Muamalat; Konsep Dan Kategori Akad

download Muamalat; Konsep Dan Kategori Akad

of 15

Transcript of Muamalat; Konsep Dan Kategori Akad

  • 7/30/2019 Muamalat; Konsep Dan Kategori Akad

    1/15

    TUGASAN-TUGASAN FAKULTI PENGAJIAN ISLAM, UKM 2008/2011

    1

    Muamalat; Konsep dan Kategori Akad

    Al-Faqir Ibn El-Merg & MUHAMMAD KHAMIS MOHD SANI

    -FIQH MUAMALAT-

    Pendahuluan

    Dalam lapangan Fiqh Muamalat terdapat banyak perbahasan yang

    terkandung dalamnya. Antara perbincangan yang disentuh dalamnyaadalah konsep a l -M al , a l- cAqd, al-Ahl iyyah, al-Baicu dan jenis-jenisnya, al-

    Riba, al-Khiyar, al-Rahn, Hiwalah, jaminan harta dan tubuh, Shufca,

    Syar ikat, Qirad, M usaqah, M uzaracah, sewa, Jicalah, Luqat adan Wadiah ,

    Qard Hasan, M udharabah, Insuran dan lain-lain.

    Undang-undang Muamalat Islam mengandungi pelbagai jenis

    transaksi yang pelbagai bentuk dalam hubungan sesama manusia. Bagi

    seseorang Muslim, transaksi yang dilakukan bukan sahaja membawa

    tanggungjawab dari segi perundangan, malahan juga merupakantanggungjawab dari segi agama. Mustahil bagi manusia yang hidup

    menghindarkan diri daripada urusan bermuamalat. Kebanyakkan

    perbuatan muamalat tidak dapat tidak wujud interaksi diantara dua pihak

    atau lebih. Oleh itu, Islam menitik-beratkan soal keredhaan diantara

    pihak yang terlibat bagi memuaskan hati mereka. Perbincangan tentang

    keredhaan antara pihak tersebut dikenali sebagai Akad (al-cAqd,

    cUqud).

    Menurut Aladdin Kharofa, oleh kerana urusan bermuamalah

    merupakan suatu perbuatan yang universal tidak hanya tertumpu kepada

    urusan masyarakat Muslim sahaja, maka wujud undang-undang selain

    Islam yang turut menggariskan peraturan-peraturan tertentu bagi

    memudahkan perbuatan tersebut. Undang-undang itu dikenali sebagai

    Undang-Undang Sivil. Namun, tugasan ini akan membincangkan hal

    berkaitan dengan Konsep Akad dan Kat egor inya M enurut Perspekt i f Islamsahaja. Perbincangan akan berkisar sekitar pendefinisian dan dalil Akad

    menurut Islam dan pembahagian kategori dan kesan kontrak menurut

    ilmuan-ilmuan Islam.

  • 7/30/2019 Muamalat; Konsep Dan Kategori Akad

    2/15

    TUGASAN-TUGASAN FAKULTI PENGAJIAN ISLAM, UKM 2008/2011

    2

    Konsep Akad

    Sebagaimana yang diketahui adalah perlu sebelum membincangkan

    sesuatu isu untuk mengetahui akan konsep sesuatu subjek itu terlebih

    dahulu. Perbincangan tentang muamalat Islam tidak dapat terlepas dari

    menemui istilah akad, perjanjian dan kontrak. Ia menjadi tunjang asas

    kepada kebanyakkan perbincangan dalam Fiqh Muamalah. Perkataan lain

    yang sering digunakan yang membawa maksud yang sama dengan akad

    adalah perjanjian dan kontrak.

    Definisi Akad

    Pengertian akad dapat dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu menurut

    pengertian dari sudut bahasa dan pengertian istilah.

    Akad (a l-cAqd) dalam bahasa Arab bermaksud pengikatan antara

    sesuatu samada secara nampak (hissi) atau tidak nampak (macnawi),

    ikatan (al-Rabt), jaminan (a l -Dhoman) atau janji (a l-cAhd) (Zaharuddin.

    2009:2). Kamus al-Mawrid, menterjemahkan a l-cAqd sebagai contract

    and agreement atau kontrak dan perjanjian (al-Baclabakiyy. 1990:770).

    Allah s.w.t berfirman bagi menggambarkan pengertian akad, perjanjiansecara umum dalam surah al-Maidah ayat 1.

    Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, penuhi serta sempurnakanlah perjanjian-

    perjanjian. (akad yang telah kamu materai)

    Sedangkan pengertian istilah, menurut al-Jurjani akad bererti

    ikatan antara ijab dan qabul yang diselenggarakan menurut ketentuan

    syariah dimana terjadi kesan hukum syarak atas sesuatu yang kerananya

    akad diselenggarakan. Pengertian ini bersifat lebih khusus kerana

    terdapat pengertian akad secara istilah yang lebih luas dari pengertian

    ini. Namun ketika berbicara mengenai akad, pada umumnya pengertian

    inilah yang kerap diguna-pakai oleh fuqaha (Zaharuddin. 2009:2).

  • 7/30/2019 Muamalat; Konsep Dan Kategori Akad

    3/15

    TUGASAN-TUGASAN FAKULTI PENGAJIAN ISLAM, UKM 2008/2011

    3

    Subhi Mahmasaniy mengertikan kontrak sebagai ikatan atau

    hubungan di antara ijab dan qabul yang memiliki akibat hukum terhadap

    hal-hal yang dikontrakkan (Mahmasaniy 1948:210). Terdapat juga pakar

    yang mendefinisikan sebagai satu perbuatan yang sengaja dibuat oleh

    dua orang berdasarkan kesepakatan atau kerelaan bersama (al-

    Shiddieqiyy 1974:34). Perjanjian atau persetujuan adalah suatu

    perbuatan dimana seseorang atau lebih mengikatkan dirinya terhadap

    seseorang lain atau lebih (Chairuman. 1994:1).

    Dari beberapa pengertian di atas dapat diambil kesimpulan

    bahawa kontrak merupakan kesepakatan bersama samada melalui lisan,

    isyarat, mahupun tulisan antara dua pihak atau lebih melalui ijab dan

    qabul yang memiliki ikatan hukum bagi semua pihak yang terlibat untuk

    melaksanakan apa yang menjadi kesepakatan tersebut.

    Adapun pengertian akad yang bersifat lebih umum mencakup

    segala diinginkan orang untuk dilakukan baik yang muncul kerana

    kehendak sendiri (iradah munfaridah), seperti: wakaf, perceraian dan

    sumpah atau yang memerlukan dua kehendak (iradatain) untuk

    mewujudkannya, seperti: buyu (jual-beli), sewa-menyewa, wakalah

    (perwakilan) dan rahn (gadaian).

    Rukun Dan Syarat Sah Akad

    Dalam pengertian fekah rukun adalah asas, sendi atau tiang. iaitu sesuatu

    yang menentukan sah (apabila dilakukan) dan tidaknya (apabila

    ditinggalkan) suatu pekerjaan tertentu dan sesuatu yang termasuk di

    dalam pekerjaan itu. Seperti rukuk dan sujud merupakan sesuatu yang

    menentukan sah atau tidaknya solat, keduanya merupakan bahagian

    yang tidak terpisahkan dari perbuatan solat. Dalam muamalah, sepertiijab qabul dan orang yang menyelenggarakan akad tersebut. Menurut

    jumhur ulama rukun akad terbahagi kepada tiga, iaitu Mutacaqidain

    (orang yang menyelenggarakan akad seperti penjual dan pembeli), harga

    dan barang yang ditransaksikan (MahallulcAqd) dan sighah (bentuk

    ucapan akad) (Zaharuddin. 2009:3).

  • 7/30/2019 Muamalat; Konsep Dan Kategori Akad

    4/15

    TUGASAN-TUGASAN FAKULTI PENGAJIAN ISLAM, UKM 2008/2011

    4

    Ijab adalah ungkapan atau ucapan atau sesuatu yang bermakna

    demikian yang datang dari orang yang memiliki barang. Qabul adalah

    ungkapan atau ucapan atau sesuatu yang bermakna demikian yang

    datang dari orang yang akan dipindahkan kepemilikan barang tersebut

    kepadanya. Contohnya, jika transaksi itu adalah jual-beli, maka ucapan si

    penjual kepada pembeli seumpama "Saya jual buku ini kepada anda"

    adalah ijab sekalipun hal itu diucapkan belakangan. Dalam transaksi jual-

    beli di sini, qabul adalah ucapan si pembeli kepada si penjual: "Saya beli

    buku ini" sekalipun ucapan itu dikeluarkan di depan. Jika ijab dan qabul

    ini sudah diikat satu sama lain sementara keduanya diucapkan oleh orang

    yang sihat akalnya maka akan terjadi perubahan status hukum ke atas

    barang yang diselenggarakan akad atasnya Maksudnya, buku yang

    sebelumnya milik penjual, bertukar hak kepada pembeli berdasarkan ijabdan qabul tersebut. Perubahan status hukum di sini adalah perpindahan

    kepemilikan, iaitu sebelum akad buku tersebut milik si penjual dan

    setelah akad status kepemilikannya berpindah kepada si pembeli setelah

    membayar sejumlah wang sebagai harga dari buku itu.

