Mte 3112 Assignment

21
1.0 PENGENALAN Pemerhatian yang akan dilakukan boleh dibuat berdasarkan pemerhatian kepada pengajaran guru dan respon pembelajaran oleh murid dalam sesebuah kelas yang dipilih. Tujuan pemerhatian adalah untuk mengenalpasti kekuatan dan kelemahan pengajaran dan pembelajaran berkaitan tajuk Pengajaran Ukuran bagi Jisim. Untuk tujuan ini, saya telah memilih untuk melaksanakan pemerhatian sesi pengajaran matematik Encik Rosroha@Azhar bin Ibrahim yang mana merupakan ketua panitia Matematik di SK Hutchings, Pulau Pinang. Aktiviti pemerhatian ini telah mendapat persetujuan dari Guru Besar sekolah dan juga Encik Azhar sendiri. Sesi pemerhatian membabitkan penglibatan murid-murid daripada kelas 4 Merah sekolah tersebut. Pemilihan kelas 4 Merah sebagai subjek untuk pemerhatian bukan sahaja untuk memenuhi keperluan kerja kursus MTE3111 bahkan bagi meninjau kebolehan dan kefahaman murid-murid 4 Merah yang bakal saya ajar sepanjang sesi praktikum di sekolah ini berlangsung. Ahli di dalam kelas 4 Merah ini terdiri daripada 12 orang murid yang mana 5 daripadanya adalah murid dari aliran pemulihan. Terdiri daripada latar belakang bangsa yang pelbagai, kelas 4 Merah terdiri daripada ahli dari suku kaum Melayu, India, Cina, India Muslim, Iban dan juga kacukan India-Cina. 3 daripada ahli kelas ini juga merupakan warga sebuah pusat penjagaan kanak-kanak, St Joseph’s Orphanage. Pada latar belakang yang pelbagai inilah yang menyebabkan bahasa pengantaraan yang biasa digunakan sesama murid-murid di dalam kelas ini ialah Bahasa Inggeris. Sebagai sebuah sekolah yang berstatus Sekolah Kurang Murid (SKM), SK Hutchings merupakan sekolah yang banyak menerima murid-murid yang 1

Transcript of Mte 3112 Assignment

Page 1: Mte 3112 Assignment

1.0 PENGENALAN

Pemerhatian yang akan dilakukan boleh dibuat berdasarkan pemerhatian kepada

pengajaran guru dan respon pembelajaran oleh murid dalam sesebuah kelas yang dipilih.

Tujuan pemerhatian adalah untuk mengenalpasti kekuatan dan kelemahan pengajaran dan

pembelajaran berkaitan tajuk Pengajaran Ukuran bagi Jisim. Untuk tujuan ini, saya telah

memilih untuk melaksanakan pemerhatian sesi pengajaran matematik Encik Rosroha@Azhar

bin Ibrahim yang mana merupakan ketua panitia Matematik di SK Hutchings, Pulau Pinang.

Aktiviti pemerhatian ini telah mendapat persetujuan dari Guru Besar sekolah dan juga Encik

Azhar sendiri. Sesi pemerhatian membabitkan penglibatan murid-murid daripada kelas 4 Merah

sekolah tersebut. Pemilihan kelas 4 Merah sebagai subjek untuk pemerhatian bukan sahaja

untuk memenuhi keperluan kerja kursus MTE3111 bahkan bagi meninjau kebolehan dan

kefahaman murid-murid 4 Merah yang bakal saya ajar sepanjang sesi praktikum di sekolah ini

berlangsung.

Ahli di dalam kelas 4 Merah ini terdiri daripada 12 orang murid yang mana 5

daripadanya adalah murid dari aliran pemulihan. Terdiri daripada latar belakang bangsa yang

pelbagai, kelas 4 Merah terdiri daripada ahli dari suku kaum Melayu, India, Cina, India Muslim,

Iban dan juga kacukan India-Cina. 3 daripada ahli kelas ini juga merupakan warga sebuah

pusat penjagaan kanak-kanak, St Joseph’s Orphanage. Pada latar belakang yang pelbagai

inilah yang menyebabkan bahasa pengantaraan yang biasa digunakan sesama murid-murid di

dalam kelas ini ialah Bahasa Inggeris.

