mt en nik.docx

download mt en nik.docx

of 27

Transcript of mt en nik.docx

PENGENALANPengajaran dan pembelajaran yang berkesan berkait rapat dengan kebolehan guru menterjemahkan masalah yang dihadapi oleh murid dalam bentuk yang mudah difahami dan diterima oleh kognitif murid. Ianya berkait rapat dengan pengetahuan kandungan yang ada pada seseorang guru. Mengikut Shulman(1987), terdapat dua elemen penting dalam pedagogi kandungan iaitu pengetahuan tentang cara bagaimana isi pelajaran disampaikan kepada murid dengan berkesan dan memahami masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid dalam isi pelajaran tersebut.Dalam tugasan yang diberi ini, kita dapat lihat kelemahan-kelemahan yang sering berlaku kepada murid-murid dalam tajuk ukuran panjang khususnya merujuk kepada tajuk yag telah dipilih. BAHAGIAN A(1)1.Penulisan Laporan daripada jurnal,buku,kajian atau sumber elektronik.Hasil daripada pembacaan dan penerokaan di dalam laman sesawang,tajuk pilihan saya ialah UKURAN PANJANG.Pemasalahan dalam tajuk Ukuran Panjang ialah masalah dalam pertukaran unit ukuran panjang.Ini berlaku kerana mereka tidak memahami konsep dan tidak menghafal formula.Unit ukuran yang terlibat ialah milliliter,sentimeter,meter dan kilometer.Segelintir murid telah menghadapi masalah dalam memahami konsep penukaran unit samada dari unit kecil ke unit besar dan sebaliknya atau penukaran unit yang melibatkan perpuluhan.Penulis juga menyatakan bahawa permasalahan yang berlaku dalam kalangan murid sekolah rendah perlu diatasi bagi membolehkan mereka menguasai kemahiran asas matematik.Skop asas sangat penting bagi membantu murid mengendalikan urusan harian secara berkesan dan adalah asas ke peringkat pengajian yang lebih tinggi.Dalam jurnal ini juga menyatakan kelemahan murid dalam mendarab dan membahagi.Apabila asas mendarab dan membahagi tidak dapat dikuasai sepenuhnya maka menjadi kesukaran bagi mereka untuk melakukan penukaran unit panjang.Kajian mendapati guru telah mengajar dalam bentuk lazim dan dengan cara mengalihkan titik perpuluhan ke belakang atau ke hadapan jika ingin menukar unit yang lebih kecil atau sebaliknya.Murid juga tidak cenderung untuk belajar matematik dan menganggap matematik susah.Kajian terbukti apabila dilihat hasil kerja murid di dalam buku latihan, memang bermasalah dalam menggunakan kaedah ini.Penulis dalam kajian jurnal telah membina teknik altenatif iaitu teknik Kotak Hitam. Teknik ini tidak dinyatakan secara menyeluruh tetapi hasil kajiannya murid yang lemah dapat menukar unit ukuran panjang dengan mudah.Ini telah terbukti di dalam ujian yang telah dibuat termasuk semakan buku tulis dan temubual dengan pelajar yang lemah.Malah teknik ini juga telah menarik minat mereka untuk belajar matematik.

2. Temu BualBerdasarkan permasalah yang telah dipilih di atas Temu bual telah di buat di Sekolah Kebangsaan Tok Jembal dengan guru yang mengajar Matematik.Dialog temu bual telah dikepilkan sekali di bahagian belakang.Hasil daripada temu bual seorang cikgu yang mengajar mata pelajaran matematik tahap 2, beliau berkongsi pengalamanya.Walaupun sudah lama mengajar beliau tetap menggunakan kaedah pengajaran menggunakan papan hitam.Kemahiran yang sering menjadi permasalahan ialah penukaran unit dalam tajuk Ukuran termasuk masa dan waktu,jisim ,isipadu cecair dan panjang.

BAHAGIAN A (1)PENGENALANMatematik merupakan suatu bidang ilmu yang melatih minda supaya berfikir secara mantik dan bersistem dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.Sifat Matematik menggalakkan pembelajaran yang bermakna dan mencabar pemikiran.Matematik ialah antara satu bidang terpenting dalam usaha pembinaan insan, berasaskan kepada Falsafah Kebangsaan serta memastikan kurikulum sentiasa releven. Kurikulum Standard Sekolah Rendah(KSSR )bagi mata pelajaran Matematik telah diolah dan disusun semula. Penyusunan semula telah mengambil kira kesinambungan yang berterusan ke peringkat seterusnya.

RASIONAL PENDIDIKAN MATEMATIK SEKOLAHMatematik merupakan wadah terbaik untuk mengembangkan profisiensiintelektual individu dalam membuat penaakulan logik, visualisasi ruang, analisis dan pemikiran abstrak. Murid mengembangkan kemahiran numerasi, penaakulan, cara berfikir dan menyelesaikan masalah melalui pembelajaran dan aplikasi Matematik.Pembelajaran Matematik menyediakan peluang untuk murid melaksanakan tugasan kreatif dan mengalami keseronokan dan teruja apabila mengetahui sesuatu yang baru. Pengalaman sedemikian meningkatkan minat dan daya penggerak murid mempelajari Matematik di luar bilik darjah dan di peringkat pengajian yang lebih tinggi.

