Muka Depan

36
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN KUALA LIPIS, PAHANG. TAJUK :- MEMBUAT LAKARAN BILIK BIMBINGAN DAN KAUNSELING SERTA NYATAKAN FUNGSI RUANG TAMU,RUANG PENTADBIRAN, KAUNSELING INDIVIDU, KAUNSELING KELOMPOK, MAKLUMAT KERJAYA DAN SUDUT TERAPI. MEMUAT TURUN VIDEO TERAPI DAN TERANGKAN TERAPI TERSEBUT. NAMA : ELAMATHY A/P PALANISAMI (921208-14-5708) A.GILIRAN : 2012111340087 SEMESTER : 7/2012 AMBILAN JAN 2012 NAMA KURSUS: BIMBINGAN DAN KAUNSELING (EDU 3073) JABATAN : ILMU PENDIDIKAN NAMA PENSYARAH : EN. NOR SUHAIDY BIN RAMLI TARIKH MULA :29.1.2015 TARIKH HANTAR: 26.2.2015

description

muka depan

Transcript of Muka Depan

Page 1: Muka Depan

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS

TENGKU AMPUAN AFZAN

KUALA LIPIS, PAHANG.

TAJUK :- MEMBUAT LAKARAN BILIK BIMBINGAN DAN KAUNSELING SERTA

NYATAKAN FUNGSI RUANG TAMU,RUANG PENTADBIRAN, KAUNSELING INDIVIDU,

KAUNSELING KELOMPOK, MAKLUMAT KERJAYA DAN SUDUT TERAPI. MEMUAT

TURUN VIDEO TERAPI DAN TERANGKAN TERAPI TERSEBUT.

NAMA : ELAMATHY A/P PALANISAMI (921208-14-5708)

A.GILIRAN : 2012111340087

SEMESTER : 7/2012 AMBILAN JAN 2012

NAMA KURSUS: BIMBINGAN DAN KAUNSELING (EDU 3073)

JABATAN : ILMU PENDIDIKAN NAMA PENSYARAH : EN. NOR SUHAIDY BIN RAMLI

TARIKH MULA :29.1.2015 TARIKH HANTAR: 26.2.2015

Page 2: Muka Depan

HALAMAN JUDUL

TAJUK TUGASAN

EDU 3073 – BIMBINGAN DAN KAUNSELING

NAMA JABATAN

JABATAN ILMU PENDIDIKAN

NAMA INSTITUSI

IPG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN

KUALA LIPIS, PAHANG DARUL MAKMUR

Page 3: Muka Depan

BORANG KOLABORASI KERJA KURSUS

NAMA PELAJAR : ELAMATHY A/P PALANISAMI

UNIT : PISMP- PENGAJIAN TAMIL

SEMESTER : 7

MATA PELAJARAN : EDU 3073 - BIMBINGAN DAN KAUNSELING

PENSYARAH PEMBIMBING : EN. NOR SUHAIDY BIN RAMLI

TARIKH PERKARA YANG

DIBINCANGKAN

CATATAN T/TANGAN

29.1.2015 Menerima soalan tugasan

dan taklimat daripada

pensyarah, EN.NOR

SUHAIDY

Tugasan perlu dihantar

selewat-lewatnya pada

26.2.2015

5.2.2015 Memahami kehendak soalan

tugasan

Membuat jadual rangka

kerja

10.2.2015 Mencari maklumat di pusat

sumber dan buku

mencetak bahan yang

terkumpul

membuat nota ringkas

15.2.2015 Mengumpulkan maklumat menyusun bahan yang

diperolehi

menganalisis bahan

mengikut kehendak

soalan

membuat pemilihan bagi

bahan yang hendak

digunakan

20.2.2015 Mengenal pasti isi-isi yang

hendak digunakan

memasukkan isi yang

telah dianalisis.

Page 4: Muka Depan

23.2.2015 Berbincang dengan

pensyarah tentang soalan

Menyediakan nota

berkaitan soalan 2

26.2.2015 menyerahkan tugasan yang

telah disiapkan kepada

pensyarah pembimbing,

EN.NOR SUHAIDY

memasukkan bahan dan

maklumat yang baru

diperolehi

Page 5: Muka Depan

NAMA : ELAMATHY PALANISAMI

NO.K.P : 9212-08-14-5708

TARIKH LAHIR : 08.12.1992

ALAMAT RUMAH : NO.45, KAMPUNG BARU, 39200

RINGLET, CAMERON HIGHLANDS,

PAHANG

BIODATA DIRI

Page 6: Muka Depan

BIL TAJUK M.SUR

AT

1 HALAMAN PENGAKUAN

2 PENGHARGAAN

3 SOALAN 1

(LAKARAN)

4 SOALAN 2

(terapi kanak-kanak)

5 REFLEKSI

6 RUJUKAN

Page 7: Muka Depan

Pengakuan Keaslian Penulisan

Nama Calon : ELAMATHY A/P PALANISAMI

No. Kad Pengenalan : 921208-14-5708

Nama Kursus : PISMP SEM 7

Tajuk Kertas Projek/ Laporan Penyelidikan : (EDU3073)

Bidang Pengkhususan : PENGAJIAN TAMIL

Saya sahkan bahawa segala bahan yang terkandung dalam Kertas Projek/

Laporan Penyelidikan ini adalah hasil usaha saya sendiri. Sekiranya

terdapatnya hasil kerja orang lain atau pihak lain sama ada diterbitkan atau

tidak (seperti buku, artikel, kertas kerja, atau bahan dalam bentuk yang lain

seperti rakaman audio dan video, penerbitan elektronik atau internet) yang

telah digunakan, saya telah pun merakamkan pengiktirafan terhadap

sumbangan mereka melalui konvesyen akademik yang bersesuaian. Saya juga

mengakui bahawa bahan yang terkandung dalam Kertas Projek/ Laporan

Penyelidikan ini belum lagi diterbitkan atau diserahkan untuk program atau

ijazah lain di mana-mana institut.

Tandatangan : ............................................. Tarikh: ......................

