Nasi Kerabu

4
Nasi Masak beras seperti biasa. Masukkan bunga telang dan kacau kacau bagi rata warnanya, jika mahukan nasi kerabu berwarna biru. Saya hanya memasukkan pewarna biru dan daun limau purut. Jika suka boleh juga masukkan 1 batang serai ketuk. Kuah Tumis Santan 7 ulas bawang merah 1/2 labu bawang putih 3 bawang besar 15 cili kering 1 cm halia 1 serai - ketuk 1 asam keping 2 sb gula Sedikit gula melaka 2 sb budu Garam (kena rasa masin dulu) Blend semua bahan di atas kecuali serai diketuk. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk dan serai sehingga wangi. Masukkan sedikit air dan masak sehingga mendidih.

description

resepi nasi kerabu

Transcript of Nasi Kerabu

Page 1: Nasi Kerabu

Nasi

Masak beras seperti biasa. Masukkan bunga telang dan kacau kacau bagi rata warnanya, jika mahukan nasi kerabu berwarna biru. Saya hanya memasukkan pewarna biru dan daun limau purut. Jika suka boleh juga masukkan 1 batang serai ketuk.

Kuah Tumis

Santan

7 ulas bawang merah

1/2 labu bawang putih

3 bawang besar

15 cili kering

1 cm halia

1 serai - ketuk

1 asam keping

2 sb gula

Sedikit gula melaka

2 sb budu

Garam (kena rasa masin dulu)

Blend semua bahan di atas kecuali serai diketuk. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk dan serai sehingga wangi. Masukkan sedikit air dan masak sehingga mendidih.

Masukkan santan dan sentiasa dikacau supaya santan tidak berketul. Masukkan asam keping, budu dan gula. Jika menggunakan budu, dirasakan dulu sebelum dimasukkan garam. Masak sehingga pecah minyak.

Page 2: Nasi Kerabu

Nota: Kuah tumis biar ada rasa masin masin sikit. Kuah tumis sedap disediakan lebih awal dan mesti agak pekat. Kalau makan pagi, disediakan disebelah malamnya.

Sambal Kelapa

1 Ikan kembung - rebus & ambik isi

1/2 biji kelapa parut - goreng

4 bawang merah

2 batang serai

Garam

Gula

Goreng kelapa dan kacau sentiasa supaya tidak hangit. Tumbuk semua bahan dan gaul dengan kelapa goreng.

Tumbuk lagi sekali. Kali ini saya cuma menggaul rata, tak ditumbuk lagi selepas digaul. Masukkan garam dan gula.

Ulam ulaman

Kacang panjang

Kubis

Timun

Page 3: Nasi Kerabu

Daun kesum

Bunga kantan

Bawang besar

Kacang botol

Taugeh

Hiris halus kesemua ulam ulaman.

Sambal Cili

Cili padi

Cuka

Garam

Gula

Sambal cili adalah wajib jika tak dibuat kuah tumis.

Lauk pauk

Telur masin

Ikan rebus goreng celup tepung

Daging bakar

Daging goreng atau ayam goreng

Keropok atau keropok lekor

Solok lada

Page 4: Nasi Kerabu

Bawang putih jeruk