muka 5 muka 7 muka 17 MALAYSIA BARU LEBIH GAGAH · PDF filenah bagi pembinaan sekolah dan...

23
MALAYSIA BARU LEBIH GAGAH MediaSelangor selangortv.my Media_Selangor www.selangorkini.my PERCUMA 10 - 16 Januari 2018, 22 - 28 Rabi'ulakhir 1439 BERITA PENUH MUKA � OLEH LIZAWATI MADFA SHAH ALAM - Pakatan Harapan dijamin mampu melahirkan Malaysia baharu yang lebih gagah, berwibawa dan berma- ruah. Timbalan Presiden KEADIL- AN, Dato Seri Mohamed Azmin Ali berkata, ia bukan retorik dan harapan kosong tetapi su- dah dibuktikan menerusi dasar peduli rakyat di Se- langor juga Pulau Pinang. PELANCONGAN NEGERI MAKIN RANCAK muka 17 PELIHARA PEMBANGUNAN MAAHAD TAHFIZ muka 7 AWAS SKIM PALSU SABOTAJ KERAJAAN NEGERI muka 5

Transcript of muka 5 muka 7 muka 17 MALAYSIA BARU LEBIH GAGAH · PDF filenah bagi pembinaan sekolah dan...

Page 1: muka 5 muka 7 muka 17 MALAYSIA BARU LEBIH GAGAH · PDF filenah bagi pembinaan sekolah dan menyebabkan kesukaran kepada ... tung kepada keputusan PIBG. ... mengeluarkan surat pemaklu-man

MALAYSIA BARU LEBIH GAGAH

MediaSelangorselangortv.my

Media_Selangorwww.selangorkini.my

PERCUMA 10 - 16 Januari 2018, 22 - 28 Rabi'ulakhir 1439

BERITA PENUH MUKA �

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM - Pakatan Harapan dijamin mampu melahirkan Malaysia baharu yang lebih gagah, berwibawa dan berma-ruah.

Timbalan Presiden KEADIL- AN, Dato Seri Mohamed Azmin Ali berkata, ia bukan retorik dan harapan kosong tetapi su-dah dibuktikan menerusi dasar peduli rakyat di Se-langor juga Pulau Pinang.

PELANCONGANNEGERI MAKINRANCAKmuka 17

PELIHARA PEMBANGUNAN MAAHAD TAHFIZ muka 7

AWAS SKIM PALSU SABOTAJ KERAJAAN NEGERImuka 5

Page 2: muka 5 muka 7 muka 17 MALAYSIA BARU LEBIH GAGAH · PDF filenah bagi pembinaan sekolah dan menyebabkan kesukaran kepada ... tung kepada keputusan PIBG. ... mengeluarkan surat pemaklu-man

2Utama

SelangorKini 10 - 16 Januari 2018

Wan Azizah: Anwar bebas �� JunKAJANG - Ketua Umum KE-ADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal dibebaskan da-ripada penjara tidak lama lagi, kata Presiden Pakatan Hara-pan (PAKATAN), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Katanya, sekiranya tiada apa-apa masalah Anwar akan dibebaskan, pada 11 Jun ini.

“Kalau diizinkan tuhan, mengikut lunas undang-undang Anwar dibebaskan, pada 11 Jun,” katanya dalam Amanat Presiden PAKATAN

sempena Pelancaran Wanita Pakatan Harapan di Dewan Sri Cempaka, pada 6 Januari lalu.

Wan Azizah berkata, wa-laupun Anwar belum dibe-baskan semangat beliau tetap menyertai mereka di konvensyen berkenaan.

“Hari ini ialah hari yang ke-1,601 Anwar menjadi ta-hanan politik.

“Walaupun jasadnya di-penjara, namun rohnya kekal bersama kita,” katanya.

Pembebasan Anwar perjuangan KEADILAN

Tidak letak syarat untuk calon PMOLEH SABIRAH AZIZ

ALOR SETAR - Tiada sebarang syarat diletakkan KEADILAN dalam pemilihan calon perdana menteri sekiranya Pakatan Hara-pan (PAKATAN) memenangi Pili-han Raya Umum ke-14 (PRU14).

Timbalan Presidennya, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, ia termasuk syarat pembebasan Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana ia adalah sebaha-gian agenda perjuangan parti.

“Pembebasan Anwar bukan satu syarat tetapi perjuangan parti sejak 1998. Kami sifatkan penahanan beliau sebagai sim-bol kezaliman walaupun KE-ADILAN bukan sebuah parti berorientasikan Anwar dan kelu-arganya.

“Ini juga adalah idealisme

Pastikan PRU�� adil dan amanahKAJANG - Pakatan Harapan mahu Pilihanraya Umum ke 14 (PRU14) yang bakal diadakan tidak lama lagi dapat dilak-sanakan dengan adil dan ama-nah.

Presiden Pakatan Harapan (PAKATAN), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, PRU14 bakal menjadi pilihan raya yang paling ‘panas’ sean-dainya ia tidak dijalankan de-ngan adil dan saksama.

Katanya, hal itu juga di-katakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ba-hawa PRU14 itu akan menjadi ‘bapa pilihan raya’.

“Wahai Najib pastikan PRU14 kali ini adalah sebuah pilihan

raya yang bersih dan adil.“Perlu setuju juga harus akur

akan suara dan kehendak rakyat serta undang-undang dalam memastikan peralihan kuasa berjalan dengan aman.

“Insya Allah kita menang pada PRU14, sama-sama kita berdoa,” katanya ketika me-nyampaikan ucaptama pada majlis Pelancaran Wanita Paka-tan Harapan di Dewan Sri Cem-paka, pada 6 Januari lalu.

Sementara itu, Azizah ber-kata pelancaran wanita harapan adalah detik bersejarah buat Wanita Harapan.

Beliau turut mahu golongan wanita lebih banyak dilantik dalam perwakilan.

Hentikan polemikSHAH ALAM - Ahli parti komponen dalam Pakatan Harapan disaran meng-hentikan polemik berhubung pemilihan calon perdana menteri.

Profesor Sains Politik Fakulti Pendidi-kan dan Sains Sosial Universiti Selangor (UNISEL), Prof Dr Shaharuddin Badarud-din berkata, mereka seharusnya fokus terhadap kerja mengukuhkan jentera parti masing-masing bagi menghadapi Umno-Barisan Nasional (BN) dalam Pili-han Raya Umum ke-14 (PRU-14).

“Ada yang tidak setuju tetapi kepu-tusan dibuat kepimpinan gabungan itu yang bermaksud semua pihak perlu akur dan terus bekerja untuk memastikan ke-jayaan Pakatan di Putrajaya, di samping mengekalkan kerajaan, di Selangor.

“Jika terus berpolemik, tidak akan me-

nyelesaikan masalah,” katanya yang juga Timbalan Naib Canselor Pembangunan Pelajar dan Jaringan Komuniti UNISEL.

Bagaimanapun, katanya, kelompok anak muda yang mengambil pendirian bersetuju untuk tidak bersetuju juga wajar diberi perhatian pemimpin parti.

Dr Shaharuddin berkata, beliau per-caya pendirian itu diambil ekoran trend politik dunia menyaksikan beberapa negara memilih sosok muda untuk me-nerajui negara.

“Luahan perasaan anak muda yang mungkin terguris berdasarkan apa yang berlaku di dunia menyebabkan ke-mungkinan mereka berpendapat me-nampilkan sosok muda lebih baik tetapi tidak menolak semua pandangan parti,” katanya.

perjuangan parti untuk membe-baskan Anwar termasuk rakyat daripada kemungkaran yang berlaku kini,” katanya dalam pro-gram Jelajah Peduli Rakyat di sini, pada 7 Januari lalu.

Mohamed Azmin yang juga Dato’ Menteri Besar Selangor mahu parti memberi tumpuan kepada agenda rakyat daripada membincangkan isu calon.

“Mereka perlu bekerjasama memastikan agenda rakyat di-laksanakan dengan bijak dan berhemah memandangkan neg-ara kini berdepan pelbagai kri-sis seperti kegawatan ekonomi, kepincangan pengurusan dan kegawatan politik.

“Selain itu, jentera PRU14 juga perlu diperkemaskan di semua peringkat.

“Melalui rekod pentadbiran cemerlang di Selangor dan Pu-lau Pinang, ia harus dijadikan keutamaan pimpinan PAKATAN merencanakan dasar dan pro-gram yang dapat mengangkat martabat rakyat,” katanya.

Melalui rekod pentadbiran cemerlang di Selangor dan Pulau Pinang, ia harus dijadikan keutamaan pimpinan PAKATAN merencanakan dasar dan program yang dapat mengangkat martabat rakyat

MOHAMED AZMINTimbalan Presiden KEADILAN

Page 3: muka 5 muka 7 muka 17 MALAYSIA BARU LEBIH GAGAH · PDF filenah bagi pembinaan sekolah dan menyebabkan kesukaran kepada ... tung kepada keputusan PIBG. ... mengeluarkan surat pemaklu-man

Utama3SelangorKini 10 - 16 Januari 2018

Bukan retorik dan harapan kosong

PAKATAN mampu bentuk Malaysia baruDari muka depan

Katanya, kepimpinan PAKATAN juga diyakini mampu menyelesaikan masalah dan isu berlarutan di peringkat persekutu-an seterusnya memulihkan Malaysia yang semakin tenat.

“Di Selangor misalnya, lebih RM2.5 bi-lion dibelanja untuk manfaat enam juta rakyat menerusi 42 program Inisiatif Pedu-li Rakyat.

“Selangor sudah membuktikan kita bu-kan sekadar retorik dan menabur janji na-mun serius mengangkat martabat rakyat walaupun hanya baru dua penggal berge-lar Kerajaan Negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Konven-syen Pakatan Harapan 2018, di IDCC, pada 7 Januari lalu.

Dato’ Menteri Besar itu juga berkata, PAKATAN mengangkat prinsip demokrasi sebagai asas pentadbiran sementara Um-no-BN terus kekalkan dasar kleptokrasi.

Katanya, demokrasi dijayakan dengan dasar peduli rakyat untuk rakyat semen-tara kleptokrasi berpaksikan prinsip dari lanun kepada lanun.

“Dengan kira-kira RM3 bilion, belan-

jawan Selangor antaranya dapat memberi manfaat pemeriksaan kesihatan percuma kepada sejuta rakyat, jayakan Kasih Ibu Smart Selangor dan membantu puluhan ribu peniaga kecil.

“Lanun pula hanya berminat meng-kayakan rakan lanunnya dan tidak peduli rakyat.

“Tetapi bayangkan, jika kita pegang Pu-trajaya dengan belanjawan besar RM280 bilion, tentu lebih banyak program dan manfaat dapat kita tawarkan kepada rak-yat,” katanya.

Mohamed Azmin yakin kemaraan PAKATAN ke Putrajaya bakal memberi pelbagai manfaat kepada rakyat

Selangor sudah membuktikan kita bukan sekadar retorik dan menabur janji namun serius mengangkat martabat rakyat walaupun hanya baru dua penggal bergelar Kerajaan NegeriMOHAMED AZMINTimbalan Presiden KEADILAN

Page 4: muka 5 muka 7 muka 17 MALAYSIA BARU LEBIH GAGAH · PDF filenah bagi pembinaan sekolah dan menyebabkan kesukaran kepada ... tung kepada keputusan PIBG. ... mengeluarkan surat pemaklu-man

4Utama

SelangorKini 10 - 16 Januari 2018

Umno tuduh Kerajaan Negeri isu tanah

Sekali lagi tunjuk jaguhOLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM - Tuduhan wakil rakyat Umno kononnya Kerajaan Negeri tidak memberikan tanah bagi tujuan pembinaan sekolah di Bandar Tasik Puteri adalah ti-dak benar dan berniat jahat.

Exco Kerajaan Negeri, Zaidy Abdul Talib berkata, sebaliknya lebih 10 tanah dirizabkan bagi tujuan itu di kawasan berkenaan, lebih 10 tahun lalu.

Katanya, pada 10 Mac 2017, Kerajaan Negeri meluluskan se-cara dasar untuk membina Seko-lah Menengah Bandar Tasik Pu-teri 2.

“Namun, saya menghormati pendirian hasil perbincangan Setiausaha Kerajaan Negeri dan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan yang setuju bahawa tanah dirizabkan tetapi tiada bajet pembangunan lagi di-

wartakan di bawah satu undang-undang.

“Mereka sepakat tanah berke-naan buat sementara diwartakan di bawah Seksyen 62 Kanun Ta-nah Negara,” katanya kepada Se-langor Kini.

Terdahulu, Ahli Dewan Ne-geri Kuang, Datuk Abdul Shukur Idrus mendakwa Kerajaan Negeri tidak meluluskan pemberian ta-nah bagi pembinaan sekolah dan menyebabkan kesukaran kepada pelajar yang semakin meningkat.

Katanya, kawasan itu turut diduduki seorang Exco Negeri dan sepatutnya tidak memer-lukan sebarang desakan atau demonstrasi untuk berbuat demikian.

Zaidy berkata, dakwaan lemah itu adalah satu lagi usaha Umno menunjukkan kejaguhan dalam isu rakyat dan menjadi hero menjelang Pilhan Raya Umum

Dakyah ini lebih kepada cubaan menepis dan menuding jari sedangkan Kerajaan Persekutuan tiada peruntukan untuk membina sekolahZAIDY ABDUL TALIBExco Kerajaan Negeri

Tiada kenaikan yuran asas SRA

SHAH ALAM - Kerajaan Negeri tidak pernah menaikkan yuran Sekolah Rendah Agama (SRA) di bawah pentadbirannya seperti didakwa segelintir pihak.

Exco Hal Ehwal Agama, Jawatankuasa Adat Melayu, Pem-bangunan Desa dan Kampung Tradisi, Dato’ Ahmad Yunus Hai-ri berkata, yuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang tinggi hingga mendatangkan rungutan daripada ibu bapa bukan ber-punca daripada Kerajaan Ne-geri sebaliknya diputuskan pihak sekolah.

“Yuran asas tidak pernah naik sejak 2007 berdasarkan saranan daripada Kementerian Pelajaran supaya (yuran) tiada kenaikan ke-

cuali PIBG.“Itu terpulang (kepada seko-

lah) dan prosesnya sama seperti di sekolah kebangsaan, bergan-tung kepada keputusan PIBG.

“Bagi SRA tiada kenaikan. Ka-lau KAFA itu terpulang, bukan di bawah kerajaan Negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian keti-ka diminta mengulas berhubung dakwaan Pengerusi Barisan Na-sional (BN) Selangor, Tan Sri Noh Omar yang mendakwa Kerajaan Negeri tidak membantu sekolah agama dalam soal kebajikan.

Ahmad Yunus berkata, Kera-jaan Negeri sudah ambil tinda-kan dengan memberikan skim pinjaman buku teks kepada seko-lah agama sejak 2008 melalui

Lembaga Zakat Selangor (LZS).Katanya, Kerajaan Negeri su-

dah membelanjakan RM7 juta bagi mencetak buku teks Tahap Satu pada 2017 untuk kegu-naan 2018.

Jumlah sama turut dipe-runtukkan tahun ini untuk mencetak buku teks Tahap Dua yang akan digunakan pada 2019 bagi menjadikan jum-lah perbelanjaan keseluruhan RM14 juta

Mengulas janji BN memberi-kan pendidikan agama per-cuma jika berjaya memerintah kembali Selangor, Ahli Dewan Negeri Sijangkang itu menyi-fatkan ia sebagai cakap-cakap politik.

Pengerusi LKIM jangan salahkan Kerajaan Negeri

ke-14.“Dakyah ini lebih kepada cu-

baan menepis dan menuding jari, sedangkan Kerajaan Persekutuan tiada peruntukan untuk membi-na sekolah.

“Perkara ini diketahui semua dan ia bukan di kawasan ini sahaja tetapi merangkumi sekolah, di ka-wasan lain juga,” katanya.

SIDANG PENGARANGPENASIHAT: Lembaga Editorial CCSB

PENGARANG KUMPULAN: Mohsin AbdullahKETUA PENGARANG: Cecelia Alphonsus

PENGARANG : Nurul Farina NazlanPENOLONG PENGARANG Mohd Ezli Mashut, Naeem Raffi, Afeeqa Afeera

WARTAWAN: Hafizan Taib: [email protected],

Nazli Ibrahim: [email protected], Afix Redzuan: [email protected],

Lizawati Madfa: [email protected], Norhayati Umor: [email protected],

Ermizi Muhamad : [email protected] Aziz : [email protected] Fathil : [email protected]

JABATAN PEMASARAN & PENGIKLANAN:Nadhrah Azlan : [email protected] l 03-5523 4856 (ext 117)

JURUGAMBAR: Asri Sapfie, Raheemie Arifin, Shuaib Ayob & Hafiz OthmanGRAFIK & REKA LETAK: Unit Grafik CCSB

Aras 2, Carlton Holiday Hotel & Suites, No 1, Persiaran, Akuatik 13/43,Seksyen 13, 40100, Shah Alam, Selangor

Tel : 03-5523 4856 Faks : 03-5523 5856 Emel: [email protected]

SHAH ALAM - Kerajaan Negeri membidas tindakan berdiam diri Lembaga Kemajuan Ikan Ma-laysia (LKIM) yang masih gagal mengemukakan permohonan lengkap kepada Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) berhubung status tanah jeti, di bawah se-liaannya.

