MTE 3106 Resos Dalam Matematik

26
KITS SET KERETA API CHUGGINGTON Disediakan oleh Doris anak Baba Irene Bunsie Lousia Sindeng Nor Zaheera

Transcript of MTE 3106 Resos Dalam Matematik

Page 1: MTE 3106 Resos Dalam Matematik

KITS SET KERETA API

CHUGGINGTON

Disediakan oleh:Doris anak BabangIrene BunsieLousia SindengNor Zaheera

Page 2: MTE 3106 Resos Dalam Matematik

1.0 Latar Belakang

Masalah pembelajaran adalah perkara biasa yang sering kali dihadapi oleh

warga pendidik dalam mengajar di mana mereka sering menghadapi masalah

berkaitan dengan pelajar yang tidak memahami atau kurang jelas mengenai sesuatu

konsep yang telah diajar. Pemahaman konsep yang lemah menyebabkan pelajar

sering melakukan kesilapan dalam menyelesaikan masalah Matematik. Dalam kajian

ini, kami hanya memfokuskan kepada tajuk Pecahan sahaja. Pecahan merupakan

salah satu tajuk yang sering menjadi rungutan kebanyakan pelajar. Hal ini demikian

kerana, setelah beberapa tahun berada di sekolah, pemahaman konsep asas

pecahan pelajar masih sangat terhad dan berkekalan sehingga ke peringkat

pengajian tinggi (Newstead and Murray, 1998). Oleh itu, kami ingin mengkaji

keberkesanan Kits Set Kerete Api Chuggington yang kami bina di sekolah dalam

mengukuhkan pemahaman dalam konsep asas pecahan.

Page 3: MTE 3106 Resos Dalam Matematik

2.0 Pernyataan Masalah

Pecahan juga merupakan suatu konsep yang sangat mencabar sering kali menjadi

masalah kepada pelajar (Watanabe, 2002). Oleh yang demikian, pecahan dianggap salah satu

tajuk yang sukar dan sering menjadi rungutan kebanyakan pelajar. Walaupun setelah beberapa

tahun berada di sekolah, pemahaman konsep asas pecahan dalam kalangan para pelajar masih

rendah dan sangat terhad. Ini kemudiannya berkekalan sehingga ke peringkat pengajian tinggi

(Newstead and Murray, 1998). Justeru, tahap penguasaan yang rendah dan pemahaman konsep

yang kabur menyebabkan pelajar sering melakukan kesalahan dalam mempelajari pecahan

contohnya tidak menurunkan nombor pecahan kepada sebutan terendah kerana

ketidakfahaman konsep pecahan setara.

Oleh itu, satu kajian diagnosis perlu dilakukan bagi mengenalpasti jenis-jenis kesilapan

lazim yang dilakukan oleh pelajar bagi mengatasi masalah pembelajaran dalam tajuk Konsep

Pecahan ini.

•  

Page 4: MTE 3106 Resos Dalam Matematik

3.0 Objektif Kajian

Kajian ini mempunyai dua objektif iaitu :

•Mengenalpasti tahap kefahaman yang dimiliki oleh murid dalam konsep pecahan.•Mengenalpasti kesilapan-kesilapan yang sering dilakukan oleh murid dalam menyelesaikan soalan-soalan pecahan.

Page 5: MTE 3106 Resos Dalam Matematik

4.0 Bahan Dan Alatan

• Mounting board• Polisterin• Plastisin• Tali• Pembalut hadiah• Lidi• Dawai• Double sides tape• Tempat penyimpanan kits• Tayar keretapi

Page 6: MTE 3106 Resos Dalam Matematik

5.0 Kos Binaan

Bil ItemHarga Seunit

(RM)Kuantiti Jumlah (RM)

1 ‘Mounting Board’ 3.50 1 3.50

2 Polisterin 2.00 1 2.00

3 Plastisin 1.20 1 1.20

4 Tali 2.90 1 2.90

5 Pembalut Hadiah 1.50 1 1.50

6 Lidi - 9 batang -

7 Dawai 1.80 1 gulung 1.80

8 ‘Double sided tape’ 0.70 1 0.70

9 Tempat Penyimpanan Kits 11.80 1 11.80

10 Tayar Kereta Api 0.80 2 1.60

  Jumlah RM27.00

Page 7: MTE 3106 Resos Dalam Matematik

6.0 Cadangan Manual Penggunaan

1. Bahagikan kelas kepada 5 kumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada 5 atau 6 orang pelajar. Setiap kumpulan harus bergilir-gilir menggunakan kits.

