Muslimin Yang Berbahagia

download Muslimin Yang Berbahagia

of 10

description

ucapan

Transcript of Muslimin Yang Berbahagia

Muslimin Yang Berbahagia,Islam mengajar umatnya supaya memandang tinggi jasa dan pengorbanan seseorang. Antara jasa dan pengorbanan ialah tugas seorang guru yang mana sangat besar baktinya dalam membangun dan mendidik generasi ke arah menjadikan generasi berpendidikan dan berakhlak mulia..Pada 16 Mei setiap tahun, negara kita akan menyambut Hari Guru. Sambutan ini bertujuan untuk meraikan para pendidik di negara kita khususnya yang telah bertungkus-lumus menggunakan kudrat yang ada, mencurahkan ilmu pengetahuan kepada anak-anak didik mereka. Mereka lakukan demi melahirkan generasi yang berilmu pengetahuan dalam membina sebuah negara yang maju dan makmur..Sesungguhnya ilmu pengetahuan adalah suatu yang sangat penting dalam kehidupan manusia. Oleh sebab itu, Allah SWT telah mewajibkan kita menuntut ilmu sebagaimana diriwayatkan oleh Ibnu Majah bahawa Rasulullah SAWtelah bersabda:Mafhumnya:Menuntut ilmu adalah satu kefardhuan ke atas setiap muslim.(Riwayat Ibn Majah)..Muslimin Yang Dirahmati Allah,Tidak dapat dinafikan lagi bahawa guru merupakan orang yang memainkan peranan penting dalam penyebaran ilmu pengetahuan. Merekalah yang pertama yang mengenalkan huruf abjad dan segala ilmu pengetahuan kepada kita. Daripada hasil usaha merekalah, lahirnya bangsa yang berilmu dan berpengetahuan luas, tugas mereka tidak terbatas hanya mengajar di bilik darjah sahaja, malah mempunyai tanggungjawab dalam membentuk akhlak masyarakat..Yakinlah tanpa ilmu pengetahuan, hidup manusia pasti dalam kegelapan kerana ilmu itu cahaya yang menerangi kehidupan. Bayangkanlah tanpa ilmu, kehidupan manusia tidak akan maju dan tanpanya juga manusia tidak dapat membezakan antara kebenaran dengan kebatilan. Paling penting, dengan ilmu sahajalah seseorang itu akan terselamat daripada tipu daya syaitan..Firman Allah SWT di dalam surah al-Baqarah ayat 269: Maksudnya:Allah memberikan Hikmat kebijaksanaan kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Dan sesiapa yang diberikan Hikmat itu maka sungguh ia telah berikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang yang menggunakan akal fikirannya...Muslimin Yang Dirahmati Allah,Sebagai seorang guru bukan sahaja menjadi tanggungjawab menyampaikan ilmu kepada anak didiknya, malah yang lebih penting ialah membina negara bangsa. Persoalan besar timbul di sini apakah yang di maksudkan dengan pembinaannegara bangsa. Secara ringkasnya, mimbar ingin menyatakan bahawa pembina negara bangsa berkait rapat dengan pendidikan yangmenitikberatkan semangat patriotik, jati diri danperasaan cinta yang kuat terhadap tanah air..Lihatlah kepada sirah Rasulullah SAW sebagai contoh yang terbaik.Baginda sangat terkenal sebagai seorang negarawan yang bersemangat patriotisme yang sentiasa menyeru umatnya agar cintakan kepada negara.Rasulullah SAW sendiri sebagai pemimpin umat dan bertindak pula sebagai ketua negara telah memberi penekanan khusus dalam membimbing umatnya dengan cara menggesa mereka sentiasa berakhlak mulia, taat beribadah kepada Allah, taat kepada pemimpin dan mencintai negara. Inilah contoh pimpinan yang sebenar kerana bimbingan ini akan menentukan mereka menjadi manusia yang berguna dan bertanggungjawab kepada agama, bangsa dan negara.Sabda Rasulullah SAW:Maksudnya:Sebaik-baik manusia ialah orang-orang yang bermanfaat kepada orang lain.(Riwayat Al-Tabarani).Hadith ini menjelaskan bahawa manusia yang baik menurut pandangan Islam ialah orang yang hidupnya menggunakan sepenuhnya potensi yang ada untuk memajukan keluarga, masyarakat, bangsa, agama dan negara kerana inilah jalan hidup yang dituntut oleh Allah.Mimbar amat yakin bahawa gurulah yang berperanan besar dalam membentuk generasi ini kerana setiap didikan dan teguran senantiasa dipatuhi dan dihormati oleh masyarakat...Muslimin Yang Dirahmati Allah,Sudah pasti di dalam membina negara bangsaianya sangat berkait rapat dengan jati diri, perasaan kasih kepada negara serta pemimpin secara menyeluruh. Berasaskan kepada dalil-dalil yang jelas daripada al-Quran dan hadith Rasulullah SAW, para ulama telah bersepakat mengatakan bahawa taat kepada pemerintah adalah fardu kepada setiap muslim manakala menderhaka merupakan satu dosa besar..Rasulullah SAW bersabda dengan maksudnya:Taatlah kepada pemerintah kamu walau bagaimana keadaannya, jika mereka perintahkan kamu melakukan perkara yang sesuai dengan ajaran-Ku, maka mereka beroleh pahala, dan kamu juga diberi pahala dengan mentaati mereka. Jika mereka perintahkan kamu melakukan perkara yang tidak sesuai dengan ajaran-Ku, maka dosanya ke atas mereka dan kamu terlepas daripada dosa.