Exco Infrastruktur dan Kemu-dahan Awam, Pemodenan Perta-nian dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib berkata, LUAS sudah mengeluarkan surat pemaklu-man kelulusan kepada LKIM, pada 26 Januari 2016 dan mereka perlu mendapat kelulusan dari-pada pentadbir tanah sebelum mengeluarkan lesen jeti.

Bagaimanapun, katanya, se-hingga hari ini, LUAS masih belum menerima permohonan lengkap atau pelan ukur bagi semua jeti termasuk di Klang daripada LKIM untuk pengoperasian jeti.

“Permohonan jeti di bawah seliaan LKIM sebanyak 51 buah diluluskan secara dasar dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pe- ngurusan Jeti Selangor Bil.4/2015, pada 7 Disember 2015.

“Dakwaan pengerusinya, Da-tuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim terhadap sikap berdolak-dalik Kerajaan Negeri, khususnya berkenaan status tanah bagi jeti LKIM dan pusat pendaratan ikan di perairan Selangor amat menghairankan serta jelas me-nampakkan kelemahan beliau

mengendalikan agensi di bawah seliaanya,” katanya.

Zaidy berkata, LUAS juga su-dah membuat pemakluman ke-pada semua agensi dan pihak berkepentingan di setiap daerah terbabit dengan bancian semula bagi mendapatkan maklumat se-benar di tapak untuk langkah pe-mutihan jeti dilaksanakan.

Katanya, permohonan 86 jeti bagi kawasan Sekinchan sudah mendapat kelulusan LMS melalui MMKN Bil 20/2017 bagi tempoh dua tahun sehingga tanah yang dipohon diwartakan.

Manakala bagi kawasan Su-ngai Besar dalam peringkat pe-nyediaan pelan ukur sebelum tindakan lanjut kelulusan tanah dibuat Pejabat Tanah Sabak Ber-nam.

“Pendaftaran jeti ini selaras Seksyen 43 dan Seksyen 70 Enak-men LUAS 1999 sebagai langkah kawalan terhadap aktiviti ber-hampiran sumber air.

“Kelulusan penggunaan tanah melalui Lesen Pendudukan Se-mentara (TOL) atau Permit Peng-gunaan Tanah perlu diperolehi pemohon daripada Pejabat Dae-rah/Tanah dan Jabatan Perhuta-nan Selangor, sementara tapak ter-babit diwartakan dengan kadar caj ditetapkan agensi berkenaan.

“Selain itu, kebenaran meran-cang atau kelulusan lain juga perlu diperolehi daripada Pihak Berkua-sa Tempatan,” katanya.

Page 5: muka 5 muka 7 muka 17 MALAYSIA BARU LEBIH GAGAH · PDF filenah bagi pembinaan sekolah dan menyebabkan kesukaran kepada ... tung kepada keputusan PIBG. ... mengeluarkan surat pemaklu-man

Utama5SelangorKini 10 - 16 Januari 2018

MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

Ada pihak cuba sabotaj

Awas skim palsu konon wakil Kerajaan Negeri

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM - Orang ramai diminta ber-hati-hati daripada mempercayai individu mengaku wakil Kerajaan Selangor dengan mengedar borang bagi mendapatkan skim ditawarkan Kerajaan Negeri.

Pegawai Khas Ahli Dewan Negeri Chemp-aka, Hafiz Razak berkata, pihaknya mendapat maklumat ada pihak cuba memburukkan imej Kerajaan Negeri dengan menerangkan kepada orang ramai mengenai skim ditawar-kan dengan maklumat salah.

Katanya, pihak tidak bertanggungjaw-ab itu juga mengambil maklumat peserta dengan mengedar borang secara meluas termasuk kepada mereka yang tidak layak menerima bantuan tersebut dengan bayaran tertentu.

“Terbaru Kerajaan Selangor melancarkan Program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) den-gan syarat tertentu tetapi ada pihak cuba me-nabur janji dan harapan kepada peserta tidak layak menerima bantuan KISS.

“Dibimbangi orang ramai terpedaya den-gan penerangan salah oleh mereka dan ber-

harap bantuan mereka pun diluluskan Kera-jaan Selangor,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, selepas disemak di dalam sistem nama mereka tidak didaft-arkan untuk melayakkan mereka menerima skim ditawarkan.

“Bagi pihak ADN Chempaka menasihati orang ramai agar berhubung terus dengan wakil Kerajaan Selangor yang sah seperti Pejabat Penghulu, ADN dan Ahli Majlis Tem-patan untuk mendapatkan maklumat benar mengenai skim ditawarkan,” katanya.

Nenda saudara Sultan Selangor mangkatKLANG - Nenda saudara Sultan Se-langor, Yang Amat Mulia Tengku Aris Temenggong Selangor, Tengku Mu-hammad Yusuf Shah Alhaj selamat disemadikan di Makam Diraja Klang, di Masjid Diraja Sultan Suleiman, kira-kira jam 6.30 petang, pada 3 Januari lalu.

Almarhum, 91 tahun mangkat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang (HTAR), pada jam 11.15 pagi ekoran sakit tua.

DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah diiringi DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin dan Duli Yang

Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Se-langor, Tengku Amir Shah berkenan mencemar duli hadir memberikan penghormatan terakhir kepada jen-azah Almarhum.

Turut hadir mencemar duli, Teng-ku Laksamana Selangor, Tengku Pan-glima Diraja Tengku Sulaiman Shah dan Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali bersama isteri, Datin Seri Shamshida Taharin.

Almarhum yang diputerakan pada 28 April 1926, adalah salah seorang daripada 25 putera kepada DYMM Sultan Selangor kelima, Almarhum Sultan Sir Ala’eddin Sulaiman Shah.

DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan mencemar duli hadir memberikan penghormatan terakhir kepada jenazah Almarhum

Terbaru Kerajaan Selangor melancarkan Program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) dengan syarat tertentu tetapi ada pihak cuba menabur janji dan harapan kepada peserta tidak layak menerima bantuan KISSHAFIZ RAZAKPegawai Khas Ahli Dewan Negeri Chempaka

Page 6: muka 5 muka 7 muka 17 MALAYSIA BARU LEBIH GAGAH · PDF filenah bagi pembinaan sekolah dan menyebabkan kesukaran kepada ... tung kepada keputusan PIBG. ... mengeluarkan surat pemaklu-man

6Utama

SelangorKini 10 - 16 Januari 2018

Persempadanan kawasan pilihan raya

Tak ikut prinsip demokrasiOLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM - Mantan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rah-man, mendakwa persempadan-an semula pilihan raya dilaku-kan kini tidak mengikut prinsip demokrasi sebaliknya memberi fokus bagi mengekalkan Umno-Barisan Nasional (BN) di tampuk kuasa.

Katanya, ia berbeza pada zamannya mengetuai agensi terbabit dengan tiada arahan sedemikian dengan persem-padanan semula dilakukan se-cara adil dan berprinsip.

“Tidak ada arahan (persem-padanan semula) dan saya tidak layan (jika ada).

“Ketika saya menjadi Pengeru-si SPR, Perdana Menteri ialah Tun Dr Mahathir Mohamad, saya ti-dak pernah diarah menipu kera-na beliau mempunyai prinsipnya sendiri dan berdiri dengan prin-sip sama hingga kini,” katanya kepada media di ibu pejabat Ins- titut Darul Ehsan (IDE), pada 3 Januari lalu.

Beliau berkata, SPR akan me-ngada perubahan bagi sesuatu kawasan pilihan raya jika didapa-ti terdapat keperluan bagi tujuan itu dengan mengadakan perbin-

cangan bersama ahli jawatankua-sa dilantik untuk berlaku adil.

Berbeza dengan apa berlaku kini, katanya, perubahan dilaku-kan tidak memberi kelebihan kepada orang ramai selaku pe-ngundi.

“Ketika ini dilihat agak teruk kerana persempadanan semula dibuat dengan menumpukan perhatian kepada Umno-BN sama ada boleh menang atau ti-dak.

“Satu perkara amat tidak be-tul yang bercanggah dengan se-mangat demokrasi dan perlem-bagaan persekutuan,” kata Naib Presiden PPBM itu.

Silap mata SPR: ‘Super DUN’ muncul lagiSHAH ALAM - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bermain silap mata dengan meng-hilangkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Alam Shah di kawasan sedia ada sebe-lum memindahkannya ke kawasan baru.

Ahli Dewan Negeri Sri Andalas, Dr Xavier Jayakumar berkata, langkah SPR itu me-nyebabkan pengundi di DUN Pandama-ran bertambah dari kira-kira 30,000 kepada sekurang-kurangnya 60,000 orang iaitu per-tambahan 100 peratus.

“Kota Alam Shah yang lama tidak lagi wujud tetapi digabungkan dengan DUN Pandamaran menjadikannya sebagai ‘super DUN’.

“Sebelum ini, pengundi Pandamaran kira-kira 30,000 tetapi menjadi lebih 60,000 hing-ga 75,000 pengundi.

"Saya simpati dengan ADN Pandama-

ran akan datang kerana sudah pasti dia ti-dak dapat mencakupi keseluruhan kawasan ekoran terlalu besar,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas meng-hadiri Pendengaran Awam Persempadanan Semula SPR, di Hotel Concorde, pada 4 Janua- ri lalu.

Katanya, langkah SPR itu memberi gam-baran terdapat ‘tangan pihak ketiga’ dalam menentukan persempadanan untuk dilak-sanakan SPR.

Terdahulu, beberapa kawasan DUN di-kuasai Pakatan Harapan di Selangor turut dilabelkan sebagai ‘super DUN’ apabila me- ngalami pertambahan besar jumlah pe-ngundi sehingga mengatasi pengundi di be-berapa Parlimen dikuasai Umno-BN.

Keadaan itu dianggap menguntungkan Umno-BN dengan jumlah kerusi lebih banyak.

ADN persoal SPR pindah tiga daerah mengundiSHAH ALAM - Suruhanjaya Pili-han Raya (SPR) digesa tidak me-mindahkan tiga daerah mengun-di Parlimen Shah Alam (P108) ke Parlimen Petaling Jaya Selatan (P105) dalam syor persempadan-an semula Selangor.

Ahli Dewan Negeri Bukit Ga-sing, R Rajiv berkata, pemin-dahan itu melibatkan kawasan Glenmarie, Taman Glenmarie dan TTDI Jaya dengan lebih 6,000 jumlah pengundi.

Katanya, ketiga kawasan di-selia di bawah Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan seharus-nya kekal dengan identiti bandar raya Anggerik itu.

“Jika ditanya penduduk pun, mereka akan kata mereka tinggal di Shah Alam, jadi mengapa perlu ditukar ke P105.

“Parlimen Petaling Jaya juga sudah mempunyai jumlah pe-ngundi tinggi dan tiada keper-

luan lagi untuk penambahan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengha-diri pendengaran awam bantahan persempadanan semula SPR, di se-buah hotel, pada 5 Januari lalu.

Rajiv berkata, tindakan itu dilihat hanya memberi kelebihan kepada pihak tertentu untuk memenangi P108 pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Katanya, tiga kawasan berke-naan pada PRU13 lalu berpihak ke-pada blok Pakatan.

“Pada PRU13, kita menerima sokongan 63 peratus pengundi di tiga kawasan ini sementara bakinya menyokong sebelah sana.

“Jika berpindah, tentunya ia mengurangkan undi kepada Pa-katan di P108 dan dijangka mem-beri kemenangan kepada pihak lawan,” katanya.

Rajiv (Tengah) ditemani ADN Taman Medan, Haniza Talha (kiri) bergambar bersama wakil penduduk selepas menghadiri pendengaran awam bantahan persempadanan semula SPR

Page 7: muka 5 muka 7 muka 17 MALAYSIA BARU LEBIH GAGAH · PDF filenah bagi pembinaan sekolah dan menyebabkan kesukaran kepada ... tung kepada keputusan PIBG. ... mengeluarkan surat pemaklu-man

Fokus7SelangorKini 10 - 16 Januari 2018

MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

Pemberdayaan institusi Islam Selangor

Pembangunan Maahad Tahfiz terus dipelihara

OLEH SHEEDA FATHIL

PEMBANGUNAN maahad tahfiz di Selangor terus dipelihara bagi mem-berdaya institusi Islam

dalam melahirkan umat yang berilmu dan beriman.

Exco Hal Ehwal Agama, Islam, Adat Melayu dan Pembangunan Desa, Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, Kerajaan Negeri begitu proaktif dalam merangka dasar pembangunan dan menaik taraf maahad tahfiz, di negeri itu.

"Memandangkan sudah me-masuki tahun 2018, Alhamdu-lillah segala peruntukan Be-lanjawan 2017 sudah selesai dilaksanakan mengikut peran-cangan ditetapkan.

"Sejak dua tahun lalu, Kerajaan Negeri sudah memperuntukkan RM3.6 juta untuk membaik pulih 44 maahad tahfiz berikutan un-tuk menjaga keselamatan murid dan guru khususnya," katanya ke-tika dihubungi SelangorKini.

Manakala, Ahmad Yunus ber-kata, seperti sedia maklum dalam ucapan Belanjawan 2018, Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mo-hamed Azmin Ali mengumum-kan RM2 juta diperuntukkan un-tuk membaikpulih dan menaik taraf maahad tahfiz.

Peruntukan itu membabitkan 262 maahad tahfiz persendirian berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), yang me-nempatkan 17,440 murid.

"Manakala, peruntukan ini di-berikan keutamaan kepada maa-had tahfiz yang berisiko tinggi daripada segi aspek kesela-matan," katanya.

Mengulas berkenaan kejadi-an kebakaran beberapa maahad tahfiz sebelum ini, Ahmad Yunus berkata, semua maahad tahfiz akan diperiksa sepenuhnya dari-pada aspek pendawaian eletrik dan pemberian alat pemadam api.

"Kerajaan Negeri sudah me-ngadakan mesyuarat dengan Pi-

hak Berkuasa Tempatan , Jabatan Bomba, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan pelbagai agensi lain untuk melaksanakan program pemutihan maahad tahfiz.

"Pemutihan ini bermatlamat menjadikan maahad tahfiz sela-mat daripada semua aspek ter-masuk struktur pembangunan yang kondusif," katanya.

Kerajaan Negeri komited bangunkan MITS

Kerajaan Negeri komited membangunkan Maahad Inte-grasi Tahfiz Sains dan Teknologi (MITS) di negeri itu bagi mela-hirkan lebih ramai huffaz muda yang cemerlang bukan hanya ilmu Al-Quran, namun dalam semua aspek pembelajaran.

Ahmad Yunus berkata, setakat ini sudah ada empat MITS bero-perasi antaranya di daerah Kuala Langat, Klang, Sabak Bernam dan Sepang.

"Kerajaan Negeri merancang untuk bangunkan MITS di selu-ruh negeri bagi melahirkan pela-jar berpegetahuan dalam semua aspek.

"Kerajaan Negeri sudah melu-luskan projek untuk sebuah lagi MITS di Pandan Indah dengan peruntukan RM30 juta yang akan dilaksanakan pada tahun 2018," katanya.

Beliau berkata, setakat ini pendaftaran pelajar mendaftar masuk ke MITS sentiasa mening-kat ekoran sudah ramai menye-dari kepentingan Pendidikan Is-lam.

"MITS memfokuskan pendidi-kan holistik iaitu membolehkan pelajar mempelajari tiga sistem pembelajaran iaitu sukatan Al-Azhar, tahfiz dan kurikulum," ka-tanya.

Pengetua puji keprihatinan Mohamed Azmin

Kebajikan maahad tahfiz selu-ruh Selangor sentiasa terjaga di bawah pentadbiran Dato' Men-teri Besar, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali dan Kerajaan Negeri.

Pengerusi Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Negeri Selan-gor (PITAS), Muhamad Hafiz Mu-hamad Haneefa berkata, beliau memuji keprihatinan Mohamed Azmin yang banyak membantu mengembangkan serta mem-baik pulih pembangunan seluruh maahad tahfiz, di negeri itu.

"Sejak Mohamed Azmin men-tadbir, beliau sememangnya me-nitik beratkan aspek keselamatan maahad tahfiz bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini dari-pada berlaku.

"Kerajaan Negeri menyedari kepentingan keselamatan maa-had tahfiz perlu diutamakan. Oleh itu, RM3.6 juta diperuntuk-kan untuk membaik pulih sistem pendawaian eletrik, di 44 maa-had tahfiz," katanya.

Manakala, Muhamad Hafiz berkata, RM2 juta diperuntukkan Kerajaan Negeri dalam Belan-jawan 2018 untuk membaik pulih dan menaik taraf maahad tahfiz persendirian di negeri itu adalah salah satu insentif yang amat be-sar buat warga tahfiz.

