Muzik merupakan salah satu aspek kesenian yang paling penting dalam tamadun china

8
Muzik merupakan salah satu aspek kesenian yang paling penting dalam Tamadun China. Konfusius menyatakan bahawa muzik adalah penting, walaupun tidak menyatakan prinsip-prinsipnya seperti asal usulnya dan hubungannya dengan kehidupan manusia. ‘Now music is the expression of joy. This is something which human feelings make unavoidable. For man cannot be without joy. And when there is joy, it must be expressed in sound and given embodiment through movement and repose. 1 Asal usul muzik Cina boleh dikesan sejak Zaman Klasik lagi. Kira-kira 3000 tahun yang lalu iaitu semasa orang Eropah cuba mencari ketenangan dalam hidup, di Cina telah bermulanya teori muzik dan peralatan canggih muzik. Buku pertama mengenai teori muzik Cina muncul pada abad 4 S.M iaitu Kuan Tzu atau Book of Master Kuan. 2 Semasa kemunculan Dinasti Han, Maharaja Han Wu Ti (140- 87 s.m) telah menubuhkan Imperial Ofice of Music yang bertindak mengumpul dan mengedit lagu- lagu rakyat. Ia juga bertindak sebagai badan yang membuat lagu untuk tentera, mengadaptasi gaya musuh asing dari budaya yang berjiran dengannya dan mengumpul lagu-lagu tempatan. 3 Sementara itu dengan adanya hubungan perdagangan dengan Asia Tengah, muzik-muzik asing mula datang ke Cina 1 Fun Yu-Lan, A Short of Chinese Philosophy, The Free Press, New York, 1966, hal 341-2 2 Fredic M. Kaplan, Jilian M. Sobin dan Stephen Andros (eds), Encyclopedia of China Today, The Macmilan Press Ltd, London and Basingstoke, 1979, hal.264 3 Ibid., hal. 264

Transcript of Muzik merupakan salah satu aspek kesenian yang paling penting dalam tamadun china

Page 1: Muzik merupakan salah satu aspek kesenian yang paling penting dalam  tamadun china

Muzik merupakan salah satu aspek kesenian yang paling penting dalam Tamadun China.

Konfusius menyatakan bahawa muzik adalah penting, walaupun tidak menyatakan prinsip-

prinsipnya seperti asal usulnya dan hubungannya dengan kehidupan manusia. ‘Now music is

the expression of joy. This is something which human feelings make unavoidable. For man

cannot be without joy. And when there is joy, it must be expressed in sound and given

embodiment through movement and repose.1

Asal usul muzik Cina boleh dikesan sejak Zaman Klasik lagi. Kira-kira 3000 tahun yang lalu iaitu

semasa orang Eropah cuba mencari ketenangan dalam hidup, di Cina telah bermulanya teori

muzik dan peralatan canggih muzik. Buku pertama mengenai teori muzik Cina muncul pada

abad 4 S.M iaitu Kuan Tzu atau Book of Master Kuan.2 Semasa kemunculan Dinasti Han,

Maharaja Han Wu Ti (140- 87 s.m) telah menubuhkan Imperial

Ofice of Music yang bertindak mengumpul dan mengedit lagu-lagu rakyat. Ia juga

bertindak sebagai badan yang membuat lagu untuk tentera, mengadaptasi gaya

musuh asing dari budaya yang berjiran dengannya dan mengumpul lagu-lagu

tempatan.3

Sementara itu dengan adanya hubungan perdagangan dengan Asia Tengah,

muzik-muzik asing mula datang ke Cina seperti pipa (Kecapi) dan Hu Ching

(sejenis violin), Dengan adanya pengaruh dari kebudayaan asing maka pengubah

lagu dapat membaiki lagu mereka dan memajukan muzik Cina. Semasa

pemerintah Maharaja Hsuan Tsung (713-55) daripada Dinasti Tang, pihak istana

menganjurkan Pear Garden Academy yang dapat menghasilkan ramai ahli muzik,

dan ini telah membantu menegakkan asas bagi muzik Cina.