(Riwayat at-Tabarani).Berdasarkan kepada pandangan ulama antaranya al-Mawardi di dalam kitabnyaal-Ahkam al-Sultaniahbahawa perintah mentaati pemerintah termasuk di dalamnya mentaati para petugas yang dilantik untuk menjalankan tanggungjawab bagi pihak pemerintah seperti tugas menjaga keamanan dan keselamatan yang diamanahkan kepada pasukan polis negara..Menurut pandangan ulama sepertiImam Nawawi bahawa:Menderhaka kepada pemerintah dan memerangi mereka, maka hukumnya haram.Termasuk dalam perbuatan derhaka ialah membantah tanpa mengikut saluran yang sah keputusan pemerintah yang dibuat berasaskan kuasayang diberikan kepada mereka dalam menjalankan urusan pentadbiran negara. Sedarlah jika ada antara kita yang telah tersasar, kembalilah ke pangkal jalan. Percayalah bantahan yang berterusan kepada pemerintah negara yang telah terbukti mampu memelihara agama Islam dan keamanan dibimbangi hanya akan mengundang bala dan murka dari Allah SWT..Justeru, menjadi tanggungjawab mimbar mengingatkan sidang jumaat dan umatIslam sekalian bahawasemangat membina negara bangsa khususnya kepadagolongan pelajar merupakan cerminan masa depan sesebuah negara. Wahai jemaah dan umat Islam sekalian, Ingatlah bahawa golongan ini meliputi kumpulan sasar yang besar dan meluas. Oleh itu, mereka begitu penting dalam membawa perubahan masa depan sesebuah negara daripada negatif kepada positif, lemah kepada kuat, mundur kepada maju dan terbaik kepada cemerlang..Jika mereka tidak dididik dan diasuh dengan betul dan diberikan maklumat yang tepat dan benar, pastinya sesebuah negara itu akan menempah kehancuran. Justeru, kepada para guru mereka dituntut segala jiwa dan raga demi membina negara bangsa dengan bertindak sebagaimana yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. Ingatlah bahawa amanah dan peranan guru bukan hanya sekadar mengajar, malah turun berperanan untuk melahirkan pelajar bukan sahaja hebat inteleknya, malah mempunyai jati diri dan semangatpatriotik yang jitu. Itulah antara perkara yang ditekankan di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan...Muslimin Yang Dirahmati Allah,Mengakhiri khutbah, bersempena dengan sambutan Hari Guru pada tahun ini yang bertemakan; Guru Malaysia: Satu Aspirasi Satu Agenda, mimbar menyeru marilah kita sama-sama berdoa mudah-mudahan anak bangsa kita sentiasa diberikan taufik hidayah oleh Allah SWT dan seterusnya berjaya memainkan peranannya yang sebenar dalam memacu pembangunan negara bangsa yang maju dan dihormati lagi dikasihi Allah SWT.Marilah sama-sama kita menghargai jasa dan pengorbanan guru-guru melalui tindakan berikut;Pertama:Mendoakan kebahagian buat guru-guru, sama ada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia.Kedua:Menziarahi guru-guru untuk mengeratkan silaturrahim.Ketiga:Menghulurkan apa juga bentuk sumbangan mengikut kemampuan masing-masing kepada institusi pendidikan.Keempat:Berkatalah dengan lemah-lembut dan jangan sekali-kali menyakiti hati guru.Kelima:Ucapkanlah terima kasih kepada guru-guru dan semua insan yang pernah menabur bakti dan budi kepada kita..Buat para guru pula, mimbar berpesan teruslah beristiqomah dengan penuh keikhlasan dan kesabaran dalam menyampaikan ilmu kepada anak bangsa, mudah-mudahan akan diberi ganjaran oleh Allah SWT. Sempena dengan sambutan Hari Guru ini, boleh diibaratkan sebagai satu cara untuk para guru bermuhasabah dan menilai kembali apa yang telah dilakukan di sepanjang perkhidmatan, adakah telah mencapai matlamat dengan sempurna atau pun tidak..Marilah kita sama-samamemanjatkan doa kehadrat Allah SWT supaya matlamat pemerintah untuk melihat kita dan generasi akan datang memahami tanggungjawab dalam membina negara bangsa terlaksana dengan sempurna melalui pendidikan berkualiti yang disampaikan oleh para guru yang mengaplikasikan semangat pembina negara bangsa dalam diri mereka..Mengakhiri khutbah pada minggu ini marilah kita merenung firman Allah SWT di dalam surah al-Mujadalah ayat 11: Maksudnya:Wahai orang yang beriman! Apabila kamu diminta memberi lapang dalam majlis, maka lapangkanlah, nescaya Allah akan melapangkan untuk kamu. Dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan orang yang beriman di antara kamu, dan juga orang yang diberi ilmu pengetahuan akan darjat.Dan Allah Maha Mengetahui tentang apa yang kamu lakukan..

