M.Sc. (Information Studies) Oi LeedsMetropolitan ...eprints.um.edu.my/15905/1/M.Sc.pdf · Abstrak:...

3
M. Sc. (Information Studies) Oi Leeds Metropolitan University Tahun 1994/1995 Nor Edzan Che Nasir Pustakawan Perpustakaan Undang-Undang Universiti Malaya Abstrak: Penults makalah ini telah berpeluang bercuti belajar di Leeds Metropolitan University. Beliau memberi maklumat mengenai kandungan kursus sarjana yang diikutinya dan pengalaman pengajian beliau selama setahun di Leeds. Katakunci: Leeds Metropolitan University, M. Sc. (Information Studies). . .. Abstract: The writer was on study leave at Leeds Metropolitan University. She provides information on the contents of the master's course which she did and her study experience during the year she was at Leeds. Keywords: Leeds Metropolitan University, M. Sc. (Information Studies). [Title in English: M. Sc. (Information Studies) atLeeds Metropolitan University, 1994/19951 1. Pengenalan L eeds merupakan bandaraya ketiga besarnya selepas London dan Bimingham di United Kingdom. la menjadi pusat pemerintahan West Yorkshire County dan merupakan pusat kewangan dan perbankan temama selepas London. Oi bandaraya ini terdapat 27 buah bank United Kingdomdan antarabangsa beroperasidalam bidang perkhidmatan perbankandan kewangan. Oisamping itu terdapatjuga berpuluh buah syarikat kewangan berlesen dan syarikat insuran yang menawarkan perkhidmatan kewangan dan pengurusan perniagaan kepada para pelanggantempatan dan antarabangsa. Perkembangan bidang kewangan di Leeds adalah kerana ianya terkenal dalam bidang perdagangan serta industri perkilangan dan pembuatan lebih seratus tahun lamanya. Bandaraya ini juga mempunyai tempat-tempat bersejarah, kompleks membeli-belah, taman-taman bunga serta taman tanaman tropika, kawasan khas pejalan kaki di tengah-tengah bandaraya dan muzium industri. Pusat bandaraya Leeds mempunyai 721 ,000 orang penduduk. Namun begitu, jumlah penduduk di keseluruhan kawasan Metropolitan Leeds melebihi 1.5 juta orang. Para penduduknya merangkumi pelbagai bangsa, keturunan, agama dan bahasa. Terdapat pelbagai rumah ibadat untuk para penganut Kristian, Islam, Sikh, Yahudi, Hindu dan lain-lain agama. Leeds terletak di tengah United Kingdom dan dihubungkan dengan sistem pengangkutan yang merangkumi darat dan udara. Rangkaian lebuhraya, keretapi dan udara menghubungkan Leeds dengan 4 kesemua bandaraya dan destinasi di United King- dom. Terdapat dua buah universiti di Leeds, iaitu Leeds University dan Leeds Metropolitan University. Oi samping itu terdapat juga berpuluh buah kolej serta pusat pengajian lanjutan, vokasional dan teknikal. Kesemua pusat pengajian tinggi ini menawarkan kursus dalam pelbagai bidang kepada para pelajar dari dalam dan luar negeri. 2. Leeds Metropolitan University (LMU) Leeds Metropolitan University merupakan salah sebuah universiti baru yang ternama di United King- dom dan mempunyai lebih kurang 20,000 orang pelajar. la menawarkan kursus sepenuh masa dan separuh mas a dalam pelbagai bidang di peringkat sijil, diploma, sarjana muda, sarjana dan doktor falsafah. Para pelajarnya terdiri daripada berbagai bangsa dan agama. Sebelum mencapai taraf universiti, LMU dikenali sebagai Leeds Polytechnic yangtelah ditubuhkan pada kurun kesembilan belas bagi membekalkan tenaga-tenaga pakar dalam bidang pengurusan, sains dan teknologi. Pad a masa tersebut iatelah mengadakan kursus-kursus dalam bidang pengurusan, sains dan teknologi di peringkat sijil, diploma, sarjana mud a dan sarjana. Pemberian taraf universiti dalam tahun 1990 telah mengubah kedudukan LMU sebagai universiti contoh atau 'model university' di United Kingdom. Kebanyakan lulusan LMU berkhidmat dalam bidang pengurusan, kejuruteraan, pendidikan, perundangan, perakaunan, Kekal Abadi 15 (1) Mac 1996

Transcript of M.Sc. (Information Studies) Oi LeedsMetropolitan ...eprints.um.edu.my/15905/1/M.Sc.pdf · Abstrak:...