1 Fun Yu-Lan, A Short of Chinese Philosophy, The Free Press, New York, 1966, hal 341-22 Fredic M. Kaplan, Jilian M. Sobin dan Stephen Andros (eds), Encyclopedia of China Today, The Macmilan Press Ltd, London and Basingstoke, 1979, hal.2643 Ibid., hal. 264

Page 2: Muzik merupakan salah satu aspek kesenian yang paling penting dalam  tamadun china

Pada zaman imperial terdapat dua jenis muzik iaitu muzik rakyat dan muzik

golongan atasan. Muzik rakyat wujud dengan sendirinya apabila golongan petani

ingin hiburan secara beramai-ramai. Salah satu suasana yang mewujudkan muzik

rakyat ialah semasa menanam padi atau menuai padi. Semasa zaman Dinasti

Tang, muzik rakyat dinaugani oleh pemerintah. Manakala muzik golongan atasan

dicipta oleh golongan cerdik pandai dan kadangkala diambil dari muzik rakyat.

Di peringkat muzik atasan ini terdapatnya muzik istiadat atau ya-yuah. Ia

merupakan muzik kepunyaan golongan elit. Ia banyak dipengaruhi oleh

konfesius, yang mana muzik menunjukkan dan menajamkan pendidikan moral

dan pencapaian semangat dalam masyarakat. Muzik ini lenyap selepas tahun

1911.4

Pada abab ke 20, muzik barat mula mendapat tempat dalam budaya Cina. Namun

demikian muzik barat pernah diperkenalkan oleh kumpulan Jesuit pada lewat

abad ke-16 tetapi tidak memberi kesan yang memberangsangkan. Manakala pada

abad ke-19 hingga ke-20 dengan adanya hubungan yang lebih rapat dengan Barat,

orang cina mula menerima dan menikmati muzik Barat.

4.2. Sejarah alat muzik masyarakat Cina

4.2.1. Alat muzik masyarakat Cina wujud pada abad 551 s.m., Dinasti Zhou ( 1111-222

S.M ) (Rujuk lampiran 3). Beberapa abad dahulu sebelum muzik Eropah wujud,

alat instrument yang sofiticated berserta dengan teori muzik telah wujud di negara

4 Ibid., hal. 264

Page 3: Muzik merupakan salah satu aspek kesenian yang paling penting dalam  tamadun china

Cina. Muzik yang dimainkan adalah dalam bentuk ritual untuk orang-orang

atasan, ahli falsafah, orang-orang keagamaan.

Aktiviti muzik yang agak terhad kepada masyarakat Cina di Malaysia yang paling

penting adalah Opera Cina dan Orkestra Cina atau Hua Yue Tua. Alat muzik

biasanya di import dari negeri china, tetapi skor muzik sering diubah oleh

pemuzik tempatan. Terdapat juga komposer tempatan yang mencipta lagu klasik

yang original, walaupun skor dan gubahan dari negeri Cina juga sering

digunakan. Kebanyakan aktiviti muzik Cina berlaku di bawah naungan tempatan

berhala, pelbagai persatuan kaum Cina dan sekolah Rendah dan Menengah Jenis

Jenis Kebangsaan Cina.

Menurut pendapat dari jurulatih Sekolah Menengah Pay Fong, Orkestra Cina

Moden / Hua Yue Tuan muncul di kalangan masyarakat Cina di Malaysia hanya

pada dekad 60-an, akibat beberapa ahli muzik tempatan yang telah melanjutkan

pelajaran mereka ke Hong Kong dan juga kepopularan muzik orkestra Cina

moden melalui rekod-rekod yang terdapat di Malaysia. Kini, ia wujud di seluruh

Malaysia terutamanya di bandar-bandar besar di mana terdapat ramai bilangan

kaum Cina seperti Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Ipoh, Alor Star, Melaka, Johor