Sebagai sebuah sekolah yang berstatus Sekolah Kurang Murid (SKM), SK Hutchings

merupakan sekolah yang banyak menerima murid-murid yang mempunyai masalah

pembelajaran dan disiplin dari sekolah-sekolah di sekitar Pulau Pinang. Ini kerana sekolah-

sekolah tersebut tidak dapat memenuhi keperluan pembelajaran dan kawalan disiplin murid-

murid ini dan membuat keputusan untuk memindahkan murid-murid bermasalah tersebut ke SK

Hutchings.

1

Page 2: Mte 3112 Assignment

2.0 LAPORAN PEMERHATIAN

Tarikh : 16 Julai 2013 (Selasa)

Masa : 11.30 pagi – 12.30 tengahari (60 minit)

Kelas : 4 Merah

Tajuk Pengajaran : Timbangan Jisim

Sesi pemerhatian ini, berlangsung di Bilik Mermos SK Hutchings. Encik Azhar yang

terkenal dengan pengajaran yang melibatkan penggunaan ICT telah menjalankan sesi

pengajaran tajuk timbangan jisim dengan penggunaan alat pemancar di dalam Bilik Mermos

tersebut. Objektif pengajaran Encik Azhar pada hari tersebut ialah untuk memastikan murid

dapat membaca jisim sesuatu objek dalam kilogram dan gram dengan menggunakan alat

penimbang.

Semasa dimaklumkan bahawa sesi pengajaran akan berlangsung di Bilik Mermos yang

juga di kenali sebagai makmal komputer di sesetengah sekolah, saya mula mempertikai

kebolehan dan tahap penguasaan kawalan kelas Encik Azhar. Namun perspektif awal saya

ternyata meleset, biarpun keadaan murid berada dalam keadaan yang kurang aktif disebabkan

waktu pengajaran adalah pada sesi ketujuh dan kelapan jadual waktu namun teknik kawalan

kelas dan cara penyampaian Encik Azhar menjadikan suasana di dalam kelas berada dalam

keadaan yang terkawal.

Diawal pengajaran, Encik Azhar menunjukkan sebuah paparan ICT yang diambil dari

sebuah laman sesawang. Paparan ICT itu menunjukkan beberapa item seperti sebiji kereta

mainan dan sebiji patung itik yang ditimbang secara automatik oleh sebuah penimbang. Tanpa

menunjukkan bacaan pada penimbang tersebut Encik Azhar bertanya kemungkinan berat bagi

itik permainan tersebut.

2

Page 3: Mte 3112 Assignment

Paparan ICT yang memerlukan murid membawa berinteraksi dan boleh menggunakan

bersama-sama ini mendapat maklum balas yang sangat positif daripada murid-murid kelas 4

Merah. Selepas beberapa ketika, Encik Azhar mula menunjukkan bacaan di dalam penimbang

dan memulakan pengajaran membaca timbangan.

Sesi pengenalan konsep membaca timbangan dimulakan dengan Encik Azhar

mengedarkan lembaran kerja (lampiran 1) kepada murid-murid. Lembaran kerja yang

mengandungi beberapa gambar penimbang dengan bacaaan berbeza ini dipancarkan kepada

papan putih dihadapan Bilik Mermos. Seperti penggunaan papan SMART, Encik Azhar

menjalankan pengajaran beliau dengan membuat catatan diatas papan putih untuk

menerangkan cara pembacaan kepada murid-murid.

3

Page 4: Mte 3112 Assignment

Encik Azhar memulakan sesi pengenalan konsep dengan memperkenalkan persamaan

pecahan timbangan kepada murid-murid. Encik Azhar meminta murid-murid kelas 4 Merah

menghafal persamaan tersebut untuk seketika. Persamaan pecahan timbangan jisim yang

diperkenalkan antaranya ialah

12kg=500 g

14kg=250 g

15kg=200 g

110kg=100 g

Selepas sesi menghafal persamaan, Encik Azhar mula menerangkan langkah-langkah

untuk membaca bacaan dengan konsep senggatan pada alat penimbang kepada murid-murid.

