MUJ mwmrn MOI.OG tuIt RISSSPI ONN H - core.ac.uk · PDF fileSULIT kepentinga Malaysi seperta...

24
MUJ : mwmrn MOI.OGI tut RISSSPIH ONN

Transcript of MUJ mwmrn MOI.OG tuIt RISSSPI ONN H - core.ac.uk · PDF fileSULIT kepentinga Malaysi seperta...

Page 1: MUJ mwmrn MOI.OG tuIt RISSSPI ONN H - core.ac.uk · PDF fileSULIT kepentinga Malaysi seperta yani g ... student's attitud towarde s understandin thg e topic ... 4.3.2 Permasalahan

MUJ: mwmrn MOI.OGI tut RISSSPIH ONN

Page 2: MUJ mwmrn MOI.OG tuIt RISSSPI ONN H - core.ac.uk · PDF fileSULIT kepentinga Malaysi seperta yani g ... student's attitud towarde s understandin thg e topic ... 4.3.2 Permasalahan

f'rRPusT/.t: mi> n u n I i ' I t I.

f • » • <

3 0000 0 0 0 7 1 0 6 8 1>

Page 3: MUJ mwmrn MOI.OG tuIt RISSSPI ONN H - core.ac.uk · PDF fileSULIT kepentinga Malaysi seperta yani g ... student's attitud towarde s understandin thg e topic ... 4.3.2 Permasalahan

KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS*

JUDUL : MENGENALPASTI PERMASALAHAN PELAJAR KURSUS KATERING

DALAM MATA PELAJARAN TEKNOLOGI KATERING

PI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK

SESI PENGAJIAN : 2002/2003

Saya DAVANG SUHATT.A RT AR. RAHTM (HURUF BESAR)

mengaku membenarkan Projek (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di perpustakaan dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Projek Saijana adalah hakmilik Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn. 2. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan Projek Saijana ini sebagai bahan pertukaran antara

Institusi Pengajian Tinggi. 4. ** Sila tandakan ( )

Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau SULIT kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam

AKTA RAHSIA RASMI (1972)

(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan TERHAD oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

Alamat Tetap:

26. TAMAN THSAN. 06000 .TTTRA PN. HJH. SAREBAH BT. WARMAN

KEDAH DARULAMAN. Nama Penyelia

Tarikh : 7 Mac 2003 Tarikh : 7 Mac 2003

CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tcmpoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

• Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Saijana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau I n /DQfui\

Page 4: MUJ mwmrn MOI.OG tuIt RISSSPI ONN H - core.ac.uk · PDF fileSULIT kepentinga Malaysi seperta yani g ... student's attitud towarde s understandin thg e topic ... 4.3.2 Permasalahan

1

PENGESAHAN PENYELIA

'Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karva ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti tujuan penganugerahan

Ijazah Saijana Pendidikan Teknik dan Vokasional"

datangan

na Penyelian

ikh

A : PN. HJH. SAREBAH BINTI WARMAN

: MAC 2003

Page 5: MUJ mwmrn MOI.OG tuIt RISSSPI ONN H - core.ac.uk · PDF fileSULIT kepentinga Malaysi seperta yani g ... student's attitud towarde s understandin thg e topic ... 4.3.2 Permasalahan

11

MENGENALPASTIPERMASALAHAN PELAJAR KURSUS KATERING

DALAM MATA PELAJARAN TEKNOLOGI KATERING

DI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK

DA YANG SUHAILA BINTIAB. RAHIM

Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi SebahagianDaripada Syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional

Fakulti Teknologi Kejuruteraan

Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn

MAC 2003

Page 6: MUJ mwmrn MOI.OG tuIt RISSSPI ONN H - core.ac.uk · PDF fileSULIT kepentinga Malaysi seperta yani g ... student's attitud towarde s understandin thg e topic ... 4.3.2 Permasalahan

iii

PENGAKUAN

"Saya akui karya ini adalah hasil keija saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya."

