MUHAMMAD IFRAN BIN MD LAZIM 901023-11-5205 … aktiviti latihan, aktiviti kuiz,penggunaan Microsoft...

5
MUHAMMAD IFRAN BIN MD LAZIM 901023-11-5205 PISP RBT 2 SEM 4 1 REFLEKSI Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya dapat saya menyelesaikan tugasan Kerja Kerja Kursus EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran ini. Memang benarlah kata pepatah Melayu, Kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.” Begitu juga dengan kami, jika kami tidak menggembleng tenaga membentuk gagasan yang utuh, sudah tentu tugasan ini berlangsung ala kadar asalkan siap sahaja. Saya tetap ingin melaksanakan tugasan ini dengan cemerlang agar matlamat tugasan yang ingin dicapai akan terlaksana. Terlebih dahulu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dr. Tey Kien Huat selaku pensyarah bagi mata pelajaran Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran kelas saya. Beliau telah membantu saya dan ahli-ahli kumpulan saya sepanjang proses menyiapkan kerja kursus ini. Beliau tidak jemu-jemu untuk memberi penerangan, bimbingan dan tunjuk ajar kepada kami agar kami dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan lebih baik dan mudah. Selain itu, sekalung penghargaan juga kepada rakan-rakan saya yang turut berkongsi maklumat dan sama-sama berbincang bagi menyelesaikan masalah sepanjang proses menyiapkan kerja kursus ini. Pada mulanya , semasa menjalankan tugasan ini, saya telah menghadapi beberapa kesulitan. Ini berlaku disebabkan pengetahuan yang saya ada mengenai bidang Teknologi dalam Pendidikan ini amatlah sedikit, ditambah pula dengan kerja kursus dalam matapelajaran yang lain yang harus dilakukan serta disiapkan pada masa yang sama di samping masa terluang yang saya ada amatlah singkat. Walaubagaimanapun, saya menganggap ia sebagai cabaran kepada diri saya sendiri sebagai bakal guru dimana saya haruslah pandai membahagikan masa semasa menjadi seorang guru suatu masa nanti . Begitu banyak kelebihan dan manfaat yang saya dapat perolehi setelah menyiapkan kerja kursus ini. Pemahaman yang lebih mendalam terhadap aplikasi mencipta satu pengajaran, aktiviti latihan, aktiviti kuiz,penggunaan Microsoft Publisher dalam menghasilkan satu laman web. Sesi pengajaran dan pembelajaran dalam kelas tidak mencukupi bagi saya untuk memahami sukatan pelajaran pada semester ini. Oleh itu, tugasan ini telah banyak membantu saya menerokai segala perkara atau topik yang dipelajari dalam sepanjang semester ini. Malah, saya berpeluang untuk mengaplikasi beberapa teknik fotografi, video, perisian persembahan elektronik dan sebagainya. Hal ini adalah penting kerana sesi pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan menarik dan berkesan di samping mencapai objektif dan hasil pembelajaran. Guru juga dapat menarik perhatian dan

Transcript of MUHAMMAD IFRAN BIN MD LAZIM 901023-11-5205 … aktiviti latihan, aktiviti kuiz,penggunaan Microsoft...

Page 1: MUHAMMAD IFRAN BIN MD LAZIM 901023-11-5205 … aktiviti latihan, aktiviti kuiz,penggunaan Microsoft Publisher dalam menghasilkan satu laman web. ... Sains, Bahasa Melayu dan Bahasa

MUHAMMAD IFRAN BIN MD LAZIM 901023-11-5205 PISP RBT 2 SEM 4

1

REFLEKSI

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya dapat saya

menyelesaikan tugasan Kerja Kerja Kursus EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran Dan

Pembelajaran ini. Memang benarlah kata pepatah Melayu, “Kalau tak dipecahkan ruyung

manakan dapat sagunya.” Begitu juga dengan kami, jika kami tidak menggembleng tenaga

membentuk gagasan yang utuh, sudah tentu tugasan ini berlangsung ala kadar asalkan siap

sahaja. Saya tetap ingin melaksanakan tugasan ini dengan cemerlang agar matlamat

tugasan yang ingin dicapai akan terlaksana.

