My Pelaburan

21
GMGF 3013 PENGURUSAN ANALISIS PELABURAN AWAM 1.0 PENGENALAN Malaysia merupakan sebuah Negara yang mengamalkan sistem kerajaan demokrasi berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Demokrasi ialah suatu bentuk kerajaan dimana kuasa menggubal undang-undang dan struktur kerajaan adalah ditentukan oleh rakyat. Dalam sistem demokrasi, undang-undang digubal sama ada oleh rakyat atau wakil yang dipilih oleh rakyat. Sebuah negara atau kerajaan yang mengamalkan sistem demokrasi dikenali sebagai sebuah negara atau kerajaaan yang demokratik. Salah satu syarat sistem Demokrasi Berparlimen adalah pembahagian kuasa kepada tiga bahagian di dalam pemerintahan, iaitu Perundangan, Kehakiman dan Pentadbiran atau Eksekutif. Sistem kerajaan di Malaysia terbahagi kepada tiga, iaitu Kerajaan Persekutuan (Pihak Berkuasa Persekutuan), Kerajaan Negeri (Pihak Berkuasa Negeri) dan Kerajaan Tempatan (Pihak Berkuasa Tempatan). Kerajaan tempatan di Malaysia merupakan kerajaan di peringkat paling rendah dalam sesuatu sistem kerajaan di Malaysia. Ia berkuasa untuk mengenakan cukai yang terhad seperti cukai pintu. Selain itu agensi kerajaan ini boleh menguatkuasakan undang-undang kecil ( by-laws ) kepada penduduk yang berada di dalam kawasan pentadbiran mereka. Lazimnya pegawai tertinggi di dalam kerajaan tempatan dipanggil Datuk Bandar bagi bandar raya, manakala Yang di-Pertua Majlis atau Presiden bagi kawasan perbandaran dan juga Majlis-majlis daerah. Perlembagaan Persekutuan Malaysia meletakkan kuasa eksklusif mentadbir kerajaan tempatan kepada kerajaan negeri. Page 1 of 21 NGAH IZWAN BIN ALANG REJAB NO MATRIK : 194638

description

Pelaburan awam

Transcript of My Pelaburan

Page 1: My Pelaburan

GMGF 3013 PENGURUSAN ANALISIS PELABURAN AWAM

1.0 PENGENALAN

Malaysia merupakan sebuah Negara yang mengamalkan sistem kerajaan

demokrasi berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Demokrasi

ialah suatu bentuk kerajaan dimana kuasa menggubal undang-undang dan

struktur kerajaan adalah ditentukan oleh rakyat. Dalam sistem demokrasi,

undang-undang digubal sama ada oleh rakyat atau wakil yang dipilih oleh rakyat.

Sebuah negara atau kerajaan yang mengamalkan sistem demokrasi dikenali

sebagai sebuah negara atau kerajaaan yang demokratik.  Salah satu syarat

sistem Demokrasi Berparlimen adalah pembahagian kuasa kepada tiga bahagian

di dalam pemerintahan, iaitu Perundangan, Kehakiman dan Pentadbiran atau

Eksekutif.

Sistem kerajaan di Malaysia terbahagi kepada tiga, iaitu Kerajaan

Persekutuan (Pihak Berkuasa Persekutuan), Kerajaan Negeri (Pihak Berkuasa

Negeri) dan Kerajaan Tempatan (Pihak Berkuasa Tempatan). Kerajaan

tempatan di Malaysia merupakan kerajaan di peringkat paling rendah dalam

sesuatu sistem kerajaan di Malaysia. Ia berkuasa untuk mengenakan cukai yang

terhad seperti cukai pintu. Selain itu agensi kerajaan ini boleh

menguatkuasakan undang-undang kecil (by-laws) kepada penduduk yang

berada di dalam kawasan pentadbiran mereka. Lazimnya pegawai tertinggi di

dalam kerajaan tempatan dipanggil Datuk Bandar bagi bandar raya,

manakala Yang di-Pertua Majlis atau Presiden bagi kawasan perbandaran dan

juga Majlis-majlis daerah. Perlembagaan Persekutuan Malaysia meletakkan

kuasa eksklusif mentadbir kerajaan tempatan kepada kerajaan negeri.