OBJEKTIFKurikulum Standard Sekolah Rendah bagi matapelajaran Matematik membolehkan murid :1.Memahami dan mengaplikasikan konsep dan kemahiranMatematik dalam pelbagai konteks.2.Memperluaskan penggunaan kemahiran operasi asas tambah, tolak, darab dan bahagi yang berkaitan dengan Nombor dan Operasi, Sukatan dan Geometri , Perkaitan dan Statistik.3.Mengenal pasti dan menggunakan perkaitan dalam idea Matematik, di antara bidang Matematik dengan bidang lain dan dengan kehidupan harian.4.Berkomunikasi menggunakan idea Matematik dengan jelas serta penggunaan simbol dan istilah yang betul.5.Menggunakan pengetahuan dan kemahiran Matematik untuk diaplikasikan dan membuat penyesuaian kepada pelbagai strategi bagi menyelesaikan masalah.6.Berfikir, menaakul, dan membuat penerokaan secara Matematik dalam kehidupan harian.7.Menggunakan pelbagai perwakilan untuk menyampakan idea Matematik dan perkaitannya.8.Menghargai dan menghayati keindahan Matematik.9.Menggunakan pelbagai peralatan Matematik secara efektif termasuk TMK untuk membina kefahaman konsep dan mengaplikasi ilmu Matematik.

2.DIALOG TEMU BUALBIODATA SEORANG GURU YANG DITEMU BUALNAMA: MOHD ZULHAIMI BIN ISMAILNAMA SEKOLAH: SK TOK JEMBALPENGALAMAN MENGAJAR: 25 TAHUNMATA PELAJARAN YANG DI AJAR: MATEMATIK & PJ

PENULIS: ASSALAMUALAIKUMCIKGU ZUL: WAALAIKUMMUSSALAMPENULIS:APA KHABAR CIKGU ZUL?CIKGU ZUL: ALHAMDULILLAH SIHAT-SIHAT JEPENULIS:CIKGU ZUL FREE DOK SEKARANG NI,SAYA NAK TEMU RAMOH SIKIT BOLEH DOK?CIKGU ZUL: NAK KATA FREE, DOK FREE GOK, GINI AH, BANYOK SOKMO KERJA.NOK TANYE BENDE GEE TANYE AH SAMBIL-SAMBIL WAK KERJA NIPENULIS:SETAKAT NI CIKGU ZUL NGAJO KEMAHIRAN BENDE DOH TAHUN 5.CIKGU ZUL: TAJUK JISIM DOHPENULIS: OO..DALAM TAJUK UKURAN AH, UKURAN PANJANG LEPAH DOK OKCIKGU ZUL: LEPAH DOHPENULIS:SEPANJANG CIKGU ZUL NGAJO DALAM TAJUK UKURAN PANJANG KEMAHIRAN BENDA BUDOK BUDOK PAYOH NOK PAHAMCIKGU ZUL: BIASA PENUKARAN UNIT ,TU YANG PAYOH LALU NOK WAK HOK TAMBAH KE TOLOK KE SEBAB KENE TUKO UNIT DULU,BUKAN BENDE X INGAT SOKMO CARA NOK TUKOPENULIS: CIKGU ZUL NGAJO GANE NOK SURUH YE PAHAM.CIKGU ZUL: ALIH TITIK AH, MACAM DALAM BUKU TEKSPENULIS: KOT ADA CARA LAIN HOK MENARIK LAGICIKGU ZUL: TAK DOK CARA LAINPENULIS: DOH NOK SURUH INGAT FORMULA WAK DOK DI KERTAS MAJONG KE TEPEK DALAM KELASCIKGU ZUL:DOH YE AH, MASALAHNYE DOK DANG NOK WAKPENULIS:DOH NOK SURUH YE INGAT NOK WAK GANECIKGU ZUL: WE LATIHAN BANYOK, LATIH TUBIPENULIS: OK CIKGU ZUL ,MAAFLAH MENGGANGGU MASA REHAT CIKGU ZUL, TERIMA KASIH BANYOK SEBAB BERKONGSI MAKLUMAT DEHCIKGU ZUL:OK DOK APA, SAME SAME

LAMPIRAN

BAHAGIAN A (3)-

PENDAHLULUANDari dulu hingga sekarang, prestasi dan minat pelajar terhadap Matematik masih kurang memuaskan . Malah, beberapa kajian terdahulu telah menemui beberapa bentuk kesilapan konsep yang dialami pelajar dalam topik-topik penting, seperti pecahan, perpuluhan dan peratusan (Aida Suraya, Syarifah & Habsah 1992; Asiah 1994; Abd. Aziz 2002; Mohd Johan 2002). Dapatan kajian lepas juga menunjukkkan amalan pengajaran masih berpusatkan kepada guru dan terikat dengan kaedah tradisional. Dari sudut pedagogi, amalan guru masih sama dengan dasar kurikulum lama yang menekankan kaedah hafalan (Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan 1996).

