NAM (PA2)

21
PERGERAKAN NEGARA- NEGARA BERKECUALI(NAM) OLEH : SITI NORAISHAH BTE SAID SITI HAJAR FADZLIANA BTE YAHYA NURSYAFUANA IKMA BE JAMALODIN

Transcript of NAM (PA2)

Page 1: NAM (PA2)

PERGERAKAN NEGARA-NEGARA BERKECUALI(NAM)

OLEH :SITI NORAISHAH BTE SAID

SITI HAJAR FADZLIANA BTE YAHYANURSYAFUANA IKMA BE

JAMALODIN

Page 2: NAM (PA2)

LATAR BELAKANG

• Selepas Perang Dunia Kedua,negara-negara di dunia dibahagikan kepada dua blok utama,iaitu Blok Barat(diketuai Amerika Syarikat) dan Blok Komunis(diketuai bekas Soviet Union iaitu Rusia)

• Negara-negara yang baru merdeka di Afrika,Asia,Amerika Latin dan Karibia ingin mengelak daripada berpihak kepada mana-mana blok itu

Page 3: NAM (PA2)

• Negara-negara tersebut mengamalkan dasar berkecuali untuk mengekalkan kemerdekaan dan kedaulatan politiknya

• Dasar berkecuali bermaksud mengelakkan penyertaan dalam mana-mana blok ketenteraan atau politik,persekutuan atau kumpulan

Page 4: NAM (PA2)

PENUBUHAN NAM

• Pada tahun 1955,dua puluh lima buah negara merdeka Afro-Asia mengadakan persidangan di Bandung,Indonesia

• Persidangan ini membawa kepada penubuhan Pergerakan Negara-negara Berkecuali(NAM)

Page 5: NAM (PA2)

• Pergerakan ini dibentuk sebagai tindak balas persaingan senjata oleh Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet

• NAM berkembang sejak itu dan kini mempunyai 116 anggota dan mengadakan sidang kemuncak setiap

tiga tahun sekali

Page 6: NAM (PA2)

SEPULUH PRINSIP NAM(DASAR SILA BANDUNG)

• Menghormati hak asasi manusia dan tujuan serta prinsip Pertubuhan Bangsa- bangsa Bersatu(PBB)

• Menghormati kedaulatan dan keutuhan wilayah semua negara

• Mengiktiraf persamaan semua ras dan persamaan semua bangsa,kecil mahupun besar

Page 7: NAM (PA2)

• Tidak campur tangan dalam hal ehwal dalaman negara lain

• Menghormati hak setiap negara untuk mempertahankan dirinya secara bersendirian atau secara kumpulan selaras dengan Piagam PBB

• Tidak mengenakan tekanan terhadap negara-negara lain

• Menggalakkan kepentingan bersama dan kerjasama

Page 8: NAM (PA2)

• Mengelakkan ugutan pencerobohan atau penggunaan kekerasan terhadap kedaulatan wilayah atau kebebasan politik sebarang negara

• Menyelesaikan semua pertikaian antarabangsa melalui cara-cara aman

• Menghormati keadilan dan tanggungjawab antarabangsa

Page 9: NAM (PA2)

PERKEMBANGAN NAM

• Persidangan NAM pada tahun 1961,1964 dan 1970- Menekankan isu seperti imperialisme, penjajahan,neokolonialisme,aparteid, perkauman dan pencerobohan asing

• Matlamat perjuangan NAM berubah :- Setelah tamatnya Perang Dingin antara kuasa-kuasa besar

Page 10: NAM (PA2)

- Setelah kejatuhan sistem pemerintahan

Aparteid di Afrika Selatan

• Sejak pertengahan tahun 1970-an,isu ekonomi menjadi tumpuan utama negara- negara anggota NAM kerana jurang yang semakin besar antara negara-negara di Utara dengan negara-negara di Selatan

Page 11: NAM (PA2)

• Dalam Persidangan NAM 1973,ketua-ketua negara anggota NAM- Mengesyorkan penyemakan regim ekonomi global- Memperjuangkan pembentukan Order Baru Ekonomi atau NIEO(New International Economic Order)

Page 12: NAM (PA2)

• Dalam persidangan NAM 1993 di Jakarta, telah dibincangkan tentang :- Mengadakan dialog dengan negara negara maju di Utara- Menjadi pertubuhan bagi memperjuangkan pertumbuhan ekonomi negara-negara Selatan secara kolektif

Page 13: NAM (PA2)

• Dalam persidangan NAM 1998 di Durban, wakil-wakil daripada Kumpulan 7 buah Negara Maju(G-7),Kesatuan Eropah(EU), Britain dan Perancis dijemput ke persidangan itu- Menandakan kepentingan NAM dalam dunia yang mengalami perubahan yang cepat

Page 14: NAM (PA2)

• Dalam persidangan NAM 2003 di Kuala Lumpur,isu-isu yang dihadapi oleh NAM :- Gencatan senjata- Keganasan antarabangsa- Peningkatan kerjasama multilateral untuk menghadapi peminggiran negara-negara yang sedang membangun dalam proses globalisasi- Keadaan ekonomi yang kritikal di Afrika- Jenayah melangkaui sempadan- Pengedaran dadah antarabangsa- Penyakit AIDS

Page 15: NAM (PA2)

• Dalam persidangan NAM 2003 di Kuala Lumpur,diluluskan Deklarasi Kuala Lumpur yang mengandungi matlamat yang berikut :(a) meningkatkan kesatuan NAM

berasaskan kepentingan bersama(b) mendukung dan setia kepada prinsip

asas NAM dan Piagam PBB(c) meningkatkan dan mengukuhkan

proses pelbagai hala

Page 16: NAM (PA2)

(d) mengukuhkan sistem demokrasi dalampentadbiran antarabangsa

(e) menjadi lebih proaktif,bukan reaktif(f) mengukuhkan kemampuan kebangsaan(g) meningkatkan kerjasama Selatan-

Selatan(h) mengukuhkan hubungan lebih dinamik

dan kerjasama dengan negaramembangun

(i) mengukuhkan interaksi dan kerjasamadengan pertubuhan sivil,swasta danParlimen

Page 17: NAM (PA2)

• Deklarasi Putrajaya

- Merupakan lanjutan daripada Deklarasi

Nairobi dan Deklarasi Beijing

- Deklarasi Putrajaya diisytiharkan dalam

Mesyuarat Peringkat Menteri NAM

tentang Kemajuan Wanita dari 7 - 10 Mei

2005 di Kuala Lumpur

Page 18: NAM (PA2)

- Objektif deklarasi :(a) memperkasakan wanita(b) menggalakkan wanita melibatkan diri

dalam pelbagai sektor(c) memperkukuhkan kedudukan kaum

wanita- Isu yang dibincangkan : 1. Menyenaraikan 9 perkara yang

mampu memperkasakan wanita dalam era globalisasi dan abad ke-21

Page 19: NAM (PA2)

2.Sembilan perkara tersebut ialah : (a) Wanita,kemiskinan dan

pembangunan ekonomi (b) Wanita dalam kuasa dan membuat

keputusan (c) Wanita dan pendidikan (d) Wanita dan kesihatan (e) Wanita,media dan ICT (f) Wanita dan konflik bersenjata

(berkaitan pencabulan dan keganasan

yang dilakukan oleh Israel terhadap

Page 20: NAM (PA2)

wanita Palestin dan Syria)

(g) Keganasan terhadap wanita

(h) Wanita dan situasi bencana

(i) Kesaksamaan jantina di arus perdana

Page 21: NAM (PA2)

SEKIAN,TERIMA KASIH

Credits :Haja,wana & ucu