Biarpun Encik Azhar tidak memperkenalkan istilah senggatan kepada murid-murid kelas 4

Merah, namun dengan tiga langkah mudah, bermula dengan membilang bilangan senggatan

dari nilai 0 hingga1 dan membuat pengkaitan diantara bilangan senggatan dan juga pecahan

yang telah dihafal sebentar tadi, Encik Azhar mula menyuruh murid memanjangkan jarum

penimbang hingga ke hujung. Langkah kedua dan tiga merupakan proses mendapatkan

jawapan dengan menentukan nilai bacaan di belakang jarum dan bilangan senggatan.

Pengajaran Encik Azhar kemudiannya mula disertakan dengan sesi Encik Azhar

melibatkan penglibatan murid-murid melakukan pengiraan diatas lembaran kerja juga. Bagi

murid-murid yang tidak menumpukan perhatian, Encik Azhar menggunakan konsep peneguhan

negatif dengan mengeluarkan rangsangan-rangsangan negatif supaya murid-murid kembali

menunjukkan tingkah laku yang diingini. (Noriati A. Rashid et. Al, 2011). Antara cara lain

untuk memastikan murid sentiasa menumpukan perhatian di dalam kelas adalah dengan

mengadakan sesi menjawab di hadapan semasa murid-murid lain-lain sedang melakukan

lembaran kerja.

4

Page 5: Mte 3112 Assignment

Pengajaran berlangsung seterusnya dengan Encik Azhar dan saya memantau

disekeliling kelas meninjau dan membimbing murid melakukan latihan untuk melihat

kemampuan dan kefahaman murid-murid.

5

Page 6: Mte 3112 Assignment

3.0 KEKUATAN DAN KELEMAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.

Perkara asas yang perlu dalam membaca alat timbangan ialah mengetahui konsep

bilangan sengat sesebuah penimbang. Dengan memahami konsep bilangan sengat ini, murid

akan dapat menjawab pelbagai soalan yang bukan sahaja melibatkan penglibatan bilangan

sengat dua, empat, lima dan sepuluh sahaja.

Proses pengajaran dan pembelajaran bagi tajuk timbangan jisim yang diperhatikan ini

biarpun kelihatan amat sempurna dan mengikut tertib, ia masih mendatangkan kekeliruan

kepada sesetengah murid bukan sahaja dalam kalangan murid pemulihan bahkan dalam

kalangan murid arus perdana juga.

3.1 KEKUATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) berlangsung, kelas berlangsung

dengan amat terkawal, biarpun kondisi murid-murid yang letih dan mula menunjukkan perilaku

dan bahasa tubuh yang menunjukkan mereka berasa gelisah, namun kawalan kelas

berlangsung dengan sangat baik oleh Encik Azhar.

Penggunaan teknik dari Teknik Behaviourist iaitu teknik peneguhan semasa kelas

membantu Encik Azhar dan murid-murid di dalam kelas 4 Merah untuk memahami stail

pengajaran yang bakal digunakan oleh Encik Azhar di dalam setiap sesi P&P.

Fasa set induksi Encik Azhar diolah dan dirancang dengan sangat baik untuk menarik

perhatian murid-murid di dalam kelas. Biarpun bahan paparan hanya menggunakan bahan

yang boleh didapati di dalam internet, namun Encik Azhar begitu arif menggunakan pendekatan

ICT bagi memberi gambaran yang lebih jelas kepada murid-murid.

Teknik pengajaran yang berasaskan tiga langkah untuk membaca alat timbangan

merupakan kaedah yang mudah difahami oleh murid-murid yang mempunyai kemahiran kognitif

aras sederhana. Teknik pengajaran ini juga nampak tersusun dan sangat sistematik. Murid-

murid dapat menjalankan setiap kaedah dengan mudah dan mampu mencuba untuk mengikuti

satu demi satu langkah dengan mudah dan sistematik.