Menurut kajian daripada Bromme 1994; Howey 1999; Wang, Guo, Chiang & Cheng 1999 antara Kelemahan dan kepincangan yang berlaku dalam proses pengajaran dan pembelajaran antaranya berpunca daripada tahap penguasaan pengetahuan pedagogi isi kandungan (PPIK) yang lemah di kalangan guru. Di samping itu juga, terdapat perbezaan yang ketara antara guru baru dengan guru berpengalaman dari segi tahap PPIK dan pengajaran mereka dalam bilik darjah (Marks 1990; Schempp, Manross, Tan & Fincher 1998).

Ulasan dan Perbincangan IsuMiskonsepsiMurid terdiri daripada pelbagai tahap kecerdasan dan kebolehan. Sebahagian murid tergolong dalam lemah matematik mungkin disebabkan oleh kurang mahir membaca, menulis, melakukan latihan pengiraan dan bercakap. Dalam matematik, masalah ini akan lebih ketara dengan adanya istilah matematik yang mana sebahagian daripada mereka yang belum pernah mendengar dan lupa istilah yang diberikan. Mereka inilah biasanya akan menjadi masalah untuk memahami konsep konsep matematik.Konsep matematik murid perlu diperkenalkan dengan pelbagai bentuk, kaedah dan pendekatan. Murid perlu diperkenalkan dengan beberapa contoh yang konkrit. Robert Gagne iaitu seorang professor dan ahli psikologi mengatakan bahawa, pembelajaran konsep matematik yang berkesan memerlukan beberapa teknik penyampaian iaitu : i. Memberi berbagai-bagai contoh konkrit untuk membuat generalisasi. ii.Memberi contoh yang berbeza tetapi berkaitan supaya dapat membuat perbezaan. iii. Memberi contoh-contoh yang tidak ada kaitan dengan konsep yang diajarkan untuk membuat perbezaan dan generalisasi. iv. Memberi pelbagai jenis contoh matematik untuk memperolehi konsep matematikk yang tepat.Begitulah antara pendekatan yang perlu kita gunakan bagi mengatasi masalah miskonsepsi, sama ada ia disebabkan oleh kecuaian mahupun kesukaran murid memahami sesuatu konsep, guru masing-masing perlu memikirkan pendekatan yang sesuai untuk murid yang mempunyai pelbagai aras pembelajaran. Guru yang prihatin adalah mereka yang berusaha membimbing murid mengikut perbezaan aras kecerdasan. Beberapa kajian yang telah dijalankan oleh ahli psikologi, pakar matematik dan guru matematik menunjukkan ada pelbagai sebab murid melakukan kesilapan dalam pengiraan bahagi. Sesuatu kemahiran yang hendak diajar kepada murid perlulah diterangkan konsep disebaliknya. Antara miskonsepsi yang sering berlaku di kalangan murid ialah 1. Terlalu menggeneralisasikan (overgeneralization) 2. Terlalu memudahkan (oversimplification) 3. Pandangan/idea pengetahuan sedia ada (pre-conceive notion). 4. Salah mengenalpasti (misidentifying) 5. Salah faham (misunderstanding) 6. Salah maklumat (misinformation) 7. Salah faham konsep (conceptual misunderstands)9. Penerangan yang salah mengenai definisi dan kaedah (definition and method incorrectly explained)

Pedagogi- Konsep Awal UkuranPengajaran dan pembelajaran tajuk-tajuk bagi bidang asas ukuran merupakan aplikasi kepada konsep-konsep yang dipelajari terdahulu seperti nombor bulat, pecahan, perpuluhan, dan peratus. Tidak dinafikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran, seringkali terdapat masalah di mana murid tidak dapat mengikuti rentak dan kaedah pengajaran guru. Secara puratanya, terdapat persamaan antara masalah-masalah yang dihadapi. Oleh itu penguasaan isi kandungan pedagogi perlu diutamakan oleh guru bagi memastikan matlamat pengajaran dan pembelajaran dapat dicapai. Kesukaran dan miskonsepsi murid-murid perlu diambil kira oleh guru agar pengajaran dan pembelajaran lebih bermakna dan berkesan.Pengajaran dan pembelajaran asas ukuran melibatkan beberapa tajuk iaitu masa dan waktu, ukuran panjang, timbangan berat, dan isipadu cecair. Konsep-konsep yang perlu dikuasai dalam tajuk-tajuk asas ukuran memerlukan murid menguasai konsep-konsep yang terdapat dalam asas nombor. Penguasaan yang lemah dalam tajuk nombor bulat, pecahan, perpuluhan dan peratus boleh menghalang murid daripada menguasai kemahiran asas ukuran disamping faktor penguasaan rumus matematik, sifir dan sebagainya. Pada peringkat awal, murid biasanya mempunyai konsep yang kurang mantap tentang ukuran dan sukatan. Misalnya, ramai murid masih tidak sedar tentang keabadian ukuran dan sukatan. Misalnya, ramai murid masih tidak sedar tentang keabadian ukuran dan sukatan seperti isipadu. Mereka juga mungkin menghadapai kesukaran mengamati keabadian dalam isipadu cecair. Contohnya isipadu cecair akan berubah apabila cecair itu dituangkan ke dalam bekas yang berlainan bentuk dan saiz. Kesilapan ini dapat diatasi apabila kebolehan kognitif murid semakin berkembang di samping melalui pengalaman yang berkaitan. Kesedaran guru terhadap masalah murid dalam keabadian ukuran dan sukatan tentulah akan dapat membantu guru dalam perancangan dan pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Guru seharusnya merujuk kepada teori Jean Piaget untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang pengamatan kanak-kanak dalam ukuran dan sukatan. Dalam pembelajaran matematik, menurut Mohd Daud Hamzah (1996) menyatakan bahawa kanak-kanak mempelajari matematik melalui kegiatan seharian tertentu. Terdapat beberapa aktiviti yang dapat membantu kanak-kanak dalam memperoleh kensep-konsep awa lmatematik, iaitu seperti aktiviti padanan, penjenisan, reguan dan susunan aturan. Terdapat juga beberapa teori daripada pakar-pakar pembelajaran tentang cara-cara kanak-kanak mempelajari matematik dan jenis matematik yang boleh diajar pada peringkat yang berbeza dalam perkembangan kognitifnya. Teori yang dikemukakan oleh Piaget dan Bruner merupakan antara teori yang memainkan peranan besar dalam perkembangan pengajaran dan pembelajaran. Jika dilihat konsep ukuran panjang murid mestilah pandai membuat perbandingan secara pengamatan dan secara langsung, mengenal pasti objek panjang dan pendek, sama panjang,menyusun ukuran mengikut urutan,mengukur dengan unit sebarangan dan unit rujukkan,menganggar dan banding dalam unit metric, perkaitan antara unit .

