MUKA Sawit kekal penyumbang utama sektor komoditi pertanian · Ahmad Kushairi bertukar dokumen...

11
MPOB MENJANA PERUBAHAN INDUSTRI SAWIT − SABTU − 3 MAC 2018 Terbit pada Sabtu minggu pertama setiap bulan Malaysia tegas bantah Resolusi Parlimen EU MUKA 2 Teknologi MPOB raih pingat MTE 2018 MUKA 8 Oleh FadzilGhazali [email protected] Putrajaya I ndustri sawit Malaysia menga- tasi sektor komoditi lain dalam menjana pendapatan eksport negara bagi 2017. Tahun lalu menyaksikan eks- port produk sawit menyumbang RM77.8 bilion atau 55.5 peratus kepada pendapatan eksport sektor komoditi negara, peningkatan 14.6 peratus berbanding 2016. Eksport produk getah di tangga kedua dengan RM32.3 bilion atau 23 peratus kepada pendapatan eksport sektor komoditi Malaysia. Ini adalah 30.2 peratus lebih baik daripada prestasi 2016. Sektor produk kayu-kayan pula mencatatkan sumbangan eksport sebanyak 16.6 peratus atau RM23.2 bilion sementara sektor produk koko memberi sumbangan 4 pera- tus kepada pendapatan eksport komoditi pada jumlah RM5.6 bi- lion. Nilai tertinggi Produk tembakau menyumbang 0.8 peratus atau RM1.1 bilion kepada pendapatan eksport sektor komoditi Malaysia untuk 2017 dan ini merupakan penurunan 29.8 peratus berbanding 2016. Produk lada yang menyumbang 0.2 peratus kepada pendapatan eksport sektor komoditi untuk 2017 turut mempamerkan penu- runan prestasi sebanyak 37 peratus kepada RM308.9 juta. Menteri Perusahaan Perlada- ngan dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong berkata, eksport sektor komoditi 2017 mencatatkan nilai tertinggi pada RM141.1 bilion sejak 2011 di mana pendapatan eksport produk-produk komoditi sebanyak RM140.3 bilion atau 15 peratus daripada keseluruhan pen- dapatan eksport negara. Katanya, nilai ini adalah pe- ningkatan 14.4 peratus berbanding RM122.6 bilion yang direkodkan pada 2016. “Sektor komoditi juga kekal seba- gai net exporter terbesar dengan merekodkan imbangan dagangan sebanyak RM100.8 bilion berban- ding sektor lain seperti elektrik dan elektronik sebanyak RM90.1 bilion dan petroleum dan gas sebanyak RM36 bilion,” katanya dalam satu kenyataan akhbar. Disebalik cabaran dihadapi, Siew Keong mengiktiraf prestasi cemerlang ini sebagai hasil usaha keras daripada pelbagai pihak yang terbabit termasuk pihak industri, pekebun kecil dan agensi kerajaan. Beliau berharap usaha ini dapat diteruskan bagi mengukuhkan industri komoditi negara demi membela sumber pendapatan 1.2 juta pekebun kecil. Catat peningkatan 14.6 peratus berbanding prestasi 2016 Sawit kekal penyumbang utama sektor komoditi pertanian Eksport sektor komoditi 2017 mencatatkan nilai tertinggi pada RM141.1 bilion sejak 2011 di mana pendapatan eksport produk-produk komoditi sebanyak RM140.3 bilion atau 15 peratus daripada keseluruhan pendapatan eksport negara” Mah Siew Keong, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi

Transcript of MUKA Sawit kekal penyumbang utama sektor komoditi pertanian · Ahmad Kushairi bertukar dokumen...

MPOB MENJANA PERUBAHAN INDUSTRI SAWIT

− SABTU − 3 MAC 2018

Terbit pada Sabtu minggu pertama setiap bulan

Malaysia tegas bantah Resolusi Parlimen EU

≤ MUKA 2

Teknologi MPOB raih pingat MTE 2018

≤ MUKA 8

Oleh [email protected]

Putrajaya

Industri sawit Malaysia menga-tasi sektor komoditi lain dalam menjana pendapatan eksport

negara bagi 2017.Tahun lalu menyaksikan eks-

port produk sawit menyumbang RM77.8 bilion atau 55.5 peratus kepada pendapatan eksport sektor komoditi negara, peningkatan 14.6 peratus berbanding 2016.

Eksport produk getah di tangga kedua dengan RM32.3 bilion atau 23 peratus kepada pendapatan eksport sektor komoditi Malaysia. Ini adalah 30.2 peratus lebih baik daripada prestasi 2016.

Sektor produk kayu-kayan pula mencatatkan sumbangan eksport sebanyak 16.6 peratus atau RM23.2 bilion sementara sektor produk koko memberi sumbangan 4 pera-tus kepada pendapatan eksport komoditi pada jumlah RM5.6 bi -lion.

Nilai tertinggiProduk tembakau menyumbang 0.8 peratus atau RM1.1 bilion kepada pendapatan eksport sektor komoditi Malaysia untuk 2017 dan ini merupakan penurunan 29.8 peratus berbanding 2016.

Produk lada yang menyumbang 0.2 peratus kepada pendapatan eksport sektor komoditi untuk 2017 turut mempamerkan penu-runan prestasi sebanyak 37 peratus kepada RM308.9 juta.

Menteri Perusahaan Perlada -ngan dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong berkata, eksport sektor komoditi 2017 mencatatkan nilai tertinggi pada RM141.1 bilion sejak 2011 di mana pendapatan

eksport produk-produk komoditi sebanyak RM140.3 bilion atau 15 peratus daripada keseluruhan pen-dapatan eksport negara.

Katanya, nilai ini adalah pe -ningkatan 14.4 peratus berbanding

RM122.6 bilion yang direkodkan pada 2016.

“Sektor komoditi juga kekal seba-gai net exporter terbesar dengan merekodkan imbangan dagangan sebanyak RM100.8 bilion berban-ding sektor lain seperti elektrik dan elektronik sebanyak RM90.1 bilion dan petroleum dan gas sebanyak RM36 bilion,” katanya dalam satu kenyataan akhbar.

Disebalik cabaran dihadapi, Siew Keong mengiktiraf prestasi cemerlang ini sebagai hasil usaha keras daripada pelbagai pihak yang terbabit termasuk pihak industri, pekebun kecil dan agensi kerajaan.

Beliau berharap usaha ini dapat diteruskan bagi mengukuhkan industri komoditi negara demi membela sumber pendapatan 1.2 juta pekebun kecil.

Catat peningkatan 14.6 peratus berbanding prestasi 2016

Sawit kekal penyumbang utama sektor komoditi pertanian

Eksport sektor komoditi 2017 mencatatkan nilai tertinggi pada RM141.1 bilion sejak 2011 di mana pendapatan eksport produk-produk komoditi sebanyak RM140.3 bilion atau 15 peratus daripada keseluruhan pendapatan eksport negara” Mah Siew Keong,Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi

Datuk Seri Mah Siew Keong menghadiri mesyuarat dua hala dengan Pesuruhjaya Kesatuan Eropah untukTindakan Iklim dan Tenaga di Brussels, Belgium

2

Malaysia tegas bantahResolusi Parlimen EU

Penyisihan biobahan apiberasas sawitdikhuatiripengaruhi negarap engimp ortOleh Dr Puah Chiew Weicwpuah@mp ob.gov.my

Brussels, Belgium

Malaysia terus menyuara-kan bantahan terhadapkeputusan pengundian

Parlimen Eropah yang menyisih-kan bio bahan api berasaskan sa-wit sebagai sumber tenaga bolehdiperbaharui Kesatuan Eropah(EU) bermula tahun 2021.

Menteri Perusahaan Perladangandan Komoditi, Datuk Seri Mah SiewKeong yang mengetuai lawatan ker-ja ke EU pada 12 dan 13 Februari laluberkata, keputuan penyisihan iniberpotensi menyebabkan bio bahanapi berasaskan sawit tidak dapatbersaing dari segi harga berbandingdengan bio bahan api berasaskantanaman lain.

Pada perjumpaan dengan DutaBesar dari negara pengeluar sawittermasuk Colombia, Ecuador, Hon-duras, Indonesia, Kepulauan Solo-mon dan Negara Thai, mereka me-nekankan kepentingan industri sa-wit di negara masing-masingtermasuk sumbangannya terhadappembangunan sosioekonomi teru-tamanya untuk membasmi kemis-kinan dan menyara kehidupan parapekebun kecil.

Bio bahan api yang memenuhisasaran tenaga boleh diperbaharuiEU akan terus menikmati subsidiyang disediakan. Keputusan ini jugamendatangkan impak negatif ter-hadap industri sawit dan dikhuatirimempengaruhi negara-negarapengimport bio bahan api berasas-kan minyak sawit yang lain.

Dalam hal ini, delegasi Malaysiamenekankan pembangunan indus-tri sawit Malaysia yang mampan danmesra alam serta kepentingannyaterhadap pembangunan sosioeko-nomi negara.

Suarakan bantahan MalaysiaLawatan kerja turut disertai olehKetua Setiausaha Kementerian Pe-rusahaan Perladangan dan Komo-diti (MPIC), Datuk K. Yogeesvaran;Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Mi-nyak Sawit Malaysia (MPOC), DatukDr. Kalyana Sundram, dan PengurusKanan, Majlis Pensijilan Minyak Sa-wit Malaysia (MPOCC), Dr. SanathKu m a ra n .

Lawatan kerja itu bertujuan me-nyuarakan bantahan Malaysia ter-hadap keputusan pengundian Par-limen Eropah pada 17 Januari 2018yang menyisihkan bio bahan apiberasaskan sawit sebagai sumbertenaga boleh diperbaharui KesatuanEropah bermula tahun 2021.

Bagaimanapun, Parlimen Eropahmengundi untuk membenarkan biobahan api berasaskan tanaman lainuntuk terus diambil kira ke arahsasaran tenaga boleh diperbaharuiKesatuan Eropah sehingga tahun2030.

Di samping itu, pembangunan in-dustri sawit yang mampan termasukpeningkatan produktiviti, pemuliha-raan hutan dan biodiversiti serta pe-laksanaan Skim Pensijilan Minyak Sa-wit Mampan Malaysia (MSPO) secara

mandatori juga dibincangkan.Mesyuarat dua hala juga diadakan

dengan Pesuruhjaya Kesatuan Ero-pah untuk Tindakan Iklim dan Te-naga (European Commissioner forClimate Action and Energy) dan Ke-tua Pengarah Perdagangan.

Tak adil kepada industri sawitDalam mesyuarat dua hala itu, ke-putusan Parlimen Eropah yangmempamerkan elemen diskriminasiterhadap minyak sawit dibincang-kan. Bagaimanapun, pihak EU me-nekankan, keputusan Parlimen Ero-pah ini tidak melarang penggunaandan pengimportan bio bahan apiberasaskan minyak sawit. Malaysiamenekankan bahawa jurang tempohsebanyak 10 tahun ini adalah tidakadil terhadap industri sawit dalamaspek perdagangan antarabangsa.

