NAAS lwn MKAA - jakess.gov.my 2019/NAAS v MKAA.pdf · memeluk Islam di Majlis Agama Islam Selangor...
-
Upload
vuongthuan -
Category
Documents
-
view
241 -
download
0
Transcript of NAAS lwn MKAA - jakess.gov.my 2019/NAAS v MKAA.pdf · memeluk Islam di Majlis Agama Islam Selangor...
1
DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH
DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
NAAS lwn MKAA
[Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Selangor. Kes Mal Bil : 10008-013-1733-2015
(Tuan Kamarulzaman bin Ali, HMRS Gombak Barat)]
[06 Jamadil Awal 1437H bersamaan 15 Februari 2016 M]
Seksyen 46 (2) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 -
Permohonan Pengisytiharan Pembubaran Perkahwinan disebabkan Pertukaran Agama ––
sama ada Mahkamah Syariah mempunyai bidangkuasa mendengar permohonan .
Prolog
اايا ينااأيه ذااأ منوااالذااافامتحنوهنذاامهاجرات ااالمؤمناتااجاءكااا نذااأعلاااللذ ميان
نااااب
اعلمتموهنذاافا
لااترجعوهنذاافلاامؤمنات الهونااهااولاالهمااحل ااهنذاالاااالكفذارااا اولاااأنفقواامااوأ توهااانذالهاي
ذااتنكحوهنذااأنااعليكااجناحااأنفقتاامااواسألوااالكوافراابعصمااتمسكوااولاااأجورهنذااأ تيتموهنذااا
لكاااأنفقواامااوليسألوا ااحكااذ كااااللذ ااانكابيااي حكيمااعليمااواللذ
(Al-Mumtahana : 10)
“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila perempuan-perempuan mukmin datang
berhijrah kepadamu, maka hendaklah kamu uji (keimanan) mereka. Allah lebih
mengetahui tentang keimanan mereka; jika kamu telah mengetahui bahwa mereka
(benar-benar) beriman maka janganlah kamu kembalikan mereka kepada orang-
orang kafir (suami-suami mereka). Mereka tidak halal bagi orang-orang kafir itu
dan orang-orang kafir itu tidak halal bagi mereka. Dan berikanlah kepada (suami)
mereka mahar yang telah mereka berikan. Dan tidak ada dosa bagimu menikahi
mereka apabila kamu bayar kepada mereka maharnya. Dan janganlah kamu tetap
berpegang pada tali (pernikahan) dengan perempuan-perempuan kafir; dan
2
DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH
DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
hendaklah kamu minta kembali mahar yang telah kamu berikan; dan (jika suaminya
tetap kafir) biarkan mereka meminta kembali mahar yang telah mereka bayar
(kepada mantan istrinya yang telah beriman). Demikianlah hukum Allah yang
ditetapkan-Nya di antara kamu. Dan Allah Maha Mengetahui, Mahabijaksana”
Fakta Kes
[1] Permohonan ini dibuat berdasarkan Seksyen 46(2) Enakmen Undang- Undang
Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 (selepas ini dirujuk sebagai“EUUKIS”).
[2] Pemohon, AAS, dilahirkan pada 16 Ogos 1987 sebagai seorang Kristian. Pada 14
Februari 2008, Pemohon telah berkahwin dengan Responden, MKAA. Perkahwinan
sivil ini telah didaftarkan di bawah Akta Membaharui Undang-Undang (Pekahwinan
dan Perceraian) 1976 (Akta 164). Hasil daripada perkahwinan ini, mereka dikurniakan
dengan dua orang anak, AELAMK dan CMAMK. Pada 31 Julai 2015, Pemohon telah
memeluk Islam di Majlis Agama Islam Selangor dengan nama barunya, NAAS.
[3] Pada 22 Disember 2015, Pemohon yang bermastautin di Rawang, telah memfailkan
permohonan pembubaran perkahwinan. Dalam Afidavit Sokongan Pemohon,
dinyatakan alasan-alasannya seperti berikut :-
6. Saya mohon cerai atas alasan :
6.1 Saya sudah memeluk Agama Islam pada tarikh 31 Julai 2015 dan suami
masih dengan agama lama.
6.2 Suami ada orang ketiga
6.3 Dia seorang yang tidak bertanggungjawab.
6.4 Dia seorang yang kuat minum
3
DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH
DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
6.5 Dia tidak pernah memberi nafkah zahir.
6.6 Dia memisahkan saya dengan anak pertama
[4] Pada 15 Februari 2016, Mahkamah telah secara suo motu membangkitkan isu
bidangkuasa dan kemudiannya telah memutuskan menolak permohonan ini kerana
Mahkamah ini tidak mempunyai bidangkuasa untuk mendengarnya. Di sini
Mahkamah akan menjelaskan alasan-alasan memutuskan sedemikian seriatim.
[5] Pemohon diwakili oleh Peguam yang bijaksana, Encik Asrul Amirul Bin Mohd.
Salwai daripada Unit Guaman Syarie, Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam,
Majlis Agama Islam Selangor. Responden tidak hadir sepanjang prosiding
berlangsung.