Page 1 of 22 NGAH IZWAN BIN ALANG REJABNO MATRIK : 194638

Page 2: My Pelaburan

GMGF 3013 PENGURUSAN ANALISIS PELABURAN AWAM

Sebelum kerja-kerja penyusunan semula dan penguatkuasaan Akta

Kerajaan Tempatan 1976, wujud 6 jenis pihak berkuasa tempatan (PBT) yang

keseluruhannya berjumlah 418 buah. Jenis-jenis itu adalah:

Dewan Bandaraya

Majlis Perbandaran

Majlis Bandaran

Lembaga Bandaran

Majlis Daerah Luar Bandar

Majlis Tempatan

Hasil penerapan Akta 171 itu, secara hakikinya wujud hanya dua jenis kerajaan

tempatan iaitu untuk kawasan bandar (Majlis Perbandaran) dan desa (Majlis

Daerah). Namun demikian, Akta 171 itu membenarkan pembentukan kerajaan

tempatan bertaraf bandar raya. Status ini dianugerahkan oleh Yang di-Pertuan

Agong dengan perkenan Majlis Raja-raja. Selain yang dinyatakan oleh Akta 171,

beberapa badan khas telah ditubuhkan dengan peranan sebuah PBT. Badan-

badan ini ditubuhkan sama ada melalui Akta Parlimen mahupun Enakmen dan

Ordinan Negeri.

Hari ini, wujud empat jenis kerajaan tempatan di negara ini yang disusun

mengikut hierarki seperti berikut:

Bandar raya - dikenali sebagai Dewan Bandaraya atau Majlis Bandaraya

Bandar - dikenali sebagai Majlis Perbandaran

Luar bandar - dikenali sebagai Majlis Daerah

Page 2 of 22 NGAH IZWAN BIN ALANG REJABNO MATRIK : 194638

Page 3: My Pelaburan

GMGF 3013 PENGURUSAN ANALISIS PELABURAN AWAM

Kawasan khas - dikenali sebagai Perbadanan atau Pihak Berkuasa

Tempatan

Sistem Kerajaan Tempatan di Malaysia dijalankan berlandaskan

prinsip ultra-vires yang berasal dari perkataan Latin yang membawa maksud

untuk melangkaui kuasa dan juga kecekapan umum. Namun begitu, PBT telah

diberikan kuasa yang luas di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976. Peranan

dan fungsi yang dimandatkan kepadanya bukan sahaja meliputi tugas-tugas

wajib malah boleh menjalankan tugas menurut budi bicara mereka sendiri.

Tugas-tugas wajib itu termasuk pengumpulan sampah, penyelenggaraaan

lampu-lampu jalan dan juga aktiviti-aktiviti berkaitan kesihatan awam. Fungsi

budi bicara itu pula termasuklah peranan pembangunan seperti menyediakan

kemudahan-kemudahan awam, taman-taman rekreasi, perumahan dan juga

kegiatan-kegiatan perdagangan. Menurut Akta 171, PBT diserahkan peranan

dan tugas-tugas berikut:

Kuasa perancang tempatan

Kuasa mengeluarkan lesen

Kuasa mengenakan cukai-cukai tertentu

Membina bangunan, perumahan dan unit-unit perdagangan (pasar,

gerai-gerai)

Kuasa untuk menjalankan fungsi merancang dan menguruskan

kawasan bandar

Mengurus dan mengawal lalu lintas (termasuk mengurus sistem

pengangkutan awam bandaran)

Kuasa untuk merancang dan menyediakan kemudahan-kemudahan

awam

Page 3 of 22 NGAH IZWAN BIN ALANG REJABNO MATRIK : 194638

Page 4: My Pelaburan

GMGF 3013 PENGURUSAN ANALISIS PELABURAN AWAM

Secara amnya, tugas dan peranan PBT ini boleh dikategorikan kepada alam

sekitar, orang awam, sosial dan juga pembangunan.

Jadual di bawah ini menunjukkan peratusan perbelanjaan dalam sektor kerajaan

kepada keluaran dalam negeri kasar sekitar tahun 1966 hingga 2005.

