Muka 23 I 7 September 2020 - 13 September 2020 I 19 ......Melakaku Maju Jaya, Rakyat Bahagia,...

24
Melakaku Maju Jaya, Rakyat Bahagia, Menggamit Dunia NASKHAH PERCUMA Pemantapan Komuniti India Di Melaka Edisi 14 I 7 September 2020 - 13 September 2020 I 19 Muharam 1442H - 25 Muharam 1442H I PP 19464/D4/2019/ (035072) I Sejak 1982 I www.melakahariini.my I Melakahariini USAHA memantapkan komuniti India di negeri ini merupakan antara intipati utama pemimpin NGO masyarakat India Melaka, Datuk M.S. Mahadevan. Beliau berkongsi misi serta pandangan melibatkan : Awasi asakan Selangor Muka 23 Usaha atasi masalah sosial, sijil lahir, warganegara Buka lebih banyak peluang pekerjaan termasuk di sektor awam Ikon mahu belia India rebut peluang Muka 2 dan 3 Pesanan merdeka buat rakyat Melaka Muka 4 FRONTPAGE - EDISI 7 - 13 SEPTEMBER 2020 - Am_Layout 1 4/9/2020 6:26 PM Page 2

Transcript of Muka 23 I 7 September 2020 - 13 September 2020 I 19 ......Melakaku Maju Jaya, Rakyat Bahagia,...

Page 1: Muka 23 I 7 September 2020 - 13 September 2020 I 19 ......Melakaku Maju Jaya, Rakyat Bahagia, Menggamit Dunia Pemantapan NASKHAH PERCUMA Komuniti India Di Melaka Edisi 14 I 7 September

Melakaku Maju Jaya, Rakyat Bahagia, Menggamit Dunia

NASKHAH PERCUMA

Pemantapan Komuniti India Di Melaka

Edisi 14 I 7 September 2020 - 13 September 2020 I 19 Muharam 1442H - 25 Muharam 1442H I PP 19464/D4/2019/ (035072) I Sejak 1982 I www.melakahariini.my I Melakahariini

USAHA memantapkan komuniti India di negeri ini merupakan antara intipati utama pemimpin NGO masyarakat India Melaka, Datuk M.S. Mahadevan. Beliau berkongsi misi serta pandangan melibatkan :

Awasi asakan SelangorMuka 23

Usaha atasi masalah sosial, sijil lahir, warganegaraBuka lebih banyak peluang pekerjaan termasuk di sektor awamIkon mahu belia India rebut peluang

Muka 2 dan 3

Pesanan merdeka buat rakyat Melaka Muka 4

FRONTPAGE - EDISI 7 - 13 SEPTEMBER 2020 - Am_Layout 1 4/9/2020 6:26 PM Page 2

Page 2: Muka 23 I 7 September 2020 - 13 September 2020 I 19 ......Melakaku Maju Jaya, Rakyat Bahagia, Menggamit Dunia Pemantapan NASKHAH PERCUMA Komuniti India Di Melaka Edisi 14 I 7 September

Edisi 7 September 2020 - 13 September 2020 l 19 Muharam 1442H-25 Muharam 1442H2

Saliawati Salberi PAYA RUMPUT - Badan bukan kerajaan (NGO) dan persatuan India di negeri ini komited dalam membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi ko-muniti itu khususnya me-reka yang tidak mahu berubah untuk kehidupan yang lebih baik. Pengerusi Persatuan Khidmat Masyarakat In-dia Negeri Melaka Datuk M.S. Mahadevan berkata, akibat daripada sikap itu ia secara tidak langsung memberi impak kepada generasi muda sehing-gakan ada yang tidak menghabiskan pelajaran sampai tingkatan lima. Beliau berkata, se-lain masalah sosial, per-

masalahan yang sering dihadapi dalam komuniti India adalah ada di an-tara mereka yang tiada sijil kelahiran walaupun sudah berumur 25 tahun serta tidak mendaftarkan perkahwinan sehingga dianggap sebagai warga asing kerana tidak mem-punyai dokumen yang boleh menyokong men-gatakan mereka rakyat Malaysia. “Di Melaka terdapat lebih 50 NGO termasuk persatuan yang bertang-gungjawab bukan sahaja dalam hal etnik malah membantu menyelesai-kan isu-isu ini dengan mengadakan aktiviti bu-lanan serta tahunan dengan mengumpulkan remaja supaya mereka ti-

dak terus ke jalan tidak sihat. “Mendapat tahu jum-lah kes-kes jenayah dalam kalangan masyarakat India memang sedih dan kami kini sedang mengadakan pelbagai program untuk bangunkan semula me-reka termasuk menganjur-kan aktiviti kebajikan,” katanya ketika ditemui Me-laka Hari Ini baru-baru ini. Menurutnya, kurang-nya kepentingan akademik serta latar belakang keluar-ga yang bermasalah dalam segelintir komuniti India turut mengakibat berlaku-nya masalah sosial. “Apabila mereka ini terdiri daripada keluarga bermasalah, ibu bapa be-rantakan anak-anak tidak diberi perhatian dan do-

rongan sehingga menje-jaskan persekolahan. Apabila dipanggil ibu ba-pa, mereka tidak berminat untuk memberikan ker-jasama. “Malah kami NGO termasuk Per-satuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), kita se-dang mengambil langkah membantu serta mengenal pasti apa yang mereka alami di pering-kat menengah sehingga timbul masalah sedan-gkan ketika di sekolah rendah mereka murid ce-merlang,” katanya. Mahadevan berkata, pihaknya amat berharap agar komuniti India ke-hadapan untuk tampil merebut peluang dan ruang yang disediakan

kerajaan dalam mem-bantu mereka mengubah kehidupan lebih baik. “Selain terdapat uni-versiti dan kolej khas un-tuk masyarakat India dengan tawaran biasiswa serta pinjaman selain ke-rajaan sendiri membuka peluang untuk mengikuti pengajian vokasional yang menjanjikan pe-luang pekerjaan tetapi

ramai yang tidak bermi-nat,” katanya. Ujar beliau, pihaknya juga turut bersama-sama dengan kerajaan negeri mengenal pasti masalah dan cuba mencari penyele-saian termasuk dengan bantuan beberapa agensi kerajaan lain iaitu Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jabatan Pendaftaran Ne-gara.

MAHADEVAN

KERAJAAN negeri diharap dapat mempertimbangkan dengan men-yediakan lebih banyak peluang pekerjaan kepada masyarakat In-dia di negeri ini bagi memboleh-kan komuniti itu yang mempunyai kelayakan menda-pat pekerjaan bersesuai dengan kelayakan dimiliki. Datuk M.S. Mahadevan ber-kata, peluang tersebut wajar di-berikan kepada masyarakat India berkelayakan lebih-lebih lagi komuniti itu menganggap bekerja di sektor awam sebagai kebanggaan. Beliau berkata, hal ini bu-kan sahaja dihadapi masyarakat India di Melaka tetapi di per-ingkat nasional apabila graduan lepasan universiti terpaksa ber-hadapan situasi ini. “Untuk masyarakat India mendapatkan pekerjaan di sek-tor awam atau badan berkanun adalah kebanggaan buat mereka. “Bagaimanapun disebabkan persaingan sengit ada yang mempunyai kelayakan terpaksa bekerja di sektor lain contohnya menjadi operator kilang dan menjalankan perniagaan kecil-kecilan malah ada yang berhijrah bekerja di luar,” katanya. Menurutnya, beliau difa-hamkan profesion guru mere-kodkan jumlah penjawat awam tertinggi bagi masyarakat India negeri ini berbanding yang ber-tugas di jabatan kerajaan serta pihak berkuasa tempatan

(PBT). “Isu ini kerap menjadi isu dalam kalangan belia dan lep-asan universiti kerana setiap tahun jumlah graduan bertam-bah,” katanya. Mengulas lanjut, kerajaan negeri khasnya sentiasa membe-ri perhatian dalam hal ini setiap kali dibawa dalam perbincangan namun beliau amat berharap agar ada perkhabaran gembira buat komuniti itu dalam sama-sama memberikan perkhidma-tan terbaik untuk rakyat.

PROFESION guru merekodkan jumlah penjawat awam tertinggi bagi masyarakat India negeri ini.

Statistik 5 Kawasan Pengundi Komuniti India Tertinggi di Melaka

Mengikut DUN Tahun 2018

Anggaran Penduduk Melaka Pertengahan Tahun 2020

WAWANCARA KHAS

Sumber Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Melaka Sumber MIC Melaka

NGO, persatuan India komited bantu masalah komuniti

Beri peluang di sektor awam

SELESAI MASALAH KOMUNITI

PELUANG PEKERJAAN

5.54%

16.26%

14.25%8.30% 16.31%

14.21%

7-13 september-jot_Layout 1 4/9/2020 5:45 PM Page 5

Page 3: Muka 23 I 7 September 2020 - 13 September 2020 I 19 ......Melakaku Maju Jaya, Rakyat Bahagia, Menggamit Dunia Pemantapan NASKHAH PERCUMA Komuniti India Di Melaka Edisi 14 I 7 September

3

Edisi 7 September 2020 -13 September 2020 l 19 Muharam 1442H-25 Muharam 1442H

KEBAJIKAN

POTENSI BELIA

KESEJAHTERAAN masyarakat India di negeri ini tidak pernah diketepi atau dipinggirkan malah menjadi keutamaan kerajaan negeri dalam menyelesaikan per-masalahan yang dihadapi komu-niti itu. Datuk M.S. Mahadevan ber-kata, walaupun populasi India di negeri ini hanya 50,000 orang

tetapi perhatian yang diberikan pihak kerajaan negeri teruta-manya Ketua Menteri Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali membuatkan komuniti tidak rasa terpinggir. Menurut beliau, dalam la-watan Ziarah Kasih, Sulaiman bukan hanya turun padang sea-wal lima pagi untuk berjumpa masyarakat Melayu, malah turut meluangkan masa berkunjung

dan bertanya khabar dan ma-salah kaum lain termasuk India dan Cina. “Setiap kali kami berjumpa perkataan pertama yang akan di-tanya beliau kepada saya adalah apakah masalah yang dihadapi masyarakat India, apa yang saya sudah lakukan untuk selesaikan masalah serta apa yang kamu

perlu saya tolong. Ini adalah anta-ra-antara yang beliau akan tanya. “Malah memandangkan waktu ini juga tiada EXCO khas untuk mewakili masyarakat In-dia, beliau melantik saya sebagai Setiausaha Khas (Hal Ehwal Ma-syarakat India) kepadanya dalam memainkan peranan serta diper-tanggungjawab untuk memban-

tu dalam hal berkaitan masalah masyarakat India,” katanya. Mahadevan berkata, setiap permasalahan dan aduan diteri-ma yang kemudiannya dibawa untuk dibincangkan dengan pi-hak kerajaan negeri turut men-dapat reaksi dan tindak balas positif dalam mencari jalan penyelesaian.