Diputuskan
Setelah Mahkamah meneliti Permohonan Pemohon dan setelah mendengar keterangan pihak-
pihak bersama autoriti-autoriti yang dikemukakan, maka dengan ini Mahkamah memutuskan
dan memerintahkan seperti berikut :
1) Mahkamah tidak mempunyai bidangkuasa untuk mendengar dan memutuskan
permohonan Pemohon di bawah Seksyen 46 (2) Enakmen Undang-Undang Keluarga
Islam (Negeri Selangor) 2003.
2) Mahkamah memerintahkan permohonan ini ditolak.
Peguam Syarie
Pemohon : diwakili oleh Tuan Asrul Amirul Bin Mohd Salwai, Unit Guaman Syarie, MAIS
4
DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH
DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
Defendan : tidak diwakili peguam.
Surah al-Quran yang dirujuk
Al-Mumtahanah : 10
Kitab - kitab yang dirujuk
اإلسالم في القضاء ونظام القضائية السلطة , Dr. Nasr Fareed, hlmn. 168
Undang - undang yang dirujuk
1. Akta Membaharui Undang-Undang (Pekahwinan dan Perceraian) 1976 – s.51
2. Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) (Pindaan) (No.2) 2015 – s. 61
(3)(b)
3. Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 - s. 46 (2), s. 4, s. 45
4. Perlembagaan Persekutuan - Senarai II (Senarai Negeri) Jadual Kesembilan
Kes - kes yang dirujuk
1. Aziah Abdul Aziz v. Azmi Abdul Aziz [2013] 1 CLJ (Sya) 205
2. In Re Application Of Aisyah Salmah Sian [2011] 1 CLJ (Sya) 132
3. Kamariah Ali & Yang Lain lwn. Kerajaan Negeri Kelantan & Satu Lagi [2004] 3 CLJ
409
4. Kung Lim Siew Wan v. Choong Chee Kuan [2003] 6 MLJ 260
5. Latifah bte Mat Zin v. Rosmawati bte Sharibun & Anor [2007] 5 MLJ 101
6. Lina Joy lwn. Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan & Yang Lain [2007] 3 CLJ 557
5
DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH
DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
7. Ng Siew Pian lwn Abd Wahid Abu Hassan. Kadi Daerah Bukit Mertajam & Satu Yang
Lain [1993] 1 CLJ 391
8. Norhairy Cheong Abdullah @ Cheong Foo Siong [2010] 3 LNS 15
9. Nur Adryana Qestina Binti Abdullah [1429H] JH 25
10. Shamala Sathiyaseelan v. Dr. Jeyaganesh Mogarajah [2004] 2 MLJ 241
11. Siti Aisyah Janthip Aisam [1427H] JH XXI (II) 262
12. Subashini Rajasingam v. Saravanan Thangatoray [2008] 2 MLJ 147
13. Tang Sung Mooi v. Too Miew Kim [1994] 3 MLJ 117
14. Tey Siew Choo v. Teo Eng Hua [1999] 6 CLJ 308
15. Yong Fuat Meng v. Chin Yoon Kew [2008] 5 CLJ 705
16. Viran Nagapan v. Deepa Subramaniam (Civil Appeal No: 02(F)-5-01-2015 & 02(F)-6-
01-2015)
Lain-lain sumber yang dirujuk
1. Artikel 143, Kuwaiti Code of Personal Status 1984
Penghakiman Tuan Kamarulzaman Bin Ali, HMRS Gombak Barat.
[6] Permohonan ini dibuat berdasarkan Seksyen 46(2) Enakmen Undang-Undang
Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 yang memperuntukkan seperti berikut :
Seksyen 46: Pertukaran agama
46. (1) Jika salah satu pihak kepada sesuatu perkahwinan itu murtad atau
memeluk sesuatu kepercayaan lain daripada Islam, maka perbuatan
yang demikian tidak boleh dengan sendirinya berkuat kuasa
membubarkan perkahwinan itu melainkan dan sehingga disahkan
sedemikian oleh Mahkamah.
6
DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH
DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
(2) Jika salah satu pihak kepada sesuatu perkahwinan bukan Islam
memeluk agama Islam, maka perbuatan yang demikian tidak boleh
dengan sendirinya berkuat kuasa membubarkan perkahwinan itu
melainkan dan sehingga disahkan sedemikian oleh Mahkamah.
Bidangkuasa Mahkamah
[7] Sebelum Mahkamah dapat memutuskan sebarang remedi di bawah Seksyen 46(2)
tersebut, Mahkamah perlu mememutuskan terlebih dahulu sama ada Mahkamah ini
berbidangkuasa untuk mendengar dan memutuskan permohonan ini atau tidak. Ini
adalah proses biasa dilakukan oleh Mahkamah bagi setiap permohonan dan tuntutan di
Mahkamah ini.
[8] Berdasarkan fakta kes, Mahkamah membuat dapatan-dapatan berikut:
a) Perkahwinan Pemohon dan Responden adalah perkahwinan sivil yang didaftarkan
di bawah Akta Membaharui Undang-Undang (Pekahwinan dan Perceraian) 1976.
b) Semasa perkahwinan sivil ini dilangsungkan, Pemohon dan Responden adalah
beragama Kristian.
c) Semasa permohonan ini dibuat, Pemohon adalah seorang beragama Islam,
manakala Responden beragama Kristian.