Page 4 of 22 NGAH IZWAN BIN ALANG REJABNO MATRIK : 194638

Page 5: My Pelaburan

GMGF 3013 PENGURUSAN ANALISIS PELABURAN AWAM

2.0 PERUMAHAN AWAM DI MALAYSIA

2.1 Barang Awam

Barang awam merupakan barang yang boleh digunakan oleh

seorang pengguna tanpa menurunkan jumlah yang digunakan oleh orang

lain (Edwin Mansfield, 1996). Selain itu, barang awam juga boleh

didefinisikan sebagai barang dimana penggunaannya tidak diputuskan

oleh pengguna secara perseorangan tetapi oleh masyarakat secara

keseluruhannya dan ia dibiayai oleh percukaian. Ia digunakan tanpa

mengurangkan jumlah yang ada untuk keperluan lain dan tidak boleh

ditahan dari mereka yang tidak membayarnya. Barang Awam juga adalah

statistik ekonomi dan maklumat lain, penguatkuasaan undang-undang dan

ketenteraman, pertahanan negara, taman negara, dan lain-lain. Pasaran

tidak wujud untuk barangan ini dan mereka mesti memperuntukkannya

untuk semua orang. Pihak yang bertanggungjawab dalam penyediaan

barang awam ini ialah kerajaan (BusinessDictionary.com, 2010).

Barang awam mempunyai dua ciri iaitu :

1) Barang yang tiada persaingan (nonrivalrous) bermaksud individu boleh

menggunakan barang yang sama tanpa menurunkan bilangan dan

nilainya kepada individu yang lain. Ia merupakan barangan yang dapat

dinikmati serentak oleh bilangan pengguna yang tidak terhad.

2) Barang yang tiada pengasingan (nonexcludable) bermaksud apabila ia

wujud, semua orang berhak untuk menggunakannya. Individu tidak

boleh dicegah dari menggunakan barang tersebut.

Page 5 of 22 NGAH IZWAN BIN ALANG REJABNO MATRIK : 194638

Page 6: My Pelaburan

GMGF 3013 PENGURUSAN ANALISIS PELABURAN AWAM

Antara contoh barang awam adalah pertahanan negara,

perlindungan polis, penambahbaikan jalanraya, lebuh raya dan jambatan,

lampu isyarat, pendidikan sekolah rendah dan menengah, tempat letak

kereta awam, siaran radio awam, siaran televisyen awam, penjagaan

kualiti udara dan air.

Barang awam banyak berhadapan dengan masalah free-riding.

Free-riding ialah seseorang yang menikmati maanfaat dari barangan atau

perkhidmatan melebihi daripada penggunaan yang sepatutnya tanpa perlu

membayarnya. Contohnya, dalam pengangkutan awam, terdapat

pengguna yang menaikinya tanpa membayar tambang. Sekiranya ramai

orang melakukan perkara ini, maka sistem pengangkutan awam tersebut

akan tergendala kerana mengalami masalah peruntukkan wang untuk

menjalankan operasinya.

2.2 Perumahan Awam

Perumahan juga merupakan salah satu contoh barangan awam. Ia

mempunyai pelbagai skop definisi yang luas.  Definisi yang paling asas,

perumahan ialah bangunan atau struktur fizikal, tempat tinggal atau

tempat berlindung.  Namun definisi perumahan mencakupi tempat untuk

melaksanakan pelbagai aktiviti menjana ekonomi dan membangunkan

kehidupan serta merangkumi isu-isu perancangan dan alam sekitar.

Perumahan didefinisikan sebagai satu aktiviti dan proses.  Menurut Turner

(1976) perumahan perlu dilihat sebagai suatu aktiviti yang melibatkan

setiap individu dan sebahagian daripada masa dan tabungan mereka. 

Page 6 of 22 NGAH IZWAN BIN ALANG REJABNO MATRIK : 194638

Page 7: My Pelaburan

GMGF 3013 PENGURUSAN ANALISIS PELABURAN AWAM

Perumahan juga sebahagian daripada industri dan pengguna kepada

sebahagian besar  tanah-tanah Bandar. 