Mengulas berkenaan Program Smart Tahfiz pula, Muhamad Hafiz berkata, ia salah satu usa-ha besar Kerajaan Negeri untuk mengelakkan pelajar tahfiz dari-pada terus tercicir dengan mem-berikan peluang kepada mereka mengikuti kurikulum menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malay-sia (SPM).

"Teras kurikulum ini dicetus-kan bagi memberi nilai tambah kepada pelajar untuk lebih ber-daya saing seiring dengan pelajar sekolah biasa.

"Program Smart Tahfiz ini di-laksanakan Kerajaan Negeri de-ngan kerjasama Universiti Sela-ngor (UNISEL) dan Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS), malahan saya harap supaya ia dapat dite-ruskan, pada masa akan datang," katanya.

Mengulas berkenaan isu

pendaftaran, Muhammad Hafiz berkata, setakat ini sudah ham-pir 90 peratus maahad tahfiz melakukan proses pendaftaran dengan JAIS.

"Ini adalah satu usaha baik yang dilakukan oleh pengusaha maahad tahfiz apabila mereka mula mendaftar.

"Maahad tahfiz berdaftar de-ngan JAIS atau PITAS akan mem-peroleh beberapa manfaat se-perti keselamatan terjamin dan pelbagai bantuan diterima," ka-tanya.

Sementara itu, Pengetua Kolej Integrasi Tahfiz Tunas Ilmuwan Selangor (KITTIS), Muhammad Labib Abd Jalil berkata, pelbagai manfaat diterima kini oleh pela-jar dan warga pendidik maahad tahfiz daripada Kerajaan Negeri berbanding sebelum ini.

"Kerajaan Negeri amat me-nitikberatkan kebajikan pelajar dan warga pendidik maahad tah-fiz dengan pemberian pelbagai bantuan fizikal serta kewangan.

"Adalah penting setiap maa-had tahfiz berdaftar di bawah JAIS bagi menjamin keselamatan pembangunan, pelajar dan war-ga pendidik," katanya.

Muhammad Labib berkata, KITTIS juga dipilih oleh pihak bomba sebagai sekolah skuad bomba Selangor pada Mei lalu kerana menepati ciri keselamatan yang lengkap.

Maahad tahfiz : institusi Islam yang perlu dipertahankan

Maahad tahfiz adalah salah se-buah institusi Islam turun temu- run yang perlu dipertahankan demi menegakkan umat Islam celik Al-Quran dan ilmu agama.

Muhammad Azam Redza Md Hadzi, 42, berkata, beliau meng-hantar tiga anaknya ke pusat tahfiz bertujuan untuk mendi-dik mereka mencintai ilmu Islam dan menjadi anak yang soleh.

"Ilmu Al-Quran adalah sijil tertinggi umat manusia sejagat dan saham akhirat paling be-sar, maka tidak salah untuk saya menghantar anak ke maahad tahfiz.

"Jika Al-Quran mempunyai 6,236 ayat boleh dihafal oleh pelajar tahfiz, sudah pasti tidak mustahil untuk mereka meng-ingati dan memahami ilmu lain dengan mudah," katanya.

Manakala, Norizan Mohd Noor, 49, berkata, tujuan beliau menghantar anaknya ke maa-

had tahfiz di Selangor kerana memikirkan negeri itu mempu-nyai pembangunan yang maju dan kerajaan prihatin.

"Saya tinggal di Pahang teta-pi baru mendaftarkan anak di salah sebuah maahad tahfiz, di Bangi.

"Walaupun bukan berasal di negeri ini, namun saya me-nyambut segala usaha baik Kerajaan Negeri yang amat me-mentingkan kebajikan rakyat dan pendidikan Islam serta pembangunan institusi Islam, katanya.

Mengulas berhubung kes pembakaran di beberapa maa-had tahfiz, Wan Zulrushdi Wan Mohamed, 53, berkata, kejadi-an kebakaran di maahad tahfiz sering didengar dan ia adalah cabaran besar buat pengusaha maahad tahfiz.

"Saya harap pihak berkuasa dan semua yang terbabit ber-sama menangani isu kebakaran maahad tahfiz daripada beru-lang dengan mengutamakan ciri keselamatan.

"Ibu bapa tidak perlu risau untuk menghantar anak ke ma-haad tahfiz memandangkan mereka bakal menjadi pewaris yang boleh manghafal Al-Quran dan berjaya dunia akhirat," ka-tanya yang mempunyai seorang anak di maahad tahfiz Selangor.Gambar hiasan

Sejak Mohamed Azmin mentadbir, beliau sememang-nya menitik beratkan aspek keselamatan maahad tahfiz MUHAMAD HAFIZPengerusi Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Negeri Selangor (PITAS)

Page 8: muka 5 muka 7 muka 17 MALAYSIA BARU LEBIH GAGAH · PDF filenah bagi pembinaan sekolah dan menyebabkan kesukaran kepada ... tung kepada keputusan PIBG. ... mengeluarkan surat pemaklu-man

8Nasional

SelangorKini 10 - 16 Januari 2018

Pilihan Raya Umum ke-14

Rakyat Kedah dan Perlis perlu bangkit OLEH SABIRAH AZIZ

KEDAH - Rakyat Kedah dan Perlis perlu bangkit pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dengan memilih Pakatan Harapan (PA-KATAN) sebagai parti yang dapat membantu mengubah nasib rakyat, di dua negeri itu.

Timbalan Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, perkara itu tidak musta-hil berlaku jika rakyat Kedah dan Perlis mahukan perubahan se-perti yang berlaku, di Selangor dan Pulau Pinang.

“Saya yakin rakyat Kedah dan Perlis sudah matang serta bo-leh membuat keputusan terbaik bagi menentukan masa depan negara. Saya juga yakin Selangor

dapat menjadi model bagi me-lonjakkan sokongan rakyat untuk memilih PAKATAN.

“Maka, diharapkan pada PRU 14 kali ini, kita dapat mengubah tampuk kepimpinan sedia ada, sekali gus membentuk kerajaan baharu, di negeri ini,” katanya dalam siri Jelajah Keadilan Peduli Rakyat, di sini, pada 6 Januari lalu.

Mohamed Azmin berkata, rakyat Kedah dan Perlis juga turut dapat menikmati man-faat sama yang diberikan kepa-da rakyat Selangor juga Pulau Pinang jika PAKATAN memerin-tah negeri itu.

“Saya dan rakyat Selangor akan terus memberikan soko-ngan kepada rakyat Kedah serta Perlis.

Mengulas lanjut berkenaan PRU dan calon Menteri Besar Kedah, beliau berkata, sekira-nya parti itu menang di Kedah, mereka tidak akan berhenti ber-juang walaupun sering diuji.

“Walaupun kita pernah kalah dan tewas dalam beberapa PRU sebelum ini, namun kita tidak akan berhenti berjuang kerana perjuangan parti ini, di Kedah penting. Jangan dinafikan pe-ranan kami kerana kita sudah lama bertapak, di Kedah.

“Kepimpinan parti ini di Ke-dah adalah istiqamah, maka kita akan tumpukan soal kemena-ngan PRU14 terlebih dahulu se-belum memikirkan calon yang layak untuk menjadi Menteri Be-sar Kedah,” katanya.

Touch ‘n Go tawar e-dompet mudah alihSHAH ALAM - Anak syarikat CIMB Group Holdings Bhd, Touch ‘n Go Sdn Bhd (TNGSB) menerima kelulusan Bank Negara Malay-sia (BNM) bagi memperkenalkan dan mengendali perkhidmatan e-dompet mudah alih.

CIMB dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia berkata, perkhidmatan yang menggu-nakan landasan teknologi Alipay itu akan diuruskan TNG Digital Sdn Bhd, syarikat usahasamanya dengan Ant Financial Group (Ant Financial).

Teknologi pembayaran Ali-pay daripada Ant Financial, pada masa sekarang menyokong le-bih dari 450 juta pengguna di China, lapor BERNAMA.

E-dompet mudah alih itu akan membolehkan rakyat Ma-laysia menikmati pengalaman ekosistem pembayaran yang selamat, selesa dan lancar me-lalui penggunaan kod tindak-an segera bagi membeli-belah dalam talian, membuat pem-bayaran bil, runcit termasuk pemindahan dana dengan lan-dasan serupa.

Ketua Pegawai Eksekutif TNGSB, Syahrunizam Samsudin

berkata, syarikat menjangkakan pelanggan semasanya yang ter-diri daripada pengguna tol le-buh raya, transit dan tempat me-letak kenderaan akan mendaftar segera bagi menikmati tamba-han dalam perkhidmatan berke-naan.

“Dalam menyokong aspirasi kerajaan untuk mempercepat-kan pembentukan ekosistem pembayaran digital yang kukuh dan selamat, kami amat teruja selepas menerima kelulusan bagi e-dompet ini.

“Pada hari ini, Touch ‘n Go adalah peneraju nombor satu dalam pembayaran mikro dan kami berpendapat bahawa ta-waran ini adalah penambahan dalam usaha memperkukuhkan cadangan nilai kami dan seterus-nya menggerakkan negara serta pelanggan kami ke alam digital pembayaran,” katanya.

TNGSB memegang hak harta intelek sistem Touch ‘n Go yang juga adalah piawaian de facto kepada kad pintar tanpa sentuh-an, di Malaysia.

Syarikat terbabit dimiliki CIMB, MTD Equiti Sdn Bhd dan PLUS Expressways Bhd.

Angin kencang hingga �� JanuariSHAH ALAM - Jabatan Meteo-rologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan angin kencang Timur Laut berkelajuan 50 hing-ga 60 kilometer sejam (kmsj) di perairan Condore, utara Reef North dan utara Palawan, sehing-ga 15 Januari ini.

MetMalaysia dalam kenyataan berkata, angin kencang dan laut bergelora dengan ombak men-capai ketinggian hingga 4.5 me-ter itu berbahaya kepada aktiviti

perkapalan, perkhidmatan feri serta menangkap ikan.

Katanya, keadaan angin ken-cang dan laut bergelora turut berbahaya kepada bot kecil, rekreasi serta sukan laut.

“Ia turut menjejaskan perairan tenggara Samui, Tioman, Bungu-ran, selatan Reef North, Layang-layang, Reef South, Labuan dan selatan Palawan,” kata kenyataan itu.

MetMalaysia berkata, bagi

perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Sarawak, sebahagian kawasan Pedalaman, Pantai Barat dan Kudat, Sabah dan Labuan, dijangka berlaku an-gin kencang Timur Laut sehingga Ahad.

“Selain itu, kawasan pantai di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur terdedah ke-pada kejadian kenaikan paras air laut yang dijangka bermula 11 hingga 15 Januari ini,” katanya.

Mohamed Azmin berkesempatan

menyantuni ma-syarakat setempat

di sekitar Kedah ketika melaku-

kan Jelajah Peduli Rakyat di sana

Mansuhkan program Dwibahasa atau Dual-Languange ProgramSHAH ALAM - Angkatan Belia Is-lam Malaysia (ABIM) menggesa Kerajaan Persekutuan meman-suhkan program Dwibahasa atau Dual-Languange Program (DLP).

Presidennya, Mohamad Raimi Ab Rahim berkata, DLP akan menjadi satu lagi simbol kegagal-an selepas Pengajaran dan Pem-belajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) selain menganiaya pendidik, ibu bapa dan murid.

“Program ini akan dilihat melahirkan kasta dalam pen-didikan apabila murid diben-tuk dalam satu acuan,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, senario itu adalah menifestasi kepincangan dalam program DLP sehingga melahir-kan keresahan ibu bapa.

“Kami mahu Kementerian Pendirikan fokus kepada usa-ha mengukuh Bahasa Inggeris menerusi pemantapan dan ke-mas kini pembelajaran Bahasa Inggeris.

“Bukan pengajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dalam Bahasa Inggeris,” katanya.

Sebelum ini, sekumpulan ibu bapa di sebuah sekolah di Pe-taling Jaya memfailkan tindakan undang-undang mengakibatkan program DLP ditangguhkan.

Page 9: muka 5 muka 7 muka 17 MALAYSIA BARU LEBIH GAGAH · PDF filenah bagi pembinaan sekolah dan menyebabkan kesukaran kepada ... tung kepada keputusan PIBG. ... mengeluarkan surat pemaklu-man

Nasional9SelangorKini 10 - 16 Januari 2018

MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

OLEH NORHAYATI UMOR

KAJANG - Tujuh agenda wanita Malaysia digaris-kan Wanita Pakatan Harapan (PAKATAN) untuk menjadi agenda dasar berkenaan isu wanita di Malaysia.

Ketua Wanita PAKATAN, Zuraida Kamaruddin berkata, agenda digariskan itu menjadi tumpuan utama bagi menggerakkan masyarakat dalam usa- ha melahirkan wanita berdaya, celik politik dan cerdik ekonomi.

Beliau berkata, ia meliputi pendemokrasian politik dan kepimpinan serta masa depan wanita muda dan ekonomi peduli wanita selain dasar pendidikan progresif.

Katanya, turut digariskan agenda kesihatan mampan, keharmonian sosial dan pemberdayaan serta penguatkuasaan undang-undang.

“Apabila diberi kepercayaan memerintah Se-langor dan Pulau Pinang, kita banyak melak-sanakan inisiatif memberdaya kaum wanita an-taranya penubuhan Pusat Wanita Berdaya (PWB) Selangor dan Perbadanan Pembangunan Wanita Pulau Pinang.

“Malah, Institusi Wanita Berdaya (IWB) Selan-gor turut ditubuhkan dan bertindak sebagai think tank bagi menyambung wadah perjuangan wani-ta tetapi seluruh Malaysia,” katanya di Majlis Pelan-caran Wanita Pakatan Harapan, pada 6 Janua- ri lalu.

Zuraidah percaya, pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) agenda yang digariskan itu akan men-jadi tumpuan dan mendapat sokongan wanita, di luar sana.

Sementara itu, Zuraidah berkata, calon PRU14 akan menampilkan penyertaan 10 hingga 15 pera- tus wanita yang akan bertanding.

KAJANG - Barisan Nasional (BN) masih gagal memastikan golongan wanita di negara ini lebih berkualiti walaupun memerintah selama 60 tahun.

Ketua Wanita Pakatan Harapan (PAKATAN), Zuraida Kamaruddin ber-kata, golongan wanita pelbagai bangsa adalah penyumbang kepada negara, na-mun kesaksamaan gender masih dike- tepikan.

Katanya, kemajuan negara ketika ini tidak akan dikecapi tanpa peranan golongan wanita.

“Harus diingatkan, mereka penyum-bang kepada negara dan tanpa wanita negara tidak akan maju juga tidak akan

dapat capai apa yang diharapkan.“Negara maju sumber banyak tetapi

Barisan Nasional tidak amanah, maka nasib orang perempuan jadi dalam ke-adaan sekarang,” katanya.

Zuraidah turut mengingatkan pimpi-nan tertinggi PAKATAN supaya tidak mengikut jejak BN yang mengenepikan peranan wanita.

Beliau juga mahu wanita mengam-bil peluang meningkatkan diri menjadi perwakilan dalam arena politik.

“Semua wanita perlu meletakkan diri dan memartabatkan wanita dengan ke-bolehan masing-masing ditempat sesu-ai,” katanya.

SHAH ALAM - Peranan wanita perlu dipertingkatkan sekurang-kurangnya 30 peratus dalam semua peringkat memandangkan mereka turut me-nyumbang kepada pembangunan negara.

Naib Ketua Wanita Pakatan Harapan, Haniza Talha berkata, Pakatan Harapan (PAKATAN) tidak boleh meminggirkan

peranan wanita seperti dilakukan pihak lain.

“Kita mahu dikuatkuasakan 30 pera-tus penglibatan dan penyertaan wanita di setiap peringkat pembuat keputusan, jawatan dan struktur politik mahupun kerajaan.

“Jangan pinggir wanita, mereka juga ada kekuatan, menjadi tulang belakang

kempen,” katanya.Beliau berkata demikian pada sesi

Pentas Rakyat sempena Konvensyen Pakatan Harapan 2018 di IDCC, pada 7 Januari lalu.

Katanya, pimpinan PAKATAN dipo-hon supaya prihatin mendengar suara wanita seperti yang sudah dipersetujui dalam Agenda Wanita Malaysia.

SHAH ALAM - Tun Dr Mahathir Mohamad meramalkan gabungan itu bakal berdepan ke-sukaran dalam mendapatkan kelulusan logo Pakatan Harapan (PAKATAN) untuk digunakan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Pengerusi gabungan empat parti itu berka-ta, pihaknya bagaimanapun akan meneruskan proses permohonan seperti diminta Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).

“Tetapi kalau sehari baru nak beri kelulusan pun akan timbulkan masalah kepada kita.

“Kita tidak mahu rakyat keliru dan tidak ke-nal parti yang perlu mereka undi (jika lewat di-perkenalkan dengan logo baru),” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sejurus selesai Konvensyen Pakatan Harapan, di Ideal Convention Centre, pada 7 Januari lalu.