..Konsep Insan1.Sumber utama ajaran Islam tentang insan ialah Kitab suci al-Quran. Sumber utama pandangan tamadun Barat moden tentang manusia ialah ilmu sains yang sudah dipengaruhi oleh beberapa kepercayaan dan ideologi falsafah2.Tegasnya, konsep manusia dalam tamadun Islam adalah bersumberkan agama; dalam tamadun Barat moden, ia bersumberkan falsafah dan sains yang dihasilkan oleh akal fikiran semata-mata3.Dalam tamadun Islam, peranan falsafah dan sains ialah untuk memperhalusi lagi ajaran-ajaran yang terdapat di dalam al-Quran4.AlQuran memberitahu kita bahawa manusia adalah makhluk Tuhan yang dicipta khusus oleh-Nya:4.1manusia bukan hasil proses evolusi seperti yang didakwa oleh teori evolusi biologi moden4.2manusia adalah spesis makhluk paling sempurna: Sesungguhnya Kami telah menciptakan insan dalam bentuk yang sebaik-baiknya (surah al-tin, ayat 4)4.3lagi keistimewaan kejadian manusia menurut al-Quran: Tuhan yang telah menciptamu, lalu menyempurnakan kejadianmu dan menjadikan kamu seimbang. Dan dalam apa sahaja bentuk dan rupa yang dikehendaki-Nya, Dia menyusun kejadianmu. [surah al-infitar, ayat-ayat 7-8]4.4manusia dijadikan daripada berbagai-bagai unsur daripada pelbagai jenis alam: unsur-unsur jasmani/fizikal (tanah) yang membentuk tubuh badan manusia; unsur-unsur ruhani (ruh;akal;hati-kalbu) yang membentuk diri ruhani dan diri akliah manusia; unsur-unsur kejiwaan (nafs) daripada alam kemalaikatan (ruhani), alam jinn (psiki/halus) dan alam haiwaniah4.5tentang unsur-unsur jasmani, al-Quran menegaskan: Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada tanah liat yang kering yang berasal daripada lumpur hitam yang berubah bentuknya (surah al-hijr, ayat 26)4.6tentang unsur-unsur ruhani, al-Quran menegaskan: Kemudian, apabila Aku sempurnakan kejadiannya dan Aku tiupkanruhpadanya maka hendaklah kamu sujud kepadanya (surah al-hijr, ayat 29)4.7tentang unsur-unsur akliah, al-Quran menegaskan: Mengapa kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedangkan kamu melupai akan diri kamu sendiri; pada hal kamu semua membaca Kitab Allah (Taurat)? Tidakkah kamuberakal? (surah al-baqarah, ayat 44)4.8tentang unsur-unsur ruhani berkaitan dengan hati-kalbu, al-Quran menegaskan: Dialah yang menurunkan sakinah (ketenangan) ke dalam hati-kalbu orang yang beriman supaya keimanan mereka bertambah di samping keimanan yang sedia ada (surah al-fath, ayat 4)4.9al-Quran juga merujuk kepada hati-kalbu sebagai sarang penyakit ruhaniah: Dalam hati-kalbu mereka terdapat penyakit, lalu Allah menambahkan lagi penyakit mereka dan mereka pula akan beroleh azab yang pedih disebabkan mereka berdusta. (sural al-baqarah, ayat 10)4.10tentang dada (sudur) sebagai lokasi niat, perasaan, rahsia individu dsb, al-Quran menegaskan: Dia mengetahui apa yang ada di langit dan di bumi serta Dia mengetahui segala yang kamu rahsiakan serta yang kamu zahirkan. Allah Maha Mengetahui segala yang terkandung di dalam dada. (surah al-taghabun, ayat 4)4.11tentang unsur-unsur kejiwaan dari alam ruhani atau kemalaikatan, al-Quran menegaskan: Wahai jiwa yang tenang! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredai-Nya. [surah al-fajr, ayat-ayat 27-28]4.12tentang unsur-unsur kejiwaan yang boleh dibangunkan sama ada untuk kebaikan atau kejahatan, al-Quran menegaskan: Demi jiwa dan penyempurnaannya. Maka Allah mengilhamkan jalan yang membawanya kepada kejahatan dan yang membawanya kepada ketaqwaan. [surah al-shams, ayat-ayat 7-8]4.13tentang unsur-unsur kejiwaan yang dikaitkan dengan sifat-sifat dan nafsu kebinatangan, al-Quran menjelaskan: Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. Kemudian Kami turunkannya ke tempat yang serendah-rendahnya. (surah al-tin, ayat-ayat 4-5)5.Manusia adalah makhluk paling istimewa oleh kerana pencapaian ilmunya. Manusia boleh berada pada kedudukan yang lebih tinggi di sisi Allah s.w.t. berbanding dengan para malaikat sekiranya dia mempunyai ilmu-ilmu tertentu:Al-Quran menegaskan: Dan Dia telah mengajarkan Nabi Adam segala nama benda-benda, kemudian dikemukakan-Nya (benda-benda itu) kepada malaikat, lalu Dia berfirman: Terangkanlah kepada-Ku nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar. Para malaikat menjawab, Maha suci Engkau! Kami tidak mempunyai pengetahuan kecuali sekadar apa yang Engkau telah ajarkan kepada kami. Sesungguhnya Engkau jualah yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. Allah berfirman: Wahai Adam! Terangkanlah nama benda-benda ini semua kepada mereka. Maka setelah Nabi Adam menerangkan nama benda-benda itu kepada mereka, Allah berfirman: Bukankah Aku telah katakan kepada kamu, bahawasanya Aku mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan Aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan.6.Kelebihan Nabi Adam diiktiraf oleh malaikat: Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat: Sujudlah kepada Adam. Lalu mereka sekaliannya sujud melainkan Iblis; ia enggan dan takbur, serta ia menjadi sebahagian daripada golongan yang kafir. (surah al-baqarah, ayat-ayat 31-34)7.Kesimpulannya, manusia dijadikan daripada unsur-unsur daripada semua alam: alam fizikal, alam halus/psiki dan alam ruhani termasuk ruh yang Allah tiupkan dari sisi-Nya. Oleh kerana unsur-unsur daripada semua alam terdapat pada diri manusia maka manusia disebut dalam tradisi Islam sebagai alam kecil atau mikrokosmos (al-alam al-saghir). Inilah konsep insan bersepadu yang telah diajarkan oleh agama. Konsep ini berbeza dengan konsep-konsep insan serpihan yang sekarang ini berleluasa di dunia termasuk di kalangan umat Islam8.Mengapakah manusia dijadikan sebagai manusia yang sedemikian rupa? Jawapannya: agar manusia dapat berperanan sebagai hamba (abd) Allah dan khalifah Allah di muka bumi, iaitu satu tempat istimewa dalam alam semesta yang Dia telah pilih sebagai tempat kediaman sementara manusia:8.1Menurut al-Quran: Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepada-Ku. (surah al-dhariyat, ayat 56)8.2Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi. (surah al-baqarah, ayat 30)9.Kepentingan ilmu: manusia dapat memainkan peranannya sebagai hamba dan khalifah Allah dengan baik hanya sekiranya dia memiliki ilmu. Tanpa ilmu yang sesuai dia tidak akan dapat memainkan kedua-dua peranan tersebutMemahami Ajaran Pokok Agama Islam1.Ilmu untuk manusia beribadat kepada Allah dan ilmu untuknya berperanan dan berfungsi sebagai khalifah Allah: Bolehkah manusia mencari sendiri ilmu-ilmu ini? Jawapannya: Tidak boleh! Manusia perlukan bimbingan Ilahi: maka Allah telah mewahyukan al-Quran sebagai kitab panduan2.Bagi memainkan peranan masing-masing sebagai hamba Allah dan sebagai khalifah Allah, kaum Muslimin perlu memahami dan menguasai ilmu agama Islam yang terkandung di dalam al-Quran. Allah telah mempermudahkan manusia untuk memahami agama Islam. Menurut sebuah hadis, Allah telah mengutus malaikat Jibrail kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan sekumpulan para sahabat untuk mengajar mereka agama (al-din). Intisari agama terdiri daripada tiga aspek/juzuk: islam, iman dan ihsan. Nama agama Islam diambil daripada aspek atau juzuk