Pendekatan yang diambil oleh in-dustri sawit negara untuk mening-katkan produktiviti tanaman sawittanpa perlu membuka kawasan ba-haru memandangkan kekangan ta-nah yang sesuai untuk tanamansawit juga dibincangkan.

Semua penggiat industri sawit ter-masuk lebih 650,000 pekebun kecilsawit akan mematuhi piawaian ke-mampanan seperti yang digariskandalam Skim Pensijilan MSPO men-jelang 31 Disember 2019.

Malaysia akan meneruskan usahamelobi para Ahli Parlimen EU, ne-gara-negara anggota Kesatuan Ero-pah dan Suruhanjaya Kesatuan Ero-pah dalam menangani cabaran ini.Oleh itu, tindakan secara diplomatikakan diteruskan termasuk komu-nikasi yang lebih efektif dan in-teraksi secara berterusan dengan pa-ra penggubal dasar EU untuk mem-beri kesedaran demi menanganipersepsi negatif terhadap minyaks aw i t .

Industri sawit kekal sebagai penyumbang utamapendapatan eksport komoditi pertanian pada ta-hun 2017 dengan nilai eksport sebanyak RM77.8bilion meningkat 14.6 peratus berbanding tahunsebelumnya. Peningkatan prestasi sawit adalah

hasil usaha gigih pelbagai pihak dalam industri ,termasuk sumbangan pekebun kecil.

Di sebalik peningkatan prestasi memberangsangkan,industri sawit negara dibayangi dengan cabaran dis-kriminasi perdagangan yang dikhuatiri menjejaskanpasaran minyak sawit. Keputusan Parlimen KesatuanEropah (EU) yang menyokong resolusi bagi sekatanpengimportan minyak sawit bagi kegunaan sektor biobahan api dalam sumber tenaga diperbaharui seawaltahun 2021 dikhuatiri memberi kesan pendapatan ke-pada lebih 650,000 pekebun kecil sawit. Negara EU juga

bercadang memperkenalkanpensijilan mampan tunggaluntuk minyak sawit yang me-masuki pasaran Eropah.

Menteri Perusahaan Perla-dangan dan Komoditi, DatukSeri Mah Siew Keong terus me-nyuarakan pandangan Malay-sia bagi mempertahankan in-dustri sawit melalui pertemu-an dengan pemimpin dan dutanegara EU. Beberapa negaraEU seperti United Kingdom,Perancis dan Belanda tidakbersetuju dengan diskriminasiperdagangan minyak sawit.Malaysia terus mendapat so-kongan negara pengimport,termasuk negara China me-lalui kenyataan duta besar keMalaysia yang menyuarakansokongan dan hasrat negara

berkenaan meningkatkan import produk sawit.Bagi menangani diskriminasi perdagangan minyak

sawit dan memperjuangkan hak pekebun kecil, ke-rajaan terus meningkatkan interaksi dengan pihakberkepentingan di EU bagi menyalur maklumat tepatmengenai kemampanan industri sawit. Datuk Seri MahSiew Keong dalam Misi Perundingan Sawit Malaysia – EUpada Februari lalu mengadakan pertemuan denganpembuat dasar dan wakil kerajaan enam negara EUiaitu Jerman, United Kingdom, Belgium, Sepanyol, Italidan Poland bagi mendapatkan sokongan dan menya-takan pendirian Malaysia yang menentang diskriminasis aw i t .

Kerajaan juga melaksanakan Skim Pensijilan MinyakSawit Mampan Malaysia (MSPO) bagi memastikan pem-bangunan industri sawit yang mampan bagi pening-katan produktiviti, pemuliharaan hutan dan biodi-versiti serta meningkatkan penyelidikan bagi mem-pelbagai penggunaan produk sawit.

Pensijilan MSPO yang membabitkan pelbagai sektordalam industri sawit, termasuk sektor pekebun kecilmembantu meningkatkan pendapatan. Pekebun kecilperlu memenuhi piawaian kemampanan seperti yangdigariskan dalam Skim Pensijilan MSPO menjelang 31Disember 2019.

Penyelidikan dan pembangunan (R&D) sawit dija-lankan oleh MPOB membabitkan keseluruhan aspeksawit dari peringkat huluan, pertengahan dan hiliranyang menghasilkan teknologi dan inovasi bagi pening-katan prestasi industri sawit. Kajian yang dijalankanberjaya membuktikan minyak sawit selamat untukpemakanan dan mempunyai banyak keistimewaan dariaspek kesihatan berbanding minyak sayuran lain.

Penyelidikan MPOB juga tertumpu ke arah pening-katan produktiviti tanaman sawit tanpa membabitkanpembukaan kawasan penanaman baharu. Ini selarasdengan komitmen Malaysia untuk mengekalkan lebih50 peratus kawasan hutan negara agar terus terpe-l i h a ra .

Malaysia akan terus memastikan pembangunanmampan industri sawit dan kelestarian alam sekitarterus dipelihara bagi kepentingan generasi akan datangdan sawit sebagai nadi ekonomi negara.

kushairi@mp ob.gov.my

Ahmad Kushairi bertukar dokumen perjanjian dengan RJ Bino sambil diperhatikan Siew Keong danSigrig Kaag pada majlis menandatangani perjanjian antara MPOB dan Wageningen Food and Bio-basedResearch, Belanda di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

3

Oleh Anis Mokhtarnitar@mp ob.gov.my

Kuala Lumpur

Lembaga Minyak Sawit Ma-laysia (MPOB) memeteraiperjanjian persefahaman

(MOA) dengan Wageningen Foodand Bio-based Research, Belandabagi menjalankan kajian bersa-ma penghasilan bahan pembung-kusan bio plastik berasaskan ba-tang sawit.

Perjanjian berkaitan penyelidi-kan dan pembangunan produk bioplastik itu bertujuan meningkat-kan penggunaan batang sawit ke-pada penghasilan produk yangbernilai tambah selain penghasi-lan produk komposit.

Majlis menandatangani perjan-

jian di antara Ketua PengarahMPOB, Datuk Dr Ahmad KushairiDin dan Pengarah Urusan StichtingWageningen Research (WFBR), DrRJ Bino disaksikan Menteri Peru-sahaan Perladangan dan Komoditi,Datuk Seri Mah Siew Keong danMenteri Perdagangan Antarabang-sa dan Kerjasama PembangunanBelanda, Sigrig Kaag, di sini, baru-baru ini.

Perjanjian ditandatangani sem-pena mesyuarat kedua-dua pe-mimpin yang membincangkan isuberkaitan pembangunan dan ker-jasama dalam industri sawit an-tara Malaysia dan Belanda.

Siew Keong berkata, pendirianBelanda yang membantah lara-ngan penggunaan bio bahan apisawit dalam biodiesel melalui Re-solusi Parlimen Kesatuan Eropah

(EU) yang tidak adil kepada negarapengeluar sawit disifatkan sebagaimatang dan rasional.

“Pendirian awam dari wakil Ke-rajaan Belanda pada masa ini ada-lah penting, kerana Belanda me-wakili destinasi eksport terbesarbagi minyak sawit Malaysia dalamkalangan 28 negara anggota EU.

Nilai eksport ke BelandaRM6.3 bilionKatanya, eksport minyak sawit danproduk berasaskan sawit ke negaraEU mempunyai nilai keseluruhanRM11 bilion pada 2017. Daripadajumlah ini, eksport ke Belanda ber-jumlah RM6.3 bilion.

“Oleh itu, perbincangan dan wa-cana dua hala yang berterusan an-tara Malaysia dan Belanda perludipergiat untuk memastikan hanya

fakta yang tepat industri sawit di-sebarkan dengan berkesan,” kata -nya .

Siew Keong turut menegaskankomitmen Malaysia terhadap la-rangan perdagangan yang tidakwajar terhadap minyak sawit ada-lah untuk melindungi mata pen-carian 650,000 pekebun kecil sawitM a l ays i a .

“Malaysia tidak akan bertolakansur dengan tindakan pihak ber-kaitan yang mensabotaj pendapa-tan pekebun kecil,” ka t a nya .

Selain itu, kedua-dua menterijuga bersetuju meningkatkan ker-jasama dalam kepentingan bersa-ma melalui Jawatankuasa MinyakSawit Malaysia-Belanda.

Sementara itu, delegasi Belandaturut mengadakan lawatan ke IbuPejabat MPOB di Bangi bagi me-

ninjau peluang perniagaan danprojek penyelidikan MPOB yangberpotensi untuk dibangunkanbersama di samping meningkat-kan hubungan baik antara kedua-dua pihak.

Lawatan disertai enam delegasiterdiri daripada Kaunselor Perta-nian untuk Malaysia, Indonesiadan Singapura, Lucie Wassink; Pa-kar Ekonomi Bio-tenaga dan Asas-bio, Kees Kwant; Pengarah UrusanIndustri Minyak dan Lelemak Be-landa, Frans Claassen; Profesor diUniversiti Wegeningen, BahagianSains Tumbuhan, Maja Slinger-land; Pengarah Urusan Asia PasifikPaques, Rob van As; Ketua Projek diInstitut Wageningen Bahagian Ka-jian Makanan dan Asas-bio; danPegawai Polisi untuk Pertanian, Ke-dutaan Belanda, Hoh Li Huan.

Wa ge n i n ge n ,MPOB meteraike r j a s a m ap enyelidikanbio plastik

Bio plastik berasas sawit bernilaitambah tinggi dan mesra alam

Malaysia tekad tangani kempen boikot sawitOleh Nur Affifah Baharimaffifah@mp ob.gov.my

Kuala Lumpur: Kerajaan Malay-sia terus komited dan tegas da-lam menangani kempen boikotsawit oleh Kesatuan Eropah (EU)yang membabitkan masa depan650,000 pekebun kecil sawit dinegara ini.

Menurut Menteri PerusahaanPerladangan dan Komoditi, DatukSeri Mah Siew Keong berkata, pe-kebun kecil tidak perlu gusar me-ngenai kempen boikot sawit olehEU kerana kerajaan telah mengam-bil pelbagai langkah bagi mena-ngani isu ini.

Katanya, kerajaan tekad untukterus mengadakan perbincanganbersama pihak Eropah bagi me-nangani isu berkenaan.

Beliau berkata, Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Razak sendiri su-dah memberikan arahan supayakebajikan pekebun kecil terus di-utamakan dan terpelihara daripa-

da kesan negatif isu ini.Salah satu langkah adalah de-

ngan memulakan dan melaksana-kan Skim Pensijilan Minyak SawitMampan Malaysia (MSPO), sertamempelbagaikan penggunaan sa-wit dari masa ke masa melaluipenyelidikan dan pembangunan(R&D) yang dilaksanakan LembagaMinyak Sawit Malaysia (MPOB).

Langkah proaktifMenurut Siew Keong, ini adalahantara langkah proaktif yang di-lakukan kerajaan bagi memastikanpendapatan pekebun kecil terusmeningkat dan beliau yakin masadepan industri sawit negara adalahp ositif.