Tidak Memahami Bahasa Dalam Soalan Penyelesaian Masalah

Kemahiran penyelesaian masalah adalan antara komponen penting yang diberi tumpuan dalam mata pelajaran matematik di sekolah seperti yang tertulis dalam Sukatan Pelajaran Matematik (KPM 2000, 2002). Begitu juga dengan, dalam Principles and Standards for School Mathemeatics, National Council of Teacher of Mathematics (NCTM 2000), telah menyarankan supaya kemahiran penyelesaian masalah diberi fokus utama dalam mendidik murid-murid. Miskonsepsi dalam tajuk-tajuk dalam ukuran panjang juga melibatkan kemahiran penyelesaian masalah. Menurut Meor (2001), bahasa memainkan peranan penting dalam pembelajaran matematik. Masalah kesukaran bahasa untuk memahami sesuatu simbol atau tatatanda matematik akan menyebabkan berlakunya salah konsep. Kesukaran yang dikenalpasti sehingga menimbulkan miskonsepsi ialah murid tidak dapat memahami bahasa dalam soalan penyelesaian masalah. Murid-murid tidak dapat memahami kehendak soalan dan sukar untuk mereka menterjemah soalan penyelesaian masalah kepada ayat matematik.

Kesukaran Menyatakan Dan Menulis Nilai Rajah Kesukaran kedua yang berpunca dari miskonsepsi pada rajah berlaku dalam dua bentuk. Pertama iaitu kesukaran membaca nilai pada rajah alat penimbang, jarak, dan alat penyukat. Kesukaran yang kedua adalah berkait dengan menulis nilai pada rajah. Kesukaran ini berkait dengan diantara satu dengan yang lain, ini keranan apabila murid tidak dapat menulis nilai pada rajah yang diberi tentunya mereka juga tidak dapat menyatakan nilai pada rajah tersebut. Kesukaran ini berpunca daripada kegagalan murid dalam memahami konsep senggatan dalam tajuk-tajuk ukuran.

Penyelesaian : Murid perlu dijelaskan bagaimana membaca senggatan. Nilai yang diwakili bagi nombor yang pertama hendaklah dibahagikan dengan bilangan senggatan yang diwakili. Contohnya dalam 1kg bersamaan 1000g, senggatan yang diwakili ialah 10, maka 1000 dibahagi dengan 10 bersamaan 100 g setiap senggatan. Begitu juga 1 l bersamaan 1000 ml , senggatan yang diwakili ialah 5, maka 1000 dibahagi dengan 5 bersamaan 200 ml . Guru perlu menegaskan kepada murid agar mengira senggatan bagi setiap bacaan.

Tidak Menghafal Rumus

Kesukaran tidak menghafal rumus tentunya akan menghalang murid-murid daripada melakukan proses kerja matematik dengan baik. Hal ini berlaku kerana, matematik merupakan mata pelajaran yang melibatkan proses menghafal berbagai-bagai jenis rumus sama ada melibatkan tajuk-tajuk tertentu dalam bidang asas ukuran mahupun asas nombor. Bagi kesukaran ini murid keliru dalam menggunakan rumus, dan menggunakan rumus bukan pada soalan yang dikehendaki.Contoh : 21.62 km + 896 m = _________ km

= 896 m 100 = 8.96 km 2 1 . 6 2 km + 8. 9 6 km ________________ 3 0 . 5 8 kmRumus 1kg = 1000 gdan bukannya 100

Bagi soalan ini kesilapan yang ditunjukkan oleh murid ialah menggunakan nilai 100 bagi menukar m kepada km, walhal rumus yang sebenar ialah dengan membahagi nilai dengan 1000. Kesilapan seperti ini akhirnya membawa kepada miskonsepsi murid kepada konsep ukuran panjang. Kesilapan ini juga berlaku sekiranya murid gagal menguasai rumus bagi tajuk-tajuk ukuran yang lain seperti isipadu cecair, jisim dan masa dan waktu.