“TIADA isu masyarakat India dipinggir atau disisihkan tetapi setiap individu perlu merebut peluang yang ada untuk mema-jukan diri mereka sekali gus mencipta ke-jayaan,” itu kata aktivis belia B. Dhanesh. Beliau, 28, yang juga penerima Anu-gerah Perdana Belia Negara Peringkat Negeri Melaka 2019 berkata, seseorang itu tidak boleh terus membiarkan diri mereka berada dalam zon selesa sedangkan mereka mampu memperoleh kehidupan lebih baik. “Peluang itu ada tetapi mereka tidak boleh mengambil sikap menunggu untuk ‘disuap’ sebaliknya perlu ke hadapan dan merebutnya. “Saya sebagai Pengerusi Majlis Belia India Malaysia Melaka turut berdepan situasi dalam menarik lebih ramai untuk menjadi ahli kerana mereka mengambil

pendekatan kita turun padang pergi kepada mereka,” katanya. Mengulas lanjut dia berkata, masya-rakat India di Melaka khususnya bertuah kerana negeri ini bersikap lagi terbuka dan berpeluang membabitkan diri dalam per-tubuhan. “Contohnya di Majlis Gabungan Belia Melaka (MGBM), kita terdapat empat wakil komuniti India dan ini sudah me-madai memandangkan populasi kami kecil. Mustahil untuk kami minta sampai 10 wakil berdasarkan populasi. “Saya rasa di Melaka kami diberi ke-samarataan iaitu dari segi ‘equal opportu-nity’, masalahnya belia ini mereka tidak mahu ke hadapan mencari dan merebut peluang,” katanya yang juga Presiden Per-satuan Pemuda India Negeri Melaka. Mengulas lanjut Dhanesh yang juga

Koordinator Belia Pertubuhan Komanwel Diraja Benua Asia berkata, dia amat berharap agar sesetengah tidak terus be-rada dalam zon selesa dengan kehidu-pan sekarang sebaliknya perlu sama tampil dan terbabit dalam pertubuhan, mengambil tahu isu semasa serta poli-tik.

“Saya amat berharap agar belia ber-sikap progresif dan apabila ada peluang kita perlu merebutnya serta jangan malu untuk bertanya dan menonjolkan ke-bolehan yang ada,” katanya yang kini dipertanggungjawab memantau tujuh benua Asia membabitkan hal belia di-bawahnya.

Belia perlu rebut peluang

WAWANCARA KHAS

Saliawati Salberi

SULAIMAN menyantuni masyarakat India pada program Kunjungan Kasih di Taman Bukit Katil baru-baru ini.

Melaka Tengah

Alor Gajah

Jasin22,900

15,300

15,700

Walaupun populasi India di negeri ini hanya 50,000 orang tetapi perhatian yang diberikan

pihak kerajaan negeri terutamanya Ketua Menteri

Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali membuatkan komuniti

tidak rasa terpinggir.

“ “

Datuk M.S. Mahadevan

Sumber Jabatan Perangkaan Malaysia

Masyarakat India di hati Ketua Menteri

DHANESH (berdiri empat dari kiri) bersama kumpulan pemuda komuniti India ketika melakukan program kebajikan baru-baru ini.

sec1-mimie (7sept-13sept2020)NEW_Layout 1 5/9/2020 12:09 AM Page 2

Page 4: Muka 23 I 7 September 2020 - 13 September 2020 I 19 ......Melakaku Maju Jaya, Rakyat Bahagia, Menggamit Dunia Pemantapan NASKHAH PERCUMA Komuniti India Di Melaka Edisi 14 I 7 September

4Edisi 7 September 2020 - 13 September 2020 I 19 Muharam 1442H - 25 Muharam 1442H

MOHD Ali memberikan tabik hormat.

Suburkan nilai-nilai murni

dan patriotisme dalam kalangan rakyat

AYER KEROH - Tiga pe-sanan Merdeka disuara-kan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali supaya rakyat ne-geri ini sama-sama meng-hayati sambutan Hari Kebangsaan Ke-63 tahun ini. Pesanan pertama be-liau adalah meminta agar rakyat dapat mengukuh-kan semangat perpaduan dan kebersatuan dalam kalangan masyarakat, se-bagai persiapan untuk berdepan pelbagai caba-ran semasa serta era akan

datang. Beliau turut merayu kepada rakyat agar sama-sama suburkan nilai-nilai murni dan patriotisme dalam kalangan rakyat, dengan menanamkan roh serta semangat mencintai negeri serta negara yang wajib di pertahankan ber-sama. Manakala pesanan ketiga beliau adalah, men-gajak semua untuk mewa-jah dan mewariskan sebuah negeri yang lestari atas kerangka tunjang Melaka Rumahku maju jaya, se-jahtera dan bahagia.

Ianya buat masyara-kat masa kini serta gen-erasi mendatang di mana nikmat kemakmurannya boleh dirasai semua go-longan, tidak kira petani, nelayan, pekebun kecil, peniaga, penjawat awam, cikgu, pensyarah, penarik beca dan pemandu teksi serta kelompok rakyat berpendapatan bawah 40 peratus (B40). Sulaiman, dalam uca-pannya juga berkata, walaupun adakalanya tim-bul suara sumbang yang mahu menggugat keten-teraman antara sesama

rakyat, dengan meniup-kan isu dan sentimen api perkauman sebagai rakyat kita perlulah menolak fa-haman sedemikian. “Rakyat Malaysia khususnya Melaka secara keseluruhan perlulah me-nolak fahaman sempit sedemikian dengan tetap berpegang kepada prinsip tasamuh atau tolak ansur serta saling hormat-meng-hormati antara satu sama lain. “Ia sebagaimana di-gariskan dalam kerangka prinsip Rukun Negara dan Perlembagaan Perseku-tuan,” katanya. Beliau berkata demi-kian dalam Majlis Sambu-tan Hari Kebangsaan Ke-63 Peringkat Negeri Melaka di Seri Negeri, baru-baru ini. Hadir pada majlis itu Yang di-Pertua Negeri Melaka Tun Seri Setia

(Dr.) Haji Mohd Ali Mohd Rustam dan isteri Toh Puan Asmah Abd Rahman dan Speaker Dewan Un-dangan Negeri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh. Turut hadir, Setiausa-ha Kerajaan Melaka Datuk Seri Dr. Hasim Hasan. Terdahulu, laungan Merdeka sebanyak tujuh kali bergema di per-karangan Seri Negeri dan upacara dimulakan den-gan nyanyian lagu Ne-garaku dan menaikkan Jalur Gemilang oleh Ang-gota 3 Rejimen Kor Polis Tentera Diraja Kem Te-rendak. Kehadiran petugas barisan hadapan ‘front-liners’ negeri ini antara-nya Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Ten-tera Malaysia (ATM) dan petugas perubatan me-meriahkan lagi majlis. Beberapa persemba-

han kebudayaan bertema-kan patriotik antaranya Dekon Puisi diketuai Ika-tan Persuratan Melayu Melaka, Marhaen Teater Grup, Jebat Teater Pro-duction serta Tokoh Seni Berbahasa Melaka dan Medley Patriotik yang ter-diri daripada gabungan penyanyi Majlis Ban-daraya Melaka Bersejarah (MBMB), Briged Seni, Inswa, Melaka River Crui-se, guru muzik Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah (MOZAC) Ayer Keroh dan ahli koir ke-bangsaan, pelajar univer-siti serta graduan Muzik Universiti Teknologi Mara (UiTM). Malah turut diada-kan Boria Kesidang Me-laka yang dilakonkan gabungan badan bukan kerajaan (NGO) Melaka menerusi Citra Warisan Jemari.

Tiga pesanan Merdeka buat rakyat Melaka

Saliawati Salberi

ANGGOTA 3 Rejimen Kor Polis Tentera Diraja Kem Terendak mengusung Jalur Gemilang untuk dikibarkan.

EDISI 7 - 13 SEPTEMBER 2020 - Am_Layout 1 4/9/2020 5:51 PM Page 1

Page 5: Muka 23 I 7 September 2020 - 13 September 2020 I 19 ......Melakaku Maju Jaya, Rakyat Bahagia, Menggamit Dunia Pemantapan NASKHAH PERCUMA Komuniti India Di Melaka Edisi 14 I 7 September

5Edisi 7 September 2020 - 13 September 2020 I 19 Muharam 1442H - 25 Muharam 1442H

Warna-warni Merdeka

AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Rumput Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen mengibarkan Jalur Gemilang. Foto Facebook

KETUA Menteri Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali membawa motosikal pada Program Kembara Aspirasi Merdeka MelakaFM 2020, baru-baru ini.

SULAIMAN bersama Jailani mengibarkan Jalur Gemilang pada Program FB Live Hari Kebangsaan sempena Hari Kebangsaan semasa menyelusuri Sungai Melaka di atas Kapal Mendam Berahi.

GURU Sekolah Kebangsaan Sungai Rambai Shamsudin Atan menunjukkan kereta jenis Perodua Kancil miliknya yang dihiasi Jalur Gemilang.

KAKITANGAN Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) bergambar sambil memegang Jalur Gemilang sebagai tanda semangat patriotik sempena Bulan Kebangsaan, baru-baru ini.

EXCO Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri Datuk Muhammad Jailani Khamis mengibarkan Jalur Gemilang di Sungai Melaka.

ANTARA anak Melaka yang bersemangat memakai baju tradisional bertemakan Jalur Gemilang bersempena Sambutan Kemerdekaan Negara Ke-63.

EDISI 7 - 13 SEPTEMBER 2020 - Am_Layout 1 5/9/2020 12:42 AM Page 2

Page 6: Muka 23 I 7 September 2020 - 13 September 2020 I 19 ......Melakaku Maju Jaya, Rakyat Bahagia, Menggamit Dunia Pemantapan NASKHAH PERCUMA Komuniti India Di Melaka Edisi 14 I 7 September

Edisi 7 September 2020 -13 September 2020 l 19 Muharam 1442H-25 Muharam 1442H6

AYER KEROH - Kerajaan negeri menyambut baik cadangan bagi memperkenalkan subsektor pe-lancongan agama sebagai penam- bahan baharu daripada 13 sub-sektor pelancongan yang terdapat di negeri ini. Ketua Menteri Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md. Ali berkata, cadangan yang diutara-kan Bahagian Promosi Pelancon-gan (BPP) Jabatan Ketua Menteri Melaka disambut baik bagaima-napun ia perlu diperincikan bagi menepati kriteria berkenaan yang mampu menjadi tarikan baharu pelancongan di negeri ini. Jelasnya, pelbagai kesan se-jarah khususnya dalam penyeba-ran Islam yang suatu ketika dahulu menjadikan Melaka terke-nal sebagai pusat perkembangan Islam perlu diperkenalkan den-gan lebih meluas bagi mem-perkasa sektor ekonomi utama Melaka.