    Ijab dan qabul ini sangat penting karena menjadi gambaran

    kerelaan mereka yang melakukan akad. Dalam Fiqh Muamalat, ijab dan

    qabul ini adalah komponen dari shighatulcaqd iaitu ekspresi dari dua

    pihak yang menyelenggarakan akad atau

    c

    aqidan (pemilik barang danorang yang akan dipindahkan kepemilikan barang kepadanya) yang

    mencerminkan kerelaan hatinya untuk memindahkan kepemilikan dan

    menerima kepemilikan. Dari penjelasan di atas dapat dibuat suatu

    kesimpulan bahawa dalam setiap akad, sighah akad harus selalu

    diekspresikan kerana merupakan gambaran kerelaan daricaqidan.

    Pertanyaan yang kemudian muncul, bagaimanakah kedudukan

    hukum jual beli saat ini yang tidak melibatkan sighah akad dari kedua

    belah pihak? Pihak pembeli hanya membayar harga dan penjual

    memberikan barang tanpa mengucapkan lafaz atau ungkapan apa-apa.

    Pada umumnya para ulama memperbolehkan jual-beli atau akad

    semacam ini dan mereka menyebutnya jual beli secara M uca tah ,

    (Zaharuddin. 2009:5) kerana tradisi dan kebiasaan hidup manusia (curf)

    menginginkan hal-hal yang mudah dan tidak berpanjangan dalam

    urusniaga. Majoriti mazhab daripada Hanafi, Maliki dan Hanbali

    menyatakan sah dengan M uca toh tersebut, seumpama membeli air tin

    dengan mesin dan urusniaga dengan juruwang pasar raya tanpa akad

  • 7/30/2019 Muamalat; Konsep Dan Kategori Akad

    5/15

    TUGASAN-TUGASAN FAKULTI PENGAJIAN ISLAM, UKM 2008/2011

    5

    selagi terdapat bukti jelas bahawa kedua-duanya reda atas tanda harga

    dan barang tersebut (Zaharuddin. 2009:6).

    Sekalipun pada umumnya para fuqaha menyepakati sighah akad

    tanpa lafaz dalam semua lapangan muamalah, tetapi merekamenyepakati bahwa untuk urusan munakahat misalnya nikah (zawj )

    dikecualikan. Hal ini disebabkan kerana perkahwinan merupakan hal yang

    agung dan berkekalan serta memiliki pertalian abadi pada pihak wanita.

    Kerana itu diperlukan penelitian dan kesempurnaan dengan menjadikan

    ucapan sebagai bukti terkuat untuk mengekspresikan kehendak.

    Sighah (Lafaz Ijab dan Qabul)

    Pertama, difahami oleh semua pihak yang memeterainya. Secara

    umumnya bahasa yang mudah difahami dan jelas pengertian. Dalam

    konteks semasa misalnya akad (kontrak) lebih berbentuk dokumen dan

    lembaran kertas dengan penjelasan setiap klausa. Kedua, kekal keahlian

    mutacaqidain sehingga majlis akad selesai, misalnya jatuh pengsan dan

    berita muflis semasa akad dilakukan. Ketiga, sighah berlaku semasa majlis

    akad yang sama, namun bentuknya berbeza mengikut keadaan majlis.

    Misalnya jika keadaan biasa majlis akan berlaku secara bersemuka, makamajlis akad berakhir sehingga keduanya berpisah. Manakala dalam

    keadaan berjauhan juga masih berlaku majlis misalnya, berlaku transaksi

    diantara mutacaqidain seperti subjek yang diakadkan itu sampai kepada

    penjual atau penawar. Keempat, ijab dan qabul adalah selari merujuk

    kepada Mahallulcaqd tersebut, contohnya jika objek itu ada TV jenama

    Sony, maka sighah itu harus kepada TV jenama Sony (Zaharuddin.

    2009:8).

    Al-Mutacaqidain (Orang yang menyelenggarakan akad)

    Pihak yang menyelenggarakan akad berindak sebagai pembeli atau

    penjual atau orang yang memiliki hak dan yang akan diberi hak. Keduanya

    mempunyai syarat yang sama iaitu, pertama, cukup keahlian (berakal

    atau mumayyiz) . Berakal di sini adalah tidak gila sehingga mampu

    memahami ucapan orang-orang normal. Mumayyiz ertinya mampu

    membezakan antara baik dan buruk, antara yang berbahaya dan tidak

  • 7/30/2019 Muamalat; Konsep Dan Kategori Akad

    6/15

    TUGASAN-TUGASAN FAKULTI PENGAJIAN ISLAM, UKM 2008/2011

    6

    berbahaya serta antara merugikan dan menguntungkan. Kedua, orang

    yang menyelenggarakan akad haruslah bebas dari tekanan sehingga

    mampu mengekspresikan pilihan bebas menurut kemahuannya tanpa

    paksaan (Zaharuddin. 2009:8).