Menurut Parid Wardi (1997:830) pula, mengemukakan perumahan

sebagai suatu proses.  Menurut beliau untuk memperolehi rumah, ia

melibatkan perancangan dan proses perluasan atau pertambahan yang

tiada hentinya.  Sehubungan dengan itu, perumahan boleh dijadikan

sebagai instrument dan alat perubahan contohnya untuk meningkatkan

taraf dan kualiti kehidupan.  Perumahan juga boleh didefinisikan sebagai

ruang membangun sebuah kehidupan.  Selain menjadi tempat untuk

berlindung, perumahan juga mengandungi konsep keselamatan, kasih

sayang, keamanan dan kebebasan.  Oleh itu perumahan mestilah

berfungsi sebagai ruang kehidupan untuk anak-anak, suami isteri dan

golongan tua.  Perumahan yang selesa menyumbang kepada kesihatan

dan kesejahteraan hidup, keyakinan dan keselamatan.  Sehubungan itu,

cara perumahan disediakan dan pemilikannya akan memberi kesan

terhadap matlamat pembangunan seperti agihan kekayaan dan

pembasmian kemiskinan. Tambahan pula, perumahan juga penting

kepada ekonomi Negara yang mana boleh diukur dalam bentuk guna

tenaga, pengeluaran, pelaburan dan perbelanjaan pengguna dan dilihat

berdasarkan.  

Page 7 of 22 NGAH IZWAN BIN ALANG REJABNO MATRIK : 194638

Page 8: My Pelaburan

GMGF 3013 PENGURUSAN ANALISIS PELABURAN AWAM

Menurut Green (1997 ) pelaburan dalam perumahan akan memberi

perubahan kepada KNK dan perubahan tersebut seterusnya akan

melibatkan perubahan dalam sektor bukan perumahan.  Oleh itu,

pelaburan dalam perumahan akan memberi kesan yang berganda kepada

pelaburan dalam sektor yang lain dan seterusnya merangsang ekonomi

sesebuah Negara.  Berdasarkan kepentingan perumahan dalam ekonomi

dan pembangunan sesebuah Negara, isu-isu berkaitan dengan

perumahan masih menjadi tajuk perbincangan yang berlanjutan bagi

golongan akademik dan juga golongan pembuat dasar.

Rumah yang dibina sendiri oleh pihak kerajaan atau yang dibeli

daripada oleh pemaju yang mempunyai piawaian yang ditetapkan oleh

Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri. Perumahan yang

dibina tersebut mempunyai kemudahan asas yang sempurna seperti

bekalan air bersih, elektrik, sistem kumbahan pembentungan najis dan

mempunyai jalan masuk. Rumah yang dibina ini diperolehi melalui

peruntukan Kerajaan melalui sesebuah Jabatan atau Kementerian.  

Dasar perumahan negara adalah untuk  menyediakan perumahan

yang mencukupi, berkualiti dan dalam kemampuan semua rakyat dari

segenap lapisan masyarakat terutama bagi golongan yang berpendapatan

rendah. Oleh itu kerajaan telah membentuk dasar dan program–program

tertentu bagi mencapai matlamat dasar perumahan negara. Peraturan dan

panduan untuk industri perumahan (Lawrence Chan,1997) termasuklah

Akta Pemaju. Pihak Berkuasa yang bertanggung jawab di dalam

Page 8 of 22 NGAH IZWAN BIN ALANG REJABNO MATRIK : 194638

Page 9: My Pelaburan

GMGF 3013 PENGURUSAN ANALISIS PELABURAN AWAM

pembangunan perumahan adalah Kementerian perumahan dan Kerajaan

Tempatan. Kementerian ini memainkan peranan utama dalam

melaksanakan dasar-dasar  Kerajaan, khususnya kepada pembangunan

rumah kos rendah dan rumah kos sederhana rendah bagi memastikan

golongan berpendapatan rendah dan sederhana rendah berpeluang dan

mampu memiliki rumah.

  

Sesetengah Negara menggunakan sektor perumahan untuk

meransang ekonomi selepas berlakunya kemelesetan ekonomi. Mengikut

Green, 1997 perumahan merupakan sektor yang memainkan peranan

penting untuk menggerakkan aktiviti ekonomi yang lain daripada keadaan

kemelesetan. Perumahan bukan sahaja mewujudkan pekerjaan dalam

industri perumahan tetapi juga kepada industri-industri yang berkaitan

dengan perumahan seperti industri yang menghasilkan bahan binaan dan

peralatan perumahan. Oleh itu perumahan boleh meransang ekonomi

negara secara relative berbanding dengan bentuk-bentuk perbelanjaan

kerajaan yang lain.

Kebanyakkan institusi perumahan ditubuhkan oleh kerajaan adalah

bertujuan untuk meransang pertumbuhan ekonomi. Selain itu juga ianya

dapat mempertingkatkan keadilan dan kesaksamaan dan keseimbangan

sosial. Hal ini dapat diukur melalui perlaksanaan pembahagian subsidi

bagi memastikan rakyat mempunyai peluang yang saksama untuk

meningkatkan taraf hidup. Misalnya program perumahan untuk setinggan

atau program perumahan untuk golongan berpendapatan rendah.