Majlis Pelancaran Wanita Pakatan Harapan

Agenda martabat kaum wanita

Presiden KEADILAN, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail menurunkan tandatangan simbolik perasmian Majlis Pelancaran Wanita Pakatan Harapan, di Dewan Seri Cempaka

��% peranan wanita dalam pembuat dasar dan keputusan

Umno-BN masih gagal bela nasib wanitaLogo Pakatan Harapan berdepan laluan sukar

Harus diingatkan, mereka penyumbang kepada negara dan tanpa wanita negara tidak akan maju juga tidak akan dapat capai apa yang diharapkan

ZURAIDA KAMARUDDINKetua Wanita Pakatan Harapan

Page 10: muka 5 muka 7 muka 17 MALAYSIA BARU LEBIH GAGAH · PDF filenah bagi pembinaan sekolah dan menyebabkan kesukaran kepada ... tung kepada keputusan PIBG. ... mengeluarkan surat pemaklu-man

10Ekonomi

SelangorKini 10 - 16 Januari 2018

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia 2018

Jangka pertumbuhan sederhana SHAH ALAM - Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia dijangka sederhana kepada 5.0 peratus, pada 2018 dengan asas pertumbuhan kukuh hasil fundamental dunia selain harga minyak yang tinggi.

Menurut laporan Unjuran Dunia OCBC Bank 2018, pertumbuhan ekonomi dunia dijangka terus diso-kong penggunaan swasta, perbelanjaan pelaburan serta perdagangan.

“Latar belakang perbelanjaan fiskal daripada ba-jet dibentangkan, dijangka memperkukuh keyakinan pengguna dan pelabur tahun ini,” katanya lapor BER-NAMA.

Laporan itu menyebut, tekanan inflasi lebih tinggi mungkin adalah produk sampingan natural dengan tarikan permintaan (dipacu permintaan domestik ku-kuh) dan kuasa tolakan bekalan (harga minyak tinggi dan makanan) yang meningkat secara serentak.

“Justeru, pemantauan rapat bagaimana harga do-mestik akan bergerak, pada 2018 diperlukan.

“Bank Negara Malaysia juga membuat ulasan berkenaan fleksibilitinya dengan menyelaras tahap dasar monetari lebih akomodatif,” katanya.

Honda Malaysia lebih sasaranSHAH ALAM - Honda Malaysia Sdn Bhd (Honda Malaysia) merekodkan jual-an 109,511 unit kenderaan sepanjang 2017, tertinggi sejak ditubuhkan pada 2003.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif, Toichi Ishiyama berkata, ia kali pertama Honda Malaysia mencapai jualan melebihi 100,000 unit dan angka

berkenaan tertinggi pernah dicatatkan kenderaan berkenaan.

“Pada awal 2017, kami menyasar jual-an 100,000 unit dan pada Mac 2017, kami merekodkan sejarah pengelu-aran iaitu 600,000 unit varian pemasa- ngan tempatan (CKD) dalam tempoh 14 tahun Honda Malaysia ditubuhkan, di negara ini.

“Akhir tahun lalu, data dalaman ba-hagian pasaran kami mencatatkan 19 peratus, iaitu peningkatan sebanyak 3.2 mata berbanding 2016,” katanya dalam kenyataan.

Jumlah keseluruhan jualan sepan-jang tahun lalu meningkat 19 peratus, berbanding 91,830 unit yang direkod-kan tahun sebelumnya.

Ishiyama berkata, ia adalah pertama kali Honda Malaysia melepasi pencapai- an 100,000 unit jualan untuk kalendar tahunannya.

“Kami akan mengekalkan kedudu-kan nombor satu bagi segmen jenama luar negara, dan kedudukan kedua bagi jumlah keseluruhan industri (TIV) auto-motif di Malaysia,” katanya.

Neelofa mula tugas rasmi di AirAsiaSHAH ALAM - Usahawan selebriti, Noor Neelofa Mohd Noor atau Neelofa memu-lakan tugasnya secara rasmi sebagai Pe-ngarah Bebas Bukan Eksekutif Kumpulan AirAsia, pada 9 Januari lalu.

Memetik Berita Harian, beliau dilapor menghadiri Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) kumpulan itu di ibu pejabat AirAsia dekat Lapa-ngan Terbang Antarabang-sa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.

“AirAsia dipenuhi de-ngan mereka yang sangat bersemangat dan kreatif de-ngan idea juga pandangan mer-eka membuatkan saya semakin yakin bagaimana AirAsia mampu berdiri gah di mata dunia seperti sekarang.

“Pastinya, pengalaman ini akan di-simpan dan digunakan untuk diri sendiri, perniagaan juga orang lain. Tirai 2018 di-buka dengan jayanya,” kata Neelofa.

Selepas mesyuarat tamat, pelakon dan pengacara terkenal itu dilapor sempat meluangkan masa beramah mesra de-ngan kakitangan syarikat penerbangan itu.

Pada 8 Disember lalu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fenandes mengumumkan pelantikan Neelofa sebagai Pengarah Bebas bukan

Eksekutifnya dan diluluskan sebulat suara Ahli Lembaga Pengarah.

Tony berkata, pelantikan itu antara usa-ha AirAsia untuk mengukuhkan lagi je- namanya.

“Pengalamannya sebagai usahawan dan pencipta jenama akan menjadi sesuatu

yang tidak ternilai kepada AirAsia.“Beliau juga boleh memberikan

pandangan baru kepada kami ketika sedang menuju ke arah menjadi syarikat penerbangan digital,” katanya.

AirAsia dipenuhi dengan mereka yang

sangat bersemangat dan kreatif dengan idea juga pandangan mereka membuatkan saya semakin yakin bagaimana AirAsia mampu berdiri gah di mata dunia seperti sekarangNOOR NEELOFAPengarah Bebas Bukan Eksekutif Kumpulan AirAsia

Page 11: muka 5 muka 7 muka 17 MALAYSIA BARU LEBIH GAGAH · PDF filenah bagi pembinaan sekolah dan menyebabkan kesukaran kepada ... tung kepada keputusan PIBG. ... mengeluarkan surat pemaklu-man

11SelangorKini 10 - 16 Januari 2018

ADN MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM - Penduduk di Dewan Un-dangan Negeri (DUN) Paya Jaras mam-pu tersenyum lebar apabila Ahli Dewan Negeri (ADN) kawasan terbabit, Mohd Khairuddin Othman mengumumkan sekurang-kurangnya 15 projek pemba-ngunan sepanjang tahun ini.

Menerusi Facebook, beliau berkata, projek terbabit termasuk dua projek ham-pir siap dengan 95 peratus kemajuan kerja membabitkan pembinaan Stadium Paya Jaras dan jalan alternatif menghubung-kan Bandar Baru Sungai Buloh dan Bukit Rahman Putra.

“Manakala, empat projek yang bakal memulakan kerja pada tahun ini ialah ja-lan menghubungkan Kampung Sri Indah dan Hospital Sungai Buloh bernilai RM53 juta, pembinaan kiosk peniaga depan Masjid Bandar Baru Sungai Buloh, projek simpang empat di Masjid Huda dan pem-besaran Sungai Cemubung.

“Selain itu, tiga projek dalam kelulu-san pula adalah permohonan baru Seko-lah Agama Merbau Sempak, projek pasar bertingkat Paya Jaras dan Rumah Mampu Milik Selangorku,” katanya.

Sementara itu, katanya, projek pem-bangunan dalam perhatian ialah me-

nambah lampu jalan di lokasi berisiko kemalangan, hentian bas berbumbung, menaik taraf medan selera bersebelahan stesyen minyak Shell di Bandar Baru Su-ngai Buloh dan pusingan U Pusat Perda-gangan TSB (TSB).

Selain itu, Mohd Khairuddin turut memfokuskan penyelesaian isu pemilikan tanah yang masih berjalan selain mem-beri keutamaan terhadap urusan berkai-tan hal ehwal kebajikan dan pendidikan masyarakat, di DUN yang diwakilinya, se-jak 2013.

“Terima kasih kepada Dato’ Menteri Be-sar, Exco, Unit Perancang Ekonomi Nege- ri, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Parit dan Saliran, Majlis Bandaraya Shah Alam, Maj- lis Perbandaran Selayang, Pejabat Tanah dan Daerah, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung serta semua yang membantu,” katanya.

Pengumuman itu disambut baik penduduk sambil menyifatkan mereka beruntung kerana mendapat seorang wakil rakyat yang memberi perkhidmatan terbaik.

“Tahniah YB, pasar moden dapat kelu-lusan,” tulis Fuaad Jam, manakala Muham-mad Hafizuddin Abd Rahim pula menulis, “Tahniah YB. Macam ini baru jiwa rakyat,” katanya.

SHAH ALAM - Dewan Undangan Negeri (DUN) Sementa mengagihkan 500 beg sekolah kepada peserta Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) tahun satu yang terpilih, baru-baru ini.

Program Back To School DUN Sementa itu disempurnakan Ahli Dewan Negeri Se-menta, Dr Daroyah Alwi.

Turut hadir, Ketua Jabatan Tanggung-jawab Sosial dan Korporat MBI, Mohd Jaa-farudin Md Ali dan ketua kampung.

Dr Daroyah berkata, Kerajaan Negeri sentiasa prihatin dengan kebajikan rakyat, terutama pada zaman ekonomi yang kian

meleset.Pada masa sama, Pemerbadanan

Menteri Besar (MBI) turut menyumbang-kan 500 pakaian seragam sekolah.

Mohd Jaafarudin berkata, program tanggungjawab sosial korporat (CSR) itu dilaksanakan seiring matlamat MBI menuju ke arah kebajikan dan memban-tu meringankan beban ibu bapa.

“MBI dan Kerajaan Negeri sentiasa komited melaksanakan CSR dalam u-saha meneruskan pelaksanaan Inisiatif Peduli Rakyat,” katanya dalam kenyata-an.

SHAH ALAM - Kira-kira 1,000 orang menyertai Fun Walk 10,000 langkah anjuran Pusat Khidmat DUN Chempaka.

Ahli Dewan Negeri Chempaka, Dato’ Iskandar Abdul Samad berkata, program yang bermula sejak malam 31 Disember itu dimulakan dengan solat berjemaah dan solat hajat.

Katanya, ia kemudian diserikan dengan persem- bahan Kelab Teater Pandan dan Forum Perdana Khas menampilkan penalis seperti Brother Shah Kirit Govingier dan Dr Ann Wan Seng.

“Sambutan Ambang Tahun Baru 2018 disam-but meriah oleh masyarakat pelbagai kaum, di Pandan.

“Kemuncaknya diakhiri dengan Selawat Nabi dan Doa Awal Tahun Baru yang dipimpin oleh Hafiz Razak selaku Pegawai Khas ADN Chempa-ka.

“Program diteruskan di sebelah pagi tahun baru 2018 dengan Program Fun Walk 10,000 langkah yang terbuka kepada semua lapisan umur,” katanya.

Beliau berkata, 500 helai t-shirt turut diberikan percuma kepada peserta yang mendaftar awal dan program bertemakan Selamatkan Bumi kita disertai pelbagai Kaum.

Turut bersama di dalam program Fun Walk 10,000 langkah ialah Yang Dipertua Majlis Am-pang Jaya, Hamid Hussein serta Pegawai Bomba dan Polis Pandan Indah.

Peserta diberi sijil penyertaan sebagai tanda penghargaan daripada pihak pengajur selain 50 peserta terpilih daripada undian menerima hadiah cabutan bertuah ketika majlis penutup Fun Walk.

ADN umum 15 projek pembangunan

Untung orang Paya Jaras

����� peserta meriahkan Fun Walk DUN Chempaka

DUN Sementa sumbang ���peralatan sekolah

Dr Daroyah (tengah) bergambar kenangan dengan sebahagian penerima bantuan dalam kalangan pelajar tahun satu terpilih di DUN Sementa

Page 12: muka 5 muka 7 muka 17 MALAYSIA BARU LEBIH GAGAH · PDF filenah bagi pembinaan sekolah dan menyebabkan kesukaran kepada ... tung kepada keputusan PIBG. ... mengeluarkan surat pemaklu-man

Album Album13SelangorKini 10 - 16 Januari 201812 SelangorKini 10 - 16 Januari 2018

02Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah menyampaikan bantuan pendidikan Kerajaan Negeri kepada sekolah terlibat

04ADN Seri Serdang, Noor Hanim Ismail turun padang menyampaikan sumbangan kepada warga emas memerlukan di DUN beliau

01ADN Subang Jaya, Hannah

Yeoh mengadakan lawatan mengejut di sekitar DUN

beliau bagi meninjau dan menyelesaikan

permasalahan setempat

03ADN Kajang, Datuk Seri

Dr Wan Azizah Wan Ismail menyempurnakan serahan

sumbangan Bantuan Sekolah Fasa 2 Kerajaan

Negeri semua sekolah terlibat di kawasan beliau

05ADN Semenyih, Datuk

Johan Abdul Aziz turun padang merasmikan

Mesyuarat Agung Majlis Belia Selangor Daerah

Hulu Langat bertempat di MAEPS3

1 2

54

JOHOR

PERLISSELANGOR

PAHANG

PERAK

SAMBUTAN LUAR BIASA!

JELAJAH PEDULI RAKYAT SERATA

MALAYSIA

KEDAH

Dis

edia

kan

Ole

h Ju

rufo

to S

elan

gor K

ini

Page 13: muka 5 muka 7 muka 17 MALAYSIA BARU LEBIH GAGAH · PDF filenah bagi pembinaan sekolah dan menyebabkan kesukaran kepada ... tung kepada keputusan PIBG. ... mengeluarkan surat pemaklu-man

14 SelangorKini 10 - 16 Januari 2018

LALUAN BAS SMART SELANGOR MDHS

JALAN BESAR

JLN TUKANG

JLN MENDALING

JLN SUNGAI CHUA

JLN WAN SIEW

TMN KAJANG INDAH

TMN KOPERASI LLN

SURAU AL-ISLAH

JLN 7/2, PEJABAT JPJ SEK.7

JLN 7/5, SPEEDMART

SEKSYEN 4 TAMBAHAN

JLN REKO - PLAZA PERABOT

JLN CHERAS

JLN TIMUR

JLN SEMENYIH

TMN SRI SEROJA

TMN KAJANG MEWAH

JLN 7/1, FLAT SRI TANJUNG, SEK.7

JLN 7/1, FLAT SRI KENANGA, SEK.7

JLN 7/1, RUMAH TERES SEK.7

JLN 7/2, SEK KEB SEKSYEN 7

PERSIARAN CEMPAKA, SEK.8

PERSIARAN BANGI

JALAN REKO - SHELL

KOMPLEKSHENTIAN KAJANG

SEMPADAN SELANGOR / NILAI

KAW. PERNIAGAAN SEKSYEN 7

SEKSYEN 6 (PER.MAHKOTA 2)

KAW.KOMERSIL BSP

S.R.A BANDAR SERI PUTRA

SEKSYEN 5BANDAR SERI PUTRA

MASJID BANDAR SERI PUTRA

KAW.PERNIAGAANPER.MAHKOTA 1

SEKSYEN 5 (PER.MAHKOTA 2)

APARTMENT NURI, SEKSYEN 4

SEKSYEN 3 BBM

SEKSYEN 2 BBM

KUIS

SMK BANDAR SERI PUTRA

SEKSYEN 3 BSP

BANGI VILLA

BANGI PERMAI

PASAR BANGI

SEKSYEN 1 (BANYAN CLOSE)

SEKSYEN 4 BSP

SEKSYEN 6BANDAR SERI PUTRA SEK.KEB. BANDAR SERI PUTRA

SEKSYEN 8BANDAR SERI PUTRA

APARTMENT CAMELLIATAMAN IMPIAN PUTRA

DEWAN ORANG RAMAIPEKAN BANGI

SEK.KEB BANGI,JALAN AMAN 10

SEKYEN 7 BSP

KOMUTER BANGI

LALUAN 1 LALUAN 2

WAKTU OPERASISETIAP HARI6 pagi - 10 malam

KEKERAPAN PERJALANAN15-20 minit

Page 14: muka 5 muka 7 muka 17 MALAYSIA BARU LEBIH GAGAH · PDF filenah bagi pembinaan sekolah dan menyebabkan kesukaran kepada ... tung kepada keputusan PIBG. ... mengeluarkan surat pemaklu-man

15SelangorKini 10 - 16 Januari 2018

Rencana MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

OLEH AFIX REDZUAN

Konvensyen Pakatan Ha-rapan 2018 melabuhkan tirai 7 Januari lalu de-ngan pelbagai perka-

ra dirangka jika berjaya mem-bentuk Kerajaan Persekutuan selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Mungkin bukan sesuatu yang mengejutkan tetapi daripada segi gerak kerja menjelang PRU-14, Pakatan Harapan enggan kekecewaan pada PRU-13 beru-lang, sedangkan mereka ketika itu sudah memperoleh undi popular hampir 52 peratus.

Namun, jumlah kerusi Parli-men majoriti yang menjadi uku-ran berdasarkan Perlembagaan Persekutuan bagi membentuk sebuah kerajaan membantutkan hasrat berkenaan.

Hala tuju jelas perjuangan sesebuah gabungan parti poli-tik kini dimahukan rakyat bagi mempertimbangan arah pe-ngundian mereka nanti.