    MahallulcAqd (Harga dan barang yang ditransaksikan)

    Barang dan harga dalam akad jual-beli disyaratkan sebagai berikut,

    Pertama, barang atau harga harus suci dan tidak najis atau terkena

    barang najis yang tidak dapat dipisahkan. Ini berlaku bagi barang yang

    dijual belikan mahupun harga yang dijadikan ukuran jual beli. Kedua,

    barang dan harga tersebut harus benar-benar dapat dimanfaatkan secarasyarak. Contohnya bukan secebis kain dan tiga butir beras. Ketiga, barang

    yang dijual harus menjadi milik dari penjual saat transaksi tersebut

    diselenggarakan. Tidak diperbolehkan menjual barang yang tidak dimiliki

    kecuali dalam akad salam. Barang yang dijual harus dipastikan dapat

    diserahkan kepada pembeli. Jual beli yang tidak dapat mengantarkan

    barang kepada pembeli dianggap sebagai suatu transaksi yang tidak sah.

    Keempat, barang tersebut harus diketahui bentuk dan

    keadaannya. Begitu juga harga harus diketahui secara pasti untukmenghapuskan kemungkinan persengketaan yang diakibatkan oleh

    ketidak-ketahuan harga. Kelima, dalam akad ini tidak diperbolehkan

    menambahkan persyaratan bahawa transaksi bersifat sementara.

    Misalnya si penjual mengatakan bahawa ia menjual keretanya dengan

    harga sekian untuk jangka waktu tertentu (Zaharuddin. 2009:11).

    Kategori AkadTerdapat pelbagai kategori akad yang umum dikenal dalam Fiqh

    Muamalah dengan memandang kepada apakah akad itu diperbolehkan

    oleh syarak atau tidak, dengan memandang apakah akad itu bernama

    atau tidak, dengan memandang kepada tujuan diselenggarakannya akad

    dan lain-lain.

  • 7/30/2019 Muamalat; Konsep Dan Kategori Akad

    7/15

    TUGASAN-TUGASAN FAKULTI PENGAJIAN ISLAM, UKM 2008/2011

    7

    Akad Pada Sudut Hukumnya

    Dengan memandang apakah akad itu memenuhi syarat dan rukunnya

    atau tidak, dapat dibagi menjadi dua iaitu akad sah dan akad tidak sah.

    Akad sah adalah akad yang diselenggarakan dengan memenuhi segala

    syarat dan rukunnya. Hukumnya adalah akad ini terkesan pada

    tercapainya realisasi yang dituju oleh akad tersebut iaitu perpindahan

    hak milik. Sedangkan akad yang tidak sah adalah akad yang salah satu

    rukun atau syarat sahnya tidak dipenuhi. Tidak terjadi pemindahan

    kepemilikan dan akad dianggap batal seperti jual-beli bangkai, darah atau

    daging babi. Dengan kata lain dihukumi tidak terjadi transaksi.

    Wujud perbezaan pendapat antara jumhur ulama dan madzhab

    Hanafi mengenai sah dan batalnya suatu akad. Jumhur melihat bahawa

    batal dan rosak (fasad) ertinya sama. Kalau suatu akad itu rosak, maka ia

    juga batal. Sedangkan madzhab Hanafi membezakan antara rosak (fasad)

    dengan batal sehingga mereka membahagikan akad berdasarkan sah

    atau tidaknya menjadi tiga macam yaitu akad sah, fasid dan batal.

    Dalam pandangan madzhab Hanafi, akad yang tidak sah secara

    syarak terbahagi kepada dua iaitu batal dan fasad (rosak) di mana dalam

    pandangan jumhur hanya menjadi dua iaitu sah atau tidak sah dan tidak

    sah bererti batal dan bererti fasad. Yang batal adalah akad yang rukunnyatidak dipenuhi atau akad yang pada prinsipnya atau sifatnya tidak

    dibenarkan secara syarak. Misalnya salah satu pihak kehilangan kapabiliti

    (keahlian) seperti gila, atau shighat akad tidak memenuhi syarat, atau

    barang yang ditransaksikan tidak diakui oleh syarak seperti jual-beli

    daging babi dan sebagainya. Hukum akad yang batal ini sama dan tidak

    ada perbezaan pendapat di kalangan mazhab-mazhab yang ada iaitu

    dianggap tidak terjadi.