Terlebih dahulu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan

terima kasih kepada Dr. Tey Kien Huat selaku pensyarah bagi mata pelajaran Teknologi

Dalam Pengajaran dan Pembelajaran kelas saya. Beliau telah membantu saya dan ahli-ahli

kumpulan saya sepanjang proses menyiapkan kerja kursus ini. Beliau tidak jemu-jemu untuk

memberi penerangan, bimbingan dan tunjuk ajar kepada kami agar kami dapat menyiapkan

kerja kursus ini dengan lebih baik dan mudah. Selain itu, sekalung penghargaan juga

kepada rakan-rakan saya yang turut berkongsi maklumat dan sama-sama berbincang bagi

menyelesaikan masalah sepanjang proses menyiapkan kerja kursus ini.

Pada mulanya , semasa menjalankan tugasan ini, saya telah menghadapi beberapa

kesulitan. Ini berlaku disebabkan pengetahuan yang saya ada mengenai bidang Teknologi

dalam Pendidikan ini amatlah sedikit, ditambah pula dengan kerja kursus dalam

matapelajaran yang lain yang harus dilakukan serta disiapkan pada masa yang sama di

samping masa terluang yang saya ada amatlah singkat. Walaubagaimanapun, saya

menganggap ia sebagai cabaran kepada diri saya sendiri sebagai bakal guru dimana saya

haruslah pandai membahagikan masa semasa menjadi seorang guru suatu masa nanti .

Begitu banyak kelebihan dan manfaat yang saya dapat perolehi setelah menyiapkan

kerja kursus ini. Pemahaman yang lebih mendalam terhadap aplikasi mencipta satu

pengajaran, aktiviti latihan, aktiviti kuiz,penggunaan Microsoft Publisher dalam menghasilkan

satu laman web. Sesi pengajaran dan pembelajaran dalam kelas tidak mencukupi bagi saya

untuk memahami sukatan pelajaran pada semester ini. Oleh itu, tugasan ini telah banyak

membantu saya menerokai segala perkara atau topik yang dipelajari dalam sepanjang

semester ini. Malah, saya berpeluang untuk mengaplikasi beberapa teknik fotografi, video,

perisian persembahan elektronik dan sebagainya. Hal ini adalah penting kerana sesi

pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan menarik dan berkesan di

samping mencapai objektif dan hasil pembelajaran. Guru juga dapat menarik perhatian dan

Page 2: MUHAMMAD IFRAN BIN MD LAZIM 901023-11-5205 … aktiviti latihan, aktiviti kuiz,penggunaan Microsoft Publisher dalam menghasilkan satu laman web. ... Sains, Bahasa Melayu dan Bahasa

MUHAMMAD IFRAN BIN MD LAZIM 901023-11-5205 PISP RBT 2 SEM 4

2

minat murid terhadap pembelajaran melalui kecanggihan teknologi alat bantu mengajar yang

disediakan. Di samping itu, nilai-nilai kerjasama dan saling bantu-membantu juga

dipraktikkan semasa menghasilkan tugasan ini secara berkumpulan, kami telah

bekerjasama berbincang dan menghasilkan satu video yang berkaitan dengan pengajaran

dan pembelajaran melalui web. Jadi, walaupun masa yang diberi singkat, saya juga telah

cuba sedaya upaya untuk menyiapkannya dengan baik.

Sepanjang melakukan tugasan ini, saya dapat menimba ilmu tentang cara-cara

menghasilkan video yang menarik serta cara-cara penggunaan kamera video. Sebelum ini,

saya langsung tidak mengetahui cara-cara penggunaan kamera apatah lagi untuk

menghasilkan video. Sekarang saya sudah mampu untuk menggunakan kamera dan serba

sedikit mahir untuk meng‘edit’ video. Saya juga dapat belajar tentang langkah-langkah

penghasilan skrip untuk video. Untuk menghasilkan video yang berkualiti, kita perlukan

perancangan dan persiapan rapi. Melalui tugasan ini, saya dapat belajar bagaimana cara

untuk menghasilkan skrip dan membuat perancangan untuk menghasilkan sesuatu video.

