Naik Taraf Bilik Sains

18
LAPORAN CADANGAN PENAMBAHBAIKAN BILIK SAINS SJK SUNGAI TENGAH PENDAHULUAN Sekolah Jenis Kebangsaan Sungai Tengah mempunyai sebuah bilik sains yang dibina khas untuk proses pengajaran dan pembelajaran sains. Bilik sains tersebut terletak di antara bilik darjah Tahun 1 dengan Pejabat Am. Secara umumnya, bilik sains SJK sungai Tengah dibahagikan kepada 3 bahagian. Bahagian pertama terletak di bahagian hujung kanan bilik sains. Bahagian ini digunakan untuk tujuan menyimpanan bahan pejabat am seperti kertas putih, kad manila, kertas majung dan sebagainya. Bahagian kedua adalah dibahagian kanan bilik sains. Bahagian tersebut digunakan untuk tujuan sesi pengajaran dan pembelajaran sains. Bahagian ini mempunyai 4 buah meja besar yang hanya mampu menampung bilangan murid yang sedikit iaitu antara 15 hingga 20 orang murid dalam satu sesi pengajaran dan pembelajaran. Bahagian ketiga pula digunakan sebagai bilik ICT. Bahagian ini terletak di sebelah kiri bilik sains dan memakan ruang yang paling luas. Terdapat 21 buah komputer jenis desktop telah dipasang di bahagian ini. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN Sepanjang survei saya terhadap pengurusan bilik sains dan sumber SJK Sungai Tengah, saya mendapati terdapat beberapa kelemahan yang mesti diperbaiki. Antaranya adalah ketua panitia tidak ada menubuhkan jawatankuasa pengurusan bilik sains. Carta organisasi Jawatankuasa Pengurusan Bilik Sains juga tidak

description

naik taraf bilik sains

Transcript of Naik Taraf Bilik Sains

Page 1: Naik Taraf Bilik Sains

LAPORAN CADANGAN PENAMBAHBAIKAN BILIK SAINS SJK SUNGAI TENGAH

PENDAHULUAN

Sekolah Jenis Kebangsaan Sungai Tengah mempunyai sebuah bilik sains yang

dibina khas untuk proses pengajaran dan pembelajaran sains. Bilik sains tersebut

terletak di antara bilik darjah Tahun 1 dengan Pejabat Am. Secara umumnya, bilik sains

SJK sungai Tengah dibahagikan kepada 3 bahagian. Bahagian pertama terletak di

bahagian hujung kanan bilik sains. Bahagian ini digunakan untuk tujuan menyimpanan

bahan pejabat am seperti kertas putih, kad manila, kertas majung dan sebagainya.

Bahagian kedua adalah dibahagian kanan bilik sains. Bahagian tersebut digunakan

untuk tujuan sesi pengajaran dan pembelajaran sains. Bahagian ini mempunyai 4 buah

meja besar yang hanya mampu menampung bilangan murid yang sedikit iaitu antara 15

hingga 20 orang murid dalam satu sesi pengajaran dan pembelajaran. Bahagian ketiga

pula digunakan sebagai bilik ICT. Bahagian ini terletak di sebelah kiri bilik sains dan

memakan ruang yang paling luas. Terdapat 21 buah komputer jenis desktop telah

dipasang di bahagian ini.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Sepanjang survei saya terhadap pengurusan bilik sains dan sumber SJK Sungai

Tengah, saya mendapati terdapat beberapa kelemahan yang mesti diperbaiki.

Antaranya adalah ketua panitia tidak ada menubuhkan jawatankuasa pengurusan bilik

sains. Carta organisasi Jawatankuasa Pengurusan Bilik Sains juga tidak dipamerkan di

bilik sains. Peranan dan tugas ketua panitia dan guru sains juga tidak disediakan serta

tidak dipamerkan di bilik sains. Buku rekod pelupusan stok dan buku rekod pergerakan

alatan juga tidak diwujudkan.

Bagi memperbaiki kelemahan ini, saya mencadangkan ketua panitia sains

mengadakan satu perjumpaan dengan Guru Besar, Guru –Guru Penolong Kanan dan

semua guru sains untuk menubuhkan satu Jawatankuasa Pengurusan Bilik Sains

secepat mungkin. Carta Organisasi Jawatankuasa Pengurusan Bilik Sains bersaiz A3

dan berwarna menarik disediakan serta dipamerkan pada papan notis yang terdapat di

dalam bilik sains. Saya mencadangkan menggunakan saiz A3 dan perlu berwarna

kerana ia lebih menarik dan memudahkan orang yang membacanya. Peranan ketua

Page 2: Naik Taraf Bilik Sains

panitia dan guru sains juga perlu disediakan serta dipamerkan di papan notis .Selain

itu , guru-guru sains juga perlu diberitahu tentang peranan mereka sebagai guru sains

supaya mereka dapat memainan peranan mereka dalam pengurusan bilik sains dengan

tepat. Maklumat-maklumat tentang peranan ketua panitia dan guru sains . Buku rekod

pelupusan stok dan buku rekod pergerakan yang baru juga perlu diwujudkan dengan

segera. Saya juga mencadangkan ketua panitia sentiasa merujuk kepada buku

panduan “Pengurusan Dan Keselamatan Makmal Sains Sekolah” cetakan pertama

Disember 1999 yang dibekalkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian

Pendidikan Malaysia sekira menghadapi sebarang masalah dalam pengurusan bilik

sains.