UNIT PENGAJIAN TAMIL

JABATAN ILMU PENDIDIKAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

TENGKU AMPUAN AFZAN

Page 8: Muka Depan

PENGHARGAAN

Selamat sejahtera. Saya Elamathy Palanisami dari unit PISMP Pengajian Tamil

semester 7, mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang

Tuhan Maha Mulia yang selalu bersama saya dan mengiring saya dalam keadaan kesusahan

dan kegembiraan. Tanpa restuNya saya tidak dapat menyiapkan tugasan ini dengan sempurna.

Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada

pensyarah kami iaitu EN. Nor Suhaidy Bin Ramli yang mengamanahkan tugasan ini kepada

kami. Beliau banyak membantu dalam menyiapkan kerja kursus ini dengan berjaya. Beliau

memberi keterangan yang mencukupi dalam melaksanakan tugasan ini.

Selain itu, saya juga ingin berterima kasih kepada rakan-rakan sekelas saya yang telah

banyak tunjuk ajar kepada saya. Mereka sanggup berkongsi maklumat dengan saya dan

mengajar saya cara-cara untuk menyiapkan kerja kursus ini dengan lengkap dan kemas.

Sebelum saya memulakan tugas saya, kami agihkan bahan-bahan yang harus kami peroleh

untuk membuat tugasan ini. Selepas itu kami mencarinya dan berkongsi data-data tersebut

untuk menghasilkan tugasan yang sempurna.

Saya mengambil kesempatan ini, untuk mengucapka ribuan terima kasih yang tidak

terhingga kepada Pusat Sumber IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan kerana menyediakan

perkhidmatan untuk meminjam dan memulangkan buku serta bahan-bahan ilmiah yang kami

perlukan. Banyak buku dan bahan-bahan ilmiah yang berkaitan telahpun kami perolehi dari

Pusat Sumber dan kesemuanya ini membantu kami dalam menghasilkan tugasan ini.

Akhir kata, saya sekali lagi ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak

yang menolong saya secara langsung dan tidak langsung dalam menyiapkan tugasan ini

dengan sempurna.

Page 9: Muka Depan

SOALAN 1 :-

MEMBUAT LAKARAN BILIK BIMBINGAN

DAN KAUNSELING & NYATAKAN FUNGSI BAGI SETIAP SUB

UNIT.

Page 10: Muka Depan

Kaunseling didefinisikan sebagai suatu proses perhubungan menolong yang

sistematik berasaskan prinsip psikologi. Ia dijalankan oleh kaunselor profesional bagi

membantu perkembangan dan penyesuaian peribadi klien yang baik dan

menyeluruh. Pertemuan adalah secara sukarela dan berterusan sepanjang hayat

berlandaskan Etika Kaunseling.

Oleh kerana kaunseling bukan nasihat, hubungan kaunseling adalah

berbentuk dua hala. Kaunselor cuba memahami dengan mendengar dan

memberikan layanan serta interaksi yang baik, manakala klien memberihalkan

masalah mereka dan cuba memahami dan mengambil tindakan menguruskan

masalah tadi. Proses ini tidak boleh dijalankan semata-mata di merata-rata tempat

sahaja. Malah ia memerlukan tempat yang tersendiri untuk menjalankan proses

kaunseling. Bilik khas bimbingan dan kaunseling memudahkan menjalankan kerja-

kerja pentadbiran, mengadakan system fail/ menyimpan rekod/ surat menyurat dan

mengadakan sesi kaunseling sesi kaunseling individu dan kelompok. Setiap ruang

yang dilakarkan pada lakaran di atas mempunyai 6 sub unit utama iaitu ruang tamu,

ruang pentadbiran, kaunseling individu, kaunseling kelompok, maklumat kerjaya dan

sudut terapi. Setiap sub unit yang dilakarkan di atas mempunyai fungsinya tersendiri

mengikut keselesaan klien dan juga kaunselor.

RUANG TAMU

Ruang tamu yang dilakarkan pada pelan bilik perkhidmatan kaunseling

perlulah bersih/ ceria dan selamat supaya para klien yang dating ke bilik kaunseling

merasakan keselesaan sepenuhnya dalam bilik kaunseling selain dapat menarik

perhatian para pelajar yang datang ke bilik kaunseling. Suasana bilik kaunseling

haruslah selesa dan kondusif supaya para pelajar berasa teruja untuk datang ke bilik

kaunseling.Tempat mempamerkan maklumat dan alat-alat bimbingan kaunseling

disediakan di ruang tamu supaya murid akan sentiasa didedahkan dengan informasi

apabila mereka menjengkuk ke bilik kaunseling. Selain itu, Di sebaliknya, ruang

tamu juga difungsi sebagai kerja - kerja perkeranian dan menaip bagi kakitangan

bimbingan.

KAUNSELING INDIVIDU

Page 11: Muka Depan

Bilik perkhidmatan kaunseling juga disediakan dengan sudut kaunseling

individu. Kaunseling individu sebagai satu perhubungan yang bersemuka di mana

seseorang klien mendapatkan bantuan daripada seorang kaunselor. Perhubungan

tersebut disifatkan oleh ciri-ciri seperti penerimaan klien secara tulen, saling hormat

menghormati dan penekanan terhadap keperluan-keperluan dan perasaan klien.

Kaunseling individu sebagai perhubungan antara seorang yang lain dalam mana ia

menolong untuk menyelesaikan konflik, atau pertikaian yang belum diselesaikan.

Selain itu, fungsi bilik kaunseling individu adalah untuk mudah didatangi klien untuk

sesi kaunseling. Klien lebih suka untuk menerima kaunseling secara indivdu untuk

menyelesaikan permasalahan mereka. Oleh itu, kaunseling individu menjadi tempat

untuk mengadakan latihan kerehatan dan latihan gerak badan yang dapat

mengurangkan tekanan para klien. Selain itu, fungsi kaunseling individu merupakan

suatu pemusatan hal peribadi, hubungan bersemuka antara dua manusia apabila

seorang kaunselor dengan kemampuan yang ada padanya menyediakan satu

situasi pembelajaran yang membolehkan kliennya mengenali dirinya sendiri,

membuat keputusan dan pemilihan bagi memenuhi keperluan diri mereka sendiri.

