkan pada setiap pepenjuru petaklot dan dianggap sebagai maklumat utama. Konsepini berbeza dengan amalan sedia ada yangmementingkan garisan sempadan (bearing dan jarak).Sehubungan dengan itu, beberapa perubahan khasnyapada amalan ukur sedia ada perlu dibuat bagipelaksanaan CCS. Kertas teknikal ini bertujuan untukmempersembahkan cadangan Garis Panduan AmalanUkur Kadaster Berkoordinat atau CoordinatedCadastral Survey (CCSu) yang memfokuskanpelaksanaan CCSu dengan perubahan palingminimum pada amalan sedia ada. Perubahan-perubahan ketara yang perlu dibuat ke atas amalansedia ada adalah perubahan datum sistem rujukankoordinat daripada MRT kepada GDM 2000, kaedahkutipan data boleh dipelbagaikan variasinya danperubahan keadah pelarasan data cerapanmenggunakan kaedah KDT. Walaupun begitu,dengan perubahan yang paling minimum AmalanCCSu yang dibangunkan masih mampu menyokongsekurang-kurangnya di peringkat permulaanpelaksanaan CCSu. Sekiranya JUPEM mengambilkeputusan untuk melaksanakan CCS SemenanjungMalaysia, adalah dicadangkan terlebih dahulu dibuatprojek perintis pelaksanaan CCS ke atas sebuah negeriyang dipilih bagi mengenal pasti masalah-masalahyang timbul dan menentukan kos sebenar bagipelaksanaan CCS Semenanjung Malaysia.

1. Pendahuluan

Model cadangan pelaksanaan Amalan Ukur KadasterBerkoordinat (CCSu) Semenanjung Malaysiamerupakan bentuk asas pengendalian kerja ukurkadaster mengikut konsep Amalan CCSu (prosessebelum, semasa dan selepas kutipan data dilapangan). Skop model ini dihadkan hanya kepadakerja-kerja yang dikendalikan oleh JUPEM sahaja.

2. Model Amalan Ukur Kadaster Masa Kini

Model Amalan Ukur Kadaster masa kini bolehdibahagikan kepada tiga (3) peringkat:-

i. peringkat penyediaan jaringan kawalan ukurkadaster

ii. peringkat kutipan data ukur kadaster di PUD

iii. peringkat prosesan dan penyimpanan datakadaster Ibu Pejabat JUPEM Negeri

Gambaran ringkasan model Amalan Kadaster –Semenanjung Malaysia masa kini adalah seperti Rajah1, di muka surat 22.

Rajah 1 : Model Amalan Ukur Kadaster Masa Kini

2.1 Penyediaan Jaringan Kawalan Ukur Kadaster

Penyediaan jaringan kawalan ukur kadaster telahdiwujudkan bagi tujuan ikatan ukuran kadaster padasesuatu kawasan dan jaringan kawalan ini terdiridaripada :

i. Terabas Piawai Kereta Api – yang melalui danmengikut laluan jalan kereta api SemenanjungMalaysia diukur dengan piawai ukuran terabaspiawai. Laluan terabas dari kelas inimenyambung dari stesen triangulasi ke stesentriangulasi sistem MRT atau stesen TerabasPiawai Kereta Api atau Terabas Piawai Jalan Rayasedia ada. Semasa ukuran, pada sela jarak tertentu

20

Page 21: ms1 37 e - jupem.gov.my · PDF fileorang termasuk pegawai-pegawai NRE, ... seterusnya diikuti dengan pembentangan kertas kerja ... program lama dan matang,

ikatan kepada tanda sempadan lot-lot kadasteryang berdekatan dengan laluan terabas piawaitersebut akan dibuat.

ii. Terabas Piawai Jalan Raya – yang mengikutlaluan jalan raya utama Semenanjung Malaysiayang terpilih dan diukur dengan piawaian ukuranterabas piawai. Sama seperti dengan TerabasPiawai Kereta Api, laluannya adalah dari stesentriangulasi ke stesen triangulasi sistem MRT ataustesen Terabas Piawai Kereta Api atau TerabasPiawai Jalan Raya sedia ada. Semasa ukuran, padasela jarak tertentu akan dibuat ikatan kepadatanda sempadan lot-lot kadaster yang berdekatandengan laluan terabas piawai tersebut.

iii. Terabas Kawalan Kelas Satu - melalui kawasanbandar, pekan, penempatan perumahan dankampung baru diukur dengan piawaian ukurankelas satu. Laluan terabas ini menyambungantara dan kepada sama ada stesen triangulasi/terabas kereta api/terabas jalan atau terabaskawalan kelas satu sedia ada. Semasa ukuran,pada sela jarak tertentu akan dibuat ikatan kepada

tanda sempadan lot-lot kadaster yang berdekatandengan laluan terabas kawalan tersebut.

iv. Terabas Kawalan Kelas Dua – yang melaluikawasan luar bandar, laluan sungai ataupunkawasan hutan belantara dan diukur denganpiawaian ukuran kelas dua. Laluan terabas inimenyambung antara dan kepada sama ada stesentriangulasi/terabas kereta api/terabas jalan atauterabas kawalan kelas satu atau kedua sedia ada.Semasa ukuran, pada sela jarak tertentu akandibuat ikatan kepada tanda sempadan lot-lotkadaster yang berdekatan dengan laluan terabaskawalan tersebut.

v. Seterusnya dengan pewujudan Pangkalan DataUkur Kadaster (PDUK) pada 1995, didapatikualiti data untuk ikatan antara lot-lot agaklemah telah memberi impak kepada kualiti datadigital yang disimpan dalam PDUK. Justeru itu,Jabatan telah mengeluarkan satu garis panduanuntuk meningkatkan prasarana kawalan jaringandengan menambah Jaringan Kawalan TerabasPiawai (JKTP) untuk dijadikan sebahagian

21

Kenalpasti/Semak

Lokasi Kawasan Ukur Kadaster

Penyediaan Arahan Ukur

Tindakan Pejabat

Juruukur Daerah

(Juruukur Daerah)

Mencari Lokasi dan

Datum KerjaArahan Ukur

Kepada PKL

Ukuran FTF

Download dan

Proses Kerja

DCPS

Pelarasan bearing dan jarak

Konseppelarasan Bowditch

Semak kedudukan tanda

sempadan lama

Kiraan luas dan tikaian lot ukSedia fail data ukur digital

Ukuran hakmilik kurniaan

pertama/semula/pengambilan

balik tanah/pecah

sempadan/bahagian/dinding

duatuan/tanam pastian dll.

