Muzik Rakyat Malaysia CAKLEMPONG

21
MUZIK RAKYAT MALAYSIA CAKLEMPONG

description

Caklempong adalah sejenis muzik tradisional masyarakat Minangkabau di Negeri Sembilan. Ensembel Caklempong memainkan peranan penting sebagai muzik rakyat. Caklempong juga dikenali sebagai Taklempong, Calempong atau Telempong.

Transcript of Muzik Rakyat Malaysia CAKLEMPONG

Muzik rakyat malaysia

Muzik rakyat malaysiaCAKLEMPONGVIDEO

ASAL USUL-Caklempong adalah sejenis muzik tradisional masyarakat Minangkabau di Negeri Sembilan. Ensembel Caklempong memainkan peranan penting sebagai muzik rakyat. Caklempong juga dikenali sebagai Taklempong, Calempong atau Telempong.

-Sehingga kini belum ada keterangan yang jelas mengenai sejarah asal-usul Caklempong. Ada dua pendapat tentang asal-usul Caklempong: Caklempong berasal dari kayangan berdasarkan cerita Hikayat Malim Deman. Berdasarkan kepercayaan orang Minangkabau, semasa pertabalan Tunku Laras di Tanah

-Datar Minangkabau, baginda telah ghaib dengan tiba-tiba dan dipercayai dilarikan oleh puteri kayangan. Di sanalah baginda mendengar bunyi-bunyian yang sungguh lunak dan merdu yang dinamakan Caklempong.

-Caklempong dibawa ke Tanah Melayu pada sekitar abad ke 19 oleh peniaga Minangkabau dari Sumatra Barat yang datang dan bermastautin di Negeri Sembilan. Permainan Caklempong ini dianggap sebagai muzik tradisional negeri ini.

TEKNIK PERMAINAN-Terdapat tiga cara bagaimana Caklempong dimainkan : Caklempong dimainkan secara berdiri di mana bonang diletakkan di atas tepak berkaki. Caklempong dimainkan secara duduk di mana tepak tidak berkaki digunakan. Caklempong dimainkan untuk mengiringi perarakan sambil berjalan yang dipanggil Pacik.

*Setiap pemain membawa 2 buah bonang yang digantung pada jari dan diketuk.

VIDEO

ALAT MUZIKEnsembel Caklempong terdiri daripada alat-alat berikut: GeretehTerdiri daripada 15 biji gong kecil yang dipanggil bonang. Alat ini disusun mendatar di atas tepak. Gereteh berperanan memainkan melodi I dan II.Disusun dalam nada C Major satu oktaf termasuk 7 not pilihan.Dibaca dalam trebel klef

TingkahTerdiri daripada 8 biji bonang yang disusun mendatar di atas tepak. Tingkah berperanan memainkan kod.Bermula dari not E, F, G, A, Bb, B, C dan DDibaca dalam bass klef

Notasi

SauwaTerdiri daripada 8 biji bonang yang disusun mendatar di atas tepak. Sauwa memainkan ostinato melodi.* Bonang gereteh, tingkah dan sauwa diperbuat daripada tembaga. Alat-alat ini adalah dalam klasifikasi idiofon yang diketuk dengan pemukul kayu yang berbalut.GendangTerdiri daripada dua buah gendang iaitu gendang ibu dan gendang anak. Gendang ibu memainkan rentak asas manakala gendang anak meningkah rentak asas. Alat ini adalah dalam klasifikasi membranofon, mempunyai dua muka kulit yang dipukul dengan tangan. Baluh gendang ibu dan anak diperbuat daripada kayu nangka manakala muka kulitnya daripada kulit kambing.

BangsiBangsi mempunyai tujuh lubang di bahagian atas dan satu lubang di bahagian bawah.

SerunaiSerunai dan mempunyai 4 lubang.*Serunai dan bangsi adalah sebagai alat tambahan yang memainkan melodi pada tempat-tempat tertentu mengikut gubahan lagu. Alat-alat ini adalah dalam klasifikasi erofon yang ditiup.

Jenis laguTRADISIONAL

MODENFUNGSI CAKLEMPONG

Ensembel Caklempong dimainkan untuk hiburan, upacara-upacara rasmi, majlis perkahwinan, mengiringi tarian lilin, tarian piring, pencak silat, dan dramatari randai. Permainan Caklempong secara Pacik dimainkan untuk mengiringi pengantin dan orang kenamaan dalam majlis-majlis rasmi.