KAUNSELING KELOMPOK

Setiap bilik kaunseling haruslah disediakan dengan bilik kaunseling kelompok.

Begitu jugalah, lakaran yang dilakarkan pelan bilik kaunseling di atas mempunyai

bilik kaunseling kelompok. Fungsi kaunseling kelompok adalah satu pendekatan

yang boleh digunakan oleh kaunselor terlatih untuk memberi pertolongan berkesan

kepada beberapa orang individu biasa yang sedang menghadapi masalah seharian

yang normal dalam satu jangka masa yang sama. Pendekatan ini mempunyai

objektif yang sama dengan kaunseling individu tetapi meliputi interaksi kaunselor

dengan lebih individu. Selain itu, fungsi bilik kaunseling kelompok merupakan proses

perhubungan antara kaunselor dengan beberapa orang ahli. Mereka juga

berpendapat bahawa kaunseling kelompok juga boleh menjadi agen pencegahan

atau pengubatan bagi seseorang. Seterusnya fungsi, kaunseling kelompok adalah

untuk membentuk perhubungan individu yang dinamik berasaskan fikiran dan

kelakuan secara sedar. Nilai terapinya terletak pada suasana perasaan saling

percaya dan mempercayai, penerimaan, faham memahami dan sokongan yang

berpandukan pada kebenaran. Mereka juga berpendapat bahawa faedah terapi

akan dinikmati dalam satu kumpulan kecil yang ahlinya secara sukarela berkongsi

Page 12: Muka Depan

masalah peribadi dengan kaunselor dan ahli lain. Ahli kelompok mestilah terdiri

daripada ahli-ahli yang normal dan tidak memerlukan perubahan personaliti yang

mendesak. Selain itu, ahli juga dapat berinteraksi dengan individu lain dalam

kumpulan itu untuk menambahkan rasa kefahaman dan juga penerimaan nilai serta

matlamat hidup sendiri di samping menerima atau membuang sikap dan kelakuan

yang tidak diingini. Oleh itu, sudut kaunseling kelompok merupakan tempat yang

wajib berada di bilik kaunseling.

RUANG PENTADBIRAN

Ruang pentadbiran didefinisikan sebagai urusan dan pentadbiran yang

berkaitan dengan bidang Bimbingan dan Kaunseling serta hubungannya dengan

pihak pentadbir sekolah ataupun agensi luar. Walaupun sekolah mempunyai bilik

pentadbirannya sendiri tetapi bilik kaunseling juga harus mempunyai ruang

pentadbiran di mana ia memudahkan untuk melaksanakan kerja-kerja mengurus dan

mentadbir pengurusan, pembangunan, dan perkhidmatan para pelajar yang dating

ke bilik kaunseling. Ruang pentadbiran juga berfungsi sebagai tempat untuk

mengurus dan mengemaskini pengurusan fail peribadi pelajar yang dating ke bilik

kaunseling. Selain itu, ruang pentadbiran menjadi tempat membuat sebaran seperti

mengedarkan buletin, paparan ,poster, buku skrap berkenaan maklumat kerjaya,

maklumat pendidikan dan latihan, maklumat dadah, bahaya rokok dan kesihatan

dan jadual waktu perkhidmatan kepada para pelajar.

MAKLUMAT KERJAYA

Kaunseling merupakan satu bidang yang luas yang menyentuh pelbagai

aspek kehidupan seperti kerjaya, p;eribadi, akedemik dan sebagainya. Bilik

kaunseling haruslah menyediakan sudut maklumat kerjaya di mana ia membantu

pelajar membuat pemilihan kerjaya yang sesuai dengan mereka dan didedahkan

dengan pelbagai informasi tentang kerjaya mereka pada masa kelak. Fungsi

maklumat kerjaya juga adalah satu proses yang melibatkan seorang kaunselor dan

individu dalam menetahui dengan lebih mendalam tentang diri sendiri dan juga

bidang pekerjaan. Proses ini dapat membatu individu membuat pilihan kerjaya yang

baik. Ini adalah maklumat kerjaya memberi pengetahuan kepada pelajar tentang

pemilihan kerjaya mereka pada masa kelak.

Page 13: Muka Depan

Maklumat kerjaya juga perlu meliputi tentang penerangkan pembiayaan

pendidikan iaitu sama ada biasiswa atau pinjaman serta penajaan oleh syarikat atau

badan berkanun tertentu yang boleh diperolehi pelajar sekiranya mereka berjaya

dengan keputusan yang cemerlang. Beberapa pertandingan juga akan diadakan di

peringkat sekolah,daerah,negeri dan kebangsaan berkaitan kerjaya turut diadakan

bagi membantu pelajar untuk mendapatkan maklumat berkaitan kerjaya

pilihan.Antara pertandingan yang melibatkan kerjaya adalah Eksplorsai Alam

Kerjaya,kain rentang kerjaya, dan poster kerjaya.Dengan dibimbing oleh kaunselor

maka para pelajar akan berusaha untuk mendapatkan bahan bagi kegunaan

mereka.

SUDUT TERAPI

Sudut terapi merupakan tempat wajib yang harus diwujudkan dim bilik

kaunseling dan bimbingan. Ini kerana terapi yang memberi pendedahan kepada

murid untuk membentuk diri mereka sendiri. Sudut terapi ini penting bagi guru

kaunselor bagi mengaplikasikan terapi terhadap para pelajar yang bermasalh untuk

mewujudkan tingkah laku yang positif dalam kalangan pelajar yang bermasalah.

Sudut terapi ini diwujudkan bagi membantu individu yang mempunyai masalah sama

ada dari segi fizikal, mental, dan emosi. Dengan ini pelbagai terapi boleh direka

khusus mengikut masalh-masalah yang dialami oleh para pelajar. Penglibatan murid

dapat dipertingkatkan di dalam sesi-sesi terapi ini. Seorang guru kaunselor dapat

meningkatkan kemahiran pengamatan pelajar dengan adanay sudut terapi ini.