Juruukur Daerah

Kemaskini

Sistem Rekod Ukur

Daerah (SRUD)

Pangkalan Data

Ukur Kadaster

(DCDB)

Pen. JUD

Juruukur Daerah

Y

Y

T

TData

Digital

Maklumat

Jaringan TKK

(PA dll)

Buat TKK baru

di lokasi terpencil

(Jaringan TKK lemah)

Fail NCP

Fail TPS

Surver

SPEK

CPS

Melalui

SRS

Data

Digital

JK & PA

Semakan ‘Q’

Semakan ‘Q’

Y

T

Surver

SPID

PDUK

SPDID

MaCGDI

Pengguna

JUBL

PTD/PTG

Agensi Kerajaan

Swasta

Orang Awam

Fail Ukur

Arahan UkurSKL dll

SRS SPDK

JUPEM

NEGERI

SPDK

JUPEM

NEGERI

SAPD

PEJABAT

UKUR

DAERAH

Semakan ‘Q’

Rajah 1 : Model Amalan Ukur Kadaster Masa Kini

Page 22: ms1 37 e - jupem.gov.my · PDF fileorang termasuk pegawai-pegawai NRE, ... seterusnya diikuti dengan pembentangan kertas kerja ... program lama dan matang,

daripada Prasarana Kawalan Kadaster (CCI) disetiap negeri (1995) khasnya bagi kawasan yangmana jaringan kawalan kadasternya agak lemah.Sehubungan dengan itu, buat julung-julungkalinya kaedah penentududukan GPS telahdiperkenalkan bagi setiap tanda Terabas Piawaipada sela 5 kilometer.

Pewujudan jaringan terabas piawai dan kawalankadaster seperti di para (i) hingga (iv) kebanyakannyadibuat pada peringkat awal ukuran kadaster negara.Selepas ukuran lot-lot kadaster meningkat (kelas satudan dua), keperluannya telah dihentikan kerana ikatanbagi ukuran kadaster baru boleh dibuat denganmudah kepada ukuran lot kadaster terdahulu. Padaprinsipnya kaedah ini kurang sesuai kerana denganmenggunakan kaedah pelarasan Bowditch (bearingdan jarak) dan Transit (koordinat), ralat yang wujuddi bawa dari satu ukuran ke ukuran yang lain danmasalah ini bertambah rumit memandangkankoordinat (Cassini) bagi setiap negeri mempunyairujukan origin yang berlainan. Sementara itu,tindakan di para (v) merupakan usaha proaktif Jabatanbagi menguatkan Jaringan Kawalan Kadaster yang

agak lemah terutama di kawasan terpencil yang manaCCI sangat terbatas.

2.2 Kutipan Data Ukur KadasterPada peringkat ini melibatkan kerja-kerja ukurkadaster dan prosesan kerjanya adalah sepertiberikut :

i. Menyelaras kedudukan sempadan lot barukadaster dengan lot sedia ada melalui prosespemilihan datum kerja mengikut peraturanJabatan.

ii. Pelaksanaan kerja-kerja ukuran mengikutperaturan-peraturan Jabatan seperti berikut :

a. asas permulaan kerja; b. kaedah cerapan ukuran; c. kawalan bearing; d. pelarasan bearing dan jarak; dan

e. penentuan kedudukan tanda asal.

iii. Perletakan tanda sempadan lot kadaster dengantanda-tanda yang dibenarkan dan mengikutperaturan Jabatan.

22

Cadangan KawasanUkur Berkoordinat

(DCSA)

Kenalpasti/SemakKawasan Ukur Kadaster Berkoordinat

(CCSA)

Proses Kerja UkurDi Luar CCSA

Pangkalan DataKawalan Kadaster

(CCDB)DCSA Jauh Dari

JaringanKawalan Kadaster

Perlu Cerapan GPS

Penyediaan Arahan Ukur

Konsep CCSu

Tindakan PejabatJuruukur Daerah

(Juruukur Daerah)

Mencari Lokasi danDatum Kerja

Arahan UkurKepada PKL Ukuran FTF

Konsep CCSu

Download danProses KerjaPelarasan bearing dan jarak

Konsep pelarasan KDTSemak kedudukan tanda

sempadan lama konsep CCSu

Kiraan luas dan tikaian lot ukur konsep CCSuSedia fail data ukur digital

konsep CCSu

Ukuran hakmilikkurniaan

pertama/semula/pengambilanbalik tanah/pecahsempadan/bahagian/dinding

duatuan/tanam pastian dll .

Juruukur Daerah

KemaskiniSistem Rekod Ukur

Daerah (SRUD)

Pangkalan DataUkur Kadaster

(DCDB)

Rajah: 5.3

Pen. JUD

Juruukur Daerah

Semakan ‘Q’Y

Y

T

TData

Digital

SRS SPDK

JUPEM NEGERI

SAPDPEJABAT UKUR

DAERAH

Semakan ‘Q’

Fail NCPFail TPS

Fail UkurArahan Ukur

SKL dll

FTF

DCPS

Rajah 2 : Carta Aliran Model Asas Pelaksanaan Amalan CCSu Semenanjung Malaysia.

Page 23: ms1 37 e - jupem.gov.my · PDF fileorang termasuk pegawai-pegawai NRE, ... seterusnya diikuti dengan pembentangan kertas kerja ... program lama dan matang,

iv. Penentuan luas lot kadaster dan kualiti ukuranmengikut peraturan piawaian Jabatan.

v. Penghantaran data ukuran ke Ibu PejabatJUPEM Negeri bagi tindakan seterusnya.