pertama, iaitu islam3.Aspek Islam merujuk kepada rukun Islam yang lima; aspek iman merujuk kepada rukun iman yang enam; aspek ihsan merujuk kepada kualiti penghayatan rukun islam dan kualiti penghayatan rukun iman pada tahap kesempurnaan dan kecemerlangan4.Rukun iman adalah asas kepercayaan dan pemikiran Islam;rukun Islam adalah asas pembentukan masyarakat dan umat Islam; ihsan adalah asas sistem keruhanian Islam. Ilmu tentang ketiga-tiga juzuk intisari agama ini wajib dimiliki oleh setiap orang: ilmu-ilmu ini adalah bertaraf fardu ain5.Manusia adalah individu dan juga anggota masyarakat. Dia perlu memainkan peranannya sebagai hamba dan sebagai khalifah Allah secara individu dan juga secara kolektif. Untuk memudahkan penganut Islam memainkan peranan khalifah Allah secara kolektif, Allah telah menyediakan syariat sebagai sumber peraturan hidup bermasyarakat dan bernegara. Ilmu yang wajib dimiliki oleh masyarakat pada tahap yang memadai, iaitu yang boleh menjamin kesejahteraan masyarakat, tetapi tidak semestinya dimiliki oleh setiap warganegara disebut sebagai ilmu fardu kifayahKonsep Pembangunan Insan1.Konsep pembangunan insan dalam Islam semestinya berdasarkan kepada konsep insan dan ajaran pokok agama Islam yang telah dihuraikan tadi2.Prinsip-prinsip pembangunan insan dalam Islam adalah seperti berikut:a.teras pembangunan masyarakat dan negara adalah pembangunan insan; teras pembangunan insan adalah pembangunan keruhanian kerana kemajuan keruhanian merupakan tujuan sebenar manusia dicipta oleh Allah s.w.t.b.pembangunan kebendaan adalah alat kepada pembangunan insan: teknologi dicipta untuk menjadi hamba kepada manusia, bukannya manusia menjadi hamba kepada teknologi3.Ciri-ciri pembangunan insan menurut Islam meliputi:a.kemajuan keimanan,b.kemajuan keilmuan,c.kemajuan akhlak,d.penyuburan amal salih/kerja-kerja kebajikan, dan pada umumnyaamr bil-maruf(komitmen kepada kerja-kerja kebaikan),e.kesungguhan dalam menggerakkannahy anil-munkar(memerangi kemungkaran, jenayah, rasuah, keganasan dan seumpamanya), dan penghayatan keadilan4.Seluruh sistem kemasyarakatan sistem pendidikan, sistem perundangan, sistem ekonomi, sistem politik, sistem kebudayaan, dan sebagainya malahan seluruh tamadun, disusun dan digerakkan bagi tujuan mencapai matlamat pembangunan insan seperti yang telah dijelaskan5.Syariat Islam adalah syariat yang Allah telah anugerahkan kepada manusia dengan tujuan untuk membolehkan umat Islam mencapai matlamat pembangunan insan dengan harga yang termurah!Kesimpulan1.Pembangunan insan dalam Islam adalah pembangunan yang menghayatimaqasid al-shariah(tujuan-tujuan syariat Ilahi), khususnya lima tujuan pokok Syariat Islam, iaitui.memelihara agama;ii.memelihara akal;iii.memelihara nyawa;iv.memelihara keturunan; danv.memelihara harta.2.Dengan terjaminnya kelima-lima perkara ini maka barulah terjamin kesejahteraan dan keadilan masyarakat dan dengan itu juga terjaminnya pembangunan insan yang sebenar..Bagi umat Islam, sudah pastinya pendidikan berteraskan agama harus dinilai semula dan dipraktikkan mulai sekarang. Pendidikan yang bersumberkan al-Quran dan sunnah sudah pasti akan menghasilkan insan yang kamil, yang tinggi akhlak serta akal budinya dan seterusnya akan mencorakkan modal insan yang cemerlang.Apakah kaitan Misi Nasional Sepanjang Hayat ini dengan pembentukan insan kamil? Misi Nasional menekankan penghasilan insan yang cemerlang bagi membentuk bangsa yang gemilang. Insan yang cemerlang hidupnya bermula daripada akhlak yang cemerlang. Dan kecemerlangan inilah yang dinamakan kamil.