“Melalui pelaksanaan sub-sektor ini, kerajaan negeri akan memperkasa pelbagai pendeka-tan termasuk memperkenalkan perkhidmatan hotel patuh syariah dan menaikkan lokasi-lokasi keagamaan yang bersejarah di negeri ini. “Seperti contoh kita mem-punyai pelbagai masjid-masjid lama yang menjadi tinggalan se-jarah, malah negeri ini juga turut mempunyai ramai tokoh-tokoh keagamaan yang memperkenal-kan ajaran Islam di Melaka suatu ketika dahulu.

“Malah pelbagai pendekatan lain termasuk menjejaki tempat kelahiran mereka serta pelbagai lagi mampu menjadi produk ba-haru pelancongan Melaka na-mun apa pun kita perlu fikir dahulu dan melihat apakah faktor yang boleh diangkat dan perlu di-laksanakan melalui pelbagai per-incian lain,” katanya ketika dite- mui pemberita selepas mela-kukan lawatan kerja di Kota Ce-merlang, baru-baru ini. Dalam perkembangan lain, Pengerusi Jawatankuasa Pelan-congan, Warisan dan Kebudaya-

an negeri Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata, setakat Ogos jumlah kehadiran pelan-cong sudah dianggarkan sekitar lima juta orang dan ia dijangka akan terus bertambah apabila tibanya hujung minggu dan cuti umum. “Menjelang cuti sekolah pa-da November dan Disember, jika Melaka kekal hijau (COVID-19) dan tiada sebarang kes baharu berlaku, saya rasa mungkin kita akan mencecah 5.6 juta pelancong dan mampu capai angka 7 juta. “Apapun, terima kasih diu-capkan kepada semua yang mem-bantu merealisasikan sasaran ini. Melihat data sahaja sudah mem-buatkan saya cukup gembira,” katanya yang ditemui di Majlis Ambang Merdeka di Sungai Melaka, baru-baru ini. Mengulas mengenai tempa-han hotel, Muhammad Jailani berkata, setakat Ogos, Melaka sudah menerima sebanyak 43,073 tempahan hotel dan jum-lah itu akan terus meningkat.

“Sejak dikuatkuasakan PKPP 10 Jun lalu, kita sudah menerima tempahan hotel sebanyak 4,932. Dalam masa dua minggu selepas itu, jumlah tersebut meningkat kepada 6,146 tempahan. “Pada 14 Julai pula, direkod-kan sebanyak 12,499 tempahan diterima bagi hotel seluruh Me-laka sehingga tempoh berakhir 31 September. Ia menjadikan kese-luruhan jumlah sebanyak 43,073 tempahan telah kami terima. “Ia memang di luar jangkaan kami kerana pada awalnya kita menyasarkan sekitar 15,000 tem-pahan, tetapi sekarang sudah mencapai tiga kali ganda dan me-nunjukkan perkembangan posi-tif,” katanya.

MELAKA HARI INI NO.TEL : 06 - 251 9314, 06 - 251 9315 FAX : 06 - 251 9316

Pengarang MOHD HAMZATUL AKMAR MD ZAKARIA [email protected]

Penolong Pengarang AHMAD FUAD RAMDAN [email protected]

EDITORIAL

LIANA SAHABUDIN [email protected]

WARTAWAN MOHD FAIZ ABU HASAN [email protected]

MOHD FAZRUL ABDUL MAJID [email protected]

FARAH SUHAIDAH OTHMAN [email protected]

NURSALIA SALBERI [email protected]

PEMASARANPengurus MUHAMMAD HAMZI ROSMANI [email protected] 018 - 329 9936

SITI NAJIHA ABDULLAH [email protected]

ZUL RAHIMI RAMLI [email protected]

Jurukamera ISMAIL IBRAHIM [email protected]

PENOLONG PENGURUS ASHALIA YUSOF [email protected]

Penyunting Video RABIAH OSMAN [email protected]

Wartawan Penyiaran MOHAMAD FARIS HAIKAL [email protected]

MELAKA TV

DIGITAL Pengurus RAFIE JAMALUDIN [email protected]

AUFA IZZATI AHMAD ZAILANI [email protected]

UNIT IT MEDIA SOSIAL

SHARIFAH NORKHALIDAH SYED KHAIDZIR [email protected]

GRAFIK HANALIZA JUMINGAN [email protected]

AMBRAN MOHAMED [email protected]

MIMIE AZURA ABU BAKAR [email protected]

Jurufoto Kanan AZREN JAMALUDIN [email protected]

AMIRUL RAMLI [email protected]

PEREKA GRAFIK MUHAMAD AIZAT BAHRUDIN [email protected]

Faiz Hasan & Mohamad Fazrul Abdul Majid

Melaka bakal perkenal subsektor pelancongan baharu

JAILANI

Hotel MITC pertama diiktiraf penginapan mesra Muslim di Melaka

BANDARAYA MELAKA - Hotel MITC melakar sejarah selepas menjadi hotel per-tama diiktiraf mesra Muslim di Melaka. Pengiktirafan tersebut dianugerahkan oleh Men-teri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri dalam Majlis Peng-iktirafan Penginapan Mesra Muslim yang diadakan di Movenpick Hotel & Conven-tion Centre KLIA pada 3 September 2020. Pengerusi Hotel MITC Abd Kadir Md Idris dalam satu kenyataan berkata pengiktirafan tersebut ada-lah hasil gerak kerja cemer-lang kakitangannya me- martabatkan industri pe-lancongan negara, teruta-manya Melaka.

“Tahniah dan syabas buat Hotel MITC, Ayer Keroh kerana menjadi hotel pertama diiktiraf sebagai penginapan mesra Muslim di Melaka oleh Pusat Pe-lancongan Islam (ITC) Agensi Kementerian Pelan-congan, Seni dan Budaya (MOTAC). “Kejayaan pengiktira-fan tersebut adalah hasil kerja berpasukan yang man-tap antara Pengurus Besar Hotel MITC Sazali Sabri dan kakitangan,” katanya. Beliau turut menam-bah, pengiktirafan tersebut dapat galak serta beri moti-vasi kepada pemain industri servis hospitaliti yang lain untuk mendapat pengikti-rafan serupa pada masa akan datang.

Sejak dikuatkuasakan PKPP 10 Jun lalu, kita sudah menerima tempahan hotel

sebanyak 4,932. Dalam masa dua minggu selepas itu, jumlah

tersebut meningkat kepada 6,146 tempahan.

NANCY menyampaikan sijil pengiktirafan Penginapan Mesra Muslim kepada wakil Hotel MITC, baru-baru ini.

sec1-mimie (7sept-13sept2020)NEW_Layout 1 4/9/2020 11:59 PM Page 5

Page 7: Muka 23 I 7 September 2020 - 13 September 2020 I 19 ......Melakaku Maju Jaya, Rakyat Bahagia, Menggamit Dunia Pemantapan NASKHAH PERCUMA Komuniti India Di Melaka Edisi 14 I 7 September

7

Edisi 7 September 2020 - 13 September 2020 l 19 Muharam 1442H-25 Muharam 1442H

PEMBAHAGIAN kerusi antara Barisan Nasional dan PAS di negeri ini di bawah Muafakat Nasional pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, masih menunggu keputusan daripada pihak tertinggi parti. Datuk Seri Ab Rauf Yusoh

berkata, walaupun sudah diberi-kan gambaran kawasan mana yang menarik minat tetapi pi-haknya terpaksa menunggu ke-putusan pihak tertinggi dalam pembahagian kerusi. “Ini kerana ia akan mem-babitkan seluruh struktur ke-

dudukan kerusi seluruh negara memandangkan Melaka ada-lah sebuah negeri yang telah dilihat sebagai negeri yang berpotensi untuk menang den-gan taburan kedudukan yang sedia ada. “Yang mana dulu PAS tidak

memenangi kerusi dalam PRU lepas tetapi atas sifat seti-akawan, kita akan mempertim-bangkan kawasan-kawasan yang boleh kita jangkakan untuk PAS memenangi kawasan terbabit,” katanya. Menurutnya, pembahagian

kerusi itu hanya akan diberitahu selepas pucuk pimpinan mem-beri maklum balas. “Jadi pembahagian kerusi ini belum lagi kita putuskan se-hingga pucuk pimpinan membe-rikan kita satu lakaran baharu,” katanya.

Saliawati Salberi AYER KEROH - “Minda rakyat sudah tidak boleh dirosakkan den-gan isu-isu yang telah lapuk,” itu kata Pengerusi Perhubungan UMNO Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh. Mengulas lanjut mengenai kemenangan Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Slim, beliau berkata, keputusan PRK itu telah mem-perlihatkan satu lagi manifestasi rakyat dalam menterjemahkan sokongan terhadap parti Muafa-kat Nasional. “Ia telah menunjukkan ba-hawa rakyat bersepakat dan memberikan sokongan kepada calon Barisan Nasional (BN) dan Muafakat Nasional yang turut memberikan isyarat kepada Pili-han Raya Umum (PRU) akan da-tang. “Oleh itu rakyat menterje-mahkan dengan keputusan yang terbaik di PRK Slim dengan pen-ingkatan jumlah undi sekali gus telah memberikan satu sudut

tambah nilai terbaik ,” katanya. Pada 29 Ogos lepas, calon Barisan Nasional (BN) Mohd Zai-di Aziz, 42, dipilih sebagai wakil rakyat baharu mewakili BN bagi DUN Slim. Beliau mempertahankan kerusi dengan majoriti 10,945 undi dan meraih 13,060 undi mengatasi dua calon Bebas, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi, 38, dan S Santharasekaran, 44, mas-ing-masing memperolehi 2,115 dan 276 undi. Menurut Ab Rauf, hasil kesep-akatan yang ditunjukkan antara UMNO dan PAS ia akhirnya mem-

bawa kepada jumlah undi. Sementara itu, mengulas mengenai kenyataan dikeluarkan Ketua Pembangkang Adly Zahari yang yakin dapat menawan kem-bali Melaka, beliau berkata, seba-gai ahli politik sesiapa sahaja berkeyakinan mengambil alih kerajaan negeri berdasarkan ke-pada persepsi yang ada pada parti masing-masing. “Bagaimanapun, saya yang mengetuai BN di Melaka tidak mengambil ringan apa jua ken-yataan yang dikeluarkan pihak lawan dan memastikan pihak kita bekerja lebih keras lagi untuk

menghadapi PRU akan datang. “Walaupun dalam senario politik semasa kita tidak meren-dahkan kelebihan dan kebolehan parti lawan serta menghormati

cita-cita mereka tetapi kita juga menanamkan azam untuk berg-erak lebih terancang dan menda-pat seberapa ramai rakyat,” katanya.