Page 9 of 22 NGAH IZWAN BIN ALANG REJABNO MATRIK : 194638

Page 10: My Pelaburan

GMGF 3013 PENGURUSAN ANALISIS PELABURAN AWAM

Selain itu, ianya dapat mengatasi masalah keuntungan monopoli

atau rumah yang tidak berkualiti, bilangan rumah baru yang tidak

mencukupi terutama rumah kos rendah. Dengan adanya pembangunan

yang telah disusun secara lestari, ianya dapat mempertingkatkan

kesihatan awam. Kesihatan awam ini dapat dilihat dari sudut kehidupan

seperti menyediakan kemudahan-kemudahan iaitu bekalan air, sistem

perparitan dan keadaan persekitaran. Program subsidi yang dilaksanakan

hendaklah memberi impak yang maksimum terhadap keadaan fizikal dan

sosial.

Penyediaan perumahan yang mencukupi hendaklah mengikut

keperluan golongan yang memerlukannya. Rumah merupakan keperluan

asas dan selaras dengan “shelter for all”. Kerajaan komited dalam

memastikan bahawa semua rakyat mampu memiliki atau menyewa

rumah. Walau bagaimanapun, keperluan perumahan untuk golongan

yang berpendapatan rendah, iaitu golongan yang mempunyai isi rumah

kurang daripada RM2,500 sebulan masih belum mencukupi. Oleh itu

kerajaan dan badan berkanun perlu meneruskan usaha penyediaan

Projek Perumahan Awam untuk disewa atau dibeli oleh semua golongan

rakyat, termasuk orang kelainan upaya (OKU), warga emas serta ibu

tunggal. Perlaksanaan rumah-rumah kos sederhana oleh badan berkanun

juga digalakkan bagi memenuhi keperluan golongan isi rumah.

Page 10 of 22 NGAH IZWAN BIN ALANG REJABNO MATRIK : 194638

Page 11: My Pelaburan

GMGF 3013 PENGURUSAN ANALISIS PELABURAN AWAM

Peningkatan kualiti dan produktiviti pembinaan perumahan

walaupun pada umumnya kebanyakkan rumah didirikan telah mencapai

tahap kualiti minimum yang ditetapkan, masih terdapat pemaju yang tidak

memenuhi piawaian yang telah ditetapkan dan menyebabkan kualiti

pembinaan rumah adalah rendah. Penggunaan bahan binaan yang tidak

berkualiti dan kekurangan tenaga mahir dalam bidang pembinaan serta

kebergantungan kepada tenaga asing yang tidak terlatih juga merupakan

antara faktor utama menyebabkan rumah yang dibina kurang berkualiti

serta tidak mengikut standard piawaian.

Oleh itu Dasar Perumahan Negara telah menggariskan usaha-

usaha untuk meningkatkan kualiti dan produktiviti pembinaan perumahan

dengan menggalakkan tenaga kerja mahir dan terlatih yang bertauliah dan

menggunakan bahan yang berkualiti.

Page 11 of 22 NGAH IZWAN BIN ALANG REJABNO MATRIK : 194638

Page 12: My Pelaburan

GMGF 3013 PENGURUSAN ANALISIS PELABURAN AWAM

3.0 PROJEK PERUMAHAN AWAM OLEH DBKL

Pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah dipertanggungjawabkan

untuk melaksanakan Projek Perumahan Awam.

KATEGORI RUMAH DAN JUMLAH UNIT

KATEGORI RUMAH JUMLAH UNIT

  PERUMAHAN AWAM DBKL 20,614

  PPR DBKL 5,297

  RUMAH PANJANG / SEMENTARA 2,180

  PPR MTEN 28,970

  JUMLAH KESELURUHAN 57,061

 

 