Selain itu, seorang kaunselor juga berpeluang untuk membantu meningkatkan

kemahiran bersosial murid hasil laksanaan terapi ini. Pelaksanaan terapi ini dapat

mengurangkan tekanan dan gangguan mental serta emosi pelajar bermasalah.

Sudut terapi yang kondusif dapat merangsang pemikiran dan kreativiti murid.

Dengan adanya sudut terapi di bilik kaunseling dan bimbingan seorang guru

kaunselor dapat melakukan terapi fisio, terapi muzik, terapi fizikal, terapi main dan

lain-lain lagi. Guru dapat menjalankan terapi yang berlainan pada masa yang sama

dengan adanya sudut terapi di bilik kaunseling. Ini sacara tidak langsungnya akan

mendedahkan murid untuk bahawa mereka mampu melakukan dengan sendiri

kebanyakkan pergerakan dan fungsi-fungsi tubuh di mana ia akan menjurus kepada

pengurusan kendiri.

Page 14: Muka Depan

SOALAN 2 :-

MEMUAT TURUN PETIKAN VIDEO- TERAPI & HURAIKAN

TERAPI KANAK-KANAK TERSEBUT.

Menurut kepada kehendak soalan 2 saya telah memilih satu video yang

berkaitan dengan pelaksanaan terapi kanak-kanak. Saya telah memilih

pelaksanaan terapi main kapada kanak- kanak. Ini kerana kanak-kanak mudah

terdedah dan tertarik dengan permainan jika dibandingkan dengan teori semata-

matanya. Permainan adalah salah satu elemen yang berkait rapat dengan zaman

kanak-kanak dan mereke akan berasa lebih teruja dan permainan menjadi medan

untuk kanak-kanak meluangkan perasaan mereka. Oleh itu, terapi main kanak-

Page 15: Muka Depan

kanak amat sesuai digunakan sebagai salah satu teori oleh kaunselor. Sebelum kita

mengkaji tentang teori terapi main kita perlu memahami konsep terapi.

Pada umumnya, Terapi (dalam Greek : θεραπεία), atau disebut juga sebagai

rawatan merupakan percubaan pemulihan untuk masalah kesihatan. Dalam konteks

Pendidikan Khas, terapi merupakan kaedah bagi membantu individu yang

mempunyai pelbagai keperluan khas yang melibatkan kognitif, emosi, sosial dan

psikomotor mencapai perkembangan secara maksimum dan digunakan dalam

pengajaran dan pembelajaran. Antara kepentingan terapi ialah bagi meningkatkan

daya pengamatan murid-murid, merangsang murid untuk bergerak balas secara

positif terhadap sesuatu kemahiran serta meningkatkan perkembangan fungsi

kognitif, emosi, sosial dan psikomotor mereka.  Di samping itu, melalui terapi juga

guru-guru dapat melatih murid-murid menguasai kemahiran tertentu yang

bersesuaian dan berkaitan dengan kehidupan seharian serta mewujudkan suasana

pembelajaran yang kondusif lagi menyeronokkan. (G. Eliana, 2008, S. Pengilly,

2008; Z. Ibrahim 2009 dlm. Yasmin 2011)

Salah satu terapi yang memainkan peranan utama yang berkait rapat dengan

murid adalah terapi main. Terapi main merupakan salah satu terapi yang sangat

efektif bagi kanak-kanak untuk membentuk tingkah laku mereka. Bermain

merupakan suatu aktiviti bagi anak yang menyenangkan dan merupakan suatu

metode bagaimana mereka mengenal dunia. Anak-anak memerlukan berbagai

variasi permainan untuk kesihatan fizikal, mental dan perkembangan emosinya.

Dengan bermain anak dapat menstimulasikan pertumbuhan otot-ototnya,

kongnitifnya, dan juga emozinya kerana mereka bermain dengan seluruh emosinya,

perasaan dan fikiran mereka. Bermain adalah kesenangan dimana dengan

kesenangan ini mereka mengenal segala sesuatu yang ada disekitarnya sehingga

anak yang mendapat kesempatan cukup untuk bermain juga akan mendapat

kesempatan yang cukup untuk mengenal sekitarnya sehingga ia akan menjadi orang

dewasa yang lebih mudah berteman, kreatif, dan cedas bila dibandingkan dengan

mereka yang masa kecilnya kurang mendapat kesempatan bermain.

Menurut Kraus 1990, bermain secara amnya boleh didefinisikan sebagai

sebarang aktiviti yang memberikan kegembiraan dan kepuasan kepada kanak-kanak

Page 16: Muka Depan

tanpa menimbangkan apakah hasil aktiviti itu. Carr pula dalam teorinya mengatakan

bahawa main adalah penting kepada kanak-kanak untuk meluahkan pendapat

masing-masing. Dari aspek psikologi pula, terapi main memberi peluang kepada

kanak-kanak untuk memperolehi perasaan dan mengawal keadaan yang dapat

membantu kanak-kanak untuk berurusan dengan realiti sebenar. Terapi main

membantu murid menunjukkan komitmen dan fokus yang sepenuhnya terhadap

aktiviti yang dijalankan.

Terapi main adalah suatu terapi interaksi sosial yang menyediakan

kesempatan untuk belajar keterampilan sosial-emosional dan meningkatkan

ketahanan emosional. Sementara kebanyakan anak belajar keterampilan sosial dari

mengamati orang lain atau melalui instruksi yang eksplisit, yang lain belum belajar

atau tidak menerapkan keterampilan sosial pro dan memerlukan pengajaran

tambahan, latihan dan pembinaan. Kecenderungan alami anak-anak untuk bermain

menyediakan cara yang sangat memotivasi untuk melibatkan mereka dalam belajar

keterampilan sosial pro. Anak-anak cenderung dengan peribadi yang menyelesaikan

masalah dengan agresi, kurangnya persahabatan, pengurusan kemarahan dan

pembohong. Permainan dapat digunakan dengan individu, kelompok atau anak-

anak seluruh kelas.