    Manakala akad fasad, pada prinsipnya dibenarkan secara syaraktetapi sifatnya tidak dibenarkan. Misalnya akad tersebut dilakukan oleh

    orang yang memiliki kapabiliti, barang yang ditransaksikan dibenarkan

    oleh syarak, namun ada sifat yang dilarang oleh syarak seperti menjual

    suatu barang yang belum jelas kondisi dan keadaannya sehingga akan

    dapat menimbulkan persengketaan ketika akad tersebut dilakukan

    (Aladdin Kharofa 2007:14).

  • 7/30/2019 Muamalat; Konsep Dan Kategori Akad

    8/15

    TUGASAN-TUGASAN FAKULTI PENGAJIAN ISLAM, UKM 2008/2011

    8

    Akad Pada Sudut Penamaannya

    Dari segi penamaan akad dapat dibagi menjadi dua juga iaitu akad

    M u s a m m a dan Gha iru M usamm a. Akad M u s a m m a adalah akad yang

    sudah diberi nama tertentu oleh syarak seperti jual-beli (buyu ), sewaan

    (i jarah), hadiah (hibah), perpindahan hutang (h iwa lah), agen (waka lah ),

    gadaian (rahn)dan lain-lain. Sedangkan akad Gha iru M usamm aakad yang

    belum diberi nama tertentu dalam syarak demikian pula hukum-hukum

    yang mengaturnya. Akad-akad ini terjadi kerana perkembangan

    kemajuan peradaban manusia yang dinamik. Jumlahnya sangat banyak

    dan tidak terbatas seperti tempahan (istisna), belian semula (ba ic a l-cInah) dan bermacam-macam jenis syirkah(musyarakah) lain-lain.

    Akad Pada Aspek Penyerahan Barang

    Dilihat dari sudut penyerahan barang kepada pihak yang diberikan hak

    sebagai kesempurnaan sahnya suatu akad, maka akad dapat digolongkan

    menjadicAaini dan Ghairu cAini. Akad cAini adalah akad yang

    pelaksanaannya secara tuntas hanya mungkin terjadi bila barang yang

    ditransaksikan benar-benar diserahkan kepada yang berhak untuk

    misalnya hadiah (hibah), i arah, simpanan (wad iah ), gadaian (rahn) danpinjaman tanpa faedah (qardh). Dalam akad-akad ini barang yang

    diakadkan harus diserahkan kepada pihak yang berhak untuk

    menjelaskan bahawa akad benar-benar terjadi. Kalau tidak diserahkan

    kepada yang berhak, maka akad tidak terjadi atau batal. Sedangkan

    GhairucAini adalah akad yang terlaksana secara sah dengan

    mengucapkan sighah akad secara sempurna tanpa harus menyerahkan

    barang kepada yang berhak. Umumnya akad-akad selain yang lima di atas

    dapat digolongkan ke dalam akad GhairucAini.

    Akad Pada Aspek Kuasa Penentu Terjadinya Akad

    Pertama, akad Nafaz ialah kontrak yang terbit dari seseorang yang

    mempunyai kapabiliti (keahlian) dan kuasa untuk melakukannya.

    Hukumnya ialah kontrak seperti ini menerbitkan kesan segera sebaik

    sahaja ia dibuat, tanpa tertakluk kepada kelulusan dan keizinan

    seseorang. Misalnya, golongan al-ahl iyah a l -ada a l -kami lah (sempurna

  • 7/30/2019 Muamalat; Konsep Dan Kategori Akad

    9/15

    TUGASAN-TUGASAN FAKULTI PENGAJIAN ISLAM, UKM 2008/2011

    9

    keahlian dan mampu melaksanakan), manusia dewasa yang baligh

    membuat urusan jual beli di pasar raya (al-Zuhaily. 1999:11).

    Kedua, akad M a u q u f ialah kontrak yang terbit dari seseorang yang

    mempunyai kelayakan untuk berkontrak, tetapi dia tidak mempunyai

    kuasa untuk melakukannya seperti kontrak yang dilakukan oleh kanak-

    kanak yang mumaiyiz bagi kontrak yang ada risiko untung dan rugi.

    Hukumnya ialah kontrak ini tidak boleh melahirkan sebarang kesan

    melainkan setelah mendapat kelulusan dan persetujuan oleh pemilik hak

    yang berkuasa melakukannya. Jika pemilik hak tidak mempersetujui atau

    meluluskannya maka kontrak itu menjadi batal. Contohnya al-mutacaqid

    terdiri daripada golongan al-ahl iyah al- ada al-naqisah (sempurna

    keahlian menerima tetapi tidak berkuasa melaksanakannya), kanak-kanakmumaiyiz melakukan urusan jual beli di pasar raya melibatkan barang

    yang punyai nilai yang tinggi (al-Zuhaily. 1999:12).