Tandatangan

Nama Penulis

Tarikh

DAYANG SUHAILA BINTIAB. RAHIM

MAC 2003

Page 7: MUJ mwmrn MOI.OG tuIt RISSSPI ONN H - core.ac.uk · PDF fileSULIT kepentinga Malaysi seperta yani g ... student's attitud towarde s understandin thg e topic ... 4.3.2 Permasalahan

iv

DEDIKASI

Istimewa buat Ayahanda, Tn. Hj. Ab. Rahim Hj. Abu dan Bonda,

Pn. Hjh. Siti Fatimah Harison yang telah memberi sokongan kepada anakanda.

Tidak lupa jua kepada ahli keluarga yang tercinta Emilya Suzana, Fairul Rizal,

Dayang Asmah dan Dayang Syairah di atas kata-kata semangat seterusnya

menambahkan keyakinan pada diri ini.

Tidak dilupakan untuk tunang tersayang, Raja Badiozaman Raja Samat yang telah

memberi galakkan dan sokongan padu.

Terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan sekalian yang memberi bantuan

dalam menjayakan projek sarjana ini.

SEMOGA KALIAN SENTIASA BERADA DIBAWAH PAYUNG RAHMATNYA

DAN KEHIDUPAN KALIAN JUGA DIBERKATI.

Page 8: MUJ mwmrn MOI.OG tuIt RISSSPI ONN H - core.ac.uk · PDF fileSULIT kepentinga Malaysi seperta yani g ... student's attitud towarde s understandin thg e topic ... 4.3.2 Permasalahan

VI

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah S.W.T kerana dengan limpah tauflk

dan kurniaNya, saya dapat jua menyiapkan projek saijana mengikut perancangan yang

telah dirancang sebelum ini.

Saya merakamkan penghargaan ikhlas dan terima kasih kepada penyelia projek

saijana saya iaitu Pn. Hjh. Sarebah Warman kerana telah membantu saya menyiapkan

projek saijana ini. Segala tunjuk ajar, teguran dan ilmu yang diocurahkan amatlah

dihargai dan disanjung tinggi.

Penghargaan juga diberikan kepada seluruh warga Sekolah Menengah Teknik

Muar terutama kepada guru-guru dan para pelajar kursus Katering. Segala keijasama

yang diberikan hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya.

Ucapan terima kasih juga kepada Prof. Madya Dr. Jailani Md. Yunus serta Pn.

Halizah Awang selaku penilai dan pembaca kedua atas keijasama yang telah diberikan.

Segala teguran dan komen yang diberikan amat disanjungi.

Penghargaan juga ditujukan kepada pihak perpustakaan KUiTHHO dan luar

KUiTHHO serta pihat terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menyiapkan

projek saijana ini. Ribuan terima kasih kepada staf-staf KUiTTHO serta rakan-rakan

sepeijuangan yang sama-sama mendapatkan maklumat untuk tujuan penyelidikan serta

saling memahami.

Page 9: MUJ mwmrn MOI.OG tuIt RISSSPI ONN H - core.ac.uk · PDF fileSULIT kepentinga Malaysi seperta yani g ... student's attitud towarde s understandin thg e topic ... 4.3.2 Permasalahan

VI

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti pemasalahan, latar belakang akademik

(sains), motivasi dan sikap pelajar dalam memahami bab Pemakanan. Sampel kajian ini

adalah seramai 30 orang pelajar tingkatan 5 di Sekolah menengah Teknik Muar, Johor

Darul Takzim. Instrumen kajian yang digunakan ialah borang soal selidik. Nilai Alpha-

cronbach bagi kajian rintis ialah 0.8170. Pengkaji menggunakan SPSS versi 10.00 untuk

menganalisis data. Hasil dapatan kajian menunjukkan permasalahan pelajar dalam

memahami bab Pemakanan seperti kurang bahan rujukan, sikap pelajar dan penggunaan

istilah sains yang sukar untuk difahami. Latar belakang akademik pelajar adalah

sederhana iaitu majoriti mendapat C bagi mata pelajaran sains. Gaya pembelajaran dari

aspek rangsangan, emosi, sosiologi dan psikologi adalah tinggi dan ini menunjukkan

tiada masalah yang serius berhubung dengan aspek-aspek tersebut Namun begitu dari

aspek fisiologi adalah sederhana. Motivasi pelajar juga adalah tinggi. Namun begitu,

sikap pelajar dalam memahami bab Pemakanan adalah negatif. Hasil daripada dapatan

kajian, pengkaji telah menghasilkan satu modul cadangan iaitu Modul Pembelajaran

Kendiri Bab Pemakanan.