Terdapat beberapa konsep yang terdiri dalam terapi main. Salah satu konsep

terapi main adalah melalui bermain murid dapat lebih mengenali dunia. Terapi

bermain dapat menyediakan murid dari segi dalaman ataupun luaran untuk

menempuh segala cabaran pada masa dewasa. Terapi main juga dapat melatih

kanak-kanak mengimaginasikan dengan kehidupan yang sebenar. Ia akan melatih

dan membimbing mereka dalam memperihalkan situasi dunia yang sebenar.

Contohnya, set permainan pekerjaan seperti polis, doctor, tukang masak. Manakala

set permainan item rumah seperti sterika, kerusi, telefon. Ini secara tidak

langsungnya memberi pendedahan kepada kanak-kanak untuk memasuki ke alam

dewasa dari alam kanak-kanak.

Seterusnya konsep terapi yang kedua pula ialah, ruang fizikal disediakan

melalui aktiviti bermain. Terapi main memerlukan kawasan yang luas bagi

membolehkan kanak-kanak untuk menerokai secara mendalam dan juga dapat

merasakan kepuasan hati dalam main. Kawasan yang luas mampu memberikan

kanak-kanak untuk melakukan aktiviti dengan lancar dan berasa keseronokkannya

dalam aktiviti tersebut. Setiap ruang dibahagika mengikut kesesuaian untuk kanak-

Page 17: Muka Depan

kanak bermain. Ini memberikan pendedahan kepada murid untuk merasakan

keseronokkan bermain dan akan berasa teruja untuk bermain.

Konsep terapi yang ketiga pula ialah, kanak- kanak berpeluang untuk

menerokai identiti mereka dengan sendiri. Kanak-kanak dapat mengenali diri mereka

samada lelaki ataupun perempuan. Mereka juga berpeluang untuk mengetahui

tentang identiti para rakannya dimana mereka saling bergaul antara satu sama lain

dalam terapi main. Secara normalnua kanak-kanak lelaki suka bermain permainan

lasak seperti main permainan pengangkutan,, main permainan kartun yang lasak

seperti power man, superman. Jika dibandingkan dengan kanak-kanak perempuan

mereka lebih suka untuk bermain permainan lembut seperti masak-masak dan

permainan patung.

Konsep teori permainan yang akhrinya adalah mainan mencirikan kehidupan

sebenar. Kanak-kanak akan lebih berfokus kepada peredaran di sekeliling mereka

dan suka mengimaginasikan persekitaran mereka. Sebagai contohnya kanak-kanak

suka bermain mainan kehidupan sebenar seperti doktor, tukang masak, dan polis.

Ini kerana kanak-kanak mudah tertarik dengan kehidupan seharian kita dimana ia

menjadi asas bagi kanka-kanak untuk menjejak dalam alam dewasa.

Terapi main mempunyai tujuannya tersendiri di mana ia membentuk aspek

dalaman dan luaran kanak-kanak. Tujuan terapi main yang pertamanya ialah

meningkatkan komunikasi antara satu sama lain. Semasa bermain, kanak-kanak

berpeluang belajar berinteraksi dengan orang lain secara positif, mengajak kanak-

kanak keluar daripada pola egosentrik, mengambil kira pandangan rakan,

menghormati hak orang lain, bersabar dan bertolak ansur. Mereka dapat belajar

untuk menangguh kehendak semerta diri (delayed gratification) untuk mencapai

matlamat jangka panjang. Dengan itu main memberi peluang kepada kanak-kanak

membina konsep kendiri yang positif, keyakinan diri serta melahirkan sentimen dan

menstabilkan emosi. 

Aktiviti main peranan seperti berpura-pura menjadi doktor dan pesakit atau

menaiki bas olok-olok memberi latihan kepada kanak-kanak untuk menguasai

pengetahuan dari persekitaran serta membantu perkembangan kemahiran

bersosialisasi. Permainan imaginatif seperti ini memberi latihan kepada kanak-kanak

Page 18: Muka Depan

mengenali alam dewasa. Mereka belajar bekerjasama untuk mencapai matlamat

kumpulan. 

Tujuan teori main yang kedua ialah untuk memperkembangkan kognitif

kanak-kanak. Teori main juga dapat membantu memperkembangkan kebolehan

kognitif seperti mengenal pasti, mengkategori, membuat urutan, memerhati,

membezakan, meramal, membuat rumusan, dan membuat perbandingan.. Akiviti

seperti membina blok, permainan bahasa, permainan dam, puzzle, teka-teki,

nyanyian dan congkak membantu mengembangkan kemahiran bahasa, matematik

dan sains serta berfikir secara logik dan kreatif. Kanak-kanak juga dapat

meningkatkan kemahiran penggunaan bahasa dalam persekitaran yang relaks,

semulajadi dan seronok. 

Tujuan ketiganya adalah melalui teori main kanak-kanak juga mampu menilai

diri mereka sendiri. Seterusnya melalui aktiviti bermain,ia  turut memberikan peluang

untuk kanak-kanak meluahkan perasaan selain mencerminkan sikap

danmenggambarkan perkembangan sosio serta emosi mereka. 

Kanak-kanak berkecenderungan untuk bersikap ego dan tidak ingin berkongsi

di awal usia mereka. Apa yang dimiliki mereka menjadi hak mutlak. Namun, apabila

usia semakin meningkat, sikap ingin berkongsi mula ditunjukkan.

Perasaan  egosentrik kanak-kanak  sangat tinggi pada awal usia mereka. Namun,

lama kelamaan sikap itu semakin pudar. Perubahan boleh dilihat dari sikap mereka

yang bermain permainan masing-masing namun secara berdekatan, kemudian

berubah kepada perkongsian. Ini secara tidak langsungnya dapat membolehkan diri

kanak-kanak untuk menilai diri mereka dengan sendiri.