Mohamad Fazrul Abdul Majid ASAHAN - Program Mer-deka@Komuniti terus men-yusur ke segenap pelusuk Negeri Melaka dalam menye-marakkan lagi sambutan Ha-ri Kemerdekaan ke-63. Kali ini, program ber-kenaan menjelajah pula ke kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan yang terletak bersempadan den-gan Negeri Sembilan dan Johor. Program berkenaan te-lah diadakan pada Sabtu lalu bertempat di Laman Tiga Budaya, di sini dan turut dimeriahkan dengan kehadi-ran Speaker Dewan Undan-gan Negeri Melaka Datuk Seri Ab Raub Yusoh dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asahan Datuk Seri Abdul Ghafaar Atan. Abdul Ghafaar yang juga Pengerusi Jawatan-kuasa Perumahan, Kera-

jaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri dalam uca-pannya merakamkan peng-hargaan kepada usaha yang dilakukan Jabatan Peneran-gan Malaysia Negeri Melaka dalam menggelorakan se-mangat cintakan negara ber-sempena bulan kemerdekaan. “Saya percaya banyak usaha dijalankan oleh Jaba-tan Penerangan untuk men-gedarkan Jalur Gemilang dan pengisian aktiviti kene-garaan. Pada hari ini, kita dapat melihat suasana ceria untuk menyemarakkan sam-butan kemerdekaan kepada penduduk kampung. “Justeru, saya men-yeru kepada semua untuk bersama-sama menunjuk-kan semangat patriotik dengan mengibarkan Jalur Gemilang di semua kedia-man, premis-premis per-niagaan dan juga bangunan pejabat,” ujarnya. Sementara itu, Pegawai

Penerangan Daerah Jasin Azreen Ahmad berkata, pro-gram di Asahan dianggap sesuatu yang cukup unik me-mandangkan pihaknya men-jayakan Merdeka@ Komuniti di lokasi yang terletak di sem-padan tiga buah negeri iaitu Melaka, Johor dan Negeri Sembilan. “Bukan sahaja men-jadi titik pertemuan antara tiga negeri malahan kedu-dukannya di kaki Gunung Ledang menjadi lokasi me-narik untuk dikunjungi dan kehadiran kita disini dapat membantu kerajaan bagi mempromosikan produk pelancongan rim-ba yang menjadi ikon ke-pada DUN Asahan,” katanya. Untuk rekod, Program Merdeka@Komuniti yang merupakan acara tahunan itu diadakan bertujuan un-tuk memberi penghayatan erti kemerdekaan kepada

seluruh rakyat Malaysia khususnya di negeri ini. Program yang bermula sejak awal bulan Julai se-hingga acara kemuncak pada Hari Malaysia 16 September depan akan menjelajah ke seluruh kawasan di Negeri

Melaka bagi memupuk rasa cinta kepada negara dengan pelbagai program sampingan di peringkat komuniti, daerah dan negeri. Selain itu, ia turut dimeriahkan dengan acara konvoi yang membabitkan

seramai 126 peserta moto-sikal, 30 peserta kenderaan jabatan, badan bukan ker-ajaan dan swasta dalam Je-lajah Aspirasi Merdeka@ Komuniti dengan jarak pe-manduan sejauh 190 kilo-meter (km).

AB Rauf dan Abdul Ghafaar memotong kek tanda simbolik program Merdeka@Komuniti di Laman Tiga Budaya, Asahan.

AB Rauf

Ia telah menunjukkan bahawa rakyat bersepakat dan memberikan sokongan kepada calon BN dan Muafakat Nasional yang turut memberikan isyarat kepada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“ “

Rakyat terjemahkan sokongan terhadap Muafakat Nasional

Tunggu keputusan pihak tertinggi pembahagian kerusi

Bawa mesej merdeka di sempadan tiga buah negeri

7-13 september-jot_Layout 1 4/9/2020 5:41 PM Page 4

Page 8: Muka 23 I 7 September 2020 - 13 September 2020 I 19 ......Melakaku Maju Jaya, Rakyat Bahagia, Menggamit Dunia Pemantapan NASKHAH PERCUMA Komuniti India Di Melaka Edisi 14 I 7 September

Edisi 7 September 2020 - 13 September 2020 I 19 Muharam 1442H - 25 Muharam 1442H8

EDISI 7 - 13 SEPTEMBER 2020 - Am_Layout 1 4/9/2020 5:54 PM Page 5

Page 9: Muka 23 I 7 September 2020 - 13 September 2020 I 19 ......Melakaku Maju Jaya, Rakyat Bahagia, Menggamit Dunia Pemantapan NASKHAH PERCUMA Komuniti India Di Melaka Edisi 14 I 7 September

9

Edisi 7 September 2020 - 13 September 2020 l 19 Muharam 1442H-25 Muharam 1442H

7-13 september-jot_Layout 1 4/9/2020 11:40 PM Page 2

Page 10: Muka 23 I 7 September 2020 - 13 September 2020 I 19 ......Melakaku Maju Jaya, Rakyat Bahagia, Menggamit Dunia Pemantapan NASKHAH PERCUMA Komuniti India Di Melaka Edisi 14 I 7 September

10Edisi 7 September 2020 - 13 September 2020 I 19 Muharam 1442H - 25 Muharam 1442HPERUTUSAN MERDEKA KETUA MENTERI

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Melakaku Maju Jaya, Rakyat Bahagia, Menggamit Dunia. Terlebih dahulu, di kesempatan ini, saya bersama seluruh perikatan kepimpinan dan rakyat Negeri Melaka, ingin merafak set-inggi-tinggi tahniah kepada Tuan Yang Terutama, Tun Seri Setia (Dr) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka, di atas penganugerahan Darjah Seri Paduka Setia Melaka, yang membawa gelaran Seri Setia, pada minggu lepas. Men-junjung syabas kami ucapkan! Seterusnya, saya juga ingin mer-akamkan sekalung penghargaan kepada Tuan Yang Terutama, Tun Seri Setia, di atas kesudian hadir di program Sambutan Hari Kebangsaan Ke-63 Peringkat Negeri Melaka bagi tahun 2020 ini. Sesungguhnya kehadiran ini, jelas membuktikan bahawa, betapa Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia, begitu mengambil berat terhadap ehwal rakyat di negeri ini. Kami berdoa semoga Tuan Yang Ter-utama Tun Seri Setia dan Yang Amat Ber-bahagia Toh Puan seisi keluarga, dilimpahi rahmat serta maghfirah, lalu dikurniakan afiat usia berpanjangan, untuk terus memayungi Melaka negeri yang tercinta ini. Sebagai menzahirkan kasih penghar-gaan saya dan rakyat Melaka, benarlah bagai bidalan pantun Melayu; Negeri Melaka bumi bertuah, Kaya sejarah makmur diberkati, Seluruh rakyat merafak sembah, Tun laksana payung negeri Saban tahun negara merdeka, Disambut lagi kesekian kali, Kehadiran Tun gemilang acara, Menjadi ingatan dalam nubari Hari ini, tanggal 31 haribulan Ogos 2020, bersamaan 12 Muharram 1442 Hi-jriyah, seluruh negara, bahkan kita rakyat di negeri Melaka, bermula dari hujung Kuala Linggi, sampai ke Asahan, membawa ke sempadan Johor di Sungai Rambai, menyambut hari yang amat penting lagi bersejarah, yakni detik kemerdekaan negara tercinta, bernama Malaysia. Hari ini juga, saya turut berbesar hati sambil mengucapkan berbanyak terima kasih kepada seluruh kakitangan Jabatan Ketua Menteri dan ketua-ketua jabatan serta agensi di Melaka, yang walaupun hari ini cuti umum, namun tetap bersemangat untuk hadir berhimpun di hadapan Dataran Seri Negeri. Demi menyemarakkan lagi, majlis Sambutan Hari Kebangsaan Ke-63 Per-ingkat Negeri Melaka bagi tahun 2020, yang

penuh bermakna ini. Tahniah saya ucap-kan! Lebih enam dekad lalu, kita telah menyaksikan, bagaimana, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, telah memilih tanah bertuah ini, yang hanya beberapa kilometer dari tempat kita berdiri sekarang, sebagai bumi pertama, bagi Bapa Kemerdekaan Malaysia tersebut untuk mengumumkan tarikh kemerdekaan Tanah Melayu. Betapa bangganya orang Melaka, hing-gakan merinding dan tegak bulu roma kita, tatkala mengingatkan, yang menurut se-jarah mencatatkan,.. Teriakan orang bersahut-sahutan dan laungan merdeka yang bergemuruh, di lan-git Padang Banda Hilir atau kini Dataran Pahlawan, sambil disambut dengan penuh gembira dan kesyukuran oleh hampir 100 ribu lautan manusia ketika itu. Mana tidaknya kita bangga, masa kan tidak kita berasa syukur lagi teruja, kerana, pada hemat saya, “merdeka itu tinggi ni-lainya. Merdeka itu merupakan perjuangan. Merdeka itu adalah pengorbanan,.. Merdeka itu juga, umpama membasuh ser-aya menutup “luka-luka berdarah”, akibat siri-siri penjajahan yang sangat panjang. Lantaran demikian, berikanlah tabik penghormatan tinggi, kepada semua pe-juang kemerdekaan tanahair, yang telah bermati-matian, berkorban jiwa dan raga, termasuk juga kepada para perajurit, anggota pasukan keselamatan negara, demi memastikan kita semua dapat hidup aman serta sejahtera. Marilah kita berikan tepuk penghargaan kepada mereka semua! Pastinya, kita bersyukur kerana dapat hidup dalam sebuah negara yang unik, mempunyai pelbagai rencam budaya, agama dan adat resam. Majmuknya kaum dalam negara ini bukanlah menghalang kita, untuk terus bersatu dalam kepelbagaian, atau unity in diversity, selain dapat hidup dengan penuh harmoni, aman dan rukun damai serta sen-tosa. Kita sedar, walaupun adakalanya tim-bul suara-suara sumbang yang mahu meng-gugat ketenteraman antara sesama rakyat, dengan meniupkan isu dan sentimen api perkauman, namun rakyat Melaka serta masyarakat Malaysia secara keseluruhan-nya, perlulah menolak fahaman sempit sedemikian, dengan tetap berpegang kepada prinsip tasamuh atau tolak ansur serta saling hormat-menghormati antara satu sama lain, sebagaimana yang di-gariskan dalam kerangka prinsip Rukun Negara dan Perlembagaan Persekutuan. TEMA MALAYSIA PRIHATIN Pada tahun ini, slogan “Malaysia Pri-hatin” telah dipilih sebagai tema Hari Ke-bangsaan bagi tahun 2020. Tema ini membawa pengertian yang cukup men-