Dalam sesi temubual ‘Faceb o okL i ve’ bersama Sinar Harian, SiewKeong berkata, kempen anti sawitini bukanlah sesuatu yang baharuberlaku kerana sebelum ini, EUpernah mengadakan kempen sa-ma atas sebab kesihatan. Bagai-manapun, katanya, Malaysia sudah

berjaya membuktikan minyak sa-wit adalah selamat dan mempu-nyai kebaikannya yang tersendiri.

“Antaranya, minyak sawit kayadengan vitamin A dan vitamin Eserta tiada asid lemak trans. Jadi,daripada sudut kesihatan seharus-nya tiada masalah yang timbulkerana ini adalah minyak terbaik,”ka t a nya .

“Saya sendiri sudah 56 tahunmenggunakan minyak sawit, se-hingga kini saya masih sihat dantiada masalah kesihatan.

Namun, kini timbul pula isu ke-mampanan alam sekitar dan inibukan sahaja melibatkan negara ki-ta tetapi juga negara pengeluar mi-nyak sawit lain di seluruh dunia.

Katanya, isu ini tidak seharusnyatimbul memandangkan Malaysiatelah menetapkan 50 peratus ka-wasan hutan terus terpelihara. Iniadalah komitmen yang dibuat olehPerdana Menteri sendiri.

“Malaysia membuat perakuanbahawa 50 peratus negara kita

akan masih kekal dengan hutan”jelas Siew Keong bagi menangkisdakwaan beberapa pihak bahawaMalaysia tidak menjaga alam se-kitar dan memusnahkan hutan.

Selain itu, Malaysia juga memas-tikan tanaman sawit terus terpe-

lihara dengan pematuhan undang-undang.

Menyentuh mengenai alam se-kitar, Siew Keong berkata produk-tiviti sawit lebih tinggi berbandingtanaman lain seperti soya dan bijis e s aw i .

Datuk Seri Mah Siew Keong ketika temubual ‘Facebook Live’ SinarHarian.

4

Oleh Insyirah MohamadShahinsyirah@mp ob.gov.my

Pu t ra j aya

Kerajaan China memutus-kan untuk tidak menge-nakan had bagi import mi-

nyak sawit selari dengan hasratnegara tersebut untuk mengim-port produk sawit berjumlahUSD8 bilion (RM31 bilion) dalamtempoh lima tahun ini.

Duta Besar China ke Malaysia,Bai Tian berkata, China masih lagimengekalkan kedudukannya seba-gai rakan perdagangan terbesarMalaysia selama lapan tahun ber-t u r u t- t u r u t .

“Kerajaan China juga sedang me-nilai kepentingan mengimport le-bih banyak bahan api berasaskanbiojisim sawit dari Malaysia,” ka -tanya ketika kunjungan hormat keatas Menteri Perusahaan Perlada-ngan dan Komoditi, Datuk SeriMah Siew Keong, Februari lalu.

Yang turut hadir dalam perbin-cangan ketika kunjungan berke-naan ialah Senator Datuk Teo KokChee, Ketua Pengarah Lembaga Mi-nyak Sawit Malaysia (MPOB), Datuk

Dr. Ahmad Kushairi Din; Setiausa-ha Bahagian Perancangan Strate-gik dan Antarabangsa, Kemente-rian Perusahaan Perladangan danKomoditi (MPIC), Sutekno AhmadBelon; Setiausaha Bahagian Kema-juan Industri Sawit dan Sagu MPIC,Dr. Sugumari Shanmugam dan ke-tua pegawai eksekutif agensi yangterbabit dengan komoditi sawitdan getah.

Hargai sokongan China“Saya amat menghargai sokonganberterusan China dengan meng-import lebih banyak minyak sawitMalaysia biarpun ada pihak cubamenjejaskan reputasi komoditiutama negara ini,” kata Siew Keongdalam sesi perjumpaan itu.

Beliau juga berharap Malaysiadan China dapat menjalin kerja-sama dalam bidang biojisim sawitmemandangkan Malaysia meng-hasilkan banyak bahan biojisimsetiap tahun, manakala Chinamempunyai kelebihan sebagai an-tara pengeluar teknologi biojisimutama.

“Saya amat mengalu-alukan pe-labur dari China untuk melaburdalam sektor hiliran di Malaysiadan mengeksport hasilnya ke ne-gara lain.

“Malaysia juga akan menyedia-kan beberapa insentif berkaitandalam usaha kami untuk memacupenggunaan biojisim di negarai n i ,” ka t a nya .

Perkara lain yang turut dibin-cangkan adalah berkaitan biodi-esel. Siew Keong berkata, MPOBbaru-baru ini menyertai satu run-dingan bersama Tsinghua Univer-sity berkaitan penyelidikan biodi-

esel di China.

Perlu 8 juta tan minyak sawitMenyentuh perkara itu, Bai Tianmenyatakan penggunaan dieseldalam pasaran China adalah se-banyak 165 juta tan dan 5 peratusdaripada jumlah itu adalah bio-diesel.

China dijangka memerlukan 8juta tan minyak sawit bagi me-menuhi keperluan biodieselnya.Beliau menggesa pengeluar bio-diesel berasaskan minyak sawit di

Malaysia untuk mengambil pelu-ang mengeksport produk merekake China.

Pada 2017, hubungan dua halaMalaysia dan China menjangkaunilai AS$96 bilion (RM380 bilion),pertumbuhan sebanyak 10.5 pe-ratus berbanding 2016.

China juga bersedia melaburAS$760 bilion (RM2.97 trilion) padaperingkat global. China adalahpengimport minyak sawit Malaysiaketiga terbesar selepas India danKesatuan Eropah pada 2017.

China tingkat eksport sawit MalaysiaBeijing beri

jaminan importlebih banyakproduk sawitM a l ay s i a

Oleh Noor AsmawatiAbdul Samadwatie@mp ob.gov.my

Putrajaya: Pesuruhjaya TinggiBritish ke Malaysia, Vicki Treadellmengakui Resolusi Parlimen Ero-pah melarang minyak sawit se-bagai bio bahan api dan cam-puran tenaga boleh diperbaharuimenjelang 2021, bertentangandengan amalan perdagangan be-bas dan adil.

Beliau bersetuju diskriminasi mi-nyak sawit yang jauh lebih awalberbanding minyak sayuran lainyang dicadang dihapuskan pada2030 di bawah Arahan Tenaga Boleh

Diperbaharui (Renewable Energy Di-rective - RED) adalah tidak adil.

Treadell menyatakan pandangn-nya ketika bertemu Menteri Pe-rusahaan Perladangan dan Komo-diti, Datuk Seri Mah Siew Keong, disini, baru-baru ini.

Perbincangan antara kedua-duanegara itu memberi tumpuan ke-pada cadangan Kesatuan Eropah(EU) yang melarang penggunaanminyak sawit sebagai bio bahan apimenjelang 2021.

Peluang ekonomi baharuDalam pada itu, kedua-dua pihakturut membincangkan pelbagai bi-dang kerjasama pada masa depan

antara kedua negara terutama da-lam meneroka pembangunan pro-duk hiliran minyak sawit bagi me-wujudkan peluang ekonomi ba-haru.

Kedua-dua pihak juga bersetujumengadakan perbincangan mejabulat dengan penggiat industri sa-wit tempatan, pelabur dan pakarteknikal dari kedua-dua negara.

Siew Keong juga mengucapkanterima kasih kepada UnitedKingdom (UK) kerana ramai AhliParlimen Eropah (MEP) di Parli-men Eropah menentang laranganminyak sawit sejak Januari lalu,terutama MEP yang mewakili PartiKonservatif UK.

UK akui Resolusi EUbercanggah amalanperdagangan bebas, adil

Siew Keong (kiri) dan Bai Tian (kanan) beramah mesra ketika kunjungan ke MPIC di Putrajaya, baru-baruini.

Siew Keong menyampaikan cenderamata syiling peringatan 100tahun industri sawit kepada Treadell pada pertemuan di Putrajaya,baru-baru ini.

RM380 BILIONNilai hubungandua hala Malaysiadan China pada 2017

5

Pekebun kecil digesa tingkat daya saingKe ra j a a n

sedia pelbagaibantuan, laksanaprogram tingkattaraf hidup

Datuk Seri Ahmad Hamzah menyampaikan sijil MSPO kepada wakil Kelompok Minyak Sawit Mampan(SPOC) Sungai Rambai, Melaka.

Thailand, Ghanatinjau kepakaranbangun industrisawit MalaysiaOleh Siti Nurhajar MariamChe Jaafarnurhajar@mp ob.gov.my

Bangi: Pengerusi MPOB, DatukSeri Ahmad Hamzah, berkataproduk sawit mampan Malaysiabukan sahaja penting untuk rak-yat negara ini, bahkan turut samapenting kepada pengguna di le-bih 200 negara lain di dunia.

“Negara luar kini boleh bergan-tung kepada sumber bekalan produksawit yang terjamin dari Malaysiayang berkualiti dan mampan.

“Pelaksanaan pensijilan MinyakSawit Mampan Malaysia (MSPO)secara mandatori kepada penggiatindustri menjelang hujung tahun2019 membantu melonjakkan lagikualiti minyak sawit mampan tem-patan ke tahap global” ka t a nyasemasa berucap mengalu-alukanMenteri Kewangan Thailand, Son-tirat Sontijirawong yang mengun-jungi ibu pejabat MPOB, di sini

baru-baru ini.Kunjungan beliau dan delegasi

bertujuan mendapatkan pendeda-han mengenai polisi, pengurusan,dan kawal selia aktiviti industrisawit yang dipraktikkan MPOB.

Sebagai pemangkin kesejahtera-an industri, MPOB melesenkan se-mua aktiviti berkaitan dengan pe-nanaman, penjualan, pembelian,pengeluaran, pemindahan, pe-nyimpanan, pemeriksaan, penguji-an, pengeksportan, pengimportandan pengilangan produk sawit bagimemastikan kualiti produk sawitmencapai piawaian yang ditetap-kan MSPO.

Dalam satu kunjungan lain, Ah-mad Hamzah turut menerimakunjungan Timbalan Menteri Per-dagangan dan Industri Ghana, Ro-bert Ahomka Lindsey, dan delegasiyang bertujuan mengenali industrisawit negara selain meneroka po-tensi kerjasama dengan MPOB.

Ahmad Hamzah berkata, lawa-

tan seumpama ini mampu mem-beri pemahaman yang lebih baikmengenai perkembangan sektorindustri sawit Malaysia dan tang-gungjawab yang digalas MPOB da-lam penyelidikan dan pembangu-nan industri.

MPOB yang dilihat sebagai pusatrujukan terulung dalam penyeli-dikan sawit dunia mendorong de-legasi berkenaan mengambil ke-sempatan berkunjung ke MPOBsempena Forum Urban Dunia(WUF) yang dihadiri di Kuala Lum-

pur, baru-baru ini.Ketika pertemuan itu, Robert

mengutarakan beberapa amanatutama mewakili kerajaan dalammencari peluang kerjasama ber-sama MPOB. Antara hasrat yangdiluahkan beliau ialah harapanberkolaborasi bersama MPOB khu-susnya dalam penyelidikan tekno-logi yang dibangunkan MPOB.