Dengan penggunaan konsep FTF bagi ukurankadaster dan penggunaan DCPS (untuk prosesankerja), Pejabat Ukur Daerah telah berjayameningkatkan kecekapan (prestasi) dan kualiti datacerapan. Walaupun begitu, dengan mengekalkankonsep pelarasan data sedia ada Bowditch (bearingdan jarak) dan Transit (koordinat), data ukur terlarasyang dihasilkan adalah tidak menggambarkan kejituanyang sebenarnya bagi setiap set data cerapan keranapengagihan ralat dibuat secara sebarangan. Selaindaripada itu, dengan kemudahan yang ada padakonsep FTF, kaedah kutipan data sepatutnya bolehdipelbagaikan melalui kombinasi variasi cerapan dibawah mengikut kesesuaian.

i. Cerapan koordinat (GPS)

ii. Cerapan bearing dan jarak secara terabas

iii. Cerapan bearing dan jarak secara jejarian(radiations)

iv. Cerapan sudut dan jarak secara terabas

v. Cerapan sudut dan jarak secara jejarian

vi. Cerapan azimut sahaja

vii. Cerapan bearing sahaja sama ada secaraterabas atau jejarian

viii. Cerapan jarak sahaja sama ada secara terabasatau jejarian

2.3 Prosesan dan Penyimpanan Data UkurKadaster

Seterusnya selepas tindakan kerja luar siap dan melaluiproses semakan di peringkat PUD (oleh JUD),tindakan seterusnya adalah diperingkat Ibu PejabatJUPEM Negeri untuk prosesan seperti berikut :

i. Semakan kualiti data ukuran

23

Rajah 3 : Sambungan Carta Aliran Model Asas Pelaksanaan.

Page 24: ms1 37 e - jupem.gov.my · PDF fileorang termasuk pegawai-pegawai NRE, ... seterusnya diikuti dengan pembentangan kertas kerja ... program lama dan matang,

ii. Penyediaan Jilid Kiraan

iii. Penyediaan Pelan Akui

iv. Pengeposan dan kemas kini PDUKN

Seperti prosesan diperingkat PUD, dengan sistem-sistem yang ada di bawah SPDK Ibu Pejabat JUPEMNegeri, CPS mampu meningkatkan keupayaan unituntuk memproses data cerapan ukur kadaster dengancepat berbanding kaedah manual. Walaupun begitu,dengan mengekalkan konsep pelarasan data sedia adaBowditch (bearing dan jarak) dan Transit (koordinat),data ukur yang terlaras tidak menggambarkan kejituanyang sebenarnya bagi setiap set data cerapan dankoordinat kerana pengagihan ralat dibuat secarasebarangan. Ini secara langsung akan mengakibatkankualiti beberapa lokasi data digital kadaster yangdisimpan dalam PDUK agak rendah (tidakmenggambarkan lokasi sepatutnya lot kadasterberkenaan – berlaku anjakan yang agak ketara).Gambaran ringkasan model Amalan Kadaster –Semenanjung Malaysia masa kini seperti Rajah 1.

3. Cadangan - Model Amalan CCSu

Cadangan model asas pelaksanaan Amalan CCSuSemenanjung Malaysia direka bentuk mengikutkeupayaan Jabatan sebelum tahun 2002 (tidakmengambil kira projek peningkatan SAPD danSPDK) sebagaimana seperti Rajah 2 dan 3. Melaluimodel yang dicadangkan, proses ukur kadastermengikut konsep CCSu akan dilaksanakan dalam tiga(3) peringkat berikut :

3.1 Peringkat I - Pewujudan Prasarana Asas CCSu

Pada peringkat ini JUPEM Negeri akanmewujudkan prasarana-prasarana asas CCSuseperti berikut :

i. Merancang dan menyediakan titik kawalankadaster (TKK) di lapangan dan mewujudkanPangkalan Data Kawalan Kadaster Digital(CCDB).

ii. Merekabentuk dan mewujudkan PangkalanData Ukur Kadaster Negeri (SDCDB).

iii. Mewujudkan Pelan Indek untuk KawasanUkur Kadaster Berkoordinat (CCSA).

iv. Penyediaan Cadangan Kawasan UntukUkuran Berkoordinat (DCSA) dibuat melaluipendigitan ke dalam SDCDB (sumber daripelan PU Pejabat Tanah).

v. Penyediaan Surehan Kerja luar Digital (SKLD)yang maklumatnya terdiri daripada maklumatlot akan diukur, pelan lokasi digital, lot lamadan TKK berdekatan lokasi kerja.

vi. Penyediaan Arahan Ukur (AU) bagi panduan Juruukur Daerah (JUD) dan Pegawai Kerja Luar (PKL).

vii. Maklumat SKLD dan AU diposkan melalui talian terus komputer Sistem Pengurusan

Data Kadaster (SPDK) JUPEM Negeri ke server Sistem Atomasi Pejabat Ukur Daerah (SAPD).

Jika lokasi PU di luar CCSA, pertimbangan untukmenggunakan kaedah ukur berkonsepkan CCSuboleh dibuat jika ada TKK berdekatan lokasi kerja.Selain daripada itu, beberapa TKK boleh diwujudkanpada lokasi kerja melalui pemindahan koordinat(ukuran GPS) dari dua (2) atau lebih titik kawalanGPS. Tindakan ini hendaklah dibuat sebelumpenyediaan SKLD.