Penyelesaian : Bagi membantu murid-murid mengatasi miskonsepsi ini, pendekatan yang berbentuk menghiburkan boleh digunakan agar murid dapat mengingati konsep-konsep dalam tajuk-tajuk ukuran dengan lebih tepat. Penyelesaian yang melibatkan penukaran akan lebih mudah diselsaikan oleh murid sekiranya mereka menghafal rumus-rumus dalam matematik. Sebagai contoh dalam satu jurnal( Zakwan Daniel ipgkdri) telah memperkenalkan Kotak Unit seperti di bawah;

mm 10 cm 100 m 1000 km

= mee maggi cepat masak mari kita makanX

Keliru Dengan Istilah Matematik

Merujuk kepada kesukaran di atas, kekeliruan sering berlaku apabila murid tidak dapat menyatakan nilai apabila adanya istilah matematik dalam soalan-soalan yang diberikan. Penggunaan istilah terutamanya kurang/lebih daripada selalu mengelirukan murid-murid. Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Jaroslaw Mrozek (2000) di University of Gdrasisk, Gdarisk Poland terdapat tiga perkara asas dalam memahami masalah matematik. Tahap pertama ialah memahami tanda atau simbol dan istilah-istilah yang digunakan dalam masalah matematik. Ahli matematik perlu mempunyai pengetahuan berkaitan maksud setiap setiap simbol dan istilah-istilah yang diberikanContoh : Jadual 3 menunjukkan berat 3 buah kotak x, y dan z.

KotakBerat

X3.5 kg

Y325 g kurang daripada x

Z1.25 kg lebih daripada y

Jadual 3Kira jumlah berat ketiga-tiga kotak, dalam kg.Kesilapan murid: Tidak menolak 325 daripada 3.5 kg dari nilai X

3.500kg

+0.325kg

3.825kg

+1.250kg

5.075kg

Kesilapan Murid: Tidak menambah 1.25 kg darpada nilai Y

Penyelesaian : Dalam hal ini, kaedah yang boleh digunapakai bagi membantu murid-murid ialah dengan menekankan perkataan kurang daripada dan lebih daripada. Bagi kurang daripada pastikan murid menolak nilai yang diberi daripada sesuatu nilai, manakala bagi lebih daripada pastikan murid menambah nilai diberi daripada sesuatu nilai. Sesuatu nilai ini boleh mewakili huruf, bilangan orang, bentuk-bentuk, bunga dan sebagainya. Penegasan dan penjelasan mengenai istilah-istilah ini dapat membantu murid menyelesaikan soalan-soalan matematik dengan lebih mudah. Sebagai contoh :

Nilai di tolak (kurang) daripada sesuatu nilai (huruf/bentuk/dll) Daripada nilai X Nilai yang kurang daripada X 3 . 5 0 0 kg 0 . 3 2 5 kg 3 . 1 7 5 kgNilai ditambah(lebih) darpada sesuatu nilai (huruf/bentuk/dll) Nilai yang perlu lebih darpada Y

3 . 1 7 5 kg + 1 . 2 5 0 kg 4 . 4 2 5 kg3.500kg

+3.175S

kg

6.675kg

+4.425T

kg

11.100kg

Bahan bantu mengajarDalam proses pengajaran dan pembelajaran, bahan bantu mengajar lebih membantu merangsangkan dunia pelajar untuk belajar. Penggunaan bahan bantu mengajar memberi sumbangan yang amat besar dalam mempertingkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru dan pelajar. Bahan bantu mengajar ini juga dapat menyelesaikan pelbagai masalah dalam kaedah pengajaran guru yang sentiasa berubah mengikut peredaran zaman (Omardin Ashaari, 1999).Antara rasionalnya penggunaan bahan bantu mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran ini adalah untuk mengetengahkan konsep. Ini bermaksud pelajar dapat menyaksikan sendiri tunjuk cara dan bahan bantu mengajar yang digunakan oleh guru semasa menyampaikan pengajaran dalam bilik darjah. Pengajaran guru akan lebih mudah dengan penggunaan bahan bantu mengajar, lebihlebih lagi bahan yang digunakan itu bersesuaian dengan tajuk pelajaran yang disampaikan oleh guru. Antara lain rasionalnya adalah untuk mencetuskan minat pelajar. Peralatan yang digunakan juga menjadi pengalak dalam penyampaian pelajaran. Bahan bantu mengajar dapat mewujudkan suasana persekitaran yang sesuai kepada pelajar. Jika bahan bantu mengajar digunakan dengan teratur semasa memberi penerangan, pengajaran yang disampaikan akan mencetuskan minat pelajar.Menurut Mohd Dahlan (1992), penggunaan pelbagai alat bantu mengajar mengikut cara yang bersesuaian dapat meningkatkan mutu atau tumpuan murid murid terhadap pembelajaran. Pengunaan bahan bantu mengajar juga turut memudahkan guru dalam penyampaian konsep kepada pelajar (Noor Azlan A.Z, Nurdalina D)