“Ghana mempunyai lebih 6.3 ju-ta hektar tanah subur untuk di-bangunkan sebagai tanah perta-nian. Dengan ini kami merancang

untuk mentransformasi industripertanian sedia ada dengan mem-beri lebih fokus tanaman sawityang dilihat mampu memberi pu-langan jangka panjang berbandingtanaman komoditi lain di Ghana.Bagi merealisasikan misi itu, ban-tuan dan sokongan MPOB amatsaya alu-alukan,” kata Robert.

Katanya, sawit adalah tanamankomoditi utama di Ghana dan me-rupakan negara pengeluar minyaksawit kedua terbesar di Benua Af-rika dan ke-10 di dunia.

Sontirat Sontijirawong menandatangani buku pelawat pada lawatan kerja beliau ke Ibu Pejabat MPOBdi Bangi, sambil diperhati Datuk Seri Ahmad Hamzah (kanan).

Noor AsmawatiAbdul Samadwatie@mp ob.gov.my

Ja s i n

Pekebun kecil sawit digesabersikap lebih proaktif danmerebut segala peluang ser-

ta kemudahan yang disediakan ke-rajaan bagi menjamin peningka-tan taraf sosioekonomi mereka.

Pengerusi Lembaga Minyak Sa-wit Malaysia (MPOB), Datuk SeriAhmad Hamzah berkata demikianketika berucap merasmikan PusatTimbang Koperasi Penanam SawitMampan (KPSM) Jasin, di SungaiRambai di sini, baru-baru ini.

Katanya, kerajaan menyediakanpelbagai bantuan bagi meningkat-kan pendapatan pekebun kecilyang mengusahakan tanaman sa-wit, sekali gus meningkatkan pen-capaian industri.

“Kerajaan menyediakan peruntu-

kan besar melalui bantuan kepadapekebun kecil sawit seluruh negara.

“Ini adalah komitmen kerajaanbagi memacu kemajuan industrisawit dan sosioekonomi pendudukluar bandar,” ka t a nya .

Tambahnya, kemajuan industrisawit yang merupakan tanamankomoditi utama negara pastinyamembabitkan peranan pekebunkecil di seluruh negara.

“MPOB memberi perhatian pen-ting terhadap usaha meningkat-kan keupayaan pekebun kecil yangmengusahakan tanaman sawit se-cara persendirian bagi mencapaipeningkatan pengeluaran hasilbuah sawit berkualiti.

“Ini sejajar dengan transformasisektor pekebun kecil membabit-kan Amalan Pertanian Baik (GAP)dan pengeluaran mampan bagi pe-ningkatan produktiviti dan pen-d a p a t a n ,” ka t a nya .

Katanya, kerajaan melalui MPOBmelaksanakan pelbagai programuntuk pekebun kecil persendirianyang mengusahakan tanaman sa-wit bagi meningkatkan pendapa-tan dan taraf hidup.

Sediakan peruntukan“Antaranya menyediakan perun-tukan kepada pekebun kecil sawityang menanam semula dan me-ngusahakan tanaman baharu.

“Pekebun kecil diberi peluang

mendapatkan bantuan bagi me-laksanakan integrasi tanamanatau integrasi ternakan dengan sa-w i t ,” ka t a nya .

Katanya, bantuan yang disedia-kan adalah bagi menggalakkan pe-kebun kecil meningkatkan produk-tiviti dan pendapatan melaluipenggunaan tanah dan sumber se-mula jadi secara optimum.

Beliau turut menyentuh keper-luan menghasilkan minyak sawitsecara mampan yang turut mem-babitkan sektor pekebun kecil.

“Bagi memastikan pensijilanmampan dilaksanakan pihak in-dustri, termasuk pekebun kecil, pe-laksanaan secara mandatori SkimPensijilan Minyak Sawit MampanMalaysia (MSPO) kepada pekebunsawit akan berkuat kuasa men-jelang 31 Disember 2019.

Tingkat pengeluaran“Ini bertujuan meningkatkan pe-ngeluaran minyak sawit mampanuntuk jangka masa panjang sertajaminan pasaran di luar negara.

“Kerajaan melalui MPOB komi-ted membantu pekebun kecil me-ningkatkan pengeluaran dan ama-lan pensijilan pengeluaran minyaksawit mampan.

“Bagi tujuan ini, kerajaan turutmenyedia bantuan kepada peke-bun kecil dalam bentuk bayaranyuran pensijilan MSPO, menyedialatihan berkaitan pensijilan MS-PO, penyediaan rak penyimpa-nan bahan kimia dan peralatanperlindungan diri (PPE),” ka t a-nya .

Oleh Norkaspi Khasim danRaja Zulkifli Raja Omarkaspi@mp ob.gov.myrajazul@mp ob.gov.my

Salak (Salacca zalacca) adalah ta-naman asli dari Indonesia danMalaysia. Buah salak juga dikenali

sebagai buah ular (snake fruit) dise-babkan kulit buahnya yang bersisikberwarna coklat kemerah-merahandan tumbuh di pangkal pokok.

Pokok salak ditanam di kawasanmempunyai jumlah hujan yang tinggi diMalaysia dan biasanya ditanam di ba-wah pokok kerana tanaman ini me-merlukan jumlah cahaya yang terhad.

Oleh itu, tanaman ini dikaji untukintegrasi dengan sawit menggunakansistem penanaman sawit dua baris. Sa-wit tumbuh dengan baik di bawah per-sekitaran sawit dan mengeluarkan hasilsetanding dengan penanaman salak sa-haja.

Buah salak mempunyai rasa yang ma-nis dengan aroma yang baik. Terdapatpermintaan tinggi dari industri kecil dansederhana untuk pengeluaran jeruk.

Di Malaysia, pengeluaran salak tidakmencukupi dan kebanyakannya diim-port dari Indonesia atau Thailand. Di-sebabkan kekurangan bekalan tempa-tan, pengimportan buah salak dijangka

meningkat, dengan itu meningkatkanharga salak di pasaran.

Integrasi salak dengan sawit meng-optimumkan penggunaan tanah sertamenjana pendapatan tambahan bagipenanam sawit.

Penanaman salakUntuk integrasi salak di kawasan sawit,ia perlu ditanam dengan sistem tana-man sawit dua baris. Melalui sistem ini,kepadatan sawit adalah 136 pokok se-h e k t a r.

Barisan tanaman perlu ditanam me-ngikut arah timur-barat untuk memak-simumkan penembusan cahaya mata-hari. Kawasan tanaman sawit perlu be-bas dari takungan air.

Anak benih salak yang berusia tujuhbulan disyorkan untuk penanaman diladang. Anak benih salak perlu dibe-sarkan dalam polibeg bersaiz 20 sm x 12sm. Hanya benih yang baik, bebas da-ripada perosak dan penyakit yang akanditanam di ladang.

Adalah disyorkan kerja-kerja penana-man dilakukan selepas musim hujan.Nisbah pokok jantan dan betina adalah1:4 (56 pokok jantan dan 224 pokokbetina). Pokok salak jantan perlu di-tanam di antara baris pokok betinasebagai penjaga di antara barisan.

Merumpai secara manual adalah sa-ngat digalakkan di kawasan integrasisalak secara bulatan menggunakancangkul di sekeliling pokok salak.

Rumpai di antara barisan pokok salakdibersihkan menggunakan pemotongrumput dengan kekerapan selang 45hingga 60 hari, atau bersamaan dengan6 hingga 8 pusingan setiap tahun.

Pamangkasan dan pendebungaanPemangkasan anak sulur di peringkatawal pertumbuhan untuk mengelak-kannya daripada menyaingi pertumbu-

han pokok induk.Pemangkasan juga akan memudah-

kan kerja-kerja pengendalian dan pe-nuaian apabila pokok salak mula me-ngeluarkan hasil.

Aktiviti pemangkasan dijalankan tigapusingan setahun menggunakan sabitkhusus. Anak sulur dan bahagian ta-naman lain yang dipangkas, di susun dibarisan pelepah sawit.

Salak adalah tumbuhan dioecious,oleh itu pendebungaan adalah sangatpenting. Pendebungaan salak biasanyaberlaku melalui angin dan serangga.

Terdapat beberapa serangga pende-bungaan yang tersedia secara semulajadi. Adalah disyorkan kumbang dari-pada spesis Nodocnemis sp.

Pendebungaan dengan bantuan ta-ngan dilakukan dengan mengetuk spi-kelet bunga jantan ke bunga betina.

Kawalan serangan perosakPerosak seperti tikus dan musang biasamenyerang tanaman salak.

Perosak ini kebiasaannya menyerangbuah yang belum matang dan yangmasak. Serangan pada tandan yang be-lum masak menyebabkan hasil menu-run.

Perosak ini boleh dikawal menggu-nakan perangkap dan umpan racuntikus seperti wafarin atau brodifacoum.

Pe nu a i a nPokok salak mengeluarkan hasil duaatau tiga tahun selepas ditanam danmengeluarkan hasil sepanjang tahun.

Tempoh produktif antara 20 hingga 30tahun atau lebih. Buah salak mula ma-sak antara lima hingga tujuh bulanselepas pendebungaan berlaku.

Kebiasaannya, musim penuaian uta-ma antara September hingga Novembersetiap tahun.

Tandan yang matang mempunyai

buah berwarna coklat terang berkilatdan aroma yang manis. Tandan yangmasak boleh dituai dengan memotong-nya menggunakan sabit.

Penilaian teknikalIntegrasi salak dengan sawit dalam sis-tem kelapa sawit dua baris secara tek-nikal adalah berdaya saing. Pokok salaktumbuh dengan baik dan bertoleransikepada naungan pelepah sawit.

Kajian menunjukkan salak bolehmenghasilkan buah purata sehingga1.50 tan sehektar setahun.

Di samping itu, integrasi salak tidakmengganggu pengeluaran tandan segar(BTS) berdasarkan kajian yang dijalan-kan MPOB.

Penilaian ekonomiKos integrasi salak dengan sawit dalamsistem sawit dua baris berdasarkan ana-lisis pelaburan dikira berdasarkan an-daian bahawa salak menghasilkan 8 ki-logram buah per pokok dengan hargajualan RM4 sekilogram dan jangka hayatekonomik salak ialah 20 tahun.

Parameter kewangan seperti Nilai KiniBersih yang dikira pada kadar diskaun10% menghasilkan pulangan RM20,592.Kadar Pulangan Dalaman ialah 50%.Kadar Faedah Kos ialah 2.5 dan tempohbayaran balik ialah empat tahun.

Oleh itu, integrasi salak dengan sawitmenggunakan sistem sawit dua barisboleh dilaksanakan dari segi kewanganoleh penanam sawit.

Salak mempunyai potensi besar un-tuk diintegrasikan dengan sawit denganmenggunakan sistem sawit dua baris.