KATEGORI RUMAH JUMLAH UNIT

RUMAH JUAL DBKL 13,970

Page 12 of 22 NGAH IZWAN BIN ALANG REJABNO MATRIK : 194638

Page 13: My Pelaburan

GMGF 3013 PENGURUSAN ANALISIS PELABURAN AWAM

3.1 Penyewaan Rumah Awam DBKL

Syarat - syarat Kelayakan Penyewaan PA

1. Suami dan isteri warganegara malaysia

2. Berkahwin dan berkeluarga - mempunyai anak bagi rumah kos

rendah dan projek perumahan rakyat

3. Pendapatan terkumpul suami dan isteri hendaklah:

o RM 300.00 hingga RM 2500.00 - kos rendah

o RM 201.00 hingga RM 1200.00 - PPR

o RM 1500.00 hingga RM 3500.00 - kos sederhana

Page 13 of 22 NGAH IZWAN BIN ALANG REJABNO MATRIK : 194638

Page 14: My Pelaburan

GMGF 3013 PENGURUSAN ANALISIS PELABURAN AWAM

4. Suami dan isteri tinggal atau bekerja di wilayah persekutuan Kuala

Lumpur

5. Tidak mempunyai rumah atau tanah didalam Wilayah Persekutuan

Kuala Lumpur dan didalam lingkungan 35 km dari pusat bandar dan

persekitaran Lembah Klang

KADAR SEWA – UNIT KEDIAMAN

PERUMAHAN AWAM / PPR MTEN

JENIS UNITKADAR SEWA

SEBULAN

UNIT STUDIO RM 55.00

1 BILIK RM 94.00

2 BILIK RM 124.00

3 BILIK RM 124.00

3 BILIK (UBAHSUAI) RM 218.00

Pihak kerajaan bersetuju mewujudkan satu dana khas untuk membantu

golongan miskin yang tidak mampu membayar sewa rumah dan

mempunyai tunggakan yang tinggi dengan menggunakan 10 peratus

daripada hasil jualan Perumahan Awam DBKL dan PPR MTEN yang

sedang dijalankan oleh kerajaan ketika ini. Pengumuman ini dibuat oleh

Yang Berhormat Dato’ Raja Nong Chik Dato’ Raja Zainal Abidin, Menteri

Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar pada Majlis Penyerahan

Skim Khas Bantuan Sewa Rumah PPR / PA DBKL di Perumahan Awam

(DBKL) Setapak Jaya A1 pada 3 Jun 2012 lalu.

Dalam ucapan perasmiannya beliau berkata, penyewa yang layak untuk

menerima bantuan ini adalah mereka yang berdaftar dengan e-kasih yang

Page 14 of 22 NGAH IZWAN BIN ALANG REJABNO MATRIK : 194638

Page 15: My Pelaburan

GMGF 3013 PENGURUSAN ANALISIS PELABURAN AWAM

diseliakan oleh ICU, Jabatan Perdana Menteri di bawah kategori miskin

tegar, miskin dan mudah miskin. Dalam masa yang sama juga, pihak

DBKL telah mula melakukan semakan untuk menentukan penyewa yang

layak menerima bantuan ini berdasarkan beberapa kriteria.

Pada majlis tersebut, seramai 348 orang penyewa Perumahan

Awam DBKL dan PPR menerima surat pengesahan sebagai penerima

skim bantuan sewa rumah dalam kawasan Parlimen Setiawangsa yang

telah dikenal pasti layak serta memenuhi syarat yang ditetapkan.

3.2 Skim Pembiayaan Penjualan Perumahan Awam

Skim pembiayaan penjualan rumah “Perumahan Awam Dewan Bandaraya

Kuala Lumpur (PA DBKL)” merupakan satu skim pembiayaan yang

dirangka bersama oleh Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP),

Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar (KWPKB)

dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Skim ini akan diurus tadbir 

oleh Syarikat Perumahan Wilayah Persekutuan (SPWP), sebuah syarikat

milik penuh YWP, yang ditubuhkan khas untuk tujuan ini.  Program

penjualan rumah PA DBKL telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk

Seri Najib Tun Razak pada 10 Oktober 2009 sebagai hadiah kepada

rakyat dalam usaha membantu golongan berpendapatan rendah,

khususnya penyewa, untuk memiliki rumah sendiri di bawah konsep “Satu

Keluarga Satu Rumah.”

Ia merupakan Skim alternatif dan tidak diwajibkan kepada setiap

pembeli PPR dan PA. Pembeli mempunyai pilihan untuk mendapatkan

Page 15 of 22 NGAH IZWAN BIN ALANG REJABNO MATRIK : 194638

Page 16: My Pelaburan

GMGF 3013 PENGURUSAN ANALISIS PELABURAN AWAM

pinjaman melalui institusi kewangan lain. Bagaimanapun, penghuni yang

belum berkemampuan diberi jaminan boleh terus menyewa PPR yang

didiami sehingga mereka berupaya membeli rumah itu pada suatu masa

nanti.