dalam kepada rakyat Malaysia, terutama ketika negeri ini sedang berdepan dengan penularan pandemik COVID-19. Perkataan MALAYSIA di dalam tema ini menggambarkan bahawa, seluruh rakyat Malaysia sudah bersatu hari, untuk turut sama memerangi COVID-19 yang sedang mengancam banyak negara di seluruh dunia. Manakala, perkataan PRIHATIN pula menggambarkan, kecaknaan kerajaan den-gan melakukan pelbagai inisiatif, merang-kumi aspek ekonomi dan kebajikan, demi kelangsungan hidup rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Menyentuh tentang percanggahan yang berlaku sama ada di media massa atau media sosial, semuanya boleh diatasi, asalkan kita sentiasa berfikiran matang, berlapang dada dan berikhtiar mencari titik-titik persamaan serta meraikan perbezaan, supaya negeri ini terus kekal merdeka, sekali gus bebas daripada cengkaman penjajah. Pentingnya di sini, selain membi-asakan diri dengan “the new norm”, yakni norma baharu dan mematuhi SOP dalam PKPP sehingga Disember hujung tahun, kita juga mesti berusaha gigih dalam mengekang wabak ini daripada tersebar luas di negeri ini, dengan Hashtag, #MelakaMestiMenangCOVID19. Saya yakin kita boleh lakukan. Apatah lagi negeri Hang Tuah sebelum ini, pernah menjadi antara 3 negeri terbaik di seluruh Malaysia! Berhubung demikian, bersamalah kita ucapkan terima kasih yang tidak terhingga, kepada semua frontliners COVID-19 negeri Melaka, termasuklah para doktor, juru-rawat, pasukan polis dan tentera, imigresen, bomba, RELA, Angkatan Pertahanan Awam, Pihak Berkuasa Tempatan dan lain-lain agensi, yang telah bertugas siang serta malam, demi mengekang penularan wabak berbahaya, COVID-19. Semestinya, jasa mereka tidak terbalas, lalu, silalah beri tepukan gemuruh kepada mereka, semua frontliners yang kita kasihi! Saya turut berbangga apabila melihat kali ini, sudah banyak kenderaan telah memasang bendera dan jalur gemilang di kenderaan masing-masing. Lebih menarik lagi, ada kenderaan yang memasang lebih dari satu bendera. Tetapi, kita tidak boleh mudah berpuas hati, malahan, kita akan terus memperhebatkan lagi amalan kibaran bendera seperti itu, pada tahun-tahun mendatang. Apapun, syabas saya ucapkan! Apa yang penting, melalui semangat patriotisme sebegini, setidak-tidaknya, mendorong kerajaan negeri, untuk terus memastikan agar kemakmuran dan keten-teraman negeri berkekalan, sekali gus dapat merancakkan lagi lebih banyak projek pem-bangunan di pelbagai sektor, demi kema-juan ekonomi Negeri Melaka. Pokoknya, dalam menginsafi sambu-tan kemerdekaan ini, saya ingin berkongsi tiga pesanan merdeka untuk dijadikan asas kepada semua rakyat di negeri ini; Pertama: Saya pinta agar kita kukuhkan semangat perpaduan dan kebersatuan dalam kalangan masyarakat, demi persia-pan untuk berdepan dengan pelbagai cabaran semasa serta era akan datang. Kedua: Saya rayu, kita sama-sama sub-urkan nilai-nilai murni dan patriotisme

dalam kalangan rakyat, dengan menanam-kan roh serta semangat mencintai negeri dan negara ini, yang wajib kita pertahankan bersama. Ketiga: saya mengajak semua, untuk kita mewajah dan mewariskan sebuah negeri yang lestari, atas kerangka tunjang, MELAKA RUMAHKU yang maju jaya, se-jahtera dan bahagia, kepada masyarakat masa kini serta generasi mendatang, di mana nikmat kemakmurannya,.. boleh di-rasai oleh semua golongan, tidak kira petani, nelayan, pekebun kecil, peniaga, penjawat awam, cikgu, pensyarah, penarik beca dan pemandu teksi serta kelompok B40. Jelasnya, tahniah sekali lagi saya ucap-kan, kepada semua pihak yang turut sama-sama terlibat, sama ada daripada jabatan atau agensi serta rakyat Melaka, termasuk-lah Jabatan Penerangan Malaysia negeri, dalam menjayakan program-program menarik di Bulan Kebangsaan ini. Tahniah saya zahirkan! Syabas juga kepada semua Pihak Berkuasa Tempatan atau PBT, kerana saya dimaklumkan, puluhan ribu Jalur Gemilang telah dikibarkan dengan megah di seluruh negeri Melaka. InsyaAllah, pada sambutan tahun hadapan, kita akan menggalakkan lebih ramai lagi rakyat di negeri ini, supaya turut sama-sama mengambil inisiatif, bagi ‘mewarna-warnikan’ Melaka, dengan men-gibarkan Jalur Gemilang dan bendera Melaka di seluruh pelosok negeri. Bagi mereka yang telah mulainya pada tahun ini, sekalung tahniah diucapkan! Akhir kalam, saya mengajak saudara dan saudari semua, agar bersama saya, letakkan telapak tangan kanan anda di dada sebelah kiri, sebagai simbolik terletaknya hati sanubari, seraya mengikut saya, dan katakanlah bahawa,.. Di sini lahirnya sebuah cinta,.. Di sinilah tersematnya tekad dan cita-cita,.. Di sinilah juga, kita semarakkan semangat patriotisme, yang menjulang tinggi, lagi marak menyala,.. Sesungguhnya jua,.. kita adalah penyambung warisan negara,.. Sekali merdeka,.. tetaplah merdeka,.. Merdekalah Melaka,.. merdekalah Malaysia,.. buat selama-lamanya! Ayuhlah,.. kita laungkan kata-kata keramat; Merdeka! Merdeka! Merdeka! Demikianlah sahaja ucapan saya pada kali ini. Semoga Tuan Yang Terutama, Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rus-tam, Yang di-Pertua Negeri Melaka, dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Wira Hajah Asmah Binti Abd Rahman serta anakanda dan cucunda, Dikurniakan Allah dalam keberkatan, kesihatan dan kerahmatan berpanjangan, di bawah lindungan Tuhan. Istana Melaka bertiang seri, Megah berdiri kebanggaan negeri; Payungan Tun sangat bererti, Rakyat menjunjung setulus hati.

Negeri Melaka bumi bertuah, Kaya sejarah makmur diberkati, Seluruh rakyat merafak sembah, Tun laksana payung negeriSaban tahun negara merdeka, Disambut lagi kesekian kali, Kehadiran Tun gemilang acara, Menjadi ingatan dalam nubari

"Sekali merdeka, tetaplah merdeka"

- Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali

EDISI 7 - 13 SEPTEMBER 2020 - Am_Layout 1 4/9/2020 10:45 PM Page 3

Page 11: Muka 23 I 7 September 2020 - 13 September 2020 I 19 ......Melakaku Maju Jaya, Rakyat Bahagia, Menggamit Dunia Pemantapan NASKHAH PERCUMA Komuniti India Di Melaka Edisi 14 I 7 September

Sesuatu yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, sebagai ketetapan yang telah ditentukan waktunya. Barang siapa menghendaki pahala dunia, nescaya Kami berikan kepadanya pahala dunia itu, dan barang siapa menghendaki pahala akhirat, Kami berikan (pula) kepadanya pahala akhirat itu. Dan kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur. Surah Ali Imran Ayat 145

EDISI 7 SEPTEMBER 2020 - 13 SEPTEMBER 2020

MIMBAR MAIMEDISI KHAS

TANGGAL 31 Ogos yang lalu Malaysia telah menyambut ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-63 yang mana keamanan dan kesejahteraan dikecapi oleh rakyat Malaysia haruslah disyukuri den-gan baik. Rasanya masih tidak terlam-bat untuk meraikan Hari Ke-merdekaan negara kita yang tercinta ini sepanjang masa. Ini kerana, ramai yang diluar sana cemburukan Malaysia yang mempunyai pelbagai bangsa, agama dan budaya. Walaupun begitu Malaysia menjadi negara yang makmur dan aman jauh daripada sifat-sifat yang boleh menghancurkan ne-gara disebabkan rakyatnya me-ngamalkan sikap toleransi tinggi antara satu sama lain. Sebagai penduduk negara yang bertuah ini, marilah kita bersyukur kerana telah dikurni-akan nikmat kemerdekaan, kea-manan, kesejahteraan dan ke- damaian supaya nikmat itu berkekalan. Ini berdasarkan firman Allah dalam Surah Ibrahim ayat 14: Jika kalian bersyukur nescaya akan Ku tambah (nikmatku) pada ka-lian, dan jika kalian mengingkari (nikmatku), maka pasti azabKu sangat pedih. Memaknai erti kemerdekaan itu sendiri, kemerdekaan adalah satu bangsa atau umat mendapat kebebasan daripada sebarang bentuk penjajahan dari segi jas-mani mahupun rohani. Bersyukurlah, hari ini kita boleh bangun daripada tidur den-gan tenang, berpakaian kemas, berkereta ke pejabat, bekerja da-

lam hembusan penghawa dingin dengan selesa dan pada petangnya balik ke rumah bertemu insan ter-sayang. Keselamatan dan kedaulatan negara dijaga dengan sepenuh hati, jiwa raga oleh pihak berkuasa dan semestinya tanpa mereka, lena kita tidak mungkin setenang ini, makan kita tidak mungkin senikmat ini. Haruslah diingat bahawa untuk hidup dalam keadaan har-moni, ia menuntut warganya sa- ling kenal mengenali, meraikan perbezaan pendapat dan menge-

lakkan sentimen perkauman yang boleh membawa kepada perpeca-han. Inilah keindahan agama Islam dan syariatnya dalam men-gatur kehidupan umatnya. Firman Allah didalam Surah Al-Hujarat ayat 13: Hai manusia, sesungguhnya Kami mencipta-kan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-

bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sebagai umat Islam dan war-ganegara yang merdeka hendak-lah kita terus berusaha memper- tahankan nikmat kemerdekaan ini dengan memelihara keharmo-nian serta perpaduan rakyat maj-muk berbilang kaum, bangsa, budaya, pegangan juga adat resam. Beruntunglah umat Islam yang beriman jika mengisi dan memaknai erti kemerdekaan ini dengan acuan dan panduan ajaran islam kerana sempurnanya lan-dasan syariat islam telah men-cakupi seluruh aspek kehidupan manusia. Bertemakan Malaysia Pri-hatin, menjadi satu kewajipan bagi orang Islam untuk sentiasa berada dalam keadaan berlapang dada

dan prihatin dalam semua situasi bermasyarakat. Sepertimana sabda baginda Rasulullah: Sesungguhnya Allah itu baik, Dia menyukai kebaikan. Allah itu bersih, Dia menyukai ke-bersihan. Allah itu mulia, dia me-nyukai kemuliaan. - (At-Tarmizi: 2799). Malaysia tidak akan maju jika masyarakatnya masih menga-malkan budaya kehidupan negatif. Malaysia tidak akan berjaya jika masyarakatnya mempunyai sifat-sifat yang buruk. Malaysia tidak akan maju jika masyarakatnya tidak berilmu. Oleh itu bertetapatan dengan tema kali ini ianya pasti akan untuk mengangkat Malaysia seba-gai sebuah negara yang berdaulat. Merdeka… Merdeka… Merdeka…!