Penggunaan tanah dapat dioptimum-kan melalui integrasi ini menjana pen-dapatan tambahan pekebun kecil sawit.Ia juga akan menyumbang kepada in-dustri pengeluaran buah-buahan danekonomi negara Malaysia.

Oleh Madihah Ahmad Zairundan Dr. Maizatul SurizaMohame dmadihah@mp ob.gov.mysuriza@mp ob.gov.my

Pe nya k i t bintik oren (OS) merupa-kan penyakit sawit disebabkan olehvarian viroid kelapa cadang-cadang(CCCVd) dikesan pada tanaman ke-lapa di Filipina sejak 1930-an.

Penemuan jujukan RNA viroidCCCVd pada pokok sawit yang di-jangkiti penyakit OS dilaporkan diMalaysia pada 2006.

Kajian mendapati serangan penya-kit OS pada pokok sawit sangat rendahdan pokok yang dijangkiti merupakankes terpencil dan tidak memberi ke-san nyata terhadap ekonomi sawitn e g a ra .

Lembaga Minyak Sawit Malaysia(MPOB) melalui Unit Ganoderma danPenyakit Sawit (GanoDROP) mengoraklangkah awal bagi membangunkan kitpengesanan OS-CCCVd agar langkahpencegahan dan pembendungan da-pat dijalankan.

Kit pengesanan transkripsi berbalik-amplifikasi isotermal berperantakangegelung (RT-LAMP) berjaya diba-ngunkan bagi mengesan penyakit OS-CCCVd pada pokok sawit.

Pembangunan kit ini bagi menam-bah baik teknik pengesanan sedia adayang memerlukan masa lebih lamauntuk analisa dan kadar pengesanandalam konsistensi rendah.

Justeru, pembangunan kit penge-sanan ini adalah tepat dengan me-nawarkan kaedah lebih mudah, cepatdan murah bagi menyaring pokoksawit yang dijangkiti penyakit varianOS terutamanya pada skala besar.

Sensitiviti kit pengesanan RT-LAMPlebih tinggi berbanding teknik amp-lifikasi konvensional. Ia dapat me-ngesan OS-CCCVd walau dalam kuan-titi rendah.

Noveliti teknologiKit RT-LAMP memanipulasikan peng-gunaan pewarna dan kekeruhan bagimengesan OS-CCCVd.

Pengesanan adalah ringkas di manaeraman boleh menggunakan renda-man air atau mesin turbidimeter yangmengesan kadar kekeruhan.

Kit RT-LAMP ini hanya memerlukanRNA yang sedikit untuk pengesanan.Tambah pula kit RT-LAMP ini meng-gunakan sistem tertutup yang tidakmembabitkan penggunaan gel elektro-foresis.

Ini mengurangkan masa diagnosis,mengelakkan kontaminasi silang an-tara sampel dan menghindarkan ke-putusan palsu.

Oleh kerana kit RT-LAMP dijalankanpada satu suhu sahaja, masa eramandapat dipendekkan dan ini adalah prak-tikal jika digunakan di dalam peme-

riksaan sampel bersaiz besar sama adadi makmal atau lapangan.

Pembangunan kit RT-LAMPKit RT-LAMP dapat mengesan OS-CCCVd dengan menggunakan empatpencetus spesifik.

Kit pengesanan RT-LAMP menyedia-kan kaedah baharu untuk diagnostikdan penyaringan penyakit OS-CCCVdpada pokok sawit dan ini boleh mem-beri manfaat kepada agensi kuarantin(seperti Jabatan Pertanian dan MAQIS)dan industri sawit (terutamanya pe-ngeluar benih dan anak sawit) bagimelindungi industri sawit negara.

Kit pengesanan penyakit OS-CCCVdmendapat pengiktirafan di peringkatkebangsaan dan antarabangsa apabilamenang anugerah Emas di 27th In-ternational Invention, Innovation & Te-chnology Exhibition (ITEX) 2016.

Teknologi terkini kesan penyakitbintik oren pada pokok sawit

Integrasi tanaman salak dengan sawitInisiatif jana

p endapatantambahan kepadapenanam sawit,o p t i m u m ka npenggunaan tanah

Kit RT-LAMP bagi mengesan penyakit OS-CCCVd pada pokok sawit. (Ai) Daun yang dijangkiti penyakit bintik oren (OS)(Aii) pengesanan positif menukarkan warna oren kepada hijau (Aiii) penghasilan lengkuk amplifikasi. Daun yang kelihatansihat (Bi) pengesanan negatif dengan warna kekal oren (Biii) tiada lengkuk amplifikasi terhasil.

Pokok salak yang sudah mengeluarkan hasil yang ditanam secara integrasi dengansawit.

Pokok salak ditanam secaraintegrasi dengan pokok sawitmengoptimumkan penggunaantanah serta menjana pendapatantambahan bagi penanam sawit.

Buah salak mendapat p ermintaantinggi dan berpotensi dikomersialkan.

76

Kit RT-LAMP.

SA BT U 3M AC 20188

Teknologi MPOB raih pingat MTE 2018Delegasi ParlimenBelia Malaysiakunjungi MPOB

Dr. Low Eng Ti (tengah) bersama pemenang pingat MTE 2018di Kuala Lumpur.

Oleh Fadzil Ghazaliafadzilg@mp ob.gov.my

Bangi: Isu industri sawit mendapat per-hatian generasi belia bakal pemimpin ne-gara Malaysia dan mereka berkunjung keibu pejabat Lembaga Minyak Sawit Ma-laysia (MPOB), di sini baru-baru ini bagimendapatkan pencerahan.

Sepuluh ahli delegasi Parlimen Belia Ma-laysia disambut Pengerusi MPOB, Datuk SeriAhmad Hamzah untuk sesi perbincanganmengenai isu Kesatuan Eropah (EU), buruhdan kemampanan yang membabitkan in-dustri sawit. Turut serta dalam perbinca-ngan itu, Ketua Pengarah MPOB, Datuk DrAhmad Kushairi Din.

Sesi perbincangan dimulakan taklimatlatar belakang industri sawit dan pem-bangunannya secara mampan di Malaysia.

Parlimen Belia Malaysia adalah satu prog-ram belia dan simulasi persidangan Par-limen Malaysia untuk belia berumur antara18 hingga 30 tahun.

Ia memberi pendedahan kepada generasimuda mengenai operasi sistem ParlimenMalaysia dan seterusnya meningkatkanpengetahuan mereka mengenai proses pen-tadbiran negara.

Syed Mohd HazrySyed Hamidmohd.hazry@mp ob.gov.my

Kuala Lumpur: Lembaga Mi-nyak Sawit Malaysia (MPOB)meraih pingat emas sempenaMalaysian Technology Expo(MTE) 2018 menerusi inovasibertajuk SureSawit DiagnosticAssays: Application of GenomeTechnology to Enhance the Sus-tainability of the Oil Palm In-d u s t r y.

Dalam acara tahunan itu,MPOB turut merangkul dua pe-rak, empat gangsa dan tiga me-rit melalui beberapa inovasiyang mengambil bahagian da-lam MTE 2018 di Pusat Daga-ngan Dunia Putra (PWTC) disini, baru-baru ini.

Pingat emas diperolehi olehinovasi diketuai Pegawai Penye-lidik Pusat Bioteknologi danBiak Baka MPOB, Dr. Low Eng Timenerusi inovasi Sure Sawit Di-agnostic Assays: Application ofGenome Technology to Enhancethe Sustainability of the Oil PalmI n d u s t r y.

Pingat Perak pula dimenangi

inovasi bertajuk Production ofDifferent Grade Of Oil Palm Ba-sed Carboxymethyl Cellulose olehDr Nur Eliyani Othman; dan Mi-cro Fibrillated Cellulose from OilPalm Biomass Fibers oleh DrFatiha Ismail.

Empat pingat gangsa olehinovasi Battery Powered OilPalm Harvesting Tool oleh Ab-

dul Razak Jelani; Pro ductionof Sandwich Board From OilPalm Trunk oleh Dr AnisMokhtar; inovasi Green andInnovative Palm-Based Micro-emulsions Consisting NaturalInsect Repellent as Multipur-pose Liquid Cleaners oleh DrIsmail Ab. Rahman; dan P r o-duction of Salak (Salacca Za-

lacca) Integrated with Oil Palmoleh Norkaspi Khasim.

Tiga dapat anugerah meritTiga inovasi yang mendapatanugerah merit ialah VibrationIsolator for Vibrating Tools olehAbdul Razak Jelani; Pro ductionOf 1,3-Propanediol from WasteGlycorel Via Biotechnological Ap-pro ach oleh Stasha Eleanor Ros-land Abel; dan inovasi Hete -rogeneneous Glycerrolysis Reac-tion As Pre-Treatment Process ofPalm Fatty Acid Distillate ForBiodiesel Production oleh NurAzreena Idris.

MTE 2018 anjuran MalaysianAssociation of Research Scientist(MARS) dan PROTEMP Exhibi-tions and Conferences Sdn Bhdbertemakan As i a ’s Inventionsand Innovations Marketplace ada -lah pertandingan reka cipta yangmemberi peluang kepada pere-ka cipta dan saintis untuk mem-pamerkan idea inovatif dankreatif hasil ciptaan mereka.

Sebanyak 27 kategori ditetap-kan penganjur bagi 250 penyer-taan inovasi mewakili 112 agen-si seluruh Malaysia.

8

Warga MPIC disaran guna mediasosial sebar maklumat positif

Tan Sri Ali Hamsa bergambar bersama warga MPIC yang hadir pada Majlis Ramah Mesra di Putrajaya.

Ke r j a s a m aagensi, swastaberi hasil terbaikOleh Muhammad AsyrafHussin dan Noor AsmawatiAbdul Samadasyrafhussin@mp ob.gov.mywatie@mp ob.gov.my

Pu t ra j aya

Warga kerja KementerianPerusahaan Perlada-ngan dan Komoditi

(MPIC) serta agensi dan majlis dibawahnya disaran menggunakanmedia sosial sebagai medium ba-gi menyebarkan maklumat yangp ositif.

Ketua Setiausaha Negara, Tan SriAli Hamsa berkata demikian ketikaberucap pada Majlis Ramah Mesradengan warga MPIC, di sini, baru-baru ini.

“Gunakan media sosial dengansebaik-baiknya untuk menyebar-kan maklumat yang positif.

“Perubahan dan persaingan ber-laku dengan pantas, terutama da-lam sistem penyampaian dan tek-nologi maklumat. Media sosial

menjadi medium penyampaianmaklumat yang diguna pakai se-cara meluas,” ka t a nya .

Katanya, penjawat awam perlumenggunakan teknologi sedia un-tuk kebaikan dan dan berkongsimaklumat yang bermanfaat danmemberi gambaran positif.

Beliau turut menyentuh menge-nai Kerjasama Strategik Lautan Bi-ru Kebangsaan (NBOS) yang kinidipraktikkan dalam perkhidmatanawam di Malaysia.