[9] Isu: Adakah Mahkamah ini mempunyai bidangkuasa ke atas Pemohon dan
Responden dan seterusnya untuk membubarkan perkahwinan mereka yang
didaftarkan di bawah Akta 164? Untuk menjawab persoalan ini Mahkamah telah
kembali kepada peruntukan undang-undang berkaitan bidangkuasa Mahkamah
7
DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH
DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
[10] Pertama: Mahkamah merujuk Senarai II (Senarai Negeri) Jadual Kesembilan,
Perlembagaan Persekutuan, inter alia, memperuntukkan seperti berikut:
Kecuali mengenai Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan
Putrajaya, hukum Syarak dan undang-undang diri dan keluarga bagi orang
yang menganut agama Islam, termasuk hukum Syarak yang berhubungan
dengan pewarisan, berwasiat dan tidak berwasiat, pertunangan,
perkahwinan, perceraian, mas kahwin, nafkah, pengangkatan, kesahtarafan,
penjagaan, alang, pecah milik dan amanah bukan khairat; Wakaf dan takrif
serta pengawalseliaan amanah khairat dan agama, pelantikan pemegang
amanah dan pemerbadanan orang berkenaan dengan derma kekal agama
dan khairat, institusi, amanah, khairat dan institusi khairat Islam yang
beroperasi keseluruhannya di dalam Negeri; adat Melayu; Zakat, Fitrah
dan Baitulmal atau hasil agama Islam yang seumpamanya; masjid atau
mana-mana tempat sembahyang awam untuk orang Islam, pewujudan dan
penghukuman kesalahan yang dilakukan oleh orang yang menganut agama
Islam terhadap perintah agama itu, kecuali berkenaan dengan perkara yang
termasuk dalam Senarai Persekutuan; keanggotaan, susunan dan tatacara
mahkamah Syariah, yang hendaklah mempunyai bidang kuasa hanya ke
atas orang yang menganut agama Islam... (penekanan oleh Mahkamah)
[11] Perlembagaan Persekutuan hanya memberi bidangkuasa kepada Mahkamah Syariah
ke atas orang-orang yang menganut Agama Islam sahaja (vide Ng Siew Pian lwn.
Abd Wahid Abu Hassan, Kadi Daerah Bukit Mertajam & Satu Yang Lain
[1993] 1 CLJ 391). Mahkamah tidak berhasrat untuk mengulas panjang berkaitan
peruntukan Perlembagaan Persekutuan ini kerana Mahkamah ini bukanlah berada
pada posisi yang terbaik untuk membuat tafsiran kepada Perlembagaan Persekutuan.
8
DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH
DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
Namun, di sana terdapat banyak kes yang dilaporkan untuk rujukan. Sekadar
menyebut sebahagiannya: Subashini Rajasingam v. Saravanan Thangatoray
[2008] 2 MLJ 147, Latifah bte Mat Zin v. Rosmawati bte Sharibun & Anor
[2007] 5 MLJ 101, Tang Sung Mooi v. Too Miew Kim [1994] 3 MLJ 117, Kung
Lim Siew Wan v. Choong Chee Kuan [2003] 6 MLJ 260, Shamala Sathiyaseelan
v. Dr. Jeyaganesh Mogarajah [2004] 2 MLJ 241, Lina Joy lwn. Majlis Agama
Islam Wilayah Persekutuan & Yang Lain [2007] 3 CLJ 557, Kamariah Ali &
Yang Lain lwn. Kerajaan Negeri Kelantan & Satu Lagi [2004] 3 CLJ 409.
[12] Kedua: Mahkamah merujuk Seksyen 61(3)(b) Enakmen Pentadbiran Agama Islam
(Negeri Selangor) (Pindaan) (No. 2) 2015 yang, inter alia, memperuntukkan seperti
berikut:
(a) .......
(b) dalam bidang kuasa malnya, mendengar dan memutuskan semua
tindakan dan prosiding jika semua pihak dalam tindakan atau
prosiding itu adalah orang Islam dan tindakan atau prosiding itu
adalah berhubungan dengan—
(i) pertunangan, perkahwinan, ruju’, perceraian, pembubaran
perkahwinan (fasakh), nusyuz, atau pemisahan kehakiman
(faraq) atau apa-apa perkara yang berkaitan dengan
perhubungan antara suami isteri; (penekanan oleh
Mahkamah)
[13] Ketiga: Mahkamah merujuk Seksyen 4 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam
(Negeri Selangor) 2003 yang memperuntukkan seperti berikut:
Pemakaian
9
DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH
DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
4. Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dengan nyata selainnya,
Enakmen ini terpakai bagi semua orang Islam yang tinggal dalam
Negeri Selangor dan bagi semua orang Islam yang bermastautin
dalam Negeri Selangor tetapi tinggal di luar Negeri itu.
(penekanan oleh Mahkamah)
[14] Nas ini, ex visceribus verborum, jelas menunjukkan bahawa Mahkamah ini hanya
mempunyai bidangkuasa bagi kes yang mana semua pihak yang terlibat adalah orang
Islam. Dalam kes di hadapan Mahkamah ini, Pemohon adalah seorang isteri,
manakala Responden adalah seorang suami bagi suatu perkahwinan. Mereka adalah
pihak-pihak dalam isu yang dibawa kepada Mahkamah ini.