Selepas menyiapkan video, saya juga menghasilkan laman web menggunakan

Microsoft Publisher. Inilah kali pertama saya menggunakan Microsoft Publisher dan saya

berasa perisian ini agak senang digunakan dengan panduan dan bimbingan rakan saya.

Sebelum menghasilkan laman web, saya dikehendaki merancang isi pengajaran yang

hendak saya sampaikan dahulu. Saya telah memilih mata pelajaran,Kemahiran Hidup tajuk

Elektrik dan Elektronik. Untuk menyediakan laman web sebagai e-learning ini, saya harus

mempertimbangkan tahap kognitif dan tahap kemahiran ICT kanak-kanak. Oleh itu, laman

web yang dihasilkan tidak boleh terlalu sukar supaya kanak-kanak dapat melayari internet e-

learning dengan diri sendirinya.

Pengajaran Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) telah dapat dikenal pasti

sebagai bahan yang dapat membantu guru dan pengalaman mereka dalam mata pelajaran

yang diikuti. Pihak Kementerian sedang berusaha menyediakan bahan PPBK yang

secukupnya bagi empat mata pelajaran iaitu Matematik, Sains, Bahasa Melayu dan Bahasa

Inggeris yang akan digunakan oleh pelajar-pelajar. Peranan guru-guru pula adalah untuk

memberikan bantuan sebagai fasilitator di kalangan pelajar. Penggunaan komputer dalam

pendidikan merupakan langkah awal ke arah mewujudkan masyarakat berteknologi selaras

dengan hasrat Wawasan 2020. Komputer dalam pendidikan membolehkan pelajar sekolah

menguasai pengetahuan dan kemahiran asas supaya mereka boleh menggunakan

kemudahan ini untuk pembelajaran dan persediaan menghadapi cabaran masyarakat yang

berasaskan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT).

Page 3: MUHAMMAD IFRAN BIN MD LAZIM 901023-11-5205 … aktiviti latihan, aktiviti kuiz,penggunaan Microsoft Publisher dalam menghasilkan satu laman web. ... Sains, Bahasa Melayu dan Bahasa

MUHAMMAD IFRAN BIN MD LAZIM 901023-11-5205 PISP RBT 2 SEM 4

3

Teknologi pendidikan membawa erti yang besar dalam P&P. Antara kepentingannya

ialah bagi melicinkan proses P & P kerana ia berfokuskan kepada isi-isi penting kepada

topik yang akan disampaikan. Teknologi pendidikan juga dapat menjimatkan masa, tenaga

dan wang , mengelakkan rasa bosan pelajar seterusnya mengekalkan minat pelajar. Ia juga

boleh menghiburkan pelajar serta mengelakkan dari berlakunya tidak faham atau salah tafsir

terhadap konsep melalui deria melihat, mendengar atau menyentuh.

Teknologi pendidikan dapat membetulkan sebarang kekeliruan atau salah tafsir

kerana ia memberi sesuatu gambaran yang menyeluruh dan jelas sesuatu konsep dan

kaitannya dengan kehidupan seharian yang mana ia melibatkan pelbagai deria pelajar

dengan penggunaan visual yang diikuti oleh audio akan melibatkan deria lihat dan dengar

dan mungkin deria sentuh. Penglibatan deria ini akan meningkatkan daya ingatan pelajar.

Ia juga memberi kelainan dan kepelbagaian kepada kaedah mengajar agar dapat membantu

pelajar mendapat kesan pembelajaran yang maksimum dengan penggunaan masa yang

minimum dan memperkayakan pengalaman pelajar dengan menggunakan media bergerak

yang mana boleh memperkayakan pengalaman murid yang tidak pernah mereka lihat atau

alami akan dapat di saksikan sendiri dan seolah-olah mengalaminya.