Syukuri nikmat kemerdekaan negaraErwin Abu Hasan [email protected]

Beruntunglah umat Islam yang beriman jika mengisi dan memaknai

erti kemerdekaan ini dengan acuan dan panduan ajaran islam kerana sempurnanya landasan syariat islam

telah mencakupi seluruh aspek kehidupan

manusia.

sec1-mimie (7sept-13sept2020)NEW_Layout 1 4/9/2020 6:08 PM Page 8

Page 12: Muka 23 I 7 September 2020 - 13 September 2020 I 19 ......Melakaku Maju Jaya, Rakyat Bahagia, Menggamit Dunia Pemantapan NASKHAH PERCUMA Komuniti India Di Melaka Edisi 14 I 7 September

Edisi 7 September 2020 -13 September 2020 l 19 Muharam 1442H-25 Muharam 1442H12

Lensa Go Green Merdeka EKSA MAIM

TIMBALAN Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Melaka (ZM), Zuhri Iskandar Rahman mengadakan kunjung hormat bersama EXCO Pertanian, Penternakan, Pembangunan Usahawan Dan Koperasi Negeri, Datuk Norhizam Hassan Baktee baru-baru ini. Kunjungan bermakna ini bagi membincangkan kaedah kerjasama bagi mempertingkatkan kesedaran berzakat dalam kalangan kakitangan penjawat awam di negeri ini.

MUFTI Negeri, Datuk Wira Haji Abdul Halim Tawil menyampaikan sijil tauliah agama dan pengajian al-Quran kepada sebahagian tenaga pengajar kelas takmir di negeri ini. Abdul Halim turut menyampaikan taklimat ringkas berkaitan kepercayaan yang telah diberi perlu di laksanakan dengan penuh integriti bagi memastikan umat Islam di negeri ini mendapat manfaat penyampaian ilmu yang sahih dan berlandaskan hukum syarak. Turut hadir Timbalan Mufti, Haji Hazarudin Baharudin.

JURI profesional menilai kreativiti setiap bahagian yang bertanding.

TIMBALAN Pengerusi MAIM, Datuk Md Rawi menyampaikan cenderahati kepada pemenang.PENGGUNAAN bahan terbuang antara inisiatif yang diterapkan dalam pertandingan kali ini.

ZON Pusat Islam turut menerima cenderahati kemenangan pertandingan Go Green sempena bulan kemerdekaan.

Erwin Abu Hasan [email protected]

sec1-mimie (7sept-13sept2020)NEW_Layout 1 4/9/2020 11:58 PM Page 9

Page 13: Muka 23 I 7 September 2020 - 13 September 2020 I 19 ......Melakaku Maju Jaya, Rakyat Bahagia, Menggamit Dunia Pemantapan NASKHAH PERCUMA Komuniti India Di Melaka Edisi 14 I 7 September

Edisi 7 September 2020 -13 September 2020 l 19 Muharam 1442H-25 Muharam 1442H13

TANGGAL 31 Ogos adalah tarikh keramat menyambut ulang tahun kemerdekaan ne-gara bagi seluruh rakyat Malaysia yang ber-bilang kaum, bangsa dan agama sekaligus dapat mewujudkan suasana harmoni dan perpaduan rakyat. Sambutan kemerdekaan yang disambut kali ke-63 tahun ini memberi makna kebebasan dalam pelbagai aspek kehidupan sama ada agama, ekonomi, poli-tik, sosial, perpaduan, pendidikan dan seba-gainya. Tetapi dalam mengecapi kemerde- kaan ini kita diingatkan bahawa mematuhi segala Standard Operating Procedures (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Ke-selamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi mengekang penularan pandemik Covid-19 ini. Hal ini kerana wabak pandemik ini masih aktif di negara Malaysia setiap hari, bahkan seluruh dunia menghadapi situasi yang sama.

Oleh yang demikian, kita haruslah tabah dan bersabar menghadapi ujian ini, semoga rahmat yang dimiliki dapat me-nyempurnakan kehidupan seseorang itu bagi mencapai kemerdekaan yang dikurnia-kan oleh Allah SWT kepada seluruh umat manusia. Ianya bukan hanya dapat dirasai oleh orang Islam yang berbangsa Melayu semata-mata, malah dinikmati oleh ber-bilang kaum, bangsa, agama serta makhluk ciptaan Allah SWT termasuklah binatang dan tumbuh-tumbuhan.

Sebagaimana Allah SWT berfirman di dalam Surah Al-Anbia’ ayat 107, yang bermaksud: “Tidak aku utuskan kamu (wahai Muhammad) kecuali sebagai

rahmat bagi seluruh alam”. Selain daripada itu, kemerdekaan

juga dapat digambarkan satu nilai ke-bebasan bagi mengamalkan adat resam dan agama masing-masing tanpa halangan serta bebas untuk bersuara dimananegara Ma-laysia mengamalkan sistem demokrasi iaitu bebas memilih pemimpin yang disukai ber-pandukan undian majoriti rakyat. Justeru itu, mandat rakyat ditentukan melalui Pili-han Raya Umum (PRU) yang diwakilkan ca-lon di kalangan mereka sama ada Parlimen atau Dun di sesuatu kawasan.

Di samping itu, keamanan dan ke-selamatan negara juga merupakan ke-merdekaan yang sekian lama telah dinikmati oleh setiap rakyat Malaysia dengan adanya undang-undang dan peraturan negara bagi membanteras kes-kes jenayah. Sebagai con-toh, kes kecurian, samun, bunuh, sumbang mahram dan sebagainya.

Kebebasanmemperolehi harta juga merupakan satu rahmat dan kemerdekaan yang dianugerahkan oleh Allah SWT supaya setiap manusia bebas dan bertebaran men-cari rezeki dan harta untuk memenuhi ke-langsungan hidup sekeluarga sama ada berniaga, bekerja sendiri, bekerja melalui majikan dan sebagainya. Hal ini tidak dina-fikan jika memperolehi harta dan rezeki yang melimpah ruah, lalu kita kongsikan nikmat rezeki bersama orang lain serta dapat memberi manfaat kepada orang yang me-merlukan sepertipemberi sedekah dan za-kat. Maka pemberi sedekah dan zakat tersebut akan memperolehi kejayaan, keber-katan dan dilimpahkan rezekinya berlipat ganda sebagaimana telah dijanjikan oleh Allah SWT.

Firman Allah SWTdi dalam Surah al-Jumu’ah ayat 10, yang bermaksud: "Ke-mudian setelah selesai mengerjakan solat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-ma-

sing), dan carilah apa yang kamu hajati da-ripada limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan akhirat)."

Bayangkan jika semua kebebasan ini dihalang dan disekat. Tiada lagi agama yang dianuti. Tiada lagi hak memilih pemimpin. Tiada lagi keamanan dan keselamatan ne-gara dengan undung-undang negara diambil sikap acuh tidak acuh. Tiada lagi hak pemili-kan harta. Kehidupan sentiasa dibelenggu kebimbangan dan hilangnya ketenteraman hidup. Maka, negara akan menjadi kacau bilau dan adanya pemberontakan berlaku sepertimana terjadinya peristiwa 13 Mei 1969. Peristiwa ini digambarkan berpunca daripada sentimen perkauman dan agama yang melampau dimana pemimpin meniup semangat perkauman dan penghinaan terhadap kaum Melayu dan Bumiputera.

Sebagai rakyat Malaysia haruslah mempertahankan negara daripada anasir-anasir musuh dengan mematuhi segala Per-lembagaan Persekutuan yang telah ter- maktub prinsip di dalamnya.Berdasarkan pembentukan kerajaan pusat dan berkuasa ke atas negeri-negeri, kedudukan raja-raja Melayu, agama Islam sebagai agama rasmi, kedudukan istimewa orang Melayu dan Bu-

miputera, menjadikan Bahasa Melayu seba-gai Bahasa Kebangsaan dan lain-lain lagi. Oleh kerana itu, bertindaklah secara pro-fesional dan berhati-hati dalam membuat keputusan yang boleh berlakunya perbala-han dan persengketaan disebabkan terlalu ekstrem menuntut hak bagi kaum dan etnik masing-masing.

Sebagaimana firman Allah SWT di dalam Surah Al-Hujuraat ayat 10, yang bermaksud:"Sesungguhnya orang yang beriman itu bersaudara, maka damaikan-lah antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat."

Justeru itu,semua pihak perlulah memainkan peranan penting dan tang-gungjawab bagi memikul kewajipan ini. Ti-dak kiralah diperingkat atasan hinggalah peringkat bawahan. Pemimpin memimpin negara bagi kepentingan rakyat. Rakyat menyahut perpaduan dikalangan mereka yang berbilang kaum, bangsa dan agama sekaligus dapat mempertahankan keama-nan dan keselamatan negara. Semoga kemerdekaan yang dikecapi selama 63 tahun inidapat menjamin keharmonian dan satu nilai kebebasan secara menyeluruh bagi kemaslahatan ummah dan negara. In Shaa Allah.

Kemerdekaan : Satu nilai kebebasanDatuk Hj. Ibrahim

Bin Fadzil Ketua Pegawai Eksekutif,

Zakat Melaka, Majlis Agama Islam

Melaka.