13 janji demi rakyat

Pakatan Harapan yang di-tunjangi KEADILAN, BERSATU, AMANAH dan DAP sudah mem-bulatkan tekad untuk menuju ke Putrajaya menerusi 'Perjanjian Muafakat Pakatan Harapan' de- ngan menggariskan 13 janji yang akan dilaksanakan apabila memperoleh mandat rakyat:

1. Membentuk sebuah kabi-net berwibawa menerusi gan-dingan yang berpengalaman, berkelayakan dan berkemam-puan.

2. Menjadikan Parlimen se-bagai sebuah institusi yang ku-kuh dan bebas serta dipimpin oleh Yang di-Pertua yang adil dan berwibawa.

3. Mengambil lang-kah-langkah segera memulihkan eko-

Konvensyen Pakatan Harapan 2018

Putrajaya, tunggu PAKATAN datang

nomi negara dan meringankan beban kos sara hidup rakyat. Antaranya menghapuskan Cu-kai Barangan dan Perkhidmatan (GST), menstabilkan harga pet-rol dan memberikan fokus uta-ma kepada usaha menambah pendapatan rakyat

4. Melaksanakan reformasi menyeluruh demi mengemba-likan maruah dan jati diri negara dan bangsa Malay-sia, meliputi re fo r m a s i inst itusi ,

reformasi pendidikan, reformasi ekonomi dan reformasi sosial seperti yang terkandung dalam Manifesto Pakatan Harapan.

5. Mengehadkan tempoh me-megang jawatan perdana men-teri kepada dua penggal pilihan raya untuk memugar dan menyi-hatkan amalan demokrasi ter-baik serta mempertegas prinsip kebertanggungjawaban dalam

urustadbir negara. 6. Memastikan ketua-ketua ins-

titusi penting negara terma-suk Peguam Negara, Ketua Polis Negara, Panglima Ang- katan Tentera,

Ketua Pesu-ruhjaya Suru-

hanjaya Pencega-han Rasuah Malaysia,

Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia dan Ke-tua Audit Negara bebas dari-pada pengaruh penguasa poli-tik. Mereka bertanggungjawab sepenuhnya kepada rakyat menerusi institusi parlimen, di mana mereka akan melalui pros-es pengesahan Jawatankuasa Pilihan Parlimen (Parlimentary Select Committee) dan akhirnya dilantik oleh Yang Di-Pertuan Agong.

7. Membersihkan Malaysia daripada najis rasuah dengan mendakwa pelaku rasuah di mahkamah dan jika disabit ber-salah, maka akan dikenakan hu-kuman setimpal.

8. Memastikan institusi-in-stitusi awam seperti FELDA,

Tabung Haji, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan Majlis Amanah Rakyat diurus secara cekap, telus dan beramanah.

9. Membela kebajikan rakyat terutama golongan miskin, ibu tunggal, orang berkelainan upa-ya dan kumpulan berpendapa-tan rendah.

10. Merapatkan jurang pem-bangunan antara bandar dan desa, serta antara wilayah den-gan tumpuan khusus kepada hak rakyat Sabah dan Sarawak sejajar dengan semangat Perjan-jian Malaysia 1963.

11. Mengkaji semula sistem percukaian negara untuk me-mastikan pembayar cukai, teru-tamanya golongan kelas menen-gah, tidak tertekan dengan bebanan cukai yang berganda.

12. Menghormati prinsip ke-luhuran perlembagaan dan ke-daulatan undang-undang.

13. Menjunjung prinsip-prinsip utama Perlembagaan Persekutuan yang mengiktiraf kedudukan Islam sebagai Aga-ma Persekutuan, hak setiap indi-vidu untuk mengamalkan ajaran agama masing-masing, kedudu-kan istimewa orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak serta hak-hak yang sah untuk semua kaum, Bahasa Melayu se-bagai Bahasa Kebangsaan dan kemuliaan institusi Raja-Raja Melayu.

Tawaran harapan baru buat seluruh warganegara menjadi keutamaan demi membela raky-at dan membina Malaysia lebih baik dengan Selangor yang dita-dbir Dato' Seri Mohamed Azmin Ali pastinya terus menjadi mod-

ul terbaik buat Pakatan Harapan selepas kejayaan melaksanakan Inisiatif Peduli Rakyat (IPR).

Pembahagian kerusi 165 Par-limen juga berjaya dimukta-madkan dengan BERSATU akan bertanding 52 kerusi diikuti KE-ADILAN dengan 51 kerusi Parli-men sementara dua lagi parti, DAP dan AMANAH masing-ma-sing diperuntukkan 35 dan 27 kerusi Parlimen bagi PRU-14.

Perkara paling penting adalah rakyat tidak perlu takut untuk mengundi Pakatan Harapan sementara semua parti kom-ponen menyokong calon yang ditampilkan dan mengelakkan sebarang unsur sabotaj.

Pertembungan tiga penjuru hiasi PRU-14

Berdasarkan situasi semasa, bayangan pertembungan tiga penjuru dijangka akan meng-hiasi wajah PRU-14 dengan PAS yang bergabung dengan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) menerusi Gagasan Sejahtera memilih haluan berjuang ber-sendirian.

Daripada segi matematik, pertembungan tiga penjuru pastinya hanya akan mengun-tungkan Barisan Nasional kerana berlakunya pecahan undi selain kesan persempadanan semula yang dilakukan Suruhanjaya Pili-han Raya (SPR).

Ulasan diberikan beberapa pimpinan Pakatan Harapan khu-susnya Ahli Dewan Negeri di Se-langor, nyata mereka tidak ber-setuju dengan persempadanan yang dilakukan dengan pertam-bahan, perpindahan pengundi dan keluasan kawasan antara yang menjadi pertikaian.

Pertembungan tiga pen-juru masih boleh dielakkan jika perbincangan antara parti politik dalam Blok Pembangkang dapat diteruskan. Mungkin tidak men-capai kata sepakat yang diharap-kan tetapi sekurang-kurangnya berusaha mengelakkan ia terjadi demi merealisasikan hasrat raky-at membawa perubahan

Tetapi keutamaan sekarang adalah mengekalkan momen-tum sokongan rakyat sehing-ga hari pembuangan undi dan pastinya keempat-empat parti gabungan perlu mengelakkan perselisihan terbuka sebaliknya mencari penyelesaian, di meja rundingan.

Page 15: muka 5 muka 7 muka 17 MALAYSIA BARU LEBIH GAGAH · PDF filenah bagi pembinaan sekolah dan menyebabkan kesukaran kepada ... tung kepada keputusan PIBG. ... mengeluarkan surat pemaklu-man

16Hadiah Sastera Selangor

SelangorKini 10 - 16 Januari 2018

Lukisanaku baru pulang kerjamemikul bersama bebanke bilik sewasepi dan mencengkammenjalar di celah tubuhkata-kata enggan bicarahanya keinginan yang terkuncipada lantai dan bucu mejamenjadi saksi manusia yang tak mau mempedulikan apa-apa.

kubuka butang kemejasatu di atas sekalitah tah tahmeretas dengan sendiridan kau munculdari dadakumenguak tangan bersamapenyapu di kiridan fon di kanan.

kaurentap kakikudan seret ke tilamcadar yang putihkauwarnakan denganpelangi angankukau tarik keluar dari kepalaku;bulan senget, keris bengkok, roket terbakar, mata bengkak dan kepal tangandan tampal dengan liurkuterbentanglah satu lakaranbercampur aduk dan abstrak

aku tangkap gambarnyamuat naik ke instagram‘lukisan agung’komen pengikutku.

Abdullah Hussaini Mohd Ghazali

OLEH LOKMAN HAKIM

Pagi itu Jerusalem mena- ngis. Ibunya terlupa membancuhkan susu untuk diminum seperti

kebiasaan. Bapanya pula telah turun bekerja tiga hari lepas dan lupa jalan pulang. Kawan-kawan- nya telah memulaukannya kera-na mereka takut pada bapa Jeru-salem.

Bapa Jerusalem itu seorang yang garang. Dia gemar bertem-pik keras ketika kanak-kanak ber-main bola sekitar rumah mereka. Itu belum lagi cerita bagaimana dia memukul anak jiran hingga lumpuh. Biarpun cerita itu fiksi semata-mata, impaknya cukup berkesan. Tidak mustahil jika bapa Jerusalem telah dibuang ke laut atau dibunuh musuhnya. Tiada cerita yang elok-elok me-ngenai bapa Jerusalem.

Si ibu Jerusalem tahu bahawa suaminya itu ada meninggalkan beberapa enigma dan juga se-dikit fahaman ikut-ikutan yang diamalkan oleh beberapa ke-lompok beragama sekitar Tanah Arab dan juga Eropah. Biarpun begitu, enigma-enigma tersebut tidaklah ada sesiapapun berani membongkarnya. Menelusuri maknanya yang tercatat di be-

Tetapi apa yang nyata juga ialah cerita-cerita aneh mengenainya. Ada skulptur dibina berdasarkan rupa paras si bapa. Ada lukisan-lukisan berharga mahal si bapa dibuat agar menyerupaidewata ataupun seorang yang sangat berkuasa. Ada sajak-sajak dideklamasikan untuk menyatakan kekuasaan dan kejahatan si bapa. Pelbagai naratif dan kisah

berapa bahagian daerah tersebut sudah cukup meresahkan jiwa mereka. Dibiarkan sahaja terpa-hat, terpacak, terperap dan terso-rok di dalam belukar dan lalang

yang meninggi.Setelah seming-

gu menghilangkan diri, bapa Jerusa-lem balik ke rumah dalam keadaan terhuyung-hayang lalu rebah ke lantai ruang tamu. Si ibu menjerit ketakutan kerana mendapati nadi si bapa tidak lagi berdenyut, teta-pi kembali tenang apabila mendapati dia tersilap tem-pat memeriksa nadi yakni pada muka perut. Jeru-salem menangis, tetapi si ibu tidak-lah tahu bagaimana lagi mahu memu-juknya. Tambahan pula si bapa sudah berdengkur di atas lantai dengan perut buncitnya terserlah dek kerana pakaian-nya yang tidak cu-kup saiz tersebut. Si ibu menepuk dahi lalu memutuskan untuk meredakan tangis Jerusalem.

D i d u k u n g n y a , lalu diberikan susu. Ditepis pula, lalu Je-rusalem menangis lagi. Bingit benar. Suara tangisan dan dengkuran di pagi nan cerah itu, amat bertingkahan dan meletihkan. Botol

susu yang ditepis jatuh ke lantai lalu membasahi wajah si bapa. Si bapa mabuk, tidak mungkin bangun dalam waktu terdekat. Tanpa mahu mempedulikan si bapa, si ibu membawa Jerusalem ke dalam bilik lalu didodoikan dengan lagu-lagu rakyat kacukan Palestin dan Israel. Lena jugalah Jerusalem dibuatnya.

Setelah lena, Jerusalem di-letakkan perlahan-lahan di atas tilam empuk dan diletakkan ban-tal-bantal kecil di tepinya supaya Jerusalem tidak bergolek jauh lalu jatuh melepasi sisi katil.

Si ibu bergerak ke bilik mandi, menyediakan tuala basah dan sesudah itu bergerak ke dapur pula untuk memanaskan air. Se-sekali dia menjeling ke arah si bapa, yang sudah tertidur dan tampak begitu penat. Entah apalah dibuat oleh orang itu, fikir si ibu, tidaklah dia pernah me-ngetahuinya. Kebajikan keluarga agak terjaga dari segi kewangan kerana si bapa acapkali kemba-li dengan sejumlah wang yang banyak.

Mungkin dia merompak orang.Mungkin dia menyamun bank.Mungkin juga dia menjarah

negara lain.Terlalu banyak kemungkinan

yang boleh disandarkan pada si bapa yang sehingga hari ini tidak mampu menerangkan sepenuh-nya akan skop kerjanya. Tetapi apa yang nyata juga ialah cerita-cerita aneh mengenainya. Ada skulptur dibina berdasarkan rupa paras si bapa. Ada lukisan-lukisan berharga mahal si bapa dibuat agar menyerupai dewata ataupun seorang yang sangat berkuasa. Ada sajak-sajak dideklamasikan untuk menyatakan kekuasaan dan kejahatan si bapa. Pelbagai naratif dan kisah.

Namun begitu, si bapa te- nang sahaja keluar rumah sesuka hatinya, membawa pulang wang berkepuk-kepuk setelah habis perjalanan tanpa sebarang mak-luman. Mujurlah perjalanannya tidak lama, biasanya sehari dua sahaja. Cuma kali ini sahaja dia begitu lama kembara. Si ibu ma-sih tidak memahami polanya. Apa yang menghairankan kali ini ialah tiada wang sama sekali dibawa pu-lang. Bahkan pakaiannya carik dan terkoyak di beberapa bahagian. Sungguhpun begitu, dia tidak pula cedera. Hanya mukanya yang berjambang kuning itu sedikit ke- merahan. Masih kemabukan.

Ketika menyediakan air pa-nas, si ibu berdiri di hadapan sinki sambil memikirkan enigma-enigma dalam pelbagai bentuk skulptur, lukisan, berhala dan juga struktur yang dibina un-tuk si bapa. Pelbagai simbol dan

agenda mula beredaran dalam benaknya sehinggalah bunyi ce-rek mendidih menyedarkannya daripada lamunan. Bunyi nyaring dan panjang itu turut menyedar-kan Jerusalem daripada lenanya. Si kecil itu tidak menangis kali ini, barangkali masih kenyang susu, tetapi matanya terkedip-kedip menatap siling. Lalu dia bergerak -gerak dan turun daripada katil tersebut. Dia merangkak-rangkak dan duduk seketika berhampiran si bapa yang masih terbongkang di ruang tamu. Baunya yang ha-mis itu membuatkan muka Jeru-salem berkerut-kerut.

Dia mendekati si bapa, lalu berpegang pada perut si bapa yang membulat itu untuk bang-kit berdiri. Jerusalem mendapati kakinya sudah kuat. Tanpa mem-buang masa dia melonjak-lonjak berulang kali dengan hati yang girang.

Si ibu pula sibuk di dapur tan-pa menyedari Jerusalem sudah menitipkan pandangannya ke arah pintu masuk yang sedikit terselak tak dikunci. Perlahan-lah-an Jerusalem melangkah ke arah pintu, menyelak luas daunnya dan terpana dengan keindahan pagi.

Si ibu membawa baldi berisi air panas ke ruang tamu dengan niat mahu mengelap tubuh si bapa yang berbau hamis itu. Na-mun begitu, apabila dia melihat Jerusalem sudah berada di pintu, dengan senyuman paling comel pernah diberi seorang bayi, si ibu kembali panik dan baldi berisi air panas terlucut lalu jatuh ke lantai. Air panas itu tumpah ke atas tu-buh si bapa. Si bapa terkejut lalu berteriak lantang.

Jerusalem terkejut lalu ber-tempiaran lari daripada rumah itu.

Page 16: muka 5 muka 7 muka 17 MALAYSIA BARU LEBIH GAGAH · PDF filenah bagi pembinaan sekolah dan menyebabkan kesukaran kepada ... tung kepada keputusan PIBG. ... mengeluarkan surat pemaklu-man

17SelangorKini 10 - 16 Januari 2018

Pelancongan MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

OLEH SHEEDA FATHIL & ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM - Tourism Selangor mensa-sarkan 7.6 juta pelancong akan berkun-jung ke Selangor, pada tahun ini.

Pengurus Komunikasi Korporat Tourism Selangor, Nazri Tashriq berka-ta, jumlah resit pelancongan dijangka mampu mencapai RM5.26 bilion de-ngan sasaran sedemikian.

“Setakat September tahun lalu, Tou-rism Selangor sudah mencapai 6.04 juta pelancong dengan jumlah resit RM4.2 bilion.

“Sasaran kami tahun 2017 adalah 7.4 juta dengan jumlah resit pelanco-ngan mampu mencapai RM5.1 bilion dan ia pasti dapat dicapai, menjelang hujung Disember lalu,” katanya dalam kenyataan.

Nazri berkata, Tourism Selangor akan memperkenalkan produk pelan-congan baru bersempena tahun ini.

“Antara produk baru adalah Sky Mir-ror, Kuala Selangor, Bangi Wonderland, Kajang Heritage Walk, Tanjung Sepat Kuala Langat, Nickelodeon Lost La-goon Sunway Lagoon dan Empire City Damansara.

“Selain itu, antara produk baru lain adalah Tan yaa Hotel Cyberjaya, Qliq Hotel Damansara, Geno Hotel Shah Alam, Four Points by Sheraton dan

7.6 juta pelancong tahun ini

Tourism Selangor sasar RM�.�6 bilion

Sheraton Hotel Petaling Jaya,” katanya.Bagaimanapun, Tourism Selangor

memfokuskan kepada segmen pelan-congan seperti sukan dan kesihatan, agro pelancongan, perubatan, pernia- gaan, pelayaran dan warisan, tahun ini.