P&P akan memberikan keselesaan kepada pelajar untuk belajar dan meneroka ilmu

pengetahuan dan kemahiran mengenai komponen perkakasan komputer berasaskan kadar

keupayaan masing-masing selain dapat memudahkan pelajar menimba ilmu pengetahuan

asas, konsep, prinsip dan fakta. Komponen perkakasan komputer adalah berdasarkan

kandungan bahan yang disediakan agar mereka boleh berdikari dalam mencari maklumat

dan penemuan untuk memenuhi sebarang tugasan melalui pencetusan satu perbincangan

yang menarik di kalangan pelajar dan guru. Guru diberi tugas untuk menjana modal insan

gemilang bukanlah satu perkara yang baru tetapi ia adalah matlamat atau impian bagi setiap

guru terhadap pelajar-pelajarnya dalam mengharungi proses P&P.

Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa teknologi dalam pendidikan adalah suatu alat,

prinsip dan pendekatan saintifik dalam merancang dan melaksanakan proses P & P

berbantukan teknologi yang dapat membuka jalan kepada pelajar untuk menguasai atau

memperolehi matlamat pembelajaran yang telah dirancang oleh sesuatu kurikulum atau

mata pelajaran. Definisi ini juga tidak boleh meninggalkan keperluan terhadap peralatan

tertentu seperti bahan bercetak, bahan multimedia, bahan elektronik dan bukan elektronik

yang lain dalam membantu pendidik mencapai matlamatnya.

Untuk menghasilkan satu laman web menggunakan Microsoft Publisher dan muat

naik ke internet bukanlah perkara yang mudah dan sangat mencabar. Saya berasa begitu

Page 4: MUHAMMAD IFRAN BIN MD LAZIM 901023-11-5205 … aktiviti latihan, aktiviti kuiz,penggunaan Microsoft Publisher dalam menghasilkan satu laman web. ... Sains, Bahasa Melayu dan Bahasa

MUHAMMAD IFRAN BIN MD LAZIM 901023-11-5205 PISP RBT 2 SEM 4

4

bimbang untuk melaksanakan tugasan ini kerana saya tidak pernah menghasilkan laman

web dan muat naik ke internet. Namun demikian, cabaran dan halangan ini tidak

mematahkan semangat untuk cuba menghasilkan tugasan yang terbaik. Saya meminta

tunjuk ajar daripada rakan-rakan yang lebih mahir dalam bidang ini. Dengan ini, saya telah

belajar banyak ilmu baru dan kemahiran untuk menyediakan satu laman web sebagai bahan

bantu mengajar. Kemahiran ini sangat berguna kepada saya kerana pada zaman globalisasi

ini, pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan di dalam kelas banyak menggunakan

pendekatan ICT. Pada akhirnya, saya berasa bangga kerana dapat menyiapkan tugasan ini.

Selepas menyiapkan tugasan ini dengan jayanya, saya telah mengambil beberapa

perkara sebagai iktibar dan panduan kepada diri saya untuk menempuhi cabaran

pendidikan yang mendatang. Melalui pelaksanaan tugasan dan amali-amali dalam subjek ini,

saya mempelajari bahawa seseorang guru haruslah menguasai dan mempunyai kemahiran

yang tinggi terhadap penggunaan komputer. Hal ini kerana, secara keseluruhannya amali

dan tugasan yang perlu dilaksanakan menggunakan komputer selaras dengan tajuk kursus

ini. Oleh itu, sebagai pendidik guru mestilah melengkapkan diri dengan kemahiran

menggunakan komputer dengan baik. Jika seseorang guru boleh menyediakan kemahiran

asas ini, kemahiran-kemahiran yang berikutnya sudah pasti dapat dilaksanakan dengan

lebih mudah lagi.

Selain itu, saya juga telah mempelajari bahawa seseorang guru haruslah bijak dan

kreatif dalam memilih, menggunakan dan menghasilkan bahan untuk sesebuah aktiviti

pembelajaran. Kreativiti seseorang guru dalam perkara ini sangat penting dalam membantu

guru menyediakan satu aktiviti dan tajuk pembelajaran yang dapat dilaksanakan dengan

berkesan. Ciri asas sesebuah bahan yang ingin digunakan mestilah menarik kepada murid-

murid. Namun begitu, bahan yang menarik sahaja tidak cukup untuk memastikan sesebuah

aktiviti pembelajaran itu dapat dilaksanakan dengan berkesan. Sebaliknya, sesebuah bahan

tersebut haruslah benar-benar dapat membantu keberkesanan sesebuah aktiviti

pembelajaran tersebut. Justeru itu, kreativiti idea seseorang guru sangat diperlukan dan

dituntut dalam menjayakan perkara ini. Oleh itu, laman web yang dijadikan sebagai bahan

bantu mengajar haruslah senang digunakan oleh kanak-kanak.