3.2 Peringkat II - Kutipan Data Cerapan KonsepCCSu

Pada peringkat ini tindakan kerja luar bagi mengutipdata cerapan di lapangan mengikut Amalan CCSu.Kerja-kerja ini dijalankan oleh Pejabat Ukur Daerah(PUD) apabila fail kerja diterima dari Ibu Pejabat.Bentuk-bentuk proses kerja seperti berikut:

i. Bagi AU dalam bentuk digital hendaklahdibuat memuat turun data SKLD dan kemaskini carta dan lokasi kerja peta digital daerahpada komponen Sistem Rekod Ukur Daerah(SRUD) SAPD. Paparan komputer akanmenunjukkan lokasi kerja sama ada di dalamCCSA atau sebaliknya.

ii. Kerja diserah kepada PKL untuk tindakan kerjaluar. Jika kerja di dalam CCSA, ukuranhendaklah dibuat mengikut garis panduanAmalan CCSu (seperti Bab VI). Seterusnyakerja yang siap tindakan kerja luar hendaklahdiproses hingga ke peringkat format pelan akui(PA) menggunakan komponen DistrictCadastral Processing System (DCPS) PUD.Hanya salinan buku kerja luar (BKL) digital,rajah kerja luar, semakan tanda sempadan lama,cetakan format jilid kiraan (JK) dan format PA(masa kini penyediaan JK dan PA rasmi masihdibuat Ibu Pejabat) perlu diserahkan kepadaJUD. Sistem koordinat kerja hendaklah di

24

Page 25: ms1 37 e - jupem.gov.my · PDF fileorang termasuk pegawai-pegawai NRE, ... seterusnya diikuti dengan pembentangan kertas kerja ... program lama dan matang,

dalam sistem baru. Bagi melaksanakan perisianDCPS. PUD hendaklah ditingkatkan denganperisian pelarasan ukur kaedah kuasa duaterkecil (KDT) dan tranformasi koordinat darisatu sistem ke sistem yang lain.

iii. Seterusnya Penolong JUD akan menyemakhasil kerja PKL. Bagi kerja yang memenuhipiawaian kualiti ditetapkan, fail data-datadigital seperti ID sempadan (TPS), datacerapan (NCP) dan koordinat disediakan.

iv. Akhir sekali JUD buat semakan minimum dankemukakan fail-fail data berkaitan dan laporankerja bersama salinan JK, rajah kerja luar danPA ke Ibu Pejabat melalui rangkaian komputerSAPD, PUD ke server Sistem PengesahanKualiti (SPEK) Ibu Pejabat. Sistem SRUD,SAPD akan membuat kemas kini secaraotomatik setiap kerja diterima dan diedar keIbu Pejabat bersama laporan-laporanberkaitan.

3.3 Peringkat III - Prosesan Data CCSu

Pada peringkat ini adalah prosesan kerja di IbuPejabat selepas menerima data (digital) dari PUD.Bentuk-bentuk proses kerjanya adalah sepertiberikut :

i. Unit Pendaftaran buat kemas kini SRS (SurveyRecord System) apabila menerima semula failkerja dari JUD. Data digital yang diedar JUDakan berada di dalam pelayan SPEK IbuPejabat -melalui penghantaran elektronik.

ii. Unit CPS mengambil data berkaitan daripelayan SPEK dan buat semakan kualiti. Jikamencapai had piawaian, buat prosespenyediaan JK dan PA mengikut formatpiawaian JUPEM. Bagi PA mencapai piawaiankualiti akan diluluskan Pengarah Ukur Negeridan pada masa sama, kemaskinian peta kadasterdibuat. Rekod setiap pergerakan proses kerjadikawalselia melalui SRS. Data digital lot(pasangan koordinat pepenjuru) bagi PA yangtelah diluluskan diposkan ke SDCDB.JUPEMNegeri untuk proses kemaskinian dansimpanan.

iii. Seterusnya PU dikembalikan semula kepadaPTD bersama-sama cetakan PA serta petakadaster (lokasi lot ) dan memaklumkan datadigital lot berkenaan boleh diperolehi dariSDCDB, JUPEM Negeri bagi penyediaandokumen hakmilik.

iv. Seterusnya data dalam NDCDB (NationalDigital Cadastral Database) dikemaskini

secara otomatik selaras dengan perubahan data pada SDCDB, JUPEM Negeri.

v. Protokol MaCGDI akan mengawal selia semuaurusan transaksi maklumat lot kepadapengguna (Ahmad Fauzi, 2002).

4. Ciri-ciri kelebihan model Amalan CCSu yangdicadangkan

Dengan membandingkan kedua-dua model iaituModel Amalan Kadaster masa kini dengan ModelCadangan Amalan CCSu, ciri-ciri kelebihan yang adapada cadangan model adalah digariskan sepertiberikut :

i. Prasarana Kawalan Kadaster (CCI) lebihmantap berbanding prasarana kawalan sediaada kerana jaringan kawalan lebih padat. Selaindaripada itu, data TKK diperolehi melaluiukuran GPS dan dilaras dengan menggunakankaedah pelarasan yang paling sistematik –pelarasan kuasa dua terkecil (KDT).

ii. Kaedah konsep pengukuran sedia ada (konsepFTF) boleh diguna pakai tetapi hendaklahdibuat melalui kombinasi konsep FTF yangdipelbagaikan variasi kutipan data.penggunaan kaedah pelarasan KDT, akanmengoptimumkan keupayaan sistem yangsedia ada dan dijangkakan masa prosesan untukkutipan data (ukuran) boleh dijimatkan lagi –menjimatkan kos operasi kerja luar.

iii. Kualiti data terlaras ukuran kadaster (bearing,jarak dan koordinat) lebih jitu kerana data-datatersebut dilaras menggunakan kaedahpelarasan KDT.

iv. Pangkalan data (SDCDB) yang bakaldiwujudkan boleh bersifat nasional keranamenggunakan koordinat yang homogen –penggunaan origin tunggal untuk sistemrujukan koordinat (RSO geosentrik).

v. Walaupun begitu, model yang dicadangkanmasih bersifat terbuka kerana penggunaansistem rujukan koordinat satah (Cassini) masihboleh digunakan tetapi origin dirujuk kepadadatum geosentrik dan koordinatnya adalahCassini geosentrik.

5. Kesimpulan

Model pelaksanaan Amalan CCSu SemenanjungMalaysia yang dicadangkan merupakan model palingasas dan praktikal kerana mengambil kira keupayaan

25

Page 26: ms1 37 e - jupem.gov.my · PDF fileorang termasuk pegawai-pegawai NRE, ... seterusnya diikuti dengan pembentangan kertas kerja ... program lama dan matang,

sedia ada Jabatan sebelum 2002 (sebelumpeningkatan keupayaan SAPD dan SPDK). Modelini juga diselaraskan dengan model asas pelaksanaanCCS yang dikemukakan oleh Ahmad Fauzi (2002).Walaupun begitu, peningkatan ke atas modelpelaksanaan yang dicadangkan (Amalan CCSu)hendaklah dibuat dari semasa ke semasa mengikut

peningkatan prasarana dan perubahan keperluanJabatan serta pelanggan sama ada daripada agensikerajaan, swasta dan orang awam.