Antara strategi kempen promosi pelancongan tahun ini, Nazri Tashriq berkata, Tourism Selangor akan me-ngadakan kempen #DiscoverSela-ngor #HeartofMalaysia untuk pasaran antarabangsa dan #DiscoverSelangor #TakeMeAnywhere bagi pasaran do-mestik.

Fokus pelancongan akan tertumpu kepada pemasaran digital dan media so-sial, produk pelancongan baru dan seg-men 2018, tanggungjawab sosial kor- porat (CSR), informasi pelancongan, program promosi dalam dan negara, acara pelancongan rasmi Tourism Se-langor dan ‘Visit Malaysia 2020’ (MOTAC & TM).

SHAH ALAM Pelan pembangunan industri pelancongan negeri dirangka secara efektif bagi memastikan Selangor menjadi sebagai sebuah destinasi pelancongan menarik, di negara ini.

Tourism Selangor dalam kenyataannya memaklumkan, enam teras utama pelan berkenaan akan dijayakan untuk tempoh 2018.

Teras pertama meliputi penjenamaan baru Discover Se-langor, Heart of Malaysia dan Discover Selangor #Take-MeAnyWhere.

“Ia adalah kempen untuk meningkatkan pasaran pelan-congan dan permintaan terhadap keperluan industri itu, seterusnya menjadi penanda aras untuk menawarkan per-khidmatan pelancongan berkualiti, di Selangor.

“Penjenamaan ini dilihat sebagai salah satu daya strategi pemasaran yang unik dan kreatif supaya pelancong dapat berkongsi pengalaman bercuti, di Selangor,” menurut ke-nyataan itu.

Pembangunan teras kedua merujuk kepada peningka-tan pelancongan permintaan dari China, India dan pasaran pelancongan baru, dari luar negara.

Tourism Selangor berkata, teras ketiga pula agenda pem-bangunan media kreatif dan media sosial melalui penggunaan teknologi sedia ada untuk menarik kemasukan pelancong.

Seterusnya, teras keempat menekankan kaedah pem-bangunan pelaburan dan perniagaan pelancongan bersa-ma syarikat tempatan untuk menambah jaringan keperluan pelancongan.

“Strategi ini antara lain turut menjalinkan kerjasama ber-sama Invest Selangor untuk menarik pelabur menceburi in-dustri pelancongan negeri,” katanya.

Teras pembangunan kelima pula menjurus kepada komit-men Tourism Selangor untuk menganjurkan pelbagai semi-nar dan program pelancongan di lapangan sebagai daya penarik pelancongan negeri.

Sementara teras terakhir memfokuskan kepada progam pelancongan komuniti Community Based Tourism Program (CBT).

“Ia antaranya memberi gambaran terhadap keberkesanan projek pelancongan komuniti yang dijayakan Persatuan Ke-majuan Pelancongan Sekinchan, di Sabak Bernam,” katanya.

SHAH ALAM - Inisiatif memperke-nalkan produk pelancongan nege- ri diteruskan menerusi pelancaran kempen #TakeMeAnyWhere yang dijayakan Tourism Selangor.

Pengurus Besarnya, Noorul Ashi-kin Mohd Din berkata, pelancaran kempen berkenaan seiring pelaksa-naan promosi digital di media sosial #DiscoverSelangor dan Heart of Ma-laysia sebelum ini.

Beliau berkata, ia dijayakan se-cara komprehensif bagi memas-tikan sasaran 7.6 juta kemasukan

pelancong tempatan dan antara-bangsa untuk tempoh 2018 dapat direalisasikan.

“#TakeMeAnywhere sebahagian daripada kempen promosi untuk ta-hun ini menerusi kepelbagaian pro-gram promosi pelancongan, pameran dan acara pelancongan.

“Kempen ini diteruskan menerusi kaedah promosi digital mengguna-kan media sosial seperti Youtube dan pengiklanan di Google Display.

“Pada masa sama, pelancong yang berkunjung ke Selangor boleh

menggunakan #TakeMeAnyWhere dalam bentuk video untuk mera- kamkan pengalaman percutian me-narik, di Selangor,” katanya dalam ke-nyataan.

Terdahulu, perkembangan industri pelancongan Selangor terus mengala-mi kemajuan dengan pelbagai aktiviti dan produk baru bagi menarik minat pelancong domestik serta luar.

Ia antara lain dilaksanakan secara menyeluruh di peringkat Kerajaan Negeri menerusi kaedah program pelancongan luar negara.

1 6

7

8

9

10

2

3

4

5

Tourism Selangor lancar #TakeMeAnyWhere

Enam teras tingkat industri pelancongan

#TakeMeAnywheresebahagian daripada kempen promosi untuk tahun ini menerusi kepelbagaian program promosi pelancongan, pameran dan acara pelancongan

Sum

ber:

Tour

ism

Sel

ango

r

Page 17: muka 5 muka 7 muka 17 MALAYSIA BARU LEBIH GAGAH · PDF filenah bagi pembinaan sekolah dan menyebabkan kesukaran kepada ... tung kepada keputusan PIBG. ... mengeluarkan surat pemaklu-man

18PBT

SelangorKini 10 - 16 Januari 2018

OLEH SABIRAH AZIZ

SHAH ALAM - Acara Larian MBSA ULTRON International Half Mara-thon 2017 yang diadakan pada 31 Disember lalu menyaksikan tiga peserta dari Kenya, meng- ungguli kategori 21 kilometer (km) lelaki terbuka.

Acara di perkarangan Sta-dium Shah Alam, Seksyen 13 yang bermula, pada jam 12.01 tengah malam menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan RM21,000 berserta sijil dan medal kepada pemenang.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Shah-rin Ahmad berkata, tempat per-tama bagi kategori 21km dimena-ngi John Mugi Muthokia, Noah Kutung Chepsergon (kedua), manakala John Ndiritu di tempat ketiga dan semuanya dari Kenya.

“Bagi kategori 10km Lelaki Ter-buka, tempat pertama dimena-ngi Nik Fakaruddin Ismail dari Malaysia, tempat kedua, Haithm Mukred Ghaleb Alselwi dari Ye-men, manakala Kimitei Kiptahui Rodgers dari Kenya, di tempat ketiga.

“Sementara itu, bagi cabutan bertuah pula, dimenangi peserta, Narudin Hussin yang membawa

MBSA ULTRON International Half Marathon 2017

Tiga peserta Kenya bolot

Tiga peserta dari Kenya membolot tiga tempat teratas kategori 21 kilometer lelaki terbuka

pulang Toyota Vios (Sports Edition) bernilai RM89,000 tajaan UMW Toyota Motor Sdn Bhd,” katanya.

Shahrin berkata, acara larian itu adalah inisiatif MBSA meng-

galakkan gaya hidup sihat, di samping memupuk semangat kesukanan dalam melahirkan in-dividu sihat dan cergas.

“Diharapkan acara larian ini

dapat menjadikan Shah Alam sebagai bandar sukan yang sela-mat untuk aktiviti riadah.

“MBSA juga komited melak-sanakan program sukan di Shah

Alam serta memberi peluang ter-utama kepada remaja bergiat ak-tif dalam aktiviti sukan dan men-jalani gaya hidup cergas.

“Antara aktiviti dianjurkan secara tahunan adalah bola sepak, futsal, bola tampar dan basikal,” katanya.

Acara larian itu mempertan-dingkan tiga kategori iaitu 21km Lelaki Terbuka dan Lelaki Veteran (40 tahun ke atas), Wanita Terbu-ka, dan Wanita Veteran (40 tahun ke atas), 10km Lelaki Terbuka dan Lelaki Veteran (40 tahun ke atas), dan Wanita Terbuka, serta 5km (Fun Run).

Program terbabit berjaya me-narik penyertaan 5,000 peserta dari dalam dan luar negara se-perti Thailand, Singapura dan Indonesia serta mendapat ker-jasama daripada pelbagai agensi seperti Tourism Selangor Sdn Bhd, UMW Toyota Motor Sdn Bhd dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Majlis pelepasan dirasmikan Timbalan Datuk Bandar Shah Alam, Shukri Mohamad Hamin.

SHAH ALAM - KDEB Waste Management Sdn Bhd (KDEBWM) bakal melengkapkan pengam-bilalihan pengurusan pembersihan awam Maj-lis Perbandaran Klang (MPK), tahun ini.

Pengurus Besar KDEBWM, Ramli Mohd Tahir berkata, proses pengambilalihan KDEB-WM dilaksanakan secara berperingkat ber-mula, pada 1 Mac 2017.

Katanya, KDEBWM sehingga kini telah mengambilalih 60 zon pembersihan awam MPK.

Beliau berkata, baki lapan zon lagi akan di-ambil alih secara berperingkat bagi meleng-kapkan keseluruhan 68 zon pembersihan awam di seluruh daerah Klang yang sebelum ini diuruskan MPK.

“Pengambilalihan ini akan menjadikan KDEB Waste Management bertanggungja-wab sepenuhnya ke atas perkhidmatan pem-bersihan awam, di MPK,” katanya.

Difahamkan, antara kawasan yang terlibat

di dalam fasa terakhir pengambilalihan yang membabitkan tujuh fasa secara keseluru-hannya itu membabitkan Taman Sri Andalas, Taman Eng Ann dan Bandar Armada Putra, Pulau Indah.

Terdahulu, Yang Dipertua MPK, Dato Mo-hamad Yasin Bidin berkata, RM25 juta seta-hun diperuntukkan kepada kepada KDEBWM untuk menguruskan pungutan sisa pepejal domestik, di seluruh daerah Klang.

Selaras aspirasi Kerajaan Negeri untuk menjadikan Selangor sebuah negeri pintar di bawah inisiatif Smart Selangor, KDEBWM memperkenalkan pelbagai mekanisme a-duan.

Ia dilaksanakan bagi memudahkan warga Klang untuk menyalurkan aduan berhubung kutipan sisa pepejal domestik dan pembersi-han awam termasuk aplikasi iClean Selangor.

Aplikasi ini boleh dimuat turun dari An-droid Play Store dan Apple App Store.

KDEBWM bakal lengkapkan pembersihan awam MPK

KDEBWM dalam usaha

mengambil alih baki lapan zon

pembersihan awam MPK

secara berperingkat

SERDANG - Karnival Mesra Rakyat dan Kem-pen Kesedaran Kanser Komuniti Serdang 2018, anjuran Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) berlangsung meriah di Kompleks 3K Serdang Raya, pada 7 Januari lalu.

Timbalan Pengarah Korporat MPSJ, Az-farizal Abdul Rashid berkata, karnival itu dilaksanakan bagi menerapkan kesedaran dan gaya hidup sihat dalam kalangan ma-syarakat dengan lebih meluas.

“MPSJ sentiasa mendekati masyarakat dengan penganjuran aktiviti yang boleh menarik minat komuniti setempat dalam bentuk sukan dan pendidikan.

“Kerjasama bersama UPM adalah inisia- tif kami membina jaringan rapat dengan pusat pengajian tinggi dalam pengan-juran aktiviti yang boleh memberi kesan positif kepada masyarakat,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, karnival yang berlangsung jam 8 pagi hingga 3 petang itu dirasmikan Yang Dipertua MPSJ, Noraini Roslan sambil disaksikan Ahli Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Ming dan Exco Kerajaan Tempatan,

Pembangunan Kampung Baru dan Pemu-tihan Kilang Haram, Ean Yong Hian Wah.

Pada masa sama, Noraini berkata, kar-nival itu adalah julung kali dilaksanakan sejak beliau dilantik sebagai Yang Dipertua MPSJ.

“Karnival sebegini amat bagus kerana ia menggabungkan pel-bagai program dari-pada anak kecil sehingga dewasa, sekali gus mereka terdedah dengan pelbagai perkara bermanfaat.

“Malah, program seperti kesedaran kanser juga dapat membantu masyarakat mendapatkan maklumat mencegah dan merawat, di samping memberi pendeda-han bahaya kanser,” katanya.

Antara pengisian menarik karnival itu adalah pertandingan soccerkids, me-warna, kaligrafi cina dan renang kanak-kanak.

Sementara itu, turut diadakan pel-bagai pameran iaitu Pameran Program Kesejahteraan Masyarakat Bandar (PKMB), ceramah kesedaran kanser, pemeriksaan kesihatan percuma dan program derma darah dari Pusat Darah Negara.

MPSJ-UPM anjur karnival galak hidup sihat

Noraini (tiga dari kiri)

merasmikan Karnival Mesra

Rakyat dan Kempen

Kesedaran Kanser Komuniti

Serdang 2018 yang turut

ditemani Kian Ming dan Hian Wah

Page 18: muka 5 muka 7 muka 17 MALAYSIA BARU LEBIH GAGAH · PDF filenah bagi pembinaan sekolah dan menyebabkan kesukaran kepada ... tung kepada keputusan PIBG. ... mengeluarkan surat pemaklu-man

19SelangorKini 10 - 16 Januari 2018

PBT MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

MBSA ULTRON International Half Marathon 2017

Tiga peserta Kenya bolot

OLEH HAFIZAN TAIB

KULA LUMPUR - Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) diminta memasti-kan kontraktor menjalankan kerja pem-bentungan dengan mengutamakan ke-selamatan penduduk di Taman Angsana Hilir, di sini.

Ahli Dewan Negeri Chempaka, Dato’ Iskandar Abdul Samad berkata, ia beri-kutan kerja menaik taraf pembentungan dilakukan di kawasan itu didapati tidak

dilaksanakan dengan sempurna.“Saya meminta MPAJ memberi tekan-

an kepada kontraktor untuk memasti-kan keselamatan penduduk tidak teran-cam akibat kerja pembentungan itu.

“Ini kerana selepas kerja selesai, kawasan diturap atau ditutup tidak sama paras dengan permukaan jalan di sekeliling dan ia menjadi tidak rata,” katanya.

Iskandar berkata, hasil kerja tidak sempurna itu boleh mengundang ke-

malangan kepada pengguna jalan raya terutamanya penunggang motosikal.

Katanya, terdapat juga lokasi yang menjadi tempat air bertakung dan dikhuatiri mengancam keselamatan pengguna jalan raya.

“Pejabat saya sudah menghubungi kontraktor terbabit dan mengadakan perbincangan dengan mereka,” katanya ekoran penduduk berhadapan dengan pelbagai kesusahan ketika kerja pem-bentungan dijalankan.

SHAH ALAM - Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mengingat-kan masyarakat supaya tidak ter-pengaruh dengan penggunaan logo yang menyerupai logo Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) itu.

Sekretariat Media, Unit Ko-munikasi Korporat MBPJ dalam kenyataan memaklumkan, wu-judnya penggunaan logo serupa yang disalah guna pihak tertentu.

Ia ekoran penularan risalah yang mengandungi logo seakan logo rasmi MBPJ tersebar di seki-tar Seksyen 52, Petaling Jaya.

“Bukan sahaja penyalahgu-naan logo, malahan reka bentuk risalah berkenaan juga seperti kertas kompaun yang diguna pakai MBPJ.

“MBPJ ingin menegaskan kami tidak sekali-kali mempunyai kai-tan dengan agensi dan iklan ri-salah berkenaan dan akan me-ngambil tindakan tegas terhadap penggunaan logo serta reka ben-tuk risalah mengelirukan itu.

“MBPJ juga ingin memaklum-kan Malaysia Pinjaman Berlesen Agency (MPBA) tidak mempu-nyai lesen untuk menjalankan sebarang aktiviti perniagaan dan promosi,” menurut kenyataan itu.

Orang awam boleh meng- hubungi MPBJ di talian 03-79563544 sambungan 203/208 atau Faks : 03-79582695 untuk maklumat lanjut.

SHAH ALAM - Pemegang harta yang menjelaskan cukai taksiran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bagi penggal pertama se-belum atau pada 28 Februari ini, berpeluang memiliki payung eksklusif secara percuma.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubung-an Awam MBSA, Shahrin Ahmad berkata, pembayar cukai perlu menjelaskan cukai tak-siran untuk tempoh setahun dengan jumlah melebihi RM100 serta tidak mempunyai tunggakan.

K a t a n y a , pemberian pa-yung eksklusif itu juga adalah terhad kepada pembayar cukai terawal sahaja.

“Pemegang harta diingatkan menjelaskan cukai taksiran bagi melancarkan pengurusan kutipan sampah domestik, pem-bersihan kawasan dan penyelenggaraan ja-lan, lampu jalan serta longkang.

“Ia juga dapat membantu MBSA mengu-rus dengan lebih cekap dan efisien, sekali gus memberi keselesaan, kesejahteraan dan ke-harmonian hidup masyarakat,” katanya.

Shahrin berkata, sebanyak 44 saluran pem-bayaran disediakan antaranya pembayaran di Wisma MBSA dan Pejabat Cawangan di Kota Kemuning, Sungai Buloh dan Setia Alam.

Untuk sebarang pertanyaan berhubung cukai taksiran, orang ramai boleh hubungi Seksyen Pengurusan Hasil di talian terus 03-5522 2881 atau 2882.