Salah satu tujuan terapi main adalah ianya meningkatkan keupayaan untuk

mempercayai seseorang. Semasa main setiap kanak-kanak mempunyai

tanggungjawab masing-masing dan mereka akan bermain dalam satu kelompok. Ini

akan mengeratkan hubungan sesama rakan-rakan dan kank-kanak akan

berkerjasama dalam satu kumpulan untuk mencapai tujuan tertentu. Ini secara tidak

langsungnya, akan meningkatkan kepercayaan seseorang kanak-kanak terhdapa

rakan sebayanya. Jadual dibawah menerangkan tujuan terapi main dengan ringkas:

TUJUAN TERAPI MAIN:

Page 19: Muka Depan

Terapi main ini dibahagikan kepada empat tahap. Tahap satu ialah kanak-

kanak berasa rasa diterima akibat hubungan erat yang dibina. Kanak-kanak akan

menjalin hubungan yang erat semasa bermain sesama rakan mereka dan juga

sesama guru. Ini akan menyebabkan murid berasa seolah-olah berada dengan

keluarga mereka tersendiri dan akan rasa diterima mereka dalam kalangan guru dan

juga rakna sebaya. Tahap yang kedua ialah luahan perasaan yang terpendam

secara catharsis. Ini bermaksud kanak-kanak mudah meluahkan perasaan mereka

yang terpendam semasa bermain. Murid akan berasa senang dan gembira pabila

mereka meluahkan persaaan mereka yang terpendam. Proses terapi main yang

ketiga adalah penerokaan peristiwa. Kanak-kanak akan menerokai sesuatu yang

baru dalam main dan ini akan memberikan kanak-kanak pengalaman meneroka

sesuatu yang baru. Tahap terakhir ialah bertindak ke atas penyelesaian yang

dipilih.

1. Memperkembangkan potensi kanak-kanak dari aspek fizikal, intelek dan sosioemosi secara seimbang dan menyeluruh.

2. Membentuk kemahiran fizikal melalui main sensorimotor.

3. Membentuk kemahiran sosial melalui main asosiatif dan koperatif.

4. Dapat menguasai situasi kehidupan harian, di samping membuat persediaanuntuk kehidupan dan peranan alam dewasa melalui main simbolik dan main sosiodramatik.

5. Melatih kanak-kanak menguasai kemahiran bertutur dan menggunakan bahasa yang sesuai melalui main sosiodramatik.

Page 20: Muka Depan

Bilik terapi dan media mainan( kriteria) merupakan sumber asas dalam

melaksanakan terapi main. Bilik terapi diwujudkan bagi melancarkan aktiviti terapi

mainan dijalankan. Bilik ini akan dilengkapi dengan perkakas-perkakas dan alat-alat

mainan yang boleh menarik minat kanak-kanak. Semuanya ini bergantung kepada

kesesuaian mereka. Contoh-contoh bahan yang disediakan ialah seperti bahan-

bahan resos , alatan asas seperti rak, cermin, almari dan lain-lain. Manakala media

mainan (kriteria) penting dalam memberi dorongan ekspresi pemikiran dan

perasaan kanak-kanak. Selain itu ia dapat menguji realiti kanak-kanak di samping

membekalkan kanak-kanak dengan cara yang boleh diterima untuk meluahkan

perasaan yang tidak diingini. Secara umumnya media mainan ini bergantung kepada

kanak-kanak didalam memanipulasikannya.

Bukannya mudah untuk melaksanakan terapi main. Beberapa aspek harus

dititikberatkan semasa melaksanakan terapi main. Yang pertamanya ialah bilik

terapi. Bilik terapi harus mempunyai kelengkapan bilik yang bergantung kepada

kesesuaian kanak-kanak. Bilik terapi harus disertakan dengan bahan-bahan resos,

Page 21: Muka Depan

alatan asas seperti rak buku, cermin , almari, dan lain-lain. Seterusnya media

mainan merupakan elemen yang openting dalam pelaksanaan terapi main. Media

mainan mendorong ekspresi pemikiran dan perasaan kanak-kanak. Ia juga memberi

peluang untuk menguji reality kanak-kanak.

Seterusnya terapi main ini bukannya mudah dan sengaja diselitkan dalam

pembelajaran kepada kanak-kanak. Malah ia mempunyai faedahnya tersendiri di

mana ia secara menyeluruhnya memberi kebaikan yang tidak terhingga kepada

kanak-kanak.

KELEBIHAN TERAPI BERMAIN

Pertama, membuat pilihan sendiri. Murid diberikan kebebasan untuk

bermain mengikut cara mereka. Sebagai contoh, bermain dengan menggunakan alat

binaan seperti blok. Murid boleh membina reka bentuk yang menarik daripada blok

yang terdiri daripada pelbagai bentuk, warna dan saiz. Melalui bermain dengan

binaan ini, murid akan turut mempelajari mengenai konsep kuantitatif dan ruang.

Jangan menyekat kebebasan murid untuk mereka bentuk apa yang mereka ingini.

Kelebihan Terapi

Bermain

1. Membuat pilhan sendiri

2. Melahirkan

masalah

3. Membentuk

keyakinan diri

4. Memantapkan

komunikasi

5. Meluahkan

emosi

Page 22: Muka Depan

Kedua, melahirkan masalah. Keadaan ini boleh dilihat dalam main

sosiodramatik. Murid akan berpura-pura memainkan peranan seperti ibu, bapa,

kakak, abang atau adik. Melalui main peranan sebagai orang dewasa contohnya,

murid dapat memahami keadaan sebenar dalam realiti kehidupan. Ia juga memberi

peluang kepada murid untuk melepaskan perasaan mereka terhadap hubungan ahli

keluarga dan pengalaman hidup dalam kehidupan seharian mereka.

Ketiga, membentuk keyakinan diri. Ianya boleh dilihat dalam main pasir di

mana, di akhirnya murid mampu untuk bercakap dan bercerita mengenai hasil akhir

mereka dalam menghasilkan ‘Istana Pasir’. Jika pada awalnya, murid itu bersikap

mendiamkan diri, tetapi akhirnya murid itu berjaya untuk bercakap di khalayak ramai

dengan penuh keyakinan.

Keempat, memantapkan komunikasi. Bermain memerlukan interaksi untuk

melahirkan sama ada murid seronok atau tidak seronok dengan aktiviti yang mereka

lakukan. Interaksi ini secara tidak lansung telah membantu murid untuk

memantapkan komunikasi mereka.

