MZU esei.docx

4
1. Jelas dan huraikan bagaimana guru muzik membuat persediaan dalam pengajaran nyanyian lagu kanak-kanak Tahap 1 dengan menggunakan kibod sebagai alat muzik iringan. (20 markah) Untuk mengajar nyanyian lagu,seseorang guru muzik perlu mengambil kira beberapa perkara yang penting serta membuat persediaan dengan cukup bagi penghasilannya akan lebih menarik dan berkesan. Pertama sekali, guru muzik perlu membuat persediaan dalam pemilihan lagu. Pemilihan lagu yang baik banyak bergantung kepada aspek-aspek usia, minat serta kebolehan pelajar. Untuk guru muzik yang ingin mengajar kanak-kanak tahap 1, lagu ya dipilih oleh guru muzik tersebut haruslah sesuai dengan renj suara kanak-kanak iaitu lagu tersebut tidak boleh terlalu tinggi atau terlalu rendah. Selain itu, guru muzik memilih lagu yang mempunyai irama dan melodi yang dapat menarik hati kanak-kanak terutamanya tidak terlalu sukar dan mencabar. Contohnya, irama, melodi dan senikata itu adalah berulang-ulang. Senikata yang gembira juga perlu diperhatikan dan kalau b lagu tersebut lebih berkaitan dengan sesuatu cerita atau peristiwa dan mempunyai per tentang kehidupan harian kanak-kanak. Persiapan kedua ialah menentukan jenis-jenis lagu yang ingin diajar. agi kanak kanak tahap 1, jenis lagu yang terbaik adalah berkaitan dengan perayaan, berdasarkan gambar dan cerita, lagu-lagu beraksi serta lagu-lagu sol!a. "eni yang dapat menarik hati kanak-kanak akan menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran agar lebih lancar dan berkesan. Satu perkara yang terpenting dan juga merupakan persiapan yang wajib dijalankan oleh setiap guru muzik ialah persiapan diri sendiri. Seseorang guru yang ingin menga muzik mestilahmempunyai pengetahuan asas terhadap muzik. #uru muzik perlu memahami konsep muzik dan perlu mengenal pasti kaedah mengajar menyanyi yang akan digunakan. $aedah untuk mengajar nyanyian mengandungi kaedah keseluruhan lag kaedah baris demi baris dan kadah sol!ege. agi kanak-kanak tahap 1, kaedah yang ses untuk digunakan dalam pengajaran nyanyian ialah kaedah baris demi baris dan kaedah sol!ege. %ang pentingialah, kaedah-kaedah yang digunakan dalam pengajarandan pembelajaran dapat mewujukan suasana pembelajaran yang lenih kreati! serta menarik. &i samping itu, seseorang muzik juga harus ber!ikir apa-apa perkara yang mungki berlaku pada kelasnya dan sudah bersedia untuk menghadapinya dan menyelesaikannya. #uru-guru boleh membuat ramalan seperti murid-murid tidak memberi perhatian semasa belajar muzik di kelas, murid-murid yang lemah atau kurang berminat dalam subjek muz

Transcript of MZU esei.docx

1. Jelas dan huraikan bagaimana guru muzik membuat persediaan dalam pengajaran nyanyian lagu kanak-kanak Tahap 1 dengan menggunakan kibod sebagai alat muzik iringan. (20 markah) Untuk mengajar nyanyian lagu, seseorang guru muzik perlu mengambil kira beberapa perkara yang penting serta membuat persediaan dengan cukup bagi penghasilannya akan lebih menarik dan berkesan. Pertama sekali, guru muzik perlu membuat persediaan dalam pemilihan lagu. Pemilihan lagu yang baik banyak bergantung kepada aspek-aspek usia, minat serta kebolehan pelajar. Untuk guru muzik yang ingin mengajar kanak-kanak tahap 1, lagu yang dipilih oleh guru muzik tersebut haruslah sesuai dengan renj suara kanak-kanak iaitu nada lagu tersebut tidak boleh terlalu tinggi atau terlalu