2. Keluarkan landasan, gerabak, lidi, bendera dan plastisin dari kotak khas.

3. Pastikan bilangan setiap bahan yang dikeluarkan adalah mencukupi.

4. Sambungkan setiap gerabak kereta api menggunakan rantai kekunci yang telah disediakan.

5. Letakkan 10 gerabak kereta api yang telah disambungkan pada titik permulaan di landasan.

6. Gerakkan gerabak kereta api mengikut landasan yang telah disediakan sehingga tiba di setesen pertama iaitu Genting Highlands.

Page 8: MTE 3106 Resos Dalam Matematik
Page 9: MTE 3106 Resos Dalam Matematik
Page 10: MTE 3106 Resos Dalam Matematik

7.1 Laporan Pelaksanaan Ujian Pra dan Post

Page 11: MTE 3106 Resos Dalam Matematik

Aktiviti Gambar

1. Langkah pertama yang dilaksanakan ialah kami membuat satu ujian pra yang mengambil masa selama 30 minit.

2. Ujian ini adalah bertujuan untuk melihat kefahaman murid-murid terhadap konsep pecahan yang diajar guru mereka pada tahun lepas.

3. Setelah selesai ujian, kami telah merekodkan hasil kajian dalam jadual bagi melihat perbezaan hasil pada hari terakhir kajian.

Hari Pertama (Selasa)

Gambar 1.0 Murid menjawab Ujian Pra

Page 12: MTE 3106 Resos Dalam Matematik

Hari Kedua (Rabu)Aktiviti Gambar

1. Pada permulaan kelas, kami menggunakan bantuan video berkaitan dengan pecahan sebagai set induksi.

2. Setelah itu, penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dilaksanakan bagi menambah pemahaman murid-murid terhadap konsep asas pecahan.

Gambar 1.1 Set induksi, murid menonton video

Gambar 1.3 Murid memberi tumpuan terhadap slide TMK

Page 13: MTE 3106 Resos Dalam Matematik

Aktiviti Gambar

4. Kits Set Kereta Api Chuggington pula digunakan semasa menjalankan aktiviti untuk mengukuhkan kefahaman pelajar.

5. Pada akhir p&p pula, kami telah mengedarkan satu lembaran kerja kepada murid-murid untuk dilaksanakan di dalam kelas.

Gambar 1.4 Murid menjalankan aktiviti menggunakan Kits Kereta Api Cguggington

Gambar 1.5 Murid menjawab soalan dalamlembaran kerja

Page 14: MTE 3106 Resos Dalam Matematik

Hari Ketiga (Khamis)Aktiviti Gambar

1. Pada hari ketiga iaitu hari terakhir kajian kami, kami telah membuat ujian post seperti hari pertama.

2. Kertas ujian yang diberi adalah sama bagi melihat samada murid-murid sudah memahami dengan lebih baik berkaitan tajuk yang diajar.

Gambar 1.6 Murid menjawab soalanUjian post

Page 15: MTE 3106 Resos Dalam Matematik

7.2 Analisis Kelemahan Murid

Berdasarkan kajian yang dilaksanakan,terdapat beberapa beberapa kelemahan murid-murid berkaitan dengan konsep pecahan. Antaranya ialah;

1.Murid-murid tidak memahami konsep asas pecahan.

2.Murid tidak dapat mewakili nilai pecahan gambar rajah yang diberi dengan betul dan tidak memahami cara untuk menulis nombor dalam bentuk pecahan.