Setakat 30 September tahun 2012, sebanyak 35,095 borang

pembelian telah diedarkan. Sebanyak 23,431 penyewa telah menyatakan

persetujuan untuk menerima tawaran membeli rumah-rumah tersebut,

manakala seramai 18,828 bakal pembeli yang layak, telah menerima surat

tawaran pembelian rumah daripada pihak DBKL

Objektif skim pembiayaan ini adalah:

1. Membantu pihak kerajaan khususnya DBKL dalam melaksanakan

proses penjualan rumah yang diumumkan oleh YAB Perdana

Menteri pada 10 Oktober 2009.

2. Membantu bakal pembeli yang berminat dan berkemampuan untuk

memiliki aset (rumah) di bandaraya Kuala Lumpur yang sekarang

ini disewa daripada DBKL.

3. Memudahkan bakal pembeli untuk membiayai pembelian rumah

yang ditawarkan kepada mereka oleh DBKL tanpa melalui institusi

perbankan.

Skim ini berbeza dari pinjaman yang ditawarkan oleh institusi kewangan

lain adalah dari segi ciri-ciri skim ini. Antara ciri tersebut adalah:

Tiada bayaran pendahuluan / deposit

Page 16 of 22 NGAH IZWAN BIN ALANG REJABNO MATRIK : 194638

Page 17: My Pelaburan

GMGF 3013 PENGURUSAN ANALISIS PELABURAN AWAM

Pembiayaan sehingga 100% termasuk Insurans, Bayaran

Pindah Milik dan Khidmat Guaman

Pengecualian duti setem

Kadar keuntungan 6.5%

Pembiayaan mengikut Prinsip Syariah

Tempoh pembiayaan sehingga 25 tahun

Pembiayaan boleh dibuat secara bersama (Co-Borrower)

Seseorang yang merupakan penyewa sedia ada yang ditawarkan

pembelian oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan dia tidak

diisytiharkan muflis adalah layak untuk memohon.

Syarat - Syarat Kelayakan:

1. Suami dan isteri warganegara malaysia

2. Berkahwin dan berkeluarga - mempunyai anak bagi rumah kos

rendah dan projek perumahan rakyat

3. Pendapatan terkumpul suami dan isteri hendaklah:

o RM 300.00 hingga RM 2500.00 - kos rendah

o RM 201.00 hingga RM 1200.00 - ppr

o RM 1500.00 hingga RM 3500.00 - kos sederhana

4. Suami dan isteri tinggal atau bekerja di Wilayah Persekutuan Kuala

Lumpur

5. Tidak mempunyai rumah atau tanah didalam Wilayah Persekutuan

Kuala Lumpur dan didalam lingkungan 35 km dari pusat bandar dan

persekitaran Lembah Klang

Page 17 of 22 NGAH IZWAN BIN ALANG REJABNO MATRIK : 194638

Page 18: My Pelaburan

GMGF 3013 PENGURUSAN ANALISIS PELABURAN AWAM

Page 18 of 22 NGAH IZWAN BIN ALANG REJABNO MATRIK : 194638

Page 19: My Pelaburan

GMGF 3013 PENGURUSAN ANALISIS PELABURAN AWAM

4.0 SUMBANGAN KEPADA ORANG AWAM

Peranan yang dimainkan oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

seharusnya dipuji kerana ianya bukan sahaja membantu rakyat memiliki rumah

sendiri malah lebih daripada fungsi kemasyarakatan tersebut.

Pelaburan yang dibuat oleh pihak kerajaan tempatan dengan usaha sama

DBKL telah memberikan impak yang cukup hebat kepada sistem sosial negara.

Antara sumbangan dan kesan positif yang dapat dilihat melalui penyediaan

Projek Perumahan Awam ini adalah ianya dapat mengurangkan masalah gejala

sosial dikalangan rakyat. Hal ini dapat dilihat dengan adanya unit rumah yang

selesa, maka rakyat akan kurang melakukan jenayah seperti kecurian, dan

pecah rumah. Wujudnya gejala sosial sebegini adalah disebabkan kurang

mendapat perhatian ibu bapa dan keluarga. Dengan adanya perumahan yang

dapat menjanjikan keselesaan, anak-anak akan mempunyai lebih masa yang

dapat diluangkan bersama keluarga.