Page 1: M.Sc. (Information Studies) Oi LeedsMetropolitan ...eprints.um.edu.my/15905/1/M.Sc.pdf · Abstrak: Penults makalah ini telah berpeluang bercuti belajar di Leeds Metropolitan ... Kebanyakan

M. Sc. (Information Studies) Oi Leeds Metropolitan UniversityTahun 1994/1995

Nor Edzan Che NasirPustakawan

Perpustakaan Undang-UndangUniversiti Malaya

Abstrak: Penults makalah ini telah berpeluang bercuti belajar di Leeds MetropolitanUniversity. Beliau memberi maklumat mengenai kandungan kursus sarjana yang diikutinyadan pengalaman pengajian beliau selama setahun di Leeds.

Katakunci: Leeds Metropolitan University, M. Sc. (Information Studies). . ..Abstract: The writer was on study leave at Leeds Metropolitan University. She providesinformation on the contents of the master's course which she did and her study experienceduring the year she was at Leeds.

Keywords: Leeds Metropolitan University, M. Sc. (Information Studies).

[Title in English: M. Sc. (Information Studies) atLeeds Metropolitan University, 1994/19951

1. Pengenalan

Leeds merupakan bandaraya ketigabesarnya selepas London dan Bimingham

di United Kingdom. la menjadi pusat pemerintahanWest Yorkshire County dan merupakan pusatkewangan dan perbankan temama selepas London.Oi bandaraya ini terdapat 27 buah bank UnitedKingdomdan antarabangsa beroperasidalam bidangperkhidmatan perbankandan kewangan. Oisampingitu terdapatjuga berpuluh buah syarikat kewanganberlesen dan syarikat insuran yang menawarkanperkhidmatan kewangan dan pengurusan perniagaankepada para pelanggantempatan dan antarabangsa.Perkembangan bidang kewangan di Leeds adalahkerana ianya terkenal dalam bidang perdaganganserta industri perkilangan dan pembuatan lebihseratus tahun lamanya. Bandaraya ini jugamempunyai tempat-tempat bersejarah, kompleksmembeli-belah, taman-taman bunga serta tamantanaman tropika, kawasan khas pejalan kaki ditengah-tengah bandaraya dan muzium industri.

Pusat bandaraya Leeds mempunyai 721 ,000 orangpenduduk. Namun begitu, jumlah pendudukdi keseluruhan kawasan Metropolitan Leedsmelebihi 1.5 juta orang. Para penduduknyamerangkumi pelbagai bangsa, keturunan, agamadan bahasa. Terdapat pelbagai rumah ibadat untukpara penganut Kristian, Islam, Sikh, Yahudi, Hindudan lain-lain agama.

Leeds terletak di tengah United Kingdom dandihubungkan dengan sistem pengangkutan yangmerangkumi darat dan udara. Rangkaian lebuhraya,keretapi dan udara menghubungkan Leeds dengan

4

kesemua bandaraya dan destinasi di United King-dom.

Terdapat dua buah universiti di Leeds, iaitu LeedsUniversity dan Leeds Metropolitan University.Oi samping itu terdapat juga berpuluh buah kolejserta pusat pengajian lanjutan, vokasional danteknikal. Kesemua pusat pengajian tinggi inimenawarkan kursus dalam pelbagai bidang kepadapara pelajar dari dalam dan luar negeri.

2. Leeds Metropolitan University (LMU)

Leeds Metropolitan University merupakan salahsebuah universiti baru yang ternama di United King-dom dan mempunyai lebih kurang 20,000 orangpelajar. la menawarkan kursus sepenuh masa danseparuh mas a dalam pelbagai bidang di peringkatsijil, diploma, sarjana muda, sarjana dan doktorfalsafah. Para pelajarnya terdiri daripada berbagaibangsa dan agama. Sebelum mencapai tarafuniversiti, LMU dikenali sebagai Leeds Polytechnicyangtelah ditubuhkan pada kurun kesembilan belasbagi membekalkan tenaga-tenaga pakar dalambidang pengurusan, sains dan teknologi. Pad a masatersebut ia telah mengadakan kursus-kursus dalambidang pengurusan, sains dan teknologi di peringkatsijil, diploma, sarjana mud a dan sarjana. Pemberiantaraf universiti dalam tahun 1990 telah mengubahkedudukan LMU sebagai universiti contoh atau 'modeluniversity' di United Kingdom. Kebanyakan lulusanLMU berkhidmat dalam bidang pengurusan,kejuruteraan, pendidikan, perundangan, perakaunan,