[15] Mahkamah berpendapat masa yang material untuk diambil kira bagi menentukan
bidangkuasa dalam kes pembubaran perkahwinan adalah status agama semasa suami
dan isteri berkahwin. Dalam kes ini, semasa berkahwin, mereka berdua bukan
beragama Islam. Dan semasa membuat permohonan ini, hanya Pemohon yang
beragama Islam.
[16] Keempat: Mahkamah merujuk Seksyen 45 Enakmen Undang-Undang Keluarga
Islam (Negeri Selangor) 2003 yang memperuntukkan seperti berikut:
Takat kuasa untuk membuat sesuatu perintah
45. Kecuali sebagaimana diperuntukkan selainnya dengan nyata, tiada
apa-apa jua dalam Enakmen ini membolehkan Mahkamah membuat
sesuatu perintah perceraian atau perintah mengenai perceraian atau
membenarkan seseorang suami melafazkan talaq kecuali—
10
DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH
DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
(a) jika perkahwinan itu telah didaftarkan atau disifatkan sebagai
didaftarkan di bawah Enakmen ini; atau
(b) jika perkahwinan itu telah dilangsungkan mengikut Hukum
Syarak; dan
(c) jika permastautinan salah satu pihak kepada perkahwinan pada
masa permohonan itu diserahkan adalah dalam Negeri Selangor.
[17] Menurut nas ini, sebelum Mahkamah dapat memutuskan sebarang remedi berkaitan
pembubaran perkahwinan, maka Mahkamah hendaklah terlebih dahulu memastikan,
inter alia, bahawa perkahwinan itu telah didaftarkan atau disifatkan sebagai
didaftarkan di bawah Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor)
2003, ataupun perkahwinan itu telah dilangsungkan mengikut Hukum Syarak.
[18] Dalam kes ini, sebelum Mahkamah dapat membuat sebarang perintah pembubaran di
bawah Seksyen 46(2), Mahkamah hendaklah memastikan tentang perihal
perkahwinan Pemohon. Mahkamah telah mendapati bahawa:
a) Perkahwinan Pemohon bukan didaftarkan atau boleh disifatkan didaftarkan
di bawah Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003;
b) Perkahwinan Pemohon juga bukan dilangsungkan mengikut Hukum Syarak;
c) Perkahwinan Pemohon telah didaftarkan dibawah Akta Membaharui
Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976, dan diupacarakan
mengikut kepercayaan Kristian.
[19] Mungkin ditanya adakah Seksyen 46(2) itu adalah suatu kecualian kepada Seksyen 45
dengan frasa “Kecuali sebagaimana diperuntukkan selainnya dengan nyata”? Maka
dijawab seperti berikut:
11
DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH
DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
a) Sekyen 46(2) adalah suatu remedi atau kausa tindakan. Ia tidak memberi
bidangkuasa ke atas orang yang bukan beragama Islam. Ia terpakai jika
Mahkamah Syariah diberikan bidangkuasa.
b) Bidangkuasa seperti itu tidak boleh diberikan melalui Seksyen 46(2) selagi
Senarai Negeri Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan, Seksyen 61
(3)(b) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) (Pindaan) (No.
2) 2015 dan Seksyen 4 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri
Selangor) 2003 masih kekal seperti adanya.
[20] Sebagai tambahan, sekiranya dihalusi Seksyen 61(3)(b) Enakmen Pentadbiran Agama
Islam (Negeri Selangor) (Pindaan) (No. 2) 2015, seperti yang telah dipetik di atas,
maka dapat difahami bahawa Mahkamah Syariah mempunyai bidangkuasa untuk
memutuskan dan mendengar semua tindakan dengan syarat:
a) Semua pihak dalam suatu tindakan atau prosiding itu adalah orang Islam; dan
b) Kausa tindakan atau perkara prosiding itu mestilah berhubungan dengan perkara-
perkara yang dinyatakan pada sub-perenggan (i) sehingga (xiii).
Dalam kes di hadapan Mahkamah ini, syarat kedua telah dipenuhi. Perkara prosiding
adalah berhubungan dengan perkara yang dinyatakan dalam sub- perenggan (i) dan
remedi yang dipohon ada disediakan dalam Seksyen 46(2). Namun malang sekali,
syarat pertama tidak dipenuhi. Tidak semua pihak yang terlibat dalam prosiding ini
adalah orang Islam. Suami Pemohon adalah orang Kristian. Nampaknya Mahkamah
ini telah terhalang dan terhadkan dengan peruntukan undang-undang bertulis di
peringkat ini.
12
DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH
DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
[21] Persoalan: Suami dan isteri yang beragama Islam, telah berkahwin mengikut Hukum
Syarak. Kemudian, suami telah murtad dan memeluk kepercayaan lain. Permohonan
dibuat oleh isteri atau suami itu di bawah Seksyen 46(1), adakah Mahkamah ini
mempunyai bidangkuasa? Jawapan: Ya. Ini kerana semasa perkahwinan, mereka
berdua adalah Islam, perkahwinan mereka juga mengikut Hukum Syarak dan remedi
yang dipohon ada diperuntukkan di bawah Seksyen 46 (1).
[22] Persoalan: Suami dan isteri bermastautin di Perak. Suami telah tidak mengadakan
peruntukan nafkah kepada isterinya bagi tempoh setahun. Isteri memohon fasakh di
bawah Seksyen 53(1)(b), adakah Mahkamah mempunyai bidangkuasa? Jawapan.