strategi pengajaran dan pembelajaran Strategi pengajaran dan pembelajaran merupakan suatu penentuan dan perancangan kaedah dengan menggunakan teknik mengajar. Melalui kedah ini jangka sesuatu pendekatan dapat dilakasanakan dengan secara berlancar dan berjaya mencapai matlamat. Antara strategi pengajaran adalah strategi pemusatan guru, strategi pemusatan murid, strategi berdasarkan tugasan / aktiviti dan strategi pemusatan bahan. Strategi yang seterusnya adalah strategi pemusatan bahan. Terdapat dua jenis bahan yang digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran iaitu bahan pengajaran dan bahan pembelajaran. Bahan pengajaran merupakan bahan yang perlu digunakan oleh guru iaitu bahan-bahan maujud. Manakala bahan pembelajaran merupakan bahan yang mesti diguanakan oleh murid seperti buku teks, buku latihan dan lain-lain. Contoh bagi pengajaran Ukuran Panjang ,strategi pemusatan bahan boleh digunakan. Menggunakan bahan maujud supaya murid-murid dapat membanding beza antara bahan yang panjang dan bahan yang pendek. Secara tidak langsung murid-murid telah diberi pendedahan tentang perbendaharaan kata mengenai ukuran. Murid-murid menggunakan unit bukan piawai anggota badan untuk mengukur objek yang diberikan. Selain itu, murid-murid boleh juga diberi peluang untuk meneroka bahan-bahanmaujud sepertisepit rambut, syiling 5 sen, getah rambut, rantai kunci, putik kapas, blok kayu, dan butang. Pembaris digunakan untuk mengukur bahan-bahan dalam unit ukuran piawai iaitu centimeter (cm) dan milimeter (mm). Murid-murid dapat membezakan antara bahan kecil yang perlu menggunakan milimeter (mm) dan bahan besar yang menggunakan sentimeter (cm).

Kaedah pengajaranDalam merangka perancangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan terdapat beberapa kaedah yang difikirkan bersesuaian digunakan misalnya kaedah pemudahcaraan, perbincangan dan demonstrasi.Kaedah demostrasi sangat bagus digunakan dalam Ukuran Panjang ini, guru boleh membuat demostrasi bagaimana cara-cara pengukuran yang betul dan tepat di hadapan kelas dan murid memerhati dan mencari jawapan dengan membaca atau mencatat unit ukuran murid melakukan pemerhatian dan seterusnya melaksanakan aktiviti tersebut mengikut prosedur yang sama. Ini penting kerana murid-murid di sekolah rendah akan lebih mudah memahami sesuatu isi pelajaran jika mereka diberikan contoh untuk dilihat. Bukan itu sahaja, melalui kaedah demostrasi ini juga akan mempercepatkan proses kefahaman murid melalui pemerhatian disamping membuka peluang untuk murid lebih memahami apa yang hendak dipelajari.Seterusnya membuat aktiviti berkumpulan seperti mengukur panjang kelas, tinggi pintu kelas dan sebagainya. Melalui pengalaman murid akan menjadi lebih ingat apa yang telah dipelajari.Teknik PengajaranBerbalik kepada permasalah yang terdapat dalam jurnal yang dipilih iaitu permasalahan dalam penukaran unit, sering menjadi kepayahan bagi murid khususnya murid yang sederhana dan lemah untuk membuat penukaran unit samada dari unit kecil ke unit besar dan sebaliknya atau pertukaran unit yang melibatkan perpuluhan.Maka disinilah lahirnya guru yang kreatif dan mempunyai alternative yang lain untuk memudahkan murid memahami.Sebagai contoh setelah meneroka laman sesawang di internet terdapat ramai guru yang kreatif mencipta satu formula yang mudah untuk murid lemah ,seperti jurnal (Hafiz idrus@ymail&[email protected]) telah memperkenalkan teknik Congkak Converter atau CC.Kaedah ini telah mengubah persepsi murid dari susah kepada mudah, dan hasil kajian yang dibuat menunjukkan peningkatan dalam kemahiran tersebu