Sebagai tambahan, seseorang guru haruslah mengutamakan ciri-ciri tempatan dan

dekat dengan persekitaran murid dalam memilih dan menggunakan bahan-bahan untuk

aktiviti pembelajaran. Ciri-ciri tempatan atau setempat yang dimaksudkan di sini ialah ciri-ciri

yang biasa dilihat oleh murid di persekitaran mereka. Dalam kata lain, perkara-perkara ini

adalah perkara-perkara yang sangat dekat dan diketahui oleh murid. Mengutamakan

pemilihan dan penggunaan bahan bercirikan tempatan ini sudah pasti bertepatan dan

Page 5: MUHAMMAD IFRAN BIN MD LAZIM 901023-11-5205 … aktiviti latihan, aktiviti kuiz,penggunaan Microsoft Publisher dalam menghasilkan satu laman web. ... Sains, Bahasa Melayu dan Bahasa

MUHAMMAD IFRAN BIN MD LAZIM 901023-11-5205 PISP RBT 2 SEM 4

5

bersesuaian kepada murid-murid kerana mereka akan lebih mudah mengikuti dan

memahami isi pembelajaran yang disampaikan. Penjelasan yang dapat diberikan di sini,

murid akan lebih mudah menjawab dan memberi respons kepada guru apabila diajukan

soalan dalam aktiviti pembelajaran. Contoh ciri-ciri tempatan yang boleh digunakan ialah

apa-apa sahaja yang sering dilihat oleh murid di persekitaran mereka seperti buah-buahan

tempatan dan sebagainya.

Manakala, dari segi nilai-nilai murni yang dapat saya pelajari sepanjang pelaksanaan

tugasan ini, saya belajar untuk lebih menghargai masa yang ada dalam melaksanakan

tugasan ini. Maksudnya di sini ialah, apabila sudah mendapat soalan tugasan daripada

pensyarah, saya haruslah bertindak lebih proaktif dengan melaksanakan tugasan ini dengan

seberapa langsung. Hal ini kerana, jika saya dapat melaksanakan tugasan ini lebih awal lagi,

saya akan dapat mengelakkan untuk melaksanakan tugasan pada saat-saat akhir bagi

memastikan tugasan yang saya hasilkan adalah benar-benar berkualiti dan menepati

standard atau piawai yang telah ditetapkan. Pada masa yang sama juga, saya akan dapat

menguruskan masa dengan baik dan berkesan seterusnya mengelakkan budaya kurang

sihat seperti tidur lambat hanya semata-mata untuk menyiapkan tugasan ini.

Sebagai penambahbaikan, saya melihat aspek pengurusan masa ini sebagai

kelemahan saya yang paling ketara sekali. Dalam hal ini, saya mengambil sedikit

pengajaran agar lebih proaktif apabila menerima tugasan daripada pensyarah supaya saya

dapat menguruskan masa yang saya ada dengan sebaiknya dan berkesan. Oleh yang

demikian, saya akan dapat menghasilkan tugasan yang berkualiti selain menggunakan

masa yang terluang untuk tujuan lain yang lebih bermanfaat.

Secara keseluruhannya, guru perlu memahami dan mempunyai kemahiran asas

teknologi dalam pendidikan supaya dapat menghadapai cabaran yang akan datang pada

masa depan seperti menyediakan bahan bantu mengajar menggunakan teknologi. Akhir

sekali, saya berharap tugasan ini dapat memenuhi kriteria tugasan yang baik dan semoga

pengetahuan yang saya perolehi ini dapat diaplikasikan dalam kehidupan saya sebagai

bakal guru kelak.