Kelima, melahirkan emosi. Melalui permainan, murid bebas untuk

melahirkan emosi mereka, sama ada mereka berasa seronok atau tidak. Emosi yang

dibebaskan daripada diri akan mencegah mereka daripada memendamnya dan

akhirnya menimbulkan masalah dalam emosi sendiri.

Perkara - perkara di atas menerangkan tentang manfaat terapi main.

Tetapi, terapi main bukan mudah dilaksanakan dalam kanak - kanak. Sebagaimana

terapi main mempunyai manfaat yang tidak terhingga begitu juga ia mempunyai

kelemahan untuk melaksanakannya. Terdapat beberapa halangan dan masalah

akan ditimbul dalam proses perlaksanaan terapi main. Salah satunya ialah kos

kewangan yang tinggi. Perbelanjaan untuk kos pembelian peralatan teramat

mahal. Ini menyebabkan pelaksanaannya adalah terhad dan terbatas. Ekoran dari

itu pembelian barangan hanya dilakukan ke atas alat terapi permainan yang agak

murah sedikit . Kesannya ia tidak menepati kepuasan sepenuhnya kanak-kanak.

Keduanya ialah, kesukaran untuk mendapatkan alatan. Untuk

mendapatkan bekalan alatan terapi ini adalah sukar. Pihak sekolah atau Pusat

Pemlihan Dalam Komuniti di dalam suatu daerah perlu membuat tempahan terlebih

Page 23: Muka Depan

dahulu sebelum membuat pembelian. Kebiasaannya alatan ini hanya dibekalkan di

bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur atau Pulau Pinang.Kemudian masa

untuk mendapatkan alatan adalah lama kerana masalah penghantaran. Di samping

itu, kebanyakan kos peralatan terapi main ini adalah tinggi jika pihak tertentu ingin

membinannya sendiri. Ini termasuklah bahan yang digunakan kemudian upah buruh

dikenakan.

Tambahan pula, untuk menempatkan peralatan terapi main ini memerlukan

tempat yang luas dan besar. Ini bertujuan untuk memberikan keselesaan kepada

kanak-kanak untuk bermain Penyelengaraan yang sistematik dan berkala perlu

dilakukan ke atas segala peralatan yang dibeli. Rekod keluar dan masuk barang,

kerosakan dan status barang perlu dicatatkan. Lagi pun proses penjagaannya amat

rumit. Maksudnya alatan mudah rosak. Untuk mengendalikan terapi ini memerlukan

sumber kepakaran. Ini termasuklah dari segi pengurusan dan teknikal. Namun

begitu tidak ramai orang mempunyai kepakaran sedemikian.

Kesimpulannya, terapi main merupakan teknik yang mudah untuk guru

aplikasikan kepada kanak-kanak tanpa perlu dipaksa dan diajar secara rumit. Hal ini

kerana apabila kanak-kanak bermain, mereka sebenarnya diberi peluang

menggunakan dan mengasah kreativiti sedia ada yang dimiliki untuk menyelesaikan

masalah sama ada secara individu mahu pun berkumpulan. Dalam hal ini, pendidik

perlu memainkan peranan penting dalam membina dan menggalakkan motivasi

intrinsik kanak-kanak terutamanya di prasekolah. Guru-guru perlu bertindak balas

terhadap keperluan setiap kanak-kanak yang berada di dalam kelasnya.

Penggunaan pendekatan belajar melalui bermain boleh membantu meningkatkan

motivasi instrinsik kanak-kanak ke peringkat yang lebih tinggi dalam setiap

perkembangannya (Rubin, Fein & Vandenburg, 1983). Menurut Isenberg dan

Quisenberry (2002), aktiviti bermain yang disediakan untuk kanak-kanak dapat

menyokong peningkatan motivasi instrinsik hasil daripada emosi positif yang hadir

ketika bermain. Emosi yang positif, seperti rasa ingin tahu dan rasa seronok secara

umumnya dapat meningkatkan prestasi pembelajaran kanak-kanak melalui aktiviti

bermain yang disediakan oleh guru. Oleh itu, guru perlu komited untuk memastikan

pendekatan belajar sambil bermain dapat dilaksanakan dengan cekap, berkesan

untuk melahirkan modal insan yang menguasai ilmu, berkemahiran tinggi dan

mempunyai daya saing yang tinggi.

Page 24: Muka Depan

REFLEKSI

Saya Elamathy Palanisami dari unit PISMP PT SEM 7 Ambilan Januari 2012

di Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan telah melibatkan diri

dalam kursus EDU iaitu Bimbingan dan kaunseling yang diwajibkan oleh

Kementerian Pelajaran Malaysia. Kami telah diberikan tugasan yang perlu

dilaksanakan berasaskan subjek ini. Antaranya ialah Tugasan KKBI iaitu lakaran

bilik perkhidmatan kaunseling dan dikehendaki membuat ulasan terhadap

pelaksanaan terapi untuk kanak-kanak dari internet. Akhirnya, menulis refleksi

Page 25: Muka Depan

berdasarkan kepada buku panduan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling

Refleksi tugasan ini meliputi tentang perkhidmatan kaunseling.

Melalui pelaksanaan kerja kursus ini saya memahami bahawa proses

kaunseling yang berkesan telah dikenalpasti mempunyai kaitan dengan sifat-sifat

dengan sifat-sifat kaunselor di samping kemahiran-kemahiran kaunseling yang

dimiiki. Dalam mewujudkan sesi kaunseling yang selesa, kaunselor terlatih dan

berpengalaman sangat diperlukan. Perhubungan kaunselor tidak dapat dipisahkan

daripada ciri-ciri personality kaunselor yang merupakan gaya dan tahap kefungsian

kaunselor.

Salah satu perkara yang saya diketahui melalui perkhidmatan bimbingan

dan kaunseling ialah terdapat beberapa perkhidmatan bimbingan dan kaunseling

yang dijalankan. Antara khidmat utama yang kebiasaannya perlu dijalankan oleh unit

bimbingan adalah kaunseling individu dan juga kaunseling kelompok.