    Ketiga, akad Lazim ialah kontrak yang tidak membolehkan salah

    satu pihak yang memeterai kontak membatalkannya tanpa persetujuan

    pihak yang lagi satu seperti kontrak sewa dan jual beli. Misalnya, dalam

    urusan mudharabah. Keempat, akad Jaiz ialah kontrak yang

    membolehkan salah satu pihak yang berkontrak membatalkannya tanpa

    sebarang persetujuan pihak yang lagi satu seperti kontrak wakalah (al-Zuhaily. 1999:13).

    Akad Pada Masa Terkesannya Akad

    Pertama, akad M u n j i z ialah kontrak yang dibuat dengan lafaz yang tidak

    digantungkan dengan sebatang syarat dan tidak disandarkan

    pelaksanaannya pada masa hadapan. Kontrak seumpama ini menerbitkankesan segera ke atas kontrak sebaik sahaja ia dibentuk. Misalnya, jual beli

    sepertimana kebiasaan.

    Kedua, akad M ua llaq ialah kontrak yang dikaitkan kewujudannya

    dengan wujudnya sesuatu yang lain. Sekiranya wujud perkara tersebut

    maka wujudlah kontrak, jika sebaliknya maka tidak berlakulah kontrak.

    Sebagai contoh si polan A berkata kepada si polan B, jika aku jadi keluar

    negara maka engkaulah menjadi wakil ku. Kontrak seumpama ini tidak

  • 7/30/2019 Muamalat; Konsep Dan Kategori Akad

    10/15

    TUGASAN-TUGASAN FAKULTI PENGAJIAN ISLAM, UKM 2008/2011

    10

    akan terbentuk melainkan adanya syarat yang dikaitkan itu. Ketiga, akad

    M ustaqba l i ialah kontrak yang dibuat dengan lafaz penerimaan

    disandarkan pada masa yang akan datang. Hukum kontrak ini ia akan

    berlaku atau terbentuk segera, tetapi kesannya tidak ada kecuali pada

    waktu yang ditetapkan itu, iaitu waktu yang disandarkan berlaku, wasiat(al-Zuhaily. 1999:14).

    Akad Dan Jual Beli

    Secara umumnya, akad adalah setiap perjanjian, persetujuan, kontrak

    yang dimeterai oleh beberapa pihak untuk melaksanakan sesuatuseterusnya memberi kesan syarak terhadap perbuatan tersebut. Namun,

    perbincangan akad yang diulas panjang lebar oleh kebanyakan ahli fekah

    kontemporari kerap tertumpu pada aspek urusan muamalah Islam.

    Khususnya berkaitan subjek jual beli (al-bai cu).

    Perkataan al-bai u dari aspek bahasa bermaksud menukar suatu

    barang dengan suatu barang yang lain. Dari sudut istilah syarak pula, al-

    bai mempunyai banyak pengertian yang diberikan para ulama. Menurut

    Mazhab Hanafi, jual beli ialah pertukaran suatu harta dengan suatu hartayang lain mengikut cara yang tertentu. Atau menukar sesuatu yang

    disukai dengan sesuatu yang lain yang juga disukai dengan dengan cara

    tertentu yang berfaedah iaitu dengan tawaran atau unjuk-mengunjuk.

    Menurut mazhab Syafie, jual beli ialah pertukaran sesuatu harta benda

    dengan harta benda yang lain, yang keduanya boleh ditasharrufkan

    (dikendalikan), dengan ijab dan qabul menurut cara yang diizinkan oleh

    syarak (al-Husaini. 2005:305).

    Pensyariatan jual beli ini telah sabit dengan nas al-Quran, hadis

    dan juga ijmak. Terdapat lebih daripada sepuluh jenis akad jual beli dalam

    Islam yang boleh berlaku dalam bentuk dan gambaran yang berbeza.

    Antara beberapa akad jual beli tersebut ialah;

    Ba ic al-silcah bi a l -naqd, iaitu jual beli sesuatu barang dengan mata

    wang. Jenis ini adalah yang paling meluas berlaku dikalangan manusia.