Page 10: MUJ mwmrn MOI.OG tuIt RISSSPI ONN H - core.ac.uk · PDF fileSULIT kepentinga Malaysi seperta yani g ... student's attitud towarde s understandin thg e topic ... 4.3.2 Permasalahan

vii

ABSTRACT

This study had been done to identify the problem, student's academic background

(in Science), motivation and attitude in understanding the 'Pemakanan' topic. There were

30 form 5 Catering students from Sekolah Menengah Teknik Muar, Johor Darul Takzim

as the sample of this study. The research instrument was a set of questionnaire. The

Alpha-cronbach for pilot test was 0.8170. The finding, which the researcher had used,

was the SPSS version 10.0 of this study had shown there was the problem for the

student's attitude and the usage of un-understandable terms of science. Student's

academic background of science was moderate. Majority of them get C for the subject.

The learning style from the aspects of excitement, emotion, sociology and psychology are

high compared to physiology aspect, which was moderate. It shows that, there are no

serious problems on the aspects. Student's motivation was also high. However, the

student's attitude towards understanding the topic of'Pemakanan' was negative. From

the module's aspect, shows majority of the students accept-the module is suitable for

them. At the end, researcher had produce one self-learning module in 'Pemakanan' as a

suggestion.

Page 11: MUJ mwmrn MOI.OG tuIt RISSSPI ONN H - core.ac.uk · PDF fileSULIT kepentinga Malaysi seperta yani g ... student's attitud towarde s understandin thg e topic ... 4.3.2 Permasalahan

Vlll

ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA M/ SURAT

PENGESAHAN PENYELIA i

HALAMAN JUDUL ii

PERAKUAN PELAJAR iii

DEDIKASI iv

PENGHARGAAN v

ABSTRAK vi

ABSTRACT vii

ISI KANDUNGAN viii

SENARAIJADUAL xii

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI LAMPIRAN xiv

SENARAI SINGKATAN xv

I PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latarbelakang Masalah 4

1.3 Penyataan Masalah 9

1.4 Soalan Kajian 11

1.5 ObjektifKajian 12

1.6 Kerangka Teori 13

1.7 Kepentingan Kajian 14

1.8 Skop Kajian 15

1.9 Defmisi 16

Page 12: MUJ mwmrn MOI.OG tuIt RISSSPI ONN H - core.ac.uk · PDF fileSULIT kepentinga Malaysi seperta yani g ... student's attitud towarde s understandin thg e topic ... 4.3.2 Permasalahan