Daripada Ma qil Bin Yasar ra. berkata Rasulullah bersabda: Beribadat di saat-saat huru hara (dunia kacau bilau) adalah seperti berhijrah kepada ku.

Renungan

H.R.Muslim

26

Page 27: ms1 37 e - jupem.gov.my · PDF fileorang termasuk pegawai-pegawai NRE, ... seterusnya diikuti dengan pembentangan kertas kerja ... program lama dan matang,

ISG 2004Dengan Kerjasama JUPEM

I NTERNATIONAL SYMPOSIUM andEXHIBITION on GEOINFORMATION2004 kali ke 8 atau ringkasnya ISG 2004 telah

diadakan pada 21-23 September 2004 bertempat diHotel Istana, Kuala Lumpur. ISG 2004 merupakanperjumpaan tahunan bagi para profesional geomatik,penyelidik-penyelidik, para akademik, pengguna-pengguna dan para pelajar geomatik. Penganjurutama ialah Universiti Putra Malaysia dengankerjasama Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia ataudikenali sebagai JUPEM, UiTM, ISM, UTM danUSM. Simposium dan pameran antarabangsa inibertemakan “ Cutting Edge Spatial Solution in theGlobalized World ”. Majlis perasmian telahdisempurnakan oleh Menteri Sumber Asli dan AlamSekitar, Y.B. Dato’ Sri Haji Adenan bin Haji Satem.

JUPEM telah menghantar 23 peserta bagi menyertaiprogram ini selaras dengan keperluan Jabatan dalammemastikan sumber tenaga manusia terlatih danmahir dalam bidang ukur dan pemetaan. Dengankehadiran lebih 400 orang dan penyertaan pesertadari 16 negara luar menjadikan penyertaan terbesar

semenjak Seminar Geoinformasi yang pertama padatahun 1997. Lebih 60 kertas kerja hasil penyelidikandalam pelbagai kategori telah dibentangkan. Antarakategori hasil penyelidikan yang dibentangkan adalahseperti kategori Awam dan Infrastruktur, Ukur danPemetaan, Pengurusan Bencana, Aplikasi Kecemasan,Pengurusan Utiliti, Kesihatan, Agroformatik,Pengangkutan dan Navigasi, PerancanganPerbandaran, Marin, Alam Sekitar dan PengurusanSumber Asli.

Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia, Y.Bhg.Dato’ Hamid bin Ali membentangkan kertas kerjapada sesi kedua dengan tajuk “ Trends inGeoinformation Development ” . Beliau menghuraikansenario geoinformasi pada peringkat global, kawasandan juga pendekatan utama bagi pengumpulan data-data di dalam negara, model-model, pengeluaran danpenyebaran. Beliau juga memberi sedikit komenberkenaan hala tuju bagi pendekatan pembangunangeoinformasi antarabangsa, kawasan dan masyarakatsetempat untuk penyelidikan kawasan-kawasanutama.

27

Page 28: ms1 37 e - jupem.gov.my · PDF fileorang termasuk pegawai-pegawai NRE, ... seterusnya diikuti dengan pembentangan kertas kerja ... program lama dan matang,

Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan PemetaanMalaysia, Dr. Abdul Kadir bin Taib mempengerusikanseminar pada sesi ketiga, di mana empat kertas kerjatelah dibentangkan iaitu:

i. Functional Model of ISO-Based IntergratedGDI- System oleh Prof. Han Knoop.

ii. Navigating Successfully in the Mainstream oleh Jim Farley dari Oracle Corporation, USA.

iii. Blackspot Identification and Prioritising Systemin Malaysia oleh Prof. Dr. Ir. Radin Umar RadinSuhadi, Dekan Fakulti Kejuruteraan, UniversitiPutra Malaysia.

iv. GIS and GPS Applications in EngineeringInfrastructure oleh Prof. Dr. MahadzerMahmud dari KLIUC.

Sesi perbincangan yang dikendalikan oleh Prof MadyaDr. Alias Abdul Rahman dengan tajuk “ 3D GIS –Concept, Development and Issues ” memberikanpenekanan mengenai keperluan dan kepentinganperkongsian maklumat yang dapat mengembangkanmaklumat bidang geomatik dalam pelbagai aspekpenyelidikan penting. Menurut beliau penganjuranISG 2004, merupakan satu forum yang sesuai untuktujuan tersebut dengan adanya sesi pembentangankertas kerja dan sesi perbincangan.

28

Page 29: ms1 37 e - jupem.gov.my · PDF fileorang termasuk pegawai-pegawai NRE, ... seterusnya diikuti dengan pembentangan kertas kerja ... program lama dan matang,

Taklimat LHDN di JUPEMKaedah Sistem Taksir Sendiri (STS)

BAYAR, TAKSIR SENDIRI dan HARTAadalah konsep dalam Sistem Taksir Sendiriatau dikenali sebagai STS Taksir Sendiri

adalah satu kaedah di mana pembayar cukai mengiraserta membayar cukainya sendiri. Ianya bukan cukaibaru tetapi satu sistem di mana pembayar cukai diberitanggungjawab untuk mengira cukainya sendiri.Taksir Sendiri, merupakan perubahan proses yangmenyeluruh daripada taksiran formal yang diamalkansebelum ini.