KESIMPULANMiskonsepsi miskonsepi yang dibincangkan di atas adalah perkara yang serius dan perlu diatasi. Pengetahuan murid yang terbatas dalam mempelajari matematik hendaklah diubah dan diperbaiki. Bahasa matematik merupakan perkara yang sering membatasi pemahaman murid mengenai konsep-konsep matematik. Murid-murid mempunyai kefahaman konseptual yang sangat rendah dalam bahasa yang digunakan dalam soalan yang diberi. Kelemahan ini mungkin berasal daripada kelemahan pelajar itu sendiri dan pendekatan pengajaran guru yang kurang menekankan pembinaan konsep (Dr. Jamil Ahmad, 2008). Masalah miskonsepsi yang dihadapi oleh pelajar berkait rapat dengan miskonsepsi mereka terhadap pengajaran asas nombor iaitu, nombor bulat, pecahan, perpuluhan dan peratus dan tidak dapat dibetulkan dengan cara latih tubi tetapi ia perlu diselidiki secara mendalam bagaimana miskonsepsi ini berlaku.Guru yang berjaya memulihkan pelajar daripada berlakunya miskonsepsi secara berterusan bukan sahaja membantu pelajar dalam pembelajaran tetapi mereka juga memudahkan urusan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Guru seharusnya berhenti seketika dan reflek tentang apa yang berlaku dalam sesi pengajaran mereka. Setiap miskonsepsi atau apa kesilapan pelajar akan dapat diperbetulkan besama guru dan pelajar (Dr. Jamil Ahmad, 2008). Penggunaan sesuatu istilah atau perkataan dalam matematik adalah mengikut terminologi matematik. Ini menyebabkan penggunaan sesuatu perkataan atau istilah dalam mata pelajaran matematik kadangkala berbeza daripada pengggunaanya dalam matapelajaran bahasa Melayu. Oleh yang demikian, penggunaan bahasa dalam matapelajaran matematik menjadi lebih kompleks dan berbeza daripada penggunaannya dalam matapelajaran bahasa Melayu. Keadaan ini seringkali mendatangkan masalah kepada pelajar, te N rutamanya dalam aspek pemahaman semasa pembelajaran dan penyelesaian masalah matematik.

BAHAGIAN BPengahasilan Produk Resos (Berkumpulan)pengenalanMenurut Ngui Kuen Sang (1981: 35 ) mengenai BBM, kita tidak dapat memberi takrif yang tetap walaupun padakeseluruhannya ramai pendidik menyetujui bahawa penggunaan BBM dalam situasi pengajaran pembelajaran adalah pengalaman yang melibatkan penggunaan penglihatan dan pandanganseseorang.Atan Long ( 1982: 174 ) BBM terdiri daripada pelbagai bahan dan sesuatu bahan boleh disampaikan dengan pelbagai cara, misalnya dalam bentuk buku, carta, atau dibubuh pada slaid dan dipancarkanpada skrin. Alat-alat penyampaiannya dinamakan BBM.Penggunaan bahan bantu mengajar member sumbangan yang amat besar dalam mempertingkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru dan pelajar. Bahan bantu mengajar ini juga dapat menyelesaikan pelbagai masalah dalam kaedah pengajaran guru yang sentiasa berubah mengikut peredaran zaman (OmardinAshaari, 1999).

Resos Carta Penukaran Unit

Melalui permasalah yang timbul di dalam artikel yang telah dipilih iaitu murid tidak dapat membuat penukaran unit ukuran panjang. Hasil daripada perbincangan kami telah membina satu bahan bantu mengajar yang di kenali sebagai Carta Penukaran Unit Sebelum membina resos ini beberapa perkara telah pun diambil kira ,seperti;1. Melihat Tajuk atau kemahiran agar tidak terpesong daripada objektif pengajaran.Sebagai contoh dalam resos yang kami hasilkan ini dibawah tajuk UKURAN PANJANG. Kemahiran pula Penukaran Unit MM kepada CM, CM kepada M dan sebagainya. 2. Melihat keupayaan murid.Seperti dalam permasalahan ini kebiasaannya di fokoskan kepada murid yang sederhana dan lemah.3. Kos dalam membina resos ini perlu di ambil kira. Resos yang dihasilkan tidak begitu tinggi malah berkualiti dan tahan lebih lama. Kami telah menggunakan bahan yang berkualiti dan tidak begitu mahal iaitu multi board, kertas warna A4, double tape, plastic liminit. Untuk menjadikan lebih tahan lama resos yang telah dihasilkan ini dibalut dengan plastic agar terpelihara daripada terkoyak atau debu.

Contoh Resos yang telah dihasilkan ;

CARA PENGGUNAANNYA;

a)Tajuk: CARTA PENUKARAN UNITCara menngunakannya; membuat penukaran unit;(lihat carta)Bahagian Atas- mesti dibahagi (BADAR)1. Milimiter(MM) kepada Sentimer(CM) mesti dibahagi 102. Sentimeter(CM) kepada Metre(M) mesti dibahagi 1003. Meter(M) kepada Kilometer(KM) mesti dibahagi 1000

Bahagian Bawah; mesti di Darab (BADAR)1. CM kepada MM mesti didarab 102. M kepada CM mesti didarab 1003. KM kepada M mesti didarab 1000b)Pastikan susunan unit disusun dengan betul.Untuk memudahkan murid mengingati akronim ini, kami telah memasukkan unsur humor dengan membina ayat seperti berikut;Mak Mah Comel Makan Maggi Ketam Mentah mewakili unit MM kepada CM kepada M kepada KM.c) Perkataan BADAR di bahagian tepi memberi maksud bahagian atas mesti menggunakan operasi BAHAGI dan bahagian bawah menggunakan operasi DARAB

Kelebihan Resos yang telah dihasilkan;1.Penggunaan yang Fleksibel iaitu hanya satu carta sahaja murid boleh mencari banyak jawapan.Murid boleh membuat penukaran dari unit kecil kepada unit besar( hanya ikut arah anak panah sahaja)Contoh untuk mencari penukaran unit M kepada KM lihat kedudukan arah anak panah. Kedudukan arah anak panah mesti berada dibahagian atas, maka memberi maksud mesti di DARAB 1000 (BADAR BA(bahagi) DAR(darab) Contoh; Tukarkan 362 M kepada unit KMMaka , penyelesaiaanya 362 1000 = 0.362 KM

2. Murid mudah ingat Kedudukan susunan unit yang betul dengan mencipta akronim humor (MakMah ComelMakan Maggi KariMentah).