Selain itu, sistem kekeluargaan juga dapat ditingkatkan dan sekali gus

dapat mengelakkan masalah cerai berai dan anak-anak jalanan atau

gelandangan. Kenyataan “Rumah ku Syurga ku” memberikan pandangan yang

tepat terhadap isu ini. Melalui pelaburan, kerajaan akan berusaha untuk

memastikan kehidupan yang selesa kepada rakyat. Rumah yang selesa dapat

menjanjikan kehidupan yang lebih selesa. Hal ini sekaligus dapat mengurangkan

jumlah gelandangan di kota raya yang akan mencemarkan aspek pelancongan

negara. Keindahan negara akan dikotori dengan adanya mereka-mereka yang

Page 19 of 22 NGAH IZWAN BIN ALANG REJABNO MATRIK : 194638

Page 20: My Pelaburan

GMGF 3013 PENGURUSAN ANALISIS PELABURAN AWAM

tidak mempunyai tempat tinggal dan akan membuatkan pelancong tidak selesa

dengan keadaan yang terpamer.

Perumahan Awam juga akan menjanjikan peningkatan dalam sistem

pelajaran negara. Anak-anak yang selesa akan mudah untuk mengikuti segala

pelajaran yang diberikan kepada mereka ketika di sekolah. Otak yang cerdas

adalah bermula di rumah. Sistem kekeluargaan yang baik disamping rumah

yang selesa akan memberikan pulangan yang besar kepada pemikiran anak-

anak.

Dari sudut ekonomi pula, perumahan awam yang terbina akan

mengurangkan tahap kemiskinan bandar rakyat. Kadar sewa dan jualan yang

rendah memungkinkan rakyat untuk membeli dan menyewa rumah yang

disediakan. Dengan ini, rakyat dapat membelanjakan kewangannya ke arah

yang lebih penting seperti pelajaran anak-anak dan keperluan asas yang lain.

Page 20 of 22 NGAH IZWAN BIN ALANG REJABNO MATRIK : 194638

Page 21: My Pelaburan

GMGF 3013 PENGURUSAN ANALISIS PELABURAN AWAM

5.0 PENUTUP

Usaha daripada pihak DBKL adalah sangat membantu orang awam dalam usaha

memiliki rumah sendiri. Namun demikian, pihak DBKL dan kerajaan tempatan

seharusnya memikirkan masalah kekurangan parkir kenderaan yang berlaku di

kawasan perumahan awam tersebut. Masalah ini secara tidak langsung telah

mendatangkan kesesakan kepada orang awam. Walaupun masalah parkir akan

melanda rakyat, namun demikian, pelaburan yang dilakukan tetap telah

memberikan impak yang sangat positif terhadap pembangunan orang awam.

Wawasan 2020 yang diperkenalkan oleh mantan perdana menteri akan

dapat dicapai dengan adanya usaha sama di antara badan kerajaan dan badan

berkanun serta badan swasta. Kerjasama yang erat di antara ketiga-tiga badan

dapat mengurangkan kelemahan yang ada di antara badan.

Page 21 of 22 NGAH IZWAN BIN ALANG REJABNO MATRIK : 194638

Page 22: My Pelaburan

GMGF 3013 PENGURUSAN ANALISIS PELABURAN AWAM

Rujukan

1. Kamus Dewan, Cetakan petama (Edisi Baru) Kuala Lumpur:Dewan

bahasa dan Pustaka ,1989

2. Kamus Pelaburan, Kuala Lumpur ,DBP,1997

3. Shamsudin Ismail, Pelaburan, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992

4. Kramadibrata, Soedjono, Perencanaan pelaburan, Ganeca Exact,

Bandung, 1985

5. Rosalan Haji Ali, Pelaburan : penilaian dan penerapan, Dewan Bahasa

dan Pustaka, 1992

6. Azizi Ali, Pelaburan unit amanah, Kuala Lumpur: TrueWealth Publishing,

2007

7. Barjoyai Bardai, Strategi pelaburan, Seri Kembangan: Utusan Publications

& Distributors Sdn Bhd, 1998

8. Hisham Sabrim Paradigma etika pelaburan menurut perspektif Islam,

Penerbit USIM, 2008

Page 22 of 22 NGAH IZWAN BIN ALANG REJABNO MATRIK : 194638