Memandangkan bahawa Sistem Taksir Sendiri (STS)akan dilaksanakan kepada setiap individu mulai tahuntaksiran 2004, maka pihak JUPEM Ibu Pejabatdengan Kerjasama pihak Lembaga Hasil DalamNegeri, Cawangan Wangsa Maju, Kuala Lumpur

mengadakan sesi taklimat yang bertujuan untukmendedahkan individu-individu warga JUPEMkepada perkara-perkara yang berkaitan dengan sistempercukaian Malaysia secara umum, hak dantanggungjawab serta bagaimana untuk mengirasendiri cukai bagi individu mengikut peruntukanundang-undang. Y.A.B Menteri Kewangan dalambelanjawan 1999 telah mengumumkan pelaksanaanSTS pada tahun 2004. Sesi taklimat STS dapatmembantu warga JUPEM mengira dan seterusnyamelengkapkan borang taksiran masing-masingdengan segera sebelum dikemukakan kepada pihakLHDN supaya tidak timbul kesulitan daripada kedua-dua belah pihak dalam urusan pembayaran cukai.

Taklimat STS disampaikan oleh Pegawai

29

Page 30: ms1 37 e - jupem.gov.my · PDF fileorang termasuk pegawai-pegawai NRE, ... seterusnya diikuti dengan pembentangan kertas kerja ... program lama dan matang,

Perhubungan LHDN, Cik Salma Karim, Pn. ZafinaMohamad Ariffin dan Pn. Zizi Hiranty Aznan pada6 November 2004, bertempat di Dewan Ukur,JUPEM Jalan Semarak, Kuala Lumpur. Turut hadirpada sesi taklimat tersebut ialah pegawai-pegawaipengurusan tertinggi jabatan dan warga JUPEM.Pihak JUPEM berharap dengan adanya program ini,warga JUPEM dapat mengambil peluang untukmengetahui dan berbincang dengan pegawai-pegawaidaripada LHDN berkaitan STS dalam pengurusanhal-hal percukaiannya yang cepat dan lebih berkesanberbanding kaedah sebelum ini. Untuk melakukanSTS, pembayar cukai perlu menyimpan rekod denganteratur, mengisi Borang Penyata Pendapatan denganbetul, mengira cukai dan mengemukakan BorangPenyata Pendapatan bersama bayaran cukai terakhir(sekiranya ada).

Justeru itu Warga, JUPEM dapat menunaikantanggungjawab sebagai pembayar cukai dengan lebih

mudah mengikut kaedah dan cara pembayaran baru.Di bawah STS, pembayar cukai masih perlumengemukan Borang Penyata Pendapatan dalamtempoh ditetapkan. Walau bagaimanapun, NotisTaksiran tidak akan dikeluarkan kepada pembayarcukai. Sebaliknya, pembayar cukai dikehendakimengira cukai mereka dan menjelaskan pembayarancukai sepenuhnya pada masa Borang PenyataPendapatan dikemukakan. Pembayar cukai jugadikehendaki membuat anggaran cukai yang kenadibayar untuk tahun semasa dan membuat bayaranansuran bulanan dalam tahun yang berkenaanberdasarkan anggaran yang dibuat. Pembayar cukaijuga boleh membuat bayaran ansuran bulanan teruskepada LHDN melalui Skim Potongan CukaiBerjadual (PCB), di mana majikan akan meremitkankepada LHDN.

30

Page 31: ms1 37 e - jupem.gov.my · PDF fileorang termasuk pegawai-pegawai NRE, ... seterusnya diikuti dengan pembentangan kertas kerja ... program lama dan matang,

Sekitar Pameran JUPEM‘ MASM 2004 ’ peringkat kebangsaan

Majlis pelancaran “Minggu Alam SekitarMalaysia 2004” telah diadakan pada 2Disember 2004, bertempat di Institut

Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), KepongKuala Lumpur. Kementerian Sumber Asli dan AlamSekitar Malaysia (NRE) adalah penganjur sambutandengan kerjasama agensi-agensi di bawahkementerian NRE termasuk, Jabatan Ukur danPemetaan Malaysia (JUPEM). Dalam ucapan aluanY.B. Dato’ Sri Hj. Adenan bin Hj. Satem, MenteriSumber Asli dan Alam Sekitar, beliau berkata tahun2004 merupakan tahun ke-14 negara menyambutMinggu Alam Sekitar Malaysia (MASM).

Ucapan pelancaran sambutan MASM 2004 disempurnakan oleh Y.A.B. Dato’ Sri Mohd. Najib binTun Abdul Razak, Timbalan Perdana MenteriMalaysia. Beliau mengucapkan syabas kepadaKementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar yang telahmemilih tema “Alam Sekitar Milik Kita, AmanahBersama” kerana ia bertepatan dan mencerminkan

wawasan kerajaan dalam membentuk masyarakatMalaysia yang sensitif terhadap tanggungjawabmasing-masing untuk bersama-sama memelihara alamsekitar kita agar kualitinya bertambah baik di masaakan datang.

Sempena sambutan MASM 2004, program pamerandiadakan pada 2 Disember 2004 bertujuan untukmemberi pendedahan kepada umum akan aktiviti-aktiviti setiap agensi di bawah Kementerian SumberAsli dan Alam Sekitar (NRE). Y.A.B. Dato’ Sri Mohd.Najib bin Tun Abdul Razak, Timbalan PerdanaMenteri Malaysia, bersama-sama tetamu kehormatdan pegawai pengurusan tertinggi JUPEM dibawamelawat ke ruang pameran JUPEM, peneranganberkenaan aktiviti-aktiviti geodesi, pemetaan danpaparan skrin produk baru peta elektronik JUPEMbagi negeri Perlis disampaikan oleh pegawai kananJUPEM yang bertugas. Pameran turut disertai semuaagensi di bawah NRE dan beberapa pertubuhanbukan kerajaan.