3.Murid-murid juga tidak dapat membezakan pengangka dan penyebut berdasarkan gambar rajah yang diberi.

4.Mereka tidak dapat mengenali jenis-jenis pecahan seperti separuh dan suku.

Page 16: MTE 3106 Resos Dalam Matematik

7.3 Tinjauan Di Sekolah

1) kami dapat melihat guru-guru yang berpengalaman mengajar murid-murid menggunakan kaedah yang sangat kreatif. Seorang guru matematik bernama En Rusli telah menggunakan batu dan botol yang berisi air untuk mengajar sifir.

2) Kebanyakan guru Matematik hanya menggunakan “chalk and talk”. Hal ini menyebabkan proses p&p yang dilaksanakan membosankan dan tidak menarik perhatian murid-murid untuk belajar.

3) Pemahaman terhadap p&p juga berkurangan kerana tiada alat bantuan yang boleh memudahkan murid-murid memahami dengan baik.

4) Sikap sesetengah guru yang hanya memberi tugasan kepada murid-murid tetapi tidak membuat semakan balik menjadikan murid-murid tidak menyiapkan tugasan yang diberi.

Page 17: MTE 3106 Resos Dalam Matematik

7.4 Kajian Kes Yang DiperolehBil Nama Pelajar Ujian Pra (%) Ujian Pos (%)

1 M 1 60 842 M 2 68 923 M3 68 884 M4 80 1005 M5 48 766 M6 24 767 M7 40 848 M8 12 729 M9 44 9210 M10 48 8811 M11 24 7612 M12 40 8413 M13 68 10014 M14 64 9615 M15 72 10016 M16 76 8817 M17 76 8818 M18 80 10019 M19 60 9620 M20 80 9621 M21 72 8822 M22 72 9223 M23 64 9624 M24 64 9225 M25 64 8426 M26 24 7227 M27 76 9628 M28 76 10029 M29 72 10030 M30 88 10031 M31 72 9632 M32 64 10033 M33 48 8834 M34 88 100

Jadual 1 Markah Ujian Pra

dan Post yang diperolehi

• Berdasarkan kajian yang dibuat terhadap 34 orang pelajar, kami telah menganalisis markah yang diperoleh kedalam satu jadual untuk melihat perbezaan.

Page 18: MTE 3106 Resos Dalam Matematik

Nama Pelajar Ujian Pra (%) Ujian Pos (%)

 Peratusan Peningkatan (%)

M 1 60 84 24

M 2 68 92 24

M3 68 88 20

M4 80 100 20

M5 48 76 28

M6 24 76 52

M7 40 84 44

M8 12 72 60

M9 44 92 48

M10 48 88 40

M11 24 76 52

M12 40 84 44

M13 68 100 32

M14 64 96 32

M15 72 100 28

M16 76 88 12

M17 76 88 12

M18 80 100 20

M19 60 96 36

M20 80 96 16

M21 72 88 16

M22 72 92 20

M23 64 96 32

M24 64 92 28

M25 64 84 20

M26 24 72 48

M27 76 96 20

M28 76 100 24

M29 72 100 28

M30 88 100 12

M31 72 96 24

M32 64 100 36

M33 48 88 40

M34 88 100 12

Jadual 2 Peratusan

peningkatan ujian Pra dan

Post

Page 19: MTE 3106 Resos Dalam Matematik

Bil murid Peratusan Peningkatan (%)

4 12

2 16

6 20

4 24

4 28

3 32

2 36

2 40

2 44

2 48

2 52

1 60

• Berdasarkan Jadual 2, kita dapat lihat peratusan yang diperoleh jelas menunjukkan peningkatan bagi setiap murid-murid.

• Dalam Jadual 3 pula menunjukkan bilangan murid-murid berdasarkan jumlah peratusan yang diperoleh.

• Hal ini juga menunjukkan kits yang kami gunakan adalah berhasil dan mencapai objektif yang diinginkan.