Lembaran kerja yang diberikan oleh Encik Azhar juga membantu murid mendapat

gambaran soalan timbangan dengan lebih baik dan sistematik. Tindakan Encik Azhar yang

membuat pantauan dan bimbingan semasa sesi pengukuhan oleh murid-murid menunjukkan

kemahiran pedagogi Encik Azhar yang sangat bagus dan cemerlang.

6

Page 7: Mte 3112 Assignment

3.2 KELEMAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Pengajaran Encik Azhar yang bersifat terlalu berorentasikan peperiksaan dan guru ini

menyebabkan murid-murid tidak melihat mempelajari bacaan timbangan penting di dalam

kehidupan seharian kita. Mereka merasa pentingnya mampu menjawab cara membaca bacaan

diatas kertas berbanding semasa membacanya di luar kelas.

Penerapan nilai tentang pentingnya mengetahui dengan sangat baik kemahiran

membaca dengan betul kurang diterapkan sepanjang sesi P&P berlangsung. Kaedah dan

teknik pengajaran yang memaksa murid untuk menghafal sesuatu fakta persamaan tanpa

mengetahui sebab kewujudan nilai tersebut.

Sesi pengajaran ini juga hanya sesuai digunakan oleh murid-murid yang mempunyai

tahap kemahiran kognitif aras sederhana dan keatas. Namun semasa tinjauan saya, saya

mendapati apabila nilai senggatan mula diubah menjadi 20, beberapa murid dari aras

sederhana bahkan aras tinggi sekalipun tidak mampu memberi jawapan yang tepat.

Lembaran kerja yang diberikan oleh Encik Azhar diberikan sama rata kepada setiap

murid-murid tanpa mengira kemahiran kognitf setiap murid itu. Ini mengakibatkan kebanyakan

murid dari aliran pemulihan ketinggalan tanpa dapat menguasai secara keseluruhan kemahiran

membaca alat timbangan.

Penggunaan alat bantu mengajar dari bahan paparan ICT tanpa melibatkan

penggunaan bahan maujud juga dilihat tidak mampu memberikan paparan yang jelas kepada

murid-murid tentang konsep pembacaan timbangan. Ini menjadikan murid-murid tidak dapat

mengaplikasikan secara langsung penggunaan konsep bacaan timbangan jisim ini di luar bilik

darjah.

Fasa pengajaran yang tidak menempatkan fasa pengukuhan yang terdiri daripada

aktiviti-aktiviti kecil menyebabkan beberapa orang murid mula menunjukkan ekspresi bosan dan

terpaksa belajar. Biarpun kawalan kelas berada dalam keadaan baik namun hasil pembelajaran

lebih tertumpu kepada murid dalam aliran sederhana dan keatas.

Tiada pengkaitan mengenai bilangan pecahan dan bilangan sengat pada alat bacaan

penimbang diterangkan oleh Encik Azhar, oleh itu, murid-murid tidak mendapat pengkaitan

yang jelas yang cuba disampaikan oleh Encik Azhar berkaitan persamaan dan konsep sengat

yang cuba disampaikan.

7

Page 8: Mte 3112 Assignment

4.0 BAHAN BANTU MENGAJAR

Bagi membantu murid-murid memahami permasalahan ini, saya ingin membina sebuah

alat bantu belajar yang lebih berfokuskan kepada tahap penguasaan murid di peringkat

permulihan dan murid yang beraras rendah. Bahan bantu mengajar ini membantu murid-murid

memahami pengkaitan mengenai persamaan pecahan yang cuba diminta untuk dihafal oleh

Encik Azhar.

Bahan bantu mengajar ini juga membantu murid memahami dengan lebih jelas kaitan

diantara bilangan senggatan yang ingin dicari diantara dua nilai yang pegun. Bahan bantu

mengajar ini juga akan membantu murid-murid dari aras kognitif sederhana dan tinggi untuk

mendapat idea dan memperjelaskan konsep mengenai nilai sengat yang sama diantara dua

nilai pegun.

Bahan bantu mengajar ini juga diharap mempunyai nama dan reka bentuk yang menarik

perhatian murid dan membangkitkan unsur kecindan bukan sahaja kepada guru bahkan di

dalam diri murid-murid yang melihatnya juga.