Kekal Abadi 15 (1) Mac 1996

Page 2: M.Sc. (Information Studies) Oi LeedsMetropolitan ...eprints.um.edu.my/15905/1/M.Sc.pdf · Abstrak: Penults makalah ini telah berpeluang bercuti belajar di Leeds Metropolitan ... Kebanyakan

bahasa, kebudayaan, komputer dan perundingan 3.pakar.

LMU menerokai bidang kerjasama, perundinqanpakar, persyarikatan dan kaji-selidik pembangunanperdagangandan industri dengan sektor awamdanswasta. la juga berjaya membangunkan SkimSyarikat Pembelajaran, di mana LMUmemberikan tenaga-tenaga pakar bagi sesuatuprojek dan pihak swasta pula menanggungpembiayaannya. Skim ini telah menghasilkankejayaan konsep persyarikatan di United Kingdom.Kebanyakan firma swasta Britain dan Eropahmenggunakan kepakaran LMU dalam bidangpenyelidikan dan pembangunan, pembangunanindustri,pemindahan teknologi, perjanjian danperiesenan.

Terdapat 6 buah fakulti serta unit di LMU - Facultyof Business, Faculty of Cultural and EducationStudies, Faculty of Design and Built Environment,Faculty of Health and Social Care, Faculty ofInformation and Engineering Systems, Centre forLanguage Learning, dan Access and IndependentStudy.

LMU mempunyai tiga buah kampus - dua buahkampus di bandaraya Leeds dan sebuah lagidi Beckett Park. Setiap kampus mempunyaiprasarana dan kemudahan lengkap, termasukperpustakaan sendiri. Setiap perpustakaanmengandungilebih500,000 buahbukudanmajalah,lebih kurang 2,000 tajuk jurnal dan sumber dataelektronik. Kampus Beckett Parkjuga mempunyaikompleks sukan serta pusat rawatan sukan yangterkenal di United Kingdom.

Universiti ini juga mengambil berat tentang halehwal pelajamya. LMU menyediakan berbagaiperkhidmatan dan bantuan seperti Pejabat HalEhwal Tempat Kediaman, PerkhidmatanKewangan, Perkhidmatan Kerjaya, PerkhidmatanPelbagai Agama, Perkhidmatan PenjagaanKanak-kanak, Perkhidmatan Kaunseling, KedaiKerjaya, dan Penyelaras Para Pelajar CacatAnggota. Pejabat Pembangunan PelajarAntarabangsa dengan kerjasama Majlis PelajarLuar Negeri Leeds membantu para pelajar luarnegeri mengatur program lawatan sambil belajar,keluarga tamu, melawat tempat dan lokasibersejarah, dan minggu suaikenal. Di samping ituKesatuan Pelajar LMUsangat aktifdalam kegiatansoslal, ekonomi dan program-program yangmengeratkanlagiperpaduanpelajar-pelajaruniversiti.

Master of Science (Information Studies)

Pengajian ini diselenggarakan oleh School ofInformation Management yang di bawah bidangkuasa Faculty of Information and EngineeringSystems. Untukmengikuti kursus ini, seseorang itumestilah rnernpunyai ijazah sarjana muda dalamsebarang bidang, dengan sekurang-kurangnya12 bulan pengalaman bekerja di perpustakaan,biro maklumat atau mana-mana organisasipengurusanmaklumat.

3.1 Objektif •

Objektif utama kursus ini ialah untuk:

a) Menambah pengetahuan pelajar dankepakaran dalam bidang teknologimaklumat.

b) Mendorong para pelajar menerokaibidang-bidang be-rsangkutan bagimeningkatkan mutu kerjaya dan prestasikerja.

c) Meningkat pemikiran positif dan inovatifdalam bidang teknologi maklumat.

d) Mengembang kemahiran pelajar dalambidang perolehan, analisis, penilaian,sintesis, penggunaan dan perhubunganberkait dengan data, maklumat danpendapat.