    Contohnya ialah membeli sehelai baju dengan Ringgit Malaysia atau US

    Dollar dan seumpamanya. Ba ic a l -muqayadhah, iaitu jual beli sesuatu

  • 7/30/2019 Muamalat; Konsep Dan Kategori Akad

    11/15

    TUGASAN-TUGASAN FAKULTI PENGAJIAN ISLAM, UKM 2008/2011

    11

    barang dengan barang, seperti menjual baju dengan beg atau menjual

    binatang ternakan dengan beras dan sebagainya. Ba ic al-salam, ialah jual

    beli sesuatu barangan secara tangguh dengan bayaran harga secara

    tunai, seperti menjual barangan yang telah disifatkan butiran bentuk,

    spesifikasi, kualiti dan kuantiti secara terperinci dengan bayaran harganya

    dibuat secara tunai, manakala penyerahan barang ditangguhkan pada

    suatu masa yang ditetapkan.

    Ba ic al-sharf, iaitu jual beli mata wang dengan mata wang yang

    sama atau berbeza jenis, seperti menjual emas dengan emas, perak

    dengan perak atau emas dengan perak, ringgit Malaysia dengan rial Saudi

    dan sebagainya. Ba ica l -murabahah, iaitu jual beli sesuatu barangan pada

    harga kos bersama tambahan margin keuntungan, seperti menjualsesuatu barangan berharga RM100 dengan harga kos dan ditambah pula

    margin keuntungan sebanyak RM10 yang dipersetujui oleh kedua-dua

    pihak. Ba ic a l -wadh iah, ia adalah lawan kepada jual beli secara

    murabahah, iaitu jual beli yang dibuat atas sesuatu barangan dengan

    harga yang lebih murah dari harga kos, seperti harga barangan adalah

    RM10 dan dijual dengan harga RM9 atau lebih rendah. Ba ic al- taul iah,

    ialah jual beli sesuatu barangan dengan harga kos tanpa ada lebih

    mahupun kurang dari harganya. Seperti barangan berharga RM100 dijual

    dengan RM100.

    Ba ic al-urbun, iaitu satu bentuk jual beli dimana pembeli

    membayar sejumlah wang pendahuluan. Sekiranya jual beli diteruskan

    maka wang pendahuluan ini akan menjadi sebahagian daripada harga

    barangan. Jika tidak, maka wang yang ini tidak akan dikembalikan

    kepadanya. Ba ic al- ta l j i cah, ialah suatu bentuk jual beli yang dibuat oleh

    penjual yang dalam kesempitan (terpaksa) kerana khuawatir dan takut

    hartanya diambil oleh orang lain. Bagi menyelamatkan hartanya, ia

    bersepakat dengan seseoarang bagi menzahirkan akad jual beli danmenyembunyikan tujuannya yang sebenar. Seperti menjual rumah untuk

    mengelak dari dilelong oleh bank atau permiutang. Ba ic a l -wafa , iaitu

    jual beli barangan dengan syarat apabila penjual membayar semula harga

    barangan yang dijual maka pembeli akan mengembalikan semula

    barangan yang dijual kepada penjual.

  • 7/30/2019 Muamalat; Konsep Dan Kategori Akad

    12/15

    TUGASAN-TUGASAN FAKULTI PENGAJIAN ISLAM, UKM 2008/2011

    12

    Ba ic al- ist ishna, iaitu jual beli dalam bentuk tempahan perbuatan

    barang tertentu dengan spesifikasi yang tertentu yang menghendaki

    penjual, pemaju, pengilang atau orang lain membuatkan barangan yang

    ditempah tersebut untuk pembeli.Ba i

    c

    al- inah,iaitu jual beli yang

    berlaku antara penjual dan pembeli, di mana penjual menjual asetnya

    kepada pembeli dengan harga tangguh lebih tinggi, kemudian penjual

    membeli semula aset tersebut daripada pembeli dengan harga tunai yang

    lebih rendah. Keadaan sebaliknya boleh berlaku.

    Kesimpulan

    Sebagai rumusan, disini terdapat sedikit ulasan berkaitan kesan yang

    terjadi dengan wujudnya sesuatu kontrak. Syariah Islam memberikan

    manusia hak untuk membentuk kontrak dalam batasan peraturan dan

    ajaran agamanya. Seseorang boleh menjual, membeli, menyumbang,

    memberi pinjaman, memajak, berkahwin dan sebagainya melalui kontrak

    yang dibenarkan oleh Syariah, walaubagaimanapun ia tidak boleh

    mengganggu kesan kontrak tersebut. Dalam kontrak jual beli, penjual

    tidak boleh menolak untuk menyerahkan barangan setelah penerima

    membayar. Seseorang tukang pajak tidak boleh menolak untukmenyerahkan barangan yang dipajak. Begitu juga kontrak dalam urusan

    munakahat, seseorang suami tidak boleh menolak untuk menyediakan

    kemudahan kepada isteri setelah kontrak pernikahan telah dimeterai,

    dan isterinya tidak boleh menafikan hubungan kelamin suaminya

    sekiranya suaminya memberikan mas kahwin dan tempat tinggal yang

    sempurna.