Sebarang Pertanyaan Mengenai Zakat Sila Hubungi Di Talian : Ibu Pejabat, Tel : 06-2812443 / 2441 / 2442 Faks : 06-2818154

- Cawangan Alor Gajah, Tel : 06-5562340 - Cawangan Masjid Tanah, Tel : 06-3845453

- Cawangan Jasin, Tel : 06-5294635 - Cawangan Merlimau, Tel : 06-2633148

- Cawangan Pulau Sebang, Tel : 06-4413358 - Cawangan Utc Melaka, Tel : 06-2831440

Talian Zakat : 1-300-88-0233 WhatsApp : Info Pertanyaan Zakat – (011-58583885) Aduan Asnaf Zakat – (011-58583900) Laman Web : www.izakat.com

sec1-mimie (7sept-13sept2020)NEW_Layout 1 4/9/2020 6:09 PM Page 10

Page 14: Muka 23 I 7 September 2020 - 13 September 2020 I 19 ......Melakaku Maju Jaya, Rakyat Bahagia, Menggamit Dunia Pemantapan NASKHAH PERCUMA Komuniti India Di Melaka Edisi 14 I 7 September

Edisi 7 September 2020 -13 September 2020 l 19 Muharam 1442H-25 Muharam 1442H14

TIMBALAN Pengerusi MAIM, Datuk Md Rawi Mahmud menyampaikan hadiah kemenangan kepada salah seorang peserta yang menyertai program pertandingan sempena Ihtifal Hari Raya Aidil Adha baru-baru ini. Turut hadir Pengarah JAIM, Datuk Md Azhan Samat dan Setiausaha MAIM, Muhammad Ikram Ibrahim.

Sekitar Konvoi Semarak Merdeka Melaka Anjuran Jabatan Mufti Negeri Melaka

SEBAHAGIAN peserta konvoi motosikal berkuasa tinggi mendengar taklimat yang disampaikan oleh pegawai JMNM.

MUFTI Negeri, Datuk Wira Abdul Halim Tawil menyampaikan cenderahati kepada salah seorang peserta konvoi.

TERPANCAR keceriaan peserta konvoi ketika bergambar bersama Abdul Halim Tawil.

Erwin Abu Hasan [email protected]

sec1-mimie (7sept-13sept2020)NEW_Layout 1 4/9/2020 11:56 PM Page 7

Page 15: Muka 23 I 7 September 2020 - 13 September 2020 I 19 ......Melakaku Maju Jaya, Rakyat Bahagia, Menggamit Dunia Pemantapan NASKHAH PERCUMA Komuniti India Di Melaka Edisi 14 I 7 September

15Edisi 7 September 2020 - 13 September 2020 I 19 Muharam 1442H - 25 Muharam 1442H

EDISI 7 - 13 SEPTEMBER 2020 - Am_Layout 1 4/9/2020 5:54 PM Page 4

Page 16: Muka 23 I 7 September 2020 - 13 September 2020 I 19 ......Melakaku Maju Jaya, Rakyat Bahagia, Menggamit Dunia Pemantapan NASKHAH PERCUMA Komuniti India Di Melaka Edisi 14 I 7 September

Edisi 7 September 2020 - 13 September 2020 l 19 Muharam 1442H-25 Muharam 1442H16

7-13 september-jot_Layout 1 4/9/2020 6:06 PM Page 11

Page 17: Muka 23 I 7 September 2020 - 13 September 2020 I 19 ......Melakaku Maju Jaya, Rakyat Bahagia, Menggamit Dunia Pemantapan NASKHAH PERCUMA Komuniti India Di Melaka Edisi 14 I 7 September

Edisi 7 September 2020 - 13 September 2020 l 19 Muharam 1442H-25 Muharam 1442H17

7-13 september-jot_Layout 1 4/9/2020 5:48 PM Page 12

Page 18: Muka 23 I 7 September 2020 - 13 September 2020 I 19 ......Melakaku Maju Jaya, Rakyat Bahagia, Menggamit Dunia Pemantapan NASKHAH PERCUMA Komuniti India Di Melaka Edisi 14 I 7 September

Edisi 7 September 2020 - 13 September 2020 I 19 Muharam 1442H - 25 Muharam 1442H18

EDISI 7 - 13 SEPTEMBER 2020 - Am_Layout 1 4/9/2020 5:55 PM Page 6

Page 19: Muka 23 I 7 September 2020 - 13 September 2020 I 19 ......Melakaku Maju Jaya, Rakyat Bahagia, Menggamit Dunia Pemantapan NASKHAH PERCUMA Komuniti India Di Melaka Edisi 14 I 7 September

Edisi 7 September 2020 - 13 September 2020 l 19 Muharam 1442H-25 Muharam 1442H19

KUALA LUMPUR - Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin witnessed the pre-sentation of RM120 million of Ekuiti Nasional Bhd’s (Ekuinas) gains to Yayasan Pelaburan Bumiputera (YPB) for the benefit of its Bumiputera unitholders of trust funds managed by Per-modalan Nasional Bhd (PNB) here recently. Ekuinas was represen-ted by its chairman Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda and PNB by its group chair-man Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz. Government-linked private equity fund manage-ment company Ekuinas, in a statement, said the distribu-tion was derived from the gains recorded from the company’s maiden fund, Ekuinas Direct (Tranche I) Fund, as it has fully divested and closed.

“This brings the total distribution to PNB to RM320 million, following the RM200 million that was disbursed in 2014,” it said. Ekuinas Chief Execu-tive Officer Syed Yasir Arafat Syed Abd Kadir said PNB was identified as the suitable institution for distribution as it has the best platform given its wide reach of Bumiputera unit trust holders, which is in line with Ekuinas’ social objective of generating Bu-miputera wealth in an im-pactful manner. “Ekuinas performance thus far has proven the pri-vate equity model plays a positive role in generating economic growth. This can be seen from our achieve-ments where we are able to generate returns from our investments and subse-quently sharing our gains with the wider Bumiputera

community,” he said in the statement. He added that Ekuinas developed a framework for distribution where the prin-cipal amount recovered from its investments will be reinvested for future invest-ments. The gains generated will be allocated between ex-panding further investment activities and its corporate social responsibility (CSR) programmes under Ilti-zam, and the surplus will then be allocated for distri-bution to the Bumiputera community. Syed Yasir Arafat said since 2016, Iltizam has as-sisted in alleviating the bur-den of the underserved Bumiputera community, through its three pillars, na-mely entrepreneurship, ed-ucation and community.- BERNAMA From left: Ekuinas chairman Tan Sri Arshad Raja Tun Uda presenting the mock cheque to

group chairman of PNB, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, witnessed by Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin. Photo internet

Ekuinas to share RM120 million of its gains via PNB for benefit of Bumiputera

7-13 september-jot_Layout 1 4/9/2020 5:47 PM Page 10

Page 20: Muka 23 I 7 September 2020 - 13 September 2020 I 19 ......Melakaku Maju Jaya, Rakyat Bahagia, Menggamit Dunia Pemantapan NASKHAH PERCUMA Komuniti India Di Melaka Edisi 14 I 7 September

20Edisi 7 September 2020 - 13 September 2020 I 19 Muharam 1442H - 25 Muharam 1442H

EDISI 7 - 13 SEPTEMBER 2020 - Am_Layout 1 4/9/2020 5:55 PM Page 7

Page 21: Muka 23 I 7 September 2020 - 13 September 2020 I 19 ......Melakaku Maju Jaya, Rakyat Bahagia, Menggamit Dunia Pemantapan NASKHAH PERCUMA Komuniti India Di Melaka Edisi 14 I 7 September

21Edisi 7 September 2020 - 13 September 2020 l 19 Muharam 1442H-25 Muharam 1442H

LEMBAGA Perumahan Melaka bakal membina sebanyak 7,666 unit Rumah Mampu Milik (RMM) di negeri ini. Pelaksanaan itu dimeterai dalam satu Majlis Menandatan-gani Perjanjian Pembangunan RMM antara LPM dan empat syarikat disaksikan Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali, baru-baru ini. Empat syarikat itu meliputi Syarikat Jun Cheng Development Sdn Bhd bagi pembangunan ber-

campur di Mukim Sungai Rambai Daerah Jasin, Syarikat Parkland Avenue Sdn Bhd bagi pembangu-nan bercampur di Mukim Jasin Daerah Jasin. Diikuti Syarikat Scientex Heights Sdn. Bhd., bagi pemban-gunan bercampur di Mukim Du-rian Tunggal Daerah Alor Gajah dan Syarikat Teladan Setia Sdn Bhd bagi pembangunan bercam-pur di Mukim Tanjung Minyak Daerah Melaka Tengah. Dalam pada itu, Sulaiman ber-

kata kerajaan negeri menyasarkan sebanyak 42,000 unit Rumah Mampu Milik (RMM) dibina di negeri ini menjelang tahun 2030. “Setakat ini sebanyak 6,357 unit RMM siap dibina, manakala sebanyak 17,367 unit sedang dalam pembinaan dan sebanyak 15,891 unit dalam perancangan. “Ini menjadikan jumlah ke-seluruhan sebanyak 39,615 RMM bakal dibina di negeri ini,” katanya. Turut hadir Pengerusi Jawa-tankuasa Perumahan, Kerajaan

Tempatan, Alam Sekitar Datuk Seri Abdul Ghafaar Atan serta Se-tiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Dr Hasim Hasan.

Berikut merupakan maklu-mat ringkas pembangunan meli-batkan keempat-empat syarikat pemaju tersebut;

Lagi 7,666 unit RMM bakal dibinaKerajaan negeri

menyasarkan sebanyak 42,000 unit Rumah Mampu Milik (RMM) dibina di negeri ini menjelang tahun 2030.

“ “Liana Sahabudin

Jun Cheng Development Sdn Bhd

Projek pembangunan bercampur atas lot tanah seluas 13.469 ekar di Mukim Sungai Rambai, Daerah Jasin. Pembangunan 20 peratus iaitu 36 unit Rumah Mampu Milik (RMM) Jenis B dengan jualan tidak melebihi RM100,000. Sebanyak 30 peratus iaitu 47 unit RMM Jenis C dengan harga tidak melebihi RM180,000. Manakala, 50 peratus bagi pembinaan 78 unit rumah bercampur menjadikan sebanyak 161 unit RMM bakal dibina.

Pembangunan bercampur atas lot tanah seluas 652 ekar di Mukim Jasin, Daerah Jasin dan pengambilan balik tanah seluas 32.32 ekar bagi pembinaan jalan masuk. Sebanyak 10 peratus meliputi 265 unit RMM Jenis B dibina dengan harga tidak lebih RM100,000. Sebanyak 10 peratus meliputi 333 unit RMM Jenis C dibina dengan harga tidak lebih RM180,000. Dan 80 peratus bersamaan 2,609 unit rumah bercampur menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 3,207 unit RMM bakal dibina. Pembinaan Projek Khas ‘Bandar Botanic Parkland’ juga bakal dilaksanakan sebagai projek pertama di Melaka. Projek ini menjadi ikon kepada pembangunan perumahan di Daerah Jasin dan Negeri Melaka.