rendah. Selain itu, guru muzik juga perlu memilih lagu yang mempunyai irama dan melodi yang dapat menarik hati kanak-kanak terutamanya tidak terlalu sukar dan mencabar. Contohnya, irama, melodi dan senikata lagu itu adalah berulang-ulang. Senikata yang gembira juga perlu diperhatikan dan kalau boleh lagu tersebut lebih berkaitan dengan sesuatu cerita atau peristiwa dan mempunyai perkaitan tentang kehidupan harian kanak-kanak. Persiapan kedua ialah menentukan jenis-jenis lagu yang ingin diajar. Bagi kanak-kanak tahap 1, jenis lagu yang terbaik adalah berkaitan dengan perayaan, lagu-lagu berdasarkan gambar dan cerita, lagu-lagu beraksi serta lagu-lagu solfa. Jenis lagu-lagu yang dapat menarik hati kanak-kanak akan menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran agar lebih lancar dan berkesan.Satu perkara yang terpenting dan juga merupakan persiapan yang wajib dijalankan oleh setiap guru muzik ialah persiapan diri sendiri. Seseorang guru yang ingin mengajar muzik mestilah mempunyai pengetahuan asas terhadap muzik. Guru muzik perlu memahami konsep muzik dan perlu mengenal pasti kaedah mengajar menyanyi yang akan digunakan. Kaedah untuk mengajar nyanyian mengandungi kaedah keseluruhan lagu, kaedah baris demi baris dan kadah solfege. Bagi kanak-kanak tahap 1, kaedah yang sesuai untuk digunakan dalam pengajaran nyanyian ialah kaedah baris demi baris dan kaedah solfege. Yang penting ialah, kaedah-kaedah yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran dapat mewujukan suasana pembelajaran yang lenih kreatif serta menarik.Di samping itu, seseorang muzik juga harus berfikir apa-apa perkara yang mungkin berlaku pada kelasnya dan sudah bersedia untuk menghadapinya dan menyelesaikannya. Guru-guru boleh membuat ramalan seperti murid-murid tidak memberi perhatian semasa belajar muzik di kelas, murid-murid yang lemah atau kurang berminat dalam subjek muzik, murid-murid yang selalu menyanyi pic yang sumbang dan sebagainya. Guru-guru mestilah mencari cara untuk menyelesaikan masalah tersebut tetapi bukanlah membiarkan mereka sahaja. Kesabaran seseorang guru muzik perlu diamalkan sepenuhnya semasa menghadapi murid-murid. Sebelum mengajar kanak-kanak menyanyi, guru muzik tersebut haruslah melatih untuk menyanyi dahulu dan membuat nota-nota tentang cara yang terbaik untuk pengajaran. Selain itu, menggunakan alat muzik seperti kibod sebagai iringan lagu tersebut juga akan menambah suasana yang baik dan lagu itu juga akan mejadi lebih sedap sekiranya mempunyai iringan. Oleh itu, guru muzik perlu berlatih kord-kord pada lagu tersebut dan mencari iringan muzik (accompaniment) yang sesuai pada lagu tersebut dan masukan juga (pemulaan) intro, fill in dan (penamatan) ending terhadap lagu tersebut. Aktiviti-aktiviti ini perlu menggunakan untuk membuat latihan sehingga guru muzik tersebut dapat menguasai keseluruhan lagu yang ingin diajar. Lagu yang guru muzik dimainkan mestilah lancar supaya tidak akan menjadi gangguan atau mempengaruhi nyanyian kanak-kanak.Kesimpulannya, guru-guru muzik haruslah mengetahui aspek-aspek yang harus dipertimbangkan dalam mengajar nyanyian seperti pemilihan tajuk dan objektif lagu, menyesuaikan lagu dengan tema, memilih lagu yang sesuai serta teknik yang kepelbagaian semasa mengajar nyanyian. Persediaan seseorang guru muzik sebelum mengajar nyanyian adalah sangat penting dan tidak boleh diabaikan.