ix

II SOROTAN KAJIAN 17

2.1 Pengenalan 17

2.2 Kelemahan Pelajar Dalam Pengetahuan Sains 18

2.3 Kaedah Pendidikan Saintifik 19

2.4 Gaya Pembelajaran 20

2.5 Latarbelakang Asas Akademik 22

2.6 Sikap Pelajar 23

2.7 Motivasi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran 24

2.8 Kepentingan Alat Bahan Bantu Mengajar 25

2.9 Modul Pembelajaran Kendiri 26

III METODOLOGI KAJIAN 28

3.1 Pengenalan 28

3.2 Rekabentuk Kajian 29

3.3 Responden dan Sumber Data 29

3.4 Instrumen Kajian 30

3.5 Kaedah pengumpulan Data 32

3.6 Kaedah Analisis Data 32

3.7 Prosedur Kajian 33

3.8 Batasan Kajian 35

IV ANALISIS DATA 36

4.1 Pengenalan 36

4.2 Kajian Rintis 37

4.3 Dapatan Kajian 38

4.3.1 Pencapaian Menengah Rendah (sains) 39

4.3.2 Permasalahan Pelajar Dalam Memahami Bab 40

Pemakanan

4.3.3 Gaya Pembelajaran 42

4.3.3.1 Rangsangan 42

4.3.3.2 Emosi 44

Page 13: MUJ mwmrn MOI.OG tuIt RISSSPI ONN H - core.ac.uk · PDF fileSULIT kepentinga Malaysi seperta yani g ... student's attitud towarde s understandin thg e topic ... 4.3.2 Permasalahan

4.3.3.3 Sosiologi 46

4.3.3.4 Fisiologi 47

4.3.3.5 Psikologi 49

4.3.4 Sikap Pelajar 50

4.3.5 Motivasi 52

V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 54

5.1 Pengenalan 54

5.2 Perbincangan 55

5.2.1 Apakah masalah pelajar tingkatan 5 kursus Katering 56

dalam memahami bab Pemakanan

5.2.2 Apakah latar belakang akademik (sains) pelajar 58

tingkatan 5 kursus Katering di Sekolah Menengah

Teknik?

5.2.3 Bagaimanakah gaya pembelajaran pelajar 59

tingkatan 5 kursus Katering dalam memahami bab

Pemakanan?

5.2.4 Bagaimanakah sikap pelajar tingkatan 5 kursus 62

Katering dalam memahami bab Pemakanan?

5.2.5 Bagaimanakah motivasi pelajar tingkatan 5 kursus 63

Katering dalam memahami bab Pemakanan?

5.3 Cadangan Pembinaan Modul Pembelajaran Kendiri 63

5.4 Rumusan 65

5.5 Cadangan 66

BIBLIOGRAFI 69

LAMPIRAN 74

Page 14: MUJ mwmrn MOI.OG tuIt RISSSPI ONN H - core.ac.uk · PDF fileSULIT kepentinga Malaysi seperta yani g ... student's attitud towarde s understandin thg e topic ... 4.3.2 Permasalahan

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

Jadual 1.1 Kelayakan akademik bagi pelajar lepasan PMR 7

untuk mengikuti bidang Ekonomi Rumah Tangga

Jadual 2.1 Gaya-gaya pembelajaran Dunn dan Dunn (diubahsuai) 21

Jadual 3.1 Skor min , tahap pemahaman dan tafsiran 33

Jadual 3.2 Langkah perlaksanaan kajian 34

Jadual 4.1 Skor Min , tahap persetujuan dan tafsiran 36

Jadual 4.2 Keputusan Kajian Rintis 37

Jadual 4.3 Pencapaian Penilaian Menengah Rendah (Sains) 39

Jadual 4.4 Permasalahan Pelajar Dalam Memahami Bab Pemakanan 40

Jadual 4.5 Rangsangan 42

Jadual 4.6 Emosi 44

Jadual 4.7 Sosiologi 46

Jadual 4.8 Fisiologi 47

Jadual 4.9 Psikologi 49

Jadual 4.10 Sikap Pelajar 50

Jadual 4.11 Motivasi Pelajar 52

Page 15: MUJ mwmrn MOI.OG tuIt RISSSPI ONN H - core.ac.uk · PDF fileSULIT kepentinga Malaysi seperta yani g ... student's attitud towarde s understandin thg e topic ... 4.3.2 Permasalahan

SENARAI RAJAH

NOMBOR RAJAH TAJUK MUKA SURAT

Rajah 1.1

Rajah 1.2

Rajah 5.1

Proses pembelajaran

Kerangka teori kajian

Kronologi Pembinaan Modul

5

13

64

Page 16: MUJ mwmrn MOI.OG tuIt RISSSPI ONN H - core.ac.uk · PDF fileSULIT kepentinga Malaysi seperta yani g ... student's attitud towarde s understandin thg e topic ... 4.3.2 Permasalahan