    Ini adalah kesan kontrak yang lahir daripada orang-orang yang

    berkontrak. Tetapi pihak berkontrak tidak boleh mengganggu atau

    mengubah kesan ini. Kesan ini digariskan oleh penggubal undang-undang.

    Oleh itu, kita dapat lihat bahawa kontrak yang diharuskan ialah untuk

    kegunaan manusia, tetapi kesan kontrak ini dikawal oleh Syariah,

    bukannya oleh pihak yang berkontrak. Dalil bagi penerangan ini boleh

    dilihat melalui firman Allah s.w.t dalam surah al-Nisa ayat 29.

  • 7/30/2019 Muamalat; Konsep Dan Kategori Akad

    13/15

    TUGASAN-TUGASAN FAKULTI PENGAJIAN ISLAM, UKM 2008/2011

    13

    Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan

    (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu,

    judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan

    secara suka sama suka di antara kamu, dan janganlah kamu berbunuh-

    bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani

    kamu.

    Daripada maknanya yang tersirat, ayat ini secara umumnyamengizinkan segala kontrak yang sah. Seseorang Muslim mempunyai

    kebebasan penuh untuk membentuk kontrak dan inilah dinamakan

    kebebasan membuat undang-undang ciptaan manusia.

    Walaubagaimanapun setelah memeterai kontrak, seseorang

    Muslim hendakkan bertindak mematuhi syarat kontrak dan memelihara

    kontrak yang merupakan suruhan Allah s.w.t. Firman Allah s.w.t dalam

    surah al-Maidah ayat 1. Inilah yang dimaksudkan dengan kesan kontrak.

    Kontrak dibuat melalui pilihan dan budi bicara manusia, manakala

    kesannya ditetapkan dan dimiliki oleh syariah (Aladdin Kharofa

    2007:27).

    Maksudnya: Wahai orang-orang Yang beriman, penuhi serta

    sempurnakanlah perjanjian-perjanjian.

    Rujukan

    al-QuranAlaeddin Kharofa. 2007. Transaksi Dalam Perund ang an Islam. Kuala

    Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia.

    al-Banhawi, Mohd Abdul Fatah. 1999. Fiqh a l -M uam alat Dirasah

    M u q a r a n a h . Tanta: Jamiah al-Azhar.

    Charuman Pasaribu. 1994. Hukum Per janj ian Dalam Islam . Jakart a: Sinar

  • 7/30/2019 Muamalat; Konsep Dan Kategori Akad

    14/15

    TUGASAN-TUGASAN FAKULTI PENGAJIAN ISLAM, UKM 2008/2011

    14

    Grafika.

    Hasbi al-Shiddieqiyy. 1974. Pengantar Fiqh M uam alah. Jakarta: Bulan

    Bintang.

    http://www.islam.gov.my/muamalat/artikel/konsep-akad-dan-jenisnya-

    dalam-muamalat-islam

    al-Husaini, Abi Bakr ibn Muhammad. 2005. Kifayat u l akhyar f i ha l l i ghayat

    al- ikhtisar. Mesir: Dar al-Salam.

    Munir al-Balabakiyy. 1990. Qamus a l-M aw r id. Beirut: Dar al-Ilm al-

    Malayyin.

    Subhiyy Mahmasaniy. 1948. a l -Nazar iyya t a l -Amm ah l i a l -M uj iba t w a a l -

    Uqud fi a l-Shar i ah a l-Islam iyyah. Mesir: Dar al-Kitab al-Arabiyy.

    Zaharuddin Abd. Rahman. 2009. Panduan Perbankan Islam , Kont rak da n

    Prod uk Asas. Kuala Lumpur: Telaga Biru.al-Zuhaily,Wahbah, 1999. Fiqh & perundanga n Islam. jld.4. Tanta: Jamiah

    Azhar.

    Nukilan ini dibuat semasa penulis mula berkenalan dengan alam ilmu.

    Oleh sebab itu ia masih tertakluk kepada salah dan benar. Seandainya

    ada kesilapan harap dibetulkan. Dan penulis menyeru kepada saudara /ri

    yang membaca agar tidak hanya menerima mentah setiap tulisan, sila

    rujuk pada rujukan yang berautoriti dan bertanya kepada orang yanglebih mengetahui. Cintailah ilmu. Assalamualaikum.

  • 7/30/2019 Muamalat; Konsep Dan Kategori Akad

    15/15

    TUGASAN-TUGASAN FAKULTI PENGAJIAN ISLAM, UKM 2008/2011

    15