Tidak. Ini kerana, walaupun isteri mempunyai kausa tindakan di bawah Seksyen
53(1)(b), namun peruntukan Seksyen 4 tidak dipenuhi. Seksyen 53(1)(b) tidak
memberi bidangkuasa kepadanya.
[23] Mahkamah hanya berfungsi dalam domain bidangkuasa yang diberikan oleh undang-
undang. Sekiranya undang-undang digubal bagi menghadkan bidangkuasa suatu
mahkamah untuk perkara-perkara tertentu atau orang-orang tertentu, maka mahkamah
hanya dapat berfungsi dalam ruang yang dihadkan itu sahaja. Dinyatakan dalam buku
ماإلسال في القضاء ونظام القضائية السلطة Dr. Nasr Fareed, pada halaman 168 :
معينين بأشخاص أو معينة بقضية االختصاص :
بعض دون األشخاص بعض على قاصرة القاضي والية تجعل أن يجوز أنه على الفقهاء نص فقد
التخصصات من أخرى ألوان ذلك على ويقاس ، النساء دون الرجال أو الرجال دون كالنساء
أو الذمة ألهل وقاض ، لألحداث قاض كتخصيص ، المصلحة إليها تدعو شخاصباأل المتعلقة
القاضي والية تكون أن ويجوز: الماوردي يقول هذا وفي. العكس أو نسائهم دون رجالهم
من غيرهما الى بينهما النظر ينفذ أن يحوز فال. خصمين بين معينة حكومة على مقصورة
13
DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH
DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
الحكم بت فإذا. باقيا بينهما التشاجر كان ما باقية مانهبي النظر على واليته وتكون. الخصوم
وقال. مستجد بإذن إال بينهما ينظر لم أخرى مشاجرة بينهما تجددت فإن ، واليته زالت بينهما
الحادثة في وال لفالن وال فالن على تقض ال اإلمام قال وإذا: ) الزهرية المجانى صاحب
كذل في قاضيا يصير ال فإنه الفالنية .
Maksud: Bidangkuasa Berdasarkan Kes Tertentu atau Orang Tertentu:
Ahli Feqah menyatakan bahawa bidangkuasa hakim boleh dihadkan bagi orang-orang
tertentu, seperi wanita atau lelaki dan atau bentuk-bentuk had lain yang patut seperti
mengkhusukan hakim bagi kes-kes tertentu, hakim bagi ahli zimmah. Imam al-
Mawardi menyatakan bahawa bidangkuasa hakim boleh dihadkan bagi kes tertentu
antara pihak bertikai, maka hakim tidak boleh mendengar kes selain itu.
Bidangkuasanya akan kekal selama mana berada dalam had kes itu sahaja. Sekiranya
dia membuat keputusan di luar had itu, maka bidangkuasa itu luput dan dia
memerlukan otoriti baru bagi mendengarnya semula. Pengarang Kitab al-Majani al-
Zuhriyah berkata: apabila pemerintah melarang seseorang hakim mendengar kes
tertentu atau orang tertentu, maka hakim itu tidak boleh mendengarnya.
[24] Mahkamah ada meneliti empat penghakiman Mahkamah Syariah yang dilaporkan
berkaitan isu yang sama, iaitu:
(a) Pengisytiharan Pembubaran Perkahwinan Kerana Pemelukan Islam
Norhairy Cheong Abdullah @ Cheong Foo Siong [2010] 3 LNS 15;
(b) Permohonan Pengisytiharan Pembubaran Perkahwinan Kerana Pemelukan
Islam Nur Adryana Qestina Binti Abdullah [1429H] JH 25;
(c) Permohonan Pengisytiharan Pembubaran Perkahwinan Disebabkan
Pertukaran Agama Oleh Siti Aisyah Janthip Aisam [1427H] JH XXI (II) 262;
14
DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH
DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
(d) In Re Application Of Aisyah Salmah Sian [2011] 1 CLJ (Sya) 132.
[25] Dengan penuh hormat, Mahkamah ini mendapati tiada rujukan dan ulasan dibuat
dalam kes-kes tersebut kepada peruntukan-peruntukan berkaitan bidangkuasa yang in
pari materia dengan Seksyen 61(3)(b) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri
Selangor) (Pindaan) (No. 2) 2015, Seksyen 4 dan 45 Enakmen Undang-Undang
Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.
[26] Dalam Norhairy Cheong Abdullah, Mahkamah Tinggi Syariah Seremban
menyatakan, inter alia, sebaik sahaja Pemohon memeluk Islam, tiada lagi tempat
untuk menyelesaikan masalah rumah tangganya kerana kehadirannya sebagai seorang
Muslim menyebabkan Pemohon telah tersisih dan tidak lagi diiktiraf mengikut
undang-undang diri asal pemohon sebelum Pemohon memeluk Islam, iaitu di bawah
Akta Memperbaharui Undang- Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 (Akta
164). Dalam hal ini, peruntukan seksyen 51 Akta 164 tersebut secara sendirinya
memberi hak kepada pihak yang telah memeluk Islam dan menjadikan Mahkamah
Syariah sebagai satu-satunya ruang untuk Pemohon menyelesaikan kemelut rumah
tangganya.