Peluang miliki payung eksklusif MBSA

Pantau kerja kontraktor,utama keselamatan

Iskandarbersama wakil

penduduk setempat

menunjukkan salah satu jalan raya yang rosak

ekoran kerja menaik taraf

pembentungan

Hati-hati logopalsu MBPJ

MBPJ sudah membuat laporan polis berhubung logo palsu supaya tidak timbul kekeliruan den-gan kandungan risalah berkenaan, pada 29 Disember lalu

SHAH ALAM - Keis-timewaan Klang perlu dipelihara ter-masuk mengekal-kan keindahan dan penambahbaikan in-frastruktur supaya ia mengekalkan iden-titinya sebagai lokasi bersejarah untuk menarik kedatangan pelancong.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang (MPK), Dato’ Mohamad Yasid Bi-din berkata, perkara berkenaan menjadi misi utama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), pada 2018 menerusi pembangunan di beberapa tempat antaranya Kompleks Sukan Pandaraman, Taman Rakyat dan Padang Chetty.

Katanya, pembangunan infra yang lebih berkualiti, di samping pemantauan aduan terutama jalan berlubang akan diperke-maskan menerusi gerak kerja oleh Skuad Pantas MPK.

“Dua elemen ini iaitu pengindahan bandar dan pembangunan infra termasuk menangani banjir menjadi teras utama kita dan ia dijalankan di sekitar bandar Klang serta beberapa kawasan perumahan seki-tar Pelabuhan Klang.

Pelihara keunikan bandar diraja

Mohamad Yasid berharap sokongan masyarakat setempat untuk bersama menjaga alam sekitar

“Kerja ini akan diperluaskan lagi dan ber-harap usaha dijalankan MPK mendapat so-kongan masyarakat setempat supaya ber-sama merealisasikan visi kita bagi tahun ini,” katanya.

Yasid berkata, sebagai bandar yang men-jadi tumpuan pelancong, Klang memer-lukan daya tarikan supaya dapat mencer-minkan imej positif di mata pengunjung.

Pada masa sama, beliau berkata, sejum-lah 14 ‘padang cergas’ bakal digunakan war-ga Klang dengan MPK akan memperhebat-kan operasi penguatkuasaan kebersihan di taman perumahan, termasuk pokok yang menimbulkan kacau ganggu kepada komu-niti setempat.

Page 19: muka 5 muka 7 muka 17 MALAYSIA BARU LEBIH GAGAH · PDF filenah bagi pembinaan sekolah dan menyebabkan kesukaran kepada ... tung kepada keputusan PIBG. ... mengeluarkan surat pemaklu-man

20Pendidikan

SelangorKini 10 - 16 Januari 2018

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM - Pelajar Universiti Selangor (UNISEL) kini berpe-luang menikmati perkhidmatan bas percuma untuk berhubung ke perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT).

Pengarah Komunikasi Korpo-rat, Hasril Abu Hassan berkata, kemudahan itu disediakan Baha-gian Hal Ehwal Pelajar Universiti Selangor (HEP) dengan kerjasa-ma Unit Kenderaan dan Majlis Perwakilan Pelajar.

Katanya, satu bas disediakan untuk menghantar pelajar dari Kampus Bestari Jaya ke Stesen MRT Sungai Buloh.

“Pelajar dikehendaki mendaftar dengan Majlis Per-wakilan Pelajar selewatnya pada hari Isnin bagi perger-akan bas, pada hujung minggu berkenaan.

“Diharap perkhidmatan ini dapat memberikan kemudahan kepada pelajar untuk pulang ke kediaman keluarga seterusnya memberikan penjimatan,” ka-tanya.

Pada 1 Disember 2017, perkhid- matan berkenaan mula berope-rasi dan majlis perasmiannya di-sempurnakan Presiden dan Naib Canselor, Prof Dato’ Dr Moham-mad Redzuan Othman, pada 15 Disember lalu.

Mahasiswa terus dipeduli

UNISEL sedia bas percuma

Perkhidmatan bas percuma disediakan pada setiap Jumaat bermula jam 5 petang

SHAH ALAM - Kolej Antara-bangsa INPENS (INPENS) melak-sanakan program Pemantapan Profesionalisme Pendidikan Tenaga Pengajar TVET dalam me-mastikan tenaga pengajarnya bertaraf professional demi meng-hadapi gelombang Industri 4.0.

Pengurus Komunikasi Korporat, Pemasaran dan Pembiayaannya, Jefri Mejan berkata, program ter-babit disertai 18 tenaga pengajar kolej itu dijalankan di Carlton Holi-day Hotel, pada 3 hingga 5 Januari lalu.

“Semua tenaga pengajar adalah dari sektor Teknologi Automotif, Teknologi Motosikal dan Teknologi Penyamanan Udara INPENS kerana

didapati ia signifikan kepada Indus-tri 4.0,“ katanya.

Beliau menjelaskan, ia adalah fasa pertama program dan pada masa depan INPENS akan turut menyertakan tenaga pengajar da-ripada sektor lain untuk fasa sete-rusnya.

“Ini kerana, INPENS tuntas dalam memastikan pembangunan TVET memandangkan keperluan tenaga mahir di dalam pelbagai industri bertapak di Selangor sangat tinggi.

“Program ini juga bertujuan me-mastikan prestasi penyampaian pendidikan sentiasa di tahap ter-baik dan menghasilkan tenaga pengajar bermotivasi tinggi,” ka-tanya.

SHAH ALAM - Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) terus proaktif menyantuni kebajikan mahasiswanya dalam pelbagai aspek termasuk yang terbaharu iaitu memperkenalkan sistem e-Kaunseling.

KUIS menerusi facebooknya berkata, pelaksanaan sistem kaun-seling dalam talian yang diken-dalikan Seksyen Alumni dan Run-dingcara, Bahagian Pembangunan Mahasiswa (BPM) itu khusus mem-

bantu mahasiswanya menerima perkhidmatan kaunseling bermula 12 Disember lalu.

“Tetapkan temujanji kaunse-ling bersama kaunselor anda se-cara dalam talian melalui MyLMS e-Kaunseling,” tulisnya.

Sebarang pertanyaan dan mak-lumat lanjut berhubung perkhid- matan itu, mahasiswa boleh meng- hubungi kaunselor di talian 03-8911 7064 atau melalui e-mel [email protected].

KUIS perkenal e-Kaunseling

INPENS mantap TVET, hasil tenaga profesional

VEX�� persembah 8� karya seni

Dr Mohammad Redzuan (dua dari kanan)melihat ha-sil karya seni yang dihasilkan pelajar VAD di Pameran Seni Visual 2017 (VEX17)

KUALA SELANGOR - Pameran Seni Visual 2017 (VEX17) anjuran Universiti Selangor (UNISEL) me-nampilkan lebih 80 karya seni dari-pada pelajar Jabatan Seni Visual (VAD).

Pengarah Komunikasi Korporat-nya, Hasril Abu Hassan berkata, kali ini pameran tahunan itu mempa-

merkan karya pengiklanan, penje-namaan semula, animasi 2D dan 3D, reka bentuk web dan identiti korporat.

“UNISEL sentiasa menggalakkan pelajar dan pensyarah menghasil-kan lebih banyak karya seni dari masa ke masa.

“Ia diyakini mampu melahirkan

karyawan kreatif dan memperke-nalkan seni sebagai salah satu alat berkomunikasi dengan masyarakat sekeliling,” katanya.

Terdahulu, Majlis Perasmian VEX17 disempurnakan Presiden dan Naib Canselor, Prof Dato’ Dr Mohammad Redzuan Othman, di Kampus Bestari Jaya.

Page 20: muka 5 muka 7 muka 17 MALAYSIA BARU LEBIH GAGAH · PDF filenah bagi pembinaan sekolah dan menyebabkan kesukaran kepada ... tung kepada keputusan PIBG. ... mengeluarkan surat pemaklu-man

21SelangorKini 10 - 16 Januari 2018

Agama MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

WAKTU SOLAT SELANGOR10 - 16 Januari 2018

22 - 28 Rabiulakhir 1439HGombak, Hulu Selangor, Rawang, Hulu Langat, Sepang, Petaling, Shah Alam

Imsak Subuh Syuru' Zuhur Asar Maghrib Isyak

Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat

Imsak Subuh Syuru' Zuhur Asar Maghrib Isyak

10 Rabu 5:52 6:02 7:20 1:23 4:46 7:21 8:3511 Khamis 5:52 6:02 7:21 1:24 4:46 7:21 8:3512 Jumaat 5:53 6:03 7:21 1:24 4:47 7:22 8:3613 Sabtu 5:53 6:03 7:21 1:25 4:47 7:22 8:3614 Ahad 5:54 6:04 7:22 1:25 4:47 7:22 8:3615 Isnin 5:54 6:04 7:22 1:25 4:48 7:23 8:3616 Selasa 5:55 6:05 7:22 1:26 4:48 7:23 8:37

10 Rabu 5:54 6:04 7:23 1:26 4:48 7:22 8:3611 Khamis 5:55 6:05 7:23 1:26 4:48 7:23 8:3612 Jumaat 5:55 6:05 7:23 1:26 4:49 7:23 8:3713 Sabtu 5:56 6:06 7:24 1:27 4:49 7:23 8:3714 Ahad 5:56 6:06 7:24 1:27 4:50 7:24 8:3815 Isnin 5:57 6:07 7:24 1:28 4:50 7:24 8:3816 Selasa 5:57 6:07 7:25 1:28 4:50 7:25 8:38

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM - Lembaga Zakat Se-langor (LZS) menyerahkan bantuan RM43,200 kepada 114 keluarga mang-sa banjir di daerah Hulu Langat, baru-baru ini.

Bertempat di Masjid Sultan Hisamuddin Alam Shah, Batu 14, Hulu Langat, bantuan disempurnakan Ke-tua Operasi Agihan LZS Hulu Langat,

Mohd Aqmal Jais.Turut hadir Penghulu Mukim Hulu

Langat dan Ketua Kampung Sungai Se-rai.

LZS dalam kenyataannya berkata, semoga bantuan zakat berkenaan me-ringankan beban mangsa banjir terli-bat.

Terdahulu, 251 mangsa daripada 69 keluarga di Hulu Langat ditempatkan di pusat pemindahan banjir di Sekolah

Kebangsaaan Sungai Serai ekoran ban-jir di kawasan itu, pada November lalu.

Unit Pengurusan Bencana Selangor, Smart Selangor Command Centre (SSCC) melaporkan hujan lebat menyebabkan paras Sungai Langat naik hingga me-lepasi paras bahaya iaitu 1.1 meter.

Antara kawasan terjejas banjir adalah Kampung Sungai Tekali, Kampung Pasir, Kampung Sungai Pening dan Kampung Seri Nanding.

Bantu 114 mangsa banjir

LZS serah RM��,���

Harap maklum bahawa terdapat pertukaran alamat pejabat berdaftar dan pejabat operasi untuk Kumpulan Darul Ehsan Berhad (148040-T). Alamat baharu pejabat berdaftar dan pejabat operasi adalah seperti berikut:

Alamat : Aras 4, Ibu Pejabat Air Selangor, Jalan Pantai Baharu, 59200 Kuala LumpurTel : 603 - 2088 5400 (General Line) Fax : 603 - 2088 5441

PEMBERITAHUAN

PEMBERITAHUAN PERTUKARAN ALAMAT KUMPULAN DARUL EHSAN BERHAD (148040-T)

SHAH ALAM - Pelaksanaan Cukai Nilai Tambah (VAT) pada kadar lima peratus yang diperkenal Kerajaan Arab Saudi tidak memberi impak secara langsung kepada jemaah haji muassasah kali pertama.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji (TH), Datuk Seri Johan Abdullah ber-kata, kos bayaran haji kekal RM9,980.

“TH sedia maklum dan mengambil kira faktor cukai nilai tambah terbabit dalam pengiraan kos operasi musim haji 1439 Hijrah/2018.

“Namun, keseluruhan subsidi haji yang akan ditanggung TH dijangka meningkat kepada RM400 juta,” ka-tanya dalam kenyataan.

Johan berkata demikian mengulas rungutan dan kekeliruan orang ramai berkenaan pelaksanaan VAT dan ke-san terhadap kos operasi haji serta je-maah, di negara ini.

Kos tunai haji kekal RM�,���

SHAH ALAM - Lembaga Zakat Selangor (LZS) mem-perkenalkan ‘Cashless ATM’ sebagai kemudahan pem-bayaran zakat melalui mesin membabitkan penggu-naan kad ATM atau kad debit.

Menerusi laman facebooknya, LZS berkata, kemu-dahan itu beroperasi 24 jam dan setakat ini hanya di terdapat di Bangunan LZS Seksyen 13, Shah Alam, Cawangan LZS Bangi, Kajang dan Seksyen 14, Peta-ling Jaya.

“Semoga segala kewajipan yang kita sudah disem-purnakan dirahmati Allah SWT.

“Terima kasih pengeluar dan penerima zakat serta semua umat Islam yang meyakini LZS,” katanya yang turut memaklumkan perkhidmatan itu adalah percu-ma.

‘Cashless ATM’ mudah urusan zakat

VAT diperkenalkan di Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) buat kali pertama, pada 1 Januari lalu, de-ngan lima peratus dikenakan terhadap

kebanyakan barangan dan perkhid-matan.

TH dilaporkan menanggung lebih dari RM1 bilion subsidi haji, sejak 2009.

SHAH ALAM - Yayasan Islam Da-rul Ehsan (YIDE) menyumbangkan beg kelengkapan diri dan bantuan kewangan kepada ibu tunggal bersama lapan anak yang terbabit dalam kejadian kebakaran kuarters kerajaan di Jalan Aur, Pelabuhan Klang, baru-baru ini.

Pengurus Operasi Bahagian Promosi dan Sumbangan YIDE, Md Ariffin Jaafar berkata, bantuan itu adalah inisiatif YIDE dalam me-nyumbang tenaga dengan mem-beri bantuan, khususnya kepada

rakyat Selangor bagi meringankan beban setiap mangsa yang terje-jas.

“Program ini adalah satu aktiviti kemasyarakatan atau tanggung-jawab sosial korporat YIDE kepada masyarakat setempat khususnya, di Selangor.

“Selain memberi bantuan ben-cana kepada rakyat Selangor, YIDE juga berperanan menguruskan hal ehwal anak yatim dengan melak-sanakan program agihan sumba-ngan kewangan dan bantuan pen-

didikan.“Kita juga menawarkan perkhid-

matan rawatan hemodialisis yang dikawal selia Pusat Dialisis Majlis Agama Islam Selangor (MAIS),” ka-tanya.

Ketika kejadian yang berlaku sekitar jam 10.15 pagi, Suriyati Yu-suf bersama dua anaknya berumur 21 dan 15 tahun sedang mem-buat persiapan ke sekolah selepas mendapati terdapat asap tebal dari rumah kosong sebelah rumah mangsa.

YIDE bantu ibu tunggal mangsa kebakaran

Page 21: muka 5 muka 7 muka 17 MALAYSIA BARU LEBIH GAGAH · PDF filenah bagi pembinaan sekolah dan menyebabkan kesukaran kepada ... tung kepada keputusan PIBG. ... mengeluarkan surat pemaklu-man

22Wanita

SelangorKini 10 - 16 Januari 2018

OLEH NORHAYATI UMOR

KAJANG - Selangor boleh dija-dikan contoh kepada negeri lain apabila perwakilan wanita di negeri itu kini hampir mencapai sasaran 30 peratus.

Ketua Wanita Pakatan Harapan (PAKATAN) Selangor, Haniza Talha berkata, kehadiran wanita seba- gai suara rakyat membawa ke-san positif dalam pembangunan negeri itu.

“Satu-satunya negeri punyai perwakilan wanita tertinggi ber-banding negeri lain. Walaupun kini hanya 26 peratus pembabi-tan tetapi kita menuju ke arah itu.

“Perkara ini sudah pasti mem-bawa kesan positif terhadap penduduk ekoran kerja memba-wa dasar mesra,” katanya di ke-tika ucapan aluan di Pelancaran Wanita Pakatan Harapan Negara, di Dewan Seri Cempaka, di sini.

Haniza berkata, dengan pe-ngalaman yang ada, Selangor bo-leh dijadikan hab kepada wanita yang mahu mengembangkan potensi diri dalam pembangunan negara.

“Wanita PAKATAN Selangor mahupun Malaysia mempunyai tanggungjawab besar membawa perubahan negara.

“Kita tidak boleh lagi meng-harapkan Wanita BN. Walaupun sudah 60 tahun memerintah tiada perubahan yang dibawa tetapi mereka ini macam yo-yo.

SHAH ALAM - 11 negeri terima memorandum gender dan refor-masi dari Institut Wanita Berdaya (IWB) bagi mewujudkan Kerusi Tanpa Kawasan Untuk Wanita (KTKW) dalam setiap Dewan Un-dangan Negeri (DUN) masing-masing.

Penasihat dan Pemangku Ke-tua Pegawai Eksekutif IWB, Zurai-da Kamaruddin berkata, antara 11 negeri itu adalah Negeri Sem-bilan, Perlis, Kedah, Perak, Mela-ka, Pahang, Kelantan, Terengga-nu, Johor, Sabah dan Sarawak.