Xlll

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Borang Soal Selidik 74

B Keputusan Alpha Cronbach Kajian Rintis 85

C Analisis Keputusan Setiap Item 92

D Modul Bab Pemakanan 109

Page 17: MUJ mwmrn MOI.OG tuIt RISSSPI ONN H - core.ac.uk · PDF fileSULIT kepentinga Malaysi seperta yani g ... student's attitud towarde s understandin thg e topic ... 4.3.2 Permasalahan

SENARAI SINGKATAN

ABBM Alat Bahan Bantu Mengajar

ERT Ekonomi Rumah Tangga

ITTHO Institut Teknologi Tun Hussein Onn

KUiTTHO Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn

MPK Modul Pembelajaran Kendiri

PMR Penilaian Menengah Rendah

SPM Sijil Pelajaran Malaysia

SPM(V) Sijil Pelajaran Malaysia (Vokasional)

SPSS Perisian Statistical Package For Social Science

Page 18: MUJ mwmrn MOI.OG tuIt RISSSPI ONN H - core.ac.uk · PDF fileSULIT kepentinga Malaysi seperta yani g ... student's attitud towarde s understandin thg e topic ... 4.3.2 Permasalahan

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Realitinya, pendidikan yang bercorak vokasional sudah mendapat perhatian

kerajaan menerusi Laporan Rahman Talib pada tahun 1960 dan Akta Pelajaran 1961.

Ketika itu, kerajaan menegaskan untuk memberi penekanan kepada pendidikan

vokasional dan teknik untuk memenuhi keperluan tenaga mahir dalam negara.

Sehubungan dengan itu, Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional telah ditubuhkan

pada 1964 untuk memajukan pendidikan teknik dan vokasional dalam negara. Kini

bahagian ini dikenali sebagai Jabatan Pendidikan Teknikal di bawah kelolaan

Kementerian Pendidikan Malaysia (Roslan Rasip, 2002).

Menurut Laporan Kabinet 1979, kerajaan menegaskan bahawa pendidikan

menengah atas akan berteraskan akademik dan vokasional. Sehinggalah dalam Rang

Undang-undang Pendidikan 1995 kerajaan mula mempertingkatkan pendidikan bercorak

teknik dan vokasional. Pendidikan yang bercorak teknik dan vokasional ini telah

dilaksanakan di sekolah - sekolah teknik dan vokasional serta di sekolah akademik.

Page 19: MUJ mwmrn MOI.OG tuIt RISSSPI ONN H - core.ac.uk · PDF fileSULIT kepentinga Malaysi seperta yani g ... student's attitud towarde s understandin thg e topic ... 4.3.2 Permasalahan

1

Terdapat pelbagai bidang kemahiran yang ditawarkan melalui pendidikan teknik

dan vokasional antaranya ialah penerap bata, tukang paip, mekanik am, mekanik

kenderaan, tukang kayu dan tanggam, pembuat pakaian, kemahiran peralatan elektronik

industri, perdagangan, dan kemahiran masakan dan sajian.

Kelainan dari segi isi kandungan yang menekankan aspek pengajaran dan

pembelajaran dari segi kreativiti dan inovasi serta keusahawanan adalah aset yang sangat

berguna untuk membentuk tenaga sumber manusia yang diperlukan untuk memenuhi

wawasan negara. Begitu juga kemahiran-kemahiran yang ditekankan di dalam dan di

luar bilik daijah seperti kemahiran menggunakan pelbagai peralatan tangan, menjahit,

memasak, mencari maklumat, berkomunikasi, mengumpul dan menganalisis maklumat

adalah juga pengalaman yang dapat digunakan dalam kehidupan seharian (Azizi, 2000).