31

Page 32: ms1 37 e - jupem.gov.my · PDF fileorang termasuk pegawai-pegawai NRE, ... seterusnya diikuti dengan pembentangan kertas kerja ... program lama dan matang,

Pameran JUPEM‘ MASM 2004 ’ peringkat Negeri Kedah

Sambutan Minggu Alam Sekitar PeringkatNegeri Kedah telah diadakan pada 8 hingga11 Oktober 2004, bertempat di Plaza Jerai,

Gurun, Kedah. Sambutan ini adalah susulan daripadasambutan peringkat kebangsaan Minggu Alam SekitarMalaysia yang diadakan setiap tahun bagimemperkukuhkan pengurusan alam sekitar dengantermaktubnya Deklarasi Langkawi Mengenai AlamSekitar pada 21 Oktober 1989, mengambil sempenatarikh bersejarah ini, D.Y.M.M. SPB Yang di PertuanAgong telah mengistiharkan 21 Oktober setiap tahunsebagai Hari Alam Sekitar Malaysia (MASM). Hadirsama Y.B. Dato’ Beh Heng Seong, Ahli DewanUndangan Negeri Gurun, Kedah merasmikan majlisini. Beliau kemudian melawat ruang pameran JUPEMbagi mengenali lebih dekat aktiviti-aktiviti danperanan JUPEM dalam memberi perkhidmatankepada masyarakat melalui produk-produk pemetaan,kadaster dan geodesi. Kesempatan melawat ruangpameran JUPEM beliau juga mencuba menggunakanalat teleskop yang digunakan untuk kerja-kerjaastronomi di JUPEM.

32

Page 33: ms1 37 e - jupem.gov.my · PDF fileorang termasuk pegawai-pegawai NRE, ... seterusnya diikuti dengan pembentangan kertas kerja ... program lama dan matang,

Pelbagai acara sambutan sempena alam sekitar telahdiadakan antaranya ialah pertandingan berceritaperingkat kanak-kanak tadika dan aktiviti pameranyang berlangsung pada 8 – 11 Oktober 2004 lalu.JUPEM sebagai urusetia pameran ini dapatmengambil bahagian dan menguruskan acarasambutan dengan meriah dimana pelbagai lapisanmasyarakat terutamanya pelajar-pelajar sekolahrendah dan menengah sekitar daerah Gurun, Kedahhadir bagi mendapatkan maklumat dan pengalamandi majlis sambutan pada tahun ini.

Pameran yang bertemakan alam sekitar dari pelbagaiagensi dan jabatan kerajaan serta syarikat swasta telahberjaya dipamerkan antaranya dari Jabatan AlamSekitar Kedah, Jabatan Mineral dan Galian Malaysia,Jabatan Bomba Dan Penyelamat Kedah, SyarikatAlloyPlas Engineering Sdn. Bhd. dan InstitutTeknologi Tun Abdul Razak dan JUPEM.

Kakitangan JUPEM Ibu Pejabat diKuala Lumpur dijemput bersama-sama kakitangan JUPEM Kedahbertugas di tapak ruang pameranpetak 9 yang disediakan untukJUPEM. Sebabahgian peralatanbahan-bahan pameran dibawa dariKuala Lumpur ke Gurun, Kedahtempat berlangsungnya programsambutan Minggu Alam Sekitarperingkat negeri Kedah. Minatterhadap bidang ukur tanah dapatdisemai dikalangan masyarakatterutamanya golongan pelajar-pelajar bagi menceburi bidang iniyang mencabar dan memukauuntuk berkhidmat bagi menjanapembangunan negara.

Sepanjang program berlangsungmasyarakat sekitar memberisokongan padu dengan datangberamai-ramai serta memenuhiruang pameran JUPEM sejak iadibuka jam 8 pagi. Komitmendaripada kakitangan JUPEMmenyediakan perkhidmatan dalamprogram pameran ini berjayamemenangi tempat terbaikpameran dalam acara pertandinganantara gerai-gerai pameran di majlissambutan ini. Y.B. Dato’ Beh HengSeong telah sudi menyampaikanhadiah kepada pemenang-pemenang En. Abdul Samad b.Bahari, Pengarah Ukur Negeri

Kedah mewakili JUPEM turut menerima hadiah yangdimenangi JUPEM.

Majlis perasmian penutup Ekspo, Pameran danBercerita Alam Sekitar Malaysia Peringkat NegeriKedah Darul Aman di sempurnakan oleh Y.B. Dato’Beh Heng Seong ADUN Gurun, di Plaza JeraiGurun, Kedah. Dalam ucapan beliau mengajakmasyarakat menghargai alam semula jadi denganpemuliharaan alam sekitar.

33

Page 34: ms1 37 e - jupem.gov.my · PDF fileorang termasuk pegawai-pegawai NRE, ... seterusnya diikuti dengan pembentangan kertas kerja ... program lama dan matang,

PameranEkspo & Karnival GIS

PADA 11 hingga 15 Disember 2004, JUPEMtelah menyertai program pameran di Ekspodan Karnival GIS-Week 2004, bertempat di

Pavilion Croft, Pusat Kokurikulum UTM, SkudaiJohor.

Karnival disempurnakan oleh Y.Bhg. Dato’ Subohbin Mohd. Yassin, Timbalan Ketua Setiausaha 1,Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, mewakili Y.B.Dato’ Sri Hj. Adnan bin Hj. Satem, Menteri SumberAsli dan Alam Sekitar.

Ruangan JUPEM mempamerkan aktiviti-aktivitiberkaitan dengan peranan JUPEM dalam bidang GIS,

peta topografi, peta tematik, peralatan ukur totalstation, batu-batu sempadan dan lot-lot kadaster,contoh dokumen-dokumen hakmilik dandemonstrasi peta elektronik versi Negeri Perlis,Kelantan serta Kuala Lumpur melalui paparan skrinoleh pegawai-pegawai bertugas JUPEM daripadaSeksyen Perancangan Penyelidikan danPembangunan, Seksyen Kartografi dan SeksyenPerundangan Kadaster dari Ibu Pejabat JUPEMKuala Lumpur. Di akhir porgram ini, sebagai tandapenghargaan dan terima kasih, pihak JUPEMmenerima cenderahati dari penganjur.