Katanya, kerjasama antara agensidan pihak swasta akan membe-rikan hasil terbaik dengan kos yang

terendah, malah mampu dilaksa-nakan dengan cepat dan cekap.

Katanya, banyak inovasi baruyang diperkenalkan melalui NBOSkerana ia memudahkan prosespenghasilan teknologi.

Penganjuran Majlis Ramah Mes-ra KSN bersama warga MPIC dan

agensi adalah sempena MesyuaratKetua Setiausaha Kementeriandan Ketua Perkhidmatan yang di-adakan di sini, baru-baru ini.

Pertemuan bersama wargaMPIC ini memberi suntikan yangbaik dan beliau bangga dengankesungguhan yang dizahirkan olehsemua warga MPIC.

Beliau juga menyampaikan ama-nat dan beberapa prinsip pentad-biran kerajaan yang telah ditekan-kan Perdana Menteri Malaysia iaituekonomi, global, wawasan, rakyat dihati dan penyampaian berkesan.

Pada majlis berkenaan beliau tu-rut menyampaikan surat kenaikanpangkat dan anugerah kepada ka-kitangan yang telah lama berkhid-mat kepada kakitangan agensi dibawah MPIC.

Yang turut hadir pada majlisberkenaan, Ketua Pengarah Per-khidmatan Awam Malaysia, TanSri Zainal Rahim Seman; KetuaSetiausaha MPIC, Datuk K. Yoge-esvaran, ketua-ketua pengarahagensi dan ketua-ketua pegawaieksekutif majlis di bawah MPIC.

KSN turut meluangkan masamelawat Galeri MPIC yang me-nempatkan pameran teknologidan produk komoditi yang diha-silkan oleh agensi dan majlis dibawah MPIC.

Perbincangan antara delegasi Brazil dan MPOB di Bangi.

Sebahagian wakil pengedar dan pengeluar kenderaan diesel komersial serta syarikat pengangkutanyang menghadiri sesi konsultasi berkaitan pelaksanaan Program B10 di Malaysia.

Oleh Nursyairah Jalilnursyairah@mp ob.gov.my

Bangi

Sejumlah 60 wakil pelbagaikementerian dan jabatankerajaan serta persatuan au-

tomotif, pengeluar dan pengedarkenderaan menghadiri sesi kon-sultasi berhubung pelaksanaanprogram B10 (adunan 10 peratusbiodiesel sawit dengan 90 peratusdiesel petroleum) anjuran Lem-baga Minyak Sawit Malaysia(MPOB) di sini, baru-baru ini.

Sesi konsultasi bersama penge-dar dan pengeluar kenderaan be-renjin diesel komersial dan sya-rikat pengangkutan berhubung pe-laksanaan program biodiesel B10dipengerusikan Pengarah Bahagi-an Penyelidikan Kejuruteraan danPemprosesan MPOB, Dr. AstimarAbdul Aziz.

Antara wakil kementerian danjabatan/agensi kerajaan yang hadiradalah Jabatan Pengangkutan Ja-

lan (JPJ), Jabatan Alam Sekitar(JAS), Institut Automotif Malaysia(MAI) dan Dewan Bandaraya KualaLumpur (DBKL).

Wakil lain dari Persatuan Penge-luar Biodiesel (MBA), persatuan pe-ngangkutan terdiri dari FeldaTransport Services Sdn Bhd, Asso-ciation of Malaysian Hauliers(AMH), Pan Malaysian Lorry Ow-ners Association (PMLOA) serta Per-satuan Automotif Malaysia (MAA)dari pengedar atau pengeluar ken-deraan diesel (Original Engine Ma-nufacturers - OEM) iaitu Mercedes-Benz, Volvo, MAN, Scania, UD Tru-ck, Hino, Toyota, Isuzu, Mazda, Mi-tsubishi, Ford, DRB-Hicom danR&A Commercial Vehicle.

MPOB mengadakan beberapa si-ri konsultasi bersama pihak ber-kepentingan bertujuan memberipenjelasan dan pemahaman ber-hubung penggunaan biodiesel B10dari aspek teknikal terutama ke-sesuaian enjin, penyelenggaraan,lanjutan jaminan enjin dan kosoperasi serta aspek persekitaran.

Penerimaan B10Perbincangan memberi ruang ke-pada persatuan pengangkutan se-bagai pengguna yang mengopera-sikan lori atau trak diesel secarapukal untuk mendapatkan pen-jelasan terus dari syarikat OEMberhubung penerimaan B10.

Merujuk kepada penerimaanB10 oleh syarikat OEM, terutamapengeluar Eropah, MPOB mene-kankan secara teknikal biodieselberasaskan sawit adalah lebih sta-bil berbanding biodiesel berasas-kan minyak sayuran lain sepertisoya, sesawi dan jagung yang di-gunakan pada kajian enjin di ne-gara pengeluar kenderaan.

Dengan mengambil kira faktoriklim tropika, kesan penggunaanbiodiesel sawit terhadap enjin pas-tinya berbeza dan wajar disemaks e mu l a .

Sebagai contoh, Persatuan Pe-ngeluar Automotif Jepun (JAMA)menerima adunan biodiesel sawitsehingga 20 peratus (B20) untukkenderaan diesel mematuhi pe-lepasan ekzos Euro4/IV dan ke ba-wah pada Disember 2016.

Pendirian asal JAMA terhadappenerimaan maksima adunan bio-diesel sebelum interaksi denganMPOB adalah 7 peratus sahaja.

OEM yang hadir turut memberipandangan terhadap kesesuaianpenggunaan biodiesel B10 padakenderaan masing-masing.

MPOB turut berkongsi maklu-mat berhubung pelaksanaan prog-ram biodiesel di negara lain seperti

Indonesia yang melaksanakanprogram biodiesel B20 sejak 2016,manakala Colombia mengguna-kan biodiesel B10 sejak 2012 tanpasebarang masalah dilaporkan.

PMLOA turut menekankan tigaisu utama iaitu kesesuaian padakenderaan lama yang sedang di-gunakan, kenderaan berteknologiterkini (Euro5 ke atas) dan kos ba-han bakar berikutan menggunakanbiodiesel sawit yang lebih mahal.

MPOB turut menjelaskan, sya-rikat pengangkutan akan mempu-nyai pilihan sama ada menggu-nakan Euro5 B7 atau diesel in-dustri (B0) apabila biodiesel B10dilaksanakan kelak.

MPOB menegaskan kajian me-nyeluruh penggunaan biodiesel sa-wit pada enjin kenderaan bertek-nologi tinggi sedang dibincangkandengan JAMA dan akan dimuk-tamadkan dalam masa terdekat.

Terus promosi sawitMenyentuh aspek kos bahan bakar,MPOB menyatakan penetapanharga runcit bahan bakar di stesenminyak ditentukan oleh Kerajaandengan mengambil kira pelbagaifaktor, terutama komponen dieselyang mempunyai peratusan yang

tinggi dalam adunan.Berhubung isu penyekatan peng-

gunaan biodiesel sawit di Eropahpada 2021, Malaysia tetap akanmempromosikan penggunaan bio-diesel sawit dalam negara bagi me-nyokong kelestarian industri sawitM a l ays i a .

Program Biodiesel di Malaysiaadalah agenda nasional yang me-merlukan sokongan bukan sahajadaripada industri sawit malah da-ripada industri petroleum, peng-angkutan dan logistik, automatifdan lain-lain industri yang meng-gunakan bahan bakar diesel.

MPOB yakin manfaat ProgramBiodiesel ini dilihat secara menye-luruh dari pelbagai aspek.

Bagi aspek persekitaran, peng-gunaan biodiesel dapat mengu-rangkan pelepasan gas rumah hi-jau (GHG) di sektor pengangkutandengan penggunaan bahan bakaryang lebih bersih, boleh diperba-harui dan mesra alam.

Dari aspek ekonomi, program inimembantu pertumbuhan ekono-mi negara di sektor komoditi me-nerusi manfaat peningkatan ataukestabilan harga minyak sawit ke-pada pekebun kecil selain menjanapendapatan negara.

Oleh Nor Asliza Semirannorasliza@mp ob.gov.my

Bangi: Lembaga Minyak SawitMalaysia (MPOB) menerima kun-jungan delegasi dari Brazil baru-baru ini bagi membincangkan isukeselamatan makanan khusus-nya 3-MCPDE.

Delegasi Brazil diketuai KonsulKehormat Malaysia ke Para, Brazil,Iderlon Azevedo turut disertai wa-kil Syarikat Agro Palma Brazil ter-diri dari Pengarah Industri, Ho-mero Sousa dan Pengurus Industri,Valmir Adams.

Syarikat Agro Palma Brazil ada-lah antara pemain utama industrisawit Brazil. Lawatan itu bertujuanbertukar pendapat mengenai lang-kah dan kaedah menangani ma-salah pembentukan 3-MCPDE da-lam minyak sawit bertapis.

Menurut Pengarah Bahagian

Pembangunan Produk dan Khid-mat Nasihat MPOB, Rosidah Rad-zian, Malaysia memandang seriusisu 3-MCPDE khususnya menyen-tuh soal keselamatan makananp engguna.

Justeru, Kerajaan Malaysia me-nyediakan peruntukan khas RM50juta bagi menggalakkan penggu-naan kaedah dan teknologi pe-ngilangan dan penapisan yangmampu menghapuskan bahankontaminasi 3-MCPDE dan GE.

Delegasi Brazil turut menyua-rakan kebimbangan mereka me-ngenai isu 3-MCPDE dan GE dimana isu keselamatan ini bolehmenjejaskan pengeksportan mi-nyak sawit Brazil ke negara peng-imp ort.

Menurut Homero Sousa, kum-pulan penyelidik di Agro PalmaBrazil giat menjalankan penyeli-dikan mengenai kaedah dan tek-

nologi yang boleh menanganipembentukan 3-MCPDE dalam mi-nyak sawit bertapis.

Katanya, setakat ini kumpulanpenyelidik Syarikat Agro PalmaBrazil berjaya menurunkan paras3-MCPDE di bawah 1 bahagian persejuta (ppm), namun keputusanpenyelidikan mereka tidak konsis-te n .

Melalui pertemuan itu, delegasiBrazil dan MPOB saling menya-lurkan input dan bertukar ideamengenai kaedah dan langkah un-tuk menangani isu pembentukan3-MCPDE.

Kaedah dan langkah yang di-utarakan adalah berpandukan pe-nyelidikan yang dijalankan olehpegawai penyelidik MPOB.

Syarikat Agro Palma Brazil jugamengakui Malaysia sebagai penan-da aras dalam industri minyaksawit dan MPOB merupakan sum-

ber rujukan utama untuk men-dapatkan maklumat dalam bidangpenyelidikan dan pembangunan(R&D) terkini berkaitan industris aw i t .

European Food Safety Authority(EFSA) pada awal 2016 mengeluar-kan laporan mengenai kandunganbahan kontaminasi ester 3-mo-nokloropropandiol (3-MCPDE) danester glisidol (GE) yang terdapat di

dalam minyak sayuran termasuk-lah minyak sawit dan minyak isi-rung sawit bertapis.