Pada dasarnya mata pelajaran yang bercorak teknikal dan vokasional ini melatih

pelajar-pelajar ke alam pekeijaan yang sebenar di sekolah. Ini adalah selaras dengan

pendapat Fatimah Don (1984) yang mengatakan adalah perlu untuk mewujudkan

kombinasi dunia pekeijaan dengan pendidikan di sekolah. Pengwujudan mata pelajaran

yang bercorak teknikal dan vokasional ini di peringkat persekolahan adalah bertujuan

untuk memberikan pelajar pengetahuan dan kemahiran supaya mereka celik teknologi

dan celik ekonomi. Selain daripada melatih pelajar dengan kemahiran-kemahiran untuk

pekeijaan, ia juga membentuk perkembangan kognitif dan personaliti pelajar supaya

mereka lebih memahami diri sendiri dan alam persekitaran yang bercorak sosial dan

fizikal

Sehubungan dengan itu guru memainkan peranan yang penting dalam melahirkan

pelajar yang dapat menguasai amali dan teori dengan baik. Ini bersamaan dengan

kenyataan Azizi (2000), selain pengetahuan sedia ada dan kemahiran mengajar,

seseorang guru itu perlu mempunyai strategi dalam menjayakan proses pengajaran dan

Page 20: MUJ mwmrn MOI.OG tuIt RISSSPI ONN H - core.ac.uk · PDF fileSULIT kepentinga Malaysi seperta yani g ... student's attitud towarde s understandin thg e topic ... 4.3.2 Permasalahan

3

pembelajaran. Menurut Ee Ah Meng (1999), pembelajaran adalah berbeza-beza bagi

individu atau pelajar yang berlainan. Ada pelajar yang berasa seronok membaca dan

menyelesaikan masalah matematik atau sains. Ada pula yang langsung tidak ingin

membaca dan hanya suka melakukan aktiviti yang berupa amali seperti memasak. Ada

juga segolongan pelajar yang dapat memahami sesuatu isi pembelajaran dengan cepat

dan ada segolongan pelajar yang lambat untuk memahami isi pembelajarannya. Di sinilah

terletaknya cabaran untuk guru menjalankan suatu proses pengajaran dan pembelajaran

dengan berkesan. Antara faktor penting yang menyumbang ke arah keberkesanan proses

ini ialah kepelbagaian penggunaan alat bahan bantu mengajar (ABBM). Kepentingan

penggunaan ABBM ini dinyatakan oleh Ee Ah Meng (1999), guru hendaklah berusaha

untuk menggunakan pelbagai sumber pengajaran dan pembelajaran seperti projektor

overhes, slaid, pita rakaman, poster, kad imbasan dan juga modul bagi membantu para

pelajar memahami sesuatu konsep. Menurut beliau, penggunaan sumber pengajaran dan

pembelajaran lazimnya beijaya menarik minat pelajar terhadap sesuatu topik pelajaran.

Penumpuan pelajar terhadap sesuatu topik pelajaran dapat meningkatkan lagi tahap

pemahaman mereka dalam topik tersebut dan secara tidak langsung ia dapat memberi

kesan yang positif serta keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.

Di sini dapat dilihat kepentingan proses pengajaran dan pembelajaran dalam

meningkatkan kualiti pemahaman pelajar. Berdasarkan kepentingan itu pengkaji

mendapati jika proses pengajaran dan pembelajaran dalam mencapai objektif-objektif

program ERT yang sedia ada kurang diberi penekanan, implikasinya nanti akan

melahirkan produk (pelajar) yang kurang berkualiti dari segi kemahiran dan

pengetahuannnya. Ini akan memberi kesan yang kurang baik di dalam memenuhi aspirasi

Kementerian Pendidikan dalam menyediakan sumber manusia yang berkualiti.