3)Kos membinanya tidak mahal, bahan yang digunakan juga mudah diperolehi.Boleh dibina lebih daripada satu untuk di tampal di di bilik darjah dan sebagainya serta mudah dibawa dan disimpan.

4) Pemilihan warna juga telah dipelbagai dan menarik apabila dilihat. Perasaan untuk mendalami apa yang dilihat sekurang-kurangnya meransang minat murid untuk belajar matematik.

Kelemahan resos yang telah dihasilkan;

1. Murid mesti meningati kedudukan/susunan dalam carta tersebut dengan betul.2. Walaubagaimana pun murid mesti menguasai kemahiran mendarab dan bahagi (asas)

PENUTUPPengajaran dan pembelajaran dalam matematik berbeza dengan mata pelajaran lain. Di samping kemahiran mengira yang melibatkan daya pemikiran dan kreativiti yang tinggi, ianya juga memerlukan kefahaman sesuatu konsep dengan tepat dan menyeluruh (NCTM, 1980; Cockroft, 1986; Nik Azis, 1992; Tg. Zawawi, 1997a). Setiap pendidik matematik mestilah bertanggungjawab untuk memiliki dan mengekalkan ketrampilan (competence) dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan mengambil kira keperluan dan tahap pencapaian para pelajar (NCTM, 1980).Teacher must be sensitive to the needs of their students and dedicated themselves to the improvement of student learning as their primary professional objective(NCTM, 1980: 25)Pengajaran matematik yang berkesan akan melibatkan beberapa kemahiran, antaranya:Perancangan mengajarPelaksanaan pengajaranPenyediaan latihan yang berterusan dan pelbagaiPengayaan dan pemulihanMenilai kefahaman konsep dan penguasaan kemahiranPengurusan bilik darjahPenilaian terhadap bahan dan kurikulum matematikSetiap pendidik matematik amat memerlukan pengetahuan dan kemahiran dalam menyampaikan sesuatu isi pelajaran kepada anak didiknya. Amat jarang kedapatan di kalangan guru-guru yang dapat mengajar secara berkesan, jelas, tanpa sebarang gangguan dengan hanya berbekalkan kebolehan semula jadi (D' Augustine, 1973 ). Pengajaran matematik yang berkesan perlu memenuhi beberapa langkah penting seperti berikut : Penelitian terhadap konsep-konsep asas yang terlibat dalam sesuatu topik Mengenalpasti serta menyenaraikan objektif pengajaran dan pembelajaran secara eksplisit Mengenalpasti kemahiran prasyarat yang diperlukan bagi sesuatu topik dan skim matematik yang sedia ada dalam minda pelajar. Memilih kaedah dan alat bantu mengajar yang sesuai untuk mengembangkan sesuatu konsep Mempertimbang dan menyediakan aktiviti latihan untuk menguasai sesuatu kemahiran khususnya dalam penyelesaian masalah. Mempertimbangkan kaedah serta instrumen untuk menilai keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Melatih dan meningkatkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis di kalangan pelajar. Menerapkan nilai-nilai murni dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta aktiviti luar kelas. Dalam pendidikan matematik, guru perlu arif dalam strategi pengajaran dan pembelajaran yang dapat memupuk pelajar membina konsep dan menguasai kemahiran di samping menghayatinya dalam kehidupan seharian. Guru matematik perlu memaparkan sifat-sifat yang matang, berfikiran terbuka, kreatif, inovatif, konstruktif, rasional dan bijaksana (Nik Azis, 1996). Pengajaran matematik yang berkesan akan menghasilkan pembelajaran matematik yang mudah dan menyeronokan. Oleh yang demikian, pengetahuan tentang isi kandungan, kaedah mengajar (pedagogi), dan gaya pembelajaran murid (psikologi) mestilah dikuasai sepenuhnya oleh para pendidik matematik.

RujukkanKementerian Pendidikan Malaysia. (2010).Kurikulum Standard Sekolah Rendah :Huraian sukatan Pelajaran Matematik Tahun 1. Kuala Lumpur : PusatPerkembangan Kurikulum.

Mok Soon Sang. (1986). Pengajaran danPembelajaranMatematik untukperingkatsekolah rendah.Kuala Lumpur :Heinemann (Malaysia) Sdn. Bhd.

Mok Soon Sang. (1994)Siri Pendidikan Perguruan-Matematik KBSR dan StarategiPengajaran. Kuala Lumpur :Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

BPG(1998) Modul Latihan Guru Bestari:Kemahiran Fasilitator.KPMModul Matematik 3113: IPGKDRI Kuala Terengganu,Terengganu.Hafiz Idrus,puan HajahSapiah Binti Yusof (2013)Jurnal Meningkatkan kemahiran penukaran Unit Panjang.(31-40).IPGKDRI.

Contoh Bahan Bentuk Mengajar yang telah dihasil