Kaunseling individu merujuk kepada seorang klien sahaja dan juga seorang guru

bimbingan. Kaunseling individu ialah suatu proses interaksi yang menyediakan

hubungan yang bermakna tentang diri dan persekitaran dan berhasil dalam

perwujudan dan pencapaian matlamat serta nilai-nilai untuk tingkahlaku pada masa

hadapan.

Manakala kaunseling kelompok pula merujuk kepada seorang

kaunselor dan juga beberapa orang klien (murid). Kaunseling kelompok dikatakan

sebagai suatu proses yang menghubungkan individu dalam sekumpulan orang

secara dinamik tentang tingkahlaku dan pemikiran yang ditimbulkan melibatkan

fungsi-fungsi terapi (pemulihan).

Ciri kaunselor yang pertamanya ialah sifat mesra kaunselor akan dapat

dirasakan oleh klien apabila klien menunjukkan tanda-tanda seperti tidak malu untuk

bersuara, selesa dan rasa diterima oleh kaunselor. Sifat mesra yang ditunjukkan

oleh kaunselor memudahkan klien untukmeluahkan masalah yang dihadapi klien.

Seterusnya, kaunselor juga mestilah mempunyai sifat yang jujur dalam

perhubungan dengan klien. Antara sifat jujur yang perlu ditonjolkan oleh kaunselor

ialah bersifat natural, terbuka, spontan, tidak defensive dan konsisten. Kaunselor

Page 26: Muka Depan

juga dapat berkongsi aksi dan reaksi dari segi mental dan emosi dan tidak teragak-

agak untuk memberi maklum balas terhadap masalah yang dihadapi oleh klien.

Saya juga memahami bahawa kaunselor harus menerima diri klien yang

sebenarnya. Kaunselor perlulah melayan klien sebagai manusia yang bermaruah

dan unik walaupun klien dating dengan masalah yang negative. Kunselor tidak boleh

memandang serong atau berfikiran negative terhadap kliennya. Kaunselor juga

mestilah mempunyai sifat empati dalam setiap masalah yang dihadapi oleh klien

tetapi bukannya sifat simpati. Sifat simpati menunjukkan kebolehan kaunselor untuk

memasuki ruang rujuk atau dunia klien dan turut membenarkan kaunselor

mengalami proses mental dan emosi yang dialami oleh klien.

Selain itu, saya juga mendapati bahawa kaunselor sekolah juga perlu

mempunyai latarbelakang pendidikan yang luas yang dapat membantu beliau

memahami manusia di tempat beliau berkerja, menghargai nilai-nilai dan idea-idea

orang lain, menyesuaikan diri kepada perubahan budaya, ekonomi dan saintifik dan

mengaplikasikan prosedur kaunseling secara meluas.

Tambahan pula, kaunselor mestilah mempunyai sifat keterbukaan dalam sesi

perhubungan dengan klien. Hal ini demikian kerana ia dapat menggalakkan klien

untuk bebas meluahkan pemikiran dan perasaan yang dihadapinya. Kaunselor

hanya perlu mendedahkan diri klien dalam mencapai pada tahap kefungsian yang

diinginkan. Kaunselor juga mestilah mempunyai kebolehan dalam memperkasakan

klien. Hubunungan ini dapat diwujudkan degan berasaskan hubungan kepercayaan

antara kaunselor dank lien, kolobrasi dan berkongsi tenaga dalam sama-sama

menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh klien. Kaunselor juga harus fokus

kepada kekuatan dalaman klien dan keyakinan bahawa klien mampu memilih

kehidupan yang positif.

Di samping itu, kaunselor bertanggungjawab dalam melahirkan idea,

memberikan reaksi atau sokongan selaras dengan kehendak klien. Kaunselor juga

mestilah bertingkahlaku secara etika dengan dapat mengimbangi antara kebajikan

klien dan harapan social. Namun dalam setiap idea yang dicetuskan oleh kaunselor,

klien yang bertanggungjawab dalam membuat keputusan yang telah dipilih olehnya.

Page 27: Muka Depan

Melalui pembuatan kerja kursusu ini saya memahami bahawa kaunselor yang

berkesan seorang individu yang unik dalam profesion menolong orang lain yang

menghadapi masalah yang memerlukan bantuan. Individu ini mempunya kekuatan

dan keupayaan dalam manarik perhatian orang lain dalam mempercayainya dan

yakin akan dirinya.

Perkongsian maklumat dengan badan pencegahan dadah yang lain

seperti PEMADAM ,Kementerian Kesihatan dan lain-lain agensi yang berkaitan

adalah di bawah tanggungjawab kaunselor. Kaunselor juga boleh melibatkan

pelajar dengan program-program anjuran Pejabat Pelajaran Daerah dan Jabatan

Pelajaran Negeri serta Kementerian dengan mengambil bahagiann dalam acara-

acara yang dipertandingkan di setiap peringkat seperti pertandingan melukis

poster,melukis kain rentang dan lain-lain.

Secara umumnya, untuk menjadi seorang kaunselor yang berjaya

adalah tidakmudah kerana ia memerlukan kemahiran-kemahiran yang tertentu.

Kaunselor harusmemahami segala kemahiran yang dipelajari dan

tahu mengaplikasikan ke atas klienpada tempat, masa dan keadaan yang sesuai.

Intihanya, kerja kursus pendek ini dapat membantu saya dalam

meperolehipelbagai input atau informasi tentang proses pembelajaran seseorang

kanak-kanakdan kemahiran-kemahiran yang berkesan dalam menguasai kemahiran

bimbingandan kaunseling. Hal ini penting kepada saya kerana saya akan

ditempatkan disekolah pada suatu hari nanti. Maka, dengan input-input ini saya

akanmengaplikasikannya ke dalam suasana pembelajaran yang saya wujudkan

kelak.Melalui kerja kursus ini juga, saya dapat meningkatkan tingkah laku dan nilai-

nilaietika

keguruan

yang positif

kelak. Sekian.