4.1 PERANCANGAN DAN PEMBINAAN ALAT BANTU MENGAJAR

4.1.1 Mengenal pasti masalah.

Di peringkat awal proses perancangan pembinaan, saya telah mengadakan beberapa

perbincangan tidak rasmi bersama beberapa orang rakan-rakan sekursus dari kursus pengajian

Matematik, pengajian Pendidikan Kajian Sosial dan pengajian Pendidikan Bahasa Inggeris dan

pengajian Sains.

Tindakan ini diambil bagi mengenal pasti masalah yang mungkin dialami oleh murid-

murid berdasarkan pengalaman rakan-rakan kursus saya semasa kecil untuk memahami dan

menguasai kemahiran membaca bacaan. Perbincangan tidak rasmi ini dimulakan dengan saya

mengajukan beberapa soalan kepada rakan-rakan saya dari tiga kursus ini.

Antara soalan yang seringkali diajukan adalah seperti berikut:

1) Boleh bantu saya membaca bacaan ini?

2) Apakah yang anda lakukan bagi mendapat bacaan bagi timbangan ini?

3) Bagaimanakah anda mula-mula mempelajari cara membaca timbangan dengan betul?

8

Page 9: Mte 3112 Assignment

4) Adakah anda rasa membaca penimbang sama seperti membaca panjang pada

pembaris?

5) Apakah kesukaran yang sering berlaku semasa proses membaca sukatan berlangsung?

6) Pada pandangan anda, apakah tahap penguasaan ada dalam membaca alat

penimbang?

Saya turut menjalankan sesi soal-jawab bersama murid-murid kelas 4 Merah bagi

mengetahui tahap kefahaman dan kekeliruan yang dihadapi oleh setiap daripada mereka.

Selain membuat analisis secara tidak rasmi, semasa sesi soal-jawab itu berlangsung, saya juga

turut bertanyakan harapan yang ingin mereka capai bagi menguasai kemahiran membaca alat

penimbang.

4.1.2 Membuat pembacaan.

Semasa sesi perbincangan berlangsung bersama rakan-rakan sekursus dan murid-murid

kelas 4 Merah, saya mendapati satu persamaan yang sering kali dinyatakan oleh mereka

adalah mereka tidak pernah mengetahui kepentingan memahami bilangan senggatan

(calibrate) kepada penyukat masing-masing.

Menurut Reys et. al di dalam buku beliau Helping Children learn Mathematics (1995),

menjelaskan kanak-kanak perlu memahami konsep senggatan (calibrate) yang mereka sukat

bagi mendapat bacaan yang betul dan tepat semasa proses mengukur berlangsung.

Sebuah modul (lampiran 2) cara membaca alat penimbang telah dikeluarkan oleh JPN

Perak bagi membantu murid dalam memahami konsep membaca senggtan pada alat

menimbang. Modul ini menerangkan secara terperinci cara pembacaan dan perkaitan

senggatan di dalam dunia sebenar.

4.1.3 Membuat konklusi perancangan

Dari hasil perbincangan dan hasil pembacaan, saya telah membuat keputusan untuk

membina satu alat bantu mengajar (ABM) yang dapat membantu murid memahami konsep

senggatan dengan lebih baik dan mudah. Alatan bantu mengajar ini akan membuang prejudis

kanak-kanak mengenai kesukaran membaca satu bacaan mahupun senggatan yang berbentuk

melengkung.

9

Page 10: Mte 3112 Assignment

4.1.4 Perancangan penghasilan

Saya telah membuat beberapa lakaran (lampiran 3) bentuk alat bantu mengajar yang

berorentasikan murid yang saya ingini. Memasukkan elemen mudah ubah di dalam rekaan juga

dijalankan bagi mengalakkan pelbagai unit dapat digunakan secara menyeluruh oleh murid-

murid.

Bagi mendapat hasil yang terbaik, saya juga turut menyenaraikan bahan bahan yang boleh

digunakan untuk memastikan kualiti alat bantu mengajar yang digunakan bakal bersifat lebih

lama dan mesra kanak-kanak.