[27] Dengan penuh hormat, Mahkamah ini melihat perkara tersebut dari sudut yang
berbeza. Mahkamah ini berpendapat, jika sekalipun benar, pemohon yang telah
memeluk Islam tidak mempunyai bidangkuasa untuk memfailkan petisyen
pembubaran perkahwinan di bawah Akta 164, ini tidaklah, ipso facto, bermakna
Mahkamah Syariah mempunyai bidangkuasa itu.
[28] Apakah pasangan yang memeluk Islam tidak mempunyai locus atau bidangkuasa
untuk memfailkan petisyen perceraian di bawah Akta 164? Mahkamah merujuk kes
15
DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH
DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
Tey Siew Choo v. Teo Eng Hua [1999] 6 CLJ 308. Di dalam kes ini, Pemohon dan
Responden berkahwin pada 14 April 1982 secara adat mengikut kepercayaan Budhha.
Perkahwinan mereka didaftarkan di bawah Akta 164. Mereka dikurniakan dengan
empat orang anak. Pada 7 Julai 1995, Pemohon, Tey Sie Choo telah memeluk Islam
dengan nama barunya Nur Aishah Tey Binti Abdullah Responden tidak memeluk
Islam. Pemohon, yang telah memeluk Islam, telah memfailkan petisyen perceraian di
bawah Seksyen 51 Akta 164. Mahkamah Tinggi telah membenarkan permohonan itu
dan memerintahkan perkahwinan itu dibubarkan. Hakim Suriyadi Halim Omar
menyatakan seperti berikut:
The legal point to be disposed by me, is whether the petitioner could petition
for an order of divorce under the Law Reform (Marriage And Divorce)
Act1976 (Act 164), even though already converted to Islam. In Malaysia
separate systems of family and personal law exist for Muslims and non-
Muslims. Under item 4(e) in List I (Federal Legislative List) in the Ninth
Schedule of the Federal Constitution, is provided therein the legislative
jurisdiction of Parliament in respect of family law for non-Muslims.
Parliament similarly has the authority to legislate on Islamic family law but
confined to the Federal Territory. Without the necessity of having to delve in
depth, suffice if I may say that Muslims are dealt with under the Syariah law
and the relevant Enactments of the respective States. A conflict of personal
law may occasionally arise when one of the contending parties convert to
Islam or even apostate, hence the matter at hand…. Having scrutinised the
provisions, I am convinced that Parliament never intended that the convert
should be denied of the same right. Section 53 of the Act reads that “either
party to a marriage may petition for a divorce ...” This provision is self-
explanatory in that no discrimination exists against any contracting party to a
16
DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH
DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
marriage. The prohibition of the invocation of this Act is only against a
Muslim or to any person who is married under Muslim law. The petitioner,
when she married the respondent was yet to be a Muslim and similarly was
never married under Muslim law. On that premise, there is absolutely no legal
impediment to suggest that this Act should not be applicable to her.
[29] Situasi yang sama juga berlaku dalam kes Yong Fuat Meng v. Chin Yoon Kew
[2008] 5 CLJ 705, di mana petisyen pembubaran di bawah Seksyen 51 Akta 164
dibuat oleh pasangan yang memeluk Islam. Hakim Hamid Sultan, setelah huraian
panjang lebar berkaitan isu bidangkuasa, menyatakan seperti berikut:
a) the syariah court is the right forum to hear dispute relating to born
Muslims regarding the personal law of Muslims, under art. 121(1A) of the
Federal Constitution. However, with regard to issues relating to converts
and 3rd parties in consequence of the conversion, the civil court may have
jurisdiction as such matters are not specifically prohibited by art. 121(1A)
of the Federal Constitution.
b) as the petitioner is not a born Muslim, under the Islamic personal law,
there is no prohibition for the petitioner to appear before the civil court to
settle his obligations and/or liabilities as required by the law which he
himself has previously subscribed to by contracting a civil marriage under
LRA 1976. Islamic Jurisprudence has never been an obstacle for Muslims
to fulfil legal requirement and/or equitable or ethical requirement of the
law of the country or for that matter, for the purpose of civil law of
17
DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH
DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
marriage the contractual commitment of the convert. (see al-Qur'an (al-
Maida: 1); (al-Nisaa: 59)).
[30] Mahkamah Persekutuan dalam Subashini Rajasingam v. Saravanan Thangathoray
(supra) ada menyatakan seperti berikut:
In the present case, there is no impediment for the converted spouse, i.e the
husband, to appear in the divorce proceeding in the High Court albeit as a
respondent, as the jurisdiction of the High Court extends to him unlike the
Syariah High Court which restricts its jurisdiction to persons professing the
religion of Islam only, for example under s. 46(2)(b) of the Administration of
Islamic Law (Federal Territories) Act 1993 (the 1993 Act) where in its civil
jurisdiction relating to (i) marriage and (ii) custody, the Syariah High Court
shall have the jurisdiction to hear and determine the action in which all the
parties are Muslims. Thus, the contentions that the wife could submit to the
jurisdiction of the Syariah Court and have recourse to s. 53 of the 1993 Act
are not quite correct as the 1993 Act limits its jurisdiction to Muslims only.
The wife, being a non-Muslim, has no locus in the Syariah Court. (Rujuk juga
: Shamala Sathiyaseelan v. Dr. Jeyaganesh Mogarajah, supra)
[31] Mahkamah merujuk kes terkini yang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan
Malaysia iaitu Viran Nagapan v. Deepa Subramaniam (Civil Appeal No: 02(F)-5-
01-2015 & 02(F)-6-01-2015) di mana keputusan lima panel hakim telah sebulat suara
menyatakan seperti berikut:
18
DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH
DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
It is clear that section 4 specifically provides that Enactment 2003 is
applicable only to Muslims. Furthermore section 45 provides that the Syariah
Court can only grant orders pertaining to divorce or allows the
pronouncement of talaq by the husband where the marriage is registered or
deemed to be registered under Enactment 2003 or that the marriage was
solemnized in accordance to the Syariah Law. In the present case, the
marriage between the ex-husband and the ex-wife was not registered under
Enactment 2003. Neither was the marriage solemnized in accordance with the
Syariah Law. The marriage was a civil marriage in accordance with the LRA.
Thus, it is the LRA that determines the jurisdiction pertaining to the
dissolution of marriage between the ex-husband and the ex-wife and any
ancillary reliefs thereto…
Thus, on the facts of this case, the Syariah High Court has no
jurisdiction to dissolve the civil marriage between the ex-husband and the ex-
wife and to make an order granting custody of the two children out of the
marriage to the ex-husband. The jurisdiction to do that is with the Civil Court.
In consequence, the Syariah Court’s order in dissolving the marriage between
the ex-husband and the ex-wife and granting custody of the children to the ex-
husband is of no effect due to want of jurisdiction.
Based on the above, Question 1 as posed to us in this appeal may now
be answered this way. The Civil Courts have the exclusive jurisdiction to
grant decrees of divorce of a civil marriage under the LRA and to make all
other ancillary orders including custody care and access of the children born
out of that marriage and all other matters ancillary thereto. It is an abuse of
process for the spouse who has converted to Islam to file for dissolution of the
marriage and for custody of the children in the Syariah Courts. This is
19
DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH
DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
because the dispute between parties is not a matter within the exclusive
jurisdiction of the Syariah Courts. Therefore, Article 121(1A) of the Federal
Constitution which deprives the Civil Courts jurisdiction in respect of any
matter within the jurisdiction of the Syariah Courts is not applicable in this
case.
[32] Mahkamah ini tidak keberatan untuk merujuk dan menerima pakai tafsiran dan
dapatan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Viran ini selaku mahkamah yang
berautoriti. Mahkamah Rayuan Syariah dalam kes Aziah Abdul Aziz v. Azmi Abdul
Aziz [2013] 1 CLJ (Sya) 205 juga telah menerima dan memakai tafsiran dan dapatan
oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Latifah bte Mat Zin v. Rosmawati bte
Sharibun & Anor (supra) berkaitan isu bidangkuasa.
[33] Berdasarkan nas dan otoriti di atas, Mahkamah berpendapat bahawa undang-undang
bertulis yang sedia ada tidak memberi bidangkuasa kepada Mahkamah ini untuk
mendengar prosiding yang melibatkan pihak yang bukan Islam dan untuk
membubarkan perkahwinan yang didaftarkan di bawah Akta 164. Keputusan yang
dibuat oleh mahkamah yang tidak mempunyai bidangkuasa adalah keputusan yang
tidak sah ab initio. Apatah lagi, jika permohonan ini diluluskan, apakah Reponden
mempunyai locus untuk membuat rayuan atau semakan jika dia terkilan dengan
keputusan ini?
[34] Bagi kes-kes pembubaran perkahwinan dalam situasi salah satu pihak kepada telah
murtad atau memeluk sesuatu kepercayaan lain daripada Islam di bawah Seksyen
46(1), maka tidak dapat dinafikan lagi bahawa Mahkamah Syariah mempunyai
bidangkuasa itu.
20
DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH
DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
HUKUM SYARAK
[35] Mahkamah ingin, walaupun tiada keperluan di sini, mengulas prinsip berkaitan kesan
pertukaran agama ke atas perkahwinan secara ringkas dan tidaklah bermaksud
komprehensif dan masih bergantung kepada kepelbagaian pendapat ulama dan
undang-undang.
[36] Kesan pertukaran agama ke atas perkahwinan mengikut Hukum Syarak banyak
dibahaskan oleh ahli feqah. Pelbagai pandangan daripada pelbagai mazhab dan para
ulama kontemporari, termasuk fatwa-fatwa yang telah dibuat. Ada sebahagiannya telah
dikanunkan menjadi sebahagian undang-undang. Sebagai contoh Artikel 143,
Kuwaiti Code of Personal Status 1984 yang memperuntukkan seperti berikut:
a) If the two non-Muslim spouses together convert to Islam, their marriage shall
stay;
b) If the husband only adopts Islam, if his wife is a Kitabi, marriage shall
sustain. If she is not, she shall be offered to convert to Islam. If she accepts,
or becomes a Kitabi, they shall remain married: otherwise marriage is
nullified;
c) If the wife only accepts Islam, the husband shall be invited to do the same;
marriage shall remain if he consents and becomes nullified, if he does not If
he lacks legal capacity, the marriage shall be dissolved forthwith if the wife
has converted to Islam before consummation; if the marriage has been
consummated, then the ‘iddah has to be observed.
21
DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH
DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
[37] Sebahagian undang-undang di beberapa negara termasuk Malaysia pula menetapkan
bahawa pemelukan Islam oleh satu pihak tidaklah, ipso facto, membubarkan
perkahwinan itu, melainkan disahkan oleh mahkamah. Sebagai contoh:
Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003:
Pertukaran agama
46. (2) Jika salah satu pihak kepada sesuatu perkahwinan bukan Islam
memeluk agama Islam, maka perbuatan yang demikian tidak boleh
dengan sendirinya berkuat kuasa membubarkan perkahwinan itu
melainkan dan sehingga disahkan sedemikian oleh Mahkamah.
Akta Membaharui Undang-Undang (Pekahwinan dan Perceraian) 1976:
Pembubaran Kerana Masuk Islam
51. (1) jika satu pihak kepada sesuatu perkahwinan telah masuk Islam,
pihak yang satu lagi itu yang tidak masuk Islam boleh mempetisyen
untuk perceraian: Dengan syarat bahawa tiada sesuatu petisyen di
bawah seksyen ini boleh diserahkan sebelum tamat tempoh tiga bulan
dari tarikh masuk Islam itu.
[38] Apabila suami dan isteri memeluk Islam serentak, maka perkahwinan mereka diiktiraf
oleh Hukum Syarak dan sah ab initio. Mereka tidak perlu menjalankan perkahwinan
sekali lagi.
22
DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH
DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
[39] Apabila salah seorang pasangan memeluk islam dan seorang lagi tidak, maka:
a) Jika isteri masih belum pernah disetubuhi: maka perkahwinan terbubar serta
merta;
b) Jika isteri telah pernah disetubuhi: Pasangan yang tidak memeluk Islam
memilih untuk turut memeluk Islam dalam tempoh ‘iddah, maka
perkahwinan mereka diiktiraf sah ab initio, dan tidak perlu menjalankan
perkahwinan sekali lagi;
c) Jika isteri telah pernah disetubuhi: Pasangan yang tidak memeluk Islam
memilih untuk tidak memeluk Islam dan tempoh ‘iddah telah tamat, maka
perkahwinan terbubar. Menurut pandangan Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah
dan Imam Ibnu Qayyim al-Jauziah pula, pasangan yang telah memeluk
Islam itu boleh memilih untuk menunggu pasangannya untuk turut
memeluk Islam walaupun melebihi tempoh ‘iddah, atau memilih untuk
membubarkannya di mahkamah;
d) Dalam apa jua keadaan, apabila berlaku sahaja pertukaran agama oleh salah
seorang pasangan, maka diharamkan mua’asyarah dan persetubuhan
antara suami dan isteri selama mereka berada dalam perbezaan agama.
[40] Mahkamah mendapati kesan pertukaran agama ke atas suatu pernikahan bukan sahaja
melibatkan pembubaran semata-mata, tetapi juga menyangkut soal hukum hakam
berkaitan ‘iddah, kesan ke atas persetubuhan dan sebagainya. Ada kewajaran isu-isu
sebegini ditangani oleh pihak yang mempunyai autoriti berkaitan Hukum Syarak dan
Islam iaitu Mahkamah Syariah, sesuai dengan status istimewa Agama Islam di dalam
Perlembagaan Persekutuan. Di sini nampaknya ada ruang untuk penambahbaikan
dalam sistem keadilan di Malaysia yang mana patutlah Pemerintah dan Badan
23
DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH
DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
Perundangan mengambil perhatian dan tindakan yang perlu. Seksyen 46(2) tidak dapat
berfungsi dan dilaksanakan tanpa ada campurtangan oleh Badan Perundangan.
Sebarang penambahbaikan mestilah memastikan hak-hak orang Islam dan Bukan
Islam terjamin dan kedua-dua pihak yang bertikai diberi hak yang sama untuk
didengar berdasarkan prinsip audi alteram partem (vide Sunan Abu Daud, Hadis No.
3575). Moga-moga Islam bukan sekadar perhiasaan di dalam Perlembagaan, bahkan
diterjemah melalui pelaksanaan undang-undang yang adil kepada semua. Menafikan
keistimewaan ini hanya akan mengecewakan sebahagian besar orang-orang Islam
Malaysia.
PENUTUP
[41] Kesimpulannya, berdasarkan Seksyen 61(3)(b) Enakmen Pentadbiran Agama Islam
(Negeri Selangor) (Pindaan) (No. 2) 2015, Seksyen 4 dan Seksyen 45 Enakmen
Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003, Mahkamah ini memutuskan
bahawa Mahkamah tidak mempunyai bidangkuasa untuk mendengar dan memutuskan
permohonan Pemohon di bawah Seksyen 46(2)
Diputuskan
[42] Setelah Mahkamah meneliti Permohonan Pemohon dan setelah mendengar keterangan
pihak-pihak bersama autoriti-autoriti yang dikemukakan, maka dengan ini Mahkamah
memutuskan dan memerintahkan seperti berikut :
24
DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH
DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
1) Mahkamah tidak mempunyai bidangkuasa untuk mendengar dan memutuskan
permohonna Pemohon di bawah Seksyen 46 (2) Enakmen Undang-Undang
Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.
2) Mahkamah memerintahkan permohonan ini ditolak.