Page 21: MUJ mwmrn MOI.OG tuIt RISSSPI ONN H - core.ac.uk · PDF fileSULIT kepentinga Malaysi seperta yani g ... student's attitud towarde s understandin thg e topic ... 4.3.2 Permasalahan

4

1.2 Latar belakang Masalah

Kursus Katering Makanan merupakan salah satu kursus yang ditawarkan oleh

bahagian Ekonomi Rumahtangga (ERT) di Sekolah Menengah Teknik. Mata pelajaran

teras yang terdapat dalam kursus Katering ini ialah Perkhidmatan Makanan, Teknologi

Katering dan Perdagangan. Penilaian bagi kursus ini merangkumi teori dan amali

Jika dilihat dalam senario sekarang, menurut Ramlee (1999), terdapat rungutan di

kalangan majikan dan pihak swasta yang mengatakan bahawa sistem pendidikan kita

tidak menyediakan pelajar dengan baik untuk menghadapi cabaran dan tuntutan alam

pekeijaan yang semakin mencabar. Namun pun begitu para majikan ini tidak menolak

bahawa pendidikan teknik dan vokasional ini penting dalam membantu menyediakan

tenaga mahir dan separa mahir yang diperlukan ke arah merealisasikan Wawasan 2020.

Dari penyataan ini dapat dilihat kombinasi teori dan amali adalah penting dalam

mencapai objektif ERT seperti yang dikehendaki dalam kursus Katering khususnya.

Objektif ERT yang dimaksudkan itu ialah untuk mengenalpasti keperluan

manusia dan persekitaran di samping berupaya menggunakan pengetahuan yang ada

untuk membuat justifikasi, memanipulasi, merancang, mentafsir, menilai sebarang

keputusan dan tindakan. Ia juga berharap agar pelajar dapat mengaitkan mata pelajaran

tersebut dengan persekitaran. Ianya selari dengan matlamat atau rasional pendidikan

teknik dan vokasional iaitu untuk menyediakan pelajar dengan pengetahuan asas dan

kemahiran bagi memenuhi keperluan sektor industri dan perdagangan.

Dalam mencapai objektif ERT ia melibatkan proses pengajaran dan pembelajaran.

Menurut Coombs (1999), proses pengajaran dan pembelajaran ini penting kerana jika

Page 22: MUJ mwmrn MOI.OG tuIt RISSSPI ONN H - core.ac.uk · PDF fileSULIT kepentinga Malaysi seperta yani g ... student's attitud towarde s understandin thg e topic ... 4.3.2 Permasalahan

5

guru mengaplikasikan strategi pengajaran yang bersesuaian, pemahaman serta

pencapaian pelajar dapat dipertingkatkan dan diperbaiki dari masa ke semasa.

Dari aspek pembelajaran terdapat pelbagai teori yang telah dilahirkan oleh para

ilmiah dari Iuar negara. Antara teori yang masih digunapakai sehingga ke hari ini ialah

teori kognitif. Menurut ahli teori kognitif iaitu Gagne (1985), proses pembelajaran

melibatkan beberapa fasa, seperti yang ditunjukkan dalam rajah 1.

Rajah 1.1 : Proses pembelajaran - Gagne, R. M., The Conditions of Learning and Theory

of Instruction, BCS Publishing Asia Ltd., New York 1985.

Jika dilihat pada keseluruhan proses pembelajaran ini, teori kognitif

mengandaikan manusia menggunakan akal fikiran semasa belajar. Manusia boleh

berfikir, membuat pilihan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah kerana

keupayaan kognitif yang tinggi. Pembelajaran yang berkesan pula menggunakan celik

akal dan kefahaman dan bukan secara hafalan atau cuba jaya. Secara tidak langsung ia

menunjukkan keberkesanan sesuatu proses pembelajaran bergantung pada sikap pelajar

Page 23: MUJ mwmrn MOI.OG tuIt RISSSPI ONN H - core.ac.uk · PDF fileSULIT kepentinga Malaysi seperta yani g ... student's attitud towarde s understandin thg e topic ... 4.3.2 Permasalahan

6

itu sendiri dalam menjalani proses pembelajaran serta motivasi yang diterima. Menurut

Ee Ah Meng (1999), cara pelajar dalam menjalani sesuatu proses pembelajaran inilah

yang dipanggil gaya pembelajaran.

