NAMA PROGRAM: KURSUS PENGURUSAN … PROGRAM: KURSUS PENGURUSAN PEKERJA CEMERLANG PELBAGAI PERINGKAT...

2
SINOPSIS KURSUS NAMA PROGRAM: KURSUS PENGURUSAN PEKERJA CEMERLANG PELBAGAI PERINGKAT TARIKH TEMPAT 17 - 18 MEI 2016 KENINGAU 1. PENGENALAN Kursus ini direka bentuk untuk peserta pelbagai latarbelakang memiliki ilmu, kemahiran, sikap dan keyakinan yang bakal merubah diri mereka menjadi pekerja yang cemerlang. Pekerja baru kebiasaanya kurang pengalaman dan memerlukan banyak bimbingan, kesilapan sering dilakukan dan ada ketikanya kesilapan tersebut sangat kritikal dan melibatkan kos yang tinggi. Pekerja lama pula, setelah bertahun-tahun melakukan kerja yang serupa dan berada di organisasi yang sama akhirnya luntur motivasi kerjanya. Kursus ini membina, mengingatkan atau memberikan suntikan baru buat pekerja untuk melonjakkan potensi diri dan organisasi. Pendekatan kursus menguja, menginspirasikan, mencabar dan menyeronokkan peserta. Kursus dua hari ini dibentuk untuk membantu memberI manfaat kepada peningkatan organisasi serta individu secara keseluruhan. 2. OBJEKTIF KURSUS Para peserta akan mempelajari, mengetahui dan memahami i. Kesedaran diri sendiri yang tinggi akan peranan dan tanggungjawab serta harapan yang diamanahkan. ii. Bagaimana mendorong dan memotivasikan diri sendiri. iii. Bagaimana mengurus diri dengan baik dan membuat keputusan yang terbaik. iv. Bagaimana menangani dan mengurus konflik. v. Bagaimana menangani bebanan kerja yang pelbagai dan stres di tempat kerja. vi. Bagaimana membina keseronokan bekerja. 3. KANDUNGAN KURSUS i. Mengurus Diri Untuk Keberkesanan & Kecemerlangan ii. Membina Mindset dan Anjakan Paradigma iii. Memupuk Sikap Positif dan Proaktif iv. Komunikasi Berkesan v. Etika Kerja & Disiplin vi. Mengurus dan Menangani Konflik vii. Melonjak Motivasi dan Kepimpinan Diri viii. Mengurus Stres

Transcript of NAMA PROGRAM: KURSUS PENGURUSAN … PROGRAM: KURSUS PENGURUSAN PEKERJA CEMERLANG PELBAGAI PERINGKAT...

Page 1: NAMA PROGRAM: KURSUS PENGURUSAN … PROGRAM: KURSUS PENGURUSAN PEKERJA CEMERLANG PELBAGAI PERINGKAT ... sama akhirnya luntur motivasi kerjanya. Kursus ini membina, mengingatkan atau

SINOPSIS KURSUS

NAMA PROGRAM: KURSUS PENGURUSAN PEKERJA CEMERLANG PELBAGAI PERINGKAT

TARIKH TEMPAT 17 - 18 MEI 2016 KENINGAU 1. PENGENALAN

Kursus ini direka bentuk untuk peserta pelbagai latarbelakang memiliki ilmu, kemahiran, sikap dan keyakinan yang bakal merubah diri mereka menjadi pekerja yang cemerlang. Pekerja baru kebiasaanya kurang pengalaman dan memerlukan banyak bimbingan, kesilapan sering dilakukan dan ada ketikanya kesilapan tersebut sangat kritikal dan melibatkan kos yang tinggi. Pekerja lama pula, setelah bertahun-tahun melakukan kerja yang serupa dan berada di organisasi yang sama akhirnya luntur motivasi kerjanya. Kursus ini membina, mengingatkan atau memberikan suntikan baru buat pekerja untuk melonjakkan potensi diri dan organisasi. Pendekatan kursus menguja, menginspirasikan, mencabar dan menyeronokkan peserta. Kursus dua hari ini dibentuk untuk membantu memberI manfaat kepada peningkatan organisasi serta individu secara keseluruhan.

2. OBJEKTIF KURSUS Para peserta akan mempelajari, mengetahui dan memahami

i. Kesedaran diri sendiri yang tinggi akan peranan dan tanggungjawab serta harapan yang diamanahkan.

ii. Bagaimana mendorong dan memotivasikan diri sendiri. iii. Bagaimana mengurus diri dengan baik dan membuat keputusan yang

terbaik. iv. Bagaimana menangani dan mengurus konflik. v. Bagaimana menangani bebanan kerja yang pelbagai dan stres di tempat

kerja. vi. Bagaimana membina keseronokan bekerja.

3. KANDUNGAN KURSUS

i. Mengurus Diri Untuk Keberkesanan & Kecemerlangan ii. Membina Mindset dan Anjakan Paradigma iii. Memupuk Sikap Positif dan Proaktif iv. Komunikasi Berkesan v. Etika Kerja & Disiplin vi. Mengurus dan Menangani Konflik vii. Melonjak Motivasi dan Kepimpinan Diri viii. Mengurus Stres

Page 2: NAMA PROGRAM: KURSUS PENGURUSAN … PROGRAM: KURSUS PENGURUSAN PEKERJA CEMERLANG PELBAGAI PERINGKAT ... sama akhirnya luntur motivasi kerjanya. Kursus ini membina, mengingatkan atau

4. KAEDAH PEMBELAJARAN

Method Pembelajaran Dewasa

Kaedah “Multi-Sensory”

Perbincangan

Demonstrasi

Ceramah

Kes Senario

Aplikasi

Simulasi

“Experimental” 5. SASARAN PESERTA

Pegawai Perkhidmatan Awam Gred 22 – 44 (Walau bagaimanapun Gred 17 boleh dipertimbangkan). Jumlah peserta terhad kepada 50 orang sahaja (pemilihan berdasarkan first come, first serve )

6. KEMUDAHAN-KEMUDAHAN BENGKEL/KURSUS Sarapan Pagi, Minum Pagi, Makan Tengahari dan Minum Petang disediakan oleh

pihak INSAN sepanjang tempoh berkursus . Walau bagaimanapun, pengangkutan dan penginapan peserta TIDAK disediakan.

7. PERTANYAAN

Sekiranya ada pertanyaan, sila berhubung terus dengan:

a) Encik Honorious Raymond (Penyelaras Kursus) Telefon: 088-315218 (Jika tidak dapat dihubungi, sila E-Mel)

E-Mel: [email protected]

b) Cik Caroline Chong (Setiausaha Kursus) Telefon: 088-315168

E-Mel: [email protected] 8. CARA MEMOHON KURSUS KAEDAH PEMIKIRAN KREATIF ini adalah anjuran Institut Latihan Sektor Awam Negeri (INSAN), JABATAN KETUA MENTERI. Semua permohonan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan mengisi borang kursus INSAN yang boleh dicetak dari laman web INSAN: http://www.sabah.gov.my/insan dan dihantar terus kepada; Pengarah Institut Latihan Sektor Awam Negeri (INSAN) Tingkat 7, Blok B, WIsma MUIS, 88999 KOTA KINABALU. No. Faks: 088-268742 (U.P: Pusat Pembangunan RG)