3.2 struktur dan Kurikulum

a) Kursus asas tanpa penilaian

b) Modulwajib untukduamatapelajaranpenuhdan empat matapelajarao separa penuh

c) Modulpilihanuntuktigarnatapelajaranpenuh

d) Disertasi

Tahun pengajian terbahagi kepada dua semester,iaitusemester Iyang bermula daripada penghujungbulanSeptembersehinggapenghujungbulanJanuaridan semester II yang bermula daripada awal bulanFebruari sehingga penghujung bulan Jun secarasepenuh masa.

Modul-modul wajib diajar pada semester I danmerangkumimatapelajaran-matapelajaran berikut:

a) Information andSociety

b) The InformationCycle

c) Introduction to Management

5

Page 3: M.Sc. (Information Studies) Oi LeedsMetropolitan ...eprints.um.edu.my/15905/1/M.Sc.pdf · Abstrak: Penults makalah ini telah berpeluang bercuti belajar di Leeds Metropolitan ... Kebanyakan

d) Communication Skills

e) Research Methods

~ Analysis of Information Systems

Bagi semester II, setiap pelajar hanya perlumengambil3 modul sahaja. Modul-modul pilihanyang diajar pada semester II ialah:

a) Community Librarianship

b) Business, Commerce and Industry

c) Science and Technology

d) Managing People

e) Planning and Marketing Information Services

~ The Management of Change

g) Text Processing Systems

h) Information Services

o Cataloguing and Indexing

3.3 Disertas;

Penyediaan bahan-bahan untuk disertasi dilakukandalam masa empat bulan. Setiap bahan dan hasilkerja dianalisa, dihujah dan dikupas secara mendalambagi menyediakan satu disertasi yang mantap bagipenganugerahan ijazah M. Sc. (Information Studies).Tajuk dan bidang pengkhususan bagi penyediaandisertasi perlu dibincangkan dan dipersetujui olehPenyelia Kursus serta para pensyarah kananUniversiti.

4. Kesimpulan

Secara keseluruhannya, kursus M.Sc. (InformationStudies) di LMU ini sangat berfaedah danbermanfaat bagi mendapat pengetahuan mendalamdalam bidang teknologi maklumat dan sainsperpustakaan. Penulis telah didedahkan kepada

6

teknologi maklumat terkini dan bermacam sistemkomputeryanqterdapat di United Kingdom. Setiappelajardiberi pendedahan mendalam kepada sistemtelekomunikasiterkini. Makmal-makmal komputerdi Universiti ini adalah di antara yang terbaik diUnited Kingdom.

Pada penghujung minggu, penulis telah berpeluangmelawat dan meninjau beberapa buahperpustakaan di bandaraya Leeds dankawasan-kawasan sekitarnya - Bradford, York,Manchester, Newcastle, Sheffield, Hull dan London.Lawatan-Iawatan initelah menarut>ah pengetahuanpenulis dalam bidang penqurusarrperpnstakaan diUnited Kingdom serta memberi kesempatan kepadapenulis untuk bertukar-tukar fikiran dan mendapatpenerangan lanjut daripada pegawai dan kakitangandi perpustakaan-perpustakaan tersebut. Masalahterbesar yang dihadapi oleh kebanyakanperpustakaan di United Kingdom ialah kekurangansumber kewangan akibat polisi Kerajaan Britishyang memotong bantuan kewangan kepada institusipengajian tinggi dan perkhidmatan sosial. Akibatkekurangan sumber kewangan,perpustakaan-perpustakaan ini membatalkanlangganan majalah dan mengurangkan pembelianbuku-buku baru. Namun begitu, mereka telahmewujudkan konsep 'Pinjaman AntaraPerpustakaan' bagi menangani masalahkekurangan sumber kewangan. Konsep ini sangatberjaya di United Kindom kerana mereka seringbekerjasama dan mengamalkan sikap bantumembantu di antara satu sarna lain.

Penulis akan menggunakan segala pengalarnandan pengetahuan yang diperolehi dalam masa14 bulan di United Kingdom untuk kemajuanPerpustakaan Universiti Malaya. Penulis juga akanmemanfaatkan segala yang dipelajari bagimeningkatkan mutu kerja dan prestasi tugas.