Bahru dan Kuching. Saiz Hua Yue Tuan adalah berbeza dari 12 hingga 50 orang

ahli atau lebih. Umur pemain muzik antara 14 – 35 tahun. Dalam setahun , hua

Yue Tuan ini menyampaiakan sekurang-kurangnya satu persembahan. Selaian

daripada menghiburkan pendengar-pendengar yang datang, persembahan ini

Page 4: Muzik merupakan salah satu aspek kesenian yang paling penting dalam  tamadun china

selalu digunakan untuk mengutip wang dan derma bagi persatuan masing-masing

atau kebajikan masyarakat secara umum.( Foto)

Susunan orkestra lebih besar daripada ensemble wilayah, mengikut format duduk

okestra barat, dan menggunakan konduktor dan skor muzik. Seperti dalam

orkestra barat, pemain alat bertali yang digesek dalam okestra Cina ditempatkan

di sebelah kiri konduktor sedangkan pemain alat bertali bes di sebelah kanan. Alat

tiup pula ditempatkan di hadapan konduktor dan alat gendang di belakang pentas.

(Rujuk lampiran 4)

Lagu Cina biasanya digubah mengikut skel pentatonik. Sistem notasi yang biasa

digunakan di Malaysia adalah sistem notasi nombor. Di bawah sistem ini digit 1

hingga 7 digunakan untuk mewakili not ‘do re mi fa so la ti’. Oktaf bawah

ditandakan dengan satu titik yang ditulis di bawah digit dan oktaf atas ditandakan

dengan satu titik di atas pula. Tanda nada selalunya disebutkan di bahagian

permulaan skor sebagai C, D dan seterunya melambangkan not ‘ do atau ‘ l ‘

bersamaan dengan C besar atau c besar dan seterunya. Not rehat (rest) pula

ditandakan pula dengan digit “O” .

Dari segi rentak pula, sesuatu digit jika ditulis begitu sahaja melambangkan satu

krocet. Kuaver ditandakan dengan satu garis horizontal yang ditulis di bawah digit

manakala semi kuaver pula dilambangkan oleh dua garis horizontal. Not bertitik

Page 5: Muzik merupakan salah satu aspek kesenian yang paling penting dalam  tamadun china

pula dilambangkan secara menggunakan sebuah titik selepas digit berkenaan .

contoh : bandingan transkrip notasi konvensional .

4.3. Alat – alat muzik tradisional Cina

4.3.1. Alat-alat muzik tradisional muzik Cina datang dari empat kumpulan alat muzik

yang utama: alat tali berpetik, alat tali bergesek, alat tiup kayu dan alat perkussi.

Muzik Cina tidak menggunakan bras .

4.3.2. Alat Tali Berpetik

Pipa

Sejenis lute. Pada asalnya digunakan sebagai muzik solo tetapi kini merupakan

alat tali berpetik yang digunakan dalam bilangan yang paling banyak dalam

okestra Cina disebabkan bunyinya yang agak lembut. Kualiti tonnya adalah

menyerupai gitar klasik barat- Sepanyol. Sejarah pipa telah merentasi lebih dari

2000 tahun iaitu bermula dari dinasti Han hingga ke dinasti Tang. Rekabentuk

pipa mempunyai leher yang pendek dan bahagian bawah dibuat daripada kayu.

terdapat 19 hingga 26 batang buluh kecil di bahagian leher yang dipanggil

‘xiang’. Xiang boleh diperbuat daripada kayu, jed dan gading gajah. Ianya

mempunyai 4 tali yang ditalakan kepada not A, D, E dan A. pipa dimainkan

dengan meletaknya di atas riba secara menengak. Biasanya pemain akan memakai

jaring pasu untuk membolehkan pemain muzik bebas memetik dengan pelbagai

teknik dalam persembahan. Liu Yue Qin pula merupakan pipa kecil dengan talaan

G , D, G dan D.

Page 6: Muzik merupakan salah satu aspek kesenian yang paling penting dalam  tamadun china