34

Page 35: ms1 37 e - jupem.gov.my · PDF fileorang termasuk pegawai-pegawai NRE, ... seterusnya diikuti dengan pembentangan kertas kerja ... program lama dan matang,

Kontinjen JUPEMSertai Perbarisan Hari Kebangsaan ke-47

Usaha untuk melahirkan warga JUPEM yangberdisiplin dan dapat memberiperkhidmatan yang berkualiti dan

cemerlang antaranya melalui penyertaan aktiviti-aktiviti yang sihat. Sehubungan dengan ini JUPEMsecara rasmi menyertai perarakan Sambutan HariMerdeka kali ke-47 peringkat Wilayah PersekutuanKuala Lumpur, bertempat di Dataran Merdeka KualaLumpur pada 31 Ogos 2004. Pelbagai program telahdiadakan pada sambutan hari kemerdekaan oleh pihakkerajaan, bagi memberi kesedaran kepada masyarakatmengenai semangat cintakan negara sesuai dengantema sambutan pada tahun ini “ Keranamu Malaysia ”.Tema ini kekal sejak tiga tahun yang lepas sehinggatahun ini.

Seramai 70 orang kakitangan JUPEM telahmembentuk satu kontinjen yang diketuai oleh TuanHj. Norzam bin Mohd. Nor, Pengarah SeksyenPentadbiran dan Perkhidmatan JUPEM. KontigenJUPEM berarak bersama-sama 60 kontinjen daripadaagensi-agensi Kerajaan, Badan Berkanun dan Swasta.Perarakan diserikan lagi dengan iringan pasukankenderaan bermotor bagi mengingati detik bersejarahnegara mencapai kemerdekaan daripada penjajahasing pada 31 Ogos 1957. Latihan kawat giat

dijalankan oleh kontinjen JUPEM selama sebulan diperkarangan Bangunan Ukur, JUPEM dan TamanTasik Titiwangsa, Kuala Lumpur. Seramai empatorang jurulatih berpengalaman terdiri daripadakakitangan JUPEM sendiri telah memberi bimbingandan latihan kepada kontinjen JUPEM. Penyertaanwarga JUPEM ini dapat meningkatkan disiplinmereka melalui latihan kawat ala tentera mengikutsejauh mana kemampuan dan kemahiran mereka bagimewakili warga JUPEM dalam perbarisan sambutankemerdekaan negara kali ke-47.

35

Page 36: ms1 37 e - jupem.gov.my · PDF fileorang termasuk pegawai-pegawai NRE, ... seterusnya diikuti dengan pembentangan kertas kerja ... program lama dan matang,

Warga JUPEMSertai Misi Kemanusiaan Mangsa Tsunami di Kuala Muda

“BERAT mata memandang, berat lagi bahu yangmemikul”. Begitulah keadaan yang tidak dapatkita gambarkan ke atas mangsa tsunami. Dalam

hubungan ini, JUPEM turut serta bersama lebih600 sukarelawan terdiri daripada pelajar institusipengajian tinggi awam dan swasta, kakitangan pro-fessional dan artis menyertai misi kemanusiaanmembantu mangsa bencana di daerah Kota KualaMuda, Kedah. Misi 24 Jam Bantuan Mangsa BencanaTsunami anjuran Persatuan Anak Kedah WilayahPersekutuan Kuala Lumpur dan Selangor (ADAM)telah menjalankan kerja kemasyarakatan termasukmembersihkan kawasan bencana di samping memberibantuan perubatan kepada mangsa-mangsa.

Kumpulan ini berlepas dengan 12 buah bas dariMenara Kuala Lumpur. JUPEM turutmenyumbangkan sebuah bas dan kakitangan untukmisi kemanusiaan ini bersama-sama KementerianSumber Asli dan Alam Sekitar juga menyumbangkansebuah bas dan selebihnya disumbangan pihak swastadan agensi kerajaan yang lain.

Majlis pelepasan misi ini disempurnakan olehSetiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk OthmanDesa, bertempat di pekarangan Menara KualaLumpur. Sementara itu, Pengerusi penganjur misi iniyang juga merupakan Timbalan Presiden ADAM,Prof. Datuk Dr. Jamil Osman menyatakan bahawamisi ini adalah untuk bergotong-royong

membersihkan rumah-rumah, kawasanperkampungan, menguruskan sumbangan pakaiandan sebagainya.

Usaha ini yang dirancang dalam tempoh yang singkatmendapat sambutan yang sangat luar biasa. Jumlahyang memohon terlalu banyak sehingga pihakpenganjur terpaksa menghadkan kepada jumlah inisahaja iaitu 600 orang. Ia dengan jelas menunujukkanrakyat kita memang prihatin.

Selain membawa sukarelawan, bas-bas berkenaan jugamembawa pelbagai barangan keperluan, ubat-ubatandan pakaian-pakaian baru yang disumbangkan olehsyarikat-syarikat swasta. Hadir sama pada majlispelancaran itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif Menara,Kuala Lumpur, En. Zulkifli Mohamad.

Bagi kakitangan JUPEM mereka terpanggil untukmenyertai misi itu kerana prihatin terhadappenderitaan yang ditanggung oleh mangsa bencanatersebut, dimana sebelum ini mereka hanya melihatkemusnahan dan penderitaan mangsa melaluitelevisyen dan akhbar sahaja, jadi peluang menyertaimisi ini akan memberikan pengalaman berada dalamkeadaan sebenar mangsa di tempat kejadian. Atas sifatkesedaran melihat kesengsaraan orang lain dan merasatanggungjawab untuk membantu mereka yangterlibat, kakitangan JUPEM seramai 17 orang telahmenyahut cabaran dalam misi kemanusiaan inibersama rakan-rakan daripada pelbagai agensibantuan lain berkerjasama rapat untuk terus membaikikeadaan. Sukarelawan JUPEM yang mewakilikeseluruhan warga JUPEM berasa bangga keranaberpeluang membantu warga Kuala Muda yangmelalui pengalaman perit dan menakutkan itu.Ombak besar tsunami yang terjadi susulan gempabumi bawah laut di utara Sumatera Indonesia, turutmelanda Malaysia, Thailand, Sri Lanka, Maldives danIndia pada 26 Disember 2004 menjadi detik hitamyang tidak dapat dilupakan semua mangsa tsunami.

Sumbangan anda adalah dialu-alukan bagi menjadikan penerbitanBerita Ukur lebih luas dan padat - Sidang Pengarang