“Memorandum ini diberi ke-pada 11 negeri untuk mereka mengangkat dan mengusulkan di perlembagaan masing-masing bagi melantik golongan wanita sebagai wakil rakyat seterusnya mewujudkan KTKW.

“Setakat ini, Selangor sudah berjaya mencapai 30 peratus penglibatan wanita dalam poli-tik, namun negeri lain masih be-lum mencecah angka berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Majlis Ramah Mes-ra Hi-Tea Bersama Media sempe-

Pemimpin tertinggi IWB bergambar kenangan bersama wakil wanita 11 negeri yang menerima memorandum gender dan reformasi

Tingkat potensi wanita

Teladani kesungguhan Selangor

Sekejap ke depan sekejap ke be-lakang dan kemudiannya hilang,” katanya.

Beliau mengingatkan gabu-

ngan empat parti tidak bergan-jak selagi agenda wanita tidak diangkat dan pembabitan politik diperkasa bagi memastikan ke-

seimbangan dan kesaksamaan gender berlaku.

“Saya yakin dan percaya ba-nyak yang boleh pemimpin wani-

ta tawarkan demi kelangsungan politik yang lebih berintegriti, telus dan bertanggungjawab,” katanya.

Pemimpin Wanita PAKATAN dari segenap peringkat bergambar kenangan pada Majlis Pelancaran Wanita Pakatan Harapan Negara di Dewan Seri Cempaka

na tahun baru 2018 : Usher in The New Year and #PressForProgress with IWB di Hotel Concorde, pada 4 Januari lalu.

Turut hadir, Exco Kesihatan, Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi dan Pengarah IWB, Haniza Talha.

Berdasarkan kenyataan, penglibatan wanita sebagai wakil

Ahli Dewan Negeri (ADN) di se-tiap 11 negeri berkenaan masih sedikit iaitu Sabah (6.7 peratus), Sarawak (7.1 peratus), Kelantan (6.7 peratus), Kedah (11.1), Jo-hor (16.1 peratus), Pahang (11.9 peratus), Melaka (7.1 peratus), Perak (11.9 peratus), Perlis (13.3 peratus), Negeri Sembilan (5.6 peratus) manakala Terengganu (0

peratus).Zuraida berkata, kadar itu jauh

lebih rendah daripada purata ke-bangsaan dan jauh lagi daripada penanda aras antarabangsa iaitu 30 peratus.

“Salah satu faktor penting me-nyebabkan kemunduran Malay-sia walaupun mengikut piawaian Asia Tenggara adalah sistem pili-

han raya Sistem Wakil Tunggal dengan Undi Terbanyak (First-Past-The-Post).

“Untuk menamakan lebih ba-nyak calon wanita kita perlukan sistem pilihan raya yang melan-tik lebih daripada seorang wakil untuk sebuah kawasan iaitu Per-wakilan Berkadar, calon dina-makan dalam bentuk senarai dan boleh diselang-seli dengan calon lelaki,” katanya.

Pada masa sama, Zuraida tu-rut menyampaikan cenderahati kepada media yang hadir se-bagai tanda penghargaan dalam melaksanakan tanggungjawab dengan menyebarkan berita ke-pada masyarakat.

Zuraida berkata, program itu dilaksanakan bagi memberdaya golongan media supaya dapat memainkan peranan sebagai ejen propaganda dan mengang-kat isu kejayaan wanita seiring dengan era masa kini.

“IWB ingin mengambil peluang untuk menghargai dan memupuk hubungan baik dengan media su-paya potensi yang ada pada wani-ta dapat dilonjakkan,” katanya.

�� negeri terima memorandum gender & reformasi

Page 22: muka 5 muka 7 muka 17 MALAYSIA BARU LEBIH GAGAH · PDF filenah bagi pembinaan sekolah dan menyebabkan kesukaran kepada ... tung kepada keputusan PIBG. ... mengeluarkan surat pemaklu-man

Bil.

1.

2.

PENGURUSAN AIR SELANGOR SDN BHD (1082296-U)

KENYATAAN TAWARANPengurusan Air Selangor Sdn Bhd mempelawa Kontraktor-kontraktor yang memiliki syarat - syarat pendaftaran seperti di bawah untuk membuat tawaran bagi kerja-kerja berikut:-

Perihal Kerja/No. Tender/ Harga Dokumen

Syarat Pendaftaran Tarikh Jual Dokumen / Tutup Tender

Taklimat & Lawatan Tapak (Diwajibkan)

PACKAGE D1 – SUPPLY AND DELIVER EIGHTEEN (18) UNITS OF PROTON SAGA STANDARD CVT (AT)

No. Tender: AIS/OS/T1/1/2018Harga Dokumen*: RM318.00

1. Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

ATAU

2. Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)Kod: 110103 – Kenderaan bermotor – keretaDANSurat Wakil / Agen Pengedar Proton

Tiada

Tiada

Tarikh & Masa Taklimat:16/1/2018 (Selasa), 11.00 pagi

Lokasi:Bilik MesyuaratTingkat 17, Wisma Goshen,Plaza Pantai

Pegawai Untuk Dihubungi:

Mohd Yusri Abu Samah (012 – 298 0913)

Tarikh & Masa Taklimat:

Tarikh: 11 / 1 / 2018 (Khamis)Masa: 10.00 pagiTempat Berkumpul: Rumah Pam Bukit Gasing, Wilayah Petaling (Koordinat: 3.092731, 101.661878)

Pegawai Untuk Dihubungi:En. Azurin Bin Ahmad Murad(013-3253340)

En. Mohd Shahrul Bin Abdul Jalil(019-2384067)

Tarikh & Masa Taklimat:

Tarikh: 11 / 1 / 2018 (Khamis)Masa: 10.00 pagiTempat Berkumpul: Rumah Pam Bukit Gasing, Wilayah Petaling (Koordinat: 3.092731, 101.661878)

Pegawai Untuk Dihubungi:En. Azurin Bin Ahmad Murad(013-3253340)

En. Mohd Shahrul Bin Abdul Jalil(019-2384067)

Tarikh & Masa Taklimat:

Tarikh: 11 / 1 / 2018 (Khamis)Masa: 10.00 pagiTempat Berkumpul: Perkarangan Ibu Pejabat, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd, Wilayah Kuala Lumpur, Jalan Pantai Baharu, 59200 Kuala Lumpur

Pegawai Untuk Dihubungi:Pn. Siti Nadiah Razali(019-3754987)

Cik Noor Hazarina(017-5001851)

Pn. Zaitun Ahmad(012-7355884)

Tarikh Jual Dokumen

11 / 1 / 2018 hingga 19 / 1 / 2018

Tarikh Tutup Tender

25 / 1 / 2018

Tarikh Jual Dokumen

11 / 1 / 2018 hingga 19 / 1 / 2018

Tarikh Tutup Tender

25 / 1 / 2018

1. Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

ATAU

2. Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)Kod: 110103 – Kenderaan bermotor – keretaDANSurat Wakil / Agen Pengedar Toyota

PACKAGE D2 – SUPPLY AND DELIVER HUNDRED (100) UNITS OF TOYOTA HILUX DOUBLE CAB 2.4G (AT) 4X4 GUN125R-DETSHEX5 SUPER WHITE II COLOR COMPLETE WITH ACCESSORIES

No. Tender: AIS/OS/T2/1/2018Harga Dokumen*: RM1,060.00

1.

2.

3.

4

5

6

SUPPLY AND DELIVERY OF MECHANICAL COLD WATER METERS FOR NEW DEVELOPMENT, MIGRATION AND REPLACEMENT PROGRAMME

No. Tender: AIS/CBS/T3/1/2018Harga Dokumen*: RM1060.00

1. Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

ATAU

2. Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) i. Kod Bidang 100101 - Semua peralatan Sukatan /Ukuran atau

ii. Kod Bidang 100199 - Pembuat

DAN

Pendaftaran Produk masih sah dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) DAN masih sah dengan SIRIM QAS bagi SEMUA produk METER dan AMR SOLUTION

Tarikh Jual Dokumen

17 / 1 / 2018 hingga26 / 1 / 2018

Tarikh Tutup Tender

6 / 2 / 2018

OUTSOURCING OF M&E DISTRIBUTION PREVENTIVE MAINTENANCE WORKS FOR GOMBAK & PETALING REGION – PACKAGE 2

No. Tender: AIS/OS/T5/1/2018Harga Dokumen*: RM318.00

Tarikh Jual Dokumen

12 / 1 / 2018 hingga18 / 1 / 2018

Tarikh Tutup Tender

26 / 1 / 2018

DESIGN AND BUILD FOR PROPOSED IMPROVEMENT WORKS OF TAMAN CHERAS ML SUCTION TANK, KUALA LUMPUR

No. Tender: AIS/PCW/T7/1/2018Harga Dokumen*: RM318.00

1. Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB)Gred : Minimum G4Kategori : CEPengkhususan :-CE20 atau CE21

DAN

2. Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN)Permit IPA SPAN C3 (Bekalan Air)

Tarikh Jual Dokumen

15 / 1 / 2018 hingga22 / 1 / 2018

Tarikh Tutup Tender

5 / 2 / 2018

OUTSOURCING OF M&E DISTRIBUTION PREVENTIVE MAINTENANCE WORKS FOR KUALA LUMPUR & HULU LANGAT REGION – PACKAGE 1

No. Tender: AIS/OS/T4/1/2018Harga Dokumen*: RM530.00

1. Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB)Gred : Minimum G4Kategori : MEPengkhususan :-M15 atau M20 & E04 atau E11

DAN

2. Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN)Permit IPA SPAN D (Bekalan Air)

1. Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB)Gred : Minimum G4Kategori : MEPengkhususan :-M15 atau M20 & E04 atau E11

DAN

2. Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN)Permit IPA SPAN D (Bekalan Air)

Tarikh Jual Dokumen

12 /1 / 2018 hingga18 / 1 / 2018

Tarikh Tutup Tender

26 / 1 / 2018

1. Naskhah Meja Tender akan dipamerkan mulai tarikh dokumen dijual pada waktu pejabat (8.30 Pagi hingga 5.30 Petang, Waktu Rehat 1.00 Petang hingga 2.00 Petang) di Jabatan Perolehan, Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd., Tingkat 32, TM Annexe 2, Jalan Pantai Jaya, Off Jalan Pantai Baharu, 59200 Kuala Lumpur. Sila hubungi No. 03-2088 5798 / 5385 untuk sebarang pertanyaan urusan pembelian dokumen tender.

2. Dokumen dijual secara ‘softcopy’ dan tuan/puan dikehendaki membawa pen drive yang bebas dari virus bagi pembelian dokumen tersebut. Sekiranya pentender tidak membawa pen drive, caj bayaran akan dikenakan sebanyak DUA KALI GANDA HARGA TENDER untuk pembelian secara ‘Hardcopy’.

3. Setiap petender hanya dibenarkan membeli satu Dokumen Tender dan mengemukakan satu tawaran sahaja berbentuk ‘Hardcopy’.

4. Penender yang ingin memasuki tawaran di atas adalah dikehendaki membuat pembayaran secara Wang Pos/Wang Kiriman Pos/Draf Bank yang dibuat atas nama SYARIKAT BEKALAN AIR SELANGOR SDN BHD sebagai bayaran Dokumen Tender. Bayaran ini tidak akan dikembalikan dan pembayaran secara tunai tidak diterima.

5. Dokumen Tender hanya akan dijual kepada wakil syarikat/kontraktor yang sah sahaja. Untuk tujuan tersebut, wakil-wakil syarikat/kontraktor DIWAJIBKAN membawa surat pengesahan sebagai wakil sah dari syarikat/kontraktor bersama sijil asal berkaitan di atas berserta salinannya.

6. Dokumen tender hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tender yang disediakan pada tarikh tender ditutup di alamat :

Jabatan Perolehan, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd., Tingkat 32, TM Annexe 2, Jalan Pantai Jaya, Off Jalan Pantai Baharu, 59200 Kuala Lumpur

pada hari tersebut tidak lewat dari jam 3.00 petang pada tarikh tutup tersebut.

7. Maklumat mengenai kenyataan tawaran ini boleh diakses melalui laman web https://www.syabas.com.my/business/current-tender#1

Walaupun notis Tender ini dikeluarkan oleh Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd., penganugerahan kepada penender yang berjaya untuk kerja-kerja/pembekalan yang disebutkan di atas juga boleh diberikan oleh mana-mana anak syarikat Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd.

*Harga dokumen tender termasuk 6% Cukai Barangan & Perkhidmatan (CBP)/Goods & Services Tax (GST).

23SelangorKini 10 - 16 Januari 2018

Page 23: muka 5 muka 7 muka 17 MALAYSIA BARU LEBIH GAGAH · PDF filenah bagi pembinaan sekolah dan menyebabkan kesukaran kepada ... tung kepada keputusan PIBG. ... mengeluarkan surat pemaklu-man

Diterbitkan oleh Kerajaan Negeri Selangor Darul EhsanDicetak oleh NAJ Press Resources (M) Sdn. Bhd., Lot 19, Jalan Lada Hitam 16/12, 40200 Seksyen 16, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tel : 03-5519 6373 Faks : 03-5512 7985

Umum pemain import baharu

Romel dan Fariskeluarga baru PKNS FC

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM - PKNS FC se-cara rasmi mengumumkan dua pemain import baharu dari Colombia dan Singa-pura bagi memperkuat pa-sukan mengharungi Liga Malaysia 2018.

Romel Morales Ramirez dan Muhammad Faris Ramli masing-masing di-perkenalkan dalam satu majlis menandatangani kontrak di Kompleks Su-kan PKNS, Kelana Jaya, ba-ru-baru ini.

Romel, 20, sebelum ini pernah beraksi dalam Divi-syen 1 Argentina bersama kelab Atletico Banfield se-mentara Muhammad Faris, 25, adalah pemain skuad kebangsaan Singapura.

Kedua-dua pemain ber-jaya memikat hati Ketua Jurulatih PKNS FC, Datuk K Rajagobal yang melihat aksi permainan mereka bertepatan dengan corak yang bakal diterapkan pa-sukan pada musim hada-pan.

Dengan kehadiran me-reka yang menandatan-gani kontrak selama se-tahun skuad Red Ants, manakala tiga lagi kuota pemain import bakal dii-si kelak sebelum kempen liga bermula, Februari ini.

Kalendar bola sepak ���8 antarabangsa meriahSHAH ALAM - Kalendar bola sepak antarabangsa 2018 bakal menyajikan kejohanan terbaik di peringkat Asia dan Eropah yang pastinya dinantikan selu-ruh peminat bola sepak.

Memetik laporan Semuan-yabola.com, tumpuan terarah kepada sukan Harimau Malaya yang bakal menyertai beberapa kejohanan selain bertindak se-laku tuan rumah.

Harimau Malaya bakal mem-buat penampilan sulung Piala Asia Bawah-23, di China selepas diundi dalam Kumpulan C ber-sama Iraq, Jordan dan Arab Sau-di.

Skuad bimbingan Datuk Ong Kim Swee itu dijadual bertemu Iraq dalam perlawanan pem-bukaan, pada 10 Januari diikuti Jordan tiga hari kemudian de-ngan kedua perlawanan akan

berlangsung, di Changshu.Manakala perlawanan tera-

khir peringkat kumpulan akan berlangsung, pada 16 Januari ini menentang Arab Saudi, di Kunshan.

Kejohanan Negara-Negara Afrika (African Nations Cham-pionship) juga akan membuka tirai, pada 13 Januari hingga 4 Februari ini dengan penyertaan 16 pasukan.

Maghribi akan bertindak se-laku tuan rumah.

Kejohanan yang dinantikan peminat bola sepah seluruh du-nia, Piala Dunia 2018 yang bakal berlangsung di Rusia perte-ngahan tahun ini dengan tuan rumah Rusia bakal membuka ti-rai kejohanan menentang Arab Saudi dalam Kumpulan A, pada 14 Jun.

Ia disusuli UEFA Nations

League yang akan memulakan aksi selepas Piala Dunia 2018 tamat. Undian kumpulan akan berlangsung, pada 24 Januari ini.

Malaysia akan bertindak sebagai hos bagi Piala Asia Bawah-16 dengan 16 pasukan bertanding dalam kejohanan

yang diadakan, pada 20 Sep-tember hingga 7 Oktober.

Antara negara yang bakal beraksi ialah, Afghanistan, Aus-tralia, India, Indonesia, Iran, Iraq dan Jepun.

Turut menampilkan Jordan, Korea Utara, Korea Selatan, Oman dan Tajikistan, Malaysia

selaku tuan rumah juga akan beraksi.

Empat pasukan yang mara ke separuh akhir bakal layak ke Piala Dunia Bawah-17, pada 2019.

Piala AFF akan kembali de-ngan pusingan akhir bakal di-langsungkan, pada 8 November hingga 15 Disember dengan format baharu menampilkan 10 pasukan dan diasingkan ke-pada dua kumpulan.

Setiap kumpulan mempu-nyai lima pasukan dengan ma-sing-masing akan bermain dua perlawanan, di laman sendiri dan dua aksi di gelanggang la-wan.

Pusingan kelayakan akan di-adakan, pada September 2018 antara Brunei dan Timor Leste, sementara Australia tidak akan bertanding.