Selepas saya membuat perbincangan tidak rasmi bersama beberapa orang rakan, saya

mula membuat senarai belian untuk menghasilkan Alat Bantu Mengajar saya itu. Bagi menarik

perhatian murid-murid, saya telah menamakan alat bantu mengajar ini sebagai Penimbang

Senggatan bagi menarik dan memberi penekanan kepada konsep senggatan di dalam

timbangan.

Berikut merupakan senarai material asas yang digunakan di dalam pembinaan Penimbang

Senggatan.

1) Papan Styrofoam

2) Kad Imbasan

3) Kertas Foam

4) Kertas Warna

4.1.4 Pembinaan alat bantu mengajar

Proses penghasilan alat bantu mengajar dijalankan mengikut perancangan yang dilakarkan.

Corak dan reka bentuk alat bantu mengajar ini diubah suai berdasarkan alatan yang ada

berserta daya kreativiti dan imaginasi saya sendiri.

10

Page 11: Mte 3112 Assignment

Hasil pembinaan Penimbangan Senggatan

11

Page 12: Mte 3112 Assignment

4.2 PENGGUNAAN ALAT BANTU MENGAJAR

4.2.1 Waktu penggunaan alat bantu mengajar.

Secara amnya, Penimbang Senggatan digunakan semasa fasa pengenalan konsep.

Semasa pengenalan ini berlangsung, murid harus mengetahui dan menguasai kefahaman

operasi bahagi terlebih dahulu. Penguasaan di dalam pecahan akan memberi nilai impak yang

lebih positif kepada hasil pengajaran membaca timbangan jisim ini. Penggunaan Penimbang

Senggatan ini juga boleh digunakan semasa Perkembangan 2 iaitu semasa aktiviti pengukuhan

berlangsung.

Semasa sesi pengukuhan ini berlangsung, guru boleh memberi murid menggunakan

Penimbang Senggatan kepada secara individu mahupun kumpulan kecil. Murid-murid yang

tidak menguasai pengajaran semasa diperingkat pengenalan konsep boleh diberi penerapan

yang bersifat lebih spesifik semasa penggunaan Penimbang Senggatan digunakan.

4.2.2 Cara penggunaan alat bantu mengajar.

Guru akan memperkenalkan konsep senggatan kepada murid mengikut warna pada kad

Penimbang Senggatan. Semasa penerangan konsep senggatan ini, guru seharusnya turut

menekankan senggatan juga bermakna pergerakan dari satu kad warna lain ke satu kad warna

yang lain.

Seterusnya guru mula menerangkan cara dengan menunjukkan contoh asas kepada

murid-murid dengan mengaitkan dengan persamaan yang pernah dihafal oleh murid-murid

sebelum ini iaitu :

12

Page 13: Mte 3112 Assignment

12kg=500 g

14kg=250 g

15kg=200 g

110kg=100 g

Guru boleh menggunakan pendekatan bahagian untuk mengaitkan dengan senggatan. Sebagai

contoh, guru menulis nombor 1 pada kad kedua (hijau) dan meminta murid cuba meneka nilai

pada kad pertama (kuning). Jika murid mengetahui nilai 0.5 pada kad pertama, guru boleh mula

mengaitkan dengan persamaan 12kg=500 g.

Kemudian guru boleh mula menarik perhatian murid dengan menerangkan bagaimanakah nilai

12kg=500 g terhasil. Guru boleh menguji pengetahuan sedia ada murid dalam bahagian

pecahan. Kemudian guru mula membuat konklusi hasil pembelajaran senggatan dengan

menyatakan

nilai senggatan= nilai padakadbilangan senggatan

Contoh:

nilai senggatan=12kg

13

Page 14: Mte 3112 Assignment

Untuk memastikan kefahaman murid dengan lebih lanjut, guru boleh menukar nilai 1

pada mana-mana kad berwarna yang lain dan mula bertanya nilai yang sepatutnya berada di

penunjuk penimbang.

atau menukar nilai pada kad kedua dan bertanya nilai pada kad berwarna yang lain.