Laporan yang menyentuh isu ke-selamatan makanan tersebut bu-kan sahaja menimbulkan kebim-bangan di kalangan negara penge-luar utama minyak sawit sepertiIndonesia dan Malaysia, bahkanjuga negara pengeluar minyak sa-wit lain seperti Brazil.

Biodiesel B10lebih stabiluntuk enjinke n d e ra a n

Brazil dapat penjelasan MPOB isu 3-MCPDE

9

Sya r i ka tp engangkutan,pengeluar diserub ekerjasama

MPOB MENJANA PERUBAHAN INDUSTRI SAWIT10

Pada 16 Januari 2018, beberapa pemimpin dan pekebun kecil di Malaysia berkumpul di

Kuala Lumpur untuk membantah dan menyatakan rasa ketidakpua-san hati terhadap hasrat Parlimen Kesatuan Eropah menyekat penggu-naan bio bahan api berasaskan minyak sawit serta memperke-nalkan pensijilan tunggal untuk minyak sawit dan produk-produk hilirannya selepas 2020.

Kira-kira 2,000 pekebun kecil bersama pemimpin mereka bera-rak ke pejabat Duta Besar Kesatuan Eropah di Jalan Tun Razak untuk menyerahkan memorandum ban-tahan terhadap cadangan sekatan oleh Kesatuan Eropah ini.

Mereka mewakili empat orga-nisasi pekebun kecil sawit iaitu Lembaga Kemajuan Tanah Per-sekutuan (FELDA), Persatuan Kebangsaan Pekebun-Pekebun Kecil Malaysia (NASH), Lembaga Penyatuan & Pemulihan Tanah Sarawak (SALCRA) dan Persatuan Penanam Kelapa Sawit Dayak Sara-wak (DOPPA).

Kebanyakan mereka datang dari setiap pelosok negeri termasuk dari kawasan pedalaman di Sara-

wak yang mengambil masa lebih dua hari untuk sampai ke Kuala Lumpur.

Ini menunjukkan betapa kriti-kalnya tindakan Kesatuan Eropah ini yang dilihat akan menjejaskan kehidupan keluarga dan juga masa depan komuniti mereka.

Suarakan kekecewaanMereka sanggup menempuh per-jalanan jauh semata-mata untuk menyuarakan kekecewaan mereka kepada Duta Besar Kesatuan Eropah, Maria Castillo Fernandez.

Salah seorang wakil NASH yang datang dari Kedah, Azhar Osman, berkata minyak sawit adalah minyak sayuran berkhasiat dan sangat berguna.

Katanya, ia juga sesuai dijadikan sebagai sumber pendapatan jangka masa panjang untuk pekebun kecil.

“Saya menyeru Kesatuan Eropah tidak memboikot membeli minyak sawit kerana ini akan menyebabkan lambakan minyak sawit di pasaran dunia seterusnya menjejaskan pendapatan mereka sehingga 50 peratus.

“Malah minyak sawit tidak memusnahkan alam sekitar atau-

pun merosakkan tanah,” katanya.Rohana Jamil yang juga datang

dari Kedah menambah, ibu bapa-nya adalah pengusaha kecil kebun sawit dan kini meneruskan wari-san keluarga sebagai pekebun kecil sawit.

Beliau mempersoalkan kenapa kerajaan Kesatuan Eropah mahu melarang penggunaan bio bahan api berasaskan minyak sawit masa ini sedangkan mereka membeli dan menggunakan minyak sawit selama berpuluh tahun.

“Saya rasa kecewa dengan hasrat Kesatuan Eropah ini dan berasa bimbang mengenai kesan masa depan ke atas keluarga dan semua pekebun kecil sawit di seluruh dunia,” katanya.

Mohd Sharim mewakili Persa-tuan Anak Peneroka FELDA Kuan-tan, Pahang yang datang bersama kumpulan Generasi ke-2 Peneroka-Peneroka Sawit, memberitahu beliau menyokong penuh banta-han aman yang dilakukan oleh keempat-empat organisasi peke-bun kecil sawit ini dan penyerahan memorandum bantahan kepada Duta Besar Kesatuan Eropah, Maria Castillo Fernandez dan 17 kedutaan negara-negara anggota Kesatuan Eropah.

Katanya, kumpulannya mewa-kili generasi baharu pekebun kecil sawit di mana ibu bapa mereka adalah kumpulan perintis pekebun sawit sejak tahun 1960-an.

Beliau juga berpendapat seka-tan oleh Kesatuan Eropah ini akan memberi kesan kepada cucu cicit pekebun sawit di masa depan teru-tamanya dari segi pendidikan dan kualiti hidup mereka.

Tegasnya, tindakan Kesatuan Eropah ini mempunyai niat jahat, tidak adil dan tidak bermoral.

Presiden DOPPA, Dr Richard Mani Banda yang datang dari Kuching, Sarawak untuk menyer-

tai bantahan ini, menekankan seka-tan oleh Kesatuan Eropah ini akan membawa bencana ekonomi yang besar kepada seluruh pekebun kecil sawit di Sarawak.

Katanya, DOPPA adalah per-satuan pekebun kecil sawit yang dianggotai kira-kira 27,000 pekebun kecil terdiri daripada 26 puak etnik di Sarawak seperti Dayak, Kadazan, Penan, Iban, Kayan dan Kedayan.

“Setiap ahli DOPPA mengusa-hakan sebidang kecil tanah seluas dua hektar untuk penanaman sawit dan buah-buahan lain dan mereka hanya menggunakan baja organik serta baja daripada kumuhan ter-nakan,” katanya.

Tambah Dr. Richard, ketika ini pekebun kecil DOPPA menjalani proses mendapatkan pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO).

Patuhi syarat pensijilan antarabangsa“Pekebun kecil di Sarawak menja-lani latihan untuk mematuhi sya-rat-syarat pensijilan antarabangsa termasuklah menguruskan kebun sawit mereka secara lestari dengan sistem perparitan yang betul dan penggunaan sumber secara ber-tanggungjawab.

“Kebanyakan pekebun kecil ini hanya menerima pendapatan bula-nan antara RM1,500 hingga RM2,000 untuk menyara kehidupan keluarga mereka dan memberi pendidikan kepada anak-anak,” katanya.

Dr Richard menyeru Kesatuan Eropah supaya melindungi hak masyarakat miskin ini untuk menjalani kehidupan yang lebih baik tanpa menjejaskan kehidupan harian mereka.

Beliau juga mendesak Kesatuan Eropah supaya berlaku adil dan tidak mempraktikkan “protectio-nism’ untuk melindungi kepentin-gan mereka semata-mata.

Kehidupan 650,000 pekebun kecil terancam

CADANGAN KESATUAN EROPAH SEKAT PENGGUNAAN BIO BAHAN API SAWIT

3 MAC 2018 − SABTU

Sementara itu, Presiden NASH, Datuk Aliasak Ambia yang men-getuai delegasi pemimpin petani kecil ini ke kedutaan besar Kesa-tuan Eropah untuk menyerahkan memorandum bantahan itu berka-ta, Maria Castillo Fernandez berjanji kepadanya untuk menyampaikan kandungan dan objektif memoran-dum bantahan itu ke negara-negara anggota di Brussels.

Katanya, pekebun kecil berasa sangat kecewa dengan cadangan sekatan Kesatuan Eropah ke atas penggunaan bio bahan api bera-saskan minyak sawit kerana ia akan menjejaskan mata pencarian dan kehidupan harian pekebun kecil.

Beliau sangat berharap Kesatu-an Eropah dapat memansuhkan cadangan sekatan ini yang dilihat seperti mempermainkan kehidu-pan pekebun kecil kerana mereka juga merupakan pembeli kedua terbesar minyak sawit Malaysia.

“Sekatan ini bukan sahaja akan menjejaskan pendapatan pekebun kecil tetapi juga akan menyebabkan harga pasaran global minyak sawit jatuh menjunam kerana lambakan pengeluaran,” katanya.

Yang pasti, tiada apapun yang baik boleh dikatakan mengenai kesan yang bakal terjadi ekoran sekatan Kesatuan Eropah ini.

Sebaliknya ia akan menyebabkan kemiskinan, ketidakstabilan sosio ekonomi, dan ketidakpuasan hati di kalangan generasi yang akan datang terhadap tindakan yang tidak bertanggungjawab Kesatuan Eropah ini.

Artikel ini telah disunting dan diterjemahkan semula daripada artikel asal bertajuk, “EU’s Unilateral Legislation on Palm Oil Will Have Adverse and Deleterious Effect on 650,000 Smallholders.” Sila layari www.palmoiltoday.net untuk mendapatkan salinan asal artikel ini.

Sebahagian pekebun kecil dan peneroka sawit yang turut serta dalam penyerahan memorandum bagi membantah cadangan sekatan oleh Parlimen Kesatuan Eropah terhadap minyak sawit.

Kualiti minyak sawit merupakan elemen

penting yang perlu diambil berat sama ada pekebun kecil sawit, mahupun badan berwajib seperti MPOB bagi meningkatkan permintaan luar terhadap minyak sawit negara. Justeru itu, industri sawit mampan kini diberi keutamaan dan diperluaskan kepada semua pekebun sawit di Malaysia sejak tahun 2015 lagi.

Seiring dengan itu, semua pihak bekerjasama menggembleng tenaga men-gukuhkan industri sawit mampan bagi meningkatkan kualiti sawit.

Kini, semua pihak telah memberikan perhatian yang serius kepada amalan penanaman sawit mampan kerana terdapat banyak manfaat yang boleh dinik-mati melalui industri sawit mampan. Ia telah diperakui dapat menjamin pengelua-ran minyak sawit yang ber-kualiti tinggi.

Industri sawit mampan mampu menghasilkan pen-geluaran minyak berkualiti kerana mengaplikasikan amalan penanaman yang mesra alam. Pengeluaran yang berkualiti juga dapat direalisasikan melalui pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) dan Kod Amalan Baik yang dipraktikkan dalam pena-naman sawit mampan. Ini kerana penghasilan sawit terjamin kualitinya kerana bebas dari penggunaan racun yang berbahaya.

Selain itu, industri sawit mampan mampu memberi-kan minyak yang berkualiti kerana aplikasi piawaian yang tinggi dalam setiap langkah pengeluarannya

bermula dari penanaman sehingga tuaian hasil sawit.

Justeru itu, tidak hairan-lah masyarakat antarabangsa juga celik menilai kualiti minyak sawit yang baik dan berkhasiat sehingga mampu menangkis tanggapan negatif yang digembar-gemburkan sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab.

Kualiti hidup manusia banyak bergantung kepada kualiti sumber pembuatan makanan dan produk. Mela-lui industri sawit mampan, masyarakat dapat menikma-ti produk serta penghasilan makanan yang sihat melalui penggunaan minyak sawit yang berkualiti. Terdapat beberapa bukti penerimaan masyarakat terhadap produk berasaskan sawit. Antaranya, produk oleokimia buatan Malaysia yang berasaskan sawit telah mendorong sya-rikat oleokimia Amerika Sya-rikat untuk menggunakan sumber mentah berasaskan sawit.