Dari aspek gaya pembelajaran pula, menurut Jawatan Kuasa Penyelidikan dan

Penerbitan Maktab Perguruan Kota (1996), adalah menjadi tanggungjawab para pendidik

untuk memperkembangkan potensi para pelajar dalam memperkembangkan ilmu

pengetahuan mereka dan mengikut kajian Chamot dan rakan-rakan (1988),pelajar-pelajar

yang beijaya didapati menggunakan pelbagai strategi pembelajaran untuk melaksanakan

tugasan mereka. Pel ajar-pel ajar yang kurang beijaya pula menggunakan sedikit sahaja

daripada strategi-strategi pembelajaran tersebut. Dari dapatan ini boleh dikatakan bahawa

gaya pembelajaran seseorang pelajar itu turut mempengaruhi tahap pemahaman mereka

dalam mempelajari sesuatu. Walau bagaimanapun masalah yang timbul ialah setiap

pelajar menunjukkan perbezaan individu yang amat nyata. Ee Ah Meng (1999)

mengatakan bahawa gaya pembelajaran setiap individu adalah berbeza. Berdasarkan

perbezaan tersebut menurut Joyce and Weil (2000), para pendidik perlu merancang

strategi dan teknik pengajaran dan pembelajaran yang akur dengan gaya pembelajaran

yang berbeza-beza di kalangan pelajar mereka Ketiadaan padanan di antara gaya

pengajaran guru dengan gaya pembelajaran pelajar boleh mengakibatkan pemindahan

pembelajaran yang kurang sempuma. Ini diakui oleh Dunn (1990) yang menyatakan,

'Students are not failing because of the curriculum. Students can learn almost any subject matter when they are taught with methods and approaches responsive to their learning style strenghts; those same students fail when they are taught in an instructional style dissonant with their strenghts'.

Selain daripada gaya pembelajaran, latar belakang asas akademik pelajar juga

memainkan peranan dalam keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut

T. Subahan (1983), terdapat pertalian positif di antara pencapaian pembelajaran di satu

peringkat sekolah dengan pencapaian akademik di peringkat berikutnya. Hasil kajian

Page 24: MUJ mwmrn MOI.OG tuIt RISSSPI ONN H - core.ac.uk · PDF fileSULIT kepentinga Malaysi seperta yani g ... student's attitud towarde s understandin thg e topic ... 4.3.2 Permasalahan

7

beliau pada keseluruhannya menunjukkan bahawa pelajar-pelajar yang berkelulusan

lemah pada peringkat menengah akan memperolehi keputusan yang lemah juga di

peringkat menengah atas.

Secara rasionalnya, jika dirujuk pada syarat minimum kemasukan pelajar ke

tingkatan 4 (jadual 1.1) bagi kursus Katering bolehlah dinyatakan bahawa syarat yang

dikenakan untuk mata pelajaran sains adalah sangat rendah iaitu C.

Jadual 1.1: Kelayakan akademik bagi pelajar lepasan PMR untuk mengikuti bidang

Ekonomi Rumah Tangga (Kementerian Pendidikan Malaysia 2001)

Bidang Kursus Pencapaian Mata Pelajaran PMR Bidang Kursus

Syarat Utama Syarat Lain

Ekonomi Rumah Tangga

1. Katering

2. Rekaan Fesyen & Membuat Pakaian

3. Asuhan Kanak-kanak

4. Bakeri & Konfeksionari

Mendapat pencapaian minimum dalam semua mata pelajaran di bawah:

Bahasa Melayu C

Matematik D Kem. Hidup C

Mendapat pencapaian minimum di Peringkat D dalam 1 mata pelajaran lain.

Hasil daripada pemerhatian yang dibuat bagi kertas teknologi Katering dari tahun

1989 hingga tahun 2001 pengkaji mendapati, soalan bab Pemakanan menjadi tajuk utama

pada setiap tahun dalam peperiksan SPM(V). Jika dilihat pada isi kandungan bab

Pemakanan, ia merupakan bab yang berbentuk sains di mana ia memerlukan pelajar

memahami dan menguasai isi pelajaran yang meliputi zat makanan, penghadaman dan

penyerapan.