Untuk pengukuhan dan penilaian pencapaian, guru boleh menggunakan lembaran kerja yang

mempunyai soalan berkaitan penimbangan (lampiran 4). Murid juga boleh menggunakan

penimbang senggatan untuk menjadikan pemainan. Ia boleh berlaku semasa proses P&P

berlangsung mahupun semasa proses P&P tidak berlangsung.

14

Page 15: Mte 3112 Assignment

5.0 PERANAN ALAT BANTU MENGAJAR

Alat bantú mengajar sangat membantu dalam penerapan konsep matematik. Ia bukan

sahaja meningkatkan kefahaman murid, bahkan bahan tambahan dalam penyampaian

pengajaran secara lisan oleh guru. Penggunaan bahan bantú mengajar sebenarnya turut

memberi peluang kepada murid untuk memperolehi pengetahuaan melalaui pelbagai deria, iaitu

deria penglihatan, deria sentuh dan deria pendengaran, (Mok Soon Sang, 2002).

Pembelajaran secara konstruktivisme dan ‘hands-on’ seperti penimbang senggatan

dapat memberi pengalaman yang amat berharga kepada murid-murid di dalam mengubah

pengetahuan sedia ada kepada pengetahuan dan konsep matematik yang baru. Melalui

penimbang senggatan ini, murid bukan sahaja dapat memahami konsep senggatan dan

membaca alat menimbang, tetapi aplikasi pecahan antara setiap pembahagi dapat memberi

murid kefahaman dalam pelbagai konsep.

Penimbang Senggatan ini dapat membantu daya menaakul murid-murid disamping

meningkatkan kemahiran berfikir mereka dalam menyelesaikan masalah secara makanik.

Sepanjang proses pengajaran dan aktiviti ini dijalankan, berdasarkan pemerhatian saya, ada

dua orang murid yang mempunyai kemahiran dan kepintaran visualisasi yang tinggi. Selain

mempunyai kemahiran menggira secara mental beliau dapat mengaplikasikan kemahiran

penggunaan ni kepada bentuk kemahiran.

Melalui Penimbang senggatan ini, murid-murid dapat memahami dengan lebih baik dan

jelas tentang kepentingan memahami nilaian pada setiap senggatan. Mereka juga dapat

mengaplikasikan penggunaan nilai senggatan ini bukan sahaja pada alat penimbang jisim

bahkan pada alat mengukur yang lain.

Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik juga amat digalakkan

seiring dengan ledakan maklumat zaman masa kini. Kaedah ICT sebenarnya mampu menarik

perhatian murid untuk memahami isi pengajaran dalam jangka masa yang lebih lama kerana

penggunaan animasi yang dipaparkan adalah bersifat pelbagai. Selain membantu murid

mendapat gambaran sebenar isi pengajaran guru, murid akan lebih bersemangat dan cuba

menumpukan perhatian kepada pengajaran murid bagi memastikan kejutan-kejutan pada

paparan animasi dapat diperolehi secara maksima.

Secara keseluruhannya, penggunaan bahan bantú mengajar dalam pengajaran dan

pembelajaran matematik adalah sangat diperlukan. Selain itu, teknik pengajaran perlu

15

Page 16: Mte 3112 Assignment

dipelbagaikan agar murid berasa seronok dan tidak bosan semasa sesi P&P berlangsung. Dari

segi afektif, alat bantú megajar dan bahan manipulatif dapat meningkatkan konsep, minat dan

perasaan ingin tahun dalam kalangan murid.

Murid juga dijangka dapat mempertingkatkan kefahaman konsep serta penglibatan

pelajar yang lebih aktif dalam aktiviti pembelajaran. Pandangan ini memang selaras dengan

matlamat KBSR yang menitikberatkan pengajaran yang memusatkan murid dengan

memanipulasikan bahan-bahan maujud. Walaupun guru-guru mempunyai perspektif yang amat

positif terhadap penggunaan bahan bantú mengajar, namun amalan penggunaan bahan bantu

mengajar tidak begitu menggalakkan atas banyak faktor kekangan seperti kekurangan masa,

bahan-bahan yang tidak mencukupi, tidak praktikal, beban mengajar yang tinggi, sumber

kewangan yang tidak mencukupi serta tida mahir membina bahan secara sendiri.

16