Projek pembangunan bercampur atas hak milik tanah seluas 162.64 ekar di Mukim Durian Tunggal, Daerah Alor Gajah. Pembinaan 10 peratus bersamaan 212 unit RMM Jenis B dengan harga tidak melebihi RM100,000. Pembinaan 30 peratus bersamaan 651 unit RMM Jenis C dengan harga jualan tidak lebih RM180,000. Sebanyak 10 peratus meliputi 215 unit RMM Belia dengan harga tidak lebih RM162,000 dan 50 peratus (1,147) rumah bercampur menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 2,225 unit rumah.

Teladan Setia Sdn Bhd

Projek pembangunan bercampur atas lot tanah seluas 168.18 ekar di Mukim Tanjung Minyak, Daerah Melaka Tengah. Sebanyak 10 peratus iaitu 202 unit RMM Jenis B dibina dengan harga tidak lebih RM100,000. 20 peratus meliputi 422 unit RMM Jenis C dibina dengan harga tidak lebih RM180,000. 20 peratus meliputi 411 unit RMM Belia dibina dengan harga tidak lebih RM180,000 dan 50 peratus meliputi 1,038 unit rumah bercampur menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 2,073 unit RMM.

Scientex Height Sdn Bhd

Parkland Avenue Sdn Bhd

7-13 september-jot_Layout 1 4/9/2020 5:46 PM Page 6

Page 22: Muka 23 I 7 September 2020 - 13 September 2020 I 19 ......Melakaku Maju Jaya, Rakyat Bahagia, Menggamit Dunia Pemantapan NASKHAH PERCUMA Komuniti India Di Melaka Edisi 14 I 7 September

Edisi 7 September 2020 - 13 September 2020 l 19 Muharam 1442H-25 Muharam 1442H22

7-13 september-jot_Layout 1 4/9/2020 5:46 PM Page 7

Page 23: Muka 23 I 7 September 2020 - 13 September 2020 I 19 ......Melakaku Maju Jaya, Rakyat Bahagia, Menggamit Dunia Pemantapan NASKHAH PERCUMA Komuniti India Di Melaka Edisi 14 I 7 September

23

Edisi 7 September 2020 -13 September 2020 l 19 Muharam 1442H-25 Muharam 1442H

PASUKAN Melaka United (MU) tidak boleh terlalu selesa dengan kutipan mata yang diperolehi, seba-liknya perlu terus mengorak lang-kah untuk mencatat kemenangan dalam baki lima perlawanan Liga Super musim ini. Pengurus Pasukan Muham-mad Akram Abdullah berkata, men-jelang pertemuan dengan Selangor di Stadium UiTM Shah Alam Ju-maat ini, beliau mengharapkan pa-sukan akan mencipta satu lagi keajaiban di tempat lawan, sekali gus membawa pulang tiga mata penting ke bumi Hang Tuah. “Bagi saya semua pasukan tidak kiralah di mana kedudukan mereka kita akan ambil berat dan

pandang serius terhadap mereka. Walaupun mereka di kedudukan atas atau bawah, misi kita tetap sa-ma iaitu memperbaiki kedudukan. “Kita tak boleh cepat berasa se-lesa walaupun pernah menang (di tempat lawan) sebelum ini. Zon se-lesa itu adalah sesuatu yang perlu kita elakkan, tetapi kita boleh meng-harap ada lagi keajaiban di tempat lawan sama seperti ketika menen-tang Perak. “Bagi saya, Selangor juga mahukan kemenangan di tempat sendiri, jadi kita perlu berwaspada dan menumpukan kepada aksi ter-baik sepanjang 90 minit per-lawanan dalam usaha mengutip tiga mata berharga di sana,” katanya

ketika dihubungi Melaka Hari Ini. Mengulas mengenai persiapan pasukan untuk menghadapi perla-wanan ketujuh itu, Muhammad Akram berkata, segalanya kini be-rada dalam keadaan baik meman-dangkan pemain dan staf keju- rulatihan mempunyai tempoh masa seminggu untuk mempersiapkan pasukan dalam aksi menentang lawan yang berstatus legenda itu. “Bagi saya semua pasukan ada kekuatan dan kelemahan tersendiri. Tiada beza sangat di antara Melaka United dan Selangor. Cuma yang membezakan ialah sejauh mana persiapan dan taktikal yang diterap-kan menjadi dalam perlawanan itu nanti,” ujarnya.

Waspada, tumpu aksi terbaik berdepan Selangor

MELAKA akan memberi tum-puan penuh terhadap sukan-sukan yang berpotensi meng- hasilkan kilauan pingat pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2020 yang berlang-sung di Johor tahun hadapan. Pengerusi Jawatankuasa NGO, Pembangunan Belia dan Sukan negeri Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen berkata, buat masa ini semua persiapan sedang giat dijalankan dengan kerajaan negeri akan sentiasa memberi sokongan penuh ke-pada semua pasukan yang ber-tanding agar para atlet dapat mencapai keputusan terbaik. “Kita difahamkan belum ada cadangan untuk menunda sekali lagi tarikh Sukma Johor 2020 yang dijadual pada April tahun depan. Bagaimanapun ia tertakluk pada Mesyuarat Majlis Sukan Tertinggi SUKMA yang akan berlang-sung dalam bulan ini. “Meskipun begitu, persia-pan atlet kita masih berjalan seperti biasa dengan kita di peringkat Kerajaan Negeri Me-laka melalui Majlis Sukan Ne-geri (MSN) akan memastikan sukan-sukan yang menjadi sa-saran bagi pingat emas, perak dan gangsa akan diberi sokon-gan penuh bagi memastikan

prestasi kita berada pada tahap terbaik,” katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Me-syuarat Post Exco NGO, Pem-bangunan Belia dan Sukan Negeri di Bilik Mesyuarat Tun Fatimah di Seri Negeri, baru-baru ini. Hadir sama, Pengarah Ja-batan Belia dan Sukan Negeri Noorman Ramlan. Untuk rekod, pada edisi kali ini Melaka akan menghan-tar atlet-atlet berpotensi untuk bertanding dalam 32 jenis sukan yang dipertandingkan termasuklah wushu, akuatik, hoki, gimnastik, e-sukan dan lain-lain lagi.

PERSATUAN Bolasepak Melaka United (MUSA) percaya logo ba-ru Melaka United FC masih boleh digunakan walaupun se-belum ini mencetuskan kontro-versi kerana didakwa diciplak daripada logo luar negara.

Presidennya Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali berkata, selepas logo itu di-hantar kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tiada sebarang halangan yang disuarakan badan in-duk bola sepak negara itu berhubung penggunaan logo baharu yang akan di-guna pakai bermula mu-sim 2021.

“Daripada pihak FAM sendiri kata tiada masalah

mengenai logo itu. Di pusing-an pertama memang tiada apa-

apa masalah. InsyaAllah masih bo-leh digunakan. “Namun, andai kata kalau kita dapat surat kata tak boleh guna, maka tak bolehlah. Tapi buat masa ini logo itu masih boleh digunakan dan saya yakin ia akan terus digu-nakan,” katanya. Beliau berkata demikian se-lepas menjadi tetamu pada Seg-men Bicara Ketua Menteri di MELAKAfm, baru-baru ini. Terdahulu, kisah mengenai logo baharu Melaka United FC menjadi tular dalam kalangan peminat bola sepak tanah air eko-ran reka bentuknya dikatakan per-sis sebuah syarikat daripada Australia. Malah, logo berkenaan juga dikatakan turut digunakan dua buah lagi kelab bola sepak luar ne-gara iaitu Banstead Rovers (Eng-land) dan Austin FC (Amerika Syarikat).

Sulaiman bagaimanapun me-negaskan pemilihan logo baharu itu adalah keputusan yang tepat memandangkan ia kelihatan ring-kas, namun mempunyai maksud yang mendalam. “Warna dan lambang pada logo baharu ini pada saya cukup ringkas dan mempunyai maksud yang mendalam. Pada masa sama, kita masih mengekalkan ciri-ciri sebelum ini seperti Pokok Melaka dan sebagainya. “Saya berharap logo baharu ini akan menjadi semangat kepada pasukan kita untuk menghadapi saingan Liga Malaysia di masa akan datang terutama apabila ber-tukar menjadi sebuah kelab. “Besar harapan saya agar kelab ini dapat menjadi pilihan ra-mai pemain berkualiti dan juga menarik penaja-penaja yang boleh membantu Melaka United FC di masa akan datang,” katanya lagi.

SUKMA 2020: Melaka beri tumpuan penuh pada sukan berpotensi raih pingat

RAFIQ Naizamohideen

PEMAIN Melaka United mendengar amanat yang diberikan Ketua Jurulatih. Foto MUSA

Mohamad Fazrul Abdul Majid

“Buat masa ini logo itu masih boleh digunakan”

SULAIMAN

sec1-mimie (7sept-13sept2020)NEW_Layout 1 4/9/2020 11:57 PM Page 4

Page 24: Muka 23 I 7 September 2020 - 13 September 2020 I 19 ......Melakaku Maju Jaya, Rakyat Bahagia, Menggamit Dunia Pemantapan NASKHAH PERCUMA Komuniti India Di Melaka Edisi 14 I 7 September

Diterbitkan oleh Melaka Hari Ini Sdn. Bhd., (199701017821), Bangunan Rumah Media Melaka, Jalan Lingkaran MITC, 75450 Ayer Keroh, Melaka. Tel : 06 - 251 9314, 251 9315 Faks : 06 - 251 9316 Dicetak oleh NAJ Press Resources (M) Sdn. Bhd, Lot 19, Jalan Lada Hitam 16/12, Seksyen 16, 40200 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

MS 23

Melaka tumpu sukan sasaran

MS 23

MELAKA United melakar kemenangan kedua berturut-turut selepas berjaya menundukkan Terengganu FC 1-0 dalam saingan Liga Super di Stadium Hang Jebat pada 4 September lepas. Penyerang Melaka United Uche Agba menjaringkan gol pertama pada minit ke-60 selepas mudah menolak bola ke gawang lawan hasil umpanan rakan sepasukan, Sony Norde. Babak kedua perlawanan menyaksikan gandingan dua penyerang Melaka United iaitu Uche Agba dan Sony Norde membuatkan pasukan pelawat terkulai walaupun separuh masa pertama dikuasai Terengganu. Hasil kemenangan tersebut, Melaka United mengukuhkan kedudukan carta Liga Super dan hanya dibezakan tujuh mata dengan pendahulu liga, Johor Darul Ta’zim (JDT).

Melaka tunjuk taring

SUKMA 2020:

'Jangan cepat selesa'

MELAKA HARI INI

sec1-mimie (7sept-13sept2020)NEW_Layout 1 5/9/2020 12:16 AM Page 1