Jadual 3 Bilangan murid dan jumlah peningkatan

markah ujian Post

Page 20: MTE 3106 Resos Dalam Matematik

Gred MarkahJulat Markah Gred Ujian

80-100 A

60-79 B

40-59 C

20-39 D

0-19 E

Jadual 4 Gred markah yang telah ditetapkan

Gred Ujian Pra (orang) Pos (orang)

A 5 29

B 19 5

C 6 -

D 3 -

E 1 -

Jadual 5 Bilangan murid yang memperolehi gred

Page 21: MTE 3106 Resos Dalam Matematik

Graf Analisis Markah Ujian Pra dan Post

Page 22: MTE 3106 Resos Dalam Matematik

Berdasarkan graf dia atas, kami telah menganalisis data yang

diperoleh dengan membandingkan keputusan ujian pra dan post.

Garisan berwarna biru menunjukkan keputusan ujian pra manakala

garisan berwarna merah ialah keputusan ujian post. Paksi-y

menunjukkan markah yang diperoleh oleh setiap pelajar manakala

paksi-x mewakili murid-murid kelas 4 Dedikasi. Berdasarkan graf yang

ditunjukkan,jelas terbukti bahawa kits yang kami laksanakan berjaya

dalam mengukuhkan kefahaman pelajar dalam konsep asas pecahan.

Page 23: MTE 3106 Resos Dalam Matematik

8.0 Kekurangan Kits

1. Dalam Kits Set Kereta Api Chuggington ini, gerabak kereta api yang dibina daripada polistrene mudah rosak dan tidak kukuh kerana dicucuk menggunakan dawai berulang-ulang kali.

2. Tayar kereta api yang kami bina tidak dapat bergerak (statik) dan tidak berfungsi. Perkara ini menyukarkan murid untuk menggerakkan gerabak kereta api di landasan yang disediakan.

Page 24: MTE 3106 Resos Dalam Matematik

9.0 Cadangan Penambahbaikan

1. Menggunakan kotak mancis sebagai gerabak kereta api bagi menggantikan polistrene. Hal ini adalah kerana kotak mancis lebih kukuh dan tahan lama berbanding polistrene. Ianya tidak mudah rosak walaupun dicucuk menggunakan dawai berulang kali.

2. Meletakkan tayar yang boleh bergerak pada setiap gerabak. Tujuannya adalah supaya murid senang menarik kereta api sepanjang landasan kereta api dan ini dapat menjimatkan masa.

Page 25: MTE 3106 Resos Dalam Matematik

10.0 Rumusan

Kesimpulannya, penguasaan kemahiran asas pecahan amat penting kepada murid. Hal ini adalah, dengan pemahaman yang betul dan memahami konsep asas ini, murid akan lebih mudah menjawab soalan yang dikemukakan sama ada membuat pengiraan di atas kertas mahupun membuat pengiraan secara congak.

Kits Set Kereta Api Chuggington yang dikaji di sekolah melalui pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P) dianggap berjaya dan ini dapat dibuktikan melalui analisis graf yang ditunjukkan. Adalah dapat dilihat bahawa peningkatan markah yang ditunjukkan setiap murid adalah amat memberangsangkan. Konklusinya, Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang menarik mampu menarik minat pelajar untuk belajar dan dapat mengukuhkan pemahaman murid-murid dalam tajuk-tajuk tertentu.

Page 26: MTE 3106 Resos Dalam Matematik

11.0 Rujukan

Teaching Ideas. (2013). Retrieved Mac 24, 2013, from Teaching Ideas: http://www.teachingideas.co.uk/maths/contents_fractions.htm

Fazio, L. (n.d.). International Academy of Education. Teaching Fractions.

Kennedy, T. (n.d.). Back to Front Maths. Back to Front Math Blasts Book, 68.

Kenneth M. Mc Guire, P. (2004). International Journal for Mathematics Teaching and Learning. Exploring an Interdiscplinary Strategy for Teaching Fractions To Second Graders.