2. Nyata dan huraikan kelebihan kibod berbanding alat muzik lain sebagai alat bantu mengajar Pendidikan Muzik di sekolah rendah dalam bidang teori, nyanyian, permainan perkusi dan muzik dengan gerakan. Berikan beberapa contoh aktiviti muzikal mengikut semua bidang di mana kibod boleh digunakan bagi membantu pengajaran dan pembelajaran muzik yang lebih berkesan. (30 markah)Kibod mempunyai banyak kelebihan jika berbanding dengan alat bantu muzik yang lain. Kibod merupakan laat muzik yang lebih mudah dibawa ke mana-mana jika berbanding dengan piano atau organ. Kibod seseorang mampu dimiliki dari yang murah hingga yang berjenama dan canggah. Setiap orang yang membeli kibod mempunyai pilihan untuk memilih kibod yang dia sukai. Dari segi bidang teori, kibod telah memberi sumbangan yang besar terhadapnya dan jelas untuk lihat kebaikannya. Pemuzik selalu belajar muzik dengan memakai alat muzik kibod kerana ia lebih mudah untuk memahami teori muzik semasa belajar. Kita sentiasa membuat teori muzik dengan merujukan kibod. Dengan menggunakan kibod, kita akan mengetahui kord apa yang kita main. Semasa belajar jeda (interval), kita juga melihat papan kunci kibod untuk mengira semiton sebagai pemeriksa kali ke-2.Bagi nyanyian, kibod boleh demo sekali dan sebagai panduan dan tambahan semasa ajaran nyanyian. Kibod juga boleh memudahkan seseorang guru yang mengajar murid-murid menyanyi kerana kibod mrupakan alat muzik iringan kepada nyanyian. Semasa murid-murid menyanyi, guru muzik boleh sambil memainkan melodi dengan kibod supaya murid-murid dapat menyanyikan pic lagu yang tepat. Kibod juga dapat membantu murid-murid yang menyanyi pic sumbang supaya membetulkan pic yang sumbang. Kibod boleh digunakan untuk memain melodi, boleh menjadikan iringan kepada sesebuah lagu dan juga boleh memakai iringan kord automatik yang sedap. Selain itu, kibod juga membolehkan kita mengenal pelbagai ton bunyi alat muzik moden dan tradisional atau ethnik. Kibod juga mempunyai kesan bunyi dan animasi suara.Kita akan dapat mengenal pelbagai bunyi alat perkusi moden dan tradisional dalam permainan perkusi dengan menggunakan kibod. Bunyi alat perkusi yang terdapat dalam kibod dapat menghasilkan pelbagai rentak dan kita boleh mengenal dan mempelajari pelbagai rentak di dalam kibod sama ada rentak moden atau rentak tradisional. Dengan memakai pelbagai rentak ini, guru muzik juga boleh mengajar murid-murid tentang muzik dengan gerakan. Guru muzik boleh menyuruh murid-murid membuat gerakan mengikut rentak yang dihasil dan juga boleh mencungkil kreativiti murid-murid dari segi gerakan.Selain kelebihan di atas, kelebihan lain bagi kibod seperti boleh dimain kibod secara teknik piano dan boleh dirakam permainan dan mendengar semula. Di samping itu, menggunakan kibod juga dapat memprogramkan permainan lagu-lagu. Kibod juga boleh digunakan untuk mencipta lagu dan membuat kerja-kerja gubahan lagu. Kita juga boleh down load muzik atau lagu dari internet dan simpan dalam memori kibod. Kibod juga mempunyai muzik kaunter tambahan sebagai iringan. Kita boleh memainkan kibod secara duduk ataupun berdiri. Akhirnya, kibod juga boleh digunakan untuk membuat persembahan secara ensembel.Beberapa contoh aktiviti muzikal yang boleh dilakukan seperti persembahan kibod ensembel, bermain kibod secara individu dan secara pasangan, menyanyi dengan iringan kibod dan juga gerakan ikut rentak kibod. Aktiviti kibod ensembel boleh meningkatkan pengetahuan dan pengalaman tentang teknik permainan kibod. Dengan ini, juga dapat melihat nilai kerjasama dan bersatu padu antara pemain. Bagi aktiviti menyanyi dengan iringan kibod, murid-murid akan lebih menarik hati berbanding dengan nyanyian tanpa iringan. Kibod juga sebagai panduan untuk memberi pic lagu yang betul dan dapat meyakinkan murid-murid malu atau takut semasa menyanyi. Menggunkaan kibod untuk mengiring nyanyian murid-murid juga dapat menambahbaikkan pic mereka. Sesebuah kibod terdapat banyak rentak yang berbeza genrenya. Guru boleh menyuruh murid-murid membuat secara pasangan dan memilih rentak yang gemar untuk menghasilkan gerakan mengikuti rentak secara kreatif. Aktiviti ini bolh dijalankan secara pertandingan. Aktiviti bermain kibod secara individu dan secara pasangan dapat menilai tingkah laku muzikal mereka. Selain itu, aktiviti ini juga boleh meningkatkan kemahiran kibod murid-murid dan juga meningkatkan kemahiran muzikal mereka.