Kualiti minyak sawit juga

turut menerima pengiktira-fan bebas dari lemak separa hidrogenasi yang terbukti sangat baik untuk digu-nakan dalam pembuatan makanan. Penerimaan yang positif ini telah menggugat industri minyak dan lemak antarabangsa sehingga ada negara luar yang sanggup melakukan sabotaj terha-dap minyak sawit Malaysia dengan pelbagai isu semata-mata untuk mengelirukan pengguna.

Masyarakat tempatan juga kini memilih produk berasaskan sawit kerana kualitinya yang jauh lebih baik dan berkhasiat. Santan sawit kini kian digemari serta digunakan secara meluas dalam penghasilan makanan menggantikan santan kelapa. Penerimaan positif ini sema-kin meluas kerana minyak sawit berkhasiat dan mem-punyai kualiti yang baik.

Kesimpulannya, peneri-maan yang amat membe-rangsangkan ini menjadikan industri sawit mampan pili-han masyarakat tempatan mahupun global. Industri sawit mampan akan terus terjamin pasarannya kerana kualiti minyak sawit yang tinggi nilainya di mata pengguna. Anjakan para-digma kerajaan berjaya memperkukuhkan industri sawit melalui transformasi kerajaan menjadikan indus-tri sawit mampan sebagai satu tuntutan mandatori menjelang akhir tahun 2019. Sesungguhnya Malay-sia berjaya membangun industri sawit mampan dan seterusnya menembusi pasaran antarabangsa, men-cerminkan kecemerlangan 100 tahun industry sawit negara.

Peraduan ini terbahagi kepada dua kategori iaitu pelajar sekolah menengah dan awam di seluruh negara. Karangan adalah men-

genai industri sawit negara dan antarabangsa berpandukan tajuk yang diberikan di bawah:

PERADUAN MENGARANG ESEI BERITA SAWIT BULAN MAC 2018

KEPUTUSAN PERADUAN MENGARANG ESEI BERITA SAWIT BULAN FEBRUARI 2018

Kategori 1: Pelajar Sekolah Menengah (Tingkatan 1 hingga 5)Tajuk: “Tanggapan negatif jejas pasaran minyak sawit. Bincangkan”.

Kategori 2: AwamTajuk: “Kempen anti minyak sawit, cabaran pasaran peringkat global. Bincangkan”.

Tiga pemenang utama bagi setiap kategori akan menerima;− Hadiah Pertama : RM250− Hadiah Kedua : RM200− Hadiah Ketiga : RM150

Esei yang berjaya mendapat tempat pertama akan disiarkan dalam Berita Sawit keluaran bulan APRIL 2018 akan datang.

PEMENANG KATEGORI 1:Pelajar Sekolah Menengah Hadiah Pertama Che Wan Muhammad Haziq Che Wan SabriSM Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin Batu Burok, Terengganu

Hadiah Kedua Tiada pemenang

Hadiah KetigaTiada pemenang

Syarat Penyertaan − Kategori 1: Terbuka kepada pelajar sekolah menengah tingkatan 1 hingga 5− Kategori 2: Terbuka kepada dewasa berusia 18 tahun ke atas. − Bukan kakitangan MPOB.− Panjang esei di antara 500 - 700 patah perkataan− Sila nyatakan nama penuh, alamat sekolah (Kategori 1 sahaja), alamat rumah, alamat email (jika ada), nombor kad pengenalan, nombor telefon, nombor akaun bank/nama bank dan sertakan sekeping gambar ukuran pasport.− Keputusan juri adalah muktamad.− Tarikh tutup penyertaan pada 22 MAC 2018.− Hantarkan penyertaan ke alamat: Peraduan Mengarang Esei Berita SawitIbu Pejabat MPOB 6, Persiaran Institusi,Bandar Baru Bangi,43000 Kajang, Selangoru/p: Noor Asmawati Abdul Samad (Unit Komunikasi Korporat)Email: [email protected]

Pemboikotan Negara Eropah terhadap hasil

sawit negara sebenarnya telahpun bermula semen-jak tahun 2014 melalui pelabelan ‘No Palm Oil’ pada kebanyakan produk makanan dan minuman keluaran mereka. Negara Eropah menyatakan alasan meletakkan pelabelan sede-mikian pada produk kelu-aran mereka disebabkan penggunaan tanah gambut bagi penanaman sawit, penebangan hutan yang tidak terkawal oleh negara pengeluar sawit dan pem-bakaran terbuka secara besar-besaran yang menga-kibatkan bencana jerebu.

Pelabelan sebegini sudah pastinya akan memberikan persepsi buruk kepada pengguna iaitu penggu-naan minyak sawit boleh membawa kemudaratan di dalam makanan. Jelas sekali produk makanan merupakan salah satu sasa-ran barat dalam mempen-garuhi pemikiran pengguna untuk memboikot makanan berasaskan minyak sawit. Sebanyak 489 produk yang mempunyai label ‘ No Palm Oil ’ dikenal pasti milik ahli ‘Roundtable Sustainable Palm Oil’ (RSPO). Walau-pun produk dengan label ini kebanyakannya dijual di negara-negara Eropah, namun produk-produk ini boleh dijumpai di pasaran Malaysia.

Selain Negara Eropah, Jepun turut berpendirian seperti Amerika Syarikat iaitu untuk mengimport komoditi sawit yang hanya memiliki MSPO. Apabila Parlimen Kesatuan Eropah (EU) meluluskan dua reso-lusi pada tahun 2017 dan 2018 yang mewajibkan pen-sijilan mampan dan sekatan penggunaan minyak sawit dalam bio bahan api mulai tahun 2021, ini menun-

jukkan mereka menga-malkan amalan aparteid tanaman dan merupakan permulaan hari hitam bagi perdagangan bebas dan adil. Mungkin sudah tiba masa-nya kita memikirkan kem-bali usahasama dan dagan-gan dengan negara Eropah. Mereka melakukan pelbagai usaha pemasaran supaya Malaysia membeli produk mereka namun pada masa yang sama enggan membeli produk dari Malaysia.

Bagi mengatasi isu kemampanan, kerajaaan melaksanakan pensijilan sawit bagi menjamin pasa-ran minyak sawit terus mampan di peringkat anta-rabangsa. Isu kemampanan mampu mengancam indus-tri sawit dan menjadikan pasaran sawit kurang kom-petitif di kalangan negara pengeluar sawit. Melihat kepada kepentingan ini, semua produk sawit yang dikeluarkan oleh sesebuah negara perlu memberi per-hatian kepada isu kemam-panan bagi menjamin pene-rimaan pasaran global.

Bermula pada Janu-ari 2015, Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi telah menu-buhkan Majlis Persijilan Minyak Sawit Malaysi (MPOCC). MPOCC berpera-nan mentadbir urus skim

pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) termasuk menyelaras proses penetapan standard Skim MSPO yang dilaksanakan secara sukarela meliputi sya-rikat ladang, pekebun kecil termasuk di bawah skim FELDA, FELCRA, RISDA dan agensi kerajaan negeri serta para pekebun kecil persen-dirian.

Skim MSPO ternyata jauh lebih murah dan lebih ber-sesuaian dengan keadaan di negara kita serta memberi wajaran yang setara kepada tiga elemen kemampanan 3P, iaitu pembangunan sosial (People), penjagaan alam sekitar (Planet) dan pembangunan ekonomi (Profit). Skim ini memas-tikan produk sawit mema-tuhi kriteria kemampanan yang diterima oleh pasaran antarabangsa dan dipatuhi oleh semua pihak termasuk pekebun kecil di seluruh negara. Pastinya melalui pensijilan MSPO akan dapat membezakan produk sawit Malaysia dengan produk sawit keluaran negara pesaing. Skim ini juga mem-bolehkan produk sawit Malaysia boleh dijual dengan harga yang lebih tinggi serta boleh digunakan untuk menjenama dan menghenti-kan segala tohmahan negara luar terhadap produk sawit Malaysia.

Diharapkan melalui Skim MSPO, permasalahan industri sawit negara dapat diatasi. Walaupun tekanan demi tekanan dikenakan oleh pihak antarabangsa, namun kita amat berteri-ma kasih kepada Court of Justice of The European Union (CJEU) apabila telah menguatkuasakan undang-undang supaya pengelu-ar mempertimbangkan kaedah yang betul dalam melabelkan produk maka-nan.

Che Wan Muhammad Haziq Che Wan Sabri SM Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin Batu Burok, Terengganu

PEMENANG PERTAMA KATEGORI 1 - PELAJAR SEKOLAH MENENGAH

Nurul Hayatee Mohamed Yatim Johor Bahru, Johor

PEMENANG PERTAMA KATEGORI 2 - AWAM

Industri sawit mampan jamin pengeluaran minyak berkualiti

Pelaksanaan pensijilan sawit mampan jamin pasaran peringkat antarabangsa

MPOB MENJANA PERUBAHAN INDUSTRI SAWIT 3 MAC 2018 − SABTU 11

PEMENANG KATEGORI 2: AWAM

Hadiah Pertama Nurul Hayatee Mohamed YatimTaman Johor JayaJohor Bahru, Johor

Hadiah Kedua Mohammas Suffian FauziTaman Pengadang JayaKuala Terengganu, Terengganu

Hadiah KetigaFatin Afikah Abdul SaniTaman Beringin Kulim, Kedah

MPOB MENJANA PERUBAHAN INDUSTRI SAWIT3 MAC 2018 − SABTU 12

Datuk Seri Ahmad Hamzah menunjukkan prestasi industri sawit negara yang dipamer di lobi utama ibu pejabat MPOB kepada Timbalan Menteri Perdagangan dan Industri Ghana, Robert Ahomka Lindsey ketika lawatan ke MPOB di Bangi.

Datuk Seri Mah Siew Keong mengadakan mesyuarat dua hala bersama Menteri Kewangan Thailand, Sontirat Sontijirawong dan menyampaikan cenderamata syiling peringatan 100 tahun industri sawit.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa (tiga dari kiri) dan Ketua Pengarah Perkhid-matan Malaysia, Tan Sri Zainal Rahim Seman (kiri) melawat Galeri Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC) sempena Mesyuarat Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Perkhidmatan 2018 di Putrajaya. Lawatan diiringi Datuk K. Yogeesvaran (dua dari kiri).

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong (tengah) bergambar dengan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Kerjasama Pembangunan Belanda, Sigrig Kaag (empat dari kanan) pada pertemuan kedua-duanya di Kuala Lumpur, baru-baru ini. Turut serta Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC), Datuk K Yogeesvaran (empat dari kiri).

Datuk Seri Ahmad Hamzah (tiga dari kiri) diiringi Datuk Dr Ahmad Kushairi Din (dua dari kiri) memotong reben sebagai perasmian Pusat Timbang Koperasi Penanam Sawit Mampan Daerah Jasin Berhad di Melaka, baru-baru ini.