Dari segi keadaan fizika, bilik sains SJK Sungai Tengan terlalu sempit untuk

murid menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana separuh daripada

bilik sains tersebut telah digunakan sebagai ruang untuk meletakkan 21 buah

komputer baru yang dibekalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia atas sebab

tiada bilik kosong lain yang sesuai untuk dijadikan bilik komputer . Salah satu pintu di

sebelah kanan bilik sains tidak dapat berfungsi kerana telah dihalang oleh wayar-wayar

semasa pemasangan suis untuk bilik komputer. Keadaan ini boleh membahayakan

nyawa murid dan guru sekiranya berlakunya kes kecemasan seperti kebakaran kerana

hanya tinggal satu pintu sahaja untuk tujuan keluar masuk guru dan murid.

Keadaan bilik sains yang sempit Separuh daripada bilik sains digunakan

untuk meletak komputer

Page 3: Naik Taraf Bilik Sains

Pintu yang telah dihalang oleh Hanya satu pintu yang masih berfungsi

wayar-wayar

Untuk mengatasi masalah ini, saya mencadangkan agar bilik sains dipindahkan

ke bilik pemulihan. Setelah menjalankan survei, saya mendapati bilik pemulihan sangat

luas dan bilik ini hanya digunakan seorang guru pemulihan dan 3 orang murid sahaja

pada setiap masa sesi pengajaran dan pembelajaran, Oleh itu, mereka hanya perlu

menggunakan ruang yang kecil sahaja manakalah bilik sains memerlukan ruang yang

luas untuk meletak almari-almari, rak-rak serta alat-alat dan bahan-bahan sains yang

banyak. Sekira cadangan ini mendapat persetujuan daripada Guru Besar, maka bilik

sains yang baru ini dapat berfungsi dengan lebih baik lagi.

Dari segi penyelenggalaan dan penyimpanan peralatan dan sumber bilik sains

pula, saya mendapati kebanyakkan peralatan yang rosak tidak diperbaiki. Peralatan

yang sudah usang dan tidak berfungis masih disimpan di dalam bilik sains. Kebanyakan

alatan sains tidak disimpan di atas rak kerana rak-rak yang sepatutnya digunakan untuk

menyimpan peralatan sains telah digunakan untuk menyimpan stok pejabat am seperti

kertas A4 dan kad manila. Banyak peralatan yang berlainan jenis telah

dicampuradukkan dalam almari tertutup dan tidak dilabelkan dengan tepat. Keadaan ini

menyusahkan guru-guru dalam proses pencarian dan penggunaa alatan sains tersebut.

Selain itu, alatan seperti bikar juga tidak disimpan balik ke tempat asalnya selepas

digunakan. Banyak bahan-bahan tidak berkaitan dengan bilik sains telah disimpan

dalam bilik sains. Antaranya ialah kertas-kertas A4, kad manila, mesin taip, kotak

kosong dan sebagainya. Keadaan ini menyebabkan bilik sains bertambah sesak lagi.

Page 4: Naik Taraf Bilik Sains

Sekarang bilik sains ini hanya dapat menampung bilangan murid yang kecil sahaja iaitu

tidak melebihi 15 orang.

Rak untuk penyimpanan alatan sains Kotak-kotak dan TV juga disimpan

telah digunakan untuk tujuan lain dalam bilik sains

Keadaan alatan sains yang bercampuraduk Bikar-bikar tidak disusun balik ke tempat

tidak tersusun asalnya selepas digunakan

Cadangan saya untuk mengatasi masalah yang saya nyatakan di atas adalah

ketua panitia dan guru-guru sains perlu mengadakan satu sesi pemeriksaan stok bagi

mengenalpasti alatan dan bahan sains yang sudah rosak. Kemudian ketua panitia perlu

mengambil tindakan sama ada peralatan ini perlu diperbaiki atau hendak dilupuskan.

Selepas itu, ketua panitian juga perlu memesan stok yang baru untuk mengantikan

alatan yang rosak ini. Ketua panitia juga boleh meminta bantu semua guru sains agar

Page 5: Naik Taraf Bilik Sains

bekerjasama untuk menyusun semula alatan sains dengan kemas serta dilabelkan

dengan jelas. Oleh kerana pihak sekolah telah menambahkan satu bilik baru di pejabat

am, maka saya mencadangkan agar semua alatan dan bahan kepunyaan pejabat am

dipindahkan ke bilik pejabat am yang baru ini. Dengan cara ini, rak-rak yang dipenuhi

alatan dan bahan pejabatan am dapat dikosongkan serta digunakan untuk menyusun

alatan sains sahaja.

Dari segi penggunaan bilik sains pula, saya mendapati guru-guru sains jarang

menggunakkan bilik sains untuk sesi pengajaran dan pembelajaran mereka.

Kebanyakan mereka memberi alasan bahawa bilik sains terlalu sempit dan tidak sesuai

untuk membawa murid yang ramai belajar di bilik sains. Sesetengah guru juga jarang

menggunakan alatan dan bahan sains dalam sesi pengajaran dan pembelajaran

mereka. Sebilangan kecil alatan sains masih dalam keadaan yang baru lagi.

Cadangan saya adalah agar konsep bilik sains bergerak diperkenalkan kepada

semua guru sains supaya semua kelas dapat menggunakan alatan dan sumber sains

pada masa yang sama. Ketua panitia perlu menggalakan guru sains menggunakan

dulang untuk membawa alat dan bahan sumber sains dari bilik sains ke bilik darjah

yang lain supaya aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat diadakan secara hands-

on.

Dari segi penyediaan dan pengubahsuaian sumber terpilih pula, saya juga

mendapati kebanyakkan guru sains tiada idea dalam aspek ini. Kebanyakan mereka

hanya mengajar berdasarkan apa yang tertulis dalam buku teks sahaja. Terdapat juga

guru yang lebih mementing kepada menghabiskan sukatan pelajaran daripada

membenarkan murid menjalankan aktiviti hands-on yang memakan masa yang lebih

lama.

Cadangan saya adalah ketua panitia boleh mengadakan latihan dalam

perkhidmatan untuk membimbing guru-guru sains supaya mereka memperolehi idea

bagaimana hendak menyediakan dan mengubahsuaikan sesuatu sumber yang

membolehkan murid-murid bekerjasama untuk menyediakan sumber sains tersebut.

Sebagai contoh, tajuk Bumi Dan Angkasa, Guru-guru sains boleh terlebih dahulu

menyediakan gambar-gambar planet yang berwarna untuk diedarkan kepada murid.

Guru-guru sains juga boleh menggunakan kertas terpakai dan meminta murid

Page 6: Naik Taraf Bilik Sains

mengoyakkan kertas tersebut serta menjadikannya bebola kecil untuk melambangkan

Jalur Asteroid. Kesemua aktiviti saya saya nyatakan di atas adalah untuk menghasilkan

carta bergambar yang bertajuk Sistem Suria. Murid-murid diberi peluang untuk

membina sendiri carta Sistem Suria secara berkumpulan kemudia diberi peluang untuk

membentangkan hasil kerja mereka. Dengan cara ini, murid-murid menjadi lebih

berminat untuk belajar sains serta dapat mengingati sesuatu yang dipelajari selama-

lamanya.

Saya berharap semua cadangan yang saya nyatakan ini dapat diterima dan

dilaksanakan oleh ketua panitia dan guru-guru sains SJK Sungai Tengah. Sekiranya

kelemahan pengurusan bilik sains dapat diselesaikan maka semua proses pengajaran

dan pembejalaran dapat dijalankan di bilik sains dengan lancar.

Page 7: Naik Taraf Bilik Sains

LAMPIRAN

Pintu utama bilik sains

Pemandangan di bahagian depan bilik sains

Dipenuhi dengan 21 buah komputer

Page 8: Naik Taraf Bilik Sains

Pemandangan di bahagian belakang bilik sains

Buku-buku dan kotak kosong diletak di atas almari pameran specimen

TV dan kotak-kotak kosong diletak di atas almari.

Page 9: Naik Taraf Bilik Sains

Papan notis yang agar kosong Peraturan bilik sains bersaiz A4

dipamerkan di bahagian papan tulis.

Pintu ke-2 yang telah dihalang oleh Peralatan sains tidak disusun dan dilabelkan

Wayar-wayar. dengan kemas

Page 10: Naik Taraf Bilik Sains

Rak-rak alatan sains yang telah digunakan untuk meletak alatan dan bahan pejabat am.

Alatan sains yang berlainan jenis disimpan dalam almari yang sama

Kotak-kotak kosong yang menghalang salah satu pintu almari alatan sains.

Rak-rak untuk kegunaan pejabat am juga disimpan dalam bilik sains

Page 11: Naik Taraf Bilik Sains

Penyapu dan kota kosong yang menghalang Bikar-bikar yang masih disimpan dalam

Salah satu almari alatan sains kotaknya.

Susun atur meja guru yang menghala ke Peralatan seperti bikar dan selinder

dinding tidak sesuai untuk guru membuat penyukat masih disimpan di dalam

demontrasi dulang selepas diguna.

Page 12: Naik Taraf Bilik Sains

Model system suria yang tidak berfungsi dan glob Bumi